Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label azeez rahim. Show all posts
Showing posts with label azeez rahim. Show all posts

Tuesday, January 23, 2018

BERAKHIRNYA SUMPAH RAJA BERSIONG: BALING SUDAH HAMPIR AKAN ADA KAMPUS UiTM... UMPAMA MIMPI MENJADI KENYATAAN!



Sebut nama Baling, ramai yang menjuih. Yang pastinya, ramai yang akan mengaitkan Memali, sebuah lokasi di mana berlakunya pertumpahan darah melibatkan penduduk kampung yang dilabelkan sebagai militan dengan anggota keselamatan yang sudah pasti diarahkan untuk melaksanakan arahan.

Baling adalah sebuah daerah yang terlalu kerap disinonimkan dengan kemiskinan dan kepapaan. Tiada apa-apa yang menarik di Baling selain modal untuk berucap, berceramah dan berkempen politik. Dalam cerita purbakala, Baling mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Raja Bersiong atau nama sebenarnya, Raja Ong Maha Perita Deria dengan beberapa tempat di kawasan tersebut turut dikaitkan dengannya.

Sudah terlalu lama Baling dipinggirkan dan tidak dipedulikan. Malahan imej Baling terlalu diburukkan seolah-olah ia adalah sebuah daerah yang telah dilupakan. Dan walaupun wakil-wakil rakyat silih berganti namun Baling kekal seperti yang dilihat walaupun Baling tidaklah sepedalaman dahulu.

Namun pada 19 Januari lalu, satu majlis taklimat di Dewan Seri Baling Inn, Jalan Bukit, Charuk Nau selain lawatan tapak UiTM Kampus Baling telah diadakan. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Baling dengan Kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling.

Seramai 35 orang yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Baling, kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling, wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia dan wakil UiTM Shah Alam, Selangor telah hadir.

Antara mereka termasuklah,

(a) Dato Paduka Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling merangkap Ketua Umno Baling.
(b) Datuk Md Shuhaimi Abdul Rahman, Pegawai Daerah Baling.
(c) Zulkefly Alias, Setiausa Bahagian Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
(d) Prof. Hj. Shahrul Zaman Mohd Salleh, Ketua Bahagian Hartanah UiTM Shah Alam.
(e) Ilias Shuib, Ketua Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Tanah) Pejabat Daerah dan Tanah Baling.
(f) Aswad Md Isa, Jurutera Daerah JKR Baling.
(g) Azhari Mat Rasol, pegawai SADA Daerah Baling.

Dalam ucapannya, Abdul Azeez Abdul Rahim amat berharap KPT dan UiTM mempertimbangkan permintaannya agar kampus tersebut dibina di lokasi berhampiran Kampung Bandar. Ini adalah kerana selepas jalanraya Kupang-Grik dibina, pekan Baling dan kawasan kampung sehingga ke Batu 8, menjadi suram dan aktiviti ekonomi turut perlahan.

Kewujudan UiTM Kampus Baling akan menjana semula sosio ekonomi di pekan Baling dan kawasan kampung-kampung berhampiran. Selain itu, infrastruktur seperti jalanraya, bekalan air paip dan elektrik yang sudah dirancang untuk kampus tersebut, pastinya akan turut dinikmati oleh kawasan-kawasan sekitar.

Difahamkan, Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk pembelian tanah dan RM50 juta lagi untuk pembinaan kampus. Perdana Menteri sendiri akan hadir di Baling pada Mac 2018 untuk membuat lawatan kerja dan tinjauan.

Lokasi sebenar Kampus UiTM Baling masih lagi dalam perundingan apabila cadangan terbaru adalah pembelian sebidang tanah milik individu seluas 161.263 ekar berbanding tapak yang dicadangkan oleh UiTM di Kampung Teluk Teduri, Pulai, Baling yang dimiliki oleh 18 orang individu. Tanah di Kampung Bandar itu dimiliki oleh Meenachi Holding lebih dilihat sebagai strategik kerana kedudukannya dan lebih mudah berunding walaupun harga yang ditawarkan lebih tinggi.

Semoga dengan kehadiran Kampus UiTM Baling nanti akan memberikan wajah baru kepada Baling, Kupang, Siong, Badang, Kuala Ketil dan kawasan sekitarnya sehinggalah ke Labu Besar yang sebelum ini hanyalah merupakan kawasan-kawasan yang 'wujudnya hanya di atas kertas' tetapi tidak di bawah kepedulian!


Thursday, August 11, 2016

KISAH NEELOFA, IBUNYA DAN AZEEZ RAHIM... SERTA TABUNG HAJI!!!



Seronok sungguh untuk mencipta persepsi kononnya Neelofa ada skandal dengan Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji merangkap Ahli Parlimen Baling. Konon-kononnya, kerana hubungan sulit itulah, telah memudahkan Neelofa dan ibunya untuk mengerjakan ibadah haji pada ketika sebahagian besar jemaah yang menyimpan di Tabung Haji menunggu-nunggu tarikh yang berpuluh tahun lamanya.

Si penghasut menyatakan bahawa Azeez Rahim telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Tabung Haji yang mempunyai kedudukan dan kuota istimewa untuk memintas sekaligus memberikan keistimewaan kepada Neelofa dan ibunya untuk menunaikan haji.

Diberitakan bahawa Neelofa hanya mendaftar pada 4 Julai 2016 dan telah diluluskan untuk menunaikan ibadah Haji di bawah pengurusan Tabung Haji pada 6 Ogos 2016. Sebulan la kira-kiranya. (RUJUK SINI)

Seronok kan beritanya?

Macam-macam persepsi boleh dibuat... lebih-lebih lagi yang bersifat persepsi negatif. Terutama sekali apabila membabitkan pemimpin UMNO dan selebriti yang cantik jelita.


Tabung Haji bagaimanapun, dalam satu kenyataan menafikan telah memberikan kelulusan istimewa kepada Neelofa atau namanya, Noor Neelofa Mohd Nor, 27 dan ibunya untuk menunaikan ibadah Haji bersama-sama ibunya.

Menurut Tabung Haji, pihaknya sedia maklum tentang rayuan selebriti tersebut dan telah mempertimbangkan rayuannya mengikut garis panduan sedia ada. Setakat ini tiada sebarang kelulusan diberikan kepadanya bagi rayuan tersebut.

"Jikalau ada visa haji yang diperolehi oleh selebriti tersebut, ia adalah tidak melalui TH," kata kenyataan itu.

Tabung Haji diketahui mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan, perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang ditetapkan.


Tuesday, March 22, 2016

WALK THE TALK... AZEEZ RAHIM USAHAKAN RM2 JUTA BANTU PENOREH GETAH DI BALING... DI PANDAN, NAK CAT FLAT YANG DIJANJIKANNYA PUN, RAFIZI RAMLI MENGELAT!!!



Antara isu yang seringkali diperkatakan, bahkan dijadikan modal untuk membuktikan UMNO-BN tidak ambil peduli akan nasib marhein, adalah dengan isu getah dan padi. Isu getah dan padi dianggap sebagai isu yang paling dekat dengan rakyat yang tinggal di kampung-kampung, membabitkan orang Melayu secara majoriti dan merupakan lubuk bagi mendapatkan pengaruh baru.

Masih ramai yang berfikiran dan beranggapan, gaya hidup di kampung masih lagi seperti pada zaman-zaman 70-an-80-an. Masih ramai yang beranggapan, industri getah terutamanya merupakan pendapatan utama di kalangan orang kampung malah merupakan pendapatan tunggal.

Dan kalau kita rajin membaca tulisan-tulisan para pejuang getah tersebut, kita akan disajikan dengan jalan cerita novel Azizi Haji Abdullah atau Shahnon Ahmad yang ditulis pada era 70-an dahulu dengan orang kampung berjalan ke sana ke mari tanpa kasut atau selipar, atau meredah hutan belukar semata-mata untuk mendapatkan air setimba, atau mati tercekik akibat tulang ikan puyu kerana kebuluran.


Hakikatnya, penurunan harga komoditi seperti getah merupakan masalah dunia, bukan masalah domestik yang hanya melibatkan para penoreh getah kecil di Malaysia. Ketiadaan estet-estet besar getah seperti yang pernah kita lihat suatu masa dahulu di seluruh negara, merupakan impak daripada kejatuhan harga getah yang tidak pernah bangkit-bangkit.

Mengapa puak-puak yang sentiasa menghasut kononnya Kerajaan menganaktirikan penoreh getah, tidak pernah cuba mahu menceritakan, tidak mengaitkan faktor dan sebab para pemilik estet-estet besar getah menumbangkan pokok-pokok getah mereka untuk digantikan dengan komoditi seperti kelapa sawit? Mengapa tidak diceritakan tentang permintaan dunia ke atas getah atau pengeluaran getah yang tidak lagi menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama, sebaliknya hanya sebagai kontan semata-mata?

Harga komoditi seperti getah ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa tentang harga getah. Kalaupun boleh, kerajaan hanya boleh memberikan bantuan sebagai penokok kepada para penoreh getah. Justeru terpulang kepada wakil-wakil rakyat dan para pemimpin untuk berfikiran kreatif mencari alternatif bantuan kepada para penoreh getah, termasuklahn menyedarkan atau mendidik atau pun mengurangkan kebergantungan para penoreh getah kepada kerajaan agar mereka tidak terlalu bergantung kepada harga getah semata-mata.


Salah seorang daripada pemimpin tersebut adalah Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling. Baling masih merupakan antara daerah pengeluar getah walaupun pengeluarannya jauh merosot berbanding tahun-tahun 70-an sehingga 90-an dengan kebanyakan anak-anak muda lebih gemar bekerja di kilang-kilang terutama di Kulim atau pun di Pulau Pinang.

Bertempat di PDM Kampung Thye Seng di DUN Kuala Ketil dan Parlimen Baling di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Thye Seng, Kuala Ketil, walaupun hadir tetapi Azeez tidak berucap, satu majlis penyerahan bantuan kepada pekebun kecil/penoreh getah PDM Kampung Thye Seng an PDM Kuala Kuli telah diadakan pada 18 Mac lalu.


Dalam majlis tersebut, seramai lebih kurang 100 orang telah hadir termasuklah AJK UMNO Bahagian Baling, pekebun kecil dan penoreh getah, dan penduduk tempatan. 58 orang penoreh getah terlibat dalam pemberian sumbangan dan bantuan daripada Ahli Parlimen Baling.

Dato Mohd Khairul bin Abdullah, Penyelaras BN DUN Kuala Ketil 'mewakili' Azeez Abdul Rahim menyatakan, Parlimen Baling merupakan satu-satunya Parlimen di Malaysia yang membantu penoreh dalam kawasan mereka. Bantuan sebanyak RM2 juta juga telah diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Baling untuk membantu penoreh getah di Parlimen Baling. Manakala masalah asas di Kampung Thye Seng sendiri seperti baik pulih rumah dan jalan, akan diselesaikan dalam masa terdekat.


Bagi memudahkan bantuan, permohonan penduduk Baling perlu dihantar ke Pejabat Penyelaras DUN Kuala Ketil untuk diproses dan bantuan diberikan. Pemberian bantuan juga tidak berdasarkan sokongan kepada parti dan tidak mengira akidah politik yang dianuti, asalkan mereka penduduk Baling dan penoreh getah atau pekebun kecil.

Majlis sumbangan itu sebenarnya merupakan majlis ke-5 yang telah diadakan di Parlimen Baling. Majlis tersebut adalah bertujuan menyalurkan sumbangan kepada pekebun kecil dan penoreh getah dalam usaha membantu  meringankan beban kos sara hidup ekoran kejatuhan harga getah.

Usaha yang menarik, sekaligus menepati keperluan dan ciri-ciri Wakil Rakyat yang diperlukan oleh rakyat, bukannya Wakil Rakyat yang hanya pandai menyalak, menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri jarang nampak di kawasan sendiri, bahkan segala janji-janji yang ditabur, semuanya diabaikan, sepertimana yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang kerjanya kalau datang ke kawasan hanyalah menghasut tetapi apabila diminta menunaikan janji, segera menyatakan, dia tidak pernah berjanji dan kerja-kerja tersebut bukannya kerja dia, sebaliknya kerja pihak lain!!!


 
Blogger Templates