Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pbt. Show all posts
Showing posts with label pbt. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

DIKEJAMI DAN DILAYAN SEPERTI HAIWAN... INILAH NASIB PENJAJA MELAYU DI MATA PBT!!!



Dua gambar ini memberikan persepsi yang benar2 berlainan...

Gambar pertama adalah yang sedang viral di FB melibatkan penguatkuasa DBKL. Manakala gambar yang terakhir pula melibatkan penguatkuasa MPAJ.

Perlu diketahui, anggota-anggota penguatkuasa DBKL mahupun MPAJ majoritinya adalah MELAYU!

Manakala 'mangsa' mereka pula juga adalah MELAYU.


Baik DBKL mahupun MPAJ, jarang sangat kita degar mereka bertindak kepada penjaja-penjaja tidak berlesen yang bukan Melayu, bahkan ke atas pendatang asing pun seperti yang bahyak berlaku di Chow Kit (DBKL) dan Pandan Mewah (MPAJ)

Tuesday, December 22, 2015

WANG ATASI SISTEM PENTADBIRAN DI TEMERLOH PAHANG... PENTERNAK PATIN DIARAH KOSONGKAN TAPAK ATAU MILIK MEREKA DIMUSNAHKAN BAGI MEMBERI KELEGAAN KEPADA KONSESI PASIR!!!



TEKANAN BERTERUSAN DARIPADA PIHAK BERKUASA NEGERI... Genap seminggu selepas permohonan TOL tapak sangkar ternakan ikan Patin saya di Kg. Tebing Tinggi, Lebak, Temerloh, Pahang, ditolak secara rasmi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, hari ini notis bertarikh 18 Disember 2015 pula dihantar kpd saya supaya mengosongkan tapak berkenaan atau tindakan undang2 termasuk memusnahkan sangkar ikan saya akan diambil terhadap saya.

Kali ini notis ditandatangani tanpa nama penandatangannya pula. Namun, buat pertama kalinya notis menyebut lokasi sangkar saya DI HADAPAN KAWASAN TAPAK SIMPANAN PASIR dan bukan bertindih dgn tapak TOL permit pasir seperti yg diwar-warkan kpd pihak atasan Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini.


Maka sekarang jelaslah sudah permainan dan niat mereka utk mempertahankan dgn apa cara sekalipun permit pam pasir yg dibantah oleh majoriti penduduk Mukim Lebak ini.

Mereka langsung tidak peduli dgn nasib sungai, tebing bahu jalan yg bakal runtuh lebih teruk, nasib penternak ikan yg memenuhi kawasan sekitarnya, nasib nelayan sungai yg bakal hilang mata pencarian, nasib penduduk di kawasan tapak simpanan pasir yg akan dicemari debu dan bunyi bising pam pasir serta kesulitan yg bakal dialami pengguna jalan raya Temerloh-Triang yg semakin sesak dgn kenderaan.


Mereka juga tidak peduli dgn nasib sebahagian kawasan Rizab Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi yg pajak secara tidak sah utk dijadikan tapak simpanan pasir berkenaan.

Keutamaan mereka skrg ialah utk memastikan projek pam pasir ini memulakan operasi secepat mungkin (setelah tertangguh lebih setahun) tanpa mempedulikan bantahan dan kesulitan rakyat.
Mengapa mereka sanggup berbuat demikian semata-mata utk memastikan kelangsungan tauke bangsa asing mengaut keuntungan besar drp kemusnahan alam dan kesusahan bangsa mereka sendiri?


Mereka ada kuasa melulus dan membatalkan permit pam pasir yg secara automatik tamat pada 31 Disember setiap tahun, tetapi mengapa mereka enggan menggunakan kuasa itu demi kesejahteraan rakyat dan kepentingan umum?

Adakah semua ini kerana wang sudah menguasai sistem pentadbiran?

Hanya Allah yg Maha Mengetahui apa yg tersembunyi dan kepada Allah saya berserah serta berdoa, semoga ada penyelesaian dan dijauhkan segala musibah dan penganiayaan.


LA ILLAH HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZ ZOLIMIN...

Dengan nama Allah saya berikrar akan mempertahankan sangkar ikan punca rezeki saya sekeluarga ini walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa dan dengan nama Allah juga saya akan terus memperjuangkan kelestarian alam dan sungai demi kepentingan umum!
ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!



TAYAR LORI BAUKSIT TERCABUT BUNUH GURU, BERAPA RAMAI LAGI YANG PERLU DIKORBANKAN UNTUK BAUKSIT KUANTAN?



Seperti tiada apa-apa yang berlaku, dan seolah-olah keuntungan adalah segala-galanya sehinggalah keselamatan orang ramai yang berada dalam laluan tidak perlu difikirkan. Asalkan, keuntungan boleh diperolehi walaupun akhirnya ramai yang akan terkorban semata-mata demi keuntungan tersebut.

Kalau LYNAS ditentang oleh DAP kerana kononnya membahayakan kesihatan penduduk awam, sedangkan hakikatnya ia adalah satu bentuk saingan kepada pihak tertentu yang meraih laba besar, bauksit pula nampaknya tidak ditentang langsung. Malah tiada satu mulut DAP pun kedengaran bercakap tentang bahaya bauksit, termasuklah kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk mengangkut bahan tersebut ke pelabuhan Kuantan.

Mengapa agaknya?

Adakah kerana ada kaitan kepentingan dalam syarikat-syarikat yang membekalkan lori untuk mengangkut bahan-bahan lombong tersebut ke pelabuhan, maka mulut yang biasanya tidak berhenti-henti bercakap, terus mendiamkan diri?

Bukan kali pertama masalah lori-lori yang mengangkut bauksit ke Pelabuhan Kuantan diperkatakan. Dengan cara pemanduan, jumlah yang sangat banyak pada satu-satu masa, pencemaran alam sekitar dan kerosakan jalanraya, keselamatan penduduk awam dan pengguna jalanraya langsung tidak dititikberatkan.


Semalam, satu lagi nyawa diregut kerana ketamakan pihak-pihak berkenaan. Seorang guru, Norlaili Ahmad Zabidi, 40, maut apabila tayar salah sebuah lori pengangkut bauksit tercabut dan melanggar kereta yang dipandu bersama-sama suaminya.

Allahyarhamah Norlaili Ahmad Zabidi meninggal di tempat kejadian, manakala suaminya pula terselamat.

Kalau sudah tayarnya boleh tercabut, maknanya aspek keselamatan bagi setiap lori yang sudah tentu menggunakan jalanraya, tidak lagi dititikberatkan. Maka timbullah persoalan, adakah lori tersebut menjalani ujian PUSPAKOM? Adakah lori tersebut mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk digerakkan di atas jalanraya?

Atau pihak berkuasa tutup mata dan buat-buat tidak nampak kelibat lori-lori pengangkut bauksit?

Sekali lagi persoalan yang boleh diperkatakan, mana JPJ, mana Jabatan Alam Sekitar dan mana Majlis PBT?


Sunday, November 29, 2015

INILAH NASIB MELAYU PULAU PINANG... HANYA BERNIAGA PISANG TANPA GANGGU LALU LINTAS, TAPI DIZALIMI PENGUATKUASA MELAYU PULAU PINANG!!!



Melayu di Pulau Pinang hanyalah si pecacai dan tidak ubah seperti Arab di negara haram Zionis Israel.

Itulah gambaran mudah yang boleh diberikan.

Menariknya, anggota-anggota penguatkuasa berpangkat rendah bermajoritikan Melayu manakala Ahli-Ahli Majlis yang berkuasa pula, tidak pernah muncul ke hadapan sekalipun arahan yang dikeluarkan membabitkan orang Melayu.



Peristiwa menyayat hati berlaku di Bukit Mertajam, semalam kalau mengikut kepada laporan media sosial.

Seorang lelaki tua Melayu yang telah bertahun-tahun berjualan pisang, bukan sahaja dizalimi, bahkan barang perniagaannya yang tidak bergerai, tidak juga berlokasi tetap dan tidak mengganggu lalu lintas, telah dirampas untuk dimusnahkan oleh anggota-anggota penguatkuasa MPSP yang keseluruhannya adalah Melayu.



Barangkali terlalu sedih atau terlalu letih mempertahankan barangan jualannya yang tidak beberapa ringgit pun keuntungannya, si lelaki tua Melayu itu pengsan.

Si anak lelakinya terus berang.

Dan akhirnya, si anak lelaki itu melakukan sesuatu yang biasanya digunakan untuk mempertahankan penjawat awam daripada dipersalahkan kerana tidak bersikap kemanusiaan iaitu MENGGANGGU ATAU MENGHALANG PENJAWAT AWAM DARIPADA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB.

Itu situasi yang berlaku di Pulau Pinang... juga di tempat-tempat lain.



Anggota-anggota penguatkuasa PBT tersangat rajin, sangat cekap bertindak, sangat pantas dan sangat berpegang teguh kepada buku undang-undang, kalau 'mangsa' mereka adalah Melayu-Bumiputera. Tetapi bertukar menjadi kelu, bisu, buta, tidak sensitif dan langsung tidak faham undang-undang apabila membabitkan bukan Melayu-Bumiputera yang terlibat.

Pak cik penjual pisang itu barangkali tidak berlesen, tidak berpermit dan pemilik bangunan pula tidak senang hati, jijik dan berasa geli melihat seorang lelaki Melayu berjualan pisang di kaki lima bangunannya lantas memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa.

Namun apa salahnya kalau pak cik itu sekadar dihalau, ditunjukkan tempat sepatutnya dia berjualan tanpa mengganggu tokeh-tokeh besar pemilik bangunan dan kakilima. Berapa sen sangatlah jualan pisangnya berbanding dimusnahkan untuk memberikan KEPUASAN kepada seragam yang disarung.

Atau sekadar diberikan amaran, saman dan disuruh berpindah sahaja tanpa perlu dirampas barang-barang jualannya.



Menjalankan perintah dan amanah?

Bagaimana pula dengan tempat-tempat lain yang jelas-jelas melanggar undang-undang tetapi tidak diambil tindakan serupa di Pulau Pinang?

Tidak malukah Melayu-Melayu yang menyarung seragam anggota penguatkuasa tetapi gagal menggunapakai otak dan kewarasan mereka?


Monday, July 6, 2015

PBT TEMERLOH MAIN SILAP MATA SELEPAS ISU KHEMAH PENIAGA PERABOT CINA VIRAL DI INTERNET!!!



Hasad Dengki • Akhirnya setelah dua hari khemah perabot milik peniaga cina ini bertapak dihadapan kedai perabot milik peniaga melayu, PBT Temerloh terpaksa akur dan malu membuka khemah ini.

Beberapa fakta berkenaan PBT Temerloh:

Hari Pertama (Khamis) - PBT Termerloh hanya mengarahkan khemah perabot milik peniaga cina ini ke tempat lain (sedangkan khemah ini tiada permit apabila ditanya hari kedua).

Hari Kedua (Jumaat) - Isu telah menjadi viral dan sekali lagi Pegawai PBT Temerloh mengakui bahawa khemah ini tiada permit. PBT memberi tempoh sehingga esok (sabtu) untuk dibuka. Saya sendiri menghubungi PBT Temerloh dan ada pegawai menyatakan bahawa pemilik kedai perabot melayu ini ada sharepartner dengan peniaga cina ini tetapi bergaduh. Apabila saya mendapatkan kepastian berkenaan perkara ini, peniaga melayu menafikan sekeras-kerasnya dan ternyata ianya fitnah.

Hari Ketiga (Sabtu) - Khemah telah dibuka lebih kurang jam 2 petang. Barangan perabot telah diambil semula oleh peniaga cina sejak pagi. Saya dimaklumkan bahawa peniaga cina ini telah menyewa lot kedai selang beberapa kedai daripada Kedai Hj. Ghani Perabot. Nampak ada kedengkian dipihak peniaga cina.

TIGA PERKARA MENJADI PERSOALAN:

1. Bagaimana PBT Temerloh tidak tahu khemah ini tiada permit pada hari pertama dibuat aduan?

2. Menempelak peniaga melayu dengan menyatakan tapak diluar permis adalah milik PBT dan PBT berhak membuat keputusan.

3. Menuduh peniaga melayu kononnya pada asalnya peniaga melayu dan cina ini adalah sharepartner sedangkan ianya fitnah. (SUMBER)


 
Blogger Templates