Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label spr. Show all posts
Showing posts with label spr. Show all posts

Wednesday, November 13, 2019

SPR DAN PENGERUSINYA DILIHAT PANIK APABILA TREND SOKONGAN KEPADA PAKATAN HARAPAN SEMAKIN MERUDUM SEHINGGA TERPAKSA PERKENALKAN UNDANG-UNDANG BARU MENJELANG 3 HARI PEMBUANGAN UNDI!!!



Kenyataan yang keluar dari mulut Pengerusi SPR berhubung kempen di PRK Tanjung Piai bukan sahaja mengejutkan banyak pihak terutama sekali pembangkang, tetapi juga menimbulkan tanda tanya tentang keupayaan sebenar Kerajaan Pakatan Harapan dalam mengharungi baki penggal pentadbiran mereka yang sepatutnya berakhir pada Jun 2023.

Pengerusi SPR, Art Harun atau Azhar Azizan Harun berkata, semua parti dan calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai diingatkan bahawa kempen yang dibuat dari rumah ke rumah, perlu mendapatkan permit dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Alasannya, ia juga merupakan suatu bentuk berkempen. (RUJUK SINI)

Art Harun ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional merupakan antara individu yang galak dan lantang bercakap tentang ketelusan, kejujuran dan pertandingan seimbang antara Kerajaan dengan Pembangkang. Namun setelah dilantik menjadi Pengerusi SPR, Art Harun dilihat lebih cenderung untuk memastikan Pakatan Harapan tidak kalah terutama dalam beberapa pilihanraya kecil seperti di Cameron Highland, Rantau dan Semenyih.


Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Art Harun sebagai sesuatu yang benar-benar menakjubkan memandangkan tidak pasti di bawah akta mana peraturan baru tersebut dikeluarkan.

"Kalau kempen atas kenderaan, kenderaan itu kena berhenti tidak boleh berkempen sewaktu kenderaan bergerak. Begitu juga kempen rumah ke rumah. Kalau dulu tidak ada permit, ceramah sahaja yang perlukan permit," kata dalam FB peribadinya. (RUJUK SINI)

Dalam kenyataannya itu, Art Harun berkata, program tinjauan mesra (walkabout) juga turut dianggap sebagai kempen bergerak dan perlu mempunyai tempoh masa serta lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.

Ismail Sabri Yaakob turut mempersoalkan pengumuman Pengerusi SPR itu.

"Saya pun tak faham dengan SPR ini. Dari segi mana? Sepatutnya mereka adalah badan berkecuali dan bukannya badan yagn dikuasai oleh Kerajaan.

"Apa yang nak dilakukan oleh SPR mestilah berdasarkan undang-undang dan akta. Jadi saya tidak faham, kenapa perkara seperti ini timbul di PRK Tanjung Piai. Adakah kerana pihak PH nampak mereka mempunyai jalan sukar untuk menang?" kata Ismail Sabri Yaakob lagi.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berpendapat, keputusan terbaharu SPR itu dilihat sebagai bercanggah dengan prinsip kebebasan untuk calon bertemu pengundi bagi tujuan berkempen.


Susulan itu, dia mempersoalkan tindakan SPR ini kerana dilihat menyusahkan calon, ejen kempen dan parti untuk bertemu dengan pengundi secara bersemuka. Menurutnya, dalam tempoh rasmi berkempen, SPR sepatutnya perlu memudahkan parti yang bertanding dan calon untuk berkempen serta bertemu pengundi.

“Meletakkan syarat mendapat permit polis untuk mereka berkempen bertemu pengundi di rumah adalah keterlaluan dan tidak sesuai dalam pelaksanaan proses demokrasi yang bebas serta adil.

“Ia (kempen rumah ke rumah) sudah lama menjadi budaya dalam proses politik negara sejak merdeka.

“Apatah lagi ia membabitkan pelbagai parti, calon dan kepentingan rakyat selaku pengundi yang akan menentukan wakil untuk dipilih mewakili mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mengapa sekarang perlu disusahkan (kempen) selagi mereka tidak melanggar kesalahan di bawah undang-undang atau peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan parti dan calon yang hendak berkempen dari rumah ke rumah perlu mendapat permit polis.

Peraturan ini kali pertama dikeluarkan SPR ketika tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai berbaki dua hari lagi.

SPR sebelum ini tidak pernah meletakkan syarat atau mengeluarkan arahan kepada mana-mana parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya perlu mendapatkan permit jika mahu berkempen dari rumah ke rumah. (RUJUK SINI)

Saturday, March 16, 2019

TERDESAK, PENGERUSI SPR MAHU MEMPERKENALKAN SISTEM E-VOTING UNTUK MEMANIPULASI JUMLAH UNDI DAN KEKALKAN KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN!!!



12 Mac lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Azhar Azizan Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun memaklumkan seramai 3.7 juta pengundi yang belum berdaftar boleh berbuat demikian secara dalam talian dalam tempoh yang terdekat ini.

SPR juga bercadang untuk melaksanakan E-Voting yang menurutnya akan memendekkan masa proses mengundi bagi seseorang pengundi.

Menurutnya, seseorang pengundi mengambil masa dua minit dari masa mereka memeriksa nama dengan pegawai SPR sehinggalah sampai ke tempat mengundi.

"Ada dua kaedah e-voting. Pertama, mengundi di dalam talian di mana pengundi tidak perlu hadir ke pusat mengundi dan satu lagi menggunakan alat elektronik di mana pengundi masih perlu datang ke pusat mengundi. Daripada menggunakan kertas undi, anda menggunakan mesin," katanya (RUJUK SINI)

Pengerusi SPR itu barangkali sudah dapat mengesan kegagalan Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir mempertahankan kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan apabila semakin besar gelombang penentangan rakyat terhadap Kerajaan yang diterajui oleh Dr. Mahathir.

Lebih ironi lagi, setiap tindakan kerajaan menjual aset-aset negara, semuanya mendapat reaksi buruk dan ditolak oleh rakyat. Malahan dasar dan polisi kewangan serta ekonomi negara, turut memberikan kesan kepada kedatangan pelaburan asing di negara ini sehinggakan kerajaan melihat perlunya menjual segala-galanya yang terdapat di negara ini.


Masakan SPR dan Pengerusi SPR yang hebat serta bijaksana itu tidak tahu bahawa menurut pakar-pakar perlindungan data (RUJUK SINI), e-voting mencabul kerahsiaan pengundian kerana tidak kesemua transaksi boleh difahami oleh pengundi. Sistem yang ada kini tidak boleh melindungi sebarang kerahsiaan dalam persekitaran kepenggunaan, dengan kata lain, komputer yang dijangkiti malware boleh mengubah kerahsiaan sesuatu undian.

Menurut sesetengah pengkritik, masalah terbesar adalah membabitkan risiko keselamatan seperti penggodaman, pembelian undi dan manipulasi-manipulasi lain. Dengan memasukkan virus ke dalam komputer, undi-undi boleh diubah. Sekiranya pilihanraya atau undi boleh dimanipulasi dengan skala besar oleh penjenayah, perkhidmatan atau syarikat perisikan asing, bermakna tiada gunanya melaksanakan demoksrasi atau pilihanraya.

Tidak seperti peti undi fizikal, undi-undi elektronik tidak boleh dikira secara manual. Dengan e-voting, penjumlahan dilakukan secara berpusat. Tidak ada individu yang akan menambah undi atau pun pemantau pilihanraya yang akan memastikan proses pengundi berjalan lancar selain pemeriksaan tidak boleh dilakukan. Dengan kata lain, rakyat dipaksa untuk mempercayai sistem e-voting secara membabi-buta sahaja.

Suatu ketika dahulu, Art Harun merupakan antara mereka yang kuat menentang penggunaan biometrik untuk memastikan hanya rakyat dan warga Malaysia sahaja yang mengundi. Seolah-olah terlalu takut, hanya warganegara Malaysia yang telah disahkan oleh pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara sahaja yang mengundi, sekaligus menyebabkan undi untuk Pakatan Harapan merosot teruk, akhirnya mereka mendesak agar sistem biometrik tidak dilaksanakan, sebaliknya digantikan dengan celup jari ke dalam dakwat.


Alasan utama mereka untuk menolak sistem biometrik ialah, kos yang terlalu tinggi walaupun hakikatnya mereka tidak mahu saringan lebih ketat terhadap pengundi dibuat sehingga ramai pula yang menyaksikan bagaimana mereka yang langsung tidak boleh bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan turut membuang undi sekaligus memberikan kemenangan besar kepada DAP terutama di kawasan-kawasan bandar.

Anehnya, dalam isu e-voting, tidak pula kedengaran tentang kos yang terlalu mahal walaupun sebenarnya kos yang perlu dibelanjakan oleh Switzerland yang merupakan antara negara berpopulasi rendah yang mahu mengadakan e-voting adalah USD736 juta atau RM2.973 bilion. Undi secara elektronik adalah jauh lebih mahal berbanding undi yang dihantar menerusi sampul surat!

Kenyataan Pengerusi SPR untuk memperkenalkan sistem e-voting dalam pilihanraya di Malaysia sebenarnya adalah cadangan terdesak untuk memastikan Pakatan Harapan terus menang dan menjadi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selepas kelihatan sukar untuk memperolehi majoriti dua pertiga seperti yang dihajatkan walaupun hanya memerlukan sembilan kerusi sahaja lagi, e-voting adalah satu-satunya cara yang paling berkesan untuk memperolehi apa yang dihajati. (RUJUK SINI)

Sebabnya, tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan e-voting kerana ia bersifat bukan manusia dan mudah dimanipulasikan!!!


Tuesday, March 27, 2018

PUNYALAH U-TURN!!! DULU BUKAN MAIN MARAH SEBAB SPR NAK GUNA SISTEM BIOMETRIK! LA NI, DESAK SPR GUNA ALAT PENGESAHAN MYKAD UNTUK ELAK PENGUNDI HANTU!!!



Pilihanraya Umum sudah tidak beberapa lama lagi. Tarikhnya sudah semakin hampir. Dan semakin hampir dengan tarikh tersebut, maka semakin banyaklah isu yang ditimbulkan. Termasuklah isu-isu yang suatu masa dahulu pernah ditimbulkan dan telah 'diselesaikan' tetapi terpaksa dimainkan semula bagi membolehkan persepsi masyarakat dibina semula. 

Pakatan memperkenalkan cerita kononnya pilihanraya di Malaysia dipenuhi dengan pengundi hantu. Pada PRU-13 lalu, Pakatan yang diketuai oleh DAP bertindak di luar kewarasan apabila berlagak seperti pihak berkuasa memeriksa dan menghalang sebahagian rakyat Malaysia yang berhak membuang undi dengan alasan, mereka adalah PENGUNDI HANTU. 

Sebelum itu, mereka menuntut agar Suruhanjaya Pilihanraya menggunakan dakwat kekal setelah menolak penggunaan sistem biometrik bagi mengelakkan pengundi membuang undi dua kali. Walaupun dikatakan kaedah celup jari dalam dakwat kekal merupakan kaedah primitif yang tidak lagi digunakan di negara-negara maju, sebaliknya penggunaan sistem biometrik lebih digunakan, tetapi Pakatan tetap berkeras untuk menggunakan dakwat kekal. 

Apabila dakwat kekal diperkenalkan penggunaannya, mereka juga yang melalak mengatakan dakwat kekal tidak menjamin pengundi tidak boleh mengundi buat kali kedua. Pelbagai drama diguna dan dibuat untuk memaki hamun SPR sekaligus untuk mewujudkan persepsi bagi menolak keputusan PRU-13 yang tetap berpihak kepada Barisan Nasional. 

Kini, cerita tentang PENGUNDI HANTU MUNCUL LAGI. 

Dan sekali lagi, Pakatan muncul dengan idea 'tersendiri' untuk mewujudkan persepsi kononnya pilihanraya umum di Malaysia telah dicemari dengan pengundi-pengundi hantu yang akan mengundi Barisan Nasional. 

Kalau dahulu, mereka menolak penggunaan biometrik yang akan memeriksa dan mengesahkan status identiti pengundi, kini mereka muncul dengan desakan agar SPR menggunakan perkakasan yang membuat pengesahan MyKad bagi mengelakkan 'pengundi hantu' daripada terlibat dalam PRU-14. (RUJUK SINI) 

Dalam satu sidang akhbar bersama, lima orang Ahli Parlimen dari DAP, PKR dan PPBM, PAN dan Warisan berkata, sepanjang perbincangan terbaharu, SPR tidak memberikan sebarang jaminan bahawa sebarang perkakasan atau perantian untuk mengenalpasti dokumen pengenalan diri akan digunakan di pusat-pusat mengundi.

"Apabila kami melihat bagaimana perkhidmatan hospital telah dicabuli oleh pendatang haram kerana tidak wujud perantian pengesahan MyKad, tidak mustahil keadaan itu akan diambil kesempatan oleh pengundi hantu untuk membuang undi," kata mereka. 

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Presiden PPBM Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking. 

Ahli-ahli Parlimen tersebut memberikan reaksi berhubung laporan terkini yang mendakwa pendatang asing menikmati perkhidmatan kesihatan di hospital-hospital kerajaan dengan menggunakan MyKad palsu.

"SPR perlu mengkaji semula SOP dan jaminan penggunaan perantian pengesahan MyKad untuk memastikan hanya pengundi tulen yang membuang undi," kata mereka. 

Ironinya, Ahli-Ahli Parlimen yang sama - kecuali Muhyiddin Yassin - yang sebelum ini bersungguh-sungguh tidak mahukan dan menolak sistem biometrik dengan alasan sistem tersebut akan membazir wang rakyat!


Wednesday, September 21, 2016

TONY PUA GELARKAN AZMIN ALI 'BODOH' SEBAB TAK MAHU IKUT PERINTAH LIM KIT SIANG!!!



Mentang-mentanglah Cap Bunga sudah bersama-sama mereka, dan mentang-mentanglah juga Tony Pua sudah terdedah sebagai 'planted' bekas Pengerusi Kroni Sdn Bhd yang sekarang ini menjadi Pengerusi Parti Cap Bunga (kroni) ke dalam DAP, secara berterus-terang Tony Pua tidak lagi berselindung menempelak Azmin Ali. 

Azmin Ali dipanggil sebagai BODOH hanya semata-mata kerana enggan mendengar atau mematuhi titah perintah Lim Kit Siang yang membuat keputusan dalam mesyuarat tergempar DAP malam tadi.

Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR itu menolak cadangan untuk membubarkan DUN Selangor bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Selangor bagi mengelakkan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya di Selangor walaupun DAP kurang berkeyakinan untuk meraih kemenangan seperti PRU-13. Namun menurut Tony Pua, adalah satu kebodohan seandainya pilihanraya negeri hanya diadakan selepas persempadanan semula selesai. 

Menurut Tony Pua lagi, DAP akan menghantar cadangan tersebut ke Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan untuk keputusan akhir.

Semalam, Azmin Ali menolak cadangan tersebut dan berkata, Kerajaan Negeri Selangor sedia ada perlu melengkapkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

Agak menghairankan kerana 'orang pandai' seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang seperti tidak faham tentang Akta Pilihanraya. Sebabnya, setiap persempadanan semula sama ada DUN mahupun Parlimen perlu dibawa ke sidang DUN atau Dewan Rakyat terlebih dahulu untuk dibahas dan diluluskan.

Persempadanan semula yang melibatkan pertambahan kerusi, ianya perlu mendapat majoriti 2/3 ADUN atau Ahli Parlimen. Manakala persempadanan semula yang tidak melibatkan pertambahan kerusi, cukup dengan sokongan majoriti mudah ADUN atau Ahli Parlimen sahaja. 

Dalam kes di Selangor, jumlah keseluruhan kerusi DUN adalah 56. BN hanya memperolehi 12 kerusi DUN sahaja, manakala selebihnya dikuasai oleh tiga parti yang menubuhkan Kerajaan Campuran yang dahulunya dikenali sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat. 12 Kerusi BN tidak membolehkan ADUN-ADUN BN menyokong atau meluluskan persempadanan semula itu!


Friday, April 1, 2016

PRN-11 SARAWAK... KITA BAKAL TENGOK, DAP BALAS DENDAM DENGAN MENCABAR UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA SEPERTI PRN-10!!!



Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April 2016. Sekaligus membuka satu lagi 'peperangan' merebut negeri Sarawak dalam Pilihanraya Negeri ke-11 antara parti-parti politik melibatkan Barisan Nasional, Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN), PAS dan beberapa parti tempatan Sarawak untuk merebut 82 kerusi DUN.

DAP Sarawak dipimpin oleh Chong Chien Jen manakala 'pembantunya' dari Semenanjung adalah Tony Pua. Bagaimanapun, Tony Pua dan Teresa Kok berhadapan dengan masalah imigresen Sarawak apabila mereka tidak dibenarkan memasuki dan menjejakkan kaki ke tanah Sarawak lagi bagi mengelakkan kekacauan di kalangan masyarakat tempatan. 

Lim Kit Siang melihat Sarawak sebagai negeri kedua selepas Pulau Pinang yang mempunyai potensi untuk dikuasai oleh DAP memandangkan komposisi pengundi-pengundi Cina di Sarawak selain penganut Kristian yang dilihat lebih mesra DAP berbanding BN.

Pada PRN-10 lalu, DAP melancarkan kempen-kempen panas dan penuh kontroversi termasuklah menggunakan isu Bible berbahasa Melayu yang tidak sepatutnya timbul, memandangkan Kerajaan Persekutuan mengecualikan Sarawak dan Sabah dalam hal membabitkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam hal tersebut. 

Itu adalah perjanjian dan persetujuan ketika Malaysia hendak ditubuhkan. 


Bagaimanapun, DAP yang terdesak dan melihat ruang yang lebih besar untuk memanipulasinya, telah menggunakan isu tersebut dengan sebebas-bebasnya seolah-olah Kerajaan Persekutuan anti-Kristian. Malah dalam satu kempen di kawasan bandar Kuching, beredar juga makalah-makalah anti-Jesus dan anti-Christ yang kemudian para pengundi diminta mengundi DAP untuk memastikan ancaman ke atas agama Kristian dan penganut agama Kristian di negeri tersebut.

Lim Guan Eng dikatakan arkitek utamanya, sehingga kemudian selepas PRN-10, berlaku 'baiah' di Hotel Red Rock, Pulau Pinang yang menggemparkan negara ekoran aku janji tentang Negara Kristian dan Perdana Menteri beragama Kristian, yang kemudian dinafikan oleh DAP dengan sekeras-kerasnya.

Kini Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan masalah yang lebih besar membabitkan perundangan. Seluruh perhatian DAP kini ditumpukan untuk membela Lim Guan Eng dan banglo serta hartanahnya yang dibeli dengan diskaun besar.

Projek IMPIAN SARAWAK yang dibuat oleh DAP Sarawak dan Pusat juga nampaknya tidak berkesudahan dengan baik kerana helahnya telah pun bocor. Projek IMPIAN SARAWAK hanyalah projek mengambil dan meletak nama, manakala kesudahannya disiapkan oleh Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Pusat. 


PRN-11 bakal menyaksikan kempen-kempen panas DAP membabitkan perkauman dan keagamaan walaupun tidak menampilkan pemimpin-pemimpin utama mereka dari Semenanjung. DAP Sarawak cukup terkenal dengan kempen-kempen yang langsung tidak mengikut undang-undang termasuklah menggunakan kanak-kanak sebagai tentera-tentera kempen  mereka sepertimana yang tertera dalam gambar di atas.

Pun begitu, populariti dan penerimaan ke atas Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem, dilihat cabaran utama kepada DAP yang sedang bercita-cita untuk bertanding di 40 atau 50 kerusi DUN dalam PRN kali ini.

Maka tidak hairanlah mengapa Lim Kit Siang meroyan sakan apabila anak lelakinya berhadapan dengan kemelut banglo RM2.8 juta di Pulau Pinang sehingga menuduh anak lelakinya itu sengaja dilibatkan dengan kemelut tersebut bagi mengelakkan Lim Guan Eng menjanakan kempen serangan di Sarawak. (RUJUK SINI) 

Dan pada masa yang sama, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen pula bakal berhadapan dengan ketidakabsahannya untuk bertanding dalam PRN kali ini kerana telah mempunyai rekod jenayah.


Thursday, October 15, 2015

PROKSI DAP KECEWA, RAYUAN PERSEMPADANAN SEMULA SARAWAK, DITOLAK MAHKAMAH PERSEKUTUAN!!!



Mengamuk sakan proksi DAP, BERSIH apabila rayuan mereka agar politik di Sarawak berjaya dikucar-kacirkan, disekat oleh Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan mereka membabitkan persempadanan semula kawasan pengundian di Sarawak, sekaligus mengesahkan dan mengabsahkan kewujudan 11 DUN baru di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan DUN di Sarawak adalah 82 DUN berbanding 71 sebelum persempadanan semula.

BERSIH menuduh SPR telah 'bermain kotor' apabila tidak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan apabila menyerahkan laporan persempadanan semula Sarawak kepada Jabatan Perdana Menteri. Menurut BERSIH, tindakan itu telah memendekkan proses keadilan. (RUJUK SINI)

Hampir tidak ada ulasan langsung daripada BERSIH atau DAP tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan mereka agar keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu, diteruskan. Sebaliknya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan sebelum itu, telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 15 Mei tahun ini yang memerintahkan SPR supaya mengeluarkan semula notis selepas memutuskan bahawa notis yang dipertikaikan oleh DAP itu kekurangan butiran.

Pada 25 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie turut mengeluarkan perintahan tambahan dengan mengisytiharkan notis persempadanan semula SPR itu batal dan tidak sah selepas memutuskan bahawa notis itu tidak selaras dengan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan semula semula kehakiman.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh hakim Datuk Mohd Zawawi memutuskan bahawa notis SPR adalah selaras dengan Seksyen 4 (a) Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Sekarang, BERSIH menyalahkan Mahkamah Persekutuan pula kerana kekalahan mereka.

"Hasil daripada keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, SPR diberi kuasa untuk membuat keputusan mengenai jenis maklumat yang ingin dibentangkannya kepada orang ramai dan untuk meminggirkan hak dan kuasa pengundi untuk mengkaji cadangan persempadanan semula itu supaya mereka boleh membuat bantahan dengan berkesan," kata Bersih. (RUJUK SINI)

Secara tidak langsung, BERSIH juga mengesahkan bahawa mahkamah tidak pernah menghalang SPR menjalankan tanggungjawab mereka. Malah mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia sendiri telah memutuskan bahawa SPR tidak melakukan sebarang perkara yang menyalahi Perlembagaan sebagaimana yang didakwa oleh proksi DAP itu.

Persoalannya sekarang, mengapa BERSIH beria-ia menghalang keras persempadanan semula ini? Mengapa pula BERSIH beria-ia meminta SPR menanti mereka membuat proses rayuan sedangkan hakikatnya, BERSIH sebenarnya yang perlu lebih pantas mengemukakan rayuan, bukan SPR yang menanti mereka?

BERSIH dan DAP seharusnya menjawab persoalan yang kerap diberikan kepada mereka atas alasan apa mereka menentang dan menghalang sangat proses persempadanan semula sedangkan ianya termaktub dalam Perlembagaan? Adakah sebenarnya mereka menentang Perlembagaan Malaysia? Atau sebenarnya mereka ingin menunjukkan yang mereka lebih pakar daripada SPR dalam menjalankan tugas-tugas persempadanan semula yang memberikan kelebihan dan keuntungan kepada DAP?

Sesuatu yang perlu diketahui ialah, proses ini masih boleh didebatkan di Parlimen. BERSIH dan dalang-dalang mereka boleh berdebat di dalam Sidang Parlimen. Malah sebelum ini pun, SPR telah memberikan ruang dan peluang secukupnya kepada semua pengundi yang terbabit tetapi See Chee How pula lebih berminat untuk membantah di Mahkamah berbanding menerusi proses yang disediakan oleh SPR, dan kemudian menyalahkan Mahkamah Persekutuan kerana membuat keputusan menyebelahi SPR.


Friday, September 4, 2015

SALAHKAN SPR, TETAPI AKAUN SETIAP PARTI POLITIK, SEMUANYA RAHSIA!!!



Kontroversi berhubung RM2.6 bilion terus digunakan oleh DAP dan PKR untuk mewujudkan perasaan tidak percaya kepada Suruhanjaya Pilihanraya. SPR dituduh terlalu menyebelahi UMNO-BN kerana gagal menjadikan isu tersebut sebagai penyebab kepada pembatalan kemenangan UMNO-BN dalam PRU-13 lalu, sekaligus menghadiahkan kemenangan secara percuma kepada Pakatan Rakyat hanya menang 89 kerusi Parlimen (belum ditolak 21 kerusi Parlimen yang dimenangi PAS) berbanding 133 yang dimenangi oleh UMNO-BN.

Di dalam Barisan Nasional, UMNO merupakan pemenang terbanyak dengan 88 kerusi dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 14 kerusi Parlimen.

Menariknya, hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang dipersoalkan. Manakala perbelanjaan yang digunakan oleh DAP dan PKR yang berkempen secara aktif sebaik-baik sahaja keputusan PRU-12 diumumkan pada 8 Mac 2008 sehinggalah keputusan PRU-13 pada 5 Mei 2013, bahkan berterusan sehingga ke hari ini,

Mengutuk UMNO-BN tetapi PKR dan DAP terutamanya, sangat takut untuk mendedahkan punca serta jumlah perbelanjaan yang mereka lakukan. Sebaliknya mereka seperti cuba mengakalkan dan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia dengan cerita tentang potongan gaji dan elaun serta kutipan derma daripada majlis makan malam seperti yang cuba dilakukan oleh Tony Pua.

Dek kerana itulah, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan agar SPR diberikan kuasa untuk mengaudit setiap parti politik di Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar diberi kuasa untuk melakukan audit terhadap akaun parti politik dan perbelanjaan calon yang bertanding semasa pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, ketika ini SPR hanya dipertanggungjawabkan untuk menerima laporan perbelanjaan selepas sesuatu pilihan raya selesai.

“SPR buat masa ini tiada kuasa audit kita cuma terima laporan sahaja itupun hanya perbelanjaan sepanjang tempoh rasmi kempen.

“Laporan itu pula hanya dalam bentuk mengemukakan resit, bil menunjukkan calon berbelanja mengikut yang ditetapkan iaitu RM200,000 untuk Parlimen dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari ulang tahun ke-58 penubuhan SPR di Putrajaya pada Jumaat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengaudit, namun terdapat pihak lain bertanggungjawab berbuat demikian antaranya Jabatan Audit Negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bertanggungjawab untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam pertandingan.

Ketika ditanya mengenai pembentukan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Abdul Aziz berkata SPR sedia untuk menyertai jawatankuasa itu sekiranya dipelawa menjadi sebahagian daripada anggota.

“Jika dipelawa, kami akan menyertainya, tapi kalau tak, ia bukanlah kemestian untuk turut serta, mereka (jawatankuasa) boleh hubungi kita kalau ada keperluan,” katanya.

Menurut Abdul Aziz pembentukan jawatankuasa khas itu juga satu tindakan baik kerana ia dapat mengelak mana mana parti politik daripada sebarang tohmahan tidak berasas.

Penubuhan JKNMPP diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Ogos bagi merangka pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif untuk dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi SPR itu juga berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pihak Bersih selagi ia mematuhi undang-undang.

“Dia demonstrasi ada apa? Kami tidak mahu pemerhati tidak bebas. Fikirkan, kenyataan mereka, tindakan mereka, adakah mereka bebas?” soal Abdul Aziz.

-BERNAMA



Wednesday, September 2, 2015

SURUHANJAYA PILIHANRAYA AKAN JADI SASARAN SERANGAN DAP SELEPAS BERSIH 4.0!!!



Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR, bakal dijadikan serangan seterusnya apabila DAP berjaya mengumpulkan kekuatan para penyokong mereka yang terdiri daripada masyarakat Cina dalam BERSIH 4.0 dengan antara lain tujuan demonstrasi tersebut bertujuan untuk mempertikaikan peranan dan tugas SPR.

BERSIH 4.0 sama seperti siri demonsrasi BERSIH yang lain, tidak berpuas hati apabila SPR tetap mendapati bahawa keputusan semua Pilihanraya Umum memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional meskipun BN tidak lagi memperolehi majoriti 2/3.

DAP yang sangat bercita-cita tinggi, terutama selepas mereka berjaya 'menawan dan menjajah' PAS pada tahun 2008 sehinggalah PAS akhirnya sedar dan menyingkirkan para pemimpin proksi DAP dalam PAS, sentiasa mewujudkan perasaan tidak percaya kepada SPR. Berbeza pula dengan diri mereka sendiri, DAP sentiasa digambarkan sebagai pihak yang paling jujur dan sentiasa amanah.


Cadangan SPR untuk membuat persempadanan semula mengikut hak-hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan, ditentang keras oleh DAP. Alasan yang mereka berikan ialah, SPR membuat persempadanan secara tidak adil dan lebih memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional.

Dan para penyokong mereka pun ikut bersorak dan menyalak.

Bagaimanapun, keputusan PRU jelas menunjukkan bagaimana DAP telah berjaya mengumpulkan para penyokong yang entah dari mana datangnya. Jumlah pengundi mereka secara drastik meningkat tinggi walaupun satu fakta yang sukar dinafikan ialah, orang Cina tidak suka berkeluarga besar. Zaman orang Cina berkeluarga lebih dari empat orang, sudah lama berlalu berbanding orang Melayu-Bumiputera dan India.

Dengan 'kejayaan besar' BERSIH 4.0, DAP dan rakan sekongkol mereka sudah pasti akan melakukan tekanan kepada SPR agar melakukan persempadanan semula mengikut design mereka sendiri. Apatah lagi DAP sudah tahu pola pengundi yang membolehkan mereka merampas atau menambah kerusi Parlimen mahupun DUN.


Setiap kali DAP melihat persempadanan semula melibatkan kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Bumiputera, mereka pasti akan cuba membawanya ke mahkamah untuk mempertikaikannya. Dibantu oleh PKR yang cuba menjadi pengaut keuntungan daripada isu yang ditimbulkan oleh DAP, parti yang diketuai oleh Lim Guan Eng itu sebenarnya mahukan lebih banyak kerusi Parlimen bandaran diwujudkan kerana di kawasan bandar, penduduk dan pengundi Cina lebih ramai.

BERSIH 4.0 adalah pemangkin kepada serangan lebih kejam dan keras DAP ke atas SPR. Kegagalan SPR untuk menguatkuasakan dan menggunapakai SISTEM BIOMETRIK telah dipergunakan sepenuhnya oleh DAP untuk mengeji SPR dan pada masa yang sama, membuatkan SPR terlalu sibuk sehingga tidak lagi teringat dengan SISTEM BIOMETRIK yang jauh lebih cekap berbanding sistem dakwat kekal yang digunakan oleh negara zaman batu.

SPR sedang melakukan persempadanan semula di Sarawak dan Sabah. Tidak lama lagi, SPR akan melakukannya di Semenanjung pula.


Sabah dan Sarawak mungkin kurang tentangannya kerana di sana DAP hanyalah sebuah PARTI SEMENANJUNG yang kegiatan mereka, hanyalah sekadar di kalangan masyarakat Cina yang malu untuk mengakui DAP adalah PARTI SEMENANJUNG. Tetapi persempadanan semula di Semenanjung pasti akan menyaksikan pembabitan lebih aktif DAP untuk memaksa Suruhanjaya Pilihanraya mengikut kehendak mereka dengan membanyakkan kerusi-kerusi Parlimen bermajoritikan Cina.

Dan seandainya SPR terpengaruh sepertimana dalam kes penggunaan dakwat kekal berbanding SISTEM BIOMETRIK, maka tercapailah cita-cita besar DAP mewujudkan sebuah 'Empayar Cina Pantai Barat' di Semenanjung Malaysia yang menganjur dari Kedah sehingga ke pangkal Singapura.

Dek kerana itulah walaupun BERSIH dalam motto mereka kononnya memperjuangkan KETELUSAN DAN KEADILAN PILIHANRAYA tetapi langsung tidak menyebut tentang perlunya SISTEM BIOMETRIK yang boleh menyaring dan menghapuskan pengundi hantu serta pengundi palsu yang bukan rakyat Malaysia yang tidak faham Bahasa Kebangsaan.


Saturday, August 29, 2015

ALANG-ALANG DAP DAN BERSIH 4.0 TETAP MAHU MENGUTUK SPR, ELOK SPR KUATKUASAKAN SISTEM BIOMETRIK!!!



Antara alasan yang diberikan oleh DAP menerusi BERSIH 4.0 bagi menghalalkan mereka mengganggu aktiviti ekonomi di kawasan yang menjadi tumpuan orang Melayu berbanding di kawasan yang menjadi kawasan utama Cina di Kuala Lumpur seperti Petaling Street mahupun Bukit Bintang, ialah kononnya mahu membersihkan daftar pengundi dan menuntut sistem pilihanraya yang lebih bersih.

Bersih yang macam mana, hanya mereka yang mengetahui.

Yang pasti, DAP tidak berpuas hati kerana mereka masih tidak dapat memasuki kawasan bermajoriti Melayu-Bumiputera dan mahu membanyakkan lagi kawasan bermajoriti Cina.

DAP cuba menjadikan bukti bahwa kerajaan yang ada pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak sah serta menipu untuk menang berdasarkan jumlah undi majoriti yang dimenangi oleh DAP di kawasan-kawasan kubu kuat mereka.

DAP bagaimanapun, merupakan pihak yang paling lantang dan kuat menentang usaha Suruhanjaya Pilihanraya untuk menggunakan sistem biometrik untuk pengesahan status kewarganegaraan dan pemilih. Tentangan dan demonstrasi besar-besaran iaitu BERSIH 3.0 pada tahun 2012 akhirnya memaksa SPR menggunakan dakwat kekal bagi menggantikan sistem biometrik.

Hasilnya ialah, DAP mendapat terlalu banyak undian daripada pengundi-pengundi yang sangat mencurigakan ekoran kegagalan mereka memahami arahan dalam Bahasa Kebangsaan, tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan serta dijaga oleh gembala-gembala upahan DAP ketika beratur untuk membuang undi pada PRU-13.

Walaupun kewujudan pengundi-pengundi tersebut menimbulkan syak wasangka, ditambah pula dengan halangan yang dibuat kepada pegawai-pegawai bancian apabila mereka cuba masuk ke kawasan-kawasan berhabitat Cina.

Terlalu banyak kecurigaan yang wujud, ditambah pula dengan keengganan DAP untuk penguatkuasaan sistem biometrik sehingga mereka melancarkan demonstrasi BERSIH 3.0 yang akhirnya kerajaan dan SPR terpaksa menurut kehendak mereka.

Hasilnya ialah keputusan PRU-13 yang sangat 'menakjubkan' apabila jumlah pengundi muda Cina sangat ramai walaupun diketahui orang Cina sangat jarang berkeluarga besar. Sukar mencari sebuah keluarga Cina yang mempunyai lebih dari empat orang anak. Tetapi pada PRU-13, mereka keluar beramai-ramai seperti anai-anai berselerak setelah sarangnya pecah.

Dari mana mereka datang?

Adakah kerana kesan daripada tekanan yang dikenakan kepada SPR agar membatalkan penggunaan sistem biometrik sebaliknya sekadar menggunakan dakwat kekal yang kemudian mereka pertikaikan agar SPR terus dipertikaikan dan tidak dipercayai.


Kini, mereka kembali dengan BERSIH 4.0. Juga masih lagi mempertikaikan tentang proses demokrasi di negara ini. Juga masih mempertikaikan kemenangan Barisan Nasional kerana gambaran yang diberikan pada PRU-13 ialah DAP akan berjaya mengambilalih Putrajaya dengan keluarnya pengundi-pengundi Cina secara besar-besaran.

BERSIH 4.0 menyaksikan pembabitan aktif para penyokong DAP yang terdiri daripada masyarakat Cina yang selama ini tidak peduli pun tentang negara ini. Gambaran kuasa serta kelebihan yang mereka akan nikmati sepertimana yang telah ditunjukkan menerusi penguasaan 11 bulan di Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009 itulah yang mendorong kepada BERSIH 4.0 hari ini dan esok.

Memandangkan DAP tetap juga mempertikaikan tugas-tugas SPR, sudah sampai masanya untuk SPR melakukan apa yang terhalang sebelum ini iaitu SISTEM BIOMETRIK. Apatah lagi, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh SPR termasuklah persempadanan semula, ditentang keras oleh DAP, elok sahajalah SPR tidak menghiraukan DAP dan perangai hodoh mereka.

Selepas BERSIH 4.0, pasti akan ada BERSIH-BERSIH yang seterusnya sehingga apa-apa sahaja urusan melibatkan SPR akan dianggap sebagai menentang SUPREMACY DAP!

Friday, August 14, 2015

PARTI PENFITNAH PKR MAHU SAMAN DAN MENANG KE ATAS SURUHANJAYA PILIHANRAYA DENGAN CARA FITNAH... MAMPUKAH MEREKA?



PKR dan Nurul Izzah pada 12 Ogos lalu menyatakan mereka akan menyaman Najib dan Barisan Nasional. Alasannya kerana melakukan kesalahan pilihanraya apabila RM2.6 bilion telah digunakan sebagai dana pilihanraya. Turut disaman adalah 1MDB, UMNO dan SPR.

Menariknya, Nurul Izzah sendiri menang di Parlimen Lembah Pantai dengan melakukan fitnah dan penipuan sebagaimana pengakuannya dalam permohonan maaf secara terbuka sebagai cara penyelesaian luar mahkamah dalam kes saman melibatkan calon BN untuk Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik.

Maka bersoraklah para pengikut PKR walaupun hakikatnya, inilah kerja mereka. Kerja fitnah yang kemudian dihiasi dengan tindakan undang-undang. Kerja-kerja merapu dan fitnah yang hanya mahu mendapatkan publisiti dan kemudian dijadikan modal serta bahan ceramah politik mereka sehingga PRU-14.

Hari ini, PKR terpaksa merafak sembah dan memohon maaf kepada Khalid Ibrahim, orang mereka sendiri yang telah mereka fitnah dan malukan. Mereka tetap menang kerana Khalid menerima permohonan maaf dan kes fitnah itu selesai begitu sahaja walaupun sebenarnya ramai yang mahu melihat PKR dibicarakan kerana menfitnah.

Menariknya, mereka dengan pantas menyatakan persetujuan bahawa segala dokumen yang dikatakan bukti Khalid menyeleweng, rasuah dan salahguna kuasa itu sebenarnya adalah dokumen palsu yang tidak ada nilai langsung untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Itulah kerja PKR.


Sudah lama PKR mahu menang pilihanraya ikut jalan belakang. Sudah beberapa kali mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran bermodalkan Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan. Tetapi gagal.

Kemudian mereka melakukan kerja-kerja pemburukan ke atas pelbagai agensi kerajaan terutama sekali SPR. Mereka berharap, apabila imej SPR berjaya diburukkan kemenangan yang diraih oleh Barisan Nasional pada PRU-13 akan dipertikaikan dan sistem pilihanraya serta keputusannya akan ditolak. PKR kemudian akan berjaya merampas takhta kerajaan tanpa perlu bersusah payah lagi.

Malangnya, mereka hanya merancang, tetapi perancangan Allah Taala adalah sebaik-baik perancangan.

PKR tidak sembunyi-sembunyi lagi untuk memaksa SPR mengikut telunjuk mereka, sebagaimana kejayaan mereka menolak SISTEM BIOMETRIK sebaliknya menggunakan dakwat kekal yang tidak menjamin langsung, pengundi yang menggunakan kad pengenalan Malaysia itu benar-benar rakyat dan pengundi.

Mereka akan mengaitkan apa-apa sahaja untuk menghalalkan perbuatan fitnah mereka. Perhatikanlah bagaimana mereka cuba mengaitkan SPR dengan 1MDB. Mereka cuba menimbulkan persepsi bahawa SPR telah dibeli oleh 1MDB untuk menyatakan bahawa Barisan Nasional adalah pemenang PRU-13. Selagi SPR tidak mengikut telunjuk mereka, selagi itulah SPR akan dikaitkan dengan apa-apa sahaja termasuklah wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Abdul Razak dan akaun tersebut ditutup selesai PRU-13.

SPR sebenarnya adalah sebuah badan bebas yang seringkali dikambinghitamkan dan dikaitkan dengan Barisan Nasional dan UMNO. Mereka cuba kaburi kelemahan mereka dan kegagalan mereka menjatuhkan UMNO-BN menerusi persaingan sihat.

Cara termudah adalah dengan membuat fitnah ke atas badan yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia iaitu Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR.

Itulah juga yang berlaku dalam kes persempadanan semula di Sarawak. Mereka dan DAP menerima dengan penuh gembira keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak apabila keputusan berpihak kepada merkea, tetapi apabila apabila Mahkamah Rayuan tidak membuat keputusan yang menyebelahi mereka sebaliknya PKR, mahkamah dikutuk dan dikeji.

Beberapa kes membuat fitnah melibatkan pemimpin-pemimpin PKR, menyerlahkan perangai sebenar mereka dan kecintaan besar mereka kepada fitnah. Mereka amat bergantung kepada fitnah untuk terus hidup dan menghidupkan isu.

Hari ini, mahkamah dan keputusan telah membuktikan PKR memang kuat fitnah. Jadi, bukanlah perkara besar pun apabila mereka bertindak mahu menyaman Barisan Nasional, SPR, 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Mereka perlukan fitnah untuk terus hidup!

Sayangnya SPR tidak pernah mengheret mereka ke muka pengadilan kerana melakukan fitnah. Kalau diheret, sudah pasti apa yang berlaku di mahkamah melibatkan Khalid Ibrahim dan PKR, akan dapat kita tengok ulangannya.


Tuesday, April 28, 2015

KEPALA HOTAK KAU LER, NURUL IZZAH... SPR IKUT UNDANG-UNDANG, KAU IKUT APA?



Nak kata baghal, dia ni nampak macam manusia. Seringkali pula ditampilkan sebagai anak muda yang cerdik. Apatah lagi para penyokong mempublisitikannya sebagai anak kepada pasangan ahli politik yang cukup terkenal dengan 'kebijaksanaan' mereka melakonkan watak sebagai antagonis politik Malaysia - Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Sekaligus pernah pula dilabelkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia dari kalangan wanita yang pertama daripada generasinya.

Bagaimanapun, kesukaran memahami bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Rasmi negara ini, walaupun dia adalah orang Melayu (berdasarkan kepada status peribadinya), membuatkan kita sangsi sama ada Nurul Izzah benar-benar faham maksud perkataan 'CADANGAN' dan 'UNDANG-UNDANG'.

Ini adalah kerana, Nurul Izzah mula membelasah SPR yang disifatkannya sebagai enggan mematuhi 'cadangan' Zahid Hamidi yang mahu membenarkan banduan mengundi. Katanya lagi, SPR bertindak secara PARTISAN kerana tidak membenarkan Anwar Ibrahim keluar mengundi!

BANGANG BINTI BODOH BERTALUN-TALUN!

Cadangan dengan undang-undang pun tak mampu nak bezakan!

Takkanlah sebagai Ahli Parlimen dua penggal yang cakap bukan main pandai walaupun akhirnya terpaksa memohon maaf kepada Raja Nong Chik, dan Raja Nong Chik dengan begitu mudah melepaskan kaki fitnah itu dengan harapan menjadi teladan menerusi penerimaan permohonan maaf walaupun sebenarnya Raja Nong Chik wajar menyaman dan membangkrapkannya, tidak tahu tentang proses undang-undang di negara ini?

Cadangan Zahid Hamidi itu perlu dibentang di Parlimen dan diwartakan terlebih dahulu. Tambahan pula, perlembagaan Persekutuan telah mempunyai klaus khusus tentang kelayakan pemilih untuk sesuatu pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak melanggar undang-undang serta peruntukan yang dibuat oleh para penggubal undang-undang yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen. Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Pengerusi SPR:



Nurul Izzah fikir, asalkan ANWAR IBRAHIM dan AHLI-AHLI KELUARGANYA, maka bebaslah mereka berbuat sekehendak hati dan sebarang undang-undang di negara ini tidak tertakluk ke atas mereka sama sekali?

Patutlah beria-ia sangat Nurul Izzah melabelkan Anwar Ibrahim sebagai TAHANAN POLITIK walaupun sebenarnya, berdasarkan undang-undang dan proses mahkamah - dari peringkat mahkamah rendah sehinggalah ke mahkamah persekutuan - Anwar Ibrahim telah sah sebagai PELIWAT dan melakukan liwat merupakan kesalahan yang melanggar undang-undang di negara ini. 

Dan tidak hairan jugalah bagaimana para peguam Anwar Ibrahim yang berbelas-belas orang itu, dibantu pula oleh para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim menyatakan, masalah LIWAT adalah masalah peribadi yang tidak seharusnya dikenakan tindakan undang-undang!!!

Semakin jelas, puak ini langsung tidak menghormati undang-undang negara!!!

NURUL IZZAH... BAPA KAU ADALAH BANDUAN. BANDUAN TIDAK ADA SEBARANG HAK KECUALI BERADA DALAM SEL DAN KANDANGNYA!!!



Monday, April 13, 2015

SAMA ADA BERSIH BENAR-BENAR TIDAK FAHAM, ATAU PUN MEMANG MENCARI SEBAB UNTUK MENYERANG SPR!!!



BERSIH yang didalangi oleh para pemimpin yang pro-Pakatan Rakyat, segera mengambil kesempatan daripada 'keterlanjuran' cakap seorang pemimpin UMNO tentang persempadanan semula. Dan tanpa berfikir panjang, BERSIH menyatakan mahu menyaman SPR.

Rasa-rasanya SPR bukan kali pertama berhadapan dengan situasi sebegini. Setiap kali persempadanan semula dilakukan, setiap kali itulah juga, akan ada puak dari Pakatan atau pembangkang yang bersikap lebih pandai dan lebih bijaksana selain memandai-mandai.

Begitu jugalah pada 11 April, BERSIH membuat keputusan untuk mengheret Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ke mahkamah kononnya atas tuduhan salah laku dan tidak mengikut undang-undang selepas mendapat peluru daripada petikan ucapan Ismail Sabri Yaakob yang mengulas dalam kemelut Mahathir-Najib.



Ramai percaya, kenyataan Ismail Sabri itu telah diputarbelit sebagaimana wartawan Daily Express memutarbelit kenyataan Ismail Sabri, 'Tidak percaya Najib, bermakna tidak percaya Allah'.

Ketua wartawan Daily Express, Chris Maskilone mewakili Ketua Pengarang, James Sarda telah menmui Ismail Sabri Yaakob bagi menyatakan kesal kerana akhbar berkenaan salah tafsir dan salah lapor ucapannya.

Kenyataan kononnya BERSIH akan mengheret SPR berhubung kenyataan Ismail Sabri itu hanyalah dilihat sebagai gertakan semata-mata kerana sandaran mereka hanyalah kepada kenyataan Ismail Sabri yang besar kemungkinan telah diputarbelit oleh media bagi memberikan gambaran buruk kepada menteri dan pemimpin UMNO terbabit.



Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, SPR sentiasa mematuhi Perlembagaan Malaysia dan menggunakan peruntukan yang diberikan kepada badan tersebut untuk membuat persempadanan semula tanpa campurtangan kerajaan. SPR juga seringkali dilihat tidak pernah mengingkari keputusan mahkamah dalam isu persempadanan semula, dakwat kekal dan lain-lain yang telah diprovokasi oleh pelbagai pihak, khususnya Pakatan pembangkang.

Yang pasti, kalau ada bukti, BERSIH tidak sekadar bercakap dan memberi amaran, malahan mereka tidak akan mengambil masa yang panjang untuk menyegerakan tindakan perundangan ke atas SPR.

Mereka telah gagal di Sarawak dalam isu persempadanan semula baru-baru ini. Justeru tidak mustahil, isu Ismail Sabri ini digunakan untuk menutup malu mereka sendiri.


Wednesday, April 1, 2015

PKR YANG TIDAK PERNAH HORMATI MAHKAMAH, TIBA-TIBA DALAM HAL PERSEMPADANAN SEMULA DUN SARAWAK, ARAHKAN SPR PATUHI DAN TUNGGU MAHKAMAH TINGGI!!!



Ini memang serba melawakkan...

PKR Sarawak yang sekarang ini berada di bawah tekanan apabila Chong Chien Jien, Pengerusi DAP Sarawak memaksa PKR Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak, atau bakal kehilangan peluang bersama-sama DAP memerintah Sarawak sekiranya DAP menang benar di Sarawak dalam PRN nanti, cuba mengalihkan isu dengan melakukan serangan ke atas Suruhanjaya Pilihanraya pula.

SPR sebelum ini telah mengusulkan 11 DUN baharu di Sarawak. PKR yang paling kuat menyalak menentang dan mempersalahkan SPR, kononnya SPR sengaja mahu mewujudkan 11 DUN baharu untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRN akan datang.

Pada PRN-10 tahun 2011, PKR telah bertanding di 49 Kerusi DUN setelah begitu yakin dapat menguasai sebahagian besar daripada kerusi-kerusi tersebut. Beberapa perselisihan faham antara PKR dengan DAP dan PAS telah berlaku ketika pencalonan kerana PKR asalnya menuntut untuk bertanding di 55 kerusi DUN.

Akhirnya setelah cakap besar dan setelah mengerahkan semua kekuatannya, PKR hanya mampu menang 3 kerusi DUN sahaja dengan satu kerusi DUN di Ba'kelalan, kemenangannya adalah kerana nasib setelah berlaku pemerdayaan kerana sebelum itu, Baru Bian telah mengaitkan dirinya dengan Barisan Nasional.

Dalam kes persempadanan semula di Sarawak, SPR telah melakukannya mengikut semua garis panduan, akta dan peraturan yang terkandung dalam akta dan Perlembagaan. Bagaimanapun, PKR yang seperti diketahui semua orang, tidak pernah peduli dengan undang-undang bertindak menghasut dan melakukan fitnah dengan sewenang-wenangnya.

Setelah gagal dalam cubaan pertama menghalang persempadanan semula memandangkan bantahan yang berjaya diperolehi oleh PKR tidak sampai suku daripada jumlah sepatutnya iaitu 100 bantahan daripada pengundi di kawasan terbabit, PKR segera menyalahgunakan sistem perundangan. Isu persempadanan semula telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan PKR cuba mendapatkan perintah larangan ke atas SPR.

Alasan menghormati undang-undang dan mahkamah sepertimana yang dinyatakan oleh ADUN Batu Lintang yang kuat menentang persempadanan semula itu, sememangnya amat menarik. Menarik kerana ia datangnya daripada PKR yang diketahui tidak pernah peduli dengan undang-undang dan mereka melanggar semua undang-undang sesuka hati. Lebih menarik lagi ialah, saluran mahkamah dipergunakan apabila bantahan hanya dibuat oleh 41 orang daripada 64 orang yang bakinya, tidak layak membantah.





SPR telah mengumumkan tentang pameran syor kajian semula persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihanraya Negeri Sarawak buat kali kedua selama sebulan bermula dari 30 Mac sehinggalah 29 April 2015.

Kalut lagilah nampaknya PKR yang masih berharap, SPR boleh disibukkan sekaligus sebarang kecacatan tugas SPR hasil daripada gangguan mereka, akan digunakan untuk membuktikan yang SPR pincang dan tidak boleh dipercayai, sekaligus membolehkan PKR dan Pakatan Rakyat mempertikaikan semua keputusan PRN dan PRU.

Bukankah itu kerja mereka yang sebenarnya? Bukankah itu trick PKR? Undang-undang dan sistem perundangan diselewengkan untuk kepentingan politik mereka, bukannya untuk kebaikan politik negara!


Thursday, March 19, 2015

HATTA RAMLI LUPA, DIA BANTAH SAMPAI KELUAR ANAK PERUT PUN, DIA BUKAN SALAH SEORANG PENGUNDI 11 DUN BARU DI SARAWAK!!!



Pakatan Rakyat masih berusaha untuk membantah persempadanan semula DUN di Sarawak. Bermacam-macam cara telah digunakan, termasuklah mengimport para pemimpin Pakatan dari Semenanjung untuk membuat bantahan.

Untuk pengetahuan, Artikel 113 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada SPR untuk membuat kajian semula sempadan-sempadan setiap Bahagian Pilihanraya di negara ini yang terbahagi kepada tiga unit berasingan mengikut undang-undang Fasal (6) Perkara 113 iaitu:

(a) Unit Negeri-Negeri Semenanjung
(b) Unit Negeri Sabah
(c) Unit Negeri Sarawak.

SPR boleh memulakan urusan kajian semula persempadanan setelah tamat tempoh sekurang-kurangnya lat 8 tahun dari tarikh urusan kajian semula persempadanan sebelumnya. Ini bermakna ia tidak mewajibkan SPR memulakan urusan kajian semula persempadanan sebaik-baik sahaja mencapai tempoh lat 8 tahun. Namun, jika kajian semula persempadanan itu dimulakan, SPR perlu menyelesaikan urusan berkenaan dalam tempoh 2 tahun.



Persempadanan semula di Sarawak yang dicadangkan oleh SPR memasukkan 11 buah DUN baru menjadikan keseluruhan DUN di Sarawak sebagai 82 buah. SPR telah menjalankan tanggungjawabnya dan melalui proses pengurusan kajian semula persempadanan. Yang menjadi masalah ialah kedegilan Pakatan Rakyat untuk menerima pakai undang-undang sedia ada termasuklah enggan menerima kenyataan bahawa bantahan yang mereka anjurkan sebenarnya terkeluar dari lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang.

Mana mungkin Hatta Ramli tidak tahu bahawa bantahan hanya boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri atau PBTtau sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih (nama yang ditunjukan dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian Pilihanraya berkenaan).

Yang membantah adalah ADUN Batu Lintang. Yang membantah adalah Teresa Kok dari Seputeh. Yang membantah adalah Chong Chien Jien. Yang membantah adalah pemimpin-pemimpin dari luar kawasan 11 DUN baru yang disyorkan oleh SPR.

Kajian telah dibuat oleh SPR. Keseluruhan bantahan dari Sarawak telah diterima dan jumlah bantahannya hanyalah sekadar berjumlah 41 orang, manakala 23 bantahan yang lain, tidak menepati syarat termasuklah dibantah oleh bukan pengundi kawasan berkenaan.


Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai menuduh, SPR gopoh dalam melakukan persempadanan semula. Tang mana gopohnya, hanya Hatta Ramli sahaja yang tahu. Sedangkan pada masa yang sama, SPR telah pun mempamerkan pewartaaan syor tersebut untuk bantahan semenjak 5 Januari lepas. Hanya dengan alasan, kes sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuching, maka SPR tidak boleh membentangkannya.

Perangai Pakatan Rakyat ialah, mereka akan menyalahgunakan proses mahkamah untuk memuaskan hati mereka, termasuklah melengah-lengahkan proses persempadanan semula. Secara lebih jelas, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh SPR menjadi serba tidak kena di mata mereka kerana mereka sudah menerapkan kepercayaan kepada para penyokong mereka, SPR bekerja untuk memenangkan Barisan Nasional.



Yang dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya ialah penambahan DUN luar bandar di mana mereka melihatnya sebagai peluang Barisan Nasional menambah jumlah kerusi. Yang mereka mahu ialah persempadanan semula kawasan bandar yang bakal menyaksikan lonjakan jumlah kerusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Bagi mereka, jumlah kerusi luar bandar perlu dikurangkan kononnya jumlah penduduk terlalu kecil dan kemudahan asas tidak ada.

Anda pasti ingat lagi tentang pelbagai dakwaan liar dan fitnah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selepas PRU-13? Bangla 40 ribu, pengundi hantu, dakwat tidak kekal, penipuan kertas undi, blackout dan sebagainya... tetapi yang dipetisyenkan di mahkamah, langsung tidak ada kaitan dengan tuduhan mereka kecuali dakwat kekal yang mana mereka tidak dapat pun membuktikan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal itu, membolehkan pengundi berulang berlaku!!!

Sekarang, mereka melakukannya lagi dan kali ini melibatkan kawasan luar bandar.

Secara tidak langsung, mereka melihat dan menganggap kawasan luar bandar sama seperti rezab Indian di hutan Amazon yang kurang bertamadun dan tidak berhak untuk mendapat khidmat lebih baik daripada wakil rakyat yang mereka pilih!!!


Thursday, February 26, 2015

NURUL IZZAH... GERSANG BUAT CARA GERSANG, TONGONG BUAT CARA TONGONG, TAK PAYAH DUK FITNAH SPR LER!!!



Nurul Izzah mempunyai rekod sebagai penfitnah yang tidak kurang cemerlangnya berbanding Rafizi Ramli. Bahkan boleh dikatakan, sama naik sahaja dia dengan Rafizi Ramli dalam bab fitnah-menfitnah.

Tahap fitnahnya sehingga menjejaskan keselamatan awam dengan cubaan membocorkan rahsia ketenteraan dan persenjataan negara kepada negara asing!

Mujurlah pada ketika itu Zahidi Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan....

Kini dia buat lagi. Isu persempadanan semula di Sarawak melibatkan beberapa DUN baru cuba dijadikan sebagai batu asahnya untuk menajamkan skil fitnah dan tohmahan. Dia tidak malu untuk menfitnah dan berbohong kerana dia adalah anak Anwar Ibrahim. Kalau perangai bapanya yang kuat meliwat dan kemudian disabitkan kesalahan sehingga dipenjara selama lima tahun pun menjadi satu kebanggaan baginya, apa sangatlah menfitnah SPR yang sudah tentu tidak akan menyeretnya ke mahkamah sebagaimana yang dilakukan oleh Raja Nong Chik. (BACA DI SINI)

Berkata Nurul Izzah, SPR berdegil untuk meneruskan isu persempadanan semula dan enggan menunggu sehingga pendengaran awam di mahkamah. Istilah LOCAL INQUIRY telah ditukarkan menjadi INKUIRI AWAM walhal istilah sebenar adalah INKUIRI TEMPATAN.

Sama ada dia jenis tolol yang berlagak pandai sama seperti Rafizi, dalam isu ini, bantahan hanya melibatkan pengundi di bahagian berkenaan. Bantahan tidak terlibat dan terbuka kepada umum. Cubaan media-media pro-Pakatan termasuklah pemimpin-pemimpin mereka sendiri memutarbelitkan fakta sebenar, jelas merupakan tindakan terdesak dalam usaha mempengaruhi rakyat untuk turut serta alam proses siasatan tempatan itu.

Maka tidak hairan jugalah bagaimana PKR, DAP dan BERSIH beria-ia membawa tenaga-tenaga mahir dari Semenanjung untuk dilambakkan di Sarawak bagi kerja-kerja bantahan serta terlibat dalam prosiding siasatan itu.

Pakatan cuba menukarkan undang-undang persempadanan, bukannya SPR. Mereka berbuat begitu supaya wujud anggapan, semua orang boleh membantah.

Berdasarkan undang-undang bantahan, hanya tiga pihak sahaja yang dibolehkan membuat bantahan:

(1) Kerajaan Negeri
(2) PBT
(3) 100 orang pengundi berdaftar di kawasan tersebut.

Berdasarkan perkembangan semasa, 100 orang yang diperlukan oleh DAP, PKR dan BERSIH untuk membuat bantahan, tidak dapat dicari dan dikumpul. Itulah sebabnya semuanya pakat terbang ke Sarawak dan cuba melakukan kacau-bilau kerana mereka tahu, tiada gunanya untuk mereka membawa kes tersebut ke mahkamh kerana undang-undang telah jelas dan langsung tidak berpihak kepada mereka.

Untuk makluman, PKR Sarawak telah menfailkan semakan di mahkamah dan mendakwa persempadanan semula oleh SPR tidak telus pada 28 Januari 2015. Bagaimanapun, pada 24 Februari 2015, mereka telah menarik semula semakan tersebut setelah mendapati mahkamah tidak akan menyebelahi mereka kerana syarat-syarat utama iaitu tiga pihak yang membolehkan bantahan dibuat, tidak dapat mereka kumpulkan!

Nurul Izzah sepatutnya tidak terlalu menunjukkan yang dia terlalu suka dengan fitnah untuk hidup. Dia harus akui, dia terlalu bodoh untuk menunjuk pandai. Rakyat Sarawak sendiri pun tidak menyokong PKR sebagaimana yang mereka tunjukkan ketika PKR berusaha mengumpulkan 100 orang pengundi tempatan untuk membuat bantahan.

Jadi, tak perlulah membuat fitnah ke atas SPR dan pada masa yang sama memutarbelitkan maksud sebenar LOCAL INQUIRY dengan menjadikannya sebagai INKUIRI AWAM. Cukuplah dia dan keluarganya memutarbelitkan label BANDUAN JENAYAH LIWAT menjadi TAHANAN POLITIK. Tak perlulah nak berlagak seperti ahli bahasa pula!

Yang pasti, orang Sarawak tidaklah sebodoh yang disangkakan Nurul Izzah!!!


Wednesday, February 25, 2015

ISU PERSEMPADANAN SEMULA DI SARAWAK, BERSIH DAN PAKATAN RAKYAT GAGAL DAPAT SOKONGAN RAKYAT TERPAKSA GERTAK GUNA MAHKAMAH!!!


Dengan segala tumpuan diberikan kepada kerenah meloyakan dan menjengkelkan keluarga Anwar Ibrahim serta gelagat Lim Guan Eng-DAP yang sedang melakukan perancangan lebih besar untuk 'membersihkan' Pulau Pinang, banyak perkara yang tidak kurang pentingnya di Sabah dan khususnya di Sarawak kurang mendapat perhatian.

Beberapa minggu lepas, PKR dan DAP telah menghantar pasukan dari Semenanjung ke Sarawak untuk melakukan serangan ke atas SPR ekoran cadangan Suruhanjaya Pilihanraya menggunakan kuasanya bagi mewujudkan 11 DUN baru di Sarawak.

PKR dan DAP jelas tidak bersetuju dengan 11 DUN baru itu yang menurut mereka akan mengganggu segala perancangan mereka untuk menguasai Sarawak walaupun mereka juga sedar, SPR mempunyai peruntukan dari segi undang-undang untuk melakukannya berbanding mereka yang hanya lebih banyak melanggar undang-undang.

Selain atas nama PKR dan DAP, mereka turut datang sebagai BERSIH, sebuah pertubuhan haram yang sepatutnya ditubuhkan dan didaftarkan sebagai sebuah parti politik pembangkang. Walaupun kononnya berjuang untuk mengkritik SPR dan memastikan perjalanan pilihanraya negara ini bersih dan mengikut undang-undang, hakikatnya mereka adalah pengacau yang berlagak pandai dan untuk memastikan SPR mengikut segala telunjuk Pakatan Rakyat.

BERSIH itu sendiri adalah Pakatan Rakyat, sama seperti SUARAM yang setiap masa dan ketika mencari ruang untuk memberikan kredit kepada Pakatan Rakyat.

Kononnya bantahan akan dibuat tentang persempadanan semula oleh SPR. Bagaimanapun, berbeza daripada yang dikatakan, bantahan tersebut bukannya datang dari pengundi tempatan tetapi dari Kuala Lumpur. BERSIH dan Pakatan Rakyat terpaksa membawa pasukan bantahan dari Kuala Lmpur untuk berhadapan dengan SPR di Sarawak.

Beria-ia BERSIH mendakwa SPR menipu dalam persempadanan. Bersungguh-sungguh BERSIH cuba mencipta persepsi dan mengganggu tugas-tugas SPR. Kononya SPR buat persempadanan tidak ikut perlembagaan. Mereka desak SPR ikut peraturan yang mereka ciptakan sendiri.

Mereka macam dah tak ada kerja lain selain daripada mempertikaikan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh SPR. Segala hiruk pikuk dan kacau bilau mereka lakukan, setelah gagal mendapat sokongan daripada penduduk tempatan, mereka cuba pula menggertak dengan kuasa mahkamah. (RUJUK SINI)

Motif apa sebenarnya PKR, DAP dan BERSIH mahu menggambarkan SPR menipu? Adakah kerana mereka sebenarnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah ditolak oleh rakyat Sarawak?

Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, malahan Kedah dan Terengganu yang pernah diperintah oleh pembangkang, mempunyai persempadanan yang dibuat oleh SPR juga. Apakah maksudnya, SPR akan dipersalahkan kerana Pakatan Rakyat kalah dan tidak dapat sokongan tetapi apabila menang, peranan SPR 'memenangkan' mereka tidak pula diambil kira?

Yang pasti, apa yang sedang berlaku di Sarawak sekarang sudah cukup untuk menggambarkan betapa gawatnya Pakatan Rakyat, sehingga mereka terpaksa mencipta pelbagai isu terutama sekali dengan serangan ke atas SPR semata-mata kerana telah kehilangan sokongan. Sama seperti helah yang digunakan untuk membantai Najib Abdul Razak dan UMNO-BN setelah Anwar Ibrahim didapati bersalah melakukan liwat apabila secara tidak malu menyatakan, jenayah liwat itu dilakukan kerana tohmahan dan fitnah politik!

SPR tidak perlu melayan sangat BERSIH dan puak-puak PKR serta DAP yang tidak ada kerja selain daripada menimbulkan pelbagai isu untuk memanjangkan kerjaya politik mereka. Apa yang dilakukan oleh SPR sekarang sudah cukup baik untuk pengundi-pengundi di negara ini. Sistem pilihanraya negara Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, itu adalah hakikat yang sukar diterima oleh Pakatan Rakyat yang gagal menterjemahkan sokongan rakyat kepada mereka berdasarkan hakikat, melainkan berdasarkan angan-angan dan khayalan semata-mata!!!


 
Blogger Templates