Pages

Monday, February 25, 2019

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEMAKIN RESAH, TINDAKAN PIHAK BERKUASA TERHADAP PENGHINA ISLAM DILIHAT TERLALU SAMBIL LEWA!!!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa seorang lelaki Cina berusia 68 tahun yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w, isteri baginda dan agama Islam, telah pun direman selama tiga hari bermula dari 20 Februari sehingga 22 Februari. Bagaimanapun, disebabkan faktor umur dan komplikasi kesihatan, lelaki Cina tersebut dibebaskan dengan jaminan polis. (RUJUK SINI)

Sebanyak 478 laporan polis telah dibuat berhubung penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w dan isteri baginda oleh Fong Sing Wai.

Ketua Polis Negara turut memaklumkan yang PDRM sebenarnya telah membuka tiga kertas siasatan. Selain Fong Sing Wai, turut disiasat adalah Sarkar Tanesan, dan Sally Yen. 11 laporan polis melibatkan Sarkar Tanesanh dan lelaki berusia 21 tahun tersebut telah pun ditangkap dan ditahan pada 21 Februari lalu.

Kes membabitkan Sally Yen pula adalah kes pada tahun 2013. Pihak berkuasa bagaimanapun gagal mengesan pemilik akaun Facebook terbabit, malahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga gagal membuat pengesahan identiti Sally Yen.


Hakikatnya, penghinaan terhadap Islam dan tokoh-tokoh Islam berlaku semakin kerap dan dan semakin biadap selepas kemenangan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan dan menguasai pentadbiran beberapa buah kerajaan negeri.

Toleransi yang ditunjukkan selama ini, telah disalahanggap sebagai satu kelemahan dan satu keperluan bagi mana-mana pihak untuk berkuasa dan menang dalam Pilihanraya di Malaysia. Walaupun terdapat undang-undang, bahkan sudah ada yang telah dijatuhi hukuman kerana menghina dan cuba mencetuskan provokasi agama, namun kebanyakan berita tersebut dilihat sebagai remeh dan tidak penting.

Sudah dua malam berturut-turut terutama di Pulau Pinang dan Ipoh, beberapa demonstrasi dan himpunan dibuat menyatakan rasa kesal terhadap sikap dan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang dilihat sambil lewa, cuai dan kurang bertanggungjawab terhadap golongan yang dengan sengaja cuba melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).


Keresahan di kalangan umat Islam di Malaysia berhubung dengan perkembangan mutakhir ini dapat dilihat secara ketara di mana-mana. Ironinya, pihak berkuasa dan kerajaan pula dilihat bersikap acuh tak acuh dan seolah-olah beranggapan umat Islam di Malaysia sama seperti kaum Rohingya di Burma yang bukan sahaja tidak dapat bertindak, malahan suara mereka juga tidak didengar.

Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w, isteri-isteri baginda, para Sahabat r.a, Islam bahkan lebih utama terhadap Allah SWT merupakan perkara besar dalam Islam dan dalam kalangan umat Islam. Sekiranya pihak berkuasa tidak membendung dan menangani masalah ini dengan bijak, pastinya sesuatu yang lebih besar akan menimpa negara ini.

Apatah lagi dengan gambaran yang diterima oleh rakyat sekarang bila mana pihak berkuasa dilihat lebih melindungi golongan yang suka menghina Islam berbanding mengambil tindakan tegas berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada.



Sunday, February 24, 2019

DAP ARAHKAN TENTERA SIBERNYA PERHEBATKAN SERANG PERIBADI NAJIB UNTUK ELAK RAKYAT PERSOAL KE MANA WANG NEGARA DIBELANJAKAN!!!



Isyarat mula dihantar oleh pakar-pakar strategi dan propaganda DAP kepada tentera-tentera siber serta penyokong-penyokong mereka. Serangan terhadap Najib Abdul Razak perlu dipertingkatkan dan diperhebatkan supaya DAP tidak ketinggalan daripada sokongan rakyat, dan supaya Pakatan Harapan terus wujud di dunia ini.

Serangan peribadi terhadap Najib Abdul Razak telah membolehkan Pakatan Harapan menjadi kerajaan hari ini. Namun kerana Najib Abdul Razak itu jugalah, Kerajaan Pakatan Harapan seperti tidak dapat keluar dari kepompong, 'HANYA PANDAI BERCAKAP TAK PANDAI BEKERJA', apabila keadaan semua sektor terutama ekonomi dan kewangan negara semakin teruk dan semakin merudum.

Ong Kian Ming yang merupakan Timbalan Menteri MITI menyebut tentang Operatif Propaganda DAP yang kini perlu mencari kaedah yang lebih efektif untuk mencipta dan menyebarkan propaganda efektif bagi membentuk persepsi rakyat. Operatif Propaganda DAP atau lebih dikenali sebagai RBA yang sebelum PRU-14 cukup aktif, kini sudah tidak aktif selepas Pakatan menang dan setelah sebahagian besar daripada mereka didedakkan, diberi ganjaran serta jawatan yang lumayan dan selesa di dalam Kerajaan terutama sekali di Kementerian Kewangan.


Begitu juga apabila Liew Chin Tong yang kini merupakan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, turut menyeru jentera mereka yang sedang mabuk kuasa sekarang supaya menggandakan usaha propaganda di media-media sosial.

Dan sudah pastilah, propaganda yang dimaksudkan oleh pemimpin-pemimpin DAP itu adalah SERANG NAJIB!

Kerajaan Pakatan sekarang ini dilihat tidak ubah seperti BADUT apabila penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Najib Abdul Razak tentang dasar-dasar dan polisi-polisi Kerajaan Pakatan sekarang, sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat. Lebih daripada itu, akibat pendedahan dan penjelasan yang dibuat oleh Najib Abdul Razak, Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa melakukan PUSINGAN U beberapa kali dalam keputusan yang telah mereka buat.


Terbaru adalah tentang REIT, iaitu satu usaha menzalimi rakyat dengan memastikan rakyat bayar lebih bagi membolehkan kroni terus mendapat keuntungan menerusi pemajakan bangunan hospital kerajaan dan lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara.

DAP sedar, semakin dibiarkan Najib 'bebas' seperti sekarang terutama di media sosial, semakin banyak tembelang, penipuan dan kezaliman yang dirancang, akan terdedah. Najib dilihat menjadi penghalang utama rancangan Kerajaan Pakatan Harapan yang berpusat di Kementerian Kewangan untuk menyakau wang dan harta rakyat atas nama MENYELAMATKAN MALAYSIA.

Para pemimpin DAP juga sedar, faktor dan fenomena Najib Abdul Razak telah membangkitkan satu gelombang besar di kalangan rakyat. Walaupun Najib Abdul Razak ditimpa dengan berpuluh-puluh tuduhan jenayah komersial, namun ada hal lain yang lebih penting yang rakyat kisahkan.

PERUT DAN KOCEK RAKYAT!

Tinjauan di Semenyih dan Cameron Highland adalah petunjuk penting.


Rakyat tidak peduli pun dengan kes-kes mahkamah Najib Abdul Razak. Kes-kes berkenaan sedang diuruskan oleh mahkamah dan mereka juga yakin, satu atau dua kes sekurang-kurangnya akan disabitkan kesalahan terhadap Najib Abdul Razak. Dan mereka juga tahu, Pakatan akan memasukkan Najib Abdul Razak ke dalam penjara atas alasan, bersalah.

Dengan rakyat sedang melihat sistem kehakiman, PDRM, SPRM dan segala agensi penguatkuasaan kini dicampurtangan oleh kerajaan secara bebas, termasuklah dalam kes terbaharu melibatkan Fong Si Wai dan Papagomo, kes-kes melibatkan Najib Abdul Razak akan berakhir di penjara sama ada secara hakikatnya Najib bersalah atau sebaliknya.

Rakyat kini mempersoalkan dasar-dasar dan polisi-polisi Kerajaan Pakatan Harapan yang lebih cenderung membunuh dan menzalimi rakyat marhein. Dengan Bajet 2019 yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah Malaysia, dengan penghapusan segala bentuk bantuan dan insentif untuk rakyat marhein, dengan pemotongan pelbagai peruntukan, dengan penjualan segala aset dan penjarahan rezab negara, dengan kenaikan cukai dan pengenalan cukai-cukai baru, dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak munasabah dan segala macam tekanan ekonomi serta kewangan rakyat marhein yang lain, rakyat mula mempersoalkan kewajaran kewujudan Kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri.


Ke mana semua wang negara yang 'dijimatkan' oleh Kerajaan Pakatan, sedangkan Hutang Negara pula dilihat semakin meningkat jauh lebih tinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding 9 tahun!

Apa yang dibelanjakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan menerusi Bajet terbesar mereka sedangkan rakyat pula tidak mendapat satu manfaat pun?

Apakah DEFLASI merupakan dasar terbaharu Kerajaan Pakatan Harapan yang berharap DEFLASI akan menurunkan harga barang kerana di dalam buku teks mata pelajaran Ekonomi, memang itulah definisi DEFLASI?



Najib hanyalah sebabak daripada kehidupan, tapi rakyat adalah faktor utama dalam negara ini. Tumpuan DAP untuk menyerang Najib bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah yang membelenggu mereka kesan daripada kebodohan, kealpaan, kelalaian dan kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan, mungkin akan berjaya dalam tempoh singkat tetapi yang pasti, Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh bertahan lama.

DAP perlu sedar, rakyat bukanlah bodoh seperti yang mereka sangkakan. Dan rakyat bukanlah tidak pandai menilai serta mencari maklumat tanpa perlu bergantung kepada propaganda dan persepsi yang dilaksanakan oleh jentera propaganda DAP.

Saturday, February 23, 2019

UMUM CADANGAN HAPUS 'TOL' GANTI 'CAJ KESESAKAN' BUKTI KERAJAAN TERDESAK DAN RAKUS HENDAK MEROMPAK WANG RAKYAT!!!



Kalau tak menipu, mereka merompak!

Kalau mereka nak merompak, mereka akan mulakan mukaddimah dengan menuduh dan melabelkan orang lain sebagai perompak dan pencuri. Mereka cuba tanamkan persepsi di dalam otak rakyat bahawa mangsa mereka itulah sebenarnya perompak dan pencuri, walaupun sebenarnya yang sedang merompak adalah mereka sendiri.

Ini adalah modus operandi yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekarang.

Hari ini keluar satu pekeliling membabitkan tol lebuhraya.

Kesemua lebuhraya tersebut adalah pada zaman Mahathir selaku Perdana Menteri. Kesemua lebuhraya berkenaan diberikan konsesi tol dengan perjanjian berat sebelah pada zaman Mahathir. Dan pada zaman Najib, kepentingan dalam konsesi tersebut telah dibeli oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuklah KWSP, Tabung Haji dan Tabung Angkatan Tentera.

Dengan kata lain, lebuhraya-lebuhraya bertol tersebut yang asalnya dimiliki oleh syarikat swasta atau entiti yang rapat dengan Perdana Menteri waktu itu, di bawah pentadbiran Najib telah diambilalih oleh Kerajaan menerusi GLC. Sekaligus merupakan pelaburan kepada GLC-GLC berkenaan yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah MENIPU RAKYAT dan CUBA MENGABURI HAKIKAT SEBENAR.

Tol-tol di lebuhraya yang dinyatakan TIDAK AKAN DIBATALKAN. Bahkan wujud caj-caj sesak bagi tempoh 6 jam yang sudah pasti digunakan untuk menanggung tempoh tol percuma dari jam 11 malam sehingga 5 pagi.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, mereka yang bekerja pada sebelah siang akan terpaksa mengeluarkan kos dan perbelanjaan lebih banyak untuk tol kerana caj sesak berkenaan.

Untuk melunakkan rakyat atau lebih tepat lagi menipu rakyat, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan sekarang sedang berunding dengan GAMUDA. Walhal Gamuda adalah entiti berkaitan kerajaan.


GAMUDA dimiliki oleh rakyat menerusi KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya.

Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan dan Kementerian Kewangan yang dikuasai oleh DAP sekarang adalah membangkrapkan semua pelaburan yang membabitkan kepentingan rakyat bagi membolehkan dikuasai oleh syarikat-syarikat kroni seperti yang dilakukan terhadap Tabung Haji menerusi RM19.9 bilion wang pelaburan pendeposit Tabung Haji kepada syarikat SPV yang berada di bawah kuasa Menteri Kewangan.

M.O yang sama dilakukan seperti dalam kes Tabung Haji. Kerajaan Pakatan akan memaksa GAMUDA yang merupakan wang pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol berkenaan. Dan apabila dibeli, kejatuhan harga saham GAMUDA akan membolehkan syarikat-syarikat kroni menguasainya.

Hanya sekadar sedap telinga mendengar, TOL HENDAK DIHAPUSKAN... tapi hakikatnya penghapusan tol tersebut tidak berlaku, bahkan rakyat rugi besar. Mereka yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera dan Tabung Haji khususnya akan berhadapan dengan pengecilan dan penurunan dividen kerana pelaburan 'rugi'.

Kita tak payah lagi bercerita tentang apa yang tertulis dalam PARA 6 sehingga PARA 8 yang jelas-jelas membuktikan kepada kita kecenderungan dan niat Kerajaan Pakatan untuk menekan rakyat menerusi kadar tol yang baharu!

Alang-alang nak hapuskan tol, hapus betul-betul macam yang dibuat oleh Najib sebelum ini!




Friday, February 22, 2019

TERUK SUNGGUH DAH PENYAKIT KEMARUK ANWAR NAK JADI PERDANA MENTERI, DAH ELOK DIA DAFTAR KE HOSPITAL UNTUK RAWATAN!!!



Sana sini, sampai ke luar negara, Anwar Ibrahim memberitahu, dia yakin dia akan dilantik sebagai Perdana Menteri kurang dari tempoh 2 tahun. Sampai ke luar negara Anwar Ibrahim mencanangkan dia adalah bakal Perdana Menteri ke-8.

Memang teringin sangat Anwar dengan jawatan Perdana Menteri. Keinginan yang tidak pernah disembunyikan semenjak tahun 1997 lagi. Keinginan yang menyebabkan tercetusnya perpecahan besar dan kemudian muncullah pelbagai drama antara Mahathir dengan Anwar.

Sehingga kini, kesan daripada keinginan besar Anwar untuk jawatan Perdana Menteri tidak pernah pulih. Dan menariknya, Anwar juga tidak pernah pulih dari sakitnya ingin menjadi Perdana Menteri.

PRU-14 sepatutnya merupakan medan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri. Namun keberadaannya di dalam penjara kerana jenayah liwat, menyebabkan Anwar sekadar menelan air liur, apatah lagi kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 menggunakan lambang dan logo mata lebamnya.

Lebih malang lagi ialah apabila musuh utamanya yang menjadi pemangkin kepada keinginan membara Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pula yang terpilih sebagai Perdana Menteri. Anwar hanya mampu bersenang hati dengan janji kononnya, Mahathir akan meletak jawatan dalam tempoh dua tahun dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Sewajarnya Anwar Ibrahim menjadikan sejarah sebagai panduannya.

1 September 1998, di Pulau Pinang, Mahathir mengulangi kata-katanya bahawa dia sudah pun memilih pengganti. Penggantinya adalah Anwar Ibrahim.

Tak sampai 24 jam kemudian iaitu pada 2 September 1998, Mahathir memanggil satu sidang media untuk memaklumkan pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan kerajaan yang disandangnya. Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim juga dipecat dari parti dengan alasan, masalah moral.


Sejarah nampaknya berulang. Sekalipun Mahathir bersetuju untuk membolehkan Anwar Ibrahim mendapat pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi semua kesalahan jenayahnya, dibebaskan dari penjara dan rekod kesalahannya dipadamkan, namun itu hanyalah umpan Mahathir untuk mendapatkan sokongan dari dalam PKR buat dirinya sendiri. Mahathir berjaya dengan taktik tersebut. Sebahagian besar daripada pemimpin PKR mengalihkan kiblat, dari Anwar kepada dirinya. Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, Tian Chua dan sebagainya yang lantang menentang Mahathir, kini tidak ubah seperti kucing mandul yang sentiasa menggesel betis Mahathir minta dibelai.

Hanya sekelompok kecil sahaja pemimpin PKR seperti Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Abdullah Sani yang masih berharap Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. Dan harapan mereka nampaknya semakin pudar apabila Mahathir yang licik, mula mengatur strategi lain yang lebih mengukuhkan kedudukannya.

Anwar sebenarnya sudah terlambat. Dia mempunyai peluang yang sangat besar untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 ketika UMNO-BN memberikan isyarat akan menolongnya untuk ke jawatan tersebut. Pada ketika itu, UMNO-BN masih ada 79 orang Ahli Parlimen. Anwar juga secara tradisinya mempunyai sokongan dari PAS. PAS memiliki 18 kerusi Parlimen. Komponen utama Anwar adalah DAP yang memiliki 42 kerusi Parlimen. Dicampur dengan Ahli-Ahli Parlimen dari PKR sendiri, senang-senang sahaja Anwar Ibrahim mendapat lebih 2/3 majoriti sokongan.


Namun Anwar memilih untuk berlakon gentleman. Anwar yang baru menang sebagai Ahli Parlimen Port Dickson cuba berlakon kononnya dia tidak gelojoh walaupun ke sana ke mari bahkan sampai ke luar negara dia menjaja dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Malah, lebih memalukan, dia menjadi menteri tak berportfolio tidak rasmi menemani isterinya melakukan lawatan-lawatan rasmi ke luar negara dan tampil di kamera media sebagai 'bakal Perdana Menteri'.

Dengan perkembangan terkini, kedudukan Mahathir jauh lebih kukuh berbanding Anwar Ibrahim. Anwar Ibrhaim sendiri dilihat sebagai sudah tidak relevan dan ketinggalan. Idea-idea dan hujah-hujah Anwar, bukan sahaja tidak mampu menarik minat, bahkan ditertawakan oleh penyokong-penyokongnya sendiri.

Dan apabila Anwar mengutuk PAS di hadapan wartawan, Anwar Ibrahim sebenarnya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada jawatan Perdana Menteri dan dia sudah boleh mendaftar di mana-mana hospital untuk mengubati penyakit meroyannya!!!

Lebih-lebih lagi kalau PPBM menang pula dalam PRK DUN Semenyih, Anwar Ibrahim boleh menangis di bucu katil sambil mengongoi, 'Aku Nak Jadi PM! Aku Nak Jadi PM!'


Thursday, February 21, 2019

ZURAIDAH KAMARUDDIN KATA, CALON PH SEDANG MENDAHULUI DI SEMENYIH!!!



HULU LANGAT: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yakin calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali mendahului tiga calon lain menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, berkata Muhammad Aiman mendahului 60 peratus berdasarkan maklum balas daripada pengundi hasil bancian menerusi telefon yang dilakukan jentera Pakatan Harapan (PH).

“Jentera empat parti komponen PH giat melaksanakan gerak kerja dirancang, khususnya sentuhan rumah ke rumah.

“Ketika ini keadaannya adakah 60:40 dengan calon PH mendahului berdasarkan maklum balas pengundi yang diperoleh jentera kami yang membuat panggilan telefon.

“Namun, kita tak boleh ambil mudah kerana angka itu boleh berubah atas faktor pengundi yang tidak turun mengundi, jadi jentera perlu terus laksanakan gerak kerja dengan komitmen 100 peratus,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasminya ke Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman.

Terdahulu, Azmi berkata, pasukan bomba dan penyelamat negeri itu sudah memeriksa semua 25 pusat mengundi dan satu pusat pengiraan undi bagi PRK DUN Semenyih.

“Berdasarkan pemeriksaan, kami dapati aspek keselamatan kebakaran di semua lokasi itu berada dalam keadaan baik, dan jentera juga dapat masuk ke kawasan itu tanpa halangan jika berlaku sebarang insiden.

“Kami turut memeriksa tiga hotel bajet di Semenyih yang kini menjadi tumpuan ahli politik pada PRK ini, dan semua aspek keselamatan dipatuhi pemilik premis.

“Kami juga mengerahkan 50 anggota bomba untuk bersiap siaga dengan sebarang insiden sepanjang kempen ini, dan cuti mereka akan dibekukan bermula 25 Februari sehingga 3 Mac depan,” katanya.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Aiman, 30, dengan calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi, 58; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul, 25, dan calon Bebas, Kuan Chee Heng, 56, atau ‘Uncle Kentang’.

AMARAN KERAS LIM KIT SIANG... BELA DAN AKUR DENGAN LIM GUAN ENG ATAU DAP AKAN KUBURKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN!!!



Lim Kit Siang yang merupakan Supremo DAP dan pada masa yang sama, SUPREMO PAKATAN HARAPAN telah memberikan kata dua kepada Mahathir dan pemimpin-pemimpin Melayu dalam Kerajaan Pakatan.

Kata Lim Kit Siang, dia tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan DAP daripada Kerajaan Pakatan Harapan sekiranya tiada agenda pembaharuan dan objektif Malaysia Baharu tidak tercapai. (RUJUK SINI)

Apa yang dimaksudkan oleh Lim Kit Siang sebagai Objektif Malaysia Baharu?

Sudah tentulah berkait rapat dengan DEKLARASI SETAPAK 1967.

Apa itu Deklarasi Setapak? (RUJUK SINI)

Deklarasi Setapak secara khususnya menentang Perlembagaan Persekutuan terutama Artikel 3, Artikel 11, Artikel 152, Artikel 153, Artikel 161A yang membabitkan kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Artikel 89 membabitkan Tanah Rezab orang Melayu dan Artikel 95D membabitkan tanah, kerajaan tempatan Sabah dan Sarawak.

Alasan DAP ialah untuk mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu dan berjaya, masyarakat Malaysia tidak boleh dijuzuk-juzukkan dengan kaum.

Ironinya, DAP merupakan penyokong kuat pemisahan sistem pelajaran di Malaysia dengan keutamaan DAP adalah Pendidikan Cina. Ini terbukti apabila sebaik-baik sahaja DAP memegang kuasa dalam Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan, bantuan dan peruntukan untuk sekolah-sekolah swasta dan persendirian Cina dilambak-lambakkan biarpun pada masa yang sama, tindakan tersebut merupakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 12 (2).

Bahkan DAP sendiri mengamalkan dasar chauvinist dan rasisme yang cukup kuat apabila hampir kesemua kepimpinan utama parti tersebut terdiri dari satu kaum sahaja. Kalau ada pun terselit, hanyalah dari keluarga Karpal Singh yang merupakan sekutu utama Lim Kit Siang dan seorang dua pemimpin India yang sangat pro-Lim Guan Eng.

Deklarasi Setapak secara khususnya menentang Perlembagaan Persekutuan terutama Artikel 3, Artikel 11, Artikel 152, Artikel 153, Artikel 161A yang membabitkan kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Artikel 89 membabitkan Tanah Rezab orang Melayu dan Artikel 95D membabitkan tanah, kerajaan tempatan Sabah dan Sarawak.

Gertakan Lim Kit Siang yang dia akan membawa DAP keluar dari Kerajaan Pakatan, sekaligus meruntuhkan Pakatan Harapan sebenarnya berkait secara langsung dengan desas-desus tentang usaha bersungguh-sungguh DAP untuk membuat undi tidak percaya terhadap Mahathir.

Walaupun seperti biasa, penyokong Mahathir yang baru merasai nikmat kuasa cuba menafikannya, namun di kalangan penyokong-penyokong Pakatan Harapan sendiri, perbualan tentang undi tidak percaya dan tikam belakang yang sedang dilakukan oleh DAP bersama-sama Anwar selain pembabitan Muhyiddin Yassin pula, bukanlah satu rahsia. Perbincangan tersebut dibuat secara terbuka.

Lim Kit Siang sebenarnya memberi amaran keras kepada Mahathir bahawa Mahathir dan Melayu-Melayu Pakatan akan kehilangan kuasa seandainya enggan akur dengan kehendak serta arahan DAP. PPBM, PAN dan Melayu PKR akan kehilangan kedudukan, jawatan dan kuasa sekiranya mereka tidak mahu atau cuba membiarkan Lim Guan Eng terus diserang dan kelemahannya didedahkan oleh UMNO dan PAS.

Itu saja... tidak ada kena mengena dengan negara atau rakyat. Ia hanya berkisar tentang Lim Guan Eng dan supremacy DAP semata-mata!

RCI KEHAKIMAN UNTUK PASTIKAN PENDAFTARAN UMNO DIBATALKAN?... MAHATHIR LUPA, SEKARANG INI, TIADA UMNO, PAS AKAN JADI PAYUNG UTAMA MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA!!!



Ada sebab mengapa Mahathir tiba-tiba bercakap tentang keperluan mewujudkan RCI yang akan membicarakan tentang hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ada sebab mengapa Dr. Mahathir tiba-tiba bercakap tentang perlunya sebuah siasatan diraja bagi menyiasat dakwaan campurtangan terbuka badan kehakiman sekaligus membabitkan salah laku hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Terlalu banyak sebabnya, mengapa Mahathir yang cukup terkenal sebagai orang yang paling banyak campurtangan dalam badan kehakiman dan keputusan mahkamah, tiba-tiba bercakap tentang integriti dan salahlaku.

Sudah tentu Mahathir tidak berminat dan berniat langsung sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh para penyokongnya. Sejarah telah membuktikan bagaimana Mahathir menyalahgunakan mahkamah dan sistem kehakiman negara ini untuk kepentingan politiknya.

Pemecatan beberapa orang hakim pada tahun 1988 secara beramai-ramai dalam apa yang dipanggil sebagai Krisis Perlembagaan dibuat bagi mengukuhkan cengkaman dan kuasa Mahathir selepas UMNO asal berjaya diharamkan dan semua aset serta rezab tunai UMNO asal dipindahmilikkan kepada UMNO Baru ciptaan Mahathir.

Cubaan untuk merampas UMNO Baru oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhkan oleh Muhyiddin dan dipengerusikan oleh Mahathir pula, bukanlah cerita dongeng. Dari awal-awal penubuhannya lagi, PPBM telah dikatakan sebagai 'Pengganti UMNO'. Cerita kononnya UMNO sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan semula, dikempen oleh PPBM di seluruh negara. Mana-mana proksi UMNO telah diseret dan dibawa ke mahkamah bagi mewujudkan persepsi, UMNO memang telah rosak dan penyelewengan harta negara telah berlaku.

Tindakan 16 orang penyokong Mahathir yang berselindung sebagai Ahli UMNO membawa usul untuk mengharamkan UMNO pada Mac 2018 kerana kononnya tidak mengadakan pemilihan semula semenjak 2013 walaupun UMNO telah menjelaskan bahawa penangguhan tersebut telah dipersetujui dan diizinkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


Hari ini, Mahkamah Persekutuan berjaya memperolehi semakan semula oleh Mahkamah Persekutuan apabila tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak David Wong Dak Ah membenarkan kesemua enam belas bekas ahli UMNO tersebut membuat rayuan untuk mempersoalkan kewajaran undang-undang.

Undang-undang yang dipersoalkan itu adalah Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang menghalang mahkamah daripada membuat pengadilan bagi sebarang halehwal membabitkan parti politik yang mana menurut mereka bertentangan dengan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. (RUJUK SINI)

Justeru, kenyataan Mahathir bahawa perlu wujud RCI untuk membicarakan 'salahlaku Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan' bersandarkan kepada kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer (RUJUK SINI) tidak lebih daripada gertakan dan ugutan terhadap Hakim-Hakim yang akan membicarakan semakan semula kes yang dibawa oleh 16 orang bekas ahli UMNO untuk membatalkan pendaftaran UMNO.

Cuma Mahathir terlupa atau barangkali terlepas pandang, kebanyakan ahli UMNO dan pemimpin UMNO sudah pun bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan, lebih-lebih lagi mereka cukup tahu apa yang tergamak dilakukan oleh Mahathir.

Cakap-cakap bahawa 'TIADA UMNO, PAS ADALAH PAYUNG UTAMA UMAT MELAYU DAN ISLAM MALAYSIA' sudah mula kedengaran.

Realiti tersebut sudah boleh dilihat di Cameron Highland dan kini lebih ketara di Semenyih.


BALA BUAT PENJAWAT AWAM DATANG LAGI... ANDA BAKAL DIPECAT DAN DIBUANG KERJA OLEH KERAJAAN!!!



'Perjuangan' untuk membuang penjawat awam atau dalam bahasa yang lebih lunak, mengecilkan saiz perkhidmatan awam di Malaysia telah dilancarkan oleh DAP bermula dari tahun 2011 lagi. Tony Pua yang sekarang merupakan Pegawai Khas Menteri Kewangan telah menyuarakan saranan tersebut pada 1 November 2011. Kenyataannya agar kakitangan awam dipecat dan saiz perkhidmatan awam dikecilkan, dibuat ketika Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri waktu itu mengumumkan kenaikan gaji dan elaun penjawat awam.

Ketika itu Tony Pua menjawat jawatan sebagai Ketua Publisiti DAP.

Saranan Tony Pua kemudiannya disanggah oleh Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun yang mencabar DAP untuk melaksanakannya terlebih dahulu di Selangor dan Pulau Pinang, iaitu dua buah negeri yang berada di bawah cengkaman DAP pada waktu itu.


Isu tersebut kemudiannya senyap seketika tetapi pada 25 Oktober 2016, sekali lagi Tony Pua membangkitkan keperluan kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Malahan kali ini, Tony Pua tampil dengan saranan yang lebih kritikal iaitu penjawat awam dipecat atau mereka diberikan gaji tapi tidak perlu datang bekerja kerana penjawat awam adalah 'biawak hidup' kepada kerajaan. (RUJUK SINI)

Ketika Tony Pua, Lim Guan Eng dan Lim Lip Eng semakin berjaya menukarkan kompleks Kementerian Kewangan sebagai sebuah 'pasar Cina' dengan lambakan lulusan UEC yang tidak tahu apa-apa tentang negara tetapi berlagak seperti terlalu pandai, Perdana Menteri yang sedang berhadapan dengan ancaman Undi Tak Percaya cuba mengambil hati DAP dengan mengulangi saranan Tony Pua.

Pembuangan dan pemecatan penjawat awam telah pun dilakukan dalam fasa pertama sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan yang kementerian-kementerian utama negara ini dijajah dan ditakluk oleh DAP. Berpuluh-puluh ribu orang penjawat awam dibuang atas alasan lantikan politik. Namun pada masa yang sama, lebih ramai yang dibawa masuk oleh Kerajaan Pakatan walaupun mereka hanyalah lulusan UEC, bahkan ada yang tidak ada kelulusan dan pengalaman langsung tetapi diberikan jawatan-jawatan utama terutama sekali melibatkan Melayu-Melayu yang boleh ditampar tengkuk dan punggung mereka.


Kini saranan yang sama, nampaknya datang dari Perdana Menteri yang sedang tersepit dan terdesak.

Timbul pertanyaan, berapa ramai lagikah kakitangan awam yang akan menjadi mangsa sedangkan pada PRU-14 lalu, begitu ramai penjawat awam yang kuat menyokong Pakatan. Malahan, ada yang secara terang-terangan berkempen untuk memenangkan Pakatan Harapan menggunakan kedudukan dan jawatan mereka. Dan tidak kurang juga yang berusaha menjadi penyalur maklumat-maklumat sulit yang boleh dimanipulasi oleh Pakatan termasuklah projek-projek prasarana negara yang kemudian dikatakan sebagai projek penyonglapan wang rakyat.

Tapi kalau difikir-fikirkan pun, memang elok sangatlah... nak juga tengok penjawat-penjawat awam yang bercakap pandai sangat. Bila dah kena buang kerja dan kena kat batang hidung sendiri, kita nak tengok sejauh mana pula pandainya nanti.

Namun yang pasti, keputusan dan rancangan Kerajaan Pakatan Harapan yang dimotivasikan daripada saranan Tony Pua itu akan melibatkan penjawat awam Melayu, Bumiputera dan sebahagian besarnya beragama Islam.



Wednesday, February 20, 2019

DAH MAKIN TAK SELAMAT KEDUDUKAN DR. MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI... MAKIN MALAP MASA DEPAN MUKHRIZ MAHATHIR!!!



DAP telah berterus-terang mahu Dr. Mahathir meletak jawatan atas alasan gagal menunaikan janji dan manifesto. Dengan kata lain, DAP mahu memindahkan kegagalan Pakatan Harapan sepenuhnya ke pundak Dr. Mahathir. DAP mahu Dr. Mahathir menanggung seluruh rasa malu dan terhina.

Biarpun yang mendesak Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri hanyalah Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, hakikatnya suara Boo Cheng Hau adalah suara keseluruhan DAP.

Dan sememangnya itulah modus operandi DAP selama ini. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin utama DAP, tidak akan berani ke hadapan untuk menyuarakan sesuatu yang dilihat boleh merugikan parti secara besar-besaran, sebaliknya akan menggerakkan tentera-tentera kecil seperti Boo Cheng Hau untuk berbuat begitu. Jadi, kalau diserang pun, bukan DAP yang akan diserang dan dibenci sebaliknya hanya Boo Cheng Hau.

Watak Boo Cheng Hau samalah seperti Teoh Beng Hock yang akhirnya menjadi modal utama DAP untuk mendapatkan undi masyarakat Cina secara total.

Dan DAP tidak akan teragak-agak untuk mematikan atau mengorbankan mana-mana watak dalam parti itu demi keuntungan dan survival jangka panjang parti itu.


Ini drama terbaharu dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Semuanya bermula apabila Mahathir menyatakan kononnya PAS telah menandatangani surat persetujuan kononnya PAS menarik balik sokongan terhadap UMNO-BN di DUN Semenyih.

Sebelum Mahathir berbohong tentang PAS, sudah ada cerita tentang 'berita besar bulan Mac'. Apabila Mahathir berbohong dan mencuit PAS supaya melatah dan bercakap perkara sebenarnya, cakap-cakap tersebut ternyata benar.

Memang wujud gerakan untuk menggulingkan dan menjatuhkan Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri. Dan seperti biasa, apabila terdesak, Mahathir akan mula menggunakan isu Melayu, Bumiputera dan Islam. Mahathir akan mewujudkan persepsi perlunya dia dipertahankan supaya kedudukan Melayu, Islam dan Bumiputera di negara ini terjaga dan terjamin walaupun hakikatnya, hampir kesemua jawatan utama dalam kerajaan sekarang dikuasai oleh DAP, termasuklah Tabung Haji dan PNB yang hal ehwal entiti-entiti berkaitan Melayu-Bumiputera dan Islam itu diserahkan kepada Lim Guan Eng.

PAS terpaksa berterus terang dan memberitahu, PAS secara prinsipnya akan mempertahankan Mahathir daripada sebarang undi tidak percaya yang akan dibuat nanti. UMNO juga, walaupun tidak melatah seperti PAS, menyuarakan perkara yang sama.


Mahathir ke Sabah dan mendapat jaminan daripada Warisan dan Shafie Apdal. Kemudian, menggunakan bajet Pendidikan Najib pada tahun 2018, Mahathir berusaha pula menjamin sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen GPS sekaligus membolehkan Mahathir mengumpulkan sokongan seramai 126 orang Ahli Parlimen.

Mungkin sedar yang tembelang mereka sudah pecah, DAP dan penyokong Anwar tidak lagi berselindung-selindung. Mereka telah mula melancarkan gerakan dan seruan agar Mahathir meletakkan jawatan.

Dan pada masa yang sama, jaminan yang Mahathir perolehi sebelum ini daripada PAS dan UMNO pula nampaknya mulai menyusut apabila rakyat mulai mempersoalkan motif Mahathir berbohong semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya dan projek-projek besarnya menggunakan wang negara!

Sinetron ini baru sahaja berlangsung. Masih panjang lagi jalan ceritanya... kita tunggu sama-sama!


Tuesday, February 19, 2019

FOKUS UTAMA UMNO-PAS ADALAH KEGAGALAN KERAJAAN KAKISTOKRASI PAKATAN HARAPAN - TOK MAT HASAN!!!



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kerjasama UMNO - PAS adalah kerjasama dan persefahaman politik yang masih baru. Ia belum lagi menjadi satu kerjasama yang formal dan insyallah akan bertumbuh dan mengukuh secara organik sesuai masa. Meskipun dalam peringkat awal, ianya telah membuahkan hasil yang memberangsangkan setakat ini terutama bila ia melibatkan isu-isu strategik Islam dan Melayu.

UMNO juga sangat memahami halangan-halangan yang timbul untuk menjayakan apa jua kerjasama politik. Setiap parti ada kekangan masing-masing dan halangan yang wujud adalah normal kepada sebuah perkara yang baru dan jarang berlaku. Oleh yang demikian, UMNO dan PAS harus diberi masa untuk mencari pelbagai titik persamaan dan sedikit-demi sedikit mengurangkan perbezaan demi kepentingan umum.

Tunjang utama kerjasama ini adalah daripada keikhlasan nurani, kesatuan niat dan amal semua pihak demi menjaga dan memakmurkan kepentingan bersama Melayu-Muslim yang dilihat kian tidak menentu dalam pemerintahan Pakatan Harapan. Maknanya kerjasama UMNO - PAS menjangkaui pilihanraya kecil Semenyih. Maka banyak perkara yang masih boleh diperbaiki, diteruskan dan diolah demi kepentingan kedua-dua parti dalam menawarkan alternatif kepada Kerajaan Pakatan Harapan.


Bagi pilihanraya Semenyih pula, UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkongsi matlamat dan perjuangan yang sama  untuk memenangkan Semenyih. Kita berharap sokongan semua orang, Melayu dan bukan Melayu, PAS dan bukan PAS, pelbagai pertubuhan dan individu. Hakikatnya, pilihanraya ini bukanlah berkisar tentang kerjasama UMNO - PAS semata-mata. Fokus utama adalah kegagalan kerajaan kakistokrasi Pakatan Harapan dalam melaksanakan janji, merendahkan kos sara hidup, harga barangan harian, serta hal-hal asas ekonomi yang lain. Semua isu-isu ini amat dirasai oleh rakyat di Semenyih dan seluruh negara ketika ini.

Kerjasama UMNO dan PAS lebih besar dan strategik nilai dan kepentingannya dari hanya menghadapi sebuah pilihanraya di Semenyih. Ia berkisar tentang orang Melayu – Muslim yang merasa mereka semakin marjinal. Telah ada usaha-usaha yang sistematik yang mula mengenepikan mereka dari arus pembangunan dan wacana politik negara. Identiti, agama dan cara hidup mereka semakin digugat, secara zahir mahupun tersembunyi agar ideologi ‘Malaysian - Malaysia, No Race, No Religion’ direalisasikan.

Ideologi ini adalah manifestasi jelas kepada ketidakhirauan kerajaan Pakatan Harapan dan ahli-ahli politik DAP terhadap budaya dan nilai hidup orang Melayu - Muslim. Ia sama sekali mengenepikan karakter Malaysia dan  mewujudkan keraguan pada diri orang Melayu terhadap kemampuan kerajaan Pakatan Harapan, dalam menjaga nilai, cara hidup dan norma budaya orang Melayu pada abad ke-21.


Sehingga ini, tiada satu pun pelan konkrit menyentuh peningkatan tahap pendidikan, ekonomi dan sosio-budaya orang Melayu yang diumumkan serta dengan serius diusahakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Akhirnya, suka untuk diingatkan bahawa sebarang kenyataan daripada mana-mana pimpinan Pakatan Harapan seakan tidak boleh diambil serius kerana semenjak sembilan bulan lepas, segala janji dalam menifesto mereka gagal ditunaikan. Apatah lagi, pelbagai insiden yang terjadi menyentuh kredibiliti mereka telah terserlah. Kalau kelayakan akademik mereka pun menjadi debat umum, ini kan pula kenyataan politik mereka !!!

Dato Seri Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

RASUAH RM100 DIUMUM UNTUK ANAK MUDA MENJELANG PRK SEMENYIH DAN RANTAU, TAPI 6 MINIT KEMUDIAN LIM GUAN ENG BUAT U-TURN!!!



Sekali lagi nampaknya Menteri Kewangan Malaysia buat lawak.

Bantuan Sara Hidup Bujang 2019 diumumkan pada jam 4:10 petang. Jumlahnya adalah RM100 berbanding RM450 yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional menerusi BR1M untuk golongan bujang dan dijanjikan RM600 selepas Mei 2019. Bagaimanapun, kekalahan Barisan Nasional pada 9 Mei 2019, menyaksikan Kerajaan Pakatan memansuhkan bayaran insentif untuk golongan bujang.

Gelombang penolakan oleh golongan muda terhadap Pakatan Harapan semakin lama semakin besar di seluruh negara. Media-media sosial yang sebelum PRU-14 sangat memihak kepada Pakatan, kini tidak ubah seperti kubur besar Pakatan Harapan. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Pakatan Harapan, termasuklah sokongan yang diberikan oleh artis-artis negara kepada Pakatan, akan menjadi tempat berkerumun anak-anak muda, mengeji dan mencerca Pakatan terutama sekali Lim Guan Eng dan DAP.


Anak-anak muda sudah mula bercakap tentang penjualan harta-harta negara. Anak-anak muda sudah mula bercakap tentang ekonomi dan kewangan negara yang merudum. Anak-anak muda sudah mula membandingkan harga barangan SST dan GST. Malah lebih daripada itu, anak-anak muda sudah bercakap tentang gaji yang tidak setimpal diberikan kepada menteri-menteri dan jemaah kabinet yang hanya pandai beretorik, berpolitik tetapi langsung tidak tahu buat kerja.

Dan lebih malang lagi ialah, anak-anak muda yang suatu masa dahulu cukup membenci Najib Abdul Razak, dilihat kini menjadi tonggak kekuatan dan kemunculan kembali bekas Perdana Menteri itu.

Dua pilihanraya kecil sedang menanti Pakatan iaitu PRK DUN Semenyih dan PRK DUN Rantau.



Mungkin menyedari hal itulah Lim Guan Eng yang diketahui kuat berlakon dan menyamar sebagai orang bijak, mengumumkan pemberian semula BR1M atau nama barunya Bantuan Sara Hidup kepada golongan bujang.

Namun nilai yang diberikan pula, bukanlah RM450 sebaliknya RM100 yang dilihat ramai sebagai satu penghinaan besar kepada golongan muda oleh Menteri Kewangan dan Kerajaan Pakatan.


Barangkali sedar tentang perkara itu, tidak sampai 6 minit iaitu pada 4:16 petang, selepas pengumuman pemberian BSH kepada golongan muda itu, satu lagi pengumuman dibuat iaitu, Kerajaan akan mengkaji semula pemberian BSH kepada golongan muda dan akan dimuktamadkan nilainya oleh jemaah menteri.

Cepat betul u-turn!

Umum dulu, kaji kemudian sudah jadi penyakit berat Kerajaan Pakatan.

PAKATAN BERHARAP SANGAT, KEMPEN MEMBURUK-BURUKKAN NAJIB AKAN DAPAT MELUPAKAN PENGUNDI SEMENYIH TENTANG KEGAGALAN EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA DI BAWAH PAKATAN!!!



Pakatan Harapan di Semenyih seolah-olah sudah terlalu buntu untuk menjawab setiap persoalan yang diutarakan dan dibangkitkan oleh Najib Abdul Razak menerusi media sosial dan pertemuannya dengan orang ramai. 

Berbeza dengan kempen-kempen Pakatan Harapan, terutama menerusi kempen-kempen Azmin Ali, Najib Abdul Razak sentiasa menekankan tentang kepentingan negara dan keperluan rakyat. Najib mempersoalkan tentang halatuju ekonomi dan kewangan negara. Najib juga mempersoalkan tentang penjualan serta pelelongan aset-aset penting terutama sekali yang melibatkan kepentingan Melayu-Bumiputera dan umat Islam, yang sekarang ini seakan-akan menjadi intipati wajib dalam perjuangan Pakatan Harapan. 

Tidak satu pun kepincangan yang dibangkitkan oleh Najib Abdul Razak dijawab. Malahan medan terbaik untuk menjawab seperti dalam kempen dan ceramah pilihanraya kecil di Semenyih, tiada seorang pun, termasuklah Azmin Ali yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang berani menjawab semua perkara yang dibangkitkan. 

Sebaliknya apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan ialah mencetak liflet yang mensasarkan Najib Abdul Razak dan mengaitkannya dengan skandal-skandal dalam pentadbirannya. Liflet tersebut kemudiannya diedarkan kepada orang ramai dan berharap orang ramai melupakan kesengsaraan dan kesempitan ekonomi serta kewangan yang sedang dihadapi sekarang dengan skandal-skandal yang dibangkitkan oleh Pakatan. 

Ramai di Semenyih yang melihat itu adalah usaha yang sangat terdesak oleh Pakatan Harapan. Sinar Harian dipetik sebagai berkata, ada lembaran tersebut diedarkan di sebuah hypermarket di kawasan Semenyih. 

Seorang penunggang motosikal yang hanya dikenali sebagai Eddy memberitahu, dia menemui lembaran berkenaan di dalam raga motosikalnya apabila dia keluar dari hypermarket tersebut selepas membeli belah. 

"Pada mulanya saya ingat ia hanyalah flyer biasa tetapi apabila saya membacanya, nyata ia adalah mengutuk Najib. Saya membacanya dan kemudian membuangnya. Tidak ada gunanya membaca benda-benda seperti itu yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun. Cuma saya terkejut kerana ada orang yang sanggup sampai ke takah itu," katanya. (RUJUK SINI

Seorang wartawan Sinar Harian yang meletakkan motosikalnya di kawasan tersebut turut menemui liflet yang sama di atas kenderaannya. 

Lembaran dua muka surat tersebut mengandungi karikatur seorang lelaki yang kelihatan seperti Najib dan dengan frasa, "MALU APA BOSSKU' yang memang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu. 

Pada muka surat yang sama, terdapat perkataan lain seperti 'Pencuri,' 'Penyamun' dan 'Malaysia tidak akan lupa'.

Manakala pada muka surat yang lain tertulis, "Rosmah menyumbang RM326 juta" yang dikaitkan dengan laporan berita berjudul, 'Riza Aziz makes country proud.'

Laporan berita tersebut menyebut bagaimana Rosman Mansor telah berjaya mengumpulkan RM326 juta untuk membantu Riza menerbitkan filem kontroversi Wolf of Wall Street.

Monday, February 18, 2019

BILA DAP DAN PKR AKAN GERAKKAN FULL FORCE BANTU PPBM DI PRK DUN SEMENYIH?!!



'Kekalahan' Tok Mat Hassan di Rantau nampaknya tidak begitu menyemarakkan semangat Pakatan Harapan di Semenyih. Malahan, sudah timbul desas desus dan cakap-cakap tentang PPBM sedang berjuang bersendirian tanpa komponen Pakatan Harapan yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, DAP yang cukup agresif semasa PRK Cameron Highland, PRK Sungai Kandis dan PRK Balakong, masih tidak kelihatan di Semenyih. Ada tidak pun, hanyalah Lim Guan Eng menemankan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dua hari lepas semasa hari penamaan calon. Manakala pemimpin-pemimpin DAP yang lain, terutama Ronnie Liu yang mengeluarkan kenyataan keras terhadap Dr. Mahathir dan PPBM, masih tidak menunjukkan diri.

Begitu juga dengan PKR.

Walaupun Azmin Ali merupakan Timbalan Presiden PKR dan dilihat cukup aktif di Semenyih, Azmin Ali bersendirian seolah-olah dia tidak mewakili PKR sebaliknya sekadar bersungguh untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang akan datang.

Ada yang mengatakan, DAP sebenarnya membalas dendam apabila PPBM tidak bersungguh-sungguh membantu DAP di Cameron Highland. Kelekaan dan kelalaian PPBM itulah yang menyebabkan DAP gagal mengaut undi orang Melayu-Bumiputera. Malahan ceramah dan kempen yang dijalankan oleh Dr. Mahathir di hadapan sebuah masjid di sebuah Felda pula, lebih banyak membunuh diri sendiri berbanding memberikan kredit kepada DAP dan Pakatan.


PKR pula sudah tentulah sakit hati kerana Dr. Mahathir dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk mengotakan janjinya menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim walaupun sudah beberapa kali berjanji akan berbuat begitu.

Tindakan Dr. Mahathir memungut SAMPAH-SAMPAH UMNO untuk mengukuhkan PPBM dalam penguasaan di Parlimen dilihat sebagai langkah sumbang meminggirkan Anwar Ibrahim secara langsung.

Justeru, tindakan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi Ramli mahupun dari kem Anwar Ibrahim meminggirkan kempen PRK DUN Semenyih merupakan manifestasi daripada kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap Dr. Mahathir.


Cubaan untuk mengalihkan isu dan menutup isu sebenar perbalahan dalaman Pakatan Harapan kepada serangan terhadap PAS dan UMNO serta perlecehan terhadap Najib Abdul Razak, ternyata gagal apabila orang ramai dapat melihat kempen di Semenyih cukup sunyi dan tidak mendapat sambutan daripada parti komponen Pakatan yang lain.

PPBM benar-benar bersendirian.

Lebih malang, apabila program yang turut melibatkan Menteri Besar Selangor pula dibuat secara acuh tak acuh sehinggakan orang ramai lebih berminat untuk bergambar bersama-sama Najib di tapak yang terletak 100 meter dari lokasi program Menteri Besar Selangor pada masa yang sama, malam tadi.

CUBAAN ALIHKAN ISU JUAL DAN LELONG HARTA NEGARA DENGAN ISU-ISU RETORIK OLEH KERAJAAN PAKATAN, SAMPAI BILA AKAN BERTERUSAN?



Berapa lama lagikah Kerajaan Pakatan Harapan dengan bantuan Mahkamah, SPR, PDRM dan SPRM serta pelbagai agensi lain dapat menutup isu-isu sebenar dengan cerita-cerita retorik, termasuklah pilihanraya kecil?

Berapa lama lagikah Kerajaan Pakatan Harapan mampu melindungi cerita sebenar tentang Tabung Haji, tentang KWSP, tentang Khazanah dan pelbagai aset yang telah dijual dan mula dijual oleh Kerajaan dengan harga murah?

Begitu juga dengan rancangan menjual dan melelong bangunan hospital kerajaan serta Lapangan Terbang yang diselindungi dengan istilah REIT.

Istilah REIT sebenarnya adalah satu kaedah jual aset. Ini kerana semua lapangan terbang dan bangunan hospital milik kerajaan akan dijual kepada syarikat REIT yang baru ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng.


30% daripada saham (atau dipanggil unit) dalam syarikat REIT akan dijual kepada pelabur swasta termasuklah pelabur asing.

Dengan perlaksanaan REIT, MAHB yang merupakan syarikat milik Khazanah Malaysia Airports akan bayar sewa untuk guna lapangan terbang kepada syarikat REIT, bukan lagi kepada kerajaan.

Begitu juga, hospital-hospital kerajaan akan terpaksa membayar sewa kepada syarikat REIT, sedangkan sekarang hospital kerajaan tidak membayar apa-apa. Kos operasi tahunan hospital-hospital kerajaan akan naik. Secara tidak langsung, kos tersebut akan dipindahkan kepada pesakit dan pengguna.

Justeru tidak menghairankanlah apabila Lim Guan Eng memperkenalkan MySalam.


Kalau dah berjaya jual 30% dalam REIT, tidak sukar untuk jual baki 70% itu pada masa hadapan atas alasan, entiti kerajaan tersebut mengalami masalah kewangan yang teruk - alasan yang sering digunapakai oleh Kerajaan Pakatan ketika mereka mahu menjual kepentingan dalam FELDA, FELCRA, Tabung Haji dan PNB.

Begitu juga dengan penjualan IHH Berhad milik Khazanah kepada Jepun dengan harga RM8.42 bilion pada November lalu. Axiata milik Khazanah pula menjual semua pegangan mereka dalam M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion.

Tidak satu penjelasan pun diberikan oleh Kerajaan Pakatan tentang pendedahan yang dibuat oleh media antarabangsa ini terutama sekali membabitkan rancangan untuk menjual kepentingan 35% dalam Petronas kepada pihak asing.


Malah dalam isu penjualan M1 dan IHH Berhad pun, tidak ada seorang pun menteri, apatah lagi Lim Guan Eng mahupun Azmin Ali yang berani bercakap tentangnya, sebaliknya mereka beretorik tentang Najib! Najib! 1MDB! Pencuri dan Perompak!

Berapa lama lagi Kerajaan Pakatan Harapan boleh bertahan dengan retorik-retorik ini sedangkan pada masa yang sama, rakyat semakin tahu mereka sedang gila menjual segala harta negara?


RAMAI SAMBUT BAIK KEPUTUSAN MAHKAMAH ADAKAN PILIHANRAYA SEMULA DI KERUSI DUN RANTAU!!!!



Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, PRK Rantau perlu diadakan semula. Sekaligus kemenangan Tok Mat Hassan pada PRU-14 lalu, telah dinafikan oleh mahkamah dan SPR.

Pada PRU-14 lalu, Tok Mat Hassan yang sekarang merupakan antara perancang strategi utama Barisan Nasional, menang tanpa bertanding di DUN Rantau selepas pada 28 April borang penamaan calon PKR, Dr. S. Steram ditolak oleh SPR.

Steram tidak berpuas hati dan PKR membawa kes tersebut ke mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa kemenangan tak bertanding Tok Mat Hassan tidak sah.

Akhirnya pada 29 Ogos 2018, mahkamah menolak permohonan Tok Mat Hasan menolak petisyen Steram dan PKR dan menetapkan tarikh untuk membicarakan Pegawai Pengurus Pilihanraya SPR DUN Rantau, Amino Agus Suyub.

Pada 10 Oktober 2018, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan pada Amino Agus Suyub atas dakwaan menghina mahkamah.

16 November, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan Tok Mat Hasan terbatal dan tidak sah, sekaligus memutuskan satu pilihanraya kecil perlu diadakan serta-merta.

Tok Mat Hasan membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan. Hari ini, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menolak permohonan rayuan Tok Mat Hasan dan PRK DUN Rantau perlu diadakan.

16 November 2018, pada hari yang sama Mahkamah Tinggi memutuskan kemenangan Tok Mat Hasan di DUN Rantau terbatal dan pilihanraya kecil perlu diadakan semula, PAS menerusi Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man mengikrarkan bahawa PAS tidak akan meletakkan calon di DUN Rantau. Sebaliknya akan menyokong Tok Mat Hasan. (RUJUK SINI)

Berbeza daripada tanggapan sebelum ini, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini disambut dengan baik oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional. Walaupun sedar, mereka tidak mempunyai banyak kelebihan lebih-lebih lagi dengan konsep RULE OF LAW aneh yang dipraktikkan oleh Pakatan, ditambah pula dengan SPR yang jelas terlalu condong dan cenderung kepada Pakatan Harapan, ramai yang mahu melihat pertandingan ini akan memalukan PKR dan SPR sendiri.

Sekurang-kurangnya ada 62 lagi kes yang hampir serupa telah difailkan oleh SPR di bawah Art Harun.

Nampaknya berterusanlah pilihanraya kecil di Malaysia selepas PRU-14 semata-mata untuk memastikan Pakatan Harapan memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen dan DUN atau setidak-tidaknya mahu menunjukkan dan membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah lupus dan pupus.

Namun dengan perkembangan semasa, apakah SPR di bawah Art Harun akan meneruskan petisyen membatalkan kemenangan calon-calon BN?

Atau bukankah lebih baik sekiranya, Mahathir membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU kembali?


Sunday, February 17, 2019

PAS TIDAK BOLEH JADI BODOH, MAHATHIR PERLU DIAJAR DENGAN MELAWANNYA BUKAN MEMATUHINYA!!!



Akhirnya petang tadi, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan terpaksa menjelaskan tentang permasalahan yang melanda parti tersebut kesan dari mulut Mahathir.

Mahathir sempat menggemparkan seluruh negara dan jentera propaganda PAS dan UMNO dengan membuat pendedahan kononnya dalam pertemuannya dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, PAS berjanji tidak akan membantu UMNO BN dalam PRK DUN Semenyih.

Untuk seketika, kecohlah seluruh negara. Kata-kata Dr. Mahathir nyata menjejaskan tumpuan dan perhatian UMNO-PAS dalam kempen di DUN Semenyih. Jentera PAS yang telah bertungkus lumus semenjak kematian penyandang kerusi tersebut dari PPBM, menunggu-nunggu keputusan rasmi dari Presiden atau kepimpinan tertinggi PAS.

Manakala UMNO pula kelihatan sedikit kendur apabila rakan kongsi baru mereka dikatakan akan memboikot dan enggan membantu mereka, tidak sepertimana di Cameron Highland yang menyaksikan UMNO-BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti yang lebih besar berbanding semasa PRU-14.


Petang tadi, PAS menerusi Setiausaha Agung PAS telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menafikan sama sekali tohmahan yang dibuat oleh Dr. Mahathir. Pada masa yang sama, terkeluar juga cerita tentang kekalutan Mahathir untuk mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri kerana sudah wujud ura-ura yang DAP dan PKR dari fraksi Anwar Ibrahim akan membuat Undi Tidak Percaya terhadapnya di Parlimen nanti.

Takiyuddin dalam kenyataan rasminya berkata, PAS tidak pernah berjanji akan memboikot UMNO dn Semenyih. Sebaliknya bersetuju untuk membantu Dr. Mahathir mengekalkan kuasa sehingga ke PRU-15 atas dasar Melayu dan Islam. Kehadiran dan bantuan PAS di Semenyih juga tidak seperti di Cameron Highland kerana PAS berpendapat, 'pertempuran' di Semenyih adalah antara Melayu dengan Melayu, berbeza dengan di Cameron Highland apabila calon Melayu-Bumiputera berhadapan dengan calon DAP. Kemenangan DAP di Cameron Highland bererti pengukuhan kuasa DAP di Parlimen. (RUJUK SINI)


Pertemuan antara Abdul Hadi Awang dengan Dr. Mahathir telah dimanipulasi sepenuhnya oleh Dr. Mahathir. Abdul Hadi Awang dan PAS cuba diperangkap oleh Dr. Mahathir yang semakin terdesak untuk mempertahankan kedudukan dan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sejarah politik Mahathir sebenarnya penuh dengan tipu muslihat. Royalti minyak seringkali menjadi senjata utama Mahathir untuk menipu dan memperdayakan PAS. Sama seperti bantuan untuk projek air pada zaman Almarhum Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang akhirnya memberikan kelebihan besar kepada Mahathir dalam proses tarik talinya.

Begitulah juga yang berlaku dalam kes Royalti Petroleum yang sepatutnya sudah pun selesai dan mula dinikmati oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu sekiranya Najib Abdul Razak tidak ditumbangkan dan Barisan Nasional tidak hilang kuasa.

PAS atau Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Terengganu dan Kelantan selain Sabah dan Sarawak sebenarnya tidak boleh berharap dan terus memujuk Dr. Mahathir agar memulangkan hak mereka. Satu-satunya cara untuk membuatkan Mahathir tunduk dan menghormati perjanjian adalah dengan mengalahkannya, bukan dengan menandatangani perjanjian dengannya.

Ini adalah kerana Mahathir terlalu cenderung untuk mungkir janji. Hanya dalam keadaan tersepit ketika dalam kes Al-Maunah, Palestin-Zionis dan serangannya ke atas UMNO, Mahathir akan berpaling mendapatkan bantuan PAS. Bemula dari tahun 1969 selepas dia dibuang dari UMNO, dia  berada di pentas ceramah PAS. Kemudian apabila diterima semula, dia merupakan tenaga penggerak utama untuk  menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional pada 1974 dan seterusnya membawa UMNO bermusuh dengan PAS ke tahap paling teruk dalam sejarah peradaban bangsa dengan isu takfir dan kemuncaknya adalah Isu Tragedi Memali.

Dalam keadaan apa pun, untuk mencapai matlamatnya, Mahathir akan menjadikan PAS sebagai mangsa dan batu loncatannya!

PAS sepatutnya sudah masak dengan permainan Dr. Mahathir. PAS sepatutnya membalas balik permainan Dr. Mahathir itu dengan memalukannya kembali. PAS tidak boleh sama sekali berharap yang Mahathir akan mengotakan janjinya walaupun PAS mengotakan setiap janji mereka kepada Mahathir. Royalti minyak dan projek pembangunan di Pantai Timur adalah perkara yang paling dibenci oleh Mahathir kerana dendamnya kepada negeri-negeri Pantai Timur tidak pernah susut dan surut meskipun dia sudah pun berusia 94 tahun.

PRK DUN Semenyih boleh menjadi batu loncatan untuk mengajar ahli politik paling tua di dunia itu tentang politik zaman digital yang sebenar. Kalau royalti minyak dijadikan Mahathir sebagai senjata, justeru PAS dan UMNO sebenarnya boleh menjadikan USUL UNDI TIDAK PERCAYA yang akan dihadapi oleh Mahathir di Parlimen nanti sebagai galang gantinya!

Jentera UMNO dan PAS di Semenyih boleh menarik nafas lega buat masa ini tetapi serangan bawah pinggang akan terus dilakukan oleh Dr. Mahathir dalam usaha diktator tua itu untuk mendapatkan imuniti bagi menjarah dan melelong harta-harta serta rezab Melayu-Bumiputera yang ada.

PRK SEMENYIH JADI TITIK MULA PENGGEMPURAN KUBU KEBAL PAKATAN DI SELANGOR LIBATKAN UMNO-PAS!!!



PRU-14 lalu mencatatkan prestasi yang paling buruk untuk PAS dan UMNO di Selangor. Pada PRU-13 tahun 2013, PAS berjaya menguasai 15 kerusi DUN setelah bertanding di 21 kerusi DUN. Manakala UMNO pula menguasai 12 kerusi DUN setelah bertanding di 56 kerusi DUN Selangor.

Namun pada 9 Mei 2019, jumlah yang diperolehi pada PRU-13 bukan sahaja gagal dipertahankan, bahkan UMNO dan PAS hampir 'pupus' di Selangor.

UMNO hanya berjaya memperolehi 4 kerusi DUN walaupun meletakkan calon di semua kerusi DUN di Selangor. Manakala PAS pula hanya tinggal 1 sahaja kerusi DUN setelah meletakkan calon di 49 kerusi DUN. 

Menariknya, UMNO dan PAS kalah di kebanyakan kerusi-kerusi yang mana mereka bertembung. Perpecahan undi antara PAS dan UMNO telah memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan yang berlogokan Mata Lebam PKR. 


DUN Sabak contohnya, perbezaan antara ketiga-tiga calon yang bertanding terlalu kecil. DUN Sabak pada PRU-14 lalu ditandingi oleh Ahmad Mustain Othman mewakili Pakatan, Sallehudin Mohd Iskan mewakili Barisan Nasional dan Sallehin Mukhyi mewakili PAS.

Keputusannya ialah, Ahmad Mustain Othman berjaya memperolehi 6981 undi, manakala Sallehudin Mohd Iskan memperolehi 6851 dan Sallehin Mukhyi memperolehi 6183 undi. Pemenangnya adalah Ahmad Mustain Othman dengan majoritinya 130 undi. 

Begitu juga dengan DUN Sementa. Dr. Daroyah Alwi berjaya memenangi kerusi tersebut dengan 17,867 undi mengalahkan calon BN, Saroni Judi yang memperolehi 12,497 undi dan Wan Hasrina Wan Hassan yang memperolehi undi 7696 undi. Daroyah Alwi menang dengan 5,370 undi.

PRK Cameron Highland yang baru lepas, telah membuktikan sesuatu biarpun dua pilihanraya kecil di Selangor sebelum itu, gabungan PAS dan UMNO yang baru bekerjasama ketika itu, kalah. Namun di Cameron Highland di mana Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan ke atas kerusi Parlimen berkenaan dengan jumlah majoriti yang lebih besar, menunjukkan kerjasama serius antara PAS dan UMNO boleh membuahkan hasil yang lebih baik.

Justeru di PRK DUN Semenyih, PAS dan UMNO bergerak lebih awal mempamerkan kerjasama erat antara mereka walaupun cuba digoyang oleh Pakatan termasuklah oleh DAP, PKR dan Dr. Mahathir sendiri. 

Ramai yang menaruh keyakinan, berdasarkan kepada sambutan pengundi dan orang ramai di Semenyih, calon muda PPBM dilihat tidak mampu mengekalkan kemenangan arwah bapa mertuanya sebelum ini.


Berdasarkan perkembangan semasa itulah juga, seharusnya PAS dan UMNO sudah mula bergerak secara bersama-sama dengan mensasarkan kerusi-kerusi DUN di seluruh Selangor yang berpotensi untuk mereka rebut dan menangi pada PRU akan datang. UMNO boleh belajar dari PAS bagaimana penyusupan akar umbi dilakukan tanpa perlu mendabik dada atau bermegah-megah. PAS juga boleh belajar dari UMNO bagaimana menggunakan kelebihan media bagi mendapatkan liputan atau persepsi yang baik.

Kerusi-kerusi bermajoriti Melayu seperti di Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa dan Gombak Setia sebenarnya cukup kritikal kepada Pakatan tetapi pertembungan antara PAS dengan Barisan Nasional (UMNO) pada PRU-14 lalu telah memberikan kelebihan kepada Pakatan. 

Kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan setelah memenangi PRU-14, seharusnya menjadi modal yang cukup besar kepada PAS dan BN (UMNO). Bahkan ia juga seharusnya menjadi titik persamaan kepada kedua-dua induk Melayu itu untuk bekerjasama merampas semula negeri Selangor kalau tidak pun mengurangkan majoriti penguasaan Pakatan di Selangor.

Tiada yang rugi bagi PAS dan BN (UMNO) di Selangor kerana Selangor merupakan kubu kuat Pakatan, terutama sekali Azmin Ali dan konco-konconya.

Namun perlu diingatkan juga, Azmin Ali dan PKR-DAP berjaya menguasai Selangor bermula dari tahun 2008 lalu hasil daripada kerjasama dengan PAS. 

Orang Melayu-Islam sebenarnya tersangat ingin melihat kerjasama antara PAS dan UMNO (BN)!