Dua hari lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencabar UMNO untuk membuktikan wujudnya premis-premis perjudian haram, pelacuran dan hiburan haram di negeri itu. (RUJUK SINI)
Cabaran itu membuktikan betapa bangangnya si brylcream rambut sikat tepi yang juga dikenali di kalangan masyarakat Cina sebagai TOKONG kerana bukti-bukti bagi kesemua kegiatan haram tersebut wujud di mana-mana di seluruh Pulau Pinang dan tidak disorok-sorok langsung. Malah seorang pelancong British telah menggelarkan Pulau Pinang sebagai 'PULAU PELACURAN'.
Dan hari ini, berhadapan dengan pengesahan bahawa sememangnya terdapat industri dan kegiatan haram berleluasa di Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan merah muka memberitahu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang 'tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan tugas-tugas polis'. (RUJUK SINI)
Seperti biasa, Lim Guan Eng cuba bertaichi menyalahkan pihak lain (kali ini PDRM) dan mendakwa, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh dilibatkan dan bukan salah Kerajaan Negeri yang sebenarnya tidak benar sama sekali!
Pembohongan ketara Lim Guan Eng dalam hal ini boleh dilihat dengan mudah memandangkan Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan berkuasa dan mempunyai hak untuk menggantung lesen serta menutup, menyita dan menghalang premis-premis kegiatan haram. Sekiranya kumpulan haram tersebut enggan akur, pihak Majlis Kerajaan Tempatan boleh meminta bantuan daripada polis.
Adakah Lim Guan Eng cuba memberitahu, kakitangan Majlis Tempatan di seluruh Pulau Pinang, buta, pekak dan bangang-bangang belaka (hampir kebanyakan daripada mereka adalah Melayu)? Adakah Lim Guan Eng ingin memberitahu dia tidak tahu sebarang perkembangan di pulau 'miliknya' itu?
Bagaimana pula dengan 10,000 anggota Pasukan Peronda Sukarela atau lebih tepat lagi tentera peribadi Lim Guan Eng yang telah beroperasi selama tiga tahun dan menelan belanja jutaan ringgit wang pembayar cukai Pulau Pinang? Bukankah dalam tempoh itu, Pulau Pinang sepatutnya lebh bersih, lebih aman dan lebih terjamin?
Adakah anggota-anggota Pasukan Peronda Sukarela itu direkrut, diperlengkapkan dan dibayar elaun, buta mata dan buta perut sehingga tidak tahu apa yang berlaku di sekitar kawasan mereka meronda? Dan sekiranya PPS tidak boleh menutup premis berkenaan, mereka sekurang-kurangnya boleh memaklumkan kepada Exco Negeri terutama sekali boss mereka, Phee atau setidak-tidaknya membuat laporan polis tentang kewujudan premis dan aktiviti haram?
Atau Lim Guan Eng ingin menyatakan bahawa PPS tidak boleh dipertanggungjawab kerana telah ditamatkan operasi mereka pada 1 September 2014? Kalau itulah jawapan yang diberikan oleh Lim Guan Eng, adakah itu membawa maksud kesemua premis dan aktiviti haram itu berlaku serta wujud hanya dalam tempoh dua bulan?
LIM SIAN SEE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Politik LGE masih Belum matang.
Modal Politik LGE bukanlah prosperity.
Tampa UMNO LGE tiada apa yg boleh dibanggakan.
Saya kenal banyak Cina yg lebih baik dari LGE (kelas pelabur) & yg tak seburuk LGE (kelas pekerja), Namun mereka tak mahu berpolitik.
Tengok mcm mana LGE menarik FDI:
http://khairulryezal.blogspot.com/2014/11/lihat-cara-tokong-lim-guan-eng-duduk.html
Ulasan mereka paham: yg nilah Taikor, any investor will reject (except toke judi).
-Mesin Judi akan menggalakkan kes RAGUT kerana duit PENJUDI akan HILANG sekelip MAtA.
-Saya tak fikir nombor ekor (lps pukul 7 result) &
rumah urut menjadi penyebab Ragut, malah mengurangkan kes rogol.
(Bujang sementara- Mat bangla & Nepal yg sesak akan kurang kacau bini orang)
Teringat di kedah & Rawang Nepal/bangla disembelih kacau bini orang.
Nampak sgt Flying Kick ni blogger bangang yang najib kata tu...
Hanya sibangang shj bangang menilai.
Kes BUNUH di PENANG 2014 agak banyak.
Post a Comment