Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ltdl. Show all posts
Showing posts with label ltdl. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

KALI PERTAMA BUKIT FRASER JADI LALUAN KAYUHAN LTDL, RAMAI BARU SEDAR, BUKIT FRASER MASIH WUJUD LAGI!!!



Kalau selama ini, nama pusat peranginan 'berhantu' Bukit Fraser kurang diperkatakan, LTDL Edisi Ke-20 kembali menyerlahkan pusat peranginan yang agak kurang menarik kunjungan ramai, tidak seperti Genting Highland mahupun Cameron Highland, mahupun Bukit Tinggi, atau pun Bukit Bendera. Secara tidak langsung, memberitahu para pelancong dari dalam negara sendiri tentang kewujudan Bukit Fraser sebagai destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi.

Nama Bukit Fraser sama sejuknya dengan Bukit Larut, Taiping dalam peta pelancongan Malaysia. Mungkin kerana tawaran di puncak bukit yang pada zaman penjajah dahulu menjadi pusat kediaman pegawai-pegawai Inggeris kurang, sebaliknya hanya sekadar pelancongan alam semulajadi, bukannya pelancongan yang berunsurkan hiburan, maka kuranglah penampilannya di dalam peta pelancongan. Kurang jugalah promosi dan publisiti tentang Bukit Fraser untuk menarik kedatangan pelancong, kecuali majoriti pelancong-pelancong domestik yang pernah mendengar atau tahu tentang bukit peranginan berkenaan.



LTDL Edisi Ke-20 bagaikan cuba mengambil inisiatif membantu penggalakan pelancongan ke puncak bukit tersebut apabila buat kali pertama dalam sejarah penganjurannya, menjadikan Bukit Fraser sebagai salah satu laluannya dalam peringkat ke-7 iaitu dari Shah Alam ke Bukit Fraser, setelah Genting Highland yang banyak mendapat bantuan promosi dan publisiti, tidak mampu memberikan laluan kerana kerja-kerja pengubahsuaian pusat pelancongan berkenaan.

Pihak berkenaan sewajarnya mengambil peluang daripada pendedahan oleh stesen-stesen berita sukan antarabangsa yang banyak memperkatakan tentang Bukit Fraser semalam untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke kawasan terbabit. Beberapa orang peserta 'veteran' yang pernah berlumba mendaki Genting Highland turut meluahkan rasa terkejut dengan kewujudan Bukit Fraser yang menurut mereka, jauh lebih menarik berbanding Genting Highland!!!

Jangan pula lepas ni, selepas tersebarnya cerita tentang Bukit Fraser, tiba-tiba pula jentolak, jentera dan mesin penumbang pokok mula berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan sepertimana yang berlaku di Cameron Highland!

Fraser Hills atau Bukit Fraser perlu dikekalkan sepertimana keadaannya sekarang tanpa alam fauna dan floranya diganggu gugat setelah sekian banyak kawasan hutan diceroboh, ditebang, diterangkan, dan akhirnya mengundang bencana banjir besar sepertimana yang berlaku di Hulu Kelantan!!!

BERITA-BERITA DAN GAMBAR-GAMBAR MENARIK LTDL, BOLEH ANDA LAYARI DI SINI.

Thursday, March 12, 2015

HARI KEEMPAT LTDL KOTA BHARU-KUALA BERANG... ADA AKSI CIUM PELUMBA DENGAN WANITA BERTUDUNG!!!



Hari keempat LTDL 2015 Edisi Ke-20...

Andrea Guardini sekali lagi membuktikan dia tidak boleh disekat apabila penunggang Astana Pro Team itu berjaya memenangi buat kali ketiga dalam acara Le Tour de Langkawi (LTDL) 2015 untuk pecutan dalam Peringkat Keempat dari Kota Bharu ke Kuala Berang hari ini.


Guardini, 27, mengalahkan Jakub Mareczko dari Team Southeast di garisan penamat, manakala Caleb Ewan dari Orica-Green Edge pula berada pada kedudukan ketiga tetapi masih lagi menjadi pemenang keseluruhan dan pendahulu mata klasifikasi. Ini merupakan kemenangan ke-17 Guardini dalam sejarah perlumbaannya, sekaligus menjarakkan lagi rekod kecemerlangannya....

BACA SETERUSNYA DI SINI.

GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA...































Wednesday, March 11, 2015

SELEPAS 3 HARI LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) EDISI KE-20 SEMAKIN MENARIK!!!



LTDL Edisi Ke-20 sudah memasuki hari keempat dengan laluannya hari ini adalah dari Kota Bharu ke Kuala Berang. Dan nampaknya, walaupun ramai yang sudah meninggalkan basikal sebagai kenderaan dan pengangkutan utama, LTDL membawa demam baru yang menyaksikan, semakin ramai pula menjadikan basikal sebagai sumber riadah, terutama sekali untuk mengempiskan perut dan mengecilkan paha.

Itu demam yang sedang melanda negara ini menerusi kehadiran LTDL yang mendapat liputan penuh RTM bagi siaran tempatan dan beberapa stesen televisyen antarabangsa pada setiap hari perlumbaan.

Anda saksikanlah sendiri kemeriahan hari ketiga (semalam) dalam laluan Gerik-Tanah Merah. Barangkali gambar-gambar yang dihidangkan ini akan dapat mengundang rasa dan keinginan anda untuk melihat serta menikmati keindahan negara sendiri.





Jangan pandang dari sudut LTDL dan basikal lumba semata-mata, tetapi perhatikanlah dan cermatikanlah laluan yang digunakan. Tidak guna kita bercakap tentang keindahan negara orang, sedangkan di negara sendiri, kita banyak tidak tahu atau sekadar memandang remeh keistimewaan yang terhidang.

Namun sesuatu yang anda harus fikirkan ialah, mengapa agaknya, semakin banyak negara di dunia ini yang mahu mengadakan sukan jelajah berbasikal seperti LTDL jikalau ianya tidak membawa kepada keuntungan besar kepada negara-negara terbabit.






Monday, March 2, 2015

EDISI KE-20 LE TOUR DE LANGKAWI YANG PENUH KONTROVERSI!!!


Artikel semalam adalah dirujuk. (DI SINI)

Biarpun kelihatan seperti kurang publisiti dan limpahan lampu kamera tempatan, tetapi hakikatnya perjalanan LTDL Edisi Ke-20 pada tahun ini berjalan lancar. Tidak terbabit dengan politik, tiada orang politik di dalam entiti berkenaan serta tiada permainan serta masalah politik seperti yang berlaku dalam beberapa persatuan sukan termasuklah sukan berbasikal, membolehkan LTDL Edisi Ke-20 2015 diuruskan dan ditadbirselia secara lebih profesional. Sambutan daripada beberapa pasukan profesional dan ternama dunia untuk menyertai LTDL Edisi Ke-20 juga dikatakan hangat.

LTDL Ke-20 akan bermula pada 8 Mac di Langkawi dan berakhir pada 15 Mac di laluan Kuala Kubu-Kuala Lumpur yang bakal juga 'menemukan' Tun Dr. Mahathir dan Najib Abdul Razak.

Kali pertama LTDL diperkenalkan adalah pada tahun 1996 daripada idea Tun Dr. Mahathir.

LTDL walaupun kurang mendapat perhatian tempatan, tetapi di peringkat dunia ia diletakkan sebaris dengan Tour De France, Tour De Italia dan Tour De Spain, tiga siri jelajah basikal dunia ternama. Pada peringkat awal, LTDL begitu mengujakan, tetapi lama-kelamaan kejohanan berprestij itu kurang diperkatakan dan dirasai.

Dengan lebih 20 pasukan profesional akan menyertai LTDL pada tahun ini, hak penyiaran tempatan telah diberikan kepada RTM. Daripada maklumat yang diterima, beberapa stesen penyiaran sukan antarabangsa turut akan menyiarkan LTDL di stesen masing-masing.


Laluan yang akan digunakan adalah seperti berikut:

8 Mac - Jelajah Langkawi 98 kilometer
9 Mac - Alor Star ke Sungai Petani
10 Mac - Grik ke Tanah Merah
11 Mac - Kota Bharu ke Kuala Berang
12 Mac - Kuala Terengganu ke Kuantan
13 Mac (Jumaat) - Maran ke Karak (perlumbaan dibuat selepas solat Jumaat)
14 Mac - Shah Alam ke Genting Highland
15 Mac - Kuala Kubu ke Kuala Lumpur.

Mungkin bagi yang kurang mencermati, industri sukan, terutama sekali jelajah basikal merupakan antara kaedah yang seringkali digunakan oleh pelbagai negara. Selain daripada untuk industri sukan itu sendiri, industri hiliran utamanya adalah pelancongan.

Laluan-laluan 'klasik' seperti Grik ke Tanah Merah misalnya, akan melalui kawasan hutan yang menjadi nadi negara ini. Beberapa lokasi indah termasuklah beberapa tasik buatan manusia, menyajikan dan menyediakan lokasi pelancongan antarabangsa baru yang boleh diperkenalkan secara tidak langsung menerusi siaran dikeudarakan. Manakala laluan ke Kota Bharu- Kuala Berang dan Kuala Terengganu-Kuantan pula akan menyajikan keindahan pantai serta perkampungan tradisional yang turut boleh menggamit pelancong ke kawasan berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah seandainya beberapa negara termasuklah China turut mahu mengadakan jelajah mereka sendiri kerana menyedari potensi penggalakan ekonomi kesan daripada sukan berbasikal itu sendiri.


Seharusnya kita berbangga dengan LTDL kerana ia adalah Siri Jelajah Dunia tempatan yang telah menempatkan Malaysia dalam peta dunia, terutama menerusi bintang-bintang tempatan seperti Anuar Manan.

Jom kita meriahkan lagi LTDL sekaligus menyumbang bakti kita kepada negara walaupun sekadar memeriahkan tepian jalan dengan bersorak kepada para peserta dan pasukan yang mengambil bahagian.


Sunday, March 1, 2015

LTDL NI ADA KE TIDAK ADA? KENAPA SENYAP SUNYI TANPA SEBARANG PROMOSI DAN PUBLISITI?



Kecuali beberapa malam sudah, promosi LTDL yang merupakan antara sukan lumba basikal berprestij yang pernah diwujudkan di negara ini, begitu lembab dan langsung tidak kelihatan.

Apa yang sudah berlaku kepada LTDL yang khabarnya hak penganjurannya telah diserahkan kepada sebuah syarikat swasta dan tidak lagi dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia yang sangat bermasalah sehinggakan pembayaran gaji jurulatih pun telah menjadi khabar masyhur di seluruh dunia?

Diberitakan, proses penyerahan hak penganjuran LTDL kepada syarikat terbabit juga bermasalah apabila PKBM dilaporkan sangat kuat menentang kerana faktor 'kewangan'. Selain daripada penajaan daripada KBS yang sudah dikerat lebih daripada separuh berbanding yang diterima oleh PKBM yang menganjurkannya sebelum ini, syarikat terbabit juga menghadapi kesuntukan masa untuk mendapatkan penajaan dan memberikan hak-hak liputan kepada stesen-stesen penyiaran sukan antarabangsa.


Pun begitu, ada juga dengar cerita-cerita kononnya, syarikat tersebut telah menggunakan 'hubungan dalam' bagi mendapatkan penajaan daripada Proton. Cerita-cerita nakal, syarikat tersebut menerima hampir SETENGAH BILION RINGGIT daripada Proton yang sedang kesesakan.

Ramai yang tidak tahu, bila LTDL akan bermula dan berakhir. Tetapi sumber menyatakan, jelajah telah disingkatkan dengan beberapa buah negeri, telah dikeluarkan daripada siri jelajah tersebut. Dalam satu temubual, pemilik syarikat tersebut, Malik Mydin dengan bangganya memberitahu, syarikatnya akan membawa 10 pasukan World Tour, 12 Pro-Continental dan 10 Asia Continental untuk turut serta dalam LTDL 2015 yang dijangka bakal dilangsungkan pada bulan ini. Selain itu disasarkan 20 sehinga 22 pasukan serta pelumba ternama untuk bersaing dalam LTDL 2015.

Bagaimanapun, melihat kepada kesuraman publisiti, tidak pula dapat dipastikan sama ada LTDL benar-benar dapat dan berjaya dianjurkan. Syarikat berkenaan, sudah tentu telah menggaji dan mengupah syarikat-syarikat pengiklanan dan promosi untuk menunjukkan kewujudan LTDL, tetapi sehingga setakat ini, publisiti dan promosi kecuali di Buletin Utama TV3 beberapa malam sudah yang menunjukkan penerimaan tajaan 'ikan bilis' untuk LTDL.


Sewajarnya LTDL yang pernah meletakkan Malaysia dalam peta sukan lumba basikal dan jelajah basikal dunia, dinaikkan martabatnya semula. Apatah lagi, LTDL merupakan antara yang ternama selepas Tour De France dan beberapa jelajah lain, yang bukan sahaja dapat menaikkan martabat sukan berbasikal, tetapi juga meningkatkan populariti pelancongan negara.

Mungkin dari satu segi, para skeptik akan melihat apa sangatlah sukan berbasikal di mana para pelumba Malaysia hanyalah menyertai untuk melengkapkan kuota. Namun dari banyak segi yang lain, LTDL mampu menjana pendapatan negara terutama sekali dari segi pelancongan memandangkan jelajahnya turut melibatkan banyak kawasan yang kurang diberikan perhatian pelancongan.

Cuma masalahnya, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan pandai bekerjasama atau tidak, atau menteri-menterinya sekadar pandai bercakap dan berstokin pink tetapi gagal melihat bulatan yang lebih besar selain daripada bulatan dalam kepala mereka?




 
Blogger Templates