Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ismail sabri. Show all posts
Showing posts with label ismail sabri. Show all posts

Tuesday, December 15, 2015

LOW YAT 2: ISMAIL SABRI MENGELUH, KERANA NAK TOLONG MELAYU, DIA DIKECAM DAN DIHINA!!!



Pengecualian sewa selama enam bulan yang diberi kepada peniaga di Pusat ICT Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini, bertujuan membantu usahawan Melayu memulakan perniagaan. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu dibuat memandangkan tempat baharu biasanya memerlukan masa untuk dikenali dan maju. 

"Saya cuma nak kurangkan bebanan kepada penyewa sebab biasanya tempat baharu perlukan masa untuk dikenali dan maju. 

"Orang ini bimbang jika 'free rental' (tanpa sewa) peniaga akan turunkan harga dan sudah tentu beri saingan kepada peniaga di pusat beli belah lain. 

"Sepatutnya kita suka 'free rental' untuk bantu orang Melayu, tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu," katanya menerusi entri di akaun Facebook rasminya, pagi ini. 

Ahli Parlimen Bera yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut berharap inisiatif ini mendapat sokongan daripada usahawan serta masyarakat Melayu dan Bumiputera kerana ia memanfaatkan golongan sasar. 

Beliau turut mengharapkan sokongan masyarakat Melayu dan Bumiputera dalam memastikan kejayaan MARA Digital. 

"Saya tidak kisah kalau tak mahu sokong tapi jangan cuba gagalkan. "Perancangan saya untuk buka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT (teknologi maklumat). Halangan dan rintangan tidak akan melemahkan semangat saya meneruskan usaha membela usahawan Melayu dan Bumiputera ini," katanya. 

Pusat ICT MARA yang dikenali sebagai MARA Digital bertempat di Jalan TAR, di sini dibuka secara rasmi minggu lalu, yang menjadi pemangkin kepada aktiviti perniagaan ICT khusus bagi usahawan Bumiputera. (SUMBER)

Thursday, October 29, 2015

NAK SOKONG ISMAIL SABRI ATAU SUBRAMANIAM DALAM ISU PENGHARAMAN VAPE?



Vape sudah menjadi budaya baru di kalangan anak-anak muda walaupun pada mulanya alasan yang diberikan adalah untuk menghindarkan diri daripada merokok. Rata-rata kita boleh melihat di mana-mana, anak-anak muda mengusung rokok elektronik dan ramai pula anak-anak muda khususnya Melayu-Bumiputera terbabit secara aktif dalam penjualan dan pengedaran rokok elektronik tersebut.

Terdapat pelbagai laporan kesihatan tentang budaya menghisap rokok elektronik tersebut. Dan seperti biasa, ia membabitkan kesihatan organ dalaman seperti paru-paru dan jantung.

Maka, beralasankan bimbang dengan budaya yang tidak sihat tersebut, Kerajaan khususnya menerusi Kementerian Kesihatan mengeluarkan pengumuman sedang mengkaji untuk mengharamkan vape, manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pula telah menfatwakan perbuatan tersebut adalah haram.

Sekali lagi, rakyat Malaysia, terutama sekali yang terbabit aktif dalam budaya vape, melenting sakan. Banyak yang menyokong saranan mengharamkan vape, tetapi ada juga yang menyokong. Malah tidak kurang juga yang membandingkan vape dengan rokok yang juga jelas memberikan masalah kesihatan yang parah kepada para penagihnya.

Bagaimanapun, berbanding industri rokok yang cukainya dihantar kepada kerajaan, vape yang berharga lebih mahal pula, kelihatan kurang memberikan 'sumbangan' kepada pendapatan negara.

Sekaligus mengingatkan kita bagaimana syarikat-syarikat rokok di Amerika Syarikat mendanai usaha mempromosikan dan mempublisitikan ganja sebagai herba yang sangat merbahaya tetapi tidak tembakau yang menjana pendapatan lumayan kepada negara tersebut.


Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Ismail Sabri mengambil pendekatan yang sangat TIDAK ORTODOKS, malah bertentangan sama sekali dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan S.Subramaniam.

Menurut Ismail Sabri, kajian lanjut perlu dibuat memandangkan di Britain, kajian saintifik mendapati rokok elektronik seperti vape hanya menyumbang 5% risiko tembakau berbanding rokok biasa, dan sepatutnya orang ramai lebih memilih vape berbanding rokok biasa. (RUJUK SINI)

Namun agak menarik untuk kita fikirkan, rokok telah terbukti membawa pelbagai jenis penyakit bahaya termasuklah sakit jantung, darah tinggi, kencing manis mahupun kegagalan buah pinggang, tetapi sehingga kini, kerajaan hanya meningkatkan harga jualannya berbanding mengharamkannya terus!!!

Kenapa?



Monday, September 21, 2015

ISMAIL SABRI KOTAKAN KATA-KATANYA... TIADA LAGI PENAJAAN MARA UNTUK PELAJAR-PELAJAR DI TAYLOR UNIVERSITI!!!



Ismail Sabri benar-benar mengotakan kata-katanya, sekaligus mungkin akan menyaksikan satu lagi gelombang besar daripada DAP dan para penyokong mereka dengan label RASIS kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu apabila membuat keputusan menghentikan penajaan MARA untuk mana-mana pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Taylor.

Universiti Taylor baru-baru ini telah menamatkan kontrak sebuah syarikat bas kerana salah sebuah bas yang mempunyai logo universiti swasta tersebut, digunakan untuk mengangkut para peserta Himpunan Baju Merah.

Bagaimanapun, tindakan yang serupa tidak diambil ketika Himpunan Baju Kuning atau BERSIH 4.0.

Himpunan Baju Merah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa setelah akur dengan kehendak dan keperluan undang-undang berbanding BERSIH 4.0 yang melanggar semua arahan dan undang-undang yang ditetapkan.

Tindakan menamatkan penajaan MARA di Universiti Taylor bagaimanapun, hanya melibatkan pelajar-pelajar baru bermula tahun hadapan. Manakala penajaan untuk pelajar-pelajar yang sedang belajar, akan diteruskan.

Menurut Ismail Sabri, MARA tidak berhasrat untuk menamatkan penajaan bagi pelajar-pelajar sedia ada kerana akan mencetuskan masalah baru kepada mereka.

Namun, melihat kepada tindakan Universiti Taylor, tidak mustahil sekiranya akan wujud masalah baru iaitu kekangan untuk lulus menerusi kaedah pengkreditan terutama pada pelajar yang memegang penajaan MARA selepas ini, sekaligus memaksa mereka untuk memanjangkan tempoh pengajian.

Berbanding ketika penubuhan Kolej Taylor dan status IPTA yang diraihnya, terdapat banyak pusat-pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih bagus dan baik di negara ini. Malah MARA sendiri mempunyai banyak kolej-kolejnya sendiri yang boleh ditambahbaik dan dipertingkatkan bagi menampung pengajian para pelajar.

Usaha ini seharusnya sudah menjadi perintis kepada penambahbaikan kolej-kolej MARA sedia ada berbanding MARA menaja atau memberikan pinjaman pendidikan untuk pelajar-pelajar ke IPTA swasta yang berorientasikan keuntungan.

MARA adalah sebuah agensi kerajaan yang fungsi utamanya adalah membantu Melayu dan Bumiputera di negara ini. Fungsi asalnya itu masih lagi diteruskan. Dan seharusnya pemilikan IPTA seperti Universiti Taylor juga perlu dipandang berat agar modal Bumiputera yang diperuntukkan oleh Perlembagaan menerusi MARA, tidak mengalir sebagai keuntungan kepada puak-puak chauvinist yang seringkali bercakap tentang kesamarataan tetapi tindakan mereka sendiri adalah RASIS!!!


Saturday, September 19, 2015

SYABAS ISMAIL SABRI!!! KITA TENGOK SEJAUH MANA KOLEJ TAYLOR MINTA BANTUAN CINA DAP DAN CHAUVINIST!!!

Sekali lagi Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan pedas selepas dia mengusulkan penubuhan Low Yat 2 di bangunan milik MARA di Jalan Raja Laut dan seterusnya mewujudkan pusat-pusat jualan dan pengedaran komunikasi dan komputer untuk Melayu-Bumiputera.

Kali ini membabitkan Kolej Taylor yang telah membatalkan kontrak sebuah syarikat bas yang memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada pelajar dan kakitangan kolej berkenaan. Alasan yang diberikan oleh pengurusan kolej tersebut ialah, bas yang berlogokan Kolej Taylor telah disalahguna dengan membawa peserta-peserta Himpunan Baju Merah.

Menariknya, dalam isu Baju Kuning, Kolej Taylor tidak pula mengenakan tindakan dan larangan serupa.

Kenyataan daripada Ismail Sabri segera menyedarkan kita bahawa ada pelajar-pelajar tajaan MARA dihantar ke kolej tersebut untuk menyambung pelajaran mereka. Sekaligus Kolej Taylor hidup dengan pembiayaan daripada agensi Melayu-Bumiputera.

Pengurusan kolej tersebut mungkin beranggapan Himpunan Baju Merah adalah perhimpunan yang amat merbahaya dan bersifat subversif. Mungkin juga beranggapan, himpunan tersebut lebih merbahaya berbanding Himpunan Baju Kuning yang ditaja dan dipublisitikan oleh DAP. Justeru, tindakan keras perlu dilakukan.

Yang tidak dapat diterima akal ialah, Himpunan Baju Merah diluluskan dan dibenarkan DBKL serta PDRM selepas penganjur mematuhi pelbagai peraturan dan perintah DBKL dan PDRM. Berbanding BERSIH yang bukan sahaja merupakan demonstrasi haram, bahkan telah mengundang pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya mahupun para peniaga.

Jadi, pada bahagian mana Kolej Taylor yang dipertikaikan banyak pihak tentang integriti pengurusan serta pentadbiran kolej itu sendiri?

Barangkali pengurusan kolej yang bersikap bias itu tidak sedar, Kerajaan tidak pernah menarik balik permit bas yang digunakan untuk mengangkut para pendemonstrasi atau penyokong pembangkang. Pemandu-pemandu teksi pro-pembangkang yang kerap menyebarkan maklumat songsang kepada para penumpang juga tidak dikenakan sebarang tindakan. Hotel-hotel milik penyokong pembangkang, digunakan sebagai venue kursus dan bengkel-bengkel jabatan kerajaan, tidak pernah diboikot.

Jadi di mana rasionalnya, Kolej Taylor menamatkan kontrak syarikat bas tersebut, sedangkan syarikat bas berkenaan tidak melanggar sebarang undang-undang negara? Apakah Kolej Taylor sebenarnya cukup takut dengan sergahan DAP dan kaum chauvinist kerana logo kolej mereka terpapar pada sebuah bas yang digunakan untuk mengangkut para peserta Baju Merah?

Jadi, memandangkan Kolej Taylor takut sangat dengan DAP dan kaum chauvinist mereka, elok sangatlah MARA menamatkan semua tajaan ke atas para pelajarnya di Kolej Taylor. Elok jugalah, apa-apa yang ada kaitan dengan penajaan daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera dihentikan daripada berurusan dengan Kolej Taylor.

Kolej Taylor telah menunjukkan bahawa mereka tidak memerlukan sesen pun duit daripada Melayu-Bumiputera. Mereka yang sudah lama bertapak di negara ini, megah kerana pemberi keuntungan mereka, bukannya Melayu-Bumiputera.

Banyak rungutan telah dibuat berhubung tenaga kerja Kolej Taylor. Jadi, dengan wujudnya kolej-kolej dan universiti-universiti swasta lain yang lebih memerlukan tajaan untuk para pelajar mereka dan tenaga-tenaga pengajar mereka pun boleh dipercayai. Tidak dikira lagi dengan yuran pengajian yang jauh lebih murah.

Busuk hati seperti yang ditunjukkan oleh Kolej Taylor, memang patut padan dibalas.

Taylor College bukan satu-satunya kolej atau IPTA yang ada di Malaysia ini. Kalau dah teruk sangat sampai tak reti nak hormat atau faham dengan undang-undang dan peraturan negara ini, elok juga kalau Kementerian Pengajian Tinggi (itu pun kalau bertelurlah), memberi kata dua kepada kolej asing yang mengaut keuntungan di negara ini seperti Kolej Taylor.



Sunday, September 6, 2015

ISMAIL SABRI BERCAKAP BENAR... JANGAN BIARKAN DAP JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!



Ada malaun yang berkata, Cina amat mustahil menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kata mereka, kalaupun UMNO tidak lagi menjadi kerajaan, kepala kerajaan tetap Melayu.

Yang menariknya, antara malaun-malaun yang bercakap seperti itu adalah veteran UMNO yang pernah jadi Menteri, pernah jadi Menteri Besar dan seringkali digambarkan sebagai seorang yang kuat membaca serta mengkaji.

Kita tidak pertikaikan keintelektualannya tetapi sebaliknya dia tidaklah perlu merendah-rendahkan keintelektualan pihak yang tidak berada dalam saf kepimpinan tetapi berkuasa menerusi pangkahan di kertas undi.

Tidak ada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menggariskan bahawa kewajipan seorang Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Menteri Pelajaran, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Hakim Negara dan beberapa jawatan lagi, dikhususkan untuk Melayu-Bumiputera. Semua jawatan tersebut diperuntukkan sama seperti KONTRAK SOSIAL yang tidak berdokumen tetapi sekadar satu kefahaman dan tolak ansur sahaja.

DAP atau mana-mana entiti politik tidak memerlukan 2/3 penguasaan Parlimen secara bersendirian untuk mengubah segala-galanya termasuklah peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Cukup dengan penguasaan 112 kerusi Parlimen yang merupakan jumlah paling minoriti dalam penguasaan Parlimen Malaysia daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen. Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan jumlah tersebut berkali-kali ganda jumlahnya terutama menerusi pencantuman Singapura dengan Malaysia. Apatah lagi, antara dasar dan matlamat utama penubuhan DAP adalah mencantumkan Singapura dengan Malaysia kembali. Dan kerana itulah juga, DAP di Malaysia dan PAP di Singapura adalah sama dalam segala-galanya kecuali di Singapura, parti tersebut dikuasai oleh keluarga Lee dan di Malaysia, DAP dikuasai oleh keluarga Lim.

Kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu juga tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan. Untuk meminda mana-mana bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan, memerlukan majoriti dua pertiga. Justeru, tiada sebarang masalah untuk penggubahan Perlembagaan Persekutuan apabila sudah memegang majoriti besar.

Kalaupun ada yang berkata, DAP perlu melepasi beberapa tahap seperti PDRM, ATM dan YDP Agong untuk jawatan tersebut, barangkali mereka tidak menilainya dari sudut Perlembagaan. Kalau sudah tidak ada penetapan dalam Perlembagaan Persekutuan tentang wajibnya seorang Melayu-Bumiputera dan beragama Islam, bagaimana pula malaun-malaun tersebut cukup yakin status tersebut tidak akan berubah?

Apa yang memberikan keyakinan kepada mereka bahawa beberapa Artikel dalam Perlembagaan Malaysia terutama sekali Artikel 2, 3, 32, 152, 153 dan sebagainya? Bahkan yang membabitkan Kewarganegaraan iaitu Artikel 14 sehingga Artikel 30?

Kata Ismail Sabri, sekiranya orang Melayu gagal untuk mempertahankan kerajaan UMNO/ BN, tidak mustahil DAP akan menjadi Perdana Menteri.

“Kalau kita (orang Melayu) gagal mempertahankan kerajaan ini, tidak mustahil Perdana Menteri kita daripada kalangan DAP.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak disebut Perdana Menteri mesti dari kalangan Malayu, Bumiputera. Sesiapapun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pemaju Masyarakat Risda 2015 di Hotel Kuala Lumpur International pada Jumaat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, sekiranya pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) akan membentuk sebuah kerajaan jika menguasai Parlimen.

“Dan secara konvensyennya di dalam parti yang bergabung tadi kalau parti itu majoritinya terbanyak, dia boleh minta menjadi Perdana Menteri.

“Kalau mereka (DAP) minta menjadi Perdana Menteri, sama ada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng akan menjadi Perdana Menteri dalam Perlembagaan,” katanya. (FMT)



Wednesday, September 2, 2015

NEGERI SEMBILAN OFFER D'S2 MALL KEPADA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH SEBAGAI 'LOW YAT 2' BUMIPUTERA!!!



Bulan lepas, Menteri KKLW, Ismail Sabri mencadangkan agar Tingkat 3 Bangunan MARA di Jalan Raja Laut dijadikan Low Yat 2 khas untuk peniaga-peniaga Bumiputera dan India. Cadangan tersebut muncul selepas berlaku insiden Low Yat yang membabitkan keganasan dan kesamsengan beberapa orang peniaga di Low Yat yang sebelum itu, turut terkenal dengan sikap biadap dan kurang ajar mereka.

Walaupun di Low Yat terdapat beberapa premis yang disewa oleh peniaga-peniaga Melayu dan India, tetapi jumlah mereka terlalu kecil berbanding peniaga-peniaga Cina yang mengambil lokasi-lokasi yang lebih baik berbanding mereka. Kedudukan mereka pula tersorok ke belakang dan hanya yang tahu tentang kewujudan mereka sahaja, akan berjumpa premis mereka.

Cadangan Ismail Sabri itu bagaimanapun, ditentang keras oleh DAP. DAP memberi alasan, Ismail Sabri bersikap RASIS. Ismail Sabri kononnya telah melanggar sumpahnya. Yang beria-ia menghentam Ismail Sabri adalah Teresa Kok yang hidupnya sekadar Cina, Cina dan Cina Chauvinist. Cadangan Ismail Sabri dikatakan RASIS tetapi penguasaan majoriti Cina di kawasan perniagaan, tidak pula dikatakan RASIS. (RUJUK SINI)

Kini Menteri Besar Negeri Sembilan pula menyokong saranan Ismail Sabri.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan, Negeri Sembilan sanggup menawarkan D'S2 Mall di Seremban kepada KKLW untuk ditukarkan menjadi pusat jualan bagi peralatan telekomunikasi dan gajet bagi para peniaga Bumiputera.

Menurutnya lagi, pusat membeli belah tersebut mampu menempatkan 200 orang peniaga dan Kerajaan Negeri akan menyerahkan kepada Kementerian untuk memutuskan kadar sewaannya.

Cadangan Ismail Sabri, bukan sahaja telah disokong oleh Neeri Sembilan, tetapi lebih awal lagi turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Kedah dan Selangor.

Nampaknya makin tak puas hatilah DAP.

Tetapi elok jugalah... selepas DAP berjaya dengan BERSIH 4.0, mereka seharusnya menerima realiti. Sudah lama sangat mereka gemuk dengan segala peluang yang mereka kaut untuk diri sendiri. Kalau mereka mahu sangat merampas sesuatu yang bukan hak mereka, mereka juga harus bersedia untuk bersaing dan kehilangan penguasaan yang mereka nikmati selama berpuluh-puluh tahun.

Selama ini, mereka sangat percaya, orang Melayu tidak pandai berniaga. Hakikatnya, kerana pelbagai kekangan dan pemonopolian yang menyebabkan orang Melayu-Bumiputera sukar bersaing dari segi harga dan pemasaran.

Usaha KKLW dan Ismail Sabri seharusnya menjadi pemangkin memandangkan pengguna dan pembeli terbesar adalah orang Melayu-Bumiputera!!!


Tuesday, August 18, 2015

VELL PAARI SOKONG CADANGAN ISMAIL SABRI WUJUDKAN 'LOW YAT 2' DI BANGUNAN MARA!!!



Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam MIC, Datuk Vell Paari menyokong dan mempertahankan cadangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menubuhkan pusat telekomunikasi Low Yat 2 di Bangunan MARA.

Dalam satu kenyataan media, Vell Paari menegaskan, cadangan itu tidak akan membawa ketegangan kaum mahupun memecah-belahkan perpaduan.

“Bagaimana anda boleh percaya bahawa cadangan ini akan mewujudkan ketegangan kaum? Mengapa pula pihak ini mengatakan bahawa jika UMNO menggalakkan atau memberi kuasa kepada bangsa Melayu,ia akan menyebabkan ketegangan kaum?” soalnya.

Beliau berkata, kritikan yang dilemparkan itu lebih bersifat menentang UMNO memandangkan Ismail Sabri merupakan menteri dari UMNO.

“Saya amat yakin bahawa apabila Ismail Sabri menyebutnya, ia juga bermakna bahawa kaum-kaum lain seperti India dan suku kaum dari Malaysia Timur serta lain-lain juga akan diberi peluang,” katanya.


Ini kerana, katanya, Perlembagaan UMNO Perkara (Fasal) 3.4 menyatakan ‘Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya’.

Maka, ia menjelaskan bukan semua perniagaan akan dimonopoli satu kaum malah kerajaan katanya, dilihat menyediakan banyak inisiatif bagi mewujudkan kesaksamaan dalam semua bidang.

“Jika kerajaan ini bersifat perkauman, hanya untuk meningkatkan sosio-ekonomi Melayu, maka daripada senarai 10 terkaya di Malaysia, bagaimana boleh ada sembilan orang daripadanya bukan Melayu dan hanya seorang Melayu?

“Kepada pihak berpentingan yang secara tiba-tiba sangat kritikal dan mencari kesalahan kerajaan Barisan Nasional, jangan lupa, bahawa sebab kerajaan inilah anda membina kekayaan yang besar itu sehingga mampu meluaskan empayar menjadi syarikat global ke luar negara,” katanya. - (FMT)


Thursday, August 13, 2015

RASIS KE ISMAIL SABRI BILA CADANG WUJUDKAN PUSAT SEPERTI LOW YAT TETAPI DINIAGAKAN OLEH MELAYU-BUMIPUTERA?



DAP terutama sekali Teresa Kok sekarang ini sedang menjadikan Ismail Sabri sebagai MUSUH UTAMA NEGARA dan Cina. Ismail Sabri digambarkan sebagai orang yang cuba memusnahkan kerjaya utama orang Cina. Ismail Sabri digambarkan sebagai orang yang mahu memijak-mijak orang Cina di Malaysia.

Sebabnya, Ismail Sabri menyatkaan pihaknya bercadang untk mewujudkan sebuah pusat jualan dan servis IT di bangunan MARA.

Bila sebut MARA, bermakna ia adalah diperuntukkan kepada Melayu dan Bumiputera serta Pribumi.

Itu yang marah sangat dek Teresa Kok dan DAP!

Itu jugalah yang dikatakan sebagai RASIS dan bersalahan dengan Perlembagaan Malaysia.

'Low Yat 2' belum pun wujud. Baru di peringkat cadangan lisan. Belum dimuktamadkan dan belum lagi diperhalusi tetapi nampaknya DAP dan Teresa Kok melompat sakan.

Sedangkan kalau diperhatikan dan diperhalusi tindak tanduk DAP, semua benda yang diperuntukkan oleh Perlembagaan MAlaysia kepada Melayu dan Bumiputera, mereka pun hendak kongsi juga. Sehinggakan wang zakat pun, mereka pertikaikan kerana tidak dihibahkan kepada bukan Islam.

Semua yang mereka tidak dapat, dikatakan melanggar Perlembagaan Malaysia. Semuanya RASIS.

Tapi PETALING STREET yang tidak ada peniaga Melayu kecuali pembeli Melayu, TIDAK RASIS!

KLCC yang majoritinya dikuasai oleh peniaga-peniaga Cina, tanpa kewujudan premis-premis Melayu, TIDAK RASIS!

Sekolah-sekolah Cina yang tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia, TIDAK RASIS!

Penguasaan dan monopoli sektor borong, pengedaran serta jualan oleh orang Cina, TIDAK RASIS!

Kedudukan dan perjawatan utama di bank-bank termasuklah bank GLC yang dikuasai oleh eksekutif Cina, TIDAK RASIS!

Pembuangan ramai pekerja Melayu, termasuklah yang terbaru dan dikhabar bakal melibatkan AFFIN INVESTMENT-HWANG, TIDAK RASIS!!!

Begitu juga dengan penguasaan hartanah terutama di kawasan bernilai tinggi oleh puak Teresa Kok, juga TIDAK RASIS.

Yang RASIS hanyalah apabila Kampung Bharu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang telah wujud lebih lama sebelum kedatangan orang kongsi-kongsi Cina dari Linggi dan Lukut untuk melombong bijih timah, yang penduduknya dan pemiliknya adalah Melayu.

Yang RASIS ialah apabila zakat hanya diedarkan dan dihibahkan di kalangan orang Islam sahaja.

Yang RASIS ialah apabila UNDANG-UNDANG TUBUH Negeri tidak membenarkan orang dari puak Teresa Kok jadi Ketua Menteri atau Menteri Besar!

Yang RASIS ialah apabila penduduk dan rakyat Pribumi seperti di Sarawak mempertahankan tanah adat mereka!!!

Senarai-senarai itu kalau dinukilkan sangat panjang. Seperti yang dikatakan oleh Raja Petra Kamaruddin, selagi tidak mengikut kehendak dan patuh kepada perintah DAP, maka ia adalah musuh yang perlu dibunuh dan dilabelkan sebagai pengkhianat!


Tuesday, August 11, 2015

ISMAIL SABRI NAK BUKA 'LOW YAT 2' UNTUK PENIAGA MELAYU DI TINGKAT 3 BANGUNAN MARA JALAN RAJA LAUT!!!



Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut.

Pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengikut pelan yang dicadangkan Ismail Sabri, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.

"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.

"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di ibu negara pada Selasa.

Pengumuman cadangan Low Yat 2 itu dibuat Ismail Sabri selepas melakukan lawatan ringkas di bangunan MARA sempena majlis tersebut.

"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan MARA, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.
Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar ibu negara. (sumber)


Friday, August 7, 2015

ISMAIL SABRI SOKONG SHAHRIL, DERMA ATAU SUMBANGAN UNTUK UMNO TIDAK PERLU DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT MT!!!



Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui sudah menjadi kebiasaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak dimaklumkan dari manakah dan siapakah yang memberi derma untuk Pilihan Raya Umum (PRU).

Malah, beliau yang juga Ahli MT berkata, isu dana pilihan raya juga tidak pernah dipersoalkan oleh ahli UMNO termasuk Pengerusi PRU di setiap negeri.

“Pengerusi PRU negeri juga tidak pernah maklumkan berapa jumlah wang negeri yang mereka dapat.

“Kita tidak pernah dimaklumkan berapakah sumbangan yang kita dapat setiap negeri. Apa yang kita tahu, parti masih mampu bergerak,” katanya dalam sidang media di Pejabat Risda, Jalan Ampang pada Jumaat.

Kenyataan Ismail Sabri itu sekaligus menyokong kenyataan Tan Sri Shahrir Samad sebelum ini yang dilaporkan berkata, MT UMNO tidak pernah bertanya mengenai derma sebanyak RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, isu MT dan ahli UMNO tidak memaklumkan wang dana yang diterima parti bukan perkara baharu kerana telah berlaku sejak zaman pemerintah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Shahril sebelum ini dilaporkan berkata, ahli UMNO tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah Presiden atau Bendahari parti.

“Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri,” kata Shahril seperti dilaporkan blog UMNO, MYKMU.net. (SUMBER)


Monday, May 4, 2015

PAKATAN ANCAM NAK PENJARAKAN ISMAIL SABRI KERANA UCAPANNYA YANG DIANGGAP RASUAH!!!



N.Surendran, peguam pasangan Latheefa Koya merangkap Ahli Parlimen Padang Serai, kembali semula dengan kenyataan bodoh, karut, berniat jahat dan wajar dikenakan tindakan lebih berat.

Dengan memutarbelitkan kenyataan Ismail Sabri pada 1 Mei di Permatang Pauh, N.Surendran cuba mencipta fantasinya sendiri menerusi dakwaan kononnya Ismail Sabri cuba merasuah pengundi-pengundi di Permatang Pauh dengan kelulusan projek pertanian.

Oleh kerana itu, N.Surendran berkata, Ismail Sabri telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(a) Akta Pilihanraya 1954 kerana cubaan memberi rasuah menerusi tawaran atau membuat janji 'memberikan ganjaran' kepada para pengundi dalam usaha menggalakkan mereka untuk mengundi mana-mana calon.

"Seksyen 11(1) menyatakan, kesalahan rasuah akan dihukum dengan hukuman penjara sehingga dua tahun," kata N.Surendran. (RUJUK SINI)

N.Surendran turut menyalahkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz yang menurutnya hanya mendiamkan diri dan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung amalan rasuah tersebut. Menariknya, janji dan rasuah Lim Guan Eng, tidak pula disentuh oleh N.Surendran. (RUJUK SINI)

Kalau kita jenis berfikiran sehala, kita akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh N.Surendran. Bagaimanapun, penjelasan Ismail Sabri sendiri berhubung perkara tersebut, menjelaskan bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat sendiri cuba MEMBUNUH dan MEMUSNAHKAN golongan yang terbabit dalam bidang pertanian terutama di kawasan Permatang Pauh. Dan Ismail Sabri menggunakan inisiatifnya sendiri bagi membela golongan yang ditindas oleh Pakatan Rakyat itu.

Perlu diingat, sebarang berita tentang masalah yang melanda di kawasan Permatang Pauh, jarang sampai ke pendengaran awam kerana sikap Pakatan Rakyat yang bertindak menyembunyikannya. Justeru apabila Pilihanraya Kecil Permatang Pauh diadakan dan para pemimpin serta pelbagai agensi digerakkan ke kawasan tersebut, barulah pelbagai masalah yang selama ini disembunyikan di bawah karpet, terbongkar.

Barangkali kerana malu itulah, N.Surendran cuba mengugut untuk memenjarakan Ismail Sabri.

Maka tidak hairan jugalah, mengapa Lim Guan Eng yang begitu malu kerana PERANGAI JAHAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas penduduk Permatang Pauh, khususnya yang terlibat dalam bidang pertanian, menjadi marah dan menggelarkan Ismail Sabri sebagai KURANG AJAR dan BIADAP. (RUJUK SINI)

Berikut adalah penjelasan Ismail Sabri yang dibuat menerusi Facebook peribadinya: (RUJUK SINI)

Apabila saya berucap di kg kuala mengkuang permatang pauh..saya membandingkan lebih mudah saya bantu mrk melalui wakil rakyat bn dari wakil rakyat pembangkang. Pertamanya krn saya kenal suhaimi personally..seterusnya krn dari parti yg sama. Lagi pun selama saya menjadi menteri tdk seorg pun wakil rakyat pembangkang mohon bantuan dari saya utk rakyat yg mrk wakili.

Yg lapurkan ucapan saya tsb adalah malaysia insider yg tentukan saja akan spin. Maka melompat lah pemimpin pembangkang termasuk lim guan eng attack saya atas alasan diskriminasi kepartian..
Tapi yg sedihnya mca komponen bn pun spt dap attack saya.

Tambah menyedihkan ramai di kal penyokong2 umno dlm media sosial pun attack saya.
Sedih krn mrk menari ikut rentak pembangkang..kita seolah2 bersetuju yg dap di penang tdk mengamalkan diskriminasi kepartian.

Apakah dap berlaku adil & melayan baik adun umno dgn meluluskan permohonan adun umno utk rakyat kaw mrk??
Apakah kaw yg diwakili adun umno mendpt layanan yg sama??
Jawapan nya TIDAK!!!
Adun umno & kaw mrk dianak tirikan!!
Permohonan JKP & perda utk dirikan 10 ribu rumah mampu milik utk 30 ribu pemohon ditolak wpun di atas tanah milik perda.
Why?? Sbb JKP & perda di bwh kerajaan pusat BN.
Permohonan fama utk ujudkan bbp pasar tani utk bantu peniaga kecil juga di TOLAK!!. Sdgkan penguatkuasa pbt2 bertindak ganas merampas brg perniagaan mrk jika berniaga di tepi2 jln.
Why tolak?? Sbb fama agensi kerajaan pusat BN.
Sewa tapak utk pasar pagi di batu kawan utk peniaga2 kecil yg dianjurkan oleh koperasi usahawan TEKUN dinaikkan dari rm300 kpd rm3000. Tujuan nya tdk lain dari nk menutup pasar pagi tsb..
Why?? Sbb koperasi usahawan Tekun adalah di bwh progrem Tekun..ie agensi di bwh krjaan pusat BN.
So apakah dap tdk menjlnkan diskriminasi kepartian??
Jadi jgn lah mudah terperangkap dgn lge & dap yg berlagak malaikat yg menyebabkan mca & bbp yg lain terperangkap dgn attack saya seolah2 pemimpin2 umno ni yg jahat krn mengamalkan diskriminasi kepartian.
Sebenarnya lge & dap lah yg mengamalkan diskriminasi kepartian selama ini.
Kpd mca & dll...lge & dap lah yg perlu diserang!!


Monday, March 16, 2015

APEK PUAKA KIT SIANG KENA SOUND SETEPEK DEK ISMAIL SABRI: "JANGAN SIBUK URUSAN UMAT ISLAM, KAU BUKANNYA ISLAM"!!!



“Dia tak payah campur urusan Islam,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa sokongan Barisan Nasional (BN) terhadap pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan sebagai strategi memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, sebaliknya pembangkang sendiri sudah berpecah kerana sering tidak sekata dalam banyak perkara dan pelaksanaan hukum hudud bukan punca kepada krisis yang menimpa pakatan.

“Tanpa hudud pun mereka (DAP) sudah berpecah belah…dia tak payah campur urusan Islam dalam negara kita biar orang Islam sendiri sama ada UMNO atau PAS yang menentukan hukum Islam dan sebagainya. Jangan campur soal ini,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, sokongan UMNO terhadap pelaksanaan hukum hudud bukan isu baharu kerana UMNO menyokong pelaksanaannya sejak Pas membawa usul itu pada tahun 70-an.

Katanya, DAP juga bersikap biadap dengan mempersoalkan hukum hudud kerana ia merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam dan terpakai hanya untuk orang Islam.

“Ini bukan isu politik…UMNO tidak menggunakan agama untuk kepentingan politik malah dalam perlembagaan UMNO sendiri jelas menyebut bahawa UMNO diwujudkan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Jadi tak timbul isu kita nak memecahbelahkan dia dan sebagainya.

“Hukum hudud adalah hukum Islam dan hanya untuk orang Islam. Malah ia akan dibicarakan di Mahkamah Syariah, jadi apa kena mengena DAP yang biadap tiba-tiba hendak komen tentang hudud dan sebagainya,” katanya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kit Siang dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Ahad berkata, pendirian DAP adalah tegas dan konsisten bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan terkeluar daripada polisi bersama pakatan pembangkang.

Beliau kemudian cuba mengalihkan sasaran kritikan kepada BN pula atas bantahan mereka terhadap tindakan Pas untuk tetap meneruskan pelaksanaan hudud.

Katanya, sikap pemimpin parti komponen BN yang memberi mandat kepada wakil UMNO Kelantan bagi menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, atau hukum hudud pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini merupakan ‘strategi’ terbaik untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang.



Tuesday, February 3, 2015

ISMAIL SABRI JADI TRENDING DAN FOKUS CINA-INDIA!!!


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri berjaya mencungkil perangai khawarij di kalangan Melayu dan kesungguhan pihak MIC dan MCA yang berada sebaris dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Sekaligus menunjukkan secara jelas betapa takutnya MIC yang sedang menuju kehancuran dan kepupusan dari muka bumi ini di bawah kepimpinan lemah Palanivel dan MCA yang masih belum mampu mencari solusi meraih sokongan masyarakat Cina untuk partinya bagi berhadapan dengan DAP yang mendapat sokongan lebih 90% masyarakat Cina.

Kenyataan bersama Ketua Pemuda MIC dan Ketua Pemuda MCA semalam yang mengecam Ismail Sabri kerana RASIS kununnya, tetapi terlupa bagaimana TAKUT DAN KECUTNYA mereka untuk membalun Tony Pua, Teo Nie Ching, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Anthony Loke, Lim Kit Siang, Zairil Khir Johari dan deretan nama lain yang membelasah Melayu dan India. Haram tak berbunyi langsung kedua-dua Ketua Pemuda ini.

Berbeza dengan Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy yang bertegas menyokong kenyataan Ismail Sabri, hampir kesemua mereka tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ismail Sabri menerusi istilah PENIAGA CINA dalam kenyataannya.

Mana puak-puak ini ketika rakyat mengeluh tentang kenaikan harga barang? Bukankah mereka juga sebahagian daripada golongan yang berpendapat kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh Kerajaan? Di mana mereka ketika kebanyakan peniaga Cina menyatakan, HARGA BARANG DINAIKKAN KERANA GST sedangkan sebenarnya kenaikan tersebut DISENGAJAKAN untuk mereka mengaut keuntungan besar?

Apakah perkataan CINA sudah menjadi taboo di negara ini? Adakah mereka langsung tidak boleh disentuh sedangkan merekalah yang menguasai jaluran ekonomi dan kewangan negara? Adakah mereka bebas berbuat sekehendak hati sedangkan pada masa yang sama, mereka juga bebas menyalahkan Melayu-Bumiputera dan India apabila mereka sedang mengejar kuasa politik negara?

Perhatikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Teo Nie Ching pula!



Teo Nie Ching menyalahkan Syed Mokhtar Al-Bukhary, Mokhzani Mahathir dan Ananda Krishnan, sedangkan tidak sekalipun dia menyebut tentang kumpulan yang sebenarnya memegang kuasa perniagaan yang pemborong dan pemasaran!

Golongan mana yang langsung tidak disentuh, tidak berani disebut dan merupakan pemain utama harga barang dan perkhidmatan di negara ini? Bukankah mereka terdiri daripada pemborong, pembekal dan orang tengah?

Adakah kerana persatuan mereka begitu kuat, didalangi dan strategi mereka pula dikuasai oleh otak DAP, maka mereka tidak boleh disentuh sama sekali?


Siapa yang paling kuat menyalak ketika harga minyak naik? Dan mengapa pula mereka langsung tidak bersuara ketika harga minyak sudah turun sebaliknya memberikan pelbagai alasan termasuklah GST untuk terus mengekalkan harga tinggi?

Bukankah para peniaga Cina yang menguasai bidang perniagaan? Kenapa mereka segera memainkan isu RASIS hanya kerana desakan kepada mereka agar menurunkan harga barangan dan perkhidmatan?

Rasis juga ke perkara sebegini?


Sunday, February 1, 2015

BOIKOT PENIAGA CINA-DAP NAIKKAN HARGA: MENTERI MACAM ISMAIL SABRI INILAH YANG DIPERLUKAN, TAK BANYAK RETORIK TAPI BERTERUS-TERANG!!!



Memang ramai yang akan sakit hati dengan kenyataan terbaru Menteri Pertanian, Ismail Sabri yang sedang viral. Memang berterus-terang. Memang berani dan sememangnya memperkatakan benda yang dirasai oleh denyut nadi rakyat.

Sudah dua kali harga minyak diturunkan. Sudah beberapa kali juga Kementerian Pertanian menerusi Ismail Sabri memberikan isyarat bahawa Kementerian Pertanian akan melakukan sesuatu sekiranya golongan pemborong, pengilang, orang tengah dan peruncit tidak menurunkan harga makanan dan perkhidmatan, namun nampaknya 'amaran' yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan menterinya, tidak menakutkan mereka langsung.

Malah, berita-berita terbaru seperti lambakan padi dan beras yang berlaku di utara walaupun pada msa yang sama, terdapat permintaan tinggi untuk pengimportan beras dari negara asing kononnya untuk memenuhi keperluan dan permintaan domestik, membuktikan bahawa ada permainan tertentu yang sedang dilakukan oleh golongan yang amat berkuasa dalam pasaran makanan dan perkhidmatan itu.

Mungkin juga kerana KPDNKK yang pernah diterajui oleh Ismail Sabri dahulu, kini tidak lagi berfungsi dan seperti tidak wujud dan menterinya juga lebih banyak mendiamkan diri, maka golongan yang menguasai jaluran serta wilayah pemasaran dan pembekalan, berlagak seolah-olah mereka adalah kepala gangster yang memaksa para pengguna tunduk kepada kehendak mereka.

Maka disebabkan itulah juga, tiada sebarang penurunan harga barang makanan dan perkhidmatan yang ditunjukkan. Kalau harga makanan dan perkhidmatan tidak diturunkan, maka jangan haraplah surcaj api dan air juga akan diturunkan sebagaimana terbukti menerusi peningkatan surcaj air di Pulau Pinang pada kadar hampir 100% berbanding surcaj yang dikenakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum digulingkan oleh Lim Guan Eng.

Teguran Ismail Sabri tentang ketidakpekaan serta kurangnya kesedaran di kalangan pengguna Islam tentang mutu makanan dan minuman di kedai-kedai makan atau restoran-restoran makanan segera seperti Kopitiam atau Old Town yang sudah beberapa kali terdedah bahawa kehalalannya ditarik balik atau diragui, memang tepat!

Selain KPDNKK, kuasa sebenar adalah pada pengguna sendiri. Kalau produk-produk Bumiputera kurang dibenarkan masuk ke pasaran oleh para pemborong dan pengedar dengan alasan takutkan persaingan, mengapa tidak para pengguna menggunaka kuasa mereka, menyekat pula produk-produk makanan berharga mahal dan MENGAJAR PUAK-PUAK INI agar menurunkan harga!!!

Mengapa hanya mereka sahaja yang pandai nak mengajar dan menekan? Sampai bila kita hendak rasa tertekan dan terancam?

Lim Guan Eng dan Rafizi Ramli serta Tony Pua kata para peniaga Cina akan menghentikan aktiviti perniagaan kalau harga yang mereka kenakan diancam, MAKA ELOKLAH KITA PULA TUNJUKKAN bahawa penutupan dan penghentian aktiviti-aktiviti perniagaan itu, AMAT DIALU-ALUKAN bagi membolehkan mereka yang tahu tanggungjawab sosial selain mencari keuntungan tanpa menyusahkan penguna, mengambilalih aktiviti perniagaan para peniaga Cina!!!

Jom kita tunjukkan kepada puak kiasu yang cuba menggunakan harga makanan dan perkhidmatan sebagai cara menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan ini!!!!


Saturday, January 10, 2015

MEH KITA CUBA BERALIH KE PASAR TANI UNTUK AJAR PEMBORONG YANG CUKUP PANDAI BAGI ALASAN BAGI KENAIKAN HARGA BARANG!!!


Ketika pelancaran PASAR TANI KHAS PASCA BAJIR di Pasar Tani Lurah Semantah di Temerloh dua hari sudah, Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Asas Tani telah mengumumkan sesuatu yang pastinya dapat membantu para peniaga berkenaan, terutama sekali peniaga-peniaga pasar tani yang terlibat dalam banjir baru-baru ini.

Menurutnya, mereka boleh memohon pinjaman khas berjumlah RM10,000 untuk memulakan kembali perniagaan mereka. Pinjaman tersebut akan diberikan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan semua permohnan akan diproses secara 'laluan khas' untuk mempercepatkan kelulusan.


Selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut memberi bantuan sebanyak RM1,000 dalam bentuk pakaian, khemah dan meja perniagaan kepada para peniaga pasar tani untuk meringankan beban mereka.

Sehingga kini, sebanyak 38 pasar tani tidak beroperasi akibat banjir. Jumlah kerugian belum dapat dipastikan kerana masih ada kawasan banjir yang belum pulih sepenuhnya.

Menurut Ismail Sabri lagi, pasar tani khas pasca banjir itu merupakan inisiatif Kementerian untuk memantu rakyat di kawasan terlibat banjir dengan mendapatkan barangan makanan pada harga 18 sehingga 60 peratus lebih murah berbanding pasar biasa.


"Ini adalah kerana barangan itu dijual secara terus oleh agensi di bawah Kementerian. Sebagai contoh, jualan sayur dikendalikan oleh FAMA, ikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), ayam dan telur oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)," Ismail Sabri dipetik sebagai berkata.

Menurutnya lagi, had belian ke atas barangan juga dihadkan kepada 3 kilogram untuk ikan dan sayur selain satu sarang telur untuk seorang pembeli bagi mengelakkan barangan itu dibeli oleh pemborong.

Pasar Tani Khas Pasca Banjir akan dibuka di 51 Kawasan di 20 Daerah di negeri terjejas seperti Kelantan, Terengganu serta Pahang dan akan beroperasi sehingga harga barang di kawasan terjejas banjir kembali stabil.

Para peniaga lain yang berminat untuk menyertai Pasar Tani Khas ini atas dasar tanggungjawab, tertakluk kepada syarat SANGGUP MEMBERIKAN DISKAUN ATAS BARANGAN DIJUAL.

Memandangkan sekarang ini musim harga sayur dan ikan yang melambung dengan alasan, BANJIR di KELANTAN, mungkin sudah elok untuk kita mula beralih dari pasar konvensional kepada PASAR TANI. Daripada kita mengayakan ORANG TENGAH dan PEMBORONG, lebih baik kita tolong PELADANG, PETANI dan NELAYAN secara terus menerusi PASAR TANI!!!

SENARAI PASAR TANI DI SELURUH NEGARA BOLEH DIRUJUK DI SINI

Wednesday, January 7, 2015

MAIL SABRI DENGAN BERAT HATI BAGITAHU, BEKALAN SAYUR AKAN DIPULIHKAN DAN STABIL DALAM TEMPOH TIGA BULAN!!!


Tak payah sembang deras, tak payah sembang jauh..

Walaupun FAMA merupakan agensi pemasaran produk pertanian yang berada di bawah Kerajaan, sekalipun NIKMAT dan LKIM juga berada di bawah kerajaan, namun hakikatnya peraih, pemborong, pengedar dan pemunya lori-lori yang membawa ikan-ikan serta hasil laut dan sayur-sayuran serta buah-buahan, dimiliki oleh ahli-ahli yang persatuan mereka merupakan antara pemberi sumbangan dan penyokong kuat DAP. Mereka sebenarnya yang berkuasa dalam menentukan harga dan penawaran hasil laut, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dan walaupun kerajaan memberikan pelbagai insentif untuk kaum peladang, petani dan nelayan, hakikatnya bahagian pemasaran dikuasai sepenuhnya oleh golongan berkenaan. Jadi, sebarang mekanisme harga yang cuba diwujudkan oleh kerajaan, tidak akan berjaya kerana golongan penyokong DAP itu akan melakukan pelbagai onar, termasuklah mengurangkan penawaran di pasaran untuk melonjakkan harga menerusi trend palsu.

Pasaran untuk barang makanan bersifat sangat spekulatif di negara ini. Sebarang kejadian atau isu yang timbul, harga barangan akan melonjak sangat tinggi. Contohnya musim perayaan dan sekarang ini, isu banjir dan hujan pula digunakan untuk melonjakkan harga hasil laut dan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Kononnya wujud kekurangan bekalan sekaligus menyebabkan harga terpaksa dinaikkan!

Hakikatnya kalau kita perhalusi hampir setiap hari, bekalan dikatakan berkurangan. Sedangkan pada masa yang sama, kalau kita terus kepada penanam, petani dan nelayan pula, harga yang mereka terima tidak pernah berubah malah akan menjadi lebih rendah dengan pelbagai alasan pula diberikan oleh peraih.


Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Asas Tani pastinya mengetahui perkara ini dengan jelas. Justeru, mengumumkan bahawa masalah bekalan sayur akan diatasi dalam tempoh tiga bulan, pastinya akan memberikan 'ruang' dan 'peluang' kepada para penguasa pro-DAP itu untuk mula berfikir panjang sekaligus menyedari bahawa mereka sebenarnya berkuasa kerana mengambil kesempatan daripada toleransi yang diberikan oleh Kerajaan.

Apatah lagi keputusan Kerajaan untuk membawa masuk sayur-sayuran dari luar, pastinya tidak akan disenangi oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai pertalian dengan golongan orang tengah yang sangat berkuasa itu.

Pastinya kita juga tertanya-tanya mana perginya pemborong dan orang tengah serta pemilik-pemilik pengangkutan berbangsa Melayu-Bumiputera dan beragama Islam yang mampu membantu mengurangkan pengukuhan kuku besi golongan Cina DAP itu. Mana pergi golongan yang sangat pandai bercakap tentang agama, tentang fardu kifayah dan hebatnya orang Islam berniaga serta berdagang berdasarkan sejarah abad ke-8 sehingga 12 yang telah melahirkan ketamadunan baru yang kemudian dicuri dan dirakamrompak oleh Barat?

Sepatutnya Kementerian Pertanian turut mendapat bantuan daripada beberapa Kementerian lain untuk mewujudkan alternatif kepada pemasaran tradisional sekarang ini dengan tidak lagi membuat pergantungan kepada golongan yang berasakan mereka sangat berkuasa sehingga menjadikan kuasa pasaran sebagai kuasa politik?

Monday, December 22, 2014

KURANG BERETORIK TETAPI SEKALI KELUAR KENYATAAN, ISMAIL SABRI NAMPAK LEBIH BERANI DAN TEGAS BERBANDING ZAHID HAMIDI!!!


Walaupun berjawatan dalam kabinet, nampaknya Ismail Sabri, Menteri Pertanian yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tahu apa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Dia tidak sekadar bercakap tentang kepentingan pertanian dan industri berkaitan tetapi juga sebagai pemimpin UMNO, Ismail Sabri bercakap tentang keperluan akta dan undang-undang dalam memastikan negara ini berada dalam keadaan selamat dan menjadi kawasan berhabitat serta tamadun yang aman.

Barangkali tidak keterlaluan jikalau dikatakan, Ismail Sabri merupakan antara Menteri Kabinet pertama yang mengakui tentang kepincangan dan kesilapan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri berbanding pembesar-pembesar negara yang lain.

Cadangannya agar kerajaan memperkukuhkan Akta Hasutan dan beberapa akta yang lain demi kesejahteraan hidup di Malaysia, sememangnya tepat.

Pakatan Rakyat telah menjalankan kempen agresif agar kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dengan memberikan pelbagai umpan termasuklah kononnya rakyat Malaysia sudah matang dan ancaman subversif tidak lagi wujud, akhirnya akta yang telah berjaya mengamankan negara lebih lima dekad dihapuskan.

Akhirnya yang ditakuti dan dibimbangi oleh banyak pihak berlaku. Tidak sebagaimana gambaran yang diberikan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP, negara semakin terancam dengan pelbagai aktiviti anarki, subversif dan hasutan yang amat keterlaluan sehinggakan muncul pula gerakan mengeluarkan beberapa buah negeri dari Malaysia, yang mana kalau di negara lain, khususnya di Amerika Syarikat, dalangnya akan dicari sehingga ke lubang cacing dan kemudian dikenakan hukuman yang paling berat atau hilang terus dari muka bumi.

Sebagai pemimpin UMNO dan kerajaan, ternyata Ismail Sabri tahu apa yang harus dilakukannya. Mungkin dia tidak akan popular di kalangan mereka yang memerangi segala undang-undang di Malaysia, tetapi di mata majoriti rakyat Malaysia, Ismail Sabri akan dipandang betul.


 
Blogger Templates