Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label lim lip eng. Show all posts
Showing posts with label lim lip eng. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

SIBUK NAK PERIKSA PUNGGUNG ORANG, ONG KIAN MING DAN LIM LIP ENG SEBENARNYA MENYINDIR LIM GUAN ENG!!!



Sibuk betul dua orang Ahli Parlimen DAP yang kononnya mahu  menyelamatkan wang rakyat dengan melawat Kediaman Rasmi Speaker Dewan Rakyat untuk memahami bagaimana dana RM1.4 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf. 

Kedua-dua Ahli Parlimen DAP itu, Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming mempertikaikan segala aspek penambahbaikan dan pengubahsuaian Kediaman Rasmi Speaker Dewan Rakyat. 

"Matlamat kami adalah untuk menentukan sama ada kerja-kerja itu yang menelan perbelanjaan besar adalah wajar. Kami akan cuba memahami jenis laluan masuk sepanjang 100 meter, pemasangan pagar elektronik, sistem keselamatan dan lampu jalan serta kerja-kerja lain yang berkaitan yang bernilai RM1.4 juta," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

"Kami juga berharap, lawatan ini akan memberikan beberapa jawapan sama ada memuaskan atau tidak, kepada pengkritik projek ini," katanya lagi yang turut akan diiringi oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming semasa lawawtan tersebut.

Eloklah tu sebenarnya, tapi lebih elok lagi kalau Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming buat sekali kerja-kerja kajian yang telah dibayar RM305 juta dan projek Terowong Dasar Laut RM6.34 bilion yang tidak habis-habis semenjak 2013 lalu. Sepatutnya Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming cuba memberikan jawapan mengapa dari projek Terowong Dasar Laut yang telah pun menggunakan lebih RM300 juta wang rakyat untuk dibayar bagi kajian semata-mata, ianya kemudian diubah kepada Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang seolah-olah Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba menyelamatkan Lim Guan Eng daripada bermasalah dengan SPRM menerusi penciptaan projek baru semata-mata untuk menutup kehilangan wang rakyat Pulau Pinang. 

Atau pun projek laluan basikal di Pulau Pinang yang menelan kos berjuta-juta ringgit, walaupun sekadar projek mengecat sahaja?


Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja Raya (KKR) masih belum menerima laporan kajian kemungkinan projek jambatan ketiga Pulau Pinang.

Malah lebih lucu, pelan reka bentuk terperinci pembinaan laluan ketiga negeri itu konon sebagai menggantikan projek terowong dasar laut pun belum lagi diserahkan oleh pihak kerajaan DAP yang ditadbir Lim Guan Eng.

Perkara itu didedahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sambil menegaskan, disebabkan pihak KKR masih belum menerima kajian tersebut, sebarang kelewatan projek bukan disebabkan kesilapan kementerian.

“Hari ini menandakan bakal berakhirnya suku pertama tahun 2017. Kementerian dukacita ingin memberitahu orang ramai khasnya di Pulau Pinang bahawa kami masih belum menerima sebarang kajian projek mega tersebut.

“Justeru, apa-apa kesalahan bagi sebarang kelewatan projek tidak disebabkan oleh kementerian kami,” kata Fadillah. (RUJUK SINI)

Atau barangkali elok juga kedua-dua Ahli Parlimen DAP itu memeriksa kerja-kerja mengecat Pintu Gerbang Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan yang telah menelan kos RM9.7 juta, jumlah yang majoriti orang beranggapan sebagai sesuatu yang sangat mustahil, melainkan cat yang digunakan itu bersalut emas!

Tuesday, April 5, 2016

SI BODOH MANA YANG BELI-BELAH UNTUK DIRI SENDIRI BERJUTA RINGGIT DI JAKEL?



Seperti tidak tentu arah, seperti tidak boleh berfikir secara wajar dan seperti hilang kewarasan semata-mata kerana mahu menyelamatkan Lim Guan Eng yang semakin hampir dengan natijah undang-undang menerusi pelbagai kes salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan. Jikalau setiap hari bukti dan kes yang didedahkan dikira dari segi perundangan, andainya Guan Eng disabitkan dengan kesemua dakwaan tersebut, bukan sahaja Guan Eng akan mengakhiri hayat politik di lantai penjara, bahkan DAP juga akan berkubur terus.


Ahli Parlimen Segambut seperti cacing kepanasan apabila mendengar nama JAKEL TRADING-ROSMAH MANSOR-NAJIB ABDUL RAZAK. Malah lebih mengujakannya ialah apabila mendapat tahu dan maklumat tentang perbelanjaan jutaan ringgit oleh Najib Abdul Razak di Jakel.

Tidak ada benda lain yang mampu digambarkan oleh BANGSA CHEAPSKATE seperti Lim Lip Eng. Baginya Najib Abdul Razak telah membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk membeli pakaian buat isterinya, Rosmah Mansor.


Awal-awal lagi Jakel telah dijenamakan sebagai gedung pakaian mewah walaupun sebenarnya harga produknya tidak pernah lebih tinggi daripada kemampuan membeli marhein. Penjenamaan itu diperlukan untuk mulai menghentam Rosmah dan Najib dalam kes pembelian kain dan pakaian.

Nampak sangat Lim Lip Eng tidak pernah melawat sendiri Jakel untuk menilai harga jualan sebelum bertanya tentang 'pembaziran' yang dilakukan oleh Najib.

Malah dia langsung tidak peduli dengan segala bantuan, derma mahupun sumbangan pakaian atau kain yang dibuat oleh Najib dan Rosmah kepada pelbagai individu, acara mahupun organisasi terutama sekali membabitkan selimut kepada mangsa banjir.


Lim Lip Eng hanya mahu menggambarkan Tosmah Mansor sebagai Imelda Marcos tetapi pada masa yang sama tidak pula berani menggambarkan Betty Chew sebagai Dowager selain mempersoalkan bagaimanakah Betty Chew dan Guan Eng memperolehi kekayaan berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat (7 tahun) sama ada dalam bentuk aset mahupun tunai berdasarkan kepada gaya hidup dan percutian mewah pasangan berkenaan.

CHEAPSKATE seperti Lim Lip Eng barangkali tidak faham bagaimana semua bantuan, derma, sedekah dan sumbangan berfungsi kerana manusia sepertinya hanya memikirkan tentang keuntungan mereka sahaj.

Maka sebab itulah hujahnya tersangat BODOH kedengarannya tetapi pasti akan meracuni dan dihadami oleh sebahagian manusia bodoh lain yang teras mereka adalah kebencian kepada Najib-Rosmah.



Monday, September 7, 2015

LIM LIP ENG BAGI ALASAN, RM65,000 YANG DITUNTUT DARI BERSIH 4.0 ADALAH UNTUK BAIKI KEROSAKAN PADANG DATARAN MERDEKA KERANA PERARAKAN HARI KEBANGSAAN... BUKAN SEBAB SAMPAH BERSIH 4.0!!!



Kebudak-budakan. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap Bersih yang enggan membayar bil tuntutan DBKL dan juga tindakan mereka mempersendakan pegawai-pegawai yang telah tersilap menghantar surat tuntutan tersebut.

Bersih telah berjanji untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan sebelum meninggalkan lokasi perhimpunan. Ini adalah satu pembohongan. Saya ada gambar-gambar yang menunjukkan segala timbunan sampah dan juga kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan oleh kakitangan Alam Flora.

Bukan sahaja Bersih telah gagal untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan, mereka juga gagal untuk menghalang penyokong-penyokong mereka dari membuang air kecil di merata tempat, jelas menunjukkan sikap mereka yang melanggar adab kesopanan dan juga mengabaikan kebersihan awam. Saya telah mengarahkan Alam Flora untuk menggandakan usaha mereka dalam membersihkan bau kencing demi menjaga keselesaan rakyat Malaysia yang pergi ke perarakan Hari Kebangsaan keesokan harinya.

Untuk menambahkan lagi sikap kebudak-budakan mereka, Bersih kini mempersendakan insiden salah alamat apabila pegawai saya cuba menghantar bil kerja-kerja pembersihan tersebut.

Alamat Bersih seperti yang tertera dalam halaman Facebook mereka adalah 13, Lorong 4/48e, Petaling Jaya.


Pegawai-pegawai saya telah ke lokasi yang betul namun malangnya Bersih 2.0 tidak memaparkan sebarang papan tanda untuk menunjukkan bahawa itu adalah pejabat mereka. Pegawai-pegawai saya telah tersilap rumah, iaitu rumah yang betul-betul di sebelah pejabat Bersih 2.0 (lihat gambar yang dilampirkan).

Kesilapan ini boleh terjadi kepada sesiapa pun. Ia adalah satu kesilapan kecil dan pegawai saya telah pun menjelaskan kekhilafan beliau dalam akaun Twitter beliau pada hari kejadian tersebut. Rumah yang salah itu bukannya berada di jalan yang lain atau pun dalam tempat lain di Petaling Jaya. Rumah tersebut hanya terletak di sebelah kanan pejabat Bersih.

Setelah menyedari kesilapan tersebut, pegawai-pegawai saya telah sekali lagi pergi ke lokasi tersebut dan kali ini mereka pergi ke alamat yang betul. Alamat yang betul itu juga nampaknya seolah-olah kosong, dan tiada siapa berada di sana untuk menerima bil tersebut.

Saya tidak akan ditakut-takutkan oleh sikap dan jenaka Bersih 2.0. Bil kerja-kerja pembersihan tersebut harus dan akan diserahkan kepada mereka. Dan mereka perlu membayar tuntutan tersebut memandangkan Maria Chin pernah berkata mereka berjaya mengutip RM2.4 juta daripada awam untuk membantu mereka menganjur dan mengurus perhimpunan haram tersebut. Saya cukup pasti yang bil berjumlah RM65,000 itu tidak sedikit pun akan menjejaskan dana mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu. Sikap mereka yang enggan membayar juga jelas menunjukkan mereka sengaja mempermain-mainkan penderma-penderma.

Apa pula lagi selepas ini?

Jika Bersih terus berkeras untuk tidak membayar bil tuntutan tersebut, pada perhimpunan haram seterusnya yang mereka anjurkan, mungkin saya patut menghantar segala sampah sarap yang mereka tinggalkan itu di depan pejabat mereka. Jika ini berlaku, saya jamin kali ini saya akan hantar sampah sarap tersebut ke alamat yang betul! - (FB RAHMAN DAHLAN)


SEMENTARA ITU....

Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng dengan muka tebal setebal kulit babi menyatakan, RM65,000 yang dituntut dari BERSIH 4.0 itu sebenarnya adalah untuk memperbaiki kerosakan padang rumput di Padang Dataran Merdeka kerana perarakan Hari Kebangsaan. (BACA DI SINI)

Perhatikan perangai puak-puak DAP ini. Tanpa segan silu, mereka segera menyalahkan pihak lain. Malah mereka sengaja mewujudkan alasan yang mereka sempat fikirkan walaupun tidak logik semata-mata untuk melepaskan diri.

Ia samalah seperti ketika Komunis cuba menjajah negara ini dan membentuk satu Empayar Komunis Raya dari Negara China sehingga keseluruhan Asia Tenggara. Alasan yang diberikan ialah untuk memerdekakan negara ini, sedangkan mereka sendiri adalah penjajah.

Menariknya, alasan sebegitu boleh pula diterima tanpa perlu berfikir panjang.

BERSIH dan DAP seringkali menyatakan pihak lawan mereka sebagai tidak bertanggungjawab dan zalim serta melakukan tekanan. Bagaimanapun, berdasarkan apa yang dapat dilihat, sebenarnya, merekalah yang paling tidak bertanggungjawab, paling zalim dan seringkali menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak.

Orang lain punya kesalahan mereka sungkit dan umpil tetapi kesalahan mereka sendiri, mereka tutup dan cuba alihkan kepada orang lain.

Perangai tipikal puak-puak ini... mereka akan memberikan tekanan dan cuba mewujudkan perasaan bersalah kepada orang lain tetapi apabila terbukti yang mereka sebenarnya bersalah, mereka cepat-cepat mencipta alasan lain untuk mengelak.

Peliknya, ramai pula yang amat menyanjungi DAP walaupun di kalangan yang mengaku mereka tersangat pandai dan bijaksana!!!

Wednesday, March 4, 2015

BERAPA KERUSI DAP DI TERENGGANU YANG LIM LIP ENG MENYIBUK PASAL UNDANG-UNDANG SYARIAH TERENGGANU? PULAU PINANG TERBUKA SANGAT KE?



Siapa DAP Nak Bersuara Kerajaan Terengganu? Berapa Kerusi DAP di Terengganu....Jangan Jadi BODOH Lah DAP

Admin pun Peliklah macam mana PAS boleh join dengan DAP ni....memang Racist dan Bodoh Sombongnya.Baru dapat kuasa sikit sudah berlagak...Ptuihhh


SATU ketika, Pulau Pinang kalau boleh nak diasingkan dari Persekutuan Malaysia oleh sesetengah penyokong dan seorang ahli Parlimen DAP dengan menuntut kuasa autonomi. Nak ada negara dalam negara kononnya, entah model negara mana nak diikut Taiwan atau China, tapi macam Taiwan.

Alasan tuntutan itu adalah kerana DAP perintah Pulau Pinang sekalipun kerajaan DAP tak bercakap apa-apa. Nampak megah sangat sebab baru dapat perintah satu negeri itu saja pun. Bila kita cakap, kita kena sergah balik, konon itu negeri mutlak dia, siapa kita nak persoalkan?

Sekarang, kerajaan Terengganu nak adakan garis panduan berpakaian di negeri tersebut, siapa pulak DAP nak sibuk? Ada berapa kerusi DUN atau Parlimen DAP di Terengganu? Kosong, zero.

Kelantan pun DAP zero kerusi, tapi dialah yang paling sibuk sekali, apa locus standi dia ada?

Dari sibuk hal negeri lain, lebih baik DAP jaga Pulau Pinang yang nak terlepas tu. Buktinya, baru-baru ni ada sambutan tahun baru cina sebuah komuniti kaum itu yang terpenting di Pulau Pinang dan buat pertama kalinya Guan Eng dan para Exconya tak dijemput, sebaliknya pemimpin MCA dan Gerakan pulak yang jadi tetamu utama.

Ini membenarkan kenyataan penulis baru-baru ini bahawa dengan Anwar dipenjarakan, DAP berada dalam kedudukan paling sukar dan bahaya kerana tidak ada lagi ‘bakal Perdana Menteri” yang boleh jamin kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk cina.

DAP patut bimbangkan yang itu, bukan hal Terengganu dimana DAP tidak ada kepentingan langsung. Satu kerusi pun takda, jangan kata kalah bertanding, bertanding pun tidak (menunjukkan tidak ada minat), tapi nak sibuk apa yang kerajaan Terengganu nak buat, lantak dialah, DAP sibuk apa?

Rakyat Terengganu pun tak memekak macam DAP.

Orang macam Lim Lip Eng, apa tahu pasal hukum hakam Islam? Dia bukan Islam pun tapi sibuk pulak dalam hal-hal orang Islam.

Yang mengaku Islam dalam PAS, PKR mahupun DAP sendiri tak boleh terangkan pada botak ni hukum hakam sembahyang Jumaat dan kelonggaran yang boleh diberikan kepada penguatkuasa untuk tujuan menjalankan penguatkuasaan?

Cakap benda yang dia tak faham ni, bukan sahaja boleh jadi bahan ketawa tapi kalau berterusan, boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara kita. Banyak dah cakap pasal ni tapi entah kenapa takda tindakan. SMM


Thursday, December 4, 2014

TERANG-TERANG AHLI PARLIMEN DAP SEGAMBUT INI MENGHINA MAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH RAYUAN, TAK ADA SEBARANG TINDAKAN PUN KAT DIA!!!

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng merupakan salah seorang pemimpin DAP yang cukup angkuh apabila menyatakan, 'lantik seorang daripada pemimpin DAP sebagai komander Tentera Udara atau Tentera Laut, kami akan menemui MH370 dalam masa yang singkat'.

Apabila kenyataan bodohnya itu tersebar, dalam tempoh beberapa jam kemudian dia menarik kembali kata-katanya. (RUJUK DI SINI)

Pada 27 Januari 2014, Lim Lip Eng kalah saman fitnah membabitkan bekas ahli DAP Cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min. Mahkamah Tinggi kemudiannya mengarahkan Lim Lip Eng untuk membayar RM20,000 kepada Yap.

Kekalahan tersebut membuktikan dan membuka tembelang pembohongan Lim Lip Eng.

Lim Lip Eng enggan mematuhi perintah dan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sekali lagi Yap Kon Min mendapatkan keadilannya menerusi Mahkamah Rayuan pada 18 September 2014 untuk mengadu. Sekali lagi Yap menang dan Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengarahkan Lim Lip Eng membayar tambahan RM7,000 menjadikan jumlah keseluruhannya adalah RM27,000 yang perlu dibayar oleh Lim Lip Eng.

Namun Lim Lip Eng yang enggan patuh dengan perintah Mahkamah Tinggi, turut menolak keputusan Mahkamah Rayuan.

Oleh kerana itu, pada 4 November 2014, Yap Kon Min membuat laporan ke atas Lim Lip Eng kerana tidak menghormati dan mematuhi keputusan dua mahkamah.

Selain Ahli Parlimen, Lim Lip Eng juga merupakan seorang peguam.

Kerana dia Cina-DAP, dia berasakan dia lebih besar daripada segala-galanya dan dia juga bebas daripada patuh kepada undang-undang negara ini. Yang dia mahu, undang-undang patuh kepadanya dan semua orang dalam dunia ini yang bukan DAP perlu tunduk sujud hormat kepadanya.

Ketika ditanya oleh media beberapa hari lepas, dengan penuh angkuh dan sombong dia berkata,

"Kalau ada apa-apa perkara, suruh dia atau NGO itu pergi ke mahkamah dan saman saya." Demikian komen ringkas Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng kepada Sinar Harian Online.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, bahaw pemimpin DAP itu didapati masih gagal membayar pampasan kepada seorang bekas ahli parti itu dalam satu perbicaraan kes fitnah pada awal tahun ini.

"Kalau ada apa-apa sila jumpa saya di mahkamah," katanya secara ringkas dan enggan mengulas lanjut. (RUJUK DI SINI) (KLIK VIDEO DI SINI)

Memang jelas niat sebenar Lim Lip Eng adalah menghina mahkamah Malaysia. Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak dipatuhinya, tetapi dia masih menyindir agar sebarang kes melibatkan dirinya dibawa ke mahkamah. Seolah-olah dia ingin memberitahu bahawa mahkamah berada di bawah tapak kakinya dan tiada sesiapa pun yang dapat memaksanya untuk mematuhi keputusan mahkamah.

Dia baru menang kerusi Parlimen Segambut. Bayangkanlah kalau orang ini merupakan salah seorang Menteri Kabinet dan partinya pula menjadi parti peneraju negara seperti UMNO...

Barangkali Pol Pot dan Khmer Rouge versi Malaysia akan dijelmakan oleh mereka kerana bagi mereka, merekalah undang-undang dan undang-undang sedia ada tidak tertakluk kepada mereka!



 
Blogger Templates