Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar, telah bermurah hati memberikan Waythamoorthy semula pasport Malaysia. Sekembalinya ke Malaysia, Waythamoorthy cuba menunjukkan yang dia adalah seorang warganegara yang bertanggungjawab tetapi tidak sampai beberapa tahun kemudian, dia kembali ke perangai asalnya. Cuma tuntutan agar United Kingdom membayar ganti rugi berbilion-bilion Pound Sterling kerana membawa masyarakat India ke negara ini dan kemudian membiarkan masyarakat India menjadi warganegara Malaysia, tidak lagi kedengaran.
Pasport Malaysia milik Doris Jones telah tamat tempoh selepas lima tahun dan dia memerlukan dokumen perjalanan yang baru yang mana ia tidak boleh lagi diperbaharui secara automatik. Pemohon kini perlu membuat permohonan baru selepas lima tahun. Selepas sepuluh tahun berada di luar negara, pemohon perlu kembali semula ke Malaysia untuk memohon pasport yang baru.
Dia dengan bangga berkata, menerusi laman Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia, dia bukannya rakyat Malaysia, tetapi hanya rakyat Sabah. Bagaimanapun, nama sebenarnya tidak menunjukkan yang dia adalah pribumi Sabah. Sebaliknya keluarga dan keturunannya bermukim di Sabah tidak lebih dari empat generasi sebelumnya.
Bercakap besar tentang mahu menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, namun, ketiadaan dokumen perjalanan, membuatkan Doris Jones cuba menggunakan helah, kononnya dia mahu pulang ke Malaysia dan mahu berhadapan dengan tuduhan serta dakwaan undang-undang ke atasnya.
Doris Jones cuba mencabar Kerajaan Malaysia agar mengeluarkan dokumen perjalanan kepadanya, memandangkan sekarang ini dia adalah 'orang yang tidak bernegara'.
Dan yang menariknya, Waythamoorthy menawarkan bantuan kepada Doris Jones untuk mencabar tindakan Imigresen ke atas Doris Jones yang dilabelkannya sebagai 'TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG', walaupun hakikatnya, pemerolehan semula pasport Malaysia oleh Waythamoorthy sendiri sebenarnya boleh disangsikan sebagai mengikut undang-undang, walaupun ianya dilakukan oleh Menteri Luar sendiri. (RUJUK SINI)
Golongan yang tidak sedar diri dan tidak tahu berterimakasih itu, seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia tidak perlu berlembut lagi dengan warganya atau bekas warganya yang berpangkalan di luar negara, tetapi menjalankan kerja-kerja subversif.
Memberikan dokumen perjalanan kepada orang seperti Doris Jones, samalah seperti mengundang masalah yang lebih besar. Apatah lagi dia sendiri adalah pemegang status PENDUDUK TETAP di United Kingdom.
Eloklah tu kerana mengikut perjanjian sebelum merdeka, bahkan termaktub juga dalam Perlembagaan sebelum dipinda ialah hak menjadi warganegara United Kingdom bagi kaum bukan pribumi yang berasal dari China dan India di bawah bidang kuasa Komanwel.
Bila lagi nak suruh United Kingdom bertanggungjawab setelah lebih dua abad menyedut kekayaan Wilayah-Wilayah Melayu di Asia Tenggara dan kemudian membiarkan negara-negara di Wilayah-Wilayah Melayu menanggung bala daripada perbuatan United Kingdom.
Pembohongan yang cuba dilakukan oleh Doris Jones, hanyalah sebuah jenaka buat orang yang tersepit kerana ketiadaan dokumen perjalanan negara yang dibencinya tetapi diharap dapat mengeluarkan dokumen perjalanan tersebut untuknya!!!


