Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 31, 2014

HARGA RON95, RON97 DAN DIESEL TELAH DITURUNKAN... MANA DAP DAN PKR? KENAPA TAK MEMEKAK?


Antara alasan paling kerap diberikan oleh PKR dan DAP apabila berlaku perubahan harga bahan api ialah kenaikan harga barang. Walaupun mereka sedar bahawa hakikat kenaikan harga barang, biarpun mempunyai kesan daripada kenaikan harga bahanapi, tetapi di Malaysia ia terlebih unik kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan sebenarnya bukanlah disebabkan perubahan harga minyak tetapi kerana ketamakan dan kehalobaan pihak pemborong, orang tengah dan peruncit.

Menariknya, persatuan-persatuan perniagaan kebanyakannya menyokong kuat DAP dan Pakatan Rakyat. Setiap kali musim pilihanraya atau ketika timbul isu-isu tertentu, mereka akan segera memainkan peranan untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan dengan cara menaikkan harga dengan memberi alasan, kenaikan tersebut adalah wajar kerana kenaikan harga bahan api.

Nah, sekarang, harga bahanapi dan bahan bakar telah diturunkan. Adakah harga barangan dan perkhidmatan juga akan diturunkan?

Sudah tentu tidak kerana mereka akan kekal dengan pendapat bahawa kenaikan harga barang dan perkhidmatan hanya SEHALA iaitu naik dan tidak akan turun-turun.

Sekarang, mari kita tengok pula muka Rafizi Ramli, syaitan berupa manusia yang cukup kuat menghasut dan cuba membuktikan yang dia adalah seorang yang bijak serta berwawasan. Kononnya dia seorang jurukira yang hebat dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.

Apakah dengan penurunan harga minyak ini, DAP dan PKR terutama sekali Rafizi Ramli akan mengetuai kempen menurunkan harga barangan menerusi pemaksaan ke atas pengilang, pemborong dan orang tengah yang menjadi nadi serta sumber kewangan utama DAP? Apakah Rafizi Ramli yang banyak mendapat 'projek' daripada kaum pemonopoli akan memberanikan diri untuk menentang pengupah-pengupahnya selama ini?

Atau dia akan lebih senang mendabik dada kononnya, kerajaan akhirnya terpaksa menurut desakannya dengan menurunkan harga minyak pada paras di bawah RM2.00 walaupun sebenarnya penurunan tersebut sudah dijangka memandangkan harga minyak dunia telah menurun sekaligus turut menurunkan kos penapisan minyak sekalipun tidak serendah seperti harga minyak mentah dunia?

Yang pasti, kaum yang paling banyak memekak tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan kerana kenaikan harga minyak, tidak akan buka mulut kali ini tentang harga barang dan perkhidmatan, sebaliknya mereka hanya akan mendabik dada kononnya mereka berjaya menekan kerajaan

DAP-PULAU PINANG TERUSKAN KONSERT SAMBUTAN TAHUN BARU 2015!!!


Walaupun secara rasmi, kebanyakan konsert ambang tahun baru membabitkan kerajaan-kerajaan negeri dan agensi telah dibatalkan sebagai solidariti kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, tetapi lain pula halnya di Pulau Pinang.

Pulau Pinang yang bakal berhadapan dengan banjir gelombang ketiga, dilihat tidak peduli dengan nasib yang menimpa kebanyakan penyokong PAS di Kelantan dan Terengganu.

Tapi buat apa nak dipersalahkan. Kerajaan Pusat tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk mengadakan konsert ambang tahun baru atau pun melarang konsert berkenaan. Terpulang kepada budi bicara penganjurnya.

Kalau penganjur nak buat juga, apa yang boleh dilakukan. Setakat mengkritik, menghamun atau mengeji tindakan tidak berhati perut itu, DAP apa peduli. Selama ini pun, ada mereka peduli atau berasa malu dengan perbuatan mereka?

Kalau Lim Guan Eng tanpa segan silu mendabik dada dan memuji pencapaian yang sebenarnya bukan pencapaian Pulau Pinang di bawah DAP, tiada apa-apa yang perlu dihairankan dalam isu ini. Apatah lagi kepintaran DAP berputar belit dan akhirnya putar belit tersebut menyalahkan UMNO dan orang Melayu, lagilah tidak perlu dihairankan.

Apa-apa pun, kita ucapkan selamat berhiburlah kepada DAP dan selamat mabuk-mabuk malam ini. Yang pasti, ramai juga budak-budak Melayu yang akan berseronok dengan kedatangan tahun baru!!!


PATUT HUSAM MUSA KATA RATUS-RATUS JUTA RINGGIT TAK GUNA.... BALAK SAMPAI DEPAN RUMAH!!!


Ibarat kacang lupa kulit...

Begitulah fenomena yang dapat kita lihat sedang berlaku di Kelantan. Akhirnya setelah semuanya hampir selesai, kini muncullah HERO-HERO yang sebelum ini menyorok dan tidak bersuara.

Hero-hero yang diketuai oleh Husam Musa sedang rancak mencari salah dan mencipta salah untuk dituding kepada Kerajaan Pusat, UMNO dan Barisan Nasional, sehinggakan sekarang ini muncul pula teori tentang Empangan Baru di Tembat Tasik Kenyir yang menjadi punca banjir di Kelantan.

Mereka tidak fikir logik dan mereka tidak pernah mengambil kira fakta. Asalkan tidak menyentuh tentang pembalakan di hulu Kelantan yang menjadi punca banjir dan kemusnahan teruk di Kelantan, mereka peduli apa dengan logik, yang penting diterima dan boleh dijadikan alasan.


Walhal, air takungan dan air limpahan di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir kerana saluran air janaan Empangan Tembat sebenarnya akan mengalir ke Tasik Puah dan air Tasik Puah pula akan mengalir ke Tasik Kenyir. Dari Tasik Kenyir pula hanya ada satu empangan yang mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir di Jenagor dan terus masuk ke Sungai Terengganu yang mengalir terus ke laut.

Tiada kena mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang dikaitkan dengan air limpahan empangan baru Tembat Kenyir.


Walaupun tak logik, tetapi sekiranya benar empangan di hilir menyebabkan banjir di hulu, mengapa pula kawasan banjir teruk adalah di Gua Musang dan Kuala Krai sedangkan kawasan berkenaan menghampiri bukit-bukau yang sepatutnya menahan air hujan daripada terus mengalir ke sungai. Lebih menarik lagi, mengapa pula kawasan banjir Gua Musang dan Kuala Krai berselerak dengan balak-balak? Bukankah penebangan balak berskala besar dan hentam kromo berlaku secara berleluasa di kawasan-kawasan terbabit?

Laporan Ketua Audit Negara juga telah mengesahkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan(JKKKP) Bil7/2004 telah meluluskan seluas 2,200 Ha HSK yang ketinggiannya melebihi 1000 m iaitu di kawasan tanah tinggi loging, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang kepada sebuah syarikat swasta.


ADAKAH DISEBABKAN PEMBALAKAN INI BERLAKUNYA BANJIR BAGAIKAN TSUNAMI DI KELANTAN?

Sebelum ini pun Sultan Kelantan pernah bertitah agar aktiviti yang melibatkan pembalakan terutama di Lojing di pantau dengan rapi agar tidak terjadinya bencana alam dan lesen pembalakan tanah di kawasan tinggi seperti di Lojing adalah di bawah kelulusan MB Kelantan semasa pemerintahan Tuan Guru Dato‘ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dimana ketika itu penasihatnya adalah Datuk Paduka Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Ketika itu).

SPRM perlu membuat penyiasatan terhadapa syarikat-syarikat yang menjalankan pembalakan dan pembukaan tanah baru di kawasan bukit bukau serta pedalaman Kelantan tersebut terutama di loging, agar dapat mengbongkar bagaimana kejadiaan malang yang menimpa kepada mangsa banjir di Kelantan ini berlaku.

ALHAMDULILLAH, BERKAT MUNAJAT AKHIRNYA AHLI PARLIMEN KUALA KRAI DITEMUI DAN MUNCUL DI KHALAYAK RAMAI!!!


Allah Taala tunaikan secara cash!

Kalau tak nampak lagi kebesaran-Nya, tak tahulah nak kata apa.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli dicari-cari kerana hari mula banjir di Kuala Krai sehinggalah Kuala Krai tenggelam beberapa hari kemudian, kelibatnya terus menghilang. Pada ketika semua pihak bising dan mencari-cari jalan untuk sampai ke Kuala Krai yang terputus hubungan kerana kepungan air berarus deras, Hatta Ramli tetap juga tiada khabar berita.

Bukan sahaja dari Hatta Ramli sendiri, daripada para petugasnya, pembantunya juga tidak dapat sebarang penjelasan berhubung kehilangan Hatta Ramli.

Akhirnya semalam, semua pihak yang prihatin menyeru-nyeru nama Hatta Ramli.

Hari ini difahamkan, Hatta Ramli telah muncul di Kuala Krai dan tanpa banyak cakap, terus menjalankan sebahagian daripada tugasnya selaku Ahli Parlimen kawasan berkenaan. Dia dilihat membantu petugas-petugas dan sukarelawan mewakili Barisan Nasional mengagih-agihkan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Manek Urai.

Parlimen Kuala Krai mengandungi DUN Mengkebang, Guchil, Manek Urai dan Dabong.

ADUN Mengkebang adalah Abdul Latif Abdul Rahman dari PAS.

ADUN Guchil adalah Mohd Ruslan Puteh dari PKR.

ADUN Manek Urai adalah Mohd Fauzi Abdullah dari PAS.

Manakala ADUN Dabong pula adalah Datuk Ramzi Abdul Rahman dari UMNO-BN.

Walaupun tiga ADUN adalah Pakatan Rakyat dengan Ahli Parlimen sendiri dari PAS-Pakatan, bantuan ke Kuala Krai selepas agensi kerajaan adalah dari UMNO-BN. PAS hanya datang memberikan bantuan menerusi PASMA hanya setelah hari ketujuh banjir. Itu pun sekadar untuk publisti dengan gambar dan logo besar PAS serta PASMA.

Alasan kehilangannya ialah UMRAH... alasan SUCI bagi orang beragama Islam untuk mengelakkan diri daripada dipersalahkan. Alasan ibadah yang diharapkan tidak akan dipertikaikan atau disanggah oleh mana-mana orang yang mengaku beragama Islam.

Apa pun, dia sudah kembali dan diharapkan tidak lepas tangan begitu sahaja dengan alasan PERDANA MENTERI PEGANG DUIT NEGARA. JADI semua tanggungjawab dari peruntukan sehinggalah pengagihan, Perdana Menteri kena bertanggungjawab!!!


BANTUAN BANJIR DAN KEMANUSIAAN TU SATU HAL, BAGAIMANA PULA DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG PASCA BANJIR?


Simen, batu, kayu dan besi.. selain barangan pembinaan.

Empat barangan yang sudah pasti akan mendapat permintaan tertinggi di negeri-negeri yang dilanda musibah banjir.

Siapa penguasa keempat-empat barangan berkenaan? Siapa pemonopolinya? Siapa penjual dan pengedarnya?


Melihat kemusnahan besar di kawasan-kawasan banjir, ada pihak yang sekarang ini sedang tersengih-sengih dan tersenyum-senyum sambil mula mengira keuntungan besar yang akan mereka perolehi. Pada ketika ini, bantuan makanan serta keperluan harian tidak lagi menjadi perkara terbesar, bahkan tidak lagi penting. Kepulangan mangsa-mangsa banjir ke kediaman masing-masing, turut membawa bersama laba besar kepada para penguasa barangan berkenaan.

Sehingga setakat ini, belum ada sebarang pengumuman daripada KPDNKK atau agensi-agensi yang berkaitan.

Walaupun Perdana Menteri telah mengumumkan Kerajaan Pusat akan membantu membina penempatan sementara, dan selepas itu kediaman kekal dengan semua kos tidak termasuk di dalam peruntukan RM550 juta yang telah diumumkan lebih awal, pastinya golongan berkenaan sudah membuat congakan dan untung kira di atas kertas bagi menaikkan harga pada peningkatan berkali-kali ganda menggunakan alasan PERMINTAAN-PENAWARAN.


Belum ada lagi kita mendengar syarikat-syarikat perumahan yang mendapat keistimewaan hebat yang berlindung di bawah REHDA menawarkan diri untuk membantu membina kediaman para mangsa banjir dengan cara derma. Sebaliknya yang sudah kedengaran sekarang ialah, ura-ura pihak pemonopoli untuk menaikkan harga simen dan barangan pembinaan kerana menjangkakan permintaan tinggi.

Dan menariknya lagi ialah, golongan yang bakal mengaut keuntungan beratus kali ganda itu tidak akan dipersalahkan sama sekali. Dengan bantuan daripada DAP dan PKR, yang bakal dipersalahkan nanti adalah UMNO, Barisan Nasional, Najib Abdul Razak dan dasar-dasar kerajaan.

Dalam hal ini yang untung lebih besar adalah DAP kerana penguasa sebenar barangan pembinaan adalah penyokong-penyokong mereka. Yang rugi besar nanti, bukannya mangsa-mangsa banjir, sebaliknya seluruh rakyat Malaysia apabila Kerajaan terpaksa memilih untuk menggunakan subsidi bagi mengekalkan atau mengekang kenaikan harga melampau.


Sepatutnya kalau di Kelantan, pihak yang sewajarnya menanggung kos pembinaan rumah penduduk dan mangsa banjir adalah syarikat-syarikat pembalakan yang telah menghapsukan kawasan penampan dan tadahan air di hulu Kelantan. Golongan berkenaan dan syarikat mereka perlu membayar ratusan juta ringgit untuk tujuan tersebut kepada KERAJAAN NEGERI KELANTAN bagi pembinaan semula rumah-rumah mangsa banjir.

Takkanlah Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang hebat sangat bercakap itu ini, menyalahkan Najib Abdul Razak, UMNO dan Barisan Nasional, tetapi pada masa yang sama, mengaut keuntungan besar daripada pembalakan di hulu Kelantan, langsung tidak mahu memulangkan kembali kos kerosakan yang telah mereka hasilkan melibatkan rakyat marhein penyokong tegar Pakatan Rakyat sendiri?


Dan sewajarnya jugalah, para penyokong Pakatan Rakyat Kelantan yang tinggal di luar Kelantan, segera pulang beramai-ramai untuk membina rumah-rumah mangsa banjir yang telah musnah kerana mereka sanggup pulang bersesak-sesak untuk mengundi dan memilih Pakatan Rakyat, walaupun pengundi dalam Kelantan mahu kerajaan negeri diubah. Kalau bab mengundi, pandai sangat berhujah, sekarang cuba buktikan bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat tidak memerlukan Kerajaan Pusat yang diketuai UMNO-Barisan Nasional. Jangan gunakan hujah, ini adalah tugas Kerajaan Pusat kerana negara ini mengamalkan sistem pemerintahan negeri dan negara.

Kelantan berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PAS). Sedar sedikit tentang fakta itu...


GILIRAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PULA DIFITNAH BERITA PALSU!!!


Kehebatan pasukan penfitnah Pakatan Rakyat yang cuba menyibukkan perhatian rakyat Malaysia, memang tidak terbanding. Tidak ada undang-undang yang boleh menundukkan mereka. Tidak ada had dan batas untuk mereka patuhi atau tunduk. Matlamat mereka sangat jelas iaitu memburukkan apa-apa sahaja entiti kerajaan dan undang-undang di negara ini. Objektif mereka juga sangat jelas iaitu, meningkatkan sokongan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Bab mengenang budi dan bersyukur tidak ada dalam kamus hidup mereka. Bagi mereka, semua yang ada di negara ini, 'berhutang' dengan mereka. Semua perlu menjadi abdi kepada mereka. Barangkali kerana itulah, sebahagian daripada penyokong Pakatan Rakyat yang juga merupakan mangsa banjir, mencari jalan menyalahkan pihak berkuasa, Kerajaan Pusat, UMNO dan sukarelawan tanpa mereka sendiri bermuhasabah mengapa musibah besar ini menimpa mereka.

Dalam tempoh tiga hari kebelakangan, berita-berita dan maklumat-maklumat palsu menjadi viral terutama selepas SKMM mengumumkan beberapa nama individu yang dicari kerana penyebaran maklumat palsu berhubung banjir di Manek Urai, Kelantan.

Pengumuman yang dibuat oleh SKMM rupa-rupanya menjadi tidak ubah seperti baja pada pokok yang kurus. Selepas pengisytiharan tersebut, semakin menjadi-jadi berita dan maklumat palsu yang menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium utama. Baik menerusi penggunaan teks, mahupun grafik yang telah dipertingkatkan resolusi dan kreativitinya, golongan berkenaan dengan sengaja cuba mencabar pihak berkuasa untuk bertindak ke atas mereka.

Kegagalan pihak berkuasa terutama SKMM mendorong mereka untuk terus mengejek-ngejek serta memperlekehkan pihak berkuasa kerana masih gagal menangani serta mengambil tindakan ke atas mereka.

Secara jelas, pihak berkuasa khususnya SKMM memang kelihatan tidak berupaya untuk menangani masalah sebegini walaupun telah mengeluarkarn kenyataan yang kemudian diperolok-olokkan oleh golongan berkenaan.

BERITA TERKINI!!! ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGANYA BUKAN ANTARA MANGSA PESAWAT AIRASIA INDONESIA QZ8501!!!


Ini berita terkini yang baru diterima.

Sumber mengesahkan Anwar Ibrahim dan keluarganya yang sedang bercuti di luar negara, telah menenuhkan tarikh akhir percutian mereka dan pulang semula Malaysia. Difahamkan juga, Anwar Ibrahim dan keluarganya selamat mendarat di KLIA pada jam 10:35 malam tadi.

Hari ini bermulalah satu lagi drama terbaru yang akan dibawa oleh Anwar Ibrahim. Najib Abdul Razak akan menjadi sasaran Anwar Ibrahim. Kerajaan Malaysia akan menjadi sasaran kecaman. UMNO akan dipersalahkan kerana kononnya melakukan fitnah.

Dan yang paling penting, Anwar Ibrahim akan mula berlakon seolah-olah dia adalah penyelamat yang ditunggu-tunggu. Dia akan mula berlakon seolah-olah tanpanya mangsa-mangsa banjir akan kebuluran, tidak terbela dan dia sahaja yang dapat memberikan pelbagai cadangan untuk mangsa-mangsa banjir menuntut hak-hak mereka.

Hari ini dan dalam beberapa hari ini, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang seronok berkayuh basikal, bercuti di Wales, akan memulakan episod baru yang telah pun dicetuskan oleh para pecacainya!!!


Tuesday, December 30, 2014

AL-FATIHAH!!! AHLI PARLIMEN DIKHUATIRI DIHANYUTKAN ARUS BANJIR... GERAKAN MENCARI SECARA BESAR-BESARAN SEDANG DIBUAT!!!


Makhluk yang sangat kuat MENGANJING dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun berbaju, berjubah dan berkopiah PAS, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Walaupun kawasannya merupakan antara kawasan paling teruk dilanda banjir dengan kemusnahan besar dan kematian berlaku, kelibat serta khabar berita tentangnya langsung tidak diketahui.

Ada khabar-khabar angin yang mengatakan AHLI PARLIMEN KUALA KRAI ini telah dihanyutkan arus banjir ketika gelombang pertama banjir melanda Kuala Krai yang turut menenggelamkan Manek Urai dan mengancurkan Manek Urai Lama.

Justeru, ramai yang menuntut kehadirannya selain menasihatkannya agar bersegera menemui penduduk Kuala Krai yang masih berada di pusat-pusat perlindungan mahupun yang telah pulang ke rumah masing-masing yang telah ranap dan musnah sepenuhnya.

Jadi wakil rakyat apa kalau kebajikan rakyat langsung tidak diambil peduli!!!


DOA K.O UMNO, BALAK NGEH-NGA, RAKUS DAN GELOJOH, AKHIRNYA YANG TANGGUNG AKIBAT DARI BANJIR BESAR ADALAH RAKYAT KELANTAN SENDIRI!!!


Firman Allah Taala bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Surah Ar-Rum Ayat 41)

KELANTAN adalah negeri yang paling teruk dilanda banjir. Kawasan-kawasan yang dilanda banjir seperti Kuala Krai, bagaikan padang jarak padang tekukur. Selepas paras banjir mulai menurun, namun kemusnahan dilihat berganda-ganda.

Beberapa negeri lain turut mengalami banjir luar biasa besarnya. Namun berbanding kemusnahan dan kerugian berbilion-bilion ringgit di Kelantan, negeri-negeri terbabit jauh lebih baik walaupun ada kawasan yang masih terputus hubungan seperti Temerloh.

Dengan hampir 160,000 orang mangsa banjir di Kelantan, pentadbiran negeri Kelantan yang diketuai oleh Ahmad Yaakob bakal muflis sekiranya tidak dibantu oleh Kerajaan Persekutuan.


Menariknya, beberapa orang pemimpin PAS yang turut dikenali sebagai ANJING-ANJING ANWAR IBRAHIM DAN LIM GUAN ENG, mula bersuara menyalahkan Kerajaan Pusat, agensi-agensi, sukarelawan dan UMNO-BN yang telah membantu dari hari pertama lagi berbanding mereka yang hanya muncul pada hari keenam banjir besar. Semua benda mereka hendak salahkan. Malah ada pula yang bermulut lancang kononnya peruntukan untuk bencana tidak lebih banyak berbanding PERMATA sedangkan mereka tahu bahawa kenyataan yang mereka keluarkan itu hanyalah fitnah bertujuan untuk pengeliruan.

HARAM TIDAK SEORANG pun daripada mereka mahu bercakap tentang kemusnahan hutan, kawasan tadahan dan penahan air yang telah dimusnahkan selama tiga penggal PAS MEMERINTAH KELANTAN!!!

Kawasan paling teruk dilanda banjir adalah Kuala Krai dan Gua Musang. Kawasan itu jugalah mengalami pembalakan yang tidak beretika, malah telah didedahkan secara meluas sebelum ini.


Maka tidak hairanlah mengapa keadaan di Kelantan begitu teruk. Menariknya golongan yang mengaut keuntungan ratusan juta ringgit daripada hasil balak di Kelantan, sekadar melalak menyalahkan Kerajaan Pusat, UMNO dan Barisan Nasional, sedangkan punca sebenar banjir besar di Kelantan adalah disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri.

Jumlah mangsa di Kelantan yang berkali-kali ganda berbanding Terengganu, Pahang, Perak dan Johor adalah bukti, betapa kerakusan dan kerosakan yang dilakukan oleh golongan yang sekarang ini berlagak seperti wali suci, menjadi punca sebenar banjir besar di Kelantan, khususnya di Kuala Krai dan Gua Musang.

Antara penyumbang adalah Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang mana syarikat mereka telah diberikan puluhan ribu ekar tanah dan kawasan balak untuk dimusnahkan bagi mengembongkan kocek mereka!!!


MACAM DAH TAKDAK KERJA, PECACAI PAKATAN FITNAH PULA MUHYIDDIN YASIN DAN SESI PERSEKOLAHAN!!!


Kalau diukur kepada kreativiti, memanglah mereka tersangat kreatif. Malah kalau diperhatikan betul-betul, memang mereka tidak ada kerja sehinggakan mereka mampu berkreatif dengan keupayaan tahap dewa.

Malangnya kelebihan tersebut telah disalahguna dengan menyebarkan fitnah dan menyebarkan hasutan untuk menimbulkan kekalutan, kekacauan dan huru-hara dalam negara. Niat mereka amat mudah dijejaki, iaitu mahu mewujudkan perang saudara, pembunuhan beramai-ramai, kemusnahan kaum dan pembersihan etnik agar mudah kuasa-kuasa luar masuk menjajah dan seterusnya menaikkan KETUM untuk menjadi Perdana Menteri.

Itu sahaja niat mereka.

Dan untuk niat itulah, mereka snaggup melakukan apa-apa sahaja. Sanggup berbuat apa-apa sahaja walaupun terpaksa menjual MARUAH dengan melakukan fitnah dan hasutan yang pembohongan mereka jelas diketahui.

Muhyiddin Yasin selaku Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesi persekolahan tahun 2015 ditangguhkan selama seminggu iaitu 11 DAN 12 JANUARI 2014 selain perlanjutan cuti tersebut tidak perlu diganti.

Bagaimanapun, para pecacai Pakatan Rakyat yang terpaksa melakukan fitnah untuk melarikan perhatian daripada membicarakan topik kehilangan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya wakil-wakil rakyat mereka yang langsung tidak bertanggungjawab, terpaksa mencipta FITNAH-FITNAH BODOH dengan memutarbelitkan kenyataan Muhyiddin Yasin.

Dan hasilnya ialah, kreativiti mereka ialah cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dalam usaha untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan!!!

Bijak mereka, kan?

Bijak sangat-sangat!!!


DAH TANYA MANA PERGI PESAWAT RASMI PERDANA MENTERI PULAK DAH!!!

Mula-mula mereka sibuk tentang PM yang sedang membincangkan beberapa perkara penting melibatkan keselamatan negara dan sebagainya dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama pada Hari Krismas yang biasanya masa itu, amat jarang digunakan oleh mana-mana Presiden Amerika untuk bertemu pemimpin luar.

Sibuk sungguh seolah-olah Najib pergi melarikan diri, bercuti bersama-sama keluarga, mengayuh basikal di atas bukit walaupun kawasan yang diwakili ditenggelami air dan kemudian menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat kerana tidak mempedulikan kebajikan rakyat yang diwakilinya.

Kemudian bila PM dah balik, lain pula yang disibukkan. Mula-mula sibuk pasal logo pada barangan yang didermakan. Tapi bila didedahkan PAS, PKR terlebih-lebih lagi DAP gila menampal logo pada ketika kemuncak banjir berakhir untuk mengambil nama dan mencuri kredit, para pecacai terpaksa mencari isu lain pula untuk dibangkitkan.

Akhirnya mereka muncul dengan isu kapalterbang rasmi Perdana Menteri. Mereka cuba menarik ROSMAH MANSOR ke dalam kemelut tidak peduli rakyat kerana ROSMAH MANSOR adalah bahagian paling mudah untuk menaikkan kemarahan dan menarik minat para penyokong mereka.

Yang disibukkan adalah Rosmah sedangkan Rosmah bukan orang politik. Ditanya ke mana kapalterbang itu hilang, kenata tak balik sekali, kenapa... kenapa... kenapa...

Banyak sangat kenapa...

Anehnya, mereka langsung tidak mempersoalkan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat terutama yang mewakili kawasan terjejas banjir yang terus menghilangkan diri seperti Wan Azizah. Mereka tidak pula mempersoalkan tentang hanya pada hujung-hujung banjir baru Pakatan sibuk dengan masalah banjir walaupun sistem pentadbiran negara ini terdiri daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Nampak sangat terdesak sampaikan semua benda hendak ditanya sedangkan untuk diri sendiri lepas begitu sahaja.

Nanti bila Rosmah balik, tanya berapa kos minyak kapalterbang, tanya berapa beg Rosmah beli, tanya mengapa Rosmah naik pesawat rasmi sedangkan dia bukanlah pemimpin sebaliknya cuma isteri, tanya mrngapa Rosmah tak turun tengok rakyat dan tanya terus bertanya.

Itu sajalah kerja pecacai-pecacai Pakatan... sebab dalam otak mereka cuma mahu menyelamatkan jubur KETUM dan Guan Eng yang sedang kepanasan. Itu yang sampai terpaksa membodohkan diri sendiri.

Yang penting, tiada sesiapa yang mempersoalkan Pakatan Rakyat kerana sibuk nak kena jawab persoalan-persoalan mereka.

BANGKAI PESAWAT AIRASIA INDONESIA SUDAH MULA DITEMUI?


Kuala Lumpur – Pihak berkuasa Indonesia menemui objek dipercayai gelongsor keselamatan, pintu pesawat dan beberapa objek lain terapung di permukaan laut ketika operasi mencari dijalankan melalui udara.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Tentera Udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada satu sidang media hari ini, lapor AFP.

“Kami menemui 10 objek dan banyak serpihan kecil lain berwarna putih, namun gambarnya tidak dapat dirakamkan.

“Lokasi penemuan itu ialah kira-kira 10 kilometer daripada lokasi terakhir pesawat terbabit dikesan dalam radar,” katanya.

Pada sidang media itu, Agus turut menunjukkan gambar penemuan objek berkenaan dipercayai pintu pesawat, gelongsor keselamatan dan objek berbentuk kotak putih.

Jurugambar AFP yang turut menaiki pesawat sama dalam operasi itu turut melihat objek di permukaan laut dipercayai rakit penyelamat, jaket keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga.

Pasukan tersebut turut menemukan objek yang dipercayai tubuh manusia di kawasan perairan Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat.

Menurut laporan portal tempatan, Detik News, penemuan terbaharu itu dicatatkan melalui pemantauan oleh sepasukan anggota tentera yang menaiki pesawat Hercules A1319, kurang sejam selepas penemuan sejumlah objek dipercayai termasuk pintu pesawat dan gelongsor kecemasan milik pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak dua hari lalu.

Seorang daripada pegawai tentera yang berada dalam pesawat itu, Tri Prabowo sempat menangkap gambar objek berkenaan yang kelihatan seperti tubuh manusia yang sedang melambai tangan seolah-olah meminta bantuan.

Jelas laporan itu, penemuan tersebut tidak jauh daripada lokasi terakhir pesawat yang membawa 162 penumpang itu sebelum hilang daripada dikesan radar.

JALAN PERHUBUNGAN MAKIN PULIH, JAKEL TRADING PULA HANTAR BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR!!!

Jika kelmarin klik sini, syarikat tekstil itu menghantar 3 treler makanan dan keperluan asas untuk mangsa banjir di pantai timur, hari ini mereka menghantar lagi 3 treler makanan dan keperluan asas ke sana, ini menjadikan sudah 6 treler yang sarat dengan makan dan keperluan asas telah di hantar ke negeri pantai timur.

Dalam pada itu, syarikat jakel juga menyeru kepada orang ramai yang ingin menyumbang pelbagai barangan seperti makanan dan keperluan lain supaya menyumbang melalui pihak angkatan tentera, bagi di negeri selangor, pengkalan udara tudm subang adalah pusat pengumpulan.

Bukan apa, ATM melalui detechmen TUDM dan lain-lain mempunyai cukup logistik untuk mengedarkan barangan yang anda sumbangkan itu, kalau yang lain-lain nie takut lambat pulak sampainya nanti...









GAGAL PULANG KE MALAYSIA, ANWAR DAN LIM GUAN ENG BERTEMU DI WALES UNTUK SESI HEAD-BANGING?


Kalau berdasarkan daripada maklumat Anwar Ibrahim sendiri, dia berada di Cathay's Park, United Kingdom.

Cathay's Park, terletak di Cardiff, ibu negeri Wales dan cukup terkenal kerana Taman Wonderland Musim Sejuk yang hanya dibuka pada musim sejuk iaitu sekarang.

Bahagian yang paling menjadi tumpuan di taman tema tersebtu adalah Open Air Ice Rink. Semua pengalaman musim sejuk boleh dinikmati oleh para pelawat dari segenap usia di sini. (RUJUK SINI dan SINI)

Ketika salji, glamour dan keindahan taman musim sejuk Cathay selain tarikan-tarikannya yang mungkin boleh membuatkan kita terlupa tentang realiti asal, musim monsun dan banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia amat menakutkan dan pemandangan yang terhidang langsung tidak terbanding dengan pemandangan di Cathay's Park atau Cardiff itu sendiri.

Adakah Anwar Ibrahim akan memendekkan percutiannya dan bergegas pulang ke Malaysia untuk menggerakkan jentera PKR yang didakwa seramai 500,000 orang untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir berbanding sekarang ini, pecacai-pecacainya sedang aktif melakukan fitnah, mencipta pelbagai cerita-cerita mengarut termasuklah cerita kononnya wang bantuan untuk mangsa banjir kena songlap semata-mata untuk mengurangkan risiko kritikan dan kutukan terhadap perangai ketidakprihatinan yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim.

Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim lebih dari Wales memerlukannya pada waktu ini terutama sekali memandangkan di Kelantan dan kawasan-kawasan yang terjejas banjir, ramai benar penyokong Pakatan yang sangat teruja menantikan kemunculan sulung KETUM yang amat mereka rindui.

Apatah lagi setakat ini, PKR tidak banyak melakukan apa-apa kecuali publisiti Azmin Ali selain pergaduhan pelawak-pelawak PKR di Pulau Pinang yang merebut jawatan dan kedudukan. (BACA DI SINI)

Takkanlah terlau sibuk bercuti atau terlalu sibuk menantikan kedatangan Lim Guan Eng yang dikhabarkan sudah pun berada di United Kingdom selepas habis bercuti di Perancis? Atau adakah ini yang dipanggil oleh UNCLE ANGKER @ APEK PUAKA sebagai 'percutian rahsia'?


LELAKI TUA DITEMUI ANGGOTA BALAI WANGSA MAJU DI DALAM HUTAN... BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN TAKDER JUMPA ORANG SEGINI KE?


Peristiwa malam Krismas..

Balai Wangsa Maju terima maklumat ada sebuah pondok di dalam hutan berhampiran Damaisari Wangsa Melawati. Sepasukan anggota Balai Wangsa Maju pergi ke hutan tersebut dan siasat berkenaan dakwaan wujudnya sebuah pondok dlm hutan. 


Setiba di lokasi apa yg menyentuh hati kami, dapati seorang pakcik tua tinggal di pondok buruk tersebut merengkot kesejukan dan kelaparan. Beliau jelaskan sudah lama tinggal di hutan tersebut sejak kawasan tersebut estet getah lagi. 

Dan bila ditanya kenapa tinggal di hutan yang gelap tersebut dan jawab beliau, beliau hidup sebatang kara dan tak mahu susahkan orang. Atas dasar kemanusiaan, anggota balai belikan makanan utk pakcik daif tersebut dan tatkala menerima makanan tersebut, air mata menitis dari mata tua beliau. Beliau berkata inilah pertama kali beliau menerima sumbangan makanan yg banyak. 


Hiba dan tersentuh hati kami kerana ada kehidupan yang daif dalam arus pembangunan yang pesat di kawasan tersebut. 

Keesokannya sekali lagi anggota dari Balai Wangsa Maju melawat pakcik tersebut dan kali ini Ketua Polis Balai Wangsa Maju membawa bersama Hj Mustafa Ketua Persatuan Penduduk Sek.1 ke lokasi hutan tersebut. Pada siang hari lagi jelas kedaifan dapat dilihat.




Kali ini kami bawa nasi beriani. Sekali lagi mata tua pakcik tersebut mengeluarkan airmata. Hakikatnya sudah bertahun beliau tak dapat merasai nikmat makan seperti nasi beriani. Makanan rutinnya adalah roti yang disedekahkan oleh org yang mengetahuinya tinggal di hutan.

Betapa sedihnya hati kami. Sebagai polis, kami juga insan yang berperasaan dan kami akan pastikan pakcik tua tersebut mendapat pembelaan dalam hidupnya dalam beliau mengharungi sisa hayatnya.




Terfikir kami, bagaimanakah hidupnya bertahun2 di hutan. Bagaimana beliau tidur dalam kesejukan? Bagaimana beliau atasi kelaparan?

Kami berterima kasih kepada yg memberi maklumat. Sekurang-kurangnya kita menjumpai hakikat kebenaran kehidupan dalam arus pembangunan yg pesat.

Wajarkah kita tidur di tilam empuk sedangkan ada manusia di hujung usianya tidur beralaskan papan?

Insya-Allah, polis akan uruskan kebajikan pakcik daif ini atas dasar keinsanan.

Innamal Aqmal Binniat.

Sekian.

SUMBER: BALAI WANGSA MAJU KL

SKMM DIPERSENDAKAN OLEH AYAHNDA RAJA PROVOKASI MENERUSI PELBAGAI FITNAH SUBVERSIF!!!



Dua hari lepas, Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) menyiarkan beberapa nama individu yang mempunyai kaitan dengan penyebaran maklumat palsu membabitkan kejadian banjir di Manek Urai.

Ia bagaimanapun, tidak mengurangkan kepelbagaian berita dan maklumat palsu, bahkan fitnah semakin menjadi-jadi di Facebook memandangkan SKMM masih gagal mengesan serta mengambil tindakan ke atas individu-individu berkenaan.


Antara yang paling kurang ajar dan mempunyai maksud jelas membangkitkan kemarahan, kebencian dan konflik di negara ini adalah individu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Ayahnda Raja Provokasi. Beberapa pendedahan sebelum ini, masih gagal menjentik tindakan daripada SKMM. Tiada sebarang ulasan daripada SKMM walaupun hasutan yang dilakukan oleh individu terbabit sebenarnya jauh lebih merbahaya berbanding maklumat palsu Manek Urai yang disebarkan

Satu-satunya yang diketahui laporan polis dibuat adalah membabitkan niat jahat yang dibuat ke atas Ketua Polis Negara. Selain daripada itu, tidak ada.


Ketika rakyat Malaysia sedang menumpukan perhatian kepada musibah banjir yang sedang melanda di beberapa buah negeri, individu berkenaan sekali lagi berusaha membangkitkan kebencian antara penganut Islam dan Kristian. Individu ini berniat untuk menimbulkan kekacauan serta peperangan saudara di Malaysia, manakala kegagalan pihak berkuasa untuk mengesan dan menangkapnya, telah digunakan untuk menambahkan lagi bahang hasutan yang telah dimulakannya.

Monday, December 29, 2014

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA ANWAR MUNCUL DAN MENYELAMATKAN MANGSA-MANGSA BANJIR DI SELURUH NEGARA!!!


Akhirnya, ENCIK ANWAR IBRAHIM yang sedang bercuti bersama-sama keluarga sehingga 30 Disember, mengutuskan warkah dan perutusan untuk memberikan sokongan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Anwar Ibrahim dan keluarganya termasuklah ADUN Kajang yang hanya membantu rakyat yang diwakilinya menerusi kenyataan di Facebook dengan menyalahkan Barisan Nasional kerana banjir di Kajng, sudah pun melihat peluang dan ruang untuk dia pula mencuri publisiti serta kredit setelah para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir sekalipun pada masa yang sama, mereka turut berhadapan dengan serangan demi serangan dan fitnah demi tohmahan daripada para penyokong Pakatan Rakyat yang cuba melindungi para pemimpin mereka yang tidak berhati perut. 

Oleh kerana sudah sampai masanya untuk meninggalkan tempat percutian indah yang tidak menyusahkan diri, kini tibalah masanya untuk Encik Anwar Ibrahim dan keluarganya kembali semula ke dunia politik dengan permainan retorik dan kepura-puraan.

Dan itulah yang perlu dilakukan kerana Anwar Ibrahim mahu, sebaik-bak sahaja dia dan keluarganya kembali menjejakkan kaki ke Malaysia, seluruh rakyat Malaysia melihat kehadiran SANG PENYELAMAT, THE SAVIOUR dan THE MESSIAH untuk mangsa-mangsa banjir.

Justeru, marilah kita membaca perutusan SUCI MURNI, TULUS IKHLAS daripada SANG KETUM!


Kita Perlu Bertindak Sebagai Satu Pasukan
Kejadian bencana banjir besar kali ini merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah Malaysia dan telah memberi kesan kepada lebih 220,000 orang di 5 buah negeri dan mengakibatkan kerosakan kepada terlalu banyak harta benda awam dan peribadi. Pada masa yang sama, begitu ramai rakyat Malaysia - tanpa mengenal usia, jantina, kaum, mahupun beda politik - telah tampil menghulurkan bantuan dalam bentuk dana, barangan keperluan, dan tenaga.
Saya telah berhubung dengan Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu. Saya juga telah mengarah seluruh jentera parti di semua negeri agar turut membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan di mana air bah telah surut.
Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, serta menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal.
Saya juga mengusulkan supaya Kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan yang menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang telah musnah akibat banjir besar ini.
Saya, Azizah dan seluruh keluarga KEADILAN terus memanjangkan doa kepada Allah SWT agar bencana ini akan reda, dan diringankan beban yang dialami semua yang terkesan.

ANWAR IBRAHIM
29 Disember 2014


OLEH KERANA ITU, MARILAH KITA BERTERIMA KASIH KEPADA KEPRIHATINAN ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGANYA KERANA BIJAK MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KLIP VIDEO DI BAWAH: 


 
Blogger Templates