Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label tol. Show all posts
Showing posts with label tol. Show all posts

Saturday, February 23, 2019

UMUM CADANGAN HAPUS 'TOL' GANTI 'CAJ KESESAKAN' BUKTI KERAJAAN TERDESAK DAN RAKUS HENDAK MEROMPAK WANG RAKYAT!!!



Kalau tak menipu, mereka merompak!

Kalau mereka nak merompak, mereka akan mulakan mukaddimah dengan menuduh dan melabelkan orang lain sebagai perompak dan pencuri. Mereka cuba tanamkan persepsi di dalam otak rakyat bahawa mangsa mereka itulah sebenarnya perompak dan pencuri, walaupun sebenarnya yang sedang merompak adalah mereka sendiri.

Ini adalah modus operandi yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekarang.

Hari ini keluar satu pekeliling membabitkan tol lebuhraya.

Kesemua lebuhraya tersebut adalah pada zaman Mahathir selaku Perdana Menteri. Kesemua lebuhraya berkenaan diberikan konsesi tol dengan perjanjian berat sebelah pada zaman Mahathir. Dan pada zaman Najib, kepentingan dalam konsesi tersebut telah dibeli oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuklah KWSP, Tabung Haji dan Tabung Angkatan Tentera.

Dengan kata lain, lebuhraya-lebuhraya bertol tersebut yang asalnya dimiliki oleh syarikat swasta atau entiti yang rapat dengan Perdana Menteri waktu itu, di bawah pentadbiran Najib telah diambilalih oleh Kerajaan menerusi GLC. Sekaligus merupakan pelaburan kepada GLC-GLC berkenaan yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah MENIPU RAKYAT dan CUBA MENGABURI HAKIKAT SEBENAR.

Tol-tol di lebuhraya yang dinyatakan TIDAK AKAN DIBATALKAN. Bahkan wujud caj-caj sesak bagi tempoh 6 jam yang sudah pasti digunakan untuk menanggung tempoh tol percuma dari jam 11 malam sehingga 5 pagi.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, mereka yang bekerja pada sebelah siang akan terpaksa mengeluarkan kos dan perbelanjaan lebih banyak untuk tol kerana caj sesak berkenaan.

Untuk melunakkan rakyat atau lebih tepat lagi menipu rakyat, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan sekarang sedang berunding dengan GAMUDA. Walhal Gamuda adalah entiti berkaitan kerajaan.


GAMUDA dimiliki oleh rakyat menerusi KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya.

Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan dan Kementerian Kewangan yang dikuasai oleh DAP sekarang adalah membangkrapkan semua pelaburan yang membabitkan kepentingan rakyat bagi membolehkan dikuasai oleh syarikat-syarikat kroni seperti yang dilakukan terhadap Tabung Haji menerusi RM19.9 bilion wang pelaburan pendeposit Tabung Haji kepada syarikat SPV yang berada di bawah kuasa Menteri Kewangan.

M.O yang sama dilakukan seperti dalam kes Tabung Haji. Kerajaan Pakatan akan memaksa GAMUDA yang merupakan wang pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol berkenaan. Dan apabila dibeli, kejatuhan harga saham GAMUDA akan membolehkan syarikat-syarikat kroni menguasainya.

Hanya sekadar sedap telinga mendengar, TOL HENDAK DIHAPUSKAN... tapi hakikatnya penghapusan tol tersebut tidak berlaku, bahkan rakyat rugi besar. Mereka yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera dan Tabung Haji khususnya akan berhadapan dengan pengecilan dan penurunan dividen kerana pelaburan 'rugi'.

Kita tak payah lagi bercerita tentang apa yang tertulis dalam PARA 6 sehingga PARA 8 yang jelas-jelas membuktikan kepada kita kecenderungan dan niat Kerajaan Pakatan untuk menekan rakyat menerusi kadar tol yang baharu!

Alang-alang nak hapuskan tol, hapus betul-betul macam yang dibuat oleh Najib sebelum ini!




Wednesday, June 15, 2016

KADAR TOL BARU MASIH DIBINCANGKAN, TAPI PEMBANGKAI DAH PUBLISITIKAN KADAR TOL LEBUHRAYA DAH NAIK!!!



Kenaikan harga tol melibatkan beberapa konsesi lebuhraya termasuklah PLUS sedang hebat diperkatakan di media-media sosial.

Walaupun berita tentang kenaikan kadar tol, masih bersifat khabar-khabar angin dan manipulasi demi politik semata-mata, namun sudah banyak pihak yang mula melatah dan tidak kurang juga yang sudah mengarang maki hamun sumpah seranah dan caci maki paling menjijikkan ke batang tubuh Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan sebelum ini bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan bagi mengelakkan rakyat menangguh susah, telah diputarbelitkan dan dibuat agar kenyataan tersebut bersifat membodoh-bodohkan rakyat.

Namun, kenaikan kadar tol berlaku kerana konsesi dan perjanjian berat sebelah yang statusnya masih berada di bawah OSA, dipengaruhi besar oleh faktor bayaran pampasan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi terbabit serta kadar yang boleh dinaikkan berdasarkan perjanjian berkenaan yang tidak memberikan kelebihan kepada kerajaan untuk memansuhkan atau membatalkannya.

Setiap tahun, berdasarkan perjanjian berkenaan, kerajaan perlu membayar pampasan yang bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat konsesi. Pembayaran pampasan tersebut sudah tentu menggunapakai wang cukai yang dikutip oleh kerajaan dari pelbagai sumber, termasuklah rakyat.

Pembayaran pampasan bukan sahaja untuk konsesi-konsesi lebuhraya yang bermula dari zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir, tetapi juga melibatkan pelbagai sektor lain, termasuklah bekalan elektrik dan air bersih.

Kesemua perjanjian konsesi itu memberikan kelebihan kepada syarikat-syarikat yang dianugerahkan konsesi, malah menjadikan mereka sebagai pengugut sekiranya kadar lebih tinggi yang dituntut mereka, tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Yang terbaru ialah, kadar tambang ERL yang telah dinaikkan dengan kebenaran kerajaan, tetapi pada masa yang sama, Kerajaan juga diugut menerusi perjanjian untuk membayar pampasan berjumlah RM2.9 bilion kepada syarikat yang dimiliki oleh salah seorang kroni terdekat bekas Perdana Menteri keempat itu sekiranya enggan menaikkan kadar tambang ERL.

Antara langkah yang diambil oleh Najib sebelum ini bagi mengekang kenaikan tol adalah dengan membeli kepentingan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menerusi Khazanah dan KWSP.

PLUS mungkin kerajaan boleh kawal atau halang kenaikan kadarnya, tetapi lebuhraya-lebuhraya yang lain, mungkin akan berhadapan dengan masalah terutama sekali melibatkan pampasan berbilion-bilion ringgit.

Legasi inilah yang akan memalitkan sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia kesan daripada amalan yang salah dan tiada pertimbangan terhadap rakyat oleh pentadbiran sebelum ini.

Suka atau tidak, sebarang kenaikan kadar tol lebuhraya, atau perlanjutan tempoh konsesi, adalah disebabkan oleh perjanjian-perjanjian berat sebelah yang mana, awal-awal lagi telah dibuat agar pihak kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan mematuhi perjanjian tersebut atau berhadapan dengan risiko saman yang lebih tinggi yang mungkin mencecah ratusan bilion ringgit daripada syarikat-syarikat tersebut.

Tidak nampak gaya untuk kerajaan berjaya mengekang kenaikan kadar tol, melainkan kerajaan membeli semua kepentingan syarikat-syarikat lebuhraya terbabit, sekaligus menggunakan puluhan kalau tidak pun ratusan bilion ringgit yang boleh digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur negara untuk tujuan tersebut.

Dan kalaulah itu yang berlaku, kadar cukai pula pasti terpaksa dinaikkan, terutama sekali yang membabitkan cukai persendirian dan korporat!


Thursday, December 17, 2015

KECEWA LAGI... KENAPALAH KERAJAAN TAK BENARKAN PLUS NAIKKAN KADAR TOL!!!



Belum pun beberapa lama, ramai yang telah mempromosikan SECARA PASTI TENTANG kenaikan kadar tol PLUS dan segera mencaci serta memaki hamun kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak. Penjelasan bahawa PLUS yang kini berada di bawah Khazanah dan KWSP mempunyai hak untuk mengkaji kadar tol mereka pada kadar 5% mengikut perjanjian konsesi, segera diputarbelitkan dan digambarkan bahawa kadar tol baru menjelang 1 Februari 2016 telah dinaikkan 5%.

Sama ada mereka terlalu bodoh atau terlalu khaudu' dan taksub dengan fitnah!

Penjelasan bahawa walaupun Khazanah dan KWSP ada hak untuk menaikkan kadar tol PLUS, tetapi memandangkan kedua-duanya adalah entiti kerajaan, maka kerajaan akan mengekang kenaikan tersebut berbanding PLUS sewaktu berada di tangan konsensi kroni, dimaki hamun dan diseranah-seranahkan, bahkan dianggap sebagai SAMPAH yang menjilat Najib!

Susah nak terima kenyataan ini...

The Star melaporkan Kementerian Kerja Raya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk meluluskan peningkatan kadar tol untuk 8 lebuhraya sepertimana yang diharapkan oleh para penentang kerajaan sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan berhubung isu peningkatan kadar tol, Menterinya berkata, buat masa ini tiada sebarang perbincangan atau keputusan telah dibuat di peringkat kementerian. Kenyataan itu juga menambah, pihak konsesi kelapan-lapan lebuhraya tersebut memang mempunyai hak untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, sekiranya peningkatan tersebut tidak dipersetujui, Kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM593 juta kepada pihak konsesi.

"Pihak kementerian faham dengan keperitan kewangan yang dihadapi oleh awam dan akan berusaha untuk mencari penyelesaian menerusi perbincangan dengan pemegang konsesi. Dalam perbincangan itu, isu tentang mengurangkan beban kewangan kepada pengguna tol, tanggungjawab kepada pemegang-pemegang konsesi membabitkan pemegang-pemegang bon dan pemberi jamin, kepentingan dan tanggungjawab kerajaan akan ditekankan," katanya.

Kenyataan itu juga berkata, perbincangan-perbincangan tersebut akan dibuat dalam usaha mendapatkan 'win-win situation' antara Kerajaan dan pemegang konsesi.


Tuesday, December 1, 2015

TOL LEBUHRAYA PLUS NAIK 5% TAHUN DEPAN? KALAU BACA TAJUK, MUNGKIN LER KUT!!!



Sekali lagi, majoriti rakyat Malaysia membuktikan bahawa mereka hanya bijak membaca TAJUK ARTIKEL tanpa mahu membaca isi kandungan sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Manipulasi tajuk telah digunakan untuk membangkitkan kemarahan dan untuk membuktikan yang Kerajaan Najib Abdul Razak bercakap tidak serupa bikin. Namun penjelasan dan justifikasi kepada setiap kemelut yang ditimbulkan menerusi persepsi jahat tersebut, langsung tidak mendapat perhatian dan kefahaman kerana kebanyakan yang melompat hanya spesies pembaca tajuk berita, dan tidak membaca keseluruhan berita.

Itulah yang berlaku dalam isu terbaru KENAIKAN TOL PLUS.

Pemberitahuan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rasyid Syirlin bahawa PLUS berhak menaikkan kadar tol sebanyak 5%, telah menyebabkan gegak gempita di seluruh Malaysia. Dan seperti biasa, bila pemberitahuan tersebut kedengaran, kesimpulan mudah yang dapat kita kutip ialah, bermula 1 Januari 2016, tol di semua lebuhraya PLUS akan naik 5%.

Kejam sungguh kerajaan di bawah Najib Abdul Razak, kata mereka!

Hakikatnya, di dalam jawapan kepada Parlimen semalam, Timbalan Menteri itu hanya menyatakan kandungan perjanjiannya, BUKANNYA KEPUTUSAN KERAJAAN MENAIKKAN KADAR TOL PLUS SEBANYAK 5%!

Tiada sesiapa pun yang peduli dengan hakikat tersebut kerana mereka hanya mahu percaya bahawa tol PLUS akan naik 5% bermula 1 Januari 2016.

Malah mereka sukar untuk menghadamkan hakikat bahawa, besar kemungkinan kerajaan akan meneruskan pujukan agar kadar tol PLUS tidak dinaikkan, apatah lagi kini ia di bawah konsesi entiti kerajaan sendiri berbanding sebelumnya. Dari tahun 2011, kerajaan di bawah Najib berjaya mengekang kenaikan walaupun di dalam perjanjian menunjukkan bahawa pemegang konsesi PLUS boleh menaikkannya.

Untuk maklumat, PLUS... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Wednesday, October 14, 2015

LAWAK KING!!! DAP TUNJUK HERO, AZMIN BANTAH KENAIKAN TOL, TETAPI YANG KENYANG MEREKA JUGA!!!



DAP dan PKR Selangor sudah mula main drama... sudah mula menuding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional ekoran kadar tol lebuhraya dalam bandar dinaikkan oleh syarikat-syarikat konsesi.

Di Puchong, Gobind Singh Deo mengetuai angkatan demonstrasi DAP untuk menyalahkan Najib. Di beberapa tempat yang lain, PAS yang tolol juga turut mengambil bahagian menyalahkan Najib dan UMNO. (DI SINI)

Azmin lagi best...

Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu dan tanpa sekelumit pun mengakui bahawa kenaikan tol adalah disebabkan oleh tuntutan syarikat-syarikat konsesi yang sebenarnya anak-anak syarikat dan ANAK-ANAK SYARIKAT KEPADA ANAK-ANAK SYARIKAT Kerajaan Negeri Selangor, cuba berlagak menjadi hero dengan mengumumkan KETIDAKSETUJUANNYA tentang kenaikan bayaran tol lebuhraya.

Lebih menarik lagi ialah apabila para macainya segera menyembunyikan fakta tersebut dan menyalahkan pentadbiran Najib dan UMNO sepenuhnya sekalipun kalau tidak dituntut dan didesak oleh syarikat-syarikat konsesi milik Kerajaan Negeri Selangor, kenaikan kadar tol tidak akan berlaku. (DI SINI)

Salah seorang pemimpin PKR yang tersenarai dalam Ahli Lembaga Pengarah syarikat konsesi lebuhraya SPRINT adalah Sivarasa Risaiah sampai ke saat ini, langsung tidak bersuara.

DAP dan PKR sudah mula tunjuk hero walaupun sebenarnya merekalah yang memperolehi laba besar daripada kenaikan berkenaan.


Anehnya, ramai pula yang menyatakan, kenaikan tersebut adalah SALAH NAJIB DAN UMNO, padahal yang kenyang adalah DAP DAN PKR!!!

Azmin Ali dalam masa yang sama, cuba menonjolkan diri sebagai hero dengan memanggil wakil-wakil syarikat konsesi tersebut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mendapatkan penjelasan kononnya, rasionalisasi kenaikan berkenaan melibatkan syarikat-syarikat mereka. (DI SINI)

Belum ada apa-apa tindakan untuk menurunkan atau mengekalkan kadar tol, tetapi para penyokong dan macai sudah menyambutnya seperti satu KEJAYAAN BESAR DALAM PEPERANGAN menentang musuh.

CAKAP SAJA BERBUIH-BUIH... yang pasti, tidak akan ada sebarang tindakan sebaliknya yang dibuat adalah menyalahkan Najib dan UMNO!!!

ANEH ATAU TIDAK, DAP DAN PKR SEKADAR MENYALAHKAN NAJIB DAN UMNO tetapi LANGSUNG TIDAK BERANI MENYALAHKAN SYARIKAT-SYARIKAT KONSESI yang setiap tahun menuntut kenaikan kadar tol?

Dalam isu ini juga, perkara yang sama sedang berlaku.

Nampak sangat DAP dan PKR sedang cuba mempertahankan syarikat-syarikat tersebut tetapi berselindung kononnya mereka menentang kenaikan tol demi rakyat!!!


PENYAKIT NYANYOK DAN LUPA TUN MAHATHIR SEMAKIN TERUK KE ATAU TUKANG PENASIHAT TERSALAH JAMPI UBAT?



Melayu mudah lupa, kata Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu....

Tapi nampaknya, Tun Dr. Mahathir yang mahu Melayu jadi mudah pelupa. Tun Mahathir seperti sengaja menjahanamkan dirinya untuk generasi muda menyalahkannya dan melupakan jasa-jasa besarnya dalam membina negara ini, menerusi tindak tanduknya sendiri yang menyebabkan lebih banyak kegagalannya sepanjang 22 tahun pentadbirannya, dikorek dan diselak. Malah lebih teruk lagi, menyebabkan semakin ramai yang menyalahkannya kerana menjadikan Malaysia sebagai LUBUK KAPITALIS yang membuat duit pada setiap masa menerusi kontrak dan perjanjian berat sebelah yang akhirnya memaksa pula kerajaan mengenakan dan menaikkan cukai kepada rakyat.

Ura-ura kenaikan kadar tol melibatkan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya bertol di Lembah Kelang atau Selangor khususnya termasuklah syarikat konsensi Selangor yang memperolehi konsesi ke atas Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, telah diperkatakan seawal-awalnya bulan Jun lalu.

Bagaimanapun, isu kenaikan tol pada waktu itu, dikelabukan dengan isu penyingkiran atau penggubahan Kabinet Malaysia. Justeru, ia tidaklah begitu dibisingkan selain daripada beberapa nama dalam Kabinet yang akan digugurkan dan ditukar.

Jun 12, Tun Mahathir dalam satu sindiran tajam, kerajaan Najib besar kemungkinan akan menaikkan kadar tol pada Ogos kerana berkemungkinan GST tidak mencukupi untuk membayar segala hutang piutang yang sudah tentu dimaksudkannya adalah 1MDB. (RUJUK SINI)

16 lebuhraya dilaporkan akan menaikkan kadar tol mereka. Bagaimanapun, ramai yang melihat kenaikan tersebut sebagai masalah kerajaan semasa, bukannya masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu yang telah meletakkan nilai perlindungan besar sehinggakan perjanjian tersebut hanya memihak kepada syarikat-syarikat konsesi bukannya kepada rakyat.

Kesemua lebuhraya bertol tersebut mempunyai tempoh konsesi dan persetujuan tentang kenaikan kadar tol semasa mereka diberikan lesen besar untuk menghirup darah rakyat Malaysia. Mana-mana kerajaan yang mewarisi kerajaan yang lepas, sama ada ianya melibatkan UMNO atau pun pembangkang sekarang ini, terpaksa akur dengan kontrak dan perjanjian yang telah ditandatangani. Kerajaan hari ini mewarisi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Itu adalah kepastian kecuali pembinaan lebuhraya-lebuhraya atau laluan bertol baru seperti Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan lebuhraya yang melupuskan kawasan tadahan hujan di Selangor, yang sedang dalam pembinaan sekarang, yang terhasil daripada kerajaan negeri masakini.

Di bawah Pentadbiran Najib Abdul Razak, lebuhraya yang dibina adalah Pan Borneo yang pembinaannya adalah melibatkan 1MDB dan BEBAS TOL!

Dan di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak jugalah, kadar tol PLUS serta beberapa lebuhraya berkaitan PLUS, masih mengekalkan kadar tol lamanya walaupun dari semasa ke semasa, penyelanggaraan dan pembaikian dilakukan secara berkala.

Pentadbiran Najib tidak mempunyai sebarang pilihan tetapi terpaksa menuruti tuntutan menaikkan kadar tol KERANA PERJANJIAN dan kontrak yang telah dimeterai sebelum pentadbiranya atau kerajaan Najib perlu membayar sejumlah besar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut menggunakan wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk memajukan kawasan luar bandar, berbanding kawasan bandar yang sudah tentu tidak akan memenangkan UMNO dan BN.

Sebenarnya, hakikat ini perlu dihadamkan. Tidak ada sebarang kenaikan tol (selain Johor Causeway) yang telah dinaikkan ketika pentadbiran Najib dan kali terakhir kenaikan kadar tol adalah pada tahun 2007.

Sebaliknya, Kerajaan Najib telah memberikan subsidi bagi menghalang kenaikan kadar tol oleh operator-operator swasta.

Pada 2011, Kerajaan Najib telah mengambil langkah drastik dengan menjadikan operator lebuhraya tol terbesar negar, PLUS menjadi hak Kementerian Kewangan (51%) dan KWSP (49%).

Pada 2012, kesemua kadar tol lebuhraya PLUS telah dirunding semula dan hasilnya, tiada sebarang kenaikan tol. Inilah puncanya mengapa lebuhraya-lebuhraya milik PLUS tidak berada dalam senarai 16 lebuhraya yang kadar tolnya dinaikkan.

Sindiran Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih daripada salah satu iltizamnya untuk melihat Najib dan pentadbirannya terus dihentam dan dijatuhkan, walaupun pada masa yang sama, ramai yang tahu bahawa kesemua konsesi dan kontrak serta keistimewaan menjana pendapatan lumayan daripada perniagaan lebuhraya berlaku pada zaman pentadbirannya sepanjang 22 tahun.

Tidak salah jikalau rakyat turut menyumbang dan berkorban untuk negara, tetapi apabila pihak yang memperolehi laba terus-menerus melakukan desakan agar kekayaan dan kemewahan mereka terus menggunung, manakala rakyat pula semakin ikat perut, ia adalah satu kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Bagaimana pihak yang mengaturkan agar rakyat terus membayar kekayaan dan kemewahan syarikat-syarikat konsesi tersebut, boleh pula menyalahkan pihak lain yang kononnya memaksa rakyat, sedangkan KEISTIMEWAAN itu telah diberikan ketika perjanjian dan kontrak ditandatangani, manakala pewarisnya pula terpaksa akur dengan segala perjanjian dan kontrak pada zamannya.

Usaha-usaha untuk mengambilalih konsensi, biasanya akan mengakibatkan kempen menjatuhkan pemimpin sedia ada sepertimana yang berlaku dalam isu IPP tenaga sehinggakan wujud pula konspirasi antarabangsa sepertimana yang terkandung dalam transkrip perbualan WhatsApp melibatkan Claire Rewcastle-Brown, Xavier Justo, Ong Kay Tat dan beberapa orang yang lain, di mana nama Tun Mahathir dan beberapa orang lain termasuklah Nurul Izzah dan Tony Pua juga disebutkan.

Tidak adil untuk Tun Mahathir dan para pengikutnya memperolok-olokkan Najib sedangkan kesemua konsesi tol tersebut dimiliki oleh syarikat-syarikat konsesi swasta yang dianugerahkan semasa dia masih menjadi Perdana Menteri, sedangkan Najib pula cuba mengurangkan penderitaan rakyat menerusi pembayaran tol berlebihan hasil legasi kepimpinan Tun Dr. Mahathir dengan cuba mempertahankan kenaikan kadar tol saban tahun sebagaimana yang dituntut oleh syarikat-syarikat tersebut, termasuklah membeli kembali lebuhraya sepertimana yang dilakukan ke atas PLUS.

Kredit harus diberikan tetapi sindiran Tun itu adalah sesuatu yang melampau.

Sebarang kenaikan kadar tol, tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyalahkan pentadbiran Najib memandangkan masalah ini telah dicipta bertahun-tahun sebelum dia naik jadi Perdana Menteri Malaysia.

JASA-JASA TUN MAHATHIR kepada negara ini sangat besar. Justeru, golongan yang cuba mempergunakan Mahathir untuk kepentingan perut mereka, seharusnya mengasihani orang tua itu dengan mengelakkannya daripada terus dipersalahkan dan legasinya terus dilaknati. Jangan fikir, apa yang dilakukannya sepanjang 22 tahun dahulu, menjadi SILHOUETTE yang mudah dilupakan.

Sekarang bukan lagi zaman dahulu. Dasar Langit Terbuka yang Tun sendiri perkenalkan dan majukan jugalah yang mendedahkan segala kesilapan pentadbirannya yang terpaksa ditanggung oleh keseluruhan rakyat Malaysia, baik yang menyokong UMNO-BN mahupun yang tegar menyokong DAP-Pakatan.


SYARIKAT-SYARIKAT KONSENSI LEBUHRAYA PERTAHANKAN KENAIKAN TOL DENGAN ALASAN DASAR PENSWASTAAN LEBUHRAYA BERTOL AWAL 80-AN!!!



Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menafikan dakwaan bahawa penyelarasan kadar tol baharu yang diumumkan akan memberi keuntungan besar kepada pemegang konsesi.

Sebaliknya, penyelarasan kadar tol itu bagi membolehkan anggota PSKLM terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.

PSKLM menerusi kenyataan pada Rabu berkata, adalah tidak benar untuk membuat tuduhan seperti itu yang seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa konsesi cuba mengaut keuntungan dikala berlaku kenaikan terhadap perkara-perkara tertentu yang menekan pengguna ketika ini.

“PSKLM memahami dan memberi perhatian serius kepada semua reaksi yang diberikan.

“Di bawah Dasar Penswastaan Lebuh Raya Bertol pada awal 1980an, usaha membangunkan lebuh raya adalah sesuatu yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan penglibatan terus pihak swasta.

“Di bawah dasar ini, syarikat konsesi akan menanggung segala perbelanjaan untuk membina sesebuah sesuatu lebuh raya dan sebagai balasannya, dibenarkan untuk mengutip tol untuk satu tempoh konsesi yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, ramai mendakwa kenaikan harga barang akan berlaku akibat dari penyelarasan kadar tol.

Bagaimanapun, kenaikan harga barang dicatatkan setiap tahun walaupun tanpa penyelarasan kadar tol.

“Kenaikan harga barang adalah ekoran daripada pelbagai faktor, antaranya kenaikan harga minyak global dan sikap mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan yang berlebihan dari penyelarasan kadar tol ini.

“Sehubungan itu, kami ingin menyeru agar pihak berkuasa turut sama memantau akan kenaikan harga barang yang menggunakan penyelarasan kadar tol sebagai alasan,” katanya.

Sementara itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan tindakan itu sebagai gila.

“Mereka mungkin gila!” kata Datuk Nadzim Johan berhubung kenaikan kadar tol yang diumumkan syarikat-syarikat konsesi pada Isnin.

Nadzim yang terkejut dengan pengumuman itu berkata ia adalah masa yang salah untuk kerajaan membuat keputusan tersebut kerana rakyat Malaysia masih terasa bahang dari peristiwa ekonomi lalu mahupun terkini di samping kenaikan harga barangan keperluan.

“Bagaimana kerajaan boleh meluluskan ini? Mereka tidak boleh memikirkan dengan menaikkan harga tol sekarang. Ia adalah masa yang salah dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta penyusutan nilai ringgit. Malah, harga petrol juga naik.

“Ia tidak masuk akal untuk sesiapa sahaja mengambil kesempatan daripada pengguna sekarang,” katanya.

Nadzim berkata pengguna telah lama menderita selama bertahun-tahun dengan membayar tol dan keputusan ini hanya akan memburukkan nama kerajaan sekali gus mengakibatkan kehilangan sokongan pengguna.

Tambahan pula, Nadzim berkata dengan tol yang dikonsesikan, syarikat-syarikat konsesi perlu meminta tempoh lanjutan jika situasinya adalah tidak cukup duit.

“Jika mereka diberi konsesi selama 20 tahun dan situasinya mungkin mereka tidak boleh membayar gaji (pekerja), mintalah tempoh lanjutan. Itu tidak mengapa.

“Saya tidak nampak sebarang sebab untuk membebankan pengguna. Biarlah mereka selesaikan,” katanya.

Seorang pengguna media sosial Facebook, Ashley Greig dilihat mengkritik kerajaan dan menyalahkan pihak berkuasa untuk kenaikan harga tol, dengan secara sinis berkata:

(Ambillah lagi wang kami. Kami semua dapat banyak kan? Kos hidup kami sangat murah kan? Kami sangat sayangkan negara kerana itu kami sanggup berlapar supaya menteri kita boleh hidup dengan baik kan? Naikkahlah. Naikkanlah.)

Sementara itu, Renu Thiaga seolah-olah turut kecewa dengan berita itu, yang menyatakan bahawa kehidupan akan menjadi lebih sukar apabila kenaikan harga ini dilaksanakan: “Semuanya naik, saya tidak tahu bagaimana nak hidup.”

Tinjauan di Twitter pula mendapati, rata-rata melahirkan rasa marah dengan kenaikan kadar tol yang baru itu.

@ramduater mempersoalkan rasional di sebalik kenaikan harga dengan secara terus melontarkan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak:

“apa rasional kadar tol, lrt dinaikan dan knpa (kenapa) kadar tol, lrt mesti dinaikkan @NajibRazak??”

“Memang gila, bayar tol RM3 hanya untuk terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Anda tahu, daripada sesak 45 minit, mari nikmati kesesakan 30 minit dalam terowong,” kata @jimiecheng merujuk kepada kenaikan kadar tol terowong Smart. (BELIABANGKIT)


Tuesday, October 13, 2015

APASAL SIVARASA RASIAH SENYAPKAN ISU KENAIKAN TOL? OOOO... RUPA-RUPANYA DIA SALAH SEORANG LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT KONSESI TOL TERSEBUT!!!



Ini baru namanya hebat!!!

Sendiri punya tembolok buncit macam perut kecacingan, tetapi orang lain yang dimaki dihamun!

Salah sebuah syarikat konsesi lebuhraya bertol, SPRINT yang akan menaikkan kadar tol  pada 15 Oktober nanti, rupa-rupanya mempunyai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dari puak-puak yang kerap mendabik dada mereka menentang kewujudan tol di lebuhraya (RUJUK SINI)

Sivarasa Rasiah merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah bukan eksekutif dan tidak bebas dalam syarikat-syarikat berkenaan.


Siapa Sivarasa Rasiah?

Dia adalah Ahli Parlimen Subang!

Parti apakah yang dia menjadi ahli?

PKR!

Patut senyap sunyi puak-puak PKR kecuali geng-geng yang tak tahu dan buta perut!!!!


ADAKAH AZMIN ALI AKAN ARAHKAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG PEGANG KONSENSI TOL, BATALKAN HASRAT KENAIKAN TOL?



Tujuh lebuhraya yang bakal menaikkan kadar tol mereka pada kadar yang tidak munasabah, berada di bumi Selangor. Sebahagian besar syarikat-syarikat pemegang konsensi tersebut merupakan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor!

Semalam, pasaran saham mencatatkan reaksi bercampur-campur bagi saham-saham pemegang konsesi lebuhraya di Bursa Malaysia.

Saham Ekovest Berhad, kontraktor siap guna utama bagi lebuhraya DUKE naik 5.5 sen kepad 98.5 sen, Saham Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK), Silk Holdings Bhd, pula naik enam sen menjadi 54 sen.

Manakala saham IJM Corp Bhd, yang mengendali dan menyelenggara Lebuh Raya Pantai (NPE) dan Lebuhraya BESRAYA, mencatatkan prestasi agak berbeza apabila turun dua sen menjadi RM3.34.

Saham Bina Puri Holdings, pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) tidak berubah dan ditutup pada 46 sen petang semalam.


Pengumuman kenaikan kadar tol di tujuh lebuhraya berkenaan, telah dibuat oleh syarikat-syarikat konsesi tersebut semalam. Beberapa bulan sebelum ini, persatuan pemilik konsesi lebuhraya telah mendesak kerajaan agar bersetuju dan akur dengan kehendak mereka untuk menaikkan kadar tol bermula Ogos lepas. Bagaimanapun, kerajaan berjaya menangguhkan tuntutan tersebut dan semalam, syarikat-syarikat itu mendahului kerajaan membuat pengumuman kenaikan kadar tol sebelum lewat petang, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya menghalalkan kenaikan berkenaan.

Menariknya, dalam isu ini, TOKEY BESAR yang berada di belakang syarikat-syarikat konsesi tersebut, iaitu Kerajaan Negeri Selangor, langsung tidak bersuara walaupun merekalah yang paling lantang melaung-laungkan sekiranya, mereka terpilih untuk memegang kuasa, mereka akan MENGHAPUSKAN TOL-TOL LEBUHRAYA.

Ironinya, pemilikan mereka tidak menjadikan lebuhraya bebas tol, bahkan kadarnya dinaikkan dan Kerajaan Pusat pula dipersalahkan.


PERJANJIAN-PERJANJIAN GELAP melibatkan pembinaan lebuhraya bertol, dilihat sekarang ini sebagai ugutan dan tekanan kepada Kerajaan Pusat untuk sentiasa menjadi PIHAK YANG KALAH. Dalam apa cara sekalipun, malah boleh dikatakan hampir setiap tahun, syarikat-syarikat pemegang konsesi akan mendesak agar Kerajaan Pusat mematuhi isi kandungan PERJANJIAN GELAP tersebut yang memastikan keuntungan besar kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi menerusi kenaikan kadar tol.

Ia samalah seperti PPA IPP yang mana TNB perlu dan wajib membayar syarikat-syarikat tersebut sama ada tenaga yang dikeluarkan, diguna atau tidak dengan syarikat-syarikat tersebut kemudiannya menjadi LINTAH DARAT yang mengugut dan menekan Kerajaan yang telah menganugerahkan berpuluh-puluh bilion ringgit kepada mereka selama lebih dua dekad.


Nampak gayanya syarikat-syarikat konsesi lebuhraya juga sedang menjadi syarikat-syarikat IPP yang naik ekor pada zaman pentadbiran Mahathir ketika Kementerian Kewangan dikuasai oleh Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim.

Ironinya, di mana suara Kerajaan Pakatan di Selangor yang sedang berkira-kira untuk merosakkan hutan simpan bagi pembinaan lebuhraya bertol yang baru sedangkan merekalah TOKEY SEBENAR?


Monday, October 12, 2015

KERAJAAN NAJIB PERLU BUKA KERAHSIAAN PPA KONSESI TOL DAN BENTANGKAN KEPADA AWAM!!!



Tindakan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya menaikkan kadar tol, telah dijangka lebih awal sebelum ini ekoran cubaan mensabotaj ekonomi telah dijalankan semenjak beberapa bulan sebelum perlaksanaan GST lagi. Beberapa syarikat konsensi sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menaikkan kadar tol secara bersendirian dengan alasan untuk menampung kos penyelenggaran dan pengurusan yang kian meningkat setiap masa. (RUJUK DI SINI)

Isu konsensi lebuhraya telah muncul seawal tahun 1984 lagi. Pelbagai pihak terutama sekali pembangkang mendesak kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsensi lebuhraya dibuat. Ini adalah kerana, terdapat banyak kepelikan dan keajaiban yang terkandung di dalam perjanjian tersebut terutama sekali hak syarikat-syarikat konsensi tersebut menaikkan kadar tol sedangkan secara logiknya, keuntungan mereka juga akan meningkat setiap masa ekoran pertambahan kenderaan dari semasa ke semasa selain kemampuan pemilikan kenderaan dan jalan-jalan tidak bertol yang dijanjikan sebagai jalan alernatif dikurangkan dari tahun ke tahun.

'PERJANJIAN GELAP' antara syarikat-syarikat konsensi lebuhraya samalah kesnya dengan PPA dengan pemegang-pemegang IPP di mana akhirnya, rakyat yang terpaksa menanggung dan menyediakan keuntungan besar buat mereka. Kadar dan tarif elektrik dinaikkan kerana kerajaan WAJIB membayar kelima-lima syarikat IPP berkenaan walaupun sebahagian daripada mereka, menggunakan tanah dan fasiliti milik TNB.

Sehingga kini semua PERJANJIAN GELAP tersebut diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Tidak banyak yang diketahui apakah isi kandungan perjanjian tersebut tetapi yang pastinya, setiap kali ura-ura kenaikan kadar tol, kerajaan akan mengumumkan dan mengisytiharkan tentang subsidi serta bayaran pampasan yang perlu diberikan kepada pemegang-pemegang konsensi tersebut, sedangkan pada masa yang sama, syarikat-syarikat tersebut sentias amengumumkan keuntungan besar daripada perniagaan mewah menyedut darah rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan masyarakat.

Perjanjian konsensi tol jelas menguntungkan syarikat-syarikat berkenaan. Kerajaan pada masa itu tidak menetapkan sebarang jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip, menyebabkan akhirnya rakyat yang terpaksa membayar pada kadar tol yang dilihat tidak munasabah.

Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM400 juta kepada syarikat-syarikat konsensi tersebut kerana tidak menaikkan kadar baru. Bagaimanapun RM400 juta itu adalah WANG RAKYAT yang kemudian dikutip kembali daripada rakyat menerusi cukai baru yang menimbulkan kemarahan iaitu GST.

Salah satu lebuhraya utama yang berjaya 'dirampas' semula oleh kerajaan adalah PLUS. Dan berbanding lebuhraya-lebuhraya lain, PLUS dan lebuhraya-lebuhraya yang berkaitan dengannya masih mengekalkan kadar tol.

Selain daripada mengambilalih semula lebuhraya-lebuhraya berkenaan, kerajaan juga seharusnya menilai kembali keuntungan besar yang telah diperolehi oleh syarikat-syarikat konsensi berkenaan memandangkan berdasarkan PERJANJIAN GELAP sepertimana yang kerap dibuktikan, syarikat-syarikat konsensi berkenaan menuntut kenaikan dengan alasan 'perjanjian'.

Sudah terlalu lama mereka melanun dan menjarah rakyat menerusi dasar perlindungan yang diberikan oleh kepimpinan politik sebelum ini. Jadi, sudah sampai masanya, kesemuanya perlu dikembalikan kepada rakyat, bukannya dengan mengenakan bayaran yang lebih kepada rakyat, atau rakyat perlu menanggung keuntungan besar untuk syarikat-syarikat konsensi tersebut.

Yang pasti, rakyat yang terpaksa membayar keuntungan besar syarikat-syarikat konsensi itulah juga yang diminta untuk mengundi kerajaan bukannya pemilik-pemilik syarikat konsensi berkenaan!!!


TOL LEBUHRAYA DINAIKKAN... APA TINDAKAN KERAJAAN KEPADA PEMEGANG KONSESI LEBUHRAYA YANG BUAT PENGUMUMAN?



Berita kenaikan tol beberapa lebuhraya utama di Kuala Lumpur, ibarat gegaran bom nuklear. Media-media sosial bergegar dengan kemarahan membuak-buak. Dan sudah tentulah, kemarahan tersebut dihalakan kepada Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak.

Di sebalik isu kadar prepaid atau pra-bayar yang masih belum selesai-selesai sehingga kini dan kegagalan Kementerian dan Kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang ke atas syarikat-syarikat pembekal talian (TELCO), kini syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuhraya bertol pula mengambil sikap seperti yang ditunjukkan oleh TELCO.

Syarikat-syarikat konsesi Lebuhraya SILK, DUKE, MEX, Kuala Lumpur-Karak (KLK), LATAR dan Terowong SMART hari ini sepakat mengumumkan kenaikan kadar tol di konsesi masing-masing.

SILK telah menaikkan kadar tol untuk kereta dari RM1.80 manakala kenderaan dua ganda dan lima atau enam tayar (kecuali bas) perlu membayar tol sebanyak RM3.60.

DUKE telah menaikkan kadar tol menjadi RM2.50 bagi pondok tol Ayer Panas, Sentul Pasar dan Kampung Batu.

MEX pula menaikkan kadar tol menjadi RM2 di tol plaza Salak Selatan dan RM3.50 di tol plaza Putrajaya.

KLK pula menaikan kadar menjadi RM6 di tol Gombak dan RM3.50 di tol Bentong.

Kadar baru di LATAR pula adalah RM2.50 di Ijok, Kuang Timur, Kuang Barat, Templer dan RM1.30 di Kundang Timur.

SMART pula telah menaikkan kadar tol mereka menjadi RM3.00.


Timbul persoalan sekarang ialah, bagaimanakan pihak pemegang konsesi boleh memutuskan dan menaikkan kadar tol sesuka hati dengan kadar tidak munasabah berbanding jarak lebuhraya masing-masing?

Adakah para pemegang konsesi tersebut telah mendapat kebenaran atau mereka memandai-mandai? Atau mereka juga sebenarnya sedang berusaha untuk mencabar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA melalui cara mensabotaj ekonomi negara dan mencetuskan kemarahan awam kepada kerajaan?

Adakah tindakan ini sebenarnya selari dengan cubaan pusingan kedua untuk menggulingkan kerajaan membabitkan golongan pencen kerajaan yang sudah semakin panas buntut apabila kroni-kroni mereka kehilangan banyak 'angsa bertelur emas' mereka di bawah Najib?

Sudah sampai masanya untuk kerajaan bertindak dan bertegas terhadap pemegang-pemegang konsensi lebuhraya yang menjanakan keuntungan cara mudah semenjak 22 tahun lampau. Rakyat pasti akan menyokong seandainya Kerajaan mengambilalih lebuhraya-lebuhraya berkenaan dan syarikat-syarikat konsensi berkenaan tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang konsensi lain pada masa akan datang sampai kiamat!




Thursday, July 16, 2015

LEBUHRAYA PLUS AKAN NAIKKAN KADAR TOL? YANG BEROTAK SEKERAT, WAJIB BACA!!!



Agak menghairankan, mengapa sebahagian besar manusia yang mempunyai otak sekerat tetap berpendirian bahawa kadar tol akan dinaikkan pada Hari Raya ini, terutama di Lebuhraya PLUS. PLUS bukanlah satu-satunya lebuhraya yang ada di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Yang banyak sangat masalah dan songeh adalah tol-tol selain PLUS!

Sebenarnya di bawah pentadbiran Najib, PLUS telah diambilalih daripada sektor swasta pada tahun 2011 dan sekarang 51% kepentingannya dikuasai oleh Khazanah manakala 49% lagi dimiliki oleh KWSP.

Tiada peningkatan kadar tol di Lebuhraya PLUS semenjak 2005 iaitu 10 tahun lalu. Manakala kenaikan yang dijadualkan pada tahun 2009 dan 2012 pula telah dibatalkan. (RUJUK SINI)

Semenjak diambilalih, konsesi tol telah dirundingkan bagi memastikan tiada sebarang lagi peningkatan pada kadar tol untuk masa hadapan.

Selain daripada Johor Causeway yang kadarnya dinaikkan sebagai bantahan kepada peningkatan kadar VEP yang dikenakan oleh Singapura, tiada sebarang bukti yang menunjukkan adanya kenaikan kadar tol pada zaman Najib sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan.

Bahkan, beberapa tol telah dimansuhkan atau diturunkan kadarnya seperti KESAS dari RM2.20 kepada RM2.00 dan 2 tol RM0.90 dan RM1.00 di Lebuhraya Cheras-Kajang.

Manakala untuk harga petrol pula, ketika Najib mengambilalih jawatan sebagai Menteri Kewangan, harga RON92 adalah RM2.40. Kini harga untuk RON95 adalah RM2.15, masih lebih rendah berbanding sebelum Najib mengambilalih jawatan Menteri Kewangan. Malahan RM2.15 bermakna RM0.05 lebih tinggi berbanding RM2.10 tahun lepas dan RM0.15 lebih rendah berbanding RM2.30 pada Oktober tahun lepas.

Malahan salah satu daripada perkara pertama yang dilakukan selepas dia menjadi Menteri Kewangan adalah menggantikan RON92 dengan minyak berkualiti lebih tinggi iaitu ROM95 dan menurunkan harganya kepada RM1.80.

Sebenci mana pun kepada Najib Abdul Razak, kebaikan yang dilakukannya perlu diperakui.

Konsep pembayaran konsensi tol kepada pihak swasta bagi mengelakkan kenaikan tol di pingir bandar, sebenarnya - walaupun tidak semua - berlaku pada zaman Tun Mahathir.

Seharusnya konsep pengguna bayar dan wang pampasan tersebut lebih baik digunakan di tempat lain, terutama sekali infrastruktur di kawasan-kawasan luar bandar, digunapakai. Bukannya terus mengkayakan syarikat-syarikat pembina lebuhraya yang akan memberikan pelbagai alasan untuk meningkatkan kadar tol termasuklah kononnya kerana pinjaman bank dan kadar tukaran wang.

Mengapa perlu pembayar-pembayar cukai di Sabah dan Sarawak serta kawasan luar bandar membayar pampasan tersebut semata-mata untuk mengurangkan bayaran tol golongan berpendapatan sederhana yang tinggal di kota?

Sepatutnya kadar tol untuk pemandu di bandar dipertingkatkan lagi bagi menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam di tengah-tengah bandar. Apatah lagi dengan pentadbiran Najib yang memperkasakan perkhidmatan awam menerusi lebih banyak perkhidmatan tren, bas, mahupun Sunway-Subang BTS.

Malahan apabila MRT1 dilancarkan dan LRT1 dan LRT2 disiapkan menjelang tahun hadapan, ia akan menjadi peluang terbaik untuk meningkatkan kadar cukai masuk bandar sekaligus kerajaan tidak perlu lagi membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol era Mahathir!!!

Thursday, July 9, 2015

PERSATUAN SYARIKAT-SYARIKAT KONSESI LEBUHRAYA MALAYSIA BAGI ALASAN KENAPA PERLU KERAJAAN NAIKKAN KADAR TOL!!!



Kenaikan kadar tol berjadual memberi fleksibiliti kepada pemegang konsesi untuk menyerap kos kewangan, peningkatan penyelenggaraan serta caj perkhidmatan, demikian menurut Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM).

Dalam satu kenyataan hari ini, PSKLM berkata pertimbangan untuk menaikkan kadar tol tidak bergantung kepada perjanjian antara kerajaan dan operator semata-mata tetapi turut mengambil kira perjanjian antara operator dan pembiaya.

PSKLM berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam mengenai kemungkinan kenaikan kadar tol.

"Sekalipun persatuan menghargai pandangan dalam artikel berkenaan, kami mahu menjelaskan salah tanggapan ketara dalam hujah menentang kenaikan tol di dalam laporan itu," katanya yang menambah antara yang dibayangkan dalam laporan tersebut ialah pengendali tol adalah lombong emas.

Mengambil contoh kajian Lembaga Lebuhraya Malaysia, PSKLM berkata kira-kira 75 peratus daripada tol yang dikutip diguna untuk membayar hutang manakala 20 peratus lagi untuk penyelenggaraan dan overhed.

Contohnya PLUS yang mengutip kira-kira RM3 bilion, membelanjakan sebahagian besar (50 peratus) untuk pembayaran balik pinjaman.

Baki perolehan diagih semula bagi kos pengurusan (13 peratus), kos penyelenggaraan berjadual (12 peratus), pulangan kepada pemegang saham (10 peratus), kos penyelenggaraan (8 peratus) dan kos menaik taraf (7 peratus).

Bagi Lebuhraya Utara-Selatan sahaja, ia berkata PLUS membelanjakan lebih RM20 bilion untuk pembinaan, operasi dan penyelenggaraan sejak pembukaannya.

PSKLM juga menegaskan tidak semua lebuh raya beroleh keuntungan.

Sebagai contoh, setakat 2010, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) yang menguruskan Terowong SMART membelanjakan kira-kira satu pertiga daripada pendapatan tahunannya untuk penyelenggaraan semata-mata.

Memandangkan pemegang konsesi itu harus melunaskan kadar faedah pinjaman yang besar, terowong tersebut beroperasi dalam keadaan rugi.

"Jumlah trafik di bawah unjuran kerana terowong SMART terpaksa ditutup setiap kali keadaan memerlukan bagi melencongkan aliran air banjir dan kos pembersihan boleh meningkat sehingga RM500,000," katanya.

Persatuan juga berkata sekalipun aliran trafik di bawah unjuran, pemegang konsesi tidak dibenar menaikkan kadar tol berdasarkan perjanjian.

Ini menyebabkan mereka berdepan masalah untuk membayar balik pinjaman dan terpaksa merundingkan perjanjian baharu dengan pemberi pinjaman, katanya.

Bagaimanapun, PSKLM berkata ia kini dalam perbincangan dengan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung kenaikan berjadual yang akan datang, dengan mengambil kira isu kenaikan kos sara hidup dan tanggungjawab kewangan anggota persatuan.

Mengenai cadangan kadar tol tidak wajar dinaikkan kerana kesesakan lalu lintas kekal menjadi isu, PSKLM berkata kenaikan itu perlu kerana pemegang konsesi telah meminjam dan membelanja ratusan juta ringgit dalam pembangunan dan kemudahan lebuh raya yang perlu diselenggara dan ditambah baik untuk keselesaan pengguna.

Ia berkata kemudahan dan prasarana baharu perlu dibina terutama untuk meningkatkan langkah keselamatan dan mengurangkan kesesakan.

-- BERNAMA


Sunday, June 14, 2015

TAK KENA SUNGGUH BILA GRUP PRO-MAHATHIR TERLALAK-LALAK TENTANG KENAIKAN TOL LEBUHRAYA DAN SALAHKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Berita tentang kenaikan kadar tol menjadi begitu viral, mengundang seribu satu macam reaksi dan mencetuskan idea-idea pelik untuk menghentam kerajaan terutama daripada golongan yang sekarang ini sedang sibuk berusaha untuk mendedahkan KEBURUKAN KERAJAAN DI BAWAH NAJIB ABDUL RAZAK. 

Namun tahukah anda, semenjak 2007, Kerajaan Najib Abdul Razak, tidak menaikkan kadar tol di kesemua lebuhraya kecuali di Johor Causeway. Bagaimanapun, kenaikan kadar tol di Johor bukan disebabkan oleh konsesi tetapi untuk membalas perbuatan Singapura yang menaikkan kadar Permit Kemasukan Kenderaan ke atas kenderaan-kenderaan Malaysia ke negara tersebut.

Kadar tol merupakan isu yang cukup sensitif di Malaysia memandangkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku susah, memiliki kereta atau kenderan bermotor. 

Tuduhan kononnya kerajaan memerlukan kenaikan kadar tol untuk menampung hutang setelah GST tidak mampu memberikan pulangan pantas, sedang berleluasa sekarang ini.  

Seharusnya, laporan tentang 16 lebuhraya bertol itu perlu juga membabitkan tahun bila konsesi itu ditandatangani atau dimulakan. 

Ramai yang kurang sedar atau barangkali juga terlupa, 16 lebuhraya bertol itu yang pemegang konsesinya berusaha untuk meningkatkan kadar tol, mempunyai tempoh konsesis dan persetujuan untuk menaikkan kadar tol semasa zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Manakala kerajaan-kerajaan selepas Tun Dr. Mahathir TERPAKSA dan PERLU untuk mengikuti atau akur dengan kontrak konsesi tersebut. 

Najib yang mengambilalih pentadbiran daripada Abdullah Badawi sebenarnya tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali terpaksa akur dengan perjanjian lebuhraya yang telah wujud lebih awal berbanding tempoh dia menjadi Perdana Menteri. Kegagalan menaikkan kadar tol lebuhraya, akan ditanggung oleh kerajaan menerusi gantirugi kepada syarikat-syarikat dan pemegang-pemegang konsesi. 

Dek kerana itulah, dari tahun 2007, tiada kadar kenaikan tol dikenakan oleh Kerajaan Najib. Malahan Kerajaan Najib telah memberikan subsidi tol kepada kontraktor tol swasta dan berunding dengan mereka. 

Sesuatu yang sangat tidak menarik yang dilakukan oleh Kerajaan Najib Abdul Razak adalah apabila mengambil langkah terbesar dengan mengambilalih Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada tahun 2011. PLUS kini milik Kementerian Kewangan (51%) dan KWSP (49%). Pada tahun 2012, Kerajaan Najib Abdul Razak telah merundingkan semula kadar tol PLUS dan sehingga kini, tiada sebarang peningkatan kadar tol PLUS berbanding sebelum diambilalih oleh Kerajaan. 

Disebabkan itulah, PLUS tidak tersenarai dalam senarai 16 lebuhraya yang kadar tolnya mungkin akan ditingkatkan. 

Bagaimanapun, perlu juga diketahui bahawa sehingga kini TIADA SEBARANG KEPUTUSAN dibuat sama ada membenarkan TUNTUTAN SYARIKAT KONSESI LEBUHRAYA untuk menaikkan kadar tol di kesemua 16 lebuhraya tersebut atau sebaliknya walaupun cadangan dan tuntutan syarikat-syarikat serta pemegang-pemegang konsesi tersebut telah dihantar kepada Kabinet untuk diputuskan.  

Tuduhan atau sindiran tentang kenaikan tol ke atas Najib sebenarnya lebih terarah kepada Tun Dr. Mahathir sendiri, memandangkan Kerajaan Najib hanya mewarisi legasi lebuhraya ini. Najib pada 6 tahun pertama pentadbirannya telah pun melakukan usaha meringankan bebanan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol, malah turut membeli kembali lebuhraya PLUS yang merupakan nadi utama pembangunan dan ekonomi Semenanjung Malaysia.

Konsep lebuhraya bertol sebenarnya baik kerana ia mempercepatkan kewujudan lebuhraya di Malaysia tanpa bergantung kepada peruntukan perbendaharaan negara. Lebih banyak lebuhraya yang boleh dibina dalam tempoh yang singkat. Namun ada pihak yang sudah diserapi perasaan tamak haloba, mencari-cari isu untuk dibangkitkan dengan pada masa yang sama, menyembunyikan pula fakta yang lain.

Namun apabila ianya dipolitikkan dan kenaikan kadar tol dipolitikkan dengan SENGAJA PADA PEMBOHONGAN dibuat, ia jelas menunjukkan wujudnya sifat tidak bertanggungjawab walaupun alasan yang diberikan pada perbuatan seperti itu adalah untuk menyelamatkan negara. 

Tidak adil untuk menyalahkan Kerajaan Najib Abdul Razak bagi masalah, perjanjian dan persetujuan serta kontrak konsesi yang bermula jauh lebih awal daripada tempoh dia dilantik sebagai Perdana Menteri.

 
Blogger Templates