Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label husam musa. Show all posts
Showing posts with label husam musa. Show all posts

Wednesday, February 7, 2018

ISTANA KELANTAN TARIK BALIK PINGAT KEBESARAN HUSAM MUSA DAN DR. MAHATHIR!!!





PENULIS: KAMARUL YUSOFF

Sejak tahun 2009, Istana Kelantan telah beberapa kali menarik balik darjah kebesaran membawa gelaran Kerabat dan Datuk yang dikurniakan kepada beberapa individu tertentu.

Penarikan balik darjah kebesaran ini adalah dibuat dengan berasaskan kepada Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi: “Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau Pingat-Pingat Kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini, jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu”.

Perkara 45(1) ini di dalam bahasa Inggerisnya adalah berbunyi: “His Royal Highness may degrade any person upon whom any rank or title or order or badge of Honour has been conferred by virtue of the provisions of Articles XLIII and XLIV of this Part, if sufficient fault or offence has been committed so as to make such degradation just and expedient”.

Penarikan balik darjah kebesaran membawa gelaran Kerabat ini adalah membabitkan:
(1) Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) daripada Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 30 September 2010.
(2) Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) daripada Tengku Razaleigh Hamzah pada 2 Disember 2010.

Penarikan balik darjah kebesaran membawa gelaran Datuk pula adalah membabitkan:
(1) Darjah Kebesaran DJMK daripada Ahmad Rusli Iberahim pada 29 September 2009.
(2) Darjah Kebesaran DJMK daripada Wan Hassan Wan Zin pada 4 Mac 2010.
(3) Darjah Kebesaran DJMK daripada Mohd Raihan Dato’ Seri Eusuff Teh pada 4 Mac 2010.
(4) Darjah Kebesaran DPMK dan DJMK daripada Tan Huat @ Tan Liang Chong pada 15 Mac 2010.
(5) Darjah Kebesaran SPSK dan DPSK daripada Shkori Mohamed pada 9 Mei 2010.
(6) Darjah Kebesaran DPSK daripada Ismail Ghani pada 9 Mei 2010.
(7) Darjah Kebesaran DJMK daripada Ibrahim Abdul Kadir pada 9 Mei 2010.
(8) Darjah Kebesaran DJMK daripada Ibrahim Abdul Kadir pada 9 Mei 2010.
(9) Darjah Kebesaran SPMK daripada Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 30 September 2010.
(10) Darjah Kebesaran DJMK daripada Ibrahim Ali pada 13 Oktober 2010.
(11) Darjah Kebesaran SPSK daripada Wan Hashim Wan Daud pada 13 Oktober 2010.
(12) Darjah Kebesaran SPMK daripada Tengku Razaleigh Hamzah pada 2 Disember 2010.
(13) Darjah Kebesaran DJMK daripada Dr Yaacob Hussain Merican pada 2 Disember 2010.

Terbaru, saya dimaklumkan oleh satu sumber berwibawa bahawa Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Bendahari Pakatan Harapan merangkap Naib Presiden AMANAH, Husam Musa, dan Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Rahim Abdullah, juga telah ditarik balik darjah kebesaran mereka oleh Istana Kelantan.

Kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti.


NOTA THE SAVIOUR:

ASTRO AWANI melaporkan hanya Husam Musa dan Wan Rahim ditarik balik pingat kebesaran mereka oleh KDYMM Sultan Kelantan. Kedua-duanya telah menyerahkan dan memulangkan pingat kebesaran sepertimana dituntut oleh Istana Kelantan.

Tuesday, August 22, 2017

HUSAM MUSA PULA KETAKUTAN KALAU BENAR KERJASAMA PAS-PKR MENERUSI USAHA AZMIN ALI BERHASIL!!!



Gelagat tikam belakang dan hipokrit Azmin Ali, kini menimbulkan kegelisahan di dalam Pakatan Harapan. Ketakutan Azmin Ali yang dia mungkin akan kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, apatah lagi kehilangan jawatan itu dan kalahnya PKR di Selangor, akan membuatkan dia mungkin dihadapkan ke inkuiri RCI seperti yang dihadapi oleh bapa angkatnya, Dr. Mahathir kerana pelbagai skandal kewangan.

Yang paling terkesan dengan sikap Azmin Ali itu, sudah tentulah PAN. Naib Presiden PAN, Husam Musa menegaskan, tiada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan boleh membuat keputusan bersendirian termasuklah dalam hal berkaitan rundingan dengan PAS.

Menurutnya, sebarang keputusan akhir hanya akan dimuktamadkan dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PAN, PKR, DAP dan Cap Bunga. Husam menyatakan perkara itu dalam dialog anjuran PAN Taiping di Bukit Gantang, Perak dua malam lepas.

Kata Husam Musa, PAS sekarang bukan yang dahulu. PAS sekarang katanya, telah di'BRIM' oleh pihak-pihak tertentu.

"Yang pergi bukan calang-calang orang. Datuk Seri Azmin yang pergi. Kalau saya pergi (ziarah) Ustaz Hadi sudah tutup pintu awal-awal lagi," ujarnya. (RUJUK SINI)

Dendam Husam kepada PAS dan Abdul Hadi Awang terserlah dalam kenyataannya yang menganggap kunjungan Azmin yang juga Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan bersama-sama Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada 12 Ogos lalu sebagai satu hal positif. Katanya, pengundi atas pagar akan melihat pendekatan tersebut sebagai bertatasusila sekaligus, akan meninggalkan PAS dan tanggapan bahawa Pakatan Harapan adalah alat DAP, dapat dibersihkan.

Bagaimanapun, kata Husam lagi, rundingan yang diusahakan oleh Menteri Besar Selangor itu sukar mencapai matlamatnya kerana sikap PAS yang sudah diketahui umum.

"Saya kesiankan Azmin. Kita dah tak boleh buat apa-apa dengan PAS. Kita terpaksa teruskan perjuangan kita," katanya.

Katanya lagi, 15 kerusi DUN Selangor yang dikuasai oleh PAS pada masa ini, perlu diserahkan kepada PAN dan Cap Bunga bagi agihan kerusi pada PRU akan datang. Langkah tersebut, ujarnya, harus dilakukan atas faktor termasuklah penolakan pengundi Cina terhadap PAS.

"Nak selamatkan Kerajaan Selangor, tak bolehlah bagi kerusi itu kepada PAS walaupun sayang pada dia," kata Husam lagi.

Wednesday, July 5, 2017

APA DOSA HUSAM MUSA KEPADA DAP SEHINGGA LIM KIT SIANG MAHU MENGUBURKAN KERJAYA POLITIKNYA?!!!



Husam Musa benar-benar gembira kerana dia telah dinamakan oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru. Kegembiraannya itu membuatkan dia mencabar PAS dan UMNO Kelantan untuk menamakan calon Menteri Besar Kelantan selepas PRU-14 untuk dibanding-bandingkan dengan dirinya.

Sememangnya dari satu segi, Husam Musa ada kekuatan kerana disokong kuat oleh Lim Kit Siang. Kata-kata Lim Kit Siang bermakna undang-undang dalam DAP. Berdasarkan perkiraannya, DAP yang tidak ada satu kerusi pun di Kelantan, akan berusaha sekuat mungkin untuk menaikkan Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan.

Husam Musa adalah Penasihat Parti Amanah Negara (PAN).

Tetapi DAP juga tahu bahawa Husam Musa bermasalah besar di Kelantan terutama selepas dia disingkirkan daripada kabinet Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2013. Laporan SINAR HARIAN, nama Husam Musa sebagai Exco ditolak oleh KDYMM Sultan Kelantan. Tetapi penyokong Husam Musa pula, menyalahkan dan menuduh Nik Amar yang telah berkonspirasi untuk menendang Husam Musa, malah dengan sengaja mencicirkan nama Husam Musa. (RUJUK SINI)

Hakikatnya, Husam Musa dan SAUDAGAR MIMPI adalah sangat sinonim. Pelbagai projek-projek mimpi telah diinisiatifkan oleh Husam Musa, termasuklah Projek Lebuhraya Rakyat yang kutipan dermanya telah pun dibuat, tetapi jumlah kutipan tersebut tidak pernah diumumkan dan ke mana duit itu diserahkan, juga tidak pernah diberitahu.

Begitu juga dengan projek-projek mimpi seperti ladang depu, ladang rakyat, dinar dirham kelantan, kambing jamnapari, Lembah Sireh, pembalakan Hulu Kelantan dan sebagainya yang tidak satu pun menguntungkan Kelantan... semuanya mempunyai kaitan dengan Husam Musa sepanjang dia bergelar Exco Kelantan.

Husam Musa kebelakangan ini cuba menjadi juara rakyat dengan mengutarakan isu-isu rakyat, terutama pembalakan di Hulu Kelantan. Tetapi banjir lumpur dan kayu balak besar penghujung tahun 2014, menyebabkan banyak bibir terjuih kepada Husam Musa. Apabila Husam Musa membangkitkan isu pembalakan tidak terancang di Hulu Kelantan, mereka yang pernah menggunakan laluan Gua Musang ke Kota Bharu semasa Husam masih Exco negeri dahulunya, tentu masih ingat tentang barisan panjang lori-lori balak pengangkut kayu-kayu balak yang sarat sehinggakan balaknya sebesar paha lelaki dewasa selain bukit-bukau dan hutan yang dahulunya menghijau gelap, bertukar menjadi gondol dan berwarna tanah.

Sebagai veteran politik, Lim Kit Siang tahu, Husam Musa adalah satu liabiliti kepada DAP untuk memecahkan dominasi PAS di Kelantan. Biarpun Husam Musa bermula sebagai Setiausaha Akhbar kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz ketika mula menceburkan diri dalm dunia politik perdana pada tahun 1990-1993, dan dilihat sangat berpengaruh ke atas sebarang keputusan dan kenyataan Allahyarham Nik Abdul Aziz sewaktu bekas Mursyidul Am PAS itu menjadi Menteri Besar Kelantan, namun selepas disingkirkan daripada pentadbiran Kelantan, Husam Musa terawang-awang. Bahayanya orang politik yang pernah berkuasa dan kemudian terawang-awang, jauh lebih besar berbanding orang politik yang lepas mulut tetapi masih berjawatan.

Lim Kit Siang amat sedar dengan masalah itu. Mengambil kira apa yang berlaku kepada Awang Adek Hussin setelah UMNO Kelantan tersilap menamakannya sebagai bakal calon Menteri Besar Kelantan, juga Annuar Musa , Lim Kit Siang juga menggunakan kaedah yang sama untuk menguburkan terus kerjaya politik Husam Musa.

Perlu diingat, Kelantan adalah negeri Melayu. Walaupun DAP berusaha mengikis kemelayuan daripada fahaman feudal, tetapi institusi Raja-Raja merupakan teras yang masih utuh di kalangan orang Melayu, terutama sekali di Kelantan. Memperlihatkan seolah-olah DAP dan Lim Kit Siang lebih besar dari KDYMM Sultan Kelantan, hanya akan memberikan persepsi negatif kepada Husam Musa yang akhirnya, Melayu majoriti di Kelantan memilih untuk mentalkinkan kerjaya politik Husam Musa!!!


Friday, June 30, 2017

LIM KIT SIANG TUNJUK POWER, CALONKAN HUSAM MUSA SEBAGAI BAKAL MB KELANTAN TANPA KONSENSUS PAKATAN HARAPAN!!!



Di sebalik penafian kononnya DAP dan Lim Kit Siang hanya berpegang kepada konsensus dalam membuat sebarang keputusan membabitkan Pakatan Harapan, hakikatnya, konsensus yang dimaksudkan adalah diri Lim Kit Siang dan DAP semata-mata, bukannya hasil perundingan dengan PKR, PAN mahupun Cap Bunga.

Lim Kit Siang tidak mampu untuk menahan dirinya daripada memberikan bukti dan menunjukkan kepada kepimpinan Pakatan Harapan bahawa dialah seperti Ketua Nombor 1 mereka.

Pada ketika jawatan Perdana Menteri masih lagi bersifat sorong tarik dan rebutan antara beberapa nama dan parti - Anwar, Dr. Mahathir, Azmin dan Lim Kit Siang sendiri - di Kelantan, Lim Kit Siang membuat keputusan mutlak tanpa boleh dibantah untuk memberikan restu dan pengiktirafannya kepada Husam Musa. 

Seronoklah para penyokong Husam Musa. Melompat-lompatlah PAN apabila orang yang akan mengambilalih kepimpinan daripada Mat Sabu itu, dinamakan sebagai Menteri Besar Kelantan. Ini kerana Husam Musa sering digambarkan sebagai 'PENYELAMAT' Kelantan meskipun Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaakob terpaksa menanggung beban dan masalah yang telah diwujudkan oleh Husam Musa sewaktu dia masih menjadi Exco Kanan pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Tentu ramai yang masih ingat dengan pelbagai projek ganjil yang dilancarkan oleh Husam Musa yang akhirnya menyebabkan Kelantan kehilangan wang negeri bahkan terpaksa mengemis daripada Kerajaan Pusat setiap bulan untuk menanggung kos pentadbirannya.

Begitu juga dengan Projek Lembah Sirih dan pembalakan di Hulu Kelantan yang sekarang ini, Husam Musa cuba menonjolkan dirinya sebagai pejuang dan penyelamat. Projek-projek tersebut semuanya dari zaman Husam Musa sebagai Exco paling berkuasa, bahkan lebih berkuasa dari Menteri Besar sehinggakan ramai yang melihat Allahyarham Nik Abdul Aziz pada waktu itu hanyalah jurucakap dan juru 'endorse' apa-apa sahaja yang ingin dibuat oleh Husam Musa.

Husam Musa seringkali digambarkan sebagai pengganti Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk jawatan Menteri Besar Kelantan. Bagaimanapun, pada penghujung hayat Allahyarham Nik Abdul Aziz, campurtangan daripada anak-anaknya sendiri terutama Nik Abduh telah menyebabkan Nik Abdul Aziz menyingkirkan Husam Musa. Husam Musa tidak sahaja kehilangan peluang untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, bahkan dia juga tidak dilantik untuk sebarang jawatan-jawatan utama termasuklah GLC Kelantan.

Maka bermulalah dendam membara Husam Musa kepada anak-anak Nik Abdul Aziz serta Ahmad Yaakob. Kematian Allahyarham Nik Abdul Aziz membuatkan Husam Musa menjaja cerita kononnya dia adalah anak murid paling kanan Nik Abdul Aziz. Nik Abduh dan adik beradiknya kemudian berjaya memperolehi injuksi dari mahkamah untuk menghalang Husam Musa dan PAN daripada menggunakan nama bapa mereka bagi mencari pengaruh dan sokongan. (RUJUK SINI)

Selepas PAS disingkirkan oleh DAP dari Pakatan Harapan, DAP menaja penubuhan PAN yang kepimpinannya terdiri sepenuhnya daripada golongan PAS Pro-DAP yang kecewa kerana kegagalan mendapat tempat dalam saf utama kepimpinan PAS.



Kegagalan menggertak PAS agar kembali semula menjilat DAP, menyebabkan DAP sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan PAS. Menerusi 'unit propaganda Melayunya' yang giat serta aktif di media-media sosial, terutama sekali di Group-Group WhatsApp, PAS dilabelkan sebagai salah satu instrumen UMNO. Gabungan PAS dan UMNO dipanggil sebagai PASNO. PAS juga digambarkan sebagai sebuah pertubuhan yang amat menjijikkan dengan sasaran kecaman, penghinaan dan sumpah seranah adalah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Ahmad Yaakob dan Nik Amar.

Husam Musa merupakan orang yang boleh memenuhi citarasa dan agenda Kit Siang serta DAP yang sangat kuat menentang sebarang usaha untuk menobat serta memartabatkan Islam sebagai sebuah sistem hidup bermasyarakat dan bernegara.


Gelagat Lim Kit Siang itu mendapat kecaman yang cukup banyak di media sosial, termasuklah di Malaysiakini yang merupakan sarang propagandanya. (RUJUK SINI)


Wednesday, March 22, 2017

HUSAM MUSA NI DAH NYANYUK KE APA BILA KATA PAS ROSAKKAN KELANTAN? JAMNAPARI DAN 1001 PROJEK DIA TU APA JADI?!!!



Husam Musa seperti orang nyanyuk atau barangkali kerana terdesak sehingga terpaksa 'menipu' tentang penglibatannya dalam Kerajaan Negeri Kelantan. 

Atau kerana dia sudah tidak berjawatan dan dikehendaki dalam PAS, kemudian mendapat tempat dalam PAN, sekaligus menjadi medan untuknya melepaskan geram dan dendam kerana banyak kerugian selepas kehilangan segala-galanya dalam PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan, hanya dia sahaja yang mengetahui. 

Menurut Husam, Kelantan dimusnahkan oleh PAS. PAS telah memerintah PAS selama 27 tahun  dan lebih separuh dari masa tersebut, Husam Musa adalah salah seorang Exco yang melaksanakan pemerintahan di Kelantan. (RUJUK SINI)

Seawal tahun 1990-an lagi, ramai yang telah memperkatakan tentang penyelewengan dan rasuah dalam Kerajaan Negeri gabungan Semangat 46 dan PAS. Husam sendiri bukan sahaja berada dalam kerajaan tersebut, tetapi merupakan tenaga penting yang diselak masuk oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Allahyarham Nik Abdul Aziz bagaimanapun, tidak lagi melantik Husam Musa walaupun sebelum itu, Husam Musa disebut-sebut sebagai penggantinya selaku Menteri Besar Kelantan. Dan semua orang tahu, Husam Musa mempunyai pelbagai projek-projek besar termasuklah Lebuhraya Rakyat yang tidak wujud sampai ke hari ini selain Keretapi Laju Kota Bharu-Kuala Lumpur. Itu belum lagi projek kambing jamnapari, depu, dirham dan dinar dan seribu satu macam projek lain yang sehingga ke hari ini tidak menampakkan sebarang hasil.

Ketika itu, setiap kritikan yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri PAS, Husam Musa akan menggelarkannya sebagai fitnah dan menafikan semua tuduhan tersebut. Malah kes pembalakan di Hulu Kelantan pun, Husam Musa nafikan ia melibatkan rasuah dan salahguna kuasa. 

Sekarang, Husam kata, PAS memusnahkan Kelantan?

Jenaka apakah yang dimainkan oleh Husam Musa? Hanya kerana dia tidak mendapat tempat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan kehilangan segala kemudahan projek seperti yang diperolehi ketika dia menjadi Exco Kanan dan kepercayaan Allahyarham Nik Abdul Aziz dahulu, maka Husam Musa menyalahkan pentadbiran negeri yang diketuai oleh Ahmad Yaakob dan Nik Amar?

Sebenarnya, bukan PAS yang memusnahkan Kelantan tetapi sebilangan orang-orang berkuasa dalam PAS yang berbuat begitu. Merekalah yang menjual konsesi pembalakan untuk kepentingan peribadi sambil berpura-pura seolah-olah wang tersebut untuk parti sedangkan parti tidak menerima sesen pun. 

Masalah pembalakan dan konsesi yang ditimbulkan sekarang ini oleh Husam dan PAN bukannya bermula dari zaman Ahmad Yaakob atau semasa Allahyarham Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar tanpa Husam Musa sebagai Exco Kanannya. Ia adalah masalah yang telah berlaku lama sebelum itu.

Husam Musa lebih tahu sebenarnya dan tidak sepatutnya bercakap langsung tentang hal tersebut kerana dia adalah Exco Kanan ketika konsesi-konsesi tersebut dianugerahkan kepada pemegang-pemegang konsesinya.

Tidak selayaknya orang PAN terutama sekali Husam Musa bercakap tentang pembalakan dan kerosakan yang dilakukan akibat masalah terdahulu.

Saturday, February 11, 2017

TUDUH PAS TERIMA RM90 JUTA DARI UMNO, HUSAM MUSA MULA MELATAH DAN KATA, 'SAMAN SAYA, SAYA AKAN DEDAH SEGALA-GALANYA DI MAHKAMAH'!!!



Husam Musa mencabar PAS untuk meneruskan saman fitnah ke atasnya selepas PAS mengancam untuk berbuat begitu apabila Husam Musa menuduh PAS menerusi Abdul Hadi Awang 'makan' RM90 juta dari tangan Najib Abdul Razak atau UMNO.

Cerita tentang RM90 juta yang dikatakan diterima daripada Najib, yang kemudian dikaitkan pula dengan wang 1MDB, mula dipopularkan oleh DAP ketika kemuncak persengketaan antara DAP-PAS berhubung RUU355.

Dalam usaha menekan PAS dan Presidennya agar akur kepada kehendak DAP, sekaligus membuktikan dan memberikan gambaran kepada para pengundi Cina dan penyokong DAP, Lim Guan Eng dan DAP lebih berkuasa berbanding PAS, akhirnya PAS diterajang keluar dari Pakatan Harapan.

PAS bagaimanapun, masih bersama-sama DAP di Selangor menerusi kompromi Kerajaan Negeri yang menggabungkan PKR-DAP-PAS.

Untuk membuatkan para penyokong PAS membenci Presiden dan kepimpinan PAS, DAP telah mencipta cerita kononnya, PAS telah menerima RM90 juta daripada UMNO. Sekaligus memberikan gambaran bahawa PAS sudah pun berada di bawah tapak kaki dan arahan Najib Abdul Razak.

Sebahagian daripada orang PAS amat percaya dengan dakyah tersebut dan mereka menyeberang masuk ke PAN, parti serpihan PAS yang diwujudkan oleh DAP. termasuklah Husam Musa sendiri.

PAN dan DAP sedang mencari kekuatan di Pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu Sekaligus membuatkan mereka perlu berhadapan dengan kekuatan PAS yang diketahui amat utuh di kedua-dua negeri tersebut.

Kemarukkan kuasa selain mahu membuktikan kepada tuan besar mereka, DAP, parti yang dipimpin oleh Mat Sabu itu kelihatan sangat terdesak sehingga perlu menggunakan apa-apa sahaja isu yang dilihat boleh menggugah kepercayaan ahli-ahli PAS kepada parti mereka sendiri.

Husam Musam tidak terkecuali.

Jadi, apabila PAS mengancam untuk menyamannya, helah atau permainan psikologi standard digunakan iaitu, 'SAMANLAH DAN SEMUA KEBENARAN AKAN DILONDEHKAN DI MAHKAMAH'.

Kata Husam Musa, dia tetap dengan tuduhan yang dilemparkannya ketika berceramah di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu. Video ceramahnya kemudian viral di media-media sosial.

Menurut Husam Musa, wang berkenaan telah disalurkan menerusi AFFIN BANK.

Sewajarnya PAS mempercepatkan saman fitnah ke atas Husam Musa yang selama ini, hidup senang lenang dengan menggunakan kepercayaan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat kepadanya. Sewajarnya juga, Husam Musa disaman bahkan segala projek-projek meganya yang akhirnya menghilangkan wang rakyat Kelantan seperti Dinar-Dirham, Kambing Jamnapari, Depu, Lebuhraya Rakyat dan sebagainya selain projek-projek pembalakan sepanjang dia bergelar Exco Kanan, didedahkan kepada umum.


Tuesday, October 18, 2016

JAWAPAN NIK ABDUH KEPADA HUSAM MUSA, KENAPA SURUHAN AGAR ISTIQOMAH TIDAK DIPATUHI, TAPI BERSIH SURUHAN DAP, DIIMANI!!!



Husam Musa telah cuba menipu dan memperdayakan ahli-ahli PAS agar meramaikan demonstrasi BERSIH 5.0 yang akan berlangsung pada November ini. Ini adalah kerana DAP dan 'agensi-agensi'nya bukan sahaja gagal bahkan menyekat peserta-peserta dari golongan muda Cina untuk menyertai demonstrasi tersebut dengan pelbagai alasan termasuklah keselamatan dan kehadiran Baju Merah.

Kata Husam Musa, Almarhum Nik Abdul Aziz telah menyeru ahli-ahli PAS agar menyertai BERSIH. Dia pula adalah orang yang paling rapat dengan Nik Abdul Aziz walaupun dua tahun sebelum meninggal dunia, Husam Musa sukar untuk menemui bekas Mursyidul Am PAS itu.

Bermodalkan dia adalah 'orang paling rapat' dengan Almarhum Nik Abdul Aziz, Husam Musa cuba memperdayakan ahli-ahli PAS.

Hari ini, salah seorang anak lelaki Almarhum, Nik Mohamad Abduh yang juga Ketua Pemuda PAS menjawab pembohongan Husam Musa.

"Itu arahan parti masa itu. Bukan arahan peribadi Allahyarham. Dia Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua Majlis Syura Ulamak.
“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah-ubah sifatnya itu daripada orang yang sudah mati, itu perangai penyembah kubur namanya,” jelas Nik Abduh lagi. (BACA DI SINI)

Nik Abduh turut mempersoalkan Husam Musa, mengapa arahan yang bersifat peribadi dan jamaie (parti) yang tidak berubah daripada Almarhum bapanya iaitu agar ahli-ahli PAS istiqomah dengan perjuangan Islam dan tidak menentangnya, tidak dipatuhi oleh Husam Musa. Bahkan Husam Musa pula melebihkan DAP yang jelas menentang Islam dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, termasuklah umat dan undang-undangnya. 

Sebenarnya, Husam Musa juga tidak boleh dipersalahkan. Malah, air liur DAP yang menitik-nitik bagaikan anjing kepanasan dengan lidah terjelir-jelir juga tidak boleh dipersalahkan. 



Perhatikan apa yang berlaku di Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia di Pernu, Telok Mas, Melaka selama 3 hari berturut-turut. Puluhan ribu anak muda tidak berganjak daripada kuliah tafsir Surah Al-Kahfi yang dimulakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Tidakkah jumlah yang hadir itu, sudah cukup untuk menggiurkan. Dan bayangkanlah kalau mereka digerakkan oleh kepimpinan PAS untuk menyertai BERSIH 5.0.

Itulah sebabnya Husam Musa bersungguh-sungguh benar cuba memperdayakan mereka dengan menggunakan nama Almarhum Nik Abdul Aziz. Apatah lagi Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu menjawab dari kuburnya!


Monday, October 17, 2016

ANAK-ANAK SERTA WARIS ALMARHUM TG NIK AZIZ SEHARUSNYA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEKAT HUSAM MUSA BERBOHONG GUNA NAMA NIK AZIZ!!!



Husam Musa macam dah benak hati perut!

Apakan tidak, demi melangsungkan hujahnya, Husam Musa terpaksa menggunakan nama Almarhum Nik Aziz sekali lagi. Kali ini, dia mensabitkan Almarhum Nik Aziz bagi menipu ahli-ahli PAS agar menyertai demonstrasi BERSIH yang akan dianjurkan oleh BERSIH 2.0 yang didalangi oleh DAP. (RUJUK SINI)

Berbanding pemimpin-pemimpin Cina DAP mahupun akademik yang pro-DAP tidak menggalakkan orang-orang Cina, khususnya golongan muda agar tidak menyertai BERSIH bagi mengelakkan 'pergaduhan kaum' kononnya, Husam Musa dan sebahagian besar pemimpin Cap Bunga berwajah dan berbatang tubuh Melayu pula sangat sibuk berkempen agar orang-orang Melayu, khususnya golongan muda beramai-ramai menyertai demonstrasi, bahkan mengapi-apikan mereka agar bertembung dan bertempur dengan Baju Merah yang telah dilabelkan sebagai samseng dan pengacau serta pengganggu demonstrasi aman.

Sedangkan hakikatnya, bahkan terbukti menerusi gambar-gambar yang banyak disiarkan oleh media-media sosial, Baju Kuning (BERSIH) yang telah menghuru-harakan keadaan, menghasut serta cuba melakukan penggulingan kuasa menerusi demonstrasi jalanan dengan menjadikan anggota-anggota keselamatan, khususnya polis sebagai sasaran mereka.

Dalam demonstrasi BERSIH 3.0 dahulu, kenderaan-kenderaan polis telah dirosakkan. Beberapa orang anggota polis turut dibelasah dan dicederakan.

BERSIH bagaimanapun, menuduh UMNO dan Polis sendiri yang melakukan kerja-kerja terkutuk itu.

Manakala dalam BERSIH 4.0, peserta-peserta BERSIH yang rata-ratanya golongan muda Cina, tidak sahaja memprovokasikan umat Islam dan orang Melayu tetapi juga menghina Perdana Menteri, isteri Perdana dan Presiden PAS dengan memijak gambar, melakukan upacara menyembah hantu olok-olok, serta upacara memperingati kematian selain mengagungkan penyapu yang pernah mencetuskan pergaduhan berdarah pada 13 Mei 1969.

Almarhum Nik Abdul Aziz ketika penghujung hayatnya telah menyatakan persetujuan agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Ketetapan itu telah dipersetujui dan dipegang oleh para pemimpin serta ahli-ahli PAS. Pemilihan Agung PAS yang menyaksikan sebahagian besar pemimpin-pemimpin PAS yang telah dipengaruhi oleh kemewahan dan pujuk rayu DAP, keluar beramai-ramai seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid Yusof dan sebagainya. Husam Musa bagaimanapun, kekal di dalam PAS walaupun pada masa yang sama dia cuba menjatuhkan Menteri Besar Kelantan dengan pelbagai dogma dan hasutan.

Menggunakan nama Nik Abdul Aziz bagi kepentingan diri, merupakan sesuatu yang terkutuk. Ini adalah kerana Nik Abdul Aziz sudah meninggal dunia.

Anak-anak dan waris Almarhum Nik Abdul Aziz sepatutnya menggunakan undang-undang bagi menyekat Husam Musa yang dipinggirkan oleh Almarhum pada penghujung kerjayanya selaku Menteri Besar Kelantan daripada memperkatakan atau mengaitkan Almarhum dengan dakwaan-dakwaan tidak masuk akalnya.

Cukuplah semasa hidupnya dahulu, Almarhum dicerca, dihina bahkan ilmunya diragui semata-mata kerana membela perbuatan Husam Musa. Almarhum kini berada dalam dunia yang berasingan dan dunia itu tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan dengan dunia yang kita masih jalani sekarang ini.

Husam Musa seharusnya menghormati Almarhum Nik Abdul Aziz yang kerapkali digambarkan sebagai mursyidnya kalaulah benar dia benar-benar menyayangi bekas Mursyidul Am PAS itu, bukannya menjaja namanya demi kepentingan DAP dan Lim Guan Eng!!!


Sunday, September 25, 2016

AIKKK.... TAKDAK PULA MELALAK MELOLONG MACAM URA-URA NAK SAMAN RIZA AZIZ HARI TU YER?



HERAN JUGAK EH!!!

Hari tu bukan main berdegung-degang sembang kononnya Husam Musa sepatutnya disambut sebagai WIRA NEGARA yang cuba menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kebinasaan. Malah Husam Musa dan Matthias Chang diangkat sebagai pejuang yang tiada bandingannya kerana keberanian mereka menyaman anak tiri Riza Aziz dan rakan kongsinya serta Jho Low di Amerika Syarikat, sekaligus membuktikan segala tuduhan yang dibuat terhadap 1MDB menggunakan WSJ dan Sarawak Report, adalah satu kebenaran mutlak.

Namun akhirnya, sembang besar kekal sebagai sembang besar. Sembang besar yang sudah dari awal dikatakan, tidak akan membuktikan apa-apa selain daripada pembohongan yang cuba memperdayakan sebahagian daripada rakyat Malaysia terutama golongan yang amat percaya, awan adalah daratan di langit.

Husam Musa dan Matthias Chang telah menggugurkan saman mereka ke atas Riza Aziz dan rakan kongsinya serta syarikat mereka, Red Granite serta Jho Low. Tiada sebarang alasan diberikan sehingga ke saat ini.

Ironinya, berbanding sembang mereka kononnya mereka mahu 'menyelamatkan wang rakyat Malaysia' dengan menfailkan saman, pengguguran saman tersebut, langsung tidak menarik perhatian, apatah lagi diperkatakan oleh mereka yang kuat bergebang sewaktu Husam Musa dan Matthias menfailkan saman.

Tidak itu sahaja, tiada juga liputan yang dibuat oleh portal-portal berita yang sentiasa cuba mensensasikan apa-apa sahaja berita terutama yang membabitkan 1MDB dan Najib Abdul Razak.


Dari awal lagi telah diberitahu, saman yang difailkan oleh Husam dan Matthias penuh dengan kesilapan dan tuduhan-tuduhan palsu. Seperti contoh, kapal layar mewah, Topaz yang digunakan oleh Leonardo DiCaprio untuk belayar ke Brazil bagi menyaksikan Piala Dunia, bukannya ditempah oleh Jho Low sepertimana yang didakwa oleh Husam dan Matthias Chang. Namun pemberitahuan tersebut dikatakan sebagai MEMAKAN DEDAK dan JILAT JHO LOW.

Sedangkan hakikatnya, kapal layar tersebut adalah milik Syeikh Mansour, Pengerusi IPIC dan pemilik Manchester City dan dikatakan memiliki kekayaan bernilai lebih USD17 bilion.

Syeikh Mansour juga merupakan boss kepada Khadem Al-Qubasi, orang yang dituduh mengoperasikan Aabar palsu yang melabur dalam filem Wolf of Wall Street yang telah mengutip ratusan juta dollar dan diterbitkan oleh syarikat milik Riza Aziz.

Kita tengok apa lagi temberang yang akan dibuat selepas ini.

Terdapat juga berita yang mengatakan, DOJ Amerika Syarikat turut menggugurkan injunsi mereka terhadap Red Granite dan membenarkan syarikat tersebut beroperasi seperti biasa. (RUJUK DI SINI)

Monday, September 5, 2016

HUSAM MUSA DIMALUKAN NIK ABDUH APABILA HUSAM MUSA CUBA MALUKAN ALLAHYARHAM NIK ABDUL AZIZ!!!



Husam Musa seperti yang dijangka telah masuk PAN, parti Mat Sabu yang dibiayai dan ditaja oleh DAP setelah semua calon-calon tajaan DAP semasa pemilihan agung parti tersebut, kalah dan tidak terpilih menduduki jawatan-jawatan utama, termasuklah Mat Sabu sendiri. DAP yang memerlukan pengaruh dari kalangan orang Melayu beragama Islam, mencipta PAN setelah PAS mula tidak peduli dengan arahan dan tekanan DAP dalam banyak isu termasuklah isu undang-undang syariah yang difitnah DAP dan para penyokong mereka sebagai Hukum Hudud.

Tidak mengejutkan langsung sebenarnya dengan tindakan Husam Musa, terutama selepas pada penggal terakhir Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, Husam Musa telah disingkirkan daripada jawatan Exco Kanan dan selepas jawatan Menteri Besar Kelantan diambilalih oleh Ahmad Yaakob, Husam Musa hilang kesemua sekali kecuali sebagai ADUN Salor.

Segala projek-projek meganya, sama ada yang telah dibuat, tetapi kantoi di tengah jalan seperti dinar dan dirham Kelantan, kambing jamnapari, depu dan sebagainya, langsung tidak mendatangkan pendapatan dan keuntungan kepada negeri Kelantan, bahkan menyebabkan hutang Kelantan semakin bertambah tetapi pada masa yang sama, Husam Musa pula semakin kaya.

Manakala projek meganya yang paling terkenal iaitu Lebuhraya Rakyat dan Keretapi Laju KB-KL, tidak lebih sebagai satu angan-angan sahaja dalam usahanya untuk meyakinkan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pada waktu itu adalah Menteri Besar Kelantan agar terus 'menyimpannya' dalam kabinet Kelantan.


Penghujung hayat Allahyarham Nik Abdul Aziz, Husam Musa yang dikatakan anak murid paling kanannya, telah hilang kepercayaan. Nik Abdul Aziz tidak lagi mempedulikan Husam Musa. Husam Musa terus tidak dipedulikan oleh Ahmad Yaakob yang mengambilalih jawatan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas YDP PAS Kota Bharu, yang kini merupakan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bercakap besar kononnya, jikalau Husam Musa dipecat dari PAS, hampir separuh ADUN PAS Kelantan akan turut menyeberang parti.

Bagaimanapun, selepas empat bulan Husam Musa dipecat dari PAS, tiada seorang pun ADUN PAS Kelantan yang mengikut jejak Husam Musa. Malah, pengaruh PAN di Kelantan tidak juga berkembang sebagaimana cakap-cakap para pemimpin PAN. PAS tetap tidak ranap dan PAN tidak juga berkembang, sekalipun pada masa yang sama, PAN memperkenalkan seorang lagi sekutu iaitu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.


Jadi, apabila Husam Musa bercakap besar, kononnya jikalau Allahyarham Nik Abdul Aziz masih lagi hidup, sudah pasti bekas Mursyidul Am PAS itu akan meninggalkan PAS dan bersama-samanya menyertai PAN, ianya satu kenyataan yang amat melucukan, tetapi pada masa yang sama, merupakan satu penghinaan kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz. Sekaligus menggambarkan dendam Husam Musa kepada Nik Abdul Aziz masih lagi tidak terpadam walaupun Nik Abdul Aziz sudah lama meninggal dunia.

Perkara itulah yang disentuh oleh Nik Mohamad Abduh yang tidak senang dengan gelagat Husam Musa yang dilihat menghina Allahyarham bapanya.

Ternyata, kekecewaan dan rasa sakit hati selain dengki, membuatkan orang seperti Husam Musa menggunakan orang yang sudah mati sebagai bahan hujah sama seperti Mahathir menyalahkan Allahyarham Megat Junid dalam usahanya untuk mengelak dia daripada dipersalahkan kerana menyalahgunakan ISA dalam usaha menyelamatkan kedudukan dan jawatannya.


Thursday, November 19, 2015

KEMELUT HUSAM MUSA-HADI AWANG: MUSTAFA ALI SETUJU DEBAT TERBUKA DENGAN HUSAM, TAPI SETIAUSAHA AGUNG PAS PULA MENGHALANG!!!



Pengarah Pilihan Raya Pusat, Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan bahawa debat secara terbuka antara beliau dengan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sudah dipersetujui untuk diadakan di Kota Bharu dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Mustafa sendiri dalam akaun Facebooknya hari ini dalam mesej yang ringkas. Sinar Online cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan butiran lanjut namun talian agak sibuk.

“Alhamdulillah, majlis bersemuka telah dipersetujui di Kota Bharu,” tulis Mustafa.

Semalam, Husam yang juga Adun Salor sudah bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan Mustafa termasuk sesiapa sahaja dalam isu pertemuan Pas dan Umno.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun ketika ditemui media di Parlimen hari ini berkata, parti itu tidak akan membenarkan debat itu berlaku.

"Saya sebagai Setiuasaha Agung ingin menjelaskan pendirian parti, kami (Pas) tidak membenarkan apa-apa pendebatan atau perbincangan isu ini di luar.

"Daripada parti dan kami tidak membenarkan mana-mana pihak cuba anjurkan perdebatan ini, " katanya.

Sebelum ini, Mustafa mengajak Husam bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Exco Kelantan itu mengenai pertemuan sebagai usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun lalu.

Husam juga memberi peluang kepada Mustafa untuk menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu dan beliau turut mencadangkan tajuk seperti Saya Tanya Anda Jawab.

Terdahulu, Pemuda Pas Kelantan pula sedia menggalas tanggungjawab sebagai penganjur bagi program dialog terbuka itu.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan perkara tersebut selain menjamin akan menyediakan ruang yang luas untuk orang ramai yang mahu mengikuti penjelasan isu tersebut secara langsung. (SUMBER)


Wednesday, November 11, 2015

PARTI AMANAH NEGARA CUBA RAMPAS KELANTAN DARI PAS DENGAN SKRIP 16 SEPTEMBER ANWAR IBRAHIM!!!



Pada PRU-13 lalu, PAS dan Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 33 kerusi DUN Kelantan berbanding 12 oleh UMNO-BN. 

Daripada 33 kerusi DUN itu, PKR hanya memperolehi 1 kerusi DUN iaitu di Guchil.

11 September lalu, Ahli Parlimen Tumpat yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar akhirnya menyertai PKR walaupun dia sepatutnya menyertai parti itu pada tahun 1999 lagi.

Wan Abdul Rahim merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu yang telah memecat Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga merupakan Setiausaha Agung PAS masakini. Wan Abdul Rahim juga merupakan Pengerusi PASMA Kelantan. Kini, walaupun tidak keluar dari PAS secara rasmi, dia merupakan penyokong kuat Parti Amanah Negara yang diketuai oleh Mat Sabu. 


Husam Musa pula adalah ADUN Salor, bekas Exco yang amat berkuasa pada zaman pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz tetapi kehilangan segala-galanya apabila Allahyarham Nik Abdul Aziz dilantik sebagai Menteri Besar pada penghujung hayatnya dan terus kehilangan apabila Ahmad Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz. 

Walaupun dilihat memberikan sokongan kepada PAN, terutama menerusi pelbagai tindakannya untuk memalukan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Ahmad Yaakob, termasuklah isu-isu pembalakan yang sebenarnya bermula pada zaman dia menjadi Exco Kanan lagi, Husam Musa belum mengisytiharkan keluar dari PAS.

Parti Amanah Negara dilihat semakin terdesak sekarang dalam usaha untuk membuktikan yang pelaburan besar DAP ke atas mereka, berbaloi. Beberapa kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dilihat seakan-akan menyebelahi Najib Abdul Razak dan UMNO pula, telah digunakan secara meluas oleh PAN dan para penyokong parti tersebut di dalam PAS sendiri untuk terus menekan PAS agar akur kepada DAP atau akan diserang secara bertali arus dengan pendedahan demi pendedahan yang akhirnya melemahkan pegangan parti itu ke atas kawasan-kawasan yang telah ditawan sebelum ini.

Justeru apabila timbul cerita kononnya, PAN akan merampas Kelantan dari PAS menerusi perpindahan besar-besaran ADUN-ADUN PAS ke PAN, ianya sesuatu yang akan mengingatkan kita kepada usaha-usaha Anwar Ibrahim dengan Drama Tragedi 16 September 2008nya apabila mengumumkan dia sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas Putrajaya daripada UMNO-BN. 

Tidak sahaja UMNO bermasalah dengan parasit dalaman yang sedang cuba menumbangkan Kerajaan Pusat dan menyerahkannya kepada DAP, tetapi juga nampaknya PAS mempunyai lebih ramai parasit yang sanggup bekerja untuk DAP dan Lim Kit Siang.

Ada persamaan antara PAS dan UMNO dalam isu ini... jadi, jangan terkejut sekiranya akan ada gerakan lebih besar yang tidak disangka-sangka daripada kedua-dua parti dalam pertembungan politik ini walaupun para penyokong masing-masing masih sukar untuk menerima bayangan tersebut.

33 - 10 = 23 + 12 UMNO-BN, jumlahnya tetap 2/3 majoriti di DUN Kelantan!

Agak-agaknya apa helah yang akan diatur selepas ini?



Thursday, October 29, 2015

LAPOR SPRM PASAL BALAK, ADA SEBAB KENAPA HUSAM TAK KELUAR PAS DAN MASUK AMANAH DEMI KEKACAUAN DARI DALAM!!!



oleh SYAFIQ AL-JITRAWY, Mahasiswa UNISEL

Posisinya itu membolehkan dia terus buat kekacauan dari dalam.

1 – Jika PAS ambil tindakan tata tertib, team Husam akan kaut keuntungan nama kononnya dia ditindas dan kononnya menjadi pejuang rakyat, meletakkan PAS di kandang pihak agresif walaupun asalnya dia sendiri yang memulakan onar. Begitulah Zionis meminta simpati dunia selepas dihukum Al-Qassam. Al-Qassam yang pertahankan diri pula dipandang sebagai pengganas.

2 – Jika individu PAS bangkit melawan Husam. Secara atas tanah, PAN kurang terima damage kerana Husam diposisikan oleh team mereka untuk stay buat kekacauan sebagai ahli PAS. Sama ada ahli PAS bangkit melawan atau tidak, PAS tetap akan terima damage. Bezanya damage berkala atau damage sekaligus. Begitulah taktik Amerika mencipta ISIS di Syria, rakyat bangkit melawan Isis atau tidak, tetap terima damage.
Mempergunakan nama baik untuk berperang dengan orang baik.

3 – Berada di dalam PAS, membolehkan dirinya tidak “dipukul” oleh semua orang PAS. Orang PAS rata-ratanya berhati lembut dan baik yang tidak pandai melawan kawan-kawan sendiri. Jadi, stay di dalam PAS membolehkan dia mengekalkan imej “kawan yang perlu dijaga ukhuwah”.
Maka jika ada ahli PAS yang bangkit melawan onarnya, dia boleh berselindung di sebalik tirai ukhuwah. Begitulah taktik parti Salafi An-Nur Mesir setelah Dr Mursi menjadi Presiden, duduk bersama FJP (sayap IM) tetapi membuat kekacauan dalam pentadbiran, apabila IM ingin melawan, dicanang perlu menjaga ukhuwah pula. Akhir sekali, Dr Mursi digulingkan, parti Salafi An-Nur selamba sahaja buat muka tak bersalah.



Monday, October 5, 2015

RAKYAT KELANTAN TUNGGU DI KAKI LIMA PEJABAT PERHUBUNGAN PAS KELANTAN, HUSAM MUSA PULA HILANG ENTAH KE MANA!!!



Semalam (2 Oktober) Rakyat Kelantan tunggu kehadiran Husam di kaki lima pejabat perhubungan Pas Kelantan: Sedih kelibat Husam tidak kelihatan.

Untuk Husam:

1. Rakyat kelantan difahamkan kedua-dua surat ( perkara berbangkit berkenaan tender KPK dan PMBK ) . Malah KPK telah dua kali umum tender terbuka. Untuk maklumat lebih lanjut ( tarikh surat tender ) dan maklumat teknikal lain sila rujuk kepada pengurusan KPK dan PMBK. Bukan melalui surat terbuka.

2. Semenjak 2004-2013 tiada untung atau ratusan juta bagi kedua-dua syarikat tersebut. Selepas 2013 Husam mendakwa sepatutnya untungnya ratusan juta. Apa sebenarnya Husam mahu?

3. Dibawah harga semasa? Rakyat Kelantan telah beberapa kali meminta Husam mengemukakan nama syarikat pembeli sebagaimama harga ‘sepatutnya’ pada pandangan Husam. Rakyat Kelantan akan mendesak KPK atau PMBK jika Husam ada pembeli 5ribu seekar atau 80juta seekar.Sila kemukakan.

4. Rakyat Kelantan meminta Husam ke Pejabat SPRM secepat mungkin jika dakwaan Husam adalah benar. Semoga esok 4 Oktober, tunggu dipebajat SPRM untuk Husam buat laporan.

5. Rakyat Kelantan meminta Husam segera kemahkamah untuk injunksi. Tidak perlu menunggu lusa. Rakyat kelantan menunggu husam dimana- mana mahkamah

Kesimpulan: Dalam masa seminggu

1. Meminta Husam mengemukakan nama syarikat pembeli 5k seekar atau lebih.

2. Hadir di mana-mana mahkamah atau sprm untuk melaporkan segala penyelewengan

3. Mendesak Husam hadir ke mesyuarat parti.

Jika kesemua itu tiada. Rakyat Kelantan kenal lah. Husam bukanlah mencari jawapan dan ketelusan. Tetapi bertindak kerana dendam peribadi.

Rakyat Kelantan,
Pendamba Ketelusan,
Peminat Ketelusan Dato Husam



Thursday, June 4, 2015

HUSAM MUSA DITANYA TENTANG PROJEK KOMPLEKS PAS PUSAT YANG DUITNYA HILANG ENTAH KE MANA!!!



Blog Albangikuching sekali lagi mendedahkan satu isu yang cuba disembunyikan oleh Husam Musa dan Hatta Ramli sebagaimana projek-projek Husam Musa lain yang bukan sahaja telah gagal tetapi juga menghilanglenyapkan wang ahli-ahli PAS.

Projek yang dimaksudkan adalah Kompleks PAS Pusat dan Markas Tarbiyyah PAS yang telah diumumkan pada tahun 2008 manakala upacara pecah tanah telah dilakukan sebanyak tiga kali di tiga lokasi berasingan.


Lokasi dan tapaknya berbeza-beza mengikut tahun. Dari Taman Melewar ke Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Kemudian ke Sungai Merab Luar, Kajang. Selepas itu ke Sungai Merab Ulu, Kajang. Akhir sekali ke Wetland Dengkel.

Pengurus projek ini adalah Husam Musa manakala pembantunya adalah Hatta Ramli.

Baik Allahyarham Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang mahupun Ahli PAS, mereka semua telah memberikan sumbangan infaq dan waqaf fisabilillah semenjak 2008 bagi tujuan ini. Bagaimanapun, projek terakhir di Wetland Dengkel berakhir dengan menara TNB. Tanah yang kononnya menjadi tapak terakhir Kompleks PAS Pusat dan Markas Tarbiyyah PAS, rupa-rupanya tanah TNB!



Persoalan mula dibangkitkan, ke mana wang sumbangan untuk kedua-dua projek tersebut telah pergi. Siapa yang pegang wang berkenaan? Apakah satu lagi penggelapan besar-besaran seperti yang berlaku dalam Tabung Memali dan KOHILAL akan berlaku?

Dan yang lebih menarik lagi ialah, sudah ramai di kalangan ahli-ahli PAS sendiri yang perasan, SETIAP KALI SESEBUAH PROJEK DI BAWAH ATAU DIKENDALIKAN OLEH HUSAM MUSA, ianya pasti akan berakhir dengan KEGAGALAN!!!

Thursday, March 19, 2015

HUSAM MUSA BERIYA-IYA BELASAH UMNO DALAM CERAMAH PRK DUN CHEMPAKA, TETAPI TAK HADIR SIDANG DUN UNTUK SOKONG HUDUD!!!


Semalam, sidang DUN Kelantan telah meluluskan sebulat suara Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan. Kesemua ADUN UMNO hadir dan memberikan undi setuju. ADUN PAS secara majoritinya hadir kecuali Husam Musa dan seorang ADUN PKR, Roslan Puteh langsung tidak hadir.

Sekaligus memberi isyarat bahawa Husam Musa telah diberikan arahan agar tidak mengundi setuju bagi pembentangan tersebut. DAP juga mengharapkan agar kesemua ADUN BN akan menentang pembentangan tersebut dan akhirnya hudud tidak jadi di Kelantan.


Menariknya, penyokong Husam Musa memberitahu, Husam Musa berada di Turki. Itulah sebabnya dia tidak berada di dewan. Bagaimanapun, malam semalam, semasa kempen di PRK DUN Chempaka, Husam Musa muncul dan berkempen untuk PAS.

Atau sebenarnya Husam Musa bercakap bagi pihak PASMA yang sememangnya mengharapkan PAS akan terus tunduk di bawah tekanan dan genggaman DAP?

Mungkin sedar dia dibelasah teruk oleh penyokong sendiri, hari ini Husam Musa dan Roslan Puteh hari ini menyertai 29 ADUN yang lain menyatakan sokongan kepada rang undang-undang syariat II walaupun pada masa yang sama, PASMA dan DAP terus melakukan tekanan agar hudud tidak dilaksanakan.

Pembentangan undang-undang tersebut belum lagi membawa maksud, perlaksanaan boleh dibuat. Namun DAP dan PKR berusaha untuk menakut-nakutkan para penyokong mereka dari kalangan bukan Islam agar memperkecil-kecilkan undang-undang Islam dilaksanakan.

Pada masa yang sama, hari ini juga, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP memberi amaran yang sangat keras kepada PAS dan menggesa DAP menggantung semua urusan dan hubungan dengan PAS!!

Menarik drama ini...




Sunday, March 15, 2015

HUSAM MUSA DICALONKAN SEBAGAI PRESIDEN PAS OLEH PAS KOTA TINGGI YANG SEMEMANGNYA PAS KAWASAN PALING LAWAK!!!



Duk tengok jugalah kalau-kalau blog pro-PAS mahu keluarkan cerita ni. Malangnya, tidak ramai yang mahu memperkatakannya. Kalau ada pun, cuma blog-blog kecil yang kebanyakannya sekadar copy-and-paste.

Selepas Kota Bharu, sebenarnya PAS Kota Tinggi telah mengadakan mesyuarat agong kali ke-28 pada 14 Mac 2015 di Bilik Gerakan P.156 Taman Hijrah, Kota Tinggi. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Hanipa Maidin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Keraja PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Sepang.

PAS Kota Tinggi secara sebulat suarat telah memutuskan untuk mencalonkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Sesi 2015-2017, Husam Musa sebagai calon Presiden PAS. Hanipa Maidin dalam ucapannya pula menyatakan secara tidak langsung bahawa PAS tidak lagi memerlukan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden. Alasan yang diberikan ialah, PAS perlu memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

PASMA dan beberapa fraksi yang pro-Anwar Ibrahim-Lim Guan Eng, sememangnya sedang giat berkempen untuk menjatuhkan Abdul Hadi Awang dan saf kepimpinan PAS yang bergelar pro-Ulama termasuklah Nik Abduh anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Mursyidul Am PAS.

PAS Kota Tinggi sebenarnya hanya mempunyai dua cawangan. Haj Kamaldin yang merupakan Yang Dipertua PAS Kota Tinggi dikatakan orang yang bercita-cita besar dan mahu mencorakkan PAS Johor dan Pusat. Orang PAS Kota Tinggi sendiri menyatakan, Haji Kamaldin mahu terus memegang jawatan YDP PAS Kawasan Kota Tinggi sampai mati.

Lebih menarik, pertandingan pada 14 Mac lalu hanya melibatkan jawatan YDP dan Timbalan. Itu pun sekadar main undi angkat tangan sekaligus mengekalkan jawatan yang disandangnya. Jawatan-jawatan lain sekadar main bubuh nama. Lebih menarik lagi ialah, perasmian pula dilakukan oleh Onn Jaafar yang digelarkan sebagai KETUA KEGELAPAN PAS JOHOR.

Apakah PASMA terlalu terdesak semata-mat untuk mengalahkan dan menghalau Abdul Hadi Awang keluar dari PAS sehinggakan mesyuarat agong Kawasan pun, main cincai-cincai?




Saturday, January 3, 2015

HUSAM MUSA TUDUH BANJIR ANGKARA TNB DAN POLIS... PATUTLAH DIA NI ORANG GELAR JAMNAPARI!!!


Haji Husam Musa yg kempunan jadi MB Kelantan mahu menutup kisah balaknya semasa beliau berkuasa dgn menuduh Empangan Kenyir Dua yg berada di Terengganu sbg punca banjir. Berikut adalah kenyataan rasmi TNB.

Kenyataan rasmi TNB

Empangan TNB bantu mengurangkan musibah banjir lebih besar

Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahwa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.

Antara tuduhannya termasuklah:
1. Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan
2. Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan
3. Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai & seterusnya ke Kota Bahru.
4. Projek ini dilaksanakan secara rahsia

Pihak TNB menafikan tuduhan ini dan ingin memberi penjelasan berdasarkan fakta-fakta berikut:

Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir. Ia melibatkan pembinaan dua empangan merintasi Sg. Terengganu (Empangan Puah) dan Sg. Tembat (Empangan Tembat) yang mengalir ke Tasik Kenyir.



Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di Negeri Terengganu dan dipisahkan dari Negeri Kelantan oleh banjaran gunung. Oleh yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak.

Air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah. Air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah. Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir.

Pembinaan Empangan Puah telah selesai dan penakungan tasik telah dimulakan pada 1 Oktober 2014 manakala Empangan Tembat didalam proses pembinaan dan penakungan Tasik Tembat akan dimulakan pada Jun 2015. Projek ini akan tamat sepenuhnya pada April 2016 dengan keupayaan untuk menjana tenaga elektrik 265MW.

Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat dimana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir. Adalah mustahil untuk air pelepasan dari kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan.

Projek ini dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia tidak dilaksanakan secara rahsia. Malah upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa. Manakala pihak TNB kerap mengadakan aktiviti dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) untuk kebaikan penduduk tempatan.

Projek-projek hidroelektrik yang dilaksanakan oleh pihak TNB bukan hanya untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik tetapi juga penebatan banjir. Proses penakungan Tasik Puah telah membantu mengurangkan kesan kemasukan air ke Tasik Kenyir dimana setakat 31 Disember 2014, air sebanyak 740,000 juta cubic meter ditahan oleh Empangan Puah.

Penerangan diatas dengan jelas menunjukan bahwa Projek ini tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan didalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir.

Friday, January 2, 2015

PASTI PENJILAT HUSAM MUSA MELELEH SEKARANG SEBAB HUSAM MUSA KELUAR BALIK CERITA ROYALTI YANG TAK LAKU!!!


Yeahhhhhh... akhirnya Husam Musa melihat ruang terbaik untuk dia kembali meneruskan pembohongannya terutama sekali membabitkan ROYALTI minyak Kelantan yang sebenarnya bukan sahaja tidak wujud, bahkan sengaja diwujudkan untuk dipolemikkan bagi menutup kelemahan, kepincangan, kecurangan dan kehilangan sebahagian besar peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan untuk pembangunan dan infrastruktur ketika zaman Husam Musa sebagai Exco Kanan Kelantan.

Banjir... balak hanyut dan kemusnahan besar kesan daripada keserakahan kerajaan negeri terdahulu yang telah menyebat pelbagai jenis tanah dan balak selain menyepikan semua pulangan balak kepada penduduk serta rakyat Kelantan, sebelum dipersalahkan Kerajaan Pusat kononya mencuri royalti Kelantan, memberikan idea besar kepada Husam untuk kembali menimbulkan isu yang dia sendiri sudah kalah di mahkamah dan Kerajaan Negeri di bawah Ustaz Mat terpaksa membayar kos yang tidak sepatutnya berlaku.

Husam Musa kata, PETRONAS perlu salurkan RM3 bilion kepada Kelantan bagi membolehkan Kelantan dibangunkan semula.

Jom kita tengok statistik kemusnahan rumah-rumah di Kelantan akibat dihentam puntung-puntung balak setakat 31 Disember 2014. Statistik ini bagaimanapun belum rasmi kerana jumlahnya pasti akan meningkat:

• Gua Musang : 516 buah
• Kuala Krai : 800 buah
• Tanah Merah : 938 buah
• Kota Bharu : 12 buah
• Tumpat : 22 buah
• Lain-lain : 15 buah

Husam Musa bimbangkan tentang kerusi-kerusi yang dikuasai oleh PAS kerana dia melihat UMNO-BN kelihatan lebih menonjol dalam memberikan bantuan. Disebabkan itulah, barangkali Husam Musa melihat 'ROYALTI' sebagai umpan terbaik untuk menonjolkan nama dan dirinya semula setelah dia tenggelam sebelum Kelantan dilanda banjir lagi.

Tetapi yang paling menarik ialah apabila Husam Musa secara terbuka menyatakan, PAS (baca: Pakatan) perlu menjuarai program pasca banjir di peringkat akar umbi dan dilihat oleh rakyat. Tujuannya ialah supaya PAS tidak kehilangan 24 kerusi DUN yang mereka kuasai sekarang.

Ini lawak. Dan ini sememangnya satu rompakan kerja yang cukup jelas.

Masa banjir, semuanya termasuklah Husam Musa hilang lenyap. Hanya bila banjir surut, baru nampak muka, terus buat kontroversi dengan kenyataan polemik dan sekarang, Husam Musa sembang ROYALTI yang amat dipercayai oleh para macai dan penjilatnya yang bukan sahaja tidak membaca, tetapi juga GAGAL TOTAL dalam MATAPELAJARAN GEOGRAFI!!!

Husam Musa bimbangkan RM550 juta. Dia bimbangkan tentang rumah-rumah yang akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan untuk mangsa-mangsa banjir tanpa mengira parti dan pastiya Kerajaan Persekutuan tidak membuat tapisan, sama ada yang dibantu nanti adalah orang PAS atau orang BN.

Tetapi Husam Musa dilanda ketakutan dan lebih menarik lagi ialah dia menuduh Kerajaan Pusat tidak bersedia menghadapi banjir besar sehingga mengakibatkan penduduk gagal bersiap-sedia sehingga mewujudkan kerugian besar.

Berapa besar punya HARAM ler, perangai macam nih!

Kau dah tarah bukit, kau dah tutup longkang, kau dah cetekkan sungai, kau dah gondolkan hutan, sekarang kau kata Kerajaan Pusat yang tak bersedia?

Kelantan ni salah satu daripada Wilayah Persekutuan atau berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang tersendiri?

Jamnapari punya Husam Musa!!!

Sesuatu yang sangat jelas ialah, Husam Musa kelihatan bertungkus-lumus untuk menutup punca-punca sebenar banjir besar yang memusnahkan Kelantan dan meranapkan impian lebih 200,000 orang penduduk dan rakyat Kelantan yang mencita-citakan sebuah NEGERI KEBAJIKAN yang kononnya menjadikan Islam sebagai ADDIN...

Sedangkan Husam Musa pula menampakkan sikap yang menjauhi ADDIN..

Mujurlah juga Husam Musa bukan suara sebenar Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Ahmad Yaakob!!!










 
Blogger Templates