Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 31, 2016

CURI SUSU FORMULA BAYI DAN 12 JENIS BARANG BERNILAI RM462.96 DIPENJARA 4 HARI, PENARI TIANG DENDA RM25 SAHAJA!!!!



Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di sebuah kompleks beli-belah, ibu dua anak dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.

Mahkamah memerintahkan surirumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Norlelawati yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia dan suami masing-masing tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun. — Bernama

NAMPAKNYA PEMUDA PAS LEBIH 'MELAYU' DARIPADA PEMUDA UMNO APABILA MEREKA MENGENAKAN PAKAIAN ADAT MELAYU UNTUK MUKTAMAR DEWAN PEMUDA!!!



Satu pembaharuan drastik yang ditunjukkan oleh barisan kepimpinan PAS terutama sekali yang membabitkan Dewan Pemudanya yang diketuai oleh Nik Abduh. Buat pertama kali dalam sejarah penubuhan parti tersebut, serban dan jubah telah digantikan dengan tengkolok dan pakaian adat.

Para pemimpin UMNO atau PEKEMBAR yang berteraskan Melayu-Bumiputera pun tidak pernah berpakaian adat kecuali dalam upacara-upacara yang berkaitan dengan istana.

Pembaharuan yang ditunjukkan oleh PAS, memberi pelbagai isyarat kepada umum. Di sebalik PAS dilihat sebagai pertubuhan yang keras dan ekstrim, pakaian adat yang dikenakan oleh Nik Abduh dan barisan kepimpinan Pemuda PAS serta Timbalan Presiden PAS yang merasmikan muktamar itu, Tuan Ibrahim Tuan Man.


Pembentangan RUU oleh Presiden PAS beberapa hari lepas, yang mendapat tentangan keras daripada DAP dan beberapa orang Presiden parti-parti komponen BN yang bukan beragama Islam, mendapat perhatian yang amat meluas.

Beberapa orang pemimpin UMNO sudah pun menyatakan sokongan kepada usul persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS. Presiden MCA menyifatkan sokongan yang diberikan oleh UMNO kepada usul persendirian itu sebagai 'MENGKHIANATI' MCA sekalipun sekiranya usul tersebut diluluskan selepas didebatkan dengan majoriti mudah, ianya hanya membabitkan Undang-Undang Syariah di negara ini.

Undang-Undang Syariah hanya tertakluk kepada umat Islam di negara ini sahaja, manakala rakyat bukan beragama Islam, tidak akan terjejas apa-apa.


Kecualinya bagi golongan bukan Islam yang menjalankan perniagaan maksiat yang akan mengalami kerugian sekiranya pindaan Undang-Undang Syariah diluluskan mengikut usul persendirian Haji Abdul Hadi Awang. Hukuman yang lebih keras dikenakan kepada umat Islam yang didapati bersalah kerana melakukan maksiat, sudah tentu akan mengurangkan pelanggan ke pusat-pusat perniagaan maksiat.

Isyarat yang diberikan oleh Pemuda PAS dan Timbalan Presiden PAS, sudah semakin jelas!

Maka tidak hairanlah, DAP terpaksa merasuk dan menghasut sana sini, termasuklah Presiden-Presiden bukan Islam parti komponen BN bagi mengekalkan kedudukan mereka!!!


PARTI GENERASI BARU TAWAR SYED SADDIQ JADI CALONNYA DI KUALA KANGSAR!!!



PRK Kuala Kangsar semakin menarik setelah seorang anggota Pemuda UMNO Malaysia, Syed Rosli Jamalullail yang berasal dari Kuala Kangsar menawarkan diri sebagai calon Bebas setelah memaki hamun calon BN di wall Facebook peribadinya.

Sebelum ini, bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Hamidah Osman dilaporkan akan mencalonkan diri sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Khabar-khabar angin itu dilihat semakin benar apabila Hamidah Osman yang telah disingkirkan dari UMNO beberapa bulan lalu, menyelar kepimpinan UMNO kerana memilih Mastura Mohd Yazid sebagai calon yang disifatkannya sebagai 'lawak jenaka'.

Terbaru, Syed Saddiq yang telah berikrar akan berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangar, telah ditawarkan oleh Parti Generasi Baru sebagai calon mereka di PRK Kuala Kangsar.

Parti Generasi Baru telah ditubuhkan oleh bekas pemimpin MIC dan PKR, S.Gobi Krishnan pada tahun 2013.

Syed Saddiq dalam reaksinya, dilihat tidak begitu teruja dengan tawaran Parti Generasi Baru kerana barangkali menyedari parti tersebut telalu baru dan tidak mempunyai sokongan.

Menurutnya, dia berbesar hati dengan tawaran yang diberikan tetapi dia tidak akan bertanding sebagai calon walaupun dia akan lebih aktif dengan ceramah dan kempen.

Ironinya, Syed Saddiq yang seringkali diberikan pujian oleh manusia-manusia sealiran dengannya kerana mempunyai ramai pengikut, tidak berani untuk bertanding, apatah lagi dia yang seringkali dijenamakan sebagai pendebat terbaik Asia, boleh menggunakan kelebihan itu untuk menarik undi daripada para pengundi sama ada di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar.

Sebagai orang yang kuat mendabik dada dan memandang apa-apa sahaja tindakan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sebagai salah dan mengkhianati rakyat negara ini. Justeru, tawaran yang dibuat oleh Parti Generasi Baru, diterima oleh Syed Saddiq sekaligus membolehkan dia membuktikan bahawa segala kata-katanya ini adalah sesuatu yang serius, bukannya sekadar cakap-cakap seorang budak yang tidak pernah kenal golongan penjual kuih kanak-kanak yang berjalan serata ceruk dan lorong, yang sudah pupus hampir tiga dekad lalu!!!


PARA PEMIMPIN UMNO PERLU DIPERSALAHKAN ATAS KEJAHILAN PARA PEMIMPIN PARTI KOMPONEN YANG MENENTANG PINDAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH!!!



Saya sangat kecewa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pemimpin ini. Bagaimanapun, kita tidak terkejut apabila The Star menjadikan reaksi ketiga-tiga pemimpin ini sebagai berita muka hadapan akhbar tersebut.

Saya mengutamakan agama saya. Bukan PAS, bukan BN, bukan UMNO. Parti yang menjunjung Islam adalah parti yang akan mendapat undi saya. Parti yang menolak Syariah, tidak akan mendapat sokongan saya. Saya menghormati sesiapa sahaja yang mengutamakan agamanya. Kita juga harus menghormati dan kembali kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sekiranya berlakunya pertembungan kepentingan. Kalau tidak, sampai bila-bila pun masalah tidak akan selesai dan keamanan tidak dapat dicapai. Bagaimanapun, kita berharap bukan Islam juga akan menyokong undang-undang baru atau pindaan yang bertujuan untuk mengurangkan jenayah dan tidak menyebabkan kemudaratan kepada rakyat yang tidak bersalah. Pada ketika anda berhak untuk membantah, ia tidak akan membantu sekiranya kami tahu anda bersikap jahat terhadap inisiatif terhadap kebajikan umat Islam dan negara hanya kerana terdapat elemen Islamik di dalamnya.

Saya mulai teruja dengan perkembangan terkini yang memperlihatkan kita sedang menuju keharmonian kaum semula selepas kerosakan yang dilakukan oleh DAP tetapi kini, politikus-politikus paranoid mula melatah dan mendedahkan belang mereka yang anti undang-undang syariah. Ini telah menyebabkan umat Islam negara ini menempelak para pemimpin ini dan parti-parti mereka dan hasilnya, rakan-rakan bukan Islam juga akan tersinggung. Rakan-rakan bukan Islam, walaupun tidak berniat buruk, turut menyinggung rakan-rakan Islam mereka. Mujurlah perdebatan antara kawan-kawan masih kekal mesra berdasarkan keadaan. Semoga perbezaan pendapat dan emosi ini akan terus terkawal.


Dan di sinilah di mana para pemimpin perlu tahu bagaimana untuk berkelakuan seperti pemimpin. Mereka seharusnya merujuk kepada para pemimpin Islam untuk lebih memahami Usul tersebut atau sekurang-kurangnya menyatakan, yang mereka perlukan masa untuk mengkaji Usul itu berbanding menunjukkan sikap TERKEJUT BERUK. Saya rasa ahli-ahli politik beragama Islam di dalam kerajaan perlu dipersalahkan kerana tidak memberikan penjelasan yang betul atau sekurang-kurangnya mengelakkan para pemimpin bukan Islam itu daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif sehinggalah ia diselesaikan secara dalaman, walaupun ianya sekadar satu usul persendirian. Sepatutnya wujud satu proses perundingan berbanding membiarkan para pemimpin bukan Islam itu terawang-awang dan meraba-raba sendiri.

Bagaimanapun, saya berasakan MCA sekurang-kurangnya perlu lebih sensitif terhadap populasi umat Islam di negara ini selepas mereka dimalukan pada dua PRU lalu dan mereka masih lagi diberikan kedudukan dalam Kabinet. Bagaimana MCA mahu mengharapkan undi orang Melayu jikalau para pemimpin MCA berkelakuan tidak ubah seperti para pemimpin DAP?

Masih belum terlambat untuk membetulkan semula keadaan dan kita boleh mengambil inisiatif kita sendiri untuk mewujudkan persefahaman antara umat Islam dan bukan Islam berbanding menunggu arahan daripada ahli-ahli politik yang tidak boleh diharap.

Saya ada menulis sedikit sebanyak tentang sejarah Syariah di negara ini. (RUJUK DI SINI) yang mana turut mengandungi pautan kepada posting tentang sejarah ketibaan Islam di negara ini oleh The Patriots. (RUJUK SINI)

Semoga persahabatan kita berkekalan. Insyaallah.

AZMI ARSHAD


Monday, May 30, 2016

RANI OSMAN DIKHIANATI NG SUEE LIM DI SUNGAI BESAR WALAUPUN KEDUA-DUANYA KAWAN RAPAT DAN SATU 'GENG 52'!!!



PAN masih lagi tidak menamakan calon mereka untuk PRK Sungai Besar tetapi sembang-sembang PAN sendiri sudah cukup besar sampai boleh runtuh langit. Seolah-olah kemenangan sudah ada dalam genggaman.

Bermodalkan 33% pengundi Cina di Sungai Besar dan berpecahnya pengundi Melayu kepada BN dan PAS, PAN yakin mereka boleh menang dengan selesa.

Malangnya sehingga ke hari ini, PAN belum mengumumkan calon mereka lagi untuk RK Sungai Besar!

Rani Osman, calon PAS untuk PRK Sungai Besar adalah kawan rapat Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan di dalam 'Geng 52'. Rani Osman sendiri telah dikalahkan untuk jawatan YDP PAS Kapar pada muktamar PAS yang lepas.

Di kalangan orang PAS, Rani Osman disamakan dengan MANGGA HARUM MANIS... luar hijau, di dalam berwarna oren.

Pengisytiharan oleh Ng Suee Lim di sebuah restoran kepada para penyokongnya agar memangkah calon PAN, seolah-olah memberi isyarat bahawa Rani Osman sudah tidak mempunyai harapan lagi. Seolah-olah pengundi Cina merupakan satu faktor besar yang akan memenangkan calon PAN biarpun sudah dua PRU, hasrat dan impian mereka untuk melihat Pakatan yang diketuai oleh DAP menduduki Putrajaya selepas merampasnya daripada Barisan Nasional, gagal.

Ng Suee Lim dalam majlis tersebut memegang contoh kertas pencalonan yang mengandungi tiga logo iaitu Barisan Nasional, PAS dan PAN, telah meminta para penyokongnya agar menyokong dan mengundi calon PAN walaupun PAN belum lagi menamakan calon mereka.

Penamaan calon adalah pada 5 Jun nanti manakala pemuangan undi pula akan dibuat pada 15 Jun.

Kalau ada calon PAN yang dinamakan, maknanya Ng Suee Lim sudah pun mengkhianati persahabatannya dengan Rani Osman. Ini adalah kerana Rani Osman amat mengharapkan Ng Suee Lim akan menyokong dan menyebelahinya.

Tapi kalau tiada calon dari PAN untuk PRK Sungai Besar, bermakna, 'calon PAN' yang dimaksudkan oleh Ng Suee Lim itu adalah Rani Osman.

Maka tidak hairanlah Rani Osman dinamakan sebagai calon di Sungai Besar walaupun terdapat nama lain yang lebih berkredibiliti.

Calon BN akan sedikit susah, kecuali para pengundi Cina Sekinchan mengambil sikap yang sama seperti pengundi-pengundi Cina di Sarawak yang enggan keluar mengundi kerana mereka sudah pun sedar, tiada apa-apa perubahan yang akan berlaku sekalipun didendang oleh para pemimpin DAP!!!


MAI RAMADHAN, CERITA ORANG SUSAH PUN AKAN TERSIAR... PEJABAT AGIHAN ZAKAT PULA TETAP TAK MALU-MALU!!!



Bulan Ramadhan sudah kian menghampiri. Apabila disebut Ramadhan, selain daripada berpuasa dan menahan diri daripada segala yang menggelojakkan nafsu dan memperdayakan akal pada ketujuh-tujuh sifat yang ada pada manusia yang akan dikempenkan, diceramahkan, bahkan menjadi santapan mata dan telinga daripada pelbagai media, termasuklah secara lisan, satu lagi kewajipan umat Islam sepanjang Ramadhan sehingga ke pagi Aidil Fitri (paling afdal selepas solat subuh dan sebelum solat sunat hari raya), juga akan ditekankan. 

Zakat Fitrah!

Maka, akan keluarlah amaran dan ancaman terhadap mereka yang enggan membayar zakat. Para ustaz pun seperti telah masuk neraka, menceritakan seksaan yang bakal diterima oleh mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat termasuklah Fitrah.

Tidak dinafikan, pada zaman di mana bulan puasa merupakan bulan melantak semahu-mahunya dengan pelbagai hidangan yang bukan sahaja mampu menaikkan nafsu, tetapi juga membuatkan poket kering kontang, manusia menjadi semakin bakhil dan tidak mengerti mengapa zakat diwajibkan di dalam Islam. 

Tetapi itu hanyalah kewajipan membayar zakat. Bagaimana pula dengan agihan zakat?

Satu rutin yang kita lihat sepanjang Ramadhan-Ramadhan lalu, media-media seperti televisyen dan akhbar arus perdana akan mula menyiarkan berita serta wajah-wajah golongan miskin yang digunakan untuk menarik simpati daripada masyarakat.

Akan terkeluarlah cerita tentang ketiadaan persediaan mereka untuk menyambut Aidil Fitri. Akan terkeluarlah pelbagai episod duka sepanjang bulan puasa dan ketiadaan sinar pada Aidil Fitri. Dan pada masa yang sama, pelbagai cerita sedih akan disiarkan seolah-olah Aidil Fitri adalah satu-satunya segala masalah diselesaikan. Selepas Aidil Fitri mereka semua seperti tidak wujud lagi di dunia ini.

Namun yang lebih ketara adalah, timbul tanggapan bahawa segala kesusahan dan penderitaan tersebut hanyalah untuk Aidil Fitri. Sebelum Ramadhan dan 1 Syawal, segala kesusahan dan penderitaan tersebut seolah-olah tidak wujud langsung. 

Maka, timbullah persoalan, apa sudah berlaku kepada agihan zahat? Mengapa kes-kes penderitaan sebegitu lebih mudah dihidu oleh pemain-pemain media berbanding mereka yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan zakat dan fitrah?

Inilah persoalan yang saban tahun, saban masa ditimbulkan. Golongan yang memerlukan bantuan zakat seperti tidak habis-habis.

Jadi, sempena kedatangan Ramadhan ini, baiklah pejabat-pejabat agihan zakat melipatgandakan kerja mereka mencari golongan miskin sehingga tidak dapat dikesan dan ditampilkan oleh pihak media. Kalau sudah bertahun-tahun didedahkan tentang kewujudan golongan tersebut, para pekerja di pejabat-pejabat agihan zakat, sepatutnya berasa malu dan tidak boleh menunjukkan muka di khalayak ramai lagi Malah seharusnya meletak jawatan dan membiarkan jawatan-jawatan mereka diisi oleh golongan yang lebih faham dengan tanggungjawab!


KAK MIDAH KATA, CALON BN DI KUALA KANGSAR ADALAH 'LAWAK JENAKA'!!!



Keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dilihat sebagai satu lawak jenaka pucuk pimpinan parti itu.

Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata demikian selepas mendapati ramai akar umbi parti itu sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura, balu bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.

Katanya, pencalonan Mastura hanyalah untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN sebelum ini yang sentiasa mengetegah calon berkaliber dan mampu berkhidmat untuk rakyat.

“Saya pun tak faham apa strategi BN dengan meletakkan Datin Mastura sebagai calon.

“Strategi meraih simpati itu sudah lari daripada strategi asal UMNO dan BN yang mahu meletakkan calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan menyumbang tenaga.

“Ia menunjukkan UMNO dan BN sudah tenat sehingga terpaksa guna elemen simpati untuk menarik undi,” katanya yang turut menegaskan Mastura masih tidak cukup pengalaman dalam bidang politik.

Tambahnya lagi, proses berkempen adalah penting untuk calon mengambil tahu dan melihat sendiri permasalahan rakyat demi melakukan perubahan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen.

“Namun, halangan (temph edah) Mastura tidak turun berkempen dikhuatiri akan menjadi kekurangan. Saya juga tidak yakin rakyat akan mengundi calon BN atas dasar simpati. Ini bukan medan mencari simpati dan keadaan Mastura sebagai balu sepatutnya diberi sokongan bukan digunakan sebagai strategi menang pilihanraya,” katanya kepada FMT.

Ekoran itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng turut menjangkakan pengundi Kuala Kangsar akan berubah angin menolak BN dan memilih calon PAS yang dilihat mampu membawa suara rakyat berbanding BN.

“Sokongan rakyat kepada calon pembangkang (PAS) bukan kerana mereka suka pembangkang tetapi mereka tidak suka calon BN. Selain itu, mereka juga tiada pilihan. Situasi dan isu semasa seolah-olah membolehkan calon PAS berpeluang untuk menang.

“Ini ditambah dengan isu Datuk Seri Najib Razak yang semua sedia maklum diikuti kemarahan penduduk Kuala Kangsar yang kebanyakannya penoreh getah dan menanam kelapa sawit di mana harga getah dan kelapa sawit turun sehingga menekan hidup mereka.

“Akar umbi BN juga tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura dan mengajak penduduk mengundi calon yang tidak ada edah (pembangkang),” katanya.

Terdahulu, Mastura tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.

Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami. (FMT)


Sunday, May 29, 2016

ORANG BUKAN ISLAM TAK PERLU MENYIBUK DAN MASUK CAMPUR, KATA HADI AWANG!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar segelintir pihak yang mempertikai usul Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkannya di Parlimen, kelmarin.

Katanya, orang bukan Islam sepatutnya tidak masuk campur.

“MIC dan MCA lebih faham dan DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan. PAN pula tidak faham sempadan,” katanya dalam satu sidang media di Markas PAS, Simpang Lima malam tadi.

Mengulas lanjut Hadi berkata, DAP sebenarnya mempunyai agenda untuk memburukkan agama Islam.

“Ada agenda di belakang DAP yang cuba hendak memburukkan Islam. Mereka bimbang sekiranya akta itu dilaksanakan, ia akan mendapat respon positif daripada penganut bukan Islam,” katanya lagi.

Ini dibuktikan apabila DAP dengan lantang menyatakan bangkangan selepas Hadi membentangkan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa Abdul Hadi tidak mengikut Perlembagaan.

Begitu jugan dengan Timbalan Setiausaha Agung DAP, P. Ramasamy menganggap RUU yang dibentangkan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan perasaan orang bukan Melayu di negara ini.

Dalam perkembangan lain, Hadi semalam turut membidas segelintir pihak yang mempersoalkan pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana pemilihan orang luar bukan sesuatu yang luar biasa.

“Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP) bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Jadi tidak ada masalah,” katanya.

PAS mengumumkan untuk mempertaruh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. (ISMAWEB)


KAK MIDAH BAKAL MENYERTAI PRK PARLIMEN KUALA KANGSAR SEBAGAI CALON BEBAS?!!!



Desas-desus semakin bertiup kencang di Kuala Kangsar.

Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia merangkap bekas ADUN Sungai Rapat dan bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng, yang telah dipecat dari UMNO beberapa bulan dahulu kerana tindak-tanduknya yang bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

UMNO dan PAS telah pun mengumumkan calon-calon mereka yang akan bertanding di PRK Kuala Kangsar merebut kerusi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas pada awal Mei lalu. PAN yang digembar-gembur akan turut serta dalam perebutan tersebut, belum menamakan calon mereka sehinggalah hari Rabu minggu hadapan.

Hamidah Osman atau lebih dikenali sebagai Kak Midah dikatakan akan mencalonkan dirinya di Kuala Kangsar. Walaupun dilihat merupakan proksi Tun Mahathir di mana Kak Midah sendiri adalah penyokong kuat Tun Mahathir, bekas Exco Kanan Perak itu dilihat wajar untuk menguji kekuatan dan pengaruhnya di Kuala Kangsar.

Kak Midah kini tidak berparti. Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana perlembagaan atau peraturan parti. Kumpulan protun yang seringkali bercakap besar tentang sokongan rakyat kepada Mahathir untuk menggulingkan Najib bolehlah dipergunakan di Kuala Kangsar sebagai jentera parti.

Lagipun, sebagai bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Kak Midah tentu sekali tahu secara terperinci dengan taktik dan teknik yang digunakan oleh tulang belakang UMNO itu. Sekaligus memudahkan Kak Midah untuk mengadaptasi bagi memastikan kemenangannya dalam PRK Kuala Kangsar.

Manalah tahu, nak dijadikan cerita, Kak Midah ada rezeki menang dan bergelar Ahli parlimen. Kalau sudah menjadi Ahli Parlimen, sudah tentu urusan akan menjadi lebih mudah, terutama sekali yang membabitkan syarat-syarat dan tuntutan.

Bagaimanapun, ini sekadar desas-desus sahaja. Tuan punya badan sendiri belum membuat sebarang pengumuman serta keputusan. Negara ini mengamalkan demokrasi. Jadi kalaupun benar desas-desus tersebut, Kak Midah sekadar menjalankan dan memeriahkan amalan demokrasi di negara ini!


PUNYALAH BUTA PERUT, HAL-EHWAL ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN DINAFIKAN, SEKOLAH-SEKOLAH VERNAKULAR YANG TIDAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN DIBELA!!!



Kata dua beberapa Menteri Kabinet dari MCA dan GERAKAN kepada kepimpinan UMNO berhubung RUU Hukum Hudud yang dibentangkan oleh Presiden PAS, sememangnya cukup menyakitkan hati.

Undang-undang tersebut sekiranya diluluskan, hanyalah memperkasakan undang-undang syariah sedia ada yang kerana Perlembagaan, menyebabkan undang-undang itu hanya dikuatkuasakan kepada umat Islam negara ini sahaja. Tiada seorang bukan Islam pun yang pernah dihadapkan, dibicarakan dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah.

Jadi, muncul persoalan besar, apa masalah sebenarnya puak-puak ini begitu beria-ia menentang pemerkasaan Undang-Undang Syariah di negara ini?

Lainlah kalau UMNO dan PAS bergabung bersama-sama parti Bumiputera lain dan mereka menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen majoriti sekaligus membolehkan Perlembagaan dipinda dan undang-undang yang digunapakai di negara ini adalah Undang-Undang Syariah sepenuhnya yang terkandung di dalamnya adalah Hudud, Qisas dan Takzir.

Kedudukan agama Islam dan hal-ehwal agama serta tadbir urus umat Islam, sudah dinyatakan secara terang di dalam Perlembagaan. Puak yang diketuai oleh DAP, sekarang ini menggunakan Perlembagaan untuk menutup kejahatan dan sikap dengki mereka sedangkan mereka sendiri tidak begitu memahami Perlembagaan Persekutuan.

Pada bahagian manakah yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan? Pada menyatakan bahawa semua undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal (ARTIKEL 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN).

Bagaimana pula dengan ARTIKEL 3 (5) berkenaan Agama Persekutuan yang membabtikan peruntukan-peruntukan bagi hal ehwal agama Islam?


Bagaimana pula dengan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan yang tidak terdapat langsung peruntukannya di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Mengapa pula dalam hal ini, para pemimpin MCA, GERAKAN dan DAP langsung tidak bersuara sedangkan sekolah-sekolah vernakular tersebut jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan membabitkan pendidikan?

Kalau kerajaan sudah bertoleransi dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang melahirkan chauvanist yang tidak mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan secara fasih, malah gagal menyanyikan lagu Negaraku, mengapa pula mereka terlalu sibuk dalam hal-ehwal agama Islam?

Elok jugalah mereka meletak jawatan atau keluar dari Barisan Nasional memandangkan selama ini pun mereka lebih banyak menumpang Melayu dan Bumiputera untuk memperolehi kedudukan sekarang. Elok juga Kabinet terdiri daripada Melayu dan Bumiputera yang lebih memahami keperluan undang-undang syariah sekalipun ramai Bumiputera yang tidak beragama Islam!!!


AZMIN ALI MERAJUK DI SUNGAI BESAR, HABIS SEMUA DIBATALKANNYA!!!



Beria-ia Azmin Ali berjanji dia akan terus berkampung di Sungai Besar sehingga hari pengundian. Azmin Ali dikatakan mahu meletakkan calon PKR di kerusi parlimen tersebut. Beberapa nama juga sudah diangkat.

Tetapi apabila UMNO dan PAS menamakan calon masing-masing, Azmin Ali mulai kendur. PAS yang dikatakannya akan termakan dengan pujukannya, bukan sahaja tidak mengendahkan, tetapi mereka memperolok-olokkan Azmin Ali dengan pencalonan Dr. Rani Osman, ADUN Meru. Manakala UMNO-BN pula mencalonkan Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang.

Tidak cukup dengan itu, tiada sebuah bendera PKR pun di sepanjang laluan Sungai Besar ke Sabak Bernam atau Tanjung Karang. Sebaliknya yang kelihatan hanyalah kelompok-kelompok bendera berwarna jingga milik parti Amanah.

Sokongan DAP dan Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka kepada Parti Amanah Negara, dikatakan menjadi faktor utama Azmin Ali merajuk dan berkemas meninggalkan Sungai Besar. Keengganan PAS dan PAN menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar untuk ditandingi PKR, adalah faktor kedua. Dia tidak sahaja merajuk tetapi juga memulaukan pilihan raya kecil itu.

Untuk menunjukkan dia benar-benar merajuk dan ambil hati, beberapa pihak mendakwa Azmin Ali telah menyekat segala peruntukan yang dicanang-canangkannya sebelum ini ke Parlimen itu seperti peruntukan berbuka puasa di setiap masjid, peruntukan membaik pulih masjid dan surau usang dan sebagainya. Malahan Azmin turut menutup semua bilik gerakan yang dibukanya semenjak 7 Mei lalu.

Selain itu, Azmin turut membatalkan semua tempahan hotel, chalet, homestay dan rumah-rumah sewa yang sepatutnya menempatkan jentera PKR di Parlimen Sungai Besar.

Selepas Wan Azizah menyatakan sokongan agar Parti Amanah Negara mencalonkan calon mereka di PRK Sungai Besar, cadangan Azmin Ali untuk meletakkan calonnya sendiri, tidak mendapat sokongan. Tanpa sokongan daripada DAP dan kem Wan Azizah, bermakna Azmin Ali hanya membuat kerja sia-sia.

Jadi tidak hairanlah mengapa Menteri Besar yang berlakon dengan kain pelikatnya kemas kain baju dan pulang segera meninggalkan Sungai Besar!!!


Saturday, May 28, 2016

TIDAKLAH SEJAHIL MANA: CALON BN KUALA KANGSAR TIDAK AKAN KELUAR BERKEMPEN KERANA IHDAD!!!



Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh
Alhamdulillah robbil alamin wabihi nastai
Allahhummasoli'ala saidina Muhammad wa'ala ali Muhammad

Salam sejahtera salam 1 Malaysia salam Perak Aman Jaya dan Salam ukhuwah kita Orang Kuale.

Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah swt kerana atas ketentuannya jua kita di Kuala diuji dengan pemergian suami saya Dato Wan Khair-il selaku Ahli Parlimen tuan-tuan dan puan-puan ke rahmatullah.

Memang berat ujian ini buat saya dan keluarga namun berkat doa serta sokongan kaum keluarga sahabat handai khususnya taulan dan rakyat di Kuala Kangsar, kami sekeluarga redho mengharungi waktu getir ini.

Hari ini setelah 2 minggu insiden yang berlaku di Sarawak berlalu, atas ketentuan Allah swt saya dinamakan sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar untuk mengisi kekosongan kerusi Ahli parlimen di sini. Sudah tentu ini adalah amanah berat yang diberikan kepada saya kerana ia bukan hanya sekadar menggalas tanggungjawab kepercayaan parti kepada saya tetapi kerusi parlimen Kuala Kangsar sebelum ini disandang oleh Arwah suami saya sendiri.

Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti khususnya kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perak atas kepercayaan menamakan saya sebagai calon, namun saya memohon maaf kepada semua kerana menurut amalan parti dan gerak kerja pilihanraya selaku orang yang dinamankan sebagai calon saya seharusnya berada bersama-sama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen bagi berkongsi semangat untuk memenangi pilihanraya kecil ini, tetapi batas agama seperti yang dijelaskan dalam hukum dan pandangan mufti serta agamawan, menghadkan pergerakan saya sebagai isteri yang masih di dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari dan edah.
Tempoh syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini.

InshaaAllah sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen nanti, saya akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya. Namun saya amat yakin dengan kekuatan dan kekompakan jentera parti kerana saya pernah menyaksikan semangat seluruh jentera parti dalam memenangkan arwah suami saya sebagai calon parti pada 2 pilihanraya iaitu pada tahun 2008 dan 2013.

Saya amat mengharapkan sokongan seluruh jentera parti kerana ini adalah perjuangan semua, perjuangan UMNO dan Barisana Nasional juga perjuangan orang Kuala.
Saya sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suami saya kepada orang Kuala.

Untuk itu saya berdoa kepada Allah agar sokongan orang Kuala kepada parti dan arwah dapat diteruskan pada Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan pada 18 Jun 2016 ini nanti. Pilihanraya ini bukan soal saya tetapi Barisan Nasional sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas oleh arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat.
Kepada Allah dipohonkan agar kita semua dikurniakan kekuatan pemuafakatan serta keberkatan dalam perjuangan ini.

Sekali lagi kemaafan saya pohonkan kerana sepanjang tempoh ini gerakan serta penglibatan saya terbatas. Saya yakin atas hikmah yang ditetapkan Allah kepada kita semua pada Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba beberapa hari lagi kepada seluruh warga Kuala daripada saya dan seluruh ahli keluarga.

Sekian. Assalammualaikum wbt dan Al-Fatihah kepada arwah suami saya Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Mastura Mohd Yazid
Calon BN PRK Kuala Kangsar


KERANA LARANGAN IHDAD, CALON BN KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH UNTUK BERKEMPEN!!!!



Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh 'iddah.
Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas2 agama yg merentasi fahaman mahupun ideologi politik.
Hukum bg wanita yg sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan "keluar" dari rumah selama 4 bulan 10 hari.
Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:
1. Al-Quran
Firman Allah SWT:
( وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ( 234 ) )
Maksudnya: "Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (QS Al-Baqarah, 2:234)
2. Hadis Nabi SAW
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ
Dari Ummu 'Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika ia bersih (daripada haid). (Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya)." (HR al-Bukhari & Muslim)
Jadi persoalannya bagaimana dgn Puan Mastura?
Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah utk berkempen. Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau utk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya. Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yg telah diputuskan dalam agama kami.
Wallaahualam.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

NOTA THE SAVIOUR:
Jumhur ulama termasuklah dari golongan Syafiiyyah yang sangat keras disiplin hukumnya, mengharuskan wanita yang sedang berihdad (berkabung) kerana kematian suami, untuk keluar dari rumah pada waktu siang bagi menguruskan keperluannya yang mendesak terutama sekali dalam mencari nafkah. Manakala hukum bersolek, berhias, berdandan, berpakaian dan sebagainya adalah jelas.
Bagaimanapun, wanita berkenaan perlu pulang bermalam di rumah Allahyarham suaminya sepanjang tempoh iddah dan ihdadnya (4 bulan 10 hari).
Mencari jalan tengah dengan mewakilkan anak dalam kempen bagi calon BN Kuala Kangsar itu adalah yang sebaik-baiknya.


MUSLIMAH BERTEMU WANITA, DOKTOR BERTEMU PEGUAM... SITUASI DI KUALA KANGSAR SANGAT MENARIK!!!



Seperti yang dijangkakan ramai, akhirnya balu Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar terpilih sebagai calon PRK Kuala Kangsar mewakili UMNO-BN.

Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar adalah penyandang kerusi Parlimen tersebut dan terkorban dalam tragedi helikopter terhempas pada awal Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.

PAS lebih awal mengumumkan calon mereka, Dr. Najihatussalehah Hj. Ahmad, yang berasal dari Pasir Salak dan pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia adalah Ketua Muslimat PAS Perak.


Parti Amanah Negara (AMANAH @ PAN) belum lagi mengumumkan calon mereka, meskipun begitu yakin, kemenangan di Kuala Kangsar akan berpihak kepada PAN.

Kedua-dua calon dari UMNO-BN dan PAS ini terdiri daripada kaum muslimah yang berlatar belakangkan akademik dan kerjaya profesional. Bagaimanapun, dari sudut tempatan, Datin Mastura Mohd Yazid lebih berkelebihan memandangkan sepanjang Allahyarham suaminya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, dia tidak pernah ketinggalan untuk sama-sama berkhidmat kepada masyarakat.

Baik UMNO mahupun PAS, berhadapan dengan masalah kepimpinan yang agak meruncing di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar pernah menyaksikan bekas Ketua Wanita UMNOnya, Kamelia Ibrahim keluar dari parti sewaktu PRU-13 hampir berlangsung sehingga menyebabkan majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairul Anuar merosot terus berbanding keputusan pada PRU-12.

Ancaman sabotaj merupakan masalah yang perlu dihadapi oleh UMNO-BN di Kuala Kangsar.


Begitu juga dengan PAS yang berhadapan dengan masalah serpihannya, PAN. Setakat ini, tidak diketahui seramai manakah ahli-ahli PAS menyeberangi parti itu ke pangkuan PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu. Walaupun dikatakan jumlahnya terlalu kecil berbanding cakap-cakap besar para pemimpin PAN yang cuba mendapatkan kekaguman daripada taukeh-taukeh mereka dalam DAP, hakikatnya, ancaman daripada PAN tidak boleh dipandang ringan oleh PAS.

Pada masa yang sama, PAS dan UMNO berhadapan dengan satu lagi musuh bersama iaitu Tun Dr. Mahathir dan team Deklarasi gilanya!

Difahamkan ada ura-ura tajaan ke atas seorang Ketua Cawangan UMNO untuk menjadi calon BEBAS di Kuala Kangsar. Bukan untuk menang tetapi sekadar untuk memecahkan undi dan memalukan UMNO serta PAS.

Ditambah pula dengan ikrar Tun Dr. Mahathir sendiri bahawa dia akan turun berceramah, berkempen dan menghasut para pengundi agar tidak memberikan undi kepada BN mahupun PAS yang disifatkannya sebagai berkompromi untuk memenangkan calon BN.

Perkembangan yang amat menurut sementara menunggu hari pencalonan dan hari-hari berkempen!!!


TAK PERLULAH BAWA BUDAYA POLITIK SAMSENG DI SUNGAI BESAR KALAU BAPA PENYOKONG UMNO, IBU MUSLIMAT PAS, ANAK LELAKI KETUA AMK DAN ANAK PEREMPUAN KETUA PUTERI CAWANGAN!!!



Politik di Sungai Panjang adalah tidak seperti di Ampang atau Pandan mahupun di Tanjung atau Kuala Kedah. Walaupun komposisinya adalah Jawa dan Banjar, kebanyakan daripada mereka mempunyai tali persaudaraan sama ada menerusi perkahwinan mahupun memang asalnya begitu.

Jadi, jangan terkejut sekiranya si bapa adalah penyokong kuat PAS, si ibu pula Ketua Wanita UMNO Cawangan dan anak lelaki pendokong PKR tegar manakala anak perempuan adalah Ketua Puteri Cawangan.

'Industri' utama adalah padi. Jangan pula terkeliru dengan orang luar yang mengambil upah mengerjakan sawah bendang di DUN Sungai Panjang kerana ia sudah menjadi kelaziman. Jadi kalau ada yang bercakap lain macam seperti penyokong PAN atau DAP, sah-sahlah mereka adalah orang luar.

Nak harapkan pengundi Sungai Panjang menyingsing lengan, berparang dan berkapak kerana sokongan kepada parti politik masing-masing, memang tidak wujudlah. Mereka mungkin penyokong kuat PAS, tetapi sebahagian daripada mereka adalah pengundi BN kalau kena dengan hati. Mereka mungkin kelihatan seperti penyokong UMNO-BN tetapi mereka tidak akan segan silu untuk mengundi calon PAS kerana calon PAS mudah dilihat di masjid dan surau serta anak tempatan yang telah dikenali.


Atau nak mengharapkan ada ceramah berapi-api yang bukan sahaja menghasut tetapi juga cubaan memutuskan silaturrahim di Sungai Panjang, memang tidak adalah. Kenduri-kendara tidak dipulau, bahkan majlis rumah terbuka seperti yang dibuat oleh bekas ADUN Sungai Panjang merangkap bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo sebelum-sebelum ini turut dihadiri oleh orang PAS. Bahkan markas besar PAS Sungai Panjang, terletak bersebelahan sahaja dengan rumah Dr. Khir Toyo di Simpang Lima.

Dalam tempoh sebulan ini, Sungai Panjang akan menjadi salah satu daripada dua lokasi yang paling kerap dikunjungi dan didatangi orang luar. Sewa rumah melonjak tinggi sehingga boleh mencecah RM20,000 untuk sebulan. Harga mentarang bakar di tepi jalan pun, akan turut melonjak tinggi. Pekan Sungai Besar yang biasanya hanya sibuk dek orang tempatan pada hujung minggu, akan menjadi medan berkumpulnya orang yang bercakap loghat negeri-negeri di seluruh Malaysia, termasuklah Sabah walaupun sebelum ini, loghat yang ketara hanya Jawa dan Banjar.


Ada yang kata, PRK akan menjadi medan parti pemerintah (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) untuk menabur dedak dan rasuah bagi mendapatkan undi untuk calon masing-masing. Jalanraya akan diturap. Rumah penduduk kampung akan dilawati walaupun sebelum ini, batang hidung pegawai-pegawai daripada agensi-agensi kerajaan, memang susah nak tengok.

Kelebihan ini ada pada Budiman Mohd Zohdi, calon UMNO-BN Parlimen Sungai Besar. Dia sentiasa merayau dari sebuah rumah ke sebuah rumah di seluruh kawasan DUNnya, bertemu dan bersidang di kedai-kedai kopi tempat berkumpulnya para petani dan penduduk untuk mendengar permasalahan dan mencari penyelesaian, membantu penduduk tanpa mengira mereka menyokong parti apa serta sentiasa menyantuni warga Sungai Panjang yang telah dikenalinya dan mengenalinya semenjak dia dilahirkan ke dunia ini.


Justeru kepada para pelancong politik di Sungai Panjang, tidak perlulah menunjukkan sikap ekstrimis atau menghasut para penduduk untuk bergasak sesama sendiri bagi menzahirkan sokongan kepada parti masing-masing-masing. Para pelancong politik, seusai PRK akan pulang ke tempat masing-masing, tetapi para penduduk akan terus berhadapan dengan wajah-wajah dan batang tubuh yang sama.

Mereka sudah cukup aman, jangan diganggugugat keamanan itu dengan sikap ekstremisme.


Friday, May 27, 2016

AKHIRNYA WAIBI KUAT BEKERJA, TERPILIH SEBAGAI CALON BN UNTUK PRK SUNGAI BESAR!!!



Terus terang cakaplah, kalau tengok rupa memanglah susah nak jatuh hati sebab dia tidaklah sehensem De Caprio atau Orlando Bloom.

Kalau nak harapkan dia beryukya-yayea kat lobi-lobi hotel, sambil pekena kopi mahal atau sepinggan nasi berharga RM38, jangan haraplah.

Kalau nak berangan-angan nak jumpa dia kat mana-mana lokasi mewah, juga jangan haraplah kerana dia lebih banyak berada di kawasan, menginap di rumah ibu bapanya di Tebuk Haji Yusof, dan ke sana ke mari melawat, menziarah mahupun menyelesaikan masalah penduduk-penduduk di DUNnya, DUN Sungai Panjang.


Paling-paling kalau bernasib baik, bolehlah berjumpa dia di Dataran Budi yang dibinanya di seberang jalan besar Kelang-Teluk Intan bertentangan dengan rumah ibu bapanya melayan ziarah rakyat yang diwakili dengan pengaturan program-program Yayasan Budi yang ditubuhkannya semenjak dia menjadi ADUN.

Atau paling mudah, bertemu dengannya di pusat khidmatnya yang terletak di tengah-tengah pekan Sungai Besar. Pejabat yang sangat sederhana tanpa hiasan mewah tetapi menerima kunjungan tidak putus-putus daripada penduduk di DUN Sungai Panjang yang datang dengan pelbagai masalah... dari masalah-masalah besar, sehinggalah ke masalah anak tidak mendengar cakap ibu bapa!


Justeru, apabila terpilih sebagai calon yang akan mewakili UMNO-BN di PRK Sungai Besar, mengatasi beberapa nama lain, bagi menggantikan Allahyarham Dato Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam satu tragedi helikopter terhempas di Sebuyau awal Mei lalu, Budiman Zohdi sebenarnya telah memasuki peringkat yang lebih tinggi dalam kerjaya politiknya.

Walaupun terdapat permintaan dan desakan daripada para pengundi di Sungai Panjang agar Budiman menjadi calon kerana kerja-kerja kerasnya bersama-sama rakyat tanpa mengira masa, beberapa nama lain juga yang turut mempunyai kepentingan bagi pihak tertentu, turut dinamakan.


Bagaimanapun, ternyata pucuk pimpinan terutama sekali Presiden UMNO, Najib Abdul Razak melihat keperluan rakyat di Parlimen Sungai Besar diwakili oleh seorang wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat, bukannya menggunakan rakyat untuk bekerja bagi pihaknya, sebagai kepentingan yang perlu diutamakan.

Budiman bagaimanapun, perlu kerja keras dan komitmen yang bukan kecil. Dia mungkin berhadapan dengan masalah di DUN Sekinchan, malah mungkin juga bakal berhadapan dengan onar yang dibuat oleh golongan kecewa yang gagal mencari projek.

Semoga kerja-kerja baiknya untuk rakyat selama ini, menjadi TAWASSUL yang memudahkan usahanya untuk menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar.


AZWAN ALI KATA, ICU HOSPITAL KUALA LUMPUR MACAM GAMPANG DAN DOKTOR SERTA JURURAWATNYA LEBIH BANYAK MELANGUT!!!



#‎DUNIA_MENGIKTIRAF_DI_KALA_RAKYAT_MENGHINA‬

Saya dikirimkan printscreen ini oleh salah seorang sahabat saya. Beliau memohon saya memberi pencerahan berkenaan kenyataan saudara Azwan Ali.

Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Azwan Ali begitu marah hingga mengeluarkan kata2 sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Namun saya ingin menjelaskan beberapa perkara agar beliau dan masyarakat tidak tersilap faham.

Pertama sekali adalah berkenaan availability antivenom. Sememangnya antivenom cuma boleh diperolehi di hospital kerajaan sahaja. 3 buah hospital swasta terkenal di KL yang saya hubungi iaitu Prince Court Hospital, Gleanagles dan KPJ tidak menyimpan stok antivenom. Kesemua mereka apabila diaju soalan tentang ini telah menjawab mereka akan merujuk kes gigitan ular ke HKL atau hospital2 kerajaan yg berdekatan.

Demikian juga hospital swasta negeri2 lain. Mereka akan merujuk kes gigitan ular ke hospital yang mempunyai Pakar Kecemasan bagi tujuan perawatan lanjut. Jadi, sungguhpun anda memegang kad insurans yang mahal dan hebat2, jika anda dipatuk ular berbisa dan memerlukan antivenom, anda akan dirujuk ke hospital kerajaan yang anda tidak sukai ini juga.

Ini boleh difahami sebenarnya kerana antivenom adalah amat mahal harganya menjangkau ribuan ringgit. Sea snake antivenom misalannya berharga RM 13,500 sebotol). Jadi, tidak kos efektif bagi hospital swasta membeli ubat semahal ini yang amat jarang kes seumpamanya. Mereka menjalankan perniagaan dan perlu memikirkan pulangan yang berbaloi dengan modal.

Namun, kerajaan Malaysia memikirkan tentang kebajikan rakyat. Ke mana lagi mereka boleg pergi utk rawatan bagi kes2 seperti ini. Stok2 antivenom dibeli oleh Kerajaan Malaysia dan dibekalkan di hospital2 yang mempunyai kepakaran untuk menguruskan sakit berkenaan.

Semua harus faham bahawa tidak semua kes gigitan ular memerlukan rawatan antivenom. Hanya 18 dari 40 spesies ular darat di Malaysia adalah berbisa. Malah sekalipun kita digigit oleh spesies ular berbisa tidak semestinya kita memerlukan antivenom kerana majoriti gigitan ular adalah dry bites (patuk dan lari tanpa dos lethal bisa ular masuk ke badan).

Jika setiap klinik hendak dibekalkan stok antivenom, ini sudah tentulah merupakan satu ketirisan kerana ada kawasan2 tertentu yang mungkin hanya mempunyai kes gigitan ular 5 tahun sekali. Takkan nak biar antivenom yang mahal seperti itu terperam macam pekasam hingga expired?
Oleh itu kami ada mekanisme pengagihan antivenom berdasarkan keperluan yang sudah dikaji dan diteliti.

Keduanya, sekiranya perlu diberikan antivenom, ia mestilah keputusan yang dilakukan oleh doktor pakar kecemasan setelah menilai keadaan pesakit. Antivenom perlu diberi di bawah monitoring yang rapi. Ia hanya dilakukan di zon merah jabatan kecemasan. Klinik2 kerajaan tidak ada fasiliti ini dan bukan merupakan tempat yang sesuai untuk rawatan antivenom ini diberikan. Pelbagai perkara boleh berlaku seperti kemerosotan keadaan pesakit yang memerlukan intervention segera seperti intubation dan bantuan pernafasan. Disebabkan inilah, rawatan antivenom hanya boleh diberi di fasiliti yang mempunyai kelengkapan merawat pesakit kritikal iaitu di zon kritikal Jabatan Kecemasan.

Saya kurang faham kenapa ICU HKL dikaitkan dengan perkara ini. Tidak semua kes gigitan ular yang memerlukan antivenom perlu dirawat di ICU. Majoriti dirawat di jabatan kecemasan dan wad biasa sahaja melainkan mereka memerlukan bantuan pernafasan. Jadi mengapa ICU HKL pula dimangsakan dan dimarahi. Ini adalah tidak adil bagi mereka.

ICU HKL adalah merupakan ICU terbesar dan terbaik di negara kita. Tidak ada hospital swasta atau hospital kerajaan lain yang berani mendabik dada mereka lebih hebat dari ICU HKL. Para pakar2 seluruh negara termasuk di swasta amat menghormati HKL kerana para sifu, otai , mahaguru segala disiplin bermastautin di sana.

Kehebatan HKL ini diiktiraf hatta ketika lawatan Presiden Obama. Pasukan perubatan Presiden Obama telah melakukan tinjauan berkali2 selama berbulan2 sebelum lawatan Presiden Obama. Mereka mencari hospital terbaik yg boleh merawat Presiden mereka jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Segala aspek ditinjau terutamanya aspek kepakaran, availability multidisiplin, fasiliti dan kelengkapan dan sebagainya. Tinjauan turut dilakukan di hospital2 swasta yang berdekatan. Akhirnya mereka memilih HKL sebagai hospital yang akan merawat Presiden Obama. Keputusan mencerminkan kualiti dan standard HKL.

Jadi amat lucu dan tidak patut bagi staf dan doktor2 ICU HKL dimarahi hingga hendak diludah seperti ini. HKL adalah centre of excellence dengan pelbagai pencapaian antarabangsa. Terbaru, HKL telah memenangi anugerah bertaraf dunia Best Hospital Brand Award 2016 mengalahkan semua hospital lain termasuk hospital swasta bagi kategori Healthcare yang dipilih oleh Global Brands Magazine UK!

Perkhidmatan kesihatan kita juga dinilai sebagai no 3 terbaik di dunia oleh tinjauan International Living di Amerika Syarikat. Kita hanya di belakang Perancis dan Uruguay sahaja.

Saya hairan dengan mentaliti rakyat kita dewasa ini. Baru beberapa hari lepas doktor HKL dimaki sebagai babi. Kini ini pula.
Ludah dan makilah HKL dan petugasnya wahai rakyat di kala dunia mengiktiraf HKL dan perkhidmatan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia.

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Kecemasan dan Trauma


HUDUD: NAK MARAH APA, JANJI KESEMUA MEREKA SOKONG TUN GULINGKAN NAJIB!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang persendirian itu disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam aturan mesyuarat pada hari akhir sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ini adalah kali ketiga Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada tahun lepas.

Sama seperti sebelum ini, rang undang-undang persendirian ini juga dipercayai tidak akan sempat dibentangkan dalam persidangan.

Rang undang-undang persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

Presiden PAS itu kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan PAS mengemukakan rang undang-undang persendirian (RUU) itu.

Baru sahaja kemukakan RUU, tetapi DAP dan beberapa orang Ahli Parlimen bukan Melayu dari BN, melompat, meloncat dan menyeranah UMNO kerana kononnya telah mengkhianati Perlembagaan Malaysia. 

Tidak cukup dengan itu, salah seorang Exco Negeri Kedah dari Kedah, Leong Yong Kong mengambil tindakan keluar parti tetapi tidak meletak jawatan sebagai Exco Negeri kerana menentang RUU itu. 

Reaksi yang ditnjukkan oleh pemimpin-pemimpin golongan bukan Islam yang terdiri daripada cauvanis DAP seperti Ong Kian Min, Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok Suh Kim dan Chong Chien Jen yang bermati-matian menentang dan berusaha menggagalkan Abdul Hadi Awang daripada membentangkan RUU itu memperlihatkan sikap mereka yang jahat walaupun RUU tersebut bertujuan untuk permulaan tindakan dan penguatkuasaan undang-undang ke atas umat Islam di Kelantan.

Tidak cukup dengan itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy kemudiannya mencabar parti-parti seperti MCA, MIC, SUPP dan GERAKAN meninggalkan Barisan Nasional sebagai cara menekan dan menggugut UMNO agar tidak menyokong RUU itu. Manakala Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam dari BN seperti Ong Ka Chuan, Dr. Wee Ka Siong, Mah Siew Keong, Ti Lian Ker dan lain-lain lagi turut menunjukkan permusuhan dan kebencian secara terbuka kepada usaha untuk memperkasakan undang-undang Islam di negara ini. 

Aneh, mengapa mereka perlu menentang sedangkan perundangan ini hanya tertakluk kepada umat Islam dan langsung tiada kaitan dengan bukan Islam.

Apakah kebimbangan 87 orang Ahli Parlimen UMNO akan menyokong RUU PAS, sekaligus mewujudkan satu kerjasama politik jitu antara umat Islam, sebenarnya yang membimbangkan mereka?

Tapi buat apa nak marah, kan? Sebab sebahagian besar daripada penentang RUU ini adalah penyokong kuat Mahathir dalam gerakan menggulingkan Najib, UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin tentangan ini merupakan pemangkin dan pencetus kepada penubuhan sebuah parti politik yang diterajui oleh Mahathir, yang bukan sahaja menentang Najib, UMNO dan Barisan Nasional tetapi juga memastikan RUU tersebut tidak dibahaskan dan kemudian diuji dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. 


NEGARA LUAR IKTIRAF PROGRAM PERMATA, DALAM NEGARA MENCEMUH DAN MENFITNAH PERMATA... ELOK PROGRAM PERMATA DIEKSPORT KE NEGARA ASING SAHAJA!!!



Pendidikan secara formal untuk memupuk bakat serta meningkatkan perkembangan kanak-kanak masih lagi dilihat terau asing di negara ini walaupun kita sudah berdekad-dekad merdeka, malah kebanyakan rakyat negara ini cukup pandai bercakap terutama sekali apabila mereka menggunakan media sosial seperti Facaebook.

Apa yang terlintas di fikiran mereka hanyalah, sebarang program untuk kanak-kanak adalah satu cara kerajaan untuk mengapur peruntukan dari wang negara untuk kepentingan diri.

Itulah yang berlaku kepada PERMATA. Program PERMATA kalau ditanya kepada kebanyakan orang 'pandai' di FB, pasti kita akan bertemu dengan jawapan dan teori tentang pencurian wang negara.

Anehnya, di sebaliknya pelbagai tohmahan, fitnah dan caci nista tentang PERMATA, negara-negara luar mengiktiraf PERMATA sebagai program yang terbaik untuk kanak-kanak di negara mereka. Pengiktirafan dan sanjungan diberikan kepada program yang ditentang kuat oleh 'orang-orang pandai' di Malaysia.

Terbaharu adalah, PERMATA diumumkan sebagai pemenang anugerah '3G Children Welfare Award' dalam majlis Global Good Governance Award 2016 di Istanbul, Turki semalam.

Para pembenci Rosmah dan PERMATA, tentu sekali muncul dengan idea dan teori mereka, kononnya penganjur majlis penganugerahan tersebut telah dibayar dan dirasuah agar PERMATA diberikan kemenangan. Dan 'pengiktirafan' seperti itu daripada rakyat Malaysia yang berasa mereka terlalu 'pandai' bukanlah sesuatu yang menganehkan.

Alasan mereka, Malaysia sudah ada TADIKA dan pusat-pusat asuhan kanak-kanak yang lain. Kerajaan telah membazir wang rakyat Malaysia untuk kanak-kanak walaupun pada masa yang sama, mereka tidak pernah mahu tahu atau mengkaji mengapa PERMATA diwujudkan.

Pengiktirafan antarabangsa ini bukanlah satu-satunya. Sebelum  ini, beberapa negara Arab lain turut mengiktiraf kemajuan dan kewujudan PERMATA, malahan meniru program tersebut untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak di negara masing-masing.

Penaung program PERMATA, Rosmah Mansor berkata, anugerah tersebut akan menginspirasikan mereka untuk bekerja lebih keras dan mewujudkan sektor-sektor baru bagi program tersebut di Malaysia.

Mengapa Rosmah perlu bersusah payah untuk memajukan program yang banyak menimbulkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat Malaysia yang berasa lebih pandai daripada segala makhluk lain di dunia ini?

Mungkin ada baik baiknya jikalau program tersebut dieksport di negara-negara asing agar implementasi Program PERMATA membantu menyelesaikan masalah sosial mahupun mewujudkan generasi muda yang lebih berinovasi dan kreatif berbanding di Malaysia. 

Malaysia sudah tidak memerlukan program-program sebegitu. Kecuali program-program yang membolehkan generasi muda bermulut lancang, kuat mempercayai fitnah, sentiasa menganggap orang lain rasuah manakala pemimpin pujaan seperti Tun Dr. Mahathir bukan sahaja bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa, tetapi juga sangat maksum  kerana tidak pernah mengakui wang negara yang dibalun menerusi proksi dan kroni menerusi pelbagai projek penswastaan masuk ke akaunnya dan anak- beranaknya yang lain.

Kalau negara lain begitu teruja untuk berkongsi 'rahsia' program PERMATA, seelok-eloknya, PERMATA dilaksanakan di negara luar dan bukannya di Malaysia kerana kejayaan PERMATA selepas itu, akan lebih membuka mata, memandangkan rakyat Malaysia amat menyanjung berita-berita dari luar negara yang disifatkan lebih jujur berbanding berita-berita yang dilaporkan dalam negara yang ditakrifkan sebagai sudah dibeli dan dirasuah.

Negara-negara luar yang mengadaptasi program PERMATA, memberikan penekanan dan perhatian bukan sahaja kepada kebajikan kanak-kanak tetapi juga perkembangan mental di mana bakat-bakat mereka dipupuk serta dikembangkan dari usia yang masih muda. 

Selain PERMATA yang menerima anugerah '3G Children Welfare Award', Malaysia turut menggondol empat lagi anugerah daripada 24 anugerah sepanjang majlis. 

Penerima-penerimanya adalah Universiti Teknologi Mra (UITM) dengan '3G Critic's Choice Good Governance Award' dalam bidang pendidikan 2016; Amanah Ikhtiar Malaysia (3G Women Empowerment Award 2016); Agro Bank (3G Financial Services ward 2016) dan PEMANDU (3G Best Public Sector Reforms Programme 2016.

Anugerah 3G dibangunkan oleh Cabmridge IF Analytic, sebuah badan perisikan perkhidmatan kewangan, yang mengiktiraf kerajaan, badan korporat dan bukan kerajaan yang cemerlang dalam ketelusan, ditadbir urus dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sosial dengan baik.


Thursday, May 26, 2016

SURAT TERBUKA BUAT SYED SADDIQ YANG KUAT MENJILAT MAHATHIR!!!!



Surat Terbuka buat Syed Saddiq

 Dik,

 Kami dulu kena hempuk di jalanraya dengan FRU pasal lawan mahathir. Masa tu 1998 era reformasi. Dik buat apa masa tu? 

Dik umur sekarang 24 bukan? 2016 tolak 1998 , bersamaan 18 tahun.

 Jadi adik di mana 18 tahun dulu?

 Adik Saddiq masa tu 6 tahun. Masa adik 6 tahun, kami lawan di jalanraya. Gas pemedih mata dan water cannon tu biasa.

Masa tu kami sungguh-sungguh lawan bukan semata-mata nak bela anwar, kami nak Mahathir undur. Sama seperti yang adik mahu Najib undur.

Ya, kami juga mahu selamatkan malaysia waktu itu. Tapi kami tak ada lawan pergi kumpul tanda tangan. Itu kerja bodoh dik.

Kami tak ada pergi hotel ceramah, duduk bawah aircond, pakai smart, dan kemudian claim lawan untuk rakyat.

 Dik,

 Sekarang 18 tahun sudah berlalu, adik nak selamatkan malaysia bersekongkol pula dengan mahathir, orang yg sama rosakkan malaysia terlebih dahulu.

 Dik,

 Sebab tu lah ramai abang-abang dan kakak-kakak ketawa sahaja dengan adik.

Masa adik main baling guli, kami ni main baling peluru tear gas. yang benar, kena pukul dgn cota FRU 1998

Muhamad Harris Nasril Komen facebookers: Abu Nurin:

 Mengapa orang menyampah dengan Syed Saddiq? Sebab dia menggunakan platform menghentam Najib untuk mencari populariti.

Dia pandai menenggek diri dia bersama orang terkenal dan menggunakan social network untuk menunjukkan bertapa dia ni melakukan pengorbanan dan sayangkan Malaysia.

Contohnya, dalam posting dia, dia sengaja letak kononnya esok ada killer exam. Nak tunjuk kerana nak selamatkan Malaysia dia sanggup abaikan killer exam.

Bagi saya, dia ni jauh lebih tak bermaruah dari Adam Adli. Adam Adli dipergunakan untuk street mayhem. Mamat ni mempergunakan isu untuk mencari populari.

 Fahmi Imba Aziz : die ni junior ak dlu bro, xleh pkai mamat Syed ni, die ade kepntingan peribadi nk cipta nama, skang die muda bro, masih lagi tanam benih, tapi kalu die 5 tahun berterusan, konform nama die naik gak, ak rase die akan dijemput kepentas tuk berucap mewakili mana2 parti, dah petah sgt, tiba masa ade gak politikus nk pkai org mcm ni.

 Maszeli Mohammad Wee : Thn 1998 citer TV kanak2 cm ALONG n siti sifir tgh naik bam...kikiki...

 Encik Ahmad : Dik, ko BANGANG. Tu je nak cakap.

 Ganesh Reddy : Syed saddiq ini kalau pergi kampung2 boleh ke dia mengembeleng tenaga rakyat untuk aspirasi politik mereka? Duduk bawah ketiak mahathir dan berucap kat hotel boleh lah...

 Zuan Ishmael : bagus bro...aku suka baca caner ko ligan budak mentah yg baru bercerai susu tapi cuba berlagak penyelamat dunia.

 Muhamad Qalif : Dia belum faham dunia realiti dengan pentas debat, berani berucap pegang microphone belum tentu betul dan bijak.

 Ibrahim Abdillah Dik : punya kulup pun tak setel lagi dik... sembang dalam aircond bleh la dik

 Amirul Amirul Mohd : 6 Tahun ABC pun tak reti lagi

 Human Thorso : Dulu adik kencing masih bercabang, sekarang adik kencing lebat..... 

Siti Aisyah : tipikal anak orang kaya pi disneyland la..hang org miskin tau apa? .. 

Muhammad Nazreen : haha. kau kena tulis surat cinta buat syed saddiq lepas tu mintak mkini publish

 Asy Sybilla Khalil : I demam tau... esok i adew exam susah nk mampuih lagiw.. huhu... tapi i still nk sep malaysia tau... i kuad n tk ponen..

 Ezwan Kamarul : abang masa tu tengah layan seribu tahun tak kan mungkin sambil kena woterkenen air kaler kuning tu dik...ko apa tau

 Nur Dini : Um.. Perjuangan orang lain-lain. Awak nak bandingkan perjuangan awak dgn perjuangan dia. Siap bandingkan umur dia lagi masa awak berjuang. Habis nak suruh dia buat apa? Umur 6 tahun pergi rally? Ajak kawan gelakkan dia lagi. Apa yg awak cuba nak buktikan sebenarnya? Ingat. Perspektif awak, perspektif dia, perspektif semua orang tak sama. Tak semua orang view things the way you do. Pada awak, awak betul. Pada dia, dia betul. It's only a matter of perspective. Untuk awak yg dah mula berjuang dalam umur belasan tahun, kena pukul, kena tembak dgn water cannon, kena gas pemedih mata, untuk awak call out on someone macam ni sangatlah tidak matang. Awak gelakkan dia, persendakan dia dgn kawan-kawan awak. Adakah cara awak benar? Betul la orang cakap, age doesn't define maturity. Nak tegur, tegur. Go ahead. Tapi perlu ke mempersendakan orang hanya kerana awak rasa awak lebih hebat, perjuangan awak lebih hebat?

 Mahadzir Mansor : Nur Dini, awak tak faham apa yg saudara Muhamad Harris Nasril cuba sampaikan. Dia cuma persoalkan kredebiliti syed. Dia bezakan perjuangan zaman dia lawan TM dan syed lawan DSN. Perbezaan yg paling ketara, perjuangan syed lg sng sbb DSN lebih lembut dr TM. Setiap isi ceramah/debat syed kutuk DSN, bawah TM keadaan lebih teruk. Sbb tu ramai yg kutuk kredebiliti syed bila dia endorse TM. Yg lg best, syed post dia berdebat, tp dgn siapa sebenarnya dia berdebat? 

Ahmed Natasha : pun*** punya budak nak jadi popular... anak orang senang bukan tau struggle marhaen

 Saira Lee : surat mohamad Muhamad Harris Nasril ni nk bgtau betapa zalim pemerintah dulu dng sekarang... xkanlah itu pun xleh nak pikir... dulu selamatkan Malaysia dari diktator ... sekarang org tu dah xjd pemerintah so Malaysia dah selamat dah ...hehehe itu pahaman peribadi sy jer ... masing2 ada penilaian sendiri.. SS ni bkn tau apa pun ... dia cuma ngikut2 jer org tu sbb org tu sponsor banyak

SUMBER FB MUHAMMAD HARRIS NASRIL




Wednesday, May 25, 2016

NIK ABDUH KATA, TIADA LAGI RUNDINGAN DENGAN PKR, SAM KETOT PULA TETAP BERTEGAS, RUNDINGAN MASIH BERLANGSUNG... MANA SATU YANG BETUL?!!!



Betullah seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar yang parti-parti pembangkang sebenarnya hanya mahu mengalahkan PAS agar PAS terus berada di bawah telapak kaki dan menjilat ludah Lim Guan Eng, berbanding mahu mengalahkan Barisan Nasional. 

PAS telah memutuskan bahawa calon-calon dari parti itu akan diletakkan di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Jumaat ini, nama-nama calon akan diumumkan. 

Pada masa yang sama, PKR terus bercakap tentang rundingan dengan PAS untuk kedua-dua PRK tersebut.

Hari ini, dua orang Ahli Parlimen dari PAS dan PKR membuat kenyataan yang berbeza tentang rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan PAS telah memutuskan untuk bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Menurutnya, tiada lagi sebarang perbincangan dengan PKR berhubung perkara tersebut yang mana 'telah berakhir beberapa hari lepas'.

"Pakatan Harapan yang belum lagi membuat sebarang keputusan. Itu urusan mereka," kata Nik Abduh kepada wartawan di luar Dewan Rakyat hari ini. 

Pakatan Harapan mengandungi PKR, Amanah dan DAP. PKR masih mengekalkan kerjasama politik dengan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. 

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot tetap menegaskan bahawa perbincangan tentang kerusi-kerusi tersebut masih berlangsung, sambil menyebut tentang kenyataan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah semalam bahawa perbincangan dengan PAS masih bertersuan. 

"Kami tidak akan mendedahkan hasil daripada rundingan tersebut. Tunggu mesyuaratnya dahulu," kata Ahli Parlimen Bukit Katil itu kepada para wartawan. 

Sebelum ini dilaporkan, Amanah sudah bersedia untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen di bawah jenama Pakatan Harapan, sekalipun PKR juga dikatakan turut mengintai kedua-dua kerusi berkenaan untuk ditandingi. 

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas penyandangnya, Noriah Kasnon dan Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. 


MENGAMUK SEBAB PERCAYA KERAJAAN AKAN POTONG GAJI 50% KAKITANGANNYA SAMPAI DIA TAK BOLEH SPORT RIM BARU KERETANYA!!!



Ini bukan berita luar negara!

Jauh sekali berita troll atau anekdot!

Ini berita dalam negara... berita membabitkan rakyat Malaysia. Berita membabitkan rakyat Malaysia yang berasa mereka terlebih intelek dan terlalu bijak.

Entah di mana dia dapat berita yang kerajaan akan memotong gaji sebanyak 50% untuk semua kakitangannya. CUEPAC dan MTUC mahupun kesatuan-kesatuan sekerja lain, tak berbunyi pun, alih-alih mamat ni memekak?

Atau barangkali dia mendapat ilham dan khabar laduni?

Tak pun ada hantu, puaka dan saka yang berbisik ke telinganya tentang rancangan kerajaan mahu memotong 50% gaji kakitangan awam?

Yang menariknya, mengamuk punya mengamuk, ingatkan dia tak boleh beli pampers untuk ibu bapanya yang sedang sakit, atau tidak mempunyai wang untuk disedekahkan ke tabung masjid, atau tidak mempunyai keupayaan untuk membantu anak-anak yatim atau jiran tetangga yang miskin dan tidak mampu, tetapi rupa-rupanya tidak dapat membeli sport rim tayar keretanya!

Ini adalah mentaliti sebenar rakyat Malaysia yang kuat merungut tentang kos sara hidup. Mereka tidak melihat gaji besar yang mereka nikmati berbanding ibu bapa mereka sebaliknya mengeluh tentang kos harga barang yang dibandingkan dengan kos semasa ibu bapa remaja dahulu.

Walhal, tiada suatu hukum dalam dunia ini, apatah lagi dalam ilmu ekonomi, harga barang tidak akan dinaikkan seiring dengan peningkatan kadar gaji dan upah. Apatah lagi barang-barang keperluan di negara ini dikuasai oleh kartel-kartel yang mendanai DAP serta dimiliki pula oleh taukeh-taukeh konglomerat yang cukup kuat pergantungan mereka kepada BULU KETIAK TUN MAHATHIR.

Sebab itulah, sesiapa sahaja yang menjadi golongan PROTUN akan cukup membenci GST, seperti bencinya taukeh-taukeh konglomerat yang meratah kekayaan negara ini dan menghisap darah rakyat Malaysia di bawah jaminan beberapa dekad oleh Tun Mahathir.


DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN HKL YANG GAMBARNYA DIVIRALKAN SEBAB BERMUKA MASAM DAN DITUDUH KURANG ADAB, MEMBERI RESPONS!!!




Pertama sekali, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat. Usaha dan keperihatinan kalian amatlah saya hargai. Terima kasih juga untuk doa yang dikirimkan.

Berdiam bukan bererti kalah, tapi berdiam untuk tidak mengeruhkan keadaan. Apa yang berlaku semalam, motifnya hanya satu iaitu kerana ketidakpuasanhati suami kepada pesakit saya.

Siapa kata doktor dan misi jahat?garang?kurang ajar?Tak kisah apa yang hendak orang awam labelkan kami sebagai pekerja di sektor kesihatan, tapi apa pun tugas yang telah diamanahkan kepada kami, kami akan jalankan dengan penuh rasa tanggungjawab. Betul, ada masa-masanya, mungkin ternampak kami bermasam muka, kami bercakap agak kasar, tapi benda itu semua tidak menghalang kami untuk memberikan yang terbaik utk pesakit kami.





Semua pesakit yang berada di wad saya, saya cuba berikan yang yang terbaik. Jika perlu rujukan dibuat ke team yang lain (contoh pembedahan, medikal dan lain-lain), saya akan buat demi kebaikan pesakit saya. Dan bila mana team tersebut sudah terlibat sama dalam memastikan kesihatan pesakit berada di tahap yang baik, jika pesakit dibenarkan pulang, team berkenaan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana pesakit berkemungkinan memerlukan rawatan susulan dengan team berkenaan di masa akan datang.

Saya biadap?Jika kita pergi rumah orang, perlulah ketuk pintu, beri salam dan perkenalkan diri tak lupa juga tujuan kedatangan kita ke rumah orang itu. Jika tujuan kita dikemukan dengan cara biadap dengan ayat yang kasar, agak-agak tuan rumah akan layan tak? Entah-entah tuan rumah dah report polis ada orang nak menceroboh ke rumahnya.

Saya marah sampai menggeletar dan rasa nak tumbuk? Cuba bayangkan, kalau orang biadap memberi provokasi sedangkan kita sedaya upaya berusaha menerangkan dengan suara yang tenang, tapi dia masih terus meninggikan suara, agak-agak ada orang boleh tahan? Saya juga manusia seperti orang lain, sabar saya ada hadnya. Tapi saya tetap tahan diri dari melakukan perkara yang di luar jangkaan. Saya minta maaf kalau ada orang yang terasa bila saya menyuarakan rasa kemarahan saya kepada misi saya tanpa niat untuk menumbuk sesiapa. Kenapa perlu terasa?


Dipendekkan cerita, jika anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan saya, percakapan saya, atau perbuatan saya, sila lapurkan dengan cara yang betul, bukan melalui facebook. Yang paling menyalahi undang-undag bila mana gambar saya diambil TANPA PENGETAHUAN saya, diambil KETIKA SAYA BEKERJA dan dimuatnaik TANPA IZIN saya. Saya berhak melapurkan kepada SKMM dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Dengan ini, saya meminta maaf secara terbuka jika ada perbuatan atau perkataan saya yang telah menyakitkan hati mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, saya telah membuat aduan polis dan akan memastikan kejadian yang berlaku ke atas diri saya tidak akan berulang lagi untuk mana-mana penjawat awam. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian ini telah memalukan saya, menggugat reputasi saya dan tempat kerja saya serta secara tidak langsung menganggu emosi saya.

Terima kasih.

SUMBER: FB DZURATUL AIN

NOTA: 

RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MENGADA-NGADA DAN MEMANDAI-MANDAI. ELOKLAH PAKAR SAKIT PUAN BERKENAAN BUAT LAPORAN POLIS BAGI MEMBERI TELADAN KEPADA PARA PEMBULI SIBER INI.


 
Blogger Templates