Pages

Friday, September 30, 2016

LAWAK AIR SELANGOR DAN AIR AZMIN ALI!!!



Mengkambinghitamkan seorang kakitangan yang kononnya digantung tugas kerana bekalan air terganggu di beberapa bahagian Selangor, merupakan taktik terbaharu untuk menutup kelemahan dan kepincangan Kerajaan Pakatan Selangor. Malah pada masa yang sama, cuba melindungi tindakan meluluskan kawasan industri di hulu sungai yang membekalkan air mentah.

Konon-kononnya pada 6 September lalu, Air Selangor telah menggantung SEORANG PEKERJANYA yang disyaki dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air sehingga menjejaskan 340,000 orang pengguna di Klang dan Petaling.

Penggantungan dibuat pada 6 September, manakala LAPORAN POLIS PULA HANYA PADA 9 SEPTEMBER!!!

Itu cerita gangguan bekalan air pada awal September... bagaimana pula dengan gangguan bekalan air serta pencemaran yang melibatkan bahan bertoksid dan berbau pada minggu lepas?

Siapa pula yang akan dikambinghitamkan?

Alasan lawak apa pula kali ini yang akan diberikan oleh pengurusan air serta Kerajaan Negeri Selangor?

Ramai yang melalak dan memarahi Azmin Ali yang dilihat sangat gagal, malah langsung buat tidak peduli dengan masalah bekalan air di Selangor. Segala retorik kononnya, bekalan air di Selangor tidak akan bermasalah apabila diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan, hanya tinggal retorik. Yang sah, terang dan nyata, RM7 bilion peruntukan Kerajaan Pusat untuk pengurusan bekalan air di Selangor, LESAP, GHAIB dan HILANG BEGITU SAHAJA!!!

Anehnya, dalam bab NASI LEMAK ANAK DARA, panjang sahaja langkah Azmin Ali menghadap anak dara yang berhadapan masalah kerana berniaga tanpa lesen atau permit. Siap bagi nasihat.

Tetapi dalam bab air yang melibatkan ratusan ribu kalau tidak pun jutaan penduduk, Azmin Ali senyap sesenyap-senyapnya.

Mana pergi yang masuk longkang, yang angkat sampah, yang cuci kain masa mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar Selangor?

Tak teringin pula ke angkat air dari bawah ke tingkat 15 rumah pangsa PPRT dan berulang-alik tujuh lapan kali naik tangga memandangkan lif rumah pangsa PPRT selalu sangat rosak?

PEGUAM MAHATHIR CUBA PUTAR BELIT KONONNYA YANG DI-PERTUAN AGONG BOLEH LUCUT JAWATAN PERDANA MENTERI!!!



Peguam Mahathir, Hanif Khatri Abdulla tetap bertegas, Yang Di-Pertuan Agong tetap boleh memecat Perdana Menteri sekalipun lebih banyak pihak yang menegaskan, perbuatan Mahathir yang mengehadkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu semasa berkuasa dahulu menyebabkan kedudukan Perdana Menteri hanya terletak di tangan Parlimen dan perwakilan partinya sahaja.

Hanif Khatri merujuk kepada kenyataan Nazri Aziz bahawa Perdana Menteri boleh dipecat menerusi undi tidak percaya di Parlimen. Katanya, Nazri 'buta' kerana tidak dapat melihat kegagalan Parlimen mengadakan undi tidak percaya kepada Najib Abdul Razak.

Masa berkuasa dan takut jatuh kuasa, Mahathir mengurangkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Dikatakan itu lebih baik untuk rakyat dan rakyat pun percaya terutama menerusi pelbagai propaganda jahat termasuklah seorang raja dituduh membunuh caddy walaupun ianya sekadar satu cerita atau khabar-khabar angin yang bertujuan memperolehi sokongan rakyat bagi tujuan pemindaan perlembagaan.

Sehingga sekarang, cerita raja membunuh caddy itu terus terpakai dan dituturkan termasuklah di kalangan mereka yang berpangkat tinggi dalam kerajaan. Begitulah kuatnya kesan propaganda zaman Mahathir yang hanya disanggah dengan Harakah dan ceramah-ceramah mikro PAS dari kalangan pemimpin PAS yang telah dicop lebih awal sebagai PENYESAT UMAT dan pengancam keselamatan negara. Manakala medium-medium lain, semuanya disekat dan Kementerian Dalam Negeri berkuasa penuh menyekat mana-mana penerbitan yang dianggap memudaratkan kuasa Perdana Menteri, termasuklah menggantung permit penerbitan atau pun mendenda dengan kadar tinggi dan menghukum penjara mana-mana penerbitan yang melanggar 'peraturan' tersebut.

Tetapi selepas tidak lagi berkuasa, Mahathir mahu kuasa Yang Di-Pertuan Agong dikembalikan agar kehendaknya dituruti.

Ni apa jenis negarawan nih?

Apakah semua hujah-hujahnya dahulu sudah tidak terpakai lagi?

Kuasa Raja-raja Melayu telah dilucutkan sewenang-wenangnyacmelalui pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang). Siapa yang mansuh Perkara 66 Fasal (4) dalam Perlembagaan Malaysia? 

Pada asalnya Fasal (4) digantikan oleh Akta A584, Seksyen 2, berkuat kuasa dari 20 Januari 1984. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut: “Fasal (4) : Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu Rang Undang-Undang dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan Rang Undang-Undang itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan Rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai undang-undang.” 

Fasal 66 (5) : Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya.” 

Sekarang? Yang Dipertuan Agong ada kuasa mutlak lagi atau tidak?

Mengapa Hanif Khatri buat-buat buta tentang pindaan tersebut? Baru jadi peguam atau baru dapat kerakyatan Malaysia?


MAHATHIR GAM KIT SIANG, MUHYIDDIN PULA PERDAYA HADI AWANG!!!



Bagi mereka yang telah dewasa dan membesar dengan UMNO pada tahun 1980-an, pastinya mereka masih ingat lagi bagaimana Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mewujudkan dua pasukan yang berlainan ideologi tetapi mempunyai satu matlamat iaitu menumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum tahun 1990.

Dua pasukan tersebut adalah ANGKATAN PERPADUAN UMMAH yang terdiri daripada PAS, Semangat 46, Berjasa, Hamim dan Kimma serta GAGASAN RAKYAT yang terdiri daripada DAP, Semangat 46, PBS dan PRM.

Pilihanraya 1990, PAS berjaya merampas Kelantan dari tangan UMNO bersama-sama Semangat 46, manakala PBS pula berjaya menguasai Sabah tanpa banyak masalah kerana Mahathir kalah taktik politik dengan Pairin Kitingan.

Malangnya, Tengku Razaleigh gagal menjadi Perdana Menteri. Semangat 46 yang dibina dengan kekuatan pemimpin-pemimpin kanan dan akar umbi UMNO yang menentang Mahathir, hanya kuat di Kelantan manakala di Terengganu, Pahang dan Perak pula, Semangat 46 tidak mampu membentuk kerajaan negeri.

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat akhirnya dilupuskan. Semangat 46 juga dilupuskan dan kesemua pemimpin serta ahli-ahlinya diserap masuk ke dalam UMNO. Semuanya seronok dan beranggapan segala-galanya telah selesai.

Tetapi daripada kewujudan APU dan Gagasan Rakyat itulah, DAP memperolehi kekuatan dan merangka strategi jangka panjang setelah mengetahui kelemahan dan kepincangan yang terdapat dalam pertubuhan-pertubuhan Melayu.

Kini Dr. Mahathir cuba mengulangi apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Bagaimanapun, menggunakan proksinya, Muhyiddin Yassin, Dr. Mahathir sebaliknya sekadar mampu memberikan tekanan dan memaksa PAS bergabung di bawah pentadbiran Parti Cap Bunga bersama-sama DAP dengan retorik-retorik politiknya.

PAS sudah berulang-ulang kali menegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP lagi. PAS sudah pun berikrar bahawa mereka tidak akan diperdayakan oleh DAP buat kesekian kalinya. PAS bagaimanapun, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang ANAK-ANAK MAHATHIR walaupun PAS adalah pihak yang paling banyak mendedahkan tentang kecenderungan Mahathir untuk mengkayakan anak-anaknya menerusi kontrak-kontrak lumayan kerajaan suatu ketika dahulu.

Namun, menggunakan Muhyiddin Yassin yang dikatakan telah diarah untuk dilihat bersama-sama Abdul Hadi Awang dalam satu program di Marang, menunjukkan bahawa PAS sememangnya TERLALU PENTING kepada Mahathir walaupun sepanjang kerjaya politiknya, Mahathir amat memusuhi PAS dan melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan PAS termasuklah penangkapan-penangkapan dalam pelbagai operasi termasuklah yang paling terkenal, PERISTIWA MEMALI.

Dengan Mahathir sendiri cuba menjadikan DAP sebagai sekutu, manakala Muhyiddin pula bertindak serupa untuk PAS, ulangan APU dan GAGASAN RAKYAT yang kebanyakan pengguna media sosial yang cuma hidup pada zaman penghujung kerjaya Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak tahu, sedang diulang semula.

Cuma kali ini dalam bentuk yang berbeza walaupun formatnya Mahathir tiru daripada Tengku Razaleigh Hamzah!

Sejarah tidak berubah walaupun ada cubaan untuk mengherotkan sejarah itu.


BILA ADUN DAP BELA PERMATA YANG DIKECAM DAN DIGELAK-GELAKKAN RAMAI MELAYU!!!



Yeo Bee Yin, wakil rakyat Damansara Utama dari DAP, membela PERMATA dengan mengatakan, pelaburan kerajaan untuk penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) memberi manfaat kepada pembayar cukai.

Menurutnya lagi, ECCE mempunyai matlamat yang sangat baik iaitu mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan jenyaah, menambah hasil negara dan memperolehi pulangan tertinggi dalam pembangunan sumber manusia.

"Justeru, sebarang usaha kerajaan membangunkan ECCE, termasuklah PERMATA, tidak harus ditolak terus hanya kerana orang yang mendokongnya tidak disenangi," kata Yeo.

Bunyi macam indah, kan?

Atau barangkali juga, Yeo Bee Yin sengaja mencabar kewibawaan perintah daripada puncak kuasa dalam DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng apabila memberikan kredit kepada PERMATA.

Dan apabila menyebut PERMATA, bererti mahu tidak mahu terpaksa menyebut juga Rosmah Mansor.


Memuji PERMATA serta tujuan penubuhannya yang murni membawa maksud, memuji Rosmah Mansor dan memperakui usahanya dalam membina generasi baru yang lebih stabil minda serta utuh diri.

Habis tu, mengapa pula PERMATA dikecam bertalu-talu oleh para pemuja DAP sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin dan sesetengah wakil rakyat DAP pula memuji keberkesanan PERMATA, malahan kepentingan untuk penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini?

Atau adakah kerana Yeo Bee Yin bimbang sekiranya, komposisi kaum yang tidak seimbang di kalangan kanak-kanak PERMATA akan bertukar berbanding sekarang, membuatkan dia ditolak ke hadapan oleh pucuk pimpinan DAP memberikan pujian untuk memastikan komposisi tersebut tidak berubah atau pun ditambah lagi?

Adakah Yeo Bee Yin mahu mengekalkan status quo di kalangan kanak-kanak PERMATA, membuatkan dia terpaksa dan melembutkan lidahnya memberikan pujian kepada program kerajaan itu?

Pastinya ada muslihat tertentu apabila tiba-tiba sahaja wakil rakyat DAP menjadi baik dan memuji-muji sedangkan seperti yang diketahui, tiada apa-apa yang baik pada mereka tentang negara ini, melainkan diri dan organisasi mereka sahaja!


Thursday, September 29, 2016

KALAU TUAN IBRAHIM TUAN MAN YANG DILIHAT PRO-DAP PUN, DAH BENCIKAN DAP, MAHATHIR NAK BOLEH KATA APA LAGI?



Ada sesuatu yang sedang berlaku. Sesuatu yang sudah pasti tidak akan menyenangkan banyak pihak, terutama sekali DAP dan PKR kerana ianya membabitkan PAS. Sekaligus membuktikan bahawa ketakutan PKR dan DAP Selangor untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri, terletak kepada PAS yang dilihat mampu membuatkan mereka kehilangan kuasa dan keistimewaan selama ini.

Apabila kenyataan datangnya daripada orang yang dilihat paling liberal dan cenderung kepada PKR-DAP iaitu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ia sudah cukup memberi isyarat bahawa PAS sudah bersedia untuk memasuki kancah politik negara secara serius selepas membersihkan parti tersebut daripada anasir-anasir PAN yang masih bersembunyi dan menyamar sebagai ahli PAS.

Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang termasuklah 'sekutunya' PKR yang dikatakan sebagai mengambil kesempatan ke atas PAS. 

Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak menamakan individu atau parti yang dimaksudkan berkata, lebih baik PAS berkawan dengan pihak yang dapat menerima ideologi dan agenda mereka. 

"Lebih baik bagi PAS untuk bekerjasama dengan mereka yang ikhlas berbanding mempunyai hubungan dengan pihak yang hanya mengambil kesempatan ke atas kami," katanya. 

Timbalan Presiden PAS itu mengenangkan kembali perbuatan parti-parti sekutunya.. 

"Calon parti tersebut berbaris, tetapi jentera dan pekerja parti langsung tidak kelihatan. Lebih teruk, parti inilah yang telah menghumban poster-poster calon dan bendera-bendera parti kepada kami dan kemudian menyuruh kami menyelesaikannya. Kami tidak kisah sekiranya parti tersebut baru berusia setahun atau dua tahun, tetapi parti ini sudah tertubuh lama tetapi hanya muncul pada musim pilihanraya," katanya.

PAS sebelum ini diejek-ejek kerana menjadi 'barua' UMNO, malahan PAS juga dituduh telah 'didedakkan' sebanyak RM90 juta oleh para pemimpin dan penyokong DAP. 'Dedak' yang kononnya disuap oleh Najib kepada Hadi Awang itu, asalnya dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir yang cuba memberi tekanan agar PAS akur kepada pakatan barunya.

Lebih menarik lagi ialah apabila PAS 'dipaksa' untuk menyerahkan sebahagian kerusi yang ditandinginya kepada Cap Bunga yang dipengerusikan oleh Mahathir dan dipresidenkan oleh Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Tantawi menolak paksaan Cap Bunga agar PAS bergabung di bawah satu bendera dengan parti-parti pembangkang lain bagi tujuan menumbangkan UMNO-BN pada PRU akan datang. Ini adalah kerana PAS enggan bekerjasama atau menjalinkan hubungan dengan DAP lagi.

Menurutnya, walaupun PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-manaa kumpulan yang mahu membawa perubahan kepada negara ini, bekerjasama dengan DAP merupakan satu kesilapan besar yang tidak seharusnya diulangi. (RUJUK SINI)

Nasruddin turut menegaskan, PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada mana-mana parti pembangkang lagi walaupun parti-parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan. 

"PAS akan bertanding di 'kerusi PAS' Jikalau mana-mana pihak yang turut bertanding di kerusi yang sama, kami tidak akan berundur sama sekali."

.

Wednesday, September 28, 2016

TIAN CHUA DIHUKUM PENJARA DAN DENDA.... TAK MENAKJUBKAN PUN!



Tengok di timeline, bukan main seronok lagi sebahagian orang apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, didapati bersalah kerana menghasut dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 3 bulan serta denda RM1,800.

Hukuman dan denda tersebut bagaimanapun, tidak menghilangkan kelayakan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen. Dia masih kekal sebagai Ahli Parlimen walaupun dipenjarakan dan didenda. Ini adalah kerana, denda yang dikenakan kepadanya tidak lebih dari RM2,000 dan hukumannya pula kurang dari setahun. Hanya denda RM2001 dan penjara setahun sahaja yang boleh menghalang Tian Chua daripada terus menjadi Ahli Parlimen, sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjaranya.

Keputusan Mahkamah Tinggi siang tadi, belum lagi mutlak memandangkan Tian Chua berjaya mendapatkan perintah menangguhkan hukuman sementara menantikan rayuannya difailkan. Tian Chua yang pasti, akan mempunyai masa yang lebih panjang untuk berbuat sekehendak hatinya termasuklah menimbunkan lagi hasutan sepertimana yang sering dilakukannya terutama sekali menjadi demonstrasi BERSIH 5 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Walaupun ada kebarangkalian untuk Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman atau menambahkan lagi hukuman berdasarkan fakta dan keputusan Mahkamah Tinggi, tetapi tidak kurang juga kes di mana Mahkamah Rayuan berpihak kepada perayu dan kemudian melupuskan hukuman serta denda yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi. Dan selepas Mahkamah Rayuan, masih ada lagi Mahkamah Persekutuan.

Itu adalah proses perundangan di negara ini. Proses yang acapkali dikatakan dan dituduh oleh para pemimpin dan penyokong pembangkang bahawa dikuasai oleh UMNO-BN walaupun pada masa yang sama, lebih banyak kes berpihak kepada pembangkang ketika menentang Kerajaan atau entiti kerajaan sama ada menerusi kemenangan teknikal mahupun fakta.

Jadi, jangan gembira sangat dengan keputusan Mahkamah Tinggi ke atas Tian Chua. Malah Tian Chua sendiri pun tak kelihatan bimbang pun kerana dia tahu, proses mahkamah untuk melepaskannya masih panjang.


TAWARAN WANG TUNAI UNTUK PENGUNDI BARU OLEH RAFIZI RAMLI, BOLEH MEMBUATKAN MATA TERBELIAK BESAR!!!



*#SembangKencangTapiBelumDaftarUndi*

*#UntungDaftar*

Daftar mengundi sekarang dan berpeluang menangi hadiah mingguan RM1,000 (x1), RM500 (x2) atau RM200 (x3). Lebih banyak dari BR1M. Kemudian dapat peluang sama-sama #ProjekBuangNajib

Video promosi https://www.youtube.com/watch?v=2NE4wy_ZfA4

*INVOKE PERKENAL INSENTIF TUNAI RM1,000/ RM500/RM200 SETIAP MINGGU GALAK ANAK MUDA MENDAFTAR PENGUNDI*

Melalui satu kajiselidik atas talian yang dibuat dalam tempoh 3 hari lalu, dapatan menunjukkan 63% dari 708 responden anak muda bersetuju bahawa mereka akan terdorong dengan insentif yang ditawarkan untuk mendaftar dengan lebih cepat. 68% responden memilih “wang tunai” sebagai insentif yang paling berkesan.

Memandangkan terdapat lebih 4 juta pengundi (yang majoritinya adalah pengundi muda yang cenderong kepada Pakatan Harapan dan pembangkang), yang belum berdaftar, kelewatan mereka mendaftar mempunyai kesan besar kepada keputusan PRU14 nanti.

Bermula hari ini, setiap minggu INVOKE akan menganjurkan Voters Registration Initiative (VRI) dalam bentuk kempen #UntungDaftar untuk mempercepatkan proses pendaftaran pengundi. Berbeza dengan kaedah yang selalu digunapakai sebelum ini iaitu jentera parti politik membantu mendaftarkan pengundi (kerana SPR sudah tidak membenarkan kaedah ini), #UntungDaftar menawarkan insentif wang tunai setiap minggu yang boleh dimenangi oleh pengundi-pengundi yang baru mendaftar seperti berikut:

Satu hadiah mingguan RM1,000
Dua hadiah mingguan RM500
Tiga hadiah mingguan RM200

Kempen #UntungDaftar ini akan dijalankan setiap minggu bermula hari ini.

Untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah tunai ini, seorang yang baru mendaftar mengundi hanya perlu mengambil gambar slip pendaftaran dan mengisi maklumat pendaftaran secara talian di bitly.com/untungdaftar.

Syarat-syarat penyertaan dan maklumat lain boleh diperolehi di laman www.invokemalaysia.org

INVOKE akan menggunakan promosi atas talian di media sosial, portal dan whatsapp untuk cuba menggerakkan rakyat untuk mendaftar dalam tempoh yang pendek ini. Setiap beberapa hari, kandungan promosi dalam bentuk video dan lain-lain akan disiarkan untuk disebarkan oleh orang ramai. Promosi video yang pertama boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=2NE4wy_ZfA4

Mana-mana pihak yang ingin membantu menyebarkan maklumat, mengiklankan atau mendapatkan lebih ramai anak muda mengundi boleh menghubungi contact@invokemalaysia.org

Dikeluarkan oleh:

*Rafizi Ramli
Rashad Tajuddin*

_26 September 2016_

_Bagi pihak INVOKE_

****

Di atas adalah mesej yang sedang tersebar menerusi WhatsApp dan Telegram. Pada mulanya disangkakan, ia hanyalah satu lagi hoax dan fitnah terhadap Rafizi Ramli sepertimana yang sering diberitahu setiap kali penjalangan Rafizi Ramli didedahkan. Namun, carian di Internet menerusi portal-portal berita membuktikan bahawa ianya adalah tulen dan bukannya satu fitnah. 

Malaysiakini melaporkan, NGO yang mempunyai kaitan dengan PKR, INVOKE sedang menaburkan wang tunai untuk menggalakkan empat juta golongan muda layak mengundi, untuk mendaftar sebagai pemilih. 

NGO berkenaan mengambil inisiatif tersebut selepas kajian mendapati golongan muda berkata, mereka akan mendaftar sekiranya terdapat insentif wang tunai. Justeru itu, INVOKE menawarkan peluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM1,000 melalui pertandingan di laman sesawang INVOKE.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah memuatnaikkan slip pendaftaran pengundi mereka, menjelaskan kepada INVOKE mengapa mereka mendaftar dan memberikan sedikit butiran peribadi sebagai tukaran kepada tunai, lapor Malaysiakini.

Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang seringkali menampilkan dirinya sebagai ANTI POLITIK WANG, kini berkata, dia menggunakan RM300,000 daripada simpanan peribadinya untuk tujuan tersebut.

Hina benar golongan muda di mata Rafizi Ramli dan PKR kerana bagi mereka, golongan muda yang enggan mendaftar undi adalah golongan mata duitan. Rafizi dan PKR membuat kesimpulan mudah, wang akan membuatkan mereka mendaftar dan seterusnya keluar mengundi, memilih PKR.

Rafizi cuba berlagak bijak tetapi kali ini dia sengaja mengantoikan dirinya sendiri. sSeharusnya dia sudah pun mencari strategi baru untuk menjawab setiap soalan berkenaan RASUAH WANG untuk daftar undi dan undi untuk PKR sebelum dia kembali bercakap tentang penentangan ke atas POLITIK WANG.

Cuma agak pelik juga, tindakan Rafizi Ramli dan INVOKE langsung tidak menarik perhatian para pemimpin pembangkang yang selalunya cukup sensitif, mata sentiasa terbuka dan otak sentiasa bergerak untuk membalun UMNO-BN dan SPR atas tuduhan POLITIK WANG!


DULU BUKAN MAIN HEBAT HENTAM, TAPI SEKARANG DAH HILANG RM7 BILION, PANDAI PULA KATA JANGAN POLITIKKAN ISU AIR!!!



Masa SYABAS dikatakan sebagai syarikat kroni UMNO, bukan main lagi para pemimpin dan peminat Pakatan menghentam Syabas. Hampir setiap masalah yang melibatkan pembekalan air kepada rakyat, akan dipersalahkan sepenuhnya kepada Syabas, malah dikatakan pula sebagai taktik UMNO untuk merampas kuasa di Selangor.

Keji sangatlah UMNO dan Barisan Nasional kerana mempolitikkan bekalan air di Selangor. Para pemimpin Pakatan seperti Elizabeth Wong dan Tony Pua, beria-ia menuduh UMNO sebagai puncanya, manakala para penyokong mereka jauh lebih maju dalam membuat tuduhan, kononnya ada orang UMNO yang menutup kepala paip besar di loji-loji air Syabas.

Tidak cukup dengan tuduhan dan fitnah, demonstrasi pun dianjurkan oleh Pakatan. Para penyokong mereka pun sangat beriya-iya dan begitu mempercayai bahawa UMNO sebenarnya yang telah menggunakan air sebagai bahan politik yang sangat keji.

Segala jawapan daripada Syabas, langsung tidak diambil kira. Malah penjelasan yang diberikan berhubung masalah pembekalan air, terutama sekali membabitkan bekalan air mentah yang tidak cukup malah terlalu tercemar, diketawakan dan diejek-ejek dengan pelbagai politik retorik.

Kini, Syabas merupakan salah satu entiti Kerajaan Negeri Selangor dengan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor adalah salah seorang penamanya.

Masalah bekalan air meruncing di Selangor kerana pencemaran yang dipercayai berlaku dari kawasan industri, yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Azmin Ali.

Lebih sejuta pengguna air terjejas kerana pencemaran tersebut dan penutupan loji-loji Syabas daripada beroperasi. Elizabeth Wong yang suatu ketika dahulu bercakap besar kononnya, di bawah Kerajaan Pakatan, Syabas akan bebas daripada kelemahan, kini menjadi jurucakap yang membela pencemaran tersebut.

Malah Noh Omar yang menghentam kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat dituduh cuba mempolitikkan isu air di Selangor. 'Nasihat' diberikan kepada Noh Omar agar tidak mempolitikkan isu air.

Hairan juga, masa mereka mempolitikkan isu air sebelum Disember 2014, tidak pula mereka ingat. Malahan misteri ke mana hilangnya peruntukan air berjumlah lebih RM7 bilion daripada RM9.6 bilion juga nampaknya langsung tidak disentuh.

Kalau kena kat batang hidung sendiri, semuanya jangan dipolitikkan. Kalau kena kat orang lain, tahi berkelampung atas air pun, jadi bahan politik yang paling asyik!!!


Tuesday, September 27, 2016

KESIAN GUAN ENG... SUDAHLAH BAKAL HILANG JAWATAN KETUA MENTERI, JADI WAKIL RAKYAT PUN DAH TAK LAYAK LERR!!!



Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang sedang berhadapan dengan perlucutan jawatan sebagai wakil rakyat sekaligus jawatannya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman kerana menghina mahkamah.

Minggu lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan kebenaran kepada Peguam Negara, Apandi Ali untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Lim Guan Eng.

Menurut Apandi, Lim Guan Eng telah mengeluarkan beberapa kenyataan media dengan pengetahuan bahawa ianya mencampuri urusan perundangan, menghakis kepercayaan terhadap badan perundangan dan menghina maruah serta integriti mahkamah-mahkamah di Malaysia.

Lim Guan Eng pula mendakwa, dua tuduhan rasuah yang dihadapinya adalah 'konspirasi' ke atasnya dan sengaja direka-reka.

Setiausaha Agung DAP itu merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Puteh.

Jun lalu, Guan Eng dan rakan akrab isterinya, Phang Li Koon yang bersekongkol dengan ahli politik itu, meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi George Town.

Guan Eng telah didakwa menyalahkan kedudukannya untuk mendapatkan imbalan buat dirinya dan isterinya, Betty Chew. Dia telah dituduh meluluskan permohonan Magnificent Emblem untuk menukarkan status tanah pertanah kepada kegunaan hartanah, manakala tuduhan kedua adalah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri bagi mendapatkan imbalan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta yang merupakan harga di bawah pasaran.

Sekiranya mahkamah mendapati Lim Guan Eng bersalah kerana menghina mahkamah, dia bukan sahaja hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, bahkan dia juga akan didenda dan dipenjarakan.

Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, seseorang itu hilang kelayakan daripada menjadi Ahli Parlimen selama lima tahun sekiranya dia didapati bersalah dan dipenjarakan sehingga lebih satu tahun atau didenda lebih RM2,000.

Peruntukan yang sama juga terdapat dalam Undang-Undang Tubuh semua negeri, sekaligus Lim Guan Eng bakal berhadapan dengan jawatan yang paling digemarinya iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang.


MALAYSIA BANKRAP TAHUN 2020, LIANG TECK MENG CABAR HEW KUAN YAU PERTARUH RM5 JUTA UNTUK BUKTIKAN!!!



1. Tujuan saya mengadakan persidangan akhbar pada hari ini adalah untuk menyangkal kenyataan yang dibuat oleh bekas ahli DAP Hew Kuan Yau di mana beliau mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi muflis menjelang tahun 2020 semasa memberi ceramah kepada orang ramai.

2. Saya amat kecewa dengan dakwaan Hew yang tidak berasas dan mengelirukan orang ramai. Isu Malaysia akan menjadi bankrap bukannya isu baru, dakwaan tersebut sering dibangkitkan oleh pembangkang dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 70-an sehingga ke baru-baru ini.

3. Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi, pada bulan Julai, Hew terpaksa untuk undur diri sebagai ahli DAP untuk selamatkan imej parti dia. Walaupun kononnya sudah berhenti, Hew masih sering berkerja sebagai penceramah di pelbagai acara dan ceramah anjuran DAP. Ini bermakna, pengunduran Hew sebagai ahli DAP tidak bermakna.

4. Selama 40 tahun, ahli-ahli politik dari DAP sering menuduh Malaysia bakal bankrap ataupun menjadi negara gagal. Realitinya ialah ekonomi Malaysia semakin berkembang dan bertambah makmur sejak 40 tahun ini.

5. Kini pula sampai giliran Hew Kuan Yau yang cuba mengelirukan orang ramai dengan dakwaan sembarangan beliau yang tidak berasas dan hanya bertujuan untuk menghasut kemarahan orang ramai demi mencapai agenda politik.

6. Ahli-ahli politik seperti Hew mengemukakan fakta dan statistik ekonomi yang tidak betul kononnya Malaysia akan mengikut jejak Greece yang mengalami masalah ekonomi bagi menghasut orang ramai dengan menimbulkan rasa marah dan kebimbangan. Hakikatnya, Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan asing, dakwaan tersebut terbukti salah dan tidak menjadi realiti

7. Pembangkang lebih gembira melihat kejatuhan ekonomi negara dan bertepuk tangan, hanya disebabkan oleh kepentingan politik mereka.

8. Mereka terus memburukkan negara tetapi tidak menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mengatasi cabaran dan ketidakpastian ekonomi yang melanda negara kita.

9. Dengan ini, di bawah saksi peguam dan para pemberita di sini, saya ingin mencabar Hew Kuan Yau dalam perjanjian bertulis berikutan dengan dakwaan beliau.

10. Sekiranya Malaysia tidak menjadi bankrap pada tahun 2020 sebagaimana yang didakwa oleh Hew, maka beliau perlu menderma RM 5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh saya. Akan tetapi, sekiranya Malaysia betul betul bankrap pada tahun 2020, saya dan sekumpulan kecil ahli perniagaan akan menajakan RM 5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh beliau.

11. Ini adalah satu cabaran kredibiliti kepada Hew dan DAP yang sering kali menggunakan isu tersebut sebagai topik ceramah bagi mengelirukan orang ramai dan menghasut kemarahan mereka demi tujuan politik.

12. Saya ingin menegaskan di sini bahawa perbuatan Hew Kuan Yau adalah tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, mengelirukan dan hanya bermotif politik, ia tidak menyumbang kepada pembangunan negara dan perpaduan masyarakat, perbuatan sebegini perlu diberhentikan.

13. Susulan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan selama beberapa tahun - terutama sejak tahun 2009 - Sehingga 30 Jun 2016, KDNK tahunan semasa negara diunjur pada RM1.2 trilion. Ini adalah kira-kira 17 kali saiz ekonomi negara pada tahun 1986 dan sekitar 3 kali saiz ekonomi pada tahun 2003.

14. Ekonomi negara sebenarnya berkembang secara stabil dan sihat menurut fakta rasmi, bukannya sebagaimana yang didakwa oleh Hew dalam ceramah bahawa ekonomi kita merosot sejak penubuhan negara. Berhenti menipu dan mengelirukan rakyat.

15. Logiknya jika pendapatan negara meningkat, kita mampu menanggung hutang yang lebih besar. Nisbah semasa 53.4% bagi hutang berbanding KDNK masih terkawal. kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan kadar antara tahun 1980 hingga 1985 apabila nisbah hutang berbanding KDNK melonjak daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di tahap melebihi 55% sehingga tahun 1994.

16. Tidak logik untuk Malaysia menjadi 'bankrap' atau ekonomi negara berdepan masalah sekiranya nisbah hutang berbanding KDNK melepasi had 55% seperti yang didakwa pihak tertentu. Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 55%? Apatah lagi kadar 53.4% pada masa sekarang?

17. Dengan kadar semasa pada 53.4%, Malaysia berada dalam senarai ke-71 tertinggi daripada 179 negara. Sejumlah 70 negara mempunyai nisbah lebih tinggi berbanding Malaysia, termasuk negara maju seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura.

18. Nisbah semasa hutang berbanding KDNK kita adalah terkawal dan ekonomi negara masih menikmati pertumbuhan sederhana 5% setahun pada tahun 2015 dan 4.1% pada separuh pertama tahun 2016.

19. Walaupun berdepan harga komoditi semasa yang rendah, kesan Brexit dan ketidaktentuan keadaan ekonomi global secara keseluruhan, kerajaan telahpun berkata tidak berhasrat melepasi had 55% dan akan terus menguruskan kewangan negara secara bertanggungjawab.

20. Bank Dunia, IMF dan agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Moody's. Standard & Poors dan Moody's menarafan dan sering memberi pengiktirafan bahawa ekonomi Malaysia kukuh pada gred A dan berada di laluan yang betul.

Siapakah Hew dan DAP untuk menuduh Malaysia akan bankrap dalam 4 tahun ini?

21. Saya mengambil kesempatan di sini untuk menggesa Hew dan sesetengah parti politik atau individu yang tertentu supaya berhenti menyebarkan propaganda untuk mengeliru dan menakut-nakutkan rakyat, kerana ia akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pengguna terhadap ekonomi negara. Berhenti mensabotaj negara sendiri tetapi menyumbang secara membina kepada pembangunan negara.

Liang Teck Meng
Setiausaha Agung
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

KESIAN MUHYIDDIN, KEPIMPINANNYA DIPERSOALKAN OLEH CAP BUNGA SENDIRI!!! TERKORBAN LAGILAH DIA!!!



Mahathir suatu ketika dahulu beriya-iya memberi jaminan bahawa Musa Hitam akan naik menggantikannya sebagai Perdana Menteri... kesudahannya, Musa Hitam dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kalah semasa pemilihan UMNO.

Mahathir juga beriya-iya menegaskan bahawa Ghafar Baba akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.... kesudahannya, Mahathir menyokong Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Anwar Ibrahim kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Ghafar Baba yang terpaksa meletak jawatan setelah dimalukan di Sabah.

Kemudian, Mahathir paling beriya-iya memberitahu, Anwar Ibrahim adalah penggantinya sebagai Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sendiri sudah mula memasang angan-angan tinggi apatah lagi selama dua bulan Mahathir bercuti berlibur di luar negara, Anwar Ibrahim telah memegang kuasa penuh selaku pemangku.... kesudahannya Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan rasuah salahguna kuasa dan jenayah liwat, manakala jawatannya pula diambilalih oleh Abdullah Badawi.

Berbeza daripada tiga orang timbalan sebelumnya, Abdullah Badawi berjaya mendaki ke jawatan Perdana Menteri. Kemenangan besar pada PRU 2004 membungkamkan mulut Mahathir dan untuk setahun berikutnya, Mahathir merangka rancangannya secara diam-diam. Tahun 2005, Mahathir mula buat perangai.

Kempen mengganggu pentadbiran Abdullah Badawi begitu berjaya meyakinkan ramai orang untuk bersama-sama Mahathir. Akhirnya Abdullah terpaksa letak jawatan dan digantikan oleh Najib Abdul Razak.

Sama seperti Abdullah Badawi, Mahathir terus mengganggu pentadbiran Najib dengan pelbagai isu termasuklah menyerang peribadi dan ahli keluarganya.

Kini, Mahathir mengulangi 'kejadian' tahun 1982 apabila dia memberikan jaminan bahawa Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Cap Bunga memenangi PRU-14. Bagaimanapun, sesuatu yang dipersoalkan ialah jumlah sebenar kerusi Parlimen yang akan ditandingi dan dimenangi oleh Cap Bunga.

Sedangkan pada masa yang sama, Cap Bunga yang baru berusia dua bulan, sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang amat meruncing. Kepimpinan Muhyiddin dipersoalkan, walaupun tukang-tukang propaganda Cap Bunga sedang cuba menafikannya. (RUJUK SINI)

Nampak gayanya, Muhyiddin pula bakal menuruti jejak Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Najib Abdul Razak. Usahanya untuk menampilkan gaya kepimpinan tersendiri dalam Cap Bunga tidak mungkin akan berjaya memandangkan Muhyiddin kini dibayangi oleh Mukhriz Mahathir.

Dan selagi ada Mahathir, selagi itulah Mukhriz Mahathir akan terus ditatang dan dibungamanggarkan walaupun dia tidak lebih daripada seorang pengantin semata-mata. Apatah lagi Mukhriz Mahathir dilihat lebih rapat dan lebih lembut sikapnya terhadap Lim Kit Siang dan DAP berbanding Muhyiddin.

Satu-satunya cara untuk Muhyiddin bangkit dan menampilkan siapa dirinya yang sebenar, adalah dengan menyertai PKR atau DAP yang sudah pasti akan membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas Timbalan Presiden UMNO itu.


Monday, September 26, 2016

MUKHRIZ NI SEDAR KE TIDAK, MODEL JUBAH DENGAN SERBAN DI BAHU, TAK BOLEH JADI PEREKAT UNTUK PARTI-PARTI PEMBANGKANG!!!



Beberapa hari lepas, sang boboi mengeluarkan cadangan yang sangat bernas yang padanya mungkin amat futuristik sifatnya, bahkan merupakan satu idealisme yang tidak mungkin dapat difikirkan oleh orang lain.

Si Boboi anak Tun Dr. Siti Hasmah hasil perkongsian hidup dengan Tun Dr. Mahathir itu mengikrarkan, jikalau Parti Cap Bunga menang pada PRU akan datang, penggal pentadbiran seseorang sebagai Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja.

Bunyinya macam baik sangatlah. Cuma tidak diketahui sama ada sepenggal itu tempohnya 5 tahun atau 11 tahun memandangkan bapanya telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Cadangan agar Perdana Menteri dihadkan kepada dua penggal pada tahun 1988 lalu, ditolak mentah-mentah oleh Dr. Mahathir walaupun kemudiannya dia mengaplikasikan penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah yang bertujuan untuk membuktikan betapa teruknya jikalau seseorang Perdana Menteri atau Ketua Menteri dihadkan tempoh jawatannya.

Tak bolehlah nak dipersalahkan boboi kerana dia memang tidak tahu apa-apa. Dia hidup dengan nama bapanya sahaja. Menjadi Menteri  Besar Kedah pun, atas sebab bapanya, bukan sebab kebolehan atau kecekapan atau pun kepimpinannya.

Kemudian boboi temberang lagi dengan cerita kononnya Parti Cap Bunga akan menjadi perekat kepada parti-parti pembangkang di bawah satu bendera iaitu Barisan Rakyat. Dan boboi menampilkan dirinya sebagai jaguh tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar Ibrahim berjaya berbanding si boboi yang tidak mampu menggabungkan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Kedah mahupun ADUN-ADUN untuk mempertahankan jawatannya selaku Menteri Besar.

Ada pula cerita konon-kononnya Mahathir sudah mahu melaksanakan gencatan senjata dengan Najib menerusi syarat Boboi diangkat menjadi Menteri Kewangan walaupun cerita tersebut boleh dipertikaikan memandangkan Mahathir tidak mungkin SEJAHIL dan SEBODOH atau SENYANYUK itu!

Alahai... masa jadi Menteri Besar Kedah, disembangkan kononnya dia berada di KL. Di KL pula disembang pula kononnya berada di Kedah tetapi hakikatnya bercuti bersama-sama anak bini di London dan Eropah. Jadi Menteri Kewangan kalu, jenuh pula duk cari dia keliling dunia.

Lainlah kalau abangnya, Mokhzani yang disyorkan sebagai Menteri Kewangan. Ada jugalah logiknya memandangkan Mokhzani lebih berjaya berbanding Mukhriz yang benar-benar mengharapkan bantuan bapanya. Tanpa bantuan bapanya, sudah pasti pemonopolian ke atas fiber optik tidak mungkin akan diperolehi oleh syarikatnya.

Mukhriz tu layaknya sebagai model memperagakan baju dan jubah sahajalah. Lebih daripada itu, kalau tidak kerana di hujung namanya adalah nama Mahathir, sudah pasti, tidak ke mana-mana pun kelibatnya.

Itu pun ada hati nak perasan hebat!!!


ISY... DAH DIGUGURKAN PULA... HARI TU BERIA-IA SANGAT... SEPATUTNYA LAWANLAH, SEBAB RAMAI NAK TENGOK NAJIB KALAH DI MAHKAMAH!!!



Dari awal lagi telah dikatakan, saman yang difailkan oleh Anina Saaduddin terhadap Tengku Adnan Mansor dan Raouf Jusoh hanyalah lawak slapstick yang dibuat-buat. Tetapi ramai pula yang marah kerana beranggapan, Anina sedang memperjuangkan kebenaran dan mahu mendedahkan petualangan Najib Abdul Razak sekaligus membongkarkan kebobrokan Rosmah Mansor.

Maka bersemangatlah para penyokong yang taksub bahawa Anina akan mencapai kejayaan dan Najib sudah tidak ada cara lain, kecuali membuktikan dirinya sendiri yang dia adalah seorang yang gelojoh, kejam dan rakus.

Tetapi hari ini berita lain pula yang muncul.

Anina Saaduddin menggugurkan dakwaannya terhadap dua pembesar UMNO bahkan bersetuju untuk membayar kos sebanyak RM5,000. Awal bulan ini, Anina telah menfailkan permohonan untuk tidak meneruskan kes saman tersebut dengan alasan dia telah menyertai Parti Cap Bunga.

Pada Disember lepas, Najib dan Abdul Rauf Yusoh telah berjaya mengenepikan saman tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zaki Abdul Wahab berkata, dia tidak mendapati saman tersebut 'jelas dan bertentangan dengan undang-undang.' Menurut Hakim itu lagi, Anina tidak mempunyai kelayakan untuk membawa perkara itu bagi tindakan sivil memandangkan dia bukannya pegawai awam atau pemegang jawatan dalam parti berasaskan kepada Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Pengguguran kes berkenaan bagaimana samalah seperti kes DOJ Amerika Syarikat menggugurkan kes saman Husam Musa dan Matthias Chang terhadap Red Granite, Riza Aziz dan rakan kongsinya serta Jho Low apabila langsung tidak dihebah-hebahkan, bahkan cuba ditutup-tutup oleh puak Cap Bunga.

Cuma satu sahajalah nak tanya, hari tu punya berkobar-kobar dan berdegang-degang cakap, apa sudah jadi?

Sudah tukar ka?

Atau sudah sorok telur ka?



LAAA... AIR TAK ADA DI SELANGOR KE? TERIMALAH HAKIKAT, INI SEMUA DEMI KEBAIKAN RAKYAT SELANGOR!!!



Kecoh dua tiga hari ini, air tidak ada di 434 kawasan Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang di Selangor. Walaupun bekalan air mentah tidak berkurangan, tetapi dilaporkan loji terpaksa ditutup kerana pencemaran teruk bekalan air mentah. Secara tidak langsung apabila loji ditutup, air pun tidak mengalirkan di hujung kepala paip.

Syabas selaku anak syarikat Kerajaan Negeri yang menguruskan pembekalan air menjadi sasaran kemarahan. Kalau dahulu, Syabas dimaki hamun, para pemimpin PKR dan DAP turut serta memaki hamun, bahkan dianjurkan tunjuk perasaan, malah dikatakan urustadbir Syabas akan menjadi lebih baik ratus-ratus peratus berbanding pengurusan Syabas ketika itu, tetapi sekarang, mutu perkhidmatan dan urus tadbir yang konon-kononnya akan ditingkatkan itu, langsung tidak diperkatakan lagi.

Bukan kerana kejayaan membuktikan segala cakap-cakap besar sebelum itu tetapi kerana jauh lebih teruk daripada pengurusan yang dikutuk dahulu!!!


Syabas yang dikatakan syarikat konsesi yang dimiliki oleh kroni UMNO telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014 dan beroperasi sebagai salah satu unit Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd di mana Azmin Ali, Menteri Besar Selangor adalah pengerusinya.

KERAJAAN PERSEKUTUAN menerusi tunai dan pengambilalihan hutang bernilai lebih RM10 bilion, telah membantu Kerajaan Negeri Selangor membeli SPLASH dan beberapa syarikat air lain di Selangor.

Sebelum penghujung 2014 di mana Syabas diambilalih oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan bantuan lebih RM10 bilion dari KERAJAAN PERSEKUTUAN, Kerajaan Pakatan Selangor kerapkali menghamun Syabas dan mendakwanya sebagai syarikat kroni UMNO selain mendakwanya sebagai tidak berguna dan hanya bermain politik.


Mereka kerapkali menuduh UMNO cuba menggunakan Syabas menerusi gangguan bekalan air untuk mencipta tekanan agar Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali meluluskan projek Air Langat 2.

Tidak lama selepas mengambilalih jawatan Menteri Besar, Azmin Ali sendiri telah menandatangani perjanjian Projek Air Langat 2 yang ditentang sebelum itu.

Pemeriksaan dengan Syabas mendedahkan loji rawatan terpaksa menghentikan operasi untuk merawat air mentah dari Sungai Semenyih kerana pencemaran. Semenyih Hi-Tech Industrial Park yang terletak 37 kilometer ke hulu loji rawatan, dikatakan sebagai penyebab masalah pencemaran tersebut.


Siasatan pula mendapati, pencemaran tersebut adalah disebabkan oleh kimia toksik yang menyebabkan air berbau. Pencemaran tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mempunyai bau yang sangat ketara.

Syarikat yang membina Semenyih Hi-Tech Industrial Park memulakan operasi pada tahun 2009 dan telah menerima kelulusan dari Majlis Daerah Kuala Langat, Selangor pada tahun 2011 iaitu ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Selangor.

Setakat ini, mereka telah melancarkan 7 fasa taman industri tersebut.

Inilah namanya kebijaksanaan. Meluluskan kawasan industri besar di sebelah sungai yang mana digunakan pula oleh loji rawatan untuk mendapatkan air mentah!!!

Takkan salah UMNO dan kroni lagi agaknya?


LAIN YANG DIKATA, LAIN PULA YANG DISONDOL SI TOLOL!!!



1. Sistem pendidikan yg pelik atau anda yg pelik?

👉Di negara maju, rakyat mereka memiliki lebih dari satu ijazah. Tiada yg pelik. Ini adalah persedian negara untuk menjadi negara maju.

2. Berapa masa yang di ambil utk bekerja jika asyik belajar?

👉 Ini adalah spesis suka baca tajuk. Apa yg DS Idris Jusoh sarankan kepada graduan yg sedang mengambil ijazah pertama, utk ambil ijazah kedua secara online. Dengan kata lain, ambil serentak. Maka bila tamat kelak, graduan lebih banyak network dan pilihan pekerjaan. Baca la dulu. Jgn main sondol ja.

3. Hutang PTPTN berlambak?

👉 PTPTN ini adalah bonus. Negara lain rasanya xada bantuan sebegini. Semuanya mengharap duit poket mak bapak. Xde duit, gadai tanah. Tetapi di Malaysia, jika pelajar itu cemerlang, ianya akan convert jd biasiswa. Kenapa tak anggap itu satu cabaran? Kenapa anggap itu beban?

4. Kerja kosong di Malaysia kurang?

👉 Kalau kerja kosong kurang, kenapa negara ada 5.8 juta pekerja wargaasing?

5. PTPTN. Menggalakkan pelajar berhutang?

👉 PTPTN adalah pilihan. Tak nak berhutang jgn ambil. Tp soalan anda seterusnya, bagaimana nak belajar jika xde wang? Itu sy kata PTPTN itu bonus. Ehsan dari gomen. Yg perkenalkan PTPTN ni pun dewa kamu. 😉

...

Percaya cakap saya, negara akan musnah jika rakyat masih mempunyai mentaliti dunia ketiga.
Sayang. Atlet paralimpik kita sudah mampu tunjukkan kebolehan mereka pada dunia walaupun ada kekurangan. Dia yg lengkap sifat Allah bagi, masih tak mencapai level atlet2 kita itu.

Perosak tetap perosak. Khawarij tetap khawarij.





BETUL KE UMNO TAK NGERI, ATAU SEBENARNYA UMNO TERLEBIH NGERI KERANA MASIH TIDAK BERSEDIA?



Berkali-kali para pemimpin UMNO menyatakan kewujudan parti-parti politik baru seperti Cap Bunga dan Parti Apdal di Sabah, tidak akan mengancam UMNO, malah tidak menakutkan UMNO. Tidak itu sahaja, diberitakan pula kononnya parti-parti tersebut akan memberi kemenangan lebih mudah kepada UMNO kerana mereka saling berpecah dan berebut-rebut kerusi.

Dari satu segi, betullah seperti yang diperkatakan. Tetapi pada masa yang sama, ia seperti cuba menyembunyikan kelemahan ketara yang UMNO sudah terlepas pandang selama beberapa tahun, tidak sahaja kerana terlalu berkeyakinan besar tetapi juga kerana terleka dan tidak peduli.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor sekali lagi mengulangi Parti Apdal di Sabah tidak akan mengancam UMNO di negeri tersebut. (RUJUK SINI). Dan seperti biasa, penanda arasnya adalah sejarah silam. Fakta sejarah yang sudah tidak terpakai pada masa kini, memandangkan terdapat perkembangan dan kecenderungan yang pelbagai, terutama sekali di kalangan pengundi-pengundi muda.

Dan seperti biasa, hujah untuk menyokong pendapatnya adalah KESETIAAN KEPADA PARTI DAN PRESIDEN.

Ternyata Setiausaha Agung UMNO itu sebenarnya tidak sedar realiti sebenar yang sedang berlaku. Kesetiaan kepada parti dan presiden sebenarnya tidak melibatkan ahli-ahli marhein, sebaliknya melibatkan para pemimpin UMNO itu sendiri. Yang keluar dari UMNO adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Dan kemudian yang masuk kemudian diangkat serta dipuja sebagai pahlawan terhebat adalah pemimpin-pemimpin UMNO juga. Ahli-ahli UMNO marhein, kekal sebagai bola yang boleh ditendang sesuka hati.

Zaman ahli-ahli marhein menerima sahaja tanpa banyak soal, sudah lama berlalu. Zaman di mana ahli-ahli marhein mula mempersoalkan para pemimpin, kini terpampang jelas. Dan apabila ahli-ahli marhein tidak setuju atau berbulu mata melibat kelakuan serta gelagat para pemimpin UMNO, mereka membuat keputusan sendiri yang tidak tertakluk langsung dengan retorik para pemimpin UMNO seperti yang dilaung-laungkan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor.


Adakah pemimpin-pemimpin UMNO seperti Tengku Adnan Tengku Mansor sedar hakikat tersebut? Adakah dia sedar bahawa Melayu yang didaftarkan sebagai pengundi baru, tersangat kecil jumlahnya berbanding pengundi Cina walaupun Melayu dan Bumiputera adalah majoriti penduduk di negara ini?

Bersediakah atau tidak takutkah UMNO kalau pengundi berpotensi untuk parti itu sendiri gagal didaftarkan sebagai pengundi? Sedangkan pada masa yang sama, Cap Bunga yang baru ditubuhkan beberapa hari lepas, sedang giat mendaftarkan ahli di seluruh negara. Kewujudan ahli-ahli baru Cap Bunga, menandakan terlalu ramai yang UMNO terlepas pandang atau buat-buat tidak peduli.

Apakah yang telah dilakukan atau dipelajari sepanjang tempoh dari tahun 2013 sehabis PRU-13 yang menyaksikan BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga walaupun setelah pelbagai suapan diberikan kepada masyarakat Cina?

Cakap memanglah boleh bercakap untuk menyedapkan hati sendiri. Hakikat di bawah, ada dirasai atau tidak?

Atau sekadar cakap untuk mengampu semata-mata?


Sunday, September 25, 2016

HABISLAH MALAYSIA... HABISLAH NAJIB.... ZAHID HAMIDI BAWA MASUK SPY AMERIKA NAK TANGKAP NAJIB LA!!!!



Habislah Malaysia...

Habislah Najib...

Habislah Rosmah...

Zahid telah menderhaka kepada Najib...

Zahid cari fasal untuk memudahkan Najib dan Rosmah ditangkap oleh agen-agen perisikan Amerika Syarikat dengan membawa mereka masuk ke negara ini.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju kebankrapan, Malaysia amat terdedah kepada ancaman kuasa asing terutama sekali Amerika Syarikat.

Lagipun secara logiknya, sebagai sebuah negara bankrap, jadah apa pula pelaburan baru masuk ke negara ini. Mana ada dalam logik, sebuah negara bankrap akan menarik perhatian pelabur-pelabur asing, terutama sekali syarikat-syarikat besar yang berorientasikan keuntungan.

Motorola Solution Inc diberitakan akan menamatkan operasi di dua buah negara dan memindahkan operasi mereka ke Malaysia.

Bagi mereka yang terbuai dek teori konspirasi, apatah lagi teori kemuflisan Malaysia, sudah pasti berita ini akan disensasikan dan dikaburkan dengan elemen-elemen ala filem perisikan Hollywood.

Terutama yang sebelum ini cukup beriman dengan teori AKTA PATRIOT, Guantanamo Bay dan sebagainya, pastinya berita ini akan membawa bersama, The Avengers, James Bond, FBI, XXX, Captain America, dan pelbagai watak perisikan hebat Hollywood ke Malaysia bagi merealisasikan keinginan mereka untuk melihat Amerika Syarikat memberkas Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Cuma satu perkara yang tidak akan berani mereka sebut atau sentuh, di sebalik pemindahan operasi Motorola Solution Inc. yang sudah pasti dibuat berdasarkan kos dan keuntungan, tidakkah ia menyanggah tohmahan bahawa peluang pekerjaan telah tertutup di negara ini?

Tidakkah kehadiran Motorola Solution Inc. yang cuba bangkit kembali dalam industri komunikasi di Malaysia sebagai satu penanda aras bahawa Malaysia bahkan Najib Abdul Razak tidaklah seteruk seperti yang digambarkan?


AIKKK.... TAKDAK PULA MELALAK MELOLONG MACAM URA-URA NAK SAMAN RIZA AZIZ HARI TU YER?



HERAN JUGAK EH!!!

Hari tu bukan main berdegung-degang sembang kononnya Husam Musa sepatutnya disambut sebagai WIRA NEGARA yang cuba menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kebinasaan. Malah Husam Musa dan Matthias Chang diangkat sebagai pejuang yang tiada bandingannya kerana keberanian mereka menyaman anak tiri Riza Aziz dan rakan kongsinya serta Jho Low di Amerika Syarikat, sekaligus membuktikan segala tuduhan yang dibuat terhadap 1MDB menggunakan WSJ dan Sarawak Report, adalah satu kebenaran mutlak.

Namun akhirnya, sembang besar kekal sebagai sembang besar. Sembang besar yang sudah dari awal dikatakan, tidak akan membuktikan apa-apa selain daripada pembohongan yang cuba memperdayakan sebahagian daripada rakyat Malaysia terutama golongan yang amat percaya, awan adalah daratan di langit.

Husam Musa dan Matthias Chang telah menggugurkan saman mereka ke atas Riza Aziz dan rakan kongsinya serta syarikat mereka, Red Granite serta Jho Low. Tiada sebarang alasan diberikan sehingga ke saat ini.

Ironinya, berbanding sembang mereka kononnya mereka mahu 'menyelamatkan wang rakyat Malaysia' dengan menfailkan saman, pengguguran saman tersebut, langsung tidak menarik perhatian, apatah lagi diperkatakan oleh mereka yang kuat bergebang sewaktu Husam Musa dan Matthias menfailkan saman.

Tidak itu sahaja, tiada juga liputan yang dibuat oleh portal-portal berita yang sentiasa cuba mensensasikan apa-apa sahaja berita terutama yang membabitkan 1MDB dan Najib Abdul Razak.


Dari awal lagi telah diberitahu, saman yang difailkan oleh Husam dan Matthias penuh dengan kesilapan dan tuduhan-tuduhan palsu. Seperti contoh, kapal layar mewah, Topaz yang digunakan oleh Leonardo DiCaprio untuk belayar ke Brazil bagi menyaksikan Piala Dunia, bukannya ditempah oleh Jho Low sepertimana yang didakwa oleh Husam dan Matthias Chang. Namun pemberitahuan tersebut dikatakan sebagai MEMAKAN DEDAK dan JILAT JHO LOW.

Sedangkan hakikatnya, kapal layar tersebut adalah milik Syeikh Mansour, Pengerusi IPIC dan pemilik Manchester City dan dikatakan memiliki kekayaan bernilai lebih USD17 bilion.

Syeikh Mansour juga merupakan boss kepada Khadem Al-Qubasi, orang yang dituduh mengoperasikan Aabar palsu yang melabur dalam filem Wolf of Wall Street yang telah mengutip ratusan juta dollar dan diterbitkan oleh syarikat milik Riza Aziz.

Kita tengok apa lagi temberang yang akan dibuat selepas ini.

Terdapat juga berita yang mengatakan, DOJ Amerika Syarikat turut menggugurkan injunsi mereka terhadap Red Granite dan membenarkan syarikat tersebut beroperasi seperti biasa. (RUJUK DI SINI)

Saturday, September 24, 2016

MAIN-MAIN HAA.... LAWAN MAHATHIR KALU, NANTI KENA CAMPAK MASUK NERAKA WOOOO!!! TAKUTILAH MAHATHIR!!!



Besar kepala barangkali kerana dia bersama-sama Dr. Mahathir, maka Ainina Saaduddin, bekas ahli Wanita UMNO Langkawi yang kini sudah memasang angan-angan untuk menjadi Ketua Wanita Cap Bunga yang pertama, memberi amaran kepada Presiden PAS supaya takutkan Allah Taala dan bercakap benar.

Bercakap benar yang dimaksudkan oleh Ainina adalah dengan menyokong Mahatir dan menurut segala kata-katanya. Kalau menyanggah, bermakna itu adalah penipuan dan di hadapan Allah Taala nanti, orang berkenaan (baca: Haji Hadi) akan dipersoalkan dan seterusnya dicampakkan ke dalam neraka.

Main-main tu...

Menjadi orang politik terutama sekali jenis yang baru nak bergedik ekor seperti Ainina membuatkan mereka cukup yakin, mereka sedang menjalankan tugas bagi pihak Allah Taala. Mereka yang membuat keputusan dan mereka jugalah yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah menerusi sokongan atau keengganan menentang.

Hadi Awang dan PAS secara keseluruhannya menolak Deklarasi Rakyat yang diperjuangkan oleh Ainina sekaligus turut menyisihkan diri daripada mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan mahupun demonstrasi yang melibatkan Cap Bunga, DAP dan PKR.

Ketiadaan PAS dalam aktiviti-aktiviti berkenaan, membuatkan kesemua aktiviti tersebut menjadi tawar dan tidak meriah atau ramai seperti yang berlaku dalam mana-mana demonstrasi yang melibatkan PAS sebelum ini.

Ingatan yang diberikan oleh Ainina kepada Haji Hadi sebenarnya betul dan baik. Cuma apabila disuarakan oleh orang yang mempunyai kepentingan dan tidak mengamalkan apa yang dinasihatkan kepada orang lain.

Inilah kehebatan penyokong Mahathir kerana apabila membabitkan Mahathir, maka segala-galanya dibolehkan, termasuklah BERDOSA KALAU MENYANGGAH KEHENDAK DAN KATA-KATA MAHATHIR!!!


ANTARA PEMAKAN DEDAK, NAK COVER MALU ATAU MEMBETULKAN KEADAAN, PERMATA SEBENARNYA TAK PERLUKAN PUJIAN UNTUK HEBAT!!!



Cerita Rosmah 'ditarik' anugerah oleh UNESCO, begitu menyeronokkan untuk disensasikan. Dan pelbagai teori kita boleh baca, jumpa dan menggeleng-gelengkan kepala kerana lebih banyak tidak masuk akal berbanding fakta.

Ketua UNESCO, Irina Bokova dilihat cuba 'mententeramkan' keadaan selepas anugerah yang sepatutnya diterima oleh Rosmah Mansor, ditunda ke tahun hadapan hanya semata-mata diprovokasi oleh WSJ dan NYT.

Pujian-pujian yang diberikan oleh Irina Bokova kepada PERMATA dan peranan Rosmah Mansor, sebenarnya tidak diperlukan. Apatah lagi, Rosmah sendiri telah menolak pencalonan dan penerimaan anugerah tersebut.

Justeru, Irina Bokova yang membuat cadangan nama Rosmah Mansor tetapi majlis tersebut terpaksa ditunda kerana 'campurtangan' WSJ dan NYT, terpaksa melakukan sesuatu untuk 'membetulkan' keadaan.

Di sinilah masalah yang perlu diatasi segera.


Pengiktirafan telah lama diperolehi oleh PERMATA. Walaupun di dalam negeri, PERMATA dikutuk, dihina dan dicerca, jumlah penyertaan atau lebih tepat lagi penguasaan jumlah murid di bawah 5 tahun yang diambil oleh PERMATA, menceritakan perkara sebenar.

Tatkala orang Melayu dimomok-momokkan tentang keburukan PERMATA, orang lain pula berlumba-lumba mahu memasukkan anak mereka ke dalam institusi PERMATA. Walaupun mungkin sebahagian tadika PERMATA berada bersama-sama Tadika KEMAS di sesetengah tempat di kawasan bandar, komposisi kaum di dalam PERMATA dan KEMAS pula menceritakan hakikat sebenarnya.

Yang sering mereka pertikaikan adalah mengapa PERMATA wujud sedangkan sudah ada Tadika Perpaduan, Tadika KEMAS dan Pra-Sekolah. Yang mereka tidak tahu ialah, PERMATA mensasarkan kanak-kanak awal pembelajaran di bawah umur 5 tahun. Dan program PERMATA mendapat pengiktirafan, bahkan ditiru oleh banyak negara di dunia ini walaupun di Malaysia, orang Melayunya memandang sinis dan terus membiarkan mereka dimomok-momokkan oleh pihak tertentu agar PERMATA dimonopoli oleh sesuatu pihak sahaja.


PERMATA tidak perlukan pujian atau pengiktirafan menggunung kerana pujian dan pengiktirafan sebenarnya tidak mendatangkan keuntungan besar pun. Lainlah kalau PERMATA merupakan sebuah agensi pengiklanan.

Apa yang pasti ialah, PERMATA sebagai sebuah institusi yang melibatkan murid-murid awal pembelajaran, perlu membuktikan secara ketara tentang keberkesanan kewujudannya, bukannya sekadar pujian dan pengiktirafan menggunung sahaja.

Friday, September 23, 2016

JANGAN KEJI... JANGAN KUTUK... JANGAN MUNTAH... TELAN SAHAJA SEMUANYA SEBAB YANG BERCAKAP ADALAH TUN DR. MAHATHIR!!!



Dari tahun 1969, imejnya dibina sebagai seorang pejuang. Rata-rata orang Melayu-Bumiputera menerima hakikat tersebut bahawa dia adalah seorang pejuang bangsa, malah dialah yang telah memartabatkan bangsa Melayu-Bumiputera di persada antarabangsa. Tidak dengan itu, dialah yang mengeluarkan orang Melayu daripada kepompong sara hidup kepada hamba abdi kapitalis kaum kroninya.

Tanyalah sesiapa pun, yang pasti ramai termasuklah golongan muda yang lahir pada penghujung zaman pentadbirannya akan mengatakan, zaman pentadbiran dialah yang paling baik, paling hebat dan paling terbilang walaupun pada masa yang sama, pada zaman dia jugalah, rakyat paling banyak mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan pelbagai bayaran yang tidak pernah wujud sebelum zamannya seperti tol lebuhraya, kenaikan cukai serta kadar inflasi yang tinggi dan harga perkhidmatan serta barangan yang tinggi berbanding nisbah gaji atau upah kerja yang diperolehi, ditambah pula dengan gaji yang sangat kecil terutama sekali dari kalangan penjawat awam, tanpa elaun pelbagai yang dinikmati sekarang ini, mahupun dengan penawaran atau alternatif pilihan.

Kelebihannya hanya satu... mempergunakan dan memanipulasi penggunaan undang-undang negara, termasuklah mengenepikan kuasa DYMM Raja-Raja Melayu, selain menutup ruang-ruang kebebasan bermaklumat!

Dia sudah ganyut!

Dia sudah renta!

Dan dia barangkali sudah banyak lupa dengan apa yang dilakukannya dahulu!

Pun begitu, jasa-jasanya kepada negara, jangan sesekali dinafikan.

Tidak sepatutnya dia dikeji pada usia-usia tuanya itu kerana tanpa sebarang kejian tambahan pun, dia sebenarnya yang sedang mengeji dan melaknat dirinya sendiri. Dia sendiri yang membuka ruang dan mendedahkan penjalangan serta penjarahan serta pemerkosaan ke atas rakyat yang dilakukan semasa dia berkuasa dahulu.

Jangan kata, dia tidak membantu Melayu-Bumiputera. Kalau ada yang mengatakan begitu, bermakna, ia adalah satu pembohongan dan fitnah besar. Buktinya ialah, anak-anak lelakinya, saudara-maranya, bahkan saudara-mara sebelah isterinya menjadi orang-orang ternama yang menimbun-nimbun kekayaan mereka bahkan salah seorang anaknya merupakan antara orang terkaya di Malaysia.


Alasan yang diberikan ialah anaknya berniaga. Hanya anaknya sahaja yang berniaga. Anak orang lain tidak boleh berniaga. Kalau berniaga, itu bermakna perniagaan tersebut adalah wang rakyat Malaysia. Manakala anaknya pula berniaga bermodalkan wang tabungannya dari zaman dia menjadi doktor di Alor Star dahulu.

Telan sahajalah apa-apa sahaja yang dikatakannya, atau diperakuinya kerana kalau tak telan, nanti marah pula juak-juak pemujanya. Kalau dia kata, segala kekayaan itu adalah hasil pusaka datuk nenek moyangnya yang dibawa dari Cochin, terima sahajalah.... percaya sahajalah...

Kalau tidak, takkanlah ramai orang sepertinya jadi peguam dan memegang jawatan-jawatan penting menerusi 'kehebatan' masing-masing, termasuklah mengampu!!!


Thursday, September 22, 2016

ISU PROJEK IC SABAH MUNCUL SEMULA, CUMA KALI INI, LIM KIT SIANG DAH TUTUP MULUT SEBAB DAH 'UNTUNG'!!!



Panjang ceritanya kalau Lim Kit Siang kembali memperkatakan tentang pemberian kad pengenalan biru terutama sekali di Sabah. Akarnya akan berselirat kerana di kalangan kakitangan awam yang terlibat dalam proses pemberian kad pengenalan itu kepada warga asing, masih ada lagi yang berkhidmat. 

Walaupun mungkin untuk mendapatkan penjelasan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tentang isu berkenaan memandangkan ia berlaku secara berleluasa pada zaman pentadbirannya, sebagaimana yang disebut-sebut oleh Lim Kit Siang sebelum dia berbaik-baik dengan Mahathir, tetapi ia sudah pasti akan amat menjejaskan kerana ia melibatkan banyak pihak, banyak prosedur dan protokol yang telah dilanggar tetapi yang lebih penting, banyak amanah yang telah dirogol dan dijarah. 

Setakat ini, tiada sebarang usaha ke arah memastikan mereka yang memegang kad pengenalan Malaysia atau Mykad, benar-benar tulen. Malah semakin banyak pula tandatanya yang timbul ekoran wujudnya warga asing yang memegang kad pengenalan Malaysia dengan statusnya sebagai Melayu atau Bumiputera walaupun sekali imbas kita tahu, mereka langsung tidak mempunyai titisan darah Melayu atau boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Itu belum lagi ditambah dengan ketakutan dan penentangan keras DAP ? PKR terhadap penggunaan mesin biometrik untuk proses pengundian dalam pilihanraya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Sebaliknya mereka berkeras untuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengesanan dan pengesahan status kewarganegaraan pemilih yang berdaftar diketahui. 

Lim Kit Siang pernah membangkitkan tentang isu Projek IC yang melibatkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing pada zaman Mahathir. Tetapi Lim Kit Siang langsung tidak berani menyentuh tentang pemilikan kad pengenalan Malaysia oleh warga asing, sama ada palsu atau tulen yang jelas berpihak kepada DAP dalam bentuk pengundi.

Maka sewajarnya kita bertanya, apa sudah jadi dengan perjuangan Lim Kit Siang dan DAP dalam memerangi pemegang kad-kad pengenalan Malaysia di kalangan warga asing? Bagaimana pula dengan pemegang status PR dan Kad Pengenalan Merah atau permit kerja yang kemudian bertukar menjadi MYKAD dan sekarang ini dikatakan merupakan INDUSTRI YANG PALING MENGUNTUNGKAN?

Mengapa masih dan berterusan menentang penggunaan mesin biometrik dalam proses pengundian pilihanraya di negara ini kalau benar puak-puak seperti Lim Kit Siang dan DAP memperjuangkan Malaysia untuk rakyat Malaysia, bukannya warga asing yang boleh mengundi untuk parti mereka?


Wednesday, September 21, 2016

ALAMAK!!! SIAPA YANG DIMAKSUDKAN OLEH KDYMM SULTAN JOHOR TENTANG 'ORANG TUA YANG HILANG AKAL'!!!



Barangkali kalau Mahathir masih lagi berkuasa, harus juga dia memanggil Sidang Dewan Rakyat tergempar untuk meluluskan akta yang tidak membenarkan raja-raja Melayu mengata dirinya.

Mujurlah yang memimpin kerajaan sekarang adalah Najib. Walaupun pelbagai keburukan daripada sikap lemah-lembut dan keterbukaan keterlaluan Najib termasuklah membenarkan kebebasan bersuara yang bukan-bukan, tetapi setidak-tidaknya, belum ada lagi akta yang mengehadkan kuasa raja-raja mahupun titah raja-raja yang diusulkan atau diluluskan oleh Parlimen pada zamannya.

Selepas jatuh air muka apabila penghadapannya dan acumannya kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak berjaya memandangkan akta yang diluluskan pada zamannya sendiri membuatkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa, titah daripada KDYMM Paduka Sultan Johor pula tidak ubah seperti menabur garam di atas luka berdarah. 


Memang sangat pedih apabila KDYMM Sultan Johor yang menitahkan rakyat agar tidak mempedulikan 'orang tua' yang sudah hilang akal ketika menyentuh hal perpecahan di kalangan rakyat.

Sebenarnya, ada kebenaran daripada titah KDYMM Sultan Johor itu. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, Mahathir sebenarnya sudah banyak melakukan jasa kepada negara ini walaupun jasa-jasanya mungkin boleh dipertikaikan antara kepentingan negara dan kepentingan tembolok kroni. Namun yang pasti, Mahathir berjasa dalam mengubah banyak perkara di negara ini walaupun akhirnya rakyat juga yang terpaksa membayar harga mahal daripada perubahan berkenaan.


Tidak selayaknya untuk melayan orang tua itu dengan layanan seperti sekarang kerana dia barangkali melakukan segala-galanya di luar kewarasan dan sedarnya. Usianya yang lanjut dan tenaganya yang semakin berkurang, seharusnya membuatkan kita menghargainya semasa dia masih ada. Cerita-cerita tentang PERJUANGAN RAKYAT, hanyalah momokan daripada orang sekelilingnya yang sedang mencari kepentingan diri setelah kepentingan mereka dipotong atau dimansuhkan oleh pentadbiran pada hari ini.

Sebagai seorang tua yang sudah nyanyuk, maka sewajarnya Mahathir dibiarkan sahaja selagimana dia tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan diri atau orang lain. Tetapi kalau sudah terlalu mudarat, sewajarnya juga pemerintah sekarang perlu memikirkan kaedah TAHANAN DALAM RUMAH demi menyelamatkan dirinya sendiri sepertimana yang dilakukan oleh SUHARTO TERHADAP SOEKARNO di Indonesia.



TONY PUA GELARKAN AZMIN ALI 'BODOH' SEBAB TAK MAHU IKUT PERINTAH LIM KIT SIANG!!!



Mentang-mentanglah Cap Bunga sudah bersama-sama mereka, dan mentang-mentanglah juga Tony Pua sudah terdedah sebagai 'planted' bekas Pengerusi Kroni Sdn Bhd yang sekarang ini menjadi Pengerusi Parti Cap Bunga (kroni) ke dalam DAP, secara berterus-terang Tony Pua tidak lagi berselindung menempelak Azmin Ali. 

Azmin Ali dipanggil sebagai BODOH hanya semata-mata kerana enggan mendengar atau mematuhi titah perintah Lim Kit Siang yang membuat keputusan dalam mesyuarat tergempar DAP malam tadi.

Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR itu menolak cadangan untuk membubarkan DUN Selangor bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Selangor bagi mengelakkan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya di Selangor walaupun DAP kurang berkeyakinan untuk meraih kemenangan seperti PRU-13. Namun menurut Tony Pua, adalah satu kebodohan seandainya pilihanraya negeri hanya diadakan selepas persempadanan semula selesai. 

Menurut Tony Pua lagi, DAP akan menghantar cadangan tersebut ke Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan untuk keputusan akhir.

Semalam, Azmin Ali menolak cadangan tersebut dan berkata, Kerajaan Negeri Selangor sedia ada perlu melengkapkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

Agak menghairankan kerana 'orang pandai' seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang seperti tidak faham tentang Akta Pilihanraya. Sebabnya, setiap persempadanan semula sama ada DUN mahupun Parlimen perlu dibawa ke sidang DUN atau Dewan Rakyat terlebih dahulu untuk dibahas dan diluluskan.

Persempadanan semula yang melibatkan pertambahan kerusi, ianya perlu mendapat majoriti 2/3 ADUN atau Ahli Parlimen. Manakala persempadanan semula yang tidak melibatkan pertambahan kerusi, cukup dengan sokongan majoriti mudah ADUN atau Ahli Parlimen sahaja. 

Dalam kes di Selangor, jumlah keseluruhan kerusi DUN adalah 56. BN hanya memperolehi 12 kerusi DUN sahaja, manakala selebihnya dikuasai oleh tiga parti yang menubuhkan Kerajaan Campuran yang dahulunya dikenali sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat. 12 Kerusi BN tidak membolehkan ADUN-ADUN BN menyokong atau meluluskan persempadanan semula itu!


AJARAN BARU 'AGAMA' ZAID IBRAHIM... KITA DIBENARKAN MENGHINA DAN MENGUTUK ULAMA... YANG TAK BOLEH DIKUTUK, SI TUA MAHATHIR JER!!!



Berkata orang yang berkongsi minat terhadap kuda dengan Tun Dr. Mahathir, TIDAK SALAH kalau kita hendak mengutuk, menghina, mencerca mahupun memaki hamun tokoh-tokoh agama termasuklah para mufti adalah tidak salah sama sekali. Malah kita dibolehkan berbuat demikian kerana mereka hanyalah manusia biasa dan kedudukan mereka tidak sama dengan ALLAH.

Yang tidak dibenarkan memaki hamun hanyalah kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan terutama sekali Tun Dr. Mahathir kerana ketiga-tiga orang ini adalah BERHALA HIDUP yang memberikan keuntungan besar kepada perjuangan pembangkang.

Zaid mengulas tentang penangkapan Sidek Kamiso kerana 'menghina Islam' berhubung tweet Sidek semasa kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Haron Din. Zaid mempersoalkan penangkapan Sidek yang menurutnya, tidak seharusnya dilayan seperti penjihad dari DAESH dan permohonan reman ke atasnya oleh polis. 

Permohonan reman ke atas Sidek Kamiso bagaimanapun, ditolak oleh majistret di Johor.

Bagi Zaid, membuat tweet walau dengan ayat-ayat apa sekalipun, bukanlah satu kesalahan dan ia tidak boleh dipandang serius. Sebaliknya yang bersalah adalah umat Islam di negara ini yang terlalu sensitif dan terlalu menganggap segala-galanya adalah 'menghina Islam' sedangkan mereka sendiri tidak tahu maksudnya. 

Menurutnya lagi, sebagai contoh, jikalau dia hendak mengatakan sesuatu yang biadap terhadap Abdul Hadi Awang atau Nasruddin Hassan Tantawi yang merupakan Ketua Penerangan PAS, ia adalah satu perkara yang dibolehkan dan tidak salah.

"Sesetengah orang terlalu memandang tinggi orang-orang tertentu yang berimejkan agama sehinggakan kita tidak dibenarkan menyentuh mereka di luar kehormatan peribadi, sedangkan tiada apa atau sesiapa pun yang berkedudukan sama dengan Allah. Menghina mereka tidak seharusnya mengundang dakwaan jenayah." (RUJUK SINI)

Dalam ajaran Zaid Ibrahim, orang Islam tidak seharusnya cepat membuat kesimpulan hanya kerana sebilangan pemimpin mereka memakai serban dihina, maka ianya bermaksud menghina Islam. Apatah lagi ahli-ahli politik tidak terlindung daripada elemen penghinaan walaupun setelah mereka meninggal dunia.

Itu fatwa dan ijtihad Zaid Ibrahim la... yang pasti fatwa dan ijtihad tersebut, sudah pasti akan berubah apabila terkena ke batang hidungnya sendiri sepertimana yang berlaku kepada Lim Guan Eng yang cukup pakar menggunakan mahkamah dan perundangan untuk menghentikan penghinaan ke atas perbuatan dan dirinya.