Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label rizal mansor. Show all posts
Showing posts with label rizal mansor. Show all posts

Wednesday, December 6, 2017

SURAT TERBUKA RIZAL MANSOR KEPADA SHEILA MAJID!!!



Buat Datuk Sheila Majid, anda mungkin terlupa kenapa tiket konsert Sheila Majid: The Concert KL 2017 pada bulan Ogos yang lalu laris bak pisang goreng panas.

Ya, betul anda adalah ratu jazz negara dan dianggap lagenda yang punya ramai peminat tetapi mampukah mereka untuk membeli tiket konsert yang berharga sehingga RM888 itu terjual jika ekonomi negara begitu terjejas.

Mampukah para peminat anda yang mungkin kebanyakannya golongan umur pertengahan mampu membayar tiket konsert semahal itu jika benar hidup mereka terhimpit dan berada dalam kesusahan sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebagai artis veteran yang banyak pengalaman dan pengaruh, anda sepatutnya faham bahawa banyak hal dalam ekonomi yang bukan dalam kawalan kerajaan kerana faktor luaran sehingga nilai ringgit menyusut dan peluang pekerjaan makin mencabar.


Mana ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan kerajaan BN di bawah PM Datuk Seri Najib Razak bukan duduk diam, sebaliknya berusaha setiap hari membawa masuk pelaburan agar peluang pekerjaan bertambah, kukuhkan nilai ringgit dan membantu meringankan beban kos sara hidup menerusi pelbagai inisiatif seperti BR1M.

Datuk Sheila mungkin hidup senang lenang dan mewah selama ini kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di majlis makan malam korporat dan ketahui dan sedarilah, semua ini tidak mungkin dapat dinikmati selama ini jika bukan hasil kerja keras kerajaan BN.

Kalaupun tidak terluah kata-kata terima kasih atau menghargai limpahan rezeki selama ini, jangan pula memesongkan pemikiran masyarakat dengan fakta yang tidak benar, apatah lagi menjadi alat propaganda untuk pembangkang.

rizalmansor


Thursday, October 5, 2017

PERANG RIZAL DAN RAFIZI BERTERUSAN SELEPAS RAFIZI GENTAR NAK SAMAN RIZAL BERHUBUNG ISU 'RAFIZI BAYAR RAFIZI'!!!!



Penulis: Rizal Mansor

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya mengambil masa seminggu untuk menjawab Rafizi Ramli?

Saya sengaja mengambil masa seminggu untuk menjawab kerana saya mahu turut memberitahu orang ramai, bahawa sehingga hari ini saya tidak menerima sebarang notis guaman dari Rafizi. Sebagaimana ancaman dia kepada saya minggu lepas. Jangan kata notis peguam atau writ saman, salam perkenalan dari peguam dia pun belum ada lagi. Manakala di belakang saya pula sudah berbaris peguam menunggu untuk melawan samannya. Beliau boleh syok sendiri dengan membohongi orang ramai kononnya saya menggigit jari dan sebagainya kerana takutkan saman darinya. Tetapi Rafizi tidak boleh menipu dirinya sendiri.


Dalam dunia ini, sayalah satu-satunya pengangkat beg isteri PM yang paling hebat. Kerana seorang Ahli Parlimen yang juga seorang Naib Presiden sebuah parti perlukan masa selama satu setengah jam untuk satu sidang media bagi membelasah seorang pengangkat beg.

Saudara saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian, dalam kehidupan ini seseorang yang bercakap benar, akan sentiasa bercakap perkara yang benar walaupun 10 tahun yang lepas atau 10 tahun yang akan datang. Manakala bagi seorang pembohong, cakapnya akan sentiasa berubah-ubah. Kerana dia tidak boleh ingat apa yang telah dia bohongi. Jangan kata 1 tahun atau 2 tahun, dalam sidang media yang sama pun dia tidak ingat apa yang dia bohong di awal sidang media. Kemudian di akhir sidang media dia cakap lain pula.


Rafizi dalam sidang medianya pada Khamis 28 September 2017 telah berkata seperti berikut;

“Untuk menubuhkan sebuah “pertubuhan” (sama ada persatuan, parti politik, yayasan dan lain-lain) yang bukan syarikat, permohonan perlu dibuat kepada Pendaftar Syarikat (Registrar of Societies atau ROS). Setakat ini, ROS telah dipolitikkan dan sebarang permohonan dilambat-lambatkan. Malah, ROS juga dilihat menjadi senjata kepada Umno/BN untuk menghukum mana-mana pertubuhan atau parti politik yang mereka tidak gemari.

Mengambil kira risiko INVOKE tidak akan diluluskan oleh ROS dan segala gerak geri kami dijadikan alasan untuk diberikan tekanan oleh ROS, saya membuat keputusan menubuhkannya sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang 99% milik saya.”

Dipetik dari rafiziramli.com


Itu katanya di awal sidang medianya. Kononnya tidak mahu menubuhkan sebuah pertubuhan kerana bimbang masalah dari ROS. Manakala di akhir sidang media pula, dia pusing lagi. Sebab itu saya kata orang yang berbohong dia tidak akan konsisten. Kerana dia tidak ingat apa yang telah dia bohongi. Di akhir sidang media pula dia berkata, dia menubuhkan sebuah lagi syarikat miliknya, iaitu KEIP Resources Sdn Bhd kerana bimbang risiko tekanan dari pihak berkuasa terhadap syarikat INVOKE Solutions Sdn Bhd. Nampak atau tidak bagaimana dia cuba membelit untuk menghalalkan tindakannya bermain dengan wang orang ramai ?

Ditubuhkan syarikat (INVOKE) kerana bimbang tekanan pihak berkuasa jika tubuhkan sebuah pertubuhan.

Setelah tubuhkan sebuah syarikat (INVOKE), ditubuhkan pula sebuah syarikat lagi (KEIP) kerana bimbang tekanan pihak berkuasa ke atas syarikat (INVOKE).


Selepas ini mungkin dia akan tubuh sebuah lagi syarikat. Dicadangkan dinama dengan nama, TSSSB (Tipu Sana Sini Sdn Bhd), kerana bimbang risiko tekanan pihak berkuasa ke atas KEIP pula.

Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, setelah ditolak campur kali dan bahagi , akhirnya dia yang untung. Rafizi bayar Rafizi untuk menguruskan Rafizi. Lihat dokumen di bawah bagaimana duit dialihkan dari syarikat Rafizi ke syarikat Rafizi lebih awal dari tarikh invois.

Dokumen dibawah juga menunjukkan KEIP (99% milik Rafizi), telah membilkan INVOKE (99 % milik Rafizi) dengan caj pengurusan sebanyak 5 %. Memungkinkan KEIP telah mengambil keuntungan dari hasil derma orang ramai kepada INVOKE. Jadi dimana rasionalnya Rafizi mengatakan dia tidak mendapat apa-apa keuntungan?

Invois berkenaan juga menunjukkan KEIP tidak mengenakan GST terhadap INVOKE. Sedangkan perkhidmatan pembekalan sumber manusia tertakluk kepada khidmat yang dikenakan GST. Dan dalam masa yang sama akta GST telah menetapkan, perniagaan melebihi RM 500,000.00 setahun perlu berdaftar dengan Kastam. Semakan ditalian dengan Jabatan Kastam menunjukkan KEIP tidak mendaftar.

Nampaknya Wan Azizah selaku Presiden dan Azmin Ali selaku Timbalan Presiden terus membisu setakat ini apabila melihat permainan silap mata yang dimainkan oleh orangnya sendiri. Atau pun, adakah Wan Azizah atau Nurul Izzah juga turut mendapat laba hasil dari permainan silap mata Rafizi?

Kita tunggu episod seterusnya. Permainan masih awal lagi. Belum pun tamat separuh masa pertama.

Sekian.


Saturday, September 23, 2017

REAKSI PUSINGAN PERTAMA, RIZAL MANSOR GEMBIRA RAFIZI RAMLI MAKAN UMPAN DAN MASUK PERANGKAPNYA!!!



Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Rafizi kerana telah memberi respon panjang lebar terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh saya. Walaupun selama ini saya diiktiraf oleh Rafizi sebagai budak pengangkat beg.

Jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rafizi itulah yang memang saya mahukan sebagai bukti dan pengesahan untuk beberapa tindakan selanjutnya. Selain itu, jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rafizi juga telah menimbulkan beberapa lagi persoalan-persoalan baru yang mengejutkan. Dan menunjukkan betapa liciknya Rafizi cuba memperdayakan orang ramai dengan cara yang salah. Tak mengapa, kita selesaikan satu persatu.

Sebelum saya pergi lebih jauh, terlebih dahulu saya mahu memberitahu Rafizi, darjah kebesaran yang saya terima tidak membawa gelaran Datuk Seri sepertimana yang anda catitkan. Hanya membawa gelaran Dato' sahaja. Ish...ish...ish...jangan angkat saya tinggi sangat. Kan anda kata saya hanya budak pengangkat beg sahaja ?

Tentang dakwaan Rafizi bahawa saya telah melanggar Peraturan 21 (I) dengan mengambil bahagian dalam politik -

Saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik, hatta sebagai pemeriksa kira-kira di peringkat cawangan sekali pun tidak.

Tentang dakwaan saya berkempen secara rasmi dalam PRK Kuala Kangsar -

Itu adalah pembohongan yang nyata. Saya tidak pernah menyertai dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar kempen dalam PRK berkenaan. Sepanjang PRK itu saya  hanya sekali ke Kuala Kangsar untuk mengikuti sidang media Rafizi berhubung dakwaan-dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap majikan saya. Saya mahu mendengar dengan teliti apa yang diungkapkan beliau terhadap majikan saya. Malangnya Rafizi telah bersikap pondan dengan menghalang saya dari mengikuti sidang medianya. Dan berlaku sedikit kekecohan di pintu masuk.

Tentang merasmikan mesyuarat Pemuda Umno -

Kehadiran saya adalah atas jemputan. Dan saya telah memastikan bahawa kehadiran saya tidak melanggar sebarang peraturan pegawai awam. Saya harap Rafizi jangan dengki dengan saya dalam hal ini. Tidak munasabah pula untuk Pemuda Umno menjemput Rafizi bagi merasmikan mesyuarat mereka. Saya faham emosi dan perasaan Rafizi sekarang ini. Saya faham beliau mudah tersentuh sekarang kerana semakin dipinggirkan dalam PKR. Telah lama dia tidak berucap atas pentas parti di depan ahli2 parti sendiri. Hingga terpaksa membawa diri bersama sebiji lori untuk berceramah depan puluhan orang sahaja.

Tentang dakwaan mengeluar kenyataan-kenyataan politik -

Saya tidak pernah membuat sidang media, kenyataan media sepertimana yang sering dilakukan oleh Rafizi. Saya hanya menulis dan meluahkan pendapat saya di FB peribadi sepertimana yang rakyat Malaysia lain lakukan. Dengan tulisan FB budak pengangkat beg pun Rafizi takut ke ?

Melihat kepada Rafizi yang mahu melaporkan saya kepada pihak atasan, bermakna saya telah membangkitkan perkara yang sensitif kepadanya. Yang boleh membawa kesan besar terhadapnya. Saya mencabar Rafizi meneruskan aduan terhadap saya, dan saya bersedia terima hukuman sekiranya bersalah. Rafizi juga harus bersedia jika ada tindakan yang diambil terhadap syarikatnya yang giat mengutip derma dari orang ramai.

Sekian untuk pusingan kali ini. Kita akan jumpa lagi di pusingan akan datang.

RIZALMANSOR
 
Blogger Templates