Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 30, 2017

CAP BUNGA DITUBUHKAN UNTUK BELA KRONI ROMPAK KHAZANAH NEGARA DAN MUKHRIZ SEBAGAI PM, JADI MUHYIDDIN ANDAIKAN HADI KELIRU!!!



Kenyataan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ketika membuat ucapan di Muktamar PAS Ke-63 di Alor Star, Kedah semalam, benar-benar telah mengejutkan Muhyiddin Yassin daripada tidur yang panjang walaupun pada masa yang sama, jentera propaganda dan tentera-tentera siber Cap Bunga seperti beruk minum air ketum, yang masih kebingungan dan tenggelam punca untuk membalun Presiden PAS itu.

Semalam Abdul Hadi Awang berkata, "Kita tidak boleh layan parti yang tak sama dengan kita, kita dah buat penilaian, parti Pribumi (Cap Bunga) tak ada ketentuan arah kerana pemimpin, kita tak tahu, siapa imam, siapa makmum dan kita buat keputusan tidak ada hubungan dengannya."

Hari ini, Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin berkata, besar kemungkinan Abdul Hadi Awang keliru apabila menyatakan parti yang dipresidenkannya sebagai tidak ada hala tuju.

Sebaliknya, kata Muhyiddin, Cap Bunga konsisten dengan arah dan tujuannya, walaupun ramai yang melihat tujuan dan arah sebenar Parti Cap Bunga, hanyalah untuk menyelamatkan kroni-kroni Mahathir daripada terus dicantas dan tidak dibenarkan mengaut kekayaan negara ini untuk diri mereka sendiri, selain menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri walaupun Timbalan Presiden Cap Bunga itu langsung tidak mempunyai sebarang bakat dalam apa juga usaha melainkan sentiasa terpaksa bersandar kepada bapanya, Dr. Mahathir.


"Mungkin Hadi melihat kami sebagai sebuah parti baru dan itulah sebabnya mengapa dia mendapat persepsi yang salah... kerjasama di kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan adalah baik dan saya yakin, kami berjaya mencapai matlamat dan perjuangan yang sama. Jadi, tiada sebarang kekeliruan di situ. Mungkin dia (Hadi) yang sebenarnya keliru," katanya kepada wartawan sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Cap Bunga.

Sementara itu, Pengerusi dan Presiden sebenar Parti Cap Bunga, Dr. Mahathir pula berkata, partinya sangat yakin, mereka akan memperolehi undi daripada masyarakat pengundi Melayu di kampung-kampung sekalipun PAS akan 'mengacau'.

Cap Bunga menerusi Muhyiddin Yassin dan digertak pula oleh Dr. Mahathir berusaha untuk memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Hari ini, perwakilan PAS di Muktamar telah sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PKR, yang merupakan satu-satunya komponen Pakatan Harapan yang masih ada hubungan dengan mereka.

PUASLAH HATI RAFIZI RAMLI KERANA BERJAYA GULINGKAN AZMIN ALI... PAS PUTUSKAN TAHALUF SIYASI DENGAN PKR!!!



Muktamar PAS Ke-63 hari ini menyaksikan, PAS meluluskan usul untuk menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR. Usul yang sama sebelum ini telah diluluskan oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh perwakilan ialah sikap curang atau suka tikam belakang oleh PKR termasuklah mengangkat PAN yang merupakan parti serpihan PAS tajaan DAP atau lebih tepat lagi Lim Guan Eng selain penentangan PKR terhadap usaha-usaha memperkasakan hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.

Dalam bahasa yang lebih mudah, PAS mengambil keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR kerana PKR tidak mentaati perjanjian yang telah dibuat dan kerana menolong musuh-musuh Islam menentang Islam di negara ini secara langsung dan tidak langsung.

Impak besar daripada keputusan ini adalah Azmin Ali dan Kerajaan Pakatan Selangor. Namun di sebalik usaha-usaha yang dilakukan oleh Azmin Ali untuk memujuk PAS agar tidak meneruskan usul memutuskan tahaluf siyasi yang bermaksud dia akan kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor, PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Labis, Lumut, Bera, Serdang, Pandan, Batu, Shah Alam, Bayan Baru, Titiwangsa, Kuantan, Paya Besar, Padang Terap, Kuala Terengganu, Kuala Kangsar, Marang, Bukit Mertajam, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Langat, Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengusulkan agar tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan. Keputusan dibuat adalah merujuk kepada panduan yang rujukan dalam Perlembagaan PAS iaitu Fasal 5 (Tujuan PAS), Fasal 6 (Usaha-Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan).

Kesilapan terbesar Azmin Ali ialah melenting bagaikan anak manja apabila Nik Abduh menyatakan, PAS akan menawan Selangor ketika Nik Abduh menyindir PAN. Azmin Ali telah menyindir dan memperlekehkan Nik Abduh selain mengenakan jubah dan kopiah putih dalam memperolok-olokkan Nik Abduh yang digelarkannya sebagai 'Pak Lebai'.

Kemarahan orang PAS terhadap Azmin Ali, membuatkan Azmin Ali terpaksa menukar gaya. Dia cuba berlembut dan memujuk PAS apabila suara-suara desakan agar hubungan antara PAS dengan PKR diputuskan. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin Ali, menjelaskan keterdesakannya untuk terus mempertahankan jawatan dan kedudukannya.

Namun Rafizi Ramli terus-menerus menyerang PAS. Ibarat pukul anak sindir menantu, keinginan dan cita-cita Rafizi Ramli untuk menurunkan Azmin Ali yang pernah dilabelkannya sebagai anak kelima Tun Dr. Mahathir, semakin berkobar-kobar dengan perkembangan terkini di dalam PAS. Rafizi Ramli cukup sekadar menambah api, menyemarakkan kemarahan PAS kepada PKR, dan akhirnya yang terkorban adalah Azmin Ali.

Dengan perkembangan terbaharu dan terkini, Rafizi Ramli yang tidak akan bertanding pada PRU-14 nanti kerana telah didapati bersalah di bawah Akta BAFIA dan dihukum penjara 18 bulan yang masih ditangguhkannya, sudah boleh bergembira kerana kejayaan besar berturut-turutnya bermula dengan kejayaan menjatuhkan Khalid Ibrahim dan kini, Azmin Ali!


NAMA KHALID IBRAHIM DAN FAEKAH HUSSIN KEMBALI TERDENGAR... AZMIN TERPAKSA BUBARKAN DUN SELANGOR PADA SELASA NANTI?!!!



Digelar 'MENATE AZMIN' oleh puak-puak PAN selain pemberontakan yang sedang berlaku di dalam PKR Selangor, kedudukan Azmin Ali sekarang ini benar-benar seperti telur di hujung tanduk.

Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin dikatakan mengetuai 'pasukan pemberontak' di Selangor. PKR Selangor telah terbahagi sekurang-kurangnya kepada tiga puak iaitu puak Azmin dan puak Wan Azizah yang diwakili oleh Rafizi. Manakala Zuraidah Kamaruddin pula mengetuai puak ketiga.

Rafizi Ramli sebelum ini menyerang hebat Adam Rosly dan pegawai khas Azmin Ali, Hilman yang memiliki kekayaan luar biasa dan sekelip mata.

Semuanya kerana PAS!

Pihak yang menjadi KHAWARIJ dan 'penghasut Syiah' pula adalah PAN yang sudah tidak sabar-sabar mahu menggantikan PAS serta jawatan-jawatan yang dipegang oleh PAS di dalam pentadbiran dan Kerajaan Negeri Selangor.

Terdapat desakan kuat agar Azmin Ali bertindak dengan menyingkirkan kesemua ahli-ahli pentadbiran dari PAS sama ada di dalam PBT, mahupun dalam GLC apatah lagi di dalam Kerajaan Negeri dan digantikan dengan wakil-wakil dari PAN yang dikatakan lebih setia kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.


Tiga hari lepas, beberapa sayap di dalam PAS terutama Dewan Ulama dan Dewan Pemuda telah mengusulkan agar hubungan Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR diputuskan. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam kenyataan balasnya, menggesa agar semua pemimpin PAS yang mempunyai jawatan di dalam pentadbiran Negeri Selangor agar melepaskan jawatan masing-masing. Kenyataan Saifuddin Nasution itu bagaimanapun, mendapat reaksi Ketua Pemuda PAS yang baru, Khalil Abdul Hadi, wakil-wakil PAS di Selangor tidak perlu melepaskan jawatan mereka kerana mereka bukannya dilantik oleh Azmin Ali.

Terbaharu, khabar-khabar angin tentang empat orang ADUN dari PKR yang mahu menghadap KDYMM Sultan Selangor untuk menyatakan mereka akan melompat parti bagi membentuk satu kerajaan majoriti mudah baru di Selangor, semakin kuat kedengaran.

Nama keempat-empat ADUN PKR itu bagaimanapun, belum didedahkan.

Pada tahun 2009, tiga orang ADUN dari Pakatan Rakyat (1 DAP dan 2 PKR) telah melompat parti di Perak membuatkan Kerajaan DAP yang berbonekakan Nizar Jamaluddin kehilangan pegangan ke atas Perak. Selama beberapa bulan, Nizar Jamaluddin seperti orang sasau selepas semua kuasanya beralih tangan kepada Zambry Abdul Kadir, MB baru dari UMNO. Nizar juga dalam beberapa keputusan peliknya, termasuklah bersidang DUN di bawah pokok, cuba menggunakan kuasa mahkamah untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri dijalankan.

Namun ketika sudah terdengar ura-ura lompat parti, Nizar Jamaluddin berkata, PRN tidak perlu diadakan kerana berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Nga dan Ngeh, cerita-cerita tentang lompat parti agak mustahil berlaku di Perak. Tetapi selepas hilang kuasa, Nga dan Ngeh sekali lagi menasihati Nizar Jamaluddin agar menggunakan semua ruang-ruang perundangan yang ada bagi mengisytiharkan Kerajaan Negeri baru yang diberikan kepada UMNO-BN sebagai tidak sah dan tidak menurut Perlembagaan.

Nampaknya, keadaan yang serupa sedang berlaku di Selangor.

Adakah hari Selasa nanti, Azmin Ali akan memanggil sidang DUN khas bagi mengusulkan pembubaran DUN Selangor sekaligus membolehkan PRN baru diadakan di Selangor?

Masih ada masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk memujuk sesiapa sahaja yang mahu melompat parti itu agar mengekalkan Kerajaan Negeri Selangor sedia ada sehingga sekurang-kurangnya sehingga PRU-14.

Yang pastinya, nama Tan Sri Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin kembali kedengaran!




Saturday, April 29, 2017

TIDAK ADA KERJASAMA DENGAN PARTI CAP BUNGA SEBAB PARTI ITU TIDAK ADA ARAH TUJU, KATA PRESIDEN PAS!!!



Setelah membuatkan PAN melompat, meloncat, bersilat dan seolah-olah kucing kasi yang telinganya dimasuki sengkenit menerusi kenyataan 'JAHANAM PAN' oleh Ketua Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir dua hari sudah, hari giliran Parti Cap Bunga pula meloncat.

Cuma kali ini, statusnya naik sedikit memandangkan Parti Cap Bunga diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia. Jadi, yang akan memberi ulasan, paling tidak pun berstatus Presiden parti lah!

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini berkata, PAS tidak akan menjadi rakan kongsi Parti Cap Bunga kerana parti tersebut TIDAK ADA HALA TUJU. Salah satunya, kata Abdul Hadi Awang ialah, Cap Bunga tidak tahu siapa pemimpin mereka yang sebenar. Disebabkan itulah, PAS memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Cap Bunga.

Kahkahkahkah....

Sememangnya apa yang dikatakan oleh Abdul Hadi Awang tentang Cap Bunga adalah benar.

Walaupun sepatutnya berkuasa, jawatan Presiden yang disandang oleh Muhyiddin Yassin langsung tidak berfungsi. Sebaliknya segala keputusan dan dasar parti adalah bersandarkan kepada segala kata-kata Mahathir. Bahkan dalam beberapa keadaan, Timbalan Presiden yang disandang oleh Mukhriz Mahathir pula, jauh lebih berkuasa berbanding Presiden.

Baru beberapa malam yang sudah, Muhyiddin Yassin menjadi punching bag bagi tujuan melepaskan kekecewaan selepas dengan pelbagai usaha dilakukan, gelombang menggulingkan Najib yang diyakin mudah diperolehi sebelum ini, bukan sahaja tidak wujud, malah Najib semakin kuat manakala Mahathir pula yang semakin teruk ditelanjangi.

Kekecewaan tersebut semakin jelas kalau dilihat kepada ceramah-ceramah Mukhriz Mahathir di Kedah apabila dia terpaksa menjadikan Ahmad Bashah sebagai bahan ceramahnya. Dia memperlekehkan keadaan diri Ahmad Bashah dan cuba membuktikan yang Ahmad Bashah hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak layak memegang teraju negeri. Sebagai orang kampung, Ahmad Bashah bodoh, dan tidak tahu apa-apa. Tidak seperti Mukhriz, orang bandar. Belajar di luar negara. Terdedah dengan duit berbilion-bilion. Meniaga pun beratus juta ringgit walaupun kontraknya terpaksa bergantung kepada kerajaan yang diperolehi ketika penghujung kerjaya bapanya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tubuhkan syarikat beratus-ratus buah tetapi kebanyakan teras perniagaan adalah KONTRAK DAN TENDER KERAJAAN.

Dalam satu kempen di Padang Serai - kawasan yang tidak pernah didatangi oleh Mukhriz seumur hidupnya kecuali pada malam kempen - Mukhriz menggelak-gelakkan kekurangan yang ada pada Ahmad Bashah dan digelarkannya Mat Lena. N.Surendran, Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR yang hanya baru nampak muka semenjak beberapa minggu kebelakangan ini di kawasan tersebut, tergelak-gelak seronok.

Ego Mukhriz tercalar apabila Ahmad Bashah yang disifatkannya sebagai 'orang kampung' berjaya menyelesaikan banyak kerja-kerja terbengkalai serta janji-janjinya yang tidak dipenuhi. Antaranya melibatkan perumahan untuk mangsa tsunami di Yan dan Aman Laut di Kuala Kedah selain perumahan rakyat di Pokok Sena yang ditentang keras oleh Mahfuz Omar.

Sepanjang 3 tahun sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz tidak berbuat apa-apa untuk Kedah. Sedangkan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar dalam tempoh setahun sahaja, sudah menyelesaikan banyak masalah penduduk tempatan.

Kenyataan terbaharu Presiden PAS tentang Parti Cap Bunga dan pemimpin-pemimpinnya yang tiada arah tuju melainkan hanya berobjektif untuk menggulingkan Najib Abdul Razak dan kerajaan hari ini, sudah tentu akan mendapat reaksi balas daripada para penyokong Mahathir.


Friday, April 28, 2017

SELENA GOMEZ PUNCA PAS MAHU PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



Konsert penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez, di Shah Alam tahun lepas merupakan salah satu punca utama mengapa Pemuda PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR. 

Delegasi Pemuda PAS Shah Alam, Aubidullah Fahim Ibrahim berkata, PKR tidak berbuat apa-apa untuk memprotes atau menentang konsert tersebut, yang kemudian diadakan pada 25 Julai tahun lepas di Shah Alam, di sebuah kawasan yang didominasi oleh populasi orang Islam. 

PAS telah memprotes dan menentang konsert tersebut dan mendakwa pakaian Gomez terlalu seksi. 

"Mereka terlalu teruja dengan konsert Selena Gomez sehingga mereka mengabaikan pandangan daripada PAS dan NGO-NGO Muslim dan umat Islam secara keseluruhannya."

"Ini adalah contoh bagaimana PKR tidak komited langsung dalam memperkasakan Islam. Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor sendiri (Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali)," kata Aubidullah dalam Muktamar PAS hari ini.

Ubaidullah berucap ketika memberikan sokongan kepada usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Usul tersebut telah diluluskan secara sebulat suara.

SAIFUDDIN NASUTION HALAU PAS DARI SELANGOR!!!



Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan Pegawai Strategik Lim Guan Eng, Saifuddin Nasution, gesaan telah dibuat oleh Saifuddin kepada PAS agar segera menarik diri daripada Kerajaan Pakatan Selangor. 

Reaksi tersebut diberikan ekoran keputusan Dewan Ulama PAS yang sebulat suara meluluskan usul untuk menghentikan semua bentuk perhubungan dengan parti-parti dari Pakatan Harapan, khusunya PKR dalam Muktamar tahunannya di Alor Star, Kedah, semalam. 

Kata Saifuddin, sekiranya PAS mahu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, adalah lebih terhormat dan lebih baik sekiranya ahli-ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor meletak jawatan.

Menurutnya lagi, sangat tidak logik, bahkan tidak adil sekiranya ahli-ahli PAS terus memegang jawatan-jawatan Kerajaan di Selangor, terutama apabila mereka sudah pun menamatkan hubungan dengan komponen-komponen Pakatan Harapan lain, DAP dan parti serpihannya, PAN.

"Tidak logik selepas mereka memutuskan hubungan dengan PAN dan DAP, dan sekarang mahu menamatkan hubungan dengan PKR, tetapi masih mahu bekerjasama sebagai kerajaan di Selangor," kata Saifuddin dalam kenyataannya yang turut beredar dan tular di WhatsApp.

Kerajaan Negeri Selangor kini diterajui oleh Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR dan mengetuai 'kabinet negeri' yang terdiri daripada perwakilan dari PKR, DAP dan PAS walaupun pada masa yang sama, PAS enggan mengadakan sebarang hubungan dengan DAP di luar Selangor. 

Saifuddin turut berkata, dia sudah menjangkakan delegasi PAS daripada sayap-sayap yang lain akan mengikut jejak golongan ulama dan mengusulkan untuk menyingkirkan PKR dalam muktamar yang sedang berlakong. Pun begitu, menurutnya, keputusan sepenuhnya hanya boleh dibuat oleh Majlis Syura yang merupakan badan tertinggi dan pembuat keputusan PAS. 

Usul yang serupa dibentangkan pada muktamar PAS tahun lepas, tetapi Majlis Syura menunda keputusannya ekoran situasi di Selangor di mana PAS merupakan sebahagian daripada pasukan pentadbiran negeri bersama-sama PKR dan DAP. 

Majlis Syura PAS dijadualkan bermesyuarat bermula esok. 

LIM GUAN ENG KENAKAN BAYARAN KEPADA RAKYAT PULAU PINANG UNTUK AIR MENTAH YANG DIPAM PBAPP DARI SUNGAI MUDA!!!



Rakyat Pulau Pinang tanpa sedar, telah membayar jutaan ringgit bagi 'kos tersembunyi' di sebalik penggunaan air di negeri itu hasil daripada ketamakan dan keserakahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Lim Guan Eng.

Kebanyakan rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui yang Kerajaan Pulau Pinang telah mengenakan bayaran kepada pembekal air mentah negeri iaitu PBAPP Sdn. Bhd bagi air mentah yang diperolehi SECARA PERCUMA dari Sungai Muda semenjak tahun 2011.

Sungai Muda merupakan sumber air mentah utama Pulau Pinang yang membekalkan 80% air mentah yang diproses oleh PBAPP untuk penggunaan rakyat dan penduduk Pulau Pinang.

Bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan (OPEX) PBAPP. Peningkatan OPEX itu kemudian dibebankan kepada pengguna air Pulau Pinang dalam bentuk peningkatan tarif dan surcaj.

Kebanyakan rakyat dan penduduk Pulau Pinang tidak tahu, Kerajaan Negeri telah memerah wang rakyat Pulau Pinang dengan kos tersembunyi hanya untuk memastikan kantung kerajaan negeri tetap penuh setelah dijoli oleh Lim Guan Eng.

Hakikatnya, walaupun Kedah tidak mengenakan sebarang caj kepada air mentah yang disalurkan menerusi Sungai Muda, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenakan bayaran kepada rakyatnya pula.

Kerajaan DAP telah mengambil kesempatan di atas sikap naif dan tidak peduli rakyat terhadap pengambil untung.

Pada Bajet 2017, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganggarkan pendapatan daripada bayaran air mentah yang akan dibayar oleh PBAPP adalah RM20.55 juta.

Kerajaan Negeri memiliki 55% kepentingan dalam PBA Holding Berhad. PBA Holding Berhad memiliki kepentingan 100% dalam PBAPP.

Sama seperti bantuan dan geran daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM1.6 bilion yang kemudiannya dijadikan sebagai 'pendapatan negeri' bagi pembinaan Empangan Mengkuang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menikmati pendapatan tambahan daripada air mentah percuma yang diperolehi dari Sungai Muda pada kos sifar, keuntungan sepenuhnya dan rakyat perlu menyara dan menanggung PBAPP menerusi bayaran bil air mereka.

Setiap tahun PBAHB mencipta keuntungan berjumlah jutaan ringgit.

Perolehan PBAHB (termasuklah surcaj pemuliharan air) antara tahun 2011 sehingga 2015 adalah RM236 juta (2011), RM244 juta (2012), RM251 juta (2013), RM261 juta (2014) dan RM300 juta (2015).

Perolehan dan keuntungan PBAHB berjumlah jutaan ringgit, sekaligus menjadi alasan sebenar kepada peningkatan surcaj air di Pulau Pinang, bukanlah disebabkan pembaziran sepertimana yang dikatakan oleh Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng dan jentera propagandanya berkata, peningkatan surcaj tersebut hanya akan memberi kesan kepada 25% atau 126,100 daripada 504,400 orang pengguna air di Pulau Pinang.

Ironinya, orang yang sama jugalah yang menentang dan mengecam TNB apabila pembekal tenaga itu meningkatkan tarif kepada penggunaan elektrik melebihi 300KWJ setiap bulan.

Walaupun ia hanya menjejaskan 30% pengguna TNB, Lim Guan Eng dan jentera propagandanya berkata, alasan yang diberikan oleh TNB untuk meningkatkan tarif adalah 'alasan bodoh'.

Pandai bercakap tentang orang lain, tetapi Lim Guan Eng dan DAP terang-terang menipu dengan menggunakan alasan yang tidak kurang bodohnya, walaupun secara jelas, PBAHB dan Kerajaan Negeri mengaut keuntungan besar dengan menekan rakyat Pulau Pinang sendiri.

SUMBER




KERANA IKRAR 'JAHANAM PAN', PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN PENYOKONG TERPAKSA CARI KITAB-KITAB HADIS UNTUK MEMBELA DIRI!!!



Tak sia-sia DAP menaja dan mendidik PAN!

Gara-gara laungan 'JAHANAM PAN', secara tiba-tiba puak PAN yang sangat gemar memaki hamun dan mengkafirkan orang lain, termasuklah puak PAS yang dahulunya mereka adalah sebahagian, kelam-kabut mencari kitab-kitab hadis dan buku-buku agama untuk mencela pemimpin PAS yang melaungkan 'JAHANAM PAN' di Muktamar PAS di Alor Star.

Seperti PAS, orang yang paling berautoriti untuk mengeluarkan kenyataan membabitkan isu-isu sebegitu adalah Mursyidul Amnya.

Mursyidul Am PAN adalah Ahmad Awang.

Ironinya, sebelum ini, mulut dan lidah yang sama jugalah yang mencelakakan pihak lain, khususnya UMNO dan Barisan Nasional. Dan samalah seperti pembelaan yang dilakukan, celaan dan segala celaka itu turut menggunakan hadis dan sumber-sumber agama.

PAS sebelum ini memperkukuhkan iltizam mereka untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan PAN dengan apa cara sekalipun. Manakala Dewan Ulama PAS pula secara sebulat suara tanpa bahas, menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

PAS ditohmah menerima wang atau rasuah atau sogokan daripada Najib Abdul Razak untuk menukar sikap keras penentangan terhadap UMNO kepada sikap yang lebih lunak dan lebih mesra. Dalam beberapa isu, termasuklah RUU355, PAS dan UMNO berganding bahu dan menunjukkan persefahaman, sesuatu yang tidak pernah selepas pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn selepas PAS keluar dari Barisan Nasional yang sama-sama ditubuhkannya.



PAN bersama-sama PKR dan ditunjangi oleh DAP, menyerang PAS sebelum muktamar dengan mengaitkan 'perubahan sikap' PAS itu dengan wang sogokan Najib Abdul Razak. Meskipun PAS telah menafikannya, bahkan Presiden PAS turut menyaman pemilik Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown atas fitnah yang dimulakannya dan kemudian digunakan oleh tukang propaganda PKR serta PAN.

Husam Musa dan Rafizi Ramli mempopularkan fitnah tersebut walaupun mereka tidak mempunyai sebarang bukti. Namun ketiadaan bukti itu, tidak menghalang fitnah tersebut daripada tersebar dan digunakan secara meluas. Sama ada penafian dibuat oleh pihak PAS mahupun Najib Abdul Razak, ia tetap juga dipercayai dan digunakan untuk memperlekehkan PAS dan Najib.

Ia samalah seperti kes cincin RM24 juta yang akhirnya terbukti fitnah apabila Rafizi Ramli meminta maaf dan menyatakan dia hanya bergurau ketika ditanya di mahkamah, tetapi isu tersebut tetap juga digunakan untuk menyerang peribadi Rosmah Mansor oleh puak-puak PAN, DAP dan PKR, malah sekarang ini, modal yang sama turut digunakan oleh tukang propaganda Cap Bunga.



TIAN CHUA JADI TETAMU TAK DIUNDANG KE MUKTAMAR PAS UNTUK PASTIKAN PAS TAK PUTUSKAN TAHALUF SIYASI DENGAN PKR?



Tian Chua telah dijemput untuk hadir sama pada muktamar PAS tahun ini di Alor Star.

Seperti biasa Ahli Parlimen Batu itu pasti akan muncul dan kemudian berlagak seolah-olah dia adalah sebahagian daripada PAS.

Namun tahun ini, tidak lagi seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

Tian Chua selaku Naib Presiden PKR mungkin akan mendengar sesuatu yang sangat digeruni oleh PKR dan dia sendiri yang bakal diumumkan oleh PAS dengan dia sendiri hadir untuk menjadi saksi mata dan telinga.

Dengan kata lain, PAS mahu PKR tidak lagi menyalahkan orang lain dan menuduh berita yang disampaikan kepada mereka adalah berita palsu memandangkan saksi dan utusan PKR adalah Naib Presiden sendiri iaitu Tian Chua.

Dewan Ulama PAS telah menerima usul agar PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Sekarang ini hanya kata-kata pemutus Dewan Syura PAS sahaja yang ditunggu-tunggu untuk keputusan sama ada PAS akan bersama-sama PKR lagi atau sebaliknya.

Apakah Tian Chua sedia dimalukan di dalam majlis PAS sepertimana PKR pernah memalukan Abdul Hadi Awang dalam satu program Pakatan Rakyat tiga tahun lepas?

Atau adakah sebenarnya Tian Chua yang terkenal sebagai penceroboh itu, adalah tetamu yang tidak diundang. Kedatangannya semata-mata untuk memastikan PAS malu alah dan menunda keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, sekaligus menyelamatkan kerajaan Pakatan di Selangor?


TSUNAMI MELAYU: BERSEDIAKAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL MENGHADAPINYA?



Kali pertama TSUNAMI MELAYU disebut adalah datangnya dari mulut Zaid Ibrahim, Si Katak yang kini menyeberang dan menjadi macai DAP.

Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, Tun Dr. Mahathir dan Parti Cap Bunga, mampu 'mencuri' sekurang-kurangnya 10% ahli-ahli UMNO untuk Pakatan Harapan (Baca: DAP) pada PRU akan datang.

Di dunia maya, serangan dibuat bertalu-talu membabitkan parti-parti yang bertanding. Walaupun terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tetapi daripada pemerhatian, yang sangat aktif adalah daripada kalangan pengguna-pengguna Internet Melayu sendiri.

Mungkin disebabkan parti-parti politik yang melibatkan orang Melayu lebih banyak berbanding parti-parti politik yang melibatkan orang Cina atau India.

Yang pasti, para penyokong UMNO, PAS, PKR, PAN dan Cap Bunga saling berbalas-balas serangan, manakala para penyokong BN dan DAP yang tidak melibatkan orang Melayu pula, dilihat lebih fokus walaupun pada masa yang sama, mereka turut bertarung dengan RBA atau pemilik-pemilik akaun palsu yang semakin ramai menjelang PRU.

Pelbagai isu telah dibangkitkan. Sama ada ia benar-benar isu tulen atau isu yang sengaja diada-adakan atau lebih tepat lagi fitnah dan tohmahan.

Pembesar-pembesar kelas pertama seperti Perdana Menteri dan sebahagian Menteri-Menteri Kabinetnya sudah pun memulakan kempen agresif mereka. Beberapa orang Menteri Besar seperti Menteri Besar Kedah telah pun melancarkan pelbagai projek untuk rakyat, demi untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa keberadaan mereka sememangnya untuk rakyat dan pemilihan mereka sebagai penguasa adalah yang paling tepat.

Pemimpin-pemimpin level teratas dalam setiap parti politik utama juga, semakin bekerja keras. Sama ada untuk mengumpulkan seberapa ramai penyokong yang boleh, atau bergelut untuk tidak dimasukkan ke penjara sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Namun sedikit berbeza apabila menurun ke peringkat kepimpinan setempat atau Bahagian. UMNO sendiri khususnya kelihatan masih berasa sangat selesa apabila masih tidak melihat atau lebih tepat lagi sedar akan masalah dan ancaman sebenar yang sedang dihadapi.

Musuh sebenar UMNO bukan berada dalam parti-parti lawan sebaliknya berada dalam tubuh badan UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Malah 'musuh' yang paling digeruni kini berada dalam kelompok masyarakat pengundi. Bahkan yang paling dahsyat, musuh UMNO-BN kini bersarang dalam perkhidmatan awam.

Mereka mungkin tidak bising, tidak seperti ketika kemelut UMNO-Semangat 46 atau konflik Mahathir-Anwar. Namun mereka banyak menggunakan media sosial terutama yang membabitkan lingkungan lebih kecil tetapi tular seperti WhatsApp untuk melaksanakan kempen secara senyap.

Terlalu banyak isu yang kurang atau langsung tidak ditangani oleh UMNO. Sama ada pada peringkat atasan atau terlebih-lebih lagi pada peringkat pelaksana dan penerangan, banyak info sebenar kurang disalurkan kepada rakyat secara meluas.

Isu-isu besar seperti 1MDB dan GST sekalipun pihak atasan telah memberikan penjelasan secara panjang lebar dan terperinci, namun tetap juga menjadi bahan kebencian dan kesukaran untuk pihak berkenaan menerimanya sebagai satu kebenaran.

Namun isu yang paling menjejaskan adalah isu harga barang dan perkhidmatan. Sehingga kini apa yang mampu dilakukan oleh UMNO dan Kerajaan hanyalah membandingkan harga di negara ini dengan negara-negara jiran. Kejatuhan nilai Ringgit sekadar dijawab kerana serangan asing sedangkan fundamental ekonomi Malaysia masih kukuh.

Penjelasan-penjelasan sebegitu tidak akan memuaskan hati golongan yang enggan menerima hakikat kenaikan gaji dan upah bermakna berlakulah kenaikan harga barang. Mereka mendesak kerajaan untuk lebih proaktif bagi mengekang kenaikan harga melampau seperti yang dibuat oleh pemilik-pemilik restoran mamak.

Rasa tidak puas hati kerana melihat agensi-agensi berkaitan kepenggunaan bersikap sambil lewa atau sekadar beroperasi mengikut musim mencetuskan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak.

Peratusan golongan yang menentang secara diam itu tidak diketahui secara tepat. Namun indikasinya boleh dilihat secara menyeluruh menerusi pelbagai punca terutama sekali membabitkan serangan bertali arus bahkan kadang-kadang tidak masuk akal.

Kempen senyap TSUNAMI MELAYU dari kalangan awam dan penjawat awam nampaknya kurang diberikan perhatian bahkan 54 kerusi FELDA yang selama ini dianggap sebagai fix deposit yang terancam juga gagal ditangani dengan baik.

Bagaimana pula dengan orang UMNO sendiri terutama calon-calon PRU yang bakal lompat parti apabila mereka menang tipis pada PRU nanti?

Justeru, bersedia benarkah UMNO dan Barisan Nasional dengan permainan baru ini selain terus menyatakan dengan penuh yakin, mereka akan mengekalkan penguasaan di Putrajaya?









Thursday, April 27, 2017

TERIMA KASIH RAFIZI RAMLI!!! ULAMA PAS LULUS USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



Dewan Ulama PAS hari ini meluluskan usul memutuskan ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama politik) dengan PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali ketika mengumumkan keputusan itu berkata usul putus kerjasama diluluskan tanpa bahas.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” katanya.

Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada para perwakilan. Usul dikemukakan ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

Usul ini akan diangkat ke Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.

Sekiranya badan tertinggi ulama parti itu juga meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan antara PAS dan PKR pada pilihan raya akan datang, terutamanya di Selangor, yang bersama mereka membentuk kerajaan sejak penggal lepas.

Dalam usul ini, PKR antaranya dituduh mengkhianati syarat perjanjian antara parti dan tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.

Perwakilan ulama PAS seluruh negara berhimpun di Alor Setar, Kedah untuk mesyuarat agung tahunan dewan mereka sempena mesyuarat agung tahunan PAS ke-63 yang berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei.

Majlis syura berperanan untuk menafsir dasar dan perlembagaan parti dalam menangani masalah semasa. Ia diketuai mursyidul am dan merupakan badan tertinggi parti tanpa kuasa eksekutif.

Ia bergerak seiring dengan jawatankuasa pusat yang berperanan untuk melaksanakan keputusan, mentadbir dan mengatur strategi parti. Jawatankuasa ini diketuai presiden dan merupakan badan tertinggi parti dengan kuasa eksekutif.

Sebelum ini, keputusan bertahaluf dengan parti lain diluluskan di peringkat majlis syura dan pelaksanaannya dilakukan oleh jawatankuasa pusat.

DI SEBALIK PENAFIAN, DAP SENDIRI AKUI, GAMBAR-GAMBAR ASMARA DYANA-ZAIRIL MENGANCAM PARTI ITU!!!



Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan, baik Zairil Khir Johari mahupun Dyana Sofya, kedua-duanya tidak membuat sebarang laporan polis berhubung gambar-gambar yang didakwa sebagai mereka, sedang berasmara di dalam sebuah restoran di hadapan beberapa orang rakan.

Berbelas-belas keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita yang menyerupai Zairil dan Dyana Sofya sedang memadu kasih di sebuah restoran yang tidak dikenalpasti, termasuklah bercium, tular di Internet, selain gambar-gambar lama membabitkan kedua-dua orang ahli politik, yang mereka berulang kali katakan sebagai 'palsu'. 

Para penyokong DAP pula menuduh, UMNO telah merekayasa gambar-gambar tersebut bertujuan untuk merosakkan integriti Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya. Malahan untuk menghentikan penularan gambar-gambar tersebut atau diperkatakan, mereka secara terbuka mengecam UMNO kerana sudah kehabisan idea sehingga terpaksa mencipta gambar-gambar seks dan separuh porno untuk menang. 

Zairil yang berusia 34 tahun yang telah berkahwin dan Dyana Sofya, 30, serta masih bujang berulang-ulang kali menafikan mereka mempunyai hubungan sebagai kekasih.

Bapa kepada dua orang anak, Zairil berkata, gambar-gambar terbaharu membabitkannya dan rakan separtinya itu merupakan kempen politik untuk menjatuhkannya dan DAP dalam PRU akan datang. 

Bagaimanapun, beberapa penganalisa politik melihat reaksi negatif yang ditunjukkan oleh DAP dalam isu ini sebagai sesuatu yang amat menarik. DAP langsung tidak berminat untuk menyelamatkan kedua-dua 'bintang muda' mereka yang beragama Islam itu, tidak seperti dalam kes-kes lain terutama yang membabitkan Lim Guan Eng. 

Dengan semakin hampirnya PRU-14 yang selewat-lewatnya Jun tahun hadapan, kegagalan Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya untuk membuat aduan kepada polis atau pun SKMM akan berterusan menjadi masalah kepada kedua-dua pemimpin muda DAP itu. 

"Kalau betul bukan mereka di dalam gambar-gambar tersebut, mereka seharusnya membuat laporan polis dan menyaman orang yang menyebarkan gambar-gambar palsu itu. Kalau tidak, masyarakat akan melihat gambar-gambar itu sebagai  mereka, sekaligus akan mengalihkan sokongan pada PRU-14 nanti," kata Jeniri Amir, seorang Profesor Madya di Universiti Malaysia Sarawak. (RUJUK SINI)

Jeniri bagaimanapun, tidak percaya, gambar-gambar skandal terbaharu itu akan merosakkan kerjaya politik Zairil dan Dyana Sofya. 

"DAP akan berterusan mendapat sokongan daripada penyokong tegar mereka, tetapi sokongan daripada golongan bukan penyokong, khususnya orang Melayu dan Islam akan berkurangan," katanya lagi. 

Manakala Oh Ei Sun, Adjung Kanan di S.Rajaratnam School of International Studies, Universiti Teknologi Nanyang berkata, sokongan daripada masyarakat Melayu-Islam kepada DAP telah menurun selepas PAS keluar dari Pakatan Rakyat. 

Oleh kerana itu, menurutnya, gambar-gambar terbaru tersebut, sekalipun dikatakan 'palsu' oleh DAP, dan hanya akan mengurangkan sedikit sokongan kepada DAP dari kalangan orang Islam. Dan sekalipun PAS serta UMNO berterusan melabelkan DAP sebagai anti-Melayu, DAP sebenarnya sedang menikmati sokongan daripada sebahagian orang Melayu hasil daripada kerjasamanya dengan PAS sebelum ini. 

Bagaimanapun, baik Jeniri mahupun Oh, sependapat, Zairil dan Dyana seharusnya membuat laporan polis untuk membersihkan nama mereka daripada skandal terbaharu itu. 

Lebih lama mereka menanti untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa, lebih sukar untuk DAP untuk mengatasi masalah ini.

HADI SAMAN SARAWAK REPORT... HUSAM DAN RAFIZI, KORANG SIAP-SIAP... GILIRAN KORANG PULA LEPAS NIH!!!



Husam Musa dan Rafizi Ramli sudah boleh bersiap-siap untuk berhadapan dengan saman fitnah daripada PAS dan Presiden PAS sendiri. Sekaligus gelak tawa kononnya, PAS dan Abdul Hadi Awang hanya temberang dan bercakap kosong tentang saman ke atas mereka, sudah bolehlah dihentikan. 

Ini adalah kerana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun menfailkan saman fitnah ke atas Claire Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report yang juga merupakan orang upahan Tony Pua dan Dr. Mahathir - berdasarkan transkrip WhatsApp Xavier Justo.

Abdul Hadi menfailkan saman tersebut di Mahkamah London pada 21 April lalu, menuntut kerugian dan pampasan selain perintah injuksi berhubung artikel yang disiarkan oleh Sarawak Report pada Ogos tahun lalu. 

Di dalam artikel tersebut, Abdul Hadi Awang telah dituduh menerima sejumlah besar wang tunai daripada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sebagai tukaran kompromi antara PAS dengan UMNO dalam beberapa isu-isu politik.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memberitahu, semua tuduhan tersebut adalah palsu dan fitnah semata-mata. 

"Kesemua tuduhan dan dakwaan rasuah tersebut adalah tidak benar, malah jelas bertujuan untuk memusnahkan reputasi seseorang seperti Presiden PAS," kata Takiyuddin.

Saman fitnah tersebut telah difailkan selepas surat yang dihantar oleh Abdul Hadi Awang kepada Rewcastle Brown pada penghujung tahun lepas menuntut agar artikel tersebut ditarik dan Sarawak Report serta Rewcastle Brown sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka, tidak diendahkan. 

"Rewcastle Brown gagal memberikan reaksi berhubung komplen berkenaan, bahkan telah membuat beberapa kenyataan lain yang menambah sulitkan lagi keadaan," katanya.

Abdul Hadi telah melantik firma guaman yang berpangkalan di London, Carter-Ruck untuk memulakan prosiding perundangan terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London.
"Melihatnya sebagai tuduhan yang berat, Presiden PAS enggan membenarkan tuduhan tersebut tidak dicabar dan tidak ada pilihan tetapi memulakan prosiding perundangan untuk membersihkan namanya," kata Takiyuddin sambil menambah, mereka belum menerima sebarang kenyataan pembelaan daripada pengasas Sarawak Report itu. 

Sebelum itu, ketika merasmikan muktamar Pemuda PAS, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan pelancaran tabung derma untuk mengumpulkan dana bagi kes perundangan ke atas Sarawak Report. 

Menurutnya, kos perundangan akan mencecah hampir RM200,000.

"Sekalipun kita tidak kaya dan mewah, kita akan berkorban untuk mempertahankan maruah parti. Demi nama baik parti, kita akan bersama-sama berjuang," katanya kepada delegasi. 

Fasa pertama di London sudah pun bermula. 

Husam Musa dan Rafizi Ramli jelas menggunakan laporan Sarawak Report untuk mencipta fitnah ke atas PAS. Jadi, kita tunggu fasa di Malaysia pula. 

Yang pasti, Husam Musa sudah boleh mengelap peluh di dahinya!


BERAPA LAMA 'HAYAT' MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PRESIDEN PARTI CAP BUNGA?



Bukan lagi rahsia bilamana Muhyiddin Yassin menjadi sasaran serangan dari dalam parti yang dia sendiri adalah Presidennya. Hampir kesemua masalah dalaman yang melanda Parti Cap Bunga yang sepatutnya dia terajui tetapi sebenarnya 'tali layang-layangnya' dipegang oleh Mahathir, dihempuk atas kepala Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya gagal mengawal ahli!

Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya hanya melebihkan kroni dan orang-orang yang terdekat dengannya!

Muhyiddin Yassin dipersalahkan kerana tidak ambil peduli tentang parti sebaliknya membiarkan Dr. Mahathir yang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti termasuklah 'mempergunakan' penjawat-penjawat awam bagi mewujudkan TSUNAMI MELAYU pada PRU-14 akan datang!

Muhyiddin Yassin juga dipersalahkan kerana terlalu VIP dan minta diberikan layanan permaidani merah walaupun dia bukan lagi dalam hierarki tertinggi pentadbiran negara.

Beberapa keputusan yang dibuat atau melibatkan Muhyiddin Yassin kini dipersoalkan.

Antaranya termasuklah, mengapa Muhyiddin mahu bekerjasama dengan PAS hanya di Johor, Terengganu dan Kedah padahal Dr. Mahathir sendiri telah mengatakan, TIADA LAGI KERJASAMA ANTARA CAP BUNGA DENGAN PAS.

Juga dipersoalkan adalah watikah perlantikan yang hanya mempunyai tandatangan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden tetapi tiada tandatangan Dr. Mahathir yang dianggap sebagai SUPREME LEADER yang mempunyai kuasa pemutus lebih tinggi berbanding Presiden.

Selain itu, taktik Muhyiddin Yassin yang mahu 'hijack' calon-calon UMNO yang tidak akan dicalonkan pada PRU akan datang juga dipersoalkan. Para penyokong Mahathir di dalam parti tersebut lebih berminat dengan taktik 'hijack' calon-calon UMNO yang telah menang dengan majoriti tipis pada PRU akan datang untuk lompat parti, sekaligus mengurangkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh Cap Bunga apabila calon-calon UMNO tersebut akan membiayai kempen dan memenangi pilihanraya dengan dana UMNO sendiri. Taktik yang digunakan oleh Muhyiddin dianggap akan membinasakan Cap Bunga kerana bukan sahaja dana yang terpaksa dikeluarkan jauh lebih besar, tetapi juga mereka hanya memperolehi pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak berkualiti.

Justeru, taktik Mahathir yang mahu mempergunakan calon-calon UMNO yang telah menang PRU dan mempunyai kerusi sama ada DUN apatah lagi Parlimen, lebih berwibawa dan perlu diperkukuhkan.

Selain itu, Muhyiddin Yassin juga dipersalahkan dan diminta agar tidak berkempen di kalangan guru memandangkan rekod buruknya sebagai Menteri Pendidikan yang memperkenalkan golongan guru kepada bebanan tugas yang tidak munasabah. Kehadiran Muhyiddin Yassin dalam kempen di kalangan guru-guru, akan membuatkan semua kemarahan guru-guru di Malaysia tertumpu kepada Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Presiden Parti Cap Bunga. Kemarahan kepada Presiden, bermakna, kemarahan dan keengganan menyokong Parti Cap Bunga.

Para penyokong Mahathir di dalam kem Cap Bunga sekarang, mahu status kemarahan kaum guru, kekal terhadap Kerajaan yang memerintah, bukannya kepada bekas Menteri Pendidikan yang membebankan mereka dengan pelbagai tugas termasuklah memperkenalkan penggunaan BestariNet yang bukan sahaja tidak cekap tetapi juga membazirkan wang.

Perkara itu perlu disorok daripada pengetahuan golongan guru di Malaysia. Mereka mahu para guru terus marahkan kerajaan, marahkan Najib Abdul Razak walaupun pada zaman Najib Abdul Razak, tingkat gaji guru-guru di Malaysia telah dinaikkan berkali-kali ganda berbanding pada zaman Mahathir.

Nampaknya, perkembangan terbaharu di dalam Parti Cap Bunga menunjukkan hayat Muhyiddin Yassin sebagai Presiden tidak akan kekal lama, sekaligus membenarkan telahan selama ini bahawa Mahathir sebenarnya mahukan Mukhriz Mahathir menjadi Presiden, manakala Muhyiddin Yassin pula hanyalah topeng yang kemudian dibuang dengan menggunakan taktik yang serupa ketika kemelut-kemelut dicipta di dalam UMNO di bawah pentadbiran Mahathir dahulu.

Dari kem PAS yang sedang bermuktamar di Pokok Sena, khabar-khabar angin yang mengatakan Muhyiddin Yassin akan menyertai parti itu, semakin kerap diperkatakan!


Monday, April 24, 2017

KETIKA GUAN ENG BUAT 'PEMBERSIHAN ETNIK' KE ATAS ORANG MISKIN, DI KEDAH, MENTERI BESARNYA ARAHKAN PENYEGERAAN PROJEK RUMAH UNTUK MARHEIN DAN SERAHAN SEBELUM RAMADHAN!!!



Bekalan air mentah Pulau Pinang, datangnya dari Kedah. Bagaimanapun, tidak sesen pun wang dibayar kepada Kedah oleh Pulau Pinang dengan alasan, tiada perjanjian air antara Kedah dan Pulau Pinang, walaupun pembekalan tersebut asalnya adalah kerana Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah dahulu.

Geran dan bantuan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membina Empangan Mengkuang selain penyelenggaraan empangan tersebut, seharusnya menjadikan tarif air di Pulau Pinang jauh lebih murah kerana Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan modal walau satu sen pun.

Itulah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika berada di bawah Barisan Nasional sebelum tahun 2008. Perbelanjaan besar untuk pembekalan air, telah digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menyediakan rumah-rumah murah buat penduduk dan rakyat Pulau Pinang.


Namun apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang beralih tangan kepada DAP dan Lim Guan Eng, tiada rumah murah yang dirancang dan dibina. Satu-satunya projek perumahan murah pada zaman Guan Eng hanyalah di Jalan SP Chelliah yang merupakan projek yang telah dirangka oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Justeru apabila Pergerakan Pemuda GERAKAN mencabar Guan Eng dan DAP menyenaraikan nama projek-projek perumahan mampu milik dan rumah murah, mereka terkial-kial sehingga menyebutkan projek-projek yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri terdahulu. (RUJUK SINI)



Persoalan tentang pembinaan rumah mampu milik di Pulau Pinang tidak pernah dijawab dengan baik. Malahan projek perumahan mampu milik yang mahu dibangunkan oleh PERDA yang merupakan salah satu agensi Kerajaan Pusat, turut dihalang oleh Kerajaan Guan Eng.

Dengan kata lain, tiada tempat di Pulau Pinang untuk rakyatnya yang berstatus marhein. Lim Guan Eng dan pentadbiran negeri hanya berminat dengan kediaman-kediaman mewah yang hanya bertujuan untuk dijual kepada orang asing. Itu merupakan salah satu sebab mengapa, harga kediaman di Pulau Pinang meroket tingginya kerana antara syarat bagi warga asing membeli kediaman di Malaysia adalah harga kediaman yang melebihi RM500,000.

Rata-rata rumah 'mampu milik' di Pulau Pinang berharga lebih RM300,000! Harga yang tidak mungkin boleh dibeli melainkan untuk dipandang.

Berbeza dengan negeri jirannya iaitu Kedah.


Di bawah pentadbiran Ahmad Bashah Hanipah, perumahan dan kediaman untuk rakyat marhein diberikan perhatian khusus. Malahan menjadi keutamaan berbanding di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Kedah yang digantikan oleh Ahmad Bashah.

Pada 23 April 2017, atas arahan Ahmad Bashah sendiri seramai 60 orang hadir melawat projek Taman Muafakat Dulang Kechil, Yan. Mereka terdiri daripada kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah, Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah, Jawatankuasa UMNO dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Jerai, Jawatankuasa MIC, IPF dan MCA Bahagian Jerai, kakitangan kerajaan dan Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN Sungai Limau serta penduduk setempat.

Ahmad Bashah turut serta dalam lawatan tersebut. Turut bersama-sama Ahmad Bashah adalah Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Jerai, Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Badrul Hisham Hashim yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Aminuddin Omar juga seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohd Suhaimi Abdullah yang merupakan Pengerusi PEMADAM MALAYSIA.


Taklimat tentang projek perumahan tersebut telah disampaikan oleh Haji Yusri Daud yang merupakan Pegawai Daerah Yan.

Menurutnya, 41 orang telah layak menerima projek perumahan tersebut. Mereka terdiri daripada 23 orang lelaki dan 7 orang wanita dari golongan miskin.

Projek perumahan Taman Muafakat Dulang Kechil Yan merupakan projek perumahan untuk pemindahan orang yang terlibat dengan bencana tsunami. Projek tersebut terbengkalai sewaktu Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir. Sebaik-baik memegang jawatan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah telah memberikan perhatian dan berusaha mempercepatkan projek tersebut bagi membolehkan mereka yang tinggal di pusat pemindahan sementara berpindah ke rumah kekal.


Sebanyak 100 unit rumah telah diperuntukkan di mana 40 orang pemilik telah dikenalpasti. Lebihan unit kediaman berkenaan akan diagihkan kepada orang miskin dari kalangan penduduk di Daerah Yan sahaja.

Secara peribadi, ketika lawatan itu juga, Ahmad Bashah Hanipah telah mengarahkan agar Pegawai Daerah mempercepatkan proses kelulusan menduduki serta menyegerakan penyerahan rumah tersebut ekoran sudah terlewat terlalu lama.

Penyerahan bakal dibuat sebelum Ramadhan ini.


Perhatikan perbezaan antara Lim Guan Eng dengan Ahmad Bashah... seorang yang dilabelkan sebagai bijak, hebat tetapi mengambilalih negeri yang sudah sedia dibangunkan dan segala-galanya telah tersedia, tetapi sepanjang berada di bawah pentadbirannya, rakyat negeri ditekan dalam pelbagai segi, terutama sekali dari segi harga kediaman dan cukai selain tarif air yang dinaikkan. Manakala seorang lagi yang dilabelkan sebagai 'tidur', sentiasa berusaha dan memastikan rakyat negeri, terutama golongan marhein, mempunyai kediaman selesa.

Beza antara kedua-duanya ialah, SEORANG LEBIH MEMENTINGKAN KANTUNG SENDIRI, MANAKALA SEORANG LAGI LEBIH MEMENTINGKAN RAKYAT!!!


UNTUK KALI KEDUA BERTURUT-TURUT, NAMA MAHFUZ OMAR TERPINGGIR DAN GERAKAN MENENTANG USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR SELANGOR!!!



6 hari lepas, PAS secara rasminya telah mengeluarkan senarai 26 orang calon sah yang akan bertanding dalam Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sessi 2017-2019. Sekaligus membenarkan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar tidak lagi dikehendaki bukan sahaja di dalam kepimpinan utama PAS, bahkan di dalam PAS sendiri, adalah benar dan tepat! (RUJUK SINI)

Mungkin sedar, dia telah menjadi orang buangan, Mahfuz mengambil kesempatan untuk menghentam PAS semahu-mahunya. Parti yang banyak berjasa kepadanya semenjak dia bergelar Ahli Parlimen dan ahli politik, kini tidak ubah seperti sampah di matanya.

Menurut Mahfuz, kenyataan dan amaran PAS agar Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN-Cap Bunga) tidak mengganggu dan mengacau PAS di kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRU-14 nanti, adalah sesuatu yang bersifat bongkak, angkuh dan sombong. (RUJUK SINI)

Mahfuz juga mengingatkan PAS bahawa kemenangan PAS selama ini bukannya terhasil daripada sokongan ahli-ahli PAS sahaja, sebaliknya daripada sokongan ahli-ahli DAP dan PKR. Justeru, apabila PAS mengambil pendekatan berkeras dan bermusuhan dengan PKR dan DAP terutamanya, bagi Mahfuz Omar ia adalah satu kerugian besar kepada PAS.

Sesuatu yang barangkali Mahfuz lupa ialah, PAS pernah memiliki 27 kerusi Parlimen pada tahun 1999, lama sebelum kolobarasi dengan DAP dan PKR dibuat. PAS berjaya menarik perhatian golongan dan pengundi muda, jauh sebelum PAS mengisytiharkan Tahaluf Siyasi dengan PKR dan DAP.

Sebaliknya, DAP dan PKR menikmati limpahan undi dan sokongan daripada PAS untuk mereka turut menambah kerusi. PKR sendiri pada tahun 2004, hanya memiliki satu kerusi Parlimen iaitu di Permatang Pauh yang diwakili oleh Wan Azizah Wan Ismail. Manakala Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh pernah kalah sebelum mereka kembali angkuh selepas menang dan kuat menerusi Tahaluf Siyasi dengan PAS.

Kesian Mahfuz Omar yang semakin renggang dia dengan kepimpinan utama PAS.

Terbaharu, seorang lagi pemimpin PAS akan dikorbankan oleh parasit-parasit dalam PAS. Pemimpin PAS berkenaan adalah penyandang jawatan Naib Presiden sekarang iaitu Iskandar Samad dari Selangor.

Berdasarkan maklumat, sejumlah RM500,000 telah disediakan untuk kempen gerakan memenangkan Iskandar Samad bagi membolehkan ADUN Cempaka dan Exco Perumahan Selangor itu, kekal di dalam saf kepimpinan utama.

Sebabnya, Iskandar Samad yang pernah mengeluarkan kenyataan beberapa hari lepas, PAS Selangor tidak akan memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR Selangor melainkan keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat dalam Muktamar, dilihat sebagai agen terbaik untuk membolehkan usul putus Tahaluf Siyasi sepertimana yang didesak dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PAS negeri-negeri termasuklah Pergerakan Pemuda PAS Selangor beberapa hari lepas, tidak diperkatakan. (RUJUK SINI)

Gerakan HARUM MANIS masih kuat di dalam PAS walaupun sebahagian besar daripada mereka sudah pun menyeberangi masuk ke PAN, parti tajaan DAP yang dipimpin oleh Mat Sabu. Agen-agen HARUM MANIS dan barua-barua Pakatan Harapan di dalam PAS, sedang berusaha untuk membantu PKR kekal memegang kuasa di Selangor dengan cara mengorbankan salah seorang pemimpin PAS yang dilihat amat bergantung kepada Azmin Ali.


CAJ AIR PULAU PINANG DINAIKKAN CARA MUDAH ISI KANTUNG NEGERI YANG KOSONG DIKERJAKAN GUAN ENG!!!



TAHNIAH RAKYAT PULAU PINANG dan yang telah mengundi DAP untuk menjadi Kerajaan Negeri serta amat menyayangi dan menyanjungi Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang sangat hebat. 

Ketika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bercadang untuk menaikkan harga parking di beberapa lokasi di sekitar Bandaraya, DAP adalah puak yang paling kuat menyalak dan menentang. Lim Guan Eng sendiri turut memberikan kenyataan dan mensabitkan cadangan DBKL itu sebagai tindakan terdesak kerajaan yang sudah hendak bankrap.

Walaupun sudah lama tidak kedengaran, tetapi DAP juga yang paling kuat melenting sewaktu harga minyak meningkat. Konon-kononnya DAP sangat mementingkan kesejahteraan rakyat dan mahu Kerajaan Pusat lebih memahami kehidupan rakyat masa kini.

Baru beberapa hari lepas, Lim Guan Eng bercakap tentang inflasi yang sedang dihadapi oleh Malaysia. Sekalipun inflasi tersebut kesan daripada kenaikan harga minyak global dan tidak memberi kesan kepada rakyat Malaysia, Lim Guan Eng dengan menggunakan data separuh-separuh, sepertimana yang kerap dilakukannya selama ini menyalak kononnya, peningkatan angka inflasi itu menunjukkan Malaysia sudah bankrap dan telah dipimpin secara tidak betul. 

Hanya apabila Lim Guan Eng tersedar, dia sebenarnya bercakap tentang 9 tahun DAP berkuasa di Pulau Pinang dan kedudukan kewangan Pulau Pinang yang bukan sahaja tidak berkembang, sebaliknya menyaksikan lebih ramai pelabur dan pengilang keluar dari negeri itu, berhijrah sama ada ke negeri lain atau ke negara lain, Lim Guan Eng 'cuba membetulkan keadaan' dengan menggunakan helah perakaunan.


Untuk menambahkan pendapatan negeri selepas menjadikan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebagai pendapatan, Lim Guan Eng menggunakan pendekatan yang lebih ekstrim iaitu menjual tanah kepada syarikat-syarikat asing yang segala kos ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang. Guan Eng cuba mempertahankan pendapatnya itu dengan mengatakan Najib dan Kerajaan Pusat juga mengamalkan penjualan aset-aset negara kepada pihak asing dengan memberi beberapa contoh. Istilah PELABURAN dan PENJUALAN ASET telah diputarbelitkan oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya dalam usaha menghalalkan perbuatan Lim Guan Eng yang kemaruk untuk menunjukkan dia adalah seorang pentadbir yang cekap dan pandai cari duit.

Persetujuan Kerajaan Pusat untuk menghapuskan hutang air Pulau Pinang yang berjumlah lebih RM900 juta telah diterbalikkan. RM900 juta itu telah dijadikan sebagai pendapatan negeri walaupun hakikatnya, jumlah berkenaan bukannya pendapatan sebaliknya sekadar angka yang dihapuskan dari akaun hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Pinjaman tanpa faedah yang kemudiannya ditukarkan menjadi bantuan lebih RM1.2 bilion untuk menaiktarafkan Empangan Mengkuang di Seberang Perai, membuatkan Lim Guan Eng dan DAP sekadar cuci tangan tetapi menikmati keuntungan besar daripada industri air Pulau Pinang. Seharusnya bantuan dan geran daripada Kerajaan Pusat yang Perdana Menterinya adalah Najib Abdul Razak, akan mengurangkan tarif air di Pulau Pinang, sekaligus akan meningkatkan semula minat pelabur-pelabur asing ke negeri itu. (RUJUK SINI)

Namun apa yang berlaku ialah:


Semasa PRU 13 - Buku Jingga menjanjikan caj air akan lebih rendah.

2013 (Sejurus selepas PRU) - Surcaj air naik 100%

2015 - Surcaj naik lagi. Caj extra 90 sen juga dikenakan sekiranya rakyat bayar kat kaunter.

2017 (Terkini) - Naik lagi 100%. RM 0.48 - RM 1.00

Alasan yang diberikan ialah, Kerajaan DAP menggalakkan kempen jimat air di kalangan rakyat dan penduduk. Justeru, tindakan menaikkan surcaj air daripada RM0.48 kepada RM1.00 bagi setiap 1000 liter padu penggunaan air bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan adalah WAJIB.

Tanpa sebarang kos besar dan penyelenggaraan yang dibiayai oleh peruntukan Kerajaan Pusat, kenaikan tersebut memberikan keuntungan beratus juta ringgit kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang telah dipaksa membayar UFTI yang mahal kepada LIM GUAN ENG dan DAP.

Namun begitu kempen tersebut berjaya memberi keuntungan berjuta ringgit kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 


Kata Guan Eng, kalau boleh dia memang tidak mahu menaikkan tarif air kerana akan membebankan rakyat, tetapi dia sudah tidak ada cara lain. Ianya samalah seperti kes, dia mengamuk apabila pinjaman tanpa faedah daripada Kerajaan Pusat telah ditukarkan menjadi geran dan bantuan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Dia mengamuk samak dan mula bercakap tentang kerahsiaan dan tidak patutnya perkara itu dihebahkan kepada umum.

Hakikatnya, Guan Eng tengah kepeningan untuk menutup pelbagai skandal yang melibatkan kewangan Pulau Pinang. Selepas penjualan tanah-tanah dan aset-aset kerajaan negeri didedahkan kepada umum, langkah-langkah lain perlu diambil untuk menampung defisit akaun Pulau Pinang yang semakin teruk dari setahun ke setahun bermula dari tahun 2008.

Tarif air adalah langkah yang paling pantas memperolehi wang semula. Samalah seperti projek meganya, iaitu terowong dasar laut di mana rakyat Pulau Pinang perlu membayar segala-galanya, selain kehilangan tanah iaitu kawasan tambakan yang dihadiahkan kepada syarikat konsensi sebagai tukaran pembinaan terowong tersebut dan kemudian dihadiahkan lagi KONSESI KUTIP TOL selama 30 tahun.

Laporan Malaysiakini:

"Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.

" Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang.


Alasan mereka :-

1. Alasan untuk ketiga-tiga kenaikkan - untuk elakkan pembaziran air berlaku.

2. Kenaikkan terkini (alasan TAMBAHAN 2017) -

"... Kerajaan negeri menerima banyak kritikan berkenaan tarif air yang sangat rendah sehingga menyebabkan pembaziran air yang teruk. Banyak pihak meminta kami menaikkan tarif air dan saya akui, setiap kritikan itu ada logiknya..." - Ketua Menteri.

Saturday, April 22, 2017

KELUHAN ATAU SEBENARNYA LAKONAN RAFIZI RAMLI DARI KANDANG MAHKAMAH!!!



Banyak masa saya dihabiskan di mahkamah bermula minggu ini untuk melalui perbicaraan bagi 3 kes berturut-turut: kes NFC (minggu ini dan depan), kes menghina Umno (minggu depan), kes kedudukan kewangan Tabung Haji (minggu satu lagi).

Ada orang tanya apa perasaan saya turun naik mahkamah bagi kes-kes yang bertahun-tahun lamanya seperti NFC. Ada orang kata tindakan saya menumpukan usaha saya mendedahkan penyelewengan wang seperti ini adalah sia-sia kerana akhirnya yang ambil wang dilepaskan, saya pula didakwa dan rakyat pun sudah lupa.

Orang-orang PAS yang dulu ghairah menggunakan saya untuk menarik orang ke ceramah mereka semasa skandal NFC memuncak kini sudah berkata penyelewengan dana rakyat RM250 juta itu satu fitnah, kata sahabat-sahabat yang menghantar mesej kepada saya.

Saya tidak pedulikan itu semua.

Apabila saya "terjumpa" skandal wang rakyat diselewengkan (bermula dengan NFC), saya anggap itu ujian Allah kepada saya.

Pilihan saya ialah sama ada saya memalingkan muka dan tidak ambil kisah kerana hidup saya senang dan langsung tidak terkesan bila wang rakyat sebegitu hilang (gaji besar, kereta besar).

Tetapi saya rasa Allah akan murka jika pada masa Allah  kurniakan saya peluang pendidikan yang lebih baik, saya lebih petah, saya lebih selesa dengan hal ehwal kewangan tetapi saya memilih untuk berdiam diri.

Maka saya bersuara kerana saya bimbang saya kufur nikmat dan saya tidak "berkongsi" kebolehan yang Allah kurniakan itu demi kebaikan orang lain.

Ada orang sedih tengok saya saban minggu duduk di dalam kandang tertuduh. Ada orang bisikkan semuanya sia-sia kerana semasa isu tengah panas ramai yang mahu saya naik pentas dan tumpang sekaki, tetapi bila duduk di kandang setiap minggu ramai yang tidak endah.

Saya langsung tidak terkesan kerana saya lega saya telah lulus ujian yang saya anggap Allah kenakan terhadap saya.

Sama juga dengan hakim-hakim (ada yang berbudi baik dengan saya, ada yang kasar dengan saya) dan pendakwaraya dan peguam (ada yang berbudi, banyak yang kasar dengan saya kerana saya orang kena tuduh).

Ada yang tanya sekiranya PH menang, adakah saya akan cari kembali semua watak-watak yang setiap minggu turun naik mahkamah mahu memastikan saya dipenjara?

Saya sebenarnya tidak ambil kisah pun perangai dan lagak setiap orang yang saya terpaksa lalui dalam saya menjalankan amanah ini. Yang berbudi baik dengan saya, saya ingat sampai bila-bila. Yang kasar dan menunjukkan kuasa kepada saya, saya lupakan terus.

Bagi saya itu ujian Allah kepada mereka bila mereka diberikan kuasa, seperti mana setiap hari saya diberi ujian dalam keadaan saya juga ada sedikit pengaruh yang terhad.

Mereka akan disoal suatu hari kelak seperti mana saya akan disoal bagi setiap perlakuan saya kerana sebesar mana kita dalam ruang hidup kita yang sempit, kita hanyalah zarah yang lebih kecil dari zarah dibandingkan kekuasaan Allah.

Sama juga bila Dato' Seri Salleh Ismail dengan bangga menyatakan bahawa dana RM250 juta yang dibelanjakan beliau dan keluarga bagi projek itu bukanlah duit rakyat kerana ia duit kerajaan. Rakyat tiada hak untuk mengetahui apa yang dibuat dengan wang itu kerana apabila beliau meminjam dari kerajaan, itu soal peribadi beliau dan kerajaan.

Allah datangkan ujian kepada beliau dan keluarga beliau dalam bentuk wang yang melimpah ruah dan kedudukan dunia, terpulanglah kepada beliau bagaimana melaluinya kerana Allah memandang semua.

Ada orang menghantar mesej memaki saya kerana katanya padan muka kerana saya kini menjadi penjenayah turun naik mahkamah.

Mereka lupa hampir semua tokoh dunia yang membawa perubahan kepada masyarakat bermula dengan dipandang sebagai penjenayah oleh penguasa pada ketika itu: dari zaman Rasulullah SAW, kepada George Washington (bapa kemerdekaan USA), Mahatma Ghandi, Sukarno, Mandela sehinggalah kepada Erdogan.

Saya akan terus dilabel penjenayah oleh penguasa selagi mereka berkuasa kerana suara saya mengancam kekuasaan mereka.

RAFIZI RAMLI

NOTA:

Ironinya, Rafizi Ramli langsung tidak bersuara terhadap rasuah dan penyelewengan membabitkan Lim Guan Eng. Langsung tidak bersuara terhadap tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Ketua AMK Ampang, Adam Rosly. Malahan langsung tidak bercakap apa-apa tentang Ketua Pembangkang Sabah dari PKR, Christina Liew yang telah menyamun secara memperdaya tanah-tanah orang kampung yang kemudian didapati bersalah oleh mahkamah dan diarah bayar balik lebih RM500 juta.

KERANA ALLAH yang dimaksudkan oleh Rafizi Ramli hanyalah melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS. Kalau membabitkan PKR, DAP dan PAN, mata Rafizi Ramli menjadi buta, mulutnya terkatup, lidahnya menjadi bisu dan dia berpura-pura bodoh, sebagaimana alasan dan jawapannya apabila ditanya tentang SKANDAL YAWAS dan SKANDAL SPLASH yang melibatkan berbilion duit rakyat.

Malah dalam isu DEIG (Darul Ehsan Investment Group) yang melibatkan lebih RM30 bilion, Rafizi Ramli juga TIDAK TAHU!

KERANA ALLAH atau KERANA SYAITAN yang merasuk dalam hati perut pedalnya?

ISLAM AGAMA SUPREMACIST YANG SUKA PAKSA BUKAN ISLAM - BISHOP PAUL TAN CHEE ING!!!



Figura agamawan Kristian, Bishop Emeritus Dr. Paul Tan Chee Ing mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersifat ‘supremacist’ yang suka memaksa golongan bukan Islam untuk patuh pada sekatan-sekatannya. 

Beliau memetik arahan kerajaan negeri Kelantan yang mahu premis-premis perniagaan, termasuk yang dimiliki golongan bukan Islam memberhentikan perniagaan selama 10 minit ketika waktu Maghrib sebagai ‘bukti’ bagi dakwaannya. 

Beliau dilaporkan mengeluarkan pendapat sedemikian dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal liberal Malaysiakini yang berjudul “Bishop: Kelantan ruling is proof incontrovertible“ baru-baru ini. 

Mantan Ketua Gereja Melaka-Johor itu juga mendakwa bahawa, sebahagian orang Islam sengaja melakukan muslihat atau mereka sememangnya tidak berapa memahami ajaran agama mereka sendiri – iaitu agama Islam adalah agama ‘supremacist’ yang mahu mengenakan larangan-larangannya ke atas golongan bukan Islam. 

“We were flabbergasted at the evidence that some Muslims don’t quite get the drift of their religion or are engaging in deliberate deception – which is that theirs is a supremacist religion which will seek to impose its strictures on non-Muslims.” 

Paul Tan mendakwa bahawa selama ini, golongan bukan Islam hanyalah bersikap amat skeptik terhadap janji palsu para penyokong usaha untuk memartabatkan perundangan Islam yang mengatakan bahawa perundangan itu tidak akan dipaksakan ke atas golongan bukan Islam. 

“Selama ini, kami telah mendengar dengan begitu skeptik janji-janji golongan yang mahu memartabatkan perundangan Islam bahawa, perundangan ini tidak akan dikenakan ke atas golongan bukan Islam,” terangnya. 

“Arahan kerajaan negeri Kelantan supaya kedai-kedai golongan bukan Islam ditutup sewaktu solat Maghrib pada masa ini adalah bukti yang tidak boleh dinafikan lagi bahawa perundangan Muslim, jika dibenarkan untuk dikuatkuasakan, pasti akan dikenakan juga ke atas golongan bukan Islam di Malaysia,” dakwa Paul Tan lagi. 

Paul Tan suatu ketika dulu pernah membangkitkan kemarahan umat Islam dengan dakwaan beliau bahawa Syariah adalah visi totalitarian masyarakat yang membenarkan diskriminasi terhadap bukan Islam, mengamalkan ketidakadilan jantina, membenarkan perkahwinan di bawah umur dan mengamalkan kebencian terhadap bangsa Yahudi.

MAHATHIR KENA SEDAR DIRI, DIALAH BAPA PERPECAHAN MELAYU, KATA IDRIS AHMAD!!!!



TOLONGLAH Tun Mahathir cermin diri dulu. Jangan hentam semborono begitu sahaja mengatakan PAS punca Melayu berpecah. Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun.

Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?

Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan.

Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat. Bukankah zaman Tun, royalti minyak untuk Terengganu ditarik. Bukankan zaman Tun wujudnya Pejabat Pembangunan Persekutuan di Kelantan sehingga membazir berjuta wang negara apabila BN kalah pada tahun 1990.

Adanya Penghulu Persekutuan dan Penghulu negeri di Kelantan. Apakah Kelantan bukan negeri Melayu?

Pejabat Pembangunan Persekutuan wujud di negeri yang BN kalah. Trend ini wujud hingga zaman DS Najib.

Apakah ini lambang perpaduan Melayu? Zaman Tun juga apabila tsunami Melayu di dalam PRU 1999 selepas DS Anuar Ibrahim dipecat, maka Tun telah mewujudkan persempadanan semula. Sehingga merosakkan kerusi Melayu.

Apakah kelakuan Tun, maka Tun bapa penyatuan Melayu? Kenapa Tun terlalu berdendam dengan PAS? Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri.

PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN.

PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN.

Belajarlah menjadi pembangkang. Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia.

 Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH. Ikut pemikiran Tun, kalah di dalam pemilihan maka tubuh parti baru.

Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu. PAS tidak berminat untuk lawan dengan Tun yang sudah tidak berkuasa.

Tetapi apabila Tun serang PAS, maka PAS akan mempertahankan diri.

IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS. 

Friday, April 21, 2017

KONTROVERSI SURAT SOKONGAN MENTERI PENGANGKUTAN UNTUK JAWATAN KETUA PENGARAH JPJ YANG BARU!!!



Tersiarnya dua pucuk surat dengan salah satunya adalah 'SOKONGAN MENTERI' kepada Perdana Menteri bagi jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menggantikan Ketua Pengarah sedia ada di media sosial, menimbulkan beberapa persoalan yang selama ini acapkali disebut dan bukan lagi menjadi rahsia.

'SOKONGAN MENTERI' bagi jawatan yang kini disandang oleh Datuk Nadzri Siron, membuka mata banyak pihak selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipersoalkan berhubung perniagaan nombor pendaftaran selain undang-undang cermin gelap yang tidak seragam.

Ada pihak yang mengandaikan wujudnya konspirasi dalaman JPJ yang bertujuan menjatuhkan Ketua Pengarah JPJ sekarang. Beberapa nama turut dikaitkan, termasuklah pegawai yang dikatakan sedang melobi untuk jawatan tersebut.

Dalam dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari, integriti Jabatan Pengangkutan Jalan, menjadi taruhan yang tidak boleh dipandang ringan. Persoalan tersebut bermula dari dalam Jabatan sendiri sebelum dipanjangkan menerusi WhatsApp dan akhirnya diangkat oleh Netizen ke Facebook.

Dari semalam lagi, isu ini dilihat muncul di Facebook apabila Rafi Awang Kechik memuatnaikkan surat-surat tersebut dan mempersoalkan kewajaran Menteri Pengangkutan campurtangan dalam hal tersebut.

Menurutnya, surat sokongan daripada Menteri terbabit ditafsir sebagai mempunyai kepentingan besar bagi kedua-dua belah walaupun pada masa yang sama, menyalahi Peraturan Penjawat Awam.

Bagaimanapun, Netizen juga berbelah pendapat berhubung perkara ini kerana jawatan Ketua Pengarah JPJ bukanlah jawatan yang mengganggu sebarang kepentingan agenda Bumiputera.

Seperti biasa, kewajaran pendedahan tersebut mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan kuasa. Walau apa pun ceritanya, ia hanyalah menjadi sebab untuk pendedahan tersebut dibuat.


Yang pasti, persoalan utama yang menjadi perdebatan di kalangan netizen ialah tentang MUDAHNYA KEBOCORAN MAKLUMAT serta surat-surat penting dari Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Menteri sehingga membolehkan ia disebarkan.

Lebih menarik lagi, jejak-jejak penyebar pertama telah ditutup menerusi penggunaan WhatsApp dan Telegram kerana sebaran menggunakan kedua-dua medium tersebut jauh lebih pantas sebelum diangkat ke Facebook sebagai arkib.


 
Blogger Templates