Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label muktamar pas. Show all posts
Showing posts with label muktamar pas. Show all posts

Sunday, April 30, 2017

CAP BUNGA DITUBUHKAN UNTUK BELA KRONI ROMPAK KHAZANAH NEGARA DAN MUKHRIZ SEBAGAI PM, JADI MUHYIDDIN ANDAIKAN HADI KELIRU!!!



Kenyataan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ketika membuat ucapan di Muktamar PAS Ke-63 di Alor Star, Kedah semalam, benar-benar telah mengejutkan Muhyiddin Yassin daripada tidur yang panjang walaupun pada masa yang sama, jentera propaganda dan tentera-tentera siber Cap Bunga seperti beruk minum air ketum, yang masih kebingungan dan tenggelam punca untuk membalun Presiden PAS itu.

Semalam Abdul Hadi Awang berkata, "Kita tidak boleh layan parti yang tak sama dengan kita, kita dah buat penilaian, parti Pribumi (Cap Bunga) tak ada ketentuan arah kerana pemimpin, kita tak tahu, siapa imam, siapa makmum dan kita buat keputusan tidak ada hubungan dengannya."

Hari ini, Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin berkata, besar kemungkinan Abdul Hadi Awang keliru apabila menyatakan parti yang dipresidenkannya sebagai tidak ada hala tuju.

Sebaliknya, kata Muhyiddin, Cap Bunga konsisten dengan arah dan tujuannya, walaupun ramai yang melihat tujuan dan arah sebenar Parti Cap Bunga, hanyalah untuk menyelamatkan kroni-kroni Mahathir daripada terus dicantas dan tidak dibenarkan mengaut kekayaan negara ini untuk diri mereka sendiri, selain menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri walaupun Timbalan Presiden Cap Bunga itu langsung tidak mempunyai sebarang bakat dalam apa juga usaha melainkan sentiasa terpaksa bersandar kepada bapanya, Dr. Mahathir.


"Mungkin Hadi melihat kami sebagai sebuah parti baru dan itulah sebabnya mengapa dia mendapat persepsi yang salah... kerjasama di kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan adalah baik dan saya yakin, kami berjaya mencapai matlamat dan perjuangan yang sama. Jadi, tiada sebarang kekeliruan di situ. Mungkin dia (Hadi) yang sebenarnya keliru," katanya kepada wartawan sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Cap Bunga.

Sementara itu, Pengerusi dan Presiden sebenar Parti Cap Bunga, Dr. Mahathir pula berkata, partinya sangat yakin, mereka akan memperolehi undi daripada masyarakat pengundi Melayu di kampung-kampung sekalipun PAS akan 'mengacau'.

Cap Bunga menerusi Muhyiddin Yassin dan digertak pula oleh Dr. Mahathir berusaha untuk memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Hari ini, perwakilan PAS di Muktamar telah sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PKR, yang merupakan satu-satunya komponen Pakatan Harapan yang masih ada hubungan dengan mereka.

Friday, April 28, 2017

TIAN CHUA JADI TETAMU TAK DIUNDANG KE MUKTAMAR PAS UNTUK PASTIKAN PAS TAK PUTUSKAN TAHALUF SIYASI DENGAN PKR?



Tian Chua telah dijemput untuk hadir sama pada muktamar PAS tahun ini di Alor Star.

Seperti biasa Ahli Parlimen Batu itu pasti akan muncul dan kemudian berlagak seolah-olah dia adalah sebahagian daripada PAS.

Namun tahun ini, tidak lagi seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

Tian Chua selaku Naib Presiden PKR mungkin akan mendengar sesuatu yang sangat digeruni oleh PKR dan dia sendiri yang bakal diumumkan oleh PAS dengan dia sendiri hadir untuk menjadi saksi mata dan telinga.

Dengan kata lain, PAS mahu PKR tidak lagi menyalahkan orang lain dan menuduh berita yang disampaikan kepada mereka adalah berita palsu memandangkan saksi dan utusan PKR adalah Naib Presiden sendiri iaitu Tian Chua.

Dewan Ulama PAS telah menerima usul agar PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Sekarang ini hanya kata-kata pemutus Dewan Syura PAS sahaja yang ditunggu-tunggu untuk keputusan sama ada PAS akan bersama-sama PKR lagi atau sebaliknya.

Apakah Tian Chua sedia dimalukan di dalam majlis PAS sepertimana PKR pernah memalukan Abdul Hadi Awang dalam satu program Pakatan Rakyat tiga tahun lepas?

Atau adakah sebenarnya Tian Chua yang terkenal sebagai penceroboh itu, adalah tetamu yang tidak diundang. Kedatangannya semata-mata untuk memastikan PAS malu alah dan menunda keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, sekaligus menyelamatkan kerajaan Pakatan di Selangor?


Friday, June 5, 2015

KEMENANGAN HADI AWANG ADALAH PALSU, KATA AHMAD AWANG!!!


Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Ahmad kalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang- yang menjadi presiden PAS selama 13 tahun.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi 233 undi. (SUMBER)
Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.



MENGAMUK SAKANLAH LIM ANAK BERANAK: GHUYUB HABIS PUAK-PUAK PARASIT DALAM PAS PADA MUKTAMAR KALI INI!!!


Keputusan pemilihan dalam Muktamar Agung PAS Ke-61 telah diketahui. Kecuali Mazlan Aliman, kesemua pemimpin PAS yang sangat pro-PKR dan DAP telah tertungging dan dicampakkan keluar dari saf kepimpinan.

Dari Presiden sehinggalah ke AJK Pusat - kecuali Mazlan Aliman - kesemuanya orang Abdul Hadi Awang.

Dengan kata lain, gelombang pro-ulama telah menyapu bersih PAS daripada segala jebon dan malaun yang selama ini bertindak tidak ubah seperti kelingking menjolok mata.

Mat Sabu yang memegahkan Lim Guan Eng selaku majikannya, kalah teruk di tangan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS. Abdul Hadi Awang yang mempertahankan jawatan Presiden pula, menang besar ke atas pencabarnya, Ahmad Awang dengan majoriti yang sangat besar. Begitu juga kemenangan Ketua Pemuda baru, Nik Abduh ke atas penyandangnya, juga bermajoriti besar. Nuridah Salleh pula menewaskan Zailah, juga dengan kemenangan yang sangat selesa. Manakala tiga orang Naib Presiden terdahulu - Husam, Mahfuz dan Salahuddin - memperolehi undi dan kedudukan paling corot berbanding calon-calon yang bertanding untuk jawatan berkenaan.

Masalah antara pro-Pakatan dengan pro-ulama dikesan ketara ketika krisis Menteri Besar Selangor tidak lama selepas Langkah Kajang yang terkangkang. Para pemimpin PAS yang cenderung kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bertindak serta mengeluarkan keputusan secara membelakangkan Presiden dan Majlis Ulama PAS. Beberapa keputusan dibuat mendahului kepimpinan, malah mesyuarat sehinggakan Abdul Hadi Awang dalam usaha untuk menjaga air muka parti pimpinannya terpaksa BERSETUJU DALAM TIDAK BERSETUJU dengan keputusan untuk memilih wakil PKR iaitu Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim biarpun sebelum itu, Abdul Hadi Awang telah menyatakan pendirian menyokong Khalid Ibrahim terus memegang jawatan tersebut.

Istana Selangor bagaimanapun membuat keputusan menolak pencalonan Wan Azizah dan melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru.

Bermula dari situlah, kaum yang digelarkan JEBON oleh ahli-ahli PAS yang setia kepada Abdul Hadi memulakan kempen menentang dan menggulingkan Abdul Hadi Awang. Penubuhan PASMA yang berpresidenkan bekas pengangan jawatan Menteri Besar Kedah, Phahrolrazi Zawawi, dilihat sebagai tindakan keterlaluan yang mencabar kepimpinan Abdul Hadi.

Semalam, segala-galanya telah diketahui. Walaupun keyakinan ditunjukkan oleh Mat Sabu bahawa kumpulan pemberontaknya akan menang dan menggulingkan Abdul Hadi Awang, ternyata mereka telah ditolak sepenuhnya. Tidak sahaja Mat Sabu, bahkan kesemua pemimpin-pemimpin PAS yang sangat celupar dan sentiasa menyebelahi Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim telah dicampak keluar dari saf kepimpinan.

Kini ahli-ahli PAS sedang menunggu perubahan yang akan dibuat oleh pro-ulama selepas kumpulan pro-Pakatan berjaya diusir dengan sebahagian daripada mereka dijangka keluar PAS secara senyap-senyap dan menyertai PKR atau DAP sebagaimana yang dilakukan oleh Saifuddin Nasution tidak lama dahulu.

Apakah momokan DAP bahawa PAS di bawah Abdul Hadi Awang akan dibawa bergabung dengan UMNO atau sebaliknya? Atau momokan itu sekadar usaha DAP yang telah banyak melabur terutama dalam memberikan bantuan kewangan dalam bentuk gaji dan elaun kepada Mat Sabu, merupakan satu fitnah yang sangat jahat dan direstui pula oleh pemimpin-pemimpin PAS yang bernaung di bawah anak-beranak Lim?

Kita akan saksikan sama-sama....


Thursday, June 4, 2015

SIAPAKAH PRESIDEN PERTAMA PASMA SECARA RASMI SEBAIK-BAIK SELESAI MUKTAMAR PAS KE-61 INI!!!



Semua geng PASMA, Anwariyyun dan Guan Engnisme dah tertungging buyung. Mat Sabu dan Ahmad Awang sudah boleh diibaratkan sebagai berada di ambang SAKARAT. Sudah hampir mampus dan hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Manakala puak-puak yang lebih PKR-DAP berbanding PAS pula, sudah mulai meminta nyawa sana sini.

Phahrolradzi Zawawi adalah Presiden PASMA sekarang. Sebelum ini, dia telah memberi amaran, PASMA akan bertukar menjadi sebuah parti politik yang akan berada di dalam Pakatan Rakyat. Tujuannya ialah untuk memastikan kawan-kawan sekepalanya seperti Husam Musa, Salehuddin Ayub dan Khalid Samad diberikan kemenangan serta kedudukan dalam PAS.

Nampaknya, hasrat Phahrolrazi untuk menjadikan PASMA sebagai sebuah parti politik, sudah terbuka luas sekarang. Semua pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan kali ini, eloklah dijemput ke dalam PASMA bagi membolehkan mereka mendakap Lim Guan Eng dan mencium tapak kaki Lim Kit Siang.

Lagipun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng jauh lebih mulia, malah jauh lebih hebat berbanding pemimpin tertinggi PAS sendiri seperti Abdul Hadi Awang, atau pun Haron Din Al-Hafiz.

Sesetengahnya yang baru menyertai PAS terutama pada penghujung 90-an, sangat pandai dan hebat bercakap tentang hala tuju PAS menurut acuan DAP. Mereka ini seperti Hanipa Maidin, seharusnya bersegera meninggalkan PAS dan menyertai DAP kalau tidak pun, PKR. Kalau masih teringin hendak berimejkan Islam, eloklah menyertai dan menjadi AJK Pusat PASMA yang telah ditubuhkan hujung tahun lepas.

Akar umbi PAS telah bersuara. Tohmahan bahawa Abdul Hadi Awang sedang membawa PAS ke dakapan UMNO, turut disemarakkan oleh DAP dan PKR yang berasakan objektif mereka lebih cepat tercapai menerusi puak-puak PASMA, sepatutnya direalisasikan dengan mengaktifkan segera PASMA sebagai sebuah parti politik. Apatah lagi, para perwakilan telah pun menyerkup mereka kepada kekalahan dan mencampakkan mereka keluar dari bahtera kepimpinan PAS.

Orang seperti Mat Sabu yang beranggapan PAS akan lebih kuat dengan menyertai DAP, tidak mampu menipu kononnya, kalau DAP menguasai PAS, maka PAS bolehlah menubuhkan kerajaan negeri dengan bermenteri besarkan PAS sepertimana yang berlaku di Perak pada tahun 2008 dahulu.

Sebabnya mudah, semua orang dapat melihat bagaimana Nizar Jamaluddin tidak ubah seperti patung yang digerakkan oleh DAP tanpa mampu berbuat apa-apa terutama kepada parti sendiri. Sehinggakan hak-hak PAS pun diserahkan bulat-bulat kepada DAP kalau tidak pun dirampas oleh DAP secara terang-terangan.

Sepanjang Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, di mana kekuatan yang dibina oleh Nizar untuk PAS, sebaliknya DAP pula yang lebih kuat dan lebih berkuasa. Hasilnya boleh dilihat menerusi keputusan PRU-13 di Perak sendiri.

Keadaan yang sama akan berlaku di negeri-negeri lain sekiranya apa yang dikatakan oleh Mat Sabu itu berlaku. Memang benar PAS akan dilantik sebagai Menteri Besar, tetapi setakat Menteri Besar yang tidak berkuasa seperti Nizar Jamaluddin.

Jadi, memandangkan keputusan muktamar kali ke-61 tidak memberangsangkan langsung, bahkan petunjuk bahawa mereka ditolak, elok sangatlah kesemuanya angkat kaki dan menyertai PASMA pula!!!

Beranikah mereka? Atau mereka berasa lebih glamour berada dalam PAS berbanding PASMA yang tidak boleh diharap, melainkan berkiblatkan DAP dan Lim Guan Eng semata-mata?


HUSAM MUSA DITANYA TENTANG PROJEK KOMPLEKS PAS PUSAT YANG DUITNYA HILANG ENTAH KE MANA!!!



Blog Albangikuching sekali lagi mendedahkan satu isu yang cuba disembunyikan oleh Husam Musa dan Hatta Ramli sebagaimana projek-projek Husam Musa lain yang bukan sahaja telah gagal tetapi juga menghilanglenyapkan wang ahli-ahli PAS.

Projek yang dimaksudkan adalah Kompleks PAS Pusat dan Markas Tarbiyyah PAS yang telah diumumkan pada tahun 2008 manakala upacara pecah tanah telah dilakukan sebanyak tiga kali di tiga lokasi berasingan.


Lokasi dan tapaknya berbeza-beza mengikut tahun. Dari Taman Melewar ke Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Kemudian ke Sungai Merab Luar, Kajang. Selepas itu ke Sungai Merab Ulu, Kajang. Akhir sekali ke Wetland Dengkel.

Pengurus projek ini adalah Husam Musa manakala pembantunya adalah Hatta Ramli.

Baik Allahyarham Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang mahupun Ahli PAS, mereka semua telah memberikan sumbangan infaq dan waqaf fisabilillah semenjak 2008 bagi tujuan ini. Bagaimanapun, projek terakhir di Wetland Dengkel berakhir dengan menara TNB. Tanah yang kononnya menjadi tapak terakhir Kompleks PAS Pusat dan Markas Tarbiyyah PAS, rupa-rupanya tanah TNB!



Persoalan mula dibangkitkan, ke mana wang sumbangan untuk kedua-dua projek tersebut telah pergi. Siapa yang pegang wang berkenaan? Apakah satu lagi penggelapan besar-besaran seperti yang berlaku dalam Tabung Memali dan KOHILAL akan berlaku?

Dan yang lebih menarik lagi ialah, sudah ramai di kalangan ahli-ahli PAS sendiri yang perasan, SETIAP KALI SESEBUAH PROJEK DI BAWAH ATAU DIKENDALIKAN OLEH HUSAM MUSA, ianya pasti akan berakhir dengan KEGAGALAN!!!

Wednesday, June 3, 2015

DAP TONGKAT DAGU DAH!!! RISALAH CAI ANJING PASMA, JEBON, BAPAK SEGALA ANJING, ANJING DAP, PELACUR ANJING TUA DAN LAIN-LAIN LABEL, BERTEBARAN DI KALANGAN PERWAKILAN PAS!!!



Barangkali keputusan MENTUNGGINGBUYUNGKAN kapal PASMA dan pro-Lim Guan Eng dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat, menjawab persoalan sejauh manakah tentangan senyap para penyokong dan ahli PAS kepada cercaan, penghinaan dan caci nista DAP serta PKR kepada kepimpinan parti tersebut yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang.

Puak pro-DAP sebelum ini cukup yakin yang mereka akan mampu menggulingkan Abdul Hadi Awang sekaligus meletakkan PAS di bawah DAP. Suara penentangan ke atas puak-puak pro-DAP termasuklah PASMA, barangkali telah menyebabkan mereka sukar menelah sejauh manakah keberkesanan WANG BESAR DAP berkuasa ke atas ahli-ahli PAS.

Kerana itulah, muktamar dan pemilihan PAS kali ini amat ditunggu-tunggu termasuklah oleh orang UMNO sendiri. Rata-rata menyokong Abdul Hadi Awang dan pasukannya akan terus dikekalkan dalam kepimpinan sekalipun secara luarannya Abdul Hadi Awang tetap dicop sebagai musuh.

Agak menarik memandangkan dalam kempen pemilihan Jawatankuasa Tertinggi pada Muktamar PAS ke-61 kali ini, banyak perkara panas yang berlaku, termasuklah penyebaran risalah-risalah kempen yang berbentuk provokasi.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Zaharuddin Mohammad menerusi laman Facebooknya telah mendedahkan antara risalah yang disebarkan.

Risalah berkenaan telah menyenaraikan calon-calon yang didakwa sebagai 'KENALI ANJING-ANJING PASMA' yang perlu dielakkan oleh para perwakilan daripada diundi dan diberi kedudukan di dalam saf kepimpinan PAS.

Risalah tersebut turut menggelar beberapa orang pemimpin PAS tertentu sebagai 'ANJING DAP', 'BAPAK SEGALA ANJING' dan sebagainya, sekaligus menggambarkan kemarahan luar biasa ahli-ahli peringkat bawahan kepada para pemimpin PAS yang cuba menyerahkan PAS untuk dijarah, dijenayahkan dan dirogol oleh DAP serta PKR sesuka hati.

Kesan pertama yang dapat dilihat ialah apabila kumpulan Pemuda pro-Pakatan yang bertanding, SEMUANYA GHUYUB termasuklah Suhaizan Kaiat yang kalah teruk dan mula menepuk-nepuk dahinya sendiri!!!


KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS: PARASIT, PASMA DAN ANWARINAS SUDAH TERCAMPAK DARI PAS!!!



Ketika artikel ini ditulis, keputusan membabitkan pertandingan Ketua Pemuda PAS sudah pun diketahui.

Suhaizan Kaiat yang didalangi oleh DAP dan kaum Parasit telah tumpas teruk di tangan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Suhaizan hanya mampu memperolehi 263 undi berbanding Nik Abduh yang memperolehi 429 undi.

Sekarang yang ditunggu-tunggu kini adalah untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Muslimat dan Naib Presiden.

Husam Musa dan kumpulannya sedang melihat serta memerhatikan perkembangan terkini pengundian dengan penuh sengsara. Dan yang sudah pasti berdebar-debar kencang kini adalah DAP yang telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kempen menggulingkan kepimpinan pro-ulama di bawah Abdul Hadi Awang.

Mampukah DAP memperolehi pulangan atau mereka terpaksa menambah pelaburan apabila proksi-proksi mereka tercampak daripada saf kepimpinan PAS?

Keputusan untuk Dewan Ulama, langsung tidak menyebelahi mereka apabila kebanyakan daripada pemimpin yang terpilih, menang tanpa bertanding. Dewan Ulama merupakan antara yang paling lantang menentang cubaan DAP untuk memporak-perandakan PAS, malah yang paling lantang juga menafikan tuduhan DAP dan PKR bahawa PAS mahu bergabung dengan UMNO.

Daripada soksek-soksek yang kedengaran, Mat Sabu yang merupakan Timbalan Presiden PAS juga semakin hampir dengan KEKALAHAN apabila Tuan Ibrahim Tuan Man dalam percubaaan kali keduanya, dilihat lebih berwibawa dan mendapat sokongan perwakilan. Sedangkan Mat Sabu pula telah beberapa kali melakukan kesilapan termasuklah meminta agar PAS menghormati DAP dan PKR seandainya ingin menang pada PRU akan datang.

Ahli-ahli PAS tidaklah terlalu bodoh kerana berdasarkan kepada keputusan silam, PAS rugi lebih banyak ketika bertahaluf siyasi dengan PAS berbanding DAP yang meraih terlalu banyak keuntungan sehinggakan penguasaan ke atas Pulau Pinang telah menyebabkan PAS tidak mampu berkata apa-apa apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang merampas tanah yang telah digazetkan untuk masjid dan sekolah agama, menjadi tapak kondominium mewah yang bakal mengecilkan sokongan buat PAS sendiri apabila penduduk dan pengundi terpaksa berpindah ke tempat lain.

Bergabung atau tidak dengan UMNO, yang pasti, lebih ramai yang mengharapkan kepimpinan PAS akan kekal di bawah pasukan Abdul Hadi Awang, berbanding dirampas oleh pasukan yang didalangi oleh DAP dan Lim Guan Eng!!!


MAT SABU BENAR-BENAR TAKUT KEHILANGAN 'WANG BESAR' KALAU DAP PUTUS DENGAN PAS!!!



Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semakin menunjukkan siapa dia yang sebenar. Dahulu, masa dia tidak ada apa-apa, memang PAS adalah wadahnya. UMNO jadi bahannya. Cerita-cerita seluar dalam, baju dalam dan apa-apa sahaja yang membabitkan 'dalam' adalah zikir dan ratibnya. Dan dia jugalah yang berusaha sedaya upaya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual yang tidak ada pantang larang membalun dan melampiaskan nafsunya.

Dia jugalah orangnya yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai ANWAR AL-JUBURI.

Namun apabila Lim Guan Eng membelanya dan meletakkannya di bawah payroll, lain pula cerita Mat Sabu. Segala idealisme perjuangannya dahulu, hilang entah ke mana. Mat Sabu masih berada di dalam PAS kerana itulah yang dimahukan oleh DAP dan Lim Guan Eng. Tetapi hati dan perasaan Mat Sabu sudah pun berada dalam DAP.

Mat Sabu bergandingan dengan Ahmad Awang, seorang lagi yang menggunakan topeng PAS tetapi sangat terhutang budi dengan DAP.

Siapa yang tidak kenal Ahmad Awang dan hubungannya dengan Ngeh-Nga semasa DAP menguasai Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009.

Beberapa orang pemimpin PAS yang lain telah mendapat tempias dari DAP sepertimana Mat Sabu dan Ahmad Awang. DAP telah membuat pelaburan besar untuk menentukan hala tuju PAS sebagai sebuah komponen DAP yang akan patuh, akur dan sentiasa menurut kehendak DAP, serta pada masa yang sama mengumpulkan undi-undi Melayu untuk DAP atau sebagaimana yang dimahukan oleh DAP seperti yang kita dapat lihat pada PRK Permatang Pauh beberapa minggu lepas.

Serangan bertali arus para pemimpin DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Anthony Loke ke atas Presiden PAS, begitu jelas untuk membawa PAS ke haluan baru dengan menggantikan para pemimpin yang dilabelkan sebagai pro-ulama kepada golongan pro-DAP. Mat Sabu dan Ahmad Awang telah diberikan peranan untuk MENDEWAKAN dan MEMAKSUMKAN DAP sebagai membalas budi yang telah ditaburkan kepada mereka sebelum ini.

Tiada DAP dalam PAS bermakna Ahmad Awang dan Mat Sabu akan kehilangan sumber pendapatan yang sangat besar. Dek kerana itulah, apa-apa cara sekalipun, Mat Sabu dan Ahmad Awang, di samping memperkecil-kecilkan kepimpinan Abdul Hadi Awang, perlu juga mempromosikan DAP sebagai PENYELAMAT PAS daripada kekalahan teruk.

Sekadar nota:

Pada tahun 1999, PAS yang tidak bertahaluf siyasi dengan DAP telah berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen berbanding DAP 10. Pilihanraya Umum 2004, DAP yang yakin akan menang besar telah mengenepikan PAS dari Barisan Alternatif, hanya mampu menambah 2 kerusi dari tahun 1999 iaitu sebanyak 12 manakala PAS pula kesan daripada kerjasama dengan DAP, telah merosot dari 10 menjadi 7 kerusi sahaja. PRU 2008, apabila PAS secara rasmi mengumumkan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan DAP, dan pada ketika tengah kemuncak penolakan ke atas UMNO-BN, masih tidak dapat menandingi keputusan yang diperolehi ketika BERSENDIRIAN pada tahun 1999 apabila hanya mampu meraih 24 kerusi Parlimen berbanding DAP yang telah menggunakan kekuatan logistik serta sokongan PAS yang berjaya memperolehi 28 kerusi Parlimen, jumlah terbanyak yang pernah diraih sepanjang menyertai Pilihanraya Umum pada tahun 1965.

Justeru, kenyataan beberapa pemimpin PAS bahawa, PAS akan hancur dan kalah teruk jikalau tidak meneruskan kerjasama dengan DAP, sebenarnya adalah karut semata-mata kerana PAS tidak pernah lebih baik ketika bertahaluf siyasi dengan DAP berbanding bersendirian seperti keputusan yang dilihat pada tahun 1999.

Yang sebenarnya pihak paling banyak meraih faedah daripada tahaluf siyasi atau kerjasama politik itu adalah DAP kerana DAP telah meningkatkan jumlah penguasaan kerusi Parlimen BERGANDA-GANDA semenjak mereka bekerjasama dengan PAS.

Ironinya, orang seperti Mat Sabu sangat takut jikalau DAP tidak lagi bersama-sama PAS, bukanlah kerana PAS akan kalah teruk kerana PAS telah terbukti tidak memerlukan DAP berbanding DAP yang sangat memerlukan PAS, tetapi kerana KETIADAAN DAP dalam PAS akan menyebabkan mereka kembali terpaksa menggunakan VAN HI-ACE ke sana ke mari dengan mengharap kepada duit TABUNG MILO dan karung kain untuk hidup sehari-hari.

Lebih-lebih lagi untuk orang seperti Mat Sabu yang tidak ada pendapatan selaku Wakil Rakyat!!!

Contoh klasik ini sebenarnya sudah boleh dilihat dari zaman dahulu lagi. Kalau kita telusuri bagaimana Melayu-Bumiputera kehilangan tanah kepada pihak lain, inilah kaedahnya... pihak lain tabur budi tak seberapa, dan orang Melayu yang kuat mengenang budi akan menghulurkan segala-galanya, termasuklah anak isteri untuk dikangkangi, termasuklah tanah untuk dimiliki!!!


Wednesday, May 27, 2015

PECAH RAHSIA!!! SALAHUDIN AYUB TERDESAK DAN FITNAH NIK ABDUH!!!


Sejak 2 hari ni Tok tengok Ustaz Nik Abduh diserang dan difitnah dgn begitu dasyat sekali dgn menggunakan gambar beliau dan Suwardi di Program Pas Perlis...Dan yg amat malang lagi apabila berita itu disahkan oleh Naib Presiden Pas Salahudin Ayub melaui jawapan beliau dalam pertanyaan di Whatsapp.

Sepatutnya Salahudin Ayub menjernihkan keadaan dan memberi pencerahan bukannya dgn memberi jawapan tanpa usul periksa yg hanya akan menyemarakkan lg api fitnah terhadap Ustaz Nik Abduh tanpa usul periksa oleh " JEBON-JEBON WALAUN TULI "

Siapa Suwardi hinggakan banyak jebon kelupoq dan tersentap dgn hanya melihat kelibat beliau???? hampa tanya soalan tu pada jebon,tok gerenti depa pon akan jawab TAK TAU !!! Depa ikut saja apa yg bapak jebon arahkan dan tumpang viral sekali fitnah tersebut..!!

Untuk makluman hampa,ni kisah yg sebenarnya...

Suwardi ni org perlis, anak buah Tuan Guru Dr Haron Din, dan Suwardi ni juga adalah kawan Ust Nik Abduh dan depa berkawan lama dah atas sbb dia rapat dgn Tuan Guru Dr Haron Din . Puak JEBON WALAUN TULI marah pada Suwardi ni sebab dia rapat juga dengan Hasan Ali dan Ustaz Nasha.Tp skrg dia dah tinggalkan depa dua orang tu sbb dia bersama dengan Tuan Guru Dr Haron Din . Mmg Suwardi ni keras lawan puak yg lwn ulamak dlm pas. Kebetulan Program Konvensyen Pas Perlis, Suwardi ajak Ust Nik kenal rumah org tua dia di sana.. TG Hasyim Jasin pun rapat dgn dia..!!!

Jadi kepada JEBON2 WALAUN TULI tolong lah hentikan fitnah yg bangang mcm tu dan kepada BAPAK2 JEBON lain kali gunakanlah saraf yg bersih dan benar utk meraih sokongan,pesanan ni tok tujukan khas kepada SALAHUDIN AYUB dan yg seangkatan dengannya..!!!

Jebon tolong jgn malukan pas dgn fitnah2 bodoh yg mcm tu.

Tuc Tok Usin Ceroi
26/5/2015

Monday, March 30, 2015

MAT SABU MAKIN DIKETEPIKAN BILA TUAN IBRAHIM SUDAH CUKUP PENCALONAN UNTUK MENCABARNYA... BIARPUN TUAN IBRAHIM PUN TAK SECERDIK MANA!!!



Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan mencukupi untuk mencabar Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu Jun depan.

Menurut laporan sebuah portal berita pada Ahad, Tuan Ibrahim menerima pencalonan kedua apabila PAS Kawasam Kluang mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

Beliau menerima pencalonan pertama minggu lepas dari PAS Kawasan Kuala Kedah.

Seseorang calon memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding untuk sebarang jawatan.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi Tuan Ibrahim berhubung pencalonan itu tidak berjaya.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa beliau berminat untuk mencabat Mohamad bagi jawatan nombor dua parti itu.

Sehingga kini Mohamad masih belum menerima pencalonan bagi membolehkan beliau untuk mempertahankan jawatannya.-mstar.



Dalam perkembangan terbaru, geng-geng PASMA yang diketuai Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad di Selangor, terhumban dan langsung tidak dicalonkan oleh PAS Kawasan Kelang dalam mesyuarat agong mereka malam tadi. Sebaliknya PAS Kawasan Kelang secara sebulat suara telah membuat pencalonan berikut: 

Presiden YB TG Dato Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib YB Ust Dato Nik Amar Abdullah
Naib YBUst Nasruddin Hassan Tantawi
Naib YB Dato Iskandar Samad

AJK Pas Pusat YB Ust Idris Ahmad
AJK Pas Pusat Ust Riduan Mohamad Nor
AJK Pas Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil 
AJK Pas Pusat Ust Nik Zawawi Nik Salleh
AJK Pas Pusat Ust Nuridah Salleh
AJK Pas Pusat YB Dato Takiyuddin Hassan
AJK Pas Pusat YB Ust Dato Dr Khairuddin Aman Razali
AJK Pas Pusat Hj Razman Zakaria 
AJK Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki
AJK Pas Pusat YB Dr.Mohamad Fadzli Hassan
AJK Pas Pusat YB Ust Sallehen Mukhyi
AJK Pas Pusat Ust Mokhtar Senik
AJK Pas Pusat Ust Zaharuddin Muhammad
AJK Pas Pusat Kamaruzzaman Mohamad
AJK Pas Pusat Dr. Ali Akbar
AJK Pas Pusat Muhammad Sanusi Md Nor
AJK Pas Pusat YB Ust Abdullah Husin
AJK Pas Pusat YB Ust Nassuruddin Haji Daud

Justeru tidak hairanlah apabila puak-puak Anwarinas dan PASMA yang sebelum ini galak berkokok kerana di belakang mereka adalah DAP, tiba-tiba sahaja bertukar wajah dan suara. Kalau sebelum ini, masing-masing begitu berani dan angkuh menyatakan PAS tidak boleh membentangkan hukum hudud, sekarang sudah boleh. Kalau sebelum ini dikatakan, Hadi Awang perlu digulingkan, sekarang mereka sudah jadi penyokong Hadi Awang.

Paling ketara Husam Musa!

Yang terkontang-kanting sekarang tak berpenyokong adalah Mat Sabu, Ahmad Awang dan Phahrolrazi Zawawi.


 
Blogger Templates