Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label permatang pauh. Show all posts

Friday, August 18, 2017

BILA YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH MAKAN BERSILA BERSAMA NAJIB ABDUL RAZAK, WAN AZIZAH PULA DISERANG SAKIT PERUT!!!



Tidak menghairankan langsung apabila pemimpin-pemimpin PKR kelam-kabut cuba memujuk dan melembutkan hati Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Tidak menghairankan juga bilamana Wan Azizah, Presiden PKR sanggup menebalkan muka dengan mengatakan, PKR sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan PAS. Dan tidak menghairankan juga PKR dilihat cuba menderhaka terhadap DAP dan tidak menghiraukan PAN apatah lagi Cap Bunga dan Mahathir.

Lawatan sambil kerja Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO ke Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat PKR, memberikan impak yang sangat besar. Segala maruah dan air muka PKR, terletak di Parlimen Permatang Pauh. 

Permatang Pauh samalah seperti Pekan. Mesti dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Tidak boleh tidak kerana di situlah terletak maruah Presiden parti dan Ketua Umumnya.

Cuma berbeza dengan Pekan, kekuatan PKR di Permatang Pauh terlalu bergantung kepada PAS Permatang Pauh. Apabila PAS menyatakan mereka sudah putus tahaluf siyasi dengan PKR, ia adalah satu bencana besar kepada PKR. Walaupun pada mulanya, PKR cuba meyakinkan diri mereka sendiri kononnya mereka boleh berdiri tanpa tongkat PAS, akhirnya mereka terpaksa mengakui bahawa tanpa PAS, PKR tidak akan ke mana-mana. Malah mungkin akan pupus terus dari arus perdana politik Malaysia.

Ketika diberitahu bahawa Najib akan berada di Permatang Pauh untuk program Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Poleknik Seberang Perai, PKR kelam-kabut menyusun flashmob untuk memalukan Najib. 

Kalau dahulu, ketika PAS masih bersama-sama PKR, flashmob pasti akan berjaya, terutama di sarang besar seperti Permatang Pauh, namun kali ini flashmob yang cuba dibuat, tidak lebih daripada perkumpulan budak-budak main konda-kondi, yang kemudian berakhir dengan penahanan 15 orang daripada mereka oleh PDRM.


Mereka yang ditahan ialah Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Ong Jing Cheng dan ahli Pemuda PKR, Fahmi Zainol yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam di Bandar Perda untuk soal siasat.

Sebelum ditahan polis, ahli-ahli PKR itu membawa sepanduk dan menyebarkan risalah yang antara lain kandungannya mendesak Najib membebaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Sesuatu yang menarik ialah apabila Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan turut duduk bersila dengan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dalam program berkenaan. Omar hadir untuk meraikan kehadiran Najib di kawasan Parlimen Permatang Pauh. 

Yang pastinya, kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan itu pasti akan menghiris hati dan perasaan para pemimpin PKR terutama sekali Presiden PKR apabila bekas rakan sekutu di kubu kuat dia dan suaminya, meraikan kehadiran musuh besar mereka, Najib Abdul Razak. 

Sesuatu yang menarik ialah apabila Majlis Kenduri Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai itu turut mencatatkan kehadiran teramai iaitu 21,380 orang. 

Cubaan sabotaj oleh PKR gagal sama sekali. 

Lebih menarik lagi ialah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, turut meraikan kedatangan Najib Abdul Razak. 

Wednesday, July 19, 2017

TIAN CHUA MARAH PAS PERMATANG PAUH LANCARKAN JENTERA PILIHANRAYA PARTI ITU DI PARLIMEN 'KUBU' KELUARGA ANWAR IBRAHIM!!!



Marah betul Tian Chua apabila PAS Permatang Pauh mengadakan program pelancaran jentera pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada Ahad, 16 Julai lalu.

Permatang Pauh merupakan kubu kuat dan maruah PKR, memandangkan ia adalah sarang dan kota Anwar Ibrahim semenjak dari tahun 1982. Selepas Anwar Ibrahim buat kali pertama menguasai Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1982 dengan mengalahkan penyandangnya dari PAS, Zabidi Ali, penguasaan ke atas kerusi tersebut hanya kekal di tangan Anwar dan isterinya, Wan Azizah.

Wan Azizah menguasai kerusi tersebut pada tahun 1999-2008 sebelum 'diserahkan' semula kepada Anwar Ibrahim menerusi satu pilihanraya kecil apabila Wan Azizah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding pada tahun 2008. Anwar Ibrahim bagaimanapun terpaksa melepaskan kerusi tersebut setelah mahkamah mendapati dia bersalah di atas jenayah liwat.

Satu lagi pilihanraya kecil diadakan pada 7 Mei 2015. Calon yang mewakili PKR sekaligus mewakili Lim Guan Eng adalah Wan Azizah. Pada PRU sebelum itu, Anwar Ibrahim menang dengan majoriti besar iaitu 11,721 undi menewaskan calon Barisan Nasional dan calon BEBAS.

PRK Permatang Pauh sebenarnya diadakan pada ketika PAS dan DAP sedang berhadapan dengan pergeseran. Wan Azizah dan PKR dilihat cuba menjadi pendamai. Pada peringkat awal, PAS hampir menarik balik kesemua sokongan mereka ke atas Wan Azizah. Pemuda PAS Permatang Pauh telah pun memboikot kempen dan jentera pilihanraya Pakatan, menyebabkan PKR jadi tidak tentu arah dan terpaksa berhempas pulas memujuk rayu PAS agar segera menarik balik keputusan tersebut.

Pada 22 April 2015, Badrul Abdul Rahman yang merupakan pemimpin PAS Permatang Pauh memaklumkan pengundi bahawa hukumnya adalah haram untuk mengundi calon PKR dan berdosa mengundi calon yang menolak Hudud. Yang Dipertua PAS Omar Hassan pula mendesak PKR dan pemimpinnya agar menarik balik semua bantahan dan penghinaan ke atas hukum hudud.

Menyedari bahaya yang akan menimpa PKR sekiranya PAS berterusan berkempen menentang PKR, satu rancangan besar telah diadakan untuk memperdayakan PAS. Beberapa janji telah dibuat, termasuklah PKR akan memastikan DAP tidak  menentang hudud dan mempertikaikan perjuangan PAS untuk memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia menerusi hukum takzir dalam RUU355.

Pada saat-saat akhir, PAS Permatang Pauh lembut hati dan mula membantu. Akhirnya, Wan Azizah berjaya memperolehi undi majoriti sebanyak 8,841 hasil bantuan PAS Permatang Pauh dan PAS Malaysia secara keseluruhannya walaupun peratusan keluar mengundi adalah 74%.

Ternyata segala janji PKR kepada PAS adalah janji kosong semata-mata. Bukan sahaja ditipu, malah PKR mengambil kesempatan untuk membodoh-bodohkan PAS agar Lim Guan Eng tidak marahkan mereka.

PKR tidak sahaja menentang perjuangan PAS mahukan hukuman hudud, malahan menambahbaikkan undang-undang takzir menerusi RUU355 juga, PKR perlekehkan. Walaupun Anwar Ibrahim dari dalam penjara menyatakan, PKR tidak pernah menentang RUU355 tetapi pemimpin-pemimpin PKR yang lain, terus-terusan memperlekehkan PAS dan perjuangan mereka.

Kini, PAS Permatang Pauh sedar, segala pengorbanan dan bantuan yang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim semenjak tahun 1999, adalah sia-sia sahaja. Wan Azizah yang pernah merengek dan menumpang kasih sayang PAS dalam perjuangannya membebaskan suaminya daripada hukuman akibat jenayah liwat, bukan sahaja tidak boleh berbuat apa-apa, bahkan lebih menurut kehendak Lim Guan Eng dan DAP.

Pelancaran jentera pilihanraya PAS Permatang Pauh adalah isyarat besar kepada PKR bahawa Permatang Pauh bukan lagi kubu kuat mereka. PAS Permatang Pauh yang selama ini diperbodoh-bodohkan, mahukan kerusi itu untuk mereka tandingi.

Menyedari hakikat itulah, Tian Chua, Naib Presiden PKR cuba mengingatkan PAS Permatang Pauh bahawa PAS sepatutnya bersama-sama PKR menentang UMNO dan Barisan Nasional yang dilabelkan sebagai pencuri, perompak dan lanun wang rakyat tanpa dia sedar, bahawa PAS Pulau Pinang secara keseluruhannya sedang menentang Lim Guan Eng dan DAP yang mereka sifatkan bukan sahaja sebagai penjajah, tetapi juga PEROMPAK, PENJARAH DAN PERAMPAS TANAH RAKYAT untuk kesenangan peribadi.

Justeru, apabila Tian Chua mengingatkan PAS kononnya PAS sepatutnya bekerjasama dengan PKR menentang Barisan Nasional, jawapan yang diberikan oleh pihak PAS pula sepatutnya menyedarkan Tian Chua dan PKR secara keseluruhannya bahawa PAS tidak perlukan PKR lagi sebagaimana PKR yang amat memerlukan PAS.

PAS mengingatkan Tian Chua dan PKR bagaimana hodohnya perangai PKR yang dengan secara samseng dan berlagak, datang ke Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS, menghentam PAS yang merupakan parti pemerintah Kerajaan Negeri di atas pentas Pakatan Harapan. PKR bersekongkol dengan Pakatan Harapan dan menurut PAS Kelantan, membuat hubungan sulit termasuklah dengan UMNO untuk menumbangkan PAS Kelantan.

Jadi, mengapa PKR harus marah apabila PAS melancarkan jentera PRU untuk bertanding di Permatang Pauh sedangkan PKR dengan ego dan kurang ajarnya boleh datang apabila DAP mengumumkan Husam sebagai MB Kelantan yang baru jikalau Pakatan Harapan berjaya menjatuhkan PAS di Kelantan.

Berbanding menjadi lembut dan terpengaruh, PAS sebaliknya mencabar PKR agar meletakkan calon-calon mereka di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kelantan pada PRU akan datang agar memudahkan PAS untuk menguburkan PKR di negeri itu.

Terdesak betul nampaknya PKR kali ini... kalau tidak, Tian Chua tidak akan bercakap!

Tuesday, May 12, 2015

HARAP-HARAP UMNO DAN BN PERMATANG PAUH TAK PAYAHLAH NAK BERLAGAK HERO DENGAN PENGUNDI YANG TELAH MENOLAK MEREKA!!!



Bila tiba bab-bab musibah, biasanya UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi popular serta tempat meminta dan menagih simpati. Pada ketika ini jugalah, UMNO dan Barisan Nasional akan diterjah, bahkan kena troll untuk membolehkan bantuan dihulurkan. Banyaklah nanti agensi-agensi yang akan dihantar dan cuba mengambil nama kononnya mereka telah menghantar bantuan dan sangat bersifat manusia!

Dan biasanya, UMNO-BN amat mudah dipermain-mainkan, dikelirukan dan diperdayakan.



Sama macam di Kelantan... time nak hantar bantuan, bukan main lagi UMNO dan BN dipuja, dipuji dan dikehendaki. Tetapi apabila banjir sudah surut dan bantuan pun melimpah ruah, akhirnya Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP yang dapat kredit dan dikatakan lebih banyak membantu.

Permatang Pauh yang pada minggu lepas telah memilih Wan Azizah, ADUN Kajang sebagai Ahli Parlimen mereka, kini dilanda banjir kilat. Banjir kilat ini pastinya akan berulang, bahkan dijangka akan menjadi banjir yang lebih besar ekoran musim monsun ketika ini, selain Pulau Pinang tidak pernah menyediakan saliran dan perparitan yang baik serta sempurna di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu seperti Permatang Pauh.


Beberapa keping gambar telah disebarkan berhubung banjir di Tanah Liat, kawasan paling teruk bergolak menyaksikan para penyokong PKR bertindak agresif menyerang anggota polis, pegawai SPR, penyokong PAS dan UMNO-BN pada PRK minggu lepas.

HARAP-HARAP ABANG MIE, UMNO PERMATANG PAUH DAN BARISAN NASIONAL TIDAKLAH TERLALU BODOH untuk menghulur tengkuk dan menunjuk baik kepada penduduk Permatang Pauh. Kalau dah terpaksa tolong pun, pandai-pandailah buat saringan dengan mengutamakan penyokong sendiri yang telah dikenalpasti keluar mengundi tempoh hari.

Bukannya apa, Permatang Pauh sudah ada Wan Azizah... lebih baik lagi, Permatang Pauh juga sudah ada Lim Guan Eng, sang penguasa utama Pulau Pinang yang menjanjikan syurga, bulan dan bintang kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh.

Tak payahlah UMNO-BN rasa bersalah sebab dituduh mengamalkan politik balas dendam sebab politik balas dendam dan amalan memilih-milih bantuan dihantar telah pun dibuat serta diamalkan oleh Pakatan Rakyat, khususnya DAP. UMNO-BN perlu berdiri gagah dan berani untuk mengambil langkah mengutamakan penyokong dan pengundi sendiri.

Tinggalkanlah Permatang Pauh. Biarlah Wan Azizah dan Lim Guan Eng membuktikan yang mereka benar-benar boleh bekerja sebagaimana yang mereka ikrarkan sepanjang kempen 12 hari itu.

Jangan menaikkan kemarahan para penyokong UMNO-BN yang telah bertungkus lumus tetapi kemudian dipaksa berkongsi dengan golongan yang kuat menolak, hanya semata-mata atas nama KEMANUSIAAN!!!

Berikut adalah sebahagian daripada gambr-gambar yang sempat dirakamkan di Parit Rawa dan Machang Bubuk, Permatang Pauh.













Wednesday, February 18, 2015

LANGKAH KANGKANG SEKALI LAGI... DARI PERMATANG PAUH KE KAJANG, SEKARANG KE PERMATANG PAUH BALIK!!!



Nurul Nuha yang sebelum ini dikatakan calon utama PKR untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kehilangan Ahli Parlimennya, Anwar Ibrahim kerana menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana jenayah liwat, nampaknya BAKAL DICABAR oleh ibunya sendiri, Wan Azizah.

Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999 menggantikan suaminya, Anwar Ibrahim yang juga dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan rasuah salahguna kuasa dan meliwat selama 14 tahun, tetapi meletak jawatan pada 2005 untuk memberi laluan kembali kepada Anwar Ibrahim selepas Zulkifli Nordin yang ketika itu Ahli Parlimen PKR Kulim-Bandar Baru enggan berkompromi dengan Anwar Ibrahim.

Tahun lepas, diketuai oleh Rafizi Ramli, Langkah Kajang diperkenalkan untuk membolehkan Anwar Ibrahim merampas kuasa ke atas Putrajaya sekaligus membebaskan dia daripada hukuman penjara, dan membetulkan semula sejarah LIWAT DAN GAY yang akan terus melekat kepada seluruh keturunannya.

Langkah Kajang telah gagal sepenuhnya walaupun Wan Azizah berjaya memenangi DUN Kajang setelah berlakunya pemboikotan undi daripada kumpulan UMNO Kajang sendiri yang bergaduh tentang 'PERUNTUKAN' yang dikemam pihak tertentu!!!

Biarpun Langkah Kajang juga sebenarnya adalah untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor, namun penyingkiran tersebut telah mendedahkan niat serta objektif sebenar Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Azmin Ali.

Antara yang turut didedahkan daripada Dokumen Langkah Kajang yang kemudian dinafikan ketulenannya oleh si pengarangnya, Rafizi Ramli dengan alasan paling dangkal adalah beberapa serangan termasuklah ke atas matawang, hartal, menaikkan harga barang bagi menimbulkan kebencian kepada kerajaan dan menyekat maklumat sebenar tentang kes liwat Anwar Ibrahim menerusi helah-helah politik, termasuklah memutarbelitkan fakta sebenar.

Langkah Kajang telah gagal. Tetapi ia tidak akan menghalang untuk Rafizi Ramli yang kini Setiausaha Agung PKR untuk membawa Langkah Kajang ke Permatang Pauh pula. Tetapi kali ini, bukanlah untuk menggulingkan Lim Guan Eng, tetapi untuk memastikan Permatang Pauh terus kekal dalam genggaman keluarga dan dinasti Anwar Ibrahim!!!


Friday, February 13, 2015

TAYANGAN PERDANA AIR MATA BAHAGIAN 2 SUDAH PUN BERMULA!!!



Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Penjara telah memberikan jaminan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan mendapat layanan VVIP dari Penjara Sungai Buluh yang menjadi kediamannya selama 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Tiada keistimewaan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim. Itu janjinya.

Namun pada kali pertama Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kesalahan rasuah salahguna kuasa, dia telah ditempatkan di sel tahanan yang jauh lebih selesa, dengan meja tulis, tempat wuduk, lebih luas, tuala yang berasingan, tinggal bersendirian dan jauh berbeza berbanding bilik tahanan banduan-banduan lain. Anwar Ibrahim juga mendapat layanan perubatan kelas pertama sedangkan banduan-banduan yang lain tidak diberikan layanan yang serupa.

Baru dua hari, anak-anak dan isterinya sudah mula memekak sambil cuba membayangkan yang Anwar Ibrahim sedang berada dalam penjara di negara komunis seperti yang terdapat dalam filem-filem Hollywood. Nurul Izzah sudah mula bercakap tentang HAK ASASI bapanya. Kononnya tidak menuntut keistimewaan VVIP dalam penjara tetapi mahu memastikan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan selesa.

Drama air mata dan sentimen sedang dimainkan oleh anak-anak perempuan Anwar Ibrahim bersama-sama Wan Azizah. Baru dua hari, permintaan agar Anwar Ibrahim dibenarkan menziarahi jenazah Nik Abdul Aziz telah dibuat. Walhal, ramai di kalangan banduan, tidak dapat menatap wajah ahli keluarga mereka kerana perlu menghabiskan hukuman dalam penjara.

Terbaru, sudah ada 'PESANAN' daripada Anwar Ibrahim. Maka sebaik-baik sahaja pesanan tersebut muncul, pertanyaan pun segera dibuat, 'ADAKAH ANWAR IBRAHIM DIBENARKAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT UNTUK MENGHANTAR PESANAN DARI DALAM PENJARA'?


Atau sebenarnya pesanan yang sedang dipopularkan oleh Wan Azizah sebenarnya sedang direka oleh konco-konconya sebagaimana yang dilakukan pada tahun 1999 dahulu untuk menyemarakkan sentimen para penyokong sekaligus menimbulkan persepsi bahawa kakitangan penjara sendiri pun, ramai yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim.

Namun yang pasti, menjelang PRK Permatang Pauh, keluarga Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah sedang mengumpulkan air mata kerana helah air mata mereka telah berjaya dalam beberapa pertandingan, termasuklah di Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Kajang.

Cuma kalau sebelum ini, pelakon air mata hanyalah Wan Azizah dan Nurul Izzah, kali ini, lakonan air mata akan turut disertai oleh Nurul Nuha, anak perempuan Anwar Ibrahim yang dikatakan bakal menjadi calon di Permatang Pauh selepas Anwar Ibrahim hilang kelayakan kerana dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.


 
Blogger Templates