Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ASTRO. Show all posts
Showing posts with label ASTRO. Show all posts

Sunday, July 10, 2016

BERAPA BANYAK DEDAK YANG 'DIDERMAKAN' KRONI MAHATHIR KEPADA SKMM DAN KKMM, SAMPAIKAN TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENIPUAN ASTRO TIDAK MAMPU DIAMBIL?



Kalau kat negara maju, dah lama dah ASTRO tutup atau dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Malangnya ASTRO yang bos besarnya adalah kroni ketat Mahathir, mempunyai 'kekebalan' daripada sebarang undang-undang di negara ini. Jadi, bebaslah ASTRO berbuat apa-apa sahaja, termasuklah melakukan penipuan halus terhadap para pengguna terutama sekali menerusi kenaikan kadar harga.

Dan lebih menarik lagi ialah, langganan ASTRO sudah menjadi satu perkara wajib memandangkan siaran televisyen tanpa menggunakan piring ASTRO, umpama berada di planet Marikh yang cuba berhubung dengan Bumi menggunakan walkie-talkie. Lebih banyak kuman dan bunyi srot-sret berbanding gambar dan suara siaran terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

Walaupun suara-suara sayup mendesak agar ASTRO lebih telus dan menyatakan dengan lengkap harga pakej program, caj penalti dan sebarang perubahan harga yang dikenakan kepada pelanggan, suara-suara tersebut ditepis dengan begitu mudah oleh pihak pengurusan ASTRO. Apatah lagi SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multi Media pula, tidak berani berbuat apa-apa terhadap ASTRO sekaligus memberi isyarat bahawa SKMM dan KKMM sebenarnya berada di bawah atau sangat takut dengan ASTRO.

Pada 29 Jun lalu, seorang pengguna ASTRO memuatnaikkan status di Facebook mendakwa, dia telah dikenakan caj penalti yang tinggi oleh ASTRO sekiranya mahu menukar pakej dan menamatkan langganannya.

Pengguna itu mendakwa ASTRO mengeluarkan notis bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila dia mahu menamatkan langganan, dia telah dikenakan bayaran RM360.

Selain caj atau penalti tersembunyi, ASTRO juga perlu mempertimbangkan pemberian rebat atau pengurangan caj langganan jikalau berlaku gangguan siaran (tiada audio dan visual) akibat cuaca. ASTRO juga seharusnya berlaku adil kepada para pengguna kerana apabila mereka melakukan kerja-kerja menaikkan taraf untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, pelanggan perlu menukar set lama dekoder mereka kepada yang baharu iaitu ASTRO Beyond termasuk piring satelit.

Tahun lalu, SKMM pernah mengeluarkan kompaun terhadap ASTRO kerana melanggar peruntukan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Persoalannya sekarang membiarkan ASTRO bertindak sewenang-wenangnya sedangkan mereka sepatutnya yang menjadi mata telinga rakyat dan kaum pengguna? Rungugtan pengguna mengenai caj atau penalti tersembunyi yang dikenakan oleh ASTRO bukan perkara baharu. Pelanggan akan menerima pelbagai promosi untuk menambat pakej langganan mereka namun apabila mahu mengurangkan pakej program atau menamatkan perkhidmatan, pelanggan pula yang perlu membuat pembayaran yang sepatutnya tidak berlaku.

Berapa banyakkah DEDAK yang telah disediakan oleh ASTRO agar tiada sebarang tindakan dikenakan kepada syarikat kroni Mahathir itu? Berapa ramai pula konco-konco Mahathir berada di dalam SKMM dan KKMM yang bertindak membiarkan ASTRO berbuat apa-apa sahaja agar hati Tun Dr. Mahathir tidak terhentak seperti 1MDB membersihkan IPP daripada penguasaan syarikat-syarikat kroni yang kemudian diberikan alasan, Menteri Kewangan pada waktu itu adalah Anwar Ibrahim walaupun Mahathir adalah Perdana Menteri?

Siapa pun yang waras akan tahu, ASTRO tidak boleh sewenang-wenangnya menetapkan  harga pakej atau meletakkan caj atau penalti tersembunyi sehingga menyebabkan pengguna berasa tertipu.

Kerajaan menerusi SKMM dan KKMM perlu lebih tegas menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ASTRO, bukannya terus MEMEKUP TELUR seperti yang diamalkan sekarang!!!


Sunday, July 3, 2016

PENGGUNA YANG DITINDAS ASTRO, BAGI TIPS UNTUK TUTUP AKAUN ASTRO MILIK KRONI MAHATHIR!!!



KEMPEN SEPAK ASTRO

Cara-cara penutupan akaun Astro::..

Assalamualaikum

PASTIKAN KONTRAK ASTRO korang DAH TAMAT

1. Telefon Customer Service Astro

Kena telefon nombor customer service Astro yang baru 03 9543 3838.

2. Pilih Bahasa

Pilih lah bahasa apa yang korang suka.

3. Pilih Apa Nak Buat

Tekan 3 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan

4. Bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Astro

Kat sini, Sale assistant akan tanya soalan mcm ni :-
Kenapa nak tamatkan ASTRO??

TIPS aku ----Sila sediakan alasan yg paling susah diorang nak umpan korang. mcm aku, aku ckp yg nak pindah rumah mak. rumah mak dah ade astro dan 2 decoder. so diorang takde alasan nak pujuk korang kekalkan astro. hehehehe

Jadi, kalau korang betul2 nak tutup astro ni. hati kena kental. diorang akan promo korang dengan mcm2 harga dan murah dan pada korang berbaloi. again..
HATI KENA KENTAL

Selepas dah submit permohonan untuk report.
tunggu sebulan untuk diorang tamatkan servis decoder/tamat siaran

contoh :

Aku report tutup 12.2.2015

13.3.2015 automatik siaran akan dihentikan

Sebulan dari siaran dihentikan korang mesti memulangkan Decoder, Smart Card dan Remote Control. semuanya mesti yang asal ye walaupon remote asal tu dah rosak sila simpan untuk kebaikan di masa akan datang. Jangan pandai2 buang harta orang. hehehe

Pulangkan ke cawangan Khidmat pelanggan yang terdekat.

Kuali astro ni tak payah pulangkan. buat masak lempeng pon boleh ni.

SABTU : 11.4.2015

Secara rasminya aku telah memulangkan hartaASTRO kat cawangan Damansara Utama dan tamatlah sudah hubungan kami.. Bill terakhir adalah pada 19.4.2015 dan selepas itu tiada lagi dan harap kita takkan berjumpa lagi ye ASTRO.. hehehehe

Masa pulangkan harta astro tu korang akan terima dokumen pengesahan pemulangan barang2 dan pastikan korang SIMPAN lah dokumen tu selama mana yg boleh untuk ELAKKAN kejadian akan datang mcm ade yang kena tiba2 datang bill tertunggak sampai 2 tahun sedangkan brg dah return. SO, DOKUMEN TERKAHIR itu adalah sangat PENTING

So, aku rasa itu serba sedikit yg aku boleh share. in shaa allah cukup detail dah rasa nya penjelasan aku Lepas ni aku share pulak pengalaman dan pertimbangan mcm mana kitorang nak tutup astro. hehe

SILA SHARE KALAU MEMBERI KEBAIKAN KEPADA PENGGUNA YG DITINDAS SELAMA INI.TKSH

SUMBER : Wawa Yusuf


Saturday, May 2, 2015

TANDATANYA PALING BESAR... KENAPA KERAJAAN SENTIASA TUNDUK DENGAN TELCO DAN ASTRO?



Kontroversi baru tercetus lagi ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KKMM yang dilihat tidak bijak dan sembrono semata-mata untuk memberikan jawapan kepada rakyat berhubung  GST dan harga kad pra-bayar yang bercelaru serta flip-flop.

Namun sesuatu yang sangat pasti ialah, keadaan ini bukanlah sesuatu yang ganjil, musykil atau menghairankan.

Tiada seorang pun Menteri KKMM yang mampu menangani keserakahan TELCO. Malah tiada seorang menteri KKMM pun yang mampu menegur atau mengenakan tindakan ke atas ASTRO yang tidak mampu memberikan perkhidmatan setara dengan peningkatan yuran setiap tahun.

TELCO dan ASTRO bagaikan cukup berkuasa untuk berbuat apa-apa sahaja. Sebaliknya Kementerian dan agensi-agensi berkaitan pula kelihatan terpaksa mengikut sahaja apa yang dituntut oleh TELCO dan ASTRO.

Inilah yang dilihat oleh rakyat. Walaupun beberapa kenyataan dikeluarkan membabitkan Ketua Pengarah Kastam, mahupun Timbalan Menteri Kewangan, namun keadaannya langsung tidak berubah. TELCO masih juga berkuasa mengatasi kerajaan dalam menentukan kadar bayaran yang perlu dihulurkan oleh pengguna.


Sehingga kini, TELCO masih tidak mampu mengatasi masalah DROP-CALL yang turut memotong sebahagian kredit walaupun panggilan tidak berjaya. Selain itu, TELCO cuba melakukan taktik kononnya menawarkan SMS percuma sedangkan hakikatnya, sistem SMS tidak lagi popular, malah kurang digunakan berbanding WhatsApp, Telegram mahupun WeChat dan sebagainya menggunakan talian Internet.

Dari semasa ke semasa, isu TELCO dan ASTRO yang sangat ketegar, degil serta 'sangat berkuasa' seringkali diperkatakan oleh rakyat bawahan. Maklumat, Internet dan komunikasi sudah menjadi isu besar dan penting di kalangan rakyat Malaysia. Ia tidak lagi bersifat mewah, bahkan ia merupakan satu keperluan asasi yang bukan sahaja memudahkan banyak kerja, sebaliknya menangani pelbagai isu termasuklah menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat bawahan.

Malang bagi seorang Menteri KKMM yang akhirnya menjadi mangsa belasahan hanya kerana gagal menjawab atau menangani permasalahan yang membabitkan masyarakat pengguna dengan TELCO dan ASTRO. Namun kementerian dan kerajaan juga seharusnya lebih peka bahawa rakyat sekarang bukan rakyat pada zaman di mana sumber maklumat dan media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Rakyat semakin bijak dan rakyat semakin pantas menelusuri maklumat serta mencernakannya dalam bentuk persepsi yang kemudian, perlu pula ditangani oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya, bukannya mendiamkan diri dengan harapan, isu yang timbul akan hilang begitu sahaja.

Isu terbaru membolehkan rakyat melihat sendiri bagaimana Menteri, Kementerian dan agensi berkaitan sedang berhempas pulas untuk memberikan jawapan dan alasan, sedangkan pada masa yang sama, TELCO pula meneruskan operasi mereka dengan keengganan menyerap GST.

Sehingga itu, rakyat Malaysia masih menunggu dengan penuh harapan, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan dan TELCO memenuhi tanggungjawab sosial mereka tanpa memikirkan keuntungan besar!




Saturday, December 20, 2014

ASTRO HARAMKAN PENGANUT BERAGAMA ISLAM BUAT PERMOHONAN?


Astro buat undang undang haramkan agama Islam dalam permohonan. Agama lain tak apa.

Salam BBCD 

saya seorang retailer Astro yang berbangsa Melayu. Saya ada menerima email dari astro syarat-syarat permohonan baru untuk Astro. Mula mula saya biarkan je tak amik port.

Tapi semalam 7 pelanggan Melayu Islam saya kena reject permohonannya. Saya call validation department. Mereka kata sebab saya tak tutup atau sorokkan agama ISLAM dalam ic pemohon tu. 

Saya tanya kalau agama lain macam mana? 


Diorang jawab agama lain tak apa. Hanya agama Islam khas yang tak boleh ada dalam permohonan.

Kalau pemohon agama islam, kita kena tutup atau sorokkan Islam tu baru permohonan diterima. Tak kan nak cari rezeki saya nak kena sorokkan agama Islam. Saya dan rakan yang lain sedih sangat. 

Boleh tak BBCD tolong viralkan?

SUMBER: BBCD dan MY MEDIA HUB
 
Blogger Templates