Pages

Saturday, July 29, 2017

RANCANGAN LIM GUAN ENG ADALAH MENAIKKAN HARGA AIR DI PULAU PINANG SELEPAS PRU-14!!!



Syarikat air Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa terdapat peningkatan besar kadar tarif air seperti yang dirancang tetapi membatalkannya selepas Kerajaan Negeri menawarkan pinjaman mudah untuk membiayai perbelanjaan dan kerugian yang dialami oleh syarikat terbabit. 

Namun di sebalik pinjaman mudah itu pun, syarikat terbabit masih lagi mengalami kerugian walaupun kenaikan tarif air telah dibuat sebanyak tiga kali dalam tempoh 6 tahun. 

Mengapa ini berlaku? 

Di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional dahulu, tiada sebarang peningkatan tarif selama 18 tahun dan syarikat air tersebut masih mencatatkan keuntungan, bahkan bekalan air juga tidak disekat, kadar yang lebih rendah kadar NRW yang paing rendah dalam negara. 

Mengapa di bawah DAP, kos untuk syarikat air meningkat saban tahun?

Adakah CAT yang dibangga-banggakan oleh DAP dan Lim Guan Eng sebenarnya bermaksud peningkatan perbelanjaan tahunan untuk segala-galanya? Adakah kerana Kerajaan Negeri sentiasa perlu berbelanja untuk membeli anugerah-anugerah palsu dan menghadiri penyampaian anugerah palsu di Switzerland?

Setelah berhempas pulas menuduh Liang Teck Mng dan Kerajaan Pusat, akhirnya Lim Guan Eng dan syarikat air Pulau Pinang mengesahkan bahawa permohonan meningkatkan harga air yang besar pada Disember 2016 adalah perkara benar.

Adalah dipercayai bahawa kadar peningkatan tersebut akan menyaksikan peningkatan harga sebanyak 77% untuk pengguna domestik dan 58% untuk perniagaan. 

Peningkatan kadar tersebut sekaligus akan menyebabkan segala-galanya menjadi mahal di Pulau Pinang. Para pelabur dan sektor perniagaan pula akan menyusut dan sekaligus akan menmberikan impak yang besar kepada rakyat Pulau Pinang. 

Antara yang paling terkesan dengan peningkatan tersebut adalah restoran dan perniagaan kecil. Seandainya diluluskan, rakyat Pulau Pinang akan terkesan dengan kenaikan harga yang mendadak untuk semua keperluan.

Difahamkan kenaikan kadar harga air itu akan dikuatkuasakan selepas PRU-14. Memandangkan Kerajaan Negeri tidak dapat meneruskan pemberian pinjaman mudah memandangkan Kerajaan Negeri sendiri berhadapan dengan kesulitan kewangan akibat perbelanjaan besar yang menyaksikan peningkatan 500% dalam perbelanjaan operasi tahunan, malah terpaksa membayar lebih 400% hanya untuk sebuah laporan yang tidak dapat digunakan sehingga kini, selain perbelanjaan besar untuk mewujudkan sebuah lebuhraya termahal di Malaysia berharga RM385 juta bagi setiap kilometer sejauh 19.5 kilometer yang nilai keseluruhannya adalah RM7.5 bilion!

Guan Eng sudah terperangkap dengan permainan dan helahnya sendiri. Selepas melakukan beberapa serangan ke atas Liang Teck Meng dan BN, sekarang, dia perlu membayar harga yang sangat mahal. Apatah lagi, 'pembocoran rahsia' tentang surat bertarikh Disember 2016 yang isi kandungannya adalah pemintaan untuk menaikkan kadar dan harga air di Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri, membuktikan secara jelas, Lim Guan Eng adalah seorang pembohong besar yang langsung tidak ada perasaan malu.




LAMBAT SANGAT NAK SAMAN, AKHIRNYA LIM GUAN ENG PULA YANG KENA SAMAN!!!


Helah Lim Guan Eng mudah sahaja... dia akan memanipulasikan undang-undang untuk kepentingan dirinya. Kalau dia tidak mampu menjawab atau sudah terkantoi, dia akan mengancam saman atau dalam kes Huan Chen Guan, dia mengambil langkah injuksi bagi menghalang Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia itu daripada bercakap tentang terowong dasar laut Pulau Pinang dan syarikat yang diberikan konsesi itu. 

Lim Guan Eng seperti yang diketahui, tidak pernah mengaku sebarang kesalahan dan kesilapannya. Sebaliknya dia lebih gemar meletakkan kesalahan kepada orang lain. Dia akan sentiasa menyalahkan pihak lain, khususnya dari UMNO-BN dan sesiapa sahaja yang menentangnya. 

Bosan dengan sikap Lim Guan Eng itulah, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato' Eric See-To mengambil tindakan menyaman Lim Guan Eng kerana menfitnah. 

Ia sebagai tindak balas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang sebelum ini mengancam untuk menyaman See-To pada awal bulan lalu atas alasan menfitnah. Lim Guan Eng berang dan menuduh See-To sengaja berbuat cerita bohong tentang 'ancamannya' terhadap penduduk Pulau Pinang.


"Selepas hampir empat minggu selepas ancamannya untuk saman, saya belum lagi menerima sebaang surat perundangan daripada Guan Eng mahupun para peguamnya," kata See-To dalam satu kenyataannya hari Jumaat. 

"Saya sudah bosan menunggu surat dari Guan Eng. Oleh itu, saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Guan Eng minggu depan. Kegagalannya mematuhi seperti apa yang saya minta, saya akan teruskan tindakan undang-undang terhadapnya."

Menurut See-To, dia menuntut Guan Eng atau Pejabat Ketua Menteri (CMO) untuk membuktikan dia telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Guan Eng telah  membuat kenyataan atau ucapan pada 1 Julai 2017 dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Jawi, Nibong Tebal. Guan Eng dan CMO sebelum itu menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dimaksudkan oleh See-To.

"Saya juga mahu Guan Eng dan CMO untuk membuktikan bahawa kenyataan tersebut tidak pernah dikeluarkan dalam kenyataan medianya bertarikh 1 Julai 2016," kata See-To lagi.

Dalam kenyataan media pada 1 Julai 2016, Lim Guan Eng mendakwa rakyat Pulau Pinang marah kerana 'pemimpin daripada sebuah kerajaan yang bersih' telah didakwa atas tuduhan rasuah, justeru mengancam banguan RM400 juta I-Sejahtera.

Menurut See-To, tindakan undang-undang yang diambilnya itu adalah untuk memastikan Lim Guan Eng bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan medianya berbanding menuduh orang lain melakukan fitnah ke atasnya   

"Daripada dia mengancam untuk menyaman dan berusaha untuk menjatuhkan nama saya, lebih baik dia menjawab semua soalan-soalan kami kerana itu lebih demokratik," ujar See-To lagi. 

Tindakannya itu, menurut See-To sekurang-kurangnya dapat menghantar isyarat kepada Lim Guan Eng yang dia tidak boleh dan memanipulasi undang-undang semata-mata untuk mematikan kritik ke atasnya atau mengancam organisasi media yang menjalankan tugas mereka sahaja.

SUDAHLAH GILA DENGAN UPACARA POTONG RIBEN, ASAL DI BAWAH DAP SAHAJA, MESTI HARGA BERKALI-KALI GANDA!!!



Serata alam dicanang tentang kejayaan membina sebuah parkir bertingkat di SS15, Subang Jaya. Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Subang Jaya yang sebelum ini gagal menjawab tentang tugasannya selaku evangelist, merasmikan pembukaan parkir bertingkat tersebut dengan upacara potong riben.

Memang upacara perasmiannya kenalah gah kerana setelah hampir sepuluh tahun, itulah satu-satunya projek untuk rakyat yang mampu direalisasikan walaupun pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh PKR kerap mendabik dada kononnya mereka berjaya memajukan negeri itu sepanjang pentadbiran mereka.

Semuanya gara-gara kejayaan beberapa projek Kerajaan Pusat melibatkan Kuala Lumpur Greater yang banyak memberi manfaat kepada penduduk serta rakyat Selangor. Daripada jajaran ketiga LRT sehinggalah yang terbaharu, MRT, Pakatan Harapan Selangor kelihatan terlalu terdesak untuk membuktikan mereka juga boleh berbuat perkara yang sama.

Bagaimanapun, satu perkara yang tidak dapat disembunyikan oleh Pakatan Harapan Selangor ialah, semua projek yang dijayakan oleh Pakatan Harapan, terutama yang membabitkan DAP, pasti akan berharga lebih mahal!

Kalau di Pulau Pinang, laporan kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang mencecah harga yang tidak munasabah, parkir bertingkat MPSJ di SS15 itu juga turut berhadapan dengan isu yang sama.

Bayangkanlah, projek pembinaan parkir MPSJ itu menelan kos 32% lebih tinggi daripada projek-projek DBKL berdasarkan ukuran sekaki persegi.


Kompleks parkir tersebut yang hanya berkeluasan 62,749 kaki persegi menelan kos sebanyak RM11.78 juta dan kos berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh MPSJ. Kompleks berkenaan hanya mengandungi ruang untuk parkir kenderaan sahaja serta tanpa lif.

Di Taman Segar, Cheras, DBKL turut membina parkir 6 tingkat yang berkeluasan 245,888 kaki persegi dan menelan kos sebanyak RM34.89 juta. Selain parkir turut terdapat dalam bangunan tersebut adalah pejabat, dewan serbaguna, gelanggang badminton, gerai, surau dan kawasan permainan kanak-kanak serta lif.

Dengan kata lain, kos bagi setiap kaki persegi untuk projek MPSJ adalah RM188 manakala projek DBKL pula hanyalah RM142 bagi sekaki persegi.

Nama sama, tetapi kos yang berbeza. Dari pandangan, projek MPSJ memang kelihatan murah tetapi tawaran yang lain, hampir tidak ada dengan keluasan yang lebih kecil berbanding projek DBKL.

Friday, July 28, 2017

TERDESAK UNTUK MENGHENTAM RIZAL MANSOR, NIK NAZMI TERKANTOI MENIPU UNISEL-JNSB TIDAK ADA URUSNIAGA LAGI!!!



Nampaknya isu UNISEL dan skandal kewangan yang melibatkan puluhan juta ringgit dalam urusniaga serta perjanjian yang meragukan, memberi kesan besar kepada PKR di Selangor terutama sekali yang membabitkan pentadbiran Azmin Ali.

Ketua AMK Nik Nazmi melancarkan serangan peribadi ke atas Rizal Mansor yang telah menyentuh isu UNISEL sambil cuba mengalihkan persoalan itu kepada 1MDB pula.

Kata Nik Nazmi, Rizal Mansor sepatutnya berhenti berlagak seperti jaguh, malah dia turut menuduh pendedahan tersebut dibuat dan direka oleh cybertrooper UMNO 'yang didalangi oleh Rizal.

Ironinya, Nik Nazmi tidak menjawab langsung persoalan yang dilontarkan. Malah dia cuba berbohong kononnya kes berkenaan telah selesai dan UNISEL serta syarikat terbabit sudah tidak mempunyai sebarang ikatan perniagaan lagi.

Nik Nazmi selain merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Apa sebenarnya yang cuba dibohongkan dan dilindungi oleh Nik Nazmi? Surat MBI, Jana Niaga Sdn. Bhd dan UNISEL secara jelas menyatakan sebaliknya. Atau dia sebenarnya tidak pernah masuk mesyuarat atau dia tidak pernah dibenarkan ambil tahu isu berkenaan sehingga dia terpaksa merapu semata-mata untuk menjaga kedudukan ketua kartelnya, Azmin Ali?

Sepatutnya Nik Nazmi menjawab persoalan yang diberikan apatah lagi isu berkenaan melibatkan wang rakyat Selangor. Surat MBI bertarikh 16 Mei 2016 secara jelas menyatakan bayaran RM10 juta dan RM6 juta merupakan penyelesaian serta penyambungan kontrak JNSB.


Manakala surat daripada Prof. Redzuan yang merupakan Naib Canselor UNISEL bertarikh 26 Mei 2016 turut memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan serta akur kepada kontrak baru serta bayaran dibuat MBI kepada UNISEL selain mempertikaikan klausa 4.2 kontrak JNSB yang dibatalkan pada 2013 serta tindakan MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru.

Kalau MBI dan UNISEL sendiri memperakui pembayaran serta klausa 4.7 penyambungan kontrak JNSB di UNISEL, mengapa pula Nik Nazmi yang merupakan Exco Pendidikan kata UNISEL dengan JNSB 'Tidak ada hubungan kontrak?'  (RUJUK SINI)

Apa yang Nik Nazmi kalut sangat sehingga perlu cuba melarikan persoalan kepada 1MDB?

Sekurang-kurangnya 1MDB telah mengalami proses perundangan dan bedah siasat melibatkan PAC, SPRM, PDRM, AG dan sebagainya, sedangkan skandal UNISEL-JNSB cuba ditutup seboleh-boleh mungkin.

Itu belum lagi membabitkan DEIG dan PPRT serta wang MARIS!


KENAPA PUAK REFORMIS HENTAM HISHAMUDDIN RAIS? SEBAB MEREKA TAHU, MAHATHIR, GUAN ENG DAN AZMIN ALI TERDESAK NAK SELAMATKAN DIRI!!!




Tidak menghairankan mengapa puak aktivis reformasi yang telah dihasut oleh Hishamuddin Rais bertahun-tahun yang kemudian menggelarkan Hishamuddin Rais sebagai BADUT TUA, berang dengan kepimpinan Pakatan Harapan.

Marah mereka kepada kepimpinan Pakatan Harapan sudah tentulah mempunyai kaitan yang sangat besar dengan Mahathir.

"Kalau dulu, palang pada 'T' dan titik pada 'i' dalam nama Mahathir pun, Hishamuddin Rais ini tidak percaya, sekarang badut ini mahu kita percayakan Mahathir?"

Walaupun sudah berusia lebih 90 tahun, motivasi Mahathir untuk berkuasa sangat kuat demi kroni dan anak-anaknya. Mahathir sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mereka, walaupun pada masa yang sama, dia berharap segala perbuatannya dahulu tidak akan dikumbah ditelanjang untuk tatapan umum.

Sesuatu yang amat mustahil kerana pendedahan tentang salahlakunya telah berlaku dari tahun 80-an lagi iaitu ketika pertembungannya dengan Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga terciptanya Semangat 46 dan Mahathir sendiri mengharamkan UMNO asal demi menubuhkan UMNO yang menurut perintahnya. Kemudian pendedahan secara besar-besaran berlaku lagi pada penghujung 1990-an apabila protegenya yang tidak kurang serakah iaitu Anwar Ibrahim, disepak keluar dari kabinet dan terlibat dalam jenayah liwat.

Keengganan Abdullah Badawi untuk akur di bawah telunjuknya dan menjadi bonekanya, membuatkan Mahathir menentang Abdullah Badawi. Ramai yang terpedaya dengan Mahathir sehingga menyokongnya untuk menggulingkan Abdullah Badawi.

Tetapi sama seperti cerita budak pengembala dan serigala, pembohongan tidak boleh berlaku sepanjang masa untuk semua orang. Apabila Mahathir menggunakan taktik yang sama untuk mengenakan Najib Abdul Razak yang dilihat dan dianggapnya lembik, ternyata taktik itu memakan diri. Kemarahan yang sekian lama terpendam, meletus. Lambakan demi lambakan salahlaku dan amalan songsangnya membabitkan harta negara mula didedahkan menerusi media-media sosial.

Dan Mahathir tidak menang tangan menepis setiap pendedahan tersebut kecuali para pentaksubnya hanya mampu berkata, mengapa Mahathir tidak diheret ke mahkamah kalau benar dia bersalah.


Terkini, dalam usaha Mahathir untuk menunjukkan penguasaannya ke atas Pakatan Harapan, sekaligus menepis dan menafikan kata-kata bahawa Pakatan Harapan sebenarnya adalah milik mutlak Lim Kit Siang dan DAP demi memastikan undi Melayu berpihak kepada Pakatan Harapan, helah tahun 1988 telah digunakan oleh Mahathir.

Mahathir berterus terang bahawa Pakatan Harapan tidak menyertakan nama Anwar Ibrahim dalam cubaan mendaftar nama Pakatan tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Menurutnya, jawatan Ketua Umum walaupun sebenarnya wujud tetapi tiada sesiapa pun dinamakan - begitu juga dengan lain-lain jawatan.

"Apabila kami menyerahkan perlembagaan, kami tidak akan menamakan sesiapa pun yang memegang jawatan. Kita tidak letakkan nama tetapi jatawannya," katanya.

Anwar Ibrahim telah dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan bersama-sama isterinya yang dinamakan sebagai Presiden dan Mahathir sebagai Pengerusi.

Berdasarkan undang-undang, seorang ahli politik yang sedang menjalani hukuman penjara, tidak boleh memegang sebarang jawatan rasmi dalam parti atau terbabit aktif dalam politik.


Puak Reformis tahu helah Mahathir adalah untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim sepenuhnya. Justeru, mereka menentang kehadiran dan perlantikan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Mahathir mahu membolot Lim Kit Siang dan DAP untuk dirinya, manakala PKR pula sekadar menjadi pak turut, sebagaimana yang diamalkannya ketika dia masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu.

Dan di sebalik kekuatan mereka yang digembar-gembur dan diakui, DAP juga sebenarnya memerlukan Dr. Mahathir setelah pendedahan demi pendedahan tentang penyonglapan wang rakyat serta tanah milik negeri di Pulau Pinang dibuat dari semasa ke semasa. Gaya hidup mewah dan tamak haloba Lim Guan Eng serta isterinya, Betty Chew merupakan masalah besar kepada DAP. Sama seperti di Selangor apabila Azmin Ali juga terpaksa mencari payung untuk berlindung setelah satu demi satu skandal kewangan mulai didedahkan dan Azmin Ali sendiri tidak tahu siapa di sebalik semua pendedahan tersebut.

Baik keseluruhan DAP mahupun Azmin Ali, kebergantungan mereka kepada Dr. Mahathir amat kuat kerana rekod Dr. Mahathir membela kroni dan proksi telah terbukti selama ini sehingga mendorongnya untuk berusaha menggulingkan Najib Abdul Razak. Yang tertinggal cumalah Wan Azizah dan PKR. Bukan kerana Wan Azizah tidak dapat menawarkan sesuatu kepada Mahathir tetapi disebabkan Wan Azizah sentiasa 'blur' dalam semua keadaan dan otak Wan Azizah tidak mencapai mutu serta standard sebagai seorang ahli politik biarpun telah terlibat secara langsung dari tahun 1999 lagi.

Maka tidak hairanlah puak yang kerap ke jalanraya melakukan flashmob, demonstrasi, bahkan sanggup berhadapan dengan risiko undang-undang menyatakan penentangan keras terhadap Dr. Mahathir biarpun sekarang, Mahathir sudah berada bersama-sama para pemimpin yang menentangnya sebelum ini.

Sebabnya mereka tahu, Mahathir melakukan semua ini hanya untuk kepentingan dirinya sendiri, demi kroni-kroni yang telah dihentikan keistimewaan mereka oleh Najib, demi anak-anaknya yang terlalu bergantung kepada perniagaan berasakan kontrak kerajaan dan demi legasi kuasanya. Mahathir tidak pernah peduli dengan rakyat, sebaliknya mempergunakan rakyat untuk mengkayakan anak-anak, kroni dan proksi.

Thursday, July 27, 2017

SELEPAS DEDAHKAN KONSPIRASI GULINGKAN NAJIB TAHUN 2014, HARI INI MUKHRIZ KECEWA APABILA MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN PROSIDINGNYA KE ATAS NAJIB!!!



Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah yang dikemukakan peguam Mukhriz dan Najib.

Dalam keputusannya, Ahmad Zaidi mendapati Mukhriz gagal membuktikan keadaan prima facie kenyataan dalam blog Najib merujuk kepada pernyataan tuntutan kes saman fitnah dikemukakan Mukhriz terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, yang memberikan bebanan dan tekanan kepada mahkamah membuat keputusan.

Katanya, selepas meneliti kedua-dua kenyataan itu, memang ada perbezaan dan Mukhriz juga tidak dapat menunjukkan kenyataan Najib itu mempunyai persamaan dengan dua kenyataan media Sariffuddin yang didakwa mengandungi unsur memfitnah.

"Saya dapati tiada mana-mana kenyataan itu (kenyataan Najib) yang boleh dikaitkan dengan mahkamah atau perbicaraan dalam kes saman fitnah ini.

"Plaintif dengan ini gagal menunjukkan beliau berhak untuk diberi kebenaran meneruskan prosiding seterusnya. Dengan ini mahkamah menolak permohonan kebenaran bagi prosiding komital tanpa sebarang kos, " katanya.

Pada 13 Julai lalu, Mukhriz memfailkan permohonan ex-parte terhadap Najib atas dakwaan perdana menteri membuat satu kenyataan pada 7 Julai lalu di dalam blog miliknya yang mengandungi kandungan secara jelas merujuk kepadanya (Mukhriz) dan menghina serta mencampuri urusan mahkamah.

Beliau turut memfailkan permohonan sama terhadap Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan di dalam portal Sinar Online pada 15 Julai lalu membabitkan perbicaraan saman fitnah berkenaan.

Mukhriz diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla manakala peguam Wan Hazmir Wan Majid mewakili Najib.

Mahkamah menetapkan pada 6 Oktober ini mendengar permohonan prosiding komital dikemukakan Mukhriz terhadap Ab Aziz.



TERKULAT-KULAT HISHAMUDDIN RAIS, MAT SABU DAN HARIS IBRAHIM APABILA DIPANGGIL BADUT OLEH AKTIVIS REFORMASI JALANAN KERANA ASYIK MENGHASUT TETAPI SEKARANG, JILAT MAHATHIR!!!



Petikan video di atas adalah sebahagian daripada Forum 'Mahathir Agen Pembaharuan atau Pemusnah'. 

Apa yang dapat disimpulkan daripada forum tersebut ialah: 

1. Haris Ibrahim berpendapat, Parti Cap Bunga adalah UMNO Baru versi Mahathir. 

2. Majoriti anak muda pro pembangkang pada zaman PR tidak dapat menerima Mahathir. Bukan soal Mahathir itu dari UMNO tetapi lebih kepada prinsip. Mereka berpendapat, seandainya betul Mahathir mahu menyelamatkan Malaysia daripada PERASUAH, mengapa pula Mahathir harus dikecualikan sedangkan rasuah pada zaman Mahathir jauh lebih besar dan telah mendatangkan kerugian besar kepada negara. 

Salah seorang hadirin (di dalam klip video di atas) berkata, 'Kamulah (PAN-DAP-PKR) yang hasut rakyat dari tahun 1998-2016 Mahathir adalah perasuah besar dalam negara. Tak mustahil PRU-15 nanti, PH akan menyucikan Najib pula."

3. Panel yang pro-Mahathir tidak dapta menjawab soalan bertubi-tubi daripada penonton. Mat Sabu terkapai-kapai apabila Mahathir dibalun terutama oleh Arul PSM.

4. Seperti biasa, Mat sabu cuba menafikan yang PH tunduk kepada Mahathir. Hujahnya adalah PH bermesyuarat selama 4 jam setengah kerana Mahathir bukan lagi seorang diktator. Tambahnya lagi, kalau Mahathir masih diktator, mesyurat itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja. 

Itu satu penafian yang cukup memalukan, sedangkan mesyuarat selama 4 jam setengah telah bersetuju untuk melantik Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. 

5. PH terpaksa mengaku bahawa mereka sekarang berada dalam krisis, siapa PM pilihan PH dan yang paling ketara adalah membabitkan pembahagian kerusi. 

6. PH akan kehilangan majoriti pengundi di atas pagar dalam PRU-14. Ini kerana mereka sudah tidak yakin dengan PH. Silent majority yang meluat kepada PH. 

7. Mahathir adalah agen pembaharuan untuk UMNO Baru dan pemusnah untuk PH.

COPY PASTE DARI GROUP WHATSAPP PRO-PAKATAN

TEMBERANG WAN AZIZAH KONONNYA NAK WUJUD RCI SIASAT MAHATHIR HANYA UNTUK PUJUK AHLI PKR DAN DAP YANG MASIH TAK SUKAKAN MAHATHIR!!!



Dua hari lepas, Wan Azizah dilaporkan berkata, sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14 akan datang, sebuah RCI akan diwujudkan untuk menyiasat salah laku Mahathir. Dengan kata lain, segala tindak-tanduk Mahathir yang telah menyebabkan Anwar Ibrahim kehilangan peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia, akan dibicarakan dan kemudian Dr. Mahathir akan dihukum.

Ada lagi 'nasi tambah' daripada para pentaksub kononnya, RCI itu juga akan mengembalikan harta-harta rakyat yang telah dirompak oleh Mahathir menerusi kroni dan keluarganya.

Dr. Mahathir sekarang ini adalah Pengerusi Pakatan Harapan di mana Wan Azizah adalah Presiden Pakatan Harapan.

Tidak ramai yang memberikan perhatian serius kepada kata-kata dan pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah. Ini adalah kerana Wan Azizah bukanlah seorang ahli politik yang berkaliber. Dia hanya bergantung kepada suaminya yang merupakan banduan jenayah liwat yang sedang menjalani hukuman penjara serta air mata. Biarpun Wan Azizah sendiri merupakan ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, tidak banyak benda yang dilakukannya di kedua-dua kawasan yang dia adalah wakil rakyat. Sebaliknya, Wan Azizah kerap kali tidak tahu apa-apa tentang Permatang Pauh dan Kajang.

Dalam PKR sendiri, perselisihan antara Wan Azizah dengan Azmin Ali bukanlah rahsia lagi. Azmin Ali dilaporkan sudah tidak menghormati Wan Azizah lagi. Manakala Wan Azizah yang mendapat sokongan daripada puak-puak DAP, turut meninggikan suara kepada Azmin Ali yang dilihat terlalu pro-Mahathir, bahkan berusaha me'Mahathir'kan PKR selepas namanya disebut-sebut sebagai bakal PM ke-7 sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14.

Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor digelar sebagai 'Kartel Min'. Sebahagian daripada pentaksub menyifatkan Azmin Ali sebenarnya sedang berusaha untuk mendapat tempat di dalam UMNO tanpa perlu menyertai UMNO dengan harapan, sekiranya UMNO-BN berjaya menawan Selangor, kedudukannya selaku Menteri Besar tidak akan terjejas.

Pengumuman dan ikrar Wan Azizah itu sebenarnya tidak lebih daripada sandiwara semata-mata. PKR dan Wan Azizah sendiri sedang bergelut dengan tentangan dari dalam PKR sendiri, khususnya golongan yang terlibat dalam reformasi dan demonstrasi jalanan 1998.

Tidak sahaja PKR, DAP turut bergelut untuk menerangkan kepada para pengikut, pengundi dan penyokong mereka bahawa Mahathir sebenarnya tidak ada nilai di dalam Pakatan Harapan melainkan untuk digunakan bagi tujuan menarik undi Melayu demi menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN sepertimana yang dicatatkan oleh Hew Kuan Yau di dalam laman Facebook peribadinya.


Dengan kata-kata lain, pengumuman tersebut hanyalah usaha untuk mengepung dan memastikan para penyokong PKR dan DAP selama ini, tidak menyelar kepimpinan Pakatan Harapan terutama dari PKR dan DAP yang sebelum ini kuat menentang Mahathir, bahkan Mahathir adalah faktor utama kewujudan dan kesepakatan mereka, tetapi sekarang telah menjadi sebaliknya.

Sesuatu yang pasti ialah, Mahathir sendiri sudah tentu mempunyai perancangan jangka panjangnya yang tersendiri. Tidak mungkin dia akan menyua tengkuknya secara mudah untuk disembelih oleh bekas musuhnya. Lebih-lebih lagi dengan nadanya yang mulai berubah ke arah 'penyatuan Melayu'.

Dan hal ini dapat dibuktikan menerusi rombongan Pemuda Pakatan Harapan yang datang menyembah Mahathir di pejabatnya di Yayasan Perdana hari ini...

SELEPAS MENAMAKAN DIRINYA SEBAGAI 'TOP DOG', PENCERAMAH TERKENAL DAP MELABELKAN DR. MAHATHIR SEBAGAI 'KUDA TUA' UNTUK SKRU MELAYU!!!



Penceramah DAP yang berasa dia sangat besar kepala dan terlalu memusuhi orang Melayu, bahkan dalam ceramah-ceramahnya sentiasa mencadangkan bagaimana Cina DAP boleh menguasai Melayu-Islam di negara ini, Hew Kuan Yau barangkali secara tidak sengaja telah memecahkan rahsia dan objektif utama DAP serta Lim Kit Siang. 

Dia yang turut dikenali sebagai 'Superman' mencipta satu lagi kontroversi yang sudah pasti tidak akan disenangi oleh Lim Kit Siang apabila menyamakan Dr. Mahathir sebagai 'keris' yang boleh digunakan untuk membunuh UMNO. 

Di dalam status Facebooknya, Hew memuatnaikkan gambar keris dan menulis petikan dalam bahasa Cina yang bermaksud, "Sekiranya kita hendak menjalankan tugas, kita perlu menajamkan senjata kita."

Menurutnya, untuk menghapuskan UMNO terutama di kawasan-kawasan luar bandar, 'kuda tua' adalah senjata paling tajam yang boleh digunakan. 

"Perlu diingat, kuda tua itu boleh menjadi alat untuk menentang Najib," tulisnya. 

'Kuda Tua' yang dimaksudkannya adalah merujuk kepada Dr. Mahathir yang namanya dalam Bahasa Cina kedengaran seperti perkataan yang bermaksud kuda. 

Pada Pilihanraya Negeri Sarawak lalu, Hew Kuan Yau mencetuskan kontroversi apabila dia menuturkan ayat 'Skru Melayu' yang kemudian cuba dinafikan oleh DAP sebagai pendirian rasmi parti tersebut. 

Ketika berkempen di Batu Kitang, Kuching, Hew menyeru para pengundi memilih calon DAP, Abdul Aziz Isa yang boleh digunakan oleh parti sebagai Melayu yang akan menyerang Melayu. 

Di dalam posting di Facebooknya, dia turut memperlekehkan mereka yang membenci Dr. Mahathir dan berkata, golongan tersebut gagal melihat apa yang perlu dilakukan. Dia turut menggesa para pengundi untuk mempergunakan kekuatan bekas pemimpin utama UMNO itu untuk menghapuskan UMNO. (RUJUK SINI)

Posting terbaharu Hew Kuan Yau itu, telah mendapat komen-komen menyokong daripada peminat-peminatnya yang rata-rata mereka adalah dari kaum Cina.


Wednesday, July 26, 2017

MULANYA EJEK, TAPI SEKARANG, DAP DAN TONY PUA MARAH SEBAB PAS NAK BERTANDING DI KERUSI DAP!!!



Tony Pua sangat efektif mempertahankan kepentingan DAP selepas perlantikannya sebagai Pengerusi Biro Penerangan Pakatan Harapan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad. Biarpun dia turut membawa sama perjuangan dan aspirasi PKR, PAN dan Cap Bunga, tetapi sama seperti Cina-Cina DAP yang lain, perkara utama baginya adalah kepentingan DAP.

Salah satu perjuangan utama DAP adalah memastikan masyarakat bukan Islam percaya bahawa DAP adalah saviour yang menyelamatkan mereka daripada penguasaan sebarang elemen yang bersangkutan dengan Islam dan umat Islam.

Selain UMNO yang menjadi musuh utama DAP, parti chauvinist yang masih gagal menerangkan tentang dana politik RM1.2 bilion dari Zionis Israel itu turut menjadikan PAS sebagai musuh utama mereka. PAS dimusuhi bukan kerana Islam sangat, tetapi kerana PAS telah menggagalkan usaha DAP untuk menjadikan PAS sebagai biro agama Islam yang mengaut undi dan sokongan masyarakat Islam kepada DAP. Keputusan PAS untuk berpisah dengan DAP, telah menyebabkan kepimpinan tertinggi DAP melancarkan perang habis-habisan ke atas PAS.

Sebelum berseteru, keputusan untuk bertanding di kerusi mana, akan dirundingi oleh PAS dengan DAP. DAP adalah kuasa pemutus yang suara mereka perlu diambil kira dan dijadikan panduan.

Disebabkan itulah, walaupun sudah berpisah, DAP dan sebahagian besar pemimpin DAP masih lagi menganggap PAS perlu ikut kata perintah mereka. Sebelum ini, pengumuman PAS untuk bertanding lebih sedikit kerusi membuatkan DAP dan Pakatan mengejek parti berkenaan.

Kata-kata seperti 'buat apa berpolitik kalau tak nak menang', 'bagaimana nak menang Putrajaya kalau bertanding sikit je,' 'bagaimana nak ada kuasa kalau tak berani nak letak calon di lebih banyak kerusi', dan 'sengaja nak bagi UMNO-BN menang sebab tu tak nak lawan UMNO-BN di semua kerusi'.

Namun apabila PAS mengumumkan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya 100 kerusi, sekali lagi Pakatan yang diketuai oleh DAP berkokok marahkan PAS. Tetapi suara-suara mengejek masih juga kedengaran seperti "Bertanding 100 kerusi jer, macam mana nak dapat majoriti 2/3 untuk bentuk kerajaan."

Baru-baru ini, PAS mengumumkan pelancaran jentera pilihanraya di Permatang Pauh menjadikan PAS sebagai sasaran kemarahan PKR yang bukan sedikit. PAS dituduh kononnya tidak hormatkan rakan-rakan pembangkang sebab berani menerjah kawasan kubu kuat PKR. PKR terlupa bahawa tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR pada tahun 1999 memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah untuk bertanding di situ walaupun sebelum 1999, kerusi Parlimen Permatang Pauh ditandingi PAS menentang BN.

DAP pula kalut apabila PAS umumkan, mereka juga akan bertanding di kawasan yang turut ditandingi oleh DAP. Tony Pua menempelak PAS dan menuduh PAS sengaja nak bagi BN menang besar selain menuduh PAS bersekongkol dengan UMNO-BN. (RUJUK SINI)

Tony Pua terlupa agaknya atau buat-buat bodoh barangkali apabila PAN umumkan nak bertanding di Kelantan dan Terengganu membabitkan kerusi-kerusi PAS, Tony Pua bukan sahaja tidak bercakap apa-apa, malahan menyokong kuat keinginan PAN itu. Tidak itu sahaja, DAP menerusi Lim Kit Siang juga telah melantik Husam Musa dari PAN sebagai bakal Menteri Besar Kelantan tanpa peduli pun perasaan PAS yang telah menguasai Kelantan dari tahun 1990 lagi.

Kebijaksanaan DAP ialah cuba menampilkan mereka sebagai mangsa walaupun sebenarnya merekalah pemangsa yang menyamar sebagai mangsa!

Terbaharu ialah apabila Tony Pua diselar kerana bukan sahaja gagal memastikan Lim Guan Eng bersih daripada tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, tetapi berusaha menggagalkan fungsi undang-undang di Malaysia menerusi pemanipulasian dan kempen berterusan menentang undang-undang negara.

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, 'berjaya' mengelak daripada dibicarakan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam masa terdekat, bahkan berikrar akan memastikan perbicaraan tersebut ditunda dan dilengah-lengahkan.



MBI SELANGOR ANCAM TINDAKAN UNDANG-UNDANG UNTUK TUTUP SKANDAL UNISEL-MBI-JNSB!!!



Pendedahan berterusan oleh beberapa buah blog dan portal terutama oleh Selangor-Leaks, CaptainM dan MyMassa membabitkan skandal UNISEL-Jana Niaga Sdn Bhd dan MBI, kini mula menarik perhatian ramai.

Azmin Ali dan pentadbirannya sekarang ini dilihat kelam-kabut untuk menutup skandal tersebut dengan ancaman saman, sama seperti yang cuba dilakukan oleh Lim Guan Eng dan pentadbirannya di Pulau Pinang dalam isu terowong dasar laut dan penyelewengan tanah serta wang rakyat Pulau Pinang yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

Kemelut UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) telah bermula pada era pentadbiran Khalid Ibrahim lagi. Kegagalan JNSB menjalankan tanggungjawab mereka, menyebabkan Khalid Ibrahim dan UNISEL menamatkan kontrak JNSB. Untuk beberapa bulan, isu tersebut senyap sehinggalah Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, dan JNSB mula mengambil tindakan mahkamah bagi membuat tuntutan.

Salah seorang yang diancam akan disaman oleh Azmin Ali dan pentadbirannya adalah Rizal Mansor, pegawai khas Perdana Menteri. Rizal dalam ucapan perasmian mesyuarat sebuah UMNO Cawangan di Selangor telah membangkitkan isu dan persoalan tentang pembayaran oleh MBI kepada JNSB.


Gagal menjawab dan terkejut dengan pendedahan tersebut, pentadbiran Azmin Ali segera melompat dan melatah. Usaha untuk menutup skandal tersebut dibuat dengan pemanipulasian undang-undang, kaedah yang amat digemari oleh Pakatan Harapan terutama sekali DAP.

DAP dalam beberapa usahanya telah berjaya menutup mulut para pengkritik Kerajaan Negeri berhubung pembayaran besar-besaran secara tunai atau nilai tanah kepada syarikat persendirian dan harga mahal dalam beberapa projek yang hanya disebut tetapi tidak direalisasikan.

Gagal menjawab dan enggan menjawab, DAP dan Lim Guan Eng akhirnya menggunakan kuasa mahkamah menerusi proses injuksi bagi menutup cerita sebenar daripada diketahui orang ramai.

Di Selangor, Azmin Ali juga nampaknya cuba menggunakan kaedah yang sama walaupun pada masa yang sama, cuba membuat penafian yang bercanggah dengan surat-surat yang disiarkan oleh blog-blog dan portal-portal terbabit.


Dalam status terbaharu yang dimuatnaik di laman Facebook peribadinya, Rizal mempersoalkan tindakan MBI membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM10 juta kepada JNSB walaupun tidak dipersetujui oleh UNISEL. Rizal mempersoalkan tujuan pembayaran berkenaan dengan proses timbangtara yang dimaksudkan.

Azmin dan kepimpinan negeri terutama sekali MBI diminta memberikan penjelasan sebenar berhubung perkara ini kerana ia melibatkan rakyat Selangor khususnya pelajar-pelajar UNISEL.

Malangnya Azmin lebih berminat untuk menyaman dan berusaha menutup mulut pihak yang bertanya!!!


AKHBAR BERBAHASA CINA DEDAHKAN, ANUGERAH 'THE BEST CITIES' DAN 'THE BEST MUNICIPAL MANAGERS' DIBELI KERAJAAN NEGERI DAP UNTUK TUJUAN BERLAGAK DAN MENUNJUK-NUNJUK!!!



Pendedahan sebenarnya dibuat oleh sebuah akhbar harian berbahasa Cina, Guan Ming Daily. Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak malah pihak yang selama ini bermegah-megah dengan anugerah itu ini daripada Europe Business Assembly (EBA), mula tidak senang duduk kerana pendedahan berkenaan turut mengaitkan dengan wang rakyat yang digunakan secara seleweng.

Datuk Muhammad Farid Saad, ADUN Pulau Betong memetik pendedahan Guang Ming Daily bahawa anugerah-anugerah oleh EBA sebenarnya anugerah-anugerah yang 'boleh dibeli dengan sejumlah wang yang banyak'.

Muhammad Farid yang membuat carian di Internet, menemui banyak artikel yang mendakwa EBA adalah sebuah organisasi tidak berkredibiliti dan hanya bermatlamat mencari untung dengan 'menjual anugerah-anugerah' kepada sesiapa sahaja termasuklah organisasi kerajaan dan perniagaan yang sanggup membayar mereka

Menurutnya, carian di Internet telah menemukannya dengan artikel terbaharu berhubung EBA bertajuk, "Ukranian businessmen trade on reputation of Oxford University to make millions selling fake honours and awards". (RUJUK SINI)

Turut ditemui juga adalah artikel “Bought International Awards to Show Off at Home Turf” (RUJUK SINI) yang mendedahkan bagaimana Bandaraya Belgrade memenangi anugerah 'The Best City' manakala Datuk Bandarnya pula memenangi anugerah 'The Manageer of the Year' pada Julai 2012 dan majlis yang diadakan di Dublin, Ireland iaitu setahun sebelum MBPP dan Dato' Patahiyah Ismail memenangi anugerah-anugerah yang serupa.

Dalam pendedahan tersebut, Datuk Bandar Belgrade dilaporkan telah membayar hampir €11,000 (RM54,780) menggunakan wang kantung Majlis Bandaraya Belgrade sebagai yuran penyertaan dalam majlis anugerah tersebut kepada EBA.

Pada 26 Mac 2013, akhbar the Star melaporkan bahawa Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato’ Patahiyah Ismail akan menerima anugerah “Best Municipal Manager” manakala MPPP menerima “Best Municipality Award” daripada Europe Business Assembly (EBA) dalam satu majlis yang akan diadakan pada 1 dan 2 Julai 2013 di Montreux, Switzerland. (RUJUK SINI)

Pada 8 Julai 2013 YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kenyataan selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majis MPPP telah dengan bangganya memaklumkan kepada umum dua anugerah daripada EBA yang telah diterima Dato’ Patahiyah dan MPPP tersebut. (RUJUK SINI)

Pada 2 Julai 2014, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Yang DiPertua MPSP pada masa itu, Dato’ Maimunah Mohd Sharif turut memenangi anugerah yang dimenangi oleh MPPP dan Dato’ Patahiyah Ismail pada tahun sebelumnya daripada EBA. Maklumat mengenai penerimaan augerah dan pengiktirafan daripada EBA dipaparkan di laman web Majlis Perbandaran Seberang Perai. (RUJUK SINI).


Majlis Anugerah EBA bagi tahun 2014 telah diadakan di Stresa, Itali. Malah MPSP turut menerima Sijil pengiktirafan bagi : (1) Best Holiday Destination, (2) Best Cities dan (3) Top Medical / Travel / Hospitality Web-site.

Sehubungan dengan pendedahan yang dibuat oleh Akhbar Guang Ming Daily, Muhammad Farid mendesak dan menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas slogan Cekap, Akauntabel dan Telus untuk memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang sama ada MPPP dan MPSP turut membuat bayaran wang kepada Europe Business Assembly, sebuah organisasi yang dikatakan tidak kredibel untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut?

Apakah wang milik rakyat Pulau Pinang telah dibelanjakan untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut? Adalah agak menghairankan DUA Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam negeri yang sama di Malaysia boleh memenangi anugerah yang sama daripada sebuah organisasi antarabangsa di Eropah pada dua tahun berturut-turut.

Apakah dalam keghairahan untuk mencari pujian dan pengiktirafan antarabangsa dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang  Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP adalah terbaik, MPPP dan MPSP telah “membayar wang” untuk mendapatkan anugerah-anugerah dan pengiktirafan dari sebuah organisasi yang “bogus”?

Adalah amat mendukacitakan dan memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang sekiranya benar MPPP dan MPSP telah turut membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014 lalu. Perbuatan sebegitu tidak ada bezanya dengan mereka yang "membeli ijazah yang dijual oleh universiti-universiti atas talian.


Sementara itu, MBPP telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung isu yang sama. Walaupun tidak mengakui secara langsung, tetapi pendedahan yang dibuat oleh akhbar Guang Ming Daily itu, benar-benar membantutkan usaha Lim Guan Eng dan DAP mahu bermegah-megah kononnya mereka sangat hebat mentadbir setelah tembelang mereka pecah dan kantoi!


KERANA DR. MAHATHIR, PUAK REFORMIS JALANAN TERMASUKLAH HISHAMUDDIN RAIS BERTEGANG URAT!!!



Kumpulan Reformasi yang pernah menjadi tunggak kekuatan PKR, kembali mendapat perhatian apabila beberapa hari lepas, membuat ketetapan menolak kehadiran Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Bahkan berasa jijik apabila pemimpin-pemimpin pembangkang yang suatu ketika dahulu begitu membenci Dr. Mahathir dan berazam untuk memenjarakannya setelah memecat dan mendedahkan rahsia sumbang Anwar Ibrahim, kini bertindak sebaliknya.

Mereka yang naik sebagai pemimpin utama PKR setelah puak Reformasi buat kerja, sekarang ini berjabat tangan, memeluk bahkan mencium tangan Dr. Mahathir.

Kumpulan Reformasi dua hari lepas berjaya mencuri tumpuan menerusi perletakan jawatan Pengerusi Otai Reformasi 1998 yang juga merupakan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib. Malah dalam satu kenyataan pada 24 Julai itu juga, Otai Reformsi berkata, semua pemimpin Pakatan Harapan yang menyandang dalam gerakan itu juga harus berundur daripada Otai Reformis.

Saari Sungib adalah Timbalan Pengerusi PAN Selangor. Partinya bersama-sama PKR, DAP dan Cap Bunga telah melantik Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan minggu lepas.

Selain Saari, turut melepaskan jawatan adalah Setiausahanya, Abdul Razak Ismail.

Abdul Razak bagaimanapun mengambil keputusan itu kerana mahu menjadi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menentang Pakatan harapan pada PRU akan datang. Menurut Abdul Razak, dia menentang Pakatan Harapan kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Dr. Mahathir dalam pakatan tersebut.

Ramai yang keliru antara Otai Reformis 1998 dengan Pro Reformis 98. Kedua-duanya adalah entiti yang berbeza. Otai Reformis sebelum ini dipengerusikan oleh Saari Sungib manakala Pro Reformis 98 ditubuhkan dan diketuai oleh Dr. Badrul Amin.

Kehadiran Dr. Mahathir dalam saf utama kepimpinan Pakatan Harapan, telah menimbulkan perpecahan di kalangan mereka sendiri terutama daripada pemimpin-pemimpin gerakan jalanan.


Hishamuddin Rais yang suatu ketika dahulu, mendengar nama Dr. Mahathir sahaja sudah boleh membuatkan dia termuntah, dalam satu FORUM membabitkan pemimpin-pemimpin jalanan reformasi menyatakan, Mahathir tidak perlu dibenci kerana dia boleh digunakan untuk menjatuhkan Najib dan UMNO-BN. Persoalan tentang siapa bakal jadi Perdana Menteri katanya, tidak perlu dibincangkan lagi kerana yang terlebih penting adalah menang dahulu. Malah dia 'MELEMBUKAN' sesiapa sahaja yang masih bercakap tentang tidak perlunya Mahathir di dalam Pakatan Harapan. (RUJUK SINI)

Pujukan agar ahli-ahli parti komponen Pakatan Harapan untuk menerima Dr. Mahathir dan kepimpinannya mengulangi semula skrip ketika PAS masih bersama-sama DAP dan PKR iaitu Dr Mahathir sudah berubah dan bertaubat. Jadi, perlu diberikan peluang dan tidak perlu lagi menyalahkannya.

Namun ada suara-suara yang bertanya, mengapa setelah bertahun-tahun para pemimpin yang sama menghasut rakyat supaya menentang Kerajaan dan Dr. Mahathir, dalam sekelip mata sahaja mereka pula yang bertindak mencium dan menjilat tangan Dr. Mahathir, kemudian meminta rakyat yang telah dihasut itu sama-sama mencium dan menjilat tangan Dr. Mahathir.


PROVOKASI MURAHAN ARMADA BUKTIKAN KEBACULAN SYED SADDIQ YANG LARI LEBIH AWAL!!!



Belum habis lagi cerita tentang pertembungan antara gerombolan Armada Cap Bunga dengan sekumpulan Pemuda UMNO yang menunggu di hadapan Ibu Pejabat UMNO.

Semuanya bermula daripada cabaran salah seorang ahli Armada yang mahu menampar muka Exco Pemuda UMNO, Armad Azhar walaupun asalnya hanyalah kononnya mahu menyampaikan surat jemputan program Nothing To Hide 2.0 bagi membolehkan Najib Abdul Razak berdebat dengan Dr. Mahathir.


Syed Saddiq yang merupakan Ketua Armada berdegar-degar di Facebook. Trick lama yang digunakan oleh PKR untuk membuktikan bahawa UMNO adalah samseng dan jahat, dikitar semula. Provokasi yang dilakukan oleh Armada dan pembohongan Syed Saddiq sendiri, tidak pula diterangkan kepada masyarakat.

Pengalaman sebelum ini yang menyaksikan bagaimana Adam Adli menurunkan bendera yang ada wajah Najib di pekarangan Ibu Pejabat UMNO sendiri, tetap diingati. Justeru tindakan kumpulan Pemuda UMNO itu menunggu untuk berhadapan dengan gerombolan Armada, adalah sesuatu yang sewajarnya.

Armada sendiri pun, seandainya ada ahli-ahli Pemuda UMNO yang menyerang Ibu Pejabat Parti Cap Bunga di Petaling Jaya dan berbuat sepertimana yang mereka lakukan pastinya akan mengambil tindakan yang serupa. Bahkan mana-mana parti politik pun, akan bertindak serupa.


Alasan yang diberikan oleh Armada ialah mereka cuma mahu menyampaikan surat. Ekoran kejadian semalam, mereka mengejek-ngejek kononnya UMNO terlalu takutkan sepucuk surat walaupun perkara sebenar ialah, kejadian itu berlaku kerana provokasi melampau Armada sendiri. Syed Saddiq kemudiannya cuba melakukan penipuan dan pembohongan kononnya wakil Armada telah dipukul sedangkan berdasarkan pengakuan ahli Armada itu sendiri, kejadian pukul itu tidak berlaku.

Dengan menjemput ahli-ahli Armada datang bersama-sama 20 orang yang lain bagi tujuan menyerang Ibu Pejabat UMNO dan kemudian menyatakan mereka datang untuk menyerahkan surat dan menampar muka salah seorang Exco Pemuda, pastinya skrip tersebut dicipta bertujuan untuk menimbulkan provokasi yang lebih besar, sekaligus mencetuskan masalah lebih runcing.


Kemudian datang pula dengan membawa plakad-plakad provokasi. Antara plakad yang dibawa Armada:

"Boleh bawa isteri jika takut."
"Bak datang panglima kepit."

Difahamkan, sebelum itu, sepucuk surat jemputan Nothing To Hide 2.0 telah pun diserahkan dan diterima oleh Pejabat Perdana Menteri. Cubaan menyerang dan menceroboh Ibu Pejabat UMNO semalam, tidak lebih daripada sekadar satu provokasi murahan yang sewajarnya ditangani oleh orang UMNO sendiri.

Publisiti murahan menerusi debat yang tidak pernah disuburkan oleh Mahathir semasa tempoh kekuasaannya dahulu, tidak perlu dilayan. Parti Cap Bunga sebenarnya sedang karam dan mereka akan menggapai apa-apa sahaja untuk timbul termasuklah tahi sendiri.


Tuesday, July 25, 2017

RAFIZI RAMLI JUTAWAN TAPI MASIH MENIPU UNTUK KUTIP DUIT DARI ORANG RAMAI BAYAR SAMAN RM300 RIBU!!!



Rafizi Ramli menerusi syarikatnya, INVOKE mengemis daripada orang ramai untuk membayarkan saman fitnahnya yang berjumlah RM300,000. Panjang lebar Rafizi bercerita di dalam laman Facebook INVOKE tentang 'nasib malang' yang menimpanya.

Mahkamah telah mendapati Rafizi Ramli adalah seorang penfitnah. Dia telah didapati bersalah menfitnah NFCorps dan pengerusi syarikat tersebut. Rafizi gagal membuktikan kebenaran dirinya di mahkamah berdasarkan fakta dan angka. Disebabkan kekalahannya itu, dia kemudiannya perlu membayar saman fitnah kepada syarikat terbabit.

Namun menerusi media sosial, Rafizi Ramli terus dan tetap mahu mengatakan dia tidak bersalah, dia tidak menfitnah, sebaliknya dianiayai sehingga didapati bersalah oleh mahkamah dan terpaksa pula membayar saman fitnah itu.



Selain kes NFC dan NFCorp, Rafizi Ramli juga terlibat dalam beberapa saman fitnah lain. Kebergantungan Rafizi kepada fitnah sememangnya amat diketahui. Apa-apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah fitnah semata-mata dan dia tidak dapat membuktikan kebenaran hujahnya semasa di mahkamah walaupun di atas pentas ceramah dan media sosial, pelbagai fakta dan hujah diberikannya.

Berdepan hukuman penjara, tetapi Rafizi Ramli berjaya mengelak perlaksanaan hukuman tersebut menerusi pemanipulasian undang-undang, kes-kes saman yang lain tetap menghantuinya.

Menggunakan kaedah menagih simpati daripada orang ramai adalah satu kaedah yang terkenal di seluruh dunia. Hampir kesemua ahli-ahli politik yang kononnya berjuang untuk rakyat, menggunakan pendekatan pembabitan orang ramai walaupun sebenarnya, mereka sebenarnya jauh lebih daripada mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut.



NFC dan NFCorp perlu dijatuhkan bagi membolehkan keuntungan setiap tahun sebanyak lebih RM3 bilion setahun, kekal milik kartel-kartel daging yang menguasai pasaran. Tidak banyak kartel-kartel daging yang mendapat AP untuk mengimport daging ke negara ini. Kewujudan NFC dan syarikat NFCorp bukan sahaja akan mengganggu urusniaga dan pemonopolian kartel-kartel daging berkenaan yang dimonopoli oleh taukeh-taukeh bukan beragama Islam, bahkan akan menyebabkan kebergantungan pengguna daging di Malaysia kepada daging-daging import, berkurangan secara drastik. Untuk itu, usaha kerajaan untuk memastikan bekalan daging di Malaysia menjadi lebih murah, menepati piawai Halal dan bekalan yang terjamin, perlu ditamatkan dengan apa cara sekalipun.

Rafizi Ramli muncul sebagai penyelamat kartel-kartel berkenaan. Dia begitu berbangga kerana berjaya meruntuhkan tunas-tunas usaha kerajaan untuk pembekalan daging mentah di negara ini. NFCorp akhirnya terpaksa dihentikan operasi apabila pusat penyembelihan tidak dapat dibina, pinjaman mudah mereka ditarik balik dan aset-aset mereka dibekukan.

Dua minggu lepas, apa yang ditakuti oleh pengguna-pengguna daging halal, akhirnya berlaku, kesan daripada perbuatan khianat Rafizi Ramli. Berita tentang 78 kontena daging kambing bercampur daging babi dan hanya 4 kontena sahaja yang berjaya disita, manakala bakinya 'hilang', menimbulkan keresahan yang bukan sedikit.


Ramai yang menyalahkan kerajaan kerana tidak mewujudkan sistem penternakan untuk pembekalan daging. Ironinya, kerajaan telah pun memulakan sistem tersebut tetapi Rafizi Ramli dengan bantuan daripada DAP yang memusnahkan industri yang baru hendak bertunas.

Sekarang, Rafizi Ramli tanpa rasa bersalah kerana mungkin telah menyebabkan sebahagian besar umat Islam di Malaysia memakan daging babi, meminta agar orang ramai menderma kepadanya supaya dia dapat membayar saman fitnahnya walaupun pada masa yang sama, Rafizi Ramli adalah seorang jutawan yang boleh menyelesaikan pembayaran itu dengan mudah.

Ironinya, ramai yang terlupa kisah 6 tahun, bersungguh-sungguh menyokong dan mahu membantu Rafizi Ramli!


PAN VIRAL KONONNYA PENEROKA FELDA KEMAHANG 1 NAK BAGI DUIT INSENTIF RM5000 KEPADA MEREKA... ANGAN-ANGAN SANGAT TINGGI!!!



Pasukan propaganda dan kempen Parti PAN menerusi media-media sosial, khususnya WhatsApp dan Telegram sedang menviralkan kisah 'unik' mereka kononnya 223 orang peneroka Felda Kemahang 1 di Kelantan, akan menyerahkan wang pemberian insentif hujung bulan ini sebanyak RM5000 kepada parti itu sebagai cara 'membuang sial' dan 'menyucikan pendapatan'.

Penyerahan wang tersebut juga adalah untuk persiapan PAN menghadapi PRU-14 yang akan datang.

Dalam propaganda tersebut, wakil kumpulan berkenaan yang dinamakan AYUB berkata, mereka sepakat untuk menyerahkan kesemua wang berkenaan kepada PAN atau Pakatan Harapan Kelantan kerana tidak yakin wang tersebut halal digunakan.

Seorang wakil rakyat daripada PAN akan dijemput untuk menerima wang itu bagi pihak Pakatan Harapan.


Felda Kemahang Tanah Merah terdiri daripada Kemahang 1, Kemahang 2, Kemahang 3 dan Kemahang 4 yang tiada peneroka.

Sebelum ini, Felda Gugusan Kemahang Tanah Merah adalah seramai 1208 orang. Yang tanam semula dan menjual hasil semula dengan  FELDA adalah seramai 909 orang. Felda Kemahang 1 pula merupakan kubu kuat PAS yang terdiri daripada 400 orang lebih peneroka. Sebahagian besar daripada mereka masih bersama-sama FELDA dan sebahagian pula bersendirian semasa proses tanam semula kali kedua.

Difahamkan kesemua peneroka di sini telah habis hutang mereka dengan FELDA.

Bukan kesemua peneroka FELDA yang akan menerima insentif tersebut. Sebaliknya pihak FELDA hanya akan membayar RM5000 kepada para peneroka yang masih bersama-sama FELDA. Manakala peneroka-peneroka yang bersendirian dan merupakan penyokong kuat PAS serta PAN, tidak akan memperolehi insentif tersebut.

Sedar tentang hal tersebut, menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Habuan besar yang menanti untuk para peneroka yang masih setia bersama-sama FELDA, turut mahu dinikmati oleh mereka yang tidak lagi bersama-sama FELDA, walaupun masih berada di tanah rancangan tersebut.


Seperti yang diterangkan oleh seorang Facebooker FELDA, Zaki Abdul Sani yang mengibaratkan para peneroka FELDA seperti penyimpan deposit di sebuah bank, kemudian berpindah bank, tetapi apabila bank pertama memberikan pelbagai insentif, para peneroka yang 'berpindah' tersebut tidak selayaknya bercakap tentang keberadaan mereka dalam FELDA lagi walaupun mereka masih tinggal di tanah-tanah rancangan FELDA. Begitu jugalah dengan para peneroka terbabit.

PAN sebenarnya sedang bergelut dengan masalah kewangan yang sangat teruk. Kalau sebelum ini, kewangan mereka banyak bersumber dari DAP, DAP sendiri nampaknya terpaksa berbelanja besar selepas Lim Guan Eng dan DAP berhadapan dengan pelbagai natijah undang-undang, membuatkan peruntukan untuk PAN dari DAP tersekat atau dihentikan.

Itulah antara sebab Mazlan Aliman, Presiden ANAK, dilihat bergelut teruk untuk membayar saman fitnah sebanyak RM500,000 kepada FELDA seperti yang diarahkan oleh mahkamah. Manakala beberapa orang pemimpin PAN lain, terpaksa mengemis simpati dan dana dari orang ramai untuk membina bilik-bilik gerakan di tempat masing-masing. Malahan ada yang terpaksa meminta dan mengemis daripada orang ramai semata-mata untuk menyara hidup dengan alasan 'PERJUANGAN'.


PAN lebih kalut apabila di sebalik cerita-cerita dan cakap-cakap besar kononnya PAN sedang mendapat sokongan besar daripada rakyat Kelantan, bahkan Husam Musa sendiri telah dimartabatkan dan diangkat oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan menggantikan Ahmad Yaakob dari PAS, Ijtima' Ulama yang diadakan di Kota Bharu beberapa hari lepas telah berjaya menghimpunkan lebih 50,000 orang yang rata-ratanya adalah golongan muda.

Sedangkan pada masa yang sama, PAN sendiri sedang bergelut untuk mengumpulkan para penyokong dan pendengar ceramah serta kempen mereka walaupun bergabung dengan PKR, Parti Cap Bunga dan DAP.

PAN sedang berusaha untuk menempatkan diri di kalangan ahli-ahli PAS, bahkan sedang berusaha untuk menyerang dan menawan kubu-kubu kuat PAS.

Cerita kononnya para peneroka FELDA yang tidak akan dapat insentif RM5000 itu akan memberikan wang insentif berkenaan kepada PAN, adalah cerita yang bersifat angan-angan semata. Ianya bertujuan untuk menunjukkan kononnya PAN telah berjaya menembusi kubu kuat PAS di Kemahang 1 biarpun pada masa yang sama, jumlah para peneroka yang menyokong PAN berbanding PAS, terlalu kecil. Apatah lagi sebilangan besar mereka, masih lagi bersama-sama FELDA dan tidak terpengaruh langsung dengan cakap-cakap subversif Mazlan Aliman!

Sebagai peringatan, pada 16 Oktober 2015, Mahkamah Tinggi Temerloh menolak tuntutan tiga orang peneroka FELDA ke atas FELDA dengan kos. Ketiga-tiga peneroka tersebut menfailkan permohonan untuk mendapatkan satu deklarasi dan perintah mandamus bahawa keputusan FELDA untuk tidak memberikan wang sebanyak RM300 kepada para peneroka sebagai pemberian wang insentif yang masih menyaman FELDA pada tahun 2014 adalah tidak sah kerana mereka masih mempunyai hak yang sama seperti peneroka-peneroka lain.

Hakin setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak pada 2 Jun 2015 menolak permohonan peneroka-peneroka tersebut pada 2 Oktober 2015. Antara alasannya ialah mahkamah mendapati para pemohon tersebut gagal menunjukkan mana-mana peruntukan dalam Akta yang boleh mewujudkan satu tugas atau tanggungjawab FELDA untuk membayar wang insentif kepada para peneroka. Wang insentif tersebut adalah daripada sumber kewangan FELDA sendiri dan keputusan pembayarannya dibuat atas kapasiti FELDA sebagai badan korporat, maka para peneroka tidak boleh mencabar keputusan tersebut melalui proses Semakan Kehakiman. (RUJUK SINI)


SEMAKIN JELAS, PAKATAN HARAPAN ADALAH MILIK MUTLAK DAP-KIT SIANG DENGAN PERLANTIKAN TONY PUA DAN GOBIND SINGH DEO!!!



Semakin jelas, siapa dan parti mana yang sebenarnya menerajui Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir.

Tepat sebagaimana yang dikatakan, DAP tidak akan membiarkan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan di mana hanya Lim Guan Eng, Chong Chien Jen dan M.Kulasegaran sahaja yang menjadi pengawal kepada Mahathir, Wan Azizah (Anwar Ibrahim), Muhyiddin, Mukhriz dan Azmin Ali. Biarpun di belakang Pakatan Harapan itu ada tangan ghaib Lim Kit Siang, tetapi yang pasti, DAP akan berusaha untuk memastikan Pakatan Harapan benar-benar mengikut seperti apa yang digariskan oleh DAP. 

Dengan kata lain, DAP mahu memastikan Pakatan Harapan kekal di bawah perintah dan arahannya!

Semalam, 24 Julai 2017, Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir mengumumkan perlantikan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua Kiam Wee sebagah Pengerusi Biro Penerangan Pakatan Harapan, manakala Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo pula sebagai Pengerusi Biro Guaman Pakatan Harapan. 

Sikap DAP terhadap Islam dan institusi Islam di negara ini, diketahui secara meluas dan tidak berselindung-selindung. DAP secara terang-terang menyokong pergerakan LGBT dan pemurtadan umat Islam. Amat kuat menentang RUU355 serta apa-apa sahaja usaha untuk memperkasakan undang-undang syariah di negara ini. Bahkan memusuhi PAS yang telah banyak membantu mereka dalam dua PRU lepas, hanya semata-mata untuk membuktikan mereka memang anti-Islam dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. 

Dengan kehadiran Tony Pua yang sudah pasti akan memastikan kelebihan penerangan berpihak kepada DAP, Gobind Singh Deo yang mengawal dan menguasai Biro Guaman pula, sudah pasti akan memastikan matlamat DAP untuk menjahanamkan Islam mengikut lompang undang-undang di negara ini dan memanipulasikannya sepertimana yang kerap dilakukan oleh DAP dalam usaha untuk menang dan dilihat sebagai juara bukan Islam. 

Kebanjiran isu-isu yang melibatkan pertentangan antara kepentingan Islam dan kepentingan bukan Islam seperti isu-isu perundangan membabitkan 'unilateral conversion' atau pertukaran agama secara sepihak anak-anak (RUU164) dan pemerkasaan mahkamah syariah (RUU355), sukar untuk digambarkan bagaimana Pakatan Harapan yang Biro Penerangan dan Biro Guamannya diketuai oleh pemimpin-pemimpin DAP akan mampu mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya di negara ini. 

Cuma kita tertanya-tanya, di mana nilai Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Penerangan Parti Cap Bunga Datuk Kamaruddin Mohd Noor dan Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad. Adakah mereka ini kesemuanya LEBIH PARIAH berbanding Tony Pua? Adakah mereka ini hanyalah KUDA KAYU yang bebal dan tidak tahu apa-apa, berbanding Tony Pua?

Bagaimana pula dengan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) PAN, Mohamed Hanipa Maidin dan para peguam Melayu di dalam PKR, PAN dan Cap Bunga sehingga mereka perlu diketepikan hanya untuk memberi laluan kepada Gobind Singh Deo?

Atau jawapan bagi kesemua ini boleh disimpulkan secara ringkas, PAKATAN HARAPAN adalah HAK MUTLAK DAP, maka suka hatilah DAP nak letakkan sesiapa pun. 

Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan mana-mana Melayu di dalam hierarki tertinggi Pakatan Harapan itu, tidaklah lebih tinggi daripada Lim Kit Siang dan DAP bahkan perlu sentiasa SUJUD SYUKUR kepada Lim Kit Siang dan DAP kerana mengangkat serta meletakkan mereka dalam jawatan di Pakatan Harapan!


Monday, July 24, 2017

MAAF LIM KIT SIANG, DAP TAK BOLEH GUNA LOGO PARTI CAP BUNGA KALAU DIHARAMKAN ROS, KATA MAHATHIR!!!



Dr. Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Parti Cap Bunga mengesahkan cakap-cakap sebelum ini bahawa Parti Cap Bunga sebenarnya hanyalah kick-off bagi DAP demi mendapatkan undi Melayu dan FELDA. Ini terbukti apabila Pakatan Harapan mengibarkan bendera di wilayah-wilayah bermajoritikan Melayu, bendera DAP tidak dikibarkan bersama-sama. Yang ada hanyalah bendera Pakatan Harapan, PKR, PAN dan Cap Bunga sahaja. Sekaligus cuba membenarkan bahawa DAP tidak ada sebarang kuasa ke atas Pakatan Harapan, biarpun hakikat sebenar adalah sebaliknya. 

Terbaharu, Dr. Mahathir mengesahkan Parti Cap Bunga tidak akan membenarkan sama sekali DAP bertanding dengan menggunakan logo parti itu sekiranya pendaftaran DAP dibatalkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). 

Menurut Dr. Mahathir, keputusan itu adalah perlu kerana Parti Cap Bunga adalah untuk menarik pengundi-pengundi Melayu. Penggunaan logo parti itu oleh DAP akan membuatkan status quo yang cuba ditonjolkan oleh Dr. Mahathir bahawa partinya adalah memperjuangkan Melayu, akan terbarai dan terkantoi.

Justeru, menurut Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir, Pakatan Harapan akan mengadakan perbincangan sesama mereka dan akan memutuskan apa penyelesaian bagi isu penggunaan logo dalam konteks DAP sekiranya Roket diharamkan oleh ROS.

Anuar Tahir berpendapat, Dr. Mahathir sebenarnya berhati-hati. 

"Kalau Dr. Mahathir kata ya, akan dipertimbangkan (DAP bertanding guna logo Parti Cap Bunga), kalau kata begitu nanti, seluruh media akan kata Mahathir adalah alat barua DAP."

7 Julai lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ekoran perlantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Parti DAP sendiri.

Menurut Mohammad Razin, pemilihan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 Cawangan.

DAP cuba bertegas dengan pendirian mereka, pemilihan semula CEC tidak perlu dilakukan. ROS dipersalahkan. Surat ROS kepada Lim Guan Eng bertarikh April 2013, tidak dikeluarkan dan disiarkan bahkan cuba untuk disembunyikan, kemudian berdrama kononnya ROS bersikap double-standard dan cuba memanipulasi undang-undang untuk mengenakan ROS.

Ketegasan Ketua Pengarah ROS yang baru, yang enggan untuk 'minum kopi' sebaliknya berkeras urusan antara ROS dengan DAP hanyalah menerusi surat, akhirnya membuatkan Teresa Kok, Naib Pengerusi DAP berkata, DAP tidak ada pilihan kecuali menuruti arahan ROS kerana PRU-14 semakin hampir. 

Difahamkan, selewat-lewatnya DAP akan mengadakan pemilihan semula pada Januari 2018 dalam usaha untuk memastikan kedudukan Lim Guan Eng dan kader-kadernya yang terjejas teruk, stabil dan mampu memenangi kedudukan dalam hierarki CEC.

LIM GUAN ENG TAK BERANI TUNJUK SURAT PERMINTAAN NAIKKAN TARIF AIR UNTUK KUMPUL RM150 JUTA TAMPUNG KERUGIAN PERBELANJAAN BOROSNYA!!!



Mujurlah Najib Abdul Razak buat pengumuman 6 insentif yang diberikan kepada warga FELDA. Sekaligus menyelamatkan Azmin Ali dengan kemelut UNISEL yang sudah mula terdedah dan Lim Guan Eng dengan kenaikan tarif dan harga air di Pulau Pinang. 

Pada masa yang sama, pening Rafizi Ramli tentang isu apa yang hendak dimomokkan kepada pengundi, berakhir apabila dia melancarkan pula kempen 'Selamatkan Tanah FELDA' sebagai balasan kepada 6 insentif yang diumumkan oleh Najib Abdul Razak kepada para peneroka FELDA. 

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung GERAKAN, Liang Teck Meng melancarkan serangan balas ke atas pembohongan yang dibuat oleh Lim Guan Eng. 

Sebelum itu, Lim Guan Eng atau lebih dikenali dengan gelaran 'Tokong' cuba memutarbelitkan fakta dan membuat tuduhan kononnya kekerapan kenaikan tarif air Pulau Pinang di bawah pentadbirannya adalah disebabkan oleh Kerajaan Pusat.

Katanya, "Kenyataan Teck Meng itu sekaligus seakan memberi petanda bahawa Kerajaan Pusat sendiri berhasrat menaikkan tarif air terendah negara yang dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang, supaya selari tinggi dengan tarif air domestik di beberapa negeri lain."

Apa yang berlaku ialah, Lim Guan Eng yang memegang jawatan Pengerusi untuk banyak GLC termasuklah yang membabitkan pembekalan air, telah menaikkan kadar tersebut tetapi cuba menyalahkan Liang Teck Meng sekaligus menyebabkan Liang Teck Meng berang dan menyiarkan kenyataan medianya. (RUJUK SINI)

Lim Guan Eng tidak akan sesekali menyiarkan suratnya sendiri yang membuktikan betapa dia sangat gilakan wang dan telah meminta tambahan RM150 juta setiap tahun daripada rakyat Pulau Pinang menerusi kenaikan kadar tarif air yang telah ditingkatkan sehingga 77%.

Dalam kenyataan medianya, Liang Teck Meng berterus-terang bahawa Lim Guan Eng sebenarnya yang mahukan kenaikan harga air. Disebabkan itulah, Liang Teck Meng mendesak Lim Guan Eng agar memberikan KEBENARAN kepada pihaknya untuk mendedahkan surat permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertarikh 23 Disember 2016 yang memperincikan kelulusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kenaikan tarif air di negeri itu. 

Surat itu menurut Liang Teck Meng akan membuktikan siapakah sebenarnya yang mahu mengimplementasikan kenaikan besar dan lebih meluas dalam kadar harga air secaraberasingan daripada surcaj air untuk kegunaan domestik dan komersil di Pulau Pinang. 

Menurut Teck Meng lagi, surat berkenaan akan membuktikan bahawa rancangan menaikkan kadaer tersebut adalah untuk mengutip lebih RM150 juta setahun daripada rakyat Pulau Pinang dan perniagaan di Pulau Pinang dalam usaha menyelamatkan PBA daripada kerugian ekoran peningkatan besar perbelanjaan pentadbiran Lim Guan Eng. 

Lim Guan Eng cuba untuk menutup cerita sebenar dengan menyalahkan pihak lain, walaupun sebenarnya yang menjadi lanun adalah dia sendiri. 

Liang Teck Meng turut mengingatkan Lim Guan Eng bahawa sebelum DAP menguasai Pulau Pinang, kadar tarif air di negeri itu telah sedia rendah berbanding negeri-negeri lain di negara ini.