Pages

Monday, December 2, 2019

KOMUNIS BERHIMPUN DI BANTING DAN KAJANG: MUHYIDDIN TAK PERLU BERLAKON TOLOL DAN SERBA TAK TAHU!!!



Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangan dan kerisauannya ekoran muncul dan tularnya isu berkenaan dengan komunis.

Menurut Muhyiddin, trend tersebut mampu mengancam keselamatan jikalau dibiarkan terus berlaku. Oleh kerana itu, PDRM diarahkan supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam (RUJUK SINI).

Sedap cakap Muhyiddin Yassin. Dia cuba menunjukkan dan membuktikan yang dia adalah seorang yang bijak bermain persepsi dan memanipulasi berita sebenar.

Mana-mana orang yang terlibat dalam bidang kewartawanan mahupun penulis buku sejarah, pasti akan tahu tentang keberkesanan dan kehebatan PDRM terutama sekali Cawangan Khas atau Special Branch yang seringkali cuba dihitamkan imejnya oleh Pakatan Harapan sendiri.


Terlalu mustahil, Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri tidak diberikan maklumat awal oleh Cawangan Khas berhubung pertemuan anggota-anggota komunis tersebut. Malah perhimpunan anggota-anggota komunis tersebut, bukannya berlaku sekali, bahkan dua kali dan berturut-turut hari.

Sehari sebelum re-union di Kajang di New Era College, mereka telah pun berhimpun di Dewan Bola Keranjang Kuala Langat, Banting. Jumlah yang datang terutama dalam majlis makan malamnya adalah lebih 1300 orang.

Ia samalah seperti maklumat tentang abu bangkai Chin Peng yang diseludup masuk. Terlalu mustahil, pihak perisikan seperti Cawangan Khas langsung tidak tahu kerana selama ini pun, Cawangan Khas jugalah yang berjaya mematahkan lebih awal cubaan serangan dan keganasan kumpulan-kumpulan militan dan pengganas seperti DAESH yang jauh lebih agresif berbanding PKM yang kebanyakan ahlinya sudah tua, manakala pelapis baru pula terlalu penakut untuk memikul senjata, sebaliknya lebih seronok berada dalam industri politik tanahair.


Laporan media semalam menyatakan lebih kurang 300 orang telah menghadiri perjumpaan yang antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989, sekaligus membolehkan sebahagian besar pengganas komunis menjadi rakyat negara ini dan bebas memulakan serangan baru tanpa perlu mengangkat senjata api.

Berapa lama lagi Muhyiddin boleh terus berlakon sebagai orang yang serba tidak tahu seperti Mahathir dengan mengkambinghitamkan PDRM terutama sekali Cawangan Khas padahal sebenarnya yang tidak berani mengambil tindakan adalah dia sendiri?

PPBM bukanlah sebuah parti politik yang memerintah negara ini jikalau tidak kerana sokongan DAP. Muhyiddin Yassin tidak akan menjadi Menteri Dalam Negeri dan banyak kes-kes serta skandal-skandal kewangannya seperti NFC, Bestari.net dan sebagainya, akan terbarai sekiranya dia bukanlah Menteri Dalam Negeri yang mendengar kata tuan besarnya!


4 comments:

  1. Kalau militan tu berbangsa melayu, pilis jadi cekap buat kerja, tapi bila sampai kepada militan india kka, cina ka....hancussss terus hilang taring dan hilang arah

    ReplyDelete
  2. Apa yg di hairankan, bagi saya, kersjasn ph ini sebenarnya adalah kerajasn komunis dap. Jd,,tidak menghairankan abu chin peng boleh di seludup masuk,,kerana yg bertanggunghawab melakukannya adalah pengikut komunis juga.

    ReplyDelete
  3. Jangan lah kita tak tahu bahwa menyokong dan berkerjasama di dalam PH bermakna bekerjasama dengan komunis ini sebenarnya adalah kerjasama dengan komunis dap. ,tidak lah menghairankan jika abu chin peng boleh di seludup masuk,,kerana yg bertanggunghawab melakukannya adalah pengikut komunis juga.rakyat di tipu dgn pelbagai janji manis

    ReplyDelete
  4. Bukankah PKM sudah diharamkan jadi bagaimana bekas ahli-ahlinya secara terangan mengadakan perjumpaan dan majlis makan malam. Mustahil polis tak dapat menghidunya. Jadi apahal Menteri Dalam Negeri pura-pura tak sedar hal ini terjadi. Adakah Bos Dap dah kenyit mata kat Muhyidin. Hancurlah negaraku.

    ReplyDelete