Sebab itulah, DAP dan Lim Guan Eng gila sangat dengan Kementerian Pendidikan. Sama seperti gilanya Lim Guan Eng untuk mengawal Kementerian Kewangan!
Perletakan jawatan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan sebenarnya tidak memberikan impak yang besar kepada DAP kerana walaupun DAP menerusi wakilnya, Teo Nie Ching hanyalah berjawatan Timbalan Menteri tetapi kuasa serta gelagat Teo Nie Ching menunjukkan dia lebih berkuasa dari Maszlee Malik.
Jawi dan Khat telah dijadikan sebagai umpan provokasi oleh pihak-pihak tertentu dalam Pakatan Harapan sendiri. Satu pihak mengumpan, dan satu pihak lagi - sudah tentulah DAP dan Dong Zong - akan menyahut sambil menyerang semahu-mahunya selain memperlekehkan tulisan Jawi sekaligus memperlekehkan Bahasa Kebangsaan selain mempertikaikan kedudukan agama Islam.
Keghairahan DAP untuk menunjukkan mereka berkuasa serta tiada sesiapa pun yang dapat menghalang atau menyekat mereka, terserlah dalam banyak isu-isu yang melibatkan pendidikan, khususnya melibatkan hubungan antara kaum.
Walaupun DAP seringkali mengaku dan mendabik dada kononnya mereka tidak rasis tetapi hakikatnya apa yang dilakukan oleh DAP terutama menerusi tindakan Lim Guan Eng, menjelaskan tentang matlamat sebenar DAP membumihanguskan negara ini, terutama sekali yang melibatkan teras Melayu-Bumiputera.
Menerusi Kementerian Kewangan, semua aset-aset serta penjana ekonomi dan kewangan Melayu-Bumiputera telah dihancurkan, gerakan seterusnya adalah menerusi pendidikan. Perjuangan mengutamakan UEC dan sekolah-sekolah vernakular aliran Cina mengatasi sekolah-sekolah aliran kebangsaan, sedang dipergiatkan - tidak secara senyap-senyap, bahkan secara terang-terangan!
Justeru apabila Lim Guan Eng menyatakan, DAP mahu berbincang tentang pengganti Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, rasa-rasanya ramai yang sudah tahu apa maksud sebenar Lim Guan Eng dan DAP!
UEC dan SJKC!!!
No comments:
Post a Comment