Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label adun. Show all posts
Showing posts with label adun. Show all posts

Friday, April 8, 2016

INI NAMANYA ADUN DAP BABI!!! PINJAMAN PELAJARAN TAK BERBAYAR, BELI RUMAH RM800,000 BOLEH... MANA DUIT DIA DAPAT?




Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, hasil semakan mendapati, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu tidak mempunyai sumber kewangan kukuh dan gagal menjelaskan pinjaman pendidikan sehingga tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau mahu Adun dua penggal itu membuat penjelasan berhubung pembelian rumah teres tiga tingkat berharga RM800,000.

Menurutnya, Adun itu tinggal dengan keluarganya di George Town dan hanya menaiki motosikal, sebelum membeli rumah mewah itu.

“Selepas menjadi Adun, beliau turut membeli sebuah kereta import,” katanya yang mahu wakil rakyat terbabit mendedahkan prosedur pembelian rumah mewah di bahagian pulau itu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa seorang lagi Adun DAP didapati membeli sebuah kereta import berharga ratusan ribu ringgit tidak sampai setahun menjadi wakil rakyat.

Sehubungan itu, Tong Keong mencabar kedua-dua Adun DAP itu mendedahkan prosedur pembelian harta mewah mereka.

Bulan lalu, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim mendakwa banglo yang dibeli Guan Eng di Jalan Pinhorn mempunyai nilai pasaran RM4.27 juta.

Banglo itu telah disewakan pada harga RM5,000 sejak 2009.

Guan Eng berkata, beliau membeli banglo itu pada harga RM2.8 juta, dengan mendapat RM2.1 juta pinjaman daripada bank untuk membiayai banglo itu, manakala baki RM700,000 lagi dibayar tunai.

Guan Eng turut mengakui wang itu adalah hasil pendapatan dan elaun yang diperolehinya sebagai Ketua Menteri, Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih. - SUMBER


Wednesday, January 6, 2016

HAH, MAIN-MAIN KAT FACEBOOK, SEKALI YB DATANG, TAHU PULAK KAU MENYOROK DAN TOLAK LAKI KAU KE DEPAN!!!



Kahkahkah ..
2 hari lepas kutuk YB dan Pejabat DUN Kemasik di FB kononnya YB tak mahu tanda tangan borang permohonan asrama anaknya. Bila YB datang rumah tak mahu keluar pula. Cerita tipu.

KEMAMAN: Seorang wanita yang meluahkan perasaan tidak puas hati ketika berurusan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kemasik di facebooknya mungkin tidak menyangka bahawa dia akan didatangi wakil rakyat kawasan itu sendiri, Ir Rosli Ibrahim semalam.

Kunjungan itu bagaimanapun hanya disambut suami wanita berkenaan kerana beliau dikatakan tidak mahu keluar berjumpa Ir Rosli.

Menurut sumber, kunjungan Ir Rosli itu bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar apakah isu yang menyebabkan wanita berkenaan tidak berpuas hati apabila menulis dengan bahasa yang agak keras di facebooknya.



“YB juga bawa bersama pegawai Pusat Khidmat DUN kerana mahukan masalah itu diselesaikan, namun hasrat itu sedikit terbantut kerana wanita berkenaan tidak keluar menemui YB dan pegawainya.

“Bagaimanapun suami wanita berkenaan telah memohon maaf kepada YB bagi pihak isterinya mengenai kejadian tersebut,” kata sumber itu.

Tindakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu telah mendapat pujian banyak pihak kerana beliau telah mengambil langkah segera dan berani dalam menangani masalah yang berlaku.

SUMBER


Tuesday, December 15, 2015

ADUN BAJU KOTAK, RAMBUT BELAH TENGAH DAN BERBINGKAI CERMIN MATA MURAH MINTA BANTUAN AGAR DIA TIDAK BERUBAH!!!



ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi bukanlah nama besar dan tidak mempunyai banyak pangkat besar. Dia hanyalah seorang ADUN biasa, yang lebih banyak tersengih daripada menjuihkan bibir. Yang banyak berbaju kotak berbanding baju lengan panjang berkot dan bertali leher, berambut belah tengah dan dilumur minyak pekat berbanding berambut gaya fesyen terkini dan berbingkai cermin mata murah pekan Sungai Besar berbanding jenama-jenama mahal yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Mengenalinya sebagai anak kampung, imej tersebut kekal lekat pada tubuh badannya walaupun dia menjadi 'jejaka yang direnung tajam' Hannah Yeoh kerana membangkitkan pelbagai isu termasuklah DEIG yang sehingga kini, terus senyap sunyi tidak terjawab, baik PKR apatah lagi DAP. Malahan DAP cuba mengelak dengan menyalahkan seratus peratus PKR dan Azmin Ali dalam isu tersebut meskipun faedahnya dibolot oleh DAP Selangor.

Berbanding wakil-wakil rakyat lain, Budiman Zohdi ternyata memiliki keperibadiannya yang tersendiri, terutama sekali dekatnya dia kepada masyarakat yang diwakili, bahkan masyarakat-masyarakat yang berjiran dengan DUNnya.

Pejabat khidmat masyarakatnya di pekan Sungai Besar adalah bukti nyata. Jadualnya yang bermula pada solat jemaah Subuh di masjid-masjid di sekitar Sungai Panjang, dan kemudian selesai bersolat, bersama-sama anggota jemaah bersarapan bersama-sama di kedai kampung. Dan kemudian berakhir dengan acara santai sembang-sembang selepas solat jemaah Isyak di mana-mana surau atau masjid juga di kawasan Sungai Panjang.

Melihat Budiman Zohdi berfungsi sebagai wakil rakyat, seolah-olah mengembalikan kita kepada cerita-cerita ideal tentang wakil rakyat yang kita harapkan. Walaupun tidak membawa beg besar berisi wang ringgit, walaupun tidak membawa suara-suara retorik dengan mengmpulkan orang ramai di tengah-tengah padang berceramah dengan suara berapi-api, namun Budiman Zohdi berjaya memahami dan menyelami masalah yang masyarakat amat rapat dengannya.

Mungkin sukar untuk mencari ADUN seperti Budiman Zohdi yang tidak memerlukan idea-idea retorik dengan nada berapi-api dan berusaha membuat pendedahan sana sini, menimbulkan cerita-cerita sensasi tentang politik nasional, sebaliknya menyelami masalah setempat bersesuaian dengan tugasnya selaku ADUN.

Alangkah baiknya jikalau Malaysia mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti Budiman Zohdi. Jumlah mereka terlalu kurang walaupun jumlah ADUN tidak pernah berkurangan di Malaysia. Nilai-nilai ADUN dan wakil rakyat yang mahu mengambil berat tentang masyarakat, semakin mengecil kerana masing-masing terlalu sibuk berpolitik sesama sendiri sehingga mereka terlupa tanggungjawab sebenar mereka adalah kepada masyarakat, bukan kepada parti politik yang diwakili mahupun pucuk pimpinan yang perlu dijilat-jilat sepertimana yang berlaku dalam PKR, DAP mahupun dalam UMNO sendiri.

Rakyat Malaysia dari hujung Padang Besar sehinggalah ke hujung Kudat memerlukan WAKIL-WAKIL RAKYAT untuk rakyat, bukannya WAKIL RAKYAT yang entah apa-apa!!!


Friday, September 11, 2015

ADUN UMNO TAHAN SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH KERANA PENDEDAHAN MUDAHKAN KERJANYA, BUKANNYA MELOMPAT DAN MELATAH!!!



Isu ini agak terpencil dan kurang diperkatakan kerana ada isu-isu besar lain yang lebih diminati oleh DAP dan PKR. Apatah lagi, kawasan yang diperkatakan itu hanya ditandingi oleh PAS dan UMNO, bukannya oleh PKR apatah lagi DAP yang tidak mempunyai asas dan infrastruktur di situ.

Bagaimanapun, kawasan tersebut pernah menjadi sebutan pencinta alam sekitar dunia dengan hutan hujannya dicatatkan sebagai hutan hujan tertua di dunia. Dua batang sungainya iaitu Sungai Tahan dan Sungai Tembeling pula pernah menjadi kawasan rekreasi sampingan bagi pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke Taman Negara Pahang.

Namun, keadaan tersebut sudah hancur sama sekali. Kecuali kawasan Taman Negara yang digazetkan, kawasan pinggirnya pula mengalami kemusnahan luar biasa kerana kerakusan pembalakan, kawasan yang tidak digazetkan, berhadapan dengan penggondolan.


Pembalakan menyebabkan industri pelancongan bagi kawasan Hulu Tembeling mengalami penyusutan teruk. Tahun lepas,banjir besar yang antara lain pembalakan rakus sebagai salah satu puncanya, telah menyebabkan reputasi Taman Negara dan lokasi-lokasi penginapan di sekitarnya, termasuklah yang diusahakan oleh penduduk kampung, mengalami kerugian besar.

Tidak mustahil, beberapa aktiviti untuk pelancong ke Taman Negara Pahang, akan terhenti seperti menaiki bot selama 3 jam dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan, kerana dasar sungai sudah tohor. Begitu juga dengan aktiviti rafting, mahupun penangkapan ikan sungai oleh penduduk kampung sekitar Sungai Tembeling.

Kampung Pagi, Kampung Bantal, Kampung Mat Daling dan sebagainya yang terletak lebih jauh mudik ke hulu Sungai Tembeling, pastinya tidak sama seperti dahulu.

Semuanya kerana pembalakan rakus.


Namun yang paling terkesan, sudah tentulah bekalan air bersih apabila bekas wartawan TV3 yang sekarang ini bergiat aktif dalam persatuan pencinta alam Pahang (PEKA), Khaidir Ahmad mendedahkan tentang pencemaran teruk sungai-sungai yang membekalkan air mentah kepada loji-loji penapisan air sehingga loji-loji tersebut terpaksa ditutup kerana air yang sangat teruk tercemar dan keruh.

Namun di sebalik pendedahan tersebut, rupa-rupanya ada juga yang PANAS HATI.

Menariknya kalau di Hulu Kelantan, yang panas hati adalah Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang sehingga mahu menyaman sesiapa sahaja yang mendedahkan tentang pembalakan yang dilakukan oleh syarikat mereka, di DUN Tahan pula, ADUNnya dari UMNO-BN yang tidak berpuas hati dan mengeluarkan kata-kata sinis yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ADUN kepada seorang pejuang alam sekitar.


Apatah lagi, kesan kemusnahan alam sekitar yang sangat teruk, boleh dilihat dengan jelas terutama sekali di Jeti Kuala Tahan di mana terletaknya pintu masuk ke Taman Negara Pahang dan Taman Negara Resort.

BERITA SELANJUTNYA DI BULETIN 247.


Bagaimana ADUN berkenaan hendak menafikan tentang kekeruhan melampau Sungai Tembeling? Bagaimana dia hendak menutup mulut orang kampung yang menzahirkan perasaan tidak puas hati kerana punca pendapatan mereka daripada pelancongan, merosot teruk?

Adakah sindiran kerasnya kepada bekas wartawan itu mampu menutup berita tersebut daripada terdedah dan diviralkan menerusi media sosial yang sekarang ini sudah mampu sampai walau ke ceruk kampung paling pedalaman?


 
Blogger Templates