Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label menteri kpdnkk. Show all posts
Showing posts with label menteri kpdnkk. Show all posts

Thursday, January 5, 2017

HARAP-HARAP KENYATAAN MENTERI KPDNKK IBARAT AHLI SIHIR PENUH SAKTI, LEPAS KELUAR KENYATAAN, ESOK HARGA BARANG PUN MERUDUM JATUH!!!



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga ikan berikutan kekurangan bekalan ketika musim banjir. 

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata walaupun ia tidak termasuk dalam kategori barang kawalan, kementerian akan tetap memantau harga ikan supaya tidak membebankan pengguna. 

"Kekurangan bekalan ikan dalam keadaan cuaca tidak menentu tidak dapat dielakkan kerana bencana yang berlaku menjejaskan aktiviti nelayan. Masih ada peniaga yang menjual pada harga berpatutan, ...kecuali tiada apa bencana berlaku tiba-tiba harga naik, kita akan siasat," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen 'Ong Mali' Tesco Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Kepong Village Mall hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata harga barang kawalan sempena Tahun Baru Cina kali ini dijangka diumumkan pada 18 Januari ini. 

Sementara itu, beliau menjelaskan bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik yang dicaj kepada pelanggan akan dimanfaatkan untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang membabitkan alam sekitar. 

"Kutipan itu akan dimasukkan ke dalam akaun khas dan diberi kembali kepada pengguna melalui inisiatif CSR. Namun apa pun program yang dilakukan mesti mendapat kelulusan jawatankuasa ahli lembaga, termasuk KPDNKK," katanya. - BERNAMA

Wednesday, September 2, 2015

HARGA MINYAK TURUN, HARGA BARANG PUN KENA TURUN, KATA MENTERI KPDNKK... LEBIH BAIK TUTUP MULUT KALAU MAMPU MENGUATKUASAKAN APA YANG DIKATAKAN!!!



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh seminggu mulai hari ini kepada peniaga yang masih mengaut keuntu­ngan berlebihan agar menurunkan harga barang ekoran penurunan harga minyak hari ini.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata, tiada alasan bagi peniaga mengenakan harga barang yang melampau biarpun harga pe­t­­rol telah turun 10 sen, manakala diesel pula turun 15 sen mulai hari ini.

Katanya, KPDNKK akan me­ngarahkan penguatkuasanya di seluruh negara memantau serta mengambil tindakan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap peniaga yang melanggar akta tersebut.

“Kita bagi tempoh seminggu mulai dari tarikh harga minyak turun hari ini supaya tiada harga barang yang terlalu tinggi dikenakan. Selepas itu, kita akan turun padang dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar peraturan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Auditorium Ang­katan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Kelana Jaya dekat sini selepas maj­lis ramah mesra bersama warga Ang­kasa sempena Sambutan Kemerdekaan #sehatisejiwa.

Yang turut hadir antaranya ialah Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ke­tua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad dan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Hamzah menegaskan, sepatutnya golongan peniaga bekerjasama dengan KPDNKK dalam usaha meringankan kos sara hidup rakyat ekoran penurunan harga minyak dan bukannya menggunakan kesempatan atas sentimen minyak.

“Sewaktu harga minyak naik mereka (golongan peniaga) menggunakan alasan itu untuk menaik­kan harga barang tetapi apabila harga minyak turun masih ada yang cuba menaikkan harga barang. Ini satu tindakan yang melam­pau,” ujarnya.

Hari ini, harga minyak runcit petrol RON95 turun 10 sen kepada RM1.95 seliter, RON97 turun 10 sen kepada RM2.35, manakala harga runcit diesel pula turun 15 sen kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, dalam majlis tersebut beliau turut menggesa agar Angkasa dan koperasi lain bekerjasama dalam usaha menggerakkan ekonomi domestik me­lalui rangkaian ahli-ahlinya di seluruh negara. (UTUSAN ONLINE)


Wednesday, March 25, 2015

LAGI PENYELESAIAN BIJAK HASAN MALEK DENGAN WAR ROOM.... NASIB BAIK, MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG SELESAI KERANA 'HASAN MALEK KAN ADA'!!!



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan “war room” atau bilik gerakan bagi memantau aduan pengguna dan menyelaras tindakan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata bilik gerakan yang bertempat di bangunan kementerian itu di sini akan beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir bagi mendapatkan situasi kesan pelaksanaan cukai berkenaan.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan penerbitan semula Buku Kod Etika Perniagaan Malaysia (EPM) di sini hari ini, beliau berkata bilik gerakan itu akan memastikan setiap aduan diberi perhatian untuk ditangani segera oleh 2,000 anggota penguatkuasa kementerian yang bersiap siaga di seluruh negara.

"Dalam war room itu kita tempatkan segala kemudahan dan peralatan yang membolehkan setiap laporan yang diterima berhubung tindakan peniaga dikumpul sebelum disalurkan kepada bahagian penguatkuasaan di negeri atau kawasan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.

Pelaksanaan GST pada kadar 6% adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16%.

"Kita lakukan demi kebaikan rakyat dan kementerian memerlukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan laporan bagi membolehkan tindakan diambil," katanya, sambil menambah bilik gerakan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat itu boleh dihubungi di talian 03-88826245.

Hasan berkata, beliau yakin hubungan dan kerjasama erat yang diterima pihaknya daripada semua peringkat perniagaan memberi isyarat majoriti peniaga sudah sedia untuk bersama-sama kementerian menjayakan pelaksanaan GST.

Katanya, 'engagement' yang dibuat kementerian dengan semua peringkat peniaga menghasilkan banyak kebaikan dan manfaat kepada rakyat seperti Kempen Penurunan Harga 2015 yang disertai beberapa pasar raya besar di seluruh negara.

"Selain itu, kita juga telah melancarkan Buku Panduan Harga, melaksanakan Op Catut dan terkini menerbitkan semula buku EPM...ini semua dibuat untuk pastikan pelaksanaan CBP tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang," katanya.

Mengenai EPM, Hasan berkata buku yang mengandungi 10 prinsip etika dalam perniagaan itu merupakan terbitan semula daripada buku kod etika perniagaan Malaysia yang pernah dikeluarkan kementerian pada November 2007 dengan ditambah baik supaya lebih 'mesra pembaca' serta disesuaikan dengan semua jenis perniagaan.

Beliau berkata, antara tujuan Kod EPM adalah bagi menggalak dan memberi bimbingan kepada peniaga dan pekerja agar mengendali perniagaan secara beretika dan berintegriti.

Buku tersebut diterbitkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan. – Bernama, 25 Mac, 2015.

JANGAN PENING PASAL GST... HASAN MALEK KAN ADA?



Tidak ada nama-nama besar yang membuat demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Kastam di Kelana Jaya dua malam sudah. Kalau ada pun, hanyalah Hatta Ramli, Rara Othman dan budak-budak universiti yang mengaruk dan kemudian ditangkap serta dihumban ke dalam lokap.

Merata-rata dalam Facebook, golongan yang tidak faham tentang GST dan peranannya, menyalahkan Kerajaan kerana telah menambah GST di atas SST, walaupun hakikatnya tidak begitu. Mereka mempunyai bukti iaitu peningkatan harga kepada semua barangan termasuklah barangan yang sepatutnya tidak dikenakan GST dan menyaksikan kenaikan harga bermula 1 April nanti. Walaupun Mat Maslan mengatakan banyak barangan pengguna tidak akan mengalami kenaikan harga, tetapi golongan anti-GST menunjukkan bukti bahawa harga memang telah naik. Para peniaga telah pun menambah 6% daripada harga sebelum ini.







Kalaupun ada yang cuba menjawab dan menyanggah tuduhan berkenaan, di padang permainan sebenar, harga memang telah dinaikkan. Malahan sudah ada pula laporan yang menyatakan barangan mula disekat jumlahnya bagi mewujudkan lebihan permintaan sekaligus melonjakkan harganya berdasarkan prinsip asas ekonomi, penawaran dan permintaan.

Apatah lagi sudah muncul pula cerita bagaimana Pelabuhan Kelang sekarang, sudah kosong dan gudang-gudang kontena semakin kosong sehingga ada yang mendakwa, boleh bermain futsal di dalam gudang tersebut, manakala mereka yang bekerja untuk tempoh yang panjang, sekarang ini boleh balik awal kerana tidak banyak kerja yang boleh dibuat.

Sana sini orang bercakap tentang peningkatan harga walaupun 1 April masih ada seminggu lagi bagi memulakan perlaksanaan GST.

Penentangan demi penentangan termasuklah tohmahan demi tohmahan, malah bukti demi bukti yang dikeluarkan oleh golongan yang mendakwa GST lebih memeras berbanding menyenangkan, ditambah pula dengan kehalobaan para peniaga yang sudah pun menaikkan harga barangan sekarang sebanyak 6% dengan penambahan tersebut perlu dibayar oleh pengguna, menyebabkan golongan yang sudah pun sedikit faham tentang GST, kembali tidak faham, malah lebih keliru.

Namun, pada ketika kekalutan inilah, muncul HASAN MALEK, Menteri KPDNKK yang 'berjaya' memberikan penjelasan yang paling mudah, paling efektif dan paling hebat. Solusi yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun. Penyelesaian yang tidak mampu difikirkan oleh Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang sibuk berceramah di sana sini.

Kata Hasan Malek, kekeliruan tentang GST dan peningkatan harga, cukup diselesaikan dengan mengunjungi laman web KPDNKK di SINI. Kalau tengok tak sama, anda boleh adu DI SINI. Kalau bermasalah juga, anda boleh hubungi terus di talian 1-800-886-800. Kalau tak cukup juga, anda boleh hantar SMS:

ADU<maklumat aduan>
<lokasi premis>
<nama anda>
<nombor telefon yang boleh dihubungi semula>

dan hantarkan ke 32255.

Kalau tetap tidak ada tindakan susulan daripada pihak berewajib setelah laporan dibuat, anda boleh buat aduan ke Unit Integriti KPDNKK bersama bukti-bukti laporan anda di SINI.

Apa punya pembaziran dibuat berbelas-belas juta semata-mata untuk ceramah GST di sana sini sedangkan penyelesaiannya yang diutarakan oleh Hasan Malek mampu menjimatkan duit rakyat.


Yang pergi buat demonstrasi di hadapan ibu pejabat Kastam tu pun kononnya untuk bersoal jawab pun, SATU TOLOL juga. Mereka sepatutnya ke KPDNKK di Putrajaya, bersemuka dengan Hasan Malek kerana semua harga barangan dan perkhidmatan pengguna berada di bawah tanggungjawab kementeriannya. Yang duk pi demo kat Kelana Jaya tu pasai apa? Kastam bukannya tahu apa-apa pun tentang harga barang!!!

Bagi mereka yang bimbang tentang peningkatan harga dan kos, jangan risau... HASAN MALEK KAN ADA!

Hasan Malek akan menyelesaikan masalah kenaikan harga semudah empat langkah yang disebutnya dalam siaran berita di televisyen? Tak perlu penguatkuasaan ekstrim, tak perlu pemantauan, tak perlu perlaksanaan undang-undang dan tidak perlu mencetuskan kemarahan para peniaga yang cuba meraih keuntungan dan pada masa yang sama, memberikan imej buruk kepada Kerajaan Najib. Cukup dengan empat langkah yang disebutkan, maka segala masalah tentang GST dan peningkatan harga barang akan selesai dalam sekelip mata. Dengan empat langkah itu, para peniaga akan terketar-ketar ketakutan dan kemudian menjadi pemurah serta pematuh kepada undang-undang sedia ada.

Tidakkah anda berasa kagum dengan kehebatan Menteri KPDNKK yang tidak dipandang orang ramai ini?

Anda patut kagum dengannya sepertimana yang Blog Gerakan Anti PKR sebutkan!!!




 
Blogger Templates