Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label subversif. Show all posts
Showing posts with label subversif. Show all posts

Friday, September 22, 2017

KETIKA ANCAMAN DAESH SEMAKIN MENGGILA DI MALAYSIA, PARTI-PARTI PEMBANGKANG PULA MENJEMPUT MEREKA DATANG SEMATA-MATA UNTUK BERKUASA!!!



Malam tadi sebuah drama bersandarkan realiti berjudul The State telah ditayangkan di saluran National Geography. Kisahnya berkisar tentang 6 orang warga asing yang cuba mencari jihad dan syurga mereka dengan menyertai Daulah Islamiyah atau ISIS atau IS di Syria.

Walaupun perjuangan IS tidak menggambarkan langsung tentang ajaran Islam, bahkan terlalu bertentangan sebaliknya memperlihatkan penguasaan kaum lelaki ke atas wanita dan wanita pula tidak ada sebarang nilai kecuali untuk kesedapan kelamin, pastinya golongan yang tidak terdedah atau musuh Islam melihat IS sebagai cerminan sebenar Islam.

Sedangkan IS adalah musuh terbesar umat Islam kerana musuh dan mangsa utama mereka adalah orang Islam sendiri. Sasaran utama mereka adalah negara umat Islam.


Di Asia Tenggara, Malaysia adalah salah satu sasaran utama IS atau DAESH yang merupakan 'anak syarikat' Daulah Islamiyah. Sudah ada beberapa cubaan untuk mewujudkan kekacauan dan serangan tetapi telah berjaya dipatahkan oleh PDRM. Sudah ramai anggota-anggota pengganas itu ditangkap dan sebahagiannya pula telah dihukum.

Ramai yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh IS kerana hampir kesemua elemen yang mereka gunakan adalah agama Islam. Ketua dan pengasasnya sendiri merupakan seorang agen Mossad berbangsa Yahudi Zionis yang menyamar sebagai seorang Arab dan kemudian menggelarkan dirinya sebagai Abu Bakar Al-Baghdadi. (RUJUK SINI)

Peringkat awal dan mula, sasaran-sasaran mereka adalah pusat-pusat hiburan yang menyajikan arak untuk dimusnahkan dan membunuh pengunjung-pengunjungnya bagi mewujudkan impak kononnya mereka berjuang menentang kemungkaran. Kecenderungan masyarakat yang mahu kembali kepada Islam, lebih mudah diperdayakan menerusi Islam yang bersifat kosmetik. Ajaran Islam hanya menjadi sendal bagi meraih kuasa dan mewajarkan tindakan mereka.

Tudung, jubah, serban, atau apa-apa sahaja yang dinamakan Sunnah, menjadi modal utama dan penting dalam modus operandi agen-agen IS. Hadis-hadis dan ayat-ayat al Quran tentang jihad diputarbelit dan diselewengkan bagi mendapatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Syurga dan kehidupan sebagai seorang pensyahid seringkali dilagu-lagukan dan didendangkan untuk mengelabui pemikiran para pendengar dan pemercaya mereka. Golongan yang lemah ilmu dan malas menggali punca sebenar ilmu Islam menjadi sasaran mudah mereka. Tidak kurang juga golongan bijak pandai yang melihat kuasa sebagai cara hidup yang disuruh oleh agama.



Kaum pengganas yang bertebaran di kalangan orang awam itu hanya menunggu masa dan alasan yang sesuai untuk melakukan serangan. Menggunakan media sosial dan kemudian komunikasi masakini, mereka mencari sasaran yang akan menghimpunkan ramai orang termasuklah perhimpunan-perhimpunan rasmi seperti Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada hujung bulan lepas bagi memulakan revolusi berdarah mereka. 

Namun mujurlah tindakan pantas dan tuntas pihak berkuasa khususnya PDRM, berjaya menangani serta menangkis cubaan serangan yang mereka lakukan. Dari semasa ke semasa, berita-berita tentang penangkapan suspek-suspek pengganas dihebahkan kepada awam bagi tujuan untuk mewujudkan kewaspadaan masyarakat kepada ancaman ekstremis dan subversif agama itu. 

Bagaimanapun, mungkin disebabkan sudah lama berada dalam keadaan aman, tidak banyak pihak yang mengambil peduli dengan berita-berita penangkapan dan pembanterasan tersebut. Sebaliknya ada yang berpendapat, itu semua hanyalah sandiwara semata-mata. 


Bahkan, mereka seperti mencabar pihak pengganas untuk melakukan serangan dengan penganjuran pesta arak, pesta seks sesama jenis, pesta maksiat, bahkan demonstrasi menuntut penerimaan masyarakat Malaysia kepada LGBT selain kempen-kempen berterusan menyerang Melayu dan agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan. 

Julai 2016, PDRM mengesahkan serangan ke atas sebuah pusat hiburan di Puchong yang mencederakan lapan orang, dilakukan oleh dua orang ahli DAESH. Mereka membaling dan meletupkan bom tangan dalam cubaan untuk mendatangkan kemusnahan dan kematian besar-besaran. (RUJUK SINI) 

Mac 2017, 9 orang anggota DAESH telah berjaya diberkas. Salah seorang daripada mereka cuba meletupkan Balai Polis Tapah menggunakan bom kereta. (RUJUK SINI)

Ogos 2017, Polis Perak mengesahkan kewujudan ancaman DAESH dalam sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri. (RUJUK SINI) 

Itu hanya merupakan sebahagian daripada ancaman-ancaman DAESH atau IS yang berjaya disekat dan ditangani oleh pihak berkuasa Malaysia. Yang pastinya, ancaman tersebut akan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa,  manakala pemimpin-pemimpin DAESH atau IS tempatan pula akan bersilih ganti dalam usaha mereka memburu impian mewujudkan sebuah Daulah Islamiyah.



Ironinya, pada ketika pihak berkuasa dan Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh menangani ancaman DAESH atau IS ini, sebahagian rakyat Malaysia yang disokong oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang, khususnya DAP pula menjemput dan mengalu-alukan kedatangan pengganas-pengganas tersebut ke negara ini. Mereka seolah-olah ingin membuktikan bahawa ajaran Islam itu adalah sebuah ajaran yang dipenuhi dengan pertumpahan darah, manakala penganut-penganut beragama Islam pula, sentiasa haus darah.

Tujuannya tidak lain, hanyalah untuk menjemput kuasa asing datang ke negara ini bagi 'membebaskan' negara ini daripada cengkaman keganasan Islam, sekaligus membolehkan mereka mengambilalih kuasa, sepertimana yang berlaku di Iraq, Libya, Tunisia, Mesir, Afghanistan dan beberapa negara umat Islam yang lain.

Persoalannya ialah, berapa lama lagi agaknya umat Islam di negara ini mahu bersatu padu dan menggembeleng iman serta akidah mereka untuk menolak ancaman-ancaman ini ke atas agama dan tubuh badan mereka sendiri memandangkan sebahagian besar daripada mereka, langsung tidak ambil peduli, bahkan ada pula yang menyokong kuat ajakan serta pelawaan puak-puak berkenaan agar DAESH atau IS bermaharajalela di negara ini?


Thursday, November 24, 2016

UNTUK TUTUP CERITA MARIA CHIN DITAHAN KERANA PENEMUAN DOKUMEN SUBVERSIF, PUAK PAKATAN KATA KERAJAAN TAKUT DENGAN DEMONSTRASI MARIA CHIN!!!



Kalau diperhatikan kempen-kempen simpati untuk Maria Chin, yang pasti, gambaran diberikan ialah kerajaan sedang ketakutan kerana seorang suri rumah, ibu tunggal yang sudah tua menggerakkan gerakan mendedahkan kejahatan kerajaan, membuatkan kerajaan bertindak menggunakan undang-undang untuk mengurung dan menahannya.

Sekaligus membolehkan 'kejahatan' kerajaan terus ditutup. 

Dari Dr. Mahathir sehinggalah kepada para pemimpin DAP dan PKR, itu sahajalah modal mereka. 

Hakikatnya, intipan ke atas Maria Chin Abdullah telah dibuat lama oleh pihak berkuasa. Kaitan Maria Chin Abdullah dengan OSF dan George Soros telah diperakui sendiri oleh Maria Chin. 

Dan dia akhirnya ditahan selepas dokumen-dokumen yang membuktikan ancaman terhadap demokrasi berparlimen di negara ini, ditemu di dalam pejabatnya. 

Sekaligus menafikan tuduhan golongan terbabit bahawa Maria Chin ditahan kerana demonstrasi. Sebaliknya dia ditahan dan diletakkan di bawah SOSMA bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan tentang pembabitan dan kaitannya dengan agen asing untuk mengganggu gugat negara ini. 


"Penahanannya tiada kena mengena dengan demonstrasi BERSIH. Dia telah ditahan di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana aktiviti-akviti yang mengancam demokrasi berparlimen," kata Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. 

Menurut Ketua Polis Negara lagi, penahanan Maria di bawah SOSMA selama 28 hari adalah bagi membolehkan polis membuat siasatan dan mengambil keterangan sewajarnya dari dia, terutama sekali yang membabitkan dana dan pembiayaan BERSIH 2.0.

Pada 18 November lalu, sepasukan anggota dan pegawai polis telah menyerbu pejabat BERSIH dan menemui beberapa dokumen yang polis syaki sebagai pembabitan BERSIH dalam usaha mengancam demokrasi berparlimen di Malaysia, iaitu kesalahan yang tertakluk di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan.

Khalid turut menegaskan SOSMA boleh digunakan untuk menyiasat jenayah terancang, pemerdagangan manusia dan jenayah ke atas negara, dan tidak hanya terrorisme. 


"Orang ramai berkata, kerajaan berjanji akan hanya menggunakan SOSMA untuk teroris. Malangnya mereka keliru antara SOSMA dengan POTA (Akta Pencegahan Terroris)."

Menurut Khalid lagi, Maria Chin sendiri mengakui telah menerima dana daripada OSF yang dibiayai oleh George Soros. 

"Kita tahu apa itu OSF dan berapa banyak negara yang telah mereka gulingkan supaya mengikut cara mereka. Ini adalah tanggungjawab polis untuk memastikan, keselamatan negara tidak diancam oleh sesiapa pun. Kita tahu sejarah OSF. Kita telah mengambil langkah-langkah perlu agar negara ini tidak jatuh ke dalam tangan orang yang mahu menjahanamkan Malaysia," kata Khalid lagi. 

Thursday, January 28, 2016

NETIZEN DAN PORTAL DEDAHKAN GURU CEMERLANG DI JOHOR ZAHIRKAN CITA-CITA NAK BOM, KERAT KAKI TANGAN DAN BUNUH PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!



Selepas seorang wanita yang merupakan isteri kedua pegawai kanan SPRM didedahkan oleh Netizen menggelupur dan terpaksa berhelah kononnya akaun Facebooknya telah digodam dan digunakan oleh pihak lain menyiarkan pelbagai fitnah dan hasutan, sekali lagi warga Netizen mendedahkan tentang perilaku seorang guru wanita yang mengungkapkan kata-kata subversif berorientasikan jenayah.

Guru wanita berkenaan yang dikatakan pernah menerima anugerah Guru Cemerlang dan dikatakan masih bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Guru berkenaan berasal dari Kelantan, berdaftar sebagai seorang pengundi di lokaliti Padang Kala, DUN Melor dan Parlimen Ketereh.

Dalam postingnya yang amat menarik perhatian di Facebook, guru wanita yang berusia 36 tahun itu menyiarkan sekeping gambar kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja keluar dari pekarangan Istana Negara dan digiring oleh beberapa orang anggota polis trafik.

Katanya, “Huk aloh dia ni… nk kalah kt semua negeri kot…naik DAP esok mula2 skali bom jer dia ni ya… kalau naik PAS potong kaki tangan pastu hukum bunuh jer..mmg hukuman kt dunia lag itulah yang selayaknya.”

Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada warga Netizen yang menyifatkan wanita itu tersangat biadap dan sengaja mengundang natijah tindakan undang-undang ke atasnya. Malah ada yang beranggapan, wanita tersebut sedang mencabar undang-undang terutama yang berkaitan dengan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.... TERUSKAN BACAAN DI SINI


Tuesday, December 15, 2015

MUKA NAJIB ABDUL RAZAK 'DIANJINGKAN'! MOHON PIHAK BERKUASA SEGERA BERTINDAK!!!



Nampaknya sekali lagi mereka yang sangat pakar dan kreatif dalam bidang pengeditan photo telah menunjukkan skil mereka, selain kepakaran mereka menggunakan gambar orang lain, dan profil pengguna Facebook yang lain untuk mewujudkan satu fake account bagi tujuan subversif.



Netizen telah mendedahkan perbuatan jahat tersebut di Facebook. Mangsa yang namanya telah digunakan atas nama 'FAZLIN LIANI' juga telah menerangkan apa yang berlaku, malah turut membuat laporan polis atas perbuatan jahat tersebut.



Mereka atau individu yang berselindung menggunakan nama 'FAZLIN LIANI' dengan gambar 'PUTERI NURUL SHAMIMIE MIMIE' telah memuatnaikkan gambar keji tersebut dan posting yang memaki hamun Perdana Menteri, para penyokong UMNO dan UMNO secara keseluruhan yang turut disamakan sebagai anjing.




Rata-rata Netizen berang dengan perbuatan tersebut dan menggesa pihak berkuasa bersegera mengesan dan mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang turut menfitnah pemilik akaun Facebook yang lain.


Tinjauan dan carian mendapati, akaun palsu tersebut telah pun dipadamkan oleh pemiliknya setelah para pengguna Facebook, beramai-ramai mendedahkan perbuatannya.








Friday, November 20, 2015

KETUA POLIS NEGARA SAHKAN, PEKELILING YANG TELAH DIBOCORKAN BERKENAAN 10 ORANG PENGEBOM BERANI MATI ISLAMIC STATE DAN ABU SAYYAF DI KUALA LUMPUR, SEBAGAI TULEN!!!



Satu 'internal circular' PDRM berkenaan kegiatan teroris di Ibu Kota, telah terbocor keluar dan menjadi viral di media sosial.

Maklumat tentang kehadiran pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur telah disebarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan kesahihan pekeliling tersebut dan menyatakan kekesalan berhubung kebocoran maklumat sensitif tersebut.

Bagaimanapun, Khalid berkata, polis sedang memantau sebarang ancaman dan tindakan telah diambil untuk menangani masalah berkenaan.

Menurutnya lagi, polis tidak akan berkompromi dengan elemen-elemen keganasan.

"Kita tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku," kata Khalid. (RUJUK SINI)

Bertarikh 16 November, pekliling dari Ibu Pejabat Polis Sabah itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada 'pertemuan dan perancangan' di kalangan Kumpulan Abu Sayyaf, Islamic State (IS) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan MORO (MNLF).

Di dalamnya dinyatakan pertemuan tersebut telah diadakan di Sulu di Filipina pada 15 November dan dihadiri oleh 14 orang pemimpin daripada ketiga-tiga cabang tersebut dan 50 orang ahli bersenjata Abu Sayyaf yang dilengkapi raifel M16, pistol dan bom.

Antara lain, pekeliling itu juga mendedahkan tentang beberapa resolusi yang dibuat semasa mesyuarat termasuklah merekrut ahli-ahli baru selain menempatkan elemen-elemen Abu Sayyaf dan IS di Sabah dan Kuala Lumpur.

Turut dinyatakan bahawa Abu Sayyaf dan IS telah menempatkan 8 orang pengebom berani mati di Sabah dan 10 orang di Kuala Lumpur.

"Kesemua pengebom berani mati tersebut menjalani latihan ketenteraan di Syria, Afghanistan dan Iraq dan bersedia menerima arahan daripada para pemimpin mereka untuk melancarkan serangan."

Pekeliling tersebut menggesa agar peronda polis dan perisikan maklumat dipertingkatkan selain penguatkuasaan dibuat secara lebih ketat.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein telah mendedahkan yang IS mensasarkan, selain dirinya, beberapa orang anggota kabinet untuk 'melakukan perubahan' di wilayah ini.


Thursday, July 23, 2015

LIMA LAGI DIHALANG KELUAR NEGARA DAN AMBIGA MEMILIH UNTUK SAMAN KERAJAAN MALAYSIA KERANA LARANGAN TERSEBUT!!!



Selepas pendedahan 2 ahli Parlimen, Tony Pua dan Rafizi Ramli, serta pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong disekat ke luar negara mungkin disebabkan kritikan mereka berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB), seorang lagi pemimpin pembangkang dan 4 aktivis turut menerima nasib sama.

The Malaysian Insider difahamkan, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim turut mendapati perlu merujuk kepada Jabatan Imigresen jika mahu meninggalkan Malaysia.

Semakan menggunakan nombor kad pengenalan mereka melalui laman Semakan Status Kawalan Imigresen memberikan jawapan berikut: "Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat."

Status itu kini menimbulkan persoalan jika mereka akan turut mengalami nasib sama seperti Pua, ahli Parlimen Petaling Jaya yang dihalang menaiki penerbangan ke Jogjakarta di lapangan terbang klia2, semalam.

Pua dan Rafizi, ahli Parlimen Pandan, mempunyai status sama sewaktu melakukan pemeriksaan nama mereka atas talian.

Mengulas perkara itu, Ambiga berkata beliau ke luar negara sebulan lalu dan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika namanya kini tersenarai sebagai mereka yang dihalang daripada ke luar negeri.

"Saya bosan dengan gangguan ini dan akan meneliti pilihan perundangan yang ada jika pergerakan saya dibataskan.

"Tidak masuk akal jika mereka yang perlu berhadapan tindakan undang-undang bebas ke mana-mana sahaja sementara mereka yang bersuara menentang salah guna kuasa diganggu sebegini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Maria pula menuntut Jabatan Imigresen menjelaskan sebab namanya tersenarai sebagai mereka yang perlu merujuk jabatan itu jika mahu ke luar negara.

"Buat masa sekarang, saya mahu tahu sebab saya perlu rujuk imigresen bagi perjalanan saya.

"Sebagai warganegara, saya ada hak dan kebebasan bergerak keluar masuk negara saya," katanya.

Maria sebelum ini dihalang daripada daripada masuk ke Sabah sementara Ambiga pula dihalang daripada masuk ke Sabah dan Sarawak oleh Jabatan Imigresen.

Chua, Adam dan Hishamuddin memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga mendapati perlu merujuk pejabat imigresen terdekat berdasarkan semakan di laman sama.

The Malaysian Insider sedang menghubungi pihak imigresen bagi mendapatkan penjelasan sama ada mereka dihalang ke luar negara atau dihalang ke Sabah dan Sarawak sahaja.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan senarai mereka yang dihalang meninggalkan negara tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Semalam, kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) berkata, tindakan Putrajaya menghalang Pua, Rafizi dan Tong daripada meninggalkan negara ini bermotifkan politik.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen berkata sekatan terhadap pemimpin pembangkang serta pemilik The Edge Media Group daripada meninggalkan negara mungkin disebabkan kritikan dan pendedahan mereka mengenai 1MDB.

Paulsen turut mengingatkan pihak berkuasa mengenai kebebasan bergerak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. – 23 Julai, 2015. (THE MALAYSIAN INSIDER)


Tuesday, May 26, 2015

SUBVERSIF MUDA HONG KONG, JOSHUA WONG BERJAYA DIHALAU TAPI SUBVERSIF DARI SINGAPURA, HAN HUI HUI BERJAYA SAMPAI KE PULAU PINANG!!!



Penerbitan Dubook atau DuBook Press adalah sebuah syarikat penerbitan berhaluan kiri yang didalangi oleh Rahmat Hussin dan Hishamuddin Rais. Sudah lama usaha untuk membawa Joshua Wong ke Malaysia dilakukan oleh subversif-subversif yang dikepalai oleh Hishamuddin Rais.

Joshua Wong adalah pengasas 'Umbrella Revolution' yang baru berumur 18 tahun dan merupakan 'Top 50 The Most Influential Leader by Time Magazine'. Dia dijangka hadir pada 30hb Mei ini bersama-sama aktivis Singapura, Han Hui Hui dan dijangkakan akan berjumpa dengan Demonstran Muda Malaysia di Bangi.

Rancangan yang didalangi oleh Hishamuddin Rais ini dibuat untuk mewujudkan satu gerakan yang boleh menggugat keamanan negara. Ikon-ikon revolusi seperti Joshua Wong dan Han Hui Hui akan menanam ideologi yang bertentangan dengan pentadbiran dan Perlembagaan Malaysia.

Jam 11:50 pagi tadi, pihak berkuasa Malaysia bertindak. Joshua Wong telah dikesan oleh Imigresen di Balai Ketibaan Antarabangsa, LTAB Pulau Pinang. Joshua Wong telah tiba di LTAB Pulau Pinang dari Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA633.

Pihak berkuasa Malaysia telah mengenakan tindakan 'F' (tidak dibenarkan mendarat) dan kemudian telah dihantar pulang ke Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA634 pada jam 1:05 tengah hari tadi..... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Tuesday, May 12, 2015

11 PENCARI SYAHID 'SHORTCUT' RAKYAT MALAYSIA DI SYRIA, DAH PUN MAUT DIMAMAH PELURU DAN BOM!!!


Sebelas rakyat Malaysia yang dikesan terlibat dengan kumpulan militan IS (Islamic States) kini maut, dengan enam daripada mereka 'pengebom bunuh diri'.

Mengesahkan demikian, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata jenazah mereka tidak dapat dibawa balik kerana "ada di Syria dan ada setengah terlibat melakukan pengeboman di Iraq."

"Enam daripadanya adalah pengebom bunuh diri, BUKAN pengebom berani mati," tegas Ayob Khan.

"Kumpulan militan IS ini mengeksploitasi istilah 'pengebom berani mati' untuk menghalalkan tindakan bunuh diri menggunakan bom," kata beliau.

"Ini konsep kumpulan militan. Mereka akan ubah term (istilah) dan gunakan istilah itu dengan berkata itu adalah operasi syahid dan ini menghalalkan tindakan mereka, kononnya siapa yang terlibat akan mati syahid," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja "Ancaman Kumpulan IS terhadap Negara" di majlis perasmian Multaqa Imam, guru takmir, guru KAFA dan jawatankuasa masjid negeri Kelanatan 2015, di sini, hari ini.

Turut hadir Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Ayob Khan berkata pihaknya telah mengenalpasti terdapat kira-kira 80 rakyat negara ini yang telah menyertai kumpulan militan IS di Syria setakat ini.

"Angka ini mungkin meningkat dan mereka ini merupakan kumpulan pengganas yang unik kalau dilihat daripada cara mereka merekrut anggota dan lain-lain.

"Mereka juga mengeksploitasi golongan wanita dan ramai yang terpengaruh untuk menyertai kumpulan ini kemudiannya dijadikan hamba seks," katanya.

Beliau berkata kumpulan IS ini bijak mengeksploitasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube untuk menyebar propaganda mereka.

"Mereka ada beribu cyber trooper (perwira maya) yang akan menjawab balik apa sahaja kenyataan dari media berkaitan IS.

"Selain itu mereka ada membuat dokumentari dan macam-macam lagi," katanya.

BERNAMA

Wednesday, February 25, 2015

YANG DIUGUT HENDAK DILETUPKAN DALAM KERETA TAK TAKUT, YANG MENGUGUT BUNGKUS MUKA DAN BADAN!!!



Satu klip video daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Malaysia Anti Demokrasi' telah viral di media-media sosial. Dalam klip video tersebut, tiga orang pemuda Melayu (berdasarkan pertuturan mereka), telah mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini adalah klip video kedua selepas mereka mengancam untuk meletupkan mahkamah selepas Anwar Ibrahim dijatuhi penjara lima tahun kerana kesalahan jenayah liwat pada 10 Februari lalu. Ancaman meletupkan mahkamah dibuat pada 16 Februari.

Khalid bagaimanapun menyatakan, dia tidak takut langsung dengan ugutan budak-budak bacul berkenaan. Sebaliknya menurut Khalid, ancaman sebegitu adalah perkara biasa sepanjang dia menjalankan tugas sebagai anggota dan pegawai polis.

Sebagai perhatian, beberapa orang Ketua Polis Negeri dan Negara telah ditembak mati oleh subversif. Antara mereka termasuklah Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara ketiga yang mati ditembak dua lelaki dengan 11 das tembakan di Jalan Ipoh, dipercayai agen komunis dan Mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang ditembak mati oleh agen komunis pada tahun 1975.

Menurut Khalid lagi, apa yang membimbangkannya ialah segelintir orang tidak menggunakan saluran demokrasi di negara ini dan kerapkali melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang untuk mendapatkan kehendak mereka.

"Rakyat Malaysia, pastinya tidak mahu melihat negara ini bertukar menjadi sebuah negara kucar-kacir kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan-kumpulan tertentu," katanya.

Kebanyakan warga pengguna siber melahirkan kekesalan dan rasa meluat yang teramat sangat kepada kumpulan anarki berkenaan. Malah ada yang mencadangkan agar ketiga-tiga mereka tidak ditangkap, dibicarakan dan dihantar ke penjara, sebaliknya dimasukkan ke dalam beg mayat sahaja.

Menurut Khalid, polis dengan kerjasama SKMM sedang mengesan aktiviti dan identiti kumpulan terbabit.

Dalam klip video yang pertama, terdapat empat orang individu membuat ancaman untuk meletupkan mahkamah. Klip video kedua pula hanya menampilkan tiga orang individu yang sama berdasarkan susuk tubuh mereka. Ada maklumat yang menyatakan salah seorang daripada mereka telah ditahan oleh polis sekaligus menjadikan hanya tiga orang sahaja yang muncul dalam klip video kedua.





Wednesday, February 11, 2015

UPACARA NYALAAN LILIN DAN TAFAKUR DEPAN PENJARA SUNGAI BULOH... KITA TENGOK BERAPA LAMA CINABENG BOLEH TAHAN!!!



Jumlah yang hadir, tidaklah seramai mana... sekitar 200 orang termasuklah warganegara asing.

Namun untuk meramaikannya, ada yang membawa kanak-kanak. Dan kanak-kanak digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan meramaikan program nyalaan lilin yang tidak memberikan sebarang faedah.



Sebahagian warga asing yang dikesan turut terlibat walaupun dari pandangan mata kasar berpandukan kepada peralatan, dia kelihatan seperti seorang wartawan. 




Jumlah yang datang, sekadar melihat dan berpesta. Ketika ditanya, mereka sendiri tahu, gelagat menyalakan lilin, tidak akan memberikan sebarang kesan. Apatah lagi, Anwar Ibrahim yang sedang berada dalam 'sel istimewa' Penjara Kajang, tidak tahu, tidak dengar dan tidak dapat melihat apa yang mereka lakukan.



Menariknya, mereka yang buat, mereka cuba pula berkonfrontasi dengan pihak polis. Mereka mengharapkan polis akan mengambil tindakan ke atas mereka dan dengan itu, memudahkan mereka untuk berhujah kononnya, mereka telah dikasari dan dizalimi walaupun mereka sebenarnya berkumpul secara aman dan tidak membahayakan sesiapa pun. 

Provokasi yang dibuat, tidak pula diambil kira!!!


Ini malam kedua tetapi malam pertama nyalaan lilin dan bertafakur... Anwar Ibrahim berada dalam penjara itu, sekurang-kurangnya 3 tahun... sepanjang 1095 hari, mereka akan berada di luar penjara Sungai Buloh menyalakan lilin dan menjerit-jerit tentang REFORMASI, HIDUP ANWAR dan HIDUP LGBT?

Kita tunggu!!!!



DUA KLIP VIDEO, PECACAI TUA SI KETUM ANCAM NAK BUNUH ANGGOTA POLIS!!!



Dua klip video daripada dua paparan dan sudut yang berbeza, namun melibatkan individu yang sama, sumpah seranah yang sama, maki hamun yang sama, malah ancaman yang sama!!!

Penyokong tegar merangkap pecacai Anwar Ibrahim yang tidak pernah membaca dan menggunakan otaknya untuk menganalisa semua maklumat, sebaliknya sekadar menerima segala-gala yang disumbat ke dalam otaknya oleh konco-konco Anwar, selain mudahnya akidahnya goyang walaupun sebelumnya, dia juga merupakan antara yang turut berbaris dalam saf bersolat hajat berimamkan USTAZ JAM 3 PAGI.

Keputusan tidak memihak kepada kehendaknya, dan dia cuba melepaskan kemarahan kepada anggota polis yang mengawal keadaan. Walaupun jumlah penyokong Anwar Ibrahim, tidaklah seramai mana pun, tetapi perangai mereka, tidak ubah seperti haiwan yang sedang berebut untuk memakan bangkai.

Dan lelaki Melayu tua itu, merupakan salah SEEKOR BINATANG yang dimaksudkan!


Mungkin kerana terlalu kecewa, ancamannya UNTUK MENGEBOM POLIS seperti yang diungkapnya berkali-kali kurang diberikan perhatian. Tetapi berdasarkan kepada kesungguhan yang ditunjukkan oleh lelaki tua tersebut yang dipanggil 'Wak' dan cuba ditenangkan oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya, permusuhan yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut kepada anggota polis, ditambah pula dengan ketaksubannya kepada Anwar Ibrahim selain melihat semua sistem di Malaysia sebagai tidak adil, kejam dan tidak menyebelahi Anwar Ibrahim, memperlihatkan kecenderungannya untuk melakukan perbuatan yang bersifat subversif dan amat merbahayakan keselamatan serta ketenteraman awam. 

Ancaman untuk MEMBUNUH dengan cara MENGEBOM anggota polis yang dimaksudkannya seperti yang terkandung dalam klip video di atas, sewajarnya dipandang berat!!!



Tuesday, February 10, 2015

PARIAH DAP CUBA AJAR KETUA POLIS NEGARA SELEPAS NGA KOR MING DIBURU KERANA HASUTAN!!!


Masa lukis kartun, berani bukan main... bila polis datang, tahu pulak terketar-ketar!

Jam 9:00 malam tadi, Zunar yang berlagak hebat dengan kartunnya, telah ditahan oleh polis kerana menghina hakim-hakim yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim. Zunar juga telah menghina sistem perundangan negara ini semata-mata kerana idolanya telah didapati bersalah kerana meliwat.

Sementara itu, tindakan seterusnya ingin dilihat oleh orang ramai membabitkan Nga Kor Ming yang tidak pernah melepaskan peluang untuk membelasah dan memperlekehkan PDRM. Nga Kor Ming juga turut mengeluarkan kenyataan yang bersifat subversif.

Seorang lagi PARIAH DAP, Satees Muniandy yang pernah menjadi Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P.Ramasamy dan merupakan satu-satunya orang yang dipecat dan disuruh datang ke pejabat untuk mengambil surat pemecatannya (RUJUK SINI), turut tidak melepaskan peluang untuk mengajar PDRM terutama sekali Ketua Polis Negara tentang tanggungjawab PDRM dan kakitangan awam.

PARIAH DAP itu barangkali tidak sedar yang ini adalah Malaysia. Malaysia bukannya sebuah negeri dalam Filem-Filem Tamil, Telegu atau Malayalam di mana Komisyiner Polis boleh dikerah dan dipaksa melutut serta patuh kepada kehendak ahli-ahli politik. Dia fikir, besar sangatlah orang politik sehinggakan kakitangan awam seperti Ketua Polis Negara perlu tunduk kepada kehendaknya!!!



Kalau dah nama PARIAH DAP, bodohnya memang bodoh. Bukan nak menghina, tetapi nampaknya bekas penoreh getah estet yang kini cuba menaikkan status sekaligus menyembunyi masa silamnya menerusi kedudukan politik, cuba mengajar itik berenang.

Sepatutnya dia mengajar dirinya sendiri agar patuh dengan undang-undang dan perlu mengajar diri, denga menjadi DAP, dia tidak pernah akan berada di atas garis undang-undang, sebaliknya PARIAH DAP sepertinya hanyalah PARIAH yang diguna-gunakan oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan chauvinist yang lebih mementingkan keuntungan peribadi berbanding kepentingan para penyokongnya.

KETUA POLIS NEGARA SUDAH ARAHKAN... RAMAI YANG MAHU LIHAT ZUNAR DAN NGA KOR MING DITAHAN SEGERA!!!



Ketua Polis Negara sudah pun mengarahkan agar siasatan dijalankan ke atas Nga Kor Ming dan zunar setelah kedua-duanya mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan di twitter.

Paling ketara dan lebih awal adalah Nga Kor Ming yang menyeru para penyokong Pakatan keluar dan melakukan provokasi dan keganasan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.


Manakala Zunar pula seperti biasa akan menggambarkan segala-gala yang tidak menyebelahi Anwar Ibrahim sebagai sesuatu yang tidak adil dan zalim. Dan seperti biasa jugalah dengan menggunakan kepakarannya membuat ilustrasi, Zunar menyindir, mengutuk dan menghasut.

Apabila tindakan undang-undang diambil ke atasnya, dia akan kembali memomokkan konoñnya kerajaan takut dengan kartun.

Memang kartun otaknya... berani buat tapi haram tak berani tanggung.


Cuma menariknya ialah Nga Kor Ming akan menggunakan alasan akaun twitternya k3na hack.

Alasan biasa cinabeng yang turut standard dengan alasan, kurang atau tidak faham Bahasa Kebangsaan.

Apakah Nga Kor Ming akan mwnyatakan yang dia tidak faham atau terkeliru sehingga mengeluarkan kenyataan menghasut tanpa sedar?

Rasa-rasanya itulah jawapan standardnya!







Saturday, January 17, 2015

NI LER DIKATAKAN KEPALA BAPAK DIA!!! HARI TU KATA BUKAN ATAS DASAR MANA-MANA PARTI SEKARANG, LAIN CERITA!!!!


Kononnya, dia membuat pendedahan kerana dia sebagai orang Islam. Kononnya sebagai orang Islam, dia tidak akan bersubahat dengan penipuan dan kezaliman. Sedangkan hakikatnya, berapa ramai orang yang membuat pengakuan sepertinya hanyalah pembohong tulen.

Kini, Mejar Zaidi menunjukkan siapa dia yang sebenarnya!

Mungkin dia tidak sedar tetapi sama seperti banjir besar berlumpur dan penuh kayu balak yang memusnahkan kehidupan serta prasarana di Kelantan, Allah Taala buka tembelang pembohongannya yang sememangnya amat pro-Pakatan semenjak dari dalam tugasnya dengan TUDM lagi.

Baca nih!

Bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad mengesahkan akan bersama Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata demikian, selepas menyertai Forum Bersih 2.0, “Padah Kerana Benar, Bebas Kerana Salah”, pada Khamis malam.
“Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat.
“Bila kamu sertai parti politk, kamu kena ikut keputusan parti. Dan kalau parti ambil keputusan untuk saya bertanding, saya akan bertanding sebagai calon,” katanya ketika ditanya sama ada akan bertanding sebagai calon PR pada pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara.
“Faktanya ialah, kalau awak tidak bersetuju dengan kerajaan, kamu kena ada pilihan atau alternatif. Jadi, saya perlu lakukan bahagian saya, dan saya percaya semua orang buat keputusan sendiri.
“Keputusan saya adalah berdasarkan apa yang saya fikir, bukan berdasarkan apa yang orang fikir dan percaya apa yang saya akan buat,” jelasnya lagi.
Isnin lalu, Mahkamah Tentera Kuala Lumpur memutuskan untuk memecat Mejar Zaidi daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong, lapor TRP.
Keputusan itu dibuat mahkamah berkenaan, selepas mendapati dia bersalah terhadap dua pertuduhan, melibatkan isu dakwat kekal, pada Pilihan Raya Umum ke-13, serta menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu. (SUMBER)

ISU BAJU KURUNG DI SEKOLAH, RUPA-RUPANYA MAMAT NI SPIN SEBAB TAK MAHU MENGAKU TETEK ANAK TERSEMBUL DI DALAM BAJU KURUNG NIPIS!!!


Beberapa hari lepas, berita tentang seorang pelajar bukan Melayu (dan juga bukan Bumiputera) kononnya telah dihalau dari sebuah sekolah di Cheras kerana tidak dibenarkan berbaju kurung oleh guru 'Melayu'. Pelajar berkenaan kemudiannya dikatakan berasal dari Lun Bawang walaupun bapanya adalah seorang India Kristian yang diketahui bukanlah Bumiputera Sarawak dan asal keturunan dalam perundangan di Sarawak adalah mengikut bangsa bapa (paternity) dan bukannya maternity (ikut ibu) atau kedua-duanya seperti di Sabah.

Si anak yang dihalau dari sekolah itu sebenarnya tidak bersalah. Tetapi dia mungkin tersalah faham dan telah melaporkan kepada bapanya, LAWRENCE JAYARAJ yang merupakan pembenci Malaysia dan mahukan Malaysia berpecah belah selain mahu mewujudkan sebuah Kerajaan Kristian Ekstrim di Sarawak dengan berkiblatkan Tel Aviv dan Washington.

Guru disiplin sekolah terbabit adalah SEORANG GURU CINA, bukan Melayu sebagaimana yang didakwa oleh Lawrence Jayaraj.

Menurut guru disiplin berkenaan, anak perempuan Lawrence Jayaraj bukannya dihalau dari sekolah tetapi disuruh menukar pakaian memandangkan baju kurung yang dipakainya sangat jarang sehingga menampakkan baju dalam dan sebahagian buah dadanya..... teruskan bacaan di BULETIN 247

Friday, January 16, 2015

ISLAMNYA MEJAR ZAIDI HANYA MEMBABITKAN BARISAN NASIONAL, UMNO DAN KERAJAAN MALAYSIA... KALAU PAKATAN, SEMUANYA JUJUR DAN LURUS!!!

Akhirnya, terbongkarlah penipuan seorang penjawat awam yang kuat menyokong Pakatan Rakyat tetapi cuba menjadikan alasan, kononnya dia Islam dan sebagai seorang Islam, maka dia tidak akan menyebelahi pembohongan dan penipuan.

Ramai penjawat awam yang sebenarnya sangat kuat menyokong Pakatan Rakyat dan mereka mempunyai seribu satu macam alasan untuk diberikan apabila terdesak.

Mejar Zaidi ketika ditanya, memberitahu dia tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Sebaliknya dia hanya mahu memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Maka bersoraklah sekalian penyokong dan pecacai Pakatan Rakyat dengan jawapan yang diberikan oleh Mejar Zaidi dengan melabelkannya sebagai WIRA NEGARA.

Mereka turut menyerang Mahkamah Tentera kerana kononnya telah membuat keputusan berat sebelah yang dipengaruhi oleh kerajaan, UMNO dan Najib Abdul Razak. Bahkan orang yang mereka gelarkan sebagai PAKAR PERLEMBAGAAN yang sebenarnya tidak dapat membezakan antara Perlembagaan dan Rang Undang-Undang, Aziz Bari, turut menyatakan Mahkamah Tentera membuat kesalahan kerana telah memecat Mejar Zaidi. (rujuk DI SINI).

Namun sesuatu yang sangat ketara ialah, mereka langsung tidak berani menyentuh tentang undang-undang TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 1972 yang menyebabkan Mejar Zaidi boleh dibuang kerja. Apatah lagi Mejar Zaidi sendiri pun tidak membela diri manakala peguamnya yang dipilih dari PAS, Hanipa Maidin, melarikan diri dan menghilang tanpa dapat dikesan.

Puak-puak Pakatan sedang seronok memainkan isu, Mejar Zaidi dibuang kerja kerana dakwat kekal tetapi dalam perbicaraannya pada Isnin lepas, dakwat kekal tidak menjadi subjek perbicaraan, sebaliknya yang dijadikan hujah adalah perbuatan Mejar Zaidi melanggar peraturan tentera.

Dipecat dari TUDM, Zaidi dikhabarkan telah ditawarkan pekerjaan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Malahan dikatakan juga, Zaidi yang angkuh menyatakan, dia memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan bersama-sama Pakatan Rakyat.

Kita nak tengok jugalah, di mana Islam yang dijunjung oleh Mejar Zaidi memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai pelbagai skandal kewangan, ketidakjujuran terutama sekali yang membabitkan tanah-tanah, perkampungan Melayu dan sebagainya yang langsung tidak dijawab tetapi ditai-chi dengan menggunakan pelbagai alasan dan isu lain oleh kepimpinan DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kita tengok nanti, adakah Mejar Zaidi akan berani menongkah arus memandangkan sekarang dia adalah orang awam dan tidak lagi tertakluk dengan Peraturan serta Undang-Undang Tentera. Apakah dia akan berani bersuara dan bebas dipergunakan seperti pada PRU-13 lalu dengan pembohongan secara bebas dilakukan oleh pecacai dan para pemimpin DAP khususnya.

Dakwat kekal langsung tidak kena-mengena tetapi dikatakan dakwat kekal adalah punca Zaidi dipecat daripada jawatannya dalam tentera!!!
 
Blogger Templates