Pages

Tuesday, February 27, 2018

FAEKAH HUSIN BOCOR LAGI RAHSIA AZMIN ALI 'RUNDING TEPI' DALAM ISU TANAH IJOK!!!



"Pendekatan ‘runding tepi kerajaan Selangor membuka ruang untuk tawaran di bawah meja. ”

Pada hujung minggu sempat saya membaca tulisan dari Pegawai Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, YB R Sivarasa daripada Tetuan Daim & Gamany serta pemimpin PAN Dr Dzulkifli Ahmad yang cuba menjawab persoalan yang ditimbulkan berkenaan skandal Tanah Ijok.

Selain daripada keterangan mereka bertiga , saya juga sempat membaca komen-komen dalan media sosial yang turut sama mahu memberi penerangan tetapi tidak kurang juga ada leteran serta cacian khusus kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sungguh panjang lebar, terbelit sampai nak terkeliat tulang belakang memberi penerangan, atau lebih tepat mahu menegak benang yang basah.

Dalam kenyataan pegawai MB, nama Tan Sri Khalid disebut sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali. Lucu sungguh kerana ianya menggambarkan betapa rendahnya tahap keyakinan sendiri sehingga berhempas pulas cuba menyakinkan diri mereka dan juga rakyat bahawa mereka "lebih pandai" berbanding Tan Sri Khalid.

Malang sekali, di sebalik kenyataan yang berjela-jela serta serangan dan sindiran terhadap mantan Menteri Besar, tiada satupun fakta yang dapat menjelaskan isu pokok yang kita telah ketengahkan iaitu mengapa kerajaan negeri culas, bertindak secara cuai dengan memberhentikan proses mahkamah yang diambil terhadap pemaju curang meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan Negeri?

Kedua, mengapa Menteri Besar memilih jalan yang menguntungkan dua syarikat gagal yang juga penyebab kepada seluruh kemelut tanah di Ijok?

Dua persoalan ini tidak terjawab!

Tindakan runding tepi ini adalah tindakan pengecut dan sangat dikesali. Ia juga satu pengkhianatan “ breach of trust” terhadap amanah yang diberikan rakyat Selangor kepada Pakatan.

Malah tindakan pengecut ini juga telah membina satu "precedent" buruk terhadap intergriti kerajaan negeri. Mana perginya slogan PKR "Lawan Tetap Lawan" yang menjadi pegangan mereka?

Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu tegas dan berani dalam melaksanakan undang-undang dan memastikan kepentingan rakyat terjaga. Kita tidak perlu takut untuk menentang dan menghukum mana-mana pihak yang jelas telah melanggar undang-undang dan mencabul hak rakyat dan negeri.

Jika pentadbir negeri takut dan akhirnya tidak bertindak mengikut undang-undang maka selepas ini makin banyak lagi individu yang berani melakukan pelanggaran kerana mereka tahu kerajaan itu lemah dan akan tunduk jika diasak.

Lebih dahsyat lagi jika rakyat berpandangan kerajaan itu bersedia runding tepi dan berkompromi jika kena pada harga dan caranya. Maka akan berleluasa kemungkaran dan kerosakan kepada rakyat dan negeri.

Menteri Besar juga gagal menunjukkan satu elemen utama di dalam mentadbir sebuah kerajaan yang bertanggungjawab iaitu ketelusan.

Mengapa mengambil pendekatan ‘runding tepi” di dalam menyelesaikan masalah tersebut dan sekadar melaungkan bahawa caranya itu adalah yang terbaik tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mendedahkan butiran penyelesaian yang diambil.

Cukupkah hanya sekadar memberitahu rakyat bahawa ianya adil dan menang-menang?

Kita bersyukur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mula meneliti dokumen-dokumen penting dan kita berharap SPRM akan membuat penyiasatan terperinci samada berlaku salahguna kuasa dan rasuah dan perlu dilihat juga samada telah berlaku jenayah pecah amanah di dalam kes ini.

Cuma dari butiran kenyataan Shao Loong dan Sivarasa (peguam yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut), nampaknya seluruh transaksi yang dilakukan kerajaan negeri ini adalah proses menyelamat atau "White Knight".

Persoalannya, bagaimana di dalam proses White Knight ini kerajaan negeri boleh memainkan peranan yang sangat besar walhal sepatutnya kerajaan negeri hendaklah berkecuali dan tidak boleh terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam proses tersebut.

Malah kerajaan negeri juga tidak boleh mendapat sebarang faedah dari proses White Knight. Mengapa penglibatan kerajaan tidak dibenarkan dalam proses White Knight? Ianya kerana kerajaan negeri yang menentukan semua kelulusan berkenaan Pelan Pembangunan, nilai premium tanah dan tukar syarat, kelulusan tanah serta Nilai Kasar Pembangunan ( GDV).

Penglibatan kerajaan negeri memberi persepsi bahawa semua kelulusan pembangunan sudah di atur bagi pihak pembeli yang mereka dakwa sebagai "Pemaju Berwibawa".

Ianya juga membuka ruang kepada penjualan maklumat dalaman dan akhirnya berlaku tawaran di bawah meja.

Apatah lagi di dalam kes ini, dari pengamatan beberapa dokumen yang kita perolehi wujud juga fasal dalam perjanjian persetujuan bahawa tanah 2200 ekar hanya boleh dijual kepada Pemaju Berwibawa tersebut dan tidak kepada pihak lain.

Malah peguam juga ditetapkan iaitu hanya dari Tetuan Daim Gamany sahaja yang boleh bertindak sebagai peguam dalam transaksi penyelesaian tersebut. Banyak persoalan yang perlu diungkai demi ketelusan sebuah kerajaan negeri.

Justeru kita mencabar Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mendedahkan semua suratcara, perjanjian persetujuan di antara Peneroka dan Dua Syarikat Pemaju Gagal serta perjanjian di antara Peneroka dan Pemaju Berwibawa yang mereka pilih. Menteri Besar diminta menyahrahsiakan (declassify) semua surat, dokumen berkenaan dan mendedahkan kepada rakyat.

Bukankah Selangor telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat 2013 (FOI) di Dewan Negeri. Rakyat berhak mengetahui kerana ia melibatkan 3200 ekar tanah milik rakyat Selangor.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS 
KEPADA
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM


KERANA NAJIB SENTUH KUDA MAHATHIR, 'KUDA-KUDA' MAHATHIR JADI AGRESIF DAN SERANG BERTALU-TALU DENGAN INFOGRAFIK TIGA SUKU FITNAH!!!



Memang benar kata orang, Mahathir dan kuda tidak boleh dipisahkan. Mahathir dan kuda ibarat nafas dengan roh. Tidak ada nafas, maka roh pun bercerai dari badan. Tidak ada roh, maka tidak wujudlah nafas. Tidak ada Mahathir, maka tidak adalah kandang kuda dengan 40 ekor kuda baka baik di Langkawi!

Asal mulanya, Mahathir melihat kegelinciran lidah Najib yang menyebut, di rumah dia tidak makan nasi, sebaliknya quinoa (bunyinya, 'keen wah') sejenis bijirin yang berasal dari Amerika Tengah dan seringkali disyorkan oleh pakar pemakanan bagi mereka yang menjaga kesihatan terutama sekali kencing manis mahupun tahap kolestrol dan pesakit jantung.


Antara kelebihan quinoa adalah memasaknya lebih cepat, dan kandungan protein tumbuhan yang lebih tinggi yang amat sesuai untuk golongan yang kurang memakan daging.

Harga di pasaran Malaysia adalah antara RM15.90 sehingga RM49.00 bergantung kepada jumlah berat, jenis, jenama dan negara pengeluar.

Mahathir dan pemimpin Pakatan khususnya dari DAP segera menggunakan isu tersebut dengan menggambarkan, Najib memakan makanan yang mahal-mahal sedangkan rakyat cuma mampu makan nasi beras tempatan.

Dan Mahathir sendiri pun turut berseronok mengata Najib.

Umpan mengena!


Seperti yang diketahui, Najib mempunyai masa yang sangat terhad di rumah. Lebih banyak masanya makan di luar berbanding di rumah. Lebih banyak dia menjamah makanan tempatan yang terdiri daripada nasi dan makanan ruji lain berbanding quinoa termasuklah nasi lemak dan nasi vanggey seperti yang dilakukannya bersama-sama keluarga mahupun bersama orang ramai. Terlalu mustahil untuk Najib makan quinoa sebulan 10 kilogram!

Apabila Mahathir cuba berlagak seolah-olah dia sangat naif, sangat zuhud dan sangat bersederhana, Najib segera mengusik tentang KUDA-KUDA Mahathir.


Kata Najib, makanan untuk kuda-kuda Mahathir jauh lebih mahal berbanding quinoa yang diambilnya untuk tujuan kesihatan.

Agak menarik juga, Najib tidak menyentuh secara lanjut tentang rawatan stem cells yang dilakukan oleh Mahathir. (RUJUK SINI) Kalau tidak, pasti para penyokong Mahathir akan melompat lebih tinggi.

Sedar bahawa usikan Najib terhadap Mahathir dan kuda-kudanya boleh menyebabkan banyak benda lain terbuka, terutama sekali ladang kuda di Argentina yang sepatutnya atas nama TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM.


Media-media antarabangsa melaporkan TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM memiliki ladang biri-biri berkeluasan 600,000 hektar dan ladang pembiakan kuda serta resort ski di Los Lenas, Argentina. Dia turut dikatakan memiliki ladang berkeluasan 12,000 hektar berhampiran Buenos Aires.

Siapa TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM?

Tan Sri A.P. Arumugam memperolehi kekayaan daripada/;

~ RM1.8 billion Projek Empangan Pergau
~ RM500 juta avionics/navigation contract KLIA
~ RM180 juta EMU Railway coaches contract
~ Kontrak armed forces bunker Jalan Gurney – dan banyak lagi.

Dia juga mempunyai urusan perniagaan bersama anak Mahathir dan anak-anak yang lain dilantik sebagai pengarah dalam syarikatnya. (RUJUK SINI)


Sedar yang Najib sebenarnya sedang membuka Kotak Pandora Mahathir secara perlahan-lahan, jentera dan penyokong Mahathir terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan idola mereka. Info-info grafik yang mengandungi bahan-bahan fitnah termasuklah isu-isu yang telah dijawab dan 'diselesaikan' seperti isu cincin RM24 juta, kembali dimainkan. Begitu juga dengan isu Rafizi Ramli dan lembu di dalam kondo yang sebenarnya telah dijawab bahawa Rafizi adalah seorang penfitnah dan RM250 juta yang konon-kononnya wang rakyat, sebenarnya adalah pinjaman dari bank yang perlu dibayar semula.

Info-info grafik fitnah ini sedang berleluasa di media-media sosial, khususnya WhatsApp dalam usaha mereka untuk menutup dan mengalihkan isu kekayaan Mahathir dan kroninya.

Atau lebih tepat lagi, pemilikan kuda-kuda hibrid tinggi yang menjadi kebanggaan Mahathir.

Hanya kerana kuda!!!



ROBERT KUOK AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KERANA 'DIFITNAH'!!!



Raja monopoli gula, tepung dan minyak masak Malaysia, Robert Kuok berkata, pihaknya akan mengambil tindakan-tindakan perlu terhadap portal, Malaysia Today dan RPK kerana telah membuat tuduhan-tuduhan palsu.

Robert Kuok dalam kenyataan medianya pada Isnin 26 Februari, merujuk kepada tiga artikel secara bersiri yang disiarkan oleh portal berkenaan, terbit antara 21 Februari dan 23 Februari. 

Artikel-artikel berkenaan menuduh Kuok membiayai portal-portal berita seperti The Malaysian Insight dan parti-parti politik.

Robert Kuok menafikan semua tuduhan tersebut, sebaliknya berkata, dia sangat berterima kasih dengan setiap peluang yang diperolehinya dari Malaysia. 

Dalam kenyataan medianya, Robert Kuok menolak tanggapan bahawa dia seorang yang tidak mengenang budi, malahan dia juga menafikan dia seorang yang lupa diri. Sebaliknya, dia terhutang budi dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan bangsa ke arah pembangunan Malaysia sehingga ke hari ini dan berterusan memberikan sumbangan untuk dikongsi oleh semua rakyat Malaysia bagi memastikan masa hadapan yang lebih gemilang untuk negara. 


Kuok turut menyatakan penghargaan terhadap para pemimpin Malaysia yang menurutnya telah melakukan sebaik-baik mungkin untuk menyumbang kepada taraf hidup rakyat Malaysia yang lebih baik.

Dia turut menolak tuduhan kononnya dia membiayai The Malaysia Insight dan beberapa buah parti politik dalam usaha menggulingkan kerajaan sedia ada, atau pun berkempen untuk memanipulasi proses sistem demokrasi, atau anti kerajaan Barisan Nasional atau bersikap rasis dan 'chauvinist Cina'.

Kuok menyifatkan tuduhan yang dibuat oleh Malaysia Today sebagai sesuatu yang sangat berat. Apatah lagi menurutnya, kesemua tuduhan tersebut adalah palsu dan serangan ke atasnya secara keseluruhannya langsung tidak adil. 

Justeru, dia menanggapi kesemua tuduhan tersebut secara serius dan akan mengambil langkah-langkah perlu terhadap Malaysia Today dan pengarangnya. 


Seperti yang dijangkakan, kemelut membabitkan Robert Kuok turut menarik perhatian DAP khususnya Lim Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyatakan, 

“One incident which is problematic, is how Kuok was targeted recently. Is it because he is Chinese, so you think he is easy to bully? He is no longer in Malaysia and he has his own views.
“He is of the view that the country’s environment is not good as there is corruption. This is his own view.
“Of course, we feel we should stay and fight." (RUJUK SINI

Sunday, February 25, 2018

HIMPUNAN TSUNAMI BATU PAHAT.... HALAMAN RUMAH ORANG KAMPUNG JER PUN, TAKKANLAH RATUSAN RIBU BOLEH DUDUK!!!



22 Februari 2018, satu himpunan telah dibuat oleh PPBM di Batu Pahat. Para penyokong dan jentera propaganda PPBM kemudiannya menggambarkan himpunan tersebut sangat berjaya dan telah menarik puluhan ribu kalau tidak pun ratusan ribu orang untuk mendengar dan bertemu muka dengan Dr. Mahathir.

Yang digambarkan kepada kita ialah ialah 'ratusan ribu manusia datang dari seluruh pelosok ceruk Johor.

Dalam ucapannya, Mahathir kata, nak hapuskan GST dan digantikan dengan cukai lain kerana kononnya GST sangat mudarat.

Mahathir juga kata, PTPTN yang diwujudkannya akan dihapuskan sekaligus menghapuskan keseluruhan hutang pelajar sedia ada.

Mahathir juga kata, pendidikan percuma akan diberi walaupun yang memperkenalkan dan memperkukuhkan institusi pengajian sebagai sektor pengajian yang menguntungkan adalah Mahathir sendiri.


Mahathir juga kata, tol akan dimansuhkan secara berperingkat walaupun Mahathir sebelum ini kata, tol di Malaysia adalah yang termurah di dunia dan Mahathir memperkenalkan sistem tol untuk mengkayakan kroni dan proksi.

Mahathir juga kata, projek ECRL yang akan mengancam Singapura akan dibatalkan. Sebaliknya projek tersebut akan digantikan dengan lebuhraya enam lorong kiri dan kanan.

Mahathir kata lagi, banyak agensi kerajaan akan dibubarkan dan disatukan. Seperti ROS yang enggan berkompromi dengan PPBM melanggar undang-undang negara khususnya membabitkan undang-undang pertubuhan.

Tetapi yang paling best ialah, Mahathir kata, parti-parti yang berasaskan perkauman akan dibubarkan. Sebaliknya semua parti akan dibuka kepada kaum lain.


Cerita sebenarnya...

Memang benar ada himpunan di Batu Pahat. Jumlah yang datang pun, memanglah ramai kalau diikutkan kepada pandangan persepsi. Malangnya, gambar-gambar yang digunakan oleh jentera propaganda PPBM sebenarnya langsung tidak benar. Sebaliknya gambar-gambar yang digunakan adalah gambar-gambar himpunan melibatkan PAS pada tahun 2013 menjelang PRU-13.

Yang dikatakan beratus ribu dan dari segenap pelosok Johor itu berhimpun, sebenarnya berhimpun di HALAMAN RUMAH KHALID BIN SABTU yang beralamat di Batu 2 1/2, Jalan Seri Medan, Seri Medan, Batu Pahat dari jam 8:45 malam sehinggalah 11:35 malam. Jumlah kehadiran adalah lebih kurang 1000 orang sahaja, dan mereka terdiri dairpada ahli-ahli dan para penyokong Pakatan Harapan Daerah Batu Pahat serta Johor.


Antara yang turut datang termasuklah:

(a) Mohamad bin Sabu - Presiden PAN Pusat
(b) Khairudin bin Rahim - Setiausaha PAN Negeri Johor / Pengerusi PAN Parlimen Pt Sulong.
(c) Anis Afida binti Mohd Azri - Pengarah Pilihanraya AWAN Negeri Johor / Pengerusi Pusat Peduli Rakyat Parlimen Pt Sulong.
(d) Dato Zakaria bin Mohd. Salleh -Pengerusi PPBM Bah. Pt. Sulong
(e) Hj Kusni bin Hj Simoh - Ketua PKR Cabang PT. SULONG
(f) Mat Yashrudin bin Kusni - Naib Ketua PKR Cabang Pt. Sulong/ Bakal Calon DUN Semerah.
(g) Datuk Osman bin Sofian - Setiausaha PPBM Johor
(h) Gan Peck Cheng - ADUN Penggaram
(i) Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar
(j) Syed Saddiq bin Abdul Rahman - Ketua ARMADA Pusat
(k) Abdul Syukor bin Tan Sri Mohamad - AJK PPBM Sri Gading


Turut dibuat dalam program berkenaan adalah penyerahan 300 borang keahlian PPBM Bahagian Parit Sulong oleh Penasihat PPBM Parit Sulong, Omar bin Saleh, selain penyerahan 305 borang keahlian PPBM Bahagian Air Hitam yang diwakili oleh Amin Sitam yang juga merupakan Pengerusi Veteran UMNO/Pengerusi PERKASA Air Hitam.

Kesemua borang berkenaan diserahkan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan wakil rasmi Dr. Mahathir.

Maklumat dan maklumbalas yang diterima, penyerahan borang tersebut melibatkan keahlian baru PPBM di kalangan 10% veteran ahli UMNO, 30% ahli PERKASA Air Hitam dan 60% pengundi muda atas pagar.

Mahathir sebenarnya tidak hadir ke majlis tersebut kerana masalah kesihatan, sebaliknya ucapannya dibuat secara langsung menerusi Facebook.


UPACARA BAKAR BENDERA PPBM DI LUBUK MERBAU SEBAB MARAH, PKR 'RAMPAS' KERUSI!!!



Para penyokong PPBM bahkan pemimpin mereka dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya seringkali menggambarkan Kedah sebagai kubu kuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Parti Cap Bunga itu digambarkan sebagai sebuah raksasa yang baru bangun dari tidur dan tidak boleh dihalang dengan suatu apa pun. Kununnya, rata-rata rakyat dan pengundi Kedah menyokong Cap Bunga dan tertarik untuk berjuang bersama-sama Mukhriz Mahathir merampas kembali jawatan Menteri Besar Kedah bagi membolehkan Mukhriz sekeluarga menikmati kehidupan mewah yang ditanggung sepenuhnya oleh rakyat Kedah.

Dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah ke Bandar Baru, yang digambarkan kepada orang ramai ialah, PPBM telah menguasai semua DUN dan Parlimen. Orang-orang PPBM tidak perlu bekerja keras kerana Kedah terlalu menyayangi Dr. Mahathir dan mengasihi Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah.

Kedah kata mereka adalah HAK MUTLAK KELUARGA MAHATHIR!

Hakikatnya, PPBM tidak ada cengkaman langsung di Kedah. PPBM tidak mempunyai sebarang kuasa dan suara. PPBM juga tidak boleh berbuat apa-apa tanpa restu dan keizinan daripada DAP dan PKR. Kalau DAP dan PKR kata PPBM tidak boleh bertanding, maka parti itu dan para penyokongnya hanya boleh mengundi PKR dan DAP atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi macai kepada PKR dan DAP sebagai pekerja parti menggantikan PAS yang telah diterajang lebih awal pada tahun 2015.

Jangkaan awal para pemimpin dan penyokong PPBM ialah, parti Mahathir-Mukhriz itu akan meletakkan calon di kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Kedah kerana berbanding PKR dan DAP, PPBM lebih kuat. 

Sekurang-kurangnya itulah yang mereka percaya dan dodoikan kepada orang ramai.

Malangnya itu tidak berlaku. 

Pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di Kedah, tidak menunjukkan langsung DAP dan PKR akan mengurangkan kawasan mereka bertanding bagi memberi laluan kepada PPBM untuk membuktikan parti Mahathir-Mukhriz itu lebih diterima pengundi Kedah. Sebaliknya, PKR dan DAP menambahkan lagi kerusi yang akan mereka bertanding selepas pakatan mereka dengan PAS berkubur. PAN yang diharapkan dapat menggantikan PAS pula, hidup segan mati tak mahu walaupun sama seperti PPBM, seringkali digambarkan lebih hebat berbanding PAS Kedah. 



Semalam, di hadapan Markas PPBM, Jalan Pejabat, Felda Lubuk Merbau, salah seorang ahli PPBM Felda Lubuk Merbau hilang sabar apabila mendapat tahu, PPBM tidak dibenarkan bertanding di DUN Pedu. Sebelum ini, ahli-ahli PPBM Pedu diberitahu, PPBM akan bertanding di situ, bagaimanapun kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR.

Ahli berkenaan benar-benar kecewa. Biarpun sedar, lokaliti Felda Lubuk Merbau merupakan kawasan putih untuk UMNO-BN, tetapi gambaran-gambaran yang diberikan sebelum ini ialah, semua kerusi UMNO-BN akan beralih kepada PPBM dengan mudah. 

Tetapi apa yang berlaku ialah, PKR telah merampas peluang PPBM itu. Ini menyebabkan ahli-ahli PPBM Lubuk Merbau berasa sangat kecewa setelah mereka berhempas pulas dan bersusah payah demi parti, tetapi yang akhirnya mendapat laba adalah PKR, parti yang langsung tidak bekerja di Kedah apatah lagi di Lubuk Merbau. 


Kekecewaan itu dizahirkan dengan tindakan membakar bendera bagi memberi mesej kepada pucuk pimpinan PPBM yang tidak akan bersama sekiranya DUN Pedu kekal milik PKR mewakili Pakatan Harapan bertanding di DUN Pedu dalam pilihanraya umum akan datang. 

Ia juga merupakan satu gambaran dan mesej kepada pucuk pimpinan PPBM bahawa ahli-ahli PPBM Lubuk Merbau tidak akan bersama-sama Pakatan Harapan sekiranya DUN Pedu kekal ditandingi oleh PKR. Mereka berasakan usaha yang dilakukan untuk menghidupkan PPBM di Felda Lubuk Merbau dan di DUN Pedu khususnya adalah perjuangan yang sia-sia. 


Friday, February 23, 2018

INDEKS PERSEPSI RASUAH MALAYSIA MEROSOT KERANA SKANDAL-SKANDAL RASUAH AZMIN ALI DAN LIM GUAN ENG!!!



Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar yang mengatakan bahawa Indeks Rasuah Malaysia merosot konon-nya kerana isu 1MDB, Felda dan penangkapan Rafizi Ramli  dalam kes beliau mendedahkan maklumat akaun peribadi syarikat NFC.

Saya ingin mengingatkan Datuk Akhbar Satar bahawa indeks rasuah di negara ini merosot bukan kerana isu 1MDB, Felda mahupun kerana penangkapan Rafizi Ramli. Indeks rasuah kita merosot adalah kerana salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku di negeri - negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Contoh paling ketara adalah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Ini berikutan kes skandal banglo beliau di Pulau Pinang yang mendapat liputan meluas dari media dari dalam dan luar negara. Walaupun sudah didakwa, Lim Guan Eng masih tidak mahu letak jawatan.

Sudah semestinya apabila seorang Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, persepsi rakyat dan orang asing terhadap negara kita akan merosot kerana mereka lihat di Malaysia seorang Ketua Menteri juga menyalahgunakan kuasa. Mengapa kes ini tidak diambil kira sebagai memberi impak kepada kemerosotan indeks rasuah negara?

Kedua adalah kes Banglo Disneyland di Selangor milik seorang pemimpin PKR. Kes ini juga memberikan impak yang negatif kepada negara apabila seorang pemimpin sayap PKR didakwa mempunyai kekayaan yang luar biasa. PKR pula merupakan parti yang menerajui kerajaan negeri Selangor. Ini sekaligus mewujudkan persepsi bahawa terdapat salah guna kuasa dan rasuah antara kerajaan negeri dan pemimpin parti PKR.

Ketiga pula merupakan skandal yang paling besar melibatkan pemimpin Pakatan Harapan iaitu skandal Forex yang menyebabkan bank negara hilang RM 32 Billion. Malah kerajaan terpaksa menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat perkara ini. Kes ini juga telah mendapat perhatian dunia dimana pemimpin Pakatan Harapan bertanggungjawab akan kehilangan wang ini.


Keempat pula adalah skandal satu projek di Pulau Pinang yang sehingga hari ini tidak lagi bermula walaupun tanah rakyat sudah diberi kepada pemaju. Malah sehingga hari ini "feasibility report" pun masih tidak siap dan syarikat SPV yang diberi projek ini juga telah bertukar tangan. Lebih memalukan syarikat gergasi dari China juga terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam projek ini.

Akhir sekali, sudah semestinya kekayaan luar biasa pemimpin - pemimpin Pakatan Harapan juga membangkitkan persoalan mana mereka mendapat wang yang begitu banyak. Ada pemimpin PH yang berceramah ke seluruh negara menggunakan jet peribadi dan kereta - kereta mewah. Dari mana mereka dapat duit sebanyak itu?

Apabila persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihak Pakatan Harapan, ianya memberikan persepsi bahawa wujud salah guna kuasa dan rasuah dikalangan mereka sekaligus menyebabkan indeks rasuah kita merosot. Oleh yang demikian, saya ingin ingatkan Datuk akhbar Satar supaya lain kali buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Malah tidak wajar juga SPRM pula dipersalahkan kerana konon nya mereka gagal membanteras rasuah. Ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab. Walhal SPRM sudah melakukan pelbagai usaha dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya-nya rasuah dan juga aktiviti pencegahan rasuah. Malah beberapa tahun kebelakangan ini banyak kes rasuah yang telah diselesaikan oleh pihak SPRM.

Oleh itu, sebenarnya indeks persepsi rasuah Malaysia merosot adalah kerana skandal - skandal pemimpin Pakatan Harapan dan ini tidak termasuk lagi Skandal seorang bekas Menteri Persekutuan yang berasal dari Sabah. Saya berharap Transparency International Malaysia akan berlaku jujur dan adil dalam hal ini dan berhentilah menjadi agen kepada Pakatan Harapan
Terima Kasih.

*_Datuk Huan Cheng Guan_*
*_Timbalan Presiden_*
*_Parti Cinta Malaysia_*


Wednesday, February 21, 2018

TANAH PENEROKA IJOK: FAEKAH HUSSIN TERAJANG AZMIN ALI DI MUKA!!!



Sekali lagi MB Selangor gagal menjawab isu pengkhianatan Tanah Peneroka Ijok. Meskipun kenyataan cuba dibuat oleh beberapa pegawai dan pimpinan PKR bagi menerangkan isu pengkhianatan Tanah Peneroka tersebut, kita percaya ianya adalah arahan dari Menteri Besar sendiri.

Sudah menjadi rahsia umum Selangor mempunyai Menteri Besar yang kaki taichi terutama yang melibatkan isu integriti dan dakwaan salah laku.

Kenyataan YB Shuhaimi, SU Politik MB langsung tidak menjawab isu pokok yakni mengapa kerajaan negeri berusaha menyelamatkan-bailout pemaju yang curang kepada peneroka, pembeli rumah dan kerajaan negeri?

Sebaliknya beliau lebih kepada membuat serangan peribadi terhadap YB TS Khalid ( TSKI ) malah terhadap saya sendiri. Di sambut pula oleh sekawan kartel yang kini turut merasai bahang dan kepanasan dengan isu yang dibangkitkan.

Nampaknya dengan pendedahan oleh TSKI, ramai pemimpin Pakatan terutamanya PKR telah mula mengulangi tohmahan fitnah yang mereka guna pada Langkah Kajang 2014 dahulu. Justeru, adalah perlu bagi saya mengeluarkan kenyataan ini demi memberi penerangan kepada mereka yang kurang mengetahui apa yang berlaku sebelum, ketika dan selepas Langkah Kajang.

Malah ia juga bagi mengingatkan pemimpin Pakatan khusus PKR jangan ulangi dosa-dosa yang kamu buat dahulu sehinggakan memaksa pemimpin tertinggi kamu melutut di mahkamah memohon kemaafan.

Ketika kempen menjatuhkan TSKI pimpinan PKR telah menjaja setebal 91 mukasurat dokumen fitnah yang kononnya TSKI adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayaui, tidak bersikat telus, tidak jujur tidak beretika, tidak amanah, tidak berintegriti, telah terlibat melakukan rasuah dan salah laku termasuk dalam kes penyelesaian hutang peribadi dengan Bank Islam dan tidak layak menjadi MB.

Dokumen tersebut disebarluas dan dijaja ke seluruh Selangor dengan ceramah-ceramah perdana, di padang, di Dewan malah di hotel-hotel yang turut dihadiri Pimpinan tertinggi PKR tidak kecuali Presiden mereka yang mahu dijaja sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan TSKI.

Kegiatan fitnah ini mereka lakukan tanpa ada rasa bersalah mahupun menghormati kesucian bulan Ramadhan.


Kecewa dan jelek dengan permainan kotor PKR, TSKI mengambil dua langkah; pertama menyerahkan keseluruhan teks fitnah setebal 91 mukasurat tersebut ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar agensi tersebut menyiasat samada terdapat kebenaran pada segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan agar dapat membersihkan nama yang tercalar, hingga menjadikan TSKI pemimpin atau manusia pertama yang secara sukarela meminta dirinya disiasat.

Tindakan kedua yang diambil TSKI ialah membuat tindakan saman fitnah terhadap PKR dan Setiausaha Agung PKR. Pada masa tersebut saya berasa hairan mengapa TSKI tidak turut menamakan Presiden dan Ketua UMum di dalam saman tersebut kerana pastinya mereka juga merestui tindakan fitnah jahat yang dilakukan PKR.

Setahun selepas Langkah Kajang dan Pakatan berjaya menurunkan TSKI secara jahat jijik dan tidak bermoral, TSKI telah memenangi Saman malu terhadap PKR dan SU Agungnya dan menyaksikan SU Agung PKR membacakan permohonan maaf tanpa syarat di mahkamah terbuka dengan mengakui bahawa setiap dakwaan terhadap TSKI adalah tidak benar dan berniat memfitnah bagi menjatuhkan nama baik TSKI.

SU Agung PKR telah membacakan kenyataan berikut;
“Bagi pihak PKR dan secara peribadi kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan sucihati serta TANPA SYARAT memohon maaf kepada TSKI. Bagi pihak PKR dan secara
peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yang mulia ini bahawa kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan dokumen tersebut.”

TSKI menerima permohonan maaf mereka dengan hati terbuka tulus dan ikhlas. Malah demi menghormati semangat Aidil Fitri dan jalinan silaturrahim maka TSKI bukan sahaja menerima permohonan maaf dan penyataan sumpah untuk “bertaubat” mereka tetapi TSKI turut memohon maaf zahir batin kepada seluruh ahli PKR.

Secara peribadi saya kesal dengan tindakan TSKI menerima permohonan maaf dan taubat mereka kerana saya sedikitpun tidak mempercayai tindakan mereka dilakukan secara ikhlas dan suci hati. Namun apakan daya empunya badan berhati mulia dan mahu “move on” dari isu yang memalukan tersebut.

Seperti dijangka dan tanpa perlu menunggu lama, tidak sampai satu jam selepas meminta maaf, pimpinan tertinggi PKR yang diketuai YB Rafizi Ramli terus sahaja memutarbelit kes mahkamah tersebut kononnya TSKI bukan menang kes saman fitnah tetapi kes telah diselesaikan dengan kedua-dua pihak memohon maaf.

Tiada perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan mereka ketika itu; dayus, hina, hipokrit tahap dewa.

Penilaian saya terhadap mereka ternyata sangat tepat apabila hari ini mereka mengulangi fitnah-fitnah tersebut tanpa rasa berdosa semata-mata mahu menutup kecurangan mereka terhadap rakyat Selangor yang kini sangat menjolok mata.

Gagal menjawab isu yang di ketengahkan, mereka dengan tanpa rasa malu mengulangi kata-kata fitnah yang suatu ketika dulu, bukan sahaja SU Agung, bekas SU Agong malah Presiden dan Ketua Umum mereka “merangkak” dari Penjara Sungai Buluh ke mahkamah meminta maaf. Mana maruah kamu?

Bagaimana rakyat mahu memberi kepercayaan kepada kamu dan meletakkan nasib untung kehidupan rakyat jika sifat hipokrit kamu sehebat ini. Kepada PKR, jangan menegak benang yang basah, pengkhianatan pemimpian kamu di Selangor tidak boleh lagi ditutup dengan kain yang koyak.

Faekah Husin,
Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,

Monday, February 19, 2018

CHEGU BARD NAMAKAN PENFITNAH DAN PENULAR FITNAH KONON ISTERINYA DITANGKAP SPRM KERANA SOGOK SRIKANDI BUNGA DALAM LAPORAN POLIS!!!



1. Sehari dua ini tersebar dengan luas di media sosial berita fitnah ke atas saya dan keluarga konon isteri saya ditahan SPRM kerana menyogok atau membeli ahli parti bunga raya. Sangat menjengkelkan fitnah ini disebar secara terancang malah ada yang sanggup membeli iklan di media sosial untuk menyebar luaskan posting fitnah mereka.

2. Fitnah ini disebar oleh mereka yang sangat dikenali sebagai pendokong malah ada kalangan bergelar kepimpinan Pakatan Harapan. Setelah meneliti dan mencari punca fitnah ini ia dimulakan oleh mereka yang sangat rapat dengan pimpinan PH dan merupakan kelompok yang menjadi cybertrooper berbayar oleh PH. Tidak pelik kerana dikalangan mereka ini buangan umno yang tidak mendapat bayaran lagi menjadi cybertrooper Umno dikutip dan mendapat upah di Pakatan Harapan.

3. Saya dengan ini menafikan dan menyatakan sepenuhnya ia adalah fitnah saya atau isteri atau mana – mana anggota keluarga saya ditahan SPRM kerana sebarang siasatan korupsi lebih lagi membeli ahli parti bunga raya. Fitnah ini tersebar secara sangat luas dalam pengetahuan pimpinan PH namun semuanya bisu. Maka persoalan timbul adakah ini taktik ‘rasmi’ PH iaitu menyerang orang yang membongkar korup dengan fitnah terancang ?

4. Kepada Azizah saya ingin bertanya kamu tahu isu fitnah tersebar ini kamu diam dan hanya nikmati, adakah fitnah hanya perlu bersuara atau dijawab jika kamu, suami atau keluarga kamu terlibat sahaja ? Kepada Mohd Sabu dan rakan – rakan Amanah, kamu melawan hadi kononya atas prinsip kebenaran tetapi apabila kamu nak tunjuk kesetiaan membela kawan yang korup kamu turunkan pasukan fitnah siber untuk menyerang dan mengalih isu.

5. Antara pemula fitnah ialah Mohamad Yahaya dimana dia juga pimpinan AMANAH peringkat pertengahan dan dia juga pernah ditugaskan membuat laporan polis membela Mohd Sabu pada 11 Sept 2017 kerana Mohd Sabu dituduh ada kaitan ISIS dan DAESH. Antarayang terlibat ialah pasukan bekas cybertrooper Umno yang kini diupah PKR. Selain itu ada beberapa page fb dan no telefon digunakan untuk menyebarkan fitnah.

a. Facebook atas nama

i. Kamarul Anuar Mohameddi

ii. Lina atau namanya Shalina Shamsuddin (0199993825)

iii. Mohamad Yahaya boleh dikesan dengan laporan polis PANDANINDAH/016065/17

iv. Abu bakar alMuari

v. Azizan Abdul Shukor (group FB Pakatan Harapan)

vi. Kelab Che Det

vii. Srikandi Malaya

viii. Najib Hassan

ix. Mohd Ajit Hussin

x. Mahathir The Legend

xi. Aimi Jarr

xii. Mazrul Hisham

xiii. Lina Ina

xiv. Nor Badariah

xv. Muhamad Nur Ismail


b. No whats app

i. Ariffin iskandar – 012 3303529 (whats app group PH Pakatan Harapan)

ii. 012610 5045(Diskusi Rakyat)

iii. 013331 4707

iv. 019 576 7779 (Lid Ahmad)

v. Norezam Mazalan (whats app group HARAPAN & Group ANAK JOHOR)

vi. Norezam Mazalan (whats app Group HARAPAN P145 – BAKRI) 011 2763 4277

vii. Iman Ali 013 292 0001 (sembang Politik)

viii. Ramadhan 016 754 4010

ix. 012 601 5787 (whats app group HAK RAKYAT)

x. 016 772 1340 (MBB POLITICS OF HOPE)

xi. 016 332 5266 (MBB politics of hope)

xii. 017 474 9093 (KELAB PENYOKONG AMANAH)

xiii. Ruby 010 235 5871 (AMANAH)

Dan semuanya hampir 100 penama yang maklumat butiran nama juga ada antaranya no kad pengenalan saya hantar dalam laporan saya, ia hanya sebahagian dari lebih 500 yang terkumpul. Malah ada juga yang berstatus pimpinan pusat parti PH.

Tidak ada alasan untuk PDRM mahupun SKMM untuk tidak bertindak. Pemimpin tertinggi PH wajib respon, ini merupakan taktik rasmi PH dan patutlah takut sangat kea rah kewujudan undang – undang mengekang fitnah.

Saya juga menuntut SPRM sendiri yang terkait dengan fitnah ini untuk membuat penjelasan. Jika mereka lakukan ini untuk menghentikan saya , ternyata mereka kecewa. Saya berjanji sama sekali tidak akan berhenti membongkar penyelewengan rasuah korupsi tanpa mengira siapa pelakunya.


BADRUL HISHAM SHAHARIN


GOYANG GERUDI UNTUK PPBM CAWANGAN MASAI UTAMA, BAKAL MENANGKAN PARTI MAHATHIR-MUKHRIZ!!!



Ada pelbagai cara untuk menarik perhatian orang ramai. Setidak-tidaknya untuk membuka mata dan menyedarkan tentang kewujudan sesebuah entiti, maka usaha-usaha publisiti perlu dilakukan.

Dalam bahasa politik, sebarang publisiti, tak kiralah sama ada publisiti positif atau negatif akan tetap menjadi sebuah publisiti. Dan publisiti amat diperlukan sama ada untuk meraih sokongan atau pun memperlekeh-lekehkan lawan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mensasarkan Johor dan Kedah sebagai sarang utama mereka. Johor kerana di sanalah Presiden mereka berasal dan masih menjadi Ahli Parlimen, manakala Kedah pula asal Pengerusi dan Timbalan Presiden. Dan dikatakan juga, Johor serta Kedah merupakan dua buah negeri yang mempunyai ramai penyokong PPBM.

Semalam, antara jam 2:30 petang sehingga 10:00 malam, bertempat di bawah Blok B, Jalan Masai Utama 2, Taman Masai Utama 2, Masai, Johor, satu program untuk meraikan para penyokong telah diadakan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Program Jom Karaoke Suka-Suka telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang pemimpin dan ahli-ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang serta penduduk setempat.

Antara yang hadir termasuklah Zamrin Hamzah yang merupakan Setiausaha PPBM Bahagian Pasir Gudang merangkap Ketua PPBM Cawangan Seri Alam dan Norzri Mokhtar yang merupakan Setiausaha Kerja PPBM Bahagian Pasir Gudang.


Program yang dianjurkan mendapat sambutan baik biarpun jumlah penyertaan agak sederhana. Tiada ucapan, tiada ceramah mahupun kempen yang dilakukan oleh pihak penganjur. Sebaliknya pelbagai acara untuk penduduk setempat terutama untuk kanak-kanak telah diadakan seperti acara meniup belon, Muzik Chair dan tali skipping pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah malam pula, penganjuran lebih tertumpu untuk golongan dewasa seperti karaoke dan penyampaian hadiah.

Dengan kata lain, program berjalan secara santai dan lebih kepada keraian berbanding kempen.

Difahamkan, program tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan antara PPBM dengan penduduk setempat, sekaligus dapat meraih sokongan dan memberi peluang kepada PPBM untuk berkomunikasi secara terus dengan penduduk setempat.

Biarpun diadakan pada cuti Perayaan Tahun Baru Cina, penyertaan adalah dari kaum Melayu sahaja.

Keputusan PRU-13 membabitkan Parlimen Pasir Gudang dan dua DUNnya iaitu Johor Jaya dan Permas.

P159 PASIR GUDANG Jumlah Pengundi: 91,041
Normala Binti Abdul Samad (BN) -43,834
Dr. Ahmad Faidhi Bin Saidi (PKR) -42,899
MAJORITI: 935
Jumlah undi: 86,845 | Peratus mengundi: 85.95% | Undi rosak: 112

N42 JOHOR JAYA
Jumlah Pengundi: 51,648
Tan Cher Puk (BN) -21,419
Liow Cai Tung (DAP) -22,879
Hong Eng Wah (Bebas) - 177 (HD)
MAJORITI: 1,460
Jumlah undi: 45,562 | Peratus mengundi: 88.22% | Undi rosak: 1,087

N43 PERMAS Jumlah Pengundi: 49,393
Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin (BN) -23,952
Syed Othman Bin Abdullah (PAS) -18,200
MAJORITI: 5,752
Jumlah undi: 42,881 | Peratus mengundi: 86.82% | Undi rosak: 729

Sunday, February 18, 2018

KERANA 'ORANG SABAH TULEN', PARA PEMIMPIN PARTI WARISAN SHAFIE APDAL PANAS PUNGGUNG!!!



Tak banyak cerita dari Sabah sebenarnya yang sampai ke Semenanjung. Kalau sampai pun, hanya kisah-kisah terpilih dan telah dikelas-kelaskan. Itu pun tengok jugalah, pihak mana yang menyiarkan atau membikin cerita berkenaan.

Sabah di bawah Musa Aman dan adiknya, Anifah Aman mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang paling memberangsangkan dalam sejarah negeri itu. Malahan, Sabah sekarang ini merupakan antara negeri di Malaysia yang menerima pelaburan asing paling banyak, jauh mengatasi Pulau Pinang dan Selangor yang dikuasai oleh Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, salah seorang menteri yang dilantik untuk masyarakat luar bandar adalah dari Sabah. Lebih tepat lagi dari Parlimen Semporna, sebuah wilayah miskin yang terlalu banyak dikaitkan dengan Projek IC zaman Mahathir.

Seperti kata Menteri Luar Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kimanis, Anifah Aman, selama dua penggal peruntukan yang diberikan kepada KKLW di bawah Shafie Apdal adalah RM13 bilion. Jumlah tersebut jauh lebih besar berbanding peruntukan yang diterima sebelum itu.



Sepatutnya, dengan peruntukan berkenaan, masalah bekalan air bersih, jalan berturap dan bekalan elektrik sudah pun merata di seluruh pedalaman Sabah. Namun apa yang berlaku ialah, peruntukan hilang, pembangunan yang diharapkan hampir tidak wujud dan kalau wujud pun hanya sebagai melepas batok di tangga seperti projek JALAN MONYET yang kosnya membabitkan puluhan juta ringgit tetapi manfaatnya hanya untuk sebuah rumah yang merupakan kroni ketat Shafie Apdal.

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh Peter Anthony yang berangan-angan di Tenom tentang rumah PPR yang dibina pada zaman Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW.



Bagi yang tidak pernah melihat rumah berkenaan, sudah pasti akan berasa amat teruja dan menyanjung tinggi Shafie Apdal yang kononnya terlalu prihatin kepada penduduk miskin di pedalaman.

Hakikatnya, rumah yang kononnya menelan kos lebih RM15 ribu itu, sebenarnya apabila dikira semula, tidak lebih dari RM3000. Rumah berkenaan bukan sahaja tidak layak diduduki oleh mana-mana manusia, malahan kambing mahupun ayam tidak akan sanggup tinggal di rumah berkenaan.


Bagaimana pula dengan bekalan elektrik?

Terlalu menyedihkan dan daif. Projek berpuluh-puluh juta. Kabel dah siap. Segala-galanya kelihatan seperti telah disiapkan. Malangnya, bekalan elektrik tetap juga tidak ada. Beberapa hari lepas, muncul berita yang penantian penduduk Kampung Kapulu, Tenom selama bertahun-tahun, akhirnya berjaya diselesaikan oleh Menteri KKLW yang baru. (RUJUK SINI)






 Barangkali sedar bahawa penduduk dan pengundi sudah mulai sedar, siapa sebenarnya Shafie Apdal dan parti yang menamakan mereka sebagai Parti Warisan Sabah, orang seperti Peter Anthony mula memainkan isu-isu sensitif termasuklah membabitkan agama, suku kaum dan keturunan. Lebih-lebih lagi apabila Anifah Aman menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak peduli keturunan mana pun yang akan memimpin Sabah asalkan mereka adalah SABAH TULEN!




Perkataan SABAH TULEN sebenarnya terlalu tajam dan terlalu signifikan, khususnya kepada Shafie Apdal dan puaknya. Sehinggakan Musa Aman dan keluarganya dikatakan asal dari Pakistan walaupun secara jelas, Musa Aman dan keluarganya merupakan dari KELUARGA AKI GOONG yang berasal dari daerah Keningau, Kota Kinabalu dan beberapa daerah lain di Sabah. (RUJUK SINI)

Janji-janji yang diberikan oleh Shafie Apdal, Parti Warisan dan puak-puaknya kepada masyarakat di Sabah kononnya mahu mengubah Sabah, sepatutnya muncul bersama dengan penjelasan, ke mana perginya lebih RM13 bilion yang diperuntukkan untuk masyarakat miskin dan luar bandar semasa Shafie menjadi Menteri KKLW dahulu.


Wednesday, February 14, 2018

WOIII!!! YAHUDI ISRAEL MASUK MALAYSIA LER WEI!!!



Penulis: AYMAN RASHDAN WONG

Den dengar ada cerita "Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di Malaysia" tengah tular.

Nak dekat PRU ni macam-macam cerita ada. Biasalah kita ni pengamal politik fitnah. Kalau dah dapat modal mana nak lepaskan.

Yang fakta: diplomat Israel menyertai Forum Bandar Sedunia ("World Urban Forum" atau WUF) di KL sebagai sebahagian daripada delegasi UN-Habitat.

Yang auta dan ditokok tambah jadi "headline": kerajaan menjalin hubungan dengan rejim haram Zionis, kerajaan nak iktiraf Israel, kerajaan jual negara ke Zionis laknatullah.

Sebelum nak sembang, kena bezakan antara diplomasi dua hala ("bilateral diplomacy") dan diplomasi pelbagai hala ("multilateral diplomacy").

Diplomasi dua hala ni melibatkan dua negara saja. Hubungan Malaysia-US, hubungan Malaysia-China, hubungan Malaysia-Jepun ni semua dua hala. Hok ni terserah kepada negara masing-masing untuk menjalin hubungan atau tidak dengan sesebuah negara.

Diplomasi pelbagai hala ni pula melibatkan banyak negara atas satu platform. Contohnya macam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ("United Nations" atau UN), Pertubuhan Perdagangan Dunia ("World Trade Organization" atau WTO), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), G20, G7, BRICS (Brazil, Russia, India, China, South Africa), Pertubuhan Kerjasama Islam ("Organization of Islamic Cooperation" atau OIC) dan banyak lagi. Hok ni negara perlu ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pertubuhan. Negara kalau nak buat sesuatu perlu mendapat persetujuan dari semua ahli.

Perjumpaan WUF di KL ni sebenarnya dianjurkan oleh Program Penempatan Manusia UN ("UN Human Settlements Programme") atau UN-Habitat, Malaysia hanya bertindak sebagai pemudahcara untuk menunjukkan komitmen Malaysia terhadap UN. Yang baru-baru ni banyak-banyak negara pakat kutuk Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel tu UN lah.

Kenapa diplomat Israel bernama David Roet dibenarkan masuk Malaysia walaupun Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan? Kerana mamat Roet ni bernaung di bawah UN-Habitat sebagai wakil Israel. Dia memasuki Malaysia atas kapasiti diplomat UN-Habitat, bukan sebagai diplomat Israel. Ada beza tu. Macam masa Luis Suarez bermain untuk FC Barcelona, orang tak pandang dio sebagai pemain Uruguay.

Di peringkat dua hala, pendirian Malaysia jelas dan muktamad, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Israel sejak tahun 1965 selepas Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan "persona non grata" ke atas wakil perdagangan Israel, Moshe Yegar. Cuma, tiada undang-undang yang mengatakan orang Israel tidak boleh menjejaki negara kita. Kalau tidak, tak jadilah Tun M menjemput 14 pelajar Israel dan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997.

Tapi di peringkat pelbagai hala, Malaysia tidak boleh menghalang kemasukan diplomat yang mewakili pertubuhan antarabangsa di mana Malaysia merupakan ahlinya. Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali seagai “Laissez Passer” (bermaksud “Let him pass” dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN ("Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations") yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN, dan perkara yang sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992.

Adakah kita boleh bantah kemasukan pegawai UN yang merupakan warganegara Israel? Boleh, tapi leceh. Ia melibatkan kajian semula ke atas undang-undang UN dan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Organisasi Antarabangsa di atas.

WUF ni bukan perjumpaan "high-level" antara pemimpin pun, ia lebih kepada perjumpaan golongan profesional dari pertubuhan-pertubuhan antarabangsa mengenai isu perbandaran. Ia bukan pasal Israel atau agenda Israel. Jadi bukanlah satu masalah kalau kita nak mempermudahkan penyertaan delegasi UN.

Media murahan kita pula pergi memetik sumber seperti The Times of Israel yang kata kononnya Israel memandang berat tentang kehadiran diplomat Roet dengan harapan ia dapat memperbaiki hubungan Israel-Malaysia. Yang korang dah tahu Yahudi tu lidah bercabang korang nak percaya buat apa? Dia orang pun pandai main persepsi lah untuk menjayakan agenda mereka.

Jadi tak perlu nak mempolemikkan isu dan melibatkan nama pemimpin negara. Atau acah-acah pandai nak kaitkan nilai dagangan Israel-Malaysia dengan insiden ini untuk membuat fitnah "Malaysia nak menjalin hubungan dengan Israel".

#diplomasi101
#donededak


ROSMAH MANSOR NAIK JET KERAJAAN... INI JAWAPAN KEPADA MAHATHIR!!!



11 fakta isu Datin Seri Rosmah Naik Jet Kerajaan - Jawapan Kepada Tun Mahathir

1. Sebuah laman Facebook yang digunakan sebagai satu platform pemujaan Tun Mahathir Mohamad telah menaikkan satu video ucapan Tun M pada tahun 2016. Dalam video tersebut Tun Mahathir telah menuduh bahawa kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM86 juta untuk menyewa jet peribadi bagi kegunaan Datin Seri Rosmah ke luar negara.

2. Tuduhan ini bersifat jahat kerana Tun Mahathir cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan pembaziran kerana menaiki pesawat peribadi yang disewa oleh kerajaan dan tidak menaiki pesawat komersil.

3. Sebenarnya, kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut KHUSUS untuk Datin Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan.

4. Kiraan kos sewaan sebanyak RM86 juta juga adalah tidak benar sama sekali dan sengaja dibuat untuk megelirukan rakyat. Ia hanyalah anggaran yang dibuat oleh YB Rafizi Ramli. Kiraan tersebut adalah tidak masuk akal kerana YB Rafizi mengambil kiraan kos penerbangan sebanyak RM60,000 sejam x 24 jam x 60 hari. Sudah tentu pesawat tersebut tidak terbang 24 jam setiap hari selama 2 bulan.

5. Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan Malaysia untuk sementara waktu dalam tempoh 2 bulan (Mei dan Jun 2016) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang pada masa itu sedang dalam proses penyelengaraan.

6. Datin Seri Rosmah telah menaiki pesawat tersebut untuk ke Istanbul, Turki bagi menerima anugerah “3G Children Welfare Award” bagi pihak PERMATA Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.

7. Tanpa disangka, program PERMATA Negara yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Ini melambangkan bahawa kejayaan program PERMATA diiktiraf masyarakat antarabangsa sekaligus menjadi satu tanda kebanggaan negara. Keputusan anugerah tersebut hanya diketahui beberapa minggu sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

8. Datin Seri Rosmah telah bertolak ke Istanbul pada jam 12 tengahari, 25 Mei 2016 dan tiba di Istanbul pada jam 8 malam waktu tempatan hari yang sama. Pada keesokan harinya, 26 Mei 2016, Datin Seri Rosmah telah menghadiri majlis penyampaian anugerah dan terus bertolak balik pada jam 11 malam untuk menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Langkawi.

9. Melihatkan kepada jadual yang padat ini, tidak mungkin Datin Seri Rosmah boleh menaiki pesawat komersil. Kebetulan pula, pada ketika itu pesawat yang disewa oleh kerajaan ini tidak dipakai oleh sesiapa.

10. Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, beg-beg yang kelihatan dibawa naik ke atas pesawat bukanlah beg Datin Seri Rosmah seorang. Beg-beg tersebut adalah termasuk beg penumpang yang lain. Ruang bagasi pesawat yang disewa tersebut telah diubahsuai untuk menambah kapasiti minyak. Dan ruang yang ada dimuatkan dengan peralatan dan kostum anak-anak PERMATA Seni yang akan membuat persembahan.

11. Bagaimana seorang negarawan boleh mendengar dan percaya kepada khabar angin ‘hearsay’ sebegini. Sebagai seorang negarawan, Tun M seharusnya menyemak dan menyelidiki terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan. Jangan letak kepentingan politik mengatasi hukum dan adab sehingga menimbulkan fitnah.

Rizal Mansor


Tuesday, February 13, 2018

IBARAT KUMBANG TAHI, NURUL IZZAH BUAT-BUAT LUPA, DIA MENANG PRU-13 DULU PUN PASAL BUAT FITNAH!!!!



Nama Nurul Izzah Anwar Ibrahim mula terkenal pada penghujung 1998. Dia dijuluki dengan gelaran, PUTERI REFORMASI dan menjadi ikon kepada anak-anak muda yang menyokong Anwar Ibrahim. Wajahnya seringkali dijadikan umpan untuk menarik sokongan anak-anak muda.

Dan taktik tersebut amat berjaya kerana Nurul Izzah berjaya memainkan peranannya sebagai PUTERI REFORMASI yang menagih simpati serta sokongan daripada anak-anak muda pada zaman itu.

Kemudian, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil dalam PRU-12 pada tahun 2008 di Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti yang sangat menggalakkan.

PRU-13, Nurul Izzah masih lagi bersandar kepada simpati bukannya kepada prestasi kerjanya selaku Wakil Rakyat. Popularitinya menurun apabila calon Barisan Nasional, Raja Nong Chik Zainal lebih kuat bekerja untuk rakyat di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pada keputusan PRU-13 di Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berjaya mengekalkan kemenangannya biarpun majoritinya merosot teruk. Antara faktor utama yang membolehkan Nurul Izzah mengekalkan kemenangannya adalah FITNAH.

Nurul Izzah telah menfitnah Raja Nong Chik. Kes fitnah tersebut dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengakui yang dia memang menfitnah Raja Nong Chik untuk menang. Permohonan maaf dibuat di luar mahkamah dan Raja Nong Chik memaafkan Nurul Izzah tanpa menuntut saman fitnah ke atasnya.

Kegagalan Pakatan untuk merampas Putrajaya pada PRU-13 lalu telah memunculkan pelbagai dalih dan tuduhan termasuklah tuduhan kononnya penggunaan pengundi hantu seramai 40 ribu orang, blackout, dakwat tidak kekal, dan sebagainya.

Bagaimanapun dalam proses mahkamah seterusnya, tiada satu bukti pun yang ditampilkan oleh Pakatan, khususnya dari PKR dan DAP untuk menyokong dakwaan mereka. Malah mereka tidak membawa pun kes-kes yang mereka bangkitkan ke mahkamah. Sebaliknya yang dipertikaikan hanyalah membabitkan isu-isu teknikal semata-mata.

Demonstrasi-demonstrasi dan kekacauan media yang dilakukan oleh Pakatan, menampilkan sisi-sisi buruk yang menjadikan kempen dan pesta pilihanraya di Malaysia sebagai yang terburuk. Nurul Izzah sendiri terlibat dalam permainan hodoh tersebut dengan melakukan fitnah, bukan sahaja tidak insaf sebaliknya terus-menerus menipu dengan lagak sucinya.

Katanya, PRU-14 akan menjadi PILIHANRAYA TERKOTOR dan TERBURUK dalam sejarah demokrasi Malaysia. Alasannya mudah, UMNO-BN dalam keadaan tenat dan UMNO-BN akan berbuat apa-apa sahaja untuk terus berkuasa termasuklah menipu!

Hakikatnya yang berada dalam keadaan yang sangat lemah adalah PKR. PKR bukan sahaja kehilangan sokongan akar umbi, sebaliknya yang lebih penting, kekuatan sebenar PKR iaitu PAS sudah tiada. PKR sekarang ibarat kumbang tahi yang berusaha menggolekkan ketulan tahi ke sana ke sini sambil menagih simpati.

Dan Nurul Izzah sendiri turut berbuat begitu apabila dia diuwar-uwarkan akan meninggalkan Lembah Pantai untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuat bapanya yang dijangka akan menjamin kemenangannya. Ini adalah kerana Lembah Pantai sudah mula menunjukkan penolakan ke atas Nurul Izzah selepas dia bukan sahaja menipu beberapa orang penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi tetapi juga menyebabkan mereka kerugian untuk memiliki hartanah bernilai lebih RM400 ribu.

Sikap lepas tangan yang selalu dilakukan oleh Nurul Izzah menjahanamkan reputasnya selaku Puteri Reformasi dan tidak melayakkannya bercakap tentang kotor atau bersihnya pilihanraya di Malaysia memandangkan dia sendiri terbabit bermain kotor untuk menang!!

Monday, February 12, 2018

LIM KIT SIANG DAN ROMBONGAN DAP DIHALAU DARI KAMPUNG ORANG MELAYU DI JOHOR BHARU... TAKTIK LICIK RAIH SIMPATI PENGUNDI CINA SOKONG DAP!!!!



ADUN Stulang dari DAP Andrew Chen Kah Eng berang apabila sekumpulan Melayu dari Kampung Bakar Batu, Johor Bahru menghalau rombongan ceramahnya yang turut disertai oleh Lim Kit Siang. 

Dan seperti biasa, Andrew Chen Kah Eng menuduh UMNO dan BN yang menghalang ceramah tersebut sambil mengungkit kononnya Malaysia belum demokrasi kerana menghalang ceramah umum DAP. 

Undang-undang di Malaysia menegaskan bahawa kempen pilihanraya hanya boleh bermula apabila Parlimen atau DUN dibubarkan. Sebelum dari tarikh tersebut, tiada sebarang ceramah kempen atau rapat umum yang dibenarkan oleh undang-undang.

Bagaimanapun, undang-undang tersebut tidak pernah dikuatkuasakan. Toleransi yang diberikan oleh pihak berkuasa terutama sekali oleh PDRM dan PBT, seringkali diperemehkan dan dilihat tidak penting. Pakatan pembangkang sudah mula berkempen dan berceramah dari hari pertama selepas keputusan PRU diumumkan!

Stulang merupakan antara kubu kuat DAP di Johor. Beberapa perubahan terutama sekali membabitkan Lim Kit Siang telah menyaksikan DAP sedang berhadapan dengan krisis sokongan daripada akar umbinya sendiri. Justeru, para pemikir DAP telah mula memikirkan kaedah terbaik untuk kembali meraih sokongan daripada akar umbi. 

Cara terbaiknya adalah dengan isu perkauman!


Menyerbu masuk ke dalam sebuah kampung Melayu dan kemudian melakukan provokasi dengan melanggar adab dan budaya Melayu, kemudian apabila reaksi negatif diberikan oleh orang kampung kepada mereka, segera UMNO dan Barisan Nasional yang dipersalahkan. 

Itu adalah modus operandi DAP. Dan DAP sudah pasti akan melompat tidak cukup tanah seandainya ada orang Melayu dari UMNO atau BN yang masuk ke kampung-kampung Cina dan kemudian berkempen menentang DAP!

Semua ini sebenarnya mempunyai matlamat khusus. DAP pasti akan mendapat mileage dan publisiti yang diperlukan dari insiden Lim Kit Siang dan rombongan Andrew Chen Kah Eng dihalau di Bakar Batu. Sekurang-kurangnya untuk pengundi-pengundi Cina apabila insiden berkenaan memberikan isyarat bahawa mereka perlu bersatu padu dan terus menyokong DAP menentang UMNO dan BN yang teras mereka adalah Melayu.

Drama menarik simpati seperti ini sebenarnya bukan sekali dua digunakan oleh DAP. Sepertimana yang berlaku di Masai pada 2015 (RUJUK SINI) akhirnya yang bersalah dan dipersalahkan adalah UMNO dan orang Melayu walaupun yang 'menceroboh' adalah Lim Kit Siang dan DAP!


Sunday, February 11, 2018

PAN AKAN JADIKAN PULAU PINANG NEGERI ISLAM LIBERAL!!!



PULAU PINANG – Parti Amanah Negara (PAN) akan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri ‘Islam Liberal’ jika berjaya memenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ketua Bahagian Kajian Politikal Dan Sosial badan pemikir DAP, Penang Institute, Wong Chin Huat berkata, jika PAS kalah dan parti serpihan PAS itu berjaya memenangi PRU-14 nanti, Malaysia akan dapat merasai Islam ala Tunisia dan bukannya Saudi atau Iran.

“If this time PAS did not survive and Amanah survive better. That basically say PAS survival is a big question?

“This does not mean that Islam gonna fade out from Malaysian politic but it’s a different kind of Islam.

“It’s a different kind of political Islam. It’s not your Saudi or Iranian style but Tunisian style, its one that is going to be much more inclusive and so on,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu forum yang dianjurkan badan itu sendiri, pada 25hb Januari lepas.

Chin Huat berkata begitu semasa cuba meyakinkan hadirin yang datang bahawa sekiranya parti serpihan PAS itu berjaya memenangi PRU-14 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Islam yang akan berkembang di negara ini adalah Islam yang lebih inklusif ala Tunisia.

Untuk maklum, golongan liberalis suka mengagung-agungkan Rached Ghannouchi dan suka menjadikan Tunisia sebagai jawapan kepada negara Islam ideal kerana memilih sebuah Perlembagaan sekular.

Pada tahun 2012, parti pemerintah Tunisia pernah dilapor berkata, pihaknya tidak akan menerapkan undang-undang syariah dalam Perlembagaan baru negara ini, sebaliknya akan mengekalkan unsur sekular di negara Afrika itu, tindakan yang menimbulkan kemarahan golongan konservatif.

Bagaimanapun pada Ogos tahun lalu, Rached Ghannouchi memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebenar yang patut diikuti mana-mana negara Islam lain termasuk juga Tunisia.- UtaraNews.com

Saturday, February 10, 2018

CUKAI NAIK 400% DI SELANGOR... MACAM NI BARU BIJAK CARI DUIT COVER BALIK DUIT RAKYAT YANG TELAH DISONGLAP DI SELANGOR!!!



Kalau ada yang kata Azmin Ali tidak pandai perintah dan tadbir Selangor, mereka silap besar!

Azmin Ali sangat bijak!

Sepertimana bijaknya dia bercakap dan membuat pelbagai janji.

Kalau dengar dia punya janji dan ucapan, seolah-olah Selangor di bawah pentadbirannya adalah sebuah negeri yang sangat berkebajikan. Tidak ada negeri lain yang boleh lawan Selangor dalam serba-serbi. Pendek kata, Selangor adalah sebuah negeri Utopia. Negeri dalam Syurga Firdaus.

Baldatun Thoiyibatun Wa Robbun Ghoffur ler kira-kiranya.


Para penyokong Azmin Ali dan Pakatan pun selalu bercakap, mereka rasa benar-benar selesa di bawah pentadbiran Azmin Ali. Mereka selalu mendabik dada, Selangor di bawah Azmin jauh lebih maju berbanding semasa di bawah pentadbiran Menteri-Menteri Besar Selangor yang lain. Kemajuan yang ada di Selangor sekarang ini adalah hasil tangan Azmin Ali.

Bukti yang mereka beri ialah, Azmin Ali sanggup bayar bonus tiga bulan gaji yang dikira daripada pembayaran bajet lepas. Selepas itu, mereka berbangga-bangga dengan pelbagai program yang diungkapkan oleh Azmin Ali selain sangat berbangga dengan Rumah Selangorku.

Walaupun mereka tidak mempunyai sebarang bukti nyata tentang kewujudan atau realisasi program-program berkenaan, tetapi mereka seperti golongan kuat berangan yang beranggapan angan-angan mereka akan menjadi kenyataan kalau mereka terus mengharap dan menyokong!


Cuma mereka sedikit bungkam kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menjawab pentadbiran Azmin Ali telah menaikkan kadar cukai beratus-ratus kali ganda daripada kadar asal semata-mata untuk memenuhi kantung Kerajaan Negeri yang telah dikosongkannya.

Dan di sebalik rasa kecewa kerana kadar cukai di Selangor yang gila mencekik darah, mereka terus bermimpi keadaan akan berubah dan kata-kata Azmin Ali akan benar-benar dikotakan.

Sesuatu yang mereka terlupa ialah, Azmin Ali tidak peduli dengan kesusahan rakyat dan penduduk Selangor kerana dia sangat yakin, pembohongannya akan disambut oleh para penyokongnya dengan terus berangan-angan!


Friday, February 9, 2018

KEDENGKIAN DAN HASAD MAHATHIR KEPADA NAJIB TIDAK DAPAT MENUTUP KEJAHANAMANNYA KE ATAS MALAYSIA!!!



Jurucakap rasmi Lim Kit Siang, Dr. Mahathir berterusan cuba menutup kegagalannya sepanjang 22 tahun dia mentadbir Malaysia dan menyalahkan Najib Abdul Razak yang telah banyak membersihkan tahi-tahi serta kekotoran pentadbirannya.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, kebanyakan penyokong Mahathir masih lagi percaya zaman Mahathir jauh lebih senang dan harga barang jauh lebih murah berbanding pada hari ini.

Ironinya, mereka tidak pernah berani membandingkan tangga gaji dan upah kerja yang diperolehi oleh kaum pekerja dan kakitangan awam pada zaman Mahathir serta manfaat serta faedah-faedah yang ditawarkan oleh majikan. Mereka sebaliknya hanya membandingkan gaya hidup mudah pada zaman  Mahathir yang dianggap era keemasan dan kemuncak ketamadunan Malaysia.

Mahathir sendiri turut memperbesar-besarkan pembohongan kononnya jikalau Najib berterusan memimpin negara, Malaysia akan bankrap, sedangkan data dan fakta menunjukkan Najib mengambilalih Malaysia daripada Abdullah Badawi. Abdullah Badawi pula terpaksa mengehadkan perbelanjaan gila Mahathir dengan mengambil langkah berjimat cermat yang akhirnya membawa kepada kejatuhannya akibat fitnah Mahathir.

Secara mudah, Najib telah mengembalikan kedudukan Bank Negara Malaysia yang hampir bankrap akibat perjudian Forex Mahathir. Najib juga telah 'memperbaiki' Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang juga bankrap dikerjakan oleh Mahathir. Najib tidak lagi mengganggu Petronas dengan urusan bail-out seperti yang dilakukan oleh Mahathir sehingga Petronas kerugian atau kehilangan beratus bilion ringgit. Projek-projek sakit peninggalan Mahathir seperti Cyberjaya, Projek LRT, pengangkutan awam dan sebagainya.

Barangkali ada sedikit kelemahan pada Najib ialah, cengkamannya ke atas rakyat Malaysia menerusi undang-undang autokratik seperti ISA, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, AUKU dan sebagainya kurang berbanding Mahathir. Dek kerana itulah, pada era Najib, kebebasan bersuara adalah sesuatu yang dapat dinikmati dengan sebebas-bebasnya sehingga terbabas. Perjanjian Malaysia 1963 juga bukan lagi sesuatu yang bersifat taboo.

Suka atau tidak, Mahathir sebenarnya benci melihat kejayaan Najib membangunkan kembali Malaysia yang hancur dikerjakan oleh Mahathir. Mercu tanda-mercu tanda hebat seperti KLCC yang hanya menguntungkan sekelompok kecil manusia selain dasar penswastaan yang menyaksikan kekayaan negara digunakan untuk mengkayakan kroni Mahathir manakala rakyat biasa pula terpaksa menanggung segala perbelanjaan mereka dengan kadar gaji yang sangat menghina selaku manusia, bukan lagi keutamaan pada masa kini. Sebaliknya Najib memperkenalkan dasar ekonomi yang lebih menyeluruh dan bersifat mikro berbanding hanya mampu bermegah-megah dengan mata seperti yang dilakukan oleh Mahathir dengan kesannya ditanggung oleh rakyat.

Pada zaman ledakan maklumat ini dan dengan segala kemudahan yang ada untuk menilai kembali apa yang berlaku pada zaman Mahathir bagi membandingkan dengan zaman sekarang, tidak sepatutnya pembohongan Mahathir diterima bulat-bulat.

Yang sahihnya, Mahathir kini tidak lebih daripada sekadar menjadi jurucakap Lim Kit Siang yang menjuarai slogan Malaysia Bankrap dari tahun 1963 lagi!