Kalau dengar sembang Anwar Ibrahim, langit boleh runtuh. Kalau dia bercakap bab Allah Taala, sampaikan kita boleh jatuh syirik sebab bayangkan rupa-Nya Allah Taala. Kalau dia bercakap tentang dirinya, seolah-olah dia adalah tajalli daripada segala macam cendekiawan dunia yang pernah dilahirkan dari zaman pra sejarah sehinggalah ke zaman mutakhir.
Yang sahihnya, Anwar hanyalah seorang ahli politik cokia yang sengaja dibesar-besarkan oleh para pengikutnya apatah lagi kebodohan tetapi kelicikan taktiknya begitu menarik golongan anti-establishment. Anwar secara dasarnya tidak ada sebarang idea kebaikan melainkan hanya untuk melakukan kerosakan demi melindungi kejahatannya sendiri. Sebarang idea yang dilontarkan hanyalah kesan daripada hafalan skrip yang telah disiapkan oleh taukeh-taukehnya yang berselindung di sebalik pelbagai nama pertubuhan yang di belakang mereka adalah Zionis!
Bayangkanlah setelah dia tidak lagi mendapat tempat di kalangan pemimpin-pemimpin negara dunia, Anwar Ibrahim terpaksa mencipta pesona yang lain. Sedangkan semua orang tahu, Anwar tidak akan melepaskan peluang untuk melarikan diri ke luar negara jikalau berpeluang berbuat begitu. Dia pernah melakukannya pada tahun 2008 sebaik-baik sahaja Saiful Bukhari Azlan diketahui membuat laporan polis.
Bagaimanapun Kerajaan Negara Turki tidak menerimanya. Dia yang berlindung di kediaman rasmi Duta Turki akhirnya terpaksa menyerah diri dan membikin cerita kononnya dia melarikan diri kerana adanya ancaman membunuh. Untuk menutup malunya dia mencipta drama 16 September yang kemudiannya gagal teruk walaupun konco-konconya cuba merealitikan pembohongan tersebut.
Begitulah juga halnya dalam isu statusnya sebagai BANDUAN JENAYAH LIWAT. Keluarganya dan PKR cuba menukarkan status tersebut sebagai TAHANAN POLITIK.
Kononnya enggan memohon pengampunan diraja kerana tidak bersalah sebaliknya kerana fitnah. Tetapi sebenarnya seperti yang dijangka, Anwar Ibrahim tidak akan melepaskan peluang untuk berbuat begitu untuk bebas. Permohonan pengampunan diraja dibuat pada saat-saat terakhir menggunakan keluarganya untuk menutup malunya kerana telah terdedah.
Mula-mula dahulu, untuk dipandang besar oleh para pengikut dia berkata, TIDAK TAKUT DENGAN PENJARA. Tetapi baru dua hari dalam penjara, dia sudah merungut tentang nyamuk, tentang tilam nipis, tentang berak mencangkung, tentang mandi pakai timba, bukannya bath-tub, tidak bermeja tulis dan berkerusi selain bilik tidak bersendirian.
Kononnya boleh bertahan selama lapan tahun dan dia tidak apa-apa tetapi tidak sampai 14 hari, dia sudah meminta keluarganya untuk mendapatkan permohonan ampun daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong sekaligus mensesiakan pengorbanan dua minggu para penyokongnya yang memasang lilin hampir setiap malam di hadapan Penjara Sungai Buloh, demonstrasi bodoh di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dipedulikan orang dan pelbagai onar yang dilakukan oleh para konconya di seluruh negara dalam usaha menimbulkan sentimen kebencian rakyat kepada Kerajaan Persekutuan, Mahkamah dan PDRM.
Dan menariknya lagi, walaupun memang sah dia memohon pengampunan diraja di mana antara pra-syaratnya ialah tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, selain mengakui kesalahan jenayah dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatan jenayah tersebut, Anwar Ibrahim dengan menggunakan keluarganya masih lagi cuba menipu dengan menyatakan kedatangan ahli-ahli keluarganya ke Istana Negara termasuklah isteri, anak-anak perempuan dan cucu-cucunya hanyalah untuk mendapatkan perintah pembatalan hukuman.
Kebodohan para pengikutnya dipergunakan secara jelas apabila Artikel 48 Perlembagaan Malaysia dijadikan sandaran sedangkan secara jelas dalam Artikel 48 dan Fasal-Fasalnya, tiada sebarang kuasa yang dapat membatalkan keputusan mahkamah yang mendapati dia adalah seorang peliwat, sebaliknya Artikel 48 hanya menyatakan kuasa pengurangan, penundaan dan pengampunan, bukannya menukar status keputusan.
Dengan kata lain, walaupun pengampunan diberikan, Anwar Ibrahim tetap seorang BANDUAN JENAYAH LIWAT, bukannya TAHANAN POLITIK.
Walaupun berada dalam penjara, Anwar Ibrahim masih lagi berusaha untuk menipu rakyat Malaysia, sekaligus sudah cukup untuk menunjukkan betapa bahayanya manusia bernama Anwar Ibrahim. Dan di sebalik momokan para pengkagum dan penjilatnya kononnya dia adalah seorang yang sangat hebat kerana walaupun masih di penjara, dia tetap ditakuti, sebenarnya mereka yang terlebih takut sekiranya Anwar Ibrahim terus didedahkan, sekaligus memanjangkan tempoh pemenjaraannya secara fizikal dan mental!!!!