Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 4, 2020

LIM GUAN ENG DAH BAGI 'HINT'... JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN, PERLU DIBINCANGKAN DENGAN DAP TERLEBIH DAHULU!!!



Kementerian Pendidikan adalah kementerian kanan dan kementerian utama. Dari kementerian inilah nanti, dasar serta hala tuju negara melibatkan generasi baru akan dibentuk. Nak jadi apa Malaysia ini, Kementerian Pendidikanlah yang akan menggubahnya.

Sebab itulah, DAP dan Lim Guan Eng gila sangat dengan Kementerian Pendidikan. Sama seperti gilanya Lim Guan Eng untuk mengawal Kementerian Kewangan!

Perletakan jawatan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan sebenarnya tidak memberikan impak yang besar kepada DAP kerana walaupun DAP menerusi wakilnya, Teo Nie Ching hanyalah berjawatan Timbalan Menteri tetapi kuasa serta gelagat Teo Nie Ching menunjukkan dia lebih berkuasa dari Maszlee Malik.


Dan Teo Nie Ching juga bukannya bersendirian. Di belakangnya adalah Kementerian Kewangan yang dikuasai oleh Lim Guan Eng dan Tony Pua. Justeru tidak menghairankan bagaimana Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng, memintas kuasa Kementerian Pendidikan dalam penyaluran wang negara kepada kolej-kolej Cina persendirian milik Dong Zong serta sekolah-sekolah vernakular Cina yang juga berada di bawah Dong Zong.


Maka, tidak hairan jugalah bagaimana Dong Zong begitu besar kepala dan menganggap, PERLEMBAGAAN DONG ZONG jauh lebih penting dan lebih besar berbanding Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia. (RUJUK SINI)

Jawi dan Khat telah dijadikan sebagai umpan provokasi oleh pihak-pihak tertentu dalam Pakatan Harapan sendiri. Satu pihak mengumpan, dan satu pihak lagi - sudah tentulah DAP dan Dong Zong - akan menyahut sambil menyerang semahu-mahunya selain memperlekehkan tulisan Jawi sekaligus memperlekehkan Bahasa Kebangsaan selain mempertikaikan kedudukan agama Islam.



Kita dapat melihat sendiri bagaimana reaksi penyokong-penyokong DAP yang mengatakan tujuan mereka menentang Jawi adalah 'bimbangkan Islamisasi'. Dengan kata lain, mereka menggambarkan anak-anak mereka belajar mengenal tulisan Jawi melibatkan tulisan Jawi pada wang kertas Malaysia dan pada jata negara, boleh menyebabkan anak-anak mereka terpengaruh dan akhirnya memeluk agama Islam. (RUJUK SINI) dan  (SINI)

Keghairahan DAP untuk menunjukkan mereka berkuasa serta tiada sesiapa pun yang dapat menghalang atau menyekat mereka, terserlah dalam banyak isu-isu yang melibatkan pendidikan, khususnya melibatkan hubungan antara kaum.



Walaupun DAP seringkali mengaku dan mendabik dada kononnya mereka tidak rasis tetapi hakikatnya apa yang dilakukan oleh DAP terutama menerusi tindakan Lim Guan Eng, menjelaskan tentang matlamat sebenar DAP membumihanguskan negara ini, terutama sekali yang melibatkan teras Melayu-Bumiputera.

Menerusi Kementerian Kewangan, semua aset-aset serta penjana ekonomi dan kewangan Melayu-Bumiputera telah dihancurkan, gerakan seterusnya adalah menerusi pendidikan. Perjuangan mengutamakan UEC dan sekolah-sekolah vernakular aliran Cina mengatasi sekolah-sekolah aliran kebangsaan, sedang dipergiatkan - tidak secara senyap-senyap, bahkan secara terang-terangan!


DAP menerusi Dong Zong telah membuktikan, kuasa mereka menentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, tidak boleh disekat oleh sesiapa pun. Walaupun DAP sebenarnya tidak bijak dan tidak halus atau beradab ketika memberikan alasan menjustifikasikan tindakan mereka, tetapi ketiadaan tentangan daripada masyarakat Melayu-Bumiputera terhadap niat jahat DAP itu, membolehkan DAP serta entiti-entiti yang berlindung serta mendapat bantuan kewangan besar darinya seperti Dong Zong, terus besar kepala dan menunjuk lagak samseng mereka.

Justeru apabila Lim Guan Eng menyatakan, DAP mahu berbincang tentang pengganti Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, rasa-rasanya ramai yang sudah tahu apa maksud sebenar Lim Guan Eng dan DAP!

UEC dan SJKC!!!



No comments:

 
Blogger Templates