Pages

Tuesday, October 31, 2017

KETAMAKAN DAP GAGAL MENGURANGKAN KEBERANIAN PKR, PAN DAN PARTI CAP BUNGA!!!



Selepas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyatakan secara berterus-terang bahawa DAP akan menambah bilangan kerusi yang akan ditandinginya di Selangor membabitkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS sebelum ini, DAP di seluruh negara terus memburu pertambahan kerusi di negeri-negeri bukan dominan DAP. 

Di Kedah, perbalahan kecil tercetus selepas DAP menyuarakan keinginan untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin PKR yang sudah berangan-angan untuk menjadi Ahli Parlimen di samping sebagai ADUN seperti Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani masakini. 

DAP beranggapan, parti mereka adalah dominan. Justeru, tidak ada mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan yang boleh mengatasi kehendak mereka. 

8 kerusi DUN Selangor yang hendak ditandingi oleh DAP adalah kerusi-kerusi yang sekarang ini dikuasai oleh PAS. Alasan yang diberikan oleh DAP ialah, kerusi-kerusi berkenaan menyaksikan peratusan masyarakat pengundi bukan Melayu yang cukup ramai sekaligus memberi peluang kepada DAP untuk menguasainya. 

PAS pula telah diterajang keluar dari Pakatan pada penghujung tahun lepas oleh Lim Guan Eng dan DAP sendiri setelah PAS berkeras untuk terus membentangkan usul pemerkasaan undang-undang dan mahkamah syariah RUU355, yang kemudian dipolitikkan oleh DAP sebagai undang-undang hudud yang mahu memaksa agama Islam ke atas penganut-penganut bukan Islam di negara ini. 

Sepatutnya, selepas PAS dikeluarkan dari Pakatan, tempat parti tersebut diambilalih oleh Parti Amanah Negara (PAN). Dengan kata lain, 15 kerusi DUN yang 'dikosongkan' oleh PAS sekarang ini, akan diambilalih oleh PAN untuk konsesi di dalam Pakatan Harapan. Pembahagian turut melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang pastinya akan turut bertanding menentang UMNO dan PAS. 

Malangnya, persetujuan sebegitu tidak berlaku. 

Di Kelantan dan Terengganu, Penyelarasi Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu, Lee Chin Chen dan pemimpin DAP Kelantan, Chua Chin Hui pula menyatakan hasrat DAP untuk bertanding di kerusi-kerusi DUN Kota Lama dan Galas pada PRU-14.

Pada PRU lalu, Kota Lama dimenangi calon PAS dengan undi majoriti 6,618 undi manakala DUN Galas, PAS kalah dengan majoriti 1,301 undi. Secara logiknya, di Kota Lama dan Galas, yang berhak meletakkan calon menggantikan PAS adalah PAN bukannya DAP.

Maka timbullah pertanyaan, mengapa hanya DAP yang beria-ia mahu mengambilalih kerusi-kerusi berkenaan, baik di Sabah, Selangor, Kedah, Johor mahupun Kelantan berbanding menyerahkannya kepada PKR, PAN mahupun PPBM. Sedangkan pada masa yang sama, ketiga-tiga parti tersebut tidak pula kedengaran cerita atau desas-desus mahu mengambilalih kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP.

Seandainya alasan DAP mahu bertanding di kerusi-kerusi tersebut yang merupakan kerusi bermajoriti Melayu bagi memadam tanggapan negatif bahawa parti itu adalah chauvinis, mengapa pula DAP tidak menyerahkan sebahagian daripada kerusi yang ditandinginya yang bermajoritikan pengundi bukan Melayu kepada PKR, PAN mahupun PPBM?

Nyatalah, ketamakan DAP adalah motif sebenar. Manakala tiga buah parti lain yang menjadi sekutunya pula terdiri daripada parti-parti penakut yang tidak berani mengeluarkan sebarang bantahan kepada penguasaan Lim anak beranak. Mereka hanya tahu mengangguk dan mengiyakan walaupun di belakang, mereka merungut-rungut.
Dan tidak hairanlah mengapa wujud tanggapan, undi Pakatan bererti undi DAP!


Sunday, October 29, 2017

ARAHAN SPIN ISU BAJET 2018 TIDAK MAMPU TUTUP ISU TANAH RUNTUH BUNUH 11 ORANG DI TANJUNG BUNGAH!!!



Ketika DAP sedang bermati-matian untuk mengepung undi-undi Melayu-Bumiputera terutama sekali umat Islam selepas PAS tidak lagi bersama-sama mereka dalam Pakatan, fenomena ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP keluar parti pula yang berlaku.

DAP yang dibarisi oleh kumpulan yang sentiasa angguk dan mengangkat Lim Guan Eng sebagai Maharaja Besar Cina Malaysia, cuba mengalihkan perhatian masyarakat pengundi Cina khususnya daripada masalah yang sedang mereka hadapi dengan isu Bajet 2018 yang gambaran diberikan ialah memufliskan negara.

Bantuan daripada akhbar-akhbar berbahasa Cina khususnya seperti China Press, membolehkan berita aib di dalam DAP, berjaya ditutup sebaliknya lebih banyak perhatian dan perbahasan diberikan kepada Bajet 2018 yang disifatkan sebagai gula-gula politik.

Minggu lepas, satu insiden tanah runtuh di tapak pembinaan sebuah menara kediaman sederhana mewah berketinggian 50 tingkat telah mengorbankan 11 orang nyawa dan melibatkan lebih 20 orang mangsa.

DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan para penjilatnya berkungfu sakan untuk mengelak daripada bertanggungjawab. Mereka menyalahkan pelbagai pihak termasuklah Jabatan Alam Sekitar dan Laporan Alam Sekitar. Malahan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy tanpa sedikit pun rasa malu dan segan bertegas menyatakan, projek di lereng bukit itu sebenarnya terletak di atas tanah rata. Laporan Alam Sekitar dan penolakan Jabatan Alam Sekitar berhubung projek tersebut, langsung tidak dimasukkan dalam hujahnya, sebaliknya Lim Guan Eng pula berkata, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang lebih berautoriti berbanding Jabatan Alam Sekitar dalam membuat penilaian di kawasan yang mengorbankan 11 orang itu termasuklah seorang penyelia dari kaum Cina berusia awal 20-an.

Hampir kesemua orang faham, DAP sebenarnya amat bimbang dengan campurtangan SPRM. Penggunaan Datuk Bandar Pulau Pinang yang menjawab bagi pihak Lim Guan Eng, jelas menunjukkan ketakutan dan kegusaran luar biasa Lim Guan Eng berhubung isu tersebut.

Dan apabila DAP bersungguh-sungguh menentang Bajet 2018 dengan pelbagai alasan dan hujah lunak, terutama sekali membabitkan 'kesihatan kewangan' negara, memang jelaslah yang DAP sebenarnya cuba mengalihkan perhatian.

Namun isu Bajet 2018 dengan isu keselamatan rakyat, tidak boleh dikompromi sama sekali.


Dek kerana itulah, ADUN Tanjung Bungah yang sudah beberapa kali menyuarakan tentangannya berhubung kelulusan dan kecenderungan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memusnahkan alam sekitar terutama sekali lereng dan puncak bukit untuk mencari keuntungan besar, bertindak keluar parti.

Sebelum ini, di Sabah dan Melaka selain di Teluk Datuk Selangor, pemimpin-pemimpin DAP bertindak keluar parti. Hari ini Teh Yee Cheu, ADUN Tanjung Bungah pula.

Teh mengatakan ini adalah penggal terakhirnya di dalam DAP. Dia sudah hilang keyakinan kepada perjuangan DAP. Tiada 'reform' dalam DAP, katanya.

Kemuncak ketidakpuasan hati Teh adalah dalam insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah minggu lepas yang mengorbankan 11 nyawa. Pimpinan DAP negeri cuba berdalih kononnya pembinaan tersebut dilakuan di atas tanah datar sedangkan dia sendiri telah kemukkan bukti bahawa ianya berlaku atas cerun bukit.

Menurut Teh, parti itu tahu hakikat tersebut namun berdalih kepada rakyat. DAP menurutnya bukan sahaja rasuah tetapi turut membohongi rakyat.


PARA PEMIMPIN DAP JADI GILA EKORAN BAJET 2018 YANG MELEBIHKAN RAKYAT MARHEIN!!!



Bajet 2018 menyaksikan pesta perbalahan dan tudingan jari secara besar-besaran. Para pemimpin Pakatan Harapan, khususnya dari DAP, PKR dan PAN beranggapan Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 sebagai Bajet Gula-Gula kerana terlalu banyak pemberian kepada rakyat pelbagai lapisan ketika hampir PRU-14.

Secara khusus, Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor pula, amat terpukul dengan pembentangan yang dibuat oleh Najib Abdul Razak apabila banyak segmen dalam Bajet tersebut tersebut, bukan sahaja menyanggah kredibiliti mereka, tetapi juga membuktikan bahawa Najib berjaya mengawalselia ekonomi serta kewangan negara dengan cara yang lebih baik biarpun pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan setiap masa meratibkan ekonomi dan kewangan negara berada dalam keadaan yang sangat daif.

Negara sudah muflis, kata mereka.

Tony Pua dalam ulasannya tentang Bajet 2018 menyatakan, tiada apa-apa yang menarik tentang Bajet memandangkan kebergantungan kerajaan kepada cukai. Gambaran yang diberikan ialah, Kerajaan di bawah Najib Abdul Razak akan menaikkan kadar cukai, memperkenalkan cukai-cukai baru dan menguatkuasakan cukai ke atas rakyat dan sektor korporat untuk mengisi kantung yang sudah kosong kerana 'pembaziran' yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak.

DAP secara keseluruhan menentang Bajet 2018 yang memberikan tumpuan dan peruntukan berganda kepada kumpulan B40 yang merupakan kelompok majoriti termasuklah peruntukan untuk TEKUN, AIM, IKS dan sebagainya. Peruntukan berganda kepada kumpulan sasar tersebut telah menyebabkan belanja pengurusan meningkat.



Walaupun tidak menyatakannya secara berterus-terang, DAP juga menentang subsidi kesihatan yang tinggi di bawah Najib Abdul Razak, subsidi pendidikan, gas memasak, BR1M, bantuan kepada para petani, peladang, penoreh, nelayan dan pelajar, geran pembangunan usahawan dan apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan masyarakat bawahan. Malah, DAP juga menentang pemberian peruntukan kepada kakitangan awam memandangkan sudah beberapa kali DAP menyuarakan rasa tidak puas hati dengan jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai di negara ini.

Maka disebabkan itulah, DAP bercakap tentang BAJET DESIFIT yang bagi mereka sangat buruk. Sedangkan untuk mewujudkan BAJET BERIMBANG atau BAJET SURPLUS yang digambarkan oleh DAP, bukannya satu perkara yang susah bagi Kerajaan. Apa yang kerajaan perlu lakukan ialah memotong dan menghapuskan kesemua peruntukan tersebut. Malah gaji dan peruntukan untuk kakitangan awam juga dipotong atau dikecilkan. Lebihan dalam bajet sudah pasti wujud, malah negara akan mempunyai wang tidak guna yang lebih banyak.

Nyata, pemberian dan peruntukan terus kepada rakyat, amat tidak menyenangkan DAP kerana beranggapan rakyat tidak penting. Bagi DAP dan Pakatan, wang negara perlu disimpan dan rakyat perlu mencari wang sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan seperti yang berlaku pada era sebelumnya. Sekaligus akan menimbulkan tekanan kepada rakyat, rakyat akan marah dan akhirnya Kerajaan Najib Abdul Razak boleh digulingkan dengan mudah kerana mengabaikan rakyat.

Akal!!!






Wednesday, October 25, 2017

GAGAL MENGELAK DARIPADA DIBICARAKAN KERANA KES BAFIA, RAFIZI SALAHKAN NAJIB DAN KERAJAAN JUGA?!!!



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah diarahkan untuk membela diri bagi tuduhan mendedahkan kerahsiaan perbankan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

NFCorp merupakan syarikat swasta yang diberikan konsesi fidlot daripada National Feedlot Centre (NFC). NFC merupakan milik penuh kerajaan.

Turut dituduh bersama-samanya adalah kerani bank, Johari Mohamad. Dia telah diarahkan hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar untuk membela diri kerana bersubahat dengan Rafizi Ramli. 

Hakim membuat keputusan tersebut selepas mendapat ada kes prima facie terhadap Rafizi dan Johari. 

Menurutnya, dia berpuas hati, pihak pendakwa berjaya membuktikan semua elemen undang-undang terhadap kedua-dua tertuduh. 

Rafizi didakwa mempunyai akses ke atas profil dokumen-dokumen empat pelanggan bank membabitkan NFCorp, National Meat and Livestock Sdn. Bhd, Agroscience Industries Sdn. Bhd dan ke atas Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. 

Dia turut dituduh mendedahkan dokumen-dokumen tersebut kepada pihak media dan wartawan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1 pada 7 Mac 2012. 

Rafizi didakwa kerana mendedahkan perincian tersebut yang dilindungi di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA). Manakala Johari pula didakwa kerana bersubahat dengan Rafizi melakukan kesalahan yang sama, di tempat dan tarikh yang sama. 

Nasib malang terus mengiringi Rafizi. Setelah bertahun-tahun cuba mengelak, bahkan menggunakan semua peluang undang-undang untuk mengenepikan tuduhan tersebut, termasuklah membuat tuduhan Kerajaan Najib Abdul Razak menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi penyelewengan walaupun sebenarnya dialah yang melanggar undang-undang, akhirnya dia perlu juga berhadapan dengan perbicaraan melibatkan undang-undang BAFIA. 

Undang-undang BAFIA merupakan undang-undang yang digunakan dan diterimapakai di seluruh dunia. 


Rafizi gagal menggugurkan kes BAFIA itu dan hakim mengarahkannya untuk membela diri. Bahkan hakim juga berkata, kes tersebut yang sudah tertangguh selama 5 tahun, perlu dipercepatkan dan mengarahkan para peguam untuk mencari tarikh yang paling hampir untuk memulakan prosiding. 

Ternyata Rafizi tidak berpuas hati dan menyalahkan Najib. Sedangkan dialah yang menangguh-nangguhkan kes tersebut dengan mencabar peruntukan undang-undang beberapa kali, bahkan mempertikaikan hakim yang mengadili kesnya juga beberapa kali. 

Pada 1 November 2016, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Rafizi membayar sebanyak RM200,000 kepada Mohamad Salleh Ismail dan NFCorp sebagai gantirugi berhubung fitnah pembelian hartanah KL Eco City. Rafizi juga diarahkan membuat bayaran sebanyak RM100,000 sebagai kos mahkamah. 

Dalam taktiknya cuba melengah-lengahkan masa, Salleh kemudiannya mengambil tindakan pengisytiharan muflis ke atas Rafizi Ramli. Pengisytiharan tersebut membuatkan Rafizi kelam-kabut dan memberikan pelbagai alasan selain mula memungut derma dari orang ramai dan penyokong. Hasilnya, dia berjaya memperolehi lebih RM1.5 juta yang turut menyaksikan satu lagi polemik dan kontroversi berlaku membabitkannya dan Latheefa Koya, salah seorang pemimpin utama PKR. 


Tuesday, October 24, 2017

TONY PUA KATA BAJET PH LAGI BAGUS BERBANDING 'GULA-GULA NAJIB', TAPI DI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG PEKUP TELUR SENDIRI!!!



Menjelang ucapan Bajet 2018 pada Jumaat nanti, Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mula kelam-kabut. Berbanding sebelum ini, ketirisan maklumat yang membolehkan Pakatan meniru teks dan dokumen Bajet, kini seolah-olah telah berjaya diatasi membuatkan ramai pemimpin DAP terutama sekali Tony Pua tertanya-tanya dan meneka-neka. 

Tony Pua dalam satu kenyataannya, meminta agar Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Pertama tidak menyebut tentang Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang jauh meningkat berbanding pembohongan-pembohongan dan tohmahan yang dilakukan oleh Tony Pua dan gerombolan DAP sendiri. Alasan Tony Pua, walaupun KDNK meningkat, ianya tidak memberikan kesan secara langsung kepada rakyat negara ini (RUJUK SINI)

Sebaliknya Tony Pua menuntut Najib bercakap dan membentangkan tentang inflasi yang menurutnya telah meningkat dengan pantas ekoran kejatuhan ekonomi negara, walaupun satu dunia sedang mengalami pemulihan ekoran krisis ekonomi global yang kritikal pada pertengahan 2009. Tony Pua selagi boleh enggan rakyat Malaysia tahu dan sedar, kehidupan di negara ini masih lagi selesa berbanding negara-negara lain walaupun Malaysia mengalami kesan krisis ekonomi global itu menerusi kejatuhan mata wang, pengurangan nilai eksport dan kenaikan kos import dan sebagainya. 

Berbohong menggunakan manipulasi angka merupakan kemahiran Tony Pua. Bagaimanapun, sudah berulang-ulang kali dia disanggah dan dimalukan. Malah dia telah dicabar berdebat oleh Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Eric See-Toh dalam beberapa isu kewangan dan ekonomi. Bagaimanapun, Tony Pua memilih untuk menjadi pengecut dan kemudian berkata, dia tidak akan berdebat dengan Eric See-To yang 'bukan siapa-siapa' sebagai cara untuk menutup malunya. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mengalihkan tumpuan dan perhatian seluruh dunia terhadap tragedi tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir oleh DAP. 

DAP di Pulau Pinang sedang sibuk mencari-cari salah pihak lain tanpa sedikit pun mahu menyalahkan diri sendiri berhubung tragedi tersebut. Chow Kon Yeow yang dilihat telah dipaksa oleh Lim Guan Eng untuk bercakap bagi pihaknya walaupun jawatan Exco Kemajuan Tanah dipegang oleh Lim Guan Eng selain pembabitan Betty Chew, isteri Guan Eng secara tidak langsung dalam urusan hartanah di Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang terpaksa menghadap media. 

Dan seperti biasa, Chow Kon Yeow mempertahankan sikap pengecut dan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng dan berkata, desakan agar Lim Guan Eng meletakkan jawatan adalah 'tidak adil'. 

Menurutnya, tragedi yang berlaku pada pagi Sabtu itu, mempunyai kaitan dengan pengurusan tapak pembinaan berbanding pembangunan haram lereng bukit atau mana-mana isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang. 

Pelbagai pihak telah menggesa agar diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi tersebut, malahan mengancam akan menarik sokongan mereka terhadap DAP pada PRU-14 nanti. 

Chow Kon Yeow berkata, adalah tidak adil untuk mendesak Lim Guan Eng meletak jawatan sedangkan kemalangan di tapak pembinaan berlaku hampir setiap hari di seluruh negara. Walau bagaimanapun, pembelaan yang dibuat oleh Chow Kon Yeow itu segera disanggah memandangkan kelulusan tapak pembinaan tersebut telah dibuat oleh PBT dan Kerajaan Negeri walaupun tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar.

Kerajaan Negeri DAP cuba menyalahkan pemaju. Bahkan ADUN Seri Delima yang diketahui amat anti dengan Melayu dan Islam bertanya mengapa Perdana Menteri atau menteri-menteri tertentu tidak meletak jawatan apabila Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang guru. (RUJUK SINI)



BILA NURUL IZZAH MULA MUNCUL DI KALANGAN ORANG RAMAI, ITU TANDANYA PILIHANRAYA DAH TERLALU HAMPIR!!!



Kebanyakan wakil rakyat dari BN, amat takut kalau wujud rungutan kalangan rakyat terutama dari kawasan yang diwakili, batang hidung mereka susah ditemui. Cukup pantas memunculkan diri kalau tiba-tiba berita si wakil rakyat sedang berlibur di mana-mana tetapi orang kawasan sukar hendak bertemu dengannya, bagi mengelakkan persepsi lebih buruk pada batang tubuhnya. Atau cukup takut kalau-kalau kesombongannya kerana gagal membawa suara rakyat di kawasan yang diwakili, akan menyebabkan namanya tidak tercalon pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, keadaannya tidak begitu bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, terutama sekali dari PKR atau DAP. Mereka tidak memerlukan rakyat untuk membuktikan yang mereka memang wakil rakyat yang dikehendaki. Hampir kesemua mereka, hanya memerlukan isu-isu nasional dan media untuk mempopularkan diri, sekaligus membuktikan kononnya mereka berjuang untuk rakyat walaupun pada masa yang sama, banyak masalah rakyat di kawasan yang diwakili, tidak dihiraukan dan dipedulikan.

Taktik mulai berubah apabila tempoh dan mandat Parlimen semakin hampir ke penghujungnya. Dengan kata lain, PRU sudah terlalu hampir untuk dilaksanakan.

Pada ketika inilah, wakil-wakil rakyat dari Pakatan mulai keluar dari 'persembunyian' masing-masing. Kalau selama ini, entah apa sibuknya mereka sehingga tidak ada masa untuk bertemu rakyat, kini merekalah yang paling sibuk hendak bertemu dengan rakyat. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, termasuklah merangkak dalam longkang, bahkan memegang dan menyentuh orang miskin yang berbadan kotor dan hamis sebagai menunjukkan keprihatinan dan ambil berat mereka.

Dalam masa beberapa bulan dari tarikh akhir PRU, mereka membina persepsi sebaik-baik dan sepositif mungkin. Kepercayaan bahawa lakonan pada saat-saat akhir akan memberikan impak yang lebih baik berbanding bekerja keras dari awal mandat, sebenarnya terbukti apabila mereka berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.

Salah seorang daripada mereka adalah Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang mewakili Parlimen Lembah Pantai.

Sepanjang bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal, TIDAK ADA SATU PERKARA KEBAIKAN untuk rakyat di kawasan berkenaan dilakukan oleh Nurul Izzah. Nurul Izzah juga tidak pernah menyuarakan sebarang masalah rakyat semasa persidangan Parlimen. Sebaliknya Nurul Izzah terlalu sibuk dengan pelbagai isu-isu sensasi yang tidak ada kena-mengena dengan Parlimen Lembah Pantai, termasuklah lakonan-lakonan liberalnya.

Hampir kesemua masalah rakyat di Lembah Pantai akan ditangani oleh UMNO dan Barisan Nasional meskipun pada PRU-13, calon BN kalah di tangan Nurul Izzah setelah Naib Presiden PKR itu menggunakan fitnah untuk menang.

Nurul Izzah kemudiannya meminta maaf dan menangis semasa di mahkamah setelah kalah dalam saman fitnah dengan Raja Nong Chik, calon BN Parlimen Lembah Pantai PRU-13. Raja Nong Chik bagaimanapun memilih untuk penyelesaian luar mahkamah dan tidak meminta ganti rugi setelah 'terpedaya' dengan air mata Nurul Izzah yang tidak pernah serik melakukan fitnah dan pembohongan.

Sekarang, Nurul Izzah muncul kembali di Lembah Pantai.

Dan Nurul Izzah tidak bersendirian kerana kebanyakan wakil rakyat Pakatan, turut mulai menampakkan diri di kawasan masing-masing sambil mereka memburuk-burukkan parti lawan walaupun pemimpin-pemimpin parti lawan itulah yang menjalankan peranan sepanjang kehilangan wakil-wakil rakyat tersebut.

Ironinya, rakyat dan pengundi masih tetap terpedaya dengan taktik murahan seperti itu. Nurul Izzah dan para pemimpin Pakatan masih boleh berkerjaya politik walaupun mereka adalah pemalas dan tidak peduli pun tentang rakyat kerana rakyat sendiri yang terlalu buta untuk menilai!


Monday, October 23, 2017

CEO MAS YANG AKAN BALIK KE KAMPUNGNYA DI IRELAND, BENAR-BENAR MEMALUKAN DR. MAHATHIR!!!



Dr. Mahathir sebenarnya malu besar apabila rahsia bagaimana syarikat penerbangan Malaysia MAS telah dibankrapkannya semata-mata untuk menutup sedikit kerugian perjudian FOREX yang bernilai lebih RM30 bilion. Hampir kesemua butiran penjualan, pengambilalihan dan pemindahan saham serta ekuiti termasuklah penganugerahan MRO MAS kepada kroni utama yang juga 'rakan kongsi'nya ladang kuda di Argentina, Tan Sri Arumugam turut diperkatakan. 

Campurtangan Mahathir secara berterusan di dalam syarikat penerbangan nasional itu, menyaksikan MAS hampir dihentikan operasinya. Hanya pada era Najib Abdul Razak sahajalah, barulah MAS mula mencatatkan keuntungan iaitu pada suku tahun pertama tahun ini. Sebelum itu, kerugiannya mencecah berbilion ringgit.

Pentadbiran Najib Abdul Razak telah melakukan transformasi besar-besaran terhadap MAS bagi memulihkan kembali syarikat penerbangan nasional itu. Pentadbiran dan pengurusan MAS mula dipinda dengan memasukkan mereka yang lebih mahir dalam industri aviasi berbanding melantik orang politik. 

Hasilnya ialah perlantikan Peter Bellew, salah seorang figura penting industri aviasi yang berasal dari Ireland untuk menjadi CEO MAS. Bagaimanapun, selepas MAS mula menampakkan kesan-kesan positif daripada transformasi dan reformasi itu terutama menerusi catatan keuntungan, selain rancangan pembelian pesawat-pesawat baru bagi menggantikan pesawat-pesawat lama yang sudah usang, Peter Bellew akhirnya memutuskan untuk 'balik kampung' bagi menabur khidmatnya kepada Ryan Air, salah seorang syarikat penerbangan terbesar di Ireland. 

Mahathir mengambil kesempatan itu untuk memperkecil-kecilkan dan menghina Najib Abdul Razak. Dikatakannya, Peter Bellew terpaksa meletak jawatan kerana campurtangan secara langsung Najib Abdul Razak sepertimana dia campurtangan ketika 22 tahun pentadbirannya dahulu. Sebelum itu, perlantikan Peter Bellew turut dikecamnya dengan alasan, Najib terlalu mengagung-agungkan orang Barat, sedangkan Malaysia tidak ketandusan tokoh yang berwibawa. Namun apabila Peter Bellew meletak jawatan, Mahathir jugalah orang yang pertama mengutuk dan mencerca Najib, kononnya Najib gagal. 

Ini adalah kali kedua Peter Bellew membuat penjelasan yang sama berhubung tindakannya meletak jawatan sebagai CEO MAS. Lebih tepat lagi, Peter Bellew sendiri menolak tuduhan rambang Mahathir kononnya dia meletak jawatan kerana campurtangan Najib Abdul Razak. 

Mahathir sepatutnya berasa malu!

Orang yang pernah menjahanamkan MAS, sepatutnya ada sedikit rasa malu untuk membuat dakwaan palsu seterusnya. Bukankah dia yang dahulunya mengarahkan Tajudin Ramli membeli saham MAS pada tahun 1993 dengan alasan, berkhidmat untuk negara dengan harga RM8 sesaham walaupun nilai pasaran hanyalah RM3.50 sesaham. Akhirnya, Tajuddin Ramli yang terpaksa menanggung seorang diri. Mahathir dan rakan sekongkolnya, Daim Zainuddin lepas tangan.

Dan ramai sebenarnya tidak hairan apabila pada tahun 2001, kerajaan yang diketuainya telah membeli semula saham-saham tersebut pada harga RM8 sesaham walaupun nilai pasarannya hanya RM3.68 sesaham. Wang rakyat telah dibazirkan sebanyak RM2 bilion. Namun Tajuddin Ramli kemudian membawa kes tersebut ke mahkamah dan menuntut wangnya... maka persoalan besar yang ditimbulkan pada waktu itu tetapi cuba ditutup ialah, siapa sebenarnya yang dapat RM2 bilion itu kalau Tajuddin terpaksa buat tuntutan di mahkamah? 

Pastinya, gelagat Dr. Mahathir dan masalah MAS yang disebabkan oleh Dr. Mahathir akan menjadi rujukan utama Peter Bellew apabila dia memulakan tugasnya di Ryan Air nanti. Secara tidak langsung, batang tubuh dan tangan Mahathir di dalam MAS, akan dijadikan sebagai bahan rujukan agar ianya tidak berulang. Cuma sesuatu yang kurang manis ialah, tindakan Mahathir sekarang dan semasa dia berkuasa dahulu di dalam MAS hanya akan disebut sebagai penyelewengan besar-besaran pemimpin Melayu beragama Islam.

Atau lebih mudah kalau dikatakan, kerana Mahathir, satu dunia kini tahu, MAS hancur kerana penyelewengan dan rasuah pentadbiran politik yang berlandaskan Melayu-Islam di negara ini!



TANAH RUNTUH TANJUNG BUNGAH: HERET LIM GUAN ENG DAN MBPP KE MUKA PENGADILAN KERANA JENAYAH PEMBUNUHAN!!!



Bukan rahsia lagi, bahkan umum telah mengetahui, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan banyak pemaju hartanah. Selama bertahun-tahun, dia dilihat cukup mudah untuk meluluskan banyak projek lereng bukit kepada pemaju-pemaju tersebut sekalipun dibantah keras oleh pelbagai NGO dan persatuan penduduk.

Pembangunan lereng bukit sepanjang zaman pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang amat pesat, terutama sekali di sekitar Tanjung Bunga dan kawasan Mount Erskine.

Suara-suara daripada pelbagai pihak kepada Kerajaan Negeri agar menghentikan pemberian permit dan kelulusan bagi pembangunan lereng bukit, langsung tidak didengar dan dipedulikan. Selama bertahun-tahun, bantahan telah dibuat, tetapi Lim Guan Eng sangat bijak bermain kata-kata dan menyalahkan pelbagai pihak yang lain. Bahkan Mendiang Karpal Singh sendiri pernah menyuarakan bantahan berhubung pembangunan puncak dan lereng bukit.

Namun Lim Guan Eng tetap memekakkan telinganya.


Kerajaan Tempatan PBT seperti MBPP menjadi barua dan balaci Lim Guan Eng dalam mengeluarkan permit kepada projek-projek lereng bukit tersebut. Dalam insiden yang mengorbankan hampir 20 orang di Tanjung Bungah dua hari lepas dan hari ini, mayat terakhir dibawa keluar, MBPP telah mengeluarkan permit kerja kepada pemaju Projek Granito @ Permai berdasarkan kepada garis panduan mereka sendiri. Sedangkan projek tersebut dari awal lagi telah ditolak oleh Jabatan Alasan Sekitar kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan sebuah kuari yang masih aktif.

Kewujudan lokasi kuari tersebut kemudiannya, menjadi alasan kepada Lim Guan Eng untuk menyalahkan pentadbiran lepas, sekalipun projek Granito @ Permai diluluskan oleh pentadbirannya sedangkan kuari berkenaan telah wujud jauh lebih lama.

Kini, penduduk Pulau Pinang mula mempersoalkan, berapakah sebenarnya jumlah projek pembangunan hartanah yang dilaksanakan tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan, apakah garis panduan yang diikuti oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk meluluskan projek-projek tersebut walaupun dibantah oleh Jabatan Alam Sekitar.


11 orang yang tidak bersalah terbunuh hasil daripada sikap haloba Kerajaan Negeri, Ketua Menteri dan Kerajaan Tempatan. Ketua Menteri sendiri merupakan Exco yang terlibat dalam urusan-urusan tanah di Pulau Pinang. Sepatutnya kesemua mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, dikenakan tindakan kerana melakukan jenayah!

Pihak pemaju sudah pasti tidak akan membangunkan kawasan tersebut sekiranya tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri. Tanah runtuh itu tidak akan membunuh 11 orang pekerja yang tidak bersalah sekiranya Kerajaan Negeri mematuhi garis panduan dan arahan Jabatan Alam Sekitar dan sekiranya mereka mahu mendengar keluhan, rungutan dan aduan daripada rakyat, bukannya semata-mata memikirkan keuntungan.

Satu-satunya ADUN DAP yang bersuara mempertahankan bossnya adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy. Ramasamy memberikan alasan yang paling bodoh, tidak sesuai langsung dengan latar belakangnya sebagai ahli akademik apabila mengatakan, pembinaan tersebut dijalankan di kawasan tanah rata dan tiada sebarang bukti jelas yang menunjukkan tanah runtuh tersebut berlaku akibat kesan letupan dari kuari berdekatan, mahupun kerana penarahan dan pembotakan puncak bukit.


Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh P. Ramasamy hanya menimbulkan gelak tawa kerana terlalu jelas, jawapan yang diberikan itu, hanyalah bersifat melepaskan tengkuk sendiri dalam usaha membodek dan membela Lim Guan Eng. Lim Guan Eng selaku Exco Tanah pun tidak berani berhadapan dengan media dan orang ramai, sebaliknya terpaksa menggunakan Chow Kon Yeow dan Datuk Bandar Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya berhenti daripada memberikan kebenaran projek-projek di lereng bukit atau pun penarahan dan pembotakan puncak bukit. Tragedi seperti ini pasti akan berulang sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng terus berdegil dan hanya memikirkan keuntungan kantung mereka.

Pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM, seharusnya memulakan siasatan kerana terlalu ketara kewujudan elemen-elemen rasuah dalam tragedi ini. Sebuah inkuiri bebas perlu diwujudkan untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


Sunday, October 22, 2017

UNDI DAN SOKONG PAKATAN HARAPAN BERMAKNA MENGIAKAN KEZALIMAN MAHATHIR, KATA PRESIDEN PAS!!!



Tidak hairanlah mengapa DAP marah benar dengan PAS dan Presidennya, Abdul Hadi Awang. Kedegilan PAS dan Abdul Hadi Awang untuk menerima kehadiran Dr. Mahathir, memang terserlah dalam kemarahan silam yang masih tidak dimaafkan sehingga ke hari ini. 

Memang sukar untuk mana-mana ahli dan pemimpin PAS kecuali yang sudah termakan budi DAP sahaja, yang akan memaafkan dan melupakan perbuatan Dr. Mahathir. 

Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan dua hari lepas berkata, Dr. Mahathir adalah orang di sebalik pelbagai tindakan yang menyebabkan rosaknya sistem negara ini secara besar-besaran. Dr. Mahathir baginya perlu bertaubat kerana dialah punca kepada kerosakan semua sistem di negara ini, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-Raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator. Dia tidak pernah mengakui semua kesalahan itu dan tidak pernah meminta maaf atau berhajat memohon maaf kepada mangsa, sebaliknya sentiasa mempertahankan salah lakunya. (RUJUK SINI

Menurut Abdul Hadi Awang lagi, gabungan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh bekas diktator itu, umpama mempersetujui dan menghalalkan perbuatan kejamnya sewaktu berkuasa dahulu. 

"Mahathir tidak jujur untuk selamatkan Malaysia, sebaliknya semua usahanya adalah semata-mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Abdul Razak."

Justeru, mengundi dan menyokong DAP, PKR, PAN, PPBM bermakna mengundi dan mengiakan selain menegakkan kezaliman Mahathir, katanya. 

Abdul Hadi Awang tetap menegaskan teras politik di negara ini adalah Melayu-Islam. Hanya ada dua parti sahaja yang tersedia untuk Melayu-Islam iaitu UMNO dan PAS. PPBM dan PAN baginya, hanyalah serpihan atau produk yang dihasilkan oleh DAP bertujuan untuk memecah belahkan Melayu-Islam demi meraih keuntungan dan kuasa kepada kelompok minoriti yang telah menikmati pelbagai keistimewaan selama Malaysia wujud di bawah pentadbiran Melayu-Islam dan Bumiputera.


MAHFUZ OMAR SAKIT HATI, PAS KEDAH MENGGUGURKAN NAMANYA PADA PRU-14!!!



Mahfuz Omar dalam nada sinis berkata, dia berterima kasih kepada PAS kerana tidak lagi menamakannya sebagai calon pada PRU akan datang. Ini ekoran kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa nama Mahfuz telah digugurkan daripada dicalonkan pada PRU-14 kerana kegiatannya bersama-sama Pakatan Harapan. 

Pakatan Harapan terdiri daripada PPBM, PAN, PKR dan diketuai oleh DAP. 

Walaupun PAS Kedah secara akar umbinya kelihatan sedikit berbeza berbanding di negeri-negeri lain kerana banyak kes di mana seorang ahli PAS berkongsi keahlian atau sokongan kepada PAN, namun keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan PAS Pusat membabitkan putusnya hubungan antara PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan terutama sekali DAP, dihormati oleh pucuk kepimpinan PAS Negeri.

Satu perkara yang sangat jelas di Kedah jikalau ditanya kepada ahli-ahli PAS terutama golongan yang aktif pada tahun-tahun 80-an dan 90-an, kebencian mereka kepada Dr. Mahathir masih lagi menebal. Ini adalah kerana mereka masih ingat bagaimana layanan buruk yang diberikan oleh pentadbiran Dr. Mahathir kepada ahli-ahli dan parti PAS sendiri. 

Sepanjang pentadbiran 22 tahun Mahathir, ada dua kejadian berdarah membabitkan ahli-ahli PAS. Tragedi paling diingati adalah Peristiwa Berdarah Memali tahun 1985 atau lebih tepat lagi pada 19 November 1985 apabila 14 orang penduduk kampung yang juga merupakan ahli-ahli PAS selain ketua mereka, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya terbunuh. Turut terkorban dalam insiden tersebut adalah 4 orang anggota polis.

Mungkin tiada kaitan tetapi awal sebelum itu, iaitu pada 18 Januari 1985, ketika kempen Pilihanraya Kecil Padang Terap sedang berlangsung, satu lagi insiden berdarah berlaku di Felda Lubuk Merbau. Juga membabitkan ahli-ahli dan pemimpin PAS setempat. Lima orang cedera parah dan seorang lagi terbunuh iaitu Osman Talib yang merupakan AJK PAS Pusat. Ketika kejadian, Najib Abdul Razak yang merupakan Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu sedang berceramah di Balai Raya Felda Lubok Merbau.

Ada beberapa insiden lain termasuklah Operasi Lalang, Operasi Kenari, dan pelbagai operasi yang dijalankan atas nama keselamatan negara tetapi lebih mensasarkan kepada PAS terutama sekali para pemimpin Dewan Pemuda PAS yang seringkali dilabelkan dan dikaitkan sebagai militan. 

Apa yang berlaku sepanjang pentadbiran Mahathir, tidak pernah dilupakan oleh orang PAS. Walaupun zaman telah berubah dan pentadbiran sekarang jauh lebih baik berbanding Mahathir, kebanyakan ahli PAS masih sangsi dan sentiasa beranggapan UMNO dan para pemimpinnya tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya selagi Mahathir masih di dalam UMNO.

Justeru apabila Mahathir dan anaknya mengetuai PPBM dan cuba mendapatkan sokongan daripada orang PAS bagi membolehkan DAP melantik PPBM untuk mengetuai pentadbiran negeri dan negara, PAS terus bersikap skeptik. Sikap dan dasar pecah-perintah oleh Mahathir menjadi penghalang kepada kerjasama yang amat diperlukan daripada PAS. Apatah lagi, Mahathir masih tidak dapat membuang kebiasaan lamanya. 

Mahfuz Omar pula dilihat amat kuat menyokong DAP dan Mahathir, walaupun dia masih berada di dalam PAS. Dalam sebarang kenyataan, sokongannya kepada DAP tidak pernah surut dan susut. Berbanding kenyataan-kenyataan keras terhadap partinya sendiri, ramai yang berkata, satu-satunya perkara yang menghalang Mahfuz daripada keluar dari PAS adalah Baiah Talaq Tiga.

Jadi, apabila Mahfuz menyatakan dia berterima kasih kerana PAS tidak menamakannya lagi sebagai calon pada PRU akan datang, kenyataannya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. 

"Saya mahu kata, terima kasih kerana tidak mencalonkan saya. Kalaupun PAS mencalonkan saya, saya tidak akan terima kerana saya tak mahu dilihat mengkhianati rakyat," katanya. (RUJUK SINI)

Mahfuz memberi alasan, dia terpaksa menolak pencalonan dari PAS kerana baginya, parti itu tidak serius dalam usaha untuk mengubah kerajaan dan hanya berkeyakinan untuk memenangi hanya 40 kerusi Parlimen. 

"Kalau saya menjadi calon untuk parti yang hanya mensasarkan 40 kerusi Parlimen, itu maknanya hanya memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah," katanya lagi. 

Ditanya sama ada dia sedang berkira-kira untuk bertanding di bawah logo PAN, Mahfuz berkata, isu tersebut tidak perlu timbul buat masa ini. 


Saturday, October 21, 2017

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI PULAU PINANG... MASIHKAH GUAN ENG SALAHKAN SABOTAJ UMNO?!!!



Apabila ADUN Tanjung Bungah dari DAP sendiri menentang projek penggondolan puncak bukit di kawasannya pada Mei lepas, Lim Guan Eng dan Exco berkaitan, Chow Kon Yeow berpura-pura jadi pekak badak.

Penggondolan dan penarahan puncak bukit kali pertama diperkatakan oleh Penang Hill Watch yang disebut di dalam Forum NGO Pulau Pinang. Kes berkenaan dimaklumkan kepada pihak berkuasa Pulau Pinang. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng memang mengetahui dan maklum tentang bahaya yang datang daripada projek penggondolan dan penarahan puncak bukit.

Hari ini, satu kejadian tanah runtuh telah menimbus sekurang-kurangnya 20 orang di Tanjung Bungah. Lebih tepat lagi di Lorong Lembah Permai 3.


Permukaan bukit yang ditarah berketinggian 10 meter telah runtuh ke atas tapak di mana kerja-kerja pembinaan sebuah projek mengandungi dua blok bangunan 34 tingkat yang terdiri daripada apartment, kedai dan blok 20 tingkat rumah mampu milik dan rumah pangsa kos sederhana.

Syarikat pemaju yang terlibat sebenarnya telah diberikan konsesi membabitkan tanah tambakan seluas 4,500 ekar di selatan pulau tersebut sebagai sebahagian daripada Penang Transport Masterplan.

Menurut pasukan penyelamat, kebanyakan mangsa tertanam hidup-hidup antara 10 sehingga 15 kaki di bawah permukaan lumpur dan tanah. Dua orang mangsa yang berjaya diselamatkan, telah ditemui di permukaan tanah runtuh. Manakala bakinya, bagaimanapun tertanam jauh ke dalam tanah dan lumpur.

Salah seorang daripada mangsa yang tertanam hidup-hidup adalah seorang penyelia tempatan merupakan bekas mahasiswa TAR College yang baru bekerja. Dia dilaporkan tertimbus bersama-sama 13 orang pekerja asing pembinaan.

Setakat ini, hanya tiga mayat telah ditemui.


Orang ramai terutama penduduk sekitar melahirkan kemarahan berhubung insiden tersebut. Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bunga, Meenakshi Raman dilaporkan menuntut agar kerajaan negeri mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca tanah runtuh itu.

Menurut Meenakshi, insiden seperti hari ini yang telah meragut nyawa, sepatutnya tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

"Mengapa orang yang tidak bersalah 'dibunuh' semata-mata kerana pembangunan," katanya di lokasi kejadian. (RUJUK SINI)

Menurutnya lagi, setiap kali kumpulan-kumpulan awam bebas menyuarakan kebimbangan atau pun pembangunan lereng bukit yang sangat digemari oleh pentadbiran negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang seringkali tidak menghiraukan rungutan dan kebimbangan tersebut, bahkan menggelarkan mereka sebagai 'tidak rasional'.

"Sekarang, tengok apa yang telah berlaku," katanya.


Ramai sebenarnya yang sedang menanti-nanti reaksi dan jawapan yang akan diberikan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. Siapa pula yang akan disalahkannya kali ini? Adakah dia akan kata, insiden ini sebenarnya tidaklah seburuk yang digambarkan? Atau barangkali dia mahu menyatakan bahawa berita ini adalah fitnah semata-mata dalam usaha untuk memburukkan pentadbirannya? Atau seperti biasa, dia akan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional?

Atau dia akan buat muka kesian, sambil melahirkan simpati dengan harapan, dia akan dipandang sebagai hero yang konon-kononnya sangat prihatin? Atau boleh jadi juga mengumumkan pemberian wang pampasan berjumlah tertentu sebagai usaha 'merasuah' perasaan dan simpati orang ramai terhadapnya?




Friday, October 20, 2017

KESIAN!!! BARU SEDAR, SAMBUTAN TAK SEBERAPA, TAPI 'ROMBONGAN BUGIS 300 ORANG' YANG DIJADIKAN ALASAN BATALKAN HIMPUNAN ANTI-KLEPTOKRASI DI ALOR STAR!!!



Sesudah gagal di Petaling Jaya pada perhimpunan pertama Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, Sabtu lepas, pembangkang mahu buat lagi himpunan yang sama. Kali ini di Alor Setar, Kedah.

Perhimpunan di Kedah itu akan diadakan di Dataran Harapan Baru Stargate dan ia bermula pada pukul 4 petang hingga 12 malam. Sejumlah 100,000 orang dijangka akan hadir di Kedah, seperti yang diangan-angankan oleh Presiden PAN, Mat Sabu.

"Ramai orang dari merata-rata pelusuk Malaysia akan hadir di Kedah memberi sokongan kepada demonstrasi Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Pengerusi PH, Mahathir Mohamad dan DAP" kata Mat Sabu.

Di Padang Timur MBPJ, Mat Sabu kata ada 100,000 akan hadir. Kemudian turun angka jadi 30,000. Petang itu, Mat Sabu amat yakin akan "achieve target" dan padang akan "melimpah limpah" dengan orang katanya.


Akhirnya yang hadir 4,000 orang sahaja. Hanya 4% sahaja dari sasaran sebenar. Hari ini di Alor Setar, entah berapa juta orang lah yang dijangka hadir. Silap silap "melimpah ruah" sampai ke atas "highway".

Mat Sabu dan Mahathir amat yakin orang Kedah akan datang untuk "dengaq" kelentong basi depa malam ini. Belum tentu lagi orang Kedah akan "mai". Orang Kedah pun cerdik, depa tau dah siapa yang duk kelentong depa berpuluh tahun dulu.

Kubang Pasu apa jadi setelah 22 tahun orang itu jadi Perdana Menteri. Berapa ramai orang Kubang Pasu yang keluar dari kemiskinan sejak dia jadi PM? Rumah dia pun tak dak di Kubang Pasu, ada di Country Height, The Mines dan London. Sebab itulah masa Mahathir bertanding G7 dulu, orang Kubang Pasu bagi dia kalah.

Malam ini, Mahathir nak mai Kedah cerita bab "kelentong-basi" lagi. Kalau orang Kedah tanya nanti jenuh Mahathir hendak jawab. Mahathir boleh jawab kah kalau ada orang tanya soalan sebegini ;


"Lanun Kerala mana yang curi duit sampai RM32 billion? Duit tu hang sorok pi mana?"

Pasti ada kerusi terbang kalau ada orang tanya soalan macam itu malam ini.

Kalau untuk perhimpunan kedua ini, gagal dan kehadirannya lebih teruk, Mahathir kena akur bahawa kepimpinannya dalam PH telah gagal sepenuhnya.

Dua kali cuba cetuskan momentum sebelum pilihanraya. Dua kali gagal. Tidak memberi impak yang diharapkan sebelum PRU14. Tengok muka Ambiga, Wan Azizah dan Kit Siang, sudah tahu awal lagi yang himpunan itu gagal.

Untuk mengelak pembangkang daripada rugi akibat kegagalan kali kedua, kutipan derma dijangka akan dilaksanakan sekali lagi di Alor Setar malam ini. Jika di Petaling Jaya dapat kutip RM68,000, malam ini entah berapa yang akan dikutip dari poket rakyat untuk habuan pemimpin pemimpin di atas pentas.


Mat Sabu seperti biasa akan jadi wakil DAP untuk umum sesi kutipan derma pada malam ini nanti. Berapa pula jumlah kehadiran malam ini? Mat Sabu mesti akan sebut ratusan ribu.

Lagi ramai orang dekat pasar malam dan nat (pasar pagi). Orang Kedah sudah tahu, Mahathir sekarang sedang diperkudakan oleh DAP. Mahathir hanyalah alat memancing undi Melayu sahaja.

Sanggup cakap apa sahaja demi DAP. Orang Kedah lebih percaya Tok Bashah dan Barisan Nasional di Kedah. Tok Bashah duk di Alor Setar, dia tak balik rumah di KL pada setiap petang Khamis.

Baik ambil pemimpin yang duduk di Kedah dari orang itu yang hanya mau kuasa sahaja di Kedah. Orang Ayer Hitam lama tak jumpa YB mereka. Lama dah hilang tak tau pi mana. Boboi namanya. DUN pun tidak terjaga, duk kalut hendak jadi Perdana Menteri pulak dah.

Beruang Biru
BB624, Jumaat
20 Oktober 2017



Thursday, October 19, 2017

SELEPAS TONY PUA, MAHATHIR PULA SOKONG, JUMLAH KAKITANGAN AWAM PERLU DIKURANGKAN SELAIN PEMBERHENTIAN KENAIKAN GAJI SERTA INSENTIF KEPADA GOLONGAN MISKIN!!!



Orang pertama yang dengan angkuhnya berkata, jikalau Pakatan mengambilalih Kerajaan Persekutuan, perkara pertama yang akan mereka lakukan adalah mengecilkan jumlah kakitangan awam, adalah Tony Pua. 

Oktober 2016, Tony Pua mengulangi kenyataan awalnya bahawa 1.4 juta orang kakitangan awam adalah membebankan kerajaan. (RUJUK SINI)

Dan sekali lagi juga Tony Pua menegaskan jumlah kakitangan awam yang ramai itu yang disifatkannya sebagai 'berat mati' perlu diselesaikan menerusi beberapa kaedah termasuklah pemberhentian kerja secara beramai-ramai. 

Teruk juga Tony Pua dan DAP diselar. Seperti biasa, apabila timbul isu-isu sebegitu, ditambah pula dengan keperluan DAP kepada undi dan sokongan daripada kakitangan awam, apabila diselar dan dikecam, mereka akan mendiamkan diri dan berpura-pura tuli.

Kini muncul pula Dr. Mahathir. Mahathir juga memperkatakan perkara yang sama. Seolah-olah Mahathir sedang menyuarakan keinginan dan cita-cita DAP untuk membuang kerja kakitangan awam secara beramai-ramai kerana beranggapan kakitangan awam adalah peti undi selamat UMNO-BN walaupun hakikatnya, ramai kakitangan awam yang bersifat 'duit dan manfaat aku nak, engkau aku tentang'. 


Kata Mahathir, cukai GST boleh dihapuskan tanpa mengurangkan sedikit pun pendapatan kerajaan dan tanpa memberikan masalah kepada rakyat. Katanya menerusi blognya, Najib terpaksa menguatkuasakan GST kerana kerajaan telah menyelewengkan dana rakyat untuk mendapatkan populariti untuk dirinya. 

Menurutnya lagi, kerajaan hari ini sepatutnya berjaya membuat kutipan perolehan yang jauh lebih banyak berbanding kutipan pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an. Seandainya kerajaan lebih cekap mengendalikan dana dan peruntukan, ketirisan tidak akan berlaku dan cukai-cukai baru boleh dielakkan. BR1M katanya, perlu ditukarkan supaya memberikan lebih banyak manfaat kepada golongan miskin. 

Mahathir juga tidak bersetuju dengan kewujudan sektor pekerjaan baru dalam perkhidmatan awam yang menurutnya suatu pembaziran kerana terpaksa menyediakan skala gaji kepada pegawai dan kakitangan berkenaan dengan jumlahnya tidak diketahui. 

Kerajaan katanya telah berbelanja sebanyak RM7 bilioin atau lebih dalam bentuk BR1M dan telah memberikan RM300 sebulan kepada nelayan, RM800 kepada Pengerusi JKKK, ribuan ringgit kepada jemaah Haji, kenaikan pencen kepada pesara-pesara dan pencen kepada pesara yang tidak sepatutnya mendapat pencen, dan sebagainya. (RUJUK SINI

Mahathir turut tidak bersetuju dengan kenaikan gaji kakitangan awam di bawah pentadbiran Najib kerana menurutnya, semua itu perlu dihentikan dan ditamatkan. Menurutnya semua insentif yang diberikan oleh Najib dalam usaha menstimuluskan kecairan domestik, merupakan satu pembaziran besar kerana rakyat masih boleh bekerja dan tanpa dibantu pun, mereka tetap perlu bekerja.

SKANDAL KKLW-SHAFIE APDAL... AKHIRNYA SHAFIE DIPANGGIL SPRM UNTUK BERI KETERANGAN!!!



Ramai yang masih keliru dan kurang jelas berhubung skandal rasuah Shafie Apdal-KKLW yang menyaksikan lebih 45 orang telah disoalsiasat oleh SPRM dan ramai juga yang telah direman. 

Antara mereka termasuklah, Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony yang juga merupakan kontraktor merangkap ahli perniagaan berstatus jutawan yang telah lama dikaitkan dengan Shafie. Juga adik lelaki Shafie, Yusof Apdal yang merupakan ADUN Lahad Datu. Seorang lagi adik lelaki Shafie, Hamid Apdal turut ditahan bersama-sama menantunya. Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim yang pernah bekerja dengan Shafie ketika di KKLW turut disoalsiasat dan direman. Seorang lagi ahli keluarga Shafie, Azis Jamman yang merupakan Ketua Pemuda Warisan turut ditahan. Selain itu, turut ditahan dan disoalsiasat adalah beberapa orang pegawai kanan KKLW dan ahli-ahli perniagaan. 

Berdasarkan laporan, dianggarkan lebih RM1.5 bilion telah disonglap dari RM7.5 bilion peruntukan untuk pelbagai projek di Sabah membabitkan pembekalan air bersih, elektrik dan pembangunan infrastruktur jalan. Dikatakan, Shafie selaku menteri akan 'memilih' tender-tender daripada projek-projek ini untuk dianugerahkan kepada syarikat-syarikat tertentu yang sebelum itu telah dijemput untuk membuat bidaan.

Wujud kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut. Jadi, apabila projek-projek yang diberikan gagal disiapkan atau langsung tidak disiapkan, bayaran tetap dibuat dengan kelulusan tidak sah menerusi beberapa orang pegawai kementerian. 

Pada tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan enggan memberikan kelulusan kepada beberapa tender terpilih dan mahukan tender dibuat secara terbuka, Shafie yang pada waktu itu merupakan Menteri KKLW telah menulis beberapa pucuk surat rayuan untuk mendapatkan tender-tender terpilih itu. Apabila rayuan dan permintaannya tidak ditunaikan, maka tidak hairanlah apabila Shafie mula bercakap tentang salahlaku dalam kerajaan.  

Sebahagian orang bertanya, mengapa tindakan ini hanya diambil sekarang, dan bukannya ketika Shafie masih berada di dalam kerajaan?


Perlu diingat, sebahagian projek-projek tersebut dilaksanakan antara tahun 2009 dan 2015. Jadi, ia memerlukan tempoh dan ruang masa yang spesifik, selain memastikan sama ada projek-projek berkenaan telah diselesaikan dengan baik atau sebaliknya. Keputusan hanya boleh dibuat setelah mengambil kira tempoh kontrak berdasarkan spesifikasi dan kos.

Hanya setelah kegagalan semua perkara tersebut, barulah tindakan boleh diambil. Itu pun selepas SPRM menerima laporan dan memulakan siasatan. Dan itulah yang berlaku kepada Shafie dan kelompoknya. 

Dalam kes ini, selain pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, beberapa orang pemimpin UMNO juga telah ditahan. Sekaligus menunjukkan tindakan SPRM tidak berpilih-pilih, menyanggah tuduhan dan dakwaan pihak pembangkang kononnya SPRM pilih kasih dan hanya mengambil tindakan untuk menekan pihak pembangkang. 

Sesuatu yang menarik, projek-projek yang terbabit dalam kes ini terletak di kawasan-kawasan pedalaman Sabah yang merupakan kawasan orang paling susah di Malaysia. Kebanyakan daripada projek tersebut melibatkan keperluan asas. Sepatutnya mereka dibantu, bukannya peruntukan mereka dari Kerajaan Pusat disapu!

Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan sewajarnya untuk golongan terbabit. Pembelaan telah dibuat, malangnya pada peringkat perlaksanaan, penyamun perompak pula yang datang. Justeru, adalah satu jenayah seandainya penyelewengan ini tidak disiasat dan dikenakan tindakan.

Tidak ada kena-mengena langsung dengan tindakan berpilih-pilih.


MAHATHIR... DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI SASAUAN!!!



Selama 22 tahun dan beberapa tahun selepas itu, Dr. Mahathir dianggap sebagai tokoh negarawan terulung Malaysia. Apabila timbul kata-kata bahawa Mahathir akan bersekongkol dengan Lim Kit Siang demi kroni, anak-anak dan proksinya, hampir semua orang tidak dapat menerima berita tersebut. Bukan sahaja dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional, bahkan dari DAP sendiri pun, tidak percaya sama sekali Mahathir akan berbaik-baik dengan 'musuh utamanya' itu.

Dasar dan polisi Najib yang mengenepikan kepentingan kroni dan proksi Mahathir, akhirnya membuatkan Mahathir tidak lagi dapat menyamar dan berlakon. Dia melahirkan kemarahan yang bukan sedikit. Bekerjasama dengan media-media barat yang suatu ketika dahulu, dia kelihatan cukup anti dan menghalang rakyat Malaysia daripada membacanya dengan alasan media-media barat dengki dan kuat fitnah. Tidak cukup dengan itu, sabotaj ekonomi juga cuba dilakukan agar persepsi rakyat dapat diwujudkan kononnya Najib gagal mengawal ekonomi dan kewangan negara.

Mahathir dan kumpulannya bagaimanapun, agak bernasib baik memandangkan hampir semua sektor dikuasai oleh kartel. Dan kartel-kartel itu pula sangat sedar, mereka mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menyalahkan kerajaan. Kenaikan harga dan kekurangan barangan di pasaran, akan membuatkan masyarakat pengguna marahkan kerajaan. Kartel-kartel itu pula bukan sahaja tidak akan dipersalahkan, bahkan mereka boleh bertindak sebagai pencatur kuasa di negara ini menerusi pembiayaan ke atas parti-parti politik khususnya parti-parti pembangkang.

Ini adalah kerana semakin kukuh kedudukan kewangan parti-parti pembangkang, bermakna semakin banyaklah polemik dan kontroversi yang boleh mereka lakukan. Kesibukan pihak parti kerajaan untuk mempertahankan diri daripada polemik dan kontroversi yang dicetuskan oleh parti-parti pembangkang pula, akan mewujudkan vakum, sekaligus menjadikan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagai hero rakyat.

Disebabkan itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana para pemimpin parti pembangkang hanya memilih untuk menggunakan isu-isu sensasi yang langsung tidak memberikan kebaikan kepada rakyat. Walaupun sebahagian daripada mereka merupakan anggota Kerajaan Negeri, mentaliti mereka kekal sebagai pembangkang yang gilakan publisiti dan isu-isu sensasi. Hasilnya, kebajikan rakyat tidak terjaga, tetapi kebijaksanaan mereka menipu dan tidak malu untuk mengakui kerja-kerja Kerajaan Pusat sebagai kerja-kerja mereka seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, berjaya menutup kepincangan tersebut.

Tidak mustahil Dr. Mahathir telah diberikan maklumat yang salah berhubung pandangan rakyat terhadapnya. Tidak dinafikan, daripada 30 juta rakyat Malaysia, sebahagian daripada mereka mengkagumi Mahathir. Malahan segelintir pula amat taksub dengan Mahathir seolah-olah Mahathir adalah dewa yang turun dari langit.

Mahathir bermula sebagai pengkritik dan penentang Najib yang bijak dan penuh berstrategi. Namun kegagalan menerima hakikat bahawa dunia maklumat kini hanya di hujung jari dan tidak lagi bersempadan, apatah lagi dengan polisi serta dasar Najib yang lebih terbuka, menyediakan maklumat-maklumat yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan Mahathir. Apatah lagi beberapa langkah yang diatur, berjaya dicium oleh Najib dan digagalkan secara total. Tindakan agresif SPRM pula terutama dalam menguatkuasakan AMLA, menyebabkan banyak langkah Mahathir mati begitu sahaja.

Akhirnya Mahathir bertukar menjadi seperti pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, yang sangat bergantung kepada isu-isu sensasi untuk mendapatkan sorakan dan sokongan. Himpunan dan demonstrasi yang dahulunya amat dibenci oleh Mahathir, kini dihalalkannya dan dia cuba menjadikannya sebagai acara tetap.

Pun begitu, dalam himpunan terbaharunya di Padang Timur, Mahathir melihat kegagalan yang sangat teruk. Jumlah kehadiran terlalu hambar. Bukan sahaja tidak ramai golongan muda yang hadir, masyarakat Cina yang menjadi tunjang dalam Himpunan BERSIH 4.0 di mana Mahathir menyertainya buat kali pertama, juga jauh berkurangan.

Dan akhirnya, Mahathir terpaksa bermain dengan isu 'suku kaum' apabila menghalau Najib yang berketurunan Bugis untuk pulang ke Sulawesi kerana kononnya Bugis tidak mendapat tempat di Malaysia. Tanpa Mahathir sendiri sedar, keturunannya sendiri dipersoalkan!

Semuanya kerana proksi, kroni dan anak-anak. Semuanya kerana kleptokrasi, Mahathir bertukar daripada seorang Negarawan menjadi SASAUAN!!!




Monday, October 16, 2017

KLEPTOKRASI DAH JADI KELEPEK-KASI... HIDUNG MAHATHIR DIJENTIK PENYOKONG SENDIRI!!!



Mahathir dan hidungnya pernah menjadi bahan lelucon oleh kartunis Zunar ketika era Reformasi dahulu. Paling teruk, Zunar pernah melukis kepala dan hidung Mahathir yang bertransformasi dari seekor ayam jantan sebelum dia bertindak membuang ilustrasi berkenaan setelah menerima kecaman teruk.

Pada ketika itu, Mahathir utuh pada kedudukannya kerana terus disokong oleh ahli-ahli UMNO walaupun sebahagian besar orang UMNO tidak menyokong tindakan Mahathir yang jelas cuba menyelamatkan legasi, jawatan serta kroni-kroninya.

Ahli-ahli UMNO pada ketika itu terpaksa memilih antara mengekalkan kerajaan dengan ketidakstabilan yang akan menghancurkan negara ini setelah Thailand dan Indonesia berhadapan dengan krisis yang sangat teruk kesan daripada masalah ekonomi, kewangan dan politik.

Mahathir akhirnya berjaya mengharungi masalah tersebut biarpun sokongan kepadanya terus merudum. Perjanjian dan persetujuan dengan Shuqui dan Dong Zhong mengekalkan penguasaan Mahathir selain pembahagian kawasan-kawasan pilihanraya baru yang memberikan kelebihan kepadanya tetapi dalam jangka panjang akan menghancurkan perpaduan negara ini.

Terbukti segala kebimbangan itu menjadi realiti apabila melihat perpaduan di kalangan rakyat kebelakangan ini yang srmakin merosot dan semakin membiaknya provokasi agama dan perkauman.


Salah seorang penceramah dalam Himpunan Anti Kleptokrasi di Padang Timur adalah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Abdul Rashid menjadi Pengerusi SPR dari 17 November 2000 sehingga 30 Disember 2008.

Dengan kata lain, ketika dia melepaskan jawatan Pengerusi SPR, Najib Abdul Razak belum pun dilantik dan menerima tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia!

Dalam ucapannya, Rashid berkata, sebagai bekas Pengerusi, jangan terkejut dengan kehadirannya dalam himpunan tersebut kerana dia meluat dengan bosnya dahulu. Katanya lagi, bosnya dahulu menipu dan suka merompak dan menyamun.

Menurutnya lagi, pelbagai penipuan telah dilakukan dalam pilihanraya. Oleh kerana itu, selagi dia terus berada di dalam Pakatan Harapan, dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Sebaliknya akan memastikan kerajaan sedia ada disepak keluar.

Justeru, siapakah 'BOS' yang dimaksudkan oleh Abdul Rashid, memandangkan boss dia dahulu hanyalah Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi. Kalau dia hendak mengatakan Abdullah Badawi sebagai penipu agak mustahil memandangkan Abdullah Badawi mengharungi PRU 2004 dalam keadaan yang sangat selesa sehingga berjaya memenangi PRU itu dengan kelebihan majoriti lebih dua pertiga. Bagaimanapun PRU 2008, Abdullah Badawi berhadapan dengan masalah sehingga akhirnya memaksa dia meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Abdul Razak pada tahun 2009.

Manakala Dr. Mahathir pula bergelut dengan pelbagai masalah untuk mengekalkan Kerajaannya dari tahun 1990 sehinggalah 1999. Pada tahun 1990, dengan jangkaan kemenangan akan berpihak kepada Semangat 46 yang mengetuai Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, keputusan PRU 1990 menyaksikan UMNO-BN yang dipimpin oleh Mahathir berjaya menang dengan majoriti dua pertiga.

Begitu juga pada tahun 1999 apabila gelombang kebangkitan rakyat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim begitu besar dengan ratusan ribu orang keluar berarak dan berdemonstrasi di jaan-jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, Mahathir berjaya juga menang PRU walaupun jumlah kerusi UMNO merosot dengan teruk. Pada ketika itu, Anwar Ibrahim dan PKR membangkitkan persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh SPR bagi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional.

Pertukaran Pengerusi SPR menyaksikan kemenangan BN merosot. Keterbukaan dan ketelusan yang menjadi dasar serta polisi kerajaan di bawah Najib Abdul Razak pula membolehkan SPR yang ketika pada zaman Mahathir merupakan badan yang tidak boleh disentuh dan dikritik, bergelut dengan beberapa prosiding mahkamah khususnya yang membabitkan pembahagian kawasan-kawasan pilihanraya.

Justeru, ramai yang bertanya, apakah sebenarnya Abdul Rashid menyuarakan kebencian dan rasa meluatnya kepada Dr. Mahathir di hadapan batang hidung Mahathir sendiri?


HIMPUNAN ANTI-KLEPTOKRASI MEMALUKAN KERANA MASIH GUNA PEMIMPIN TUA YANG TERPALIT DENGAN SKANDAL KLEPTOKRASI SENDIRI!!!



Malu besar!

Itulah yang boleh dikatakan apabila kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali dari Parti Cap Bunga, tidak begitu teruja untuk bercakap tentang Himpunan Anti Kleptokrasi yang berlangsung pada hari Sabtu lepas di Padang Timur, Petaling Jaya.



Awal-awal lagi dijanjikan sekurang-kurangnya 100,000 orang akan hadir. Pelbagai drama dan provokasi dibuat untuk menarik seramai mungkin orang ke Padang Timur untuk mendengar ceramah dan hasutan daripada warga-warga tua politik yang semakin sampai ke penghujung kerjaya mereka. Bahkan gambar-gambar dan maklumat-maklumat tentang kedatangan rombongan dengan menggunakan bas-bas yang disewa khas, turut diuwar-uwarkan di Facebook.


Malangnya, padang yang berkapasiti 10,000 orang itu, hanya mampu menampung sebahagian kecil penyokong sahaja. Tidak sampai suku keluasan padang tersebut digunakan. Para peniaga pula mengeluh kerana setelah berjam-jam mereka 'memancing', jumlah jualan pula sangat menyedihkan.




Bermodalkan gambar dari pandangan bawah, para penyokong dan jentera propaganda cuba memperdaya khalayak ramai khususnya warga media sosial, kononnya himpunan tersebut mendapat sambutan yang sangat hebat. Bagaimanapun, pandangan aerial menggunakan dron pula, menyerlahkan hakikat sebenar.

PDRM hanya menganggarkan kehadiran berjumlah lebih kurang 4000 orang sahaja. Harakah, media utama PAS pula sekadar menganggarkan 1500 orang. Malaysiakini menganggarkan 8000. Laporan daripada beberapa media pula adalah kurang dari 10,000 orang. Dan kesemua angka tersebut jauh dari sasaran 100,000 orang!



Dengan menampilkan hampir kesemua barisan utama kepimpinan Pakatan Harapan terutama sekali Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang, ternyata kehadiran yang sangat hambar tersebut memalukan Pengerusi PPBM itu sendiri. Lim Guan Eng yang datang lewat petang dengan harapan, kehadirannya akan menjadi gula-gula, juga kecewa.

Kenyataan pedih Pesuruhjaya PAS Selangor, "itulah gambaran awal sokongan rakyat terhadap Pakatan. Sepatutnya semakin dekat dengan pilihanraya, mood untuk berhimpun lebih tinggi, nammun saya boleh simpulkan hanya setakat itu sahaja kolaborasi yang boleh ditunjukkan rakyat terhadap Pakatan," menambahkan lagi luka dan penghinaan.

Ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan adalah punca kepada membazirnya perhimpunan tersebut. Telah ternyata, AMK yang diketuai oleh Nik Nazmi, PAN yang diketuai oleh Mat Sabu, ARMADA yang diketuai oleh Syed Saddiq dan DAPSY yang diketuai oleh Wong Kah Woh gagal total dalam menarik hadirin ke himpunan tersebut. Rungutan daripada penjual tentang ketiadaan golongan muda dalam himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu lalu adalah bukti kukuh kepada kegagalan berkenaan.



Beberapa orang pemimpin Pakatan seperti Mukhriz Mahathir dan Teresa Kok cuba memberikan gambaran kononnya himpunan tersebut sangat berjaya. Mukhriz sebagai contoh, memberikan angka 25,000 orang sebagai jumlah yang telah hadir walaupun kapasiti Padang Timur hanya 10,000 orang. Teresa Kok pula hanya memberikan jumlah 10,000 orang walaupun gambar yang dipaparkannya pula hanya memperlihatkan sekelompok kecil manusia di sudut padang.

Mungkin agak keterlaluan kalau mahu menjadikan himpunan tersebut sebagai kayu pengukur kepada kejayaan atau kemunduran Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dalam PRU-14 akan datang, memandangkan UMNO dan Barisan Nasional pernah beberapa kali terkena dengan himpunan dihadiri secara besar-besaran oleh orang ramai, tetapi akhirnya UMNO dan Barisan Nasional kehilangan kerusi dan negeri seperti yang berlaku dalam PRU-14 lalu apabila Barisan Nasional kalah lebih teruk di DUN Selangor.

Namun sesuatu yang jelas ialah, Pakatan Harapan yang menampikan dan bermodalkan Mahathir serta barisan kepimpinan PPBM yang terpalit dengan pelbagai skandal kleptokrasi, tidak mampu menarik perhatian ramai walaupun pada peringkat awal, mereka menaruh harapan besar kepada Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin.