Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 31, 2016

ASAL BUKAN UMNO, ASAL BUKAN NAJIB, ASAL BUKAN 1MDB, PENGHINAAN KE ATAS MELAYU-BUMIPUTERA DAN ISLAM PUN TAK MENGAPA!!!



Semuanya bermula sebagai ASALKAN BUKAN UMNO...

Kemudian menjadikan ISU 1MDB sebagai matlamat menghalalkan cara... atau lebih tepat lagi menutup motif dan objektif sebenar perjuangan.

Ketika pro-Najib dan pro-Mahathir bercekau tentang 'siapa yang lebih benar', isu 1MDB terus menjadi penghangat perbalahan. 1MDB dijadikan sebagai kambing hitam untuk menyalahkan pentadbiran Najib, sekalipun penjelasan demi penjelasan, penerangan demi penerangan, bukti demi bukti tentang keupayaan dan perubahan 1MDB di bawah pentadbiran Arul Kanda berbanding di bawah pengurusan terdahulu yang telah bercempera, dengan sebahagian daripada mereka melarikan diri daripada tindakan undang-undang di Malaysia, dibuat dari semasa ke semasa. Tuduhan-tuduhan bahawa 1MDB telah mengalami kerugian besar dan kerugian besar tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia, bertukar menjadi penjualan aset iaitu tanah kepada pihak asing seolah-olah negara ini tidak ada Kanun Tanah Negara yang jelas terpampang mengenai pemilikan asing ke atas tanah di dalam negara ini setelah kumpulan anti 1MDB gagal menunjukkan bukti sepertimana yang mereka laung-laungkan selain hanya HEARSAY sepertimana yang kerap diperakui oleh Mahathir dan Muhyiddin.


Kemudian muncul pula gelombang #TANGKAPMO1 yang dijayakan oleh pelajar-pelajar universiti dari bangsa Melayu yang diketuai oleh seorang pelajar perempuan yang bidang pengkhususannya adalah linguistik Arab dengan pembiayaannya pula adalah daripada pinjaman PTPTN.

Maka dalam kecelaruan dan semangat membara untuk menuntut keadilan dan kebenaran itulah, satu pihak lagi yang selama ini bertepuk tangan dan bersorak apabila golongan majoriti berpecah dan bercekau antara satu sama lain, menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.


Gerakan LGBT dan Liberalisme yang sentiasa menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah agama jumud, manakala penganutnya pula adalah golongan gasar yang masih bangga dengan panah, pedang dan kuda, telah menganjurkan satu majlis MENGHINA ISLAM dan INSTITUSI ISLAM beberapa hari lepas di Petaling Jaya.

Dengan beralasankan ia adalah satira semata-mata dengan tujuan bergurau, anugerah diberikan kepada individu atau entiti yang tidak mengiktiraf kepercayaan kaum LGBT yang mahu umat Islam mengiktiraf mereka. Antara yang diberikan anugerah oleh gerakan yang memperjuangkan kebebasan seks itu adalah Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Ada yang seronok dan meloncat-loncat. Medium pro mereka membesar-besarkan cerita tersebut tanpa sebarang sanggahan kecuali segelintir yang dapat melihat apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh pihak terbabit.



Kemudian, hakim Mahkamah Sesyen Kajang memutuskan bahawa Presiden ISMA, Abdul Zaik Abdul Rahman bersalah di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 setelah mengeluarkan artikel berjudul "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan" di laman web Isma dua tahun lalu.

Mei lalu, mahkamah yang sama membebaskan Abdul Zaik atas tuduhan utama kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan namun mengarahkan beliau untuk membela diri atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Teresa Kok dan Lim Lip Eng dari DAP segera mengambil kesempatan dengan mendesak Abdul Zaik meminta maaf kepada masyarakat Cina di seluruh Malaysia dengan alasan, Abdul Zaik bertuah kerana tidak dipenjarakan setelah mahkamah mendapati dia bersalah kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan. 

Kedua-dua orang ini yang cukup terkenal dengan provokasi-provokasi ke atas orang Melayu, India dan umat Islam, bertindak seperti cacing naik ke mata walaupun Abdul Zaik hanya didapati bersalah kerana menerbitkan artikel tersebut berbanding melakukan hasutan seperti yang terkandung dalam Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.


Pada masa yang sama, Teng Chang Kim mewakili DAP dalam Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan penghapusan diskaun 10% bagi pemilikan aset di kalangan Melayu-Bumiputera. Ada pembelaan ke atas keputusan tersebut dengan hujah, Melayu tidak berkemampuan untuk membeli hartanah mewah. Jadi kewujudan diskaun tersebut tidak mendatangkan sebarang makna dan penghapusannya juga lebih memudahkan.


Lim Guan Eng dalam perutusannya, sekali lagi beretorik tentang rasisme dan eksploitasi agama demi kemerdekaan negara. Namun orang yang sama jugalah, menggalakkan provokasi ke atas agama dan umat Islam termasuklah yang terbaharu menerusi cetakan sebuah hadis di punggung patung beruang yang terdapat dalam satu pameran di tengah padang di Pulau Pinang sempena Hari Kebangsaan. 




Patung-patung tersebut kemudiannya telah dipindahkan dan dihilangkan apabila Netizen memuatnaik gambar-gambar ke Facebook dan tindakan provokasi tersebut menerima kecaman teruk daripada Netizen lain.

Persoalannya sekarang ialah, mengapa provokasi ke atas Islam dan umat Islam begitu berleluasa tetapi tidak pula dianggap sebagai satu bentuk ekploitasi agama? Apakah kerana ianya Islam? 


Melayu-Bumiputera dan umat Islam sentiasa disibukkan dengan isu-isu yang telah disensasikan dan diperbesar-besarkan. Tidak sukar untuk menaikkan sentimen Melayu-Bumiputera dan umat Islam yang berasakan mereka serba tahu dan serba bertanggungjawab. Namun mereka juga tidak sedar, bahawa mereka sebenarnya sedang diserang di sebalik sokongan yang diberikan oleh puak berkenaan kepada mereka. 

Hanya kerana ASALKAN BUKAN UMNO... ASALKAN BUKAN NAJIB... dan ASALKAN BUKAN 1MDB!!!


Tuesday, August 30, 2016

PATUTLAH DAP SIBUK NAK SAMAN, RUPA-RUPANYA ADA ISU RASUAH LEBIH BESAR BERBANDING RASUAH RUMAH MURAH LIBATKAN ADUN DAP PULAU PINANG!!!



Tidak menghairankan mengapa ADUN Seri Delima, RSN Rayer yang merupakan peguam ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim memberikan amaran akan menyaman sesiapa sahaja, terutama sekali pemimpin GERAKAN Pulau Pinang seandainya mengaitkan rasuah atau lebih tepat lagi penipuan rumah kos murah di Pulau Pinang dengan ADUN tersebut.

Semuanya bermula apabila sebuah klip video yang menunjukkan bagaimana bapa Lim Siew Khim diasak dan didesak agar memulangkan kembali wang daripada beberapa orang mangsa yang kononnya hendak digunakan bagi menjamin unit rumah kos murah yang akan dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Lim Siew Khim telah mengheret ibunya dalam satu sidang media dan menjual air mata bagi mendapatkan simpati dengan mengatakan dia tidak tahu menahu tentang perkara itu, walaupun beberapa laporan menyatakan, isu tersebut telah berlarutan agak lama. Lebih menarik lagi ialah apabila Lim Siew Khim turut menyalahkan bapanya tanpa sedikit pun menyalahkan dirinya walaupun modal yang digunakan oleh bapanya adalah pengaruh dan kedudukan Lim Siew Khim.

Rupa-rupanya kerana klip video tersebut menarik perhatian SPRM. Klip video tersebut hanyalah satu daripada sekian banyak lubang rasuah dan penyelewengan serta salahguna kuasa yang tidak terdedah lagi melibatkan DAP dan kaum kerabat pemimpin DAP.

Ketua SPRM Pulau Pinang telah mengesahkan, memanggil dua orang saksi untuk dirakam percakapan mereka membabitkan isu tersebut. Manakala pemimpin GERAKAN Pulau Pinang pula, membidas RSN Rayer dan ancaman samannya agar segera mengheret mereka ke mahkamah kerana mendedahkan rasuah dan salahguna kedudukan membabitkan pemimpin DAP itu.

Isu ini mungkin tidak besar kerana hanya melibatkan penipuan ke atas orang miskin. Jumlah wangnya juga tidak besar. Namun ia lebih keji kerana mempergunakan orang miskin untuk mengaut keuntungan besar walaupun hakikatnya mereka yang sepatutnya dibantu dan ditolong.

Ini adalah penipuan secara langsung ke atas rakyat. Ini adalah pencabulan hak dan kepercayaan yang telah diberikan kepada parti yang bercakap melaung-laung tentang anti rasuah tetapi menjadikan rasuah dan salahguna kuasa sebagai amalan utama.

Lim Guan Eng telah diseret ke mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa tetapi dia menyalahkan Najib, UMNO, GERAKAN dan Barisan Nasional.

Lim Siew Khim dan RSN Rayer juga nampaknya mengamalkan benda yang sama. Yang melakukan perbuatan keji itu adalah bapa Lim Siew Khim tetapi yang dipersalahkan adalah GERAKAN, kononnya untuk mengalihkan tumpuan dan perhatian.


PERMOHONAN MAAF MAHATHIR TIDAK MAMPU TUTUP KEBOBROKAN PENTADBIRANNYA YANG SEWENANG-WENANGNYA GUNA WANG RAKYAT BAIL-OUT SYARIKAT KRONI SEPERTI PERWAJA STEEL!!!



Permohonan maaf Mahathir merupakan salah satu saat paling signifikan dalam sejarah negara!

Masakan tidak, seorang lelaki yang sangat besar egonya, yang tidak pernah mengaku sebarang kesalahan, malahan sentiasa menuding jari ke arah orang lain, tiba-tiba sahaja memohon maaf kerana 'kesilapan' yang dilakukan pada zaman pentadbirannya.

Mahathir memohon maaf kerana dia adalah orang utama yang menyebabkan DYMM Yang di-Pertuan Agong dan tandatangan serta kelulusan baginda tidak lagi menjadi keperluan bagi menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Namun bagi mereka yang hidup dan membesar, atau lebih tepat lagi menjadi penentang pada zaman Mahathir, sudah tentu amat maklum, permohonan maaf Mahathir itu sebenarnya tidak lebih daripada cubaannya menutup bangkai gajah dengan sehelai lalang tidak cukup baja.

Mahathir hanya memilih isu paling kecil untuk mensucikan dirinya sama seperti dia menyibukkan diri dan pemikiran rakyat Malaysia dengan isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang dia sendiri mengakui, hanya HEARSAY, tanpa sebarang bukti yang boleh diketengahkan dan lebih meyakinkan majoriti rakyat Malaysia.

Para penyokong dan Mahathir sendiri terlupa bahawa zaman HEARSAY sudah lama berlalu. Sekarang adalah zaman menampilkan bukti kalau benar mahu mencari pengaruh.

Mahathir bisingkan isu RM42 bilion yang langsung tidak membabitkan dana awam tetapi memberikan persepsi bahawa wang tersebut dicuri daripada tabungan negara, sepertimana yang dia lakukan sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Bising tentang 1MDB, bising tentang TRX, malahan bising tentang produksi anak tiri Najib di Amerika Syarikat yang dituduh menggunakan dana dari Malaysia walaupun DOJ sendiri telah mengeluarkan arahan kepada bank dan institusi kewangan Amerika Syarikat agar meneruskan urusniaga dengan produksi anak tiri Najib selepas membatalkan tindakan sita. Tetapi Mahathir tidak berani langsung bercakap tentang kerugian-kerugian yang melibatkannya secara langsung yang terang-terang menggunakan dana awam.


Salah satu projek terbesar Mahathir yang terbukti semenjak penubuhannya, tidak pernah mencatatkan keuntungan walau SERINGGIT pun adalah P ERWAJA STEEL.

Ironinya, PERWAJA STEEL bukan sahaja tidak mampu membayar hutang dan terpaksa dibail-out, tetapi kilangnya terpaksa ditutup berbanding 1MDB yang diheboh-hebohkan sebagai warisan hutang rakyat Malaysia.

Pada tahun 2013, SPRM telah mengakui bahawa kos penyiasatan bagi kes penyelewengan PERWAJA STEEL merupakan antara yang tertinggi. (RUJUK SINI)

Tempoh penyiasatan pula adalah 8 tahun iaitu bermula pada tahun 1996 sehinggalah 2004. Dari Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi bernama Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

Kita dapat lihat bahawa permainan di dalam Perwaja Steel Sdn Bhd dilaksanakan oleh mereka yang rapat dengan mantan Perdana Menteri. Kita lihat yuran guaman bagi beberapa perjanjian dalam Perwaja Steel. V.K Lingam yang terlibat dalam skandal etika Ketua Hakim Negara menerima berjuta-juta ringgit sebagai yuran guaman. V.K Lingam adalah antara mereka yang rapat dengan Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim ini mendapat lanjutan khidmat dari Dr Mahathir sungguhpun terbukti menyalahi etika kerja. Yuran VK Lingam berjumalah hampir RM 12,204 juta. (bukti lampiran daripada laporan oleh Price Waterhouse Coopers)



Pada 26 Februari 1999, Tun Dr Mahathir telah menyampaikan ucapan di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di Imperial College. Di dalam ucapannya Tun Dr Mahathir telah memperakui kerugian yang dialami oleh PERWAJA dan berlaku penyelewengan di dalam pengurusannya. Namun begitu, beliau menjadikan alasan tidak mendapat kerjasama daripada Bank Swiss sebagai jawapan mengapa siasatan terhadap kerugian ini masih tidak selesai. Ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam ucapannya, “RM10 billion is a big money but we must accept that losses will be incurred in industrializing Malaysia”.

Implikasi daripada penyelewengan, salah guna kuasa dan skandal kewangan yang terbesar ini atau, ‘The Biggest Financial Scandal In The History Of Malaysian’. Apa implikasinya? Jumlah RM10 bilion ini adalah lebih daripada jumlah belanjawan yang diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan dari segi pengoperasian dan pembangunan dengan untuk tahun ini sahaja, di mana Kementerian Kesihatan diberikan belanjawan berjumlah RM6.3 bilion. Jumlah RM10 bilion ini juga adalah lebih daripada mencukupi untuk melangsaikan segala hutang-hutang seluruh kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat.
BACA SELANJUTNYA DI SINI

Mahathir hanya meminta maaf tentang perbuatannya mengenepikan DYMM Yang di-Pertuan Agong tetapi Mahathir tidak pernah berani berterus-terang tentang kerugian-kerugian yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia menerusi PENCURIAN HARTA DAN DANA AWAM bagi menyelamatkan kroni-kroninya.

PERWAJA STEEL hanyalah merupakan salah satu daripada berpuluh kes-kes bail-out lain yang telah menghilangkan RATUSAN BILION RINGGIT wang rakyat hanya untuk kepuasan dan kemewahan kroni-kroni Mahathir.



Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz, seharusnya Mahathir terlebih dahulu memohon maaf dan memberikan penjelasan tentang kehilangan dana-dana awam sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Kilang PERWAJA STEEL di Gurun yang sekarang ini terbiar dan menjadi GAJAH PUTIH merupakan mercu tanda pembohongan, pengkhianatan dan kecurangan Mahathir yang harganya perlu dibayar oleh rakyat Malaysia.

Sama jugalah seperti PLAZA RAKYAT di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang sekarang ini hanyalah menjadi sarang untuk penagih-penagih dadah.


MAAF, PARTI MAHATHIR TIDAK BERMINAT DENGAN BUMIPUTERA, MEREKA CUMA NAK GUNAKAN LABEL PRIBUMI UNTUK DAPAT SOKONGAN SAHAJA!!!



PRIBUMI atau nama lainnya, BERSATU nampaknya langsung tidak berminat dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menghapuskan diskaun 10% untuk Bumiputera bagi pembelian unit pangsapuri berservis, SOHO dan SOVO.

Walaupun Melayu-Bumiputera merupakan golongan sasaran untuk menjadi penyokong parti tersebut, tetapi nampaknya, tiada seorang pun pemimpin-pemimpinnya yang sebelum ini cukup lantang bercakap tentang MENYELAMATKAN MALAYSIA, berani bersuara, memberika komen terhadap tindakan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor yang diketuai oleh DAP.

Mahathir yang merupakan dalang tua dalam Parti Cap Bunga juga, nampaknya tidak berminat dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor. Muhyiddin Yassin masih lagi mendendangkan cerita-cerita dongeng HEARSAYnya bagi mendapatkan sokongan dan pengaruh. Manakala Mukhriz... maaf, Mukhriz hilang lagi!

Begitu juga dengan skandal rasuah melibatkan bapa Wakil Rakyat DAP Pulau Pinang. Biarpun saksi-saksi telah berkumpul dan bapa Lim Siew Khim sendiri bersetuju untuk membayar kembali wang-wang daripada golongan miskin yang dikutipnya sebagai 'penebus dosa', nampaknya isu yang terus menjadi tunjang kepada Parti Cap Bunga hanyalah membabitkan HEARSAY 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Adakah ia merupakan 'barter-trade' antara Parti Cap Bunga dengan DAP dalam usaha Mahathir mahukan sokongan daripada Lim Kit Siang dan angkatannya bagi menewaskan Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional?

Adakah ianya merupakan persetujuan dan perjanjian antara Mahathir dengan Azmin Ali sehinggakan DAP yang menjadi tulang belakang Azmin Ali dan PKR Selangor, begitu berani melakukan sesuatu yang pada logiknya sudah tentu akan mendapat tentangan menyeluruh daripada orang Melayu tanpa mengira parti apa pun.

Ini adalah kerana berdasarkan pemilikan dan potensi pemilikan hartanah bernilai lebih RM500,000, kebiasaannya orang Melayu boleh dikategorikan sebagai miskin bandar. Mereka tidak mampu membeli apatah lagi memiliki tetapi mereka hanya mampu memandang. Dan akhirnya, mereka akan beramai-ramai keluar dari kawasan tersebut apabila masing-masing sudah tidak mampu untuk menyewa mahupun memiliki rumah sendiri.

Tidak sedikit kawasan yang dahulunya bermajoritikan Melayu, kini bermajoritikan Cina di Selangor seperti Bukit Lanjan mahupun Kota Damansara sendiri. Malah Shah Alam dan Bandar Baru Bangi yang dahulunya merupakan kawasan petempatan Melayu, kini sudah bertukar menjadi kawasan bercampur yang dalam tempoh beberapa tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan komposisi kaum yang lebih besar dan berpihak kepada bukan Melayu.

Apakah Mahathir dan PRIBUMI masih lagi meneruskan agenda lama iaitu memastikan orang Melayu berada di bawah tekanan dan paras kemiskinan agar sokongan kepada parti semakin kuat dan tidak berubah?

Justeru dengan memomok-momokkan isu 1MDB yang mereka sendiri tidak mampu menghadirkan bukti, Mahathir dan para penyokongnya berasakan itu jauh lebih penting berbanding isu-isu Melayu-Pribumi yang dijadikan sebagai cop mohor parti yang baru ditubuhkan itu?

Agak aneh juga kerana di sebalik laungan kononnya PRIBUMI sangat kuat dan mendapat sokongan daripada orang Melayu di serata ceruk Malaysia, DAP tidak langsung berasa gerun dan gentar untuk mengumumkan penghapusan salah satu keistimewaan Melayu-Bumiputera.


Monday, August 29, 2016

JANGAN GUSAR, PENDEDAHAN RASUAH TERBARU MELIBATKAN PEMIMPIN DAP, AKAN DIBELA OLEH CAP BUNGA DENGAN MERIAHNYA!!!



Satu lagi cubaan menipu dan rasuah yang melibatkan bapa seorang wakil rakyat  DAP Pulau Pinang, telah didedahkan oleh Netizen.

Lim Siew Khim, ADUN DAP Sungai Pinang pula dikaitkan dengan amalan rasuah menerusi bapanya yang bertindak sebagai orang tengah yang mengutip wang daripada orang miskin kononnya bagi memudahkan mereka memperolehi rumah murah.

ADUN Sungai Pinang itu bagaimanapun menafikan pembabitannya, malah menegaskan bahawa bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi Kerajaan Negeri.

Lim Siew Khim dalam sidang medianya, menjaja air mata bagi mendapatkan simpati bersama-sama ibunya. Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang bapanya, Keat Seong mengutip rasuah daripada pembeli berpotensi.



Paling menarik ialah apabila Siew Khim mendakwa, dia hanya mengetahui kewujudan klip video tersebut apabila klip video tersebut viral di media sosial. Lebih menarik lagi ialah apabila dia 'tidak pasti' 100 peratus apa perbincangan yang sedang berlaku dalam klip video tersebut membabitkan bapanya. 

Yang terlibat adalah bapanya sendiri, yang dikaitkan adalah nama dan kedudukannya sebagai Wakil Rakyat DAP, yang menjadi umpan adalah perumahan kos rendah yang kononnya bakal dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng. 

Namun dalam reaksinya, sama seperti para pemimpin DAP yang terkantoi, GERAKAN dipersalahkan bagi melindungi perbuatan rasuah tersebut. 

ADUN Seri Delima, RSN Rayer yang juga merupakan peguam Siew Khim mengancam untuk menyaman GERAKAN sekiranya parti tersebut meneruskan tuduhan rasuah yang mencemarkan nama Siew Khim. 

Menurutnya, 'serangan' GERAKAN itu tidak berasas dan tidak munasabah. 

Bagaimanapun, Ketua Jawatankuasa Anti Rasuah dan Tanah GERAKAN, Hng Khoon Leong tidak mempedulikan ancaman Rayer sebaliknya mengatakan itu adalah SOP DAP untuk melindungi salahlaku yang sedang berlaku dan berleluasa dalam parti yang mengetuai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Ancaman untuk menyaman adalah SOP DAP untuk menghentikan sebarang pendedahan yang akan menjejaskan parti itu. Para pemimpin DAP seharusnya berasa malu dengan diri mereka sendiri kerana terpaksa menggunakan kaedah sebegitu sedangkan mereka juga yang berlagak seolah-olah mereka sangat bencikan rasuah, kata pemimpin GERAKAN itu. 

Semenjak semalam, klip video berdurasi lima minit menjadi viral di media sosial, mempaparkan Keat Seong, 68, sedang berurusan dengan beberapa orang mangsa yang cuba ditipu dalam usaha mendapatkan rumah kos rendah di Pulau Pinang. 


Lim Siew Khim, ADUN DAP Sungai Pinang

Dalam video klip tersebut, beberapa orang mangsa telah menuntut wang yang telah mereka bayar daripada Keat Seong selepas bapa Siew Khim gagal mengotakan janjikan untuk mendapatkan rumah untuk mereka. 

Para 'pelanggan' Keat Seong diberitahu, mereka perlu membayar RM260 bagi borang yang menjamin pemerolehan unit mampu milik dan kos rendah. Sepatutnya, sebaik-baik sahaja wang tersebut dibayar, unit yang dijanjikan perlu terjamin untuk mereka. 

Kegagalan Keat Seong yang dipanggil 'Uncle Lim', membuatkan dia diserbu dan berpeluh-peluh untuk menjawab desakan para 'pelanggannya'. 

Pastinya perhatian terhadap gejala rasuah yang didedahkan oleh Netizen ini akan segera diperlekehkan oleh para penyokong DAP, kononnya rasuah yang melibatkan bapa Lim Siew Khim itu tidaklah setara mana berbanding isu yang telah DAP panaskan terlebih dahulu, iaitu 1MDB dan RM2.6 bilion walaupun DAP dengan bantuan Cap Bunga masih tidak dapat menampilkan bukti tetapi disebabkan sensasi yang telah diterapkan lebih awal, maka ia dianggap sebagai penghapus dosa-dosa dan salahlaku DAP yang terdedah.

Bijak, tak?


NETIZEN DEDAHKAN LAPORAN SIASATAN BADAN PENCEGAHAN RASUAH 1997 KE ATAS RASUAH AZMIN ALI YANG TIDAK PERNAH DIAMBIL TINDAKAN!!!



1. Kalau anda nak tahu beginilah bentuk laporan siasatan Rasuah Azmin Ali tahun 1997 ketika beliau sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu payung beliau kuat kerana Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan BPR (sekarang SPRM) dihentikan serta- merta.

2. Rasuah dan pemilikan harta melampau oleh Azmin Ali bukan baru. Jika Azmin Ali memanggil semua kroni dan juga para taikun syarikat dibawahnya bukanlah benda baru.....


COPY PASTE DARI FB HAFIZI HARRIS

Butiran lengkap dan gambar-gambar lain boleh KLIK DI SINI




 














MACAM NI BARU BETUL, MELAYU PERLU BERGADUH SESAMA SENDIRI TAPI DAP YANG HALAU MELAYU KELUAR DARI NEGERI!!!



Pujian diberikan melangit kepada pelajar universiti Melayu yang pergi berdemonstrasi. Kononnya mereka sangat berani...

Sokongan diberikan kepada anti kerajaan dan anti Najib, kononnya demi menegakkan hak rakyat dan menyelamatkan negara.

PAS dipecahkan dan diwujudkan dengan satu sokongan serta bantuan daripada segenap segi diberikan kepada PAN untuk memastikan kekuatan mereka tidak terjejas.

Kembang hidung mereka, mudah kerja mereka apabila segala tumpuan diberikan kepada sasaran lain. Bermaharajalelalah mereka melaksanakan objektif mereka yang sudah terpendam sekian lama, apatah lagi sekarang ini apa-apa sahaja tindakan mereka, akan disokong kerana mereka adalah pihak bersama dalam puak yang disokong walaupun sebelum ini dilabelkan sebagai rasis dan chauvinis.

Semalam, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil menyeru orang Melayu dan Bumiputera Pulau Pinang agar tidak berhijrah keluar dari Pulau Pinang walaupun pada masa yang sama, mereka diasak dengan ketiadaan kediaman apabila hampir keseluruhan harga rumah kediaman di Pulau Pinang, bukan untuk orang Melayu atau lebih tepat lagi bukan untuk warga tempatan, tetapi warga asing yang akan dijadikan warga tempatan.

Hari ini pula, Exco Pelaburan Industri dan Perdagangan, IKS dan Pengangkutan, Teng Chang Kim pula mengisytiharkan bahawa diskaun 10 peratus untuk Bumiputera bagi pembelian apartment berservis, Soho dan Sovo di negeri itu, telah dihapuskan.

Namun untuk melindungi taktik jahat penghapusan kaum ialah, Teng Chang Kim menggula-gulakan pengumumannya kononnya pemilikan ekuiti 30 peratus Bumiputera, akan disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Semalam, Noh Omar mendedahkan tentang perilaku jahat Kerajaan Negeri Selangor yang enggan membenarkan karnival gotong-royong diadakan di kompleks PPRT di Lembah Subang. Kononnya Kementerian tiada hak untuk menganjurkan gotong royong kerana tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan Negeri. Malah macai PKR-DAP yang tinggal di flat tersebut, turut membaling objek bagi menimbulkan provokasi.

Kata Noh Omar, Kerajaan Negeri Selangor tak tahu malu. Tanah, tanah persekutuan walaupun di Selangor. Kos pembinaan dan projek PPRT adalah kos yang ditanggung serta projek Persekutuan, manakala Kerajaan Negeri diberikan hak mengurus sahaja, tetapi lagak Kerajaan Negeri seolah-olah mereka adalah pemilik.


Penghapusan diskaun 10% Bumiputera bagi pembelian hartanah tersebut, lapor Nanyang Siang Pau,akan disusuli dengan butiran terperinci semasakan melaksanakan garis panduan itu pada 1 September hadapan sepertimana kenyataan Teng Chang Kim.

Sementara itu, menurut Teng lagi, bawah garis panduan baru, harga jualan pangsapuri perkhidmatan ditetapkan antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit serta RM230,000 seunit bagi SOHO dan Sovo.

Mereka perolehi tanah dengan harga murah menerusi 'bantuan' para pegawai dan pembesar negeri. Mereka membina kediaman dan premis tetapi dengan harga yang meroket tinggi dengan pelbagai alasan. Baik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, tidak mampu menahan, melarang atau menahan kenaikan tersebut kerana persatuan-persatuan yang dianggotai oleh pemaju-pemaju hartanah tersebut, cukup pandai berselindung di sebalik pelbagai akta dan 'hadiah'. 

30% caj pembangunan dikenakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pemaju semenjak beberapa tahun lalu, menghalalkan kenaikan meroket harga rumah dan premis.

Tapi tak mengapalah... kenaikan harga rumah itu merupakan satu KESALAHAN NAJIB, satu KELEMAHAN NAJIB, dan satu PENYELEWENGAN NAJIB...

Sekurang-kurangnya itulah yang dipercayai dan hujah yang mampu diberikan oleh para penentang Najib sekarang ini...

Tahniah!!!


KENAPA PULA TAK BOLEH SERANG DAN BERCAKAP PASAL PENJALANGAN MAHATHIR?



Geng-geng Cap Bunga dah mula naik angin sebab Mahathir 'Yang Dimuliakan' telah diserang bertali arus sekaligus mendedahkan apa yang dilakukannya selama dia menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Mungkin mereka tidak tertahan apabila hakikat Mahathir 'LAIN CAKAP, LAIN BUAT' dan 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA' didedahkan secara terbuka walaupun selama 22 tahun, segala busuk pekung Mahathir dipendam dan disimpan walaupun menjolok mata dan menimbulkan rasa tidak puas hati.

Satu perkara yang geng-geng Cap Bunga ini terlupa ialah, dari tahun 1987 sehinggalah kemuncaknya pada 1997-2001, ratusan ribu kalau tidak jutaan orang yang membenci Mahathir selain menyebar luaskan segala kebobrokannya, masih wujud lagi, masih lagi bergiat, malah walaupun sebahagian daripada mereka kembali menyertai dan menyokong UMNO kalau tidak pun menjadi ahli, masih menyimpan cerita-cerita tersebut.

Ibrahim Ali, Presiden PERKASA bukan main marah lagi apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman dikatakan mengkritik dan tidak menghormati Mahathir.

Syed Saddiq yang merupakan salah seorang daripada 7 orang protem Parti Pribumi Bersatu (Sdn. Bhd.) mengutuk Hishamuddin Hussein Onn, Azalina Othman Said dan Nazri Aziz yang dikatakan menyerang Mahathir menerusi media.

Para penyokong dan pentaksub Mahathir di Facebook pula, turut memberi amaran bahawa sebarang caci nista terhadap Mahathir, serangan menerusi media, atau melawan Mahathir akan menyebabkan Mahathir semakin keras menentang Najib Abdul Razak dan UMNO itu sendiri.

Dengan kata lain, mereka mahu Mahathir tidak diserang, bebas menyerang dan tidak dilawan!

Kononnya kalau Mahathir tidak dilawan, maka kesan buruk ke atas UMNO dan Najib tidak akan menjadi lebih teruk.

Logik apa yang mereka pakai dan gunakan?


Dalam satu keadaan, bukan main sokong lagi mereka menyerang Najib. Bukan main megah lagi apabila Mahathir 'mendedahkan' kecurangan Najib. Malah begitu yakin mereka menuduh yang 1MDB telah mengalami kerugian, wang negara telah dicuri oleh Najib dan wang rakyat telah digunakan untuk membayar hutang judi dan bermewah-mewah di luar negara.

Mereka tidak peduli dengan kenyataan bahawa segala tuduhan mereka tidak disokong sebarang bukti, malah pengakuan Mahathir bahawa segala tuduhannya adalah HEARSAY semata-mata selain dia tidak mempunyai sebarang bukti. Yang penting bagi mereka adalah, tuduhan Mahathir adalah tulen, manakala jawapan dan penafian daripada Najib adalah DEDAK.

Dek kerana itulah, apabila serangan ke atas Mahathir semakin dipertingkatkan, mereka kembali kepada taktik sebelum Mahathir terang-terang menyertai Demonstrasi BERSIH 4.0 iaitu Mahathir tidak boleh dikacau, diserang, diganggu atau dilawan.

Mereka terlupa sebenarnya bahawa pada tahun 2004, UMNO kembali disokong bukan kerana Mahathir tetapi kerana Mahathir telah bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dan sekarang, ketika Mahathir hanya menuduh tanpa bukti dan bergantung kepada HEARSAY, seharusnya para penyokong setia Mahathir juga perlu menjawab tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang dia berkuasa kerana itu adalah lumrah di dalam politik.

Alangkan Almarhum Nik Aziz pun diserang malah semasa hidupnya dilabelkan bermacam-macam, biarpun bekas Mursyidul Am PAS itu telah meninggal dunia, inikan pula seorang ahli politik tua yang masih tidak puas-puas berkuasa yang masih hidup dan kesan-kesan daripada pengkhianatannya ditanggung oleh rakyat Malaysia secara lahiriah mahupun rohaniah, biarpun pada masa yang sama, cubaan untuk memutihkan imej hitamnya cuba dibuat secara giat.


PENTAKSUB MAHATHIR TIDAK PERNAH TAHU, KLCC ADALAH LAMBANG PENYALAHGUNAAN DANA AWAM KEGEMARAN MAHATHIR DAN KERANA ITU MEREKA BERBANGGA!!!




Projek Kroni Tun Mahathir: RM600 Juta Syarikat Milik TS Ananda Krishnan Untung Atas Angin Apabila Jual Tanah Tapak Lumba Kuda Kepada Petronas Untuk Tapak Projek KLCC!!!.

■ Mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir memburuk2kan 1MDB yang membeli tanah Tun Razak Exchange dengan harga murah. Kemudian beliau menuduh pelaburan Tabung Haji sebagai 'Bailout' 1MDB dengan membeli tanah TRX dengan harga tinggi.

■ Tun Mahathir lupa yang beliau pernah menggunakan wang Petronas untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC.

■ Pembelian tanah STC oleh Petronas terpaksa melalui syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang bertindak sebagai 'Brokerage Company' yang mengaut keuntungan yang terlampau tinggi. Bayangkan, 26 tahun yang lalu tanah STC dibeli oleh Seri Kuda Sdn Bhd dengan nilai RM26.20 sekaki persegi. Beberapa bulan kemudian, tanah tersebut dijual kepada Petronas dengan nilai 214.40 sekaki persegi!!!.

■ Pada 30 January 1989, syarikat Seri Kuda Sdn Bhd ditubuhkan oleh TS Ananda Krishnan. Syarikat ini ditubuhkan semata2 sebagai platform pembelian sebidang tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta.

■ Pembelian tanah tersebut direncana bagi merelisasikan perancangan Tun Mahathir untuk penyediaan tapak projek pembangunan 'Kuala Lumpur City Center' (KLCC).

■ Mengikut perancangan awal pihak pengurusan Petronas, pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor berhampiran dengan Hospital Prince Court.

■ Pembinaan ibu pejabat Petronas yang baru perlu memandangkan ibu pejabat petronas lama di Bangunan Dayabumi sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung pertambahan kakitangan baru dan pertambahan kelengkapan alatan kerja yang pesat di Petronas.

■ Walau bagaimana pun lokasi yang dicadangkan tidak dapat memenuhi kehendak persekitaran memandangkan ianya mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam. Alasannya, lokasi tersebut terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi.

■ Sebagai alternatif, Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah bekas tapak British Council Jalan Ampang di belakang Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

■ Namun secara tiba2 Tun Mahathir kemukakan idea dan mengumumkan rancangan liciknya dengan memilih lokasi di Selangor Turf Club jalan Ampang. Beliau mencipta isu dan propaganda di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan timbulnya kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

■ Selepas isu tersebut disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu tidak boleh tidak mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

■ Pada 18 Julai 1991, dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-6 di Dewan Parlimen, Tun Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan persekutuan.

■ Tun Dr Mahathir berpendapat, apabila ekonomi pulih dan terdapat “building boom”, tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi.

■ Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50% saham Seri Kuda Sdn Bhd. Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda Sdn Bhd bahawa lebih daripada 50% tanah kelab perlu dijadikan tempat letak kereta awam (public park). Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100%. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51% dari saham Seri Kuda Sdn Bhd.

■ Selangor Turf Club (STC) menerima notis arahan berpindah dari kerajaan supaya mencari lokasi lain luar dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan sejumlah wang untuk membina padang lumba kuda baru, STC membuat keputusan menjual tanah tersebut.

■ Tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) yang terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas atau ‘Golden Triangle’ berstatus pertanian dibeli pada awalnya dengan harga RM110 juta telah ditukar statusnya kepada tanah komersial dan nilaian semula tanah komersial tersebut melonjak kepada harga RM300 juta. Tetapi Petronas telah membelinya dengan satu nilai terlampau tinggi pada harga RM900 juta.

■ Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM600 juta apabila Petronas membeli tanah tersebut. Persoalan untuk Tun Mahathir: Mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus (Direct Negotiate) dengan Selangor Tufc Club iaitu pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?. Dan mengapakah perlu membeli tanah tersebut setelah ianya menjadi milik Seri Kuda Sdn Bhd iaitu syarikat kepunyaan TS Ananda Krishnan?.

■ Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah membelakangi kepentingan rakyat dan menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga selia Petronas. Beliau telah mengambil kesempatan memanipulasi wang Petronas untuk mengkayakan kroninya dan mungkin juga untuk faedah diri sendiri. Beliau lupa yang wang Petronas apabila masuk ke Tabung Perbendaharaan Negara akan menjadi DANA awam atau pun wang rakyat!.

■ Kroni Tun Mahathir berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM600 juta dalam masa beberapa bulan sahaja.

■ Majalah Far Eastern Economic Review terbitan 13hb Jun 1991 dan Investor Digest keluaran Julai 1992 jelas melaporkan yang tanah milik STC dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd, yang kemudian pemiliknya membuat permohonan untuk menukar status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Malaysia.

■ Akhbar News Straits Times pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu. TS Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula2 ditubuhkan. Beliau adalah sekutu rapat dan kroni kuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. TS Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negars Malaysia selama 6 tahun (1982-1987) dan pernah juga berkerja di Petronas.

■ Sehingga tahun 1991, nama TS Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah tersebut pada tahun 1989 .

■ Persoalan untuk Tun Mahathir: Adakah pembelian 39 hektar (96.369 ekar) tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya dengan niat untuk membantu menaikkan taraf kekayaan sahabat baiknya?.

■ Pada 18hb Jun 1991, akhbar New Straits Times melaporkan, Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dengan anggaran jumlah sebanyak RM600 juta.

■ Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49.5% ekuiti KLCC dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion. Sementara itu, pegangan saham ekuiti Mai holdings Sdn Bhd adalah 48% dan 2.5% milikan saham minoriti (dirahsiakan). Mai holdings Sdn bhd ditubuhkan pada 22 Jun 1988 merupakan juga syarikat milik TS Ananda Krishnan.


Sunday, August 28, 2016

MAHATHIR YANG NYANYUK!!! DARI CUMA JATUHKAN NAJIB, SEKARANG KALAHKAN UMNO!!!



Ku Nan kata, biarkan Mahathir tenggelam dengan dunianya....

Hishamuddin Hussein Onn pula kata, permohonan maaf oleh Mahathir kepada umum sebenarnya tidak bermakna kerana semasa dia berkuasa dahulu, lain yang dicakapkannya, lain pula yang dibuat. Hanya setelah kehilangan kuasa dan untuk memastikan kewujudan anak lelakinya, Mahathir baru hendak meminta maaf.

Para penyokong Mahathir pula bersorak mengatakan, UMNO semakin gersang dan ditinggalkan oleh penyokong-penyokongnya sendiri.

Buktinya, Mahathir berucap di Langkawi dan meninggalkan Demonstrasi #TangkapMO1, 'lautan' manusia berbaju merah mendengar ucapan Mahathir.

Sebelum ini, Mahathir kata dan disokong pula oleh anak lelakinya yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah selain mendapat hak monopoli pembekalan kepada Telekom Malaysia menerusi urusniaga dan kontrak yang sememangnya dipertikaikan dari hujung zaman pentadbiran Mahathir lagi, bahawa mereka tidak bertujuan mahu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

Tapi hari ini, Mahathir kata, UMNO pergi dikalahkan dan digantikan dengan parti lain iaitu Parti Cap Bunga Raya.

Dengan kata lain, Mahathir sebenarnya sudah tidak nampak kejayaan dan masa hadapan Parti Cap Bunga Raya apabila dia teruk ditempelak berhubung isu BANGSA JOHOR. Dan Mahathir yang diketahui amat celupar, tidak berani menyanggah titah KDYMM Sultan Johor yang mengatakan, dia adalah orang yang suka memecah belahkan masyarakat, terutama sekali orang-orang Melayu. Para penyokongnya pula sekadar berani-berani ayam mengacam KDYMM Sultan Johor. Itu pun sayup-sayup sahaja kedengarannya.


Hilanglah sudah cerita hendak menjadikan Johor sebagai pangkalan terkuat Parti Cap Bunga Raya selepas Kedah. Dari mulut Mahathir sendiri, Parti Cap Bunga Raya kehilangan peluang dan ruang termasuklah memastikan Muhyiddin Yassin yang khabarnya akan berpindah tanding ke Muar. Parti Cap Bunga Raya di Johor bolehlah diibaratkan sebagai Parti AKIM di Kelantan yang entah berapa kerat manusia yang masih mengingatinya.

Daripada awal lagi telah dikatakan, Mahathir  sememangnya mempunyai niat jahat. Walau bagaimanapun, disebabkan kemahirannya menyamar dan berlakon, Mahathir dianggap sebagai pejuang dan kata-katanya adalah benar semata-mata.

Terbukti kini, Mahathir terdesak untuk mempertahankan anak-anaknya dan kroni-kroninya. Mahathir sudah kehilangan peluang dengan menggunakan status NEGARAWANnya apabila Perdana Menteri sekarang ini, tidak begitu melayan kehendaknya. Sekarang, Mahathir melaung-laungkan serta berkongsi inspirasi yang sama dengan mereka yang pernah menentangnya dahulu tetapi sekarang menjadi sahabar karib kerana beranggapan mereka boleh mempergunakannya.


PELAJAR MELAYU DIPUJI BERDEMONSTRASI JALANAN, PELAJAR CINA SIMPAN DI MANA? DI TAIWAN? DI MACAU?



Bukan main meleleh lagi DAP memuji pelajar-pelajar universiti yang pergi berdemonstrasi semalam. Kononnya, para pelajar universiti tersebut adalah pemberani yang sanggup berjuang untuk mempertahankan negara ini daripada ancaman MO1.

Biarpun jumlah pelajar universiti yang datang ke demonstrasi jalanan semalam bolehlah dibilang dengan jari berbanding kehadiran orang yang tidak ada kena-mengena dengan universiti tetapi menggunakan pelajar-pelajar universiti, tetapi fenomena yang berlaku, sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing di seluruh dunia.

Gerakan pelajar secara tidak rasminya adalah gerakan blok ketiga yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, non-partisan. Bagaimanapun, teori kekal sebagai teori. Orang politik bijak memanipulasi keadaan dan suasana. Dan kerana itulah, di seluruh dunia, gerakan pelajar merupakan gerakan anti kerajaan yang bertunjangkan pembangkang. Pembangkang menggunakan gerakan pelajar dalam usaha meraih kelompok sokongan daripada pengundi-pengundi muda yang semakin bertambah.

Namun di Malaysia ada sesuatu yang sangat ketara kalau kita perhatikan secara tuntas.

Pujian yang diberikan oleh DAP kepada gerakan pelajar dalam #TANGKAPMO1 sebenarnya mengandungi muslihat yang jauh lebih besar. Gerakan tersebut diketuai oleh Sekolah Demokrasi yang diwujudkan oleh DAP dan mengkaderkan pelajar-pelajar Melayu yang tidak cemerlang dalam bidang akademik. Pencarian pengaruh juga di kalangan pelajar-pelajar berbangsa Melayu-Bumiputera walaupun tenaga pengajarnya adalah Cina totok DAP.

Dalam bahasa Cina totok, dalam fikiran Cina totok, dalam amalan Cina totok, dalam tuntutan Cina totok dan segala-galanya Cina totok, mengapa dalam hal ini, boleh pula pelajar-pelajar Melayu dipuji Cina totok?

Apakah kerana mereka Melayu yang menentang kerajaan, sekaligus memberikan keuntungan kepada DAP untuk jangka panjang, maka mereka dipuji walaupun pujian yang sama tidak pernah dihantar kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang yang diiktiraf dunia seperti Siti Aishah Kamaruzzaman, yang merupakan ketujuh terbaik dunia sebagai graduan ACCA (Association of Chartered and Certified Accountant), yang turut mendapat tawaran biasiswa daripada Binder Dijker Otte (BDO) dari Amerika Syarikat (AS).

Binder Dijker Otte merupakan firma perakaunan kelima terbesar di dunia.

Mungkin untuk menyedapkan hati, kita boleh katakan, DAP memilih pelajar-pelajar universiti Melayu dari kalangan yang lemah akademik mereka, yang tidak berminat dengan pelajaran tetapi sangat berminat untuk turut serta dalam politik, yang gilakan glamour dan perhatian serta mendapat pujian daripada golongan anti-establishment manakala golongan pelajar Melayu cemerlang, tidak diganggu dan dikacau agar kecemerlangan mereka diteruskan.

Justeru, timbul pula pertanyaan, mengapa hanya pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera? Mana perginya pelajar-pelajar Cina? Di IPT manakah pelajar-pelajar berbangsa Cina mengaktifkan pergerakan mereka kerana setakat ini, mereka tidak wujud di IPTA mahupun IPTS tempatan termasuklah di Era New College milik DAP di Kajang pun!

Sedangkan pada masa yang sama, DAP mampu menghasilkan barisan pelapis kepimpinan dari kalangan Cina chaunivis yang apabila kita perhatikan pula, pemikiran mereka langsung tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, bahkan mereka lebih cenderung untuk memerangi Perlembagaan seperti Hew Kuan Yau.


Adakah pangkalan latihan mereka di Taiwan serta Macau, mahupun di Singapura dan Australia mengajar mereka untuk menjadikan pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera dari IPTA dan IPTS tempatan sebagai kader mereka demi merealisasikan motif perjuangan yang masih lagi disorokkan dan masih tidak berani dizahirkan secara berterus-terang oleh DAP?

Gerakan pelajar di Malaysia masih tidak dapat membezakan antara ketulenan perjuangan mereka dengan campurtangan politik seperti yang ditunjukkan dalam demontrasi jalanan terbaharu semalam. Membenarkan campurtangan golongan politikus mahupun NGO yang sudah terang bersuluh hala dan kecenderungan mereka, menjadikan perjuangan gerakan pelajar itu tidak ubah seperti boneka yang mengatasnamakan pelajar-pelajar universiti sedangkan pada masa yang sama, ia sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu helah untuk meruntuhkan dan melemahkan struktur masyarakat pada masa hadapan.

Memang benar, tidak semestinya menjadi pelajar universiti yang menikmati segala kemudahan daripada pentadbiran, polisi dan dasar kerajaan, membuatkan mereka bungkam mulut dan lidah. Tetapi amat jauh daripada kebenaran seandainya mereka membenarkan diri mereka sebagai alat pembangkang untuk menentang kerajaan dalam kesemua isu hanya semata-mata kerana mereka berasakan mereka masih muda dan terpengaruh dengan idealisme anti-establishment.

Gerakan pelajar seharusnya menjadi rakan kerajaan yang kritikal, yang mengkritik apa yang mereka rasakan tidak benar dan tidak betul tetapi pada masa yang sama menyokong dan memperkasakan seperti saranan Mustafa Mohamed yang menyeru para pelajar universiti untuk menjadikan IPT di Malaysia menerusi gagasan 'Soaring Upwards' yang berhasrat menjadikan universiti-universiti kita setanding dan setaraf Oxford dan Cambridge dalam tempoh 20 tahun akan datang.


Saturday, August 27, 2016

PENERIMA RASUAH DAN PENYELEWENG KUASA, DIHADAPKAN KE MAHKAMAH... YANG BAGI RASUAH, BILA PULA NAK DITANGKAP DAN DIDAKWA?



Ada semacam ketidakadilan yang sedang berlaku dalam isu membabitkan penangkapan dan pendakwaan oleh SPRM membabitkan jerung-jerung yang sedang mendapat perhatian daripada media-media arus perdana.

Namun, di sebalik pujian yang diberikan kepada SPRM menerusi tindakan mereka selepas ketiadaan Abu Kassim dan Shukri, timbul pula pertanyaan, mengapakah tindakan tangkap, dan dakwa hanya membabitkan penerima rasuah dan penyeleweng kuasa, walhal pihak yang satu lagi iaitu pemberi rasuah tidak pula dikenakan tindakan yang sama.

Adakah pemberi rasuah tidak dianggap sebagai rakan sejenayah si penerima rasuah dan penyeleweng kuasa?

Atau adakah wujud elemen-elemen paksaan dan peras ugut sekaligus menyebabkan mereka dilihat sebagai mangsa?

Atau barangkali ada undang-undang yang melindungi si pemberi rasuah sebagai pujukan agar mereka berterus-terang demi menangkap penjawat awam yang mengamalkan penerimaan rasuah dan penyelewengan kuasa?

Terlalu banyak cerita tentang DBKL dan rasuah kalau hendak diceritakan. Namun blog ini bukanlah tempat yang selayaknya untuk dijadikan medan perbicaraan.

Walau bagaimanapun, tindakan yang diambil oleh SPRM, sememangnya amat dialu-alukan dan perlu dipuji. Namun pada masa yang sama, turut menjadikan Suruhanjaya tersebut sebagai entiti terbaharu sasaran serangan ekoran penangkapan dan pendedahan, pasti akan melibatkan tok dalang-tok dalang yang bersembunyi di belakang tabir politik terutama mereka yang sememangnya ada kepentingan dalam urusan yang memerlukan 'kabel-kabel besar' dalam DBKL.


Thursday, August 25, 2016

TITAH DUA SULTAN... SEORANG KECAM SI TUA YANG TAK ADA JIWA, SEORANG LAGI KECAM 'PERAMPASAN' TANAH UNTUK GOLONGAN MEWAH!!!



Pagi-pagi tadi, netizen memberikan perhatian kepada titah KDYMM Sultan Johor yang murka dengan ulasan Mahathir tentang BANGSA JOHOR. KDYMM Sultan Johor bahkan mengatakan, Mahathir tidak selayaknya bercakap tentang apa yang tidak diketahuinya.

Sudah tentulah natijah daripada titah KDYMM Sultan Johor itu, akan mencetuskan pelbagai reaksi terutama sekali daripada golongan pentaksub Mahathir. Apatah lagi, Mahathir seringkali digambarkan sebagai orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, bahkan sentiasa berjuang untuk rakyat negara ini walaupun hakikatnya, Mahathir hanya bersuara apabila kepentingan anak-anak lelakinya dan kroni-kroninya seperti dalam isu JAMBATAN BENGKOK, terjejas.

Jangan berasa hairan sekiranya akan berlaku gelombang pengejian dan caci nista terhadap KDYMM Sultan Johor menerusi media sosial dan medium-medium lain kerana menyentuh si tokong tua itu. Apatah lagi, Mahathir dikatakan sebagai pemecah-belah orang Melayu dan masyarakat Malaysia dalam usahanya untuk mengekalkan keberadaannya dalam politik Malaysia.


KDYMM Sultan Perak pula menegur dan memperingatkan tentang PENJAJAHAN BENTUK BARU menerusi pembinaan rumah-rumah mewah yang kemudiannya dijual kepada warga asing, bagi membolehkan keuntungan cepat diraih oleh pemaju-pemaju perumahan.

Walaupun terdapat undang-undang yang memerlukan pemaju-pemaju perumahan menzahirkan tanggungjawab sosial mereka, terutama dalam bentuk pembinaan rumah-rumah mampu milik, tetapi selepas 2008, undang-undang tersebut seperti tidak wujud lagi. Pemaju-pemaju perumahan lebih berminat untuk membina rumah-rumah mewah dan kemudian melakukan desakan agar kerajaan melonggarkan undang-undang yang membolehkan warga asing memilikinya.

Seperti yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain, warga tempatan seperti sudah tidak bernilai dan tidak dilihat sebagai memerlukan kediaman. Bahkan warga tempatan dipaksa untuk bertanding dengan warga asing dalam bentuk pemilikan hartanah.

Lebih malang lagi ialah, persatuan pemaju perumahan pula seringkali dilihat mendesak kerajaan untuk membenarkan kenaikan harga rumah dengan pelbagai alasan, termasuklah kononnya berlaku kenaikan barangan pembinaan.

Isu rumah dan tanah sememangnya amat menarik perhatian kerana KETIDAKADILAN, KETIRISAN dan PENYELEWENGAN KUASA memang jelas berlaku walaupun diselindungi oleh alasan pembangunan.

Justeru titah dan ingatan Seri Paduka Sultan Perak, sewajarnya mendapat perhatian segera daripada pihak berkaitan, khususnya SPRM!!!


MAHATHIR DICEMUH KHALED NORDIN AGAR TIDAK BERCAKAP BENDA YANG DIA SENDIRI TIDAK DAPAT JIWAI!!!



Saya ingin merujuk kepada pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johorsemalam.

Saya mempunyai pendirian yang berlainan dan menyanggah dengan tegas kenyataan tersebut. Pendirian saya adalah selari dengan pandangan DYMM Sultan Johor berhubung perkara ini.

Pertama, kebangkitan nasionalisme Johor, dalam apa cara sekalipun, tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan daripada Persekutuan Malaysia.

Johor adalah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia dan akan terus mendukung hubungan eratnya dengan Kerajaan persekutuan.

Namun, hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mesti diterjemahkan selayaknya atas semangat sebuah persekutuan dan bukannya sebagai sebuah negara satuan atau ‘unitary’.

Kedua, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah. Ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum. Malah ia menjadi matan yang menyatukan segala kerencaman bangsa, agama dan keturunan di bawah satu identiti kenegerian yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman dan toleransi.

Ketiga, Bangsa Johor yang bersatu padu, maju,harmoni dan berada dalam keadaan terbaik bukan sahaja akan menjadikan Johor dan masyarakatnya lebih baik. Malah ia akan menjadikan Malaysia dan masyarakatnya juga lebih baik. Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat.

Keempat, nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya. Seawal 1920-an apabila DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim memperkenal dan menggunakan istilah tersebut. Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal dari kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.

Kelima, terimalah kebangkitan nasionalisme Johor dan Bangsa Johor ini sebagai sebahagian dari kepelbagaian dan kerencaman Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai cerita terbaik. Kemajmukan inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan istimewa.

Saya menyeru semua pihak untuk meneladani kebangkitan Johor dan nasionalismenya. Ia harus menjadi pacuan moral untuk kita lebih menghargai kepelbagaian berbangsa dan bernegara secaraprogresif dan sihat.

Kepada Tun Dr Mahathir, saya beranggapan tidak perlulah untuk beliau bercakap dan mengulas tentang perkara yang bukan menjadi bidang kearifannya. Sesuatu yang beliau tidak dapat hargai atau jiwai.

Kami di Johor akan terus berbangga memelihara dan berusaha mempertahankan segala warisan dan konsep yang boleh menjayakan dan menyatukan segenap rakyat negeri ini.

Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
25 Ogos 2016


KES EXCO PEMUDA UMNO PEMBULI JALANRAYA... DIA PERLU MASUK KELAS LAKONAN!!!



Walaupun PRU-14 masih 'lama' bagi sesetengah orang, tetapi tempoh tersebut terlalu singkat jikalau diambil kira pelbagai faktor sampingan. Apatah lagi pada masa kini, cabaran untuk mendapatkan pengaruh dan kepercayaan daripada para pengundi jauh lebih besar berbanding sebelum tahun 1999.

Dengan kebergantungan para pengundi kepada media-media sosial yang lebih pantas, lebih menyeluruh, lebih sensasi dan lebih tidak berpijak ke bumi nyata, mereka dan parti-parti politik yang terlibat memerlukan sistem bekerja yang jauh lebih getir. Manakala sebarang cerita-cerita 'hitam' walaupun hanya membabitkan individu, akan memalitkan parti dengan pengaruh negatif.

Media sosial beberapa hari ini memberikan perhatian khusus kepada kes melibatkan seorang Exco Pemuda UMNO yang dikatakan dan dituduh sebagai PEMBULI JALANRAYA apabila kereta mewah yang dikaitkan dengannya, didakwa menghimpit, menggesel dan membahayakan kereta seorang pengguna jalanraya lain.

Menggunakan media sosial, pengguna jalanraya tersebut telah memuatnaikkan kejadian tersebut dan mendapat reaksi segera daripada Netizen. Exco Pemuda UMNO tersebut bersegera memberikan reaksi, iaitu memberikan kata dua dan mengancam saman fitnah sambil menafikan dia sebagai pemandu kenderaan yang dikaitkan dengan dirinya.


Terbaharu, laporan polis telah dibuat oleh Exco Pemuda UMNO tersebut tentang 'fitnah' ke atas dirinya walaupun majoriti Netizen menyuruh dia membuat laporan polis berdasarkan tuduhan jenayah. Pun begitu, posting pengguna jalanraya yang mengadu kenderaannya telah dihimpit oleh kenderaan mewah yang didakwa milik Exco Pemuda UMNO tersebut, telah menarik kembali entrinya yang mungkin dilakukan kerana banyak sebab, termasuklah kewangan kerana melibatkan kos guaman.

Melihat kepada situasi ini, ia sebenarnya adalah permainan undang-undang sahaja. Siapa pun yang memandu kenderaan mewah yang melakukan perbuatan buli tersebut, yang akan terkena natijahnya adalah si pemiliknya. Melainkan kereta tersebut telah lebih awal dilaporkan dicuri atau pun terbukti memang untuk digunakan secara beramai-ramai.

Isunya amat mudah. Yang dituduh melakukan perbuatan buli jalanraya itu adalah seorang Exco Pemuda UMNO. Kalau orang biasa, ia tidak akan menarik perhatian sesiapa pun. Apatah lagi, jawapan dan reaksi yang diberikan oleh Exco Pemuda UMNO itu pula, dilihat sangat biadap dan bongkak terutama sekali 'ARAHAN' yang diberikan kepada si pengadu. 'Biadap dan bongkak' itu pula wujud kerana dia adalah orang UMNO. Kalau dia bukan orang UMNO, reaksinya masih dianggap sebagai biasa-biasa sahaja.

Namun kesimpulan akhirnya ialah, kesan daripada peristiwa ini adalah kepada UMNO dan Najib Abdul Razak selaku KEPALA UMNO DAN BARISAN NASIONAL.


Amat mudah untuk mengaitkan UMNO dan Najib Abdul Razak dalam isu seperti ini. Ditambah pula dengan tanggapan sedia negatif untuk menyalahkan Najib Abdul Razak, biarpun dalam isu Lim Guan Eng yang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam situasi di mana individu berjenama UMNO dilihat mewakili UMNO, kes ini sebenarnya akan dipandang sebagai BURUKNYA UMNO dan PARA PEMIMPIN UMNO terutama barisan pelapis... ditambah pula dengan kereta mewah dan sikap yang ditunjukkan, sememangnya akan menguatkan lagi tanggapan-tanggapan negatif yang cukup berleluasa dan viral.

Saranan Pemangku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi agar para pemimpin UMNO terutama pemimpin akar umbi berubah sikap dan menyelami serta mendekati masyarakat, nampaknya dalam kes ini dicampakkan begitu sahaja.


UMNO sedang berhadapan dengan masalah besar seandainya kes-kes 'sombong dan bongkak' seperti ini terus dibiarkan berleluasa. Exco Pemuda UMNO itu perlu lebih mendalami ilmu seni 'LAKONAN POLITIK' agar kedudukannya dalam politik dan sumber pendapatan serta kedudukannya yang berkait dengan politik seperti sekarang, tidak terjejas. Para pemimpin UMNO, tidak kiralah pemimpin kecil atau pemimpin besar perlu belajar berlakon untuk kelihatan seperti pemimpin rakyat, bukannya pemimpin yang menggunakan rakyat.

Jadi tidak salah jikalau mereka mencontohi Lim Guan Eng dan gerombolan DAP serta PKR yang lain cakap, lain buat. Mereka sangat berjaya dan walaupun diseret ke mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, mereka dianggap sebagai mangsa politik pihak pemerintah.


NAJIB SEPATUTNYA SERTAI LIM KIT SIANG KALAU NAK CARI JALAN PINTAS SELAMATKAN DIRI DARIPADA TUDUHAN RASUAH DAN PENYELEWENGAN!!!



Selama bertahun-tahun, Kit Siang dan konco-konconya menggunakan isu PKFZ yang dikatakan sebagai skandal rasuah bernilai RM12.5 bilion.

Jumlah sebenarnya hanyalah lebih kurang RM3 bilion. Nilai RM12.5 bilion merupakan nilai anggaran yang diberikan oleh PWS untuk keseluruhan kerugian yang akan berlaku pada tahun 2050 sekiranya tiada sesiapa yang menyewa lot-lot di PKFZ dan pinjaman tidak distrukturkan semula. 

PKFZ merupakan isu besar bagi Pakatan pada PRU tahun 2008 dan juga turut digunakan secara meluas pada PRU tahun 2013.

Serangan ke atas PKFZ dan Kerajaan yang dilakukan oleh DAP dan Kit Siang, samalah seperti yang dilakukan oleh Mahathir dan konco-konconya ke atas 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Menariknya dalam isu 1MDB dan PKFZ, kaitannya adalah Mahathir.

Dua individu utama dalam isu PKFZ adalah Ling Liong Sik yang didakwa dengan tiga tuduhan menipu kerajaan dan Mahathir, orang yang memulakan projek tersebut pada tahun 2002 dan sebagai perdana Menteri serta Menteri Kewangan yang telah meluluskan penilaian tanah, kadar faedah yang dikenakan ke atas tanah dan perjanjian-perjanjian tersebut.

Ling Liong Sik bagaimanapun 'diselamatkan' oleh testimoni mahkamah Mahathir pada tahun 2013 apabila Mahathir mengakui bahawa 'Ling adalah seorang yang jujur yang sudah tentu tidak akan menipu Kabinet.'

Terselamat daripada tindakan mahkamah, Ling Liong Sik membalas budi Mahathir dengan menyertai gerombolan Mahathir dalam Gerakan Selamatkan malaysia membabitkan isu 1MDB. 

Dan yang lebih menarik lagi ialah, Kit Siang dan gerombolannya telah menghentikan serangan ke atas PKFZ serta-merta, sebaliknya menyertai Mahathir dan Ling Liong Sik untuk 'menyelamatkan Malaysia' daripada skandal 1MDB yang dikatakan sebagai menjual dan melelong negara ini kepada pihak asing.

Hilang sudahlah segala azam untuk memasukkan Mahathir dan Ling Liong Sik ke dalam penjara sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Kit Siang dan konco-konconya. Hilang juga kisah nak selamatkan dan dedahkan kegiatan rasuah melibatkan wang rakyat yang dibalun dari Petronas, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya.

Malahan, buku yang ditulis oleh Kit Siang tentang PKFZ yang berjudul, "Mother of All Scandals: The RM12.5 bilion PKFZ Rip-off" juga nampaknya tidak lagi dipopularkan dan dipromosikan untuk jualan. 

Dengan kata-kata lain, semua pendedahan dan keazaman disimpan dan dilupuskan, hanya kerana sekarang ini Mahathir dan Ling Liong Sik bersama-sama dengan DAP untuk mengenakan Najib dan Barisan Nasional.
Buku tersebut masih lagi boleh dibeli menerusi dalam talian. Kalau bernasib baik, anda bolehlah cuba mendapatkan tandatangan atau autograf daripada Ling Liong Sik dan Mahathir memandangkan kedua-duanya adalah konco paling akrab Lim Kit Siang sekarang. 

Harga buku tersebut masih lagi RM12.00 dan masih tidak berubah serta tertakluk di bawah GST.

Penyelesaian mudah untuk menutup skandal atau penyelewengan atau rasuah yang dilakukan atau diamalkan sebelum ini, adalah dengan menyertai Lim Kit Siang dan akrab dengannya. Selepas itu, anda akan menjadi suci sesuci-sucinya walaupun sebelum itu, anda ditanggapi sebagai makhluk paling terlaknat, dan paling keji.

Anwar Ibrahim telah membuktikannya. Mahathir dan Ling Liong Sik juga telah membuktikannya. Apakah Najib juga akan membuktikan teori suci ini juga?


Wednesday, August 24, 2016

DOA ALLAHYARHAM FADHIL NOOR DIKABULKAN ALLAH TAALA... MAHATHIR MULA 'MAIN TAIK SENDIRI'!!!



Orang pertama yang membuat pendedahan tentang kewujudan komplot konspirasi menggulingkan Najib Abdul Razak adalah Muhyiddin Yassin menerusi rakaman suara yang telah disiarkan oleh Netizen. Walaupun dilawak-lawakkan, tetapi dua hari sudah, Mahathir sendiri mengakui, bahkan menamakan konspirator tersebut sebagai bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz, bekas Peguam Negara Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim. Terbaru subuh tadi, portal berita kegemaran Mahathir, Sarawak Report pula turut serta membuat pendedahan dengan menamakan lagi 10 orang yang terlibat dan kesemua mereka berjawatan tinggi dalam kerajaan. Cuma Sarawak Report lebih terkehadapan apabila mendakwa DYMM Yang Di-Pertuan Agong turut terbabit dalam konspirasi tersebut.

Menurut Sarawak Report, pada pertengahan 2015, ketiga-tiga konspirator tersebut telah bersetuju dan sependapat yang Najib Abdul Razak telah menyebat dan menyelewengkan berbilion-bilion ringgit dari dana awam, bukan sahaja untuk membiayai kehidupan mewahnya dan isteri serta keluarganya, tetapi juga untuk mendapatkan pengaruh dan kekuasaan dalam pilihanraya yang semakin mendekat.

Sesuatu yang amat menarik ialah, siasatan membabitkan 1MDB bukannya dilakukan pada pertengahan 2015. Sebaliknya, Najib Abdul Razak dituduh dan dipersalahkan kerana tidak memberikan keterangannya berhubung 1MDB dan hanya pada Disember 2016, Najib diarahkan berbuat begitu. Justeru, bagaimana kertas pertuduhan telah disediakan dan disiapkan sebelum siasatan dilengkapkan?

Apabila siasatan lengkap dan diserahkan kepada PAC yang dianggotai oleh 20 orang panel, PAC mengumumkan penemuan mereka pada 7 April 2016 bahawa tidak benar berlaku kehilangan berbilion ringgit seperti yang dituduh dan isu 1MDB sedang diuruskan dengan baik. Kesimpulan tersebut dipersetujui dan telah ditandatangani oleh enam orang Ahli Parlimen pembangkang di dalam PAC termasuklah Tony Pua sendiri.


Ironinya, SR langsung tidak menyebut tentang laporan jurnalis Nile BowiE (RUJUK SINI) tentang jutaan Dolar Amerika Syarikat yang telah disalurkan kepada pihak pembangkang dan NGO pro-pembangkang setiap tahun untuk membiayai aktiviti yang boleh menggoncang kestabilan kerajaan pemerintah. National Endowment for Democracy (NED) sebagai contoh, dilaporkan telah menyalurkan berjuta-juta Dollar kepada pihak-pihak tertentu seperti SUARAM, BERSIH, Merdeka Center menerusi National Democratic Institute for International Affair (NDI) dan International Republican Institute (IRI).

Menurut Nile Bowie lagi, IRI telah menerima USD802,122 pada tahun 2010 bagi membolehkan 'pemimpin-pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor bagi membolehkan mereka melaksanakan kajian pendapat awam, latihan serta sumber-sumber lain agar menjadikan mereka sebagai perwakilan yang lebih efektif bagi kawasan masing-masing."

Laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, benar-benar menggoncangkan sekaligus merencatkan rancangan yang telah diatur. Mahathir tahu, seluruh perhatian tertumpu kepadanya. Jadi, menggunakan HELAH KLASIKnya, Mahathir membenarkan dakwaan tersebut, dan kemudian menyatakan, terdapat empat orang Tan Sri di mana Tan Sri keempat itulah yang menjadi pengkhianat kepada tiga orang Tan Sri yang disebut oleh Naib Ketua Pemuda UMNO dalam laporan polisnya.

Menurut pengikut totok Mahathir, itu adalah cara Mahathir menyindir dan bersikap sarcastic!

RPK dalam blognya, Malaysia Today awal-awal lagi menyatakan tentang 6 orang Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi berkenaan.

Mahathir sentiasa menafikan dia merupakan dalang utama dalam usaha menggulingkan Najib Abdul Razak bagi meletakkan proksinya. Namun persoalan lebih awal telah dibuat dan nampaknya tidak diendahkan langsung oleh Mahathir untuk menjawabnya - sama seperti dalam kes tuduhan Barry Wain dalam bukunya yang menuduh Mahathir telah menggelapkan USD100 bilion wang rakyat dan Mahathir pula sekadar mampu mengharamkan buku tersebut daripada diedarkan di Malaysia menerusi kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu - tentang bagaimana dia boleh tahu tentang konspirasi tersebut, termasuklah perincian dan orang yang terlibat.


Sekadar HEARSAY yang merupakan alasan klisenya dalam usaha menyelamatkan diri setelah didedahkan oleh Xavier Justo dalam pengakuan bertulisnya tentang rancangan mengenakan Najib dan 1MDB menggunakan dokumen-dokumen yang dibekalkannya?

Sebelum meninggal dunia, Allahyarham Fadhil Noor, Presiden PAS pada waktu itu berdoa agar Allah Taala memanjangkan usia Mahathir agar dia dapat melihat sendiri kerosakan yang telah dilakukannya kepada negara ini terutama penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan oleh Mahathir ke atas musuh-musuh politiknya.

Mahathir sudah tentu tahu apa yang disiarkan oleh SR subuh tadi. Dan demi mengelakkan kerosakan yang lebih besar dan tembelang yang terbuka lebih lebar, Mahathir cuba mengawal kerosakan itu dengan menyebut tentang seorang lagi Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi berkenaan tetapi kemudian telah mengkhianati gerombolan konspirator tersebut.

Sama seperti orang nyanyuk, Mahathir sedang bermain-main dengan tahinya sendiri, bukan sepenuh untuk dirinya tetapi untuk kroni dan demi menyelamatkan anak lelakinya yang tidak cemerlang langsung dalam bidang politik!


 
Blogger Templates