Pages

Monday, March 4, 2019

MENJELANG RAMADAN DAN AIDILFITRI, SEBIJI TELUR AYAM BAKAL MENCECAH HARGA RM1.00 SEBIJI... TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN!!!



Pada 17 Disember 2018, Salahuddin Ayub si Menteri Pertanian dengan penuh bangga memanggil sidang media dan membariskan pegawai-pegawai kanan kementeriannya untuk mengumumkan yang Kerajaan Pakatan telah berjaya menurunkan harga telur RM0.02 sebiji.

Maka berkokoklah sekalian penyokong Pakatan kononnya, hanya pada zaman Pakatan memerintah Malaysia, harga barang telah berjaya diturunkan. Maka lebih kuat kokok Menteri-Menteri Melayu Pakatan dalam usaha menyokong Lim Guan Eng dan Tony Pua bahawa SST sebenar-benarnya menurunkan harga barang.

Apabila orang ramai menyatakan perkara sebenar bahawa harga telur itu sebenarnya tidak turun sebagaimana yang diumumkan oleh menteri, bahkan harganya terus naik, Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution pula dengan penuh lagak berkata, rakyat sepatutnya menyalurkan maklumat tersebut kepada kementeriannya, bukannya bising-bising di media sosial.

Dan mungkin kerana sudah malu kerana dia menipu, Lim Guan Eng akhirnya memberitahu bahawa dia tidak pernah berjanji SST akan menurunkan harga barang. Tony Pua yang dengan penuh bangga berkata dalam Dewan Rakyat pada 7 Ogos 2018 berkata, SST akan menurunkan harga barang, terus senyap sampai ke hari ini. (RUJUK SINI)

Pakatan Harapan bermula dengan pelbagai janji lunak untuk rakyat Malaysia. Namun apa yang mereka lakukan selepas mereka berjaya mengambilalih kerajaan ialah terus memberikan pelbagai alasan tidak munasabah dan sentiasa menyalahkan Kerajaan terdahulu bagi setiap kegagalan mereka.

Mungkin Pakatan Rakyat terlalu melihat rakyat Malaysia ini bodoh dan jahil. Justeru, bagi mereka, rakyat Malaysia mudah diperbodoh-bodohkan dan ditemberang.

Hakikatnya rakyat sedar, kenaikan harga barang tidak boleh ditahan-tahan. Harga barang tidak pernah turun seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan Harapan atau lebih tepat lagi DAP ketika mereka berkempen untuk berkuasa sebelum PRU-14.

Namun kenaikan mendadak harga barangan selepas DAP dan Pakatan berkuasa, bukanlah kerana faktor Permintaan dan Penawaran, sebaliknya kerana kelemahan dan ketamakan Kerajaan Pakatan sendiri.

Mengikut data rasmi Kementerian Pertanian sendiri, harga telur ayam melonjak lebih 100% dalam tempoh 10 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia.

Sebelum PRU-14, harga di ladang untuk telur gred AAA hanyalah RM0.27 sen manakala harga gred c pula adalah RM0.24 sen.

Namun minggu lepas, harga telur gred AAA di ladang sudah mencecah RM0.43. Manakala telur gred C pula naik ke RM0.40 sebiji.

Itu harga di ladang. Sudah tentulah harga runcit lebih mahal dari harga yang tertera pada data rasmi Kementerian Pertanian. Lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman yang kebanyakan penduduknya kais pagi makan pagi.

Telur ayam selain ikan bilis kini merupakan makanan wajib di kalangan rakyat berpendapatan rendah ekoran harga barang yang melambung naik. Nampaknya, Kerajaan Pakatan Harapan tidak langsung berasa belas dan kasihan terhadap golongan miskin sehinggakan makanan mereka pun dinaikkan harga dan menjadi mahal.

Sekaligus menunjukkan dan membuktikan bahawa Menteri Pakatan berbohong. Kerajaan Pakatan juga adalah penipu.

Mungkin disebabkan itulah mereka tidak berasa bersalah langsung menipu manifesto, memiliki sijil tipu dan terus menipu untuk menikmati kadar gaji tinggi yang dibayar oleh rakyat Malaysia kepada mereka.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution berjanji yang pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kenaikan harga KFC tahun lepas?

Mana hasil siasatan itu? Apa yang sudah berlaku? Kalau Lim Guan Eng dengan terowong dasar laut Pulau Pinangnya, mungkinlah kut siasatan susah nak dibentangkan sebab kertas kajian tak siap-siap lagi walaupun bayaran RM305 juta telah dilunaskan, takkan Saifuddin dengan siasatan harga KFC pun masih tidak lengkap-lengkap juga?

Kalaulah makanan asas seperti telur pun tidak dapat dikawal harganya, macam manalah Pakatan masih ada muka hendak bercakap tentang kawalan harga atau memperjuangkan nasib rakyat?

Nak jaga telur pun, tak lepas... kata Najib Abdul Razak! (RUJUK SINI)


No comments:

Post a Comment