Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label khir toyo. Show all posts
Showing posts with label khir toyo. Show all posts

Friday, October 6, 2017

UMNO-BN SELANGOR WAJIB PERKENALKAN MUKA-MUKA BARU DI KALANGAN PROFESIONAL, KATA KHIR TOYO!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo berkata UMNO memerlukan muka-muka baru yang terdiri daripada golongan profesional untuk bertanding dalam PRU akan datang sekiranya mahu memenangi semula Selangor. 

Menurutnya, UMNO terutama sekali UMNO Selangor telah dicemari dengan reputasi buruk dan langsung tidak menarik minat generasi baru pengundi. 

Untuk tujuan tersebut menurutnya, calon-calon kali pertama haruslah terdiri daripada golongan profesional seperti ahli perniagaan, doktor, jurutera dan sebagainya untuk dibawa masuk bagi menarik minat pengundi sekaligus membantu memulihkan semula imej UMNO.

"Kita perlu memulihkan UMNO dari luar. Kita perlukan profesional untuk memperbaiki UMNO. Kita perlukan ikon-ikon dari luar untuk disuntik ke dalam parti. Kita perlu memberikan peluang kepada mereka sekarang. Ini sahajalah cara yang ada untuk memulihkan UMNO sekarang," kata Dr. Khir Toyo. (RUJUK SINI)

Cadangan yang diberikan oleh Khir Toyo itu sudah pasti akan menaikkan kemarahan sesetengah pemimpin dalam UMNO terutama sekali di Bahagian-Bahagian memandangkan Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan dipilih dari kalangan akar umbi. Ditambah pula dengan budaya pemilihan dalam UMNO sendiri yang seolah-olah menutup ruang kepada golongan terbabit untuk turut menyumbang kepada parti biarpun pada masa yang sama, Bahagian dan Cawangan gagal dalam membantu kemenangan Parlimen, mahupun PDM masing-masing. 

"Hakikatnya, kita memang memerlukan muka-muka baru, agenda baru untuk Selangor dan kita tidak boleh terus bersikap seperti sebelum ini."

Sebelum ini, Dr. Khir telah menggesa Barisan Nasional untuk menyenaraikan calon-calon berpotensi untuk jawatan Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kepada orang ramai, bukan sahaja sebagai iltizam dan azam penuh Barisan Nasional untuk memperbaiki pentadbiran negeri yang menjunam prestasinya di bawah Azmin Ali, bahkan untuk membuktikan UMNO-BN benar-benar serius untuk memenangi kembali Selangor dari tangan Pakatan yang diketuai oleh DAP dan berproksikan Azmin Ali, PKR.

Bekas Menteri Besar Selangor itu juga berkata, persepsi umum bahawa BN kekurangan pemimpin-pemimpin yang kuat di Selangor adalah disebabkan sehingga ke hari ini, BN masih 'malu-malu' untuk menampilkan calon-calon mereka, apatah lagi menamakan calon Menteri Besar.


Saturday, July 2, 2016

BONGOK PUNYA LIM GUAN ENG... HARTANAH YANG DIBELI OLEH KHIR TOYO TAK ADA KAITAN DENGAN PHANG LI KOON!!!



1. Sungguhpun saya tidak mengulas apa-apa mengenai kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng, saya tidak boleh menghalang pelbagai pihak membuat perbandingan dan kenyataan.

2. Namun apabila En Lim Guan Eng sendiri membuat kenyataan membandingkan kes beliau dengan kes saya, maka saya berasakan perlu membetulkan kenyataan beliau.

3. LGE membuat kenyataan, “Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang tidak rugi RM 5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM 300 ribu daripada harga asal RM 2.5 juta. Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.”

4. Jawapan saya, "tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki, LGE meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF dengan harga RM 3.5 juta."

5. Harga ini mengikut penilaian penilai hartanah yang berwibawa dan bank antarabangsa.

6. Harga asal RM 6.5 juta merupakan sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot (fully furnished). Ia sudah merupakan dua entiti yang berbeza.

7. Saya suka mengingatkan LGE keputusan Mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari Kerajaan Negeri Selangor pimpinan saya.

8. Malah permohonan syarikat Shamsudin yang disokong oleh saya juga ditolak oleh PKNS.

9. Saya bersalah kerana dalam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan bukanlah kerana mengambil rasuah, tetapi kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan balasan tidak mencukupi (lebih murah dari nilai sebenar) dari seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengan saya.

10. Dalam kes saya, Mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi Pendakwa, Shamsuddin Haryoni, memberitahu Mahkamah beliau tidak setuju dengan harga RM 3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas.

11. Justeru, saya nasihatkan Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya.

12. Malah kes saya tidak sama dengan beliau kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius.

13. Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, - “Padan Muka”.

14. Bagi saya pendakwaan ini adalah "Poetic Justice"!

- Dr Mohamad Khir Toyo (2 Julai 2016)

Thursday, October 1, 2015

HUKUMAN SETAHUN PENJARA KE ATAS KHIR TOYO TERLALU RINGAN, KATANYA!!!



Para pecacai dan PENYEMBAH PALAT Kit Siang sedang meroyan sakan sambil membandingkan hukuman penjara yang dijalani oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dengan beberapa kes. Sama ada di Facebook, mahupun di WhatsApp, undang-undang kata mereka terlalu berat sebelah dan lebih menekan golongan marhein.

Antara mereka yang membuat kenyataan sebegitu adalah Waythamoorthy, pemimpin HINDRAF yang semakin ketandusan idea untuk menonjolkan diri selepas penubuhan HINDRAF hanyalah untuk kepentingan puak-puak tertentu yang mahu kaya cepat. (RUJUK SINI)

Cukup popular adalah dengan membandingkan hukuman setahun penjara ke atas Khir Toyo dengan hukuman penjara 2 tahun ke atas seorang pencuri tin sardin.

Sekali dengar, memang nampak tidak adilnya. Memang jelas ada kepincangan hukuman dan keadilan.

Namun, bagi yang tidak terburu-buru membuat kesimpulan berdasarkan apa yang dia dengar dan baca, terutama apabila ianya datang daripada puak yang sanggup berbuat apa-apa demi menjatuhkan Kerajaan dan demi memperolehi kuasa, dakwaan seperti itu menambahkan lagi perasaan jengkel dan meluat.

Barangkali kerana sudah ketagihan dengan nasi kangkang Anwar Ibrahim, rata-rata golongan ini bergantung harap kepada otak mereka yang semakin hari semakin mengecut dan sukar untuk menerima hakikat serta kebenaran.

Hukuman yang dijatuhkan kepada Khir Toyo mahupun pencuri tin sardin tersebut telah diputuskan oleh beberapa orang hakim yang arif dalam menilai dan menghukum. Pertimbangan segala aspek telah dibuat sebelum hukuman dijatuhkan. Setiap kesalahan jenayah itu akan ada hukuman minimum dan maksimumnya di dalam akta-akta yang berkaitan.

Contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim sendiri, nabi dan rasul junjungan kaum PENYEMBAH PALAT KIT SIANG....

Sepatutnya hukuman maksimum yang diterimanya adalah penjara 20 tahun dan sebatang. Bagaimanapun, hakim hanya menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun sahaja tanpa sebatang. Adalah dengan kalkulus dan algebra puak PENYEMBAH PALAT KIT SIANG ini, hakim telah melakukan ketidakadilan? Adakah keluarga dan taukeh-taukeh besar yang menyokong Anwar Ibrahim telah kautim dengan hakim-hakim itu?

Seorang pesalah jenayah liwat bernama Abdul Rahim bin Abdul Rahaman telah didapati bersalah di bawah Seksyen 377B dan dijatuhi hukuman penjara selama 60 tahun di penjara dan 22 sebatang rotan.

Anwar Ibrahim juga didakwa di bawah Seksyen 377B, seksyen yang sama dengan Abdul Rahim Abdul Rahman, tetapi hukumannya hanya 5 tahun dan ianya bukanlah jenayah liwat kali pertama yang telah dilakukannya. 


Dalam kes perbandingan yang dibuat oleh PENYEMBAH PALAT KIT SIANG (PPKS), mereka langsung tidak mengambil kira beberapa faktor penting yang menyebabkan hukuman itu dijatuhkan. Mereka langsung tidak menekankan bahawa pencuri sardin tersebut adalah pesalah tegar yang melakukan kesalahan berulang dan telah mempunyai rekod melakukan pelbagai jenayah atau rekod lampau.

Malahan sewaktu hukuman dijatuhkan, pencuri sardin tersebut masih ada lagi kes mencuri motosikal yang masih tergantung!

Barangkali PPKS tidak menyedari atau langsung tidak faham bagaimana sistem keadilan berlaku dan pesalah berulang biasanya akan menerima hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepadanya agar tidak meneruskan perbuatan tersebut atau hukuman seterusnya akan lebih berat.

Yang langsung tidak disebut ialah, selain menjalani hukuman penjara selama 12 bulan, Khir Toyo juga kehilangan hartanahnya yang bernilai RM6.5 juta yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri.

Kalau dah namanya PPKS, bangang abadi memang trademark mereka!

Tuesday, September 29, 2015

CATATAN TERAKHIR KHIR TOYO SEBELUM DIPENJARAKAN!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]

The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.
Dr Mohamad Khir Toyo


KESURAMAN INSTITUSI KEHAKIMAN MALAYSIA... HUKUMAN KE ATAS KHIR TOYO KEKAL, PENJARA 12 BULAN!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Persekutuan kerana kesalahan rasuah.

Dr Khir diarah menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Ketua Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan Dr Mohamad Khir telah melakukan jenayah di bawah pengetahuan dirinya sebagai penjawat awam.


Mahkamah Persekutuan minggu lalu mengekalkan sabitan bersalah terhadap Dr Khir terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.

Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.

Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.



Sunday, September 20, 2015

MALANG BUAT KHIR TOYO KERANA DIA UMNO... KALAU DIA KONCO LIM GUAN ENG, MUNGKIN KEPUTUSANNYA BERBEZA!!!



Kes membabitkan bekas Menteri Besar Selangor era Barisan Nasional, Khir Toyo kembali diperkatakan. Sekaligus menimbulkan beberapa isu baru yang mungkin boleh dibukukan untuk panduan perundangan pada masa hadapan.

Blog ini tidak dibenarkan mengulas tentang mesej yang sedang heboh tersebar menerusi WhatsApp dan diperkatakan, membabitkan peranan dan campurtangan bekas Peguam Negara, Abdul Ghani Patail dan seorang Hakim Mahkamah Agung yang kemudiannya dikatakan telah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan atas pengaruh Abdul Ghani Patail kerana ia mempunyai natijah dan kesan kerana mengganggu perbicaraan selain boleh dituduh menghina mahkamah. Terdapat juga mesej WhatsApp dengan tajuk, 'WHEN JUDGE BRIEFING THE JUDGES' membabitkan konspirasi 4 orang hakim yang sedang beredar kini.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik dari perbicaraan kes tersebut yang boleh pula dibuat perbandingan dengan satu lagi kes yang jauh lebih besar serta memberi kesan lebih teruk kepada rakyat.

Kes tersebut membabitkan tindakan Lim Guan Eng menjual tanah kerajaan di Bayan Mutiara dengan harga lebih rendah dari harga pasaran kepada Ivory Properties. Berita tentang penjualan tanah kerajaan dengan harga rendah tersebut, telah menyebabkan saham-saham Ivory Properties melonjak harganya. (RUJUK DI SINI) dan (DI SINI)


Apakah alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng dengan menyalahkan UMNO dan syarikat-syarikat UMNO tidak masuk tender untuk membeli tanah tersebut menyebabkan penjualan tanah kerajaan pada harga lebih rendah dari pasaran, membolehkan dia bebas daripada dikenakan sebarang tindakan. Manakala individu UMNO yang membeli hartanah lebih rendah dari harga pasaran dengan menggunakan pinjaman bank secara peribadi berjumlah RM3 juta, perlu didapati bersalah?

Dalam hal penjualan tanah kerajaan pada harga lebih rendah dari harga pasaran itu, tiadakah habuan yang diterima oleh pihak-pihak tertentu berdasarkan 'rundingan' dan dasar tolak ansur yang ketara itu kerana dalam apa-apa perniagaan sekalipun, keuntungan maksima adalah motif utamanya, apatah lagi ianya melibatkan tanah kerajaan? Dan kerana asas itulah juga, Khir Toyo didakwa dan kini dalam proses perundangan di Mahkamah Persekutuan.

Kedua-dua kes berlaku dalam tempoh perkhidmatan bekas Peguam Negara. Malah turut diuruskan oleh SPRM yang sama. Tetapi hanya kes membabitkan Khir Toyo sahaja yang dikenakan tindakan, manakala kes-kes yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadiran DAP, lepas bebas pula?

Apakah undang-undang 'MEMBELI HARTANAH DI BAWAH HARGA PASARAN' hanya tertakluk kepada individu dari UMNO semata-mata?

Maka tidak hairanlah mengapa dalam banyak kes undang-undang melibatkan Lim Guan Eng dan DAP, kemenangan sentiasa berpihak kepada mereka....




Wednesday, August 26, 2015

KHIR TOYO JATUH, PITAM, DIKEJARKAN KE HOSPITAL SELAYANG DAN AKHIRNYA KE IJN!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas terjatuh ketika berjoging, pagi tadi.

Beliau yang berusia 50, pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang selepas disyaki mengalami serangan jantung, sebelum dirujuk ke IJN pada jam 2 petang.

Sumber rapatnya berkata, Dr Mohamad Khir dipercayai pengsan kerana beliau berpuasa.

"Beliau sudah diperiksa doktor tetapi keputusannya belum diperoleh. Doktor masih belum mengetahui sama ada beliau mengalami serangan jantung atau sebaliknya. Dr Mohamad Khir sudah sedar dan sedang berehat," katanya.

Berita mengenai kejadian itu tersebar melalui portal berita, yang turut memuatkan gambar Dr Mohamad Khir terbaring di atas katil hospital.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Mahkamah Persekutuan dijangka membuat keputusan terhadap rayuan Dr Mohamad Khir membabitkan sabitan dan hukuman penjara selama 12 bulan, yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011, membabitkan kesalahan memperoleh lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di sini.

Pada 2011, Dr Mohamad Khir dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, sembilan tahun lalu.

Dr Mohamad Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, menerima barangan berharga tanpa balasan iaitu mendapatkan bagi dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah rumah di Nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat berkenaan, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah berkenaan dibeli syarikat terbabit dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Pada 30 Mei tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan serta pelucutan hak terhadap hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan. Dr Mohamad Khir kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

 Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77493?m=1

 
Blogger Templates