Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label mca. Show all posts
Showing posts with label mca. Show all posts

Thursday, September 1, 2016

IBARAT MENGAJAR IBU KETAM BERJALAN LURUS, TI LIAN KER SEPATUTNYA SEDAR DIRI, YANG PERLU BERUBAH ADALAH MCA BUKANNYA UMNO!!!



Niatnya kelihatan baik tetapi boleh dibaca sebagai mempunyai objektif yang terselindung apatah lagi dengan kecenderungan yang begitu ketara semenjak 2008. Terutama sekali di sebalik gelombang pluralisme dan liberalisme yang sedang menular sekarang ini.

Memberi syarat yang UMNO tidak boleh menjadi PAS kedua, jurucakap MCA Ti Lian Ker, menawarkan diri untuk mengajar UMNO agar UMNO berjaya menarik undi daripada pengundi-pengundi bukan Melayu.

Menariknya, Ti Lian Ker pula terlupa bahawa MCA sendiri gagal menarik undi Cina kepada parti yang membentuk Perikatan dan merupakan komponen utama Barisan Nasional. Walaupun pada PRU tahun 1999, MCA merupakan komponen utama yang mengekalkan kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi selepas itu, MCA terus merosot dan yang paling teruk adalah pada tahun 2008 dan 2013 apabila kerusi-kerusi Parlimen yang berjaya dimenangi adalah kerusi-kerusi bermajoriti Melayu. Manakala kerusi-kerusi bermajoriti Cina, semuanya terlepas ke tangan DAP.

Pada PRU 2013, UMNO pula merupakan parti dominan dalam komponen Barisan Nasional dan berjaya menguasai 87 kerusi Parlimen berbanding MCA yang cukup sukar untuk mengalahkan DAP di kerusi-kerusi yang ditandingi sekalipun suatu ketika dahulu, kerusi-kerusi seperti Pandan merupakan kerusi yang dimenangi oleh MCA.

Seharusnya, MCA sebelum mengajar UMNO, lebih baik mengajar diri sendiri dahulu. Mencari rentak kemenangan kalau tidak pun mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi sekarang ini. Retorik menerusi media seolah-olah MCA berada di kemuncak kekuatan, tidak akan banyak membantu parti tersebut mengatasi DAP.

Malah 'mengusik' UMNO juga tidak akan memberikan kelebihan sokongan kepada MCA sepertimana yang berlaku kepada kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang sudah beberapa penggal terlepas dari tangan walaupun MCA Bandar Tun Razak dikatakan sangat kuat.

Walaupun tidak seperti DAP yang gemar menyalahkan pihak lawan, MCA juga sebenarnya tidak terkecuali daripada perangai tersebut apabila mereka mencari jalan menyalahkan UMNO dan pengundi-pengundi Melayu sepertimana yang berlaku dalam kes Wangsa Maju.

Memang benar, UMNO perlu mendapatkan undi daripada pengundi-pengundi bukan Melayu tetapi MCA pastinya tidak akan senang jikalau UMNO menjadi terlalu dominan apatah lagi bila diejek-ejek dan diperlekehkan oleh DAP sebagai 'budak suruhan UMNO' seperti yang kerap berlaku sebelum ini.

Ti Lian Ker menasihati UMNO agar menjadi lebih urban dan bermentaliti bandar agar mencapai kemenangan lebih besar. Tetapi Ti Lian Ker terlupa bahawa UMNO bertanding kebanyakannya di kerusi-kerusi kampung, manakala yang bertanding di kerusi-kerusi bandaran adalah MCA. Dan MCA sentiasa gagal semenjak beberapa PRU lalu untuk mencatatkan kemenangan di kerusi-kerusi bandaran termasuklah Parlimen Alor Star!

Jadi, daripada mengajar ibu ketam berjalan lurus, lebih baik anak ketam sendiri memperbetulkan kangkang dan mensejajarkan langkah sendiri supaya tidak dimalukan. Apatah lagi MCA sekarang ini terlalu mirip DAP di dalam Barisan Nasional.


Sunday, June 5, 2016

UGUT NAK KELUAR BN, DESAK PM LETAK JAWATAN... SEKARANG, KALAU GAGAL RAIH UNDI CINA DI SUNGAI BESAR, KITA PAKAT KAHAKKAN RAMAI-RAMAI KEPALA PEMIMPIN MCA!!!



Liow Tiong Lai, Presiden MCA telah mengetuai 1000 orang anggota jentera kempen MCA ke Dewan Sri Bernam, lokasi yang menjadi tempat pencalonan untuk PRK Parlimen Sungai Besar. 

Sebelum itu, berhampiran dengan Jalan SCBC, satu kilometer dari pusat pencalonan itu, enam buah bas yang membawa ahli-ahli MCA tiba.

Menyertai perarakan adalah Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan Naib Presiden, Chua Tee Yong serta para pemimpin tempatan. 

Sepanjang perarakan tersebut, mereka menjeritkan dan melaung-laungkan, Hidup BN, Hidup MCA selain nyanyian lagu 'Inilah Barisan Kita'.

Semangat yang ditunjukkan kali ini, sangat berlainan. Ada yang berkata, setelah sekian lama, inilah kali pertama para pemimpin MCA kelihatan begitu bersemangat.

Baguslah kalau begitu...

Ditambah pula dengan penentangan yang dibuat oleh MCA secara terbuka kepada RUU Pindaan Enakmen Undang-Undang Syariah Kelantan, selain saranan agar Najib meletak jawatan sekiranya, ianya diluluskan oleh Parlimen kerana mengkhianati BN, sedangkan pindaan undang-undang tersebut adalah untuk umat Islam, dan tidak kena-mengena dengan bukan Islam, pastinya MCA boleh mendapat sokongan daripada para pengundi Cina, khususnya di kubu kuat DAP di Sekinchan.


Membabitkan Undang-Undang Syariah, bukan main lagi para pemimpin MCA berlagak, bahkan siap mengugut hendak keluar dari Barisan Nasional, seolah-olah mereka telah menguasai lebih dari 50 kerusi Parlimen walaupun hakikatnya, hampir kesemua pemimpin MCA yang menang PRU lalu, hanya menang dengan undi orang Melayu-Islam. Manakala yang bertanding di kawasan-kawasan bermajoritikan Cina atau mempunyai jumlah pengundi Cina ramai, mereka kalah dengan penuh memalukan!

Jadi, inilah masanya untuk MCA yang macam panglima samseng, membuktikan keupayaan mereka menarik sokongan serta undi daripada pengundi-pengundi Cina terutama sekali di DUN Sekinchan yang mempunyai jumlah pengundi Cina paling ramai.

Jangan hanya pandai mengugut sahaja tetapi hakikatnya, nak makan pun, orang yang diugut itulah yang menyuapnya!!!



Sunday, May 29, 2016

PUNYALAH BUTA PERUT, HAL-EHWAL ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN DINAFIKAN, SEKOLAH-SEKOLAH VERNAKULAR YANG TIDAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN DIBELA!!!



Kata dua beberapa Menteri Kabinet dari MCA dan GERAKAN kepada kepimpinan UMNO berhubung RUU Hukum Hudud yang dibentangkan oleh Presiden PAS, sememangnya cukup menyakitkan hati.

Undang-undang tersebut sekiranya diluluskan, hanyalah memperkasakan undang-undang syariah sedia ada yang kerana Perlembagaan, menyebabkan undang-undang itu hanya dikuatkuasakan kepada umat Islam negara ini sahaja. Tiada seorang bukan Islam pun yang pernah dihadapkan, dibicarakan dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah.

Jadi, muncul persoalan besar, apa masalah sebenarnya puak-puak ini begitu beria-ia menentang pemerkasaan Undang-Undang Syariah di negara ini?

Lainlah kalau UMNO dan PAS bergabung bersama-sama parti Bumiputera lain dan mereka menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen majoriti sekaligus membolehkan Perlembagaan dipinda dan undang-undang yang digunapakai di negara ini adalah Undang-Undang Syariah sepenuhnya yang terkandung di dalamnya adalah Hudud, Qisas dan Takzir.

Kedudukan agama Islam dan hal-ehwal agama serta tadbir urus umat Islam, sudah dinyatakan secara terang di dalam Perlembagaan. Puak yang diketuai oleh DAP, sekarang ini menggunakan Perlembagaan untuk menutup kejahatan dan sikap dengki mereka sedangkan mereka sendiri tidak begitu memahami Perlembagaan Persekutuan.

Pada bahagian manakah yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan? Pada menyatakan bahawa semua undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal (ARTIKEL 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN).

Bagaimana pula dengan ARTIKEL 3 (5) berkenaan Agama Persekutuan yang membabtikan peruntukan-peruntukan bagi hal ehwal agama Islam?


Bagaimana pula dengan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan yang tidak terdapat langsung peruntukannya di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Mengapa pula dalam hal ini, para pemimpin MCA, GERAKAN dan DAP langsung tidak bersuara sedangkan sekolah-sekolah vernakular tersebut jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan membabitkan pendidikan?

Kalau kerajaan sudah bertoleransi dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang melahirkan chauvanist yang tidak mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan secara fasih, malah gagal menyanyikan lagu Negaraku, mengapa pula mereka terlalu sibuk dalam hal-ehwal agama Islam?

Elok jugalah mereka meletak jawatan atau keluar dari Barisan Nasional memandangkan selama ini pun mereka lebih banyak menumpang Melayu dan Bumiputera untuk memperolehi kedudukan sekarang. Elok juga Kabinet terdiri daripada Melayu dan Bumiputera yang lebih memahami keperluan undang-undang syariah sekalipun ramai Bumiputera yang tidak beragama Islam!!!


Thursday, September 3, 2015

PEMIMPIN VETERAN MCA TU SIBUK APA TENTANG NAJIB SEDANGKAN MCA SENDIRI HIDUP ATAS IHSAN NAJIB DAN MELAYU JER PUN!!!



Berita tentang dua orang pemimpin veteran MCA yang menggesa 7 orang Ahli Parlimen MCA membuat undi tidak percaya kepada Najib, membuatkan ramai yang menggaru-garu kepala dan menepuk dahi.

Apakan tidak, kedua-dua pemimpin veteran MCA itu rupa-rupanya masih tidak sedar diri, masih hidup zaman Kapitan Yap Ah Loy dan masih berfikiran zaman orang-orang Cina datang ke negara ini dengan kongsi menaiki tongkang beramai-ramai sebelum dihumban dan menjadi buruh paksa di lombong-lombong bijih timah di Linggi dan Sungai Ujung sebelum berpindah ke Kuala Lumpur selepas Raja Abdullah membuka lombong di Ampang.

Banyak pihak dalam MCA yang cuba menyalahkan UMNO dan Najib apabila MCA mencatatkan prestasi yang sangat teruk pada PRU-12 dan bertambah teruk pada PRU-13. 7 orang Ahli Parlimen MCA hanya menang dengan undi Melayu dan MCA sendiri tidak mampu berbuat apa-apa untuk mendapatkan lebih banyak undi Cina untuk mereka sendiri.

Mempersalahkan Najib dan UMNO barangkali jalan termudah untuk MCA menutup kelemahan mereka sendiri.

BERSIH 4.0 sudah cukup memberikan isyarat bahawa pada PRU-14 nanti, MCA sudah tidak relevan lagi. Kemenangan mudah yang diberikan oleh calon-calon MCA kepada DAP di semua kerusi-kerusi yang mereka tandingi, sudah dijangka berdasarkan kepada prestasi 2008 dan 2015.

Justeru apabila kedua-dua pemimpin MCA veteran itu membuat cadangan yang mereka sendiri tahu, ianya lebih kepada bersifat menyorokkan kelemahan dan mencari salah pihak lain, sama kaedah yang dilakukan oleh DAP apabila mereka terkantoi. (BACA DI SINI)

Kalau dah veteran tu, buatlah cara veteran bukan jadi lebih bodoh. Daripada sibukkan Najib, lebih baik sibukkan MCA yang besar kemungkinan akan pupus dan hanya jadi penumpang yang lebih suka mengacau berbanding membantu.

Barangkali kedua-dua pemimpin veteran MCA itu buat-buat lupa, MCA tidak mampu bergerak sendiri berbanding UMNO dan Najib!!!


Sunday, July 19, 2015

BUANG MASA SAHAJA MCA ANJURKAN MAJLIS AIDILFITRI DI LOW YAT!!!


Kalau benar MCA mahu cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat pengundi Melayu, bukan dengan menganjurkan majlis Aidil Fitri di Plaza Low Yat. Sebaliknya MCA boleh mengadakan majlis Aidil Fitri besar-besaran di Parlimen Pandan, kawasan yang kalah di tangan Rafizi Ramli selepas Ong Tee Kiat dilucutkan pencalonannya oleh Presiden MCA yang lalu.

Parlimen Pandan mempunyai pengundi Melayu yang ramai. UMNO Pandan pernah minta agar Parlimen Pandan diserahkan kepada UMNO untuk ditandingi memandangkan MCA dalam pilihanraya yang lalu, tidak menampakkan minat untuk menang.

Plaza Low Yat tidak akan menjadi jambatan penghubung muhibbah lagi. Apa yang berlaku di lubuk klon dan tiruan tersebut pada minggu lepas, sebenarnya adalah kemuncak daripada aktiviti-aktiviti negatif semenjak sekian lama di situ.

Banyak pendedahan berhubung sikap peniaga-peniaga di Plaza Low Yat selama ini telah dibuat terutama sekali yang membabitkan penipuan dan kemudian menjadikan pembeli yang telah ditipu sebagai mangsa dengan menuduh mereka sebagai pencuri.

Dengan apa yang berlaku dan bahang yang masih terasa, usaha MCA untuk mengadakan majlis Aidil Fitri di Plaza Low Yat tidak akan menguntungkan sesiapa pun, kecuali para peniaga di Plaza Low Yat yang sedang merungut tentang ketiadaan para pembeli dan pelanggan.

Sebaliknya MCA akan ditertawakan oleh DAP kerana usaha yang dilakukan oleh rakan sekutu UMNO dalam Barisan Nasional itu tidak ubah seperti mencurahkan air ke daun keladi. MCA tidak akan mendapat sebarang sokongan di Bukit Bintang. MCA tidak akan bertaring di Bukit Bintang. Kalaupun berjaya di Plaza Low Yat, MCA tidak akan dikenang, sebaliknya akan tetap dicop sebagai budak UMNO!!!

Lebih baik MCA berhenti daripada mengira bintang di langit. Berpijaklah ke bumi nyata.... tingkatkan usaha di Parlimen Pandan berbanding membuang masa dan tenaga di Plaza Low Yat!!!


Friday, November 21, 2014

MCA TUDUH UNDANG-UNDANG KEDAH HADKAN BAHASA MALAYSIA, TAPI SENYAP SUNYI BERHUBUNG LELAKI CINA BAKAR QURAN!!!

Ada dua peristiwa menarik berlaku di Kedah membabitkan cubaan memperlekeh-lekehkan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan agama rasmi Negeri Kedah.

Isu pertama ialah apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA Chin Tung Leong tidak berpuas hati apabila Kerajaan Negeri Kedah menjadikan 55 kalimah dalam Bahasa Malaysia tidak dibenarguna oleh golongan bukan Islam dari 24 kalimah sebelum ini.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu telah menyekat Bahasa Malaysia daripada diangkat menjadi bahasa antarabangsa. Ini adalah kerana menurutnya lagi, Bahasa Malaysia hanyalah bahasa untuk 'orang Islam sahaja'. (RUJUK SINI)

Namun paling menarik ialah apabila Chin Tung Leong berkata, penguatkuasaan undang-undang tersebut akan melebarkan lagi jarak antara orang Islam dan bukan Islam memandangkan undang-undang tersebut akan mengehadkan Bahasa Malaysia.

Chin Tung Leong terlupa barangkali bahawa ramai orang Cina di negara ini walaupun telah lebih 67 tahun diberikan kerakyatan, masih lagi sangat terhad dalam penguasaan Bahasa Malaysia terutama sekali mereka yang berpendidikan aliran Cina. Sedangkan kalimah-kalimah yang dihadkan pula adalah untuk menghalang pengeliruan dan kekacauan akidah yang lebih besar membabitkan isu agama. 

Chin Tung Leong sepatutnya melihat isu yang lebih besar yang berlaku di Alor Star semalam, apabila seorang lelaki Cina ditahan oleh pihak polis selepas penemuan beberapa helaian lembaran al Quran yang dipercayai telah dibakar dalam bekas pembakar di medan makan berhampiran pasar di Mergong semalam. 

Dalam kejadian itu, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki Cina pada jam 3:00 petang semalam dan telah dihantar ke hospital untuk penilaian mental. Ini adalah kerana, menurut saksi, lelaki tersebut seringkali berkeliaran di kawasan pasar tersebut dan seringkali dilihat membakar kertas berhampiran medan makan itu.(RUJUK SINI)

Kalau Chin Tung Leong benar-benar berhajat untuk mewujudkan keharmonian, lebih baik dia berhenti daripada beretorik dengan gaya DAP, sebaliknya mengembalikan semula kekuatan MCA yang diwujudkan oleh taukeh-taukeh besar yang enggan melepaskan kepentingan mereka di negara ini dengan menjadi rakyat negara ini dan bekerja kuat untuk mempertahankan kerakyatan di samping menjaga kepentingan serta keuntungan besar mereka itu.
 
Blogger Templates