Pages

Tuesday, April 26, 2016

GUNA FACEBOOK UNTUK UNDANG MASALAH LEBIH BESAR DENGAN HINA MELAYU DAN ISLAM!!!




Tindakan seorang bekas pelajar luar negara merosakkan patung-patung berhala di sebuah kuil, nampaknya mendapat reaksi yang sangat negatif sekalipun bekas pelajar tersebut disahkan menghidap masalah psikiatri yang memerlukan rawatan daripada hospital dan pakar.

Biarpun polis telah memberi amaran agar tiada pihak yang mempolitikkan atau menjadikan isu tersebut sebagai isu keganasan kaum, lebih-lebih lagi bekas pelajar luar negara tersebut tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan kumpulan pengganas yang berselindung di sebalik jihad dan seumpamanya, tetapi ramai yang enggan mengikut nasihat tersebut.

Pencabulan atau serangan ke atas rumah-rumah ibadat di negara ini, seringkali berlaku terutama yang berniat untuk mencetuskan pergaduhan kaum. Masjid dan surau merupakan rumah ibadat yang paling banyak diserang dan dicabul. Namun umat Islam tidaklah bertindak tergopoh-gapah dan membuat tuduhan melulu sambil mengancam untuk berperang dengan kaum lain.



Nampaknya dalam isu ini, ada yang cuba menangguk di air keroh. Ada yang mula mencabar orang Islam, khususnya Melayu agar membawa senjata dan berperang dengannya.

Pengguna-pengguna Facebook mendedahkann bagaimana seorang lelaki India yang bukan sahaja mencabar agar berlakunya pertumpahan darah, tetapi juga menghina Melayu dan Islam secara terbuka di wall Facebooknya.



Pemeriksaan mendapati akaun Facebook tersebut, tidak wujud lagi.\

Dengan kata-kata seperti yang tertera di dalam klip printscreen di atas, adakah ianya sesuatu yang wajar dilakukan?

Bagaimana dengan reaksi yang diberikan oleh para pembaca, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam?


Bagaimana pula dengan tindakan pihak berkuasa?

Adakah gejala seperti ini, dibiarkan begitu sahaja kerana beranggapan ia adalah sesuatu yang remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan?

Anda sendiri fikir macam mana?

Tiada sesiapa pun nampaknya berminat dengan nasihat pihak polis agar tidak memanjang-manjangkan isu ini sebaliknya, lebih ramai pula yang cuba menjadikan isu ini sebagai isu kaum dan agama yang sudah tentu tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepada negara ini dan rakyatnya.

Apa yang susah sangat untuk hidup secara aman dan harmoni di negara ini? Apa perlunya mencari fasal untuk mencetuskan pergaduhan dan perbalahan antara kaum dan agama? Apa yang hebatnya sampai bertumpah-tumpah darah hanya kerana wujudnya masalah psikiatri? Bukankah selama ini, semua kaum di negara ini telah hidup dengan aman dan bebas walaupun sebahagian daripadanya adalah imigran yang sudah tentu tidak akan mendapat layanan yang serupa di negara-negara lain?

Susah sangatkah untuk hidup aman?


KEMELUT MENTERI BESAR TERENGGANU: PINGAT-PINGAT KEBESARANNYA MUNGKIN BOLEH DITARIK BALIK, TETAPI JASA-JASANYA TETAP KEKAL UNTUK RAKYAT!!!



1. Dia Telah Membatalkan Projek Pasar Payang Yang Langsung Tidak Mendapatkan Keuntungan Untuk Warga Kuala Terengganu Seperti Di Cadangkan Oleh Mantan MB Mat Said Sebelum Ini

2.Dia Telah Membatalkan Projek pembangunan Stesen Bas,Turun Padang Jumpa Peniaga dan Dengar Keluhan Peniaga

3.Dia Telah Mencadangkan Pasar Untuk Wanita Berniaga Di Belakang Hotel Grand Continental,Kuala Terengganu

4.Dia Menghidupkan Semula Sekolah Imtiaz Yang Telah Di abaikan Oleh Mantan MB sebelum Ini Kerana masalah politik..Sekolah Yang Telah Terbukti Berjaya Melahirkan Para Cendiakawan,Ilmuan Islam,Pakar Tahfiz,Doktor,Guru,Pensyarah, dan Lain2 tetapi dalam masa yang sama Berjaya dalam bidang Duniawi dan akhirat.

5.Terus memperkasakan Pendidikan Anak2 bangsa sehingga dapat membantu anak orang umno, Pas,Pan pkr dan dap,mic,mca berjaya

6.Beliau Telah membawa Dr ZAKIR NAIK ke Terengganu

7.Dia Telah Mewujudkan peluang kepada orang yang hendak menambahkan pendapatan dengan membenarkan mereka berniaga di kawasan rumah dengan tidak memerlukan lesen niaga selama tempoh yang di berikan bagi memberikan peluang peniaga terbabit mendapatkan keuntungan dahulu sebelum mengambil lesen niaga

8.beliau tidak mengetatkan undang2 untuk peniaga2 yang berniaga di tepi jalan.peniaga bebas berniaga tapi dengan syarat jaga kebersihan..

9.Dia mengarahkan semua premis perniagaan di tutup ketika waktu solat jumaat

10.semua program rakyat walaupun bukan program beliau di wajibkan dengan bacaan Al-Quran

11.Mengarahkan Mereka yang berpakaian tidak senonoh serta berduaan dengan bukan muhrim di beri kaunseling

12.Golongan Wanita Terus Di martabatkan

13.Dia mengajak Presiden Pas Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang Turut sama membantu memberi idea untuk pembangunan Terengganu

14. Memberi bantuan secara besar besaran kepada Kerajaan Kelantan ketika mereka dilanda musibah banjir besar wlpun berbeza ideologi politik

& banyak lagi kejayaan serta keluhan rakyat di selesaikannya..

Ssetiap Manusia ada kelemahan serta kesilapan dalam pemerintahannya .,Kita semua Tidak Tahu Apa Yang Berlaku .Hentikan Andaian atau sebaran palsu , jangan di hina di Facebook mengaibkan keluarga beliau sehingga Di lupakan Kejayaan ,JASA serta bantuan yang pernah di berikan beliau sebelum ini untuk anda wahai rakyat Terengganu berideologi Parti PAS,UMNO,PKR ,DAP ,PAN dan Lain2



KESIAN SATU-SATUNYA CALON MELAYU DAP YANG MAHU DIKORBANKAN UNTUK EGO DAP!!!



DAP masih tidak berpuas hati apabila PKR meletakkan calon-calon pada enam kerusi DUN yang ditandingi mereka. DAP menuduh, kononnya PKR menipu mereka. PKR pula memberikan alasan yang DAP langsung tidak mahu berbincang dan tidak menghiraukan penjelasan serta kerasionalan PKR bertanding di kerusi-kerusi DUN berkenaan. Sebaliknya DAP membuat keputusan muktamad bahawa PKR memang tidak boleh bertanding di kerusi-kerusi tersebut kerana DAP telah meletakkan calon-calonnya.


Ng Wei Aik telah mengatakan, 'PKR boleh pergi mampus' yang kemudian ditukarkan/diedit menjadi 'Azmin boleh pergi mampus'.

Lim Guan Eng pula secara terus terang menyatakan PKR menipu DAP dan PKR tidak boleh dipercayai.

Lim Kit Siang memohon maaf kerana satu lawan satu dengan BN tidak kesampaian dan sebarang keputusan berhubung tindakan PKR enggan patuh kepada perintah DAP, akan dibuat selepas PRN Sarawak.

Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak memberikan kaedah penyelesaian yang paling mudah... tarik balik semua pencalonan PKR di kelima-lima kerusi DUN yang bersilang dengan DAP dan DAP pula akan menarik diri daripada bertanding di DUN Batu Kitang.


Calon PKR di Batu Kitang adalah Voon Siak Ni.

DUN Batu Kitang merupakan DUN baharu yang diwujudkan menerusi proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).


Calon DAP untuk Batu Kitang adalah Aziz Isa, pembantu khas Chong Chien Jen dan merupakan satu-satunya calon Melayu dari DAP untuk PRN kali ini. Aziz pada mulanya dikatakan akan dicalonkan di Tupong. Tetapi kemudian 'ditendang' ke Satok. Selepas itu, dia 'ditendang' sekali lagi ke Batu Kitang sebelum 'dicampak' pula ke Stakan. Namun akhirnya dia dicalonkan di DUN Batu Kitang.

Belum sempat Aziz Isa menarik nafas panjang, Chong Chien Jien berterus-terang tentang niat sebenar DAP mencalonkannya.

Aziz Isa hanyalah bidak yang dipertaruhkan untuk menguasai PKR. Aziz Isa menjadi buah dadu yang dibaling oleh Chong Chien Jen dan DAP, sekaligus membuktikan DAP langsung tidak mempercayai orang Melayu sebagai calon mereka walaupun pada masa yang sama, DAP kata mereka tidak rasis.


Daripada sekian banyak calon DAP yang lain, mengapa Aziz yang merupakan satu-satunya calon Melayu DAP yang dipertaruh untuk ditukarkan dengan persetujuan PKR agar menarik kembali calon-calon mereka pada 5 kerusi DUN yang bersilang tanding dengan DAP?

Aziz Isa sebelum ini mempunyai masalah dengan Voon Siak Ni yang hampir mengheretnya ke mahkamah. Tetapi campurtangan Chong Chien Jen yang memohon maaf bagi pihak Aziz, akhirnya 'membebaskan' Aziz.

Ini adalah contoh paling klasik dan paling terbaharu bagaimana DAP melayan Melayu-Bumiputera di mana-mana.

Kesian Aziz yang sentiasa mendewa-dewakan Chong Chien Jen dan DAP kerana akhirnya dia tidak lebih daripada seekor anjing kurap yang buruk kepala!


DAP MAKIN KUAT MENGARUK APABILA GOBIND SINGH DEO PULA TIDAK DIBENARKAN MASUK SARAWAK!!!



Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong adalah nama terbaharu yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Dia menyertai Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua, Teo Nie Ching, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Sim Sze Tsin dan Mohamad Sabu.

Anak lelaki Karpal Singh yang juga merupakan penasihat perundangan kepada Lim Guan Eng dan terkenal kerana kesamsengannya, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11:30 pagi tetapi sebaik-baik mendarat, dia telah diarahkan menaiki pesawat untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur. 

Imigresen tidak memberikan sebarang arahan berhubung perintah larangan memasuki Sarawak yagn dikenakan ke atasnya tetapi berpegang kepada Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini berkata, beberapa individu telah dihalang daripada memasuki Sarawak untuk melindungi negeri itu daripada 'unsur-unsur tidak baik'.

Beliau berkata, mereka bebas untuk masuk ke negeri itu selepas pilihan raya negeri pada 7 Mei.

Adakah Gobind Singh Deo yang sama terkenalnya dengan Lim Guan Eng dalam bab saman menyaman, akan mengambil tindakan undang-undang dan mempersoalkan serta mencabar undang-undang imigresen yang dikenakan ke atasnya?

DAP sudah beberapa kali meluahkan kemarahan mereka apabila ramai pemimpin DAP dari Semenanjung tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada PRN kali ini. Alasan yang diberikan ialah, mereka adalah rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia dijamin kebebasan untuk bergerak dalam wilayah-wilayah Malaysia. 

Bagaimanapun, Sarawak bersama-sama Sabah mempunyai kuasa autonomi mereka sendiri yang dijamin oleh Perlembagaan. Antaranya termasuklah kuasa-kuasa Imigresen.

KERANA PHANG LI KOON DAN SKANDAL TANAH, LIM GUAN ENG LEPASKAN MARAH KEPADA PKR!!!



Skandal tanah dan penyelewengan kuasa oleh Lim Guan Eng, akhirnya membuatkan dia kehilangan kuasa yang dinikmatinya selama ini terhadap PKR. Pembelian banglo murah menerusi pembabitan firma guaman isterinya dan Phang Li Koon dengan kolateralnya adalah tanah Taman Manggis, akhirnya memberikan kesan yang sangat buruk ketuanan DAP, khususnya dalam PRN Sarawak ke-11 yang sedang dalam proses kempen sekarang.

Kegagalan DAP memastikan, PKR mengikut telunjuk mereka dan tidak menyaingi DAP di kerusi yang sama, nampaknya melebarkan lagi masalah yang melanda antara DAP dan PKR.

Sekalipun Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak menyatakan, pintu rundingan masih lagi terbuka menjelang hari pengundian pada 7 April antara PKR dengan DAP, nampaknya DAP lebih berminat untuk menghentam dan mengutuk PKR kerana gagal mengikut telunjuk mereka.

Lim Guan Eng sendiri mengecop PKR sebagai penipu, walaupun hakikatnya, yang menipu adalah DAP!

DAP memilih-milih kerusi DUN yang dilihat mampu mereka menangi, manakala kerusi yang agak sukar, diserahkan kepada PKR untuk ditandingi. PKR yang telah memasang cita-cita tinggi semenjak dari PRN-10 dahulu, beranggapan mereka mempunyai peluang yang lebih besar berbanding DAP di kawasan-kawasan luar bandar. Apatah lagi DAP lebih dikenali sebagai Parti Cina di Sarawak, bahkan di seluruh Malaysia berbanding PKR yang mengandungi calon daripada pelbagai kaum dan agama.


Pada 9 Januari 2016, satu perjanjian membabitkan Presiden-Presiden PKR, DAP dan PAN telah ditandatangani. Dalam perjanjian tersebut, Pakatan Harapan berjanji akan meletakkan satu calon sahaja mewakili Pakatan Harapan di dalam mana-mana pilihanraya di mana-mana peringkat.

Namun itu hanyalah di atas kertas. Menjelang hari penamaan calon di PRN Sarawak, PKR dan DAP mula bertelagah kerana beberapa kerusi menjadi rebutan dan setiap daripada kedua-dua parti tersebut telah meletakkan calon masing-masing. Sekurang-kurangnya enam kerusi DUN di Sarawak menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara DAP dan PKR.

Mungkin tepat kalau dikatakan, ini membuktikan JANJI DICAPATI!

Sama ada PKR dan DAP kedua-duanya sudah mati akal atau bermain kayu tiga, yang pastinya, Pakatan Harapan langsung tidak boleh dipercayai dan diberikan harapan.

Mereka hanyalah terdiri daripada gerombolan tamak kuasa yang langsung tidak bernilai walau satu sen pun. Mereka sanggup menipu dan memperdayakan walaupun sesama sendiri.

Perjanjian yang mereka sendiri tandatangani pun mereka gagal patuhi!

Memang patutlah Lim Guan Eng mengamuk kerana masalahnya semakin bertambah-tambah dan jalan untuknya terlepas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang semakin terbentang luas.


CINA DAN INDIA PERLU KELUAR DARI MALAYSIA KERANA NEGARA INI TIDAK BAGUS UNTUK MEREKA!!!



Membaca tulisannya sekali imbas, dan dengan otak singkat pasti akan membuatkan kita menganggap tulisannya itu adalah satu bentuk rasisme yang amat tegar.

"Orang Cina dan India perlu keluar dari negara ini kerana negara ini sudah tidak bagus untuk mereka tinggal di dalamnya."

Tanpa ayat-ayat seterusnya atau faham bahasa sindiran, tulisan Eddie Putra, seorang aktivis masyarakat dan seorang jurugambar, pasti akan disalahfaham dan dia akan dikatakan sebagai seorang pengamal rasisme.

Dalam salah satu postingnya di Facebook yang mendapat banyak reaksi daripada para pengikut dan pembacanya, Eddie mencadangkan agar orang Cina dan India mula mengumpulkan dana untuk membeli 'mana-mana bahagian di dunia ini' bagi membina negara baru kerana mereka tidak seharusnya dilayan dengan teruk di Malaysia.

"So, wa ingat ar, Cina sama India boleh kasi plan mau cari lain tempat duduk la. Semua orang Cina sama India derma sikit wang, beli mana mana tempat dalam dunia, kasi bina satu negara baru. Ini tempat sudah tarak syok la.
"You guys don't deserve to be treated this bad.
"And kalau lu orang ingat mau kasi chance Melayu pun chip in, share, tolong la invite wa sama. Wa pun mau pindah. Jom sama sama bikin Negara Baru. Kita hidup balik sama sama. Wa ingat ar, bukan wa sorang Melayu mau ikut lu orang. Ramai lagi kot yg mau chow." (RUJUK SINI)
Menurutnya, keharmonian antara kaum di negara ini sudah berlalu seiring dengan zaman. Zaman di mana orang Cina memperkukuhkan ekonomi negara manakala orang Melayu memastikan negara ditadbir dengan sempurna dan orang India, sama ada yang terlibat dengan perniagaan mahupun bekalan tenaga kerja, sudah lama berlalu. 

Mungkin ada benarnya seperti yang dinyatakan oleh Eddie Putra, apatah lagi hubungan antara kaum diburukkan lagi oleh golongan pemburu kuasa yang sedang gila mencari pelbagai alasan agar mereka menang. 

Contoh terbaik adalah di PRN Sarawak sekarang ini. Pada ketika parti-parti politik tempatan Sarawak menggunakan isu-isu pembangunan dan keselesaan penduduk, parti-parti politik dari Semenanjung khususnya DAP mempersoalkan tentang keistimewaan dan kedudukan bangsa Bumiputera. DAP mempersoalkan tentang sesuatu yang telah diterima ramai suatu ketika dahulu dan mahukan satu perubahan besar berlaku di negara ini dengan perubahan tersebut menuntut segala teras yang membentuk negara ini, diruntuhkan dan dihapuskan. 

Dan mereka jugalah yang banyak memperkatakan tentang ketidakadilan kepada orang Cina di negara ini tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri enggan mencari tempat lain selain Malaysia untuk tinggal dan berhabitat.

Perubahan-perubahan yang dituntut, hampir keseluruhannya melibatkan hak-hak Melayu-Bumiputera dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Isu yang tidak pernah dipopularkan sebelum ini, kini menjadi satu rutin yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, sekaligus menjarakkan hubungan antara kaum dan pengamal agama di Malaysia. 


Monday, April 25, 2016

PRN SARAWAK MEDAN PERTEMBUNGAN PARTI TEMPATAN SARAWAK MENENTANG PARTI DARI SEMENANJUNG!!!




Bermulalah sudah 'perang' di Sarawak membabitkan parti-parti politik Malaysia. Namun berbeza di negeri-negeri lain, di Sarawak, pertembungan sebenar adalah antara parti-parti politik tempatan, sama ada yang bergabung dalam Barisan Nasional atau bersendirian dengan parti-parti dari Semenanjung yang diketuai oleh DAP.

Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang aktif di Semenanjung dan Sabah, tidak terlibat di Sarawak. Sebaliknya obor dan panji-panji Barisan Nasional digalas utama oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Adenan Satem, yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak.

UMNO tidak wujud di Sarawak. Dan UMNO juga tidak memainkan peranan utama di Sarawak, sekalipun sepanjang kempen, ramai pemimpin UMNO yang turun membantu kempen Barisan Nasional di Sarawak.

Momokan oleh DAP dan PKR tentang UMNO di Sarawak, secara tidak langsung berbalik ke batang hidung mereka sendiri kerana DAP dan PKR merupakan parti-parti Semenanjung @ Malaya yang sedang mencari kuasa di Sarawak.

Walaupun Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak menyatakan bahawa DAP Sarawak adalah berbeza daripada DAP di Semenanjung, hakikatnya ia adalah pembohongan semata-mata kerana berbanding Chong Chien Jen, kuasa sebenar DAP Sarawak, masih di tangan Lim Guan Eng yang merupakan orang yang terpalit dengan skandal tanah dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang. 

Dengan dua kemenangan tanpa bertanding yang dimiliki oleh BN Sarawak setakat artikel ini ditulis, peluang BN Sarawak untuk menambah koleksi kemenangan dalam PRN-11. Apatah lagi PKR dan DAP pula bergasak sesama sendiri pada sekurang-kurangnya 8 DUN.

Pertandingan sesama sendiri membabitkan DAP-PKR di DUN-DUN tersebut, pastinya akan memberikan ruang yang lebih besar kepada Barisan Nasional. Dendam antara PKR dengan DAP, membuatkan mereka saling tuding-menuding dan salah menyalah serta menuduh pihak lain sebagai 'perampas' dan 'pemungkir janji', pastinya akan memberi ruang dan peluang kepada calon-calon Barisan Nasional yang sudah lama bekerja untuk rakyat di kawasan tersebut berbanding calon-calon PKR dan DAP yang hanya muncul pada musim pilihanraya.

Barisan Nasional muncul dalam kempen-kempen pilihanraya dengan modal kesejahteraan, keselesaan dan kesenangan rakyat, manakala DAP dan PKR pula akan menggunakan isu-isu di Semenanjung dengan memburuk-burukkan keperibadian Perdana Menteri dan isteri serta UMNO sebagai modal mereka. DAP juga akan cuba untuk membangga-banggakan 'pencapaian' Lim Guan Eng di Pulau Pinang tanpa mereka berani bercakap tentang skandal dan penyelewengan Lim Guan Eng yang didedahkan secara besar-besaran.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


KEPALA SURAT DAN TANDATANGAN PHANG LI KOON PUNCA GUAN ENG TAKUT HENDAK SAMAN ABDUL RAHMAN DAHLAN!!!



Kepala surat MAGNIFICENT EMBLEM dan tandatangan PHANG LI KOON adalah punca mengapa Lim Guan Eng enggan menyaman Abdul Rahman Dahlan sebaliknya tetap mencabar untuk berdebat secara awam. 

Siapa yang tidak kenal dengan Lim Guan Eng yang sentiasa mencari jalan untuk menyaman sesiapa sahaja yang dirasakan mengancamnya. 

Namun kali ini, Lim Guan Eng berbeza sikap. Dia enggan menyaman Abdul Rahman Dahlan sebaliknya mencabar menteri tersebut agar terus berdebat dengannya sambil memberikan pelbagai label yang menyakitkan hati kepada Abdul Rahman Dahlan seperti budak-budak yang kalah bermain acilut.

Lim Guan Eng seperti tidak faham, seorang Menteri Kabinet seperti Abdul Rahman Dahlan tidak boleh memberikan contoh yang buruk dan tidak mengendahkan nasihat SPRM dan PDRM. 

Sebelum ini pun telah terbukti, Abdul Rahman Dahlan sanggup berdebat dengan Rafizi Ramli, Tony Pua dan beberapa orang yang lain, sekaligus tidak memerlukan perasaan takut untuk berhadapan dengan Lim Guan Eng. Apatah lagi dengan bersenjatakan bukti-bukti kukuh tentang skandal dan penyelewengan kuasa Lim Guan Eng, penggunaan Phang Li Koon sebagai orang hubungan untuk skandal yang lebih besar, bahkan dengan bukti-bukti baru yang langsung tidak berani disanggah oleh Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuainya, menjadikan Abdul Rahman Dahlan sudah pun mencapai kemenangan mudah tanpa perlu berdebat.

Semalam, Abdul Rahman Dahlan meminta agar Lim Guan Eng segera menyaman dan menyeretnya ke mahkamah jikalau tidak mampu bersabar untuk berdebat dengannya bagi mempercepatkan proses kebenaran. 

Namun hari ini, Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan menyindir tarikh perdebatan yang ditunda selepas dinasihati oleh polis dan SPRM. Dan bagaikan ada rasukan iblis dalam kepalanya, Lim Guan eng berkata, menyaman Abdul Rahman bererti membolehkan menteri tersebut mengelak daripada berdebat dengannya. Jadi, dia lebih rela Abdul Rahman terus menfitnahnya setiap hari. 

Logik yang langsung tidak logik, memandangkan proses di mahkamah jauh lebih telus dan ada keputusan berdasarkan bukti dan fakta, tidak sekadar hanya berhujah yang membolehkan segala bukti diketepikan dengan penafian kosong.

Lim Guan Eng sepatutnya mengaku sahaja yang dia sebenarnya tidak berani menyaman Abdul Rahman Dahlan kerana dengan menyaman, menteri tersebut akan membongkar segala-galanya di mahkamah dan dia sendiri akan mati dengan mata terjegil bersama-sama isteri kesayangannya, Betty Chew. 

Anak Kit Siang yang kuat menyaman itu, tiba-tiba sahaja baik hati dan sanggup berdebat sahaja? Mengapa dia berubah sikap? Adakah Lim Guan Eng sudah buang tebiat nak mampus?

Hampir setiap hari, Lim Guan Eng meroyan dalam kenyataan-kenyataan medianya berhubung isu yang sama. Jumlah keseluruhan perkataan yang digunakan adalah 2,238 patah perkataan dan mengandungi 13,992 huruf yang telah dituturkannya. 

Malangnya, tiada satu pun jawapan yang diberikan kepada 15 soalan asal Abdul Rahman dan Lim Guan Eng sendiri langsung tidak berani menjawab soalan terakhir Abdul Rahman tentang surat yang telah ditandatangani oleh Phang Li Koon dengan menggunakan kepala surat Magnifient Emblems kepada PDC sama ada ianya tulen atau sebaliknya. 

Berbanding meroyan dengan pelbagai kenyataan bodoh, Lim Guan Eng hanya perlu memberikan jawapan YA atau TIDAK sahaja. 

Apa yang susah sangat?

Mengapa perlu berputar belit dan cuba mengalihkan isu dengan kaedah meroyan? Mengapa perlu menggunakan dakwaan anak lelakinya mencabul sebagai makanan politik sedangkan beberapa tahun dahulu, dia juga yang merayu-rayu agar anak lelakinya tidak dilibatkan dalam politik?

SAYANG, BERKILATNYA KEPALA MUKHRIZ, TIDAK MEMANCARKAN KECERDIKANNYA KETIKA DI DUN KEDAH HARI INI!!!



Sidang DUN Kedah yang berlangsung setengah hari sahaja hari ini, menyaksikan Mukhriz atau nama khuniahnya, 'Boboi' muncul buat kali pertama selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar Kedah. Membawa sikap orang bandar di DUN orang kampung, dan sifat juah yang tidak sepatutnya wujud bagi seorang ADUN Ayer Itam, Mukhriz seperti melepaskan kekecewaannya dengan cuba membodoh-bodohkan Exco, Menteri Besar dan ADUN-ADUN UMNO-BN Kedah yang lain. Dan barangkali juga kerana sokongan daripada ADUN-ADUN PAS dan PAN, membuatkan dia rasa, dia mampu memulangkan paku buah keras sekaligus merendah-rendahkan keintelektualan orang Kedah.

Sepatutnya Mukhriz perlu sedar, dia berada di Kedah malah mendapat kuasa dan nama di Kedah adalah kerana bapanya, bukan kerana dirinya sendiri. Kalau dia berasakan, seluruh rakyat Kedah akan bersama-samanya dan UMNO Kedah akan tertungging hanya kerana dia telah dijatuhkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah, Mukhriz dan para penyokongnya tersilap besar.

Ini jelas bagaimana, Mukhriz hanya bersendirian di DUN Kedah walaupun masih di bangku ADUN-ADUN Kerajaan negeri. Soalan-soalannya yang dianggap dapat 'membunuh' dan mematikan Ahmad Bashah, hanya sekadar menampakkan kelemahannya selaku kepala pentadbir Kedah sebelum ini.

Menggunakan modal Lapangan Terbang Kulim yang menjadi buah fikirannya sewaktu bergelar Menteri Besar Kedah dahulu, Mukhriz bertanyakan kepada Ahmad Bashah (Bakar Bata), tentang progresnya. Malahan menyindir sekiranya Kedah tidak mempunyai wang, sepatutnya Ahmad Bashah merengek meminta bantuan daripada 1MDB.

Hasilnya, Mukhriz Mahathir dibalun oleh rakan sepasukan sendiri. Tiada seorang pun yang sebelum ini dikatakan menganggotai pasukannya, yang bangun membela Mukhriz, sebaliknya Mukhriz disindir kerana tidak berbuat sesuatu untuk merealisasikan pembinaan lapangan terbang ciptaannya itu semasa menjadi Menteri Besar Kedah, sebaliknya sekadar bercakap dan terus bercakap, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada penghujung minggu untuk bersama-sama keluarganya.

Rumah Siap, Pahat Berbunyi...

Barangkali itulah yang lebih tepat diperumpamakan kepada Mukhriz.


Lapangan Terbang Kulim, hanyalah salah satu daripada angan-angan besar Mukhriz Mahathir. Mukhriz sendiri mengharapkan Kerajaan Persekutuan menyiapkan projek tersebut untuknya walaupun sebenarnya, peranan Kerajaan Persekutuan sangat kecil memandangkan ia adalah projek angan-angan seorang Menteri Besar yang cuba mencari pengaruh dan angkat kepala orang ramai.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah Ahmad Bashah seharusnya melupakan terus legasi angan-angan Mukhriz Mahathir terutama sekali Lapangan Terbang Kulim yang bukan sahaja akan memakan belanja yang sangat besar termasuklah untuk mempromosikannya, tetapi juga dari segi politik, akan berhadapan dengan kerugian besar.

Itu belum lagi melibatkan tanah-tanah orang Melayu Kulim yang akan dikorbankan sebagaimana projek-projek di bawah pentadbiran bapa si Mukhriz dahulu yang mengerjakan ekuiti Melayu dahulu tetapi labanya kemudian dinikmati oleh orang lain.

Cuma nampaknya, sehingga 2018, Ahmad Bashah dan ADUN-ADUN BN Kedah kenalah bersabar hati melihat kelibat Mukhriz di Dewan DUN. Dan kenalah juga menebalkan cuping telinga mendengar dia merengek-rengek menyalahkan orang lain tanpa sedar, semasa dia berkuasa dahulu, dia tidak berbuat apa-apa pun tetapi selepas hilang kuasa, baru sibuk nak tunjuk bagus.


PENTAKSUB MAHATHIR SERONOK SAKAN APABILA DUA UMNO CAWANGAN DI KELANTAN, TOLAK NAJIB!!!



Dua UMNO Cawangan di Kelantan - Lepan Simpol dan Banggol Judah - yang menolak kepimpinan Najib Abdul Razak, pastinya akan disambut sorak sorai oleh para penyokong dan pentaksub Mahathir. Maka sudah tentu jugalah, teori-teori besar tentang kepimpinan Najib ditolak oleh UMNO-UMNO Cawangan serta Bahagian akan menjadi buah mulut mereka.

Kata Ketua UMNO Cawangan Lepan Simpol, Sazmi Miah berkata, penolakan ke atas kepimpinan Najib itu adalah untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang. Alasan yang diberikannya ialah, sokongan akar umbi kepada Najib sudah berkurangan.

Sazmi Miah adalah Ahli Parlimen Machang dari tahun 2004 sehingga 2008. Selepas menjadi Ahli Parlimen, dia telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada PRU tahun 2008, Sazmi Miah kalah di tangan Saifuddin Nasution yang buat kali pertama bertanding dan datang ke Machang. Saifuddin Nasution menang dengan majoriti 1820 undi setelah membolot undi sebanyak 21,401 berbanding Sazmi Miah yang memperolehi undi sebanyak 19,581. Nama Sazmi Miah hilang lenyap dari aliran perdana politik negara. Tiada sebarang usaha yang dilakukannya walaupun UMNO-BN menang pada PRU-13 di Machang berwakilkan Ahmad Jazlan Yaakub.

Penolakan oleh UMNO Lepan Simpol dan Banggol Judah pastinya akan menjadi buah cakap yang paling disenangi oleh golongan yang menentang dan cuba menggulingkan Najib. Kata mereka, itu adalah indikasi yang menunjukkan kepimpinan Najib yang telah tertolak dan Najib wajar mengundurkan diri.

Terdapat hampir 22,000 UMNO Cawangan di seluruh negara. Beberapa UMNO Cawangan bermasalah seperti Lepan Simpol dan Banggol Judah, apatah lagi kedua-duanya merupakan Cawangan yang tidak menyumbang pun kepada kemenangan UMNO-BN, bukanlah indikasi yang baik sebagaimana yang diharapkan oleh para pentaksub Mahathir.

Bagaimana dengan lebih 20,000 UMNO Cawangan lain yang memberikan sokongan kepada Najib? Adakah UMNO-UMNO Cawangan tersebut tidak diambil kira hanya kerana sebilangan kecil UMNO Cawangan yang menolak kepimpinan Najib?

Tapi elok jugalah... sekurang-kurangnya nampaklah sebenarnya orang yang jadi JELATANG GAJAH dalam UMNO nih... menangnya tidak, kerjanya untuk UMNO tidak, tetapi berpolitik untuk mengejar dan membesarkan tembolok sendiri, cukup bijak....


Sunday, April 24, 2016

BINATANG MALAYSIAKINI YANG CUBA BUAT ONAR, KINI JADI BURUAN POLIS!!!



Polis berkata, mereka sedang menyiasat wartawan Malaysiakini di bawah Kanun Keseksaan selepas enam laporan polis dibuat berhubung artikel yang ditulis membabitkan sebuah seminar di Sibu, Sarawak. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SACP Dev Kumar berkata, wartawan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana cuba mengganggu ketenteraman awam. 

Bagaimanapun, polis berkata, mereka tidak tahu menahu yang wartawan tersebut telah diarahkan pulang ke Semenanjung.

"Kami tidak mengetahui yang dia telah diminta meninggalkan Sarawak oleh majikannya," katanya.

Seksyen 505 (c) membabitkan sebarang kenyataan, khabar-khabar angin atau laporan 'yang berniat untuk menghasut' atau 'yang berniat untuk menghasut mana-mana orang dalam masyarakat untuk melakukan kesalahan ke atas orang atau pihak lain.'

Sekiranya didapati bersalah, orang yang didakwa boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. 

Laporan-laporan polis telah dibuat ekoran penerbitan dan penyiaran artikel yang memetik kenyataan ADUN Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee sebagai berkata, rakyat Sarawak perlu mengundi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Negeri supaya 'pemimpin Islam boleh terus mengetuai kerajaan Sarawak.'

Annuar mendakwa, artikel tersebut telah memutarbelitkan ucapannya dalam sebuah seminar di Sibu. 


MUKHRIZ KENA MENUNTUT ILMU PEMBOHONG TAHAP TINGGI DARIPADA BAPANYA LAGI!!!



Tak tahulah di mana sebenarnya kegeniusan dan kebijakan Mukhriz Mahathir sebagaimana yang didakwa oleh para penyokong dan pengkagumnya. Barangkali kalau tanpa Mahathir di hujung namanya, Mukhriz bolehlah disamakan dengan pak lawak-pak lawak sarkas yang terpaksa menyolek muka mereka dengan mekap tebal bagi mengelakkan orang melawakkan dan menggelakkan mereka ketika mereka sedang berak!

Para penyokong dan pengkagumnya yang sudah tidak dapat menjawab dan bingung untuk membela Mukhriz sentiasa berkata, buat apa menyerang Mukhriz dan adakah dengan menyerang Mukhriz dan bapanya, sokongan kepada UMNO dan Najib akan bertambah?

Jawapannya mudah, membiarkan Mukhriz dan Mahathir meneruskan pembohongan dan tindak tanduk mereka juga, lebih cepat menjahanamkan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Mukhriz dan Mahathir juga tidak menambah baik UMNO, BN dan Najib.

Selepas ditanya oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Mukhriz cuba menunjukkan yang dia seorang naif. Pertanyaan balasnya, bagaimana seorang ADUN boleh terus menjadi Perdana Menteri kerana Perdana Menteri memerlukan kerusi Parlimen, benar-benar membodohkan orang ramai. 

Muhyiddin Yassin adalah contoh paling dekat, bagaimana seorang ADUN boleh bertukar menjadi Ahli Parlimen. Najib Abdul Razak juga daripada seorang ADUN yang merupakan Menteri Besar Pahang, bertukar menjadi Ahli Parlimen selepas mendapat pangkat tinggi di dalam UMNO.

Mukhriz nampaknya perlu belajar berbohong lagi, terutama pada tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang bapanya lakukan. 

Contoh terbaik pembohongan bapanya ialah, semasa memberitahu media Singapura bahawa tiada sesiapa pun yang memprotes ke atasnya dan menuntut perletakan jawatannya walaupun pada tahun 1987-88, wujudnya gerakan Ku Li-Musa yang hampir menumbangkannya dan Mahathir terpaksa membiarkan UMNO asal diharamkan oleh mahkamah. Manakala pada tahun 1998-2003 Gerakan Reformasi yang menyaksikan Mahathir terpaksa bergadai dengan Suqui dan Dong Zhong demi kelangsungan kewujudan dan kemenangannya sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. 

Kesemua maklumat tentang peristiwa tersebut boleh diperolehi dengan mudah terutama yang membabitkan Reformasi apabila bermulanya era media sosial. 

Mukhriz cuba memutarbelitkan kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri yang berkata, Mahathir mahukan Mukhriz menjadi Perdana Menteri yang mana Mukhriz cuba menafikanya dengan berkata, dia tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk jawatan tersebut. 

Reaksi daripada kenyataan Mukhriz itu, SUA PM bertanyakan beberapa soalan mudah: 

"Mengapa bertanding jawatan Naib Presiden UMNO sekiranya tidak berminat, tiada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri?"

Berbanding menjawab soalan mudah itu secara berterus-terang, Mukhriz memberikan tiga alasan yang mana kesemuanya tidak boleh dipakai!

"Saya hanyaah seorang ADUN dan bukannya Ahli Parlimen. Perdana Menteri tidak akan memilih saya sebagai Senator semata-mata bagi membolehkan saya mengambilalih jawatan Perdana Menteri."

Ini adalah jawapan yang bolehlah dianggap cuba membodoh-bodohkan pembaca. Pertama, tiada sesiapa pun yang berkata, dia perlu menjadi Perdana Menteri terus selepas menjadi Naib Presiden. Teorinya ialah Mahathir mahukan Mukhriz menjadi Perdana Menteri akhirnya dan merintis ke arah itu dengan menggunakan orang seperti Muhyiddin Yassin yang rahsianya banyak dipegang oleh Mahathir. 

Mukhriz sendiri adalah Ahli Parlimen Jerlun pada tahun 2008 dan tiada sesiapa pun yang menafikan bahawa dia boleh kembali bertanding sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2018 selepas Najib dipaksa melepaskan jawatan kepada Muhyiddin Yassin atau sesiapa sahaja. Jadi, tidak perlulah sebenarnya bercakap tentang Senator.

Alasan kedua, menjadi Naib Presiden tidak semestinya akan membolehkan kita menjadi Presiden dan kemudian Perdana Menteri. 

Dah habis alasan ler kut, sampaikan alasan macam ni pun, Mukhriz terpaksa gunakan. Memang benar, menjadi Naib Presiden bukanlah jaminan menjadi Presiden dan perdana Menteri tetapi tanpa jawatan Naib Presiden bermakna, tugas untuk menjadi Presiden menjadi lebih sukar. Jawatan Naib Presiden adalah langkah paling dekat kepada jawatan Presiden.  

Alasan Ketiga: Kita tidak perlu menjadi Yang Berhormat (YB) untuk bertanding jawatan Naib Presiden. 

Dalam tiga-tiga jawapan ini, ini jawapan paling bangang yang mampu diberikan oleh anak bekas Perdana Menteri yang diuwar-uwarkan sebagai mewarisi kebijaksanaan bapanya.

Bukankah lebih mudah kalau Mukhriz mengatakan, dia mahu menjadi Perdana Menteri kerana bapanya mahukan dia menjawat jawatan tersebut. Dan itulah sebab mengapa bapanya begitu marah apabila dia kalah pada 2013 dan menuduh Najib serta UMNO bersubahat mengalahkan Mukhriz. Mahathir turut melontarkan pelbagai tuduhan selepas kekalahan Mukhriz dan meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas tetapi kemudian menarik kembali perletakan jawatannya sebelum merancang dan menjadi dalang menumbangkan Najib selepas itu. 

Tidak bolehkah Mukhriz belajar menjadi jujur atau paling belajar menjadi PEMBOHONG YANG SAMA HEBAT DENGAN BAPANYA?


BOSAN DENGAN PERANGAI LIM GUAN ENG YANG MACAM TERBERAK DALAM SELUAR, ABDUL RAHMAN DAHLAN MINTA GUAN ENG SERETNYA KE MAHKAMAH!!!



Barangkali sudah bosan kerana Lim Guan Eng asyik menyalak dan meroyan kerana debat mereka terpaksa ditangguhkan, Abdul Rahman Dahlan mencabar Lim Guan Eng agar menyamannya ke mahkamah demi mempercepatkan penelanjangan skandal Guan Eng.

Pelbagai pihak termasuklah PDRM dan SPRM telah mendesak agar perdebatan antara Lim Guan Eng dan Abdul Rahman Dahlan yang membabitkan skandal tanah Taman Manggis dan hartanah Jalan Pinhorn yang diperolehi oleh Lim Guan Eng dengan harga murah selain pembabitkan Phang Li Koon, dibatalkan dengan alasan, perdebatan tersebut mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Berbanding kes-kes yang lain terutama yang membabitkan Kerajaan dan pemimpin Kerajaan UMNO-BN, SPRM dilihat terlalu lambat, malah hampir tidak menunjukkan progres langsung dalam kes membabitkan Lim Guan Eng-Phang Li Koon dan DAP.

Mungkin kerana keterbatasannya selaku Menteri Kabinet, maka Abdul Rahman mencabar Lim Guan Eng untuk menyamannya atas dakwaan menfitnah selepas Lim Guan Eng mengejek-ejeknya konon, takut hendak berdebat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Lim Guan Eng menunjukkan sikap 'samseng jalanan yang tidak bertamadun' berbanding sebagai seorang Ketua Menteri yang berintegriti.

"Sekiranya dia fikir, pendedahan yang saya buat adalah satu penipuan, saman sajalah saya kerana buat fitnah. Saya dengan penuh gembira akan bertemunya di mahkamah, Sebagai samseng jalanan, dia bijak menggunakan kedudukan saya dan saranan IGP serta SKMM, kononnya saya pengecut," kata Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Kota Belut dalam Twitternya.

Jawapan Abdul Rahman itu adalah ekoran dakwaan Lim Guan Eng kononnya Abdul Rahman perlu mengaku bahawa dia telah kalah dan takut untuk berdebat secara langsung dengannya.

Debat yang sepatutnya dilangsung antara kedua-duanya membabitkan tanah skandal Taman Manggis dan hartanah di Jalan Pinhorn, telah dibatalkan atas nasihat serta desakan panel SPRM dan Ketua Polis Negara.


JADAH DAN KEKELDAIAN APA FESYEN BAJU RAYA AIDILFITRI TANPA BAJU?



Koleksi baju raya yang diilhamkan oleh pereka Anuar Faizal dikecam selepas membabitkan rekaan yang dilihat tidak sesuai untuk digayakan semasa Aidifitri.

Koleksi yang dinamakan Eid by Anuar Faizal itu memperaga sesetengah model yang mengenakan koleksi yang hanya berseluar.

Tindakan Anuar memuat naik beberapa keping gambar rekaannya laman sosial Instagram menarik perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.

Seorang netizen, Afiqqkamal menyifatkan ia fesyen yang tidak bijak ekoran rekaannya itu mendedahkan aurat.

“Bodohnye la hai fesyen Baju Melayu macam ni, siap dedah aurat” katanya.

Selain, “Raya 2016 tidak ada baju, tahun 2017-2018 pakai spender dan bikini sahaja, yang penting selitkan warna-warna Aidilfitri,” kata abam_ad96 pula.

Tidak kurang yang menyokong dan menyifatkan rekaan Anuar sebagai di luar kotak pemikiran pereka biasa.

“Creative people thinks outside the box.. good job,” kata ronn_luffy.

Bagaimanapun, sehingga kini Anuar masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai rekaanya itu. - FMT


SARAWAK WAJIB BERKETUA MENTERIKAN BUKAN ISLAM KERANA PEMIMPIN ISLAM ADALAH PEROMPAK DAN PENJARAH, KATA KOLABORATOR DAP!!!


\

Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP semakin galak bermain dengan isu perkauman dan keagamaan di Sarawak. Selepas mereka berjaya menghancurkan toleransi dan semangat muhibbah di kalangan antara kaum di Semenanjung, kini mereka membawa pula barah itu ke Sarawak menerusi PRN yang akan menyaksikan undi-undi pemilih direalisasikan pada 7 April nanti.

DAP dan Pakatan Harapan seringkali mendabik dada kononnya mereka tidak mengamalkan budaya perkauman, keagamaan mahupun membeza-bezakan masyarakat walaupun hakikatnya merekalah yang paling kuat mengamalkan rasisme dan menghina agama Islam. 

Dan ini terbukti dalam siri kempen dan ceramah calon-calon DAP di Sarawak termasuklah kempen yang dijalankan oleh penyokong DAP di portal-portal dalam talian. 

Mariam Mokhtar yang diketahui penyokong kuat Pakatan Harapan khususnya DAP, sekali lagi menulis di dalam 'The Ant Daily' sekaligus membuktikan rasisme dan anti-Islam mereka tidak dapat disorok dan dibendung. 

Menurut Mariam: 

"Rakyat Sarawak telah melihat bagaimana para pemimpin Islam di Putrajaya telah merompak dan menghancurkan negara ini dan kemudian membahagi-bahagikan rakyat Malaysia. Rakyat Sarawak juga menderita di bawah Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri. Jadi, mengapa harus letakkan kepercayaan kepada para pemimpin Islam lagi?" - THE ANT DAILY

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, Adenan Satem telah menjalankan tugasnya selaku Ketua Menteri Sarawak dengan penuh berkesan sepanjang dua tahun perlantikannya dan popularitinya telah mendahului semua isu perkauman dan keagamaan walaupun dia sendiri adalah seorang Islam. 

Mungkin kerana itulah, Mariam Mokhtar atau kolaborator Pakatan yang bercita-cita untuk melakukan ethnic cleansing dan perampasan tanah secara besar-besaran seperti di Pulau Pinang berkata, pemimpin beragama Islam tidak boleh dipercayai dan Sarawk perlu memiliki Ketua Menteri yang bukan beragama Islam. 

Inilah permainan sebenar Pakatan Harapan, sama ada pemimpin mahupun media pro mereka yang menjadikan perkauman dan keagamaan sebagai asas penting perjuangan mereka. Mereka tidak dapat melepasi kepopularitian Adenan Satem, justeru mereka sekarang beralih kepada peraminan bangsa-agama pula. 

Apa yang mereka lakukan ialah sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian kumpulan-kumpulan sayap kanan dalam UMNO untuk bertindak sembrono. Justeru, permainan ini sebenarnya lebih kepada memerangkap UMNO sekaligus membenarkan tuduhan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.



Tontoni klip video membabitkan ADUN DAP Pending, Violet Yong Wui Wui pada PRN tahun 2011 apabila secara jelas - terutama sekali sewaktu dia berucap dalam Bahasa Cina - memainkan isu perkauman tanpa sedikit pun berasa bimbang.

DAP seringkali berkata mereka tidak akan menggunakan isu perkauman atau keagamaan tetapi hakikatnya sangat jauh berbeza, terutama sekali apabila mereka mula bercakap dalam Bahasa Cina. 

Klip video di atas adalah buktinya!


MUKHRIZ MAHATHIR TERUS DIASAK PERSOALAN MUDAH TETAPI SUKAR DIJAWAB SELEPAS BERBOHONG!!!



23 April 2016

1. Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam semua akhbar asing semalam berkata bahawa beliau tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi kenapa beliau bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2013?

2. Setiap orang dalam politik Malaysia tahu bahawa hanya seseorang yang mahu menjadi Presiden UMNO, sekaligus dilantik sebagai Perdana Menteri, akan menduduki kerusi sebagai Naib Presiden. Ia merupakan satu langkah utama untuk menjawat jawatan tertinggi tersebut.

3. Mungkin kerana beliau sudah kalah dalam pertandingan maka Dato 'Seri Mukhriz memilih jalan yang sebaliknya dengan berkata beliau tidak mahu menjawat jawatan tersebut. Atau mungkin kerana beliau telah diberitahu untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad. Tetapi kita semua tahu bahawa beliau sendiri mahupun ayahnya mahukan beliau untuk menjawat jawatan tersebut, kerana beliau telah bertanding dalam pilihan raya sebagai Naib Presiden.

4. Semalam, Dato 'Seri Mukhriz juga berkata beliau akan menyaman saya jika saya tidak menarik balik komentar saya mengenai ayahnya menjanjikan Tan Sri Muhyiddin Yassin jawatan Perdana Menteri, dengan pemahaman bahawa beliau akan menyerahkannya kepada Dato' Seri Mukhriz .

5. Tetapi ada cara yang lebih cepat untuk Dato 'Seri Mukhriz dan bapanya untuk menghentikan semua spekulasi mengenai Tun Mahathir sedang 'membuka jalan' untuk anaknya. Tun Mahathir hanya perlu mengumumkan siapa yang beliau mahu sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Mengapa beliau selalu mengelak daripada menjawab satu soalan mudah tetapi penting ini? Kenapa beliau secara konsisten mengelak untuk menyatakan perancangannya bagi masa depan politik Dato 'Seri Mukhriz?

6. Jika Tun Mahathir mahu usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri mempunyai kredibiliti, beliau sekurang-kurangnya mesti memberi jawapan yang kukuh mengenai siapa yang layak untuk calon alternatif. Jika beliau masih enggan, beliau perlu menghentikan kekacauan seperti ini kepada Malaysia dan menjalani tempoh persaraan beliau sepertimana yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bekas negarawan.

7. Ia adalah berkenaan semua rakyat, bukan hanya seorang lelaki, yang di letakkan di bawah Perlembagaan dan berhak secara demokrasi untuk memilih Kerajaan dan Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.


DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI


NOTA: 

Untuk apa Mukhriz Mahathir bertanding jawatan di dalam UMNO kalau alasannya, dia ingin menyumbang kepada parti kerana kebanyakan penyumbang utama kewujudan dan keutuhan UMNO adalah dari kalangan mereka yang tidak berjawatan di dalam parti. 

Dengan usia yang terlalu mentah di dalam politik UMNO, Mukhriz melepasi semua orang yang lebih senior dan lebih lama berjuang, sekarang ini Mukhriz ingin mengungkit budi dan jasanya? Jasa apa yang telah diberikan oleh Mukhriz kepada UMNO, khususnya di Kedah? Mukhriz hanyalah anak patung yang diarak semasa PRU-13 di Kedah tanpa dia berbuat apa-apa pun, manakala semua kerja, sama ada dari kempen mahupun perancangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang lain yang diketuai oleh Ahmad Bashah.

Kejatuhan dan kehilangan jawatan Mukhriz akan menyebabkan UMNO akan kehilangan kerajaan di Kedah? Sepanjang Mukhriz berada dan berjawatan di Kedah pun, dia tidak cuba untuk mengembangkan kuasa serta mengukuhkan pengaruh UMNO-BN di Kedah. Mukhriz hanya menjual dirinya dengan kehidupan yang berpura-pura dan jauh dari realiti berbanding ketika dia berada di Kuala Lumpur atau di luar negara. 

Kini Mukhriz bertukar rupa menjadi pejuang rakyat? Hanya setelah kehilangan jawatan dan tidak lagi disediakan karpet merah sepertimana sebelum ini?

Mukhriz elok jawab sahaja soalan-soalan Tengku Sariffudin atau menumpukan perhatian kepada keluarga atau perniagaannya tanpa bergantung kepada kontrak GLC lagi kalau betul dia berkebolehan. Dunia dan kerjaya politiknya bolehlah dianggap sudah jahanam kerana perbuatan dan sikapnya sendiri. 



Saturday, April 23, 2016

MUKHRIZ NAK PEMBOHONG APANYA YANG DIA TIDAK BERMINAT DAN TIDAK ADA CITA-CITA NAK JADI PERDANA MENTERI?



Kata Mukhriz Mahathir, dia tidak berhajat dan tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebaliknya tuduhan yang mengatakan, dia akan menjadi Perdana Menteri adalah satu dongengan yang kalau tidak ditarik balik, akan dibalas dengan saman. 

Selepas kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz seperti orang gila meroyan. Tempat-tempat yang tidak pernah dilawati dan dijejaki, didatangi untuk para penduduk mendengar masalahnya. Masalah-masalah penduduk yang tidak pernah mahu didengar atau diselesaikan semasa dia menjadi Menteri Besar Kedah, kini menjadi masalah yang didendang-dendangkannya. Kedah yang hanya wujud dalam dirinya pada beberapa hari dalam seminggu, kini sudah menjadi kampung halamannya. 

Mukhriz giat berkempen walaupun peminatnya semakin berkurangan. Sandaran kepada bapanya, juga tidak menampakkan hasil yang baik apabila semakin ramai yang sedar dan mula mendedahkan tentang kepalsuan semangat kebangsaan Mahathir yang sebenarnya lebih berpihak kepada taukeh-taukeh konglomerat yang sama dengan projek-projek mega yang sekadar boleh dipandang dan dibangga tetapi tidak boleh disertai seperti KLCC, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sirkit F1 Sepang dan sebagainya. 

Walaupun sudah bernada pembangkang dan pengkhianat, Mukhriz tetap enggan mengakuinya, sebaliknya berkata, hanya mahu menggulingkan Najib tetapi mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai kerajaan dengan kerjasama DAP dan PKR. 

Nama Mukhriz Mahathir dalam arena politik Malaysia hanya muncul selepas bapanya mengumumkan perletakan jawatan selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Mukhriz dilihat sebagai pengganti Mahathir. Dia memasuki arena politik dengan bertanding dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO yang menyaksikan Mukhriz kecundang di tangan Khairy Jamaluddin.

Kemudian dalam pemilihan seterusnya, Mukhriz bertanding pula merebut salah satu daripada jawatan Naib Presiden UMNO.

Itulah yang dipersoalkan. 

Kalau benar dia tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri, untuk apa dia bertanding sebagai Naib Presiden UMNO yang kemudiannya menyaksikan permusuhan antara Tun Mahathir dengan Najib tercetus pada tahun 2013. 

Jawapan yang diberikan oleh Mukhriz kepada akhbar-akhbar luar negara itu amat aneh dan langsung tidak jujur!

Sedangkan pada masa yang sama, bapaya pula menuduh UMNO dan Najib telah menyebabkan kekalahan Mukhriz pada tahun 2013. Bukankah beberapa bulan selepas Mukhriz kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden, Mahathir melepaskan kemarahan dan meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas atas alasan 'kesihatan' tetapi menariknya kembali perletakan jawatan tersebut tidak lama kemudian?

Adakah Mukhriz fikir semua orang tidak nampak pertalian dan kaitan tersebut untuk dia berbohong dan mencari simpati?


BETINA OINK-OINK MALAYSIAKINI KELAM-KABUT LARI BALIK SEMENANJUNG SEBAB TAKUT!!!



Perbuatannya dengan sengaja memainkan isu perkauman dan keagamaan sebagai kempen Malaysiakini untuk memenangkan DAP, telah memakan dirinya.

Dua hari sudah, dia berlagak besar kepala kerana berasakan terlindung oleh DAP selain cukup yakin, semua tulisannya itu akan mencetuskan sentimen sekaligus melindunginya daripada sebarang natijah perundangan.

Setelah dua hari dan beberapa laporan polis dibuat, akhirnya Kow Gah Chie, BINATANG MALAYSIAKINI, cabut lari meninggalkan Sarawak dan pulang semula ke Semenanjung.

Difahamkan, Editorial Malaysiakini pada jam 2:00 petang tadi telah mengarahkan Kow Gah Chie segera keluar dari Sarawak bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang kerana cubaan mencetuskan permusuhan kaum dan agama di negeri itu.

Wartawan tersebut dikatakan telah menaiki penerbangan pulang dengan pesawat Air Asia jam 6:00 petang tadi.

Sebelum ini, wartawan tersebut telah menulis berita bertajuk, "UNDI BN UNTUK PASTIKAN UMAT ISLAM JADI KM SARAWAK' yang dipetik di luar konteks ucapan penyandang DUN Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee, yang telah telah menyebabkan wujudnya kekeliruan umum.

Dr. Annuar telah menafikan laporan tersebut dan mencabar wartawan tersebut agar menyiarkan keseluruhan ucapannya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil oleh Dr. Annuar ke atas wartawan tersebut serta portal Malaysiakini yang cenderung untuk menyebarkan berita fitnah sebelum meminta maaf setelah dihantar perintah bela diri kerana saman fitnah.


SETELAH MENFITNAH SARAWAK DAN ADENAN SATEM, NGA KOR MING MENGAMUK TAK DIBENARKAN MASUK KE SARAWAK!!!



Nga Kor Ming tidak berpuas hati kerana daripada 10 orang ahli DAP Perak yang berada dalam rombongannya, hanya dia sahaja yang dihalau keluar dari Sarawak ketika dia dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Sibu.

Nga Kor Ming bertanya, adakah menjadi satu kesalahan baginya untuk berkongsi kasih sayang bersama-sama rakyat Sarawak. Katanya, dia sayangkan Sarawak dan sanggup berkongsi pilihan alternatif dengan rakyat Sarawak.

Barangkali Nga Kor Ming terlupa, dua bulan lalu, dia telah menfitnah Adenan Satem dengan teruk dan langsung tidak beretika. Dia sengaja memutarbelitkan kenyataan Adenan Satem dan cuba menyemarakkan perangai perkauman yang sudah sebati dengannya apabila menyiarkan berita kononnya, Adenan Satem menghalau orang Cina balik ke Tongsan!


Tidak sekali pun, Nga Kor Ming meminta maaf di atas keterlanjurannya. Sebaliknya dia semakin galak menfitnah Sarawak dan Adenan Satem sehinggakan sekeping gambar yang telah diketahuinya ianya adalah pemandangan biasa di sebuah pedalaman di Indonesia, difitnah kononnya itu adalah situasi di Sarawak yang jauh mundurnya.

Nga Kor Ming berhadapan dengan beberapa saman fitnah terutama membabitkan Perdana Menteri dan isterinya. Pada 15 Jun 2015, Perdana Menteri dan isterinya telah menyaman Nga Kor Ming selepas Ahli Parlimen Taiping itu memuatnaik gambar berunsur fitnah ke atas mereka di Facebook pada Mac tahun yang sama.


17 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Nga Kor Ming untuk membatalkan saman fitnah Perdana Menteri dan isteri ke atasnya. Mahkamah memutuskan, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor mempunyai locus standi untuk meneruskan kes tersebut.

Penghujung 2014, Nga Kor Ming didedahkan bersama-sama dengan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham memiliki kawasan pembalakan yang luas di Hulu Kelantan yang terlibat dalam banjir besar. Banjir besar lumpur dan kayu balak itu telah melanda kawasan berhampiran lokasi pembalakan syarikat yang dimiliki oleh Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Ketika bantuan daripada pelbagai pihak khususnya Barisan Nasional dan UMNO dihantar ke Hulu Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir lumpur dan balak, Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham sekadar membuat penafian syarikat mereka adalah penyebab banjir lumpur dan balak itu. Malah mereka mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkan mereka dan syarikat mereka dengan malapetaka itu.




BINATANG MALAYSIAKINI TIDAK BOLEH DIAJAR DENGAN CABAR, SEBALIKNYA PERLU DIHERET UNTUK SAMAN FITNAH DI MAHKAMAH!!!



Selepas The Malaysian Insider (TMI) tutup operasi, tinggallah Malaysiakini sebagai pembuat fitnah terbesar yang tidak tercabar, meskipun terdapat beberapa portal lain yang turut cuba menyaingi kehebatan Malaysiakini membuat fitnah dan tohmahan liar.

Dan bukan rahsia lagi siapa yang menaja kewangan Malaysiakini walaupun pada masa yang sama, Malaysiakini turut mendapat sumber kewangan dari pengiklanan membabitkan GLC biarpun telah didedahkan berulang-ulang kali bahawa Malaysiakini dibiayai oleh George Soros.

M.O Malaysiakini amat jelas iaitu menjadikan Islam, Melayu dan Bumiputera sebagai musuh Malaysia. Imej Islam, Melayu dan Bumiputera berada pada tahap paling rendah dalam persepsi Malaysiakini. Jadi, dalam apa cara sekalipun, Malaysiakini akan berusaha MEMBABIKAN Islam, Melayu dan Bumiputera apabila mendapat peluang.

Pilihanraya Negeri Sarawak menyaksikan Malaysiakini menghantar wartawan-wartawan totok kecinaan dan berhati khowloon mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk memburuk-burukkan Bumiputera dan Islam. Wartawan-wartawan totok yang tidak pernah bercampur dengan kaum-kaum lain.


Sama ada tidak faham bahawa politik perkauman dan agama tidak wujud di Sarawak, atau gagal memahami Bahasa Inggeris atau sememangnya telah ditanam dengan sifat terlaknat dalam dirinya, wartawan Malaysiakini, Kow Gah Chie melihat peluang terbaik untuk menaikkan sentimen anti orang Islam di Sarawak dengan membuat laporan fitnah ke atas calon BN DUN Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee. 

Ucapan Dr. Annuar Rapa'ee agar para pengundi memilih dan mengundi BN untuk mengekalkan Adenan Satem sebagai Ketua Menteri, telah ditukarkan oleh wartawan Malaysiakini itu sebagai UNDI BN UNTUK KEKALKAN KETUA MENTERI ISLAM.

Annuar yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS), berucap di hadapan kira-kira 400 orang hadiri yang menghadiri forum bertajuk, 'Keluarga dan Kepimpinan Islam'. Dalam ucapannya, dia hanya menyentuh tentang pentingnya mengundi BN serta mempertahankan kepimpinan sedia ada kerana kepimpinan itu mendapat sokongan meluas atas layanan adil antara masyarakat Islam dan penganut agama lain.

"Saya sendiri sejak kecil hidup berjiran dengan masyarakat daripada kaum lain. Adakah saya terlalu dungu sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu? Kita di Sarawak tidak berpolitik dengan isu perkauman. Kita memperjuangkan keperluan dan membela nasib rakyat," kata Dr. Annuar.


Menurutnya, dia juga telah memberi penjelasan lanjut ketika ditanya oleh wartawan tersebut tetapi binatang Malaysiakini itu memilih untuk tidak menyiarkan penjelasan itu, sebaliknya secara sengaja mengaitkan agama Ketua-Ketua Menteri terdahulu serta membuat perbandingan jumlah penganut
agama di Sarawak.

Dr. Annuar telah membuat cabaran kepada wartawan Malaysiakini yang berasal dari Semenanjung itu. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh Dr. Annuar atau mana-mana pemimpin politik dari Sarawak.

Satu-satunya cara untuk mengajar BINATANG MALAYSIAKINI itu adalah dengan mengheret dan menyaman fitnah dengan kadar kerugian berjumlah besar selain tidak menerima permohonan maaf dan penarikan kembali artikel seperti yang diamalkan sebelum ini.

Itu sahaja cara untuk mengajar penfitnah-penfitnah tegar yang mewakili DAP itu!!!


JAHAT TAKTIK DAP DI SARAWAK, PENDUDUK TAK MAMPU BAYAR YURAN GUAMAN, DIMINTA SERAHKAN TANAH MEREKA!!!



Menjadi persoalan penyokong Pakatan Harapan Sarawak mengapa berlaku perpecahan serta perebutan kerusi antara DAP dan PKR untuk ‪#‎PRNSarawak11‬ini.

DAP Sarawak secara tiba-tiba fokus kepada kawasan luar bandar sedangkan mereka tidak berjaya dikawasan bandar.

Hakikat dan fakta kawasan bandar dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Menurut SUMBER DALAMAN DAP, dibawah adalah sebab mengapa DAP sanggup 'merampas' kerusi dari PKR Sarawak:

1. Kawasan tanah yang begitu luas di Sarawak

2. Contoh gerakan kejayaan DAP Pulau Pinang merampas tanah milik orang miskin (Taman Manggis) akan diimplimentasi di Sarawak.

3. DAP sudah menang kawasan bandar, mereka perlu merampas tanah diluar bandar yang mana kerusi-kerusi sasaran akan menjadikan kawasan jajahan DAP bercantum dan semakin luas.

STRATEGI DAP:

1. Memenangi hati penduduk luar bandar terutama masyarakat Dayak yang mana majoriti pemilik tanah di kawasan tersebut dan khasnya Dayak adalah rakyat majoriti di Sarawak.

2. Mengaburi mata rakyat pedalaman dengan projek-projek kecil

3. Membangkitkan isu tanah untuk tujuan menawarkan khidmat guaman sebagai umpan untuk membantu kes-kes berkaitan tanah.

PENEMUAN BUKTI: (maklumat dari penyokong PKR Sarawak)

Temubual bersama 'mangsa' yang telah ditawarkan khidmat guaman oleh wakil DAP Sarawak. Menurut beliau, "kami mula-mula fikir mereka (DAP) bagi service (guaman) free..tapi akhirnya mereka minta bayaran..kami tidak cukup duit...sebahagian tanah kami terpaksa bagi mereka"

# Diharap anda semua bersabar menunggu pendedahan dokumen serta video mengenai strategi DAP di Sarawak.



PENTAKSUB MAHATHIR CUBA SABOTAJ BN SARAWAK DENGAN MEMOMOKKAN CERITA UMNO MASUK SARAWAK MENERUSI PEMIMPIN PBB!!!



Pentaksub Mahathir yang selama ini sangat bergantung kepada segala macam teori dan langsung tidak memerlukan dalil dan bukti, kembali mengaktifkan pembohongan dan fitnah mereka demi kelangsungan nama Tun Dr. Mahathir.

Dalam hampir kesemua isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dan pentaksub-pentaksubnya, ternyata jelas, mereka adalah penipu dan pembuat fitnah. Dan apabila Mahathir bersama-sama dengan Lim Kit Siang serta Mat Sabu dalam usaha untuk menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri dan UMNO sebagai parti politik tulang belakang Barisan Nasional yang menjadi kerajaan negara ini, pembohongan serta fitnah itu semakin jelas.

Penjelasan yang dibuat oleh Menteri Luar Arab Saudi dengan pinjaman RM2.6 bilion sudah menjadi liang lahad buat Mahathir dan pentaksubnya sehingga mereka terpaksa mencipta cerita lain yang lebih sensasi tetapi kurang mendapat perhatian. 

Pilihanraya Negeri Sarawak dilihat sebagai peluang terbaik untuk memburuk-burukkan Najib sekaligus menjatuhkan Najib dan kerajaan yang ada pada hari ini. 

Namun indikasi yang ada, tidak menunjukkan ke arah itu, sebaliknya Najib yang berulang-alik ke Sarawak dari Semenanjung lebih dari 50 kali, dilihat menjadi pemangkin dan ditambah pula dengan faktor Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak, sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional jauh lebih utuh berbanding sebelumnya. 

Ditambah pula pertentangan antara DAP dan PKR yang masih tidak dapat menyelesaikan peruntukan kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRN nanti serta beberapa perkembangan terkini membabitkan parti-parti kecil tempatan Sarawak yang bukan sahaja mengalihkan sokongan daripada menjadi hamba abdi DAP kepada mesra BN, Najib dan Adenan Satem kukuh di Sarawak.

Barangkali kerana itulah, pentaksub Mahathir terpaksa memomok-momokkan tentang UMNO yang sedang menyusup masuk dan berakar umbi di Sarawak. UMNO merupakan entiti yang paling dibenci oleh DAP dan UMNO juga sudah bertahun-tahun dimomokkan sebagai punca petaka negara, sekalipun kewujudan DAP sendiri adalah kerana toleransi Kerajaan UMNO.

Pentaksud Mahathir menyatakan, UMNO sedang memasuki negeri itu menerusi beberapa orang pemimpin PBB yang merupakan parti tulang belakang BN di Sarawak. Sabotaj tersebut sengaja dibuat agar rakyat Sarawak menjadi marah dan kemudian bertindak menentang Barisan Nasional. 

Walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa UMNO tidak akan masuk ke Sarawak sebagaimana Mahathir menjanakan UMNO di Sabah bagi menggantikan USNO dan kemudian bertindak menikam belakang Allahyarham Tun Datu Mustapha, pengasas USNO, tokoh yang menyertakan Sabah ke dalam Malaysia dan bekas Ketua Menteri Sabah yang berpengaruh apabila USNO dilihat terlalu kuat di Sabah dan bekerjasama dengan PBS yang dipimpin oleh Pairin Kitingan, namun pentaksub Mahathir tetap memomok-momokkan kebimbangan tersebut. Kebimbangan Mahathir bahawa dia akan kehilangan kuasa, telah menyebabkan Sabah kehilangan USNO buat selama-lamanya, cuba direalisasikan di Sarawak menerusi tindakan sabotaj yang cuba dilakukan oleh pentaksub.

Sepanjang sejarah pemerintahan BN di Sarawak, PBB telah memainkan peranannya yang utama dan berkesan. UMNO tidak diperlukan lagi di Sarawak berbanding Barisan Nasional. Apatah lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat di bawah Adenan Satem dan Najib  Abdul Razak sangat baik, tidak memungkinkan UMNO dibawa masuk ke negeri tersebut.

Menjelang tarikh akhir pembuangan undi, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak usaha sabotaj yang dilakukan oleh pentaksub-pentaksub Mahathir. Amat mudah untuk memahiri taktik mereka... jialau Mahathir tidak dapat menguasai dan mengawal UMNO-BN, tiada sesiapa pun boleh dan UMNO-BN perlu kalah dalam setiap pilihanraya.

Amat jelas, sekiranya orang-orang Mahathir cuba mensabotaj BN dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, tidak mustahil mereka akan turut mensabotaj Barisan Nasional pada PRU-14. Ini adalah kerana mereka terdiri daripada golongan manusia tamak yang tidak puas-puas dengan apa yang telah diperolehi pada zaman Mahathir dan mereka mengharapkan Najib akan turut memberikan dedak kepada mereka sebagaimana mereka dapat pada zaman Mahathir.

Ini kes proposal tak dilayan dan permintaan untuk menguasai sektor tertentu ditolak, membuatkan mereka meradang dan bertukar sifat menjadi 'pejuang rakyat' walaupun sebenarnya kerana sakit hati tidak dapat membolot lagi!!!

Cubaan sabotaj ini boleh dirujuk DI SINI sebelum dipadamkan oleh pemiliknya kerana si pemilik memang akan memadam semua entri selepas dibiarkan sehari dua kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang. Itu sudah menjadi amalannya semenjak dahulu lagi.


Friday, April 22, 2016

APAKAH TNB AKAN PAPA KEDANA KALAU BAGI REBAT KEPADA PENGGUNA SEPANJANG MUSIM EL-NINO INI?



El Nino yang membawa cuaca panas dan kering, masih lagi berlangsung di negara ini. Di beberapa bahagian, masalah bekalan air mulai menjadi masalah apabila bekalan air mentah semakin berkurangan. 

Namun di serata negara, bil elektrik pula menjadi bahan yang diperkatakan kerana berlaku peningkatan mendadak selama dua bulan kerana penggunaan elektrik yang berlebihan kesan daripada cuaca panas. 

Hawa panas pada zaman di mana pokok-pokok balak ditebang dan kawasan hutan diterangkan bagi tujuan komersial, tidak sama seperti zaman dahulu. Kalau zaman dahulu, cuaca panas atau lebih dikenali sebagai kemarau sekadar menggugurkan daun getah, tetapi cuaca panas zaman sekarang, telah menyebabkan beberapa nyawa melayang kerana kesan sampingan serius. 

Penggunaan tenaga berlebihan pada musim cuaca panas, adalah satu permintaan asasi, sama ada disengajakan atau tidak terutama sekali yang berkaitan dengan alat pendingin hawa dan peti sejuk. Ada yang bergantung kepada alat penghawa dingin sepanjang masa, terutama sekali di rumah-rumah pangsa yang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik sebaliknya bersifat memerangkap haba sepertimana yang terdapat dalam hampir kesemua rekabentuk rumah pangsa di negara ini.

Namun kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh sebahagian rakyat, menjadi keuntungan dan laba kepada sesetengah pihak. 

Justeru, memandangkan pengeluar tenaga di Malaysia - sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak - adalah bersifat monopoli, pelbagai pihak mula mendesak agar pihak pengeluar tenaga yang mencatatkan keuntungan berbilion-bilion ringgit setahun agar turut bertanggungjawab terhadap masyarakat pengguna mereka. 

Desakan PEMUDA UMNO dan Netizen agar pihak pengeluar tenaga seperti TNB memberikan rebat kepada rakyat sepanjang musim panas ini, semakin kuat kedengaran. Syarikat-syarikat pembekal tenaga seharusnya mengambil sikap prihatin terhadap masalah pengguna, dan tidak hanya seronok mengira keuntungan besar yang mereka akan nikmati pada penghujung tahun nanti.

Takkanlah syarikat-syarikat tenaga seperti TNB yang memonopoli pasaran tenaga elektrik di negara ini langsung tidak boleh mengorbankan sedikit daripada keuntungan berbilion ringgit mereka setelah mereka menikmati perniagaan tanpa saingan?

Adakah syarikat tenaga seperti TNB akan mengalami kerugian besar sehingga terpaksa menutup operasi hanya kerana memberikan rebat yang tidak seberapa kepada pengguna?



TAK WAJIB PELAJARI BAHASA MALAYSIA, ELOK BENARLAH SJKC DAN SJKT DIKELUARKAN DARI SISTEM PENDIDIKAN DAN PERUNTUKAN PENDIDIKAN NEGARA!!!



Semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tidak diwajibkan mempelajari subjek Bahasa Malaysia selama lima jam seminggu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon.

“Kami telah membincangkan isu ini dalam mesyuarat kementerian di mana saya telah menyuarakan kebimbangan yang dibangkitkan kumpulan pendidikan Cina.

“Mungkin pegawai pendidikan daerah belum dimaklumkan mengenai keputusan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.

Chong berkata demikian bagi menjawab pertanyaan yang SJK C tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa untuk mengikuti arahan untuk menambahkan masa untuk pembelajaran BM.

Menjelaskan bahawa ia adalah hak SJKC sama ada untuk meningkatkan masa pelajaran itu atau tidak, beliau berkata, adalah tidak benar murid sekolah ini masih perlu belajar Bahasa Malaysia selama 300 minit seminggu.

Mengikut garis panduan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan pada 2011, tempoh waktu belajar subjek Bahasa Malaysia bagi Tahun Satu hingga Tiga SJKC akan ditambah 30 minit bagi setiap satu daripada 10 waktu belajar seminggu.

Bagi Tahun Empat hingga Tahun Enam, ada lapan waktu seminggu dan pembelajarannya mengambil masa 30 minit setiap waktu itu.

Sesetengah ibu bapa murid SJK telah menyatakan kebimbangan mengenai penambahana masa untuk subjek Bahasa Malaysia yang mana mereka mendakwa akan menganggu peruntukan bagi pelajaran lain.