Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label nurul izzah. Show all posts
Showing posts with label nurul izzah. Show all posts

Saturday, March 23, 2019

BOSAN DAN KECEWA DENGAN KEBODOHAN DAN KEBANGANGAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN YANG TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA ISU 1MDB, NURUL IZZAH UMUM PENGGAL TERAKHIRNYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN!!!



Akhirnya MISTERI MENYEPIKAN DIRI Nurul Izzah Anwar Ibrahim sudah terjawab!

Selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang hanya sehari selepas diangkat ke jawatan tersebut pada November tahun lepas, sekali lagi Nurul Izzah menimbulkan ketidakselesaan dalam blok Pakatan Harapan selepas dia meletakkan jawatan dari PAC selepas tidak bersetuju perlantikan Ronald Kiandee yang melompat dari UMNO ke PPBM.

Dan semalam, Malaymail Online mendedahkan yang Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan, ini adalah penggal terakhir dia berkhidmat sebagai Ahli Parlimen. 

Dengan kata lain, dia enggan lagi bertanding dan terbabit dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Guan Eng berbonekakan Dr. Mahathir. 

Dia dilaporkan memberitahu Straits Times Singapura yang dia amat kecewa dengan pentadbiran Pakatan Harapan yang terlalu perlahan dalam pembaharuan dan polisi. (RUJUK SINI)

"Ini adalah penggal terakhir saya. Dan ini adalah rancangan saya setakat ini," katanya seperti yang dilaporkan. 

Nurul Izzah juga berkata, dia sangat kecewa dengan obsesi Putrajaya terhadap isu 1MDB dan kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap isu yang lebih besar membabitkan perut dan kocek rakyat. 

"1MDB hanyalah isu sementara. Selepas itu, rakyat mahukan kehidupan harian yang lebih selesa dan ada penambahbaikan," katanya lagi. 

Sebelum itu, Nurul Izzah telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusoff, Ketua PAC Ronald Kiandee dan Ketua Whip Pakatan Harapan Johari Abdul. 

Awal minggu ini, dia dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membuat protes berhubung perlantikan Kiandee sebagai Ketua PAC selepas melompat dari UMNO ke PPBM. Nurul dan Hannah berpendapat jawatan Ketua PAC perlu dijawat oleh Ahli Parlimen pembangkang.

Menurut Nurul Izzah lagi, dia sangat kecewa dengan skandal lompat parti yang berleluasa selepas 9 Mei 2018. 

"Kita perlu mempunyai pembangkang yang kuat. Keadaan ini amat menyedihkan. Saya percaya, sistem dua parti adalah penting untuk masa hadapan Malaysia," katanya lagi. 

Pada Disember lalu, Nurul Izzah mengumumkan perletakan jawatannya daripada jawatan Naib Presiden PKR apabila isu nepotisme dan pilih kasih menjadi buah mulut orang ramai. 

Anak sulung Presiden PKR, Anwar Ibrahim itu turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang selain beberapa jawatan dalam Kerajaan Persekutuan, termasuklah Pengerusi pasukan khas menangani masalah Teknika dan Latihan Pendidikan Vokasional.

Dalam reaksinya, Anwar mendakwa anaknya itu sudah bosan dengan permainan kuasa yang berlaku di belakang tabir yang masih berterusan sekalipun pentadbiran negara sudah berubah.

Thursday, May 3, 2018

LAPORAN POLIS TERHADAP NURUL IZZAH SEBAGAI KAKI 'PAU'... KENAPA NURUL IZZAH DAN PKR SENYAP MEMBISU?!!!



Pengerusi MyWatch yang selama ini diketahui pro-pembangkang, bahkan R.Sanjeevan sendiri diketahui terlibat aktif dengan AMK, telah membuat satu laporan polis pada 25 April 2018 lalu di IPD Kajang. Dalam laporannya, Sanjeevan telah meminta pihak polis untuk menyiasat pendedahan yang telah diterbitkan dalam sebuah blog yang mendedahkan tentang seorang pemimpin politik PKR bernama Nurul Izzah Anwar menerima suapan wang sebagai habuan untuk memperuntukkan kerusi kepada beberapa orang calon untuk bertanding dalam PRU-14 kali ini.

Menurut Sanjeevan, dakwaan yang dibuat oleh blog tersebut (RUJUK SINI) amat serius memandangkan ianya berunsur rasuah dan menjejaskan proses demokrasi di Malaysia.

Blog tersebut menyatakan:

"Nurul Mak Janda sangap ini telah berjalan ke seluruh negeri untuk minta duit dari calon-calon yang berpotensi untuk memudahkan Mak Jan ini buat duit. Mak Jan ini selalu minta pada orang awam, mengatakan dia tak ada duit. Hakikat sebenarnya, banyak duit Mak Jan ini dapat dari hasil samun calon yang mampu bayar untuk melobi calon. 

"Tapi kini Mak Jan jadi masalah bila kerusi-kerusi ni dijanjikan sedang dipertahan oleh orang-orang yang lama buat kerja."

Lima orang individu dinamakan oleh blog tersebut sebagai orang yang telah didakwa memberikan habuan dan suapan kepada Nurul Izzah.

(1) Dato Ramachandran dikatakan pernah memberikan dua buah kereta mewah kepada Nurul Izzah untuk berkempen pada 2013. Dia pernah menjadi calon DUN Batang Kali pada PRU 2013 dan memperolehi undi sebanyak 15,791 berbanding pemenang kerusi tersebut dari BN, Mat Nadzhari Ahmad Dahlan yang memperolehi undi sebanyak 21,189. Para PRU kali ini, PKR bagaimanapun mencalonkan Harumaini Omar untuk menentang penyandang kerusi, dan seorang lagi calon dari PAS, Mohd Hasnizan Harun.

(2) Datuk Seri Edmund Santhara didakwa telah memberikan lebih RM1.5 juta kepada Nurul Izzah sebagai dorongan untuk mencalonkannya di Kerusi Parlimen Segamat. Edmund Santhara sebelum ini terlibat dalam kemelut dan kontroversi melibatkan Kolej Kejururawatan MasterSkills. Edmund Santhara meletak jawatan sebagai CEO MasterSkills pada tahun 2013. Pada PRU-14 kali ini, dia telah dicalonkan di Parlimen Segamat untuk menentang Presiden MIC yang juga merupakan penyandang kerusi tersebut, S.Subramaniam.

Tiga nama lain yang turut didakwa blog tersebut terlibat dengan Nurul Izzah adalah Datuk Dr. Loga Bala, Karupaiya Mutusami dan Dr. Bala.

Berbanding kesemua nama tersebut, hanya Datuk Dr. Loga Bala yang merupakan ahli PPP merupakan calon Barisan Nasional bagi Kerusi Parlimen Segambut yang akan bersaing dengan calon-calon dari PKR, Yeoh Tseow Suan dan PAS, Muhammad Soleh Abdul Razak.


Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang reaksi balas dari Nurul Izzah yang telah 'lari' dari Lembah Pantai ke Permatang Pauh pada PRU kali ini berhubung laporan polis yang dibuat oleh R. Sanjeevan dan MyWatch. PKR yang biasanya pantas membela anak perempuan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Naib Presiden parti itu juga, tidak memberikan sebarang ulasan mahupun reaksi dengan laporan polis yang dibuat oleh Sanjeevan.

Mungkin ianya merupakan taktik terbaik DAMAGE CONTROL oleh PKR dan Nurul Izzah bagi membolehkan PKR mengharungi PRU-14 tanpa banyak masalah.


Sunday, March 4, 2018

PKR MULA LANGGAR KAWASAN PAS DAN PPBM SELEPAS MUHYIDDIN DIURA-URAKAN BERTANDING DI MUAR!!!



Semakin kuat desas-desus yang mengatakan, Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM merangkap penyandang jawatan Ahli Parlimen Pagoh akan berpindah ke Muar selepas Pagoh diisytiharkan kubu selamat untuk PPBM.

Parlimen Muar terdiri daripada satu Parlimen dan dua DUN. Parlimen Muar disandang oleh Razali Ibrahim dari BN yang hanya memperolehi majoriti 1,646 undi berbanding nama yang tidak dikenali ditampilkan oleh PKR pada PRU-13 lalu iaitu Nor Hizwan Ahmad.

Manakala DUN Maharani pula dikuasai oleh PAS yang meletakkan Muhammad Taslim yang berjaya mengalahkan calon BN, Datuk Zulkhairi Ahmad dengan majoriti 3,136 undi. Muhammad memperolehi 12, 731 undi berbanding Zulkhairi yang hanya memperolehi 9,595 undi. Muhammad adalah penyandang.



DUN Sungai Balang pula berjaya dimenangi oleh Zaiton Ismail yang memperolehi 9,716 undi berbanding calon PAS, Malik Mohamed Diah yang memperolehi 8,081 undi.

Bagaimanapun, berbanding Muhyiddin Yassin yang dilihat sebagai liabiliti terutama sekali membabitkan kes peribadinya dalam perceraian sepasang suami isteri sehingga Muhyiddin seperti hilang dari radar politik arus perdana dan lebih banyak dibayangi oleh Mahathir dan anaknya, Mukhriz, PKR sebenarnya mempunyai calon lain yang lebih sesuai untuk Parlimen Muar. Apatah lagi, pada PRU lalu, PKR terpaksa mengalah kepada PAS di Muar, dan akhirnya PKR tidak memperolehi satu pun kerusi sedangkan PAS memiliki kerusi DUN Maharani.



Umum mengetahui, hubungan antara PKR dengan PAS telah putus selepas PKR berkeras untuk bekerjasama dengan DAP dan PPBM serta PAN. Seperti di Selangor dan di Kedah, PKR segera mengambil kesempatan dengan membayangkan yang mereka akan bertanding bagi pihak Pakatan Harapan di tempat-tempat yang pernah ditandingi oleh PAS walaupun umum mengetahui PKR hanya bergantung kepada PAS sebelum ini.

Parlimen Muar juga bakal menyaksikan perkara yang sama.



Untuk Parlimen Muar, PKR sudah pun mempunyai calon mereka sendiri, bukannya Muhyiddin Yassin. Calon untuk PKR adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang sekarang, Mohd Rashid Hasnon.

Mohd Rashid Hasnon adalah anak jati Muar. Pendidikan awalnya adalah di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi. Rashid menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Dia kemudiannya menerusi pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990.


Peluang untuk Mohd Rashid Hasnon dikatakan jauh lebih cerah di Parlimen Muar berbanding Muhyiddin Yassin apatah lagi Syed Saddiq Abdul Rahman yang diura-urakan lebih awal akan disandarkan PPBM di Parlimen Muar pada PRU kali ini.

Dan PKR juga tidak mahu melepaskan DUN Sungai Balang walaupun mereka pejam mata dengan DUN Maharani. Biarpun PAN juga mengintai peluang di Sungai Balang menerusi tuntutan Salehuddin Ayub, namun seperti yang diketahui, berbanding PKR, PAN tidak mempunyai calon dan nama mantap di Sungai Balang.



Justeru, PKR memulakan kempen secara agresif di Muar. Dua malam sudah bertempat di 33, Sungai Balang Besar, Muar, berlangsung program ceramah umum Pakatan Harapan 'MUAR KUNCI KE PUTRAJAYA'.

Program tersebut sebenarnya anjuran PPBM yang menampilkan Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai 'key person' tetapi perhatian kepadanya telah dirampas oleh Nurul Izzah, Teo Nie Chin, Salahuddin Ayub, Yatin Sarpan yang merupakan Ketua PKR Cabang Muar dan Naim Jusri yang merupakan Ketua AMK Cabang Muar selain juga merupakan Penyelaras DUN Sungai Balang serta Mohd Haslin Abdul Latif AJK PAN Kawasan Muar.

Mukhriz Mahathir yang sepatutnya turut hadir, tidak muncul-muncul dan akhirnya memberi alasan kononnya terpaksa menghadiri retreat PPBM di Bukit Merah Lake Town. 



Mungkin menyedari bahawa program tersebut dianjurkan oleh PPBM, menyebabkan jumlah kehadiran terlalu hambar. Dianggarkan lebih kurang 160 orang sahaja yang hadir walaupun barisan yang ditampilkan untuk menyampaikan ceramah adalah 'bintang-bintang' Pakatan. Tidak seperti ketika program yang diadakan semasa PRU-13 lepas iaitu semasa PAS masih berada bersama-sama Pakatan Harapan, jumlah penyertaan kaum Cina dalam majlis itu juga sangat daif.

Laungan 'REFORMASI' yang dibuat oleh Nurul Izzah sewaktu mengakhiri ucapannya, hanya disambut hambar oleh para hadirin. Manakala sebahagian hadiri pula dilihat meninggalkan majlis ketika Salahuddin Ayob sedang memberikan ucapan.

Sekaligus memberi isyarat jelas bahawa PPBM bakal dan sepatutnya diketepikan kerana menjadi antara faktor penyumbang utama mengapa kurangnya sambutan untuk PKR dan DAP. Kehambaran di Muar sebenarnya bukanlah kali pertama yang melibatkan PPBM bahkan di Taiping di mana Mahathir turut berkempen malam tadi pun, jumlah kehadiran terlalu menyedihkan walaupun jentera PPBM cuba menggambarkannya sebagai gah!


Tuesday, February 13, 2018

IBARAT KUMBANG TAHI, NURUL IZZAH BUAT-BUAT LUPA, DIA MENANG PRU-13 DULU PUN PASAL BUAT FITNAH!!!!



Nama Nurul Izzah Anwar Ibrahim mula terkenal pada penghujung 1998. Dia dijuluki dengan gelaran, PUTERI REFORMASI dan menjadi ikon kepada anak-anak muda yang menyokong Anwar Ibrahim. Wajahnya seringkali dijadikan umpan untuk menarik sokongan anak-anak muda.

Dan taktik tersebut amat berjaya kerana Nurul Izzah berjaya memainkan peranannya sebagai PUTERI REFORMASI yang menagih simpati serta sokongan daripada anak-anak muda pada zaman itu.

Kemudian, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil dalam PRU-12 pada tahun 2008 di Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti yang sangat menggalakkan.

PRU-13, Nurul Izzah masih lagi bersandar kepada simpati bukannya kepada prestasi kerjanya selaku Wakil Rakyat. Popularitinya menurun apabila calon Barisan Nasional, Raja Nong Chik Zainal lebih kuat bekerja untuk rakyat di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pada keputusan PRU-13 di Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berjaya mengekalkan kemenangannya biarpun majoritinya merosot teruk. Antara faktor utama yang membolehkan Nurul Izzah mengekalkan kemenangannya adalah FITNAH.

Nurul Izzah telah menfitnah Raja Nong Chik. Kes fitnah tersebut dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengakui yang dia memang menfitnah Raja Nong Chik untuk menang. Permohonan maaf dibuat di luar mahkamah dan Raja Nong Chik memaafkan Nurul Izzah tanpa menuntut saman fitnah ke atasnya.

Kegagalan Pakatan untuk merampas Putrajaya pada PRU-13 lalu telah memunculkan pelbagai dalih dan tuduhan termasuklah tuduhan kononnya penggunaan pengundi hantu seramai 40 ribu orang, blackout, dakwat tidak kekal, dan sebagainya.

Bagaimanapun dalam proses mahkamah seterusnya, tiada satu bukti pun yang ditampilkan oleh Pakatan, khususnya dari PKR dan DAP untuk menyokong dakwaan mereka. Malah mereka tidak membawa pun kes-kes yang mereka bangkitkan ke mahkamah. Sebaliknya yang dipertikaikan hanyalah membabitkan isu-isu teknikal semata-mata.

Demonstrasi-demonstrasi dan kekacauan media yang dilakukan oleh Pakatan, menampilkan sisi-sisi buruk yang menjadikan kempen dan pesta pilihanraya di Malaysia sebagai yang terburuk. Nurul Izzah sendiri terlibat dalam permainan hodoh tersebut dengan melakukan fitnah, bukan sahaja tidak insaf sebaliknya terus-menerus menipu dengan lagak sucinya.

Katanya, PRU-14 akan menjadi PILIHANRAYA TERKOTOR dan TERBURUK dalam sejarah demokrasi Malaysia. Alasannya mudah, UMNO-BN dalam keadaan tenat dan UMNO-BN akan berbuat apa-apa sahaja untuk terus berkuasa termasuklah menipu!

Hakikatnya yang berada dalam keadaan yang sangat lemah adalah PKR. PKR bukan sahaja kehilangan sokongan akar umbi, sebaliknya yang lebih penting, kekuatan sebenar PKR iaitu PAS sudah tiada. PKR sekarang ibarat kumbang tahi yang berusaha menggolekkan ketulan tahi ke sana ke sini sambil menagih simpati.

Dan Nurul Izzah sendiri turut berbuat begitu apabila dia diuwar-uwarkan akan meninggalkan Lembah Pantai untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuat bapanya yang dijangka akan menjamin kemenangannya. Ini adalah kerana Lembah Pantai sudah mula menunjukkan penolakan ke atas Nurul Izzah selepas dia bukan sahaja menipu beberapa orang penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi tetapi juga menyebabkan mereka kerugian untuk memiliki hartanah bernilai lebih RM400 ribu.

Sikap lepas tangan yang selalu dilakukan oleh Nurul Izzah menjahanamkan reputasnya selaku Puteri Reformasi dan tidak melayakkannya bercakap tentang kotor atau bersihnya pilihanraya di Malaysia memandangkan dia sendiri terbabit bermain kotor untuk menang!!

Thursday, December 7, 2017

SELEPAS MENANG BERGAYA PADA PRU-13 DENGAN MENFITNAH RAJA NONG CHIK, APAKAH FITNAH TERBAHARU NURUL IZZAH TERHADAP SHAHRIZAT UNTUK PERTAHANKAN LEMBAH PANTAI?!!!



Ketika Lim Guan Eng sedang bergelut untuk cuba mendapatkan kepercayaan para pengundi, khususnya masyarakat Cina menerusi siri pembohongan, putarbelit, menuding menyalahkan pihak lain, mencipta aura seolah-olah dia adalah jelmaan sang naga selain cuba mengelak daripada diserang dengan mengarahkan pegawai-pegawai penerangannya seperti Zaidi Ahmad mengorbankan diri menjadi bahan kecaman dan cercaan sekaligus melupakan orang ramai tentang dirinya, lain pula ceritanya tentang Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR. 

Sebelum ini terdengar ura-ura kuat dari dalam lingkungan PKR sendiri, ketidakyakinan tentang kedudukan Nurul Izzah di Lembah Pantai kerana banyak perkara, termasuklah kegagalan dan ketidakfungsiannya selaku wakil rakyat di kawasan terbabit. 

Sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, tiada suatu kebaikan pun yang dilakukan oleh Nurul Izzah terutama membabitkan kawasan-kawasan Melayu-Bumiputera yang sebelum dibangunkan perumahan pangsa, merupakan tapak perkampungan setinggan terbesar di Kuala Lumpur.

Sebaliknya apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah adalah mempersoalkan tentang usaha-usaha Kerajaan Pusat untuk menaiktaraf kebajikan penduduk termasuklah memindahkan mereka ke kediaman yang lebih selesa sepertimana yang berlaku di Kampung Kerinchi yang akhirnya menyaksikan, 34 orang penduduk Flat Kerinchi yang termakan hasutan Nurul Izzah terlepas peluang untuk memiliki kediaman bernilai RM500,000 berbanding rumah asal mereka yang hanya bernilai RM50,000 dengan kemudahan yang lebih selesa dan lebih baik dari rumah dahulu yang hanya ada satu atau langsung tidak berbilik, kini tiga bilik. (RUJUK SINI) 

Rupa-rupanya Nurul Izzah mempunyai ego yang sama besar dengan bapanya, seorang penjenayah liwat yang sedang menjalani hukuman penjara, tetapi masih mengaku dia adalah banduan politik. 

Ura-ura terdengar khabar, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil mungkin akan kembali bertanding di Lembah Pantai, Nurul Izzah yang sebelum ini dikatakan akan dipindahkan ke Permatang Pauh, cepat-cepat membuat kenyataan, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Lembah Pantai. Sebaliknya dia bertekad untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya 9 tahun lepas. 

Pada PRU-12, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Jalil dengan majoriti undi 2,895 undi dalam gelombang besar yang turut menyaksikan BN kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. 

Manakala pada PRU-13 pula, Nurul Izzah hampir tumbang setelah gagal sebagai wakil rakyat pada penggal pertamanya. Namun FITNAH yang dilakukannya ke atas calon Barisan Nasional, Raja Nong Chik, berjaya membolehkan dia mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai. Ketika di mahkamah dalam proses saman fitnah oleh Raja Nong Chik selepas PRU-13, Nurul Izzah akhirnya mengaku dia menfitnah Raja Nong Chik untuk menang PRU. Untuk mengelakkan daripada membayar saman, Nurul Izzah membuat permohonan maaf di mahkamah terbuka. (RUJUK SINI)

Januari 2015, dalam saman fitnah NFCorp menentang Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui menfitnah Shahrizat Abdul Jalil ketika perbicaraan berjalan.(RUJUK SINI). Bagaimanapun Nurul Izzah bernasib baik kerana yang menyamannya adalah NFCorp dan suami Shahrizat yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp, Mohamad Salleh Ismail, bukannya Shahrizat. Jadi, hakim Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut dan Nurul Izzah terselamat sekalipun dia telah mengakui dia menfitnah Shahrizat. (RUJUK SINI)

Mungkin Nurul Izzah masih terkenangkan saat-saat manis dia mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil dan yakin, orang ramai khususnya para pengundi di Lembah Pantai sudah melupakan segala fitnah dan ketidakpeduliannya kepada pengundi Lembah Pantai selama ini. Mungkin juga dia sangat yakin, dia boleh mencipta fitnah baru dan menipu lagi. 

Beberapa hari lepas, Nurul Izzah bersama-sama Teresa Kok mempersoalkan penjualan tanah 'tidak menguntungkan' kepada pemaju bagi tujuan pembinaan perumahan PRIMA. (RUJUK SINI) Nurul Izzah mahu DBKL menjual tanah tersebut dengan harga pasaran supaya menguntungkan DBKL tanpa peduli harga rumah mampu milik PRIMA yang akan dijual kepada pembeli. Harga rumah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan harga tanah. Semakin tinggi harga dan premium tanah, maka semakin tinggilah harga rumah seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, sehingga akhirnya rumah-rumah yang dikatakan mampu milik sebenarnya hanyalah mampu tengok.

Nurul Izzah turut mempersoalkan tentang keperluan undi pos hampir 7,000 undi dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Lembah Pantai, sedangkan di Lembah Pantai terdapat dua kompleks perumahan PDRM yang dikenali sebagai Desa Aman 1 dan Desa Aman 2 yang rata-ratanya dihuni oleh anggota, pegawai PDRM dan ahli keluarga mereka. Kedua-dua kompleks kediaman tersebut terletak sama ada bertentangan mahupun tidak jauh dari Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Tuesday, October 24, 2017

BILA NURUL IZZAH MULA MUNCUL DI KALANGAN ORANG RAMAI, ITU TANDANYA PILIHANRAYA DAH TERLALU HAMPIR!!!



Kebanyakan wakil rakyat dari BN, amat takut kalau wujud rungutan kalangan rakyat terutama dari kawasan yang diwakili, batang hidung mereka susah ditemui. Cukup pantas memunculkan diri kalau tiba-tiba berita si wakil rakyat sedang berlibur di mana-mana tetapi orang kawasan sukar hendak bertemu dengannya, bagi mengelakkan persepsi lebih buruk pada batang tubuhnya. Atau cukup takut kalau-kalau kesombongannya kerana gagal membawa suara rakyat di kawasan yang diwakili, akan menyebabkan namanya tidak tercalon pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, keadaannya tidak begitu bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, terutama sekali dari PKR atau DAP. Mereka tidak memerlukan rakyat untuk membuktikan yang mereka memang wakil rakyat yang dikehendaki. Hampir kesemua mereka, hanya memerlukan isu-isu nasional dan media untuk mempopularkan diri, sekaligus membuktikan kononnya mereka berjuang untuk rakyat walaupun pada masa yang sama, banyak masalah rakyat di kawasan yang diwakili, tidak dihiraukan dan dipedulikan.

Taktik mulai berubah apabila tempoh dan mandat Parlimen semakin hampir ke penghujungnya. Dengan kata lain, PRU sudah terlalu hampir untuk dilaksanakan.

Pada ketika inilah, wakil-wakil rakyat dari Pakatan mulai keluar dari 'persembunyian' masing-masing. Kalau selama ini, entah apa sibuknya mereka sehingga tidak ada masa untuk bertemu rakyat, kini merekalah yang paling sibuk hendak bertemu dengan rakyat. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, termasuklah merangkak dalam longkang, bahkan memegang dan menyentuh orang miskin yang berbadan kotor dan hamis sebagai menunjukkan keprihatinan dan ambil berat mereka.

Dalam masa beberapa bulan dari tarikh akhir PRU, mereka membina persepsi sebaik-baik dan sepositif mungkin. Kepercayaan bahawa lakonan pada saat-saat akhir akan memberikan impak yang lebih baik berbanding bekerja keras dari awal mandat, sebenarnya terbukti apabila mereka berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.

Salah seorang daripada mereka adalah Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang mewakili Parlimen Lembah Pantai.

Sepanjang bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal, TIDAK ADA SATU PERKARA KEBAIKAN untuk rakyat di kawasan berkenaan dilakukan oleh Nurul Izzah. Nurul Izzah juga tidak pernah menyuarakan sebarang masalah rakyat semasa persidangan Parlimen. Sebaliknya Nurul Izzah terlalu sibuk dengan pelbagai isu-isu sensasi yang tidak ada kena-mengena dengan Parlimen Lembah Pantai, termasuklah lakonan-lakonan liberalnya.

Hampir kesemua masalah rakyat di Lembah Pantai akan ditangani oleh UMNO dan Barisan Nasional meskipun pada PRU-13, calon BN kalah di tangan Nurul Izzah setelah Naib Presiden PKR itu menggunakan fitnah untuk menang.

Nurul Izzah kemudiannya meminta maaf dan menangis semasa di mahkamah setelah kalah dalam saman fitnah dengan Raja Nong Chik, calon BN Parlimen Lembah Pantai PRU-13. Raja Nong Chik bagaimanapun memilih untuk penyelesaian luar mahkamah dan tidak meminta ganti rugi setelah 'terpedaya' dengan air mata Nurul Izzah yang tidak pernah serik melakukan fitnah dan pembohongan.

Sekarang, Nurul Izzah muncul kembali di Lembah Pantai.

Dan Nurul Izzah tidak bersendirian kerana kebanyakan wakil rakyat Pakatan, turut mulai menampakkan diri di kawasan masing-masing sambil mereka memburuk-burukkan parti lawan walaupun pemimpin-pemimpin parti lawan itulah yang menjalankan peranan sepanjang kehilangan wakil-wakil rakyat tersebut.

Ironinya, rakyat dan pengundi masih tetap terpedaya dengan taktik murahan seperti itu. Nurul Izzah dan para pemimpin Pakatan masih boleh berkerjaya politik walaupun mereka adalah pemalas dan tidak peduli pun tentang rakyat kerana rakyat sendiri yang terlalu buta untuk menilai!


Friday, June 16, 2017

NURUL IZZAH NAK LARI DARI LEMBAH PANTAI SEBAB POLIS!!!



Pada PRU-13 lalu, Nurul Izzah Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan penguasaannya ke atas kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan menewaskan calon BN yang banyak bekerja di Lembah Pantai, Raja Nong Chik.

Walaupun Nurul Izzah hanyalah pengantin dan sesekali datang menjenguk Lembah Pantai untuk melakukan hasutan, tetapi dia tetap menang meskipun dengan majoriti yang semakin merosot. Kemenangannya dikatakan diperolehi dari beberapa PDM yang bermajoritikan pengundi bukan Melayu.

Selesai PRU-13, Nurul Izzah diseret ke mahkamah oleh Raja Nong Chik kerana sepanjang kempen PRU-13, Nurul Izzah dalam usaha memenangi hati pengundi, telah menfitnah Raja Nong Chik. 

Di mahkamah Nurul Izzah menangis dan meminta maaf sambil mengakui, dia memang menfitnah Raja Nong Chik untuk menang. Raja Nong Chik lembut hati dan memaafkan Nurul Izzah. Kos yang perlu dibayar oleh Nurul Izzah sangat minima. Ganti rugi berjuta-juta yang mahu dituntut oleh Raja Nong Chik ke atas Nurul Izzah dibatalkan kerana Raja Nong Chik seorang yang baik hati.

Sekali lagi Nurul Izzah 'menang'.

Bila sudah 'menang' dengan hanya bermodalkan air mata, Nurul Izzah kembali menghasut dan melakukan fitnah. Penduduk di flat Kampung Kerinchi yang mahu dipindahkan oleh kerajaan bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan dan mereka akan mendapat kediaman yang lebih selesa, dihasut agar menolak dan menentang projek tersebut. Nurul Izzah yang tidak pernah tinggal di flat dua bilik sempit, kata kerajaan mahu menghalau orang Melayu dari flat berkenaan. Barangkali dia ingat, Lim Guan Eng berkuasa di Lembah Pantai.



Akhirnya beberapa orang penduduk menentang dan enggan berpindah. Apabila siap projek Residensi Kerinchi, sekurang-kurangnya 35 keluarga yang termakan hasutan Nurul Izzah, tepuk dahi kerugian kerana mereka terlepas untuk memiliki sebuah kediaman yang berharga lebih RM400,000 sebaliknya hanya menerima pampasan yang jumlahnya tidak seberapa. Nurul Izzah pula cuci tangan dan langsung tidak meminta maaf, bahkan tidak bertanya khabar 35 keluarga berkenaan.

Banyak taik yang telah dibuat oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai. Pusat Khidmatnya yang terletak bertentangan dengan Desa Aman 2 pun, sebelum ini lebih banyak habuk dan ditutup tetapi meriah apabila semakin hampir PRU.


Nurul Izzah mungkin sedar yang tembelang dan pembohongan serta lakonan naifnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi di Lembah Pantai. Berita-berita dari sumber yang terdekat dengan kem Nurul Izzah menyatakan, Nurul Izzah besar kemungkinan akan lari meninggalkan Lembah Pantai, sebaliknya akan ke Permatang Pauh, mengambilalih tempat ibunya, Wan Azizah. Manakala Wan Azizah, si kipas pula akan lari ke Bandar Tun Razak.

Antara alasan yang diberikan oleh jentera Nurul Izzah tentang pelariannya ialah, 'Operasi Anjing'.

'Anjing' yang dimaksudkan oleh jentera Nurul Izzah itu adalah para pengundi dari Bukit Aman yang berada di Lembah Pantai.



Hina betul anggota-anggota serta pegawai-pegawai polis yang tinggal di dua kompleks kediaman kakitangan di Lembah Pantai sehingga mereka digelarkan ANJING oleh jentera Nurul Izzah. Sedangkan kedua-dua kompleks kediaman yang menjadi kediaman anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis itu sebenarnya telah wujud lebih lama sebelum Nurul Izzah mula bertanding di Lembah Pantai lagi!

Jumlah anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis serta ahli keluarga mereka yang mendiami kedua-dua kompleks kediaman kakitangan tersebut, tidak banyak berubah. Tetapi seperti biasa, mereka seringkali dipersalahkan apabila pemimpin-pemimpin pembangkang berasakan, mereka bakal kalah dalam pilihanraya.

Dan Nurul Izzah nampaknya tidak terkecuali. Sikap tidak bertanggungjawabnya dan amanah terhadap undi para pengundinya, langsung tidak dipedulikan tetapi dia lebih sibuk menyalahkan para pengundi dan polis.


Tuesday, February 28, 2017

NURUL IZZAH, SI RATU FITNAH, BERANG KERANA NAJIB PECAHKAN TEMBELANGNYA, 34 ORANG PENDUDUK HILANG PELUANG MILIKI RUMAH RM500,000 KERANA PERCAYA FITNAHNYA!!!



Kau yang menghasut, kau yang nak cari publisiti, kau yang menyebabkan 34 orang kehilangan peluang memiliki rumah sendiri dan kau yang beria-ia memberikan janji bulan bintang kononnya kau membela mereka tetapi sebenarnya kau sebenarnya bertujuan menghancurkan mereka, sekarang kau nak salahkan Najib Abdul Razak?

Semalam, Najib mengesahkan seramai 34 orang penduduk setempat yang mendengar dan percaya dengan HASUTAN serta FITNAH NURUL IZZAH anak perempuan Anwar Ibrahim, tidak dapat memiliki kediaman baru bernilai RM500,000 yang diberikan secara percuma berbanding lebih 400 orang penduduk Kampung Kerinchi yang lain.

Dan seperti biasa, tanpa rasa bersalah, tanpa rasa kesian kepada 34 orang penduduk malang yang kehilangan peluang memiliki kediaman lebih sempurna daripada rumah mereka yang telah dibangunkan semula itu, Nurul Izzah membidas Najib Abdul Razak KERANA BERCAKAP BENAR dan MEMBUKA TEMBELANG pembohongan serta fitnahnya kepada penduduk Kampung Kerinchi.

Dua penggal Nurul Izzah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai di mana Kampung Kerinchi merupakan sebahagian daripada Lembah Pantai, HARAM TAK SATU BENDA pun yang dia buat untuk penduduk dan pengundi-pengundinya. Yang dia buat hanyalah MENJUAL MUKA dan TEMBERANG. Yang dia cukup hebat buat ialah menjual cerita simpati kepada nasib keluarganya dengan bapanya sebagai modal meraih undi dan sokongan.

Bahkan Pejabat Pusat Khidmatnya yang terletak di Bukit Angkasa juga, lebih banyak debu di prmukaan tangga dan terlalu jarang dijenguknya kecuali beberapa hari sebelum PRU atau pemilihan parti.

Kampung Kerinchi merupakan antara kawasan-kawasan setinggan yang telah dimajukan oleh Kerajaan Pusat dengan mempertingkatkan kemudahan serta kualiti kediaman yang lebih baik. Berbanding rumah-rumah perpindahan sebelum ini yang banyak di kawasan tersebut, yang lebih bersifat sangkar bukannya rumah, kediaman baru di Kampung Kerinchi yang dibangunkan di bawah pentadbiran Najib, jauh lebih bersifat kemanusiaan dan menghargai kehidupan seorang manusia, bukannya haiwan!

Cuba menampilkan dirinya sebagai sorang PEJUANG RAKYAT, Nurul Izzah berkata, penduduk yang telah mendengar hasutannya dan kerugian besar serta kehilangan peluang memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa tidak memerlukan sindiran daripada Najib Abdul Razak.

Sebaliknya katanya lagi, Perdana Menteri perlu menghormati hak penduduk dan memberhentikan kenyataan berbaur fitnah. (BACA DI SINI)

Anehnya, Ahli Parlimen yang menang pada PRU lepas dengan JALAN MENFITNAH seperti yang DIPERAKUINYA SENDIRI DI DALAM MAHKAMAH, dan memohon maaf sambil memperdagangkan air mata murahannya, bercakap tentang 'FITNAH' walaupun sebenarnya 34 orang penduduk tersebut menjadi mangsa kerana percaya kepada FITNAH yang dibuatnya sehingga mereka kehilangan kediaman berharga lebih RM500,000.

Nurul Izzah telah berusaha dan berhempas pulas untuk menggagalkan pembangunan semula rumah pangsa dua bilik kecil empat tingkat di Kampung Kerinchi yang tarafnya sama seperti Muzium Pembunuhan Beramai-Ramai di Phnom Penh, Kemboja pada tahun 2012.

Sepatutnya 34 orang penduduk tempatan yang TELAH DIANIAYAI oleh Nurul Izzah itu mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahli Parlimen Lembah Jaya yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah bekerja untuk rakyat itu!!!


Tuesday, January 3, 2017

BANDINGKAN HARGA PETROL ZAMAN ANWAR IBRAHIM DENGAN ZAMAN NAJIB, KATA NURUL IZZAH!!!



Rupa-rupanya menjadi ahli politik tidaklah sesukar mana.

Pandai berbohong, pandai membodoh-bodohkan orang ramai, pandai putar belit fakta, berani dan kulit muka cukup tebal untuk buat fitnah, maka seseorang itu layak menjadi ahli politik.

Bonus berwajah cantik dan anak kepada bekas pemimpin utama negara pula, boleh menghantar kita menjadi Ahli Parlimen dan mempunyai kedudukan di dalam parti.

Itulah yang dibuktikan oleh Nurul Izzah.

Dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan daripada orang ramai, Nurul Izzah tidak peduli dengan fakta dan data. Malah dia tidak langsung mengambil kira faktor luaran. Yang penting baginya adalah menimbulkan persepsi agar dapat mewujudkan kebencian kepada lawannya.

Dalam hal ini, lawan dan sasaran Nurul Izzah adalah Najib Abdul Razak.

Mencetuskan kenyataan dengan membuat perbandingan antara Anwar Ibrahim dan Najib Abdul Razak dalam kapasiti Menteri Kewangan, Nurul Izzah hanya perlu menggunakan harga barang dan minyak memandangkan harga adalah faktor dan sentimen yang paling mudah mendapat perhatian.

Cuma Nurul Izzah barangkali sengaja buat-buat lupa...


Petrol zaman Anwar adalah petrol subsidi. Harga minyak dunia juga adalah rendah. Berbanding zaman Najib yang harga minyak mentah dunia berkali-kali ganda tingginya.

Sepatutnya pada zaman Anwar Ibrahim, harga minyak jauh lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan kepada rakyat kerana selain diberikan subsidi, harga minyak mentah itu sendiri tersangat murah. Tetapi mengapa hanya separuh daripada harga yang ditawarkan menerusi sistem apungan dan harga minyak mentah yang berkali-kali lebih tinggi pada zaman Najib?

Begitu juga dengan kos kehidupan.

Berbanding zaman Najib, rata-rata pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan, orang ramai berpendapatan purata di bawah RM900.

Dan segala-galanya perlu dibayar, termasuklah yuran persekolahan, yuran peperiksaan dari SRP (PMR), SPM dan STPM. Dan bayaran untuk itu pula, kecuali SRP, semuanya melebihi RM100.

Berbanding zaman Najib, yuran persekolahan dan semua yuran peperiksaan di sekolah kerajaan telah dihapuskan sepenuhnya.

Inikah taraf seorang Ahli Parlimen Malaysia?

Perbezaan 27 tahun dijadikan sebagai sandaran hujah tanpa mengambil pelbagai faktor luaran lain?


Saturday, December 10, 2016

NURUL IZZAH MULA KELAM-KABUT APABILA PAS PERMATANG PAUH IKRAR AKAN RAMPAS KERUSI PARLIMEN ITU!!!



PAS Permatang Pauh telah menyatakan, mereka akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU akan datang. Kerusi berkenaan dimenangi oleh Anwar Ibrahim bermula dari tahun 1982 dan kini disandang pula oleh isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail. Sebelum 1982, Permatang Pauh dikuasai oleh PAS.

Pada tahun 1999, PAS 'menarik diri' secara sukarela bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim apabila PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Barisan Alternatif. Ahli-ahli dan para pengundi PAS telah memberikan undi kepada Anwar Ibrahim sepenuhnya.

Pada PRK Permatang Pauh tahun lepas, pada ketika hubungan antara PAS dan PKR menjadi dingin terutama sekali apabila DAP berterusan mendesak agar PKR mengenakan tekanan kepada PAS agar akur kepada DAP, majoriti yang diperolehi oleh Wan Azizah menurun secara mendadak walaupun pada masa yang sama, Wan Azizah masih mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti yang agak selesa.

Pelawaan dan pujukan DAP agar PAS tidak menentang mereka, sekaligus menyelamatkan PKR yang banyak bergantung kepada PAS untuk serba-serbi, kini cuba diteruskan oleh Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, kenyataan PAS Permatang Pauh bahawa kali ini, mereka akan meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh, telah menyebabkan Naib Presiden PKR yang juga merupakan anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah memberi respons pantas.

Nurul Izzah mengingatkan PAS Permatang Pauh bahawa mereka perlu bersatu dengan PKR dan DAP untuk menumbangkan UMNO-BN, bukannya 'tamak' untuk bertanding di kawasan yang diyakini sudah menang.

Pada masa yang sama, Mahathir pula menyatakan PAS adalah sebuah parti yang telah hilang arah tujuan kerana enggan bersekutu dengan DAP dan enggan menyembah serta menjilat Lim Kit Siang sebagaimana yang dilakukan ketika sebahagian besar pemimpin utama PAN berada di dalam PAS dahulu.

Perebutan kerusi untuk ditandingi menjadi semakin hangat di kalangan PKR-PAS-PAN dan Cap Bunga.

Ini adalah kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh PKR dahulunya adalah kerusi yang ditandingi oleh PKR. Dengan memasukkan PAS di bawah satu lambang parti yang akan dikuasai sepenuhnya oleh DAP, lebih banyak kerusi yang ditandingi oleh PAS perlu diserahkan kepada PKR, PAN dan CAP BUNGA. Manakala DAP pula akan mengekalkan atau menambah bilangan kerusi yang akan ditandingi dengan alasan, mereka lebih kuat dan lebih dominan.


Sunday, November 13, 2016

NURUL IZZAH KATA RAKYAT AKAN NILAI PAS, YANG DIA TERLUPA, 'RAKYAT PAS' SEDANG NILAI DIA UNTUK PRU AKAN DATANG!!!



Sebahagian 'akar umbi' Pakatan Harapan sudah boleh menerima hakikat bahawa PAS sudah tidak berahi lagi dengan PKR dan DAP. Mereka bahkan berdemonstrasi walaupun dengan bilangan yang tidak memerlukan jari untuk mengira di hadapan IDCC, Shah Alam, tempat berlangsungnya konvensyen Pakatan Harapan semalam.

Mereka mahu Pakatan Harapan meneruskan kerja dan usaha menjatuhkan Najib serta Barisan Nasional pada PRU akan datang dengan parti-parti sedia ada, terutama sekali menerusi PAN dan Cap Bunga.

Apatah lagi, secara rasminya, Dr. Mahathir dan anaknya yang mahu dijadikan sebagai Perdana Menteri sudah pun menyertai kempen pembebasan Anwar Ibrahim yang dipenjarakannya atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.

Sedap benar Nurul Izzah yang suatu masa dahulu mengisytiharkan dia dan seluruh keluarganya tidak dapat memaafkan perbuatan Dr. Mahathir ke atas keluarganya. Dia yang diangkat sebagai Puteri Reformasi pada 1999, bersuara lantang tentang kebobrokan Mahathir walaupun selepas Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan meletakkan jawatan daripada jawatan Presiden UMNO.

Siapa yang bantu Nurul Izzah dan keluarganya pada waktu Anwar Ibrahim 'dizalimi' Mahathir?

Sudah tentulah pucuk pimpinan PAS dan seluruh jemaah PAS!

Pepatah Melayu mengatakan, melepaskan anjing tersepit. Pepatah tersebut amat sesuai untuk Nurul Izzah dan keluarganya serta seluruh pengikut Anwar Ibrahim.

PAS menerusi Presidennya, Allahyarham Fadhil Nor merupakan pihak terawal yang membantu Anwar Ibrahim semasa dipecat oleh Dr. Mahathir. PAS jugalah yang mengumpulkan seramai mungkin pengikut dan ahli untuk berdemonstrasi membela Anwar Ibrahim yang kemudian diklaim oleh PKR sebagai ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.

Tetapi apa balasan PKR kepada PAS?

PAS diracun dan digigit. PAS dipecahbelahkan dan adu domba di kalangan pimpinan PAS berleluasa. PAS cuba disekularkan, bahkan ADUN dan Ahli Parlimen PAS dicuri oleh PKR semata-mata untuk menunjukkan PKR kuat.

Dari awal lagi, kekuatan PKR hanyalah pada suara. Longgokan poster, bendera dan segala macam bahan kempen hanya diserahkan kepada petugas-petugas PAS untuk diselesaikan. Malahan markas-markas PAS pula dikuasai dan dijarah seolah-olah mereka ada saham di dalamnya.

Orang yang menuduh, dikatakan menzalimi dan menfitnah Anwar Ibrahim dan keluarganya kini diangkat sebagai kawan, sedangkan orang yang mengarang kitab Qazaf, tidak sahaja didengki dan dimusuhi, bahkan dianggap tidak berguna waimma senilai kupang tembaga.

Jadi, apabila Nurul Izzah mengatakan, rakyat akan menilai PAS kerana tidak hadir dan memulaukan konvensyen Pakatan Harapan, sebenarnya rakyat telah lama menilai. Apatah lagi di kalangan ahli-ahli PAS yang masih kekal di dalam parti itu tanpa berpindah ke PAN atau PKR apatah lagi ke dalam Cap Bunga.

Yang Nurul Izzah lupa ialah, rakyat pengundi akan terus dan sedang menilai lakonan badut-badut politik termasuklah dia sendiri bagi mendapatkan kuasa...


Monday, November 30, 2015

SIASATAN KE ATAS TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH BERHUBUNG MESYUARAT DENGAN MUSUH NEGARA, DIRUJUK KEPADA PEGUAM NEGARA!!!



Siasatan kes melibatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah selesai merakamkan percakapan Nurul Izzah, dan laporan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara setelah pihaknya mengambil keterangan Anggota Parlimen Batu Tian Chua.

"Dalam satu dua hari ini kita akan panggil Tian Chua untuk rakam percakapan...selepas itu polis akan kemaskan siasatan dan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas memakaikan pangkat kepada 21 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia di sini, Isnin.

Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov lepas semasa berada di Filipina bersama Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara itu.

Beliau sebelum ini dilaporkan membuat permohonan maaf selepas gambarnya bertemu Jacel di Filipina dimuat naik di laman Facebook mendapat kritikan, manakala pada Ahad, Tian Chua pula menafikan beliau adalah dalang pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata peguam Americk Sidhu memaklumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan polis berhubung kenyataan yang dibuat anak guamnya, Charles Suresh Morais.

Charles, adik Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini baru-baru ini yang mendakwa pembunuhan abangnya itu mempunyai kaitan dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khalid berkata Americk dijangka memberi keterangan sama ada hari ini atau esok.

"Kita terpaksa panggil beliau kerana kita nak tahu apa perbicangan beliau dengan Charles...pendedahan itu merupakan pendedahan yang serius," katanya.

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept lepas setelah beliau dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas. (SUMBER)


Thursday, November 26, 2015

PADAN MUKA!!! SABAH HARAMKAN NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA JEJAKKAN KAKI KE BUMINYA!!!



Akhirnya, DUN Sabah meluluskan usul MENGHARAMKAN ANAK ANWAR IBRAHIM, Nurul Izzah dan temannya, Tian Chua daripada menjejakkan kaki ke Bumi Sabah.

Satu tindakan yang sudah pasti akan menaikkan kemarahan para penyokong yang buta perut dan tidak tahu atau tidak faham dengan keistimewaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia, khususnya membabitkan Imigresen.

Walaupun Sabah dan Sarawak merupakan komponen Malaysia, tetapi kedua-dua negeri itu mempunyai keistimewan autonomi mereka yang tersendiri. Antara keistimewaan dan hak Sabah serta Sarawak yang tidak boleh dipertikaikan oleh Persekutuan adalah hal-hal membabitkan Imigresen.

Negeri-negeri lain di Semenanjung, tidak ada hak imigresen seperti Sabah dan Sarawak... sesuatu yang amat kurang difahami oleh kebanyakan penyokong bebal.


Semalam, satu protes ke atas Nurul Izzah dan Tian Chua telah diadakan di luar DUN. Hari ini, DUN Sabah mengundi, meluluskan usul MENGHARAMKAN Nurul Izzah dan Tian Chua daripada memasuki Sabah apabila telah terbukti mereka merupakan 'rakan' kepada musuh negara, Jacel Kiram.

Undi yang menyokong pengharaman ke atas kedua-dua Naib Presiden PKR itu adalah 47 berbanding 7 (3 berkecuali dan 2 ponteng sidang DUN).

Sabah mempunyai 60 Kerusi DUN dengan 48 daripada mereka adalah BN. Speaker DUN dari BN tidak boleh mengundi, namun kesemua 47 ADUN BN lain telah mengundi menyokong usul pengharaman.

3 orang ADUN Pembangkang pula enggan menyokong Nurul Izzah dan Tian Chua, sebaliknya mengambil sikap BERKECUALI.

Mereka adalah Wilfred Bumburng (menang atas tiket PKR tetapi sekarang ini adalah BEBAS), Dr. Edwin Bosi (DAP) dan Jeffrey Kitingan (STAR).

7 orang ADUN Pembangkang lain dari PKR dan DAP mengundi menentang usul tersebut manakala dua orang ADUN pembangkang pula, ponteng sidang DUN.

Adakah PKR akan naik angin dengan ADUN DAP yang enggan menyokong kedua-dua orang Naib Presiden PKR sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang kepada kelima-lima orang ADUN PKR yang mengundi menentangnya?


2 HARI TELAH BERAKHIR, SELEPAS SAMAN KPN DAN ISMAIL SABRI, NURUL IZZAH ADA BAGI KETERANGAN DI BAWAH SOSMA KE TIDAK KEPADA PDRM?



3 hari lepas, Nurul Izzah diberikan tempoh selama dua hari untuk diambil keterangan berhubung pertemuannya dengan Jacel H. Kiram.

Isu pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram bersama-sama dengan Tian Chua dan gambar-gambar Nurul Izzah dan Jacel Kiram memegang plakad yang bertulis 'BEBASKAN ANWAR' telah menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, terutama sekali di Sabah dan keluarga anggota-anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan negara daripada pencerobohan dan penjarahan lanun-lanun Sulu Kiram pada tahun 2013.

Pelbagai alasan telah diberikan oleh Nurul Izzah dan kawan-kawan sekongkolnya. Malah Tian Chua juga menjadi begitu garang apabila mengancam untuk menyaman Timbalan Perdana Menteri yang juga adalah Menteri Dalam Negeri kerana menuduhnya sebagai dalang yang mempertemukan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram.

Hari ini terkeluar pula cerita Nurul Izzah akan menyaman Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri atas alasan telah menfitnah dan memanggilnya sebagai pengkhianat. (RUJUK SINI)

Sepatutnya hari ini, Nurul Izzah telah memberi keterangannya kepada pihak polis. Malangnya tiada sebarang berita tentang perkara tersebut kecuali berita tentang tindakan samannya ke atas Ketua Polis Negara dan Ismail Sabri sahaja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada 24 November lalu berkata, polis telah menerima lebih 90 laporan berhubung perkara berkenaan dan kes telah diklasifikasikan untuk disiasat mengikut Seksyen 124 SOSMA.

Menurutnya lagi, polis telah berhubung dengan pihak Nurul Izzah dan memanggilnya utnuk merakamkan percakapanya. Bagaimanapun, sehingga setakat 24 November, polis gagal berjumpa dengan Nurul Izzah kerana komitmen Nurul Izzah dengan tugasan hariannya. (RUJUK DI SINI)

Macam skrip yang sama dengan apa yang berlaku kepada bapanya dahulu jer... saman sana sini bila dah tahu akan dipanggil untuk merakamkan percakapan.

Ingat lagi, 'YOU ULANG, I SAMAN'?


Wednesday, November 25, 2015

AZALINA OTHMAN USUL RUJUK NURUL IZZAH KE JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN PARLIMEN BUATKAN NURUL DAN SEKUTU MENGGELUPUR!!!



Orang pertama yang memberikan reaksi tidak berpuas hati kerana Azalina Othman membuat usul menghadapkan Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah Lim Kit Siang, Dinosaur Tua dari Gelang Patah yang telah digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Parlimen.

Kata Lim Kit Siang, usul tersebut bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan 'tidak cukup tempoh 14 hari', fosil jurasic tertua itu juga cuba menyamakan pertemuan, mesyuarat, makan malam dan perbincangan bersama antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram dengan Najib bersalaman dengan Benjamin Netanyahu ketika mereka terserempak di pintu masuk bangunan PBB. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, Azalina mempunyai alasannya yang tersendiri dan Nurul Izzah sendiri perlu menerangkan tentang tindakannya itu walau atas alasan apa sekalipun, termasuklah alasan mencari maklumat.

Tindakan merujuk Nurul Izzah ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat (27 (3) dan 80.


Usul mengenainya sudah berada dalam aturan mesyuarat dan usul-usul yang diedarkan hari ini.

Menurut Azalina, walaupun ahli parlimen sudah meminta maaf namun sebagai ahli Dewan, kelakuan Nurul Izzah tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan sumpahnya untuk melindungi negara dan menegakkan Perlembagaan yang memang diketahui adalah tanggungjawabnya.

Katanya, asal kepada usul tersebut adalah kerana Nurul Izzah gagal untuk menjawab soalan yang jelas mengenai pertemuannya dengan Jacel Kiram.“Tidak ada kompromi oleh mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar sumpah mereka kepada Dewan yang mulia,” katanya dalam kenyataan, Rabu.


Menurut Azalina, gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan ahli keluarga Kesultanan Sulu yang bertanggungjawab untuk serangan Lahad Datu pada tahun 2013 adalah satu isyarat yang mengambarkan ketidak-setiaan kepada negara ini.

Usul tersebut dijangka akan dibahaskan pada 3 Disember 2015.


NURUL IZZAH ULANGI TAKTIK ANWAR, 'YOU ULANG I SAMAN'!!!



Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduhnya sebagai pengkhianat.

"Saya sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), dan (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengaitkan saya dengan perbuatan khianat," kata Nurul Izzah kepada wartawan.

Bercakap di luar lobi Parlimen, Naib Presiden PKR juga mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk membawa usul bagi mencelanya.

"Jika Azalina mahu tambah satu lagi kejadian di mana ahli parlimen pembangkang ditindas, teruskan," kata Nurul Izzah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan akan mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana berjumpa dengan Jacel Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai Puteri Sulu di Filipina.

Usul itu dimuatkan dalam Kertas Aturan Mesyuarat Parlimen hari ini. (SUMBER)


Sunday, November 22, 2015

SIASATAN DI BAWAH PENGKHIANATAN: TAKKAN NAK MAIN DRAMA AIR MATA LAGI, NURUL IZZAH?



Nurul Izzah dalam blog peribadinya menyatakan bahawa seluruh ketaatannya adalah pada Malaysia. Dia cuma kesal kerana gambar-gambarnya bersama Jacel Kiram telah didedahkan.

Dan yang menariknya, dia langsung tidak meminta maaf terutama sekali kepada rakyat Sabah, apatah lagi kepada keluarga anggota-anggota keselamatan yang telah dibunuh oleh lanun-lanun Jacel Kiram.


Jacel Kiram sendiri dalam posting terbarunya, yang begitu memuji diri, masih lagi bercakap besar tentang Sabah kepunyaan Filipina. Sekaligus menyanggah secara langsung, kepimpinan sivil seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah terhadap Jacel Kiram.



Desakan makin kuat. Keselamatan negara ini dan ancaman ke atas rakyat Malaysia, khususnya Sabah, tidak diberikan kompromi. Mana-mana anasir yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara ini, perlu berhadapan dengan natijah undang-undang yang tegas.

Hari ini, Ketua Polis Negara telah menegaskan, siasatan ke atas Naib Presiden PKR merangkap anak sulung Anwar Ibrahim, merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai akan dibuat di bawah ancaman pengkhianatan walaupun Nurul Izzah telah menyatakan kekesalan berhubung pendedahan gambar-gambarnya bersama-sama Jacel Kiram.

Menurut Ketua Polis Negara, dia secara peribadi telah mengenalpasti gambar-gambar tersebut.

"Ini adalah perkara serius. Seorang Ahli Parlimen bertemu dengan musuh negara. Kita perlu memanggilnya untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku," kata Khalid berdasarkan beberapa laporan. (SUMBER)

Menurut Ketua Polis Negara, dia amat memandang berat tindakan Nurul Izzah itu. Katanya, berdasarkan gambar-gambar tersebut, jelas ia berlaku bukan secara kebetulan.


"Ia adalah gambar 'posing'. Nurul Izzah boleh disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menderhaka. Benar dia telah meminta maaf tetapi itu adalah perkara berasingan."

Nurul Izzah juga sebenarnya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta SOSMA memandangkan tindakannya dilihat sebagai mengancam keamanan dan keselamatan negara ini.

Nurul Izzah dalam penjelasannya memberitahu, gambar-gambar tersebut telah dirakamkan dalam sebuah majlis di Manila ketika dia melawat Filipina baru-baru ini untuk berkempen bagi pembebasan bapanya, Anwar Ibrahim dari penjara.


Pada Mac 2013, Kiram yang melantik dirinya sebagai Sultan Sulu telah menghantar lebih kurang 200 orang lanun atau militannya mencerobohi dan menyerang Sabah. Jacel Kiram menjadi jurucakap bapanya seringkali muncul sepanjang tempoh serangan tersebut dan membangga-banggakan 'kejayaan' lanun-lanunnya membunuh anggota keselamatan Malaysia. Malah menggunakan gambar-gambar palsu untuk menggambarkan kejayaan lanun-lanunnya.


Dalam serangan lanun Sulu Mindanao itu sepanjang tempoh 2 minggu itu, 2 orang awam dan 10 orang pegawai serta anggota keselamatan telah dibunuh. Hampir keseluruhan lanun-lanun Sulu yang melakukan serangan itu berjaya dihapuskan dan diberkas oleh pasukan keselamatan Malaysia.


Dalam kempennya untuk menjadi Senator, Jacel Kiram turut menjadikan tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah Filipina sebagai manifestonya. Jacel Kiram turut melabelkan Malaysia sebagai perompak kerana telah 'mencuri' Sabah daripada Filipina.



Saturday, November 21, 2015

KEBEBASAN ANWAR IBRAHIM ADALAH KEUTAMAANNYA, BUKAN LAHAD DATU, KATA NIK NAZMI!!!



Ketua AMK bermuka benyek, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga merupakan ADUN Seri Setia hari ini tampil membela gambar-gambar Nurul Izzah bersama-sama jurucakap lanun-lanun Sulu yang menyerang dan cuba menguasai Sabah bagi pihak Filipina, Jacel Kiram.

Gambar-gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram, telah dimuatnaik oleh Jacel Kiram ke laman Facebook peribadinya.

Kata Nik Nazmi, masyarakat tidak seharusnya mengalihkan perhatian mereka dengan isu ini terutama sekali yang membabitkan pemenjaraan Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram adalah tentang KEBEBASAN ANWAR IBRAHIM. (RUJUK SINI)

Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dalam jenayah liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya.

Nurul Izzah dan PKR secara keseluruhannya cuba menggambarkan yang hukuman atas jenayah liwat yang dijalani oleh Anwar Ibrahim adalah bermotifkan politik walaupun berbelas-belas orang peguam Anwar Ibrahim sepanjang tempoh perbicaraan tersebut, langsung tidak menampilkan bukti dan fakta tentang unsur-unsur politik, sebaliknya berbelas-belas orang peguam yang diupah oleh Anwar Ibrahim, termasuklah dari luar negara, hanya mempersoalkan bidang teknikal forensik dan amalan perundangan membabitkan perubatan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung mahupun di Mahkamah Persekutuan.

Nik Nazmi menuduh Barisan Nasional sedang memutarbelitkan isu pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram dalam usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada deklarasi PBB yang Anwar Ibrahim telah ditahan secara tidak sah.

Lebih menarik lagi ialah, menurutnya, bukan Nurul Izzah yang mengaturkan pertemuan tersebut sebaliknya, rakan PKR di Manila sebagai sebahagian daripada pertemuan Nurul Izzah dengan ketua masyarakat berpengaruh sepanjang lawatan Nurul Izzah ke Filipina.

Dengan kata lain, pertemuan, perbincangan, rundingan atau makan malam dengan Jacel Kiram atau dengan sesiapa pun yang menjadi musuh rakyat negara ini, adalah HALAL selagi mana mereka menyokong pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara!

Anwar Ibrahim lebih penting daripada segala-galanya di Malaysia?

Segala-galanya termasuklah 70 KEMATIAN DAN PEMBUNUHAN oleh lanun-lanun Sulu Mindanao serta ganggugugat ke atas rakyat Sabah khususnya?

30 juta rakyat Malaysia, yang terpenting adalah ANWAR IBRAHIM?

PI MAMPUS SAMA ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGANYA!!!


Friday, November 20, 2015

POLIS BOLEH PANGGIL NURUL IZZAH BERHUBUNG PERTEMUANNYA DENGAN JACEL KIRAM PADA BILA-BILA MASA!!!



Melaka: Polis boleh memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bila-bila masa untuk menjalankan siasatan mengenai pertemuannya dengan puteri Jamalul Kiram III, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memantau perkembangan yang berlaku selepas kunjungan Ahli Parlimen terbabit ke atas 'puteri' sultan Sulu, Jacel Kiram yang tersebar di media sosial.


"Kita juga mahu tahu apa sebab dia mengadakan pertemuan sedangkan kita tahu yang bapanya adalah panglima yang mengetuai pencerobohan (Lahad Datu)," katanya ketika ditemui di Banda Hilir, di sini.

Khalid berkata, pihaknya juga boleh bertindak memanggil Ahli Parlimen terbabit untuk memberi keterangan tanpa memerlukan laporan dibuat oleh mana-mana pihak. (SUMBER)


 
Blogger Templates