Seorang ahli PKR dan isterinya merasa tidak selamat selepas didakwa diugut oleh orang bawahan pemimpin parti berkenaan.
Isteri ahli PKR, M.Kokilavaani menceritakan, ugutan itu dibuat selepas suaminya P.Nyanauthayam membuat laporan polis berhubung isu mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan di kawasan terbabit baru-baru ini.
Kokilavaani mendakwa, selepas membuat laporan, orang bawahan pemimpin PKR itu mengarahkan suaminya untuk menarik balik laporan yang dibuat, namun, suaminya enggan untuk berbuat demikian.
Dakwanya, selain kenderaan mereka dsimbah cat, suaminya juga telah diugut bunuh oleh orang bawahan pemimpin parti pembangkang terbabit.
Kokilavani berkata, dia dan suaminya juga akan membuat laporan polis berhubung kebakaran kereta itu, hari ini.
Bagaimanapun, usaha FMT untuk mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR berkenaan mengenai tindakan orang bawahannya itu gagal ekoran nombor telefon bimbitnya berada di luar kawasan. - SUMBER


