Pages

Saturday, February 28, 2015

RON95 DAN DIESEL AKAN NAIK BERMULA TENGAH MALAM INI... RAFIZI RAMLI NAK KATA APA?


Kalau baca di Facebook sekarang, kita akan seronok membaca maki hamun dan sumpah seranah para penyokong dan pecacai Pakatan Rakyat ke atas Kerajaan Barisan Nasional.

Sebabnya, bermula pada tengah malam ini, harga RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak RM0.25 bagi setiap liter.

Sebelum ini, tiga kali Kerajaan sudah menurunkan harga bahan api berdasarkan harga minyak mentah dunia. Ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia kebelakangan ini selain kejatuhan Ringgit, menyebabkan Kerajaan perlu menyelaraskan semula harga bahan api di Malaysia.



Kita kembali mendengar tentang HARGA BARANG NAIK, segala-galanya naik dan BETAPA HARAMJADAHNYA KERAJAAN BARISAN NASIONAL!

Tetapi semasa harga minyak diturunkan ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun iaitu pada kadar RM1.70 seliter, puak-puak yang sama, tidak pula merungut dan meminta agar para peniaga menurunkan harga barangan. Bahkan desakan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan sesuai dengan penurunan harga minyak, telah menyebabkan mereka mempopularkan istilah RASIS. Desakan dan tuntutan menurunkan harga barang telah ditukarkan menjadi RASIS dan masing-masing mengutuk serta mengecam pihak yang meminta agar para peniaga menurunkan harga barang dan perkhidmatan sebagai RASIS.


Kini harga bahan api dinaikkan semula. Rafizi Ramli yang begitu berang kerana penurunan harga minyak telah menyebabkan taukeh-taukeh pam minyak mengalami kerugian, sudah tentu berasa lega dengan kenaikan ini. Apakah kali ini dia akan menyokong kenaikan atau pun dia juga sama seperti para penyokong Pakatan Rakyat yang serba tidak kena?

Jangan dihairankan sangat kerana puak-puak ini bukannya bijak sangat kecuali mereka hanya pandai merungut dan mengutuk!

Kenaikan harga minyak mereka bisingkan tetapi kenaikan segala macam cukai di Pulau Pinang dan Selangor, haram tak secuit membuka mulut mereka!!!


BLOGGER HINA ISLAM MAUT DITETAK!!!

tt4
SEORANG blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat (AS) ditetak sehingga mati di tepi jalan oleh kumpulan militan selepas dia lantang mengutuk Islam.

Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut dalam serangan oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang pada Jumaat malam di Dhaka manakala isterinya Rafida Ahmed parah.

Setakat ini kumpulan militan yang dikenali sebagai Ansar Bangla 7 mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu sambil menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.

tt0



Kumpulan berkenaan juga memberitahu, serangan itu juga dilakukan kerana mangsa merupakan warga AS – negara yang bertanggungjawab menyerang Syria.

Polis Bangladesh memberitahu, pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.



Dr Avijit dan isterinya.

Hal ini kerana, kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.

Dalam ugutan berkenaan, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.

Jelasnya, terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida yang turut cedera.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat oleh polis.-mstar.



DAH MUFLIS BUAT CARA MUFLIS LER... TAK PAYAH DUK PAKAI AKAL ORANG PENANG SANGAT!!!



Khairuddin Abu Hassan kembali melalak dengan menggunakan portal The Malaysian Insider kononnya dia kehilangan semua jawatannya dalam UMNO kerana dia melakukan pendedahan salahurus 1MDB.

The Malaysian Insider begitu teruja untuk menghentam UMNO kononnya, UMNO sangat takut dengan pendedahan tersebut sehingga Khairuddin Abu Hassan kehilangan jawatannya.

Hakikatnya, Khairuddin Abu Hassan adalah seorang muflis. Mahkamah telah memutuskan dia muflis jauh lebih awal sebelum dia membuat pendedahan tentang 1MDB. Seperti yang diakuinya sendiri, dia telah diisytiharkan muflis pada Mei tahun lepas, manakala pendedahan 1MDB pula yang tidak ada kaitan dengan perniagaan dan status muflisnya dibuat pada penghujung 2014, beberapa bulan selepas itu.

Secara rasminya, Khairuddin telah diisytiharkan bankrap pada Mei tahun lepas oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. UMNO telah menerima laporan tentang statusnya itu pada Disember 2014.

Menurut Perlembagaan UMNO, Peraturan 8.4 dan 28.9, mereka yang bankrap secara automatik tidak layak untuk memegang atau bertanding sebarang jawatan dalam parti. Seksyen 9A(1)(d) da;a, Akta Pertubuhan 1966 turut menegaskan bahawa mereka yang muflis tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam mana-mana pertubuhan.

Jadi, dia nak melalak apa lagi?

Dia bukannya kena gantung atau kena tendang keluar dari parti sebagaimana yang berlaku kepada Chegu Bard. Sebaliknya masih lagi ahli UMNO, masih lagi ada hak untuk menghadiri mesyuarat.

Cara The Malaysian Insider bikin cerita seolah-olah kerana 1MDB Khairuddin Abu Hassan diterajang dan dianiayai oleh UMNO, memang tidak masuk akal. Cubaan The Malaysian Insider untuk menjadikan UMNO seperti DAP yang memecat semua penentang Teresa Kok, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang jelas menunjukkan kegagalan mereka memahami masalah atau barangkali mereka sememangnya berniat jahat.




ISU ANWAR IBRAHIM SEBAGAI BANDUAN JENAYAH MUDAH SELESAI JIKALAU ZAHID HAMIDI BENAR-BENAR ADA TELUR SEBAGAI MENTERI KDN!!!!



Isu Anwar Ibrahim ke Parlimen ini tidak patut berpanjangan jika Menteri KDN memaklumkan kepada rakyat bahawa sebagai seorang banduan Anwar Ibrahim tidak boleh menghadiri apa-apa sidang Parlimen mahu pun apa-apa aktiviti di luar penjara kecuali membabitkan kes Mahkamah beliau.

Anwar Ibrahim sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan iaitu saluran terakhir dalam sistem perundangan Malaysia.

Malah jika di peringkat Mahkamah Tinggi dan Rayuan pun jika seseorang itu didapati bersalah dan Mahkamah tidak membenarkan penangguhan hukuman, maka pesalah itu perlu dipenjarakan tanpa mengambil kira proses rayuan ke Mahkamah lagi tinggi.

Jika Anwar Ibrahim boleh hadiri sidang Parlimen maka semua banduan perlu dibenarkan bekerja di luar penjara bagi menyara keluarga mereka.

Menteri dan Timbalan Menteri KDN jangan tolak tanggungjawab kepada pihak lain atau pegawai kerajaan. Jika takut buat keputusan berhenti saja.

Sungguhpun Jabatan Penjara Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, namun Menteri Dalam Negeri dan Timbalannya menolak kepada pihak lain untuk membuat keputusan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Anwar Ibrahim perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Peguam Negara bagi membolehkannya hadir ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Manakala timbalannya Datuk Ser Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam yang mengatakan Anwar perlu membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Zahid dilaporkan berkata,
“Saya fikir kenyataan itu patut dirujuk kepada peguam negara. Tidak perlu ada pendapat individu, sama ada di kalangan menteri atau ahli politik.
“Kita perlu meletakkan kebertanggungjawaban itu kepada pengamal undang-undang, terutamanya peguam negara, membuat tafsiran berdasarkan Perkara 49 dalam perlembagaan, dan klausa lain yang terdapat dalam undang-undang yang berkaitan.”
Soalnya apakah sebagai Menteri KDN beliau tidak boleh mendapatkan pandangan Peguam Negara lebih awal dan kemudiannya membuat keputusan muktamad menutup perbincangan mengarut ini?.... TERUSKAN BACAAN DI MYKMU.NET

Friday, February 27, 2015

UBAH! INI KALILAH!... NAH! SEKARANG, SEMUA HARGA DI PULAU PINANG DINAIKKAN LIM GUAN ENG UNTUK COVER SURPLUS KEGAGALAN TADBIRNYA!!!!



Selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, rakyat mula dimomokkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya bakal berhadapan dengan pelbagai kenaikan termasuklah selepas pelaksaan GST.

Semua ini kononnya bakal menyusahkan dan menunjukkan kerajaan pusat tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

Ketika kerajaan mengumumkan, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float) 1 Disember lalu, ramai yang membantah kononnya akan menjadi punca harga barangan meningkat naik.

Namun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin berkata, apa yang terjadi adalah sebaliknya, lapor UMNO Online.

“Bukan sahaja harga minyak turun tetapi kerajaan juga bertungkus-lumus berusaha memastikan harga barangan turut diturunkan.

“Tetapi sayangnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula menaikkan satu demi satu cukai dan caj perkhidmatan. Tahun baru 2015 bukan mengundang kebahagiaan kepada rakyat negeri ini tapi ianya bagaikan satu mimpi ngeri kerana kos kehidupan mereka bakal bertambah,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, bermula dengan caj levi hotel dikenakan pada setiap bilik penginapan yang disewa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula menaikkan cukai taksiran sebanyak 14 peratus.

Bukan itu saja katanya untuk beriadah juga kini dikenakan bayaran apabila mengunjungi Fort Cornwallis yang asalnya RM3 meningkat ke RM10.

“Tidak cukup dengan itu, sewa gerai dan surcaj air juga naik. Terbaru adalah pembatalan diskaun lima peratus kepada bumiputera untuk membeli rumah mampu milik.

“Tak tahu la apa lagi yang akan dibebankan kepada rakyat selepas ini. Apa yang diuar-uarkan oleh DAP selama ini kononnya mereka ini parti yang membela rakyat adalah satu sandiwara.

“Mereka hanya mahu undi dan berkuasa… selepas itu rakyat diabaikan,” ujarnya lagi. (sumber)

SABOTAJ PERSIDANGAN ASEAN KE-26 DENGAN TAWARAN KERJA PEMANDU PALSU!!!




By editor-2 February 26, 2015 : 3:40 pm

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pakatan rakyat seolah-olah “meroyan” dengan persidangan ASEAN ke 26 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 April 2015. Semalam satu sebaran “whatsapp” palsu telah berlegar-legar di media sosial.

Petikan dari iklan tersebut ;

"Tawaran:

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pengambilan Pemandu seramai 155 org diperlu?kan bagi ASEAN ke-26.

Tarikh: 22-29 April 2015

Kereta:
Dibekalkan (Perdana)

Uniform:
Dibekalkan (2 pasang setiap org)

Makan minum:
3 kali sehari

Masa kerja:
7pg hingga 12 mlm

Justifikasi tugas:
Menyelia Delegasi dr Airport - penginapan - tempat berlangsung ASEAN - penginapan

Gaji: RM130.00 perday
Keperluan: Salinan KP/ LESEN dan No Tel.

Hubungi lanjut di talian 011-12502979 - wan 
012-9312622 - shila
#‎nak bantu kwn2 hebahkan "

Kononnya pengambilan Pemandu seramai 155 orang diperlukan. Mereka akan dibayar sebanyak RM130 sehari. Iklan palsu ini terbongkar apabila nombor palsu yang mereka letakkan dalam pesanan “whatsapp” tersebut milik seorang lelaki yang telah bertindak membuat laporan polis dan SKMM atas penyalahgunaan nombor beliau.

Menurut sumber dalaman, pemandu yang mengiringi dif-dif kehormat harus terdiri daripada golongan polis atau askar demi menjamin keselamatan tetamu kehormat kita. Adalah cukup tidak masuk akal apabila iklan tersebut dibuat dengan cara yang cukup membuta tuli namun menyusahkan ramai orang yang menaruh harapan terhadap pekerjaan tersebut.

Persidangan ASEAN ke 26 ini bakal memberi tamparan yang cukup hebat terhadap pakatan rakyat. Dalam keadaan pakatan rakyat sedang diserang kemelut dalaman yang tidak berpenghujung, negara pula yang diperintah oleh Barisan Nasional pula sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean Ke-26.

Ini bakal memberi makna yang cukup besar bagi Malaysia apabila Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan pengerusi Asean tahun ini. Hanya mereka yang layak sahaja dapat penghormatan seperti ini. Tahniah kita ucapkan kepada Perdana Menteri kita.

Disamping itu juga kita amat berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan berita palsu pengambilan Pemandu seramai 155 orang ini akan dikenakan hukuman secepat mungkin.(sumber)

SUNGGUH KESIAN WEI AIK, SURAT JEMPUTANNYA TIDAK SAMPAI DAN GAMBAR GUAN ENG PULA DICAMPAKKAN KE DALAM TONG SAMPAH!!!


Semalam adalah perayaan ulang tahun Jade Emperor bagi masyarakat Hokkien dan ia merupakan sambutan Tahun Baru bagi masyarakat Cina dari suku Hokkien.

Kebanyakan masyarakat Hokkien kalau di Malaysia bermastautin di bahagian Utara Semenanjung termasuklah di Pulau Pinang.

Semalam juga, telah diadakan sambutan ulang tahun Jade Emperor di Pulau Pinang. Sambutan besar-besaran turut dibuat di Chew Jetty di Parlimen Tanjong, kawasan yang kononnya sarang terkuat Ng Wei Aik yang sebelum ini merupakan ADUN Komtar dan cukup terkenal menerusi tindakannya menghalau para peniaga dari suku Malabari atau Melayu Peranakan, 'pulang' ke India. Dia pernah terlibat dalam kes tong gas sebuah restoran mamak.



Yang datang ke majlis tersebut adalah pemimpin-pemimpin Cina dari Barisan Nasional. Kelibat Ng Wei Aik dan Lim Guan Eng, langsung tidak kelihatan. Lebih malang lagi, gambar-gambar Lim Guan Eng yang tergantung telah diambil oleh sebilangan hadirin dan dicampakkan masuk ke tong sampah!

Rupa-rupanya Ng Wei Aik tidak mendapat jemputan. Ternyata dia begitu kecewa kerana tidak dijemput dan kekecewaannya itu diluahkan menerusi kenyataannya di media sosial.


Ng Wei Aik cakap.... Saya nak buat umuman di sini. bukan saya tak nak hadir majlis sembayang di chew jetty,sebagai mp tanjong, saya memang harap sertai majlis mlm ini. tetapi sampai hari ini, saya belum terima sebarang jemputan atau telephone dari pemimpin chew jetty. mereka bukan saja tak mau wang diberi oleh kerajaan negeri, tetapi juga tak peduli cm dan wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat penang. wat kind of thinking they hv? (Tan Khai Beng)

Sampai terpaksa guna modal, PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI. Malah terpaksa mengungkit yang dia adalah wakil rakyat kawasan tersebut. Paling menyedihkan sekali ialah apabila dia turut mengungkit, perayaan yang begitu besar dan amat penting kepada masyarakat Hokkien tersebut turut mengenepikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng!

Tak kesian ke kat Ng Wei Aik yang mendapat jolokan ROTTWEILER di kalangan masyarakat Cina Pulau Pinang tu?


KERANA SAMPUL SURAT TERTERA 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA', NURUL IZZAH KATA ITU ADALAH JEMPUTAN PERIBADI TUANKU AGONG KEPADA BAPANYA UNTUK MINUM TEH!!!


Dengan penuh bangga, Nurul Izzah menunjukkan kepada wartawan 'jemputan' - yang tertera perkataan 'Urusan Seri Paduka Baginda' - untuk Anwar Ibrahim daripada Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia bagi menghadiri sidang Parlimen dari 9 Mac sehingga 9 April.

Dan kerana 'jemputan' tersebut, Nurul Izzah bagaikan nak gila cuba spin sambil mendesak pihak berkuasa membenarkan bapanya untuk minum teh bersama-sama DYMM Yang Di-Pertuan Agong selepas perasmian sidang Parlimen bulan hadapan.

"Dia perlu dibenarkan untuk memenuhi jemputan tuanku," kata Nurul Izzah.

Aiyaaaaa!!!!

Memang betullah Nurul Izzah sudah gila. Dia cuba menggambarkan kepada umum bahawa Kerajaan tidak membenarkan Anwar Ibrahim minum teh bersama-sama Tuanku Agong walaupun telah dijemput oleh baginda.

Jom kita nilai tahap kebangangan janda sekor nih...

Pertama, jemputan tersebut dihantar oleh Speaker Dewan Rakyat untuk menghadiri sidang Parlimen termasuklah menyertai jamuan minum teh yang sudah menjadi tradisi bersama-sama DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang akan merasmikan sesi Parlimen. Ini bukanlah jemputan peribadi oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong!

Kedua, semua surat kerajaan mengandungi sampul surat tertera perkataan 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA'  termasuklah borang cukai pendapatan anda dan saman-saman anda. Oleh kerana itu, ia juga membawa maksud, bukannya jemputan peribadi daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Ketiga, kali terakhir, Pakatan Rakyat dan Nurul Izzah sendiri mahu memboikot sidang perasmian Parlimen selepas PRU-13 tetapi tidak cukup keberanian untuk berbuat begitu. Anehnya, sekarang ini bapanya sangat terdesak untuk hadir pula setelah mahkamah mendapati dia adalah seorang peliwat dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun?

Keempat, tahun lepas iaitu pada 11 Mac 2014, Pakatan telah memboikot makan tengah hari di Parlimen bersama-sama DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan berkata, mereka melakukannya sebagai bantahan setelah Mahkamah Agung memutuskan Anwar Ibrahim bersalah kerana memunggung pada 7 Mac.

Tahun lepas bukan main lansi dan memboikot bankuet tengah hari bersama-sama Agong tetapi tahun ini sangat terdesak hanya untuk minum teh?

Kegilaan dan kenyanyukan apakah ini?

Apa yang hebat sangat dengan Anwar Ibrahim berbanding banduan-banduan lain di Penjara Sungai Buloh sehinggakan dia perlu diberikan pelbagai keistimewaan yang tidak dinikmati oleh mana-mana banduan sepanjang sejarah negara ini?

Anwar adalah BANDUAN JENAYAH LIWAT, bukannya TAHANAN POLITIK sebagaimana yang cuba dilabelkan oleh Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat. Bukti-bukti dan fakta-fakta perbicaraan sepanjang 7 tahun sudah sangat jelas, Anwar telah meliwat dan dia bukan sahaja menyalahi hukum sekular negara ini, bahkan juga menyalahi nilai moral sebagai seorang manusia bertamadun.

LIM SIAN SEE

PENGAMAL MEDIA DAH BERKUMPUL DAN TUNGGU LAMA SEBELUM MAHFUZ NAFI ADAKAN SIDANG MEDIA BERSAMA IBU SIRUL!!!



Petugas-petugas media yang hadir di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut di sini hari ini telah diperdaya dengan jemputan palsu menghadiri sidang media oleh Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum ini satu jemputan media melalui aplikasi Whatsapp PAS, menyatakan Ketua Penerangan PAS itu akan mengadakan sidang media bersama dengan ibu Sirul Azhar Umar berkenaan perancangan untuk ke Australia dan perkembangan bekas komando polis itu.

Jemputan dalam aplikasi tersebut mengatakan sidang media bermula pada jam 11 pagi dan media khususnya dijemput untuk membuat liputan.

Namun setelah 40 minit menunggu kehadiran Mahfuz yang tidak muncul, petugas media yang mula resas telah bertanya Staf Pejabat PAS, Saripuddin Mohd Yatim yang memaklumkan tiada sidang media bersama Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Katanya lagi, Mahfuz sekarang berada di Alor Setar dan menafikan akan mengadakan sidang media mengenai Sirul.

“Saya baru menghubungi Mahfuz, dia berkata itu jemputan palsu, tiada sidang media akan diadakan hari ini. Dia sekarang berada di pejabatnya di Alor Setar,” katanya kepada para petugas media yang hadir.

Namun penjelasan tersebut tidak meredakan keadaan apabila para petugas media terus mempersoalkan tindakan Mahfuz yang dianggap berbohong dengan membatalkan sidang media di saat-saat akhir.

Bagaimanapun Saripuddin mendakwa jemputan palsu itu merupakan satu provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. {SUMBER)

SUHAIZAN KAIAT MENYEMBAH LUTUT GOBIND SINGH DEO SEMATA-MATA NAK PUJUK DIA DENGAR PENJELASAN HUDUD!!!



Lain macam betul tahap kepondanan yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PAS bernama Suhaizan Kaiat. Pemuda PAS di bawah kepimpinannya bukan semakin bertambah telur, tetapi telurnya semakin mengecil dan lembik.

Barangkali kalau disamakan dengan Pemuda UMNO, status mereka lebih kurang sama sahaja. Kecuali Ketua Pemuda UMNO bijak menonjolkan diri termasuklah dengan berstokin pink!

PAS masih bercakap tentang HUDUD. Walaupun UMNO tidak ada masalah dengan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan, bahkan telah berikrar untuk memberikan sokongan sama ada pembentangannya di Parlimen mahupun di DUN Kelantan, nampaknya yang menjadi keutamaan Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat sekarang adalah DAP.

Dan kerana itulah, demi mendapatkan restu, Suhaizan Kaiat terpaksa datang menyembah Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh.

Karpal Singh semasa hidupnya dengan tegas menolak HUDUD dan QISAS kerana beranggapan ia bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Walaupun cuba dipujuk kononnya, Karpal Singh sudah berlembut hati setelah PAS berkawan dengan DAP, hakikatnya sehingga ke saat-saat akhir hidupnya pun, Karpal Singh tetap dengan pendiriannya.

Dan kini pendirian tegasnya itu diikuti oleh Gobind Singh Deo!


Untuk meminda undang-undang, PAS memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen. Barisan Nasional adalah pemilik kerusi terbanyak di Parlimen. UMNO adalah parti tunggal yang memiliki kerusi majoriti iaitu empat kali ganda berbanding PAS.

Sepatutnya Suhaizan Kaiat bersungguh-sungguh memujuk UMNO dan Barisan Nasional yang sudah menyatakan persetujuan awal. Walaupun ada tentangan daripada MCA, GERAKAN dan MIC, hakikatnya, jumlah kerusi yang dimenangi oleh MCA, GERAKAN dan MIC tidak membolehkan mereka bersuara keras sangat.

Namun Suhaizan Kaiat tetap mahu menyembah Gobind Singh Deo walaupun secara jelas, DAP tidak akan menerima sama sekali keinginan PAS untuk mewujudkan hudud di Kelantan.

Tahaluf Siyasi PAS terlalu bertentangan dengan tahaluf siyasi yang terdapat dalam Islam. Meninggalkan majoriti dan bersungguh-sungguh memujuk serta mengambil hati golongan yang keras menentang.

Pelik benar gaya pemikiran puak-puak ini!


Thursday, February 26, 2015

NURUL IZZAH... GERSANG BUAT CARA GERSANG, TONGONG BUAT CARA TONGONG, TAK PAYAH DUK FITNAH SPR LER!!!



Nurul Izzah mempunyai rekod sebagai penfitnah yang tidak kurang cemerlangnya berbanding Rafizi Ramli. Bahkan boleh dikatakan, sama naik sahaja dia dengan Rafizi Ramli dalam bab fitnah-menfitnah.

Tahap fitnahnya sehingga menjejaskan keselamatan awam dengan cubaan membocorkan rahsia ketenteraan dan persenjataan negara kepada negara asing!

Mujurlah pada ketika itu Zahidi Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan....

Kini dia buat lagi. Isu persempadanan semula di Sarawak melibatkan beberapa DUN baru cuba dijadikan sebagai batu asahnya untuk menajamkan skil fitnah dan tohmahan. Dia tidak malu untuk menfitnah dan berbohong kerana dia adalah anak Anwar Ibrahim. Kalau perangai bapanya yang kuat meliwat dan kemudian disabitkan kesalahan sehingga dipenjara selama lima tahun pun menjadi satu kebanggaan baginya, apa sangatlah menfitnah SPR yang sudah tentu tidak akan menyeretnya ke mahkamah sebagaimana yang dilakukan oleh Raja Nong Chik. (BACA DI SINI)

Berkata Nurul Izzah, SPR berdegil untuk meneruskan isu persempadanan semula dan enggan menunggu sehingga pendengaran awam di mahkamah. Istilah LOCAL INQUIRY telah ditukarkan menjadi INKUIRI AWAM walhal istilah sebenar adalah INKUIRI TEMPATAN.

Sama ada dia jenis tolol yang berlagak pandai sama seperti Rafizi, dalam isu ini, bantahan hanya melibatkan pengundi di bahagian berkenaan. Bantahan tidak terlibat dan terbuka kepada umum. Cubaan media-media pro-Pakatan termasuklah pemimpin-pemimpin mereka sendiri memutarbelitkan fakta sebenar, jelas merupakan tindakan terdesak dalam usaha mempengaruhi rakyat untuk turut serta alam proses siasatan tempatan itu.

Maka tidak hairan jugalah bagaimana PKR, DAP dan BERSIH beria-ia membawa tenaga-tenaga mahir dari Semenanjung untuk dilambakkan di Sarawak bagi kerja-kerja bantahan serta terlibat dalam prosiding siasatan itu.

Pakatan cuba menukarkan undang-undang persempadanan, bukannya SPR. Mereka berbuat begitu supaya wujud anggapan, semua orang boleh membantah.

Berdasarkan undang-undang bantahan, hanya tiga pihak sahaja yang dibolehkan membuat bantahan:

(1) Kerajaan Negeri
(2) PBT
(3) 100 orang pengundi berdaftar di kawasan tersebut.

Berdasarkan perkembangan semasa, 100 orang yang diperlukan oleh DAP, PKR dan BERSIH untuk membuat bantahan, tidak dapat dicari dan dikumpul. Itulah sebabnya semuanya pakat terbang ke Sarawak dan cuba melakukan kacau-bilau kerana mereka tahu, tiada gunanya untuk mereka membawa kes tersebut ke mahkamh kerana undang-undang telah jelas dan langsung tidak berpihak kepada mereka.

Untuk makluman, PKR Sarawak telah menfailkan semakan di mahkamah dan mendakwa persempadanan semula oleh SPR tidak telus pada 28 Januari 2015. Bagaimanapun, pada 24 Februari 2015, mereka telah menarik semula semakan tersebut setelah mendapati mahkamah tidak akan menyebelahi mereka kerana syarat-syarat utama iaitu tiga pihak yang membolehkan bantahan dibuat, tidak dapat mereka kumpulkan!

Nurul Izzah sepatutnya tidak terlalu menunjukkan yang dia terlalu suka dengan fitnah untuk hidup. Dia harus akui, dia terlalu bodoh untuk menunjuk pandai. Rakyat Sarawak sendiri pun tidak menyokong PKR sebagaimana yang mereka tunjukkan ketika PKR berusaha mengumpulkan 100 orang pengundi tempatan untuk membuat bantahan.

Jadi, tak perlulah membuat fitnah ke atas SPR dan pada masa yang sama memutarbelitkan maksud sebenar LOCAL INQUIRY dengan menjadikannya sebagai INKUIRI AWAM. Cukuplah dia dan keluarganya memutarbelitkan label BANDUAN JENAYAH LIWAT menjadi TAHANAN POLITIK. Tak perlulah nak berlagak seperti ahli bahasa pula!

Yang pasti, orang Sarawak tidaklah sebodoh yang disangkakan Nurul Izzah!!!


ARAHAN TIAN CHUA KEPADA DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG, BEBASKAN ANWAR IBRAHIM!!!



Ni baru betul lupa diri!

Baru betul lupa di mana dia berpijak dan langit mana yang terjunjung di atas kepalanya!

Kata Tian Chua, DYMM Yang Di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab MORAL untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara. Dia cuba mengingatkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong bahawa baginda tertakluk di bawah Artikel 42 yang menyatakan baginda adalah pelindung kepada integriti undang-undang sekaligus memerlukan baginda campurtangan apabila keputusan mahkamah tidak adil. (RUJUK SINI)

Tian Chua berkata, keputusan memenjarakan Anwar Ibrahim adalah salah dan menyalahi undang-undang negara ini. Bukan itu sahaja, Tian Chua cuba menegakkan benang basah dengan menyatakan proses perundangan ke atas Anwar Ibrahim sebenarnya adalah konspirasi politik dan fitnah walaupun hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak dapat membawa walau seorang pun saksi dan fakta yang dapat menyanggah pendakwaan ke atasnya.

Hebat Tian Chua ini. Cukup berani untuk menentang semua sistem di dalam negara ini. Tiada sebarang penghormatan daripadanya untuk apa-apa sahaja yang menentang Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim baginya tidak ada salah langsung dan perlu dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja di dunia ini. 

Sampaikan DYMM Yang Di-Pertuan Agong pun diperintahkannya agar membebaskan Anwar Ibrahim!

Hebat betul!

HARAKAH KENA SAMAN DENGAN NAJIB ABDUL RAZAK SEBAB SIAR ARTIKEL FITNAH BERHUBUNG 1MDB!!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi Pas, Harakah Daily kerana didakwa memfitnahnya.

Surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah dibuat Harakah dalam laporan bertajuk, ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’.

Sebelum itu, surat tuntutan permohonan maaf dan bayaran gantirugi berhubung penyiaran artikel tersebut telah disiarkan pada 19 Februari lalu.

Artikel tersebut dengan tajuknya, 'Dana 1MDB Biayai Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)', didakwa fitnah. Surat tuntutan tersebut telah dihantar dengan tangan oleh Hafarizam Wan & Aishah Mubarak Peguambela & Peguamcara, mewakili Perdana Menteri kepada Pengarah Urusan Dr. Rosli Yaakob, penulis artikel tersebut, di pejabat Harakah pada jam 3:00 petang..... teruskan bacaan di BULETIN 247


KETUA PEMUDA GERAKAN CABAR RAFIZI RAMLI PERJUANGKAN LIWAT UNTUK DIHALALKAN!!!



Semenjak Anwar Ibrahim disahkan terlibat dalam kegiatan LIWAT-MELIWAT, bahkan didapati bersalah dan dihukum penjara selama lima tahun kerana JENAYAH LIWAT, PKR cuba menjadikan perbuatan yang amat dikutuk oleh semua agama, terutama sekali agama-agama samawi sehingga disebut dalam kitab-kitab utama agama tentang bala bencana yang menimpa golongan tersebut terutama di Sodom-Gomorrah mahupun Pompeii, sebagai perbuatan HALAL dan bukanlah satu kesalahan untuk melakukannya.

Bahkan sebarang hukuman yang dkenakan ke atas perbuatan tersebut, dilabelkan sebagai FITNAH DAN KONSPIRASI POLITIK.

Justeru, tidak hairanlah apabila Ketua Pemuda GERAKAN mencabar PKR, terutama sekali RAFIZI RAMLI yang merupakan Setiausaha Agung PKR untuk memulakan gerakan mendesak agar perbuatan liwat dihalalkan di negara ini.

Elok juga tu...

Dalam bab Anwar Ibrahim, PKR tidak berselindung-selindung menyatakan perbuatan liwat adalah suatu hak asasi. Mereka cuba menjadikan dubur jantan sama seperti kemaluan perempuan. Mereka cuba menyamatarafkan perbuatan liwat dengan perbuatan zina walaupun hakikatnya, liwat adalah dosa yang mengundang malapetaka yang lebih besar dan menakutkan.

Dalam Islam sendiri, golongan mendapat laknat daripada Allah Taala dan mereka perlu dibunuh!

وروى الترمذي (1456) وأبو داود (4462) وابن ماجه (2561) عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ )
Nabi saw bersabda: “ Sesiapa yang kamu dapati melakukan jenayah kaum Nabi lut hendaklah kamu bunuh orang yang meliwat dan orang yang diliwat.” Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan tirmizi.
وروى أحمد (2915) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا ) وحسنه شعيب الأرنؤوط في تحقيق المسند
Nabi saw bersabda “Allah melaknat orang yg melakukan jenayah kaum nabi lut” diulang ayat ini sebanyak 3kali.
Beranikah Rafizi Ramli dan PKR merealisasikan cabaran tersebut dan menuntut perbuatan liwat sebagai perbuatan halal sepertimana mereka telah dan sedang melabelkan perbuatan Anwar Ibrahim sebagai FITNAH DAN KONSPIRASI POLITIK, manakala Anwar Ibrahim yang merupakan BANDUAN JENAYAH LIWAT dilabelkan sebagai TAHANAN POLITIK?


BUDAK COKIA PKR PULAU PINANG BAGI KATA DUA KEPADA HADI AWANG... BERSAMA PAKATAN ATAU BERSAMA UMNO!!!



AMK PKR Pulau Pinang hari ini memberi kata dua kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk menetapkan pendirian sama ada partinya masih lagi dalam Pakatan Rakyat atau sebaliknya. AMK turut mendesak agar Hadi Awang mengisytiharkan pendirian rasminya berhubung spekulasi yang UMNO dan PAS sedang berusaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Nampak kalut semacam puak-puak PKR ni terutama selepas kebocoran pendalangan dan pengkhianatan yang diketuai oleh Mat Sabu serta beberapa orang pemimpin utama PAS yang lain dengan di belakang mereka adalah Lim Guan Eng.

PKR ternyata begitu bimbang sekiranya PAS benar-benar bergabung dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan meskipun penggabungan tersebut bukan bermakna PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS, sebaliknya sekadar sebuah kerjasama Kerajaan-Pembangkang tanpa membabitkan PKR dan DAP.

Secara rasminya, PKR dan DAP tidak boleh hidup tanpa PAS. PAS merupakan penyedia sokongan dan bantuan untuk meramaikan majlis atau program-program yang dianjurkan oleh PKR dan DAP. DAP dan PKR seringkali membangga-banggakan kejayaan program mereka termasuklah demonstrasi besar tanpa sedikt pun memperkatakan tentang peranan besar PAS.

Semenjak PAS mengurangkan pembabitan mereka dengan Pakatan Rakyat, banyak demonstrasi yang dianjurkan, khususnya oleh AMK sekadar satu perarakan kecil yang boleh ditindas dengan sekali lenyekan.

Sebab itulah, AMK, PKR dan DAP cukup bimbang sekiranya PAS benar-benar bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. Dan kerana itulah juga, PKR dan khususnya DAP memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan yang mahu menjatuhkan Abdul Hadi Awang.

Khairul Anuar Kamaruddin, Ketua AMK Pulau Pinang tidak berselindung lagi menyatakan kebimbangan itu. Menurutnya, sekiranya Hadi mahu mencuba nasib dengan UMNO, dia perlu melakukannya dengan pantas. Ini akan membolehkan PKR dan DAP akan meneruskan agenda Pakatan Rakyat iaitu mengangkat Lim Guan Eng dan DAP sebagai penguasa utama negara ini, sekaligus meneruskan usaha untuk menghancurkan kesemua teras kewujudan negara ini atas alasan 'memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia.'

Menurut Khairul Anuar Kamaruddin lagi, sekiranya PAS masih berminat dengan Pakatan Rakyat, Hadi Awang perlu tunduk dan akur dengan segala perintah DAP dan PK sambil menambah di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang, PAS telah banyak mengalami kegagalan termasuklah kehilangan Terngganu dan Kedah. Malah menurutnya juga, di bawah kepimpinan Hadi Awang, PAS telah terlibat dalam pertandingan tiga penjuru yang akhirnya memenangkan UMNO-BN.

Sebiji perangai Zionis... mereka sahaja yang betul. Orang lain yang salah, sedangkan mereka amat bergantung kepada PAS untuk terus hidup dan terus wujud dalam arus politik negara.

Sekiranya PAS memutuskan bahawa mereka tidak akan bersama-sama Pakatan Rakyat lagi, parti pertama yang akan pupus dan mengalami kekalahan teruk adalah PKR. Budak-budak dalam PKR seperti Khairul Anuar Kamaruddin akan menjadi kutu berahak yang melalak di tepi jalan tanpa sebarang kerja sambil mengganggu orang lalu lintas.

Itu sahaja status dan taraf budak-budak hingus hijau PKR tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat.


MAT SABU SEMAKIN GELABAH APABILA SUARA RAKAMANNYA MAHU MENGGULINGKAN HADI AWANG TERSEBAR LUAS!!!





Akhirnya, barua utama Lim Guan Eng, Mat Sabu bersuara dan memberikan reaksi berhubung rakaman suara yang membuktikan wujudnya perancangan tahap tinggi untuk menggulingkan Hadi Awang dan melenyapkan kepimpinan PAS sekarang untuk digantikan dengan PASMA yang dibiayai oleh DAP.

Berikut adalah kenyataan rasmi Mat Sabu:

KENYATAAN AKHBAR:
TIMBALAN PRESIDEN PAS MALAYSIA,
TUAN HAJI MOHAMMAD SABU
1. Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain Media Perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masaalah dalaman parti, sekiranya diminta.
2. Berkenaan kedudukan saya dalam Parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan Perwakilan.
3. Berkenaan tindakan saya keatas TV3, UTUSAN MALAYSIA serta lain-lain Media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.
Sekian
Tn Hj Mohammad Sabu
Timbalan Presiden PAS
26hb Feb 2015/9.30pg

Mat Sabu cuba mengalihkan perbuatannya dengannya menyalahkna media-media elektronik dan media-media cetak arus perdana. Secara jelas, dalam kenyataannya itu, dia cuba menggambarkan penyiaran rakaman suara itu sebagai satu fitnah ke atasnya. 

Kempen untuk menjadikan Mat Sabu sebagai Presiden PAS menggantikan Hadi Awang sekarang ini sedang giat dijalankan oleh pasukan PASMA. Selain menjadikan Mat Sabu sebagai Presiden PAS, PASMA juga memberikan tumpuan penuh ke atas Johor yang merupakan kubu Melayu terbesar di Pantai Timur bagi membolehkan DAP menguasai pentadbiran negeri itu pada PRU akan datang. 



DAP telah meletakkan sasaran besar dengan kerusi Parlimen yang cuba ditawan oleh DAP adalah 17 manakala DUN pula adalah 32 kerusi. 

Untuk mencapai sasaran tersebut, DAP memerlukan bantuan daripada PASMA yang akan bertindak menikam PAS memandangkan PAS akan bertanding merebut beberapa kerusi Melayu dengan UMNO.

Jadi, tidak menghairankan apabila Mat Sabu menunjukkan kegelabahannya memandangkan tempoh pemilihan kepimpinan PAS sudah tidak lama lagi. Di sebalik dana pembiayaan yang diberikan oleh DAP, akar umbi PAS sendiri kurang meyakinkan Mat Sabu walaupun golongan muda yang kagum tahaluf siyasi PAS dengan DAP akan berpihak kepadanya.



SAKIT HATI SEBAB UMNO-BN TAK LETAK CALON DI CHEMPAKA, DAP MULA EJEK UMNO TAK BERTELUR!!!



Sepatutnya UMNO-BN letak calon melawan Nik Abduh di Chempaka. Bagaimanapun, seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, UMNO-BN memilih perpaduan dan menumpukan perhatian kepada pembangunan dan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir Kelantan berbanding berpolitik di negeri yang musnah akibat banjir besar penghujung Disember tahun lalu.

Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Dan sudah tentulah, yang paling tidak berpuas hati adalah Lim Guan Eng.

Perancangan untuk menyalahkan UMNO dengan calon BEBAS yang sebenarnya adalah PASMA atau GIK, telah gagal sama sekali dengan keputusan UMNO enggan bertanding di kerusi yang pernah disandang oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz itu.

Dengan tempoh yang semakin pendek untuk pemilihan kepimpinan baru PAS, PASMA yang mendapat pembiayaan DAP untuk beroperasi sudah pasti melihat PRK DUN Chempaka sebagai medan terbaik untuk menguji keberkesanan dan kewujudan mereka.

Apatah lagi, pelabur utama mereka juga sudah tentu mahu melihat sejauh manakah pelaburan yang sudah mencecah jutaan ringgit, berbaloi dan memberi pulangan. Kerusi DUN Chempaka amat penting memandangkan ia adalah simbol kerana pernah disandang oleh Nik Abdul Aziz, pemimpin ikon dalam PAS. Sekaligus kemenangn kerusi tersebut akan memberi kesan besar kepada pengaruh PASMA pada akar umbi sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin-pemimpin utama PASMA.

Kalau UMNO bertanding, PASMA akan ada alasan terbaik sekiranya mereka gagal mengalahkan calon PAS yang dipercayai Nik Abduh atau salah seorang anak lelaki Allahyarham Nik Abdul Aziz yang lain. Dengan bantuan DAP, UMNO akan dikatakan menjadi faktor pemecah belah PAS dengan mengapi-apikan PAS dan PASMA.

Namun apabila UMNO tidak bertanding, dan membiarkan kerusi itu ditandingi oleh PAS 'mewakili' UMNO untuk menentang DAP, PASMA tidak ada cara lain kecuali terpaksa mendedahkan diri mereka sepenuhnya kepada akar umbi PAS sendiri.


Di kalangan ahli-ahli PAS, masih ramai yang keliru dengan kewujudan PASMA. Seperti yang kerap ditekankan oleh para pemimpin PASMA, kewujudan PASMA di dalam PAS hanyalah sebagai sebuah NGO. Sedangkan hakikatnya, PASMA diwujudkan dengan bantuan DAP untuk menjadikan PAS sebagai sebuah biro agama dalam DAP semata-mata. Dengan kata lain, PASMA diwujudkan untuk menghapuskan PAS. Mat Sabu sedang dalam rancangan untuk dinaikkan menjadi Presiden PAS-PASMA yang pertama.

Maka setelah keputusan dibuat, DAP dan para penyokong merekalah yang paling kuat berkokok apabila melabelkan UMNO sebagai tidak bertelur, tidak berani, bacul dan pondan. Bukan kerana keputusan itu sangat tetapi kerana mereka sudah kehilangan alasan paling berharga untuk mempersalahkan UMNO apabila PASMA tidak diterima oleh pengundi-pengundi di DUN Chempaka.


Wednesday, February 25, 2015

UMN0-BN SAH TIDAK BERTANDING DI DUN CHEMPAKA, BERI PELUANG KEPADA PASMA LAWAN NIK ABDUH!!!!



Keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi telah mengesah, UMNO-BN tidak akan meletakkan calon di DUN Chempaka untuk pilihanraya kecil yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Keputusan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO sebentar tadi.

Sekaligus menerima pakai cadangan Mustafa Mohamad agar UMNO tidak bertanding, sebaliknya memberikan tumpuan kepada bantuan untuk mangsa-mangsa banjir Kelantan, selepas Menteri Besar Kelantan secara rasmi telah bertemu dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri beberapa hari lepas untuk rundingan isu tersebut. Selain pemulihan banjir, kerja-kerja kebajikan, UMNO turut memberi alasan perpaduan ummah serta pandangan menyeluruh UMNO Kelantan sebagai alasan tidak terlibat dalam pilihanraya kecil itu.

DUN Chempaka mengalami kekosongan selepas ADUNnya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Ketiadaan UMNO-BN di kerusi tersebut membuka ruang yang sangat luas kepada PASMA untuk meletakkan calon menentang calon PAS yang dipercayai Nik Abduh, Ahli Parlimen Pasir Mas yang merupakan anak Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Nama Nik Abduh telah beberapa kali disebut-sebut akan dicalonkan untuk DUN Chempaka sebelum ini.

PASMA atau GIK yang mempunyai hubungan langsung dengan Husam Musa sewajarnya menggunakan peluang terbaik ini untuk membuktikan kepada akar umbi PAS bahawa mereka adalah yang terbaik dalam usaha menggulingkan saf kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Abdul Hadi Awang.

PANDAI AZMIN PERINTAH SELANGOR SAMPAI SELANGOR JADI JUARA PEMBIAKAN NYAMUK AEDES TERBAIK NEGARA DAN DUNIA!!!!



Kes demam denggi di Selangor terus menunjukkan peningkatan dengan 12,427 kes direkod sehingga 21 Feb, naik 66 peratus daripada 7,507 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Daroyah Alwi berkata daripada jumlah kes itu sebanyak 29 kematian akibat demam denggi dilaporkan dalam tempoh berkenaan.

“Pada bulan Januari, jumlah kematian akibat demam denggi adalah sebanyak 17 kes manakala untuk bulan ini sehingga 21 Feb pula mencatatkan 12 kes yang mana menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 29 kes,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, daerah Petaling masih mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu 5,967 diikuti Hulu Langat dengan 2,222 kes dan Klang sebanyak 1,824 kes.

Mengulas lanjut, Daroyah berkata tapak pembinaan dikenal pasti menjadi faktor utama menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di daerah yang mencatatkan kes demam denggi yang tinggi.

“Berikutan itu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan operasi bersepadu di tapak-tapak pembinaan sekitar Selangor bermula 10 Feb lalu, bagi membendung peningkatan kes denggi selain mengurangkan risiko jangkitan.

Daripada 46 lokasi yang telah diperiksa, 45 daripadanya didapati positif dengan pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Beliau berkata, berikutan itu pemaju tapak pembinaan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan membenarkan pembiakan serangga pembawa penyakit di lokasi berkenaan. - BERNAMA

SAYA TAK TAKUT DUDUK PENJARA, TAPI DUA HARI MASUK DAH NGADU DISERANG NYAMUK DAN 14 HARI KEMUDIAN MINTA AGONG AMPUNKAN DIA!!!



Kalau dengar sembang Anwar Ibrahim, langit boleh runtuh. Kalau dia bercakap bab Allah Taala, sampaikan kita boleh jatuh syirik sebab bayangkan rupa-Nya Allah Taala. Kalau dia bercakap tentang dirinya, seolah-olah dia adalah tajalli daripada segala macam cendekiawan dunia yang pernah dilahirkan dari zaman pra sejarah sehinggalah ke zaman mutakhir.

Yang sahihnya, Anwar hanyalah seorang ahli politik cokia yang sengaja dibesar-besarkan oleh para pengikutnya apatah lagi kebodohan tetapi kelicikan taktiknya begitu menarik golongan anti-establishment. Anwar secara dasarnya tidak ada sebarang idea kebaikan melainkan hanya untuk melakukan kerosakan demi melindungi kejahatannya sendiri. Sebarang idea yang dilontarkan hanyalah kesan daripada hafalan skrip yang telah disiapkan oleh taukeh-taukehnya yang berselindung di sebalik pelbagai nama pertubuhan yang di belakang mereka adalah Zionis!


Bayangkanlah setelah dia tidak lagi mendapat tempat di kalangan pemimpin-pemimpin negara dunia, Anwar Ibrahim terpaksa mencipta pesona yang lain. Sedangkan semua orang tahu, Anwar tidak akan melepaskan peluang untuk melarikan diri ke luar negara jikalau berpeluang berbuat begitu. Dia pernah melakukannya pada tahun 2008 sebaik-baik sahaja Saiful Bukhari Azlan diketahui membuat laporan polis.

Bagaimanapun Kerajaan Negara Turki tidak menerimanya. Dia yang berlindung di kediaman rasmi Duta Turki akhirnya terpaksa menyerah diri dan membikin cerita kononnya dia melarikan diri kerana adanya ancaman membunuh. Untuk menutup malunya dia mencipta drama 16 September yang kemudiannya gagal teruk walaupun konco-konconya cuba merealitikan pembohongan tersebut.

Begitulah juga halnya dalam isu statusnya sebagai BANDUAN JENAYAH LIWAT. Keluarganya dan PKR cuba menukarkan status tersebut sebagai TAHANAN POLITIK.

Kononnya enggan memohon pengampunan diraja kerana tidak bersalah sebaliknya kerana fitnah. Tetapi sebenarnya seperti yang dijangka, Anwar Ibrahim tidak akan melepaskan peluang untuk berbuat begitu untuk bebas. Permohonan pengampunan diraja dibuat pada saat-saat terakhir menggunakan keluarganya untuk menutup malunya kerana telah terdedah.



Mula-mula dahulu, untuk dipandang besar oleh para pengikut dia berkata, TIDAK TAKUT DENGAN PENJARA. Tetapi baru dua hari dalam penjara, dia sudah merungut tentang nyamuk, tentang tilam nipis, tentang berak mencangkung, tentang mandi pakai timba, bukannya bath-tub, tidak bermeja tulis dan berkerusi selain bilik tidak bersendirian.

Kononnya boleh bertahan selama lapan tahun dan dia tidak apa-apa tetapi tidak sampai 14 hari, dia sudah meminta keluarganya untuk mendapatkan permohonan ampun daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong sekaligus mensesiakan pengorbanan dua minggu para penyokongnya yang memasang lilin hampir setiap malam di hadapan Penjara Sungai Buloh, demonstrasi bodoh di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dipedulikan orang dan pelbagai onar yang dilakukan oleh para konconya di seluruh negara dalam usaha menimbulkan sentimen kebencian rakyat kepada Kerajaan Persekutuan, Mahkamah dan PDRM.

Dan menariknya lagi, walaupun memang sah dia memohon pengampunan diraja di mana antara pra-syaratnya ialah tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, selain mengakui kesalahan jenayah dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatan jenayah tersebut, Anwar Ibrahim dengan menggunakan keluarganya masih lagi cuba menipu dengan menyatakan kedatangan ahli-ahli keluarganya ke Istana Negara termasuklah isteri, anak-anak perempuan dan cucu-cucunya hanyalah untuk mendapatkan perintah pembatalan hukuman.



Kebodohan para pengikutnya dipergunakan secara jelas apabila Artikel 48 Perlembagaan Malaysia dijadikan sandaran sedangkan secara jelas dalam Artikel 48 dan Fasal-Fasalnya, tiada sebarang kuasa yang dapat membatalkan keputusan mahkamah yang mendapati dia adalah seorang peliwat, sebaliknya Artikel 48 hanya menyatakan kuasa pengurangan, penundaan dan pengampunan, bukannya menukar status keputusan.

Dengan kata lain, walaupun pengampunan diberikan, Anwar Ibrahim tetap seorang BANDUAN JENAYAH LIWAT, bukannya TAHANAN POLITIK.

Walaupun berada dalam penjara, Anwar Ibrahim masih lagi berusaha untuk menipu rakyat Malaysia, sekaligus sudah cukup untuk menunjukkan betapa bahayanya manusia bernama Anwar Ibrahim. Dan di sebalik momokan para pengkagum dan penjilatnya kononnya dia adalah seorang yang sangat hebat kerana walaupun masih di penjara, dia tetap ditakuti, sebenarnya mereka yang terlebih takut sekiranya Anwar Ibrahim terus didedahkan, sekaligus memanjangkan tempoh pemenjaraannya secara fizikal dan mental!!!!


YANG DIUGUT HENDAK DILETUPKAN DALAM KERETA TAK TAKUT, YANG MENGUGUT BUNGKUS MUKA DAN BADAN!!!



Satu klip video daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Malaysia Anti Demokrasi' telah viral di media-media sosial. Dalam klip video tersebut, tiga orang pemuda Melayu (berdasarkan pertuturan mereka), telah mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini adalah klip video kedua selepas mereka mengancam untuk meletupkan mahkamah selepas Anwar Ibrahim dijatuhi penjara lima tahun kerana kesalahan jenayah liwat pada 10 Februari lalu. Ancaman meletupkan mahkamah dibuat pada 16 Februari.

Khalid bagaimanapun menyatakan, dia tidak takut langsung dengan ugutan budak-budak bacul berkenaan. Sebaliknya menurut Khalid, ancaman sebegitu adalah perkara biasa sepanjang dia menjalankan tugas sebagai anggota dan pegawai polis.

Sebagai perhatian, beberapa orang Ketua Polis Negeri dan Negara telah ditembak mati oleh subversif. Antara mereka termasuklah Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara ketiga yang mati ditembak dua lelaki dengan 11 das tembakan di Jalan Ipoh, dipercayai agen komunis dan Mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang ditembak mati oleh agen komunis pada tahun 1975.

Menurut Khalid lagi, apa yang membimbangkannya ialah segelintir orang tidak menggunakan saluran demokrasi di negara ini dan kerapkali melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang untuk mendapatkan kehendak mereka.

"Rakyat Malaysia, pastinya tidak mahu melihat negara ini bertukar menjadi sebuah negara kucar-kacir kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan-kumpulan tertentu," katanya.

Kebanyakan warga pengguna siber melahirkan kekesalan dan rasa meluat yang teramat sangat kepada kumpulan anarki berkenaan. Malah ada yang mencadangkan agar ketiga-tiga mereka tidak ditangkap, dibicarakan dan dihantar ke penjara, sebaliknya dimasukkan ke dalam beg mayat sahaja.

Menurut Khalid, polis dengan kerjasama SKMM sedang mengesan aktiviti dan identiti kumpulan terbabit.

Dalam klip video yang pertama, terdapat empat orang individu membuat ancaman untuk meletupkan mahkamah. Klip video kedua pula hanya menampilkan tiga orang individu yang sama berdasarkan susuk tubuh mereka. Ada maklumat yang menyatakan salah seorang daripada mereka telah ditahan oleh polis sekaligus menjadikan hanya tiga orang sahaja yang muncul dalam klip video kedua.