Pages

Monday, October 31, 2016

RAFIZI TIDAK HAIRAN LANGSUNG DIDAPATI BERSALAH FITNAH NFCORPS KERANA MATLAMATNYA ADALAH MUSNAHKAN SAINGAN KE ATAS KARTEL-KARTEL DAGING!!!



Mahkamah telah memutuskan bahawa Rafizi Ramli adalah seorang penfitnah!

Dan ini terbukti menerusi keputusan hari ini apabila Rafizi Ramli diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM200 ribu kepada NFCorps dan RM100 ribu sebagai kos mahkamah.

Rafizi didapati bersalah kerana membuat fitnah, NFCorps membeli lapan hartanah menggunakan wang pinjaman kerajaan. (RUJUK SINI).

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan NFCorps dan Pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail untuk mendapatkan gantirugi kerosakan daripada Malaysiakini yang melaporkannya.

Isu NFCorps terus berlarutan sehingga ke hari ini. Cerita-cerita aneh, kononnya lembu-lembu dibeli dan disimpan di kondo mewah berhawa dingin, menjadi momokan puak-puak berkenaan yang telah mempromosikan dan mempublisitikan, bahkan melebih-lebihkan sehingga ke tahap pendewaan terhadap fitnah yang dibuat oleh Rafizi Ramli.

Rata-rata percaya bahawa NFCorps adalah sebuah syarikat yang telah menyonglap duit rakyat walaupun berkali-kali pengurusan syarikat berkenaan menegaskan bahawa wang berkenaan adalah pinjaman mudah daripada kerajaan.

Dan setiap pinjaman - sama ada mudah atau 'susah' - perlu dibayar kembali setiap sen berserta faedah dan perubahan nilai semasanya.

Memang benar, Rafizi telah dibuktikan bersalah menfitnah. Memang benar juga bahawa NFCorps telah dianiayai oleh Rafizi Ramli sehingga operasinya dihentikan dan keseluruhan syarikat tersebut telah disita, manakala aset-asetnya telah dibekukan selain pembayaran kembali terpaksa dibuat walaupun berada dalam keadaan beku.

Pembuktian fitnah Rafizi Ramli tidak mengubah apa-apa pun. Bahkan mengesahkan bahawa Rafizi Ramli sebenarnya sengaja menjadikan dirinya sebagai kambing hitam yang bertujuan untuk memastikan keuntungan pihak tertentu yang berada di belakangnya dalam isu fitnah NFCorps, terjaga dan terjamin.

Yang pasti, NFCorps dan bekalan daging yang lebih terjamin kualiti untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, telah pun runtuh sepenuhnya. Kartel-kartel daging yang menguasai pasaran di Malaysia, boleh bergelak tawa dan tidak ada masalah langsung untuk membiayai pembayaran RM300 ribu Rafizi Ramli kepada NFCorps dan mahkamah.


Sunday, October 30, 2016

ANEH, MENGAPA MAHATHIR PERLU GUNAKAN KHAIRUDDIN UNTUK PAKSA MUHYIDDIN LETAK JAWATAN PRESIDEN PARTI CAP BUNGA!!!



Bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan politik Mahathir, terutama sekali sepak terajang dan helah perdayanya, sudah pasti semua akan tahu, Mahathir tidak pernah berani untuk berhadapan satu sama satu dengan mana-mana orang yang dia benci atau anti.

Bermula dari sejarah dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Mahathir menggunakan Sulaiman Palestin dan Jaafar Albar (kedua-duanya sudah Allahyarham), manakala pada zaman dia menjadi Perdana Menteri setelah menggunakan beberapa orang pemimpin UMNO lain untuk mendesak Allahyarham Tun Hussein Onn melepaskan jawatan, nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Sanusi Junid, Megat Junid, malah Najib Abdul Razak juga telah digunakan untuk mengenepikan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Abdullah Badawi dan ramai pemimpin UMNO yang lain sekaligus menjadikan Mahathir sebagai 'kuasa tunggal' dalam UMNO.

Nampaknya, Mahathir masih lagi menggunakan kaedah yang sama apabila dia dilihat menggunakan Khairuddin Abu Hassan, yang cukup digelar oleh netizen sebagai Din Selfie bagi mengenepikan Muhyiddin Yassin dan memberikan laluan mudah kepada anak lelakinya, Mukhriz Mahathir untuk menjadi Presiden Parti Cap Bunga selepas Perhimpunan Agung pertama parti berkenaan.


Menjadikan isu dan skandal Muhyiddin Yassin yang telah masuk ke mahkamah dan hasilnya ialah perceraian sepasang suami isteri dengan afidavit si suami yang menceritakan tentang hubungan sulit isterinya dengan Muhyiddin Yassin.

Tiada sebarang tindakan undang-undang atau saman yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin terhadap bekas DPP itu walaupun kes perceraian tersebut mendapat liputan media kecuali menyatakan, dia telah difitnah ketika berceramah dan berkempen memburuk-burukkan UMNO sebaik-baik sahaja dia dipecat dari parti itu.

Khairuddin Abu Hassan dalam temubualnya menerusi telefon yang disiarkan oleh AntaraPos menyatakan dia akan membuat satu pendedahan sekiranya dia diserang oleh Parti Cap Bunga berhubung tindakannya keluar parti.


Tindakan Khairuddin mengeluarkan 'amaran keras' itu selain beberapa tindakan keluar parti oleh individu-individu tertentu yang mensabitkan tindakan mereka kepada perilaku dan skandal Presiden parti, cuba dilihat mempunyai kaitan rapat dengan Tun Dr. Mahathir.

Apatah lagi, bukan satu rahsia lagi yang Khairuddin Abu Hassan merupakan pengikut Mahathir yang paling tegar.

Persoalannya, adakah ini merupakan satu tindakan Mahathir yang mencari jalan pintas untuk memudahkan anak lelakinya, Mukhriz Mahathir mencari jalan pintas menggapai kuasa selepas gagal dalam UMNO?

Andaian dan persoalan tindakan serta kenyataan Khairuddin Abu Hassan itu kini sedang menjadi topik perbincangan hangat di lokasi-lokasi politik jalanan dan dikaitkan dengan tindakan Mahathir yang seringkali bertindak dengan 'lempar batu sembunyi tangan.'


Saturday, October 29, 2016

SAH, BERSIH, MALAYSIAKINI DAN HUMAN RIGHT WATCH TERIMA DANA DARIPADA GEORGE SOROS!!!



Berbanding 'pendedahan' yang dibuat oleh Sarawak Report atau Wall Street Journal dan New York Times, pendedahan yang dibuat oleh sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks, kurang mendapat perhatian, malah cuba dipejam mata oleh mereka yang sangat sensitif dengan laporan-laporan negatif antarabangsa membabitkan Malaysia.

Barangkali kerana pendedahan tersebut melibatkan figura-figura dan entiti-entiti utama yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak, maka ia perlu disenyapkan begitu sahaja. Bahkan perlu disokong dan diberikan bantuan.



DC Leaks berjaya menggodam dokumen-dokumen dari Open Society Foundation (OSF) milik George Soros. DC Leaks juga merupakan organisasi sama yang telah menggodam e-mel Hillary Clinton yang mendapat liputan media dan kini sedang disiasat oleh FBI. 

Menerusi dokumen-dokumen yang digodam dari OSF, nama Malaysia dan 'Malaysia Program' kerap disebut. Namun yang paling menarik ialah membabitkan kegiatan George Soros yang sangat aktif ke arah 'pilihanraya yang bebas dan adil' di Malaysia sekaligus mengesahkan bahawa George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini.


Dokumen itu juga mengesahkan George Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia dan mahukan pembangkang menang tetapi tidak begitu berani untuk menunjukkan sokongan ketara. (RUJUK SINI)

Namun, sesuatu yang menarik ialah terdapat satu nama yang amat menarik, yang mempunyai kaitan secara langsung dengan George Soros dan Malaysia. Orang tersebut adalah John Pang. John Pang dilaporkan bekerja di bawah George Soros di mana kedua-duanya menggunakan pengaruh Soros untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi menyingkirkan Najib. 

John Pang juga merupakan orang yang telah memberikan input dan maklumat-maklumat yang salah kepada Raja Petra Kamaruddin, sebagaimana yang diperakui oleh blogger tersebut dalam usaha memburuk-burukkan dan menganiayai Rosmah Mansor. (BACA DI SINI)

John Pang adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Open Society Foundation. (RUJUK SINI)

George Soros dan John Pang saling berkait menerusi OSF dan NED. Kedua-dua entiti tersebut merupakan dalang utama di sebalik kewujudan BERSIH, Maria Chin, Ambiga dan DAP secara keseluruhannya.

OSF memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2010 dengan andaian PRU akan diumumkan pada tahun 2011, dua tahun sesudah Najib menggantikan Ahmad Badawi. Pelobian aktif George Soros ke atas ahli-ahli politik Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najib, menunjukkan konco-konconya di Malaysia bekerja untuk 'mengubah' Malaysia dengan perancangan rapi dan pembiayaan besar. 

Dalam dokumen itu juga, OSF mengakui bahawa sokongan mereka adalah untuk membolehkan pembabitan awam dan menyokong usaha-usaha masyarakat sivil selain menggerakkan ratusan ribu anak-anak muda bagi tujuan menggulingkan kerajaan. 

Sekaligus, OSF telah mengesahkan apa yang didakwa selama ini iaitu GEORGE SOROS adalah dalang di sebalik demonstrasi BERSIH.

Seperti yang diketahui, George Soros merupakan individu utama di sebalik banyak revolusi atau penggulingan kuasa di seluruh dunia termasuklah menerusi parti-parti politik. Pendedahan yang dibuat oleh DC Leaks adalah bukti jelas tentang pembabitan serta campurtangan serius George Soros ke atas politik di Malaysia. 

Dan apabila memperkatakan tentang George Soros, bermakna, banyak jugalah wang tunai yang dialirkan. Berbilion wang telah disalurkan kepada NGO-NGO berkenaan sama ada secara langsung mahupun dalam bentuk membiayai projek-projek mereka, termasuklah dalam projek di Sarawak dan Sabah membabitkan sebuah parti politik pembangkang yang turut terlibat secara langsung dengan BERSIH.

Malaysiakini, portal berita yang dibiayai oleh George Soros, dalam usaha mengalihkan perhatian terhadap DAP, turut melaporkan bahawa Wikileaks telah mendedahkan e-mel-e-mel rahsia yang menunjukkan Geoge Soros dan OSF miliknya bekerjasama dengan individu-individu tertentu di Malaysia yang melobi Kerajaan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak. 

Soros memiliki kepentingan sebanyak 29% dalam MalaysiaKini. Dan Soros membiayai 100% Human Right Watch yang sentiasa menghentam Malaysia. 

Perlu juga diberikan perhatian ialah, Ambiga dan Maria Chin sebelum ini telah mengakui BERSIH telah menerima wang daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) yang menerima dana secara langsung daripada US National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute milik George Soros. 

Laman sesawang NED sendiri sebelum ini merekodkan yang mereka telah membiayai BERSIH secara langsung. (RUJUK SINI)


Beberapa tahun dahulu, Mahathir telah menuduh Soros cuba menggunakan agenda Yahudinya untuk menukar rejim pentadbiran di Malaysia bagi membolehkan semuanya berada di bawah kawalan Soros. Tetapi Mahathir sudah pun diserang penyakit lupa yang sangat teruk atau barangkali tidak peduli langsung asalnya, matlamat Boboi untuk menjadi Perdana Menteri terhasil.

Soros bekerjasama dengan salah satu daripada entiti CIA iaitu NED yang terlibat dalam penggulingan kuasa di seluruh dunia. NED diharamkan di Russia dan China.

Friday, October 28, 2016

SELEPAS VIRAL KES BUNUH DIRI KERANA ROKOK SELUDUP, KINI VIRAL PULA KISAH ANGGOTA SPRM DERA ISTERI DAN DIBURU POLIS JOHOR!!!



Satu lagi masalah sosial sedang viral di Facebook dan media sosial lain. Kali ini melibatkan seorang anggota SPRM yang dituduh dan didakwa mendera isterinya. 



Secara terperinci, isterinya telah memuatnaikkan penderitaannya menjadi isteri kepada anggota SPRM tersebut di Facebook dan mendapat perhatian ramai.

SPRM ada mengeluarkan kenyataan, bahawa kes tersebut akan disiasat oleh mereka. 



Polis Johor bagaimanapun, mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki tersebut sedang diburu walaupun wanita berkenaan melaporkan, laporan polis telah dibuat lebih sebulan lalu. 

Kuasa media sosial!



ARAB SPRING BERMULA, PEMILIK MOTOSIKAL RODA TIGA BAKAR DIRI, ADAKAH MALAYSIA SPRING DIMULAKAN OLEH PEMILIK HONDA STREAM PENJUAL ROKOK SELUDUP?



Akhirnya 'kehilangan' Mohd Shukri yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi mengelakkan hukuman penjara kerana menjual rokok seludup, diselesaikan menerusi penemuan mayatnya oleh nelayan pagi tadi selepas dua hari pencarian dilakukan. 

Mayatnya ditemui terapung satu batu nautika dari Batu Maung, tempat dia dipercayai terjun. 

Komander Operasi APMM, PBK II Mazli A. Mutalib berkata, mayat Shukri akan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Menurut Mazli, pasukan penyelamat telah membuat pencarian menerusi udara dan laut selepas Shukri meninggalkan motosikalnya di KM11 jambatan tersebut menghala ke pulau dan dipercayai terjun ke laut.

Shukri menjadi 'selebriti bunuh diri' apabila selain meninggalkan nombor kad pengenalan dan pengenalan dirinya, dia turut memuatnaik nota di Facebook yang mengecam pihak berkuasa kerana mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana menjual rokok seludup. 

Tindakannya itu dipercayai didorong oleh tindakan Jabatan Kastam mengheretnya ke mahkamah kerana menjual rokok seludup bernilai RM360, kesalahan yang membolehkan dia dihumban ke penjara. Shukri dikatakan telah ditangkap pada 2012 atas kesalahan yang sama, dan sekali lagi pada Februari lalu.

Nota bunuh dirinya menjadi viral di Facebook, menyebabkan isterinya turut memuatnaikan memohon agar Shukri tidak dikecam walaupun perbuatannya itu salah dari segi agama. 

Thursday, October 27, 2016

DEMI JATUHKAN NAJIB, ADAKAH MAHATHIR AKAN MINTA MAAF SEBAB TAHAN PEMIMPIN DAP DALAM OPERASI LALANG BAWAH ISA?



DAP sedang cuba mencari kesempatan dan mendapatkan pengiktirafan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa penangkapan ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin DAP, menggunakan ISA merupakan satu kesilapan dan kezaliman.

Dr. Mahathir yang sekarang ini merupakan Pengerusi Parti Cap Bunga merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan DAP walaupun sebelum Cap Bunga diwujudkan, Mahathir merupakan musuh utama Lim Kit Siang dan DAP.

Berbanding Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling banyak menangkap dan menahan tanpa bicara golongan politik berbanding anggota subversif PKM dan kongsi gelap. Sesiapa sahaja yang dilihat melawannya, akan berkampung di Kamunting selama dua tahun tanpa bicara.

DAP walaupun tidak seramai PAS yang ditangkap tanpa bicara oleh Mahathir, memekak dan paling kuat berkeriau tentang Akta Dalam Negeri yang telah disalahguna oleh Mahathir bagi mengekalkan kuasanya walaupun pada  masa yang sama, dilihat mampu menstabilkan politik negara ini.

Kua Kia Soong merupakan antara mereka yang cuba mengherotkan sejarah Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 menerusi buku tulisannya yang menuduh, tragedi tersebut berpunca daripada persaingan dalaman UMNO yang kemudian memberikan reaksi kepada perarakan penghinaan DAP kepada orang Melayu sebagai punca tragedi berdarah itu. (RUJUK SINI)

Justeru, apabila dia menulis lagi dan mengingatkan Mahathir akan 'dosa-dosa silamnya' tentang ISA, Kua Kia Soong sebenarnya cuba menghalalkan perbuatan DAP yang mahu menentang Perlembagaan Persekutuan. Kebencian DAP kepada Artikel 152 dan Artikel 153 serta Artikel 3 Perlembagaan Malaysia, dianggap sebagai satu hak dan tidak salah sama sekali.

Kua Kia Soong menyebut tentang Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan Lim Kit Siang dan beberapa orang pemimpin DAP ditahan dan disumbatkan ke Kamunting. Katanya, sudah sampai masanya untuk Mahathir meminta maaf atas perbuatannya itu.

Sedangkan pada masa yang sama, berbanding DAP, jumlah para pemimpin UMNO yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA di Kamunting jauh lebih tinggi dan ramai. Malah, Najib Abdul Razak yang pada waktu itu adalah Ketua Pemuda UMNO juga, hampir-hampir sahaja disumbatkan ke Kamunting kerana insiden ucapannya di Stadium TPCA Kampung Bharu.

Hanya kerana Mahathir sedar, dia akan menjahanamkan kedudukannya sendiri sekiranya Najib ditahan, membuatkan Najib terpaksa dilepaskan. Pengaruh Najib di kalangan Pemuda UMNO pada waktu itu, sangat besar sehinggakan pada ketika Mahathir hampir digulingkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Najib merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang menjadi 'kunci' kepada pengekalan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang dipegang oleh Mahathir.

Apa yang dilakukan oleh Kua Kia Soong dan anak perempuan P.Patto, Kashturi agar Mahathir mengakui perbuatannya dan meminta maaf, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar mahu membersihkan DAP daripada label rasis dan penentang Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Kua Kia Soong yang terlibat dalam perang saraf DAP dari zaman 13 Mei sedang menjadikan DAP sebagai sebuah parti yang suci murni dan sentiasa dizalimi oleh UMNO.

Sekarang, Mahathir sudah keluar dari UMNO. Mahathir sudah menentang UMNO. Mungkin elok juga sekiranya, Mahathir membantu DAP menyucikan parti tersebut dengan meminta maaf dan mengakui kesalahannya menahan para pemimpin DAP yang maksum di bawah ISA.

Mampukah Mahathir berbuat begitu?

Mungkin... sebab kalau bercakap tentang Mahathir, segalanya berkemungkinan...


LAGI SKANDAL SHAFIE APDAL, KALI INI LIBATKAN TANAH PRIBUMI PULA DIDEDAHKAN OLEH BLOG CAPTAINM!!!


Sudahlah Shafie: Dia dan pegawai KKLW rompak bajet NKRA 2010-2-13 seterus RMK10 bukan main lagi. Adik beradik kaya raya secara tiba-tiba, anak buah kaya, proksi bertambah kaya. Lagi mahu sembang hal rompakan wang rakyat.

"OPS WATER 1 & 2 SUDAH DITANGKAP: MENGAPA PEGAWAI KKLW YANG BERSEKONGKOL DENGAN SHAFIE APDAL KAYA RAYA KETIKA SALUR DANA LUAR BANDAR  TIDAK DISIASAT?. BILA SPRM NAK BERTINDAK?

1. Belum pun sebulan Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula 1 Ogos lalu, beliau memberi amaran kepada penjawat awam serah diri diri atau diburu. 15 Ogos tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram selain operasi serentak di Melaka dan Kelantan melibatkan DBKL dan pegawai JKR. RM13 juta dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.

2. 30 Ogos lalu Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta. Sebelum itu Pengarah Urusan bank Rakyat Datuk Mustafa Abd Razak ditahan dan dikenakan tahanan reman.

3. Tangkapan terbesar adalah pemburuan di Sabah terhadap Pengarah dan Timbalan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melibatkan rampasan lebih RM114 juta. Sidang media Datuk Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) pada 5 Oktober lalu menjelaskan penyelewengan melibatkan dana dari Kerajaan Persekutuan tidak kurang dari RM3.3B, tidak termasuk Kerajaan Negeri Sabah. Susulan dari itu OPS Water Fasa 2 pada 23 Oktober melibatkan Jurutera Bahagian dan Daerah telah menahan 19 orang pegawai dan merampas RM7.2 juta. 

4. Bagaimanapun SPRM seakan meredakan keadaan bagi mengelakkan isu rasuah JANS ini dipolitikkan maka 20 Oktober lalu dalam Sidang Media SPRM menyatakan Siasatan kes penyelewengan dana awam projek infrastruktur Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bernilai RM3.3 bilion tidak melibatkan ahli politik di peringkat negeri itu atau kerajaan Pusat. SPRM memaklumkan, setakat ini, siasatan kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

5. Bukan mahu mengganggu siasatan SPRM tetapi amat janggal satu dana persekutuan yang besar hampir RM3.3bilion yang diturunkan antaranya dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi projek NKRA 2010-2013 Infrastruktur luar bandar khususnya projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) langsung tidak melibatkan ahli politik khususnya Dato’ Seri Shafie Apdal. Sedangkan terbukti Shafie Apdal menggunakan segala kuasanya untuk memberi kekayaan kepada proksi, kroni, keluarga, adik beradik, pemimpin pro kepadanya malah para pegawai KKLW.

6. Paling tidak SPRM memanggil dan menyiasat para pegawai yang pernah bersama Shafie Apdal dari Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-tugas Khas, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit, KSU, Setiausaha Bahagian, Timbalan SU Bahagian dan lain-lain yang terlibat. Tidak keterlaluan para pegawai yang bersekongkol dengan Shafie Apdal ini mereka kaya raya, memiliki kenderaan mewah, rumah mewah dan gaya hidup mewah. Mana usaha KP SPRM dan pegawainya yang memburu mereka? Mana mungkin mereka ini menyerah diri. Pergilah semak kekayaan mereka diluar dari kemampuan gred jawatan mereka. 



7. Sebelum ini Captain M telah menulis tentang kuasa Shafie Apdal untuk memberi projek kepada siapa dia hendak, orang kanannya SO1 dan SO2, malah SO3 mantan Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur yang banyak memberi ulasan kertas projek untuk kementerian dan MOF. Sepatutnya SPRM memanfaatkan kerjasama YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 10 Oktober lalu berhubung kesediaannya memberikan dokumen berkaitan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015. Malah bukan sahaja BALB tetapi ketirisan projek NKRA yang lain seperti Projek Jalan Luar Bandar (JALB) berbililon ringgit dilaksanakan oleh JKR Negeri Sabah. Projek NKRA 16 Jalan Luar Bandar 2010 secara tender terhad tidak mungkin tidak berlaku ketirisan.


KENYATAAN TONY PUA BAHAWA KAKITANGAN AWAM ADALAH MEMBEBANKAN, PERLU DISOKONG OLEH KAKITANGAN AWAM SENDIRI!!!



“Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Tony Pua dipetik Mkini pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, semalam.

“Kami menggelarnya ‘berat mati’ yang anda perlu tanggung,” katanya mengulas cadangan mengurangkan lambakan penjawat awam, apabila 36% daripada keseluruhan Bajet 2017 diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Walaupun sebahagian besar kenyataan Tony Pua ada benarnya, apatah lagi, ada kalangan penjawat awam yang amat kuat menyokong DAP dan polisi mereka, tetapi dalam isu penjawat awam dan keperluan dalam perlaksanaan pentadbiran dan pengurusan negara dan negeri, kenyataan Tony Pua itu sebenarnya merupakan satu provokasi jelas ke atas Melayu dan Bumiputera. 

Ini adalah kerana Melayu dan Bumiputera merupakan kelompok majoriti dalam perjawatan awam. Dengan kata lain, apa yang dimaksudkan oleh Tony Pua ialah, kakitangan awam merupakan satu bebanan yang tidak seharusnya ditanggung oleh negara. Sebaliknya jumlah mereka perlu dikurangkan secara drastik sekaligus dapat menyelamatkan 36% peruntukan negara daripada 'dibazirkan'. 


Bukan sedikit kakitangan awam yang memberikan sepenuh tumpuan kepada pembentangan bajet 2017 oleh Perdana Menteri minggu lalu semata-mata untuk mengetahui berapa banyak kenaikan gaji dan bonus yang akan mereka perolehi. 

Dan sebaik-baik sahaja pengumuman dibuat, meriah FB dan WhatsApp mengutuk pemberian wang RM500 kepada kakitangan awam dengan cerita bahawa Kerajaan Najib Abdul Razak berlaku zalim dan tidak tahu menghargai kakitangan awam. 

Namun anehnya, reaksi yang serupa atau sebaliknya terhadap kenyataan Tony Pua, tidak pula kelihatan walaupun ianya membabitkan kakitangan awam.

Mengecilkan sektor awam, menurut Tony Pua, akan memberi kesan kepada keseluruhan perkhidmatan awam.

"Contohnya, jikalau kita mengurangkan 5% kakitangan awam, baki 95% tidak akan bekerjasama dengan kita. Dan (potongan) ini tidak akan menjadi langkah realitistik. Sebaliknya ia akan membebankan," katanya dalam forum tersebut. 

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Tony Pua mencadangkan agar beberapa segmen perkhidmatan awam hanya dibayar gaji tetapi tidak perlu bekerja. 

"Di sesetengah negara, kakitangan awam hanya mengambil gaji, tetapi tinggal di rumah berbanding ke pejabat. Ini membolehkan mereka menjimatkan perbelanjaan untuk perjalanan dan masa yang digunakan di pejabat. Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja adalah jauh lebih baik berbanding bekerja dan menyusahkan kerajaan." (RUJUK SINI)

Sebenarnya, pentadbiran Najib sedang mengurangkan jumlah kakitangan awam dalam bentuk yang lebih berperikemanusiaan tanpa melibatkan pembuangan kerja. Kerajaan sebaliknya membekukan pengambilan kakitangan baru, manakala kakitangan yang meletak jawatan secara sukarela atau pencen, tidak digantikan tetapi kenaikan pangkat dibuat dari kalangan kakitangan sedia ada.

Bagi kakitangan awam yang beria-ia sangat menyokong DAP, kenapa tak diperjuangkan usaha Tony Pua ini? Seronok tau, dapat gaji duduk di rumah sahaja walaupun dalam tempoh beberapa bulan kemudian, gaji anda akan diberhentikan kerana anda tidak produktif dan anda tidak lagi diperlukan.

Sokonglah!!!




Tuesday, October 25, 2016

SHAFIE APDAL DAN HUSNI HANADZLAH MEREALISASIKAN TEORI, 'HILANG JAWATAN JADI BANGANG'!!!



Husni Hanadzlah 'berjaya' menarik minat terhadap soalan yang diajukannya di Parlimen. Namun pada masa yang sama, cerita tentang merajuknya dia kerana dipaksa berpindah Kementerian dan kehilangan jawatan Menteri Kewangan 2 telah lama kedengaran.

Dan terbaharu pula, rajuknya dikatakan bermula apabila projek sambungan Lebuhraya NEP yang 'dikerat' oleh Perdana Menteri, menjadi penyebab kepada serangannya ke atas 1MDB. Pendedahan tersebut dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin DI SINI

Benar atau sebaliknya dakwaan tersebut, yang pasti, syarikat terbabit sememangnya mengandungi nama anak lelaki Husni Hanadzlah dan syarikat tersebut sememangnya terlibat dalam projek lebuhraya yang bernilai RM2 bilion. 

Selain Husni Hanadzlah, seorang lagi adalah Shafie Apdal. Tangkapan melibatkan dua orang pegawai tinggi Jabatan Air Sabah dengan nilai wang tunai dan emas lebih RM100 juta, sememangnya menggemparkan. Dan lebih menggemparkan lagi ialah, kes tersebut mempunyai kaitan dengan BALB yang berada di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berada di bawah Shafie Apdal ketika dia menterinya. Penjelasan mengapa BALB berada secara langsung di bawah KKLW dan bukannya kerajaan negeri telah dibuat oleh Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah. (RUJUK SINI) dan (SINI)

Semuanya kerana kepentingan, tetapi demi mengalihkan perhatian daripada kes masing-masing, maka 1MDB dijadikan sebagai sasaran serangan. 



Hari ini merupakan hari di mana saya berharap saya adalah Ahli Parlimen dan boleh menghentam Shafie Apdal di Dewan Rakyat. 

Shafie telah melakukan banyak pembohongan di Parlimen dan dia perlu disanggh atau pun dikenakan tuduhan menghina Parlimen kerana mengulangi pembohongan dan fitnah. 

Antaranya ialah: 

1) Shafie mendakwa 60% Bandar Malaysia telah dijual kepada China. 
Ini tidak benar. 60% Bandar Malaysia telah dijual dengan nisbah 60:40 kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan kumpulan China Railway.

Pemegang-pemegang saham IWH terdiri daripada 40% Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ - Kerajaan Negeri Johor) dan 60% Credence Resources (Tan Sri Dato' Lim Kang Hoo). 

40% 1MDB atau MOF Inc (di mana saham-saham sepatutnya dipindahkan), 36% IWH dan 24% CREC.  Justeru, pemilikan projek tersebut sepatutnya 76% rakyat Malaysia dan 24% China. 

2) Shafie mendakwa 1MDB hanya menggajikan Arul Kanda dan tidak mewujudkan kerja-kerja kosong sedangkan bail-out Proton dan MAS menyelamatkan banyak pekerja. 

Pertama, tidak seperti Proton dan MAS, Kerajaan tidak pernah bail-out 1MDB. 

Barangkali Shafie Apdal tidak pernah pergi ke Sendayan untuk melihat sendiri pangkalan udara baru yang sedang dibina atau 7 lagi fasiliti ketenteraan di seluruh negara ini yang sedang dibina oleh 1MDB sebagai perjanjian mereka dengan MINDEF?

Atau ribuan pekerja di TRX sekarang ini yang bertungkus-lumus menyiapkan projek atau puluhan kerja lain yang akan diwujudkan apabila TRX memulakan operasi memandangkan pelaburan luar telah pun diterima daripada Australia, Indonesia dan Hong Kong.

Yang pastinya, bukan hanya Arul Kanda yang bekerja di sana. 

Bail-out MAS pula dibuat oleh Mahathir kerana salahpengurusan. Proton, sekalipun mewujudkan kerja kosong, turut membebankan rakyat dengan kos yang sangat tinggi apabila rakyat terpaksa membayar lebih bagi mendapatkan kereta di bawah standard dan berharga lebih selama berdekad-dekad sehingga mencecah kos bernilai RM300 bilion. Ada pendapat yang mengatakan sekiranya Proton tidak di'bail-out', Perodua atau syarikat-syarikat pemasang kenderaan lain akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Wang yang disimpan oleh rakyat boleh digunakan untuk pelaburan yang lebih produktif yang turut akan mencipta peluang pekerjaan. 



3. Shafie mendakwa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin dan telah tersalah urus. 

Jauh daripada kebenaran, Sabah mencatatkan pertumbuhan gaji kedua tertinggi iaiatu 37.5% dan Sarawak mencatatkan pertumbuhan gaji sebanyak 26% semenjak 2010, berbanding Pulau Pinang 17.2% dan 20.8% di Selangor. 

Malah berdasarkan pendapatan rumah media, Sabah sekali lagi mencatatkan pertumbuhan pendapatan isi rumah sebanyak 81.3% manakala Sarawak mencecah 57.8% di mana kedua-dua negeri tersebut jauh mengatasi Selangor dan Pulau Pinang. 

Berdasarkan GDP Perkapita, Sabah dan Sarawak bukanlah negeri-negeri termiskin. Malahan Sarawak adalah negeri ke-4 terkaya dan mempunyai GDP Perkapita berjumlah RM44,000 yang sama dengan Pulau Pinang. manakala Sabah pula mencatatkan RM19,700, lebih tinggi berbanding Kedah dan Kelantan. 

Kadar kemiskinan tegar Sabah menurun dari 19.2% pada 2009 kepada 3.9% pada 2014. Manakala kemiskinan tegar di Sarawak menurun dari 5.3% kepada 0.6%.

Sabah mencatatkan simpanan tunai RM2.33 bilion pada 2014, hampir dua kali ganda berbanding Pulau Pinang manakala Sarawak memiliki simpanan berjumlah RM27 bilion pada tahun 2014, iaitu lapan kali ganda berbanding Selangor.

Bukan rahsia lagi, selepas tidak dipedulikan dan diabaikan sebelum ini selama dua dekad, Sabah dan Sarawak sedang menikmati bantuan dan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan yang jauh lebih besar semenjak 2009. 

Jadi, bagaimana Shafie Apdal boleh membuat kesimpulan bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin dan telah disalahurus dan salahtadbir?


UPDATE KES KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU!!!



Satu letupan dan kebakaran telah berlaku pagi tadi melibatkan Jabatan Kecemasan (ICU) Hospital Sultanah Aminah yang berpunca daripada tong gas.

Pelbagai andaian dibuat termasuklah menyalahkan Pentadbiran Najib Abdul Razak kerana kononnya mengabaikan keadaan hospital-hospital kerajaan yang uzur menerusi pemotongan bajet ke atas Kementerian Kesihatan. Biarpun pada masa yang sama, pemotongan tersebut melibatkan latihan, kursus, seminar dan sebagainya yang berkaitan, tetapi para pembuat andaian lebih cenderung untuk menimbulkan persepsi bahawa pemotongan tersebut melibatkan aspek keselamatan, perubatan dan rawatan di hospital-hospital Kerajaan.



Dalam kejadian pada jam 8:56 pagi tadi, berdasarkan laporan media massa, 6 orang disahkan terbunuh manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan. (RUJUK SINI)

Netizen memberikan reaksi yang berbeza-beza berhubung insiden berkenaan. Bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan.

Kerajaan Negeri Johor dalam masa yang sama, berjanji akan memberikan dan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan kesediaan hospital-hospital swasta untuk menempatkan sementara para pesakit yang terlibat dalam insiden berkenaan.


Kerajaan Malaysia menerusi Perdana Menteri pula menyatakan, siasatan rapi dan terperinci akan dibuat untuk mengenalpasti punca kejadian selain berjanji akan meningkatkan aspek-aspek keselamatan di hospital-hospital kerajaan.

Sementara itu KDYMM Sultan Johor mengarahkan agar para pesakit yang terlibat dalam kejadian tersebut dipindahkan ke Wad Diraja HSA.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, Pemuda UMNO Johor telah sepakat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa dan kakitangan hospital yang terlibat. Justeru, Pemuda UMNO Johor menyeru semua sukarelawan di bawah Pemuda atau syarikat swasta yang mahu menyalurkan bantuan dari segi tenaga kerja atau kewangan, boleh terus menghubungi Sheikh Nafiq, Ketua Pemuda UMNO Pulai selaku penyelaras program bantuan tersebut di talian, 019-7199949.


TAHNIAH, HUSNI HANADZLAH!!! ANDA TIDAK LAGI JADI KONDOM!!!



Para penentang 1MDB dan Najib, berjoget sakan apabila bekas Menteri Kewangan 2, Husni Hanadzlah mengemukakan soalan tentang 'keperluan kewujudan' dan 'asas kewujudan' 1MDB. Mereka segera memberikan gambaran bahawa sebagai Menteri Kewangan 2 pun, Husni Hanadzlah tidak faham tentang 1MDB dan fakta sebenar 1MDB disorok oleh Menteri Kewangan 1.

Dan kalaulah Husni Hanadzlah sendiri tidak faham, tidak tahu dan bertanyakan soalan yang paling asas, bermakna, rakyat kebanyakan juga tidak mungkin akan faham. 

Memang benar, soalan di dalam Parlimen yang dibuat oleh Ahli Parlimen wajar dijawab oleh pihak yang berkenaan. Namun pada masa yang sama, soalan yang dikemukakan perlu juga dijawab. Dan jawapan kepada soalan-soalan retorik Husni Hanadzlah, adalah jawapan-jawapan yang dia sendiri berikan. Rujuk klip video di atas.

Cuma dalam kes Husni Hanadzlah, dia tanya soalan tapi dia dah lebih awal jawab soalan tersebut. Malah jawapan yang diberikannya sebelum ini bagi soalan yang lambat ditanya, sangat detail.


Barangkali terlalu banyak kitab yang dibacanya, membuatkan Husni Hanadzlah yang meletak jawatan dalam sebagai Menteri Kewangan 2 kerana merajuk apabila dipindahkan ke portfolio dan Kementerian lain, mudah lupa dan gagal menyemak jawapan-jawapan yang diberikannya.

Jawapan mudah kepada soalan Husni, selagi rumah besarnya yang berharga juta-juta tidak terjual atau terlelong, sembang kononnya ekonomi sangat teruk dan kebimbangannya kepada nasib rakyat, hanyalah salah satu kondom yang menjadi amalannya. 

Apa-apa pun, tahniahlah kerana akhirnya Husni Hanadzlah tidak lagi menyerlomkan kondom ke kepalanya... daripada dia menjadi Ahli Parlimen atau calon 'BEBAS' pada PRU-14 akan datang, ada baiknya kalau dia menyertai Muhyiddin Yassin di barisan pembangkang sekarang ini. Itu lebih baik baginya dan soalan-soalan yang ditanyanya!


Monday, October 24, 2016

RM85 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PERMATA... LEBIHKAN SEGERA OPERASI PERMATA DI KAWASAN-KAWASAN PENYOKONG KERAJAAN PULA!!!



Isu PERMATA muncul lagi. Dan seperti yang dilakukan oleh DAP dan PKR sebelum ini, isu PERMATA digunakan untuk menimbulkan kemarahan dan persepsi menerusi pembohongan dan penipuan fakta.

Mungkin sekali imbas ianya kelihatan seperti mahu menggagalkan PERMATA dan program-programnya tetapi hakikatnya ialah, DAP dan para penyokong mereka sebenarnya sedang melakukan desakan agar PERMATA dikuasai sepenuhnya oleh golongan mereka sepertimana mereka menguasai banyak operasi dan kemudahan GLC termasuklah SME Bank.

Hanya setelah mereka menguasai sepenuhnya, maka barulah mereka berhenti melalak.

Yeo Bee Yin, wakil rakyat DAP cuba melakukan 'serangan' tersebut dan Ong Kian Ming yang bersama-samanya ketika berhadapan dengan Jawatankuasa PERMATA, dimalukan apabila penyebutan tentang statistik kemasukan pelajar-pelajar SJKC ke Program PERMATA menggambarkan satu bentuk rasisme yang dilakukan secara senyap-senyap dan cuba disembunyikan oleh DAP.

Suka atau tidak, hakikatnya, program PERMATA lebih banyak beraktiviti di bandar-bandar besar. Daripada 50,000 orang pelajar yang terbabit dengan PERMATA, sudah ramai yang mempersoalkan, berapakah pecahan komposisi mengikut kaum memandangkan yang bijak mengambil kesempatan dan memberikan imej buruk kepada PERMATA adalah pihak yang dilihat seperti menentang dan memperlekeh-lekehkan PERMATA? Berapa pula peratusan yang diperolehi oleh orang-orang Melayu di kawasan luar bandar yang setia memberikan undi kepada UMNO-BN walaupun kebanyakan pembangunan lebih tertumpu kepada kawasan DAP dan PKR?


Pembentangan Belanjawan 2017 dengan peruntukan tertentu untuk PERMATA sekali lagi digunakan sebagai senjata ampuh untuk memberikan gambaran bahawa ada penyelewengan yang cuba dilakukan oleh pentadbiran negara menerusi PERMATA.

Pertambahan jumlah peruntukan dipersepsikan sebagai 'upah untuk Rosmah berjoli katak' dengan menggunakan media-media sosial. Apatah lagi dengan kewujudan PERMATA di kawasan-kawasan bandar yang sememangnya dari segi politik, tidak akan membantu sama sekali, sebaliknya akan dijadikan sebagai bahan sesahan terhadap Rosmah Mansor, Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia.

Bayangkanlah kalau PERMATA hanya diwujudkan di kawasan-kawasan di mana UMNO dan Barisan Nasional menang sahaja!

Seharusnya, dan dalam apa keadaan sekalipun, Kerajaan Malaysia yang didokongi oleh UMNO mendahulukan kawasan-kawasan yang dimenangi. Anak-anak orang UMNO dan yang mendokong kemenangan Barisan Nasional perlu diberikan lebih perhatian, bukannya sibuk cuba mengambil hati di kawasan-kawasan yang diketahui gelap gelita dan terlalu taksub kepada DAP dan PKR.

'BELA ANAK SENDIRI JAUH LEBIH BAIK DARIPADA BERI MAKAN ANAK ORANG YANG AKAN BUNUH KITA.'

Sudah sampai masanya untuk PERMATA atau mana-mana program pendidikan Kerajaan, diberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan luar bandar yang sentiasa menjamin kewujudan kerajaan di bawah UMNO-BN. Sampai juga sudah masanya untuk peruntukan bernilai lebih RM87 juta itu untuk membangunkan anak-anak di kawasan luar bandar yang lebih berkehendakkan perkhidmatan pendidikan pra dan awal pembelajaran seperti PERMATA memandangkan di kawasan-kawasan bandar, terlalu banyak perkhidmatan seperti itu disediakan.


Mulut-mulut celupar pro-DAP mendakwa PERMATA mendapat peruntukan sebanyak RM711 pada tahun 2015. Hakikatnya tuduhan tersebut tidak benar sama sekali. Tiada permohonan maaf. Tahun ini pula, tuduhan dibuat ialah peruntukan PERMATA telah meningkat kepada RM85 juta.

Lebih menarik lagi ialah, puak-puak pro-DAP itu, cuba menimbulkan kemarahan dengan menyatakan peruntukan PERMATA ditambah dengan cara mencantas peruntukan perbelanjaan universiti-universiti awam.

Peruntukan PERMATA bukan sekadar belanja untuk menguruskan program-program PERMATA sedia ada, tetapi juga membabitkan keseluruhan pembangunan sistem pendidikan awal kanak-kanak termasuklah penubuhan Pusat Kecemerlangan 'Top STEM Talent' di Akademi Sains Negara. Selain itu, turut termasuk adalah kerja-kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang kepada Pusat Permata Pintar dan Berbakat.


Jadi, memandangkan terlalu banyak cakap dan bunyi walaupun hakikatnya, jumlah permohonan dari SJKC untuk menyertai PERMATA sangat tinggi, eloklah sekiranya, PERMATA dipindahkan ke kampung-kampung. Setidak-tidaknya ibu bapa di kampung-kampung bukan sahaja tidak banyak bunyi, bahkan akan bersyukur kerana penyediaan pendidikan awal pembelajaran yang jauh lebih baik berbanding cuma mengharapkan KEMAS semata-mata.

Atau pun PERMATA bekerjasama dengan KEMAS di kampung-kampung terutama di kawasan-kawasan kemenangan UMNO-BN untuk memastikan, anak-anak penyokong kerajaan mendapat kelebihan tersebut berbanding dengan menompokkannya di bandar-bandar yang ibu bapa kanak-kanak berkenaan sentiasa beranggapan Kerajaan mentekedaghah duit walaupun anak-anak mereka mendapat pendidikan percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan!



HINA PENERIMA BRIM DAN ATLET PARALIMPIK, MUKHRIZ MAHATHIR SEPATUTNYA SEDAR DIRI, DIA KAYA KERANA KRONISME YANG TIDAK BERMARUAH!!!



Penguasaan dan pemonopolian pengilangan, pembekalan, penghantaran kabel fiber optik dari vendor Telekom Malaysia oleh OPCOM, membuatkan Mukhriz yang merupakan anak manja Mahathir berlagak besar kepala dan bersikap angkuh.

OPCOM tidak begitu mendapat perhatian berbanding MISC dan syarikat-syarikat pegangan Mokhzani pada tahun-tahun REFORMASI yang menelanjangkan banyak penjalangan Mahathir menggunakan wang rakyat bagi membela syarikat-syarikat yang ada kepentingan anaknya.


Hanya pada 2009, nama OPCOM mula muncul dan diperkatakan secara terbuka apabila Mukhriz yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO OPCOM Holdings Bhd. Pada ketika itu, Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam OPCOM. Kedudukan Mukhriz digantikan oleh Mokhzani.

Mokhzani menstruktur semula OPCOM dan dilantik sebagai CEO. Saham OPCOM melonjak setinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.

Mukhriz bagaimanapun, terus memiliki kepentingan sebanyak 23.5% dalam OPCOM atas namanya sendiri, manakala kepentingan 20.93% lagi atas nama Rezeki Tegas Sdn. Bhd. Isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria pula memegang kepentingan sebanyak 26.94% menerusi M Ocean Capital Sdn. Bhd.

Isu membabitkan OPCOM Holding Berhad mula diperkatakan apabila syarikat tersebut dan adik-beradik Mukhriz mendapat kontrak lumayan daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ini adalah kerana pada tahun 2003, syarikat tersebut mendapat kontrak memonopoli pembekalan fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus yang dipaksaberi oleh Telekom Malaysia menerusi kelulusan Kementerian Kewangan.


Mahathir Mohamad pada ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Pemonopolian dan penguasaan projek fiber optik Telekom Malaysia oleh OPCOM berterusan sehingga ke hari ini menerusi perjanjian dan konsesi berat sebelah yang melindungi OPCOM berbanding kepentingan Telekom Malaysia dan rakyat Malaysia. 

Februari 2015, Kerajaan telah menganugerahkan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa Ke-2 bernilai RM3.4 bilion kepada Telekom Malaysia Berhad. Projek tersebut memberi manfaat kepada OPCOM apabila pada tahun 2015 juta, Telekom Malaysia menganugerahkan 3 projek berjumlah RM282.94 juta kepada mereka.


Justeru apabila Mukhriz Mahathir mengambil pendekatan menghina penerima-penerima BRIM dan atlet-atlet Paralimpik negara, sebenarnya membuktikan tentang andaian selama ini bahawa seluruh keluarga Mahathir yang kaya raya daripada wang rakyat, tidak berpuas hati apabila kepentingan mereka terusik, adalah benar. 

Kekayaan dan kemewahan yang diperolehi menerusi projek rundingan terus menggunakan kuasa bapanya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah dijadikan lesen besar bagi Mukhriz untuk menghina golongan miskin dan tidak sekayanya.   

Berbangga sangat dengan projek beratus juta dan berbilion yang diserahkan kepada taikun-taikun dan ahli keluarga sendiri, sedangkan rakyat pula sekadar melihat untuk berbangga tetapi tidak menikmati apa-apa pun daripada projek tersebut selain daripada terpaksa menanggung dan membayar untuk beberapa generasi, itu yang membuatkan Mukhriz Mahathir besar kepala?


BRIM yang bernilai RM7 bilion yang dibayar terus kepada rakyat, dianggap akan menyukarkan ekonomi negara? Dianggap sebagai pemberian umpan dan dedak? Dianggap sebagai pengikat rakyat untuk terus mengundi UMNO dan Barisan Nasional, walhal yang beratur dari pagi dan paling teruja untuk memungut BRIM adalah puak-puak penyokong totok DAP?

Mukhriz Mahathir dan ahli keluarganya sepatutnya bersyukur kerana selama ini, kalau ada bunyi pun, suara-suara tersebut disenyapkan kerana pemikiran feudal masih menebal di kalangan rakyat Malaysia, khususnya orang UMNO. Penghinaan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir kepada sebahagian besar rakyat Malaysia, sebenarnya menunjukkan sikapnya yang bukan sahaja tidak reti mengenang budi, tetapi juga lupa bahawa kedudukan, kekayaan dan kemewahannya tidak akan wujud tanpa PENYALAHGUNAAN KUASA oleh bapanya menerusi kaedah paling licik yang sudah tentu pada masa yang sama menimbulkan masalah kepada kerajaan yang menggantikan bapanya untuk mengambil tindakan. 

Sepatutnya BRIM RM1200 itu tidak perlu dihina melainkan, Mukhriz Mahathir mengarahkan OPCOM untuk memulangkan semula projek-projek pemonopolian fiber optik TM kepada kerajaan semula bagi membolehkan persaingan baru diwujudkan!

Tapi beranikah Mukhriz yang sememangnya diketahui, tidak mempunyai sebarang kebolehan melainkan sebagai ANAK BAPAK?




Saturday, October 22, 2016

MALANG RAKYAT MALAYSIA APABILA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA ADALAH PEMBANGANG-PEMBANGANG ABADI YANG LAPAR PISANG!!!



Setelah bertungkus lumus menyebarkan cerita yang Malaysia akan bankrap, dengan harapan, pelabur-pelabur asing dan FDI tidak masuk Malaysia, manakala pelabur-pelabur sedia ada di negara ini berpindah beramai-ramai ke negara lain dalam usaha memudahkan penggulingan kuasa menerusi kegawatan ekonomi, pembentangan bajet 2017 telah dijadikan sebagai bahan momokan untuk merealisasikan perancangan mereka.

Pengerusi Cap Bunga, Dr. Mahathir telah memberi gambaran kononnya, Kerajaan tidak akan mampu membayar gaji kakitangan awam bermula 1 Januari 2017 kerana negara ketiadaan duit. Mahathir jugalah yang mempopularkan cerita kononnya Malaysia telah bankrap kerana Najib tidak pandai mentadbir kewangan negara. Selain itu, turut dikaitkan kononnya hutang 1MDB telah menyebabkan negara terpaksa menanggung beban yang berat dan sukar menarik pelaburan luar.

Pembentangan belanjawan 2017 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semalam, telah digunakan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk menunjukkan dan membuktikan tahap KEBANGANGAN ABADI mereka apabila mereka bertindak mengganggu, malah turut melangkah keluar dari Dewan Rakyat.


Alasan yang diberikan ialah belanjawan tersebut tidak realistik.

Tidak realistik yang dimaksudkan ialah, tidak selaras dengan apa yang mereka uwar-uwarkan bahawa Malaysia telah bankrap dan Kerajaan tidak mampu membentangkan belanjawan dengan peruntukan yang sangat besar.

Namun yang pastinya, Ahli-Ahli Parlimen pembangang itu termasuklah 'kononnya totok UMNO' Muhyiddin Yassin, sememangnya sudah bersedia untuk menimbulkan kekecohan dengan menjadikan Dewan Rakyat sebagai sebuah pasar jual DAGING BABI.




Kesemua Ahli Parlimen PAN, PKR, DAP dan Cap Bunga melangkah keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan belanjawan dibuat. Yang masih tinggal dan tekun mendengar pembentangan bajet tersebut hanyalah Ahli-Ahli Parlimen PAS - kecuali Mahfuz yang memilih untuk bersama DAP, serta Shafie Apdal yang barangkali cuba mendapatkan simpati buat kali terakhir. Alasan Lim Guan Eng ialah, Najib bertalu-talu menghentam bekas Perdana Menteri dan dua bekas Timbalan Perdana Menteri dalam pembentangan bajetnya. Manakala Presiden PKR, Wan Azizah pula menyatakan, pembentangan tersebut hanyalah pembacaan skrip semata-mata sedangkan hakikatnya, Malaysia sudah tidak ada duit.


Malu dan hilang kemaluan, menyebabkan kesemua Ahli Parlimen tersebut terpaksa memilih jalan cerita drama telenovela dan sinetron untuk melakukan minyak angin mereka. Mob flash di luar Dewan Rakyat dengan placard SIAPA MO1 yang turut dibuat di dalam Dewan, cuba menarik perhatian bagi menutup pembaziran wang rakyat yang digunakan untuk membayar gaji dan elaun mereka.

Minggu hadapan adalah acara berbahas sebelum pembentangan bajet tersebut diluluskan atau sebaliknya. Mengapa tidak tunggu sehingga ke minggu hadapan untuk mempertikaikan belanjawan 2017 itu? Mengapa memilih hari yang salah dan waktu yang tidak sesuai semata-mata untuk menunjukkan mereka adalah PEMBANGKANG YANG BANGANG?

Itulah, kalau sudah kuat sangat berbohong sehingga akhirnya tenggelam dan percaya dengan pembohongan yang mereka buat!!!


"AHLI PARLIMEN TIADA HAK MENGANGGU UCAPAN PM" - NIK ABDUH!!!



KETUA Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ahli Parlimen perlu bersikap profesional, terutama ketika berada dalam pembentangan Bajet.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, "kekecohan yang berlaku ketika mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 tidak sepatutnya terjadi kerana ia merupakan masa dan ruang yang diperuntukkan khusus kepada perdana menteri."

Dalam masa yang sama katanya, "Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati." 

“Pembentangan Bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk Perdana Menteri berucap membentangkan Bajet."

“Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ahli Parlimen pembangkang mengganggu ucapan Perdana Menteri dan bertindak keluar Dewan ketika ucapan bajet sedang berlangsung. Tindakan itu bagaimanapun tidak dituruti oleh Ahli Parlimen Pas.

Sehubungan dengan itu, Nik Abduh mahu wakil rakyat yang diberikan peluang untuk membahaskan Bajet itu nanti menggunakan kesempatan yang diberikan dengan baik tanpa perlakuan tidak profesional.

“Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.,” katanya.


KENYATAAN BISHOP KHATOLIK KALAU DIBALAS SERUPA OLEH MUFTI DAN MAJLIS FATWA, BOLEH MENCETUSKAN PERTUMPAHAN DARAH!!!



Kenyataan yang dibuat oleh Bishop Katholik yang mengetuai kelompok rakyat minoriti di negara ini, seandainya dibalas dengan nada yang serupa oleh penguasa umat Islam Malaysia, sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang sangat dahsyat dalam bentuk bencana.

Bishop Katholik Kristian Bernard Paul yang pernah menyertai BERSIH 4.0 tahun lepas, menggesa rakyat Malaysia agar menyertai BERSIH 5.0 yang bakal diadakan pada 19 November nanti. Bahkan dia juga akan mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.

Bishop Paul yang mengetuai gereja Katholik Melaka-Johor berkata, BERSIH adalah hak rakyat. Katanya lagi, para peserta BERSIH telah memperjudikan nyawa mereka. Konvoi penyokong BERSIH telah dipukul dan undang-undang menurutnya, berat sebelah. Selain itu, rakyat perlu lantang bersuara berbanding bersikap pasif sekaligus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk  menjadikan Malaysia lebih baik. (RUJUK SINI)


Ironinya, Bishop Paul yang dengan bangganya menyatakan kehidupan agama dan kehidupan normal tidak terpisah barangkali terlupa sejarah agamanya sendiri dan tentang kelahiran SEKULARISME yang membawa kepada keruntuhan kuasa gereja Katholik di Eropah bermula di Perancis pada abad ke-16 dahulu.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Bishop Paul, dia sebenarnya memberikan isyarat tentang kecenderungan Katholik khususnya 'kariah' Melaka-Johor kepada DAP dan BERSIH. DAP merupakan dalang kepada BERSIH dan BERSIH sendiri mendapat dana dari luar yang bertujuan mahu menggulingkan Kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi jalanan. 

Apabila BERSIH wujud buat kali kelima, maka wujudlah pula BAJU MERAH yang dipimpin oleh Jamal Mohd Yunos.

Bertentangan dengan BERSIH, BAJU MERAH diwujudkan untuk mempertahankan kerajaan yang wujud hasil daripada keputusan demokrasi yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah tentu mahu mempertahankan Artikel 3, 152 dan 153.


Bayangkanlah kalau para mufti dan majlis fatwa pula membuat keputusan untuk menyokong BAJU MERAH secara terbuka dan kemudian sebahagian daripada mereka menyertai KONVOI MERAH yang akan turun pada 19 November bagi berhadapan dengan KUNING (BERSIH).

Apa yang akan terjadi?

Isyarat apakah yang akan diberikan?

Bukankah ia akan membawa isyarat atau lebih tepat lagi pengisytiharan PERTUMPAHAN DARAH secara besar-besaran di negara ini?

Pemimpin-pemimpin minoriti seperti Bishop Paul seharusnya lebih berhati-hati untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan dagangan bagi membolehkan parti politik pujaannya berkuasa di Malaysia. 

Sejarah telah pun membuktikan, selama ratusan tahun Perang Salib dilancarkan di BaitulMaqdis. Beberapa kali juga tentera-tentera Salib Khatolik berjaya menawan BaitulMaqdis dan memerintah di kota ketiga tersuci dalam Islam itu, tetapi akhirnya yang menang pada 1948 adalah Zionis yang menjadikan umat Islam, bahkan Kristian tanpa mengira mazhab di kota tersebut sebagai hamba tebusan sehingga ke hari ini. Sedangkan Zionis tidak berada di barisan hadapan dalam setiap Perang Salib kecuali sebagai penghasut dan pembiaya. Dan Zionis menikmati kehidupan selesa semasa zaman pentadbiran Islam apatah lagi Kristian di kota tersebut.

Adakah Bishop Paul terlalu BODOH untuk melihat konsekuens tersebut semata-mata kerana mata dan fikirannya terlalu buta dengan dogma DAP?