A.Samad Said bukannya reti apa-apa tentang silat. Bukannya faham apa-apa tentang falsafah silat yang bukan bertujuan mencari gaduh dengan sesiapa. Malah tidak hadam pun perkataan 'seni mempertahankan diri' kerana dia sentiasa hidup dilambung imaginasi yang hanya dibatasi dan dijumudkan oleh DAP.
Dek kerana itulah, dia mentakrifkan silat sebagai bahan pertunjukan semata-mata dan tidak boleh digunakan untuk mempertahankan negara. (RUJUK DI SINI) Baginya, yang boleh mempertahankan negara dengan jambakan puisi dan sajak yang berputar-putar dan berbelit-belit menggunakan metafora perkataan dan istilah yang lebih bersifat bombastik, sepertimana yang terdapat dalam sajak-sajak dan buku-buku tulisannya.
Betullah, memang zaman pertempuran sekarang, menggunakan peluru, bahan kimia dan nuklear. Tetapi falsafah dan taktik peperangan itu sendiri bermula daripada usaha mempertahankan diri. Apa yang susah sangat nak faham daripada prinsip asas sebegitu?
Hidup sepenuhnya dengan bantuan dan pengiktirafan kerajaan yang sebenarnya tidak perlu dan tidak mendatangkan sebarang keuntungan pun, sekarang ini A.Samad Said cuba bercakap tentang MEMPERTAHANKAN NEGARA?
Hanya kerana kebencian taukeh-taukehnya terhadap UMNO dan Najib, membuatkan A. Samad Said yang tidak berpendirian melainkan kerana permulan marahnya 'adalah projek buku', memandang hina apa-apa sahaja yang diucapkan oleh Najib.
Kalau Najib kata, para pesilat diletakkan harapan untuk mempertahankan negara, A. Samad Said dengan menggunakan bait-bait puisi dan sajak laloknya akan mengatakan, silat tidak boleh mempertahankan negara dan sudah basi kerana sekarang ini adalah zaman peluru dan nuklear. Nasib baik Najib tak kata, para penulis dipertaruhkan harapan untuk mempertahankan negara ini.
A.Samad Said banyak bercampur dengan para pelukis Central Market yang sekarang ini terpaksa kembali berseni dan berkarya di jalanan terutama sekali di Bukit Bintang, seperti suatu masa dahulu sebelum mereka ditempatkan di Central Market, selepas pentadbiran baru Central Market mengamalkan double standard terhadap para peniaga Melayu di premis berkenaan. Dengan sewa tinggi dan lokasi mereka dikeluarkan dari Central Market dan ditempatkan di ruang Annex yang suatu ketika dahulu merupakan kilang minyak kelapa di sebelah Central Market, sewajarnya A. Samad Said sedar diri bahawa para pelukis jalanan itu jauh lebih mulia berbanding dirinya. Perjuangan mereka jauh lebih jitu kerana marah mereka bukanlah kerana projek yang tidak dipedulikan oleh kerajaan dan agensi kerajaan. Perjuangan mereka tulen kerana mereka tidak ada sebarang kepentingan tetapi terus berjuang untuk mencari 'butter and bread' dengan kerja keras dan kebolehan mereka sendiri.
Ada di kalangan para pelukis jalanan tersebut seharusnya menepati status karyawan negara kerana hasil tangan mereka telah beredar di luar negara dan memperkenalkan negara ini sebagai destinasi pelancongan seni. Orang-orang seperti Aris Aziz, Johari Abdul Ghani dan sebagainya yang terkenal dengan aliran isme mereka dalam penghasilan karya-karya catan, boleh saja menggunakan pengaruh dan marah mereka kepada nasib yang menimpa mereka tetapi mereka memilih untuk tidak merengek-rengek seperti A. Samad Said
A. Samad Said sewajarnya menumpukan perhatian kepada pengurusan janggut dan misainya sendiri. Anaknya yang dihantar belajar ke luar negeri dengan wang rakyat juga, seharusnya dibawa pulang dan dipaksa membayar kembali setiap sen yang telah dibelanjakan daripada wang rakyat yang diberikan kepadanya selaku Sasterawan Negara.
Selepas itu, barulah dia boleh bercakap apa-apa tentang Melayu kerana dia tidak lagi hidup sebagai Melayu tetapi hidup hanya sebagai bangsa Melayu yang tidak menggunapakai hak keistimewaan Melayu.
Susah sangat ke seorang sasauan negara untuk faham ayat semudah itu?
