Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 31, 2015

LIM KIT SIANG SERU DEWAN RAKYAT PERLU 1/3 WAKIL SABAH DAN SARAWAK, TAPI WAKIL PARLIMEN DAP, KENAPA 90% CINA?



Lim Kit Siang berusaha keras untuk membantu DAP Sarawak merampas Sarawak daripada pentadbiran Bumiputera. Kononnya bijak, dia cuba buat serampang dua mata. Satu untuk Pilihanraya Negeri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dan satu lagi untuk PRU-14 yang pasti akan lebih sengit berbanding PRU-13 di mana PAS jikalau terus berada di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang, akan menghilangkan kuasa DAP ke atas parti berjenama Islam itu.

Individu yang tidak pernah mengaku bertanggungjawab untuk TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969 itu mengungkit kononnya jumlah kerusi Parlimen sekarang untuk Sabah dan Sarawak tidak menghormati semangat Perjanjian Malaysia. Sepatutnya kata Guan Eng, Sabah dan Sarawak mempunyai 74 kerusi Parlimen di Parlimen Malaysia iaitu satu pertiga daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen.

Sabah dan Sarawak sekarang ini memiliki 57 kerusi Parlimen sahaja.

Bagi yang BUTA PERUT dan SINGKAT AKAL, tohmahan dan hasutan yang dibuat oleh Lim Kit Siang itu, pasti akan diterima bulat-bulat. Malah Lim Kit Siang sendiri akan diangkat sebagai PEJUANG MALAYSIA yang tulen!

Suruhanjaya Pilihanraya sedang melakukan PERSEMPADANAN SEMULA di Sarawak. Malangnya, persempadanan semula yang melibatkan 11 kerusi DUN baru - belum pun kerusi Parlimen baru - telah ditentang keras oleh DAP dan PKR. Malahan DAP dan PKR bersegera membawa kes persempadanan semula itu ke mahkamah yang kemudiannya dimenangi oleh mereka.

SPR bagaimanapun menyatakan akan membuat rayuan di peringkat lebih tinggi iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan Pakatan menghalang persempadanan semula di beberapa DUN baharu di Sarawak.

Kenapa agaknya Lim Kit Siang tidak menyebut langsung tidak perkara ini? Tentang tentangan mereka bagi persempadanan semula, sekaligus menambahkan kerusi DUN dan Parlimen Sarawak serta Sarawak yang sedang dijalankan oleh SPR? Mengapa pertambahan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen baharu segera ditanggapi oleh DAP-PKR sebagai cara untuk memenangkan Barisan Nasional dan UMNO, padahal Lim Kit Siang sendiri mahukan pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak di Parlimen Malaysia?

Cakap berbolak-balik! Menipu sepanjang masa! Dan belitnya, kalah pemborong yang akan terus menipu untuk mendapatkan bekalan mentah pada harga yang sangat rendah tetapi menjualnya pada harga yang sangat tinggi sambil memberi alasan, kerajaan punya angkara menyebabkan harga barangan meningkat!!!

Lim Kit Siang mempersoalkan jumlah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dalam Dewan Rakyat... kenapa tak persoalkan, BERAPA BANYAK KERUSI UNTUK BUMIPUTERA SABAH SARAWAK dalam DAP? Mengapa wakil-wakilnya semua CINA? Kenapa dalam satu keadaan, DAP dengan penuh bangga menyatakan mereka tidak rasis tetapi dalam mempraktikkannya, jelas sekali DAP adalah BAPA SEGALA RASIS?

Di Sarawak dan Sabah, berapa DUN dan Parlimen yang dikuasai oleh DAP diduduki oleh Bumiputera sedangkan DAP mendabik dada kononnya mereka pelbagai bangsa dan agama? Adakah pelbagai bangsa dan agama itu bermaksud, suku-suku dalam Cina dan agama-agama yang dianuti oleh suku-suku Cina dalam DAP?


TUC TOK USIN CEROI BIKIN KHALID SAMAD KEPANASAN PUNGGUNGNYA!!!!



Sekadar perkongsian kisah suka duka antara Tok dan Yb Khalid Samad... Hampa jgn jeles tau dan macai2 jebon jgn dok kelupoq tak ketahuan hala noooo...

1) Yb Khalid cukup panas dan anti dgn Tok hinggakan dia terpaksa anjurkan debat antara dia + Hanipa Maidin vs Tok...depa buat di Shah Alam dan ada live dlm radio pedas FM mlm tu...tp umpan depa x berjaya nak perangkap tok pada mlm tu....kikikiki

2) Bila depa tgk tok kurang serang depa,YB Khalid mula nak manja2 dgn tok melalui hubungan whatsapp... Siap minta tlg tok backup depa lg pasal poster Kabinet bayangan WAWI yg jd kontroversi tu.......kohkohkoh

3) Dia mula salurkan maklumat fitnah pasal Ustaz Nik Abduh pasal kes di Perlis bila gambar Ust Nik Abduh dan Suwardi tersebar dgn tuduhan Nik Abduh dah jadi ejen UG....Hahahaha

4) YB KHALID mula tunjukkan kemesraan bila tok berpura bergaduh dgn pro ulama dan kata nak uturn...YB Khalid whatsapp tok bertanyakan cerita tu dan mula masukkan jarum kejebonan dgn memburukkan kem ulama kepada tok dgn harapan tok terpengaruh.....huhuhuhu....(dlm hati tok dok berkata,terkena lg la hang Kali ni YB KHALID )

5) Kini kemesraan itu telah hilang bila tok dedahkan video panas tentang UG yg smlm punya...YB Khalid mula panas dan kelupoq dan dia terpaksa ungkitkan semula kes debat dia + Hanipa vs tok dulu,rupanya kes debat tu cukup menusuk dlm kalbu YB KHALID ....kahkahkahkah....

Inilah kisah suka duka antara tok dan YB KHALID...smile emoticon
Lain Kali Cuba lg ye YB KHALID,

Semoga ukhuwah kita x terputus ye YB KHALID... Harap YB x jemu utk berkawan lg dgn tok dilain masa....friend forever smile emoticon

Tok usin ceroi

Friday, May 29, 2015

SYARIKAT CINA BAGI AMARAN KEPADA STAF MELAYU, JANGAN TUTUP AURAT, SKIRT PENDEK TAK APA!!!


Nadirah atau Nadey Khairudin, diberikan amaran oleh majikannya, YSP Southeast Asia Holding Berhad (syarikat milik Cina), hanya kerana berpakaian menutup aurat.

Nadirah memuat naik status itu di laman Facebooknya yang berang dengan tindakan majikannya itu.

Sebagai tindak balas, Nadirah meminta sebuah laman Facebook popular, menyiarkan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan syarikat terbabit yang dilihat berat sebelah.

"Company saya beri warning kerana saya cuba tutup aurat saya. Isunya, tuck in baju dalam seluar. Tetapi sebangsa mereka yang pakai skirt pendek atas lutut pula tidak diberikan sebarang amaran. Walhal dalam buku panduan syarikat telah pun memberikan etika pemakaian yang sesuai.

"Saya merasa tak puas hati kerana negara kita mengamalkan dasar demokrasi yang mana perlu hormat bangsa dan agama. Salah ke saya berasa malu sebab tuck in baju dan ramai menegur saya seksi?

"Aib itu Allah saja yang tahu. Belum lagi saya pakai niqab pergi kerja. Lagi besar isunya mungkin," katanya.

Nadirah meminta laman berkenaan menyiarkan kisahnya dan mungkin rakan-rakan yang lain juga pernah mengalami nasib yang sama.

"Baru mereka tahu banyak company di Malaysia tidak hormat hak kebebasan beragama," katanya lagi yang juga turut menyamakan kesnya dengan isu gadis tidak dibenarkan bertudung di KLCC tahun lalu.

Bukan itu saja, Nadirah juga turut mendedahkan dia diberikan amaran agar tidak mencuci kaki di dalam toilet.


"Dia (majikan) beri amaran untuk tidak mencuci kaki dalam toilet. Pelik, apa fungsi toilet pada YSP? Lagipun air yang menitis pada lantai, saya lap sehingga kering. Tambahan, ramai lagi kakitangan Melayu ambil wuduk di toilet tetapi tidak pernah menjadi isu.

"Mungkin dengan satu kesalahan, mereka (majikan) akan terus mencari kesalahan yang seterusnya yang tidak munasabah.

"Saya tahu saya bukan anak orang politik atau berpengaruh tetapi saya harap sangat-sangat wakil dari kawan-kawan yang senasib dengan saya tidak ditindas di negara sendiri.

"Jika saya diberhentikan kerja sebab viralkan isu pakaian muslimah ini, tak apa. Saya percaya rezeki pada Allah, bukan pada syarikat itu," katanya.

SUMBER

Thursday, May 28, 2015

DUA KENYATAAN KERAS UNTUK ADI PUTRA... ADA ORANG LAIN LEBIH GENIUS DARINYA DAN TAK MEMEKAK PUN!!!



Isu yang melibatkan pelajar self proclaimed dirinya genius ini, Adi Putra, nampaknya masih tidak berkesudahan. Orang ramai masih menyalahkan kerajaan sehingga mendakwa kerajaan tidak gemar dengan orang yang genius seperti Adi Putra. Sebaliknya lebih berminat dengan mereka yang mempunyai minda seperti Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Isu ini pula sekali lagi dibangkitkan oleh sebuah laman Facebook yang popular, Oh! Media, menyiarkan semula laporan luahan kekecewaan Adi Putra yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, tanpa sebarang penjelasan dari pihak Permata Pintar yang telah tersebar sebelum ini.

Berikutan itu, Pengarah Permata Pintar, Professor Noriah Mohd Ishak, sekali lagi memberikan penjelasan penuh di laman Oh! Media bagi menerangkan keadaan yang sebenarnya berlaku di antara pihak Adi Putra dan Kerajaan.

KERAJAAN dah hulurkan bantuan pada tahun 2008. Bapa Adi Putra menolak bantuan itu kerana Adi perlu kerja nak bayar gaji pengurusnya dan sebagainya.

Itu keputusan bapanya dulu dan kata nak sekolahkan Adi di rumah. Kenapa sekarang complaint?

Kalau Adi betul-betul nak belajar semula, jumpa saya di Permata Pintar di UKM. Tak jauh dari Gombak ke UKM. Ini untuk masa depan Adi. Bapa Adi tahu saya wujud dan tahu nak cari saya atau Permata Pintar dimana. InshaAllah Adi masih boleh dibantu.

Saya bukan ahli politik dan tidak suka berpolitik. Tetapi kalau ada orang yang berhati mulia menolong anak bangsa yang pintar terutama dari luar bandar, saya beri penghormatan kepada dia.

Berapa orang di antara kita sanggup memikirkan masalah pendidikan anak-anak kampung terutama yang miskin dan tinggal di ceruk kampung tetapi pandai? Nak masuk sekolah asrama penuh pun mereka tak dapat.

Program Permata Pintar di bawah YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah banyak membantu anak-anak ini dari Lubok Antu hinggalah ke Gurun.

Kita semua hanya memikirkan hal kita, kerjaya kita, gaji kita. Berapa orang di antara kita nak fikir pasal anak orang lain yang kalau tidak dikeluarkan dari kampungnya, mungkin tak dapat mencapai pendidikan yang tinggi?

Saya bukan nak mengata tetapi setiap perbualan yang saya nampak, saya tidak nampak keikhlasan nak membantu.

Kerajaan telah menyediakan sekolah untuk pelajar genius seperti Adi Putra. Sekolah tersebut di dalam UKM. Program pelajar pintar dan genius di UKM ini bermula pada tahun 2009. Kerajaan tawarkan Adi dulu untuk membantu dia melonjakkan kepintarannya tetapi bapa Adi menolak.

Adi kecil lagi, tak pandai buat keputusan. Hingga kini program anak genius di UKM ini telah membantu memberikan program pengayaan kepada lebih dari 5,000 pelajar genius seperti Adi.

Salah seorangnya bernama Amirul Fitri yang sebaya dengan Adi tetapi sekarang telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang matematik di Johns Hopkins University di Amerika Syarikat.

Seorang lagi bernama Shah Rahmat Shah Putra yang sedang melanjutkan pengajiannya di Bristol dalam bidang matematik.

Anda semua sangat bijak memerli. Tak tahulah kalau anda semua jadi menteri, lagi lingkup nanti. Jangan mengata orang sebab kita sendiri tidak tahu apa yang kita boleh buat dalam pelbagai situasi. Yang pentingnya, saya dah beri peluang kepada Adi untuk sertai Permata Pintar supaya dia boleh teruskan pendidikannya.

Namun, sehingga kini Adi, bapa atau ibunya hanya berdiam diri. Kerajaan mahukan yang terbaik untuk Adi. Mana tahu, kemudian boleh masuk Princeton atau Yale, bukan setakat Monash dan jadi menteri kewangan seperti yang saudara saudari impinkan.

Mohon anda yang pandai bercakap di sini (Facebook) supaya pujuk Adi masuk Permata Pintar dan kalau dia betul-betul genius, kita hantar formula dia kepada profesor di UKM bidang matematik yang boleh mengesahkan kesemua formula dia.

Saya pun boleh sebab salah satu bidang saya ialah matematik dan kami hendak Adi masuk Matematik Olympiad Program yang ada di Permata Pintar supaya kalau berjaya, dia boleh mewakili negara dan tunjuk kepada dunia kita ada 'Genius Matematik' yang boleh meningkatkan markah PISA kita.

Saya jemput semua di sini ke Permata Pintar, bukan PERMATA Negara, program tadika yang bagus itu.

By the way, Permata Negara yang mengenakan yuran yang sangat sedikit (kurang dari 150 sebulan) untuk hantar anak ke tadika itu. Makan hanya dicaj RM50 sebulan dan letakkan banyak di kawasan ibu bapa sibuk dan berpendapatan rendah. Hantarlah anak ke sana sebab programnya bagus.

Permata Pintar adalah sekolah untuk anak-anak seperti Adi. Jika anak anda berumur 9 tahun hingga 12 tahun dan genius, dah boleh masuk tingkatan 1 yang kesukarannya sama dengan tingkatan 4 sekolah kerajaan. Kalau layak 9 tahun pun boleh masuk tingkatan 4. Kita dah lahirkan ramai pelajar genius dan mereka ramai dah di Ivy League Universiti, menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Yang gila matematik macam Adi pun ramai.

Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak
Pengarah Pusat Permata Pintar Negara


****



Assalamualaikum Adi Putra, saya harap Adi Putra dalam keadaan sihat sejahtera. Terlebih dulu izinkan saya memanggil Adi Putra sebagai Adi. Saya sebenarnya salah sorang peminat Adi. Namun bukanlah meminati Adi kerana pintar matematik dalam usia yang muda, tetapi saya lebih meminati potensi Adi kepada dunia akademik dan masa depan. Saya percaya potensi yang dimiliki Adi, Adi mampu mengubah dunia.

Genius yang tidak bertauliah
Adi pernah beberapa kali merungut yang Adi tidak dihargai. Bagi saya, untuk rungutan kes genius yang tidak bertauliah, Adi tak perlu terlalu bimbang. Kerana ramai genius dan inovator yang mengubah dunia juga tidak menghabiskan pelajaran formal, tetapi mereka tersenarai antara individu yang mengubah dunia. Adi sebenarnya perlu fikir lagi jauh. Adi dikurniakan bakat yang hanya beratus orang saja menerimanya dalam 100 tahun.

Saya sentiasa berdoa agar Adi tidak jadi seperti anak angkat Prof Diraja Ungku Aziz yang genius dan pernah menggemparkan negara satu masa dahulu. Tetapi sejarah hidupnya berubah apabila meningkat dewasa. Saya juga berdoa agar sekiranya Adi jadi orang ternama dan penting, Adi masih merendah diri seperti Adi yang rakyat Malaysia kenal.

Sewaktu Adi popular dulu dan bakal mengikuti pelajaran ke Unisel, ibu saya berkata:"Adi sepatutnya dilayan seperti kanak-kanak yang lain, biarkan Adi untuk berjumpa kawan-kawan, bermain, dan berbagai lagi kenangan yang sepatutnya dialami kanak-kanan yang sedang membesar.”

Tidak sangka rupanya kata-kata ibu saya terbukti kebenarannya apabila Adi mengatakan yang "Adi agak sedih sebab Adi hilang zaman kanak-kanak" di akhbar MStar.

Tetapi Adi mengambil langkah positif daripada peristiwa itu dan menyatakan semua itu berbaloi kerana membantu keluarga. Ya, saya amat mengagumi perihal itu. Sejak kecil juga saya selalu berangan-angan untuk membantu ibu saya supaya ibu saya tidak perlu bekerja lagi untuk menyara kami.

Jika Adi selusuri sejarah Bill Gates, Pak Sako, Mark Zuckerberg, Colonel Sanders, Einstein. Mereka juga tidak diiktiraf secara formal kerana drop out dan ditidakkan peluang pada awalnya. Namun persamaan antara mereka dalam menempa nama dalam dunia ini adalah mereka tidak berputus asa. Saya yakin, Adi boleh menjadi seperti mereka sekiranya tidak berputus asa. Kata kuncinya, ‘jangan berputus asa’.

Genius yang berimpak tinggi
Namun Adi, mintak maaf kerana saya terpaksa jujur dengan Adi. Formula matematik Adi hanya berlegar-berlegar pada penemuan matematik beratus-ratus tahun lalu. Adi menyediakan formula/algoritma alternatif. Ada beberapa algoritma Adi dipermudahkan dan sesuai untuk perisian matematik yang lebih pantas. Tetapi terdapat juga algoritma Adi yang memerlukan pemboleh ubah yang lebih daripada algoritma konvensional dan tidak berapa sesuai untuk semua kes dan situasi.

Saya puji yang Adi benar-benar memahami rumus matematik tersebut dan kerana itulah Adi mampu mencipta jalan penyelesaian alternatif yang lebih mudah. Namun pada peringkat global dan masalah matematik tinggi, tiada orang memandangnya.

Bagi orang yang berkemahiran dalam bidang matematik seperti Adi, Adi sepatutnya pergi lagi jauh dan mendalam dari apa yang Adi lakukan sekarang ini. Adi sepatutnya belajar dan dilatih untuk memajukan matematik tinggi seperti quantum mechanics, mathematical method for physics/engineering. Hasilnya Adi akan mampu menyelesaikan masalah matematik yang rumit untuk fizik gunaan seperti astronomi, astrofizik, fizik zarah dan radiasi, aeronautik, dan lain-lain lagi.

Hasil penemuan tersebut boleh diaplikasikan di dalam engineering dan seterusnya bakal mengubah dunia. Adi juga boleh membangunkan rumus yang penting dalam string theory, rumus untuk theory of everything, dan berbagai lagi yang akan memberi impak tinggi dan merapatkan jurang pengetahuan. Kesemua ahli sains terkemuka termasuk Stephen Hawking sendiri sedang berusaha sedaya upaya untuk mendalami rumus tersebut.

Ramai saintis hendak mengetahui rahsia alam. Mereka mahu mengetahui apa yang terjadi kepada permulaan masa, mereka mahu mengetahui bolehkah wormhole yang membolehkan manusia merentasi ruang dan masa dibina? Sekarang ini, saintis berjaya memerhati bagaimana memori terbina di otak. Malah yang terbaru, saintis berjaya menjumpai cara memadamkan memori yang terbina di otak.

Tahun lepas saintis berjaya menghasilkan jantung tikus tiruan yang berdegup dengan sendiri dengan menggunakan stem sel. MIT hampir membina komputer optik yang 100 kali lagi laju daripada komputer berasaskan elektron yang ada di pasaran. Malah saintis sedang berusaha untuk mencipta Komputer Kuantum yang bakal merevolusikan industri komputer.

Banyak lagi sebenarnya penemuan yang merapatkan pengetahuan, teknologi, dan kesihatan ditemui dan sedang dikaji. Saya percaya yang Adi boleh memberi impak yang besar dalam masyarakat dan dunia. Adi mampu mengubah dunia. Adi mampu merevolusikan dunia.

Genius yang mengubah dunia
Saya dengar daripada sumber yang dipercayai, Permata dan beberapa pelatih IMO juga memberi perhatian untuk menggilap bakat Adi. Tetapi mereka tidak dapat meneruskan dan Adi lebih tahu sebabnya, malah Adi juga lebih tertumpu untuk memenuhi jemputan pengajaran dan sebagainya. Saya tidak mahu salahkan sesiapa, cuma saya agak terkilan ramai anak genius Malaysia yang jadi membazir. Rasanya Nur Amalina Che Bakri saja yang betul-betul tersusun dan bakal mengubah dunia jika penyelidikannya berjaya.

Tetapi tidak apa, Adi baru 16. Adi ada banyak masa untuk sesuatu yang boleh mengubah dunia. Sekiranya Adi masih berlegar legar dengan penemuan beratus-ratus tahun lalu, saya bimbang Adi adalah prodigy matematik yang tidak dapat menyerlah untuk mengubah dunia. Umur 21, Newton berjaya mencipta kalkulus hasil inspirasi kerja ahli matematik yang terdahulu dan berjaya menjelaskan fenomena komet Haley. Hasil daripada itu juga Newton berjaya menerangkan hukum graviti dan menjelaskan kenapa bulan tidak jatuh ke bumi seperti epal yang jatuh ke atas kepalanya. Hasil tersebut merevolusi fizik moden dan impaknya, revolusi industri di Eropah berlaku.

Adi boleh ambil iktibar dengan kisah si genius daripada kecil lagi yang bernama Elon Musk. Pada umur 12 tahun, dia menjual video game yang dipanggil blaster dengan harga AS$500 pada 1983. Dia bersama-sama dengan yang lain membangunkan syarikat ZIP2 pada umur 24 dan menjualnya dengan harga AS$22 juta pada usia 28 tahun. Dia juga mengasaskan PayPal yang diguna pakai hampir seluruh warga Internet sekarang ini. Dia juga mengasaskan syarikat yang merealisasikan masa depan seperti Tesla Motors, Hyperloops, Solar City dan SpaceX. Dia adalah genius yang mengubah dunia. Hasil kereta masa depan yang diilhamkan olehnya iaitu kereta berkuasa elektrik dan boleh memandu sendiri menyebabkan syarikat gergasi kereta yang lain berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta konsep sama. Menjelang 2020, semua syarikat gergasi menjangkakan kereta yang boleh memandu sendiri akan dipasarkan.

Insya-Allah, saya doakan satu hari nanti Adi bakal sebaris dengan nama-nama hebat seperti Michio Kaku, Lawrence Krauss, Neil Degrasse Tyson, Richard Feynman, De Broglie, Einstein, Elon Mask, Bill Gates, Mark Zukerberg dan ahli sains dan inovator terkenal. Masih tidak terlambat untuk Adi Putra mengikuti pelajaran secara formal dan berjaya seperti orang lain. Jika ibu bapanya yang membaca tulisan ini, saya mohon untuk letakkan Adi ke dalam perancangan yang lebih besar untuk mengubah dunia. Duit boleh datang kemudian.

- Muhammad Musoddiq Jaafar
 

KUTIP DANA SECARA HARAM, KEMUDIAN SALAHKAN UMNO... BIJAK OTAK RAFIZI RAMLI!!!

Rafizi kata, menubuhkan NGO bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa menerusi pengesahan dan keizinan UMNO. Kalau UMNO tak bagi, maka NGO tak boleh ditubuhkan.

Maka berkokoklah para penyokong PKR dan Rafizi Ramli dengan 'jawapan bijak' si tembun sotong itu. (RUJUK SINI)

Menariknya, Rafizi Ramli tidak pula menerangkan tentang kesusahan yang diperkatakannya. Kalau dia boleh menubuhkan syarikat pengutip dana haram, bagaimana pula dia tidak boleh menubuhkan NGO?
Rafizi Ramli mungkin betul tentang Akta Bank Negara, tetapi dia langsung tidak bercakap tentang satu lagi akta iaitu AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN 2001 (PINDAAN 2008).

Dalam akta berkenaan: 

"pengubahan wang haram” ertinya perbuatan seseorang yang:
 

(a) melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada apa-apa aktiviti haram;
 

(b) memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukar, membawa, melupuskan, menggunakan, mengalihkan dari atau membawa masuk ke Malaysia hasil daripada apa-apa aktiviti haram; 

atau
 

(c) merahsiakan, menyembunyikan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkenaan dengan, atau pemunyaan, hasil daripada apa-apa aktiviti haram,
jika:


(aa) sebagaimana yang dapat disimpulkan daripada hal keadaan hakikat objektif, orang itu tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta itu ialah hasil daripada apa-apa aktiviti haram;
 

atau
 

(bb) berkenaan dengan kelakuan orang sebenar, orang  itu tanpa alasan yang munasabah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak harta itu ialah hasil daripada apa-apa aktiviti haram.

Betullah seperti katanya, menubuhkan syarikat tidak semestinya bermotifkan keuntungan tetapi undang-undang di negara ini pula menggariskan dan memerlukan setiap syarikat membentang imbangan perakaunan mereka dan sebarang aktiviti kewangan mereka secara audit pada setiap tahun.

Sedangkan syarikat Rafizi Ramli pula adalah sebaliknya. Syarikat tersebut tidak pernah membentangkan akaun beraudaitnya semenjak beberapa tahun lalu, tetapi aktif mengutip derma.

Cubaan Rafizi Ramli memberi alasan dengan menyalahkan UMNO bagi pendedahan dan laporan polis yang dibuat oleh sebuah NGO itu, sebenarnya menimbulkan satu lagi persoalan besar.

Adakah wang 'derma' yang diterima oleh Rafizi Ramli itu merupakan salah satu aktiviti penggubahan wang haram yang cuba dihalalkan bagi membiayai keganasan? Kalau tidak, mengapa Rafizi Ramli terlalu kalut nak salahkan UMNO sedangkan dia boleh membentangkan audit syarikat tersebut untuk diperiksa bagi menentukan ke mana sebenarnya wang yang diterima daripada hasil derma digunakan atau disalurkan.

Mengapa tiba-tiba sahaja Rafizi Ramli cuba mengaitkan pendedahan tersebut dengan UMNO kononnya untuk melarikan isu 1MDB namun pada masa yang sama, aktiviti syarikatnya jauh lebih mencurigakan apatah lagi dengan latar belakang serta aktiviti Rafizi Ramli selama ini!!!


GAGAL BAYAR 10 SAMAN TRAFIK DAN DENDA RM6400, REMAJA KENA PENJARA 640 HARI... NGEH KOO HAM GAGAL BAYAR 76 SAMAN TRAFIK, BEBAS LAGI!!


Seorang remaja hari ini dipenjara 640 hari oleh Mahkamah Majistret di sini kerana gagal membayar denda RM6,400 atas 10 saman trafik.
S M Jagathiswaran, 18, mengaku bersalah atas 17 pertuduhan, membabitkan 10 saman pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan, tidak dilindungi insurans, tidak mempamerkan nombor plat kenderaan dan tiada cermin pandang belakang, sejak Januari 2012 hingga Disember 2013.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor memerintahkan Jagathiswaran membayar denda, masing-masing antara RM250 hingga RM550, kesemuanya berjumlah RM6,400.
Ketika rayuan, Jagathiswaran yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda paling ringan atas alasan dia menanggung bapanya serta adiknya yang masih belajar.
Sebelum prosiding, Jagathiswaran yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta telah diserang penyakit asma hingga memaksa ahli keluarga dan polis mahkamah membantu menenangkannya semula. 
Selain Jagathiswaran, dua lagi lelaki turut dipenjara kerana gagal membayar denda setelah mengaku bersalah atas pelbagai kesalahan trafik, masing-masing selama 95 dan 70 hari.
Pengganggur, M Balakumar,34, didenda RM950 atau 95 hari penjara atas tiga pertuduhan manakala S. Siva Sangarah, 19, penjilid buku, didenda RM700 atau 70 hari penjara atas dua pertuduhan.
Jagathiswaran, Balakumar dan Siva Sangarah adalah antara 29 orang yang dihadapkan di mahkamah yang sama hari ini atas pelbagai kesalahan trafik sejak 2008 hingga 2013.
Daripada jumlah itu, terdapat juga pelajar sekolah, pemandu teksi dan penganggur yang didakwa dan selain Jagathiswaran, Balakumar dan Siva Sangarah, individu lain (25 orang) membayar saman mereka dan satu waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir. 
Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Inspektor Hashimah Hashim. - Bernama

PLASTER LUKA DALAM NASI GORENG RESTORAN PELITA SRI HARTAMAS!!!


Pelita Sri Hartamas pulak buat perangai. Dalam nasi goreng ada handyplast. Handyplast ni korang tau tak apa ?. Alaa plaster luka yang orang buat tampal luka bernanah tu la.

Kau bayangkan benda tu dalam nasi goreng kau. Bila mengadu kat pihak Pelita, tak ada apa-apa feedback pun.

Mohon pihak berwajib ambil tindakkan. Mana yang selalu makan kat sini harap lebih berhati-hati. Tak mustahil lepas ni kudis kering pun boleh ada dalam nasi kau. Sumber Amran Fans Page


COPY PASTE DARI CALIPHBUSKERS.BLOGSPOT.COM

Wednesday, May 27, 2015

PECAH RAHSIA!!! SALAHUDIN AYUB TERDESAK DAN FITNAH NIK ABDUH!!!


Sejak 2 hari ni Tok tengok Ustaz Nik Abduh diserang dan difitnah dgn begitu dasyat sekali dgn menggunakan gambar beliau dan Suwardi di Program Pas Perlis...Dan yg amat malang lagi apabila berita itu disahkan oleh Naib Presiden Pas Salahudin Ayub melaui jawapan beliau dalam pertanyaan di Whatsapp.

Sepatutnya Salahudin Ayub menjernihkan keadaan dan memberi pencerahan bukannya dgn memberi jawapan tanpa usul periksa yg hanya akan menyemarakkan lg api fitnah terhadap Ustaz Nik Abduh tanpa usul periksa oleh " JEBON-JEBON WALAUN TULI "

Siapa Suwardi hinggakan banyak jebon kelupoq dan tersentap dgn hanya melihat kelibat beliau???? hampa tanya soalan tu pada jebon,tok gerenti depa pon akan jawab TAK TAU !!! Depa ikut saja apa yg bapak jebon arahkan dan tumpang viral sekali fitnah tersebut..!!

Untuk makluman hampa,ni kisah yg sebenarnya...

Suwardi ni org perlis, anak buah Tuan Guru Dr Haron Din, dan Suwardi ni juga adalah kawan Ust Nik Abduh dan depa berkawan lama dah atas sbb dia rapat dgn Tuan Guru Dr Haron Din . Puak JEBON WALAUN TULI marah pada Suwardi ni sebab dia rapat juga dengan Hasan Ali dan Ustaz Nasha.Tp skrg dia dah tinggalkan depa dua orang tu sbb dia bersama dengan Tuan Guru Dr Haron Din . Mmg Suwardi ni keras lawan puak yg lwn ulamak dlm pas. Kebetulan Program Konvensyen Pas Perlis, Suwardi ajak Ust Nik kenal rumah org tua dia di sana.. TG Hasyim Jasin pun rapat dgn dia..!!!

Jadi kepada JEBON2 WALAUN TULI tolong lah hentikan fitnah yg bangang mcm tu dan kepada BAPAK2 JEBON lain kali gunakanlah saraf yg bersih dan benar utk meraih sokongan,pesanan ni tok tujukan khas kepada SALAHUDIN AYUB dan yg seangkatan dengannya..!!!

Jebon tolong jgn malukan pas dgn fitnah2 bodoh yg mcm tu.

Tuc Tok Usin Ceroi
26/5/2015

NGEH KOO HAM BERANG BILA RAHSIA DIA TAK BAYAR 76 SAMAN TRAFIK DIDEDAHKAN!!!

Reaksi yang diberikan oleh para pemimpin DAP/PKR kepada akhbar berbahasa Cina berhubung saman trafik tertunggak yang telah disiarkan sebelum ini.

PEMANGKU PENGERUSI DAP dan AHLI PARLIMEN CHERAS, TAN KOK WAI - 70 SAMAN:
"Saya telah memeriksa di atas talian dan mengesahkan yang MCA bercakap betul. Saya akan selesaikannya."

PENGERUSI DAP PERAK NGA KOR MING - 12 SAMAN:
"Saya telah berpindah rumah (Rumah Putih Ipoh) dan itulah sebabnya saya tidak mendapat sebarang surat saman."

TIMBALAN PENGERUSI KEBANGSAAN DAP TERESA KOK (3 SAMAN):
"Saya tidak tahu yang saya telah disaman. Terima kasih kerana memberitahu saya."

NAIB PRESIDEN PKR TIAN CHUA - 53 SAMAN:
"Besar kemungkinan."

TIMBALAN SETIAUSAH AGUNG DAP DAN AHLI PARLIMEN BERUAS NGEH KOO HAM - 76 SAMAN:
"Jangan menipu orang lain kalau anda tidak tahu undang-undang!"

LIM SIAN SEE

POLIS, TANGKAP RAFIZI RAMLI!!! DIA BELUM BAYAR SAMAN TRAFIK BERJUMLAH RM2,400!!!

klik gambar untuk besarkan
 
Rafizi Ramli kerapkali membangkitkan pelbagai isu yang menunjukkan berlaku ketirisan, kebobrokan, penyelewengan dan penggelapan wang negara. Kebanyakan penyokongnya cukup suka dengan pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli walaupun hampir kesemua pendedahan Rafizi Ramli itu, hanyalah pembohongan semata-mata dan fitnah!

Rafizi Ramli kerap bercerita tentang DUIT RAKYAT yang kononnya telah hilang dan telah disalahguna. Kononnya duit tersebut telah disonglap dan dilarikan oleh para pemimpin UMNO.

Nah, pemeriksaan mendapati, Rafizi Ramli adalah salah seorang daripada pesalah trafik yanggagal melunaskan RM2,400 untuk 8 saman AES.

Sebelum ini, Rafizi Ramli menyatakan AES telah dikendalikan oleh kroni-kroni UMNO. Kononnya AES adalah untuk mengkayakan kroni-kroni.

Bagaimanapun, pada September 2013, AES telah diserahkan secara rasmi kepada PDRM. Dan semua urusan saman had laju membabitkan AES, di bawah pengurusan PDRM.

Memandangkan sekarang adalah OPS Warta dan kebanyakan mangsa OPS Warta adalah orang awam, dengan TIADA SEORANG PUN PEMIMPIN POLITIK yang ditangkap, digari, dikenakan seragam berwarna ungu, disumbatkan ke dalam van polis dan dipenjarakan untuk kesalahan enggan membayar saman, Rafizi Ramli mungkin merupakan golongan politikus pertama yang boleh disumbat segera ke dalam penjara sebagai contoh teladan kepada rakyat marhein agar bersegera membayar saman-saman trafik!!!

POLIS... SILA TANGKAP RAFIZI RAMLI!!!


MACAM MANA NURUL IZZAH YANG ADA 14 SAMAN TRAFIK TAK BERBAYAR BOLEH PERGI KE OSLO DAN BURUKKAN NEGARA?


Seorang dispatch yang mempunyai 14 saman trafik tertunggak telah ditangkap, kemudian digari, dimuatkan ke dalam van polis dan visualnya disiarkan oleh stesen televisyen. Dia kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 28 hari.

Dia hanyalah seorang dispatch dan tidak mempunyai sebarang pengaruh atau pun limpahan lampu kamera mahupun mikrofon ceramah. Dia tidak mempunyai pengikut dan tidak mampu menggerakkan massa untuk berdemonstrasi dan membuat kacau serta menghasut walaupun di Parlimen.

Justeru, mudahlah kerja untuk memenjarakannya, apatah lagi besar kemungkinan dia tidak mampu membayar harga mahal untuk perkhidmatan guaman.

Tetapi Nurul Izzah yang sama memiliki 14 saman trafik tertunggak, langsung tidak ada dalam senarai untuk ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Nurul Izzah juga tidak ada dalam senarai untuk dimasukkan ke penjara selama 28 hari kerana tidak membayar saman trafik tertunggak.

Malahan lebih menarik lagi ialah apabila Nurul Izzah boleh pula terbang ke Oslo, Norway untuk menghadiri Forum Freedom dan memberitahu para hadirin forum yang dia merupakan buruan kerajaan. (BACA DI SINI)

Timbul persoalan, adakah OPS WARTA yang telah dilancarkan oleh PDRM untuk memburu pesalah-pesalah trafik yang enggan membayar saman mereka, tidak melibatkan orang-orang seperti Nurul Izzah? Adakah undang-undang itu sekadar untuk orang awam tetapi langsung tidak melibatkan para pemimpin politik yang dengan megah mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan ketidakadilan dan kezaliman tetapi pada masa yang sama, mereka yang berlebih-lebih melakukan kezaliman dan tidak mengikut undang-undang?

Kalau operasi penguatkuasaan itu tidak memilih bulu, bagaimana orang seperti Nurul Izzah boleh ke luar negara dengan bebas tanpa menyelesaikan tunggakan saman trafik mereka? Bagaimana orang seperti Ngeh Koo Ham yang mempunyai lebih 70 saman trafik tertunggak boleh terlepas begitu sahaja?

Adakah undang-undang hanya untuk orang bukan politik, anak-anak bilis tetapi apabila melibatkan pemimpin-pemimpin politik, walaupun mereka terang-terang melakukan kesalahan dan perlanggaran undang-undang, perbuatan mereka itu akan dilindungi dengan penguatkuasaan ke atas orang awam?

LIM LIP ENG CUBA BERITAHU POLIS, TANGKAP NGEH KOO HAM SEBAB ADA 76 SAMAN TRAFIK TIDAK BERBAYAR!!!

Bila PUAK-PUAK DAP akan diheret ke mahkamah dalam Ops Warta dan DIPENJARAKAN?

Bermula minggu lepas, PDRM telah memulakan OPS Warta untuk memberkas mereka yang enggan melunaskan saman trafik. Namun yang menariknya, orang yang paling menyibuk adalah Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng - lelaki yang dengan bangganya berkata, sekiranya DAP diberikan kuasa mengawal dan menguasai Tentera Udara Diraja Malaysia, mereka akan dapat mencari MH370 dengan mudah sahaja.

Lim Lip Eng telah mengadakan satu sidang media semata-mata untuk menunjukkan kepada media yang Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lay mempunyai 3 saman trafik yang tidak berbayar. 

Presiden MCA itu kemudiannya membayar kesemua saman trafik tersebut dan berterima kasih kepada Lim Lip Eng kerana mengingatkannya.

Seperti kata seorang sahabat, sungguh menghairankan mengapa RAKYAT MALAYSIA membayar RM16,000 setiap bulan (tidak termasuk elaun) untuk Ahli Parlimen yang kerjanya memeriksa orang lain punya saman trafik dan kemudian mengadakan sidang media dengan bangganya mengumumkan penemuan mereka.


Yang pastinya, tindakan Lim Lip Eng telah memberikan idea kepada Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang merangkap Bendahari Pemuda MCA Kebangsaan, Michael Lee Beng Seng yang kemudiannya menggunakan pasukannya untuk membuat SEDIKIT PEMERIKSAAN ke atas Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN  Pakatan bagi saman-saman trafk yang belum dilunaskan.

Perlu diingat, Michael Lee Beng Seng tidak seperti Lim Lip Eng, tidak dibayar gaji mereka oleh rakyat sama ada sebagai ADUN mahupun sebagai Ahli Parlimen.

Hasil PEMERIKSAAN YANG SEDIKIT itu medapati Lim Lip Eng sebenarnya MEMBERI ISYARAT dan MENDESAK PDRM segera menangkap dan memenjarakan NGEH KOO HAM, Ahli Parlimen DAP Beruas merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP sendiri!!!

Ini adalah kerana Ngeh Koo Ham mempunyai 76 saman trafik tidak berbayar semenjak 2004.

Berikut adalah senarai para pemimpin DAP dan PKR yang enggan membayar saman trafik mereka.

- Pemangku Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai - 70 saman
- Ketua Publisiti Kebangsaan Tony Pua - 16 saman
- Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming - 12 saman
- Bendahari DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Fong Kui Lun - 5 saman
- Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok - 3 saman
- Ahli Parlimen Kepong Dr. Tan Seng Giau - 3 saman
- Naib Presiden PKR Tian Chua - 53 saman
- Naib Presiden PKR Nurul Izzah - 14 saman

Terdapat kes di mana seorang budak penghantar surat (dispatch) mempunyai 14 saman trafik tidak berbayar yang berakhir dengan hukuman 28 hari penjara dalam Ops Warta.


Jadi sekiranya seorang dispatch yang mempunyai 14 saman trafik tidak berbayar berakhir dengan penjara 28 hari (RUJUK SINI), mengapa pula NGEH KOO HAM yang merupakan seorang peguam, memiliki 76 saman trafik boleh lepas daripada sebarang tindakan undang-undang?

Ops Warta ini bukan yang pertama. Dari tahun 2004 sehingga 2015, sudah beberapa OPS Warta diadakan tetapi setiap kali itulah juga, Ngeh Koo Ham terlepas.

Jadi, mungkin kerana itulah, Lim Lip Eng cuba menjalankan tugasnya sebagai seorang Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia dengan membuat pendedahan. Walaupun pendedahannya hanyalah membabitkan Presiden MCA, tetapi tindakannya itu sebagai isyarat kepada MCA untuk bertindak balas dengan mendedahkan tentang ketegaran dan kesombongan Ngeh Koo Ham yang enggan menjelaskan saman-saman trafiknya.

Lim Lip Eng takut dikenakan tindakan oleh Ngeh Koo Ham... jadi, satu-satunya cara untuk dia mengenakan Lim Lip Eng adalah dengan memberikan idea kepada musuh Ngeh Koo Ham menjalankan apa yang dikehendakinya.

Sesuatu yang menarik... mengapa para pemimpin DAP dan PKR seperti Ngeh Koo Ham, Tan Kok Wai, Tony Pua, Tian Chua dan Nurul Izzah begitu bebas berbanding rakyat biasa yang merupakan pesalah trafik, yang kini akan memasuki fasa terbaru, diburu dari rumah ke rumah?

Apa keistimewaan mereka yang membuatkan mereka tidak ditangkap, digari, dimasukkan ke van polis, dibicarakan dan kemudian dihukum penjara?

Adakah kerana mereka Ahli Parlimen dan berjawatan dalam politik, maka mereka begitu bebas dan kebal dari sebarang undang-undang?



Tuesday, May 26, 2015

NIK ABDUH KATA, DIA AKAN JADI ORANG PERTAMA TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD KALAU NAJIB NAK LAKSANAKANNYA SEKARANG!!!

Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.

"Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.

Menurut anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, PM tidak wajar melaksanakan hudud kerana masih banyak soal maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan.

"Bagaimanapun, kalau nak laksanakan hudud di Kelantan, iya saya setuju kerana sudah 25 tahun bersedia ke arah perlaksanaan hukum hudud. Sepanjang pentadbiran Tok Guru (Nik Aziz) Kelantan sudah buat banyak persediaan dan beri Kelantan peluang melaksanakannya kerana ia amanah daripada rakyat kepada Kelantan walaupun ketika demokrasi cacat sekali pun," ujarnya.

Menurutnya, Kelantan sudah banyak kali mencuba membentangkan enakmen syariah tetapi gagal tetapi kali ini Dewan Undangan Negeri meluluskannya.

Jadi, katanya, beri peluang kepada Kelantan melaksanakannya.

"Ini tidak, kecoh macam Malaysia hendak melaksanakan hudud. Hudud ni di Kelantan sahaja kerana kami sudah bersedia," katanya sambil menekankan selain kefahaman tentang agama perlaksanaan hukum Allah juga memerlukan kuasa pemerintahan untuk berbuat demikian.

Menurut Nik Abduh, sekiranya alasan Kelantan negeri miskin, masalah kemiskinan tidak akan selesai sepenuhnya hanya kerana mahu melaksanakan hudud. Sepanjang pentadbiran Kelantan, negeri itu telah banyak membuat perubahan bersesuaian dengan Islam seperti menggunakan bank Islam bagi urusan kewangan negeri dan ia akhirnya ditiru oleh Putrajaya.

"Kelantan laksana cuti dua hari seminggu, dulu kata orang Kelantan malas sekarang tiru malah Malaysia sekarang paling banyak cuti," ujarnya lagi.--MalaysiaGazette

Sumber:


NAK BELA ALAM SEMULAJADI, PERGILA KE AFRIKA, KATA EXCO PELANCONGAN PULAU PINANG, TAPI DIA TAK MAMPU MENCERITAKAN MACAM MANA ANAKNYA BOLEH JADI KAYA SEKAYA-KAYANYA!!!



Sungguh menarik..

Nak cerita dan selamatkan alam sekitar?

PERGI AFRIKA LA!!!

Siapa yang cakap macam tu agaknya? Yang sahnya, bukan pemimpin atau ADUN atau Ahli Parlimen Barisan Nasional sebab kalau kenyataan itu keluar dari pemimpin Barisan Nasional, ianya sudah pasti akan mendapat kecaman bertali arus daripada DAP. Lim Guan Eng sekarang ini sudah pasti mengeluarkan beberapa kenyataan mengecam dan mengejek.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ADUN Batu Lanchang yang juga merupakan Exco Pelancongan Pulau Pinang, Danny Law. (RUJUK SINI)


Danny Law seringkali didedahkan sebagai seorang pemimpin dan ADUN DAP yang sangat kaya dengan latarbelakang kekayaan yang sangat kabur dan boleh diragui. Baru-baru ini, anak lelakinya telah didedahkan mengadakan parti hari jadi yang bernilai lebih RM1 juta di sebuah pusat hiburan berharga mewah di Kuala Lumpur sedangkan pada masa yang sama, para penyokong DAP terutama sekali budak-budak Melayunya melalak menjerit berpanas dan berhujan di jalan raya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Difahamkan lebih 100 botol champagnes jenama Moet & Chandon telah dijamu di Providence, sebuah kelab mewah di Kuala Lumpur sempena hari jadi NIGEL LAW, anak lelaki Danny Law Heng Kiang. Gambar-gambar sambutan mewah itu boleh dilihat menerusi Instagram peribadi Nigel Law sendiri. (RUJUK SINI)


Lebih menarik lagi ialah berdasarkan Facebook peribadi Nigel Law, sama ada dia memiliki sepenuhnya atau pemilik bersama Blonde & Brunette Malaysia, sebuah salon rambut untuk masyarakat atasan di Gurney Paragon yang telah dirasmikan oleh bapanya sendiri, Danny Law pada tahun 2013.

Namun menerusi Facebooknya jugalah, Nigel Law memaparkan gambar-gambar percutian mewahnya di Eropah, makan malam di beberapa restoran mewah terkenal Eropah dan gambarnya berfoya-foya dengan arak mahal. Dalam salah satu gambarnya, Nigel Law diperlihatkan memakai jam tangan berjenama ROLEX SUBMARINER yang harganya, tidak mungkin mampu dibeli oleh seorang eksekutif bergaji RM10,000 sebulan. Terdapat juga gambar pemanduan Bentley dengan tangan pemandunya tersarung jam tangan Rolex Submariner, sama seperti yang dipakai oleh Nigel Law ketika bercuti di Siem Reap pada Disember tahun lepas.



Persoalannya, dari mana Nigel Law memperolehi kemewahan sebegitu rupa?

Para pemimpin DAP seringkali bercakap tentang kerajaan mereka yang sangat berhati-hati menggunakan dana awam, menentang penyelewengan kuasa, sangat telus dan bersih daripada korupsi dan tidak mengamalkan kronisme.

Danny Law Heng Kiang hanya memulakan kerjayanya selaku pegawai bank sebelum memenangi kerusi DUN Batu Lanchang pada tahun 1999. Dia kalah pada tahun 2004 tetapi memenanginya semula pada tahun 2008 dan kemudian dilantik sebagai salah seorang Exco Negeri.

Danny Law sepatutnya menceritakan dan berkongsi kisah kejayaan anak lelakinya kerana sebelum dia menjadi Exco, dia hanyalah memandu PROTON WIRA dan tinggal di sebuah pangsapuri kos sederhana di Greenlane.

Adakah Danny Law akan menyatakan dan menuduh bahawa kesemua gambar tersebut adalah fitnah semata-mata. Individu di dalam gambar berkenaan bukan anak lelakinya, NIGEL LAW HUN CHUEN yang dilahirkan pada tahun 1989?

Kembali kepada persoalan pokok...


Danny Law dilihat cuba untuk membela kegiatan menebus tanah dan kegiatan penjualan tanah-tanah kerajaan negeri dengan kata-katanya yang masyhur itu.

Semenjak 2008, Kerajaan Pulau Pinang telah menjual tanah bernilai lebih RM10 bilion menjadikan pemilikan Kerajaan Negeri ke atas tanah di negeri tersebut jatuh dari 18% menjadi 6%.

Berikut adalah senarai tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Lim Guan Eng yang disertai oleh Danny Law. (DI SINI)

Persoalan besar yang sedang ditanya dan langsung tidak dapat dijawab oleh Lim Guan Eng... KE MANA KESEMUA WANG ITU PERGI?

Baki tanah 6% yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang, adalah tanh-tanah tidak berharga yang bersaiz kecil atau terletak di lereng atau di puncak bukit.

Disebabkan itulah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersungguh-sungguh mahu menebus tanah tanpa mempedulikan sensitiviti ekologi di mura sungai antara Pulau Pinang dan Butterworth. Tanah itu bernilai RM27 bilion kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

DAP tidak peduli yang kawasan tersebut merupakan satu-satunya kawasan rumpai laut di Pulau Pinang dan merupakan kawasan habitan dugong dan kawasan pembiakan ikan, udang dan ketam negeri itu.

Anda boleh membaca kes ini dan melihat sendiri peta kawasan yang akan ditebusguna DI SINI.

Banyak pihak termasuklah ADUN-ADUN dari DAP sendiri (RUJUK SINI) yang menentang projek tebusguna tersebut... dan tidak mustahillah mengapa Danny Law mengamuk sakan!!!


ANTARA TIKUS KENCING DENGAN HANNAH YEOH KENCING... MANA SATU LEBIH BAHAYA?!!!



Ke hadapan YB DAP Hannah Yeoh...

ADUN Pulau Pinang dari PKR, Dr. Norlela Ariffin sekarang ini terkedang di atas katil hospital di Selangor semenjak minggu lepas dan terlepas untuk menghadiri Sidang DUN Pulau Pinang.

Belum dapat dipastikan di hospital manakah di Selangor memandangkan berita tentangnya tidak melaporkan secara spesifik. Mungkin juga Hannah Yeoh boleh memeriksa berita itu seandainya Norlela Ariffin ditempatkan di Subang Jaya Medical Centre yang merupakan hospital kegemaran para pemimpin DAP.

Norlela telah disahkan positif leptospirosis atau lebih dikenali sebagai KENCING TIKUS keran amengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan kencing tikus.

Tidakkah Puan YB DAP mengetahui yang Norlela dijangkiti penyakit tersebut daripada tikus di Pulau Pinang atau dari Selangor?

Adakah dia mendapat penyakit tersebut daripada kencing TIKUS GERGASI atau sebaliknya tetapi masih lagi merupakan tikus besar?

Sementara itu Hannah Yeoh, tidakkah anda tahu, Selangor merupakan satu-satunya negeri dalam Malaysia yang mencatatkan rekod terburuk KENCING TIKUS dengan 1,832 kes pada tahun 2014. Bandingkan pada tahun 2004, Selangor hanya mencatatkan kessebanyak 15 manakala pada tahun 2009 iaitu setahun selepas Pakatan memerintah Selangor, kesnya telah meloncat menjadi 209 kes.

Selangor juga merupakan RAJA PENTERNAK DENGGI dan telah mencatatkan kes sebanyak 26,235 kes untuk tahun ini sahaja!!!

Kalau Hannah Yeoh dan para penyokong beranggapan ianya berita palsu, bolehlah BACA DI SINI.

Kalau ada yang beranggapan, bahaya KENCING TIKUS dan KENCING PEMIMPIN DAP hanyalah momokan penentang mereka, bolehlah BACA DI SINI.

lim sian see

SUBVERSIF MUDA HONG KONG, JOSHUA WONG BERJAYA DIHALAU TAPI SUBVERSIF DARI SINGAPURA, HAN HUI HUI BERJAYA SAMPAI KE PULAU PINANG!!!



Penerbitan Dubook atau DuBook Press adalah sebuah syarikat penerbitan berhaluan kiri yang didalangi oleh Rahmat Hussin dan Hishamuddin Rais. Sudah lama usaha untuk membawa Joshua Wong ke Malaysia dilakukan oleh subversif-subversif yang dikepalai oleh Hishamuddin Rais.

Joshua Wong adalah pengasas 'Umbrella Revolution' yang baru berumur 18 tahun dan merupakan 'Top 50 The Most Influential Leader by Time Magazine'. Dia dijangka hadir pada 30hb Mei ini bersama-sama aktivis Singapura, Han Hui Hui dan dijangkakan akan berjumpa dengan Demonstran Muda Malaysia di Bangi.

Rancangan yang didalangi oleh Hishamuddin Rais ini dibuat untuk mewujudkan satu gerakan yang boleh menggugat keamanan negara. Ikon-ikon revolusi seperti Joshua Wong dan Han Hui Hui akan menanam ideologi yang bertentangan dengan pentadbiran dan Perlembagaan Malaysia.

Jam 11:50 pagi tadi, pihak berkuasa Malaysia bertindak. Joshua Wong telah dikesan oleh Imigresen di Balai Ketibaan Antarabangsa, LTAB Pulau Pinang. Joshua Wong telah tiba di LTAB Pulau Pinang dari Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA633.

Pihak berkuasa Malaysia telah mengenakan tindakan 'F' (tidak dibenarkan mendarat) dan kemudian telah dihantar pulang ke Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA634 pada jam 1:05 tengah hari tadi..... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


ADI PUTRA...KORBAN KEEGOAN IBU BAPA DAN KEMANJAAN SERTA BANGGA DIRI, YANG AKHIRNYA TERSERLAH CIRI-CIRI MELAYUNYA IAITU MERENGEK!!!



Cerita tentang Adi Putra Abdul Ghani, kanak-kanak genius Matematik yang pernah menggemparkan negara beberapa tahun dahulu, kembali berkumandang. Agak menarik juga dan agak bersimpati juga dengan nasibnya terutama apabila dia mula menyalahkan kerajaan kerana tidak memberikan keistimewaan kepadanya kerana dia genius matematik dan telah menghasilkan buku-buku formula matematik yang dipasarkan kepada awam.

Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider, jelas sekali Adi Putra meluahkan kekecewaannya kepada kerajaan kerana tidak menunaikan janji-janji yang telah diberikan kepadanya.

Bagi mereka yang cenderung untuk menyalahkan kerajaan pada apa-apa sahaja masalah, termasuklah terberak dalam seluar, artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider itu dianggap sebagai DALIL dan NAS YANG TURUN DARI LANGIT KESEMBILAN yang wajib diimani.

Bagaimanapun, cerita Adi Putra itu hanyalah cerita sebelah pihak. Banyak cerita yang membabitkan keangkuhan, keegoan, keengganan dan penolakan yang dibuat dari sebelah pihak Adi Putra langsung tidak diceritakan, terutama sekali syarikat jual ubat ekspress yang ditubuhkan kemudian terdedah tentang dari mana ubat-ubat tersebut diperolehi.

Menteri Pelajaran pada ketika itu adalah Hishamuddin Hussein Onn. Kes membabitkan Adi Putra bermula pada zamannya. Walaupun genius matematik, Adi Putra nyata tidak genius untuk matapelajaran-matapelajaran yang lain, khususnya Bahasa Inggeris.

Dan kerana itulah juga barangkali bapa Adi Putra telah memindahkan anaknya dari sekolah kebangsaan ke Sekolah Islam Antarabangsa Gombak. Namun berdasarkan kepada pengakuan Adi Putra dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider itu, jelas, dia tersangat bergelut dan sukar untuk meneruskan pelajarannya kerana sekadar tersekat di peringat A-Level.

Tahun 2009, Kerajaan menubuhkan program untuk kanak-kanak pintar. PERMATA telah memberi dana kepada Universiti Kebangsaan Malayia untuk menubuhkan sebuah institusi pembelajaran yang kini ditarafkan sebagai Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk kanak-kanak dan pelajar-pelajar pintar serta berbakat seperti Adi Putra.

DAN MENARIKNYA, ROSMAH MANSOR ADALAH ORANG YANG MEMPERJUANGKAN HAK PEMBELAJARAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SEPERTI ADI PUTRA. (rujuk sini)

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya.

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM 1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di peringkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Apa yang dimahukan oleh Adi Putra dan keluarganya adalah keistimewaan. Untuk itu, anda perlu kembali berundur memerhati dan menelusuri sejarah dengan artikel-artikel yang telah mendedahkan tentang masalah sebenar keluarga Adi Putra khususnya membabitkan ibu bapanya dan Adi Putra sendiri, selum anda mula menyalahkan kerajaan dan PERMATA, apatah lagi ROSMAH MANSUR.




Adi Putra dan keluarganya jelas tidak bercakap benar dalam kes ini!!!

Dan kalaulah Adi Putra dan ibu bapanya sanggup mengorbankan sedikit rasa bangga diri dan mengikut proses serta prosedur sebenarnya, barangkali Adi Putra sekarang sudah pun berada pada kedudukan yang lebih baik sesuai dengan kepintaran matematiknya, bukannya merengek tidak dipedulikan dan diberikan keistimewaan seperti yang kita baca dalam artikel The Malaysian Insider.


ROTI TISU RM9 DAN RM11, ROTI TELUR RM3... RESTORAN NASI KANDAR SEPERTI MENCONTOHI TELCO!!!



Dua kali diserbu dalam tempoh 48 jam, namun ia sedikit pun tidak menggentarkan rangkaian sebuah restoran mamak terkenal. Kalau di Bukit Jambul, alasan yang diberikan adalah 'KESILAPAN MANUSIA', apakah insiden-insiden pencatutan yang dilakukan di premis-premis rangkaiannya juga adalah 'KESILAPAN MANUSIA'?

Atau barangkali 'KESILAPAN MANUSIA' kerana masih datang ke rangkaian restoran berkenaan walaupun pada masa yang sama, pelbagai pendedahan tentang harga-harga tidak munasabah telah didedahkan?


Semalam di Bukit Jambul, KPDNKK telah menyerbu restoran tersebut yang didedahkan menjual kacang bendi berharga RM4 sebatang dan untuk 5 batang kacang bendi, harga keseluruhannya adalah RM20. Pengarah urusan rangkaian restoran tersebut kemudiannya memberi alasan, ia adalah kesilapan manusia kerana harga sepatutnya adalah RM0.40 untuk sebatang, Jadi, keseluruhan harga adalah RM2.00. Kesilapan menekan butang '0' dua kali dikatakan sebagai punca.

Itu alasan yang diberikan untuk menghalalkan perbuatan mencatut.



Bagaimana pula dengan tulisan tangan dalam resit di rangkaian restoran tersebut yang lain?

Roti tisu berharga RM9.00? Roti telur berharga RM3.00?

Terbaru, pelanggan rangkaian tersebut di Selangor mendedahkan bagaimana rangkaian restoran tersebut sememangnya melakukan pencatutan bertujuan meraih keuntungan secara tidak wajar.

Adakah sekali lagi Pengarah Urusan rangkaian restoran tersebut akan meneruskan alasan KESILAPAN MANUSIA apabila semakin banyak bukti yang menunjukkan mereka sememangnya mengenakan harga tidak munasabah?

Atau adakah mereka akan menggunakan alasan-alasan standard LIM GUAN ENG: 'tak ada hujan, tak ada banjir'?

'NO CUSTOMERS THEN NO PRICE INCREASE'
'INCREASE ROTI TELUR PRICE TO PREVENT ROTI TELUR RATIONING'.

Mungkin itu alasan terbaru yang akan diberikan oleh pengurusan rangkaian restoran berkenaan.

Tetapi yang sah, 'KAYU'lah mereka yang masih mengunjungi mana-mana rangkaian restoran berkenaan selepas pendedahan demi pendedahan dibuat.

Sebarang aduan boleh dibuat di talian 03-8000 8000 milik KPDNKK. Kalau macam biasa, telefon beratus kali dan berjam-jam masih juga tidak diangkat dan dijawab, sila layari https://www.facebook.com/myKPDNKK


Monday, May 25, 2015

PEMIMPIN KECIL PAS MASIH CUBA MEYAKINKAN DIRI YANG PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN MATI SEPERTI DIRAMALKAN KIT SIANG!!!



Saya secara peribadi tidak melihat Pakatan Rakyat akan mati selepas muktamar PAS 4-6 Mei ini seperti ancaman yg dibuat oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Yang akan mati adalah penguasaan tidak langsung DAP dan PKR di dalam PAS yg selama ini telah menyebabkan saf kepimpinan PAS tidak boleh berfungsi sebagai satu jentera yg bersatu, cekap dan berkesan. Apa strategi yg dirangka Presiden bukan sama sama dijayakan, tapi digagalkan oleh yg diamanahkan membantu Presiden.

Keadaan inilah yg melemahkan PAS. Merencat banyak agenda. Membingungkan ahli. Menghilangkan fokus. Merugikan PAS dlm byk perundingan melibatkan isu2 penting seperti pembahagian kerusi untuk ditandingi, manifesto bersama, pembentukan kerajaan PR.

Hal persepsi yg cuba dibentuk oleh DAP dan PKR bahawa seolah2 merekalah de facto leader yg boleh berkonsensus sesama sendiri dengan seolah olah PAS sekadar 'filler' atau sbg rakan sekadar mencukupkan korum mungkin menjayakan agenda DAP dan PKR untuk meraih sokongan di kawasan kawasan yg mereka tandingi yg rata rata mempunyai kelompok pengundi bukan melayu yg ramai.

Akan tetapi ini melemahkan usaha PAS yg perlu berdepan dgn UMNO di kawasan kerusi majoriti melayu/Islam.

Bilangan kawasan majoriti melayu adalah yg paling besar. UMNO dalam PRU13 yg lalu menang sehingga 87 kerusi dengan pendekatan menimbulkan keraguan tentang masa depan Agama Islam dan orang orang melayu jika PR berkuasa.

Apa yg berlaku selepas PRU13, layanan DAP dan PKR terhadap PAS, dengan sentiasa membuat keputusan bersama terlebih dahulu sebelum melibatkan PAS, persepsi pengaruh dan penguasaan mereka terhadap beberapa pemimpin kanan PAS yg sangat menjolok mata sehingga sanggup bercanggah dan 'bergasak' dengan Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama yg merupakan institusi institusi yg tertinggi yg ditentukan dalam perlembagaan PAS dan kesanggupan menggunakan media untuk mempertikai perjuangan teras yg menjadi matlamat perjuangan PAS seolah olah mengiyakan tuduhan tuduhan yg dibuat terhadap PAS sebelum ini.

PAS perlu hapuskan semua tanggapan /persepsi ini sebelum melangkah ke PRU14.

Pakatan Rakyat perlu betulkan keadaan ini jika mahu ke Putrajaya.

Tanpa penguasaan di kawasan kawasan majoriti Islam/Melayu yg bilangannya adalah paling besar, PR tetap hanya mungkin boleh kekal di Pulau Pinang sahaja dan negeri negeri tradisi PAS.

Tugas ini tanggung jawab PAS.

PAS kena patahkan dakyah ancaman terhadap Melayu dan Islam ini.

Tindakan mengancam, menunjuk lagak sbg parti yg dominan dlm PR, menerbitkan senarai 'Kabinet Bayangan' menggambarkan penguasaan bukan melayu dan Islam, adalah kebebalan melampau yg gagal memahami sentimen lebih 60% pengundi melayu/Islam.

Walau dinafikan dgn alasan itu hanyalah 'pemimpin2 DAP yg bertanggung jwb dalam parti bagi portfolio berkenaan', bagaimana pula dgn sebaran senarai penuh yg juga terkandung pemimpin2 dari PKR dan juga PAS?

Saya insyaAllah akan hadir juga selaku perwakilan di Muktamar PAS Pusat nanti. Saya akan mengundi dalam pemilihan saf kepimpinan PAS.

Saya masih memberi harapan kepada Pakatan Rakyat.

Dalam pandangan saya, Pakatan Rakyat akan menjadi kuat jika struktur kuasa yg terbentuk adalah reflektif dan representatif kepada realiti susunan populasi rakyat Malaysia.

PAS yg dilihat mewakili kepentingan orang orang Islam dan melayu perlu dilihat memainkan peranan memimpin, bukannya sebagai follower yg ditentukan sikapnya oleh orang lain.

Bagi tujuan itu PAS perlu diperkuat. Persepsi kuat pada PAS akan timbul jika PAS memenangi paling banyak kerusi.

Untuk itu semua jentera parti tidak ada masa lagi melayan karenah caca marba dalam saf kepimpinan.

Perwakilan perlu buat pilihan saf kepimpinan yg boleh bekerja sepasukan, saling percaya mempercayai.

Perwakilan perlu seimbangkan dan utamakan kepelbagaian dalam disiplin ilmu agar saf kepimpinan terdiri dari pelbagai kalangan agamawan, profesional, aktivis rakyat dan sebagainya.

Pastikan cuma yg 'sekepala'.

Jangan kita letakkan beban yg berat bagai biawak hidup dibelakang Presiden yg dipilih. Sudahlah berat, mencakar pula hingga cedera.

Dan sampai hati Murobbi yg sepatutnya diberi semua alatan dan kemudahan untuk melancarkan 'larian', kita pula pikulkan beban dan kemudian pakat pakat bersorak " Hey, apa laaa...slow!"

PAS kuat insyaAllah PR akan juga kuat.

Yang akan lemah adalah pemimpin seperti Lim Kit Siang.

Hj Ahmad Amzad Hashim
AJK PAS Kawasan
Kuala Terengganu
25hb Mei 2015


 
Blogger Templates