Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label dr.hatta ramli. Show all posts
Showing posts with label dr.hatta ramli. Show all posts

Monday, January 8, 2018

ALASAN LETAK JAWATAN SEBAB PAN GAGAL DAPAT KERUSI TITIWANGSA TAPI SEBENARNYA MALU SEBAB DR. MAHATHIR CALON PM PAKATAN!!



Semasa zaman Reformasi, Dr. Hatta Ramli merupakan salah seorang tenaga penggeraknya. Malah dari PAS, dialah yang paling aktif membela Anwar Ibrahim dan menentang Dr. Mahathir. Penentangan Dr. Hatta ke atas Dr. Mahathir berterusan sehinggalah dia kerapkali dianggap sebagai sebahagian daripada DAP walaupun berbaju PAS.

Apabila barisan kepimpinan yang disokong kuat oleh DAP kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS pada tahun 2015, Dr. Hatta bersama kawan-kawan sealirannya bertindak keluar dari PAS dan menubuhkan PAN dengan kiblat yang masih sama iaitu DAP.
Penyandang kerusi Kuala Krai atas tiket PAS pada PRU-13 lalu itu sudah tahu hayat politiknya di Kelantan sudah berakhir. Dia perlu mencari tempat baru bagi menyambung hayat politiknya. 

Selama lebih dua tahun, Dr. Hatta 'bekerja' di Parlimen Titiwangsa. Dr. Hatta mengidamkan kerusi Parlimen Titiwangsa yang pernah dimenangi oleh Allahyarhamah Dr. Lo'lo' Ghazali pada PRU-12. Bagaimanapun, kehendak Dr. Hatta itu tidak ditunaikan. Sebaliknya alasan yang diberikan oleh Pakatan ialah, kerusi Parlimen Titiwangsa terlalu kuat untuk ditandingi oleh Dr. Hatta. Sebaliknya Dr. Hatta akan dicalonkan di kerusi yang lebih selamat bagi menjamin kemenangannya.

Kerusi Parlimen Titiwangsa sekarang ini disandang oleh Menteri Kewangan II, Johari Abdul Ghani yang disifatkan kebal di kawasan terbabit kerana prestasi baiknya selaku Wakil Rakyat.

PPBM mendapat kelebihan kerana diberikan hak bertanding di Titiwangsa sekalipun PPBM tidak menjalankan sebarang gerak kerja di Titiwangsa, sebaliknya sekadar bersandar kepada faktor mereka adalah 'bekas UMNO' dan UMNO mempunyai pengaruh di Titiwangsa.

PAN Johor sebelum ini telah memulaukan Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Shah Alam dua hari sudah. Secara keseluruhan, PAN menampakkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan pembahagian kerusi Pakatan Harapan meskipun pada masa yang sama, PAN adalah 'Unit Melayu-Islam DAP'. Sekaligus menjadikan DAP paling dominan dalam Pakatan Harapan biarpun tidak memasukkan lagi 57 kerusi di Sabah dan Sarawak.

Namun difahamkan, antara faktor penting Dr. Hatta meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan adalah kerana Dr. Mahathir.


Dr. Hatta merupakan antara mereka yang menolak secara total pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Perjuangannya selama lebih 30 tahun menentang Mahathir, tidak boleh dilenturkan dengan hanya atas nama persepakatan Pakatan Harapan.

Majoriti kelompok Reformis menentang keras idea Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sebaliknya lebih berminat dengan Azmin Ali.

Cuma hanya untuk 'memujuk' ahli-ahli UMNO untuk memenangkan Pakatan atas nama Mahathir sahaja, membuatkan mereka terpaksa manis muka dan mengangguk-angguk meskipun pada masa yang sama, rungutan-rungutan keras kedengaran sepertimana yang dilakukan oleh Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita PKR yang menentang keras pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri.


Wednesday, September 2, 2015

KETUA HAKIM SYARIAH KELANTAN KATA GUGUR TALAK TIGA KERANA TAKLIQ, HATTA RAMLI KATA, TAK GUGUR DAN ITU MASALAH RUMAHTANGGANYA!!!



Nampaknya, isu takliq pula menjadi satu isu yang bakal diperdebatkan dalam urusan fiqh di Malaysia ekoran kenyataan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad yang perkahwinan Hatta Ramli dengan isterinya, bubar dengan talak tiga, kesan daripada takliq yang diucapkannya ketika menjadi calon PAS untuk pilihanraya. (BACA DI SINI)

Hatta Ramli bagaimanapun menafikan talak tiga telah jatuh secara automatik ke atasnya dan isteri, sekaligus mengharamkan hubungan mereka serta menyebabkan mereka perlu tinggal secara berasingan. (BACA DI SINI)

TAKLIQ TALAK TIGA telah lama diperkatakan sebagai satu bentuk baiah agar calon-calon PAS yang bertanding dalam sebarang pilihanraya, tidak melompat parti atau mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan PAS.

Walaupun terdapat banyak pihak dari dalam PAS sendiri yang mengakui kewujudan baiah talak tiga yang perlu dijalani oleh setiap orang calon, namun, beberapa pihak terutama sekali mereka yang baiah utama mereka adalah kepada Pakatan Rakyat dan DAP, cuba menafikannya sama ada secara berdiam diri atau menyatakan ia tidak wujud.

Dalam Islam, takliq adalah terpakai sebagai hukum sama ada ia adalah satu bentuk taqiyyah mahupun secara luar sedar. Apatah lagi yang membabitkan talak.

Kenyataan Hatta Ramli yang cuba memutarbelitkan isu tersebut dan cuba menjadikannya sebagai satu isu politik PAS vs GHB sebenarnya lebih kepada MENJALANGKAN DIRI dan MELACURKAN HUKUM HAKAM agama demi kepentingan puak yang menjadi dalang di belakangnya.

Itulah sebabnya ada kenyataan bahawa perkara yang halal tetapi menjadi kebencian Allah Taala adalah TALAQ. Walaupun dikatakan bahawa ia adalah hadis Nabi s.a.w tetapi ulama-ulama hadis setelah mentahkikkan status hadis tersebut, mendapati ia adalah maushul (yakni tersambung sanadnya hingga kepada sumber pertama ”pencetus” matan, iaitu Nabi s.a.w) dan mursal (sanadnya terputus di tingkatan perawi dari kalangan sahabat Nabi, dan langsung meloncat kepada Nabi s.a.w sebagai sumber pertama ”pencetus” matan)

Berikut pula adalah keputusan Majlis Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung hukum takliq.

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penceraian akibat pelanggaran taklik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

1) Bahawa lafaz taklik talak yang dilakukan oleh suami tetapi berlaku perceraian antara mereka (suami isteri) melalui lafaz suami atau melalui fasakh atau tebus talak sebelum berlaku perkara yang ditaklikkan, ia terbahagi kepada dua keadaan:

i) Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Bain Kubra dan Bain Sughra, yang bukan perceraian pelanggaran taklik, lafaz taklik yang dilakukan suami tidak lagi aktif apabila mereka bernikah semula.

ii) Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Raj’ie, lafaz taklik talak yang dilakukan suami masih lagi aktif apabila mereka rujuk semula dalam tempoh iddah.

2) Apabila telah berlaku pelanggaran lafaz taklik yang dibuat oleh suami, maka perceraian antara mereka (suami isteri) telah berlaku. Sekiranya mereka kembali semula sebagai suami isteri, maka kedudukan lafaz taklik itu adalah seperti berikut:

i) Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian Raj’ie dan pasangan tersebut bernikah semula dengan akad baru selepas tamat iddah, maka lafaz taklik itu tidak lagi aktif.

ii) Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian raj’ie dan pasangan tersebut rujuk semula sebelum tamat iddah. Dalam keadaan ini, mesyuarat membuat keputusan supaya perkara ini di serahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk membuat keputusan
. (RUJUK SINI)

Sekarang, kita boleh tengok sama ada puak-puak GHB yang sangat menyanjungi DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan menggunapakai hukum agama, atau hukum logik yang akan diwujudkan hasil daripada ijtima' dan ijtihad ketua-ketua mereka yang sanggup menyelewengkan apa-apa sahaja hukum agama demi kepentingan politik Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng. 


CUCU TOK WAN




Monday, February 16, 2015

PKR DAH TAKUT, GENG PASMA PULAK BUBUH API KONON UNTUK BACK-UP!!!



Semalam, Malik Abdul Kassim membuat tohmahan bodoh yang hanya golongan zombie sahaja percaya, kononnya UMNO-BN telah melakukan pemindahan pengundi ke Permatang Pauh dalam usaha UMNO-BN untuk menang Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, Reezal Marican menjawab tohmahan Malik Abdul Kassim sekaligus menjelaskan bahaw Malik Itik sebenarnya tidaklah sepandai mana. Bahkan Malik Itik sebenarnya lebih banyak membuat pembohongan semata-mata untuk menutup gementar dan takut pada PRK Permatang Pauh tanpa Anwar Ibrahim. (BACA DI SINI)

Hari ini pula, Hatta Ramli yang mulai resah kerana golongan pro-ulama dalam PAS mula melihatnya sebagai musuh kerana peranan yang dimainkannya dalam usaha menggulingkan Abdul Hadi Awang, menyatakan, UMNO-BN tidak seharusnya bertanding di Permatang Pauh setelah UMNO Kelantan mencadangkan tidak akan mengambil bahagian dalam PRK DUN Chempaka selepas kematian penyandangnya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hatta Ramli walaupun berbadan PAS dan merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, namun tindak tanduknya lebih banyak menyokong kepimpinan PKR dan DAP berbanding kepimpinan PAS. Dia juga merupakan antara golongan dalam PAS yang cukup gentar jikalau berlaku kerjasama politik antara UMNO-PAS, walaupun sekadar kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Kelantan, bukannya dalam Barisan Nasional.

Atau dengan kata-kata lain, kerjasama antara dua parti walaupun PAS kekal sebagai parti pembangkang.

Menurut Hatta, kalau UMNO-BN sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding di Chempaka, seharusnya keputusan yang sama juga dibuat di Permatang Pauh. Ini adalah kerana menurutnya, penyertaan UMNO-BN akan membazirkan wang negara. (RUJUK SINI)

Terkilas di dalam kenyataannya itu ialah kebimbangan besar yang UMNO benar-benar tidak bertanding di Chempaka, sekaligus akan mewujudkan keharmonian di kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS serta UMNO. Disebabkan itulah, Hatta Ramli cuba mengumpan nama Allahyarham Nik Aziz walaupun maksud sebenarnya adalah melindungi konstitusi yang dimenangi oleh PKR!!!


Wednesday, December 31, 2014

ALHAMDULILLAH, BERKAT MUNAJAT AKHIRNYA AHLI PARLIMEN KUALA KRAI DITEMUI DAN MUNCUL DI KHALAYAK RAMAI!!!


Allah Taala tunaikan secara cash!

Kalau tak nampak lagi kebesaran-Nya, tak tahulah nak kata apa.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli dicari-cari kerana hari mula banjir di Kuala Krai sehinggalah Kuala Krai tenggelam beberapa hari kemudian, kelibatnya terus menghilang. Pada ketika semua pihak bising dan mencari-cari jalan untuk sampai ke Kuala Krai yang terputus hubungan kerana kepungan air berarus deras, Hatta Ramli tetap juga tiada khabar berita.

Bukan sahaja dari Hatta Ramli sendiri, daripada para petugasnya, pembantunya juga tidak dapat sebarang penjelasan berhubung kehilangan Hatta Ramli.

Akhirnya semalam, semua pihak yang prihatin menyeru-nyeru nama Hatta Ramli.

Hari ini difahamkan, Hatta Ramli telah muncul di Kuala Krai dan tanpa banyak cakap, terus menjalankan sebahagian daripada tugasnya selaku Ahli Parlimen kawasan berkenaan. Dia dilihat membantu petugas-petugas dan sukarelawan mewakili Barisan Nasional mengagih-agihkan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Manek Urai.

Parlimen Kuala Krai mengandungi DUN Mengkebang, Guchil, Manek Urai dan Dabong.

ADUN Mengkebang adalah Abdul Latif Abdul Rahman dari PAS.

ADUN Guchil adalah Mohd Ruslan Puteh dari PKR.

ADUN Manek Urai adalah Mohd Fauzi Abdullah dari PAS.

Manakala ADUN Dabong pula adalah Datuk Ramzi Abdul Rahman dari UMNO-BN.

Walaupun tiga ADUN adalah Pakatan Rakyat dengan Ahli Parlimen sendiri dari PAS-Pakatan, bantuan ke Kuala Krai selepas agensi kerajaan adalah dari UMNO-BN. PAS hanya datang memberikan bantuan menerusi PASMA hanya setelah hari ketujuh banjir. Itu pun sekadar untuk publisti dengan gambar dan logo besar PAS serta PASMA.

Alasan kehilangannya ialah UMRAH... alasan SUCI bagi orang beragama Islam untuk mengelakkan diri daripada dipersalahkan. Alasan ibadah yang diharapkan tidak akan dipertikaikan atau disanggah oleh mana-mana orang yang mengaku beragama Islam.

Apa pun, dia sudah kembali dan diharapkan tidak lepas tangan begitu sahaja dengan alasan PERDANA MENTERI PEGANG DUIT NEGARA. JADI semua tanggungjawab dari peruntukan sehinggalah pengagihan, Perdana Menteri kena bertanggungjawab!!!


Tuesday, December 30, 2014

AL-FATIHAH!!! AHLI PARLIMEN DIKHUATIRI DIHANYUTKAN ARUS BANJIR... GERAKAN MENCARI SECARA BESAR-BESARAN SEDANG DIBUAT!!!


Makhluk yang sangat kuat MENGANJING dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun berbaju, berjubah dan berkopiah PAS, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Walaupun kawasannya merupakan antara kawasan paling teruk dilanda banjir dengan kemusnahan besar dan kematian berlaku, kelibat serta khabar berita tentangnya langsung tidak diketahui.

Ada khabar-khabar angin yang mengatakan AHLI PARLIMEN KUALA KRAI ini telah dihanyutkan arus banjir ketika gelombang pertama banjir melanda Kuala Krai yang turut menenggelamkan Manek Urai dan mengancurkan Manek Urai Lama.

Justeru, ramai yang menuntut kehadirannya selain menasihatkannya agar bersegera menemui penduduk Kuala Krai yang masih berada di pusat-pusat perlindungan mahupun yang telah pulang ke rumah masing-masing yang telah ranap dan musnah sepenuhnya.

Jadi wakil rakyat apa kalau kebajikan rakyat langsung tidak diambil peduli!!!


 
Blogger Templates