Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 30, 2015

APA SUDAH JADI, HASAN MALEK? HARGA MINYAK TIDAK AKAN DIUMUMKAN LAGI, TAPI AKAN DIBERITAHU KEPADA PENGUSAHA MINYAK SAHAJA!!!



Tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata ini kerana perubahan harga minyak akan menjadi rutin memandangkan harga minyak dijangka sentiasa berubah setelah kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Dis tahun lalu.

"Setiap hujung bulan jam 12 malam, kita akan beritahu harga baharu kepada pengusaha minyak sama ada harga minyak turun, kekal atau ada peningkatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) anjuran Pemuda UMNO di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan UMNO.

Sebelum ini pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak akan diumumkan di laman web rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Berdasarkan senario setiap hujung bulan iaitu selepas jam 12 malam harga minyak dijangka mengalami perubahan, Hasan bagaimanapun enggan mengulas sama ada harga petrol RON95, RON97 dan diesel mengalami kenaikan, penurunan atau kekal pada kadar semasa selepas tengah malam ini (1 Julai).

"Kita tunggu sahaja jam 12 malam ini, lihat bagaimana," katanya.

Harga runcit semua jenis minyak pada 1 Jun lalu naik 10 sen seliter menjadikan harga baharu semasa RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Sementara itu, Hasan menafikan dakwaan akan terdapatnya peningkatan terhadap harga siling ayam bersempena musim perayaan ini.

Katanya, skim kawalan harga barangan untuk Aidilfitri tahun ini dijangka diumum pada Jumaat ini, dan orang ramai diminta tidak menyebarkan perkara yang tidak benar mengenainya.
-
"Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga dah kata tiada masalah dengan bekalan ayam, kita jangka tiada masalah dengan harga juga, jangan sebar benda yang tidak sahih," kata Hasan.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan dijangka mengumumkan pertambahan jenis barangan yang dikenakan 'sifar' GST pada pembentangan bajet akan datang.

Katanya, kerajaan melalui satu jawatankuasa khas sedang mengumpul maklum balas daripada seluruh golongan rakyat dan akan mempertimbangkan jenis barangan dan perkhidmatan tidak akan dikenakan GST.

"Contohnya kita dapat cadangan supaya tidak kenakan GST terhadap barangan sembahyang serta barangan keperluan rumah yang digunakan semua golongan, kita akan pertimbangkan dan segala penambahbaikan akan diumum pada pembentangan bajet yang dijangka Oktober nanti," katanya.

Ahmad berkata sehingga kini kerajaan telah mengadakan sebanyak 525 sesi penerangan mengenai GST dengan pelbagai pihak dan akan meneruskan usaha berkenaan sehingga rakyat benar-benar faham mengenai pelaksanaan cukai berkenaan. (ASTRO AWANI)


HELAH LAMA YANG DIPERBAHARUI, ANWAR IBRAHIM SAKIT KETUMBUHAN 4 CM DALAM BUAH PINGGANG, DAN MAHU TAHANAN RUMAH, BUKANNYA DI PENJARA SUNGAI BULOH!!!



Ada-ada sahaja helah yang berjaya difikirkan oleh Anwar Ibrahim sepanjang dia berada di Sungai Buloh sebagaimana yang diketahui oleh awam. Dan seperti tahun 2000 dahulu, tahun 2015 juga nampaknya rakyat Malaysia dihidangkan dengan kisah yang boleh membuatkan hati sebal, air mata mengalir tanpa henti dan sedu-sedan mengiringi penjelasan Anwar Ibrahim, yang dia memerlukan layanan lebih baik berbanding terperuk dalam penjara.

Kalau dahulu, helahnya adalah sakit tulang belakang, sakit pinggang, dicucuk virus HIV dan diberi racun arsenik yang kemudian, nyata ia adalah pembohongan dan temberang besar agar nama dan keberadaannya terus relevan, kali ini lain pula sakitnya.

Nampak benar, sengaja enggan menggunakan trick lama agar golongan 1999-2005 tidak mengingati semula semua helah-helahnya. Bagi golongan yang baru nak hidup dan kenal Anwar Ibrahim, mereka pasti akan percaya penuh dengan apa-apa sahaja yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim dan para peguamnya, apatah lagi dengan lakonan serta air mata anak-anak perempuannya, khususnya Nurul Nuha dan Nurul Izzah.

Peguam Anwar Ibrahim, R.Sivarasa menyatakan Anwar Ibrahim perlu dikeluarkan dari penjara dan ditempatkan di rumah sebagai tahanan rumah bagi membolehkan dia mendapat rawatan kesihatan. R.Sivarasa Rasiah dan Jared Genser juga berkata, tahap kesihatan Anwar 'semakin teruk dan amat membimbangkang' kerana telah dinafikan rawatan perubatan yang sesuai.

Sesuai yang dimaksudkan oleh kedua-dua peguam tersebut, besar kemungkinan dengan membenarkan Anwar Ibrahim bebas dan bergerak ke sana ke mari melakukan apa-apa sahaja yang dikehendakinya tanpa perlukan tindakan atau natijah undang-undang.


Menurut Sivarasa dan Genser, Anwar telah kehilangan 6 kilogram berat badannya semenjak penahanannya pada 10 Februari, mengalami tekanan darah yang tidak menentu, KETUMBUHAN 4 CM pada buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik.

Semua alasan yang diberikan oleh kedua-dua peguam tersebut, tidak lebih nilainya daripada sekadar alasan untuk melepaskan Anwar Ibrahim. Walaupun menjalani perbicaraan panjang di mana pendakwaraya telah mengemukakan pelbagai bukti dan saksi dengan pasukan peguambela Anwar pula langsung tidak dapat menampilkan bukti sebaliknya lebih banyak bermain persepsi dan kesalahan teknikal, usaha telah dibuat untuk menampilkan Anwar Ibrahim sebagai TAHANAN POLITIK bukannya BANDUAN JENAYAH LIWAT sebagaimana mahkamah putuskan.

Sepanjang perbicaraannya, Anwar langsung tidak dibicarakan tentang pegangan politiknya, sebaliknya kerana PERBUATAN LIWATNYA!!!

Sementara itu, Perdana Menteri telah mengarahkan agar Anwar Ibrahim diberikan rawatan lanjut... MAKLUMLAH, KETUMBUHAN 4CM pada buah pinggang Anwar Ibrahim, merupakan kes-kes terpencil yang boleh dimasukkan dalam RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT!!!!




KHALID IBRAHIM TERUS MENCELA DAN MEMBELASAH AZMIN ALI EKORAN ISU AIR DI SELANGOR YANG SEMAKIN MENYUSAHKAN!!!



Saya yakin ramai rakyat di Lembah Kelang secara amnya dan Selangor khususnya berasa kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor dan YAB Dato’ Menteri Besar yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan “ancaman” oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), pemegang saham terbesar dalam dua syarikat konsesi air di Selangor yakni Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selepas lima kali permohonan oleh Air Selangor untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat perjanjian tersebut.

PNHB juga mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak Kerajaan Negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.

Tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti memandangkan “imuniti” yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan kegagalan berlarutan Kerajaan Negeri memuktamadkan Perjanjian Utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor.

Walaupun DYMM Sultan Selangor sendiri telah berulang kali mengingatkan jemaah pentadbiran negeri untuk memastikan penyusunan semula industri air dimuktamadkan secepat mungkin tanpa bercanggah dengan semangat dan terma Perjanjian Utama, namun titah Tuanku Sultan seolah-olah tidak diendahkan sama sekali.

Sejak hari pertama mengepalai pentadbiran negeri pada hujung bulan September 2014 hinggalah ke hari ini, YAB Dato’ Menteri Besar bukan sahaja kelihatan sengaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air, malah gagal menggariskan satu pelan tindakan terperinci, lengkap dengan langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikan semua isu berkaitan perkhidmatan air.

Akibatnya, saya difahamkan bahawa para pegawai yang selama ini bertungkus-lumus dalam usaha menyempurnakan penyusunan semula industri air Selangor kini seolah-olah hilang punca tanpa hala tuju dan garis panduan yang jelas daripada Dato’ Menteri Besar.

Sebaliknya, apa yang beliau mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan.

Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Rakyat juga sedang menanti pendedahan Dato’ Menteri Besar nama syarikat dan mereka yang didakwa oleh Ketua Umum PKR pada September 2014 bakal mendapat laba bernilai jutaan ringgi hasil Perjanjian Utama ini. Rakyat berhak diberi maklumat lengkap siapa yang bakal mendapat manfaat melampau yang melibatkan dana awam.

Berulang kali telah saya tegaskan bahawa kejayaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor merupakan prasyarat utama demi menjamin:

> bekalan air terawat mencukupi bagi kegunaan isirumah, komersil dan industri

> perkhidmatan air efisien, bebas gangguan serta pada tarif munasabah dan tidak membebankan rakyat

> berakhirnya perjanjian konsesi berat sebelah yang nyata hanya memberi keuntungan berlipat ganda kepada pemegang konsesi

> pemulangan semua aset dan hal-ehwal berkaitan air kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk kuasa dan kawalan mutlak serta rakyat dalam bentuk saham
Berbanding dengan pentadbiran negeri terdahulu yang beriltizam tinggi dan gigih berusaha menjayakan penyusunan semula industri air dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan air dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Dato’ Menteri Besar sekarang nampaknya terlalu fokus dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang baru sahaja ditubuhkan hasil pengubahsuaian Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Malah, saya dimaklumkan bahawa DEIG sekarang sedang giat mengadakan perbincangan dengan pelbagai syarikat pemaju hartanah swasta untuk menjayakan lima projek perumahan yang keseluruhannya bernilai RM10 billion.

Setelah berulang kali saya menegaskan tiada kompromi dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka bakal mengalami masalah bekalan air kritikal sekiranya Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) gagal disiapkan menjelang 2017, saya yakin Kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya usaha ini menemui jalan buntu.

Sekiranya Dato’ Menteri Besar sendiri sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Negeri Selangor sebelum ini.

Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan Negeri Selangor dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG


POWERNYA MR.KIPIDAP ABDUL RANI KULOP... SEKALI BAGI AMARAN SAHAJA, AZWAN ALI TERUS MELUTUT MINTA MAAF!!!



Setelah pelbagai pihak mengecam, Azwan Ali terus gah dengan bersaksikan puluhan ribu peminatnya.

Namun begitu, setelah Rani Kulup memberi amaran kepadanya, Azwan Ali terus mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Instagramnya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.

Hebat Ayahanda Rani Kulup ni...

Azwan menulis:

BILA AYAH CABAR AZWAN ALI? TAK JADI MASALAH BERSAKSIKAN 82. 5 RIBU LEBIH FOLLOWERS ? TEPAT JAM 450 PTG 30 JUNE 2015 ? SAYA AZWAN ALI MOHON MAAF JIKA ADA PIHAK PIHAK YG TERUS TERSINGGUNG ! AZWAN ALI SEORANG YG HORMAT ORANG TUA SEPERTI AYAH ATAU NAMA PENUH NYA ABDUL RANI KULUP ABDULLAH SELAKU PRESIDEN PERTUBUHAN MARTABATJALINAN MUHIBBAH
MALAYSIA ! TIDAK LANGSUNG BESAR HAMA ADA MASALAH & HARAP SEMUA PIHAK BERSIFAF TERBUKA & MENGHENTIKAN ISU YG TELAH DI PERBESAR BESAR OLEH PIHAK KE 3 YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB ! BAK KATA AYAH "INI BULAN PUASA ! HARI BAIK BULAN BAIK" KEPADA SEMUA MELAYU
KHAS NYA SI BATU API TOLONG #MUHASABAH ! AZWAN ALI TIDAK GENTAR DGN BERDEPAN APA JUGA KEBENARAN ! BACA TERIMA MAAF & STOP ALL NONSENSE ! READ ON

TIGA GURU LELAKI IKAT DAN BELASAH MURID PEREMPUAN ORANG ASLI BERUSIA 10 TAHUN DI KUALA BETIS!!!



Belum reda panas kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun didera dan dizalimi oleh ibu tirinya sehingga patah tulang belakang, muncul pula berita tentang seorang kanak-kanak Orang Asli diikat, dan dibelasah oleh tiga orang guru lelaki kerana dituduh mencuri.

Kejadian dilaporkan berlaku di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis pada 15 Jun lalu. Dan perkara itu tersiar dalam laman Facebook Centre for Orang Asli Concerns's (COAC).

Murid Tahun 4, Siti Nur Azdilia, telah diikat dan dibelasah oleh tiga orang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Saki, Cikgu Arif dan Cikgu Salib pada 15 Jun. Menurut ibu saudara mangsa, 'wajah dan tangannya lebam, manakala pahanya telah ditendang oleh guru-guru itu.'

Ekoran penderaan tersebut, Siti telah dibawa ke hospital kerajaan di mana doktor yang merawatnya telah merakamkan gambar-gambar kecederaan yang ditanggungnya dan berkata, laporan akan disediakan selepas laporan polis dibuat.

Nenek murid perempuan itu, Andak, pada mulanya enggan membuat laporan polis memandangkan mereka tinggal jauh dari perkampungan utama. Bagaimanapun selepas dia membuat laporan polis pada 27 Jun, rakan salah seorang guru-guru itu, Cikgu Ali, melakukan ziarah bersama-sama keluarganya dalam usaha untuk mempengaruhi Andak untuk menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Individu tersebut turut menerangkan yang dia mempunyai hubungan dengan polis dan Anda akan berhadapan dengan masalah bagi mendapatkan keadilan untuk Siti memandangkan dia mendakwa mempunyai bukti-bukti kukuh tentang perbuatan Siti.

Andak juga telah dilawati oleh guru besar dan beberapa orang guru bagi memaksanya untuk menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Nenek tua itu bagaimanapun, agak beruntung kerana mendapat sokongan daripada komunitinya, di mana ramai daripada mereka berasakan 'guru-guru tersebut telah berpakat untuk menganiayai seorang kanak-kanak dan tidak sepatutnya dibenarkan mengajar di sekolah'.

"Walau apa pun alasan yang mereka berikan, mereka tidak boleh menghalalkan perbuatan tersebut. Pihak sekolah juga tidak sepatutnya melindungi guru-guru seperti itu."

Seorang peguam tempatan, Siti Zainah merayu bagi mendapatkan kepastian kes Siti akan dipandang serius oleh pendakwaraya. Selain itu, serangan tersebut turut dilaporkan secara lisan kepada SUHAKAM dan Jabatan Orang Asli (JOAS).


CUBA LENGAH-LENGAHKAN PERBICARAAN, RAFIZI RAMLI DAN PEMILIK MEDIA RAKYAT SAMAN NAJIB ABDUL RAZAK DAN ROSMAH MANSOR!!!



Betul-betul taktik Anwar Ibrahim....

Rafizi Ramli dan Chan Chee Kong yang memiliki portal Media Rakyat, telah menfailkan dakwaan balas ke atas saman Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Dalam dakwaan balas yang telah difailkan pada 29 Mei, Rafizi dan Chan menyatakan, saman yang dibuat oleh Najib dan Rosmah ke atas mereka adalah pencabulan ke atas proses mahkamah dan ia merupakan cubaan kedua-dua plaintif untuk mencengkam dan menyekat proses wacana politik yang sah.

Rafizi dan Chee Kong menuntut kerugian am, kos dan lain-lain gantirugi yang akan diputuskan oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Choo Shi Jin yang mewakili Najib dan Rosmah memberitahu wartawan selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi Noraini Abdul Rahman bahawa defendan telah memaklumkan kepada mahkamah hasrat mereka untuk mengubah kenyataan membela diri dan dakwaan balas.

Mahkamah telah memerintahkan mereka untuk memfailkan penambahan tersebut pada 8 Julai dan plaintif-plaintif pula akan menyerahkan kenyataan belas diri dan dakwaan balas pada 22 Julai.

Choo berkata, mahkamah telah menetapkan 5 Ogos untuk pengurusan kes saman tersebut.

Najib dan Rosmah telah menfailkan saman pada 16 April, mendakwa Rafizi telah membuat kenyataan jahat ke atas mereka di dalam sebuah forum tentang subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November tahun lepas.

Mereka mendakwa, ucapan Rafizi telah dirakamkan oleh 'Media Rakyat' dan dimuatnaik oleh Chan atau pembantunya dalam YoutubeMedia Rakyat dan portal dengan tajuk, 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.

Najib dan Rosmah juga mendakwa, Chan turut berkongsi rakaman tersebut di Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara mudah oleh para pengguna Internet di seluruh dunia.

Plaintif turut mendakwa, rakaman tersebut telah ditonton sebanyak 9,736 kali di Youtube sehingga 15 April sementara 356,569 pengguna mengikuti Rafizi di Facebook dan 162,118 pengguna pula mengikut Chan.

Najib dan Rosmah mendakwa Rafizi sememangnya berniat dan berhasrat agar kenyataannya disiarkan oleh media massa dan dibaca oleh orang ramai.

Najib dan Rosmah juga mendakwa, Chan gagal mengamalkan 'journalisme bertanggungjawab' dengan tidak menyiasat dan mengesahkan kesahihan tuduhan dalam kenyataan Rafizi Ramli sebelum menerbitkan dan menyiarkannya.

Pasangan tersebut menuntut ganti rugi am, kerugian teruk dan teladan yang akan ditentukan oleh mahkamah selain faedah dan kos daripada Rafizi dan Chee Kong.


AZWAN ALI ADIK SI MB SELANGOR, MEROYAN.... BARANGKALI SEBAB TAK DATANG BULAN LAGI KUT?



Kisah adik Azmin Ali yang perasan diva, Azwan Ali memaki hamun pengikut Twitternya sendiri setelah dia sendiri yang meminta pendapat lokasi terbaik menghidangkan steak, dan diberitahu oleh pengikut Twitter tersebut, masih hangat.

Hangatnya kerana manusia spesies sepatutnya pupus dari muka dunia ini, sudahlah sembrono, gagal pula mengakui kelemahan dan kebangangannya. Sebaliknya cuba menegakkan benang basah walaupun telah diberitahu, perkataan 'MENATE' yang menyinggungkannya itu sebenarnya adalah jenama sebuah restoran steak yang terkenal.

Barangkali kemarahannya itu bukan disebabkan BANGANG sangat pun tetapi kerana faktor-faktor lain.


Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, sedang berhadapan dengan situasi yang amat sukar. Selain bermasalah dengan DAP yang merupakan broker kuasa di Selangor, turut berhadapan dengan kemarahan orang ramai ekoran terputusnya bekalan air bersih untuk tempoh yang panjang. Bekalan air bersih terputus lagi, sekaligus mengulangi dilema pada bulan Ramadhan.

Melihat dan meneliti caci makinya, membuatkan kita benar-benar meluat dengannya. Apa yang hebat sangat dengan mamat perasan sotong ni? Apakah kerana dia berasakan dia seorang selebriti, maka dia bebas mengungkapkan apa-apa sahaja kepada orang lain, khususnya yang meminati atau pernah minat?

Buruk benar kelakuan orang sebegini...

Tidak hairanlah mengapa sekelompok manusia yang cukup terkenal dengan kesongsangan, dilupuskan terus oleh Allah Taala apabila perkampungan mereka diterbalikkan dan diliputi air yang kemasinannya amat tinggi, sehinggakan tiada sesiapa pun yang mampu menyelam ke dasar untuk melakukan siasatan ke atas puing-puing perkampungan golongan terlaknat itu.

Cuma amat memalukan perangai seperti itu dipertontonkan, walaupun sisi-sisi peribadi yang menyatakan, lepas mulutnya memang sudah biasa. Apatah lagi daripada tubuh seorang yang memperkenalkan diri sebagai seorang Islam....


Monday, June 29, 2015

FAEKAH HUSSIN MUNCUL LAGI DENGAN SERANGAN SINIS KE DAHI AZMIN ALI!!!



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali didakwa gagal membuktikan keupayaannya mentadbir negeri berkenaan dan perlu memberi laluan kepada pihak yang lebih layak.

Pegawai khas kepada bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, situasi ini menunjukkan Azmin telah mempersia-siakan peluang yang diberikan kepadanya selama ini.

Katanya, kenyataan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Azmin hebat mentadbir Selangor dan negeri itu makmur di bawah pentadbirannya adalah bersifat ghairah serta mengampu kerana ia dibuat tanpa fakta atau pun hujah.

"Apakah butiran fakta dan hujah yang boleh mereka kemukakan untuk membuktikan kononnya Selangor lebih maju dan makmur setelah Azmin menjadi menteri besar hanya selama sembilan bulan? Adakah pada mereka maksud 'kemakmuran' ialah bersenang lenang berbelanja wang rezab yang dikumpul pentadbiran terdahulu?

"Azmin telah mempersiakan peluang yang telah diberikan untuk membuktikan keupayaan beliau selama sembilan bulan. Maka tiada jalan lain yang lebih adil dan berfaedah bagi rakyat Selangor melainkan beliau beri laluan kepada yang lebih layak," katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Faekah berkata, banyak persoalan boleh dibangkitkan apabila Selangor dikatakan makmur di bawah pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu.

Antara yang dibangkitkan termasuklah Selangor yang mencatatkan rekod tertinggi kes denggi, masalah sampah, longkang tersumbat dan projek Lebuhraya Kidex.

"Adakah 'kemakmuran' namanya apabila Selangor kekal menjadi juara negeri tertinggi kes penyakit denggi meskipun habis semua bas sekolah disembur ubat nyamuk?

"Adakah 'kemakmuran' dirasai rakyat apabila kontraktor meraih keuntungan berganda dengan menurap jalan berkali-kali sedang longkang kekal tersumbat dan sampah bertimbunan di bahu jalan dan di taman-taman perumahan?

Beliau turut mempertikaikan mengenai penstrukturan air di Selangor di mana beliau mendakwa Azmin telah meletakkan beban kegagalan memuktamadkan penstrukturan semula industri air ke atas bahu Khalid.

"Adakah dikatakan 'hebat' apabila menteri besar dengan sewenang-wenangnya meletakkan beban kegagalan memuktamadkan penstrukturan semula industri air ke atas bahu mantan menteri besar sedangkan beliau hanya perlu melaksanakan terma dan syarat perjanjian utama yang telah dimeterai hasil rundingan kompleks dan holistik selama lima tahun dalam lebih 60 sesi mesyuarat dan perbincangan di antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan," soalnya lagi.

Katanya, dalam isu ini Khalid telah menyempurnakan aspek paling penting dan rumit dalam proses penstrukturan semula yang melibatkan struktur dan kerangka kewangan setelah menolak perkhidmatan bank pelaburan antarabangsa.

Penolakan itu katanya, sekali gus menjimatkan kerajaan Negeri daripada membayar fi dan caj bernilai sekurang-kurangnya RM20 juta.

Dalam pada itu, beliau turut mengaitkan 'kemakmuran' yang dikecapi bersandarkan kegagalan demi kegagalan Azmin untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih sehingga menyebabkan sekitar 600 penduduk Selangor berarak 'bersenjatakan' gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam.

Beliau turut mendakwa pegawai Azmin dilaporkan sibuk berbincang di atas dan di bawah meja dengan pelbagai pihak untuk menjayakan projek perumahan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10 billion setelah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dtubuhkan.

Mengenai kesudian Khalid untuk kembali menerajui tampuk kerajaan negeri demi memastikan pentadbiran yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab, berintegriti dan bebas rasuah, beliau mengakui tidak terkejut dengan reaksi melatah daripada beberapa pemimpin PKR yang ternyata kurang senang dengan berita itu.

"Seolah-olah siri ulang tayang kepada apa yang berlaku tahun lepas, apabila pemimpin PKR meneruskan "tradisi" mencerca, maki hamun, fitnah dan pembohongan tanpa segan silu atau rasa hormat terhadap bulan Ramadan yang mulia ini," katanya. (SUMBER)

AMACAM BUDAK-BUDAK UKM? NAK UBAH SANGAT, KAN? PAKATAN HEBAT SANGAT, KAN? NAH... PASAL APA MENGARUK SEBAB TAKDER AIR?



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), antara yang terjejas teruk akibat krisis air yang melanda Negeri Selangor.

Hampir kesemua kolej kediaman pelajar mengalami masalah bekalan air terutama Kolej Kediaman Ungku Omar yang paling terjejas.

Pelajar mendakwa, mereka keliru kerana tiga pihak bertanggungjawab gagal memberikan jawapan munasabah untuk menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan air yang sudah berlanjutan sejak Mac lalu.

Speaker Gabungan Mahasiswa UKM, Muhammad Syahmi Rahimi berkata, pentadbiran UKM, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Kerajaan Selangor memberikan jawapan berbeza dan tidak telus terhadap permasalahan itu.

“Pihak UKM mengatakan tekanan air rendah menyebabkan tidak ada air, SYABAS pula mengatakan tidak ada masalah manakala Kerajaan Negeri memberikan respon positif dan sudi untuk membantu,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga pihak terbabit.

Sehubungan itu, Syahmi berkata pihaknya mahukan satu jawapan dan penyelesaian yang terbaik dari ketiga-tiga pihak bagi menyelesaikan masalah air yang melanda UKM. (sumber)


KANAK-KANAK MALANG YANG DIDERA IBU TIRI, TERPAKSA JALANI PEMBEDAHAN USUS YANG BERPINTAL!!!



Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera bapa kandung dan ibu tirinya selesai menjalani pembedahan usus pada Isnin.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, pembedahan itu dilakukan ekoran usus kanak-kanak malang itu berpintal hingga menyebabkan makanan tidak dapat bergerak dengan betul.

“Dia (kanak-kanak itu) telah dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada pukul 10.30 pagi ini (Isnin) dan pembedahan selesai satu jam kemudian.

“Keadaannya stabil dan dalam masa terdekat ini, dia tidak boleh makan apa-apa sehingga saluran usus itu pulih,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini lapor Bernama.

Dr Ghazali berkata pihak hospital sedang memberikan rawatan rapi terhadap kanak-kanak berkenaan dan tiada sesiapa dibenarkan bertemunya termasuk anggota keluarga.

“Kita tidak benarkan anggota keluarga atau sesiapa sahaja kecuali ibu mangsa untuk melawat kerana kita ingin berikan rawatan yang baik dan bila kanak-kanak itu sudah pulih baharu kita benarkan,” katanya.

Bercakap mengenai keadaan tulang kanak-kanak berkenaan yang patah, Dr Ghazali berkata, proses pemulihan dijangka memakan masa tiga hingga enam bulan tetapi bergantung kepada tahap kesihatannya.

“Bagi tulang rusuk yang patah kita tidak buat pembedahan kerana apabila dibuat CT Scan terhadap kanak-kanak itu, didapati tiada organ dalaman yang rosak.

“Kita tidak tahu lagi sama ada dia akan mengalami kecacatan kekal ataupun tidak … kita tidak boleh buat andaian lagi kerana ia hanya boleh dikesan setelah dia berjalan,” ujarnya.

Kanak-kanak itu disyaki didera di Rantau Panjang, Pasir Mas sehingga patah 10 tulang rusuk, tulang belakang, bahu kanan selain tulang pinggulnya berubah kedudukan.

Mangsa turut mengalami radang paru-paru selain kesan trauma pada hati, selain lebam di dada, perut dan belakang.

Kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di HRPZII untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak itu ditahan reman oleh polis selama empat hari sejak malam Ahad untuk siasatan lanjut.

Pasangan berusia 39 dan 25 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Jalan Bayam di sini pada pukul 9 malam oleh anggota Cawangan D9 dan D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. (sumber)


IBU TIRI DAN BAPA KANDUNG KEJAM YANG DERA ANAK SAMPAI PATAH TULANG BELAKANG, AKHIRNYA KENA TANGKAP!!!



Tidak pandai mana pun, walaupun kejam dan berhati iblis!

Polis Kelantan telah berjaya menahan dan memberkas bapa serta ibu tiri kanak-kanak berusia 5 tahun yang telah didera oleh pasangan tersebut sehingga patah tulang belakang.

Ketua Polis Kelantan, Mazlan Lazim berkata hari in, si bapa, 39 dan ibu tirinya, 25, telah ditahan di hadapan sebuah restoran di Kota Bharu.

Pasangan tersebut akan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan," katanya ketika dihubungi.


Pasangan berkenaan didakwa telah mendera seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Rantau Panjang, Pasir Mas. Penderaan tersebut menyebabkan 10 tulang kanak-kanak tersebut patah di rusuk, tulang belakang dan bahu kanan serta tulang pinggang.

Semalam, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Ghazali Hasni Md Hassan telah dilaporkan berkata, kanak-kanak perempuan tersebut turut menderita pneumonia, trauma teruk an lebam-lebam pada bahagian dada, badan dan belakangnya.

Budak perempuan tersebut telah ditemui oleh ibunya yang berusia 28 tahun dalam keadaan yang sangat lemah dengan kesan-kesan lebam serta parut di seluruh badannya. Kepalanya turut tercedera dan kelihatan bongkok kesan daripada tulang belakang yang patah.

Kanak-kanak berkenaan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Warga media sosial turut mendedahkan gambar-gambar wanita kejam itu dan status-statusnya di Facebook tanpa sebarang tapisan.

Terkini, status terbaru wanita itu yang dimuatnaik di akaun facebooknya turut didedahkan. Selain berbaur lucah, status ibu tiri ini juga amat biadap.

Sunday, June 28, 2015

MAJID JAMEK KAMPUNG BARU DITUKAR JADI MASJID HARAM... HELLO MR.KIPIDAP JILAKE!!!... TAK NAK BUAT REPORT POLIS KE?




Barangkali kes ini kurang menarik Encik Rani Kulop... atau dia terlalu letih sebab berpuasa. Tu pasallah dia tak jadi orang pertama yang buat laporan polis membabitkan isu ini.

Rani Kulop yang mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri merupakan orang yang paling banyak membuat laporan polis di Malaysia.

Pengumuman Perdana Menteri bahawa 1MDB mendanai projek penambahbaikan dan pengubahsuaian Masjid Jamek mengundang golongan HATERS mencipta fitnah dan hasutan baru.

Hanya kerana kebencian terhadap kerajaan dan 1MDB, ia tidak bermakna perbuatan seperti ini boleh dihalalkan atau ditertawakan sahaja.


Masjid yang didanai oleh 1MDB berjumlah RM20 juta untuk pengubahsuaian dan penambahbaikan adalah MASJID YANG SUDAH SEDIA ADA.

Wujudnya MASJID JAMEK KAMPUNG BARU sudah terlalu lama. Masjid inilah juga yang didanai oleh 1MDB untuk pengubahsuaian dan penambahbaikan.

Masjid yang ada sekarang, siap dibina pada tahun 1956 dan telah dirasmikan oeh Perdana Menteri pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Justeru, mengapa pula masjid itu digelarkan sebagai MASJID HARAM?

Sekalipun benci sangat dengan 1MDB, si haters ini jelas menunjukkan tahap mentalitinya yang tersangat rendah dan sekadar beremosi untuk mendapatkan perhatian. Kebencian seperti yang ditunjukkan, langsung tidak terkawal lagi. Dah semua benda nak dibenci. Dah semua perkara nak dijadikan tohmahan untuk mempengaruhi orang lain tut sama membenci sepertinya.


INILAH WAJAH JELITA WANITA YANG DERA ANAK TIRINYA BERUSIA 5 TAHUN SAMPAI PATAH TULANG BELAKANG DAN TULANG RUSUK!!!



Wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut. Kepalanya luka terkoyak manakala belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna.

Itu keadaan fizikal Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, setelah dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.

Selain itu, sikap Nur Zuliana Zaara atau nama timangan Yaya juga bertukar menjadi pasif, pendiam dan antisosial, jauh berbeza berbanding perwatakan asalnya yang aktif.



“Ketika melihat keadaan Yaya yang serba daif, hancur luluh hati saya. Bayangkan, saya sendiri sudah tidak cam itu anak saya,” rintih ibu kandung kanak-kanak itu, Sana Abdul Malek ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Sana, 28, mendakwa, ketika mahu bercerai pada 2013, bekas suaminya meletakkan syarat mahu menjaga Nur Zuliana Zaara yang merupakan anak tunggal mereka memetik Utusan.

Sejak itu katanya, dia hanya berpeluang bertemu Nur Zuliana Zaara sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Kemudian, lelaki itu berkahwin lain dan sejak itu, dia tidak lagi dibenarkan bertemu anaknya.
“Apabila menelefon bertanyakan khabar, bekas suami kata Yaya tidak mahu bercakap atau berjumpa dengan saya. Yaya sekarang seronok sebab dapat ibu baru.

“Memandangkan kami masing-masing sudah berkahwin lain dan mempunyai kehidupan baharu, saya tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Lebih-lebih lagi bekas suami memberi jaminan Yaya kini dijaga dengan baik,” kata Sana.

Bagaimanapun kata Sana, Rabu lalu, ibu tiri mangsa yang berusia 20-an menghubunginya dan memberitahu pasangan itu tidak mahu lagi menjaga Nur Zuliana Zaara.


“Mereka mahu menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya kepada saya. Ketika menyerahkan Yaya, bekas suami dan isterinya itu tidak bersemuka dengan saya. Mereka menggunakan jiran sebagai orang tengah.

“Hati saya mula tidak sedap sebaik sahaja melihat Yaya dalam keadaan lemah, berjalan bongkok dan kurus kering. Dia juga enggan bercakap,” katanya.

Sana berkata, semasa tiba di rumah, dia membuka baju dan terkejut melihat badan Yaya penuh dengan kesan lebam, parut dan luka di sana-sini.

“Kepalanya juga terkoyak. Apabila ditanya, dia cuma beritahu ‘Mummy’ cubit. Itu sahaja,” katanya yang segera membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Halilludin Rahim ketika dihubungi berkata, Nur Zuliana Zaara telah dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut dan setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil walaupun masih trauma dan enggan bercakap dengan sesiapa.

“Polis kini sedang giat mengesan ibu tiri dan bapa kandung mangsa yang didapati telah meninggalkan rumah dan melarikan diri,” katanya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana dera.


AMACAM? TAK NAK MERUSUH KE? HARGA ROKOK NAIK NIH!!!



British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) akan menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok, 29 Jun, 2015.

"Semakan harga hari ini mengambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Syarikat telah menyerap GST selepas pelaksanaannya pada 1 April, 2015," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harga baharu rokok: Dunhill (RM13.80), Kent (RM13.80), Benson & Hedges (RM13.80), Peter Stuyvesant (RM12.30), Pall Mall (RM12.30) dan Lucky Strike Plain (RM14.30). - Bernama


SETELAH PUAK JIM-IRC GAGAL TAWAN UMNO DAN PAS... AKHIRNYA MEREKA MAHU TUBUH PARTI BARU!!!



Zaharudin Muhammad

Buku Dr Fuad Salleh mengingatkan saya tentang kertas kerja HIS / IRC menguasai UMNO dan PAS daripada dalam. Yang ni sebahagian m/s kertas kerja grand design menguasai UMNO daripada dalam.Planning kuasai UMNO daripada dalam berlaku selepas Planning kuasai PAS daripada dalam. Lihat ayat ke 4 daripada atas: “Kita berpandangan penglibatan di dalam PAS itu harus dipertingkatkan dengan matlamat menguasai PAS.

Bagi saya ini bukan sejarah sekalipun ia berlaku pada akhir 80an justeru aktivisnya masih aktiv dan cergas pada hari ini. Jika anda kata sejarah sebab berlaku tahun 80an, maka malaysia adalah sejarah, UMNO dan PAS juga adalah sejarah sebab ia ditubuhkan pada tahun 50an.

Kadangkala teringat bahawa dalam kertas kerja Grand Design tersebut menyebut mereka perlu mengeluarkan ahli abim beramai-ramai selepas gagal menguasainya daripada dalam. Nanti saya cari balik muka surat berapa dan kita share modus operandi ini supaya gerakan rahsia ini menjadi tatapan umum.

Setahu saya, penyusun strategi dan kertas ini adalah murabbi kepada murabbi satu kampus universiti terkemuka negara yang melahirkan satu kumpulan di kenali sebagai Group I. Penaja kepada PASMA sewaktu NGO hari tu pun daripada perkaderan ini.

Kalau ikutkan hati, rasa sahaja ingin coretkan sejarah ini berdasarkan dokumen dan pengalaman berhadapan dengan kumpulan ini.

Moral: Puzzle tidak akan memberi makna jika tidak disambung.

Sekian.





PERLUKAN PENJELASAN... KENAPA KECOH PULA CERITA SHAHBUDIN PENGERUSI PERDA HALANG PEMBANGUNAN TAPAK LAPANGAN TERBANG TUDM KEPALA BATAS?



Apakah ini satu lagi gerakan fitnah yang digunakan untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO, khususnya UMNO Pulau Pinang dengan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak yang juga merupakan Presiden UMNO?

Sekarang ini heboh pula cerita Shabudin Yahaya yang sebelum ini mengamuk sakan apabila ditanya kesahihan 'kenyataannya' tentang Perdana Menteri, yang sehari kemudiannya, tindakannya adalah membuat laporan polis dan menafikan kenyataan itu dikeluarkan olehnya. Sebaliknya dia mempertegaskan bahawa seluruh sokongannya adalah kepada Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Cerita yang dikecohkan itu ialah, Shahbudin Yahya dan UMNO Pulau Pinang menentang pembangunan tapak lapangan terbang TUDM Butterworth. (BACA DI SINI) (SINI) dan (SINI)

Projek ini sudah diusahakan JV LTAT lebih dari 7, 8 tahun. Dato Ahmad Zahid dah persetujui dan pelbagai pihak dah beri go ahead.

Sebagai mana projek2 lain, memang ada pelbagai masaalah operasi perlu ditangani tapi jangan pula jadi modal pembangkang untuk tuduh ada pihak-pihak guna masaalah sebagai alasan untuk halang untuk peras pemaju untuk bayar rasuah.

Jelaskan segera agar tak jadi bahan fitnah hingga membiak macam 1MDB. Segerakan projek juga kerana jika mana2 pihak tangguhkan ia bakal menarik fitnah baru juga.

Kekalahan besar luar jangkaan di PRK Permatang Pauh memberi imej buruk terhadap pemimpin UNNO di Pulau Punang.

Ada khabar tersebar pemimpin sengaja tak ambil ribuan pengundi putih untuk keluar mengundi. Ada juga khabar ada pemimpin UMNO sekongkol dengan sindiket judi untuk tentukan keputusan.

Semua itu khabar angin tapi rakyat dah mengharap projek ini. Jangan kecewakan mereka.

Bila persepsi terbina ada pemimpin halang dan guna peluang ambil rasuah, pengundi akan percaya apa saja khabar angin yg didengar dan diingatkan masuk akal. (theunspinners)



Isu ini sepatutnya segera diselesaikan dan tidak boleh dipendamkan atau didiamkan. Alasan 'DEMI MELAYU' yang dilaung-laungkan juga, sebenarnya tidaklah begitu kukuh memandangkan KESUDAHAN daripada 'DEMI MELAYU' itu bukan lagi suatu rahsia.

Dunia media sosial yang lebih pantas dan menjadi sumber berita serta pendapat paling utama di negara ini, seharusnya segera digunakan oleh pihak terbabit untuk membuat penjelasan. Bukannya dibiarkan marak dan kemudian baru tindakan penjelasan dibuat sedangkan ianya sudah pun terlalu lewat. 

Pengerusi PERDA Shabudin Yahya dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman atau Non Panjang, perlu segera keluar dan bersuara memberikan penjelasan berhubung isu ini apatah lagi pembangunan yang dilakukan di tapak lapangan terbang TUDM Butterworth tersebut termasuklah  pembinaan lebih 20 ribu unit rumah kos rendah dan sebuah Universiti Tahfiz.

Tolong jangan biarkan FITNAH terus berpanjangan, kalau benar isu ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah FITNAH SEMATA-MATA.


KHAIRUL SUKAGUAM KATA, DIA TETAP AHLI UMNO WALAUPUN LEPASKAN SEMUA JAWATAN DALAM PARTI!!!



Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menegaskan bahawa dirinya masih ahli Umno selepas melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti berkenaan.

Khairul Anwar berkata, beliau tidak akan sesekali meninggalkan parti Umno kerana sebelum ini parti itu banyak memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menjadi seorang pemimpin.

Katanya, tindakan melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia adalah tindakan peribadinya.

"Saya akan kekal dengan jawatan berkenaan sehingga 10 Julai ini namun akan menghantar surat peletakan semua jawatan itu berkuatkuasa 11 Julai, Isnin ini kepada pucuk pimpinan parti.

"Alhamdulillah, ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang memahami keputusan yang diambil selepas saya fikirkan sedalam-dalamnya ini malah saya juga dihubungi peminpin Umno pelbagai peringkat yang bukan saja banyak memberi perangsang, dorongan malah nasihat berguna," katanya selepas perjumpaan tertutup bersama ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang, di sini, semalan.

Khairul Anwar semalam mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan diambil selepas mendapat restu dari ibu serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

Ditanya sama ada keputusannya untuk meletakkan semua jawatan dalam parti berikutan terdapat desakan dari mana-mana pihak, beliau enggan memberikan sebarang jawapan.

"Saya tidak mahu mengulas perkara lain selain kenyataan yang sudah dibuat sebelum ini malah saya akan meneruskan perjuangan hidup dalam bidang lain selepas ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat kenyataan baharu atau susulan selepas menghantar surat peletakan secara rasmi Isnin.

"Saya masih akan mengikuti perkembangan Umno secara dekat kerana saya dilahirkan dalam parti ini," katanya. (SUMBER)


JOM BUAT PAHALA... JOM BUAT KEBAJIKAN... JOM BANTU MUALAF YANG DHAIF DAN FAKIR INI!!!



Memetik dari FB Suzilawati Osman

Assalaamu'alaykum semua

Dengan rendah diri saya ingin memohon bantuan sahabat2 semua utk sebuah keluarga di Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini, Skudai, Johor.


Bapanya mualaf. Kerja di kedai tayar dengan gaji rm1300. Anak 5 orang. Kos sara hidup yg sgt tinggi di jb ini menyempitkan lagi kehidupan mereka.. Anak sulung sepatutnya darjah satu tetapi tidak bersekolah. Anak yang kecik tangan baru terkena air panas.
Keadaan rumah sangat daif. Peti sejuk sudah tidak blh diguna.

Mohon bantuan segera agar masa depan anak2 ini lebih terjamin.
Blh terus salurkan bantuan kepada mereka melalui akaun berikut dan hubungi mereka di 0197509371 (Puan Shafinah binti Abdul Manan)

No.akaun cimb bank
1218-0004155-20-9

Alamat rmh:
En Johari Bin Nordin
Blok L-04-01, Pangsapuri Jasa, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor.



Nama anak
1.) Elysda Emylia - 8 tahun
2.) Ally Iskandar - 7 tahun
3.) Daniel Irfan - 5 tahun
4.) Daniel Haiqal - 4 tahun
5.) Siti Nur Aisyah Solehah - 1 tahun.

SELAMAT BERAMAL... semoga kebajikan, keprihatinan, kesungguhan dan iltizam perhatian yang kita berikan, akan dapat memberikan sekelumit kebahagiaan dan kelegaan buat keluarga ini...

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”(Qs. Al Hadid: 18)

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Saturday, June 27, 2015

TIPU DAN MENYAMAR SEBAGAI KAUM PRIBUMI SABAH, PENGERUSI DAP SABAH TURUT TERLIBAT SAMA!!!



Demi tamakkan tanah dan mahu membolot kekayaan hasil bumi Sabah, ada pihak yang menipu sijil pribumi mereka. Dan semalam, SPRM telah bertindak dan menangkap beberapa orang daripada mereka turut ditangkap.

Seluas 2,000 hektar tanah yang diperuntukkan untuk Bumiputera di Pantai Timur Sabah dan RM10 juta yang dibeli oleh bukan-Bumiputera dalam Amanah Saham Bumiputera, telah dibekukan oleh SPRM. (RUJUK SINI) TAnah dan saham ASB itu telah dibeli dengan menggunakan sijil pengakuan pribumi palsu atau Sijil Anak Negeri. 14 orang individu telah dikenalpasti.

Berita ini, langsung tidak mendapat perhatian daripada Lim Kit Siang. Tidak disebut langsung oleh DAP mahupun mereka yang banyak bercakap tentang ketelusan, kejujuran dan anti penyelewengan.

Menariknya, salah seorang daripada mereka yang terlibat adalah Pengerusi DAP Sabah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang cukup terkenal dengan penentangannya terhadap pembinaan sebuah masjid. Masjid disifatkannya sebagai punca segala masalah kerana bising pada waktu subuh dan menyesakkan jalanraya pada hari Jumaat. (RUJUK SINI)

Sijik Anak Negeri milik Jimmy Wong telah ditarik balik pada September 2012 pada ketika dia masih lagi seorang ADUN Sri Tanjung. Sebelum itu, kesahihan Sijil Anak Negerinya telah dipersoalkan dalam sidang DUN. (RUJUK SINI)

Akhirnya sebuah lembaga penyiasat yang dilantik telah menarik balik Sijil Anak Negeri Jimmy Wong.

Jimmy Wong mengaku sebagai Sino-Kadazan. Sedangkan jalur keluarganya langsung tidak menunjukkan setitik darah Kadazan pun dalam tubuhnya memandangkan kedua-dua ibu bapanya adalah Cina sepertimana yang terdapat dalam sijil kelahirannya.


Itulah yang DAP kecohkan sangat... pasal kesamarataan, pasal meritokrasi kononnya tetapi hakikatnya keinginan besar mereka untuk menguasai Sabah dan Sarawak adalah tanahnya. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, hatta menipu Sijil Anak Negeri.

Hairannya, DAP juga yang begitu hebat mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum. Bila dah parti berbilang kaum, mereka seharusnya ada jati diri dengan setiap anggota dalam parti itu tidakperlu menyamar sebagai kaum lain semata-mata kerana mahu membolot tanah dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Bumiputera.


ZURAIDAH MAK LAMPIR PESAN KAT KHALID IBRAHIM... BERHENTI BERMIMPI NAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu untuk memalukan dirinya dengan menawarkan diri untuk kembali memegang jawatan Menteri Besar.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyatakan Khalid tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Hal ini kerana, beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti perjanjian air Selangor.
“Rakyat Selangor masih ingat isu Lebuhraya Kinrara-Damansara ( KIDEX) dan kes penyelesaian di luar mahkamah dengan Bank Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Zuraida lagi, adalah lebih baik agar Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasannya terlebih dahulu.

“Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi tentang menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya lagi.

Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan, turut menyatakan sejak Azmin Ali mengambil alih Selangor sebagai Menteri Besar, negeri ini telah berkembang dan makmur dengan ketara berbanding sebelum ini.

“Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan.

“Oleh itu, tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula,” kata beliau lagi. (sumber)


Friday, June 26, 2015

USTAZ KENA KECAM BILA MUATNAIK GAMBAR YANG DIDAKWA POTONGAN RAMBUT RASULULLAH S.A.W!!!


Seorang ustaz dikecam dalam media sosial selepas memuat naik gambar yang mendakwa sebahagian kecil potongan dari rambut Nabi Muhammad S.A.W.

Abu Syafiq memuat naik gambar di laman Facebooknya pada 22 Jun lalu, turut mendakwa dia memiliki dan telah memakai sebahagian kecil potongan dari rambut Rasulullah.

“Gambar ada sebahagian kecil potongan dari rambut Rasulullah yg dipakai hamba..alhamdulillah…sollu ala Rasulillah,” tulisnya di Facebook.

Tindakan Abu Syafiq itu telah dikecam oleh pengguna Facebook antaranya pengguna Muhamad Harris Nasril yang menyindir rambut nabi itu seperti bulu hidungnya.

“mcam bulu idong aku ja. ahhaha,” tulisnya.

Kesahihannya turut dipersoalkan, Syamboytudm Syam turut menyatakan tidak berjumpa sebarang hadis Rasulullah mengenai penyimpanan rambut nabi.

“Xde jumpa Hadis Rasulullah SAW bgtau, bila aku wafat, ambil rambut@janggung@kening utk simpan ke gantung ke… Sekian. Tolong tego kalo aku salah, masih belajar,” katanya.

Bukan itu sahaja, bagi Nasri An-Nasr, dia menyatakan “Nabi S.A.W pesan…Aku Tinggalkan kepda kamu 2 perkara Al-Quran dan Sunnah,” katanya. -(SUMBER)

TAKUT DENGAN SAMAN NAJIB ABDUL RAZAK, MALAYSIAKINI GUNA HELAH ANWAR UNTUK LENGAH-LENGAHKAN PERBICARAAN!!!

Malaysiakini buat kali ketiga memohon supaya Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar kes saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel.

Dalam permohonan itu, Mkini Dotcom Sdn Bhd dan dua lagi iaitu Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar, memohon supaya Kamaludin menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan terdapat unsur bahaya berat sebelah sekiranya hakim itu mendengar kes berkenaan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 24 Jun, mereka berkata, Kamaludin yang sebelum ini berkhidmat di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah berpindah ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 1 Jan lepas. Mereka berkata, kes itu masih di peringkat pengurusan kes dan tarikh perbicaraan belum ditetapkan, oleh itu tiada sebarang alasan atau sebab munasabah menurut amalan biasa bagi hakim yang berkhidmat di Mahkamah Tinggi Seremban untuk mendengar kes saman itu.

Pada 14 Nov tahun lepas, ketiga-tiga defendan menarik balik permohonan mereka untuk melucutkan kelayakan Kamaludin, yang ketika itu pesuruhjaya kehakiman daripada mendengar saman berkenaan selepas memfailkan permohonan itu pada 24 Jun tahun sama.

Pada 22 Jun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan kedua Mkini, Steven dan Fathi yang difailkan pada 12 Jun untuk membatalkan keputusan Hakim Besar Malaya yang melantik Kamaludin untuk mendengar kes saman itu.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Perdana Menteri dan Ab Rauf, ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 17 Ogos untuk mendengar permohonan terbaharu itu.

“Tarikh sama (17 Ogos) juga ditetapkan untuk sebutan permohonan Najib dan Ab Rauf untuk membuang beberapa perenggan dalam pernyataan tuntutan balas dan pembelaan ketiga-tiga defendan,” katanya selepas hadir pada pengurusan kes saman itu di hadapan Kamaludin yang turut dihadiri peguam Ashok Kandiah yang mewakili kesemua defendan.

Pada 30 Mei tahun lepas, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Ab Rauf selaku plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Mkini, Steven dan Fathi selaku defendan. Mereka mendakwa kesemua defendan telah melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” dan “How much will Najib spend to keep Terengganu?” di bawah ruangan Yoursay dalam laman portal www.malaysiakini.com pada 14 Mei tahun lepas.

Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel itu tersirat sindiran untuk menunjukkan bahawa UMNO tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan UMNO sebagai menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini.- BERNAMA

ANWAR DAN AZIZAH CUBA BERSANDIWARA ISU QAZAF BAGI MENDAPATKAN PERHATIAN DAN SIMPATI UNTUK PAKATAN RAKYAT YANG SUDAH BERPECAH!!!


Saya merujuk kepada kenyataan media oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkaitan lapuran hudud qazaf terhadap Tan Sri Shafee Abdullah konon menuduh Anwar Ibrahim berliwat.

Lapuran dibuat dibawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf.

1. Seksyen 36 hanya berkaitan hukuman hudud qazaf terhadap 'orang yg menuduh orang lain melakukan zina'.

2. Sedangkan dakwaan terhadap TS Shafee adalah berkaitan menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, 'zina' tidak termasuk liwat!

3. Atas alasan inj sahaja saya mendesak JAIS supaya menolak lapuran hudud qazaf terhadap TS Shafee.

4. DS Wan Azizah pernah menegaskan termasuk semasa kempen PRK Permatang Pauh bahawa PKR menolak cadangan PAS untuk mengemukakan RUU berkaitan hudud, dan jika dibawa ke Parlimen beliau tidak akan menyokongnya.

5. Jelas ini adalah amalan politik dualam & cakap tak serupa bikin. Dalam menolak RUU Hudud PAS, mereka mahu hukuman hudud qazaf dikenakan terhadap TS Shafee.

6. Ini adalah satu sikap hipokrit politik yang membuktikan PKR bersedia mempermainkan hukum hudud hanya untuk kepentingan peribadi dan politik mereka!

7. Saya berharap rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS dapat melihat sandiwara ini dan menolak politik batil yang dibawa oleh PKR.

8. Malah PAS wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dgn PKR sebagaimana mereka lakukan terhadap DAP demi untuk mempertahankan maruah Islam!

Sekian terima kasih.

Zulkifli Noordin
Jumaat
09 Ramadhan 1436
26 Jun 2015

POLITIK BULAN PUASA-AIR KENCING DAN POLEMIK BUKAN ISLAM, MENJATUHKAN MARUAH SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN... KERJA SARAF SIAPA SEBENARNYA?


Penggunaan gambar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana yang dikaitkan dengan isu di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah menimbulkan kontroversi dan imej buruk kepada pihak sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana, Rosli Abdullah menjelaskan, gambar yang dikeluarkan portal berita terbabit seolah-olah menyamakan isu itu berlaku di sekolah ini.

Menurutnya, insiden yang berlaku ketika perhimpunan rasmi sekolah terbabit yang meminta murid bukan Islam tidak minum di dalam kelas ketika Ramadan dikaitkan dengan SK Seri Pristana.

“Sebelum ini saya dikejutkan dengan pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsaap yang diterima daripada seorang kawan yang jelas terpampang isu berunsur perkauman yang menggunakan gambar sekolah.

“Penggunaan gambar sekolah seolah-olah menunjukkan kejadian itu berlaku di SK Seri Pristana sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan penduduk di kawasan sekitar.

“Saya cukup kesal apabila portal berita itu sewenang-wenangnya guna gambar sekolah kami untuk laporan berita sedemikian,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama.

Rosli menegaskan, kejadian terbabit tidak berlaku di SK Seri Pristana dan mahu pihak portal berita terbabit mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka.

“Saya juga ingatkan supaya gambar SK Seri Pristana tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk laporan sedemikian kerana menimbulkan persepsi buruk terutamanya kepada ibu bapa,” katanya.

Sebelum ini, ucapan disampaikan dalam perhimpunan rasmi di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan ibu bapa bukan Islam.

Adun yang dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah itu merujuk kepada ucapan pada 21 Jun lalu iaitu 'murid-murid yang bukan Islam diingatkan supaya tidak minum di dalam kelas. Tetapi minum di dalam tandas sekolah. Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip ataupun kencing sendiri'.

Ucapan terbabit disifatkan tidak beradab dan kurang sopan sehingga menimbulkan sentimen perkauman dalam kalangan pelajar dan masyarakat bukan Islam. (SUMBER)


WAN AZIZAH BUAT LAPORAN QAZAF KE ATAS SHAFEE ABDULLAH BAGI PIHAK ANWAR IBRAHIM!!!



Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan terbuka fitnah liwat terhadap Anwar.

Ia dibuat isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat.

Dalam laporan yang dibuat, beliau menggesa kenyataan terbuka Shafee disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.


“Pihak kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) memerlukan maklumat lebih lanjut,” katanya kepada pemberita di Lobi Pejabat JAIS.

Azizah menjelaskan, pada 17 Februari lalu, Shafee dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya telah memfitnah secara terbuka bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana empat orang saksi seperti mana yang diwajibkan undang-undang.


“Laporan ini dibuat demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang telah dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi Anwar.

“Kami ingin menegaskan bahawa jumhur Ulama’ termasuk dari Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah Qazaf,” katanya lagi.

Sementara itu, Peguam Anwar, Fadhlina Sidek berkata laporan dibuat melalui keluarga atau wakil Anwar mengikut arahan JAIS memandangkan Anwar tidak boleh keluar penjara untuk tujuan itu. (SUMBER)


 
Blogger Templates