Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label Bafia. Show all posts
Showing posts with label Bafia. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

GAGAL MENGELAK DARIPADA DIBICARAKAN KERANA KES BAFIA, RAFIZI SALAHKAN NAJIB DAN KERAJAAN JUGA?!!!



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah diarahkan untuk membela diri bagi tuduhan mendedahkan kerahsiaan perbankan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

NFCorp merupakan syarikat swasta yang diberikan konsesi fidlot daripada National Feedlot Centre (NFC). NFC merupakan milik penuh kerajaan.

Turut dituduh bersama-samanya adalah kerani bank, Johari Mohamad. Dia telah diarahkan hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar untuk membela diri kerana bersubahat dengan Rafizi Ramli. 

Hakim membuat keputusan tersebut selepas mendapat ada kes prima facie terhadap Rafizi dan Johari. 

Menurutnya, dia berpuas hati, pihak pendakwa berjaya membuktikan semua elemen undang-undang terhadap kedua-dua tertuduh. 

Rafizi didakwa mempunyai akses ke atas profil dokumen-dokumen empat pelanggan bank membabitkan NFCorp, National Meat and Livestock Sdn. Bhd, Agroscience Industries Sdn. Bhd dan ke atas Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. 

Dia turut dituduh mendedahkan dokumen-dokumen tersebut kepada pihak media dan wartawan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1 pada 7 Mac 2012. 

Rafizi didakwa kerana mendedahkan perincian tersebut yang dilindungi di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA). Manakala Johari pula didakwa kerana bersubahat dengan Rafizi melakukan kesalahan yang sama, di tempat dan tarikh yang sama. 

Nasib malang terus mengiringi Rafizi. Setelah bertahun-tahun cuba mengelak, bahkan menggunakan semua peluang undang-undang untuk mengenepikan tuduhan tersebut, termasuklah membuat tuduhan Kerajaan Najib Abdul Razak menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi penyelewengan walaupun sebenarnya dialah yang melanggar undang-undang, akhirnya dia perlu juga berhadapan dengan perbicaraan melibatkan undang-undang BAFIA. 

Undang-undang BAFIA merupakan undang-undang yang digunakan dan diterimapakai di seluruh dunia. 


Rafizi gagal menggugurkan kes BAFIA itu dan hakim mengarahkannya untuk membela diri. Bahkan hakim juga berkata, kes tersebut yang sudah tertangguh selama 5 tahun, perlu dipercepatkan dan mengarahkan para peguam untuk mencari tarikh yang paling hampir untuk memulakan prosiding. 

Ternyata Rafizi tidak berpuas hati dan menyalahkan Najib. Sedangkan dialah yang menangguh-nangguhkan kes tersebut dengan mencabar peruntukan undang-undang beberapa kali, bahkan mempertikaikan hakim yang mengadili kesnya juga beberapa kali. 

Pada 1 November 2016, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Rafizi membayar sebanyak RM200,000 kepada Mohamad Salleh Ismail dan NFCorp sebagai gantirugi berhubung fitnah pembelian hartanah KL Eco City. Rafizi juga diarahkan membuat bayaran sebanyak RM100,000 sebagai kos mahkamah. 

Dalam taktiknya cuba melengah-lengahkan masa, Salleh kemudiannya mengambil tindakan pengisytiharan muflis ke atas Rafizi Ramli. Pengisytiharan tersebut membuatkan Rafizi kelam-kabut dan memberikan pelbagai alasan selain mula memungut derma dari orang ramai dan penyokong. Hasilnya, dia berjaya memperolehi lebih RM1.5 juta yang turut menyaksikan satu lagi polemik dan kontroversi berlaku membabitkannya dan Latheefa Koya, salah seorang pemimpin utama PKR. 


Thursday, April 20, 2017

ESOK, RAFIZI RAMLI BERHADAPAN TUDUHAN BAFIA, MANAKALA ADAM ROSLY DI BAWAH AKTA AMLA!!!



Selepas 5 tahun Rafizi Ramli berjaya melengah-lengahkan perbicaraan BAFIA dengan menggunakan pelbagai taktik termasuklah mencabar penghakiman, meminta hakim ditukarkan, mencabar undang-undang dan kemudian membuat beberapa rayuan apabila kalah, esok pagi, buat kali pertamanya Rafizi akan berhadapan dengan perbicaraan melibatkan BAFIA di mahkamah. 

Rafizi akan didakwa di bawah Seksyen 97 (1) Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) 1989 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) di bawah Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya jikalau didapati bersalah. 

Pendengaran akan dibuat pada jam 9:30 pagi esok. 

Sebelum ini, Rafizi telah pun kalah dalam kes isu fitnah 'lembu dalam kondo' pada Oktober tahun lepas dan diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM300,000 selain kos kepada NFCorps.

Kes BAFIA melibatkan Rafizi amat menarik untuk diperhalusi memandangkan Rafizi menggunakan tenaga kerja dalam bank bagi mendapatkan maklumat-maklumat sulit berkenaan kewangan. Dalam kes ini, melibatkan seorang pekerja bawahan Public Bank yang turut didakwa bersama-samanya. Rafizi Ramli cuba berdalih kononnya itu adalah Wistleblower yang dilindungi di bawah Akta Wistleblower.

Kejayaan besar Rafizi Ramli dalam kes ini ialah menghapuskan saingan kepada kartel-kartel daging yang menguasai pasaran daging lembu di Malaysia yang bernilai RM3 bilion setiap tahun. NFCorps dilihat menjadi saingan utama kepada kartel-kartel tersebut yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan keperluan untuk menghapuskan NFCorps dilaksanakan oleh Rafizi Ramli. 

Dalam perbicaraan-perbicaraan saman fitnah melibatkan NFCorps sebelum ini, beberapa orang pemimpin PKR termasuklah Wan Azizah, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution telah didapati bersalah menfitnah. Manakala Rafizi Ramli yang mencuri maklumat menerusi pekerja bank bagi tujuan meminda maklumat kewangan tersebut bagi tujuan menghasut dan menfitnah, sebelum ini telah pun didapati bersalah dan perlu membayar gantirugi. Kini dia sedang berhadapan dengan Akta BAFIA yang merupakan akta yang digunapakai oleh semua negara di seluruh dunia dalam melindungi sistem kewangan dan perbankan mereka.

Sementara itu, ADAM ROSLY, Ketua AMK Ampang, akan dihadapkan ke mahkamah esok di bawah Akta AMLA. Adam Rosly yang didedahkan memiliki kekayaan luar biasa, sebelum ini mencabar agar laporan ke atasnya dibuat dan dia akan membuktikan yang dia tidak bersalah. Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, beberapa hari lepas menafikan Adam Rosly adalah pegawai khasnya.


Tuesday, May 5, 2015

HAKIM DALAM PERBICARAAN BAFIA RAFIZI RAMLI, PERLU TARIK DIRI KERANA HUBUNGAN KEKELUARGAANNYA DENGAN NIK NAZMI!!!



Pengerusi NFCorp, Salleh Ismail menyatakan hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob yang akan memprosidingkan kes BAFIA Rafizi Ramli, perlu menarik diri daripada kes berkenaan.

Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan berhadapan dengan tuduhan di bawah Seksyen 97 (1) Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) kerana mendedahkan maklumat peribadi dan sulit milik NFCorp, Salleh serta dua entiti lain kepada konsultan media dan wartawan berita.

Rozina Ayob dijadualkan untuk mendengar permohonan Rafizi untuk merujuk kes berkenaan di Mahkamah Tinggi pada 15 Mei nanti.

Salleh menyatakan, Rozina Ayob tidak sewajarnya mengendalikan kes berkenaan.

Dua tahun lalu, Rozina memilih untuk menarik diri daripada mendengar kes membabitkan dakwaan ke atas Ketua AMK PKR, Nik Nazmi kerana mengadakan perhimpunan haram atas alasan, hubungan kekeluargaan.

Menurut Salleh, sekiranya Rozina dibenarkan mendengar kes tersebut, keseluruhan integriti perbicaraan tersebut akan dipersoalkan.

Merujuk kepada merit permohonan Rafizi, Salleh menyatakan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah pun mengenepikan permohonan awal Rafizi dan menyatakan bahawa dakwaan Rafizi di bawah BAFIA bukan mala fide, tekanan atau bermotifkan politik. Rafizi sebaliknya hanya mahu melengah-lengahkan perbicaraannya.

Menurut Salleh lagi, penyebaran kenyataan bank yang dibuat oleh Rafizi sebenarnya adalah cubaan untuk mengelirukan media massa agar mempercayai Salleh telah menyalahgunakan pinjaman yang berkaitan dengan pembelian lapan lot pejabat di KL Eco City. Dalam fitnahnya, Rafizi menyatakan, pembelian kelapan-lapan lot pejabat itu merupakan penyalahgunaan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM71 juta yang didepositkan di Public Bank Berhad.

Bagaimanapun, menurut Salleh, dia tidak pernah mengambil sebarang pinjaman daripada Public Bank Berhad untuk pembelian lot-lot pejabat tersebut.

Fitnah yang dibuat oleh Rafizi itu mendorong Salleh dan NFCorp mengambil tindakan saman sivil berasingan ke atas Rafizi. Perbicaraan telah dijadualkan antara 26 sehinga 30 Oktober 2015.


 
Blogger Templates