Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 28, 2017

HAI LER SI BOBOI DADDYKASI... MEROYAN HILANG JAWATAN SEBAB RM2.6 BILION DAN MINTA RAJA ARAB SAUDI TERANGKAN KAT DIA PULAK DAH!!!



Lawatan rasmi Raja Arab Saudi ke Malaysia, membuatkan ramai yang bungkam terutama sekali golongan 'RM2.6 bilion'. Sebelum ini, merekalah yang paling kuat menyalak. Teranglah macam mana pun, jelaskanlah walau apa pun faktanya, mereka tetap juga mengatakan RM2.6 bilion adalah duit curi dari 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Abdul Razak.

Apabila media-media Australia mengesahkan bahawa wang berkenaan sememangnya adalah derma daripada Arab Saudi, bukannya 1MDB, bahkan Najib langsung tidak salah untuk menerima dana politik tersebut bagi tujuan politik dan perkembangan Islam, HARAM TAK SATU PUN AYAT yang disebut oleh puak-puak pentaksub Mahathir.  (RUJUK SINI)


Tony Pua dan Rafizi Ramli yang sebelum ini menjadi jagoan dalam isu RM2.6 bilion, bahkan Tony Pua dalam klip video Tahun Baru Cinanya yang memperolok-olokkan RM2.6 bilion derma dari Arab Saudi, juga langsung tidak bersuara. Teo Nie Ching yang turut berlakon memotong 'badan Tok Arab' yang menjadi penderma RM2.6 bilion dalam klip video berkenaan, juga seperti JANDA MATI ANAK yang kena penyakit meroyan.

Malaysiakini yang merupakan antara portal berita pro-DAP yang juga sangat aktif memainkan isu berkenaan bagi menimbulkan kemarahan kepada Najib Abdul Razak, sekaligus menimbulkan prasangka bahawa pemimpin Melayu UMNO memang kaki pencuri duit rakyat seperti Lim Guan Eng yang bakal berhadapan dengan proses perundangan kerana rasuah dan salahguna kuasa, turut mengubah sikap dan tajuk berita mereka.

Yang tidak berubah cumalah BOBOI, anak Mahathir!


Mukhriz Mahathir yang berceramah di hadapan penyokong-penyokongnya sendiri dua hari lepas, mencabar Raja Arab Saudi menerangkan tentang RM2.6 bilion yang didakwa didermakan kepada Najib Abdul Razak. Katanya kerana isu berkenaan, dia telah dipecat dari UMNO. Katanya juga, kerana isu itu jugalah, dia kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah.

Malang buat Mukhriz Mahathir, lembabnya masih berterusan sehingga ke saat ini. Ketiadaan bakat dalam kepimpinan dan sebagai ahli politik, amat terserlah dengan kenyataan bingainya itu. Apakan tidak, RM2.6 bilion terlalu kecil berbanding jumlah USD7 bilion atau bersamaan dengan RM30 bilion yang dibawa oleh rombongan Raja Arab Saudi ke Malaysia atas nama pelaburan.

Dan lebih malang lagi ialah, kebingaian Mukhriz Mahathir amat terserlah bilamana dia seperti tenggelam punca dan langsung tidak mengetahui, Arab Saudi dan rajanya telah mendermakanya beratus-ratus bilion dolar Amerika untuk beberapa buah negara di dunia ini, sama ada bagi tujuan kemanusiaan, politik mahupun atas nama agama Islam.

Bahkan Mukhriz Mahathir sebagai si Boboi yang sentiasa mengharapkan bantuan bapanya, seperti seolah-olah tidak tahu, bantuan daripada Arab Saudi pernah mencurah ke Malaysia terutama menerusi pembinaan infrastruktur termasuklah Lebuhraya Timur-Barat dan pelbagai infrastruktur lain sehinggalah dikhianati oleh bapanya menerusi Isu Tapak Berjaya Times Square!

Maka tidak hairanlah mengapa dia terus meroyan dan meroyan walaupun dia sebenarnya telah dilanda sindrom kebingaian melampau!!!


NURUL IZZAH, SI RATU FITNAH, BERANG KERANA NAJIB PECAHKAN TEMBELANGNYA, 34 ORANG PENDUDUK HILANG PELUANG MILIKI RUMAH RM500,000 KERANA PERCAYA FITNAHNYA!!!



Kau yang menghasut, kau yang nak cari publisiti, kau yang menyebabkan 34 orang kehilangan peluang memiliki rumah sendiri dan kau yang beria-ia memberikan janji bulan bintang kononnya kau membela mereka tetapi sebenarnya kau sebenarnya bertujuan menghancurkan mereka, sekarang kau nak salahkan Najib Abdul Razak?

Semalam, Najib mengesahkan seramai 34 orang penduduk setempat yang mendengar dan percaya dengan HASUTAN serta FITNAH NURUL IZZAH anak perempuan Anwar Ibrahim, tidak dapat memiliki kediaman baru bernilai RM500,000 yang diberikan secara percuma berbanding lebih 400 orang penduduk Kampung Kerinchi yang lain.

Dan seperti biasa, tanpa rasa bersalah, tanpa rasa kesian kepada 34 orang penduduk malang yang kehilangan peluang memiliki kediaman lebih sempurna daripada rumah mereka yang telah dibangunkan semula itu, Nurul Izzah membidas Najib Abdul Razak KERANA BERCAKAP BENAR dan MEMBUKA TEMBELANG pembohongan serta fitnahnya kepada penduduk Kampung Kerinchi.

Dua penggal Nurul Izzah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai di mana Kampung Kerinchi merupakan sebahagian daripada Lembah Pantai, HARAM TAK SATU BENDA pun yang dia buat untuk penduduk dan pengundi-pengundinya. Yang dia buat hanyalah MENJUAL MUKA dan TEMBERANG. Yang dia cukup hebat buat ialah menjual cerita simpati kepada nasib keluarganya dengan bapanya sebagai modal meraih undi dan sokongan.

Bahkan Pejabat Pusat Khidmatnya yang terletak di Bukit Angkasa juga, lebih banyak debu di prmukaan tangga dan terlalu jarang dijenguknya kecuali beberapa hari sebelum PRU atau pemilihan parti.

Kampung Kerinchi merupakan antara kawasan-kawasan setinggan yang telah dimajukan oleh Kerajaan Pusat dengan mempertingkatkan kemudahan serta kualiti kediaman yang lebih baik. Berbanding rumah-rumah perpindahan sebelum ini yang banyak di kawasan tersebut, yang lebih bersifat sangkar bukannya rumah, kediaman baru di Kampung Kerinchi yang dibangunkan di bawah pentadbiran Najib, jauh lebih bersifat kemanusiaan dan menghargai kehidupan seorang manusia, bukannya haiwan!

Cuba menampilkan dirinya sebagai sorang PEJUANG RAKYAT, Nurul Izzah berkata, penduduk yang telah mendengar hasutannya dan kerugian besar serta kehilangan peluang memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa tidak memerlukan sindiran daripada Najib Abdul Razak.

Sebaliknya katanya lagi, Perdana Menteri perlu menghormati hak penduduk dan memberhentikan kenyataan berbaur fitnah. (BACA DI SINI)

Anehnya, Ahli Parlimen yang menang pada PRU lepas dengan JALAN MENFITNAH seperti yang DIPERAKUINYA SENDIRI DI DALAM MAHKAMAH, dan memohon maaf sambil memperdagangkan air mata murahannya, bercakap tentang 'FITNAH' walaupun sebenarnya 34 orang penduduk tersebut menjadi mangsa kerana percaya kepada FITNAH yang dibuatnya sehingga mereka kehilangan kediaman berharga lebih RM500,000.

Nurul Izzah telah berusaha dan berhempas pulas untuk menggagalkan pembangunan semula rumah pangsa dua bilik kecil empat tingkat di Kampung Kerinchi yang tarafnya sama seperti Muzium Pembunuhan Beramai-Ramai di Phnom Penh, Kemboja pada tahun 2012.

Sepatutnya 34 orang penduduk tempatan yang TELAH DIANIAYAI oleh Nurul Izzah itu mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahli Parlimen Lembah Jaya yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah bekerja untuk rakyat itu!!!


Friday, February 24, 2017

KESIAN SALEHUDDIN AYUB... PARTI DIA SENDIRI DAH NAK GHUYUB DAN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU, DIA MASIH MEROYANKAN PAS DAN UMNO!!!



Salehuddin Ayub, Timbalan Presiden PAN barangkali mamai atau boleh jadi juga terlebih minum serdak kopi sehingga membuatkan dia mengeluarkan kenyataan yang dia sendiri tahu, boleh menyebabkan kulit mukanya menjadi lebih tebal daripada kebiasaan.

Kata Salehuddin Ayub yang pernah digelar sebagai Salehuddin Puduraya suatu ketika dahulu di kalangan pemain-pemain siber, PAS sedang menghampiri tempoh akhir hayat kerana berbaik-baik dengan UMNO.

Menurut Salehuddin Ayub, PAS telah merelakan diri  mereka menjadi alat dan bantuan pernafasan terakhir kepada UMNO yang sekarang ini sudah berpecah dan sangat lemah ekoran tertubuhnya Cap Bunga.

Dan seperti biasa, makhluk-makhluk dari PAN seperti Salehuddin Ayub akan menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz dan Allahyarham Fadhil Nor tanpa sedikit pun mahu mengaitkan penentangan kedua-dua pemimpin besar PAS itu kepada UMNO mempunyai kaitan rapat dengan Mahathir.

Banyak buku-buku tentang PAS dan sejarah perjuangan PAS mengaitkan keputusan Barisan Nasional menyingkirkan PAS pada tahun 1977 dengan Dr. Mahathir. Pada tahun itu, PAS bukan sahaja disingkirkan dari Barisan Nasional, bahkan kehilangan Kelantan.

Bermula dari tahun 1977 sehinggalah berakhirnya 'pentakhtaan' Mahathir selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada tahun 2003, PAS menunjukkan sikap yang sangat keras terhadap UMNO apatah lagi, pentadbiran Mahathir berusaha pelbagai cara untuk mengaitkan PAS sebagai sebuah pertubuhan militan dan menangkap serta menahan tanpa bicara ramai pemimpin muda PAS.

Bagaimanapun, PAS di bawah Abdul Hadi Awang mula menunjukkan sikap yang lebih mesra apabila UMNO dipimpin oleh Abdullah Badawi, bahkan kemesraan itu lebih terbukti apabila Najib Abdul Razak mengambilalih UMNO daripada Abdullah Badawi yang digulingkan oleh Mahathir.

Operasi rahsia yang dilaksanakan oleh sebilangan besar pemimpin-pemimpin kanan PAS yang cukup mudah mendapat pendedahan dan publisiti daripada media-media pro-DAP, memperlihatkan cubaan rampasan kuasa di dalam PAS. DAP enggan melihat PAS mengulangi dan membantu kejayaan besar PRU tahun 1974 yang menyaksikan penguasaan kerusi Parlimen oleh Melayu-Islam dan Bumiputera. Justeru, PAS perlu dipecahkan dan PAS perlu terus berada di bawah tapak kaki Dinasti Lim dengan bantuan daripada para pemimpin PAS pro-Dinasti Lim sendiri termasuklah Salehuddin Ayub sendiri.

Bagaimanapun, kesilapan jangkaan menyaksikan pada tahun 2015, Salehuddin dan konco-konconya termasuklah Mat Sabu yang lebih awal 'makan atas tangan Guan Eng', tidak sahaja gagal memperolehi sebarang jawatan penting di dalam PAS menerusi pemilihan parti sekalipun mereka dibantu secara logistik dan kewangan oleh TAIKO BESAR, tetapi mereka akhirnya terpaksa keluar PAS untuk menubuhkan PAN dengan harapan, ahli-ahli PAS akan beramai-ramai meninggalkan PAS dan mengikut jejak langkah mereka menyertai PAN.

Malangnya, sekali lagi puak PAN tersalah jangka. PAS tidak lemah. Bahkan semakin kuat kerana ramai parasit yang dikeluarkan, sama ada secara sengaja atau kerana keyakinan mereka, PAS tidak akan bertahan lama kerana tiada sokongan DAP lagi.

Salehuddin Ayub sepatutnya mencermati situasi itu kerana ia adalah perkara yang sama berlaku di dalam UMNO. Kekagumannya terhadap Mahathir, Muhyiddin apatah lagi Mukhriz Mahathir, amat keterlaluan sehingga menimbulkan ilusi yang membohongi dirinya sendiri.

Apa yang pasti ialah, hubungan PAS-UMNO yang lebih baik, bukan sahaja akan memusnahkan impian Dinasti Lim untuk menguasai Putrajaya sekaligus mengubah pelbagai teras negara ini seperti yang berlaku di Singapura, bahkan di Pulau Pinang, sebaliknya yang akan pupus tidak berkubur nanti adalah PAN dan Salehuddin sendiri.

Kesian Salehuddin... dalam dia mengqiyaskan hubungan UMNO-PAS sebagai tanda-tanda berlakunya kiamat, dia terlupa bahawa tindakannya dan parti barunya mahu  mengangkat Dinasti Lim untuk menjadi penguasa ke atas Melayu-Islam dan Bumiputera di negara ini, sebenarnya lebih menepati tanda-tanda semakin hampirnya kiamat!!!


RUPA-RUPANYA REFORMASI JALANAN YANG MEMBANJIRKAN JALAN-JALANRAYA KUALA LUMPUR HUJUNG 90-AN LALU ADALAH CINTA ANWAR KEPADA MAHATHIR!!!



Orang paling kanan Anwar Ibrahim semasa Era Reformasi pada penghujung 90-an dan awal tahun 2000, Azmin Ali yang kini merupakan Timbalan Presiden PKR selain berjawatan Menteri Besar Selangor, kini barangkali turut dijangkiti penyakit nyanyuk yang amat keterlaluan serta kronik.

Dari semenjak tahun 1998 sehinggalah tahun 2003, nama Mahathir merupakan nama paling MAJAL dan PALING DIKEJI oleh PKR. Tidak sahaja Mahathir, bahkan segala kaum keluarga, isteri, bahkan keturunannya yang berasal dari Kerala, sebuah negeri di selatan India turut disebut-sebut.

Hishamuddin Rais yang merupakan salah seorang aktivis PKR ulung, memberikan gelaran KUTTY kepada Mahathir menerusi pindaan terhadap salinan kad pengenalan Mahathir yagn menyaksikan nama Mahathir Mohamad bertukar menjadi Mahathir Iskandar Kutty.

Ramai yang percaya dan menjaja nama Mahathir sebagai Kutty hanya kerana Mahathir dikatakan punca Anwar dihukum penjara akibat jenayah liwat dan salahguna kuasa!

Hari ini, setelah hampir 20 tahun, Azmin Ali membuat kenyataan di dalam mahkamah bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah berniat hendak menggulingkan Dr. Mahathir. (RUJUK SINI)

Sebaliknya menurut Azmin Ali, musuh-musuh politik Anwar sebenarnya yang merancang untuk menyingkirkan Anwar dari UMNO dan Kerajaan.

"Mereka mahu menyingkirkan Anwar bagi mencapai agenda peribadi mereka," kata Azmin ketika memberi keterangan bagi pihak Anwar yang telah menfail saman fitnah sebanyak RM100 juta ke atas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Anwar menyaman Khairy Jamaluddin selepas Ketua Pemuda UMNO itu mengucapkan frasa 'main belakang' dalam sebuah ceramah politik di Lembah Pantai pada tahun 2008. Menurut Anwar, frasa tersebut bermakna dia adalah seorang homoseksual, rendah mora dan berkecenderungan melakukan jenayah dan maksiat.


Anwar bagaimanapun sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun selepas dia disabitkan dengan jenayah liwat kedua membabitkan pembantu peribadinya. Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum itu. Malah Anwar Ibrahim sendiri tidak membela diri, manakala pasukan peguambelanya pula menyatakan, Anwar Ibrahim melakukan hubungan liwat suka sama suka dan kerana itu tidak boleh disabitkan dengan kesalahan.

Mudah sangat nampaknya berubah sikap dan berubah cakap walaupun setiap perhimpunan atau demonstrasi besar-besaran yang turut mendapat liputan media antarabangsa, desakan dan jeritan agar Mahathir diturunkan daripada jawatan dan kemudian didakwa selain harta benda kekayaan kaum keluarganya yang diperolehi daripada amalan KKN (Korupsi Kronisme Nepotisme) dirampas oleh negara, kedengaran sangat lantang.

Hanya kerana sekarang ini, Mahathir berbaik-baik dan rapat dengan Lim Kit Siang, maka segala 'dosa' Mahathir yang membuang Anwar selain 'merampas' jawatan Perdana Menteri dari tangan Anwar, terhapus begitu sahaja!

Hebat!!!


TIGA PEMIMPIN BANGANG CUBA BERLAWAK, KWSP BAGI DIVIDEN RENDAH SEBAB LABUR DALAM 1MDB!!!



Seperti mahu membuktikan bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia MEMANG BODOH, BANGANG, LEMBAB, BUTA dan TERBURU-BURU, tiga orang pemimpin Pakatan Harapan yang mewakili parti masing-masing telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar menghina keintelektualan rakyat Malaysia.

Teresa Kok, Wong Chen dan Dr. Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan bersama mereka, menyatakan KWSP telah mengalami kerugian besar kerana pelaburan yang dibuat di dalam 1MDB. .Kerugian itulah yang menyebabkan kadar dividen bagi tahun 2016 dibayar lebih rendah berbanding 2015 iaitu 5.7% berbanding 6.4% kata mereka.

KWSP melabur sejumlah RM1.27 bilion ke dalam 1MDB dan pecahannya adalah seperti berikut:


Pelaburan KWSP sebanyak RM1.27 bilion terdiri daripada:

(a) RM200 bilion dalam bon pertama 1MDB – bon berhayat 30 tahun bernilai RM5 bilion yang merupakan satu-satunya bon yang dijamin oleh kerajaan; dan

(b) RM1.52 bilion bon daripada Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. (syarikat usaha).

KWSP melabur dalam PPSB dari tahun 2003 lagi manakala Jimah Energy pula dari tahun 2005, lama sebelum wujudnya 1MDB. 1MDB telah mengambilalih bon-bon tersebut apabila mereka membeli kesemua penjanakuasa tenaga itu dan diletakkan di bawah Edra.

Apabila Edra dijual, 1MDB sudah tidak kena-mengena dengan pulangan untuk bon-bon berkenaan lagi.


Terdapat juga kadar tetap bon yang membuat bayaran tetap pendapatan setiap tahun, dan berfungsi secara tetap, sekaligus membawa maksud kadar berkenaan tidak kena-mengena dengan naik turun dividen KWSP secara tahun.

Ini bermakna pembabitan KWSP di dalam 1MDB hanyalah RM200 juta atau peratusan sebanyak 0.0274% daripada jumlah keseluruhan portfolio KWSP berjumlah RM731 bilion. Dan jumlah RM200 juta itu juga adalah di bawah jaminan kerajaan.

Dengan tekanan ekonomi suram di seluruh dunia, termasuklah di Singapura - negara yang sering dibangga-banggakan oleh DAP dan pengikut mereka - kadar dividen 5.7% yang dibayar oleh KWSP kepada pencarum-pencarum mereka, jauh lebih tinggi. 

Singapura pun hanya mampu membayar kadar dividen setakat 2.5%... itu pun terpaksa kena top-up oleh Kerajaan Singapura apabila CPF (KWSP Singapura) hanya mampu membayar kurang dari 2.5%.

Tidakkah 5.7% lebih tinggi berbanding 2.5%?



Kerugian yang dikatakan oleh ketiga-tiga orang pemimpin Pakatan tersebut langsung tidak berasas. Data-data dan fakta menunjukkan sebaliknya. KWSP mempunyai simpanan tunai lebih RM700 bilion!

Tidak seperti Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang dikatakan kehilangan lebih RM30 bilion, tetapi langsung tidak diperkatakan, pelaburan KWSP di dalam 1MDB telah pun memberikan pulangan yang besar kepada para pencarum apabila pelaburan di dalam janakuasa tenaga telah dibayar sepenuhnya oleh syarikat yang mengambilalih EDRA sekaligus menyebabkan syarikat kroni Mahathir dan juga penyalur utama kewangan untuk DAP, YTL Corporation yang menyedut banyak wang negara menerusi konsesi dan pampasan JANAKUASA, mengalami penurunan lebih 8% keuntungan mereka seperti yang dilaporkan. (RUJUK SINI)

Ketiga-tiga pemimpin BANGANG itu sebenarnya marah kerana keuntungan YTL yang merudum, bukannya kerana kadar dividen KWSP yang lebih rendah berbanding tahun lepas. Apatah lagi, sudah tentu mereka tahu, di bawah pentadbiran Najib, kadar dividen KWSP jauh lebih tinggi yang turut disertakan dengan gaji dan kadar upah yang lebih besar berbanding zaman Mahathir!!!


DAH MINTA MAAF DAN MENGAKU FITNAH KAT MAHKAMAH TAHUN 1997, MASIH LAGI KARANG CERITA KONONNYA GUAN ENG DIPENJARA SEBAB BELA BUDAK PEREMPUAN MELAYU!!!



Kalau sudah dasarnya pembohong, maka apa-apa sahaja yang keluar dari mulut mereka adalah pembohongan semata-mata. Dan orang seperti ini juga tidak berasa malu untuk mengaku sesuatu yang tidak mereka lakukan tetapi dikatakan sebagai salah satu perjuangan mereka, bahkan kerana perjuangan itulah mereka dikenakan tekanan dan hukuman.

Kaedah yang sama digunakan oleh Parti Komnunis Malaya yang mendakwa merekalah pejuang pembebasan Malaysia walaupun hakikatnya mereka hanya mahu menjajah dan menakluk menerusi pembunuhan beramai-ramai orang Melayu dan Cina yang tidak menyokong mereka.

Lim Kit Siang tahu rakyat Malaysia khasnya generasi muda Melayu-Bumiputera bukannya peduli dengan sejarah. Bahkan tidak pernah berminat untuk belajar dan mempelajari sejarah negara terutama sekali yang membabitkan kewujudan imigran di negara ini. Apa-apa sahaja yang disuapkan kepada mereka terutama yang bertentangan dengan fakta sedia ada, dianggap sebagai satu kebenaran bahkan dikatakan juga sebagai sisi yang cuba digelapkan oleh regim pemerintah.

Lim Kit Siang dan DAP bahkan Guan Eng berulang-ulang kali mendabik dada kononnya Guan Eng telah dipenjarakan selama 2 tahun kerana membela seorang remaja perempuan Melayu yang dianiayai oleh seorang pemimpin UMNO.

Sekaligus membuatkan Lim Guan Eng telah membuktikan yang dia bukanlah seorang RASIS bahkan tidak mengambil kira perbezaan agama dalam melaksanakan tanggungjawabnya membela nasib rakyat.

Propaganda yang telah dilajukan bertahun-tahun dan sentiasa diulang-ulang itu telah berjaya menerbitkan kepercayaan yang bukan sedikit kepada golongan muda yang buta sejarah.

Hakikatnya, KIT SIANG DAN GUAN ENG ADALAH PEMBOHONG BESAR!!!

Lim Guan Eng tidak pernah membela remaja perempuan berkenaan. Sebaliknya dia mempergunakan remaja perempuan itu dan neneknya untuk tujuan politik bagi membolehkan dia menjadi Ketua Menteri Melaka selepas bapanya memprojekkan diri sebagai bakal Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Projek Tanjongnya.

Memandangkan waktu itu, media sosial tidak wujud atau terlalu kecil skopnya Guan Eng menggunakan dan mengedarkan bahan bercetak.

Dia telah mencetak fitnah dan pembohongan. Dia telah diseret ke mahkamah kerana mencetak dan mengedarkan fitnah tersebut. Perbicaraan telah dijalankan. Guan Eng dan pasukan peguamnya tidak menafikan mereka telah mencetak dan mengesarkan fitnah tersebut bagi tujuan pilihanraya umum.

Proses perundangan telah berjalan dan Lim guan eng telah diberikan peluang seluas-luasnya untuk membela diri. Tetapi disebabkan ia adalah fitnah, dan Fuan Eng serta pasukan guamannya tidak dapat menafikan perbuatannya, akhirnya Guan eng didapati bersalah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 dan Akta Hasutan 1948.

Guan Eng telah diarahkan membayar denda sebanyak RM15,000 tetapi dia enggan. Ssebaliknya memilih hukuman penjara bertujuan untuk meraih simpati dan sentimen. Untuk menambahkan lagi drama lakonannya, Guan Eng kemudiannya memutuskan untuk membuat rayuan tetapi dia berulang-ulang kali mempersoalkan keputusan hakim di luar mahkamah bertujuan agar dia dikenakan hukuman penjara.

Hasilnya, dia dihantar ke penjara!



Lim Guan Eng, apatah lagi bapanya, langsung tidak menceritakan bagaimana mereka dan DAP telah disaman fitnah oleh orang yang dituduh merogol remaja perempuan itu. Kes saman fitnah itu SELESAI apabila DAP mengaku dalam mahkamah bahawa semua tuduhan yang dibuat, langsung tidak berasas dan hanya fitnah semata-mata.

Barangkali juga, Kit Siang sudah lupa bagaimana majalah TIME dan ASIAWEEK turut menarik balik artikel-artikel mereka dan menyiarkan permohonan maaf kepada orang yang dituduh oleh Lim Guan Eng dan DAP sebagai perogol remaja perempuan itu walaupun sebelum itu, kedua-dua majalah ternama tersebut berkali-kali mengulangi fitnah dan dakwaan DAP.

Kegilaan Lim Guan Eng untuk menjadi Ketua Menteri Melaka pertama dari bangsa Cina dan DAP khususnya, menjadikan isu ini sangat sensasi sebab mangsa fitnah sebenarnya pada waktu itu bukanlah budak perempuan itu tetapi Ketua Menteri Melaka. Lim Guan Eng tidak akan bersungguh-sungguh 'mengorbankan' dirinya jikalau individu yang mahu dijatuhkannya tidak mempunyai kedudukan dalam politik, apatah lagi mewakili Kerajaan yang memerintah.

Dan kerana itulah, HARAM TAK SEKALI Kit Siang apatah lagi Lim Guan Eng berani MENAMAKAN atau MENYEBUT NAMA orang yang didakwa sebagai perogol itu sekarang ini walaupun tetap berani memutarbelitkan cerita sebenar mengapa Guan Eng dipenjarakan selama 2 tahun.

Tahu sebab apa?

Sebab kedua-dua beranak itu tahu, MEREKA ADALAH PEMBOHONG dan MEREKA TAKUT KENA SAMAN LAGI!!!


Thursday, February 23, 2017

TITAH KDYMM SULTAN JOHOR KEPADA 'ORANG LUAR' YANG NYANYUK ITU, BOLEH MEMBUATKAN JANTUNGNYA MATI BATERI!!!



Tarikh 23 Februari 1950 akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai membuktikan keperwiraan anak bangsa dalam mempertahankan negara ini walaupun terpaksa mempertaruhkan darah dan nyawa sendiri, bahkan keselamatan anak isteri. Serangan segerombolan pengganas komunis yang diketuai oleh seorang lelaki Melayu yang diiktiraf oleh pihak pembangkang sebagai perwira negara, telah mengorbankan 25 orang pejuang tanahair iaitu 19 anggota polis dan 6 orang ahli keluarga. Beberapa orang awam juga turut terkorban dalam serangan yang dilakukan oleh pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Menariknya, golongan pro-komunis yang berselindung di sebalik parti-parti politik pembangkang di negara ini, melabelkan anggota-anggota polis dan keluarga mereka serta orang awam yang dibunuh komunis itu sebagai TALIBARUT PENJAJAH manakala pengganas-pengganas komunis itu pula adalah PEJUANG NEGARA.


Alasan mereka mudah, anggota-anggota polis kononnya bekerja dengan British dan mempertahankan kepentingan British manakala komunis-komunis itu pula berusha membebaskan negara ini daripada penjajahan.

Hakikatnya, apa pilihan yang ada untuk mempertahankan negara ini daripada serangan asing termasuklah komunis yang mahu menjajah negara ini dan menjadi sebahagian daripada koloni empayar Komunis China selain daripada pasukan keselamatan yang diwujudkan oleh British yang 7 tahun kemudian, menjadi asas kepada pembentukan angkatan keselamatan negara ini?

Hari ini, KDYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri serta jajahan takluk Johor Darul Takzim merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong sempena ulang tahun ke-67 tragedi berdarah tersebut.


Dalam titah ucapan, baginda menekuni jerih payah anggota-anggota polis tersebut termasuklah ketua mereka, Allahyarham Sarjan Jamil Md. Shah yang mengungkapkan ayat yang cukup terkenal, "KAMI ORANG-ORANG POLIS TIDAK AKAN MENYERAH" dan itulah yang dilakukan oleh kesemua mereka biarpun akhirnya mereka mati dimamah peluru komunis.

Baginda juga berharap, sejarah hitam itu menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan kepada semua anggota polis untuk setia berkhidmat dan sedia berkorban demi mempertahankan maruah dan kedaulatan tanahair.

Galeri Darurat Bukit Kepong diharap menjadi satu mercu tanda sejarah dan sebagai ingatan kepada generasi akan datang tentang perjuangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh anggota keselamatan pada masa dahulu. Apatah lagi, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan kerajaan terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia amat tinggi dan mereka sentiasa dihormati serta dianggap sebagai tulang belakang kepada ketenteraman tanahair.

Selain itu, baginda turut bertitah dan mengucapkan syabas kepada Peguam Negara serta pasukannya yang telah berjaya menemui bukti-bukti baru yang amat penting dalam kes TUNTUTAN PULAU BATU PUTIH selain telah menfailkan semakan semula penghakiman kepada Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ). Pulau Batu Putih walaupun bersaiz kecil, namun setiap inci tanah Negeri Johor wajib dipertahankan kerana itu adalah lambang kedaulatan negeri Johor dan menjadi sebahagian daripada kedaulatan negara Malaysia, titah baginda. 

Baginda turut menegur ramai pemimpin politik yang mula memainkan pelbagai isu sekaligus menggambarkan PRU sudah semakin hampir. Baginda memberi amaran kepada orang politik dari luar Johor supaya tidak sesekali mencampuri urusan negeri Johor selain jangan cuba mengelirukan rakyat Johor apatah lagi memecah belahkan perpaduan rakyat Johor.

Titah baginda, rakyat Johor tidak memerlukan ORANG LUAR untuk mengajar apa yang patut dibuat oleh rakyat Johor, mahupun menakut-nakutkan mereka dengan cerita-cerita dongeng yang direka-reka.

"Mungkin ORANG LUAR ini telah lupa yang zamannya telah berlalu. Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa. Namun hari ini, dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya. Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat tetapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat. Dulu dia kata media Barat suka buat cerita, tetapi sekarang, cerita media Barat dikatakannya fakta," titah baginda lagi.


Secara sinis, baginda bertitah, ORANG LUAR itu mungkin bukan seorang pelupa, tetapi besar kemungkinan telah diserang PENYAKIT NYANYUK akibat faktor usia.

"Nasihat saya kepadanya, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam. Bukan boleh siang berterusan. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak."

Baginda turut bertitah, sekarang, di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Kerajaan Negeri Johor mempunyai lebihan hasil berbilion ringgit, berbanding dua Menteri Besar terdahulu yang pernah menyebabkan Negeri Johor tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan. Kejayaan yang dicapai hari ini adalah kerana adanya hubungan baik antara baginda dengan Menteri Besar, tidak seperti dua Menteri Besar terdahulu yang bersikap angkuhd an sombong dan hanya mengikut telunjuk Kerajaan Pusat.

 Ada yang panas telinga ni... ada juga yang terbakar punggung...

ORANG LUAR?

Rasa-rasanya ORANG LUAR yang dimaksudkan oleh KDYMM Sultan Johor itu mudah ditelah!


LAKONAN NAIF GUAN ENG DIBERIKAN KERETA BURUK UNTUK KE ISTANA NEGARA, AMAT MEMUALKAN!!!



Protes senyap Lim Guan Eng terhadap Mahathir dalam isu Proton dan pada masa yang sama, turut mengambil kesempatan untuk menghentam Jabatan Kerja Raya serta untuk membuktikan dia telah dianiaya serta dibuli hanya semata-mata kerana dia adalah seorang Cina yang datang menghadiri Mesyuarat Raja-Raja Melayu.

Isu Proton kembali hangat apabila Mahathir yang bimbangkan kehilangan kepentingan syarikat-syarikat kroninya di dalam Proton apabila pemilik Proton, Syed Mokhtar mengambil keputusan untuk menjual 51% kepentingan kepada syarikat asing berkata, pemilikan asing di dalam Proton akan membuatkan industri automotif Malaysia tidak akan maju.

Bagaimanapun, kenyataan Mahathir itu dibidas kerana selama lebih 30 tahun, Proton tidak pernah menguntungkan. Tidak juga dapat menembusi pasaran antarabangsa dan di Malaysia, biarpun diberikan perlindungan berat oleh kerajaan, Proton tidak pernah mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan, bahkan terpaksa menerima suntikan modal daripada Kerajaan hampir setiap tahun.

Bahkan ketika Proton sudah pun menjadi milik DRB-HICOM, tahun lepas sahaja Kerajaan terpaksa memberikan pinjaman mudah sebanyak RM1.6 bilion kepada Proton.

Keluhan Lim Guan Eng, dia terpaksa memegang handle pintu belakang Proton Perdana yang disewa dari Jabatan Kerja Raya untuk perjalanan dari Lapangan Terbang ke Istana Negara, walaupun sebenarnya tidak lebih daripada sebuah lakonan, namun ianya memberi impak kepada Proton itu sendiri.

Proton Perdana adalah salah sebuah kenderaan 'mewah' yang dikeluarkan oleh Proton. JKR adalah salah sebuah agensi Kerajaan Pusat.

Pelakon dan penipu seperti Lim Guan Eng mempunyai pelbagai dalih dan daya untuk merealisasikan matlamatnya. Memperlihatkan kedaifan dan kenaifannya, mengeluh dan merungut bagi membuktikan dia telah dianiayai, merupakan kaedah yang paling mudah untuk mendapat simpati.

Seorang Ketua Menteri dari sebuah negeri pembangkang, yang setiap masa mencari salah dan memperlekehkan Kerajaan Pusat, tiba-tiba mahu membantu sebuah agensi Kerajaan Pusat mencari sedikit pendapatan dengan nilai RM200 sehari, telah diberikan sebuah kereta buruk yang layak dijadikan tukun tiruan semata-mata.

Kereta buruk itu pula seperti bom jangka yang pada bila-bila masa sahaja boleh meragut nyawanya. Tetapi Ketua Menteri yang diketahui sukakan kemewahan menerusi pemilihan dan pemilikan kenderaan mewah tidak lama selepas menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, bahkan sekarang sedang berhadapan dengan masalah undang-undang kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa semata-mata untuk mendapatkan sebuah rumah banglo, seperti diberikan kesedaran untuk memilih kenderaan yang dia sendiri tidak suka bagi satu perjalanan singkat.

Begitulah perangai seorang PELAKON DAN PENIPU seperti Lim Guan Eng!

Di sebalik gaya hidup mewahnya, selain berpusat sepertimana peranan isterinya yang menguasai semua bidang hartanah di Pulau Pinang menerusi jawatan yang dianugerahkan dan dilantik, Lim Guan Eng masih tidak malu-malu untuk terus berlakon daif dan dianiayai KONONNYA DIA ADALAH SEORANG CINA...

Bahaya daripada persepsi yang dimainkan oleh Lim Guan Eng ialah, dia mahu menunjukkan orang Melayu sentiasa menganiayai orang Cina sepertinya walaupun Cina tersebut mempunyai jawatan dan kuasa bergelar Ketua Menteri.




MAKIN MEROYANLAH PENTAKSUB MAHATHIR APABILA KABINET LANTIK SIDEK HASSAN SEBAGAI KEPALA PASUKAN PETUGAS KHAS SIASAT JUDI FOREX BNM!!!



Kabinet hari ini melantik bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, berkata terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, ia juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen.

Pasukan tersebut akan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan itu nanti.

“Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumen-dokumen BNM dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan akan dijalankan secara telus, bebas dan adil.

Ahli Pasukan Petugas Khas yang lain akan diumumkan dalam masa terdekat yang terdiri dalam kalangan yang berpengalaman, memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanakan tugas-tugas penemuan dan penzahiran dokumen bagi mendapatkan fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing BNM ketika itu.

Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk 6 tahun sebagai KSN.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada New Hampshire College, Amerika Syarikat.



Wednesday, February 22, 2017

SETELAH SEKIAN LAMA, PEMBOHONGAN MAHATHIR TENTANG MALAYSIA SEBAGAI HARIMAU ASIA, TERDEDAH!!!



Mahathir tidak malu dan meniru sikap Lim Guan Eng yang suka mendabik dada apabila mengakui di bawah pentadbirannya selama 22 tahun, Malaysia telah dikenali sebagai salah sebuah Negara Harimau Asia.

Dek kerana tidak banyak ketelusan, terutama membabitkan maklumat tentang kedudukan ekonomi negara, bahkan perbandingan dengan ekonomi negara-negara jiran juga tidak banyak diketahui pada zaman pentadbiran Mahathir, maka ramailah yang terpedaya dengan pembohongan tersebut.

Ramai juga yang hidup dengan SINDROM KOREA UTARA di bawah pentadbiran Mahathir sehingga percaya Mahathir telah berjaya memakmurkan negara ini - hujah yang masih terpakai oleh pentaksub Mahathir sehingga kini. 

Hakikatnya, Malaysia di bawah Mahathir tidak pernah menjadi salah sebuah daripada Harimau Asia. 

Harimau Asia ketika itu dirujuk kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura berikutan kadar pertumbuhan ekonomi yang berkekalan tinggi daripada Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahun.

Malaysia bagaimanapun, hanya bergelar sebagai ANAK HARIMAU bersama Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam bukannya Harimau Asia.

Sejak Program Transformasi Ekonomi Najib dilancarkan, Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi setiap tahun bermula 2011 hingga 2016 berbanding empat negara Harimau Asia ini. Pada 2017, Malaysia diunjurkan akan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dari sebelumnya.

Kejayaan pertumbuhan ekonomi selama 6 tahun yang mengatasi empat negara Harimau Asia ini tidak pernah dicapai Dr Mahathir biarpun mentadbir negara selama 22 tahun.

Perlu diingat, separuh kedua 2014 dan seterusnya, Malaysia telah berhadapan dengan kejatuhan harga minyak, gas dan komoditi yang boleh menjejaskan ekonomi negara ini lebih teruk berbanding negara-negara Asia lain (selain Brunei). 

Harga komoditi mulai pulih semenjak suku tahun yang terakhir.

Suka atau tidak, tanpa perlu mendabik dada sebaliknya cukup dengan menelusuri fakta serta data yang disediakan oleh Bank Dunia mahupun badan-badan berintegriti lain bertaraf antarabangsa, tidak hairanlah mengapa Mahathir begitu dengki dan berhasad dengan Najib Abdul Razak. Apatah lagi, Najib Abdul Razak sedikit demi sedikit menguis budaya melonggokkan kekayaan negara kepada sekelompok manusia sahaja berbanding Mahathir yang menjadikannya sebagai BUDAYA YANG BERAKAR UMBI dan menjadi barah yang sekarang ini sedang mula dibersihkan.


DAP AKAN BERGABUNG DENGAN CAP BUNGA DEMI ELAK TINDAKAN PENGHARAMAN OLEH ROS?



Semakin kuat tiupan desas-desus yang mengatakan, Lim Kit Siang sedang berusaha menyelamatkan DAP buat kali terakhir daripada diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Tertinggi (CEC) parti itu sehingga kini masih belum disahkan dan masih berlarutan, meskipun PRU-14 semakin hampir.

Kononnya, terdapat cadangan agar DAP dibubarkan dan kemudian mengambilalih Cap Bunga pimpinan Mahathir menerusi penggabungan - kaedah yang paling digemari oleh Mahathir sepertimana ketika dia cuba mengawal sektor perbankan negara pada penghujung 90-an. Selain menyelamatkan DAP sebagai sebuah parti, Lim  Kit Siang juga sangat berharap, dia boleh menggunakan PENGALAMAN SERTA KELICIKAN MAHATHIR mempergunakan hakim dan mahkamah bagi membebaskan Lim Guan Eng daripada hukuman sepertimana yang Mahathir lakukan ketika memecat sebilangan besar hakim serta Ketua Hakim Negara pada penghujung 80-an.

DAP sendiri sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang sangat kronik. Beberapa fraksi dalam DAP, tidak lagi berselindung menunjukkan kebencian serta penentangan terhadap penguasaan Keluarga Lim di dalam DAP.

Di Perak, Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham melaksanakan 'pembunuhan' pengaruh Dinasti Lim secara perlahan-lahan dan berhati-hati tetapi sangat berkesan.

Anak-anak mendiang Karpal Singh yang merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga, telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan Lim Kit Siang berbaik-baik dengan Mahathir.

DAP Sabah telah berpecah teruk, manakala DAP Johor terus bergelut antara fraksi melibatkan Dr Boo Cheng Hau ADUN Skudai yang sangat dibenci oleh Anak-Beranak Lim dengan Liew Chin Tong yang merupakan penjilat tegar Lim Guan Eng - setaraf dengan Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin kepada Mahathir.

Gabungan antara DAP-Cap Bunga pastinya akan menjadi sangat menarik memandangkan Mahathir sudah beberapa kali mengiktiraf DAP sebagai sebuah parti Cina yang sangat kuat, malah jauh lebih baik berbanding MCA, GERAKAN mahupun SUPP di Sarawak.

Selepas PAS terus berdolak dalih dan membuatkan DAP berputih mata, bahkan telah menelanjangkan banyak rahsia Lim Guan Eng di Pulau Pinang, apa lagi yang ada pada DAP atau lebih tepat lagi Lim Kit Siang dalam usaha menawan Putrajaya melainkan menggabungkan diri mereka dengan Cap Bunga, bahkan PAN dan PKR menjadi satu Barisan!!!

Maka tidak hairanlah mengapa desas-desus DAP akan dibubarkan dan bergabung dengan Cap Bunga begitu kuat kedengarannya di kalangan orang politik, termasuklah orang DAP sendiri!


BANYAK SANGAT TENGOK VCD MENYEBABKAN RAMAI NETIZEN BAYANGKAN MALAYSIA DIBOMNUKLEARKAN KOREA UTARA!!!



Wah!

Sembang pasal 'sayangkan negara', 'selamatkan Malaysia', 'kita adalah pejuang negara', bukan main hebat. Berdegar-degar dalam setiap posting dan reaksi mereka di media sosial. Malah apabila kita mempersoalkan motif sebenar mereka mengecam pentadbiran negara, alasan yang mereka berikan ialah kerana mereka sayangkan negara ini, kerana mereka sangat patriotik.

Hakikatnya merekalah si kitul yang pada bila-bila masa sahaja akan lebih sanggup memusnahkan malah seronok terkinja-kinja apabila dilihat ada kuasa luar yang mengancam negara ini.


Begitulah dalam isu Malaysia dengan Korea Utara!

Yang mengaku menjadi rakyat Malaysia itu rupa-rupanya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu tentang peranan Malaysia sebagai mediator atau orang tengah atau pendamai. Mereka tidak tahu bagaimana Malaysia merupakan negara pertama dari dunia demokrasi yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China yang berkuasakan komunis. Mereka juga tidak tahu bahawa Malaysia merdeka melalui jalan rundingan bukannya melalui jalan pertumpahan darah setelah kekerasan dan provokasi hanya mendatangkan kerugian yang lebih besar berbanding revolusi.


Bukan main lagi seronok mereka apabila Korea Utara menunjukkan sikap keras terhadap pentadbiran Malaysia apabila pentadbiran Malaysia enggan tunduk kepada desakannya agar mayat abang tiri Presiden Korea Utara dipulangkan kepada mereka tanpa sebarang bedah siasat dan siasatan ke atas jenayah pembunuhannya.

Kesimpulan mudah yang mereka buat, apatah lagi sikap sembrono yang ditunjukkan, menunjukkan kewajaran Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang kewarganegaraan. Status kewarganegaraan perlu disaring kembali dan perlu menjalani ujian paling ketat dan paling tegas memandangkan terlalu ramai yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi sangat bersedia untuk berpindah ke negara lain apabila negara ini dilihat terancam.


Paling menyakitkan hati ialah apabila ada pula yang menyarankan agar orang Melayu-Bumiputera segera mempertahankan negara ini jikalau diserang oleh Korea Utara!

Satu perkara yang pihak berkenaan tidak tahu atau barangkali buat-buat tidak tahu ialah, MAJORITI ANGGOTA KESELAMATAN ADALAH ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA, terutama yang berpangkat rendah dan akan dihantar ke barisan hadapan!!!


LUKAKAN HATI RAKYAT MALAYSIA KONON.... SEBENARNYA LUKAKAN HATI KELUARGA MAHATHIR YANG TELAH SEDUT SETIAP KEUNTUNGAN PROTON SELAMA INI!!!



Mungkin masa dia berkuasa dahulu, cakapnya akan ditanggapi dan dipropagandakan sebagai bersifat SANGAT PATRIOTIK!

Main-main ke kalau seorang yang hebat seperti Mahathir melahirkan kerisauannya berhubung sebuah syarikat yang kerapkali dikaitkan sebagai syarikat negara, bahkan menjadi lambang kejayaan industri automotif negara, apabila syarikat berkenaan bakal menjadi milik negara asing.

Tetapi dahululah...

Sekarang, kaedah yang Mahathir gunakan, sudah tidak terpakai. Generasi sekarang bukannya generasi bongok yang menelan bulat-bulat apa yang keluar dari mulut pemimpin terutama sekali apabila lebih banyak rahsia yang selama ini terpendam, sudah pun diketahui.

Kebimbangan yang dilahirkan oleh Mahathir berhubung nasib Proton, dilihat tidak lebih daripada kebimbangannya berhubung keberadaan dan survival syarikat kroni yang menyedut keuntungan Proton selama syarikat itu wujud.

Seperkara yang tidak dikatakan oleh Mahathir ialah, Proton bukan lagi syarikat negara, sebaliknya dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari menerusi syarikatnya, DRB-HICOM. Mahathir sendiri yang mahukan Proton dimiliki oleh DRB-HICOM. Kemudian, Mahathir sendiri yang mendesak agar kerajaan memberikan geran dan pinjaman mudah yang bernilai berbilion-bilion ringgit untuk syarikat tersebut.

Di dalam blognya, Mahathir kata, dia kecewa Proton akan dijual kepada syarikat asing, sekaligus menyebabkan pembekal barangan (vendors) kepada Proton akan hilang mata pencarian. Mahathir cuba membuat manipulasi kononnya, dia boleh terima Proton mempunyai rakan strategik tetapi kecewa kerana pegangan ke atas syarikat tersebut dijual kepada syarikat asing.

Walhal, seperti yang diketahui, Proton tidak dijual sepenuhnya kepada syarikat asing sebagaimana yang didakwa oleh Mahathir. Malah antara syarat yang diberikan oleh Kerajaan ketika menghulurkan pinjaman mudah sebanyak RM1.6 bilion kepada Proton yang dimiliki oleh DRB-HICOM ialah, mencari rakan strategik bagi memulikan Proton yang telah dirosakkan dengan teruk oleh Mahathir.

Semenjak sepuluh tahun lalu, Proton berusaha mencari rakan strategik. Tujuannya ialah untuk membolehkan Proton menembusi pasaran antarabangsa secara lebih tuntas selain membawa masuk kepakaran automotif yang lebih baik berbanding sekarang.

Barangkali ramai yang tidak tahu bagaimana Mahathir sentiasa mencari jalan menggagalkan kerjasama dengan syarikat asing menerusi pelbagai syarat dan pandangan tidak masuk akal menyebabkan syarikat-syarikat besar termasuklah Volkswagen (2007) terpaksa melupakan Proton. 

Dan bukan juga rahsia, Mahathir sebenarnya tidak pernah berniat untuk mempertingkatkan industri automotif atau memajukan Proton sebaliknya berusaha melindungi syarikat-syarikat kroninya yang telah lama menghisap keuntungan dari Proton. Antara syarikat tersebut adalah Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. yang dimiliki oelh anak saudaranya, Rahmat Abu Bakar yang diberikan konsesi lumayan bermula dari tertubuhnya Proton.

Tulisan Mahathir kononnya vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai, selain ramai pekerja yang akan kehilangan pekerjaan dan kapasiti kejuruteraan Malaysia yang akan merosot, adalah cubaan untuk menyelamatkan kedudukan syarikat-syarikat kroninya yang bakal ditendang atau keuntungan mudah mereka dikerat. Kebimbangannya konon, Malaysia akan kekal sebagai negara dunia ketiga tidak ubah seperti sebuah propaganda gagal.

Setelah lebih 30 tahun, Proton masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Selama lebih 30 tahun juga, Proton tidak memberikan sebarang impak kepada bidang kejuruteraan bertaraf global. Malah selama lebih 30 tahun juga, Proton masih gagal menembusi pasaran antarabangsa. Kalau ada pun, hanya sedikit di sana sini  yang dijual dengan harga di bawah pasaran berbanding harga yang ditawarkan di dalam negara. Tanpa pembelian lokal, Proton barangkali sekarang ini sudah boleh mengira keuntungan daripada jualan besi buruk, sama seperti Perwaja yang juga rosak di tangan Mahathir!

Dan kalaulah tidak dibantu oleh kerajaan, pastinya syarikat-syarikat kroni Mahathir seperti Jurumuda juga sudah lama tutup kedai.

Hakikatnya, kebimbangan Mahathir sebenarnya ialah, kehilangan besar kepada keluarga Mahatir sendiri apabila Proton dipegang oleh syarikat asing. Sudah pastilah, pembekal sedia ada yang tidak kompetitif dan hanya MENTEKEDAGHAH kerana sifat kroninya, akan digantikan dengan syarikat-syarikat baharu yang lebih baik. Inilah sebenarnya yang amat dibimbangi oleh Mahathir.

Ironinya, Mahathir cuba menyalahkan Najib Abdul Razak walaupun Proton adalah milik DRB-HICOM sepenuhnya. Kalau pemiliknya, Syed Mokhtar Al-Bukhari membuat keputusan untuk menjual Proton sepenuhnya, apa kena-mengena dengan Najib pula?

Untung betul sesiapa yang menjadi kroni Mahathir... walaupun negara lingkup dan wang negara diculalangkitkan, mereka tetap terbela dan tidak mengalami kerugian!!!


Tuesday, February 21, 2017

DIJADIKAN SEBAGAI KUDA TUA OLEH MAHATHIR, KADIR JASIN TIDAK SANGKA AKAN DIBALUN BERAMAI-RAMAI DALAM MEDIA SOSIAL!!!



Sebagai orang yang pernah mengetuai sebuah organisasi media yang bersifat gergasi di Malaysia, nama Kadir Jasin memang terkenal. Namun, pengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan pengendalian syarikat media gergasi, tidak memaksumkan dia bahkan tidak membebaskan dia daripada kesilapan besar yang tidak membolehkan dia disentuh.

Sebaliknya berhadapan dengan generasi baru yang lebih canggih sedangkan Kadir Jasin sendiri berada dalam kepompong tahun 80-an, menjadikan dia tidak ubah seperti badut tua yang akhirnya menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna-pengguna media sosial generasi baru.


Apa yang dilakukan oleh Kadir Jasin adalah normal bagi bekas taikun media yang makan gaji. Namun yang menjadi tidak biasa ialah apabila seorang bekas taikun sepertinya gagal mengelak daripada serangan bertali arus generasi media sosial yang amat terdedah kepada maklumat-maklumat terkini termasuklah maklumat-maklumat yang pada zaman Kadir, ianya akan dikategorikan sebagai rahsia dan taboo.

Untuk menunjukkan keberkesanannya selaku 'kuda tua' yang boleh diharapkan Mahathir, Kadir cuba bermain dengan isu yang dipopularkan oleh Mahathir iaitu CHINA MENJAJAH MALAYSIA menerusi pelaburan-pelaburan giat yang dijalankan ke atas negara ini. Kadir memberi contoh bagaimana China yang lebih berminat dan sentiasa mengamalkan budaya perniagaan monopoli dan konsep 'China First' telah menyebabkan Mahathir bimbang, syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja China akan memonopoli projek-projek yang menggunakan dana China di negara ini.

Kadir cuba menggunakan papantanda pejabat projek pemuliharaan di Pulau Pinang yang merupakan cawangan Bank of China yang keseluruhannya dalam Bahasa Melayu.

Menurutnya, sikap monopoli China tidak memberikan sebarang keuntungan kepada Malaysia.. Alasannya, arkitek Amerika Syarikat yang diupah adalah rakyat China manakala kontraktornya pula adalah syarikat yang diperbadankan di Malaysia merupakan anak syarikat kepada Syarikat China State Construction Engineering Corporation.

Jadi, kata Kadir Jasin, itu adalah bukti-bukti kukuh yang Chinca menguasai segala-galanya sedangkan Malaysia pula tidak akan mendapat apa-apa.


Cuma sesuatu yang tidak disebut oleh Kadir Jasin ialah, walaupun projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Bank of China, syarikat-syarikat tempatan yang menjadi syarikat-syarikat sokongan akan memperolehi keuntungan dan manfaat. Ramai orang akan mendapat kerja.

Malah, syarikat pemaju China yang diperbadankan di Malaysia itu wajib membayar cukai pendapatan kepada negara ini. Mereka juga perlu membeli material pembinaan - pasir, paku, bata, cat dan sebagainya - daripada pembekal-pembekal tempatan yang mendapat manfaat besar.


GST juga akan dikutip daripada aktiviti ekonomi projek ini. Inilah caranya bagaimana pelaburan sebegitu membantu menjana pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Sekiranya projek tersebut tidak wujud, keseluruhan manfaat ekonomi kepada kerajaan, orang ramai yang bekerja di projek tersebut, pembekal material, syarikat-syarikat tempatan yang menjadi sebahagian daripada projek ini, tidak akan mendapat apa-apa.


Mungkin Kadir Jasin tidak melihat perkara sebegini atau sebenarnya sengaja menutup mata kerana kepentingan tertentu terutama apabila projek-projek yang dahulunya menjadi sebahagian daripada projek-projek kaum kroni, hilang tiba-tiba di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak.

Begitu jugalah dengan kes atau isu 1MDB.

1MDB sudah pun disiasat oleh special task force yang mengandungi Ketua Audit, Peguam Negara dan SPRM. Hasil siasatan task force tersebut kemudiannya diserahkan kepada PAC di mana di dalam PAC mengandungi Ahli-ahli Parlimen DAP termasuklah Tony Pua.


Justeru, dalam isu Forex melibatkan BNM, proses yang sama juga harus dilakukan memandangkan hanya segelintir orang sahaja yang faham tentang mereka yagn terlibat atau apa yang telah berlaku. Apatah lagi, ini bukanlah isu pertama yang melibatkan Mahathir, yang akan disiasat.

Pada 2011, Najib telah mengadakan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Projek IC yang mana ramai mendakwa Mahathir terlibat sebagai dalangnya.

Justeru, agak menghairankan apabila puak pentaksub Mahathir termasuklah Kadir Jasin yang terpaksa membodohkan dirinya dengan isu syarikat dari China semata-mata untuk menutup isu Forex BNM dan mengkritik 'special task force' yang akan mengumpulkan segala maklumat tentang kerugian perjudian Forex BNM yang dikatakan berjumlah lebih USD10 bilion, selain turut memberi kesan kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan ekonomi Malaysia sendiri.


KUNUN BELA MELAYU DAN ISLAM, LIM GUAN ENG KECILKAN PERUNTUKAN UNTUK HAL EHWAL ISLAM PULAU PINANG!!!



Sembang DAP bukan main...

Lim Kit Siang bukannya anti Melayu... Lim Guan Eng pembela Melayu dan Islam... Islam terbela di Pulau Pinang... Lim Guan Eng adalah satu-satunya Ketua Menteri Pulau Pinang yang begitu ambil berat tentang kebajikan dan hal ehwal umat Islam dengan menaikkan peruntukan.

Ramai yang percaya dengan doktrin-doktrin itu. 

Ramai juga yang memuji-muji Lim Guan Eng dan mengeji Kerajaan Pusat walaupun tanpa mereka sedar, peruntukan untuk umat dan hal ehwal Islam di Pulau Pinang, bukan datangnya daripada kantung Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sebaliknya dari Perbendaharaan Kerajaan Pusat yang kemudiannya digunakan oleh Lim Guan Eng untuk CREDIT CLAIMING.

Sememangnya bagi yang tidak mencermati tipu daya Lim Guan Eng dan DAP, akan terjebak dan terperangkap dengan angka-angka yang digunakan oleh Lim Guan Eng dan DAP bagi tujuan tersebut.

Angka-angka itulah yang disiarkan oleh media organisasi mereka, ROCKET kononnya peruntukan untuk Hal Ehwal Islam di negeri tersebut. (BACA DI SINI)

Memanipulasikan sikap sebahagian besar rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang sangat gemar berpolitik tetapi tidak gemar mengkaji, bahkan hanya membuat kesimpulan daripada tajuk yang dibaca, DAP melihat kaedah yang mereka lakukan sekarang adalah cara yang paling mudah untuk melakukan penipuan. 

Itulah yang berlaku dalam angka-angka yang dihidangkan oleh DAP menerusi media rasmi mereka. 

Sedikit sahaja kajian mendalam berhubung angka-angka yang disiarkan oleh media rasmi DAP itu, kita sudah boleh mengesan bahawa peratusan bajet keseluruhan negeri, kita akan dapati peratusan peruntukan telah jatuh mendadah dan tidak setara dengan perbelanjaan untuk perkara-perkara lain.

Pada tahun 2008, peratusannya adalah 9.03%. Bagaimanapun, peratusan pada tahun 2015 adalah 6.55%.

Bahkan semenjak kemenangan besar DAP pada PRU-13 dan semenjak PAS hilang suara mereka dalam Kerajaan Pulau Pinang akibat perpecahan dengan DAP, jumlah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang sama ada menjadi statik atau jatuh. 

Dalam Bajet Pulau Pinang 2017, peratusan tersebut telah diturunkan lebih banyak menjadi RM49.37 juta walaupun perbelanjaan untuk pengurusan tahunan Pulau Pinang telah meningkat menjadi RM1.35 bilion. Atau dalam bentuk peratusan, peruntukan untuk Hal Ehwal Islam hanyalah 3.66% daripada jumlah keseluruhan peruntukan. (RUJUK SINI)

Kalau ada yang masih mengatakan, Kerajaan Lim Guan Eng masih baik kerana tidak memotong terus peruntukan untuk umat dan hal ehwal Islam di Pulau Pinang, mereka sebenarnya sama ada berotak singkat atau terlalu dungu untuk memikirkan bahawa Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang, hanya dianggap oleh Lim Guan Eng sebagai peminta sedekah walaupun bajetnya datang dari Kerajaan Pusat yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri.

Semenjak tahun 2008, peratusan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk hal ehwal Islam berbanding perbelanjaan pengurusan negeri telah jatuh 60% iaitu dari 9% menjadi 3.66% pada tahun 2015 - berbanding perbelanjaan tahunan negeri Pulau Pinang yang telah meningkat 5 kali ganda semenjak tahun 2008.

Sepatutnya angka-angka itu sudah cukup untuk membuktikan bagaimana DAP dan Lim Guan Eng cuba melakukan 'pembersihan' secara beransur-ansur ke atas apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam dan umatnya di Pulau Pinang, tetapi pada masa yang sama, memperkasakan apa-apa sahaja yang boleh dilihat sebagai penguasaan atau saingan kepada hal ehwal Islam dan umatnya di negeri itu. 


Monday, February 20, 2017

SEGALA BENDA BOCOR DI MALAYSIA, TERBAHARU KLIP CCTV PEMBUNUHAN JONG NAM PULAK BOCOR KEPADA PIHAK ASING!!!




Klip video CCTV KLIA yang memperlihatkan detik-detik terakhir Kim Jong Nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un telah disiarkan oleh beberapa stesen televisyen luar negara. Sekaligus menimbulkan persoalan tentang bagaimana stesen-stesen televisyen luar negara tersebut boleh memperolehi rakaman CCTV KLIA kecuali melainkan ketirisan dalaman. 

Kerana itu, pihak polis mula campur tangan untuk menyiasat berhubung pembocoran rakaman berkenaan. 

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, tindakan akan diambil terhadap mereka yang telah membocorkan rakaman tersebut.

Klip video berkenaan turut tular di Facebook setelah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Jepun.

Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat pula berkata, polis akan menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Penyiaran klip video tersebut telah mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh polis Malaysia. 

Klip berkenaan yang berlangsung selama 2 minit 33 saat mula tular di media-media sosial malam tadi 

Ahad lepas, Jong Nam dilaporkan berada di KLIA2 untuk menaiki pesawat ke Macau apabila tiba-tiba dirapati dua orang wanita yang kemudian menyerkup mukanya dengan sehelai kain, dipercayai mengandungi cecair beracun. 

Jong Nam menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Putrajaya. 

HAI LER KHALID SAMAD... BAJET PERMATA DAN PERMATA KAU SURUH HAPUSKAN, SEKOLAH VERNAKULAR YANG TIDAK ADA PERUNTUKAN KERAJAAN, KAU LANGSUNG TAK BERANI SENTUH, KAN?!!!



Khalid Samad memberikan cadangan yang sangat 'BERNAS' iaitu hapuskan Biro Tata Negara, JASA, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta PERMATA. Selain itu, Khalid Samad yang merupakan salah seorang anggota yang menandatangani kenyataan berkenaan mewakili PAN selain Saifuddin Nasution bagi pihak PKR dan Liew Chin Tong bagi pihak DAP turut mencadangkan pemansuhan jawatan Duta-Duta Khas dan Penasihat-Penasihat bertaraf menteri.

Semua itu menurut mereka telah menyebabkan kewangan negara membengkak dan satu pembaziran besar apabila Kerajaan terpaksa memberikan peruntukan besar sedangkan fungsi semua entiti tersebut bertindih dengan beberapa entiti lain.

Bagus, bukan tak bagus cadangan Khalid Samad dan geng-geng pembangkangnya dari PKR dan DAP yang menggelarkan diri mereka sebagai HARAPAN.

Paling ketara ialah apabila Khalid Samad memberikan cadangan agar PERMATA dihapuskan. Dan menurutnya, bajet untuk PERMATA wajar diagih-agihkan kepada pendidikan pra-sekolah yang telah pun sedia ada di bawah Kementerian Pelajaran.

Barangkali Khalid Samad tidak pernah tahu bahkan anak-anak dan cucu-cucunya tidak pernah ke pra-sekolah di sekolah-sekolah kerajaan. Justeru dia tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang ditandatanganinya.


Penjelasan membabitkan PERMATA telah dibuat secara panjang lebar kepada wakil-wakil DAP yang membuat lawatan ke PERMATA tidak lama dahulu. Wakil-wakil tersebut berpuas hati dengan hasil lawatan dan pembentangan tentang keseluruhan operasi PERMATA.

Antara mereka termasuklah Yeo Bee Yin, ADUN DAP bagi Damansara Utama yang diundang melawat PERMATA selepas melahirkan hasrat mahu mendapatkan gambaran penuh berkaitan program berkenaan.

Perbelanjaan untuk gaji serta manfaat kepada kakitangan awam, menimbulkan polemik apabila pelbagai pihak MENERUSKAN DESAKAN TONY PUA dan DAP sendiri agar kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada kakitangan awam terutama sekali kakitangan awam peringkat rendah.

Kerajaan telah berulangkali menyatakan, belum ada sebarang cadangan untuk akur kepada cadangan Tony Pua dan DAP.



Tony Pua tidak lama dahulu, menerusi siaran akhbar berbahasa Cina mengatakan, sekiranya DAP berjaya menguasai Putrajaya, 80% kakitangan awam akan dipecat. Dia kemudiannya memperbaharui cadangannya dengan meminta kerajaan mempertimbangkan agar kakitangan awam yang kurang efektif dengan merehatkan atau 'PETISEJUKKAN' mereka di rumah berbanding membenarkan mereka datang ke pejabat sebelum memecat mereka.

HARAPAN boleh mengusik di sana sini kononnya sebagai cadangan langkah penjimatan dan pengurangan bengkak kewangan negara. Tetapi mereka juga terlupa, Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak itu jugalah yang 'telah membazirkan' ratusan juta bahkan berbilion Ringgit kepada sekolah-sekolah vernakular yang tidak sepatutnya wujud di negara ini.

Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan, sebarang sekolah-sekolah vernakular mahupun sekolah-sekolah mubaligh dan persendirian, tidak berhak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan, malah sekolah-sekolah berkenaan perlulah dikelolakan oleh badan masing-masing. Manakala sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) pula berhak mendapat peruntukan berdasarkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Mengapa agaknya HARAPAN langsung tidak berani menyentuh tentang bajet, peruntukan mahupun pemberian oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah vernakular serta mubaligh walaupun jelas ianya bertentangan dengan PERLEMBAGAAN MALAYSIA?

SAYANG BINI PUNYA FASAL, MAHFUZ TAK BERANI LOMPAT KELUAR PAS WALAUPUN DISURUH PRESIDEN!!!



Mahfuz Omar tak payah sebenarnya memberikan pelbagai alasan mengapa dia masih 'bertahan' di dalam PAS. Walaupun Nik Amar, bahkan Presiden PAS sendiri menyuruh Mahfuz keluar PAS dan kemudian menyertai mana-mana parti yang dicintainya seperti PKR, DAP, PAN apatah lagi Cap Bunga, Mahfuz Omar masih cuba berselindung dengan alasan, dia mencintai PAS dan jemaah PAS selain dia hanya mengkritik PAS demi kebaikan.

Hakikatnya, bukan rahsia lagi TAKLIQ TALAK TIGA yang melibatkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PAS yang telah diberi kepercayaan sebagai calon dan kemudian menang, termasuklah Mahfuz Omar.

Beberapa orang bekas pemimpin PAS yang merupakan ADUN dan Ahli Parlimen yang kini telah berhijrah ke dalam PAN, menggunakan ijtihad sendiri menerusi penebusan atau membayar kafarah dengan membuat kenduri memberi makan orang ramai bagi mengelakkan talak tiga terjatuh ke atas pasangan masing-masing.

Tetapi Mahfuz Omar tidak seberani Dzulkifli Ahmad. Tidak setegar Khalid Samad, bahkan tidak senaif Dr. Mariah. Mahfuz di sebalik kelantangan dan garang, sebenarnya adalah seorang pengecut dan masih takut dengan konsekuens daripada tindakannya.

Maka disebabkan itulah, Mahfuz meraban-raban mengeluarkan kenyataan. Sentiasa menyebelahi DAP, PKR dan Cap Bunga, sambil sesekali mempamerkan diri seolah-olah dia adalah seorang PAN sejati, bukannya PAS lagi.

Orang PAS tahu, bahkan pengundi PAS di Pokok Sena juga tahu, hati dan jiwa Mahfuz bukan lagi bersama-sama PAS selepas dia kehilangan semua jawatan dan penghormatan yang diterimanya selama ini. Mahfuz ingin bersama kawan-kawannya yang lain di dalam PAN, PAN, DAP dan PKR. Mahfuz ingin mendapat penghormatan yang lebih besar di dalam Cap Bunga setelah dia menjadi sangat rapat dengan Mukhriz Mahathir dan Dr. Mahathir sendiri walaupun sebelum Mahathir dan anaknya keluar dan dikeluarkan dari UMNO, maki hamun dan sumpah seranahnya terhadap Mukhriz dan Dr. Mahathir mengalahkan mulut jalang tak dapat pelanggan. Mahfuz mahu menjadi arkitek yang mencantumkan dan menyatukan semua parti-parti tersebut di bawah tangannya.

Tetapi takliq talak tiga yang dilafazkannya membuatkan Mahfuz terpaksa mengambil langkah yang lebih ortodoks iaitu buat hal dan menimbulkan kemarahan kepimpinan utama PAS sebelum akhirnya dirujuk ke Bahagian Tatatertib dan kemudian dipecat dari parti.

Itulah yang sedang dicari dan diburu oleh Mahfuz Omar.

Kata orang di Pokok Sena, Mahfuz Omar tak mahu isterinya yang cantik, tertalak tiga yang menyebabkan dia tidak boleh rujuk semula, melainkan isteri cantiknya berkahwin dengan orang lain dan kemudian diceraikan.

Isteri yang mana satu, tidak pula dikhabarkan... tetapi yang pasti, Mahfuz Omar sangat sayangkan isterinya!

Jadi, dia masih kekal di dalam PAS walaupun segala perbuatannya bertentangan dengan PAS dan menimbulkan kemarahan kepimpinan utama PAS.

Kalau PAS berterusan buat tak reti kepada Mahfuz Omar dan membiarkan Mahfuz Omar dengan tindakan ortodoksnya, besar kemungkinan Ahli Parlimen Pokok Sena itu boleh mengalami kekejungan otak yang sangat parah.

Apa pun, Mahfuz masih mempunyai peluang untuk berpindah ke mana-mana parti iaitu selepas Dewan Rakyat diisytiharkan bubar. Tempoh sementara menantikan tarikh pilihanraya merupakan tempoh paling afdal untuk Mahfuz berpindah parti.

Itu pun kalau dia sudah mendapat jaminan yang dia kekal sebagai calon di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. Kalau tidak, terpaksalah Mahfuz menahan diri dan menjeruk hati di dalam PAS sambil mempamerkan gelagat dan mengeluarkan kenyataan yang membolehkan dia dipecat!


NGA KOR MING TUNJUK PERMUSUHAN DENGAN LIM GUAN ENG... CABAR PAS TERUS DEDAH KELAKU JAHAT GUAN ENG DI PULAU PINANG!!!



Malang bertimpa-timpa untuk DAP dan Lim Guan Eng!

Setelah amukan dan ugutannya terhadap PAS bukan sahaja tidak menjadi, bahkan PAS bukan sahaja mengejek, malah menakutkan DAP kembali dengan pelbagai pendedahan terutama yang membabitkan sikap pembuli dan tuan besar DAP dalam Pakatan Rakyat, kini pembohongan dan helah yang digunakan oleh Lim Guan Eng dalam pentadbiran Pulau Pinang untuk menunjukkan pentadbiran DAP adalah prihatin, pula didedahkan.

Sebelum ini, ramai golongan yang berotak singkat memuji-muja Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang paling hebat dan paling prihatin dengan rakyat. Apa-apa sahaja yang diisytiharkan oleh Lim Guan Eng, walaupun sekadar pengisytiharan tetapi tidak pernah dikotakan, dianggap sebagai satu 'keajaiban' dunia politik, bukannya retorik orang politik yang mahu meraih undi dan sokongan.

Terbaharu ialah apabila pendedahan tentang pembohongan Lim Guan Eng membabitkan pemotongan GST dan cukai ke atas rumah kos rendah dan sebagainya dibuat, golongan yang memuji-muji Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang seperti baru tersedar yang mereka sebenarnya telah dibohongi selama ini.



Seperti yang didedahkan oleh Lim Sian See, salah seorang Facebooker tersohor yang merupakan musuh utama Tony Pua secara peribadi, tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya menyerap cukai pintu untuk semua pemilik harta serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban rakyat adalah satu pembohongan semata-mata.

Ini adalah kerana DAP terlebih dahulu telah menaikkan kadar cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40 tiga bulan sebelum GST dilaksanakan.

Seperti yang didedahkan, penduduk Pulau Pinang pada tahun 2014 hanya membayar cukai pintu berjumlah RM583.80. Bagaimanapun, pada tahun 2015, tiga bulan sebelum perlaksanaan GST, cukai pintu itu telah dinaikkan kepada RM667.20.

Di sebalik pengumuman pemotongan cukai pintu enam peratus untuk kesemua  jenis hartanah, penduduk bagaimanapun, masih perlu membayar sebanyak RM627.60 iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding jumlah cukai yang perlu dibayar pada tahun 2014.

Permainan 'naik-dan-potong' ini sebenarnya amat menarik. Ini adalah kerana Lim Guan Eng tahu, rakyat pasti akan marah apabila dikenakan kenaikan cukai. Jadi, mengambil kesempatan sebelum GST dilaksanakan, Lim Guan Eng mahu memindahkan kemarahan tersebut kepada Kerajaan Pusat yang diketuai oleh Najib Abdul Razak.

Caranya yang mudah ialah, naikkan kadar cukai terlebih dahulu sebanyak RM83.40 yang langsung tiada kena-mengena dengan GST dan kemudian memberikan pengurangan sebanyak RM39.60 kononnya Kerajaan Negeri menyerap GST yang dikenakan oleh Kerajaan Pusat kepada penduduk.

Hakikatnya, CUKAI PINTU SEPENUHNYA DIKECUALIKAN DARIPADA GST. Jadi, sebarang kenaikan cukai pintu adalah keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Resit-resit cukai pintu kediaman di Seberang Jaya yang dimuat naik, jelas menunjukakn perbezaan jumlah yang perlu dibayar penduduk dalam tempoh empat tahun bermula tahun 2014.

Ironinya, pembohongan Lim Guan Eng terlalu mudah tetapi amat berkesan dalam usaha Lim Guan Eng memindahkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat kepada Kerajaan Pusat dan pentadbiran Najib Abdul Razak.


Dan lebih ironi, adakah rakyat terlalu bodoh untuk mengetahui bahawa SEMUA CUKAI PINTU ADALAH DIKECUALI SEPENUHNYA DARIPADA GST sehinggakan pembohongan Lim Guan Eng kononnya, pemotongan selepas kenaikan yang dibuatnya, untuk menyerap GST?

Dan tidak hairanlah mengapa SETERUSNYA DI PERAK, Nga Kor Ming cuba mengalihkan kemarahan kepada PAS dan RUU355, bukannya membela Lim Guan Eng dan pembohongan yang dibuatnya!


 
Blogger Templates