Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label gst. Show all posts
Showing posts with label gst. Show all posts

Tuesday, April 17, 2018

PELEPASAN GST UNTUK SYARIKAT ECRL CHINA SEPERTI BERI PELURU BESAR KEPADA PAKATAN UNTUK DITEMBAK KEPADA KERAJAAN BN!!!



Penulis: Syed Agil Jamalullail

Kastam sahkan pelepasan GST kpd CCCC adalah utk mengurangkan kos pembinaan ECRL yg akan menjimatkan kementerian dan kerajaan.

Pelepasan GST utk projek awam bukan perkara baru, kerana sekolah swasta cina dah terlebih dulu memohon utk pelepasan GST bg menjimatkan pembinaan bangunan sekolah mereka.

4 sekolah yg diberi pelepasan GST ialah SMJK Sacred Heart, SRJK (C) Yang Cheng, di Penang; dan SRJK (C) Kuen Cheng (1), SM Sam Min (Suwa) berjumlah total RM1.433 juta penjimatan GST. Pelepasan GST juga diberikan kpd semua sekolah india dan sekolah menengah agama swasta.

Bagi projek ECRL, pihak China juga bersetuju utk memberi interest yg paling murah juga bg mengurangkan kos keseluruhan ECRL. Interest pinjaman ECRL sekitar 3% lebih murah jika dibandingkan dgn kalau malaysia offer bond sendiri sekitar 4% dan pihak china memberi pelepasan 7 tahun sebelum mula membayar pinjaman.



Kita perlu lihat hubungan dagangan bersama kerajaan china dan malaysia in a bigger picture. Kita juga ada perjanjian supaya china membeli sawit kita pada harga yg lebih stabil dikala eropah menyekat sawit kita.. ini memberi faedah kepada pendapatan peneroka felda dan pengusaha sawit tempatan lain.. dan harga sawit stabil sejak itu.

Usaha pelepasan cukai utk pelaburan yg diberi oleh krjaan Malaysia mahu menarik fresh funds drpd luar juga bukanlah baru. zaman Mahathir, boleh katakan semua kawasan perindustrian juga diberi pelepasan cukai, insentif cukai, utk menarik pelaburan asing seperti Pioneer Status utk pelepasan income tax 85 per cent, Investment Tax Allowance 80% dalam ucapan bajet 2002 dan juga pakej peransang ekonomi 2003

Rujuk,

[1] sekolah swasta diberi pelepasan GST https://www.thestar.com.my/…/more-schools-to-get-gst-exemp…/

[2] budget speech Tun Mahathir 2002 https://www.google.com/url…

[3] pakej ransangan ekonomi 2003,Tun Mahathir https://www.thestar.com.my/…/government-unveils-economic-s…/

[4] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China
https://m.malaysiakini.com/news/420164

Credit : Syed Agil Jamalullail


Monday, April 2, 2018

NAK BOHONG APA GUAN ENG? TOKSAH DUK SALAHKAN GST SEBAB KOS SARA HIDUP DAN HARGA BARANGAN NAIK SELEPAS DAP PERKENALKAN CAJ-CAJ MELAMPAU MEMBABITKAN HARTANAH TAHUN 2008!!!



Lim Guan Eng yang sedang berdepan dengan kes mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, masih lagi melalak dan menyalak tentang GST. Kononnya GST menaikkan harga barang keperluan. Kononnya GST telah menaikkan kos sara hidup. Salah Najib kerana telah memperkenalkan GST yang telah menekan kehidupan rakyat, tuduhnya.

Katanya lagi, mereka yang menentang GST adalah mereka yang paling 'menderita' dengan kenaikan harga barangan keperluan. Contoh yang diberikannya adalah MYDIN yang mengalami kerugian kerana rakyat tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi walaupun pada masa yang sama, premis-premis perniagaan yang lain termasuklah VICTORIA SECRET diserbu oleh rakyat Malaysia untuk membeli barangan yang tidak perlu, selain peningkatan industri kosmetik. (RUJUK SINI)

Hari ini adalah 'harijadi' GST yang kedua di Malaysia. GST di Malaysia telah dikuatkuasakan pada 1 April 2015 menggantikan SST. GST adalah cukai kepenggunaan sebanyak 6% manakala SST adalah cukai jualan 10% dan perkhidmatan 6%. 154 buah negara di dunia telah beralih kepada GST atau VAT berbanding SST.

Benarkah cukai GST yang menaikkan kos sara hidup sepertimana dakwaan Lim Guan Eng?

Hakikatnya, kos sara hidup di Malaysia melambung tinggi hampir serta-merta apabila DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor serta Perak pada tahun 2008. Mengapa ianya berlaku?

Sebaik-baik sahaja DAP mengambilalih pentadbiran tiga buah negeri, DAP telah melaksanakan satu dasar yang sudah tentu akan menaikkan semua kos. Iaitu peningkatan pelbagai jenis cukai. Kita ambil contoh yang berlaku di Pulau Pinang.

Kos-kos pembangunan untuk projek-projek perumahan di negeri itu telah meningkat sebanyak RM130 kaki persegi. Ini mengakibatkan peningkatan harga rumah sehingga rakyat Pulau Pinang hanya mampu melihat, bukannya mampu memiliki rumah. Sebelum itu, caj pembangunan untuk hartanah kediaman adalah RM5 setiap kaki persegi dan RM7 kaki persegi untuk hartanah komersial.

Sebaik-baik sahaja DAP mentadbir negeri, semuanya telah meningkat sebanyak RM15 dan RM21.

Caj untuk surau dan kemudahan komuniti meningkat dari RM25 setiap kaki persegi ketika BN mentadbir kepada RM500 setiap kaki persegi apabila DAP mentadbir. Caj saliran meningkat dari RM10,000 satu ekar kepada RM50,000 setiap ekar. Caj tempat letak kereta dari RM15,000 setiap petak kepada RM25,000 setiap petak. Caj perumahan kos rendah daripada tiada ketika BN memerintah kepada sebanyak RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang ketika DAP mentadbir.

Ketika BN memerintah, tiada caj dikenakan untuk tadika tetapi apabila DAP mengambilalih pentadbiran negeri, tadika dikenakan caj RM500 kaki persegi. BN tidak mengenakan caj untuk menaiktaraf jalan tetapi DAP mengenakan caj sbanyak RM15 sekaki persegi untuk menaiktaraf jalan.

Manakala caj perumahan mampu milik sebanyak RM200,000 per unit (minima 750 kaki persegi) dan RM300,000 per unit (minima 850 kaki persegi, sedangkan ketika BN memerintah, tiada sebarang caj dikenakan.

Bahkan peniaga kecil juga dizalimi apabila caj gerai meningkat daripada RM25 sekaki persegi (RM3000 setiap gerai) kepada RM58,000 bagi setiap gerai (DTL) dan RM35,000 bagi setiap gerai (DBD)! (RUJUK SINI)

Kenaikan caj-caj yang melampau ini PERLU DAN WAJIB ditanggung oleh rakyat bukannya pemaju perumahan. Sekaligus ia menjadi penyebab utama kepada kenaikan kos sara hidup apabila semua perkara yang berkaitan dan tidak berkaitan akan dinaikkan harga.

Kenaikan kos sara hidup dan harga barangan adalah secara ketara bermula pada tahun 2008 apabila DAP memperkenalkan dasar-dasar pemerasan yang begitu zalim seperti ini. GST yang diperkenalkan pada tahun 2015 sebaliknya telah dijadikan kambing hitam oleh Lim Guan Eng, semata-mata untuk menutup punca sebenar kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh caj-caj melampau yang menjadi dasar parti DAP dan Pakatan!


Monday, June 19, 2017

KETUA PENGARAH KASTAM BUAT LAWAK JAHANAM MENJELANG PENGAKHIRAN RAMADHAN!!!



Kenyataan awal Dato' Indera Subromaniam Tholasy bahawa 60 item barang makanan akan dikenakan cukai GST, membuatkan ramai yang terpelongo, termasuklah golongan yang menyokong Kerajaan.

Dan seperti biasa, media sosial menjadi tempat melepaskan geram dan tidak puas hati. Subromaniam menjadi sasaran. Bahkan ramai pula yang mengungkit tentang kelemahan dan kegagalan Kastam dalam menguatkuasakan GST sehinggakan harga barang yang tidak sepatutnya mahal, meningkat harga tanpa sebarang kekangan atau kawalan.

Terselamatlah KPDNKK di bawah Hamzah Zainuddin buat seketika walaupun KPDNKK sebenarnya 'bekerjasama' dengan Kastam dalam isu GST ini.

Jenaka kejam yang dibuat lebih awal oleh Subromaniam menyebabkan Najib dan Kerajaan Persekutuan menjadi sasaran. Para jentera propaganda Pakatan dan penyokong Mahathir mengambil peluang keemasan itu untuk membuktikan bahawa kerajaan di bawah Najib, sudah tidak ada duit sehinggakan perlu menambah item untuk dicukaikan walaupun ada berjanji bahawa barangan makanan tidak akan dikenakan cukai.

Pada masa yang sama, jentera propaganda Pakatan dan penyokong Mahathir, terlupa bahawa pada zaman SST 16% yang kadarnya tersembunyi dan disembunyikan berbanding GST 6% yang kadar yang dikenakan kepada pembeli dan pengguna perlu dinyatakan pada resit, lebih 10,000 item dikenakan cukai 'gelap' SST tetapi di bawah GST, jumlah tersebut telah dikurangkan separuh menjadi lebih kurang 5000 item sahaja, manakala kadar cukai GST yang dikutip daripada pembelian perlu dinyatakan pada resit bagi memastikan para peniaga tidak mengamalkan pencatutan.

Malangnya, pencatutan atau pengambilan untung berlebihan berlaku tanpa dapat dibendung dari peringkat borong lagi. Pelbagai alasan yang digunakan, termasuklah kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat, walaupun barangan makanan, kebanyakannya menggunakan mata wang negara yang mengeksport barangan tersebut ke Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat. Pergantungan hampir sepenuhnya barangan makanan oleh Malaysia kepada negara-negara aasing, termasuklah daging lembu dan kambing mahupun daging kerbau, menjadi modal utama untuk para pemborong dan peniaga menaikkan harga sesuka hati.

Dan kastam langsung tidak mengambil sebarang tindakan walaupun sesekali kita terdengar juga tentang acara penguatkuasaan dengan kehadiran wartawan yang membawa kamera dan mikrofon.

Pengumuman awal Ketua Pengarah Jabatan Kastam tentang penguatkuasaan GST ke atas 60 item barangan makan menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan pada ketika hampirnya PRU-14, dilihat sebagai upacara menikam belakang Kerajaan atau menembak kaki sendiri.

Mujurlah dalam tempoh tidak sampai 24 jam, kenyataan awal Ketua Pengarah Jabatan Kastam itu dipadamkan oleh kenyataannya sendiri. Kononnya setelah merujuk kepada Kementerian Kewangan maka, arahannya untuk mengutip cukai GST daripada 60 item baru bermula 1 Julai nanti, telah dibatalkan.


Malangnya, kerosakan telah pun berlaku. Peluru telah pun diberikan kepada para penentang Kerajaan dan Najib telah pun dipersalahkan oleh jentera propaganda Pakatan, manakala para penyokong Mahathir sudah pun mengecop Kerajaan tidak berduit. Manakala puak-puak DAP yang berketuakan Lim Guan Eng sudah pun mempertingkatkan sentimen kebencian di kalangan masyarakat Cina terhadap Kerajaan dan Najib kononnya, harga barang sudah pun dinaikkan, maka masyarakat Cina perlu menghentikan kegilaan itu dengan menentang Najib. Kalau tidak, mereka tidak akan mengaut untung banyak kerana dikenakan cukai GST yang tidak membolehkan mereka lari seperti semasa SST dahulu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam sedar atau tidak sedar, natijah ini?

Jangan duk buat lawak yang bukan-bukan pada waktu sekarang ini!

Friday, October 14, 2016

DR.VIDA DAN GST... PRO DAN KONTRA TAPI YANG PASTI, LARI CUKAI ADALAH KORUPSI!!!



DARI FACEBOOK: KHAIRUL AZRI


Lari Cukai itu Korupsi.

Di antara komen-komen bila Vida kena masuk mahkamah bila tak bayar GST.

1. 'Aida Suhaida' xpelah, biarla die xbyr GST pon..sape yg untung? yg penting die xlupe byr zakat..dan bantu org2 susah. 2,367 Like


2. Penn Rell Org susah2 berniaga...kerajaan sonang2 nk gst...bodoh punyo kerajaan nk mkn hasil titik poloh org.... 1,161 Like

3. Lyna Kamil Dato vida bukan tak mampu byr cukai , tapi dia benci je nak byr cukai.. dia lebih suka taja sesuatu yg dia nampak hasilnya cth gv.. bola sepak kondem dah.. lebih suka derma sedekah anak yatim drpd bg anak razak.. 1,101 Like

4. Muhammad Sulaimy Incometax kena..gst kena..roadtax kena,tol kena,cukai pintu kena..brapa bnyak cuka nak kena byar? tuh blom masuk lgi yg cukai org tak nmpak,bukak kafe nak psang lagu kena byar,nak letak signboard kena bayar,bnyak lah jugak yg kena byar,ko apa tahu macai.. Dok jilat bontot org jee buat ape,, ko gaji 50k bleh laa senyum jee dok ckap org kata bsing psal tax niee..
macaibabi
macainajib
palebuto

Komen-komen lain boleh la rujuk gambar. Tak lalu aku nak "copy paste"
____________________________________________________
.
1. Pertama sekali, tolonglah faham, bila dia masuk mahkamah sebab tak bayar GST kepada Kastam, ada 2 kemungkinan:

(a) Dia tak kutip GST daripada pelanggan dan dia tak bayar kepada Kastam. Tapi dalam masa yang sama dia masih jual barang dia dengan harga sama yang ada SST yang telah dimansuhkan.

Or

(b) Dia kutip GST daripada pelanggan tapi dia xdeclare kat kastam. Dia masuk poket dia.

Antara salah satu.

Dengan kata lain dia telah terkutip dan dia 'tersimpan' SST yang telah dimansuhkan.(Kecuali kalau dia ada turunkan harga barang lepas pengenalan GST) ataupun bayaran GST yang telah dikutip daripada pelanggan dia.

Senang kata dia dah caj kau lebih, dia amik duit kau, kau bela dia.

Apakah ketahian ini?

2. "Vida bukan tk mampu bayar, dia bayar zakat, sedekah, anak yatim blabla..dan kalau dia bayar siapa yang untung? "

Yang ni memang bebal, Full stop.

Kenapa aku cakap bebal? sebab kalau dia bayar zakat, sedekah sekian sekian dia akan dapat pengecualian cukai.



TIDAK banyak negara di dunia yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara ini menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.

Punyalah mesra umat Islam law kat Malaysia ni. Jadi apa lagi kau mau?

Tapi harus diingat, pengecualian cukai bila bayar zakat secara total hanyalah untuk income tax bukannya sales tax/corporate tax/cukai perniagaan(ada limit).

Jadi buat ape ada GST?Siapa untung?

SIAPA UNTUNG KAU KATA?

Yang kau gi hospital singgit, yang kau gi sekolah percuma, yang kau pakai public transport, yang kau masuk IPTA tu apa?

Kau mahukan subsidi, pendidikan murah/percuma, pengangkutan awam kelas A, bagus macam Jepun, Singapura, tapi kau tolak cukai.

Duit untuk semua tu bukan tiba-tiba timbul tengah laut,jatuh dari langit. Duit cukai la bang.

Omputeh panggil tax revenue.

Kalau dah tax revenue kurang sebab ramai kaki evade macam Vida ni, macamana nak buat semua benda tu.

FYI, Salah satu reason Greece defaulted adalah sebab ni, ramai rakyat dia macam Vida, kaki evade tax. (Rujuk Gambar 2)

Kau kata kau taknak Malaysia bankrupt macam negara Greece tapi sekarang kau sokong pula kaki lari cukai macam Vida ni.

Apemende ni der?





3. GST Malaysia tinggi, kejam, semua benda cukai..

Ini teknik falasi logikal jenis:Red Herring.

Kita sedang bercerita pasal Vida menipu lari cukai. Bukan pasal GST sekian sekian..

Tapi layankanlah jugak.

Wahai sedara, ada 160 negara yang amalkan GST. BANGLADESH yang miskin tu pun ada GST. Bukan 6%. 15% bai. Sekian.(Rujuk Gambar 3-4, Rate-rate GST didunia)

FYI, GST ni la masa untuk kerajaan balas dendam terhadap kapitalis - kapitalis yang lari dari cukai sejak bertahun-tahun lamanya masa kita guna cukai lapuk/rimba SST.

Nah aku quote dari Tax Justice Network (Sapa tak paham boleh google translate),

"Among the ASEAN-5 economies Malaysia ranked fourth with total tax evaded of USD11.2 billion; after Thailand USD25.8 billion, Indonesia USD17.8 billion and the Philippines, USD11.7 billion."

Billion bai.


Berapa banyak cukai/tax dorang dah evade selama ni.
(Rujuk Gambar 5, contoh berapa banyak lari masa 2012)

Siapa yang rugi? kitalah rugi sebab tak dapat revenue tersebut untuk subsidi segala mak nenek keperluan rakyat dan negara.

Cuba-cubalah rajinkan diri google pasal illicit money/shadow economy vs GDP. Mudah-mudahan kau boleh paham sikit.



4. Kadang-kadang aku tak boleh nak 'brain' orang Malaysia ni, kata benci rasuah/korupsi, tapi kau sokong vida ni tak bayar cukai.

Fahamilah bahawa tak bayar cukai/ tax evasion juga boleh di klasifikasikan sebagai rasuah/korupsi.

FYI, aktiviti Illicit money/shadow economy juga menjadi tanda aras banyak badan-badan anti rasuah di seluruh dunia untuk measure sama ada sesebuah negara itu negara kaki rasuah atau tidak.

Makanya, kalau kau sokong Vida tak bayar/lari cukai, maksudnya kau sekarang sedang bela golongan tersebut dan kau suka Malaysia kena cop sebagai sebuah negara rasuah.
.
.
Lari Cukai itu Korupsi. Titik.


Wednesday, May 20, 2015

PUNYALAH BERPUSING-PUSING, BERBELIT-BELIT MENTERI BAGI KENYATAAN, TAPI HAKIKATNYA, PENGGUNA TANGGUNG CUKAI TELCO UNTUK TOP-UP CARD!!!!



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek mungkin terpaksa mencari ayat yang paling sesuai untuk menyatakan KEGAGALAN Kerajaan melaksanakan polisi kebajikan rakyat, gagal memenuhi keyakinannya sebelum ini dan GAGAL TOTAL Kerajaan apabila dikuasai dan dijajah oleh TELCO!

Katanya, pengguna TIDAK AKAN DIKENAKAN GST 6% SEMASA MEMBELI KAD TAMBAH NILAI, tapi akan DIKENAKAN CAJ 6% APABILA NILAI KAD TAMBAH NILAI DIMASUKKAN KE nombor telefon masing-masing. (RUJUK SINI)

Berpusing-pusing dan berbelit-belit ayatnya tetapi maksudnya tetap sama, pengguna perlu menanggung GST 6% termasuklah cukai perkhidmatan 10% yang dikenakan kerajaan kepada TELCO.

Dengan kata lain, TELCO lepas tangan dan mendapat untung bersih kerana semua cukai mereka ditanggung sepenuhnya oleh rakyat dan pengguna.

Sama macam RM10.00 top-up card tapi dibayar RM10.60 dan nilai di dalam telefon tetap kurang dari RM10.00!!!

Apa sudah terjadi dengan kerajaan ini? Apa sudah jadi dengan KKMM? Adakah TELCO terlalu berkuasa sehingga kerajaan perlu mencari alasan-alasan terbaik dan dirasakan boleh 'menyelamatkan' TELCO yang selama ini, perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat pengguna langsung tidak setimpal dengan nilai yang terpaksa dibayar oleh pengguna?

Setakat janji-janji bahawa perkhidmatan akan dipertingkatkan, liputan akan diperluaskan, dan nilai serta bonus dalam kajian untuk ditambah kepada pengguna, masih tidak mencukupi kerana apa yang sedang dirasakan dan terpaksa dijalani oleh pengguna sekarang, amat jauh berbeza daripada janji-janji yang dibebelkan!

Bagaimana dengan masalah DROP-CALL yang masih tidak diatasi dan berleluasa sekarang ini? Mengapa tidak diselesaikan sedangkan harga telah dinaikkan dan pengguna terpaksa menanggung semua cukai yang perlu dilangsaikan oleh TELCO kepada kerajaan?

Bagaimana pula dengan liputan Internet yang terlalu dhaif sehinggakan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur sendiri pun, ada bahagian yang sukar mendapatkan khidmat jalur lebar TELCO tertentu?

Setakat mencontohi negara lain mengenakan cukai kepada rakyat atau lebih tepat masyarakat pengguna, ianya tidaklah terlalu mulia sifatnya kerana sepatutnya Kerajaan Malaysia mencontohi negara-negara yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan Internet yang jauh lebih baik berbanding sekarang sepertimana yang dibuat oleh Singapura, Korea Selatan, bahkan Romania kerana rakyat sebenarnya mahukan perkhidmatan yang lebih baik, bukan setakat MEMBAYAR SAJA LEBIH TETAPI PERKHIDMATAN TELCO MACAM HAMPEH!!!

Jangan kerana terlalu sangat nak membela TELCO, akhirnya Kerajaan bertukar tangan. Kalau itu yang berlaku, barulah pecah rekod kerana sebuah kerajaan tumbang kerana KAD TOP-UP PREPAID TELEFON!!!


Tuesday, May 19, 2015

GST: NAIKKAN HARGA TEH HIJAU DARI RM1.00 KE RM3.30, SYARIKAT SUSHI DIHERET KE MAHKAMAH!!!



Kalau bukan kerana nak kaut keuntungan dan berniat menipu pengguna dengan memomokkan GST, nak gelarkan apa lagi nih?

Sebuah syarikat sushi hari ini telah diheret ke Mahkamah Sesyen di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 apabila syarikat tersebut didakwa menaikkan harga minuman ringan di premis-premis perniagaannya.

Sushi Kin Sdn. Bhd yang diwakili oleh pengarahnya, Law Hwee Ching, 45, tidak mengaku salah dan meminta dibicarakna.

Syarikat tersebut didakwa telah menaikkan harga Teh Hijau Ais (satu liter) dari RM1 kepada RM3.30 di premisnya yang terletak di tingkat bawah, Giant Hypermarket Subang Jaya pada 3 April.

Dakwaan di bawah Seksyen 14 (1) dan hukuman di bawah Seksyen 18 (1) akta berkenaan, boleh menyebabkan syarikat tersebut didenda maksimum RM500,000 dan bagi kesalahan berulang, dendanya adalah RM1 juta apabila disabitkan kesalahan.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan 25 Jun sebagai tarikh sebutan. Sebelum itu, peguambela Jason Tan memohon agar tempoh dilanjutkan sebelum sebutan seterusnya dibuat, dengan alasan dia perlu menghubungi keenam-enam orang pengarah syarikat berhubung dakwaan berkenaan.

"Dua daripada pengarah berada di Jepun, seorang di Pulau Pinang dan tiga lagi di Kuala Lumpur. Lembaga Pengarah perlu untuk mengadakan mesyuarat memandangkan kes ini membabitkan undang-undang dan isu-isu teknikal yang baru seperti GST," katanya.

Pendakwaan dibuat oleh DPP A.Karthiyayini.


Tuesday, May 12, 2015

AKHIRNYA TONY PUA BERANI JUGA MENGATA BETTY CHEW DAN LIEW CHIN TONG BERANI KUTUK GUAN ENG!!!



Apabila kecoh tentang tanah TRX yang dibeli oleh Tabung Haji pada harga yang dikatakan tidak munasabah walaupun Tabung Haji mengunjurkan keuntungan 9% daripada pembelian tersebut dan bakal memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM590 juta dalam tempoh tiga tahun sahaja, yang paling kuat menyalak adalah beberapa orang pemimpin DAP seperti Tony Pua.

Secara sinis, Tony Pua kata, kalau dah untung sangat, mengapa Najib tidak suruh anak tirinya, Riza Aziz yang kini menetap di Amerika Syarikat yang membeli tanah tersebut.

Barangkali Tony Pua terlupa bahawa itulah yang diamalkan di Pulau Pinang apabila semua urusan hartanah diletakkan di bawah satu syarikat, dikuasai oleh kroni utama Lim Guan Eng dan 'bini tua' Guan Eng, Betty Chew kemudiannya dilantik sebagai orang yang mengendalikan semua urusan hartanah di Pulau Pinang. (BACA DI SINI)

Kenapa pula Tony Pua langsung tidak bercakap begitu di hadapan muka Lim Guan Eng dan Betty Chew yang terang-terang melaksanakan cadangannya kepada Najib Abdul Razak? Atau sebenarnya Tony Pua cuba nak tutup skandal itu, sebagaimana kelam-kabutnya Betty Chew letak jawatan dan kemudian Lim Guan Eng buat penafian?

Begitu juga apabila DYMM Tuanku Sultan Johor bertitah tentang hairannya bagaimana mengapa jabatan-jabatan kerajaan mengenakan GST kepada orang ramai atas perkhidmatan mereka sedangkan sebagai jabatan kerajaan, mereka sememangnya dipertanggungjawabkan untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

DAP dan konco-konco mereka termasuklah Malaysiakini dan The Malaysian Insider segera memutarbelitkan titah DYMM Tuanku Sultan Johor kononnya baginda menentang GST!

Sama ada mereka benar-benar tidak faham Bahasa Kebangsaan yang digunakan oleh baginda tuanku untuk bertitah atau mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk mewujudkan persepsi bahawa Tuanku Sultan Johor menentang Kerajaan Pusat!

Kemudian yang terbaru ialah apabila Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong sekali lagi memperlihatkan kebebalannya apabila mempersoalkan tindakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Johor bertindak menyerap GST bukannya mahu menolak penggunaannya.

Kebebalan yang ditunjukkan oleh Liew Chin Tong itu sebenarnya kebebalan yang disengajakan kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang lebih awal lagi telah mengumumkan yang mereka akan menyerap GST berbanding menentangnya. Mengapa Liew Chin Tong tidak menyuarakan tentangannya kepada Lim Guan Eng secara berhadapan dan bukannya menyibuk dalam hal urusan Kerajaan Negeri Johor?

Lagipun, bukankah DAP mempunyai cita-cita besar pada PRU14 nanti untuk menguasai sekurang-kurangnya 17 kerusi Parlimen di Johor sahaja.

Pada PRU lalu, Barisan Nasional menguasai 21 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.

Monday, May 4, 2015

BETUL KER BERITA YANG DIBACA INI ATAU IANYA FITNAH... HASAN MALEK KATA BN AKAN MENANG SEBAB PENDUDUK TERIMA GST!!!



Penduduk di Rompin telah menerima baik pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu disuarakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, penduduk di Rompin menerima GST hasil penerangan yang baik dan penuh keikhlasan oleh BN menggunakan pendekatan cara orang kampung.

Hasan berkata, dengan penerimaan baik GST itu memberi keyakinan BN akan berjaya mengekalkan Parlimen Rompin.

“Saya yakin BN akan menang dan mempertahankan kerusinya. Terpulang kepada cara kita untuk menambah undi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Bazar Ramadhan (SBR) 2015 di Kuala Rompin pada Ahad.

Mengulas lanjut penerimaan GST oleh penduduk di Rompin, Hasan berkata kesimpulan itu dibuat hasil tinjauan di beberapa kampung yang mendapati mereka telah menerima sistem pencukaian baharu tersebut.

“Saya mengakui pada peringkat awal, memang saya meragui dengan pelbagai cerita dan tomahan yang dibuat-buat, direka-reka untuk menunjukkan rakyat rasa gelisah dan risau.

“Tetapi apabila kita turun ke bawah, mereka dapat terima bahawa GST memudahkan mereka berurus niaga dan memberi keyakinan untuk pembangunan yang lebih pesat,” katanya. (SUMBER)



NOTA THE SAVIOUR:

Tak tahulah nak kata apa.... mungkin ianya hasil daripada SYOK SENDIRI menteri terbabit. Atau barangkali untuk menyedapkan hatinya sendiri... atau barangkali juga terlalu banyak elemen LANCAPAN PERIBADI sehingga dia terlupa untuk melihat realiti di akar umbi, atau boleh jadi juga, ianya merupakan satu sabotaj yang mencabar pengundi-pengundi Rompin untuk membuat keputusan sebaliknya. 

Malah mungkin juga satu fitnah portal berita terbabit... kalau ianya fitnah, harap-harap Menteri KPDNKK yang kerap menjadi sasaran selama ini, BERSEGERALAH mengambil tindakan undang-undang ke atas portal tersebut. 

Sunday, May 3, 2015

BODOH TAK BERTEMPAT... GST DISERANG, PENIAGA TAMAK DIBIARKAN BERMAHARAJALELA!!!



Apabila harga minyak naik, para peniaga berkata, kos import mereka meningkat dan kerana itulah, harga barang perlu dinaikkan. Tetapi apabila harga petrol turun, harga barang tetap juga tidak turun.

Apabila Ringgit melemah, para peniaga berkata, kos import telah meningkat. Dan kerana itulah, harga barang dinaikkan. Tetapi apabila Ringgit mengukuh (seperti mana yang berlaku pada tahun 2011), harga barang tetap juga tidak turun.

Apabila tarif elektrik dinaikkan, para peniaga berkata, kos import telah meningkat dan kerana itulah harga barang perlu dinaikkan. Tetapi apabila tarif elektrik diturunkan, harga barang tetap juga tidak turun-turun.

Apabila gaji kakitangan awam dinaikkan, para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan mereka mengekalkan harga tinggi. Semasa musim perayaan, para peniaga menggunakan alasan permintaan tinggi, sekaligus mendorong harga tinggi dan harga tinggi itu pun kekal tidak turun-turun.

Kesemua yang di atas telah berlaku selama bertahun-tahun dan telah terbukti.

Terdapat 3 soalan mudah yang diharap, boleh dijawab.

1) Mengapakah harga meningkat dan tidak pernah turun-turun?
2) Pada tahun berapakah dalam sejarah Malaysia, harga sesetengah barangan atau perkhidmatan telah diturunkan atau tidak pernah meningkat?
3) Apa punca sebenar kenaikan harga?


Kalaupun kerajaan menghapuskan GST hari ini dan seterusnya, malah kembali menggunakan SST, harga barang dan perkhidmatan tidak akan turun sama sekali, malah akan semakin meningkat.

Ramai daripada kita yang menentang GST dan menjadikan GST sebagai punca serta alasan kenaikan harga barang. Kita mungkin betul tetapi punca sebenarnya adalah ketamakan dan keserakahan peniaga serta pemonopoli. Kita marahkan kerajaan kerana menguatkuasakan GST tetapi kita langsung tidak berani mengusik peniaga-peniaga tamak dan pemonopoli yang sentiasa mencari-cari alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Peningkatan harga berlaku sepanjang sejarah dan jawapan kepada kenaikan tersebut adalah kerana gaji dah upah selain permintaan.

Adalah TERLALU AMAT MUSTAHIL kerajaan mengawal kenaikan harga pada sepanjang masa. Yang pasti, apabila orang ramai mempunyai lebih banyak wang, kenaikan gaji berlaku, permintaan selain peningkatan populasi dan kenaikan taraf hidup dalam populasi, kenaikan harga akan berlaku.

Keadaan ini sudah berlaku semenjak 100 tahun lalu, 50 tahun lalu, 10 tahun lalu dan ia akan berterusan 10 tahun akan datang, 50 tahun akan datang dan 100 tahun akan datang.

Apa yang kerajaan mampu lakukan ialah mengawal kenaikan harga tidak munasabah, bukannya sebarang peningkatan harga.

Para peniaga dan pengguna yang sebenarnya harus memainkan peranan mereka dalam mengekang kenaikan harga dengan cara yang lebih munasabah. Para peniaga perlu bertanggungjawab dan kenaikan harga secara wajar sekiranya perlu. Dengan berlaku jujur dan memberikan harga munasabah, para peniaga sendiri akan 'dihadiahkan' jumlah jualan yang besar dan lebih ramai pelanggan setia, malahan akan bertambah maju pada jangka panjang.

Sekiranya harga yang ditawarkan terlalu tinggi, para peniaga sendiri sebenarnya yang mengajak lebih banyak persaingan apabila lebih ramai yang akan melibatkan diri dengan perniagaan serupa. Sudah pastinya akan ada golongan yang mahu membuat untung.

Para pelanggan sebaliknya perlu lebih bijak mencari kedai-kedai dan jenama-jenama alternatif sekiranya sesetengah kedai atau jenama tiba-tiba sahaja menaikkan harga. Para pengguna tidak seharusnya membiarkan para peniaga berfikiran bahawa mereka bebas menaikkan harga dengan terus menyokong perbuatan dan amalan tamak mereka, kemudian merungut dan menyalahkan kerajaan.

Malah para pengguna juga perlu lebih bijak menggunakan saluran-saluran yang ada untuk membuat aduan sekiranya mengetahui terdapat peniaga yang terlibat dalam pencatutan, sekaligus membolehkan mereka disiasat oleh pihak berkuasa dan dikenakan tindakan.

Apabila kita membayar pada harga tinggi, kita sebenarnya membenarkan para peniaga tamak untuk terus menaikkan harga. Apabila kita menyalahkan kerajaan kerana kenaikan harga, walhal kita sendiri yang menyokong para peniaga tamak, kita sebenarnya yang bodoh dan perlu dipersalahkan, bukannya kerajaan.

Didik diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan pihak lain, terutama sekali kerajaan!!!

LIM SIAN SEE


Saturday, May 2, 2015

TANDATANYA PALING BESAR... KENAPA KERAJAAN SENTIASA TUNDUK DENGAN TELCO DAN ASTRO?



Kontroversi baru tercetus lagi ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KKMM yang dilihat tidak bijak dan sembrono semata-mata untuk memberikan jawapan kepada rakyat berhubung  GST dan harga kad pra-bayar yang bercelaru serta flip-flop.

Namun sesuatu yang sangat pasti ialah, keadaan ini bukanlah sesuatu yang ganjil, musykil atau menghairankan.

Tiada seorang pun Menteri KKMM yang mampu menangani keserakahan TELCO. Malah tiada seorang menteri KKMM pun yang mampu menegur atau mengenakan tindakan ke atas ASTRO yang tidak mampu memberikan perkhidmatan setara dengan peningkatan yuran setiap tahun.

TELCO dan ASTRO bagaikan cukup berkuasa untuk berbuat apa-apa sahaja. Sebaliknya Kementerian dan agensi-agensi berkaitan pula kelihatan terpaksa mengikut sahaja apa yang dituntut oleh TELCO dan ASTRO.

Inilah yang dilihat oleh rakyat. Walaupun beberapa kenyataan dikeluarkan membabitkan Ketua Pengarah Kastam, mahupun Timbalan Menteri Kewangan, namun keadaannya langsung tidak berubah. TELCO masih juga berkuasa mengatasi kerajaan dalam menentukan kadar bayaran yang perlu dihulurkan oleh pengguna.


Sehingga kini, TELCO masih tidak mampu mengatasi masalah DROP-CALL yang turut memotong sebahagian kredit walaupun panggilan tidak berjaya. Selain itu, TELCO cuba melakukan taktik kononnya menawarkan SMS percuma sedangkan hakikatnya, sistem SMS tidak lagi popular, malah kurang digunakan berbanding WhatsApp, Telegram mahupun WeChat dan sebagainya menggunakan talian Internet.

Dari semasa ke semasa, isu TELCO dan ASTRO yang sangat ketegar, degil serta 'sangat berkuasa' seringkali diperkatakan oleh rakyat bawahan. Maklumat, Internet dan komunikasi sudah menjadi isu besar dan penting di kalangan rakyat Malaysia. Ia tidak lagi bersifat mewah, bahkan ia merupakan satu keperluan asasi yang bukan sahaja memudahkan banyak kerja, sebaliknya menangani pelbagai isu termasuklah menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat bawahan.

Malang bagi seorang Menteri KKMM yang akhirnya menjadi mangsa belasahan hanya kerana gagal menjawab atau menangani permasalahan yang membabitkan masyarakat pengguna dengan TELCO dan ASTRO. Namun kementerian dan kerajaan juga seharusnya lebih peka bahawa rakyat sekarang bukan rakyat pada zaman di mana sumber maklumat dan media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Rakyat semakin bijak dan rakyat semakin pantas menelusuri maklumat serta mencernakannya dalam bentuk persepsi yang kemudian, perlu pula ditangani oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya, bukannya mendiamkan diri dengan harapan, isu yang timbul akan hilang begitu sahaja.

Isu terbaru membolehkan rakyat melihat sendiri bagaimana Menteri, Kementerian dan agensi berkaitan sedang berhempas pulas untuk memberikan jawapan dan alasan, sedangkan pada masa yang sama, TELCO pula meneruskan operasi mereka dengan keengganan menyerap GST.

Sehingga itu, rakyat Malaysia masih menunggu dengan penuh harapan, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan dan TELCO memenuhi tanggungjawab sosial mereka tanpa memikirkan keuntungan besar!




HANGATKANLAH LAGI GST PRA-BAYAR.... SHABERY CHEEK KATA, PENGGUNA KAD PRA-BAYAR TELEFON MAJORITINYA WARGA ASING!!!




Selepas ditegur oleh Perdana Menteri, akhirnya Menteri Komunikasi, Shabery Cheek yang selama ini telah melepaskan 'baton' kepada Ahmad Maslan pun mengeluarkan kenyataan. Tetapi kenyataan yang dikeluarkannya pula, nampaknya bakal menjadi api yang membakar punggung dan telapak kakinya. Kononnya kenyataan itu dibuat berdasarkan kajiselidik.

Free Malaysia Today melaporkan, Shabery Cheek mempertahankan GST pada kad pra-bayar telefon bagi mengelakkan kerajaan kehilangan lebih RM800 juta setahun sekiranya GST tidak dikenakan pada kad pra-bayar telefon. Katanya lagi, dua pertiga daripada pengguna telefon pra-bayar adalah warga asing, kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

Barangkali Shabery Cheek telah tersalah diberi laporan atau barangkali juga dia tersalah membaca. Hakikat bahawa HAMPIR KESEMUA REMAJA (bawah 21 tahun) di negara ini menggunakan telefon pra-bayar boleh jadi tidak dimasukkan ke dalam kajiselidik tersebut. Boleh jadi juga orang atau pasukan yang membuat kajiselidik itu hanya berkajiselidik di dalam pejabat atau mengambil data-data pasca bayar dari syarikat-syarikat telekomunikasi.


Kenyataan-kenyataan seperti inilah yang membuatkan Ahmad Maslan teruk diperlekehkan. Malah kenyataan-kenyataan seperti inilah juga yang akhirnya akan menempek kepada Najib Abdul Razak dan menjadikan Najib Abdul Razak sebagai sasaran kebencian melampau walaupun yang melakukannya bukan Najib Abdul Razak sendiri.

Dengan gelagat agensi serta golongan yang tidak berkredibiliti berlumba-lumba menjadi jurucakap dan media madness, keadaan ini bertambah buruk sehinggakan banyak keputusan kerajaan dilihat sangat FLIP-FLOP sehingga sudah wujud tanggapan bahawa Kerajaan Najib Abdul Razak tidak mampu membuat satu ketetapan dan keputusan tegas dalam menangani pelbagai masalah yang membabitkan kepentingan rakyat.

Nampak sangat Shabery Cheek terburu-buru dalam membuat kesimpulan mudah seperti itu selepas 'ditegur' oleh Perdana Menteri. Kenyataan tersebut langsung tidak mencerminkan hakikat yang sedang berlaku!



Friday, April 24, 2015

RAFIZI RAMLI KEMBALI BODOH!!! CUBA TIMBULKAN POLEMIK ISU KRONI DALAM KUTIPAN GST!!!



Asal sahaja berita tentang Rafizi Ramli, mesti ianya melibatkan penipuan yang dilakukan oleh si gemuk yang perasan comel tu....

Isyy....

Kali ini, Rafizi Ramli menuduh kronisme yang diamalkan oleh pemimpin negara telah membolehkan syarikat persendirian atau swasta mengendalikan skim pembayaran semula GST kepada pelancong.

Di bawah skim ini, syarikat swasta tersebut perlu menyediakan sistem komputer, kakitangan yang mengendalikan serta menyewa premis di lapangan-lapangan terbang utama dan turut dibekalkan wang tunai sebagai bayaran semula.

Keuntungan mereka, datangnya daripada 'yuran pengendalian' yang akan dikenakan kepada pelancong yang mana, ianya dipotong daripada pembayaran semula GST.

Rafizi Ramli bagaimanapun, tidak menyukai sistem ini dan berkata, kerajaan sepatutnya yang mengendalikan sistem tersebut dan tidak perlu berkongsi keuntungan dengan pihak swasta.

Melantik syarikat-syarikat swasta untuk mengendalikan pulangan kembali GST atau VAT telah diamalkan di seluruh dunia, bahkan di Singapura pun terdapat sekurang-kurangnya tiga agensi yang mana ketiga-tiganya adalah syarikat swasta iaitu Global Blue Singapore, Premier Tax Free & Fintrax Payments dan Global Tax Free yang mengendalikan sistem tersebut. (BACA DI SINI)

Apakah sebenarnya maksud Rafizi, Kerajaan mengendalikan semua jenis perniagaan di Malaysia, manakala syarikat-syarikat swasta tidak dibenarkan terlibat walaupun mereka mempunyai kepakaran dan sistem yang boleh digunakan untuk membantu kerajaan?

Untuk pengetahuan, syarikat tempatan yang ditugaskan, Iris Corp, untuk mengendalikan pulangan semula GST merupakan syarikat kerjasama antara Global Blue yang berpangkalan di Switzerland (juga merupakan agensi pemulangan GST di Singapura).

Pemegang saham terbesar Iris Corp adalah FELDA yang merupakan syarikat senaraian awam dan anda boleh memeriksa sendiri laporan tahunan mereka. (RUJUK SINI)

Apakah Rafizi ingin menyatakan bahawa FELDA dan syarikat yang berpangkalan di Switzerland, Global Blue merupakan kroni?

Mengapa agaknya dalam kepala Rafizi Ramli hanya terdapat KRONISME? Berapa banyak kroni di Malaysia sebenarnya?

Rafizi juga berkata, tidak adil kerana pelancong dapat pulang semula GST manakala penduduk tempatan sebaliknya. Sedangkan ini adalah amalan dunia dan pelancong bukannya dapat pulangan semua sebaliknya hanya sebahagian daripadanya berdasarkan jenis barang dan syarat-syaratnya termasuklah nilai serta jenis baragn yang dituntut nilai kembali, sama seperti kita ke luar negara dan kita boleh membuat tuntutan.

Tanpa skim ini, sedangkan di negara-negara lain, ianya dipraktikkan, pelancong-pelancong seperti tidak digalakkan untuk datang kembali ke negara ini untuk tujuan membeli belah sekaligus mengancam ekonomi kita.

Satu perkara yang Rafizi Ramli tidak sebutkan ialah, setiap kali pelancong-pelancong tersebut kembali ke negara mereka, mereka juga akan perlu membayar GST atau VAT di negara mereka, yang mana ianya lebih tinggi berbanding Malaysia (Malaysia mempunyai kadar GST antara yang terendah di dunia).

Nampaknya kali ini, Rafizi Ramli seperti sudah kehabisan idea tetapi masih mahu menembak merata-rata tanpa mengetahui bahawa yang ditembaknya tersasar, malah ianya merupakan amalan di seluruh dunia.

Seperkara yang menarik, apa yang sudah berlaku kepada tuduhan liar Rafizi kononnya kerajaan telah membelanjakan wang kutipan GST untuk membeli kereta-kereta mewah BMW? Adakah dia sudah meminta maaf kerana membuat tuduhan liar dan lebih kepada fitnah?

LIM SIAN SEE


Thursday, April 16, 2015

KPDNKK 'SAPU' SEMUA KEDAI DALAM OPERASI GST TETAPI TELCO PULA DIBERIKAN KELONGGARAN SAMPAI HUJUNG APRIL!!!



Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap operasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)‎ 'menyapu' semua kedai tanpa mengira jenis perniagaan.

‎Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, operasi yang dijalankan agak rumit kerana ia melibatkan banyak pihak.

"Kita buat (operasi) semua (kedai). Maknanya, laluan kita macam tsunami. Sapu semua. Tidak ada tanda harga, penimbang itu kalau tidak ada nombor kita pun, kita ambil tindakan. Sebab itu saya kata, kita sapu semua.

"Kalau dengan Kastam sangat mudah. Tak ada nombor pendaftaran GST, Kastam akan ambil tindakan. Tapi KPDNKK agak rumit. Kena kaji dari semua sumber. Kalau peniaga kata mereka mendapat harga yang tinggi dari pembekal, kami mencari pembekal. Itulah prosesnya dan seterusnya. Ia memang mengambil masa," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media harian kementerian itu di sini, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian hari ini, trend tindakan kes dan pengeluaran notis di seluruh negara sejak 1 April mencecah 240 kes dan 551 notis.

Kes pertama akan dibawa kementerian kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) minggu hadapan sebelum didakwa di mahkamah.

SEMENTARA ITU...

Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih menanti syarikat-syarikat telco menyelesaikan kaji selidik berhubung pengenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai yang menjadi perdebatan hangat sebelum ini.

Pengarah Bahagian GST, Datuk Subromaniam Tholasy‎ berkata, sehingga hari ini masih belum ada sebarang resolusi dicapai antara kerajaan dengan syarikat telco.

"Belum lagi (buat resolusi dengan syarikat telco). Sebab syarikat telco sedang menjalankan kaji selidik jadi, keputusan akan dibuat selepas kaji selidik itu selesai‎. Kami berikan mereka (masa) hingga hujung bulan April," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini beberapa pihak menggesa syarikat telco tidak mengenakan bayaran lebih kepada pengguna pada setiap pembelian kad tambah nilai prabayar.

Sejak 1 April, pelbagai rungutan kedengaran dan ‎kenyataan kementerian bertanggungjawab yang berubah-ubah menambah kekeliruan pengguna.

Malah dalam kenyataan sebelum ini, Subromaniam menegaskan bahawa peniaga tidak boleh mengenakan GST ke atas kad tambah nilai kerana sebelum GST lagi, kad 'top-up' itu sememangnya sudah dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus oleh kerajaan.

Katanya, sepatutnya tidak ada perubahan kerana jika harga top-up itu RM10 sebelum ini, harga tersebut kekal selepas 1 April kerana ia termasuk cukai.

"Kita pernah beri surat kepada semua syarikat telekomunikasi, RM10 itu termasuk cukai perkhidmatan. Kita juga telah beritahu syarikat telekomunikasi ini, apabila beralih kepada GST, mestilah kekalkan harga RM10 itu.

“Sebab kadar cukainya sama cuma tukar nama daripada cukai perkhidmatan kepada GST. Tetapi ada satu atau dua syarikat telekomunikasi yang nampaknya tidak mengikut arahan itu," katanya.

Kemudian, syarikat telco telah mengumumkan untuk memberi bonus waktu udara enam peratus daripada kadar nilai kepada pelanggan walaupun mengenakan GST. (SUMBER)


PENIAGA CINA YANG DIBUKTIKAN KESALAHAN NAIKKAN HARGA BARANGAN, LEBIH RELA BAYAR SAMAN DARIPADA DIDAKWA DI MAHKAMAH, KATA HASAN MALEK!!!



Peniaga Cina dikatakan lebih suka membayar denda kerana kesalahan menaikkan harga barangan daripada didakwa di mahkamah.

Kenyataan berkenaan dibuat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

“Peniaga yang paling tidak suka (didakwa di mahkamah) terutama peniaga-peniaga Cina yang tidak sanggup pergi ke mahkamah.

“Dia (peniaga Cina) sanggup membayar beberapa sahaja asalkan jangan bawa mereka ke mahkamah,” katanya dalam ucapannya selepas menyampaikan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Penguatkuasa pada Khamis.

Hasan memberi jaminan kementeriannya akan bertindak lebih tegas untuk mengheret peniaga yang menaikkan harga barangan dan memanipulasikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke mahkamah.

“Saya nak tekankan pula, kita nak ambil satu atau dua (kes) untuk dibawa ke dalam mahkamah, supaya rakyat tahu yang kita ambil tindakan.

Beliau berkata, KPDNKK juga akan menambah pegawai penguatkuasa untuk membuat pemeriksaan yang kerap di kedai runcit dan pasar raya.

Katanya, tindakan itu bagi memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kesungguhan kerajaan dalam memastikan hak pengguna sentiasa dilindungi.

Hasan berkata, dalam Ops Catut Fasa 2 dari 1 hingga 14 April, sebanyak 94,960 premis telah diperiksa dengan nilai rampasan RM56,908.

“Sebanyak 240 kes telah diambil denga kompuan yang dikeluarkan pula sebanyak RM35,650 manakala notis yang dikeluarkan pula sebanyak 551,” katanya.

Bagi pemeriksaan terhadap caj perkhidmatan pula, sebanyak 698 pemeriksaan telah dijalankan dan 61 notis bagi caj perkhidmatan telah dikeluarkan.

Hasan menasihatkan rakyat jangan berasa jemu dengan pemantauan oleh pihak berkuasa kerana 2015 merupakan tahun paling mencabar. (sumber)


Wednesday, April 8, 2015

KENA DAH... PENIAGA TELEFON DI ALOR SETAR KENA DENDA RM200 RIBU SEBAB TIPU PELANGGAN DENGAN RESIT TULIS TANGAN GST!!!!



Sekarang ni, kalau sebut GST dan kenaikan harga barang, semuanya akan disalahkan seratus peratus kepada kerajaan.

Memang betul pun.... sebahagian besar kesalahan GST melibatkan kenaikan harga adalah kerana kerajaan dan pihak berkuasa kurang menguatkuasakan peraturan dan undang2-undang berkenaan GST.

Yang menariknya para peniaga yang dengan sengaja menaikkan harga barang terlepas begitu sahaja kerana para pelanggan lebih percaya cakap peniaga kononnya mereka terpaksa menaikkan harga kerana GST.

Nah, di Alor Setar, tindakan telah dilakukan. Seorang peniaga Cina yang menjual telefon bombit telah dikenakan kompaun RM200,000 kerana menipu pelanggan dengan resit tulisan tangan.

Bagus sangat-sangat!!!

Cuma diharapkan tindakan penguatkuasaan ini berterusan dan diperhebatkan bukan sekadar di hadapan kamera wartawan dan stesen televisyen semata-mata.


Tuesday, April 7, 2015

GST: KONONNYA NAIK 1 SEN PUN AKAN AKAN DIDAKWA... CAKAP SAHAJA, TINDAKAN LEMAH JUGA!!!



Peniaga yang sengaja menaikkan harga barang susulan pelaksanaan GST boleh dikenakan tindakan walaupun jumlah kenaikan harga kecil, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau mengulas aduan disalurkan pengguna kepada Sinar Harian mengenai harga barang yang sudah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini dikekalkan peniaga yang kemudian menambah kadar enam peratus GST, sekali gus meningkatkan harga barang dan membebankan pengguna.

“Prinsipnya jelas, kalau barang itu ada SST (sebelum ini), kalau kadar SST lebih daripada GST, barang akan turun harga. Kalau SST (sebelum ini) lebih rendah daripada GST, harga akan diseimbangkan dengan enam peratus GST.

“Sekiranya peniaga naikkan harga lebih daripada yang patut dikenakan, kita akan lihat sama ada peniaga mencatut atau tidak. Apabila berlaku kenaikan begini kita kena lihat banyak perkara, kita tak menghukum secara tidak adil.

“Kenaikan harga mungkin boleh berlaku akibat macam-macam sebab jadi peniaga perlu tunjukkan sebab kenaikan harga itu. Kalau untuk mengambil keuntungan, peniaga naik satu sen pun kita boleh dakwa di bawah undang-undang, kerana peniaga dikira mencatut (mengambil untung berlebihan),” tegas Alias pada sidang media mengenai GST, semalam.

Alias berkata, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, peniaga diwajibkan menyimpan dokumen dan invois berkaitan jual beli selama tujuh tahun untuk dijadikan bahan bukti terhadap siasatan KPDNKK.

Sistem cukai SST yang diguna kerajaan sejak 1972 sebelum ini mengenakan kadar cukai berbeza mengikut jenis barang, contohnya kadar lima peratus bagi makanan segera, minuman dan produk tenusu.

Sementara itu, kadar SST 10 peratus pula dikenakan bagi barang kegunaan harian, barangan elektrik, kenderaan dan perabot yang sepatutnya mengalami penurunan harga selepas SST dimansuhkan dan digantikan dengan GST.



84 peniaga disiasat

Sementara itu, Alias berkata, bagi tempoh lima hari pertama pelaksanaan GST, 36,429 pemeriksaan premis telah dibuat melalui Ops Catut 2 yang dijalankan bersama oleh KPDNKK dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurutnya, daripada pemeriksaan tersebut, 84 kes dibuka untuk siasatan dan 217 notis dikeluarkan untuk mendapatkan penjelasan peniaga mengenai punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan tidak munasabah.

Sementara itu, berkongsi statistik terkini aduan berhubung GST, Alias berkata, bagi tempoh 1 April hingga 5 April 2015, jumlah aduan ke diterima melalui portal e-aduan KPDNKK ialah 2,494.

Katanya, daripada jumlah itu, aduan berkaitan pembelian kad tambah nilai prabayar telefon bimbit yang dikenakan GST menurun daripada 47 peratus kepada 44 peratus daripada keseluruhan aduan.

Namun, beliau berkata, aduan melalui portal tersebut mengenai kenaikan harga barang menunjukkan peningkatan termasuk barangan seperti makanan dan minuman di restoran, susu tepung bayi dan lampin pakai buang bayi.

“Aduan berkaitan resit tiada nombor pendaftaran GST, tetapi kenakan caj GST enam peratus pula secara relatifnya meningkat daripada 347 aduan kepada 362 aduan.

“Manakala aduan berkaitan caj perkhidmatan 10 peratus pula meningkat kepada 111 aduan,” katanya.

Friday, April 3, 2015

KPDNKK TAK BOLEH BERBUAT APA-APA DENGAN CAJ TOP-UP TELCO BERLEBIHAN!!!



Barang ada.... penguatkuasaan tak ada.

Penguatkuasaan macam ada, tapi bertindih pula kuasanya... jadi tak ada juga penguatkuasaan.

Cakap degar-degar, tapi akhirnya tunduk terkulai layu dan terpaksa menuruti kehendak TELCO.

Isu kad top-up, sekejap tak ada GST, sekejap ada GST yang kemudiannya berakhir dengan ada GST dan TELCO berjanji akan memanjangkan tempoh berbual dan SMS (sesetengahnya berkata, hanya untuk tempoh 3 bulan).


Janji yang sama sekali tidak boleh dipercayai berdasarkan rekod-rekod pemerdayaan yang berlaku sebelum ini.

Sikap yo-yo ini amat menjejaskan dan ternyata begitu mengecewakan setelah pelbagai kata-kata muluk dikeluarkan sebelum ini.

Yang pasti, setakat ini, belum ada sebarang laporan yang bersungguh-sungguh menyatakan, harga barang turun atau kekal, sebaliknya yang lebih banyak adalah kenaikan berganda. Kecuali untuk kereta, yang lain-lain terutama makanan turut dinaikkan harga, meskipun Kerajaan menyatakan ianya tiada GST.


Namun pada masa yang sama juga, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja dan tidak sempat memasak atau membawa bekal terperangkap dengan kenaikan harga yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha makanan termasuklah di medan selera yang terpaksa menaikkan harga ekoran kenaikan sewa akibat GST yang diimplementasikan oleh pemilik premis, termasuklah di Selangor yang konon-kononnya GST haram di sisi Islam.

Hari ketiga GST, keadaan masih belum reda dan semua orang menantikan apa lagi cakap bolak-balik Menteri atau timbalan menteri terbabit setelah pada hari kedua, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan terpaksa menebalkan mukanya, menyanggah kata-katanya sendiri dan cuba memujuk dengan menjadi mulut lidah TELCO yang sudah terkenal dengan pemerdayaan.


Thursday, April 2, 2015

KEJAYAAN BESAR DAP!!!! AHMAD MASLAN BUKTIKAN KERAJAAN TUNDUK KEPADA PERBUATAN KHIANAT PARA KARTEL TERMASUKLAH TELCO!!!




Apa cerita pulak nih? 

Nampak gayanya, yang duk kalutkan dan menyerang Tun Dr. Mahathir kerana menyiarkan satu lagi posting menghentam pentadbiran Perdana Menteri kerana bimbang kenyataan Mahathir akan menjatuhkan Najib, perlu melihat perkara yang lebih besar dan lebih luas membabitkan para pengundi. 

Isu kenaikan harga jauh lebih besar dan lebih berkesan berbanding posting seorang lelaki tua yang sudah tidak ada sebarang kuasa. Tak payahlah nak korek semua kekayaan anak-beranak Mahathir kerana yang memekak sekarang adalah rakyat bawahan yang sedang merasai peningkatan harga kerana tekanan yang dibuat oleh para peniaga, YANG TIDAK MAMPU DITANGANI OLEH KERAJAAN dan agensi-agensi itu sendiri. 

Buat program yang bagus-bagus tetapi DHAIF, MISKIN, PAPA DAN KONTANG IDEA untuk melaksanakan serta menguatkuasakan program dan dasar yang dibuat sendiri. 

Terbukti apabila Ahmad Maslan terpaksa tunduk kepada tekanan TELCO yang enggan menurunkan harga atau menyerap cukai GST sebaliknya mahu para pengguna yang membayarkan cukai untuk mereka!!!



Wednesday, April 1, 2015

HARI PERTAMA GST DILAKSANAKAN, KECOH TENTANG HARGA TOP-UP TELCO DINAIKKAN 6%!!!



Timbalan Menteri Kewangan II kata, harga top-up telefon tak akan dinaikkan.

KPDNKK pun kata harga top-up tidak akan dinaikkan kerana TELCO telah menyerap GST.

Orang ramai diberitahu bahawa top-up memang tidak dinaikkan harga. Kalau naik juga, ambil gambar resit, buat aduan kepada pihak berkenaan.


Sebelum ini pun Kastam Diraja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan dan surat arahan kepada semua TELCO agar tidak menaikkan harga top-up.

Menariknya, pagi-pagi buta lagi, sudah ada gambar-gambar yang dipaparkan bagaimana top-up telah dinaikkan harga sebanyak 6%. Begitu juga dengan top-up menerusi perbankan dalam talian.

Paling ketara ada juga trick yang jelas membodoh-bodohkan orang ramai apabila syarikat-syarikat yang tidak berdaftar GST, turut mengenakan bayaran tambahan dengan tulisan pada resit terdapat penambahan harga sebanyak 6% bagi bayaran yang perlu dijelaskan oleh pelanggan.



Secara nyata, kes ini melibatkan ketamakan dan kehalobaan para peniaga yang bersenang-lenang dan tanpa takut-takut untuk menipu pengguna dan orang ramai dengan kesannya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Kegawatan mula terasa apabila para pengguna mula berlumba-lumba memaparkan resit pembelian mereka - dari top-up telefon sehinggalah kepada perkhidmatan tayar dan makanan di restoran - di Facebook terutamanya.

Beberapa rungutan tentang cubaan untuk menghubungi saluran yang diperkatakan oleh Menteri KPDNKK sekiranya terdapat aduan, tetapi gagal atau tidak dijawab juga, dapat dilihat.


Sehingga setakat ini, Menteri yang sepatutnya paling sibuk menjawab isu ini, masih mendiamkan diri dan dikhabarkan berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Monday, March 30, 2015

GURU PAS DI KELANTAN BARU TERSEDAR, DIA SUDAH TERBOCOR RAHSIA, CEPAT-CEPAT PADAM POSTING ANTI-GSTNYA DI FACEBOOK!!!




Seorang guru yang mengajar di SMK Bukit Jawa telah membuat posting awal tentang bagaimana dia terpaksa menutup gerainya di KB Mall yang telah dibukanya selama 10 tahun. Alasan penutupan adalah GST.

Untuk makluman, KB Mall terletak di Kota Bharu dan merupakan pemilikan salah satu anak syarikat kerajaan negeri. Kota Bharu terletak di Kelantan. Kelantan pula berada di bawah Kerajaan Negeri PAS semenjak tahun 1990.

Paling menarik ialah apabila Husam Musa, orang yang paling banyak membuat 'penemuan menggemparkan' di Kota Bharu dan Kelantan, termasuklah penemuan telaga minyak, turut menyambut posting berkenaan sebagai bukti betapa buruk dan zalimnya GST.

Para macai Pakatan Rakyat terutama sekali yang tegar menyokong DAP yang cuba melindungi kebuasan para peniaga DAP mengaut keuntungan besar, turut menggunakan posting tersebut sebagai bahan untuk mereka menyerang Kerajaan kerana implementasi GST.


Bagaimanapun, setelah terdedah, wanita berkenaan telah melupuskan posting tersebut. Dan lebih menarik lagi ialah, rupa-rupanya wanita itu bukanlah peniaga sepenuh masa, sebaliknya merupakan seorang guru!!!

Kakitangan awam rupa-rupanya di pengkomplen itu!

Pada ketika para guru kononnya tidak mempunyai banyak masa kerana terlalu dibebankan oleh kerjaya dengan sebahagian daripada mereka pula mengeluh kerana terpisah dengan suami atau isteri sehingga ada yang kononnya hampir bercerai, guru ini pula mempunyai banyak masa lapang untuk berniaga.

Apa yang ditulis oleh guru ini, sememangnya menarik perhatian daripada golongan yang cukup dikenali sebagai pemacai tegar DAP seperti di bawah tanpa dia sedar, posting berkenaan telah pun dilupuskan oleh penulisnya sendiri.




 
Blogger Templates