Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 31, 2018

KENAPA MUKHRIZ TAK BERANI SAMAN CAMBRIDGE ANALYTICA DAN AZRIN ZIZAL? KALAU TAK SALAH KENAPA TAK SAMAN?!!!



Kita tinggalkan Selangor dengan skandal tanah Ijok. Lagipun Azmin Ali sedang sibuk bertaichi dan bersilambam sambil mencucuk-cucuk peta untuk mempertahankan dirinya dengan fakta-fakta yang dia sendiri tahu, fakta-fakta tersebut tidak membantunya. Apatah lagi sekarang ini terdapat laporan lebih 500 orang peneroka tanah Ijok yang dianiayai, merancang saman ke atas Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor.

Kita tinggalkan juga isu terowong dasar laut Pulau Pinang apabila Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang sebelum ini cukup garang, tiba-tiba kehilangan telur apabila wacana dan forum diadakan di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong Kampung Paya dan dihadiri lebih 2000 orang turut menampilkan musuh-musuh utama Lim Guan Eng yang dicabar debat iaitu Wee Ka Siong dan Eric See-To.

Sampai ke saat ini, kedua-dua beranak tersebut belum lagi tampil memberikan sebarang alasan mengapa mereka tidak muncul dan memberanikan diri untuk berdebat walaupun seringkali Lim Guan Eng mendabik dada, rakyat Penang berada di belakangnya!

Kita tumpukan perhatian kepada seorang lagi anak pemimpin utama Pakatan iaitu Mukhriz Mahathir!

Sebelum ini, salah seorang pemimpin PPBM mendedahkan kononnya Barisan Nasional telah berjaya memenangi Kedah pada PRU-13 lalu dengan menggunakan khidmat Cambridge Analytica (CA) yang berpangkalan di London. Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat oleh bekas pegawai media Mukhriz yang juga merupakan Ketua SCL GROUP Divisyen Asia Tenggara yang merupakan anak syarikat CA, Azrin Zizal bahawa Mukhriz sebenarnya yang menggunakan khidmat CA, telah menimbulkan polemik dan kontroversi.

Mukhriz mengancam untuk menyaman kononnya CA telah menfitnahnya. Bapanya pula berkeras mengatakan yang mengupah CA adalah Barisan Nasional. Azrin Zizal terus mencabar Mukhriz agar menyaman CA dan dia akan membuat pendedahan besar-besaran pembabitan Mukhriz dengan CA.

Dua minggu, isu CA dan Mukhriz senyap sunyi. Alih-alih, muncul berita, Mukhriz Mahathir menolak untuk menerima cabaran Azrin Zizal untuk menyaman CA dengan alasannya, 'membuang masa'. (RUJUK SINI)

Menurut Mukhriz, dia sekarang sedang memberikan fokus kepada PRU.

Apakah kerana CA sendiri yang mengatakan, mereka bekerjasama dengan Mukhriz dan bukannya Barisan Nasional, membuatkan Mukhriz terpaksa membatalkan niatnya?

Apakah Mukhriz baru sedar, seandainya dia membawa kes tersebut ke mahkamah, maka lebih banyak benda lain akan terdedah?

Isu ini bolehlah dijadikan sebagai rujukan untuk kes BERITA PALSU. Justeru, seandainya benar Mukhriz telah difitnah, mengapa pula dia enggan mengheret agensi berkenaan bersama-sama dengan Azrin Zizal ke mahkamah? Apatah lagi para penyokong Pakatan, terutama sekali PPBM seringkali melaung-laungkan, 'Kalau tak salah, mengapa tak saman?'



Friday, March 30, 2018

'KALAU SAYA TUHAN'... HANIPA MAIDIN PERSOALKAN KEBIJAKSANAAN TUHAN MENJADIKAN AZEEZ RAHIM?!!



Al Quran menceritakan tentang Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, sepertimana yang difirmankan oleh Allah Taala dalam Surah An-Naziat ayat 24. Al Quran juga menceritakan tentang Namrud yang juga mengaku sebagai Tuhan sebagaimana yang diceritakan Allah Taala menerusi Surah Al Baqarah Ayat 258.

Kita telah diajar dan difahamkan bahawa Allah Taala Maha Berkuasa. Salah satu Sifat-Nya ialah, Dia tidak akan melakukan kesilapan, tidak lupa, tidak tidur, bahkan tidak nyanyuk. Semua yang berlaku adalah Perbuatan-Nya. Maka, adalah satu kesalahan besar yang dipanggil SYIRIK apabila terlintas di fikiran apatah lagi di lidah kita bahawa Allah Taala yang kita bahasakan sebagai Tuhan, melakukan kesilapan dalam Perbuatan atau Af'al-Nya.

SYIRIK merupakan dosa yang paling besar dan tidak diampunkan-Nya melainkan dengan sebenar-benar taubat. Ia tidak boleh dipermain-mainkan dan tidak boleh dijadikan bahan senda gurau apatah lagi sandaran untuk berdebat.

Ahli Parlimen Sepang dalam keasyikannya berdebat dan kemudian bertekak, telah mengeluarkan kata-kata syirik, 'KALAU SAYA TUHAN'. Dia adalah peguam dari parti PAN yang menang kerusi Parlimen Sepang pada PRU yang lepas atas tiket PAS. 

Katanya, "KALAU SAYA TUHAN, dari awal saya tak jadikan kamu. Menyusahkan orang sahaja. Sudah lama saya hapuskan kamu (terhadap Azeez Abdul Rahim). Sebab saya bukan Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu."

Walaupun Hanipa bermain dengan perkataan 'KALAU', perbuatannya itu sebenarnya amat keterlaluan. Apatah lagi sebagai salah seorang umat Islam kata-kata kufur itu tidak sepatutnya diucapkan. 

Apakah dia mempersoalkan kebijaksanaan Tuhan yang telah menjadikan Azeez Rahim? Adakah dia sebenarnya berasakan Tuhan lebih bodoh darinya kerana telah menciptakan Azeez Rahim yang menurutnya hanya menyusahkan? 

Na'uzubillah...


Maha Suci Allah Taala dari segala kecacatan, kebodohan dan ketidaksempurnaan seperti yang dimaksudkan oleh Hanipa Maidin!

Dia telah ditegur tetapi apabila ditegur dan diminta menarik kembali kata-kata kufurnya serta bertaubat, Hanipa melenting dan mempersoalkan kelayakan orang yang menegur. Bahkan berkeras untuk tidak mahu menarik semula kata-katanya. Apabila kawannya, Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menyokongnya, dia semakin angkuh dan sombong.

 Berkata Ibnu Mas'ud رضي الله عنه,

"Sesungguhnya termasuk dari dosa-dosa terbesar di sisi Allah adalah seseorang menasihatkan pada orang lain, "Bertakwalah kepada Allah." Lalu orang itu membantah, "Urus dirimu sendiri!" [Ad Du'a, Ibnu Fudhail, 107].

Berpolitik sehingga tiada had, tiada sempadan dan menghalalkan apa-apa sahaja, bukan sahaja salah dari segi adab dan hukum Islam, bahkan sebagai manusia yang bertamadun juga tidak dapat menerima kata-kata angkuh dan takbur seperti yang dilafazkan oleh Hanipa Maidin. 

Dia hanya diberikan sedikit kuasa sebagai Ahli Parlimen, sudah terlajak jauh dengan kata-kata sebegitu. Bayangkanlah kalau dia diberikan kuasa yang lebih besar....


Wednesday, March 28, 2018

BAWA MAHATHIR BERUCAP DAN MENGHENTAM NAJIB PUN, JUMLAH YANG DATANG DEMONSTRASI SUNGGUH MENYEDIHKAN!!!!



Macam tak ada arah tujuan, akhirnya satu-satunya jalan yang ada untuk menunjukkan mereka wujud adalah dengan demonstrasi jalanan.

Malangnya demonstrasi membantah laporan persempadanan semula yang digerakkan oleh BERSIH 2.0 terlalu daif dengan kurang menarik perhatian serta sokongan ramai.

Tidak seperti ketika PAS bersama-sama Pakatan, jumlah yang berdemonstrasi semakin hari semakin kurang dan ini terbukti meskipun BERSIH 2.0 turut menampilkan Dr. Mahathir dan beberapa orang Ahli Parlimen 'star' dari PKR, DAP dan PAN serta PPBM.


Dan seperti biasa, modal utama para pemimpin Pakatan yang berucap adalah Najib Abdul Razak. Mereka menghasut dan meminta para pendengar mereka untuk menghalang Najib daripada menjadi Perdana Menteri. Mereka meminta agar Barisan Nasional ditolak pada PRU-14 nanti. Mereka membantah persrmpadanan semula kerana kata mereka itu akan memenangkan Barisan Nasional walaupun pada masa yang sama mereka mendabik dada UMNO dan Najib sudah ditolak oleh majoriti rakyat.

Namun mereka tidak mampu memberikan alternatif yang lebih baik kepada rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak. Mereka sebaliknya sekadar bermain persepsi dan emosi tetapi akhirnya seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, rakyat yang tertindas sedangkan mereka pula hanya terus menipu, berlakon dan claim kredit.


Mereka bercaksp tentang kesusahan rakyat yang kononnya disebabkan oleh GST. Malangnya mereka tidak memberikan alternatif menggantikan GST dan seterusnya mengubah status kos sara hidup yang dikatakan sangat menekan pada zaman ini. Yang mampu mereka katakan dan janjikan ialah turunkan Najib dan kalahkan Barisan Nasional maka semuanya akan turun harga.

Sesuatu yang sama sekali MUSTAHIL akan berlaku dan ianya tidak akan berlaku. Tidak ada dalil, nas mahupun contoh yang menunjukkan sebarang perubahan rejim akan menurunkan harga barang sebaliknya petunjuk yang ada ialah kos sara hidup dan inflasi akan melonjak setinggi-tingginya akibat perubahan kerajaan.


Pulau Pinang dan Selangor telah membuktikannya apabila peningkatan cukai dan premium tanah telah menyebabkan semua harga terutama sekali hartanah naik berganda-ganda sebaik-baik sahaja kerajaan negeri bertukar.

Drama-drama seperti demonstrasi BERSIH 2.0 di pekarangan Tugu Negara boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bahkan boleh didramakan dengan elemen-elemen yang mampu membangkitkan emosi dan persepsi namun akhirnya kewarasan juga yang tetap mengambil tempat.

Apa alternatif yang lebih baik disediakan oleh Pakatan Harapan untuk para pengundi berbandingnhanya membangkitkan emosi dan persepsi... ini bukan cerita filem Tamil, jauh sekali cerita dari filem Hindi... ini adalah reakiti di Makaysia!!!

Tuesday, March 27, 2018

PUNYALAH U-TURN!!! DULU BUKAN MAIN MARAH SEBAB SPR NAK GUNA SISTEM BIOMETRIK! LA NI, DESAK SPR GUNA ALAT PENGESAHAN MYKAD UNTUK ELAK PENGUNDI HANTU!!!



Pilihanraya Umum sudah tidak beberapa lama lagi. Tarikhnya sudah semakin hampir. Dan semakin hampir dengan tarikh tersebut, maka semakin banyaklah isu yang ditimbulkan. Termasuklah isu-isu yang suatu masa dahulu pernah ditimbulkan dan telah 'diselesaikan' tetapi terpaksa dimainkan semula bagi membolehkan persepsi masyarakat dibina semula. 

Pakatan memperkenalkan cerita kononnya pilihanraya di Malaysia dipenuhi dengan pengundi hantu. Pada PRU-13 lalu, Pakatan yang diketuai oleh DAP bertindak di luar kewarasan apabila berlagak seperti pihak berkuasa memeriksa dan menghalang sebahagian rakyat Malaysia yang berhak membuang undi dengan alasan, mereka adalah PENGUNDI HANTU. 

Sebelum itu, mereka menuntut agar Suruhanjaya Pilihanraya menggunakan dakwat kekal setelah menolak penggunaan sistem biometrik bagi mengelakkan pengundi membuang undi dua kali. Walaupun dikatakan kaedah celup jari dalam dakwat kekal merupakan kaedah primitif yang tidak lagi digunakan di negara-negara maju, sebaliknya penggunaan sistem biometrik lebih digunakan, tetapi Pakatan tetap berkeras untuk menggunakan dakwat kekal. 

Apabila dakwat kekal diperkenalkan penggunaannya, mereka juga yang melalak mengatakan dakwat kekal tidak menjamin pengundi tidak boleh mengundi buat kali kedua. Pelbagai drama diguna dan dibuat untuk memaki hamun SPR sekaligus untuk mewujudkan persepsi bagi menolak keputusan PRU-13 yang tetap berpihak kepada Barisan Nasional. 

Kini, cerita tentang PENGUNDI HANTU MUNCUL LAGI. 

Dan sekali lagi, Pakatan muncul dengan idea 'tersendiri' untuk mewujudkan persepsi kononnya pilihanraya umum di Malaysia telah dicemari dengan pengundi-pengundi hantu yang akan mengundi Barisan Nasional. 

Kalau dahulu, mereka menolak penggunaan biometrik yang akan memeriksa dan mengesahkan status identiti pengundi, kini mereka muncul dengan desakan agar SPR menggunakan perkakasan yang membuat pengesahan MyKad bagi mengelakkan 'pengundi hantu' daripada terlibat dalam PRU-14. (RUJUK SINI

Dalam satu sidang akhbar bersama, lima orang Ahli Parlimen dari DAP, PKR dan PPBM, PAN dan Warisan berkata, sepanjang perbincangan terbaharu, SPR tidak memberikan sebarang jaminan bahawa sebarang perkakasan atau perantian untuk mengenalpasti dokumen pengenalan diri akan digunakan di pusat-pusat mengundi.

"Apabila kami melihat bagaimana perkhidmatan hospital telah dicabuli oleh pendatang haram kerana tidak wujud perantian pengesahan MyKad, tidak mustahil keadaan itu akan diambil kesempatan oleh pengundi hantu untuk membuang undi," kata mereka. 

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Presiden PPBM Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking. 

Ahli-ahli Parlimen tersebut memberikan reaksi berhubung laporan terkini yang mendakwa pendatang asing menikmati perkhidmatan kesihatan di hospital-hospital kerajaan dengan menggunakan MyKad palsu.

"SPR perlu mengkaji semula SOP dan jaminan penggunaan perantian pengesahan MyKad untuk memastikan hanya pengundi tulen yang membuang undi," kata mereka. 

Ironinya, Ahli-Ahli Parlimen yang sama - kecuali Muhyiddin Yassin - yang sebelum ini bersungguh-sungguh tidak mahukan dan menolak sistem biometrik dengan alasan sistem tersebut akan membazir wang rakyat!


Monday, March 26, 2018

KUCING MUKHRIZ PUN HARGA RM200,000 DAN KENA ADA LESEN TAPI DIA SELAMBA MINTA DERMA DARI RAKYAT YANG BELA KUCING JALANAN!!!



Dunia politik di Malaysia tidak boleh lari dari penerhatian ke atas gelagat, tingkah laku dan amalan ahli keluarga ahli-ahli politik terbabit. Semakin 'besar' nama ahli politik itu, maka makin besarlah perhatian diberikan kepada seluruh keluarganya.


Maka tidak hairanlah apabila keluarga bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir terutama sekali cucu-cucunya menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi apabila cucu-cucu Mahathir seperti sengaja menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan kekayaan yang keluarga mereka miliki.


Gaya hidup keseluruhan keluarga tersebut terlalu berjurang berbanding gaya hidup kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah penyokong kuat mereka.

Sudah lama persoalan tentang dari mana kekayaan Mahathir sekeluarga muncul, diperkatakan dan didedahkan. Bagaimanapun memandangkan Mahathir dan Mukhriz 'berlindung' dalam UMNO, maka selama lebih 3 dekad, Mahathir dan keluarganya 'terselamat' biarpun semakin ramai ahli UMNO turut mempersoalkannya.

Pendedahan awal tentang kontrak monopoli fiber optik yang diperolehi oleh syarikat Mukhriz menerusi 'jasa' Mahathir ketika Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dilihat menjadi antara punca dan sumber kekayaan luar biasa bekas Menteri Besar Kedah itu.

Mukhriz sendiri menguasai lebih 100 syarikat yang teras perniagaannya adalah kontrak kerajaan yang diperolehi dari zaman bapanya masih Perdana Menteri.


Justeru tidak hairanlah bagaimana kekayaan tersebut dinikmati oleh anak-anaknya terutama anak perempuannya yang cukup bangga mempamerkan kekayaan mereka sekeluarga.

Kematangan politik di Malaysia masih jauh daripada digapai. Ahli-ahli politik perlu bersih dan dilihat bersih memandangkan mereka seringkali melaung-laungkan semangat dan iltizam untuk membela nasib bangsa dan mengangkat martabat agama Islam khususnya.

Namun apabila ada ahli keluarga yang begitu megah menunjuk-nunjuk, secara tidak langsung ahli politik tersebut sudah kehilangan hak dan maruah untuk tanggungjawab dan amanah yang lebih besar.


Bak kata Rizal Mansor dalan status terbarunya di FB, masuk kampung keluar kampung hasut petani, penoreh getah, peneroka dan nelayan kononnya rakyat hidup susah sekarang kerana ditindas kerajaan.

Balik ke rumah, teman dia bermain-main adalah seekor kucing yang harganya lebih mahal dari sampan atau bot yang digunakan nelayan-nelayan.


Berapa harga seekor KUCING SAVANNAH? Lihatlah harga yang diletakkan.

Ahli-ahli PPBM dan orang ramai diminta menderma kepada partinya konon untuk perjuangan. Namun begitu yang pasti harga kucing ini lebih mahal dari bayaran deposit untuk seorang calon bertanding dalam pilihanraya.

Rakyat sudah pasti benci dengan ahli politik yang hipokrit seperti ini.

HARI PERTAMA LIM GUAN ENG DIBICARAKAN KERANA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA, DIA SUDAH MAIN POLITIK!!!



Hari ini, Lim Guan Eng tidak dapat mengelak lagi. Hari ini, Lim Guan Eng bersama-sama 'rakan kongsi'nya, Phang Li Koon dihadapkan ke mahkamah untuk berhadapan dengan pertuduhan rasuah dan seleweng kuasa. Hari ini, Lim Guan Eng telah gagal sepenuhnya daripada tidak dibicarakan atas kes rasuah walaupun dia telah berjaya menunda dan cuba meminda undang-undang bagi membolehkannya meloloskan diri.

Walaupun cuba untuk mempertahankan dirinya menerusi ceramah dan kempen, Lim Guan Eng jelas ketakutan untuk berhadapan dengan mahkamah. Dia telah cuba menggagalkan perbicaraannya dengan pelbagai cara undang-undang, namun setakat ini telah gagal. Malahan, walaupun mahkamah telah menetapkan perbicaraannya akan berlangsung selama 23 hari bermula hari ini, Lim Guan Eng masih cuba mewujudkan persepsi, SPRM sedang ketakutan berhadapan dengannya walaupun sebenarnya dia yang ketakutan.


Menerusi status yang dimuatnaik di FBnya, Lim Guan Eng atau admin page tersebut, bangga menceritakan bagaimana peguambela Lim Guan Eng mengasak saksi dan cuba menimbulkan rasa bersalah kerana membuat aduan kepada SPRM hanya berdasarkan laporan WhatsApp dan berita TV3. (RUJUK SINI dan SINI)

Lim Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Georgetown untuk menghadiri perbicaraan hari pertama kes rasuahnya bersama-sama ahli perniagaan Phang Li Koon. Prosiding dijadualkan selama 23 hari di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail ini akan memanggil sekurang-kurangnya 40 orang saksi pendakwaan.

Menerusi prosiding pengurusan kes sebelum ini, Timbalan Pendakwaraya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan melakukan pindaan kecil dalam kertas pertuduhan.

Pertuduhan baharu itu telah dibacakan di hadapan kedua-dua tertuduh pada hari ini.


Guan Eng diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo, manakala Li Koon diwakili Datuk V Sitham-baram.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun yang sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.


Sunday, March 25, 2018

BODOH PUNYA PENYOKONG MAHATHIR!!! LEBUHRAYA PLUS PUN 13 TAHUN BARU SIAP, TAKKAN PAN BORNEO YANG 3 KALI GANDA LEBIH PANJANG BOLEH SIAP 2 TAHUN?!!!



Lebuhraya Pan Borneo atau lebih dikenali sebagai Trans Borneo Highway merupakan jaringan jalanraya yang menghubungkan dua buah negeri di Kalimantan, malah turut dikongsi oleh Negara Brunei Darussalam serta sebahagian Kalimantan di wilayah Indonesia.

Jarak keseluruhan lebuhraya tersebut adalah 2,083 kilometer pada bahagian Malaysia, 168 kilometer dalam bahagian Brunei Darussalam dan 3,703 kilometer pada bahagian Indonesia. 

Projek Lebuhraya Pan Borneo buat kali pertama diumumkan sebagai sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional semasa PRU-13 dan kemudian digazetkan dalam Bajet 2015 bagi membolehkan pentadbiran Najib Razak merealisasikan janji pilihanraya itu. 


Dianggap sebagai salah satu projek paling bercita-cita tinggi dan projek infrastruktur terbesar, Lebuhraya Pan Borneo akan menghubungkan banyak kawasan-kawasan luar bandar dengan bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak. 

Projek ini juga turut membabitkan kontraktor-kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pembinaannya menerusi Program Penyertaan Bumiputera.


Sesuatu yang nyata ialah, projek tersebut telah melonjakkan nama Najib Abdul Razak walaupun dia masih baru memegang jawatan Perdana Menteri berbanding Mahathir tetapi memberikan banyak perhatian serta peruntukan untuk Sabah dan Sarawak yang telah diabaikan selama ini terutama sekali ketika zaman 22 tahun pentadbiran Dr. Mahathir.  

Lebuhraya Pan Borneo jauh lebih gemilang dan berjarak jauh berbanding Lebuhraya PLUS yang dirancang pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak tetapi kemudian dikomersialkan dan dibuat menerusi program penswastaan dan konsesi oleh pentadbiran Dr. Mahathir. Pembinaan Lebuhraya PLUS yang berjarak keseluruhan 772 kilometer dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru, telah dibina secara berperingkat-peringkat dan siap serta dibuka secara rasmi pada 8 September 1994. Keseluruhan masa yang diambil untuk pembinaan lebuhraya tersebut adalah 13 tahun. Walau bagaimanapun, akhirnya lebuhraya tersebut dikenakan tol untuk pengguna bagi membayar syarikat konsesi.



Berbeza dengan Pan Borneo yang tidak akan mengenakan sebarang tol, laluan ekspres 4 lorong tersebut percuma sepenuhnya dan berjarak 3 kali ganda berbanding Lebuhraya PLUS. Mengikut perancangan Seksyen PAN BORNEO SARAWAK akan siap sepenuhnya pada tahun 2021, manakala PAN BORNEO SABAH dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Sebenarnya projek ini telah dirancang semenjak beberapa dekad lalu. Bagaimanapun, hanya inisiatif Najib Abdul RAzak sahaja yang telah menggerakkan projek tersebut pada tahun 2015 menerusi pembabitan 1MDB. 


Itulah sebenarnya yang menggusarkan penyokong-penyokong Dr. Mahathir. Mereka cuba merendahkan pandangan negatif terhadap Mahathir yang tidak pernah peduli dengan Sabah dan Sarawak walaupun berpeluang mengubah keadaan di kedua-dua negeri di Borneo itu sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Apatah lagi projek Lebuhraya Pan Borneo telah dirancang jauh lebih awal tetapi hanya apabila Najib menjadi Perdana Menteri, barulah ia dilaksanakan.

Maka terpaksalah mereka membodohkan diri dengan memperlekehkan pembinaan projek tersebut. Projek yang dimulakan pada tahun 2015 dan berjarak lebih panjang berbanding projek lebuhraya yag disiapkan pada zaman Dr. Mahathir dikatakan sebagai projek mimpi dan pembinaannya berhadapan dengan pelbagai masalah kerana kerja-kerja pembinaannya berjalan terlalu perlahan.

Sudah tentu Netizen Sarawak yang prihatin dengan pembohongan serta pendustaan yang dilakukan oleh golongan oportunis penyokong Dr. Mahathir itu, segera menjawab dan mengecam perbuatan bodoh yang dilakukan oleh penyokong Dr. Mahathir yang terdesak untuk membela idola mereka.



Hakikatnya, Projek Lebuhraya Pan Borneo berjalan lancar. 10 daripada 11 pakej kerja telah dilaksanakan oleh Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd (LBU), malah telah mendahului dari tempoh yang dijadualkan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, berdasarkan kepada jaduah, kesemua pakej kerja tersebut yang sepatutnya mencapai 4.33 peratus fasa siap kini, telah mencapai 7.53 peratus. Hanya pakej kerja Telok Melano-Kuching sedikit lambat daripada yang dijadualkan kerana isu-isu tanah. Bagaimanapun, menurutnya isu tersebut sedang ditangani dengan giat.


LEBIH BAIK 'MB LENA' YANG PRO-AKTIF BANTU RAKYAT DARIPADA 'MB BAKA CERDIK' YANG SIBUK MAIN DOLPHIN DI NEGARA ARAB!!!



Kedah adalah negeri yang tertua di Malaysia. Tamadun di Kedah merupakan antara tamadun tertua di dunia rantau timur. Zaman purbanya, Kedah terkenal sebagai pusat pengeluaran hasil-hasil besi sepertimana yang wujud di Sungai Batu, kawasan bersejarah yang cuba 'dilombong' oleh puak-puak Mukhriz untuk mengaut keuntungan besar terutama sekali menerusi pembinaan muzium yang entah apa-apa!

Dan Kedah mempunyai seribu satu sejarah yang tidak pernah diterokai, dimanipulasi mahupun dikembangkan.

Antara sejarah moden paling menarik Kedah adalah perlantikan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah selepas UMNO-BN berjaya menawan kembali Kedah dari tangan PAS pada tahun 2013. Selama tiga tahun Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah, prestasi Kedah jatuh merudum, jauh lebih teruk berbanding ketika ditadbir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar dari PAS.

Harapan tinggi yang diberikan kepada Mukhriz, bukan sahaja tidak mampu digalas, malah diperlekeh-lekehkan oleh Mukhriz sendiri menerusi sikapnya yang sambil lewa. Akhirnya Mukhriz terpaksa disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Kedah dan tempatnya digantikan oleh Ahmad Bashah Hanipah, pemimpin UMNO tempatan yang berpengalaman luas pada peringkat akar umbi walaupun mungkin tidak memiliki segudang ijazah atau pun bapanya seorang Perdana Menteri atau Menteri Kewangan atau memperolehi kontrak runding terus bernilai ratusan juta ringgit dalam bentuk monopoli untuk syarikatnya seperti yang dinikmati oleh Mukhriz Mahathir.

Tanpa bertangguh dan beretorik dengan jubah meleret, Ahmad Bashah dalam tempoh 2 tahun pulun sakan bagi menyiapkan loji air Sungai Santap. 5 bulan lepas, kesungguhannya akhirnya membolehkan peruntukan sebanyak RM1 bilion diluluskan bagi menaiktarafkan infra air bagi bekalan sehingga 2040. 

Mukhriz yang digambarkan sebagai 'BAKA CERDIK' dikelentong hidup-hidup oleh CEO SADA yang lain sehinggakan reserve margin 0%. NRW 54%. Infra tidak diselenggara. Paip seinci pun tidak pernah ditukar dan persediaan masa hadapan juga tidak dibuat atau dirancang. Ahmad Bashah yang dikatakan 'MB LENA' pula amat celik dan bertindak pro-aktif mengatasi dan menangani masalah ini.

Selain air, hampir 210,000 ketua isi rumah memperolehi manfaat Skim BARAKAH dalam tempoh tak sampai 18 bulan era Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah.

30,000 anak sekolah darjah 1 mendapat simpanan pendidikan DANA WARISAN PENDIDIKAN ANAK KEDAH meskipun Ahmad Bashah sendiri tidak sekolah tinggi dan berasal dari keluarga susah.

1800 pelajar SPM, STAM dan STPM yang selama tidak diberi harapan serta datang dari keluarga berpendapatan rendah, mendapat tiusyen percuma cuma dalam tempoh tak sampai 17 bulan selepas Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar Kedah. Hasilnya, ramai daripada mereka memperolehi keputusan cemerlang dan sudah ada yang menjejakkan kaki ke IPTA pada sesi 2017.

'MB LENA' masih boleh ditemui pada tengah malam tetapi 'MB BAKA CERDIK' pula seperti yang diketahui, daripada rekod 10 orang Menteri Besar Kedah, hanya Mukhriz sahaja MB yang konon-kononnya muda tetapi jam 9:00 malam sudah tidak boleh diganggu selain kekerapannya berada di KL, bukannya di Kedah.

Pemimpin Kedah yang baik tidak perlu mengupah think thank dari Barat seperti yang dilakukan oleh Mukhriz sehingga sanggup menjual harga diri dengan menjadi manusia dua alam sekadar mencari sokongan. Tidak pernah BERYAHANANA dengan jubah meleret sana sini untuk mendapat sokongan daripada rakyat tempatan tetapi di luar kawasan, berHIP HOREY enjoy sakan dengan gaya mengalahkan orang putih yang tidak beragama. Tidak perlu bercakap tentang rakyat susah sedangkan pada masa yang sama, anaknya sendiri BANGGA MENGUMUMKAN kepada seluruh dunia berapa harga potong rambut dan canting bulu kening sambil mempamerkan beg tangan yang harganya ratusan ribu ringgit!


Saturday, March 24, 2018

PAKATAN HARAPAN GAGAL DIDAFTARKAN KERANA PPBM BERTINDAK SEBAGAI 'TROJAN HORSE' DAN PARASIT DALAMAN!!!



Sebagaimana yang dijangkakan, pendaftaran Pakatan Harapan tidak boleh dilakukan dan diproses oleh Pendaftar Pertubuhan. Biarpun tiga komponen Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan PAN tidak mendatangkan sebarang masalah kerana ketiga-tiga parti tersebut masih akur dengan undang-undang dan peraturan pertubuhan sebagaimana yang digariskan dalam Akta Pertubuhan, PPBM yang diketuai oleh Dr. Mahathir pula adalah sebaliknya.

Dengan kata lain, Pakatan Harapan gagal didaftarkan hanya kerana kegagalan PPBM mengikut arahan termasuklah melanggar peruntukan perlembagaan parti sendiri. Bukan salah DAP, bukan salah PKR, apatah lagi salah PAN.

PPBM ibarat TROJAN HORSE yang 'diutuskan' untuk menggagalkan dan menghodohkan apa juga yang dilakukan oleh DAP.

Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bahawa pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses.

Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, ia ekoran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), salah daripada parti komponen yang berada dalam pakatan tersebut, belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat serta dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

9 Mac lalu, ROS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan tersebut.

Notis 14 (2) adalah satu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Amat mustahil bagi sebuah parti walaupun baru ditubuhkan, gagal menghantar semua maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki memandangkan kebanyakan daripada pucuk pimpinannya terutama sekali Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz berpengalaman ketika berada dalam UMNO. Amat mustahil mereka melanggar peraturan tersebut kerana naif atau buta kayu kerana masing-masing mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik.

Melainkan ia memang disengajakan untuk menghalang DAP daripada berjaya mewujudkan sebuah parti tunggal yang menggabungkan parti-parti pembangkang bagi menentang Barisan Nasional. Ia bagaimanapun, tidak bertujuan membantu Barisan Nasional sebaliknya untuk mewujudkan satu lagi kuasa yang mampu membuat ugutan.





HANYA BERANI DATANG KE MAJLIS GENG SENDIRI, MAHATHIR SEPATUTNYA JADI GATECRASHER MAJLIS YANG ADA ARUL KANDA 1MDB!!!



Bersorak sorai para penyokong Mahathir apabila mereka berjaya membuli dan 'membelasah' salah seorang pengkritik tegar Dr. Mahathir, Dr. Kamarul Yusoff yang diperangkap dalam sebuah wacana anjuran Sinar Harian yang dipenuhi oleh para penyokong Mahathir - dari panelis sehinggalah penganjur dan penonton.

Setidak-tidaknya, kejayaan tersebut dapat mengalihkan perhatian daripada pengabaian yang dibuat oleh Mahathir selama 22 tahun di Sabah, dan kini sedang giat dipulihkan oleh Najib Abdul Razak.

Ketika Mahathir datang mengejut setelah mengetahui wacana tersebut dipenuhi para penyokongnya, Najib berada di Kiulu untuk menyaksikan sendiri pembinaan Jalan Telipok-Kiulu-Randagong yang dicadangkan pembinaannya semasa RMK-7 yang dibentangkan pada tahun 1986-1990. Mahathir hanya berjanji tetapi tidak pernah membinanya, malah tidak pernah menjejakkan kaki ke Kiulu.



Kedatangan Najib ke Kiulu adalah yang pertama bagi mana-mana Perdana Menteri Malaysia.

Dari awal lagi ramai yang telah memperkatakan, wacana anjuran Sinar Harian itu adalah satu perangkap yang sebenarnya mahu menaikkan nama Mahathir. Maka tidak hairanlah apabila hujah-hujah berfakta yang dikemukakan oleh Dr. Kamarul Yusoff hanya dibalas dengan jawapan sinis Mahathir yang lebih kepada membesarkan egonya.

Agak aneh kerana Mahathir dan orang-orangnya terutama sekali dari kalangan DAP sangat tahu tentang road-tour 1MDB oleh CEOnya, Arul Kanda ke seluruh negara. 1MDB adalah zikir dan ratib harian mereka dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan perhatian. Terlalu banyak cerita-cerita yang aneh bercampur mitos yang diuwar-uwarkan oleh Pakatan Harapan tentang 1MDB.


Kalau Mahathir 'berani' merempuh majlis wacana yang memperkatakan tentang dirinya, mengapa agaknya tiada satu pun majlis penerangan 1MDB, Mahathir mahupun para pemimpin Pakatan yang lain tidak berani menghadirkan diri?

Apakah ketiadaan sekatan untuk bertanya seperti yang berlaku dalam Wacana Sinar tentang TUANYA MAHATHIR, menyebabkan mereka takut malu?

Semalam, 23 Mac 2018, antara jam 8:30 malam sehingga jam 11:15 malam bertempat di Warung Sup, Taman Budaya Jaya, Parit Besar, Batu Pahat, telah hadir seramai lebih kurang 150 orang dari kalangan AJK UMNO Bahagian Sri Gading, ahli-ahli komponen BN dan masyarakat setempat.



Antara yang turut hadir adalah Aziz Kaprawi yang merupakan Ahli Parlimen Sri Gading merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan dan Arul Kanda, CEO 1MDB.

Dalam penjelasannya menerusi sesi soal jawab - sesi yang tidak boleh wujud kalau wacana membabitkan Mahathir -  Arul Kanda menegaskan 1MDB diwujudkan untuk mengawal keuntungan individu dalam syarikat-syarikat milik kerajaan. Berkenaan Jho Low, menurutnya, individu tersebut telah meletak jawatan pada tahun 2009 iaitu sebelum 1MDB berkuatkuasa.



Arul bagaimanapun mengakui wujudkan permasalahan dalam 1MDB dan ianya berpunca daripada kerugian perniagaan tetapi hal berkenaan telah diputarbelitkan dan diperbesar-besarkan oleh Pakatan.

Menurutnya lagi, walaupun Najib Abdul Razak merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, namun Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa dalam 1MDB.

Arul juga mengakui, 1MDB memang berhutang dengan bank tetapi setakat ini, 1MDB tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar balik kerana mempunyai nilai aset yang lebih tinggi dari hutang. Manakala wang RM2 bilion yang didakwa pembangkang telah hilang, adalah tidak benar kerana wang tersebut adalah hutang 1MDB kepada bank.

Mahathir dan para pemimpin Pakatan yang menzikir dan meratibkan 1MDB sewajarnya hadir untuk sesi soal jawab dengan Arul Kanda. Biar rakyat menilai sendiri, siapa sebenarnya yang menipu dan siapa sebenarnya yang takut penipuan mereka terbongkar!!!

Friday, March 23, 2018

KERANA NAK JUAL KERUSI DAN MEJA MAKAN PUNGUT DERMA, SYED SADDIQ MENIPU MELAWAT KELUARGA MANGSA KAPAL KARAM DI MUAR!!!



Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah Ketua ARMADA PPBM. Dia juga dikatakan bakal calon PPBM di Muar walaupun pada masa yang sama, 'berebut' kerusi Parlimen itu dengan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bermodalkan imej sebagai seorang juara pendebat, Syed Saddiq seringkali cuba menampilkan dirinya sebagai seorang pejuang rakyat biarpun pada masa yang sama, dia bukan sahaja tidak tahu isu tetapi juga HILANG ARAH.

Namun sebagai orang politik, perkataan 'KEBETULAN' adalah sesuatu yang amat mustahil. Tidak ada 'KEBETULAN' dalam politik melainkan segala-galanya dirancang dan diatur.

Pun begitu, menjadi seorang PEMBOHONG dan PENDUSTA adalah satu kewajipan, terutama sekali untuk ahli-ahli politik baru seperti Syed Saddiq yang sedang cuba menempa dan mencari nama. Apatah lagi ketika dalam usahanya untuk memungut derma, sesuatu yang sensasi diperlukan supaya boleh dijadikan sebagai modal belas dan ehsan!

TAK MUDAH UNTUK MENJUAL SATU MEJA RM5000 dan SATU KERUSI RM500 kalau tidak ada cerita tentang betapa hero dan hebatnya Syed Saddiq!


Begitulah yang berlaku dua hari lepas apabila Syed Saddiq cuba berlakon dan menipu kononnya dia seorang yang mengambil berat hal ehwal rakyat. Dia terlupa, zaman sekarang bukan zaman Mahathir. Zaman sekarang adalah zaman Najib di mana pokok di tepi jalan pun boleh bercakap!

Tanpa rasa malu, Syed Saddiq memuatnaik status di FB kononnya dia singgah di tapak operasi bagi misi menyelamatkan 18 orang kru anak kapal yang hilang di perairan Muar. Konon-kononnya dia sangat bersimpati dengan kejadian yang berlaku yang mana difahamkan salah seorang mangsa yang terlibat adalah warga tempatan manakala selebihnya adalah warganegara China dan Indonesia.

Hakikatnya, Syed Saddiq LANGSUNG TIDAK MUNCUL dan DATANG KE LOKASI berkenaan. Sebaliknya yang datang dan bertemu dengan kaum keluarga mangsa adalah Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.


Dalam kejadian pada jam 7:50 pagi bertarikh 21 Mac 2018, sebuah kapal pengorek pasir bernama JBB RONG CHANG 8 yang sarat dengan muatan pasir menuju ke aras selatan telah karam kira-kira 8.5 batu nautika barat baya perairan Parit Jawa, Muar.

Kapal berkenaan telah didaftarkan di Republic Dominica.

Sumber yang sah menyatakan, terdapat kira-kira 18 orang krew di atas kapal tersebut. Daripada jumlah tersebut, seorang warganegara Indonesia yang merupakan kapten kapal, seorang warga Malaysia yang bertugas sebagai 'Radio Man' manakala baki 16 orang adalah warganegara China.


Setakat laporan ini ditulis, 3 orang krew warganegara China telah berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi warganegara China mati lemas. Berdasarkan laporan awal pasukan penyelamat, masih terdapt 14 orang krew yang masih hidup dan terperangkap dalam kapal yang sedang tenggelam berdasarkan suara yang boleh didengari dari luar kapal.

Unit Penyelamat dari APMM, Pasukan Polis Marin dan Bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk tujuan SAR.

Kapal tersebut tenggelam dalam keadaan terbalik dan karam berpunca daripada muatan berlebihan. Kedahan di tempat tragedi dianggarkan 20 meter dan cuaca baik semasa kejadian.


Sehingga jam 9:00 pagi 22 Mac 2018 (hari kedua) penyelam TLDM telah masuk ke kawasan kejadian. Bagaimanapun, belum ada mangsa yang ditemui.

Pihak APMM telah mengepam oksigen ke dalam JBB Rong Chang 9. Mangsa dipercayai masih hidup berdasarkan respons bunyi ketukan yang boleh didengar dari luar kapal. Kapal berkenaan juga akan ditarik ke kawasan beting/pantai bagi mengeluarkan mangsa.


Thursday, March 22, 2018

MUKHRIZ BERSILAT LIDAH, DR. MAHATHIR SEPERTI BIASA SALAHKAN BN SELEPAS BOBOI KANTOI DALAM ISU CAMBRIDGE ANALYTICAL (CA)!!!



Maka terjawablah teka-teki tentang perilaku dan sikap Mukhriz Mahathir yang MAHA PELIK sepanjang dia berada di dalam UMNO,. sama ada sebagai calon untuk Ketua Pemuda UMNO atau sebagai Naib Presiden UMNO, mahupun sebagai Menteri Besar Kedah mahupun ketika masih menjawat jawatan Timbalan Menteri MITI.

Ramai yang tertanya-tanya sebelum ini mengapa Mukhriz Mahathir terlalu kelihatan selesa dengan kedudukannya tanpa sedikit pun bimbang yang dia bukan sahaja akan kehilangan jawatan, bahkan hilang kehormatan diri seandainya dia terus mempamerkan keangkuhan, kemewahan dan tiada pertimbangan untuk rakyat marhein. Ramai yang melihat kewujudan bapanya, Dr. Mahathir sebagai faktor utama.

Rupa-rupanya dia mempunyai PENASIHAT dan PERUNDING ANTARABANGSA yang dikenali sebagai CAMBRIDGE ANALYTICA (CA). Rupa-rupanya dia hidup berdasarkan graf, histogram dan laporan yang disediakan oleh syarikat perunding dan penasihat antarabangsa itu. Bukannya berdasarkan naluri dan pertimbangan akal seperti yang sepatutnya dilakukan oleh manusia normal.


Kalau orang PPBM sendiri tidak bercakap, sampai bila-bila pun tiada sesiapa yang tahu tentang perangai sebenar Mukhriz Mahathir. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan anak syarikat kepada SCL Group yang beroperasi di London itu, hanya perlu menjual air liur, permainan silang data seperti yang sering dilakukan oleh para pemikir dan pengatur strategi yang terkurung dalam bilik berhawa dingin dan dikelilingi carta dan graf yang dikenali sebagai WAR ROOM.

Modal syarikat-syarikat seperti CA adalah PSEUDO BEHAVIOURAL SCIENCE yang menggabungkan logik sains dengan cerita dongeng seperti yang sering dilakukan oleh ahli-ahli silap mata.

Sebagai contoh, kesemua data peribadi 52,383 pengundi P5 JERLUN dimasukkan ke dalam aplikasi CA dan data tersebut disalingkan dengan teori Sains Tingkahlaku. Hasil dari analisa ini akan memberi panduan kepada calon P5 JERLUN dalam PRU 14 iaitu Anina Saadudin (CONTOH- jangan ketawa.) untuk merangka strategi kempen paling tepat untuk mengubah sikap pengundi terhadap calon. Misalnya, kajian tersebut menunjukkan pengundi suka calon yang berjubah dan tudung labuh, maka calon akan memakai pakaian tersebut dalam tempoh berkempen. (RUJUK SINI)


Persoalan sama ada perkhidmatan CA itu dianggap melanggar etika kerana berasaskan kepada sumber maklumat peribadi 52,383 pengundi itu betul atau tidak, tidak timbul kerana di Malaysia walaupun wujud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, hampir setiap hari data peribadi rakyat Malaysia bocor sepertimana panggilan telefon secara rambang daripada penjual insurans yang menggunakan nama bank-bank tertentu untuk menjerat mangsa.

Niat awal Wan Saiful Wan Jan yang merupakan Timbalan Pengerusi Biro Strategik dan Polisi PPBM membuat pendedahan itu, adalah untuk menimbulkan persepsi awam yang Barisan Nasional menggunakan pihak asing untuk menang PRU sekaligus mengalihkan isu pihak luar negara yang diupah untuk memburuk-burukkan Malaysia seperti Sarawak Report dan portal-portal berita yang hidup berdasarkan pembelian serta penajaan berita.


Namun usaha tersebut terbalik ke batang hidung Mukhriz Mahathir apabila Azrin Zizal, Ketua SL Kumpulan Asia Tenggara merangkap Pegawai Media Mukhriz Mahathir ketika Mukhriz masih Timbalan Menteri MITI, membuat pengakuan bahawa dia mewakli CA yang membantu Mukhriz secara terus pada PRU-13 di Kedah.

Sudah tentu Mukhriz kelam-kabut cuba menafikan perkara yang amat memalukan itu. Dan tidak menghairankan juga apabila bapanya, Dr. Mahathir yang kuat melindungi si Mukhriz cuba meletakkan kesalahan kepada BN menggunakan khidmat CA. Pengesahan tentang KETIDAKTERLIBATAN BN dengan CA bagaimanapun telah disahkan oleh SCL Group sendiri.

Azrin Zizal kemudiannya tampil dalam kenyataan medianya pada hari ini yang antara lainnya menyebut “Mukhriz berkata Cambridge Analytica bekerja untuk Barisan Nasional. Sekali lagi, hal ini adalah tidak benar. Tidak pernah ada Cambridge Analytica atau induk SCL Group yang pernah bekerja atau dibayar oleh BN atau mana-mana bahagian dalam Kerajaan Malaysia. Khidmat nasihat pada Pilihan Raya 2013 untuk Kedah disediakan kepada Mukhriz secara peribadi.” (RUJUK SINI)


Mereka yang terlibat dengan politik di Kedah terutama pada PRU-13 lalu tahu bahawa, Mukhriz tidak berbuat apa-apa untuk menang, sebaliknya hanya mengharapkan sepenuhnya kepada kepandaian dan kebijaksanaan ahli-ahli politik UMNO Kedah untuk mengangkatnya. Dia seperti cukup yakin, ada pihak yang akan bertungkus lumus bagi pihaknya dan apa yang perlu dilakukannya adalah berlakon sebagaimana skrip yang diajarkan kepadanya.

Lebih tepat lagi, Mukhriz sentiasa jadi pengantin yang perlu ditatang dan disambut dengan kompang serta bunga manggar.

Agak mujur kerana pada waktu itu, PAS Kedah sedang berhadapan dengan pelbagai masalah perebutan kepimpinan. Orang seperti Phahrulrazi Zawawi yang merupakan sebahagian daripada anggota 'kabinet' Kedah ketika PAS sebagai Kerajaan Negeri, bertindak menghancurkan parti itu dari dalam. Kesungguhan para pemimpin UMNO tempatan pula serta iltizam mereka menyaksikan, para pemimpin UMNO Kedah yang sebelum itu perlu disambut dengan silat pulut setiap kali melawat kawasan, bertukar menjadi golongan yang insaf kerana kalah serta kehilangan banyak sumber, berjaya memenangi hati pengundi.

Mukhriz sendiri dan orang-orangnya, hanyalah PENCURI KREDIT!

Maka tidak hairanlah jikalau kewujudan CA sebenarnya tidak lebih daripada sebuah syarikat scamming yang dibayar untuk kerja-kerja yang tidak wujud dan tidak pernah dilakukan atas nama 'BLACK-OPS'. Tiada sesiapa pun yang dapat mempertikaikan mutu kerja mahupun pencapaian mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada BLACK OPS.

Maka tidak hairanlah mengapa kantung Kerajaan Negeri Kedah ketika Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah, kering sekering-keringnya dan mengapa orang-orang yang ada di sekelilingnya berangan-angan tinggi sebagai CEO, CFO mahupun ahli korporat walaupun pengalaman yang ada sekadar meniaga burger di tepi jalan!



Barangkali disebabkan itulah, Azrin Zizal berikrar akan membuat pendedahan yang lebih terperinci sekiranya Mukhriz terus menipu tentang CA dan penggunaan khidmat syarikat perunding berkenaan. Dan tidak menghairankan juga Mukhriz pantas memberikan reaksi membuat penafian dan ancaman saman bagi menutup cerita sebenar seperti yang cuba dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang ternyata merupakan satu skandal penipuan besar-besaran melibatkan berpuluh-puluh bilion hutang dan kehilangan aset!

Baca sendirilah pengakuan Azrin Zizal.
------------------------------------------------------------------------------
Statement by Azrin Zizal
21 March 2018

1. Mukhriz Mahathir’s statement yesterday about Cambridge Analytica’s advice for the Kedah campaign in 2013 contained outright lies.

2. Mukhriz says I was only his media officer until 2013 and that I was no longer with him when he became Chief Minister of Kedah. But this is absolutely false. I worked for Mukhriz personally and provided communications and strategy advice for him until 2015, including during the 2013 general election, and afterwards when he became Chief Minister. I will provide proof if he continues to falsify the truth.

3. Perhaps - while Mukhriz continues to deny my work for him and deny the benefits he gained from the advice I provided to him from Cambridge Analytica/SCL Group for Kedah during the 2013 general election - he will also deny Kedah winning an extra six parliament seats, winning over the State and him becoming Chief Minister?

5. Lastly, Mukhriz said Cambridge Analytica worked for Barisan Nasional. This again is not true. At no time has Cambridge Analytica or its parent SCL Group ever worked for or been paid by BN or any part of the Government of Malaysia. The 2013 election advice for Kedah was provided to Mukhriz personally.

6. It is time for Mukhriz to stop deliberately distorting the facts to save himself, and come clean.

Azrin Zizal





 
Blogger Templates