Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label syed saddiq. Show all posts
Showing posts with label syed saddiq. Show all posts

Friday, December 27, 2019

HEBATNYA SYED SADDIQ... SEMUA PORTFOLIO DAN KEMENTERIAN DILANGGARNYA SAMPAIKAN MAHATHIR DI JEPUN PUN, DIA BOLEH JUMPA DAN BINCANG UNTUK TANGGUHKAN KEPUTUSAN KABINET!!!



Salah satu perkara kelakar yang melibatkan Kerajaan Pakatan Harapan adalah kesungguhan beberapa orang menterinya untuk berlakon dan menampilkan diri mereka sebagai pejuang rakyat dengan apa cara sekalipun.

Antara menteri yang paling gila publisiti sebegitu adalah Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan.


Dua hari lepas, Syed Saddiq dalam satu kenyataan menerusi Twitter yang kemudiannya dipanjangkan ke Facebook menyatakan tentangannya terhadap tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memansuhkan 9 jenis elauan kritikal bagi 38 bidang kerja profesional. Walau bagaimanapun, Syed Saddiq hanya menyentuh tentang doktor muda dan jururawat sahaja.

Menurutnya, dia terkejut dan sama sekali membantah perlaksanaan pemotongan tersebut. Reaksi netizen bagaimanapun jauh berbeza daripada jangkaannya. Teruk Syed Saddiq kena bantai dalam page FB dia sendiri. Malahan netizen mempersoalkan, dia selaku Menteri Kabinet mengapa tidak menentang dari awal terutama ketika mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet.


Beberapa orang menteri lain termasuklah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah juga cuba menimbulkan persepsi bahawa keputusan memansuhkan BIPK dibuat oleh JPA sekaligus membenarkan teori konspirasi Deep State yang dipopularkan olehnya sebelum ini. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, JPA dalam kenyataannya menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet dan dipersetujui serta diluluskan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Oktober 2018 menerusi ciapan Twitter Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar. (RUJUK SINI)




Antara yang hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam itu termasuklah:

1. Mahathir Mohamad
2. Muhyiddin Yassin
3. Lim Guan Eng
4. Azmin Ali
Apabila viral berita yang JPA akan memotong elaun kritikal untuk penjawat awam termasuklah yang melibatkan doktor dan jururawat, Syed Saddiq cuba mengambil kesempatan untuk mempromosikan dirinya apabila menerusi media sosial, dia berkata, elaun kritikal untuk doktor-doktor muda dan jururawat tidak seharusnya dimansuhkan, sebaliknya yang perlu dipotong adalah elaun Menteri dan Ahli Politik.


Justeru, sebagai bersolidariti dengan doktor-doktor muda dan jururawat, menurut Syed Saddiq dia akan meneruskan potongan gajinya sebanyak 10% dan pulangkan elaun percutian dan memendekkan percutiannya.

Dan seperti biasalah, golongan muda paling mudah terpengaruh dan terpesona dengan drama terbaru Syed Saddiq sebelum masing-masing menutup mulut selepas Syed Saddiq teruk kena belasah oleh netizen kerana terus berdrama.


Awal pagi tadi, Syed Saddiq dengan penuh bangga kata, dia telah berjumpa dengan Perdana Menteri walaupun Perdana Menteri sekarang sedang bercuti di Jepun. Menurutnya, Perdana Menteri telah bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan Pekeliling JPA berkenaan pemansuhan Elaun Kritikal penjawat awam.

Menariknya, dia mendabik dada itu adalah kejayaannya (Youth Power) walaupun sebenarnya adalah kerana desakan dan suara rakyat. Kalau rakyat dan netizen terus diam, pemansuhan tersebut tidak akan sama sekali ditangguhkan atau dibatalkan memandangkan JPA kata, Mesyuarat Kabinet sendiri sudah bersetuju dengan pemansuhan itu.

Namun ramai yang turut mempersoalkan kenyataan Syed Saddiq itu kerana kemungkinan-kemungkinan berikut:

1. Rancangan itu mungkin ditangguhkan sekarang tetapi akan mula dilaksanakan pada bila-bila masa dalam tahun 2020 atau 2021 tanpa sebarang pengumuman lagi.

2. Tidak mansuh tetapi elaun akan dipotong dengan alasan, "Kerajaan memahami bebanan penjawat awam dan disebabkan itu, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pembayaran elaun kritikal pada nilai RM100 (atau kurang) sebulan."

Bukankah alasan dan amalan yang sama dibuat dalam isu BR1M yang diubah menjadi BSH tetapi jumlahnya dikurangkan dan jumlah penerima juga dikurangkan lebih separuh? Apatah lagi, dalam isu elaun kritikal ini, Kerajaan Pakatan telah pun mengeluarkan kenyataan lebih awal tentang lambakan doktor, jururawat, pembantu perubatan, doktor gigi, ahli farmasi dan sebagainya di pasaran.

3. Memotong elaun semua penjawat awam tanpa mengira junior atau senior pada kadar tak kurang 10% seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Mahathir pada tahun 1998.

4. Menaikkan kadar caj di hospital-hospital dan klinik kerajaan seperti caj wad dan sebagainya.

5. Menaikkan kadar cukai pendapatan perjawatan-perjawatan yang memperolehi elaun kritikal ini.

6. Elaun kritikal tak dimansuhkan dan kekal macam sekarang tetapi tiada kenaikan pangkat, bonus dan gaji untuk beberapa tahun.

Sebab itulah, tak perlu terlalu gembira dengan pengumuman bersendirian Syed Saddiq.

Apatah lagi, Syed Saddiq cuba mempotretkan dirinya sebagai antara menteri yang paling berkuasa dengan melanggar semua kementerian dan portfolio.


Ingat lagi tentang Food Panda, masalah yang sepatutnya di bawah Kementerian Sumber Manusia tetapi Syed Saddiq cuba menonjolkan diri sebagai juara dengan berkata, masalah tersebut selesai menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri. Hakikatnya, masalah itu tidak selesai, malahan Mahathir sendiri kata, yang kata selesai itu adalah Syed Saddiq dan itu adalah pendapatnya sendiri.


Masalah elaun kritikal ini juga melibatkan beberapa kementerian termasuklah Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan selain Kementerian Sumber Manusia. Tetapi sekali lagi Syed Saddiq mahu tunjuk hero. Lebih menarik, Kementerian Kesihatan baru sahaja bercadang hendak berjumpa dengan JPA tetapi Syed Saddiq terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan bahawa pemansuhan tersebut ditangguhkan.


Itulah kehebatan Syed Saddiq. Dia cukup cekap untuk memintas apa-apa sahaja isu yang timbul dan akan mempergunakannya untuk tujuan meraih publisiti buat dirinya. Cuma dalam kes yang melibatkan Kementeriannya sendiri, terutama sekali melibatkan prestasi buruk di Sukan SEA, Syed Saddiq tiba-tiba sahaja diserang penyakit apendiks dan terpaksa masuk hospital dan selama seminggu, dia tidak boleh menerima pelawat.


Monday, November 25, 2019

"SAYA MELAYU, SAYA BENCI RASUAH"... SEKARANG SYED SADDIQ KENA JAWAB, APA KAITAN TIGA BUAH SYARIKAT YANG DAPAT KONTRAK BESAR KBS!!!



Dalam satu pendedahan yang dibuat oleh Lokman Nor Adam semalam, keputusan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dipersoalkan. Malahan, Lokman Nor Adam dalam statusnya menerusi FB peribadinya, turut mempersoalkan kewibawaan dan kebolehan syarikat-syarikat yang diberikan tiga anugerah kontrak besar.



Syed Saddiq seharusnya menjelaskan mengapa satu syarikat boleh memperolehi 3 kontrak dan dua kontrak serentak. Syed Saddiq juga perlu menjelaskan siapakah pemilik syarikat-syarikat berkenaan. Perlu juga dijelaskan, mengapa syarikat-syarikat lain yang ikut sama masuk tender, tak dapat, sebaliknya kesemua kontrak berkenaan diserahkan kepada ketiga-tiga syarikat itu sahaja?

Apakah kelayakan istimewa yang ada pada ketiga-tiga syarikat terbabit sehingga mereka dipilih?

Satu syarikat dapat 3 kontrak tender dalam satu masa, tidak pernah berlaku lagi. Kebiasaannya, 1 tender, 1 syarikat sahaja!


Dalam pendedahan yang dibuatnya, Lokman mendedahkan bahawa Syarikat Afsya (M) Sdn. Bhd secara serentak telah diberikan 3 kontrak pembekalan untuk 3 buah negeri bernilai: 

- Melaka RM2,048,000.00
- Selangor RM2,540,000.00
- Perlis RM2,088,000.00

Manakala sebuah syarikat lagi iaitu Syarikat Warisan Kurnia Sdn. Bhd. pula dianugerahkan 2 kontrak secara serentak melibatkan:
- N.Sembilan RM3,228,000.00
- P.Pinang RM2,152,000.00

Syarikat ketiga yang mendapat keistimewaan itu adalah Syarikat BNR Setia Enterprise dengan 2 kontrak serentak melibatkan: 

- Bachok Kelantan RM6,634,112.00
- Pahang RM3,788,100.00


"Saya benci rasuah. Jemput SPRM datang ke KBS. Praktis 'Menteri berkuasa beri kontrak' dihapuskan. Saya tak mahu bangsa saya terpalit dengan rasuah."

Kata-kata Syed Saddiq itu diucapkannya sendiri pada 10 November jam 7:27 malam!

Sekarang, Syed Saddiq bertanggungjawab memberikan penjelasan berhubung pemberian kontrak-kontrak ini. Jangan pula ulangi alasan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dalam isu NAFAS apabila para pemimpin PAN laju menyalahkan Ketua Setiausaha Kementerian sabotaj Salahuddin Ayub kerana membuat tender terbuka. 

Sunday, November 10, 2019

JAWAPAN NAJIB BUATKAN LIDAH SYED SADDIQ SEMAKIN PENDEK DAN BUKTIKAN SYED SADDIQ HANYA BERTARAF MENTERI TINGKATAN ENAM!!!



Syed Saddiq cuba nak tutup kecelaruan dan kesentapannya selepas netizen membalunnya ekoran dia menggelarkan calon PPBM di PRK Tanjung Piai sebagai ARWAH. Dia merungut, kononnya ucapannya selama 30 minit, hanya 10 saat terawal sahaja yang jadi perhatian dan diperkatakan, manakala baki ucapannya bukan sahaja tidak dipedulikan, malahan diperolok-olokkan.

Mungkin beranggapan dia sebagai juara debat, maka dia adalah seorang yang hebat. Maka dia pun melampirkan beberapa persoalan yang dirasakan sebagai pukulan mati kepada Najib Abdul Razak. 

Ternyata, soalan-soalannya itu menunjukkan Syed Saddiq yang mengisytiharkan, 

"Lawan saya dengan hujah. Tidak perlu nak gunakan “boogeyman” DAP sebagai perisai kepada rasuah kamu! Saya anak muda Malaysia. Saya orang Melayu. Saya benci pemimpin Melayu yang makan duit rakyat dan gunakan perkauman untuk melindungi kesalahan diri sendiri."

... sebenarnya tidak lebih daripada seorang burung tiung yang hanya meniru cakap tuannya tanpa dia sendiri boleh berfikir. Maka tidak hairanlah mengapa dia cukup terkenal dengan jolokan, MENTERI SENTAP dan MENTERI TISU KOYAK.

Menyahut cabaran Syed Saddiq adalah Najib Razak sendiri. 

Berikut adalah jawapan Najib Razak kepada Syed Saddiq.


******************

Saya nak jawab Menteri yang sendiri mengaku "trauma" selepas kehormatannya "diaibkan".

SOALAN 1) Kalau betul Kerajaan HARAPAN anti-melayu, mengapa peruntukkan Bumiputra naik lagi ke RM8Billion?!
JAWAPAN SAYA:

Peruntukkan RM8 bilion bagi Bajet 2020 untuk Bumiputra itu merupakan kenaikan RM400 juta berbanding apa yang korang agung-agungkan dalam Bajet 2019.

Tapi takde siapa pun tahu atau dapat merasa impak RM7.6 bilion yang kononnya telah diberi dalam tahun ini.


SOALAN 2) Kalau betul Kerajaan HARAPAN anti-islam, mengapa peruntukkan islam naik lagi ke RM1.2Bilion?!

JAWAPAN SAYA:

Dulu BN dikecam oleh korang apabila kita beri peruntukkan RM810 juta untuk JAKIM sahaja. Belum masuk peruntukkan lain untuk masjid, sekolah agama, tahfiz dan sebagainya.

Itu sudah lebih dari peruntukkan RM1.2 bilion yang korang claim adalah untuk peruntukkan Islam.

Lagipun, matlamat Tabung Haji di kerajaan BN dahulu adalah untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

Sebab itu kita bagi Hibah tinggi 6.25% dengan bayaran RM2.88 bilion.

Tabung Haji di bawah PH pula memansuhkan matlamat untuk memperkasakan ekonomi umat Islam dengan senyap.

Korang mengaku atau tidak?

Lagipun, angka-angka yang korang beri bukan boleh percaya sangat seperti hutang negara kononnya RM1 trilion atau RM19.4 bilion wang GST kononnya dirompak oleh BN


SOALAN 3) Kalau betul calon BN perjuangankan isu rakyat, mengapa Wee Jeck Seng banyak membisu dalam parlimen (2013-2018)?

JAWAPAN SAYA:

Mana korang tahu dia sering membisu?

Korang bukan dalam dewan pun.

Kan PM ke-7 sudah memberi dua kali amaran Menteri-menteri PH jangan ponteng parlimen lagi.

Saya juga nak tanya. Jelutong itu jauh dari membisu dalam parlimen.

Tapi apa sumbangan dia kepada Parlimen?




SOALAN 4) Kalau betul BN sudah berubah & tolak rasuah. Mengapa masih dipimpin Najib & Zahid yang bersama ada ~70 kes di Mahkamah?!

JAWAPAN SAYA:

Kalau PH benar-benar mahu lawan rasuah, kenapa korang lantik seorang yang kes rasuah masih dalam perbicaraan masa itu menjadi Menteri Kewangan?

Dan jika benar-benar PH nak lawan rasuah, kenapa korang langsung tak peduli apabila badan pencegah rasuah SPRM mengadu mereka terkejut apabila kes rasuah Guan Eng ditarik balik oleh kerajaan?

SOALAN 5) Kalau betul BN komited untuk bantu rakyat, mengapa gagal bentangkan Belanjawan Alternatif seperti yang kami lakukan dahulu? Pandai kritik, solusi?


JAWAPAN SAYA:

Yang ini saya sudah jawab. Tahun lepas kita buat bajet alternatif panggil korang jangan guna unjuran harga minyak dunia terlalu tinggi, jangan potong bantuan dan jangan mansuhkan GST, korang bukan mahu dengar pun.

Oleh itu, kita pun tak mahu buang masa kerana korang degil.

Lagipun, BN dan PAS dah berpuluh tahun terbukti mampu buat bajet.

Usah nak tuduh kami tak ada solusi.

Tak apa, saya jenamakan semula Bajet Alternatif PH tahun 2018 menjadi Bajet Alternatif BN tahun 2020.

Saya lampirkan di sini.

Yang dalam bajet alternatif PH itu korang sudah buat ke?


-Najib Razak



Link Syed Saddiq: https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/2509625452449799?sfns=mo

Link DSN: https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10156484595395952/

Friday, March 8, 2019

CUBAAN MENTERI BUDAK NAK BERMEGAH-MEGAH, MAKAN DIRI DAN BUKTIKAN DIA MEMANG LEMBIK DAN MERUGIKAN NEGARA BAYAR GAJI!!!



Bodoh si Menteri budak ni tak pernah berkurangan walaupun dia cuba menunjukkan yang dia serba serbinya tahu. Malah cubaannya untuk menunjukkan negara tidak rugi bayar gaji mahal-mahal kat dia selaku menteri, bukan sahaja gagal, bahkan menunjukkan memang negara kerugian besar.

Antara wujud Menteri Belia dan Sukan dengan dikosongkan portfolio tersebut,  negara pasti lebih beruntung kalau dimansuhkan sahaja Kementerian Belia dan Sukan serta jawatan yang disandang oleh Syed Saddiq.

Tiada apa-apa yang dilakukan oleh Syed Saddiq selain berlaku tisu bahunya terkoyak kerana dipeluk oleh Papagomo masa hari penamaan calon PRK DUN Semenyih.


5 Ogos lalu, Syed Saddiq berlagak-lagak dengan Razer. Dia cuba memberikan bayangan kononnya Razer akan membuka ibu pejabat mereka di Malaysia hasil daripada kerjanya. Dan ramai pula yang memuji-muji Syed Saddiq kononnya dia Menteri KBS yang hebat.

Hakikatnya, penarikan Razer ke Malaysia telah dimulakan semenjak sebelum PRU-14 lagi. Mesyuarat dan perbincangan antara Razer, MDEC dan wakil Pejabat Perdana Menteri telah pun dibuat pada awal Mac 2018.

Syed Saddiq hanya meneruskan kerja yang telah dirintis oleh kerajaan terdahulu dan dia kemudian berlagak-lagak dengan hasil kerja orang terdahulu.


Terbaru, sekali lagi Syed Saddiq dengan  penuh bangga mengumumkan pembinaan stadium ragbi PERTAMA di Malaysia, katanya,

Dia cuba menggambarkan pembinaan ini sebagai kejayaan terbesarnya. Walhal, dia lupa zaman teknologi maklumat di hujung jari ini, staidum yang cuba menaikkan namanya itu sebenarnya adalah stadium yang peruntukannya telah diluluskan pada tahun 2015 oleh Khairy Jamaluddin!

LAGI SEKALI MENTERI BUDAK NI TERKANTOI.


Dan stadium itu juga bukanlah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Di Ipoh, stadium ragbi sudah lama beroperasi, di Likas juga, stadium ragbi Sabah juga sedang rancak dibina.

Menteri Budak ni tak pernah buat ulangkaji ke? Dia main sebut yang semua projek tu projek dari otaknya sedangkan projek itu memang telah dijalankan dan peruntukan pula dari zaman Najib Razak.

Sampai bila Menteri Budak ini hendak terus berlagak dengan hasil kerja orang lain? Sampai bila Menteri Budak ini hendak buat-buat pekak dan tuli terhadap masalah dan penga iayaan yang sedang berlaku kepada para atlit sekarang?


Tuesday, February 5, 2019

CUBA KLAIM KREDIT, SYED SADDIQ AKHIRNYA MEMBUKTIKAN DIA SEORANG PENIPU YANG HANYA BERCAKAP BESAR!!!



Dari siang tadi lagi, pendedahan seorang anak muda Melayu yang mengusaha air minuman dalam botol dengan Menteri KBS, Syed Saddiq mendapat perhatian daripada netizen. Semuanya bermula apabila Syed Saddiq bercakap besar tentang seorang pengusaha lain yang 'dibantunya' yang hanya bermodal RM50 tetapi dalam tempoh 10 bulan, telah berjaya memperolehi RM1.5 juta.

Cakap besar Syed Saddiq itu menimbulkan kemarahan dan kegemaran Azri Zahier Azmi yang merupakan anak muda berjaya, mengusahakan minuman dalam botol yang telah mendapat tempat dan pasaran di beberapa buah negara asing selain turut dipasarkan di 7-11 di seluruh negara. (RUJUK DI SINI)

Mungkin kerana kemarahannya terhadap pembohongan dan cakap besar Syed Saddiq, Azri Zahier Azmi MEMBABIKAN Syed Saddiq.


Ben Ali yang turut terpalit, cuba membela Syed Saddiq sambil mengatakan, dia bukannya kroni Syed Saddiq. Malangnya, sekali lagi pembohongan tersebut terdedah apabila Ben Ali merupakan Exco ARMADA yang diketuai oleh Syed Saddiq. Manakala isteri Ben Ali pula adalah pelakon dari Singapura, Nadiya Shahab yang merupakan pemilik Absolut Chocolate yang dipreview oleh Syed Saddiq.

Dalam jawapan balasnya kepada Azri Zahier Azmi, Syed Saddiq cuba mendabik dada kononnya dia telah mengusahakan agar produk yang dikeluarkan oleh Azri dipasarkan di 7-11.


Malangnya, Syed Saddiq kecundang dalam pembohongannya. Jawapan angkuhnya hanya menunjukkan yang Syed Saddiq adalah seorang yang cenderung berbohong dan gemar klaim kredit bagi kerja yang tidak dilakukannya.

Produk Hausboom yang dikeluarkan oleh Azri Zahier Azmi sudah lama menembusi pasaran 7-11 dan 99 Speedmart. Lebih tepat lagi semenjak dua tahun lalu iaitu ketika Syed Saddiq masih lagi terhangguk-hangguk di Paladium. Bukan itu sahaja, produknya juga telah menembusi pasaran antarabangsa semenjak dua tahun lalu.

Rujuk:
https://vulcanpost.com/…/malaysia-hausboom-sparkling-f…/amp/


Sudah dua tahun anak muda itu berjaya atas kakinya sendiri tanpa perlu bantuan orang politik.

Justeru, tidak menghairankan apabila jawapan balas Syed Saddiq mengundang gelak tawa Azri Zahier Azmin apabila Syed Saddiq cuba klaim kredit kononnya Hausboom berjaya menembusi pasaran 7-11 kerana hasil kerjanya dan KBS yang dia adalah menterinya. Cubaan para penyokong Syed Saddiq untuk mempertikaikan integriti Azri Zahier Azmi pula, tidak lebih daripada sekadar serangan peribadi tanpa sedikit pun menjawab mengapa Syed Saddiq perlu berbohong dan bercakap angkuh serta mengklaim kredit daripada sesuatu yang dia langsung tak usahakan. (RUJUK SINI)

Sepatutnya Syed Saddiq terus berjumpa usahawan air botol itu, bersalam dan menjelaskan apa yang patut. Bukannya menjawab dalam media sosial dan kemudian berbohong dengan harapan, jawatan Menterinya akan membuatkan orang terpegun dan gelaran juara debatnya, membuatkan orang tidak akan mempertikaikan hujah dan cakap besarnya.

Ternyata, barisan jemaah menteri Mahathir kali ini merupakan pak lawak yang bukan sahaja kuat berbohong dan suka klaim kredit, bahkan yang menipu kelulusan pun ada!!!




 
Blogger Templates