Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang berperdanamenterikan Mahathir, telah mengambil langkah besar dan drastik bermula dengan mencetuskan kontroversi dan polemik dalam hubungan diplomatik dengan Arab Saudi terutama apabila Mahathir cuba mengalihkan perhatian kepada Qatar, Iran dan Turki.
Seolah-olah berdendam kerana RM2.6 bilion yang didermakan oleh Raja Arab Saudi kepada Najib dan diejek pula oleh Mahathir sebagai 'Arab Gila', namun ketika di mahkamah, Peguam Negara terkulat-kulat dan tidak berani mempertikaikan surat serta money trail dari Arab Saudi ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya cuba mengabaikan surat tersebut dan enggan menerimanya sebagai bukti. (RUJUK SINI)
Berbekalkan propaganda kononnya Mahathir adalah pejuang Islam dan tokoh negarawan Islam yang hebat, KL Summit 2019 dipersembahkan kepada dunia, khususnya Negara-Negara Islam.
Selepas 'kata dua' yang diberikan oleh Raja Salman, Mahathir kemudiannya menafikan yang KL Summit 2019 hendak menggantikan OIC. Malah Mahathir semakin mengendurkan keangkuhannya apabila daripada 56 orang pemimpin Negara-Negara Islam yang dijemput itu, hanya 4 orang sahaja yang akan hadir.
Akhirnya yang sampai cumalah Perdana Menteri Turki, Presiden Iran dan Emir Qatar. Itu pun masa majlis makan malam, Erdogan dan isterinya hilang untuk sama-sama makan malam bersama-sama Anwar Ibrahim dan isterinya di Kedutaan Turki!
Mahathir ketika ditanya tentang pembatalan kehadiran oleh Imran Khan cuba menafikan yang Imran Khan lebih mementingkan hubungan negaranya dengan Arab Saudi berbanding Malaysia. Arab Saudi merupakan antara penyumbang kewangan terbesar kepada Pakistan. Sebaliknya nada merajuk dikeluarkan oleh Mahathir ialah, 'tiada paksaan jikalau tidak dapat hadir'. (RUJUK SINI)
Namun sehinggalah ucapan pembukaan dibuat malam tadi, kelibat Presiden Indonesia, Jokowi yang baru dilantik semula sebagai Presiden Indonesia, tidak kelihatan. Jokowi dijemput sendiri oleh Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah. Begitu juga dengan Imran Khan yang dijemput sendiri oleh Mahathir.
Secara mudah, Mahathir sebenarnya hendak mengundang Raja Salman datang ke Malaysia untuk menunjukkan dia juga tidak kurang hebat berbanding Najib. Sekaligus dia mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi pembolehubah kepimpinan Islam menerusi KL Summit 2019.
Bagaimanapun, Raja Salman awal-awal lagi telah menolak kehadiran ke KL Summit 2019. Lebih malang lagi bila Raja Salman berkata, perbincangan membabitkan permasalahan umat Islam sejagat lebih wajar dibincangkan di bawah OIC bukannya KL Summit.
Umum dapat melihat bagaimana Mahathir sebenarnya sedang tersepit. Walaupun Iran dan Qatar yang merupakan dua buah negara 'musuh' Arab Saudi bersedia untuk menjadikan Malaysia sebagai sekutu mereka, tetapi keupayaan kedua-dua negara tersebut agak terbatas terutama apabila membabitkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang lebih berpengaruh seperti Amerika Syarikat, China dan Russia.
Selain RM2.6 bilion yang bukan sahaja diperemehkan, dihina dan dikatakan 'Arab Gila', turut menjadi bengkak bisul Arab Saudi ialah apabila Islamic Centre yang sepatutnya berpengkalan di Putrajaya pada zaman Najib dahulu, telah dibatalkan oleh pentadbiran Pakatan sebaik-baik sahaja mereka berjaya mengambilalih Putrajaya.
Bloomberg sendiri menggelarkan kejatuhan teruk pasaran bursa Malaysia sebagai 'MAHATHIR'S SLUMP' sekaligus ia merupakan satu penghinaan besar kepada Perdana Menteri Malaysia yang dianggap super genius itu. (RUJUK SINI)
Mahathir mungkin cuba membuktikan yang konon-kononnya dia sangat berpengaruh. Konon-kononnya dia tidak mungkin boleh ditolak oleh mana-mana pemimpin Negara Islam. Namun apa yang berlaku, akhirnya cukup memalukan.
Untuk pengetahuan, kebanyakan yang hadir di KL Summit 2019 bukanlah pemimpin-pemimpin tetapi hanyalah penasihat-penasihat dan mereka yang dikatakan 'bijak pandai' (Advisor and Intellectual) dari negara masing-masing. Sekaligus menunjukkan objektif penganjuran tersebut telah lari dari matlamatnya. Dan kehadiran penasihat serta bijak pandai tersebut sekadar untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong atas biaya dari wang cukai rakyat Malaysia!
kau tk tau senyap
ReplyDeletekau sokong najib si rasuah tu pahal
mahathir susah payah nk bangunkan malaysia semula tau
Islam sepatutnya bersatu apabila dipanggil untuk membincangkan keaadaan umat.
ReplyDeleteArab Saudi mencemar kesucian Islam dengan menyerang Yemen.Boikot Qatar. Memalukan negara penjaga rumah Allah berperangai budak suruhan Zionis dan US.
ReplyDeleteTakde apa nak dibangga dengan negara arab saudi.
ReplyDeletesuper genius kote!!!
ReplyDeleteHahaha ... mmg win giler strment ko.
Deletehey bangang siapa yang runtuhkan Tabung Haji, FELDA, LTAT, PNB sebenarnya.. buat karangan pandai.. tapi fakta dari neraka.. dasar pemakan dedak najib..
ReplyDelete