Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label azmin. Show all posts
Showing posts with label azmin. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

EKORAN PENDEDAHAN PENYELEWENGAN TERBAHARU, GUAN ENG SIBUK NAK SAMAN AKHBAR, AZMIN ALI PULA ZIP MULUT SERAPAT-RAPATNYA!!!



Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang semakin tersepit apabila satu demi satu penjalangannya didedahkan dan disiarkan oleh media, mengambil langkah-langkah perlu bertujuan menutup mulut dengan menghantar surat-surat saman kepada mana-mana akhbar cetak atau dalam talian agar penjalangannya terus tertutup. 

Pada masa yang sama, cuba menimbulkan persepsi bahawa semua tuduhan tersebut hanyalah fitnah ke atasnya semata-mata.

Dan seperti biasa, Lim Guan Eng tidak akan mempertahannya dari sudut fakta, tetapi dia akan mencari-cari ruang teknikal untuk menang sebagaimana dalam kes-kes samannya yang lain.

Di Selangor pula, Azmin Ali mengambil langkah bertentangan.

Kalau di Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap hari dan setiap masa akan buat sidang media, di Selangor pula, Azmin Ali menjahit mulut serapat-rapatnya. Semua isu yang ditimbulkan, tidak akan dijawab atau diberikan reaksi.

Antaranya termasuklah Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang dibuat 'renovasi' yang menelan belanja lebih RM10 juta tetapi hasil yang diberikan pula, tidak jauh berbeza daripada ketika Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang terletak di Lebuhraya Persekutuan itu tidak 'dibuat sebarang baik pulih'.

Ramai yang mempersoalkan tentang perbelanjaan yang tinggi hanya untuk cat dan sedikit mekap pada bahagian atas pintu gerbang berkenaan.


Dan terkini adalah pendedahan yang dibuat oleh bekas orang kuat PKR sendiri, Chegu Bard tentang penyelewengan dalam Projek Rumah Selangorku Idaman PKNS' yang menjadi lubak buat duit untuk sebilangan pemimpin-pemimpin PKR yang juga merupakan kroni-kroni Azmin Ali.

Pendedahan tersebut turut melibatkan seorang warganegara Singapura yang memperolehi komisyen lumayan daripada projek berkenaan selain adik-beradik Sivarasa Rasiah yang menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.

Bayangkan jika projek itu bernilai RM300 juta maka 1.5 % itu membawa nilai berapa ? Jika ini benar maka kesian kepada pejuang - pejuang PKR yang melarat berkorban apa sahaja namun ketika pemimpin kartel menuai jutaan yang melarat selama ini terus terbuai lagu perjuangan semata - mata.
Turut ditemui dalam dokumen lain yang diperolehi dalam set yang sama tersebut ialah nama warga Singapura , Sabri Bin Buang telah dinamakan sebagai penerima komisyen sebanyak 4% - 5%. Ia jauh lebih tinggi dari nilai peratus komisyen atas nama Naveen.
Siapakah dia ? Jika menyebut Singapura maka dua pemimpin kanan PKR Selangor iaitu Azmin dan Zuraidah datang dari Singapura harus tampil menjawab.... (Pendedahan sepenuhnya BACA DI SINI)

Satu demi satu pendedahan tentang penyelewengan di Selangor dibuat dan didedahkan, tetapi setiap kali itulah, Azmin Ali akan tutup mulut dan tidak langsung memperkatakannya, bahkan para pemimpin PKR dan DAP Selangor lain juga tidak berani membuka mulut, bagi meminimakan kekantoian mereka.

Adakah kali ini juga, Azmin Ali akan terus membisu?
 
Blogger Templates