Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 29, 2019

EGO MAHATHIR TERCALAR, SERANGAN PENJILAT-PENJILAT MAHATHIR KE ATAS TMJ DIPERHEBATKAN!!!



Buat kali pertama, Mahathir bertemu buku dengan ruas. Selama dia berkuasa dari tahun 1981 sehingga 2003 dan kemudian dari 9 Mei 2019, inilah kali pertama kita dapat melihat betapa gabra, betapa tersentapnya Mahathir apabila seorang anak muda yang berpangkat cucu kepadanya, menjadi duri di matanya. 

Tengku Mahkota Johor (TMJ) kini menjadi musuh nombor satu Mahathir selepas Najib Abdul Razak. Kini, Mahathir tidak lagi meratibkan nama Najib semata-mata, sebaliknya berkias menyindir TMJ termasuklah menggelarkan pewaris kesultanan Johor itu sebagai 'nangoi' setelah dia tersentap, TMJ memperbetulkan tentang Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kedaulatan dan hak setiap negeri termasuklah sultan-sultannya kepada Mahathir. 

Mahathir sebelum ini mengatakan, selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, maka hilanglah sudah hak perlembagaan atau undang-undang tubuh setiap negeri, termasuklah Johor dan Terengganu. 

Berselang sehari kemudian, TMJ memuatnaikkan peruntukan-peruntukan dan klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyanggah Mahathir. 


Sudah tentulah Mahathir marah dan sentap. Dia dianggap sebagai orang yang sentiasa betul dan bijaksana. Apabila ada anak muda seperti TMJ yang memperbetulkannya, maka itu sudah mencabar keegoannya. 

Mahathir kemudiannya beralih menyerang TMJ secara lebih mendalam dengan menceritakan bagaimana seorang TMJ telah dilucutkan jawatan. TMJ yang dimaksudkan oleh Mahathir itu adalah nenda TMJ sekarang iaitu Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang ke-24 dan sultan Johor ke-4 pada era Johor moden. 

Maka berkokoklah para penyokongnya mengiakan cerita Mahathir, menyokong kata-kata beracun Mahathir secara membabi buta tanpa mereka sedari, Almarhum Sultan Iskandar yang pernah dilucutkan jawatannya selaku TMJ pada tahun 1961, telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981 dan kemudian dilantik sebagai DYMM Yang Dipertuan Agong pada 9 Februari 1984 iaitu empat tahun selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Johor. 

Dengan kata lain, itulah sultan yang disembah hormat oleh Mahathir sepanjang tahun 1984 sehingga 1989 walaupun pada tahun 1987, Mahathir mempergunakan UMNO untuk menunjukkan dia lebih berkuasa daripada DYMM Yang Dipertuan Agong menerusi Krisis Perlembagaan dengan cerita dongeng Prebet Adam mengamuk.

Tentangan keras TMJ terhadap Statut Rome benar-benar mencabar Mahathir. Mahathir seperti biasa, akan bersembunyi di belakang orang-orangnya. Justeru, walaupun Mahathir pada 6 April 2019 telah mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rome setelah menandatangan Statut Rome pada 4 Mac 2019, hakikatnya Malaysia belum menarik diri secara rasmi daripada perjanjian tersebut. 


Untuk menjustifikasikan Statut Rome meskipun mendapat tentangan secara meluas, Peguam Negara dilihat memainkan peranan yang cukup aktif dalam menghentam Raja-Raja Melayu serta DYMM Yang Dipertuan Agong. Dalam satu forum yang dihadiri oleh Tommy Thomas, anggota G25 Noor Farida Ariffin, Dr. Shad Saleem Faruqi dan Lim Wei Jiet serta Dr. Syed Ali di Auditorium Tun Mohd Suffian Universiti Malaya, mereka mengambil kesempatan melabelkan empat orang tokoh cendekiawan yang menelanjangkan maksud sebenar Statut Rome sebagai 'bodoh' dan 'kangkong'. (RUJUK SINI

Tommy Thomas kemudiannya meneruskan serangan dengan menyatakan DYMM Yang Dipertuan Agong tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengisytiharkan perang atau darurat, sebaliknya kuasa tersebut terletak di tangan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri dengan mengambil contoh Britain dan Ratu England. (RUJUK SINI



Mungkin melihat Tommy Thomas gagal mendapat sokongan dan pada masa yang sama, Mahathir terus dikecam hebat selain pentadbirannya terus diragui dan tidak dipercayai, muncullah Rais Yatim dan Syed Saddiq untuk membela Mahathir dan pada masa yang sama, menyerang TMJ.

Namun keadaan sebenarnya bukan lagi pada tahun 1987. Ledakan maklumat dan akses yang mudah untuk orang ramai mencari maklumat sebenar, membuatkan Syed Saddiq dan Rais Yatim mahupun sesiapa sahaja yang cuba membela Mahathir, mendapat kecaman kuat daripada orang ramai.

Mahathir benar-benar bertemu buku dengan ruas. Cuma kali ini, ruas yang ditemuinya itu hanyalah seorang anak muda!


Sunday, April 28, 2019

DEMI STATUT ROME, HASUTAN DIBUAT OLEH PENDOKONG PAKATAN TERMASUK PEGUAM NEGARA UNTUK MEMBENCI DAN MENOLAK RAJA-RAJA MELAYU!!!


Penulis: Khairul Azri

Di antara isi kandungan ucapan Dr.Syed Husin Ali di dalam forum Malaysia & Statut Rom tengahari tadi,

“Tentang golongan Raja pula, saya menganggap walaupun perkara ini belum lagi jelas, saya menganggap bahawa semacam ada cabaran yang dirasakan oleh setengah-setengah Raja terhadap kedudukan mereka. Apa sebabnya? Dalam dunia ini tak sampai saya rasa ada 30 Raja, sepertiga daripadanya adalah di Malaysia (kedengaran suara hadirin ketawa), dan di antara negara-negara yang mempunyai Raja, hampir semuanya, Jepunkah, Swedenkah, Denmarkah, apa ni dan lain-lain, mereka accede dan ratify, cuma di Malaysia ini Raja-Raja takut untuk ratify. Mungkin mereka telah disalah nasihatkan oleh sesetengah pihak.”

“Tapi kedudukan mereka, mereka rasa terancam, kerana banyak sangat Raja di sini, banyak sangat belanja yang ditanggung oleh rakyat (kedengaran bunyi hadirin bertepuk), maka ada golongan rakyat yang sudah mula merasakan tak perlu lagi Raja, ada golongan rakyat, dan perasaan ini makin bertambah di kalangan muda. Ada pula yang merasakan mengapa sembilan Raja, kalau hendakkan simbol, mengapa sembilan, mengapa tak satu saja? Tapi ini akan menimbulkan masalah lain, of course, soal, soal apa ni, bukan sahaja soal apa ni kedudukan Federation, tetapi juga akan menimbulkan soal macam mana nak ketepikan Raja-Raja yang sudah sekarang ini makin kuat.”

"Mereka juga merasa lemah kerana sebenarnya kebanyakan Raja yang ada sekarang ini adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja atau pembesar yang diletakkan sebagai Raja oleh British. Dari Johor ke Perlis semua dilantik oleh British. Belum ada lagi cabaran di kalangan rakyat tentang hal ini. Tapi sudah ada cabaran dalam mahkamah oleh golongan yang merasakan dirinya keturunan yang sebenar Raja yang asal. Sudah ada court case, kes mahkamah di Terengganu. Sudah ada kes mahkamah di Kelantan. Walaupun dianya kalah, tapi kalau misalannya berterusan perkara ini, dan rakyat makin mengetahui, akan menjadi masalah besar. Masa Jepun dulu, Jepun turunkan Raja-Raja yang keturunan bukan Raja tu dan meletakkan mereka yang dianggap sebagai keturunan Raja sebenarnya. Bila British balik, dia letak keturunan yang mereka angkat lebih awal. Jadi semua ini meletakkan kedudukan mereka dalam keadaan yang lemah."


"Satu lagi ialah Raja tu, sekarang ini terutama sekali, makin meluas menentang dan menceroboh perlembagaan. Mengapa saya katakan demikian? Perlembagaan mengatakan tak boleh Raja mencampuri hal politik, tak boleh Raja mencampuri hal perniagaan dan ekonomi, tapi itulah sekarang ini yang banyak dilakukan. Makin bertambah mereka campur dalam politik. Apa sebabnya? Kerana golongan yang seperti AG sebutkan tadi, iaitu golongan pemimpin-pemimpin yang dulunya menyokong Statut Rom sekarang ini menentangnya, kerana bagi mereka sekarang ini mereka patut dapat golongan Raja dan golongan rakyat menyokong mereka atas dasar perkauman dan sebagainya. Jadi, balik kepada soal Raja yang melanggar perlembagaan tadi, dari segi ekonomi pula akan bertambah parah, dan ini kita lihat berlaku di kalangan rakyat di mana Raja dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara (kedengaran suara hadirin bersorak). Suara itu menunjukkan sebenarnya sikap rakyat kepada Raja dan ini yang kadang-kadang dibimbang oleh Raja. Kebimbangan itu ialah dapat diatasi bila caranya diperkuatkan kedudukan mereka."

"Perkara yang satu lagi ialah kedudukan Raja ini juga sekarang ini dicabar. Ada pihak menganggap misalnya orang seperti Mahathir dan kerajaan yang dipimpinnya dengan accede Statut Rome sebenarnya menggugat kedudukan Raja dan pandangan ini diperkuatkan oleh apa yang dikatakan sebagai orang-orang sekarang ini profesor kangkung dan sebagainya."

Boleh rujuk video untuk ucapan penuh beliau.

Sekian.

Kredit Transkrip:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2430139423696768&id=100001022016761

Kredit Video:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2114407288595859&id=100000798263477

Saturday, April 27, 2019

HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH UMNO-PAS WAJAR DIBUAT DI BANDARAYA KUALA LUMPUR!!!



Ukhuwah merupakan satu konsep Islam yang menyatakan bahawa setiap Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara. Banyak ayat-ayat al Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang memperkatakan dan mempertegaskan landasan konsep ini. Bahkan dalam beberapa keterangan, kerap kali perkataan 'ukhuwah' atau sealirannya dengannya digandingkan dengan perkataan 'iman', 'Islam' atau 'mukmin'. 

Sekaligus ini menunjukkan bahawa ukhuwah merupakan salah satu ukuran utama keimanan dan keislaman seseorang. 


Malahan sebenarnya, ukhuwah merupakan salah satu daripada tiga unsur kekuatan yang menjadi ciri-ciri utama masyarakat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu pertama, kekuatan iman dan akidah. Kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati. Ketiga, kekuatan kepimpinan dan senjata. 


Dengan gabungan ketiga-tiga kekuatan inilah, Rasulullah s.a.w membangunkan sebuah masyarakat ideal, memperluaskan Islam, mengangkat tinggi bendera tauhid, bahkan mengangkat martabat umat Islam di muka bumi ini dalam tempoh kurang dari setengah abad sahaja.

UMNO dan PAS merupakan dua buah parti terbesar orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Selama berdekad-dekad, kedua-dua parti tersebut saling bermusuhan dan saling berebutan siapa yang lebih benar antara mereka, terutama selepas perpecahan PAS dari UMNO pada tahun 1951 selain faktor kewujudan Dr. Mahathir Mohamad yang banyak melakukan tindak tanduk permusuhan terhadap PAS walaupun pada tahun 1969 selepas dia dibuang dari UMNO, pentas PAS jugalah yang dia panjat untuk mencari pengaruh.


PRU-14 sepatutnya menyaksikan penyatuan UMNO dan PAS secara lebih sistematik dan rasmi. Malangnya, percaturan politik yang silap akhirnya menyaksikan baik UMNO apatah lagi PAS terlepas peluang yang sangat besar sehingga memberikan kemenangan dan kelebihan kepada pakatan parti lawan. 

Namun kekalahan pada PRU-14 juga telah menerbitkan dan memuncakkan semangat ukhuwah yang sepatutnya sudah lama terjalin antara kedua-dua parti kerana kebersamaan mereka dalam banyak hal, terutama sekali yang melibatkan akidah dan bangsa. 


Ada hikmahnya kekalahan PRU-14 kepada UMNO-BN dan PAS sendiri. Kalau tidak kerana kekalahan tersebut, UMNO-BN masih lagi bersikap sombong bodoh dan susah ditegur. PAS masih lagi kembang serban dan jubah mereka kerana kononnya mereka lebih Islamik dari kumpulan-kumpulan politik yang lain. 

Perhimpunan Anti ICERD beberapa bulan lalu menjadi titik tolak kepada penyatuan dan kerjasama yang sebenarnya. Sebelum itu, Perhimpunan RUU355 sudah pun berlangsung. Dan ramai yang mengharapkan perhimpunan RUU355 itu membolehkan PAS dan UMNO bekerjasama dalam PRU-14. Malangnya. PAS dan UMNO memilih taktik TIGA PENJURU yang menyaksikan kedua-duanya lebih banyak kalah walaupun kalau digandingkan jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua parti pada setiap kerusi Parlimen dan DUN, PAS dan UMNO hari ini sepatutnya menjadi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 


Semalam, satu lagi himpunan diadakan di Padang MPK Kuantan. Perhimpunan Perpaduan Ummah nampaknya sangat berjaya. Di sebalik pelbagai serangan terhadap UMNO dan PAS, malahan dilabelkan dengan pelbagai label negatif, akar umbi nampaknya sangat menyambut baik perpaduan antara kedua-dua parti tersebut. 

DAP dan PPBM mempertingkatkan serangan peribadi ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang selepas serangan ke atas para pemimpin UMNO nampaknya tidak begitu menggalakkan. Dibantu PAN malahan Anwar Ibrahim sendiri, usaha giat DAP dan PPBM itu nampaknya lebih kepada makan diri. 


Semakin ramai yang menzahirkan sokongan kepada perpaduan UMNO dan PAS. Semakin ramai yang berazam untuk memilih UMNO dan PAS para PRU-15 akan datang. Hujah kononnya kerjasama dan perpaduan UMNO-PAS akan menyebabkan kaum lain dan penganut agama lain teraniaya, tertolak memandangkan rekod sudah menunjukkan kerana kerjasama PAS-UMNO suatu ketika dahulu, berjuta orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam diberikan status kewarganegaraan. Malahan kerana PAS dan UMNO jugalah, orang bukan Islam bebas mengamalkan adat, budaya dan agama mereka. Malahan kalau diperhatikan pun, jumlah tokong dan kuil jauh mengatasi jumlah surau dan masjid di seluruh negara. Lebih daripada itu, kerana UMNO dan PAS jugalah, orang Cina dan orang India mempunyai sekolah aliran mereka sendiri!

11 bulan sudah berlalu. Pakatan Harapan semakin rapuh dan semakin ramai yang menolak Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui serta diketuai oleh DAP ini walaupun Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir dan Timbalan Perdana Menterinya adalah Wan Azizah Wan Ismail. 


Semakin ramai yang tidak menaruh keyakinan langsung terhadap kewibawaan Pakatan Harapan terutama membabitkan polisi Pakatan Harapan yang sangat memusuhi aset-aset umat Islam dan Melayu-Bumiputera di negara ini apabila pesta jualan aset-aset dilakukan secara terang-terangan dan besar-besaran. 

Namun PAS dan UMNO sendiri perlu memperkukuhkan kerjasama mereka. Perlu mengenalpasti kekuatan dan kelebihan serta kekurangan mereka di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN yang menjadi sasaran. 

Pastinya, sekiranya dilaksanakan dengan berkesan PRU-15 yang dijangkakan bakal diadakan lebih awal dari tarikh sepatutnya mandat berakhir, akan menyaksikan perubahan besar-besaran dengan UMNO dan PAS adalah tonggaknya!


Friday, April 5, 2019

SEBELAS JAWAPAN FAKTA TABUNG HAJI YANG MEMBUKTIKAN KERAJAAN PAKATAN ADALAH PEROMPAK DAN BANGANG!!!!



Ada orang minta saya ringkaskan isu Tabung Haji termasuk jawab poster di bawah. Maka ini jawapan saya:

1. RM4.1 bilion itu bukan rugi. Ia adalah susut nilai. Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang diluar kawalan pengurusan TH. Tapi jumlah inilah benda yang diulang musuh politik untuk dakwa pengurusan TH gagal / menyeleweng.

2. Antara 1 April hingga 31 Disember 2018, susut nilai aset TH adalah sebanyak RM5.4 bilion. Tapi sebab masa tu pemerintah dah bertukar, puak puak ini buat diam pula.

3. Tabung Haji tak pernah rugi. Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan.

4. Pengurusan lama pakai kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut. Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual. Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asal. Tapi orang marah. Ini creative accounting kata mereka. Penipu. Walaupun kaedah itu ikut standard perakaunan dunia.

5. Masuk pengurusan baru, defisit aset TH dah jadi RM10.9 bilion. Maka pengurusan TH pindah aset kepada SPV, dapat kertas hutang, hilang semua dividen saham dan dapat penilaian harga melampau atas kertas. Contohnya saham Bumi Armada bernilai RM8 juta dinilai / ambilalih dengan nilai atas kertas RM115.2 juta. Ya PH kata itu bukan creative accounting, itu maknanya pandai. Orang yang cipta kaedah NRV pun dah boleh keluar dari kubur menangis sujud atas kaki orang yang cipta kaedah akaun macam ni. 'NRV' paling agung atas dunia.

6. Ya, TH ada kerugian RM400 juta dalam pelaburan sawit di Indonesia dulu. Tetapi TH ini multi billions punya company. Dia pelbagaikan (diversify) pelaburan supaya kalau satu bisnes rugi, bisnes lain yang untung boleh cover. Sebab itu dari tahun 2013-2017, untung bersih TH adalah RM 15.047 bilion.

7. Jika TH pernah rugi kerana terlibat dalam satu urusniaga berkaitan Jho Low, maka kerajaan siasat dan hukumlah mereka yang terlibat. Apa susah? Kemudian boleh siasat sama bagaimana TH dijadikan 'piggy bank' pada zaman PM ke 4 apabila membeli TH Perdana dan TH Selborn dengan harga RM436.38j berbanding harga penilai RM267.92j.

Pengerusi TH pada tahun 1998 adalah TS Ahmad Razali, adik ipar PM ketika itu.

8. Kertas sukuk dan RCPS-i yang diberi oleh SPV sebagai galang ganti saham dan aset TH itu tiada jaminan kerajaan. Secara atas kertas, kalau SPV ini bungkus, TH tengok saja. Ya, UZAR kata tak perlu jamin sukuk SPV ini sebab deposit kita dah dijamin kerajaan. Soalnya, kalau SPV ini bungkus, TH akan rugi dan kita semua tak dapat dividen dan subsidi haji lagi. Yang ni tak ada orang pula nak fikir?

9. Letak saham di SPV ini tak menguntungkan pun. Dividen saham ini semua SPV kaut. TH cuma diberi RCPS-i yang tak beri apa2 hasil. Saham tersebut pun bukan semuanya naik harga. Contohnya saham E&O masa dipindahmilik pada 31 Dec 2018 berharga RM1.12 se saham. Hari ini dah turun jadi 90 sen. Pendek kata SPV cuma tunggu dan kutip dividen sementara TH duk menganga tunggu lalat masuk mulut. Meniaga air tebu pun takdak senang macam ni.

10. Ada orang kata untunglah kerajaan ambil alih saham TH dengan nilai yang tinggi. Ya, atas kertas memang untung. Tapi kalau saham2 tersebut tak boleh naik harga maka macammana SPV tersebut nak bayar kepada TH apabila sampai masa? Sudahlah RCPS-i yang menjadi galang ganti itu tiada jaminan kerajaan.

11. Ada ahli politik kata kerajaan baik hati suntik RM17 bilion untuk selamatkan Tabung Haji. Tetapi disebabkan dia ni diploma memasak pun tak boleh nak habis, saya malas nak perli. Kalau Presiden pun tak reti beza antara kertas hutang dengan suntik modal, maka elok sangatlah partinya dipanggil orang sebagai khadam.

Amenda lagi tak faham?

----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

ROMPAKAN, KEJAHILAN MEMBUATKAN PAKATAN MENERUSI MUJAHID TERPAKSA MENJUSTIFIKASIKAN HIBAH RENDAH DENGAN CERITA KONONNYA SELAMATKAN TABUNG HAJI!!!



Bersusah payah sungguh Pakatan Harapan sehingga terpaksa mengupah dan menggaji golongan yang dilabelkan sebagai pakar untuk menghalalkan perbuatan mereka melambat-lambatkan pengumuman hibah dan dividen kepada pendeposit dan penyimpan di Tabung Haji.

Pakatan Harapan yang sudah melakukan kesilapan daripada awal apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa Tabung Haji mengalami kerugian dan 'hilang' lebih RM4 bilion dari simpanannya, kini terpaksa mencari jalan lain untuk menutup kekantoian mereka menipu dan cubaan mendabik dada.

Umum mengetahui, sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Malaysia pada 9 Mei 2018, pasaran saham, modal dan pelaburan di Malaysia terus menjunam sehinggakan dunia menggelarkannya sebagai MAHATHIR'S SLUMP. (RUJUK SINI)

Nilai ekuiti dan aset merosot teruk. Pemodal-pemodal menarik diri dan menjauhi Malaysia. Saham-saham bernilai tinggi yang menjadi tempat pelaburan entiti-entiti utama seperti Tabung Haji, PNB, Khazanah dan sebagainya merosot sehingga ada yang berada di bawah paras nilai sebenar.

Semuanya kerana ketidakpercayaan komuniti perdagangan dan pelaburan terhadap pentadbiran Malaysia yang diketuai oleh Mahathir dan Lim Guan Eng.


Dan semenjak 9 Mei 2018, pentadbiran Mahathir-Lim Guan Eng sedang bergelut untuk mendapatkan kembali kepercayaan para pelabur selain pada masa yang sama, cuba mengekalkan momentum kerancakan pertumbuhan ekonomi selama 9 tahun di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak.

Bagi menutup kelemahan dan kegagalan Pakatan Harapan, Najib Abdul Razak diperburuk-burukkan dengan harapan segala kelemahan Pakatan akan dihumban dan dipersalahkan Najib.

Agak malang kerana sekarang bukan lagi zaman 1998 di mana pelbagai maklumat boleh diakses dengan jelas dan mudah. Ketiadaan maklumat dalam negeri kerana kekangan daripada pihak pemerintah, tidak menghalang rakyat Malaysia daripada mendapatkan maklumat dari luar negara yang sentiasa mengakses perkembangan semasa Malaysia, terutama dari Seberang Tambak.


Dengan kerugian BSKL berjumlah RM270 bilion, hutang negara bertambah RM91 bilion, Khazanah Nasional pula rugi RM25 bilion dan akhirnya Tabung Haji dirompak menerusi SPV MOF berjumlah RM19.9 bilion.

Untuk mencantikkan rompakan terhadap Tabung Haji, pengumuman kononnya RM4.1 bilion telah hilang dari Tabung Haji digembar-gemburkan. Azeez Rahim, Asyraf Wajdi dan pengurusan Tabung Haji bersama-sama Najib Abdul Razak terus dipersalahkan serta dituduh sebagai perompak.

SPV MOF ditubuhkan dengan pengeluaran dan perpindahan aset bernilai RM19.9 bilion dari Tabung Haji kepada SPV.

Mujahid kata Hibah pada 2017 tidak sah kerana ada 'lubang' RM4 bilion. Kerana 'lubang' tersebut, maka aset bernilai RM19.9 bilion milik Tabung Haji dipindahkan ke SPV.

Tidak lama kemudian, 'lubang' itu sudah tidak ada. Dan tiba-tiba sekarang ini, aset Tabung Haji naik mencanak menjadi RM76.5 bilion.


Hebat betul creative accounting yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan dan sudah tentu kepalanya datang dari Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Lim Guan Eng bersama-sama Tony Pua Kiam Wee dan Lim Lip Eng.

Data-data Tabung Haji yang terbaru menunjukkan aset-aset Tabung Haji pada 2017 adalah pada nilai RM70.3 bilion tetapi jatuh kepada RM64.6 bilion pada penghujung 2018. Kejatuhan nilai tersebut jelas berlaku akibat pelabur asing yang cabut lari selepas PRU-14. Fenomena yang dikenali sebagai Mahathir's Slump.

Suruhanjaya Sekuriti pula mengakui bahawa RM200 bilion lesap dari pasaran Malaysia akibat pelaburan asing lari pada 2018, sekaligus menyebabkan banyak saham susut nilai, termasuklah saham-saham yang menjadi pelaburan menguntungkan Tabung Haji selama ini.

Itulah sebenarnya yang berlaku. 'Lubang' yang dituduh oleh Mujahid bukanlah kerana penyelewengan atau rasuah atau disonglap, tetapi aset-aset yang susut nilai pada ketika pasaran di bawah prestasi sebenar.

Cubaan Kerajaan Pakatan untuk menunjukkan mereka hebat dan bagus, amat menggelikan hati.


SPV berkompang kononnya dah berjaya pulihkan aset-aset Tabung Haji.

Januari semasa pemindahan aset, nilainya RM64.6 bilion.
Februari, Kerajaan Pakatan lantik Prokhas.
Mac, aset terus naik jadi RM76.5 bilion.

Pelaburan apakah yang dibuat oleh Prokas atau SPV dalam tempoh tak sampai sebulan sehingga membolehkan keuntungan dicatatkan RM12 bilion? Atau apa sebenarnya yang telah dijual, digadai, dilelong oleh SPV sehingga simpan kira mencatatkan keuntungan RM12 bilion?

Permainan silap mata 'rosot nilai' cuba dilakukan oleh Pakatan untuk menutup tembelang dan kejahatan mereka. Semasa didedahkan kononnya aset leasp bernilai RM4.1 bilion, kaedah itu mengambil kira susut nilai saham. Namun selepas tergesa-gesa memindahkan aset-aset Tabung Haji kepada SPV, Pakatan terus menukar guna kaedah tanpa mengira susut nilai saham, sebaliknya kira aset pada book value.

Dan kalaulah kaedah yang digunakan iaitu aset pada book value dan tidak buat impairment rosot nilai, maka sebenarnya pada zaman Azeea Rahim pun tidak ada defisit yang berlaku. Pakatan tidak menyelamatkan aset-aset dan pelaburan Tabung Haji sebagaimana yang didabik dadakan, bahkan mereka sebenarnya sedang merompak dan terpaksa menggunakan pelbagai justifikasi untuk menutup jejak-jejak rompakan dan jenayah melanun itu.


Thursday, April 4, 2019

BILA YANG DIDAKWA ADALAH NAJIB ABDUL RAZAK TAPI YANG DIBICARAKAN OLEH DUNIA IALAH KERAJAAN MAHATHIR-GUAN ENG!!!



Yang didakwa adalah Najib Abdul Razak.

Namun yang dibicarakan sekarang adalah KERAJAAN MALAYSIA di bawah Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng.

Gelagat Tommy Thomas dan pasukan pendakwarayanya di mahkamah semalam, mendapat perhatian luar biasa dari penonton. Masing-masing menunggu dengan penuh teruja, bukti-bukti kukuh yang akan dipersembahkan oleh Tommy Thomas yang pada sebelum ini, dengan angkuh berkata, Najib pasti akan didapati bersalah kerana bukti-bukti yang ada padanya, sangat kuat dan kukuh.

Namun apa yang berlaku semalam, amat memalukan.

Dari isu RM2.6 bilion, sehinggalah kepada kapal Equanimity dan akhir sekali kes SRC International yang dilihat peluang terbaik untuk menghantar Najib ke lantai penjara, Tommy Thomas kelihatan tergagap-gagap dan sukar mencapai matlamat serta sasaran yang telah ditetapkan oleh pemilik-pemiliknya.

Semuanya bermula dengan hebat apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM melakukan serbuan, penyitaan dan rampasan membabitkan wang tunai, barangan kemas, beg tangan berjenama yang akhirnya disahkan sebagai tiruan, pakaian, bahkan termasuklah juga kasut cucu Najib.

Kononnya semua itu adalah duit 1MDB yang telah dicuri dan digubah.

Namun akhir-akhirnya, kisah RM2.6 bilion itu hilang sebaliknya sekadar diganti dengan kes SRC RM42 juta.

Semalam, Tommy Thomas menampilkan bukti resit-resit kad kredit dan telefon untuk menyokong dakwaannya bahawa Najib Abdul Razak telah mencuri wang SRC International. Turut disebut ialah senarai Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang menerima wang tersebut sebagai persediaan untuk PRU.

Semalam adalah hari pertama dan hari pertama sahaja, Tommy Thomas sudah gelabah teruk. Pasukan pendakwarayanya tidak dapat membantu Tommy Thomas.

Najib dikenakan tuduhan yang begitu banyak dengan harapan, kalau tidak satu, atau dua tuduhan akan lekat dan boleh menyebabkan Najib ke penjara. Singkatnya, Peguam Negara sangat tidak yakin dengan tuduhan utama yang perlu dikenakan terhadap Najib dan berharap ada tuduhan-tuduhan lain yang boleh memenangkannya.

Sememangnya amat mengecewakan dengan prestasi Tommy Thomas selaku Peguam Negara, semalam.


 
Blogger Templates